28
R I S D A KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH 2013 PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH | WWW.RISDA.GOV.MY PERCUMA BIL : 02/2013 P I H A K B E R K U A S A K E M A J U A N P E K E B U N K E C I L P E R U S A H A A N G E T A H EDISI PEMBANGUNAN GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL Langkah Proaktif RISDA Langkah Proaktif RISDA laporan penuh muka 4 & 5

RSDAr isda kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah 2013 pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah | percuma bil : 02/2013 p i h a k b e r k u a s a pekebun k e m

  • Upload
    others

  • View
    19

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

RISDA KEMENTERIAN KEMAJUANLUAR BANDAR DAN WILAYAH

2013PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH | WWW.RISDA.GOV.MY

PERCUMABIL : 02/2013

PIHAK

BE

RK

UA

SA

KE

MA

JU

AN

P

E K E B U N K E C I L P E R U S A HA

AN

GE

TA

H

EDISI PEMBANGUNAN GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL

Langkah ProaktifRISDA Langkah ProaktifRISDA

laporan penuh muka 4 & 5

Aku tidak pernah bersungutKerana sedari duluAku masih setia bersamamu, kebunkuMenceri rezeki yang dilimpahi AllahBiar turun naik hasilnya kadangkala bak yo-yoNamun aku akur atas ketentuan-Nya

Biar selaut luas keringat mengalirMembasah pipi dalam setiap bening pagiBiar tunggul merah terbit dek gigitan nyamukAku akan setia di sini, bersamamuKebunku…

Aku selesa bersamamuKesetiaanku tidak mungkin berubahBiarpun musim terus bergantiHasilmu tetap ku tuaiBuat menyara anak isteriYang sentiasa merelakanKesetiaan kita

Keringat yang mengalirAdalah bukti cintakuPadamu, kebunku…

Karya :

Smunir Wafa

Kuala Lumpur

(Puisi petikan dari :

Antologi Puisi - Sejujur Langkah Rezeki,

terbitan RISDA)

keringat mengalir

yang

Aku tidak pernah bersungutKerana sedari duluAku masih setia bersamamu, kebunkuMenceri rezeki yang dilimpahi AllahBiar turun naik hasilnya kadangkala bak yo-yoNamun aku akur atas ketentuan-Nya

Biar selaut luas keringat mengalirMembasah pipi dalam setiap bening pagiBiar tunggul merah terbit dek gigitan nyamukAku akan setia di sini, bersamamuKebunku…

Aku selesa bersamamuKesetiaanku tidak mungkin berubahBiarpun musim terus bergantiHasilmu tetap ku tuaiBuat menyara anak isteriYang sentiasa merelakanKesetiaan kita

Keringat yang mengalirAdalah bukti cintakuPadamu, kebunku…

Karya :

Smunir Wafa

Kuala Lumpur

(Puisi petikan dari :

Antologi Puisi - Sejujur Langkah Rezeki,

terbitan RISDA)

Generasi Muda Pekebun Kecil

Perdana Menteriumum RM10 juta jayakan GeMPeK

GeMPeK Landasan Terbaik Sedia Pendapatan Stabil

RISDA sasar ahli 300,000 ahli GeMPeK menjelang 2020

Kandungan1 MUKA DEPAN

2 TINTA KETUA PENGARANG

3 IKLAN

4 PERDANA MENTERI LANCAR PROGRAM GeMPeK PERINGKAT NASIONAL

5 PERDANA MENTERI UMUM RM10 JUTA JAYAKAN GeMPeK

6 GeMPeK LANDASAN TERBAIK SEDIA PENDAPATAN STABIL

7 GeMPeK PASTIKAN RISDA DIPERKASA

8 RISDA SASAR AHLI 300,000 AHLI GeMPeK MENJELANG 2020

9 PROGRAM KEMBARA KELAB GENERASI MUDA RISDA NEGERI JOHOR 2013

10 PELANCARAN KGMR EXPLORE GAP RACE PERINGKAT NEGERI KEDAH

12 PERTANDINGAN FUTSAL PADANG SEMPENA MAJLIS PELANCARAN MINI RTC SUNGAI SIPUTEH, SELAMA PERAK DARUL RIDZUAN

13 PEMBANGUNAN GENERASI MUDA DIPERGIATKAN

14 LENSA SUARA RISDA

16 EKSPLORACE GeMPeK RISDA MELAKA BERKONSEPKAN GAP

17 SEMINAR PEMBANGUNAN JATIDIRI KELAB GENERASI MUDA RISDA (KGMR) NEGERI PERAK 2013

18 PROGRAM PEMBANGUNAN GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL (GeMPeK) RISDA

19 GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL (GeMPeK)

20 PENGURUSAN KEBUN YANG BETUL MAMPU TINGKATKAN PRODUKTIVITI HASIL

22 KELAB USAHAWAN GENERASI KEDUA - MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PENINGKATAN EKONOMI PEKEBUN KECIL

24 AHLI GeMPeK SERTA ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 TAHUN BAGI PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

25 PROGRAM HIMPUNAN TRANSFORMASI GeMPeK PERINGKAT RISDA NEGERI PAHANG 2013

26 MODEL PROGRAM GeMPeK

27 LAPORAN AKTIVITI KGMR SEPANJANG TAHUN 2013

28 SAJAK & KARTUN

Sidang Redaksi PenaungDato’ Wan Mohamad Zuki bin Hj. MohamadPenasihatDato’ Hj. Mohamat bin MudaKetua PengarangPn. Hjh. Halimah binti Abd. KadirEditorMuhammad Adnin Bakir bin Abu BakarPenolong EditorNasri bin RahmatPengarangAhli PENYINARPembaca Pruf / Kenyataan GambarAhmad Shahdan bin Md. SidekRohaizam bin IsmailMohd Haniff Ismail MokhtarJurufotoNasri bin RahmatAbd. Malek bin KassimIsmail IshakPengedaranRosmin MohamadJamalludin MohamadSharom SharifMohamad Hasri bin RamliRekaan Grafik & CetakanPercetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd.

Kami mengalu-alukan sumbangan karyaberbentuk penulisan kreatif, puisi, pantun,syair, kata hikmat / mutiara kata, foto danrencana mengenai peristiwa di PT untukdimuatkan di dalam buletin ini.

Sila hantarkan karya anda kepada :

Ketua Pengarang Suara RISDABahagian Komunikasi KorporatTingkat 2, Bangunan RISDAKM 7, Jalan AmpangKarung Berkunci 1106750990 Kuala LumpurTel : 03-42564022Faks : 03-42565599Email : [email protected]

Assalamualaikum dan Salam 40 Tahun RISDA Penuh Jaya

Syukur Alhamdulillah di atas limpah, kurnia dan rahmatNya, Buletin Suara RISDA bilangan kedua 2013 berjaya diterbitkan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan sekalung tahniah kepada semua sidang redaksi di atas usaha murni dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan maklumat terkini kepada pekebun kecil seluruh Negara.

Buat makluman pembaca budiman, pada tahun ini, RISDA telah mengambil langkah proaktif untuk meremajakan sektor pekebun kecil dengan melibatkan golongan muda dalam pelbagai program pembangunan RISDA. Usaha ini merupakan salah satu langkah untuk menarik minat generasi muda menyertai industri getah dan sawit supaya akan wujud pelapis muda sebagai usahawan getah. Mengikut kajian umur pekebun kecil secara puratanya lebih daripada 55 tahun dan adalah menjadi tanggungjawab RISDA untuk melahirkan generasi baru dalam industry getah dan sawit Negara.

Oleh itu, RISDA telah menubuhkan Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil atau GeMPek bagi mendukung usaha memantapkan gerakan generasi muda dalam sector pekebun kecil. Program GeMPek peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di Pekan Pahang menunjukkan RISDA begitu serius mahu memimpin generasi muda dalam aktiviti perladangan.

Oleh itu, adalah menjadi harapan RISDA agar semua pekebun kecil menyahut seruan ini supaya sektor pekebun kecil akan terus mantap dan berdaya saing pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih

Kasihi Pekebun, Sayangi RISDA

Hjh. Halimah binti Abd. KadirKetua Pengarang SUARA RISDA

Tinta Ketua Pengarang

Generasi Muda Pekebun Kecil

Perdana Menteriumum RM10 juta jayakan GeMPeK

GeMPeK Landasan Terbaik Sedia Pendapatan Stabil

RISDA sasar ahli 300,000 ahli GeMPeK menjelang 2020

RISDA telah melancarkan Program Generasi Muda Pekebun Kecil Pekebun Kecil (GeMPeK) Peringkat Nasional pada 13 julai 2013 di Pekan, Pahang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Turut hadir di majlis tersebut adalah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakop, YBhg. Penasihat Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Zainal Abidin Osman, YBhg. Ketua Setiausaha Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Ibrahim Mohamad dan YBhg. Ketua Pengarah RISDA, Dato’ Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad.

Sempena Majlis tersebut YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada RISDA bagi melaksanakan GeMPeK. Beliau juga telah sudi menyampaikan 6 Anugerah kepada generasi muda yang berjaya. Antara Anugerah yang di sampaikan ialah Usahawan Muda Lelaki, Usahawan Muda Wanita, Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) Aktif, Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Aktif, Kelab Usahawan RISDA (RISEC) Aktif, dan Anugerah Khas Bridged Kerja (BKR).

Penubuhan Program GeMPeK ini adalah bertujuan untuk meremajakan sektor pekebun kecil dengan melahirkan generasi pekebun kecil yang berketrampilan dan memiliki daya kepimpinan melalui bimbingan dan latihan. Disamping itu ia juga bertujuan untuk mewujudkan pembangunan sahsiah diri dan kemasyarakatan dalam kalangan generasi muda di samping dapat memupuk potensi kemajuan kerjaya. Program ini akan terus memberi ilmu serta latihan dalam usaha menyediakan golongan muda luar bandar dengan teknologi pertanian terbaru agar menjadi pelapis dalam melonjakan lagi sektor pertanian dalam negara.

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

4 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

Disediakan oleh: Bahagian Pengembangan dan

Pemindahan Teknologi

Perdana Menteri Lancar Program

Peringkat Nasional

1

1 “Penubuhan Program GeMPeK ini adalah bertujuan untuk meremajakan sektor pekebun kecil dengan melahirkan generasi pekebun kecil yang berketrampilan dan memiliki daya kepimpinan melalui bimbingan dan latihan” antara ucapan daripada YAB Perdana Menteri.

2 YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak melancarkan gimik perasmian sempena Program Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) Peringkat Nasional 2013 turut disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakop, YBhg. Penasihat Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Zainal Abidin Osman,YBhg. Ketua Setiausaha Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Ibrahim Mohamad dan YBhg. Ketua Pengarah RISDA, Dato’ Wan Muhamad Zuki bin Mohamad.

3 Para peserta ahli Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA tidak terlepas peluang bergambar kenangan bersama YAB Perdana Menteri.

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 5

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada RISDA bagi melaksanakan Program Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK). Program GeMPeK adalah inisiatif yang amat baik kerana peremajaan dalam kalangan pekebun kecil akan menentukan sektor itu tidak akan menghadapi kelesuan pada masa–masa akan datang. Kesinambungan dari satu generasi ke satu generasi adalah amat penting bagi menentukan sektor pekebun kecil terus maju dan berdaya saing. “Sebab itu, saya amat gembira melihat ramai generasi muda pekebun kecil yang hadir sempena pelancaran GeMPeK ini” antara ungkapan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak semasa Majlis Pelancaran Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA Peringkat Nasional yang berlangsung di Pekan, Pahang. Sementara itu, YAB Perdana Menteri dalam ucapan tersebut turut

m e m a k l u m k a n bahawa kerajaan melalui RISDA akan menyediakan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil RISDA. Bantuan kewangan kepada anak–anak pekebun kecil daripada keluarga berpendapatan rendah itu diberi kerana pelajar peringkat menengah yang berpotensi dan berdaya maju dalam akademik. “Sebagai permulaan, dijangka 2,000 orang pelajar di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menerima bantuan RM 50 sebulan pada tahun mereka mengambil peperiksaan”.

Disediakan oleh: Ahmad Shahdan Md Sidek

Perdana Menteri umum RM10 juta jayakan GeMPeK

1 YAB Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan para peserta ahli Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA.

2 Ramai... Pegawai RISDA dan pekebun kecil serta ahli Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA hadir dengan sambutan yang mengalakkan sempena Program Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) Peringkat Nasional 2013.

6 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Program Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) menyediakan landasan terbaik bagi golongan muda terutamanya di kawasan luar bandar menjana pendapatan stabil dalam sektor perladangan.YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Hj. Apdal berkata sektor perladangan merupakan antara sektor tumpuan Kementerian dan pelbagai langkah telah akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan ia terus menyediakan pendapatan stabil pada setiap masa.

“Walaupun kita sedar sektor ini “fluctuate”, ada meningkat dan menurun,tetapi ada beberapa langkah yang kita akan laksanakan untuk pastikan kita dapat “mitigate” dan imbangi pendapatan ini supaya ia akan dapat kita

stabilkan dan golongan muda ini tertarik untuk ceburkan diri”. YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut positif sasaran 300,000 penyertaan golongan muda dalam program GeMPeK menjelang tahun 2020 mampu dicapai dengan pelbagai langkah termasuk latihan dan imbuhan yang disediakan.RISDA telah melancarkan Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA Peringkat Nasional yang berlangsung di Pekan ,Pahang dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak merupakan inisiatif RISDA dalam usaha meremajakan sektor pekebun kecil. Sehingga kini, seramai 113,000 orang belia muda yang menyertai Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA.

“Kita akan laksanakan untuk pastikan kita dapat

‘’mitigate’’ dan imbangi pendapatan ini supaya ia akan dapat kita stabilkan

dan golongan muda ini tertarik untuk ceburkan

diri dalam sektor perladangan”

antara ungkapan YB Menteri KKLW

Disediakan oleh: Rosmin Mohamad

GeMPeK Landasan Terbaik Sedia Pendapatan Stabil

Pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh RISDA selain dari sektor pertanian untuk menarik minat golongan belia menyertai GeMPeK.

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 7

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

Penubuhan Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA akan menjadi permata bagi memperkasakan peranan yang dipelopori agensi itu sejak 40 tahun lalu. YBhg Pengerusi RISDA, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik berkata, penubuhan kelab tersebut bertujuan menarik minat lebih ramai anak-anak pekebun kecil dalam kalangan 400,000 peserta di seluruh negara menceburi bidang pertanian, selain mewarisi hasil usaha gigih ibu bapa mereka. RISDA tidak menubuhkan GeMPeK, sektor itu mungkin akan berkubur kerana ketika ini kebanyakan pekebun kecil terdiri daripada orang lama yang sudah tidak mempunyai keupayaan untuk meningkatkan produktiviti.

‘’Kita mengambil langkah menubuhkan GeMPeK di seluruh negara yang terdiri daripada anak-anak pekebun kecil kerana mereka ini akan menjadi pelapis untuk meneruskan usaha yang dipelopori RISDA.

‘’Kalau RISDA tidak tubuhkan kelab generasi muda ini, kita bimbang mereka tidak dapat meneruskan usaha yang dijalankan ibu bapa masing-masing dan akhirnya tiada siapa pun nak uruskan kebun-kebun getah, maka sektor ini akan berkubur,’’ antara ucapan oleh YBhg. Pengerusi RISDA semasa melancarkan program Perhimpunan GeMPeK Peringkat Nasional di Kompleks Rakan Muda, Lendu Melaka dan turut hadir juga YBhg Ketua Pengarah RISDA, Dato’ Wan Mohamad Zuki Mohamad dan Pengarah RISDA negeri Melaka, Awiskarni Zukarnaini.

Pada majlis tersebut GeMPeK yang ditubuhkan di setiap negeri menerima peruntukan RM15,000 daripada RISDA.

Menurut YBhg. Pengerusi RISDA, sekurang-kurangnya dengan adanya generasi muda yang dibentuk dalam satu pasukan atau briged, kita sudah ada pelapis yang sedia meneruskan usaha memperkasakan pekebun kecil.

Setakat ini, GeMPeK telah menarik minat ramai anak-anak pekebun kecil seluruh negara apabila kira-kira 9,948 orang telah mendaftar menjadi ahli kelab berkenaan.

“Semua ahli kelab tersebut akan diberi pendedahan latihan dan pengalaman dengan kerjaya yang diperlukan dalam sektor pekebun kecil.

‘’Sebagai contoh, RISDA dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti getah dan bagi tujuan tersebut, ahli GeMPeK akan dilatih dalam pelbagai bidang berkaitan hingga menjadi pekebun terlatih,”

“Kita mengambil langkah menubuhkan GeMPeK di seluruh negara yang terdiri daripada anak-anak pekebun kecil kerana mereka ini akan menjadi pelapis untuk meneruskan usaha yang dipelopori RISDA”.Diantara ucapan oleh YBhg Pengerusi RISDA

GeMPeK Pastikan RISDA Diperkasa

1 YBhg Pengerusi RISDA, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik bersama YBhg Ketua Pengarah RISDA , Dato’ Wan Mohamad Zuki Mohamad melancarkan Program Perhimpunan Generasi Muda Pekebun Kecil ( GeMPeK ) RISDA Malaysia 2013 Di Lendu,Melaka.

2 Sebilangan ramai yang turut hadir diantara anak–anak pekebun kecil dan juga pemaju masyarakat RISDA (PMR).

Disediakan oleh: Ahmad Shahdan Md Sidek

1

2

8 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

RISDA menyasarkan keahlian Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) mencecah 300,000 orang belia menjelang tahun 2020. YBhg. Ketua Pengarah, Dato’ Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad berkata, sasaran tersebut dilihat realistic dan mampu dicapai berdasarkan jumlah keahlian semasa yang mencecah 130,000 orang belia walaupun baru diperkenalkan dua tahun lalu. Bagi mencapai sasaran tersebut, RISDA berusaha menarik 27,000 ahli setiap tahun dan jika berjaya, jumlah 300,000 orang akan dapat dicapai lebih awal. “RISDA akan mempergiatkan usaha mempromosi dan mempelbagaikan lagi aktiviti bagi menarik minat golongan muda untuk menyertai program ini.” Dengan bantuan serta sokongan daripada Kementerian serta Kerajaan, RISDA yakin program GeMPek akan mampu memberi kesan positif

kepada golongan muda di kawasan luar Bandar. Mengikut rekod, anak muda daripada keluarga pekebun kecil kini berjumlah 600,000 orang di seluruh Negara. RISDA sentiasa melihat golongan muda di kawasan luar bandar mampu memberi sumbangan besar khususnya dalam memajukan industri pekebun kecil. Berdasarkan kini, kira-kira 40 peratus populasi penduduk di kawasan luar bandar terdiri daripada golongan muda. YBhg. Ketua Pengarah, Dato’ Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad yakin jika didekati dan diberikan tunjuk ajar, mereka juga boleh membantu mengembangkan sektor pertanian dan perladangan dengan baik.” Program GeMPeK ini akan terus memberi penekanan kepada ilmu serta latihan dalam usaha menyediakan golongan muda luar bandar dengan teknologi pertanian terbaharu.”

Disediakan oleh: Muhammad Adnin Bakir

RISDA sasar ahli 300,000 ahli GeMPeK menjelang 2020

“RISDA menyasarkan keahlian Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) mencecah 300,000 orang belia menjelang tahun 2020”.Di antara ungkapan oleh YBhg Ketua Pengarah RISDA.

Generasi Muda Pekebun Kecil juga boleh membantu mengembangkan sektor pertanian dan perladangan dengan baik.

Majlis pelepasan program tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Asas Tani Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Hj Ismail Bin Mohamed di Stesen RISDA Pagoh di Taman Pagoh Jaya.

Program ini bertujuan menarik minat golongan muda terbabit dalam pertanian kerana kesinambungan mereka diperlukan pada masa akan datang.

Ramai generasi muda hari ini tidak berminat mengusahakan kebun getah milik keluarga mereka kerana menganggap pekerjaan itu kurang menguntungkan.

Tanggapan itu perlu dibuang kerana generasi muda seharusnya berani menyahut seruan kerajaan kerana terbukti pertanian adalah satu perniagaan yang mampu memberi pendapatan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh.

Selain bertujuan menyampaikan maklumat-maklumat mengenai aktiviti-aktiviti mengenai RISDA dan makluman mengenai peluang menyertai perniagaan dalam bidang pertanian seperti pembersihan tapak, kerja penanaman, pembekal dan penjagaan getah, program ini juga dapat menerapkan nilai bekerjasama dalam kumpulan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara anak-anak pekebun kecil dan kakitangan RISDA.

1 Ucapan Perasmian pelepasan Oleh Yb. Tn Hj Ismail Bin Mohamed.

2 Acara gimik pelepasan kepada peserta Program Kembara KGMR Peringkat RISDA Negeri Johor 2013 yang disempurnakan oleh Oleh Yb. Tn Hj Ismail Bin Mohamed bersama Tuan Hj Sahlan B Mahnoon.

3 Penerangan... Para peserta mendengar taklimat oleh Pegawai RISDA.

4 “Menerapkan nilai bekerjasama dalam kumpulan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara anak-anak pekebun kecil dan kakitangan RISDA”.

5 Salah satu acara mengutip biji getah untuk peserta Program Kembara KGMR Peringkat RISDA Negeri Johor 2013.

Pihak Pengurusan RISDA Negeri Johor telah mengadakan Program Kembara KGMR Peringkat RISDA Negeri Johor 2013 pada 1 Oktober 2013 yang lepas. Disertai oleh 100 orang anak pekebun kecil seluruh Negeri Johor.

Disediakan oleh: Mohammad Hazman Ramli

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 9

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

1

2

3

4

5

PROGRAM KEMBARA KELAB GENERASI MUDARISDA Negeri Johor 2013

“Satu Belia, Satu Malaysia” adalah salah satu Dasar Kerajaan di mana belia adalah sebagai penyambung generasi yang berjaya dalam akademik dan juga membantu kerajaan melahirkan modal insan berjiwa besar. Demi mengangkat dasar yang telah dipilih, Pengurusan RISDA Negeri Kedah telah mengadakan Program Sarapan Kasihi Generasi Muda dan Pelancaran KGMR Explore GAP Race Peringkat Negeri Kedah.RISDA Negeri Kedah selaku Agensi perintis telah menjemput Yang Berhormat Datuk Mohd Tajuddin bin Abdullah, ADUN Belantik merangkap EXCO Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah yang dilantik selepas PRU 13 untuk merasmikan majlis pelancaran KGMR Explore GAP Race peringkat Negeri Kedah. Program turut diserikan dengan kehadiran wakil Dato’ Ketua Pengarah RISDA iaitu Tuan Hj. Ahmad Sufi b. Alias, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Korporat) diringi Pengarah RISDA Negeri

Kedah, Tn. Hj. Sopian b. Abu Bakar dan Timbalan Pengarah RISDA Negeri Kedah, En. Ahmad b. Bahari.

Seramai 250 orang peserta yang menyertai program ini terdiri daripada ahli-ahli Kelab Generasi Muda dari seluruh Negeri Kedah. Sebahagian daripada peserta iaitu seramai 60 orang telah dipilih untuk menyertai aktiviti KGMR Explore GAP Race di mana mereka telah dibahagikan kepada 12 kumpulan yang diberi nama sempena nama-nama yang berkaitan GAP seperti Kumpulan ’BCMP’, ’Roundup’, ’CIRP’,

’Mortex’, ’KGK’ dan beberapa nama lain yang berkenaan.

Program dimulai dengan Sarapan Kasihi Generasi Muda 12 kumpulan dilepaskan serentak dari PRS Pokok Sena ke Kg. Mata Ayer untuk aktiviti Menanam (GAP 1) BCMP 2 tingkat daun keras. Antara kriteria yang dititikberatkan dalam aktiviti ini adalah seperti saiz lubang tanaman, pengasingan tanah bahagian atas dan tanah bawah serta kaedah penambahan CIRP dan belerang yang betul. Lokasi kedua adalah di Kg. Bkt. Pak Kiau, Pokok Sena bagi

10 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

Disediakan oleh: Norsyahrina Salahuddin @ Salehuddin

Pelancaran KGMR EXPLORE

GAP RACE Peringkat Negeri Kedah

Pada 29 April 2013 di PRS Pokok Sena, Kedah.

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

1

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 11

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

aktiviti meracun (GAP 1) Getah Muda. Peserta didedahkan dengan aspek keselamatan yang wajib dilaksanakan dalam aktiviti meracun seperti memakai pakaian yang sesuai, kadar semburan racun yang digunakan serta meracun ditempat yang sepatutnya bagi pokok getah muda.

Seterusnya, peserta melaksanakan aktiviti membaja getah muda (GAP 2) di Kg. Bkt. Payong, Pokok Sena. Kadar Baja dan kaedah taburan baja yang betul telah dipraktikkan. Selepas aktiviti membaja, peserta meneruskan cabaran dalam aktiviti GAP 3 iaitu Rangsangan di Kg. Pdg. Kerasak, Kuala Nerang. Antara aspek yang diadili merangkumi kaedah sapuan etefon, kadar sapuan dan kekemasan sapuan yang dilaksanakan. Lokasi terakhir peserta adalah di Kg. Rambutan, Pdg. Terap di mana peserta didedahkan dengan aktivti penorehan dan pengiraan harga getah di ladang (GAP 4).

Program berakhir di PRS Pokok Sena dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah kepada para peserta terlibat.

Secara keseluruhannya, konsep “Kasihi Pekebun, Sayangi RISDA” dapat dijayakan dan dikongsi bersama antara RISDA dan Pekebun kecil khususnya golongan Generasi Muda. Melalui Program KGMR Explore GAP Race ini, generasi muda pekebun kecil telah didedahkan dengan Amalan Pertanian Baik (GAP) yang betul untuk dipraktikkan di lapangan. Rata-rata peserta program berpuas hati dan berharap program seperti ini diperbanyakkan, di samping ia turut melibatkan penglibatan kakitangan RISDA seterusnya mengeratkan perhubungan di antara RISDA dan generasi muda pekebun kecil.

1 ”Satu Belia, Satu Malaysia ” adalah salah satu Dasar Kerajaan di mana belia adalah sebagai penyambung generasi yang berjaya dalam akademik dan juga membantu kerajaan melahirkan modal insan berjiwa besar ” antara ucapan oleh YB Datuk Mohd Tajuddin bin Abdullah, ADUN Belantik merangkap EXCO Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah.

2 YB Datuk Mohd Tajuddin bin Abdullah melancarkan gimik perasmian tanda bermulanya KGMR Explore GAP Race Peringkat Negeri Kedah turut bersama Ybhg. Tuan Hj. Ahmad Sufi b. Alias, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Korporat) diringi Ybrs. Pengarah RISDA Negeri Kedah, Tn. Hj. Sopian b. Abu Bakar.

3 Sebahagian para peserta KGMR Explore GAP Race Peringkat Negeri Kedah menikmati juadah sebelum pertandingan bermula.

4 YB Datuk Mohd Tajuddin bin Abdullah sempat beramah mesra bersama para peserta KGMR Explore GAP Race Peringkat Negeri Kedah.

2

3 4

Pertandingan Futsal Padang anjuran bersama Pejabat RISDA Daerah Larut Matang, Selama & Kerian serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama telah diadakan pada Rabu, 11 Julai 2012 seawal 8.00 pagi bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Siputeh, Selama, Perak bersempena pelancaran Mini RTC Sungai Siputeh. Kejohanan tersebut telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan tanpa ada berlaku sebarang pergaduhan.

Dianggarkan sekitar 400 orang pemain termasuk penyokong mereka turut bersama di padang Futsal Sekolah Kebangsaan Sungai Siputeh. Sebanyak 20 pasukan di kalangan Penduduk Kampung Setempat dan Ahli-ahli Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) dari seluruh Daerah di Negeri Perak telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dijalankan secara kumpulan dalam pusingan pertama seterusnya secara kalah mati dalam pusingan kedua.

Kehadiran Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama YB. Dato’ Haji Mohamad Daud Bin Haji Mohd Yusoff bersama Pengarah RISDA Negeri Perak, Tuan Haji Amran Bin Jaafar, Pegawai

RISDA Daerah Encik Nor Afzami Bin Isa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Guru Besar Sekolah, Ketua-Ketua Kampung serta para jemputan telah memeriahkan lagi Maljis Perasmian serta Penyampaian Hadiah kepada para pemenang. Hadiah Tempat Pertama telah dimenangi oleh Pasukan Belia Selama dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 800.00 beserta medal. Bagi Tempat Kedua dimenangi oleh Pasukan Belia Sungai Bayor dan Tempat Ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan Belia Sungai Siputeh yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM500.00 dan RM300.00 beserta medal.

Selain pertandingan Futsal pihak penganjur juga ada mengadakan acara lain seperti Kursus Literasi Komputer, Pertandingan Gubahan Bunga Daun Getah, Pertandingan Melukis untuk kanak kanak, Ceramah Perdana oleh Ustaz Kazim Elias al-Hafiz serta beberapa acara lain yang berjaya menarik ramai pengunjung sempena Majlis Pelancaran Mini RTC Sungai Siputeh, Selama, Perak yang telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Khamis 12 Julai 2012.

1 YB. Dato’ Haji Mohamad Daud Bin Haji Mohd Yusoff bersama Pengarah RISDA Negeri Perak, Tuan Haji Amran Bin Jaafar menyampaikan hadiah Johan bagi Pertandingan Futsal Padang sempena Majlis Pelancaran Mini RTC Sungai Siputeh yang telah dimenangi oleh Pasukan Belia Selama.

2 Pasukan Belia Selama dan Pasukan Belia Sungai Bayor bergambar kenangan sebelum acara akhir Pertandingan Futsal Padang berlangsung.

3 Kita Juara!!..Pasukan Belia Selama menjuarai Pertandingan Futsal Padang sempena Majlis Pelancaran Mini RTC Sungai Siputeh.

PERTANDINGAN FUTSAL PADANG SEMPENA MAJLIS PELANCARAN MINI RTC SUNGAI SIPUTEH,

SELAMA PERAK DARUL RIDZUAN

12 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Disediakan oleh SYED MUHAMAD FAIZAL B. SYED HASSAN

RISDA Negeri Johor telah mengadakan Program Motivasi dan Jatidiri Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) di Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pekan Nenas, Pontian, Johor Darul Takzim. Seramai 100 orang peserta dari kalangan generasi muda anak pekebun kecil seluruh Negeri Johor telah menghadiri program 3 hari 2 malam itu. Peserta yang dipilih adalah dikalangan pelajar lepasan SPM yang masih tercari-cari peluang-peluang untuk menyambungkan pelajaran dan pekerjaan.

Objektif program tersebut adalah bagi menarik minat generasi muda dalam sektor pertanian terutamanya getah dan sawit. Ianya juga bertujuan membawa generasi muda berpandangan jauh kehadapan dan berfikiran positif untuk satu jangka masa ynag panjang disamping menerapkan nilai-nilai jati diri dikalangan peserta-peserta kursus. Disamping itu para peserta juga diberi penekanan dalam aspek kepimpinan, kemasyarakatan dan penerapan nilai-nilai murni dan agama.

Aktiviti program tersebut melibatkan ceramah dan aktiviti luaran. Antara aktiviti yang diadakan adalah taklimat berkaitan program-program RISDA, ceramah motivasi, aktiviti dalam kumpulan, Kembara Belantara dan aktiviti-aktiviti yang menguji kecergasan diri dan daya kepimpinan.

Peserta kursus juga telah didedahkan mengenai syarikat milikan RISDA dan peluang-peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh peserta melalui slot taklimat yang disampaikan oleh RISDA Semaian & Lanskap Sdn Bhd dan RISDA Plantation Sdn Bhd. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah RISDA Negeri Johor, Tn Hj Omar b Paimin.

Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini, akan menjadikan generasi muda pekebun kecil lebih bersemangat dan berminat untuk menceburi bidang pertanian seiring dengan keperluan masa kini dimana sektor pertanian dapat diremajakan dengan penyertaan generasi-generasi muda.

1 Para peserta diberi penerangan semasa Program Motivasi dan Jatidiri Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) dijalankan.

2 Program yang telah dijalankan dapat memupuk semangat berpasukan dan dapat mengeratkan hubungan diantara para peserta yang lain.

3 Bertungkus lumus… Salah satu peserta yang terlibat dalam acara yang telah dijalankan.

4 Mencuba… Tidak mematahkan semangat para peserta wanita mencuba aktiviti yang mencabar untuk bersaing dengan peserta yang lain

5 Berpasukan… Membantu antara satu yang lain diterapkan dalam Program Motivasi dan Jatidiri Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) dijalankan.

Pembangunan Generasi Muda Dipergiatkan Disediakan oleh : Aziah Saadon

2

3 4 5

1

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 13

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

PIHAK

BE

RK

UA

SA

KE

MA

JU

AN

PE K E B U N K E C I L P E R U S A HA

AN

GE

TA

H

EDISI PEMBANGUNAN GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL

LENSA RISDA 4

2

6 8

9

5110

7 3

14 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

PIHAK

BE

RK

UA

SA

KE

MA

JU

AN

P

E K E B U N K E C I L P E R U S A HA

AN

GE

TA

H

EDISI PEMBANGUNAN GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL

LENSA RISDA 4

2

6 8

9

5110

7 3

1 Cuba….Salah satu program yang diterapkan oleh pihak RISDA kepada golongan muda pekebun kecil melalui aktiviti di ladangan bagi tujuan menarik minat golongan muda pekebun kecil untuk menceburi bidang keusahawanan getah.

2 Bergambar kenangan ahli Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil RISDA bersama pengurusan tertinggi RISDA sebelum acara akhir Kejohanan Futsal Padang di RTC Gopeng, Perak.

3 YBhg. Pengerusi RISDA, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik menyampaikan replika mock check peruntukan Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA Malaysia 2013 kepada YBhg. Ketua Pengarah RISDA, Dato’ Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad di Kompleks Rakan Muda,Lendu,Melaka.

4 Anugerah…Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA Melaka menerima anugerah kelab terbaik yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib bin Tun Abdul Razak di Majlis Pelancaran Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) Peringkat Nasional 2013 di Pekan,Pahang.

5 “ Satu Belia, Satu Malaysia”… YBhg Ketua Pengarah RISDA, Dato’ Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad turun padang bergambar kenangan bersama ahli Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil RISDA Negeri Terengganu semasa melanacarkan Program Kasihi Pekebun Peringkat Negeri Terengganu.

6 Tidak menjadi penghalang… Salah satu peserta wanita mencuba untuk mempelajari teknik membuka tapak torehan sebelum melakukan kerja penorehan pada pokok getah.

7 Rasmi... YB Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal Menteri KKLW menendang bola tanda gimik perasmian kejohanan kejohanan futsal padang Generasi Ke-2 RISDA Negeri Sabah di Semporna,Sabah.

8 Lantik…Sebahagian peserta menerima sijil watikah pelantikan ahli Bridged GeMPek peringkat Negeri Melaka 2013.

9 Bergabung… Pasukan bridged seni RISDA dan ahli Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil ( GeMPeK) RISDA berkobalirasi membuat persembahan sempena Majlis Pelancaran Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) Peringkat Nasional 2013 di Pekan,Pahang.

10 Alah bisa tegal biasa... Walaupun keadaan padang lecak para pemain bertungkus lumus bermain demi menunjukkan semangat kesukanan pada kejohanan futsal padang Generasi Ke-2 RISDA Negeri Sabah di Semporna, Sabah.

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 15

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

RISDA perlu melaksanakan pelbagai usaha untuk meremajakan sektor pekebun kecil dengan penglibatan golongan muda sebagai pelapis bagi memodenkan industri getah negara.

Langkah itu perlu kerana antara isu yang dihadapi oleh industri getah tempatan kini adalah rata-ratanya umur pekebun kecil telah melebih 55 tahun.

Justeru, langkah awal RISDA ialah perlu mengadakan pelbagai aktiviti supaya dapat menarik minat generasi muda menyertai industri getah dan sawit dan seterusnya dapat mengambil alih dan mengusahakan kebun-kebun ibu bapa mereka.

Bagi menarik minat golongan ini, RISDA Melaka telah menganjurkan satu pertandingan ‘Eksplorace’ yang berkonsepkan Amalan Pertanian Baik (GAP). Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan mengenai GAP kepada generasi muda pelapis dalam industri getah khususnya di Melaka.

Seramai 60 peserta yang terdiri generasi muda anak-anak pekebun kecil RISDA diwakili dari enam kawasan Pejabat RISDA Stesen di negeri Melaka. Acara Eksplorace tersebut telah diadakan di Melaka Tropikal Fruit Farms (MTFF), Sungai Udang, Melaka yang lengkap dengan pelbagai kemudahan rekreasi dan tanaman pertanian (agrotourism).

Semasa pertandingan dijalankan setiap kumpulan (10 kumpulan) perlu menjawab semua soalan-soalan yang berkaitan dengan GAP sebelum

meneruskan tugasan-tugasan lain yang diberi. Justeru secara tidak langsung kaedah pembelajaran GAP dapat diterapkan melalui pertandingan ‘Eksplorace’.

Peserta perlu menempuh sepuluh halangan antaranya ‘Nujum Biji Getah, Tangkap Ikan Keli, Menoreh Getah, Titian Ke Ladang, Pemasan Getah, Khemah Pekebun, Berakit, Memanah, Rempuh Halangan sehingga kepada acara yang paling digemari iaitu Flying Fox.

Pada akhir pertandingan, kumpulan TeamWanted dari pejabat stesen Jasin telah menjuarai acara keseluruhan. Manakala kumpulan Seiki 7 dari pejabat stesen Masjid Tanah tempat kedua dan kumpulan Getah-getah Power dari pejabat stesen Alor gajah di tempat ketiga.

Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Pengarah RISDA Negeri Melaka, Encik Alias Japri semasa di majlis perasmian penutup program. Turut hadir pada penyampaian itu ialah Timbalan Pengarah RISDA Negeri, Hj Abd Rahman Sazli Zainal Abidin, Sdr. Md Sulaimi Md Nor, Ketua Unit Pengembangan Negeri serta penyelaras program, En. Mohamad Zafarzin Ibrahim.

Menurut En. Alias Japri semasa berucap di majlis penutup berkata “Aktiviti seumpama ini amat bertepatan dan bersesuaian dengan jiwa remaja masa kini yang lasak dan memerlukan cabaran. Elemen mental dan fizikal yang mantap

membolehkan mereka perlu bersaing memenangi pertandingan tersebut.”

Selain daripada itu tambahnya lagi, penubuhan kelab GeMPek sekurang-kurangnya RISDA telah bersedia melahirkan pelapis generasi kedua yang sedia meneruskan usaha memperkasakan pekebun kecil. Mereka semua akan diberi pendedahan latihan dan pengalaman dengan kerjaya yang diperlukan dalam sektor pekebun kecil.

Mengulas lanjut, En. Alias Japri berkata, setakat ini GeMPek, telah menarik minat ramai anak-anak pekebun kecil seluruh negeri Melaka apabila kira-kira 780 orang telah mendaftar menjadi ahli kelab berkenaan.

1 “Aktiviti seumpama ini amat bertepatan dan bersesuaian dengan jiwa remaja masa kini yang lasak dan memerlukan cabaran. Elemen mental dan fizikal yang mantap membolehkan mereka perlu bersaing memenangi pertandingan tersebut”. Antara ungkapan Ybrs. Pengarah RISDA Negeri Melaka, Encik Alias Japri.

2 Seramai 60 peserta mengambil tempat dengan penuh semangat sebelum acara Explorace Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA Negeri Melaka 2013 bermula.

3 Salah satu cabaran yang harus dilakukan kepada para peserta bertujuan memupuk semangat bekerjasama diantara satu yang lain.

4 Para peserta yang terlibat bergambar kenangan bersama Ybrs. Pengarah RISDA Negeri Melaka di majlis penutupan Explorace Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA Negeri Melaka 2013.

Eksplorace GeMPeK RISDA Melaka Berkonsepkan GAP

Disediakan oleh : Azhari, RISDA Melaka.

1 2 3 4

16 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Pada 2 Julai 2013 bertempat di Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) Perak, Padang Rengas, telah berlangsungnya satu majlis iaitu Program Seminar Pembangunan Jati Diri Ahli Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) yang melibatkan 120 orang ahli generasi muda anak-anak pekebun kecil RISDA dari seluruh negeri Perak. Pelaksanaan majlis tersebut sebagai menyambut satu dasar kerajaan ‘SATU BELIA SATU MALAYSIA’ di mana belia adalah sebagai penyambung generasi yang berjaya dalam akademik dan juga membantu kerajaan melahirkan modal insan berjiwa besar.

Antara tujuan program ini adalah untuk mengumpulkan generasi muda pekebun kecil di bawah satu organisasi atau kelab dan mengeratkan lagi hubungan generasi muda pekebun kecil dengan RISDA melalui aktiviti yang dianjurkan. Selain itu juga, program ini dapat meningkatkan kesedaran generasi muda tentang peluang dan potensi kerjaya dan keusahawanan di dalam bidang pertanian. Ianya selari dengan moto RISDA ‘KASIHI PEKEBUN KECIL’ iaitu mewujudkan ikatan kasih sayang dan saling bantu-membantu antara satu sama lain terutamanya dalam hidup bermasyarakat.

Program ini berlangsung selama tiga hari dua malam di mana anak-anak pekebun kecil ini sanggup berkorban meninggalkan kampung halaman demi mengisi masa dengan ilmu pengetahuan yang amat bernilai. Pada hari pertama program, satu slot ceramah agama khas yang disampaikan oleh A.F. Ustaz Haji Mohd Kazim bin Elias Al-Hafiz, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Ipoh yang bertajuk ‘PERANAN GENERASI MUDA DALAM PEMBANGUNAN UMMAH’ yang mana diharapkan mampu menyuntik jiwa insan yang berguna dalam masyarakat.

Hari kedua program pula, program dimulakan dengan solat subuh berjemaah seterusnya pengisian diisi dengan empat slot ceramah dari agensi yang di jemput khas. Bagi slot pertama dan kedua ceramah adalah mengenai ‘Keusahawanan’ yang disampaikan oleh pihak TEKUN dan MARA. Pada petangnya pula selepas waktu makan tengahari, slot ceramah ketiga dan keempat telah disampaikan oleh Pihak RISDA yang bertajuk ‘Peluang Kerjaya di RISDA dan ‘Peluang Kerjaya di Syarikat Milikan RISDA (SMR) yang disampaikan oleh RISDA Holdings.

Pada malamnya pula, program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Exco Kerajaan Negeri

Perak, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan. Di dalam ucapan beliau, Y.B Dato’ telah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada RISDA Negeri Perak kerana berjaya mengumpul anak-anak muda generasi pekebun kecil dari seluruh Negeri Perak, ianya selari dengan seruan kerajaan ‘BELIA MALAYSIA PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGARA’. Di dalam ucapan beliau juga berkata, secara statistiknya 50% penghuni negara kita adalah di kalangan belia untuk menghayati dan menginsafi peranan yang perlu dizahirkan belia bagi meneruskan kelangsungan citra peradaban bangsa kerana belia adalah aset negara yang sangat tinggi nilainya yang akan menentukan jatuh bangun dan letak duduk pembangunan negara.

Hari terakhir program ini telah dimanfaatkan dengan lawatan sambil belajar ke tempat Projek Pusat Timbang dan Stor (PTS) Slim River, Perak. Ahli Kelab Generasi Muda ini secara tidak langsung dapat melihat sendiri bagaimana PTS tersebut dijalankan sambil diberi taklimat oleh Pengusaha Pusat Timbang Dan Stor (PTS) Slim River yang merupakan usahawan muda bimbingan RISDA. Banyak pelajaran yang telah dilihat sendiri oleh mereka semasa berada disini.

Program selama tiga hari dua malam ini tersebut telah dapat membuka mata dan meluaskan pemikiran pada satu hari nanti untuk diguna pakai untuk terus menyambung warisan pekebun-pekebun kecil yang terdiri daripada ibu bapa mereka di masa akan datang.

1 Seramai 120 orang Peserta Program Seminar Pembangunan Jati Diri Ahli Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) bergambar kenangan bersama.

2 Penceramah jemputan khas A.F. Ustaz Haji Mohd Kazim bin Elias Al-Hafiz turut hadir memberi suntikan semangat dan jati diri kepada para peserta yang terlibat.

3 Motivasi… Program Seminar Pembangunan Jati Diri Ahli Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) yang telah dijalankan pihak RISDA dapat memberi motivasi dan jati diri kepada para peserta yang terlibat.

4 Y.B. Dato ‘ Haji Saarani bin Mohamad, Exco Kerajaan Negeri Perak menyampaikan replika mock cheque kepada wakil penerima kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) Perak bersama Ybrs. Pengarah RISDA Negeri Perak, Tuan Haji Amran Bin Jaafar.

SEMINAR PEMBANGUNAN JATIDIRIKelab Generasi Muda RISDA (KGMR) Negeri Perak 2013

31 4

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 17

Disediakan oleh: Syed Muhamad Faizal B. Syed Hassan

PROGRAM PEMBANGUNAN GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL (GeMPeK) RISDA

Logo

Visi Misi

tagline

Kasihi GeMPeK

Meremajakan sektor pekebun

kecil

Menarik minat Generasi Muda kepada industri getah & sawit

Negara

18 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

RISDA telah menyusun beberapa Objektif, Strategi, Aktiviti dan Pelan Tindakan untuk pembangunan Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) yang bertujuan melahirkan generasi muda yang profesional dalam aktiviti perladangan getah.

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 19

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL (GeMPeK)Perhimpunan Gempek Sempena 40 Tahun RISDA Penuh Jaya

Pertandingan GAP Kelantan

20 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Pengurusan Kebun Yang Betul Mampu Tingkatkan Produktiviti HasilDisediakan oleh: Mohd Zakri Hussin

Bermula daripada peringkat pembangunan tanah yang dilaksanakan, setiap pekebun itu perlu membuat perancangan lebih teliti. Seumpamanya bagi menyediakan tapak tanaman yang terbaik, samada kawasan itu tanah rata, berbukit atau beralun. Begitu juga pemuliharaan tanah, pembinaan teres, parit serta jalan pertanian harus diberi perhatian.

Pada peringkat awal pembersihan kawasan seperti proses menebas tebang pokok getah tua atau sawit perlu dibuat sebaik mungkin dengan menggunakan jentolak dan mengbungkas tunggul-tunggul lama serta akar. Penggunaan bahan kimia untuk mempercepatkan berlaku pereputan boleh juga dibuat selain membuat pembakaran. Untuk membuat pembakaran secara terbuka pekebun perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di kawasan berhampiran.Membaris dan melubang tanaman juga menjadi faktor penting bagi menentukan jumlah kepadatan tanaman mengikut keluasan kebun yang dimajukan. Manakala lubang tanaman haruslah dibuat

mengikut kedalaman dan keluasan yang disyorkan. Ini kerana proses penyebaran akar tidak terbantut dan penyerapan pemakanan dapat diterima dengan cepat.

Sumber benih yang bermutu boleh menjamin kecepatan tumbesaran pokok. Baka yang baik boleh menjamin pengeluaran hasil yang tinggi dan ketahanan dari segi serangan penyakit pokok samada pada peringkat awal tanaman mahupun peringkat matang dapat diatasi.

Peringkat awal penanaman iaitu tahun pertama dan kedua memerlukan penjagaan rapi, ini bagi memastikan agar tanaman itu dapat melepasi proses pertumbuhan awal. Pada peringkat itu pertumbuhan rumpai, penerimaan baja dan pendahanan akan berlaku dengan cepat. Selain itu amalan agronomi yang diamalkan secara betul boleh memberi kesuburan pokok yang cepat. Jika pekebun tidak membuat lawatan susulan yang kerap ke kebun berkenaan akan berlakulah pembantutan pokok berkenaan. Proses penyulaman dan pembersihan semula kebun perlu dilakukan dan dengan demikian peningkatan masa

dan wang akan berlaku. Maka dengan itu matlamat sebenar yang disasarkan oleh RISDA bagi tanaman getah sebelum ini kepada budaya 4 ½ tahun ini tidak akan kecapaian.

Apabila pokok mencapai tahap matang atau melebihi 45 cm ukurlilit, proses membuka tapak torehan perlulah dibuat. Sepatutnya pekebun tidak perlu menunggu masa yang lama atau sayang untuk membuat penorehan jika ianya mencapai tahap sebenar. Jika pokok tidak ditoreh pekebun kecil akan menanggung kerugian tanpa disedari bahawa mereka akan menggunakan kewangan yang lebih dan merugikan masa. Sepatutnya mereka perlu membuat pengiraan hasil yang sepatutnya diterima bukan mengeluarkan modal untuk membersihkan kebun atau membeli baja penyubur.

Bagi menjamin kelangsungan dan kestabilan pengeluaran hasil latek, soal membaja pokok juga harus dititikberatkan. Ini merupakan faktor paling penting bagi menjamin kesihatan pokok tanaman serta memberi kestabilan hasil sepanjang masa. Proses membaja ini seharusnya

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 21

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

diamalkan sekurang-kurang dua kali setahun iaitu perlaksanaan pada bulan Mac dan Julai. Ini sebagai memastikan setiap kebun-kebun yang diuruskan itu hidup subur dan dapat meningkatkan produktiviti hasil yang tinggi.

Selain itu faktor menoreh mengikut giliran dan teknik menoreh yang betul perlu diberi perhatian. Segala arahan dan panduan dalam melaksanakan penorehan yang betul, pekebun kecil berkenaan perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi berkenaan seperti RISDA dan LGM. Jika amalan ini dibuat dengan teliti dan mengikut arahan yang tepat, pengeluaran hasil boleh meningkat dari masa ke semasa.

Apabila pokok getah telah kehabisan penal di bawah paras 150cm ke bawah, dengan 2 kali ulangan tiap penal kiri dan kanan sepatutnya Torehan Menaik Terkawal (TMT) perlu diteruskan. Ini bagi menggunakan secara semaksimun mungkin kulit dara pokok getah pada paras melebihi 150cm ke atas. Pada kebiasaannya umur pokok yang perlu diamalkan torehan seperti itu, antara 20 tahun

hingga 25 tahun malah ada sehingga 30 tahun mengikut klon yang ditanam.

Selain itu penggunaan bahan penggalak latek yang bersesuaian perlu diamalkan bilamana pokok getah meningkat umur melebihi 15 tahun ke atas. Bahan itu boleh membantu merangsangkan pengeluaran latek dan cara menggunakannya mesti mengikut arahan dan tunjukajar daripada agensi berkenaan. Amalan itu patut dibuat pada pokok getah yang betul-betul sempurna pembajaannya dan sihat sahaja.

Peringkat akhir perlu dilalui oleh penoreh adalah peringkat pemasaran hasil kebun. Bagi mendapatkan harga pasaran yang betul-betul stabil dan tidak merugikan penoreh, urusan jual beli getah seharusnya diberi perhatian juga. Di sinilah segala penat lelah selama ini dibantingkan, hasil yang diterima biarlah betul-betul setimpal dengan tenaga yang dicurahkan. Pekebun jangan tertipu dengan pelesen luar yang membuat urusan tersebut. Mereka adalah golongan orang tengah yang akan merampas

segala usaha pekebun tanpa sedar. Untuk menjamin kelangsungan harga dan menguntungkan, pekebun kecil haruslah bersatu dan wujudkan penyatuan kebun termasuk buat jualan hasil getah secara tender. Penendaran ini harus dibuat dua kali seminggu kerana harga semasa sentiasa berubah pada tiap hari.

Dengan terbentuknya Ahli Jawatankuasa Sebut Harga Tender di Pusat Pembelian Hasil (PPH) atau Depo ini, dapatlah memudahkan pekebun kecil berkenaan membuat penjualan hasil mereka tanpa bersusah payah lagi. Selain itu tabungan untuk kegunaan membeli baja atau lain-lain keperluan kebajikan juga dapat diwujudkan dalam kelompok yang ditubuhkan.

Jika usaha penjagaan awal kebun dilakukan secara teratur sudah pasti ianya mendatangkan keuntungan kepada sektor pekebun kecil secara menyeluruh. Ditambah pula dengan adanya pakatan secara berkumpulan dan jalinan pasaran yang baik boleh menguatkan lagi pengukuhan sektor ini mencapai kecemerlang sebenar.

Penanaman & Penyelenggaraan Pembajaan

Rangsangan Penorehan & Penuaian

KELAB USAHAWAN GENERASI KEDUA - Memastikan Kesinambungan Peningkatan Ekonomi Pekebun Kecil Disediakan oleh : Sharudin Abdullah

N a m u n p e r l a h a n - l a h a n konsep tersebut telah berubah memandangkan kepada kemajuan yang dicapai dalam bidang keusahawanan yang menjadikan sebilangan daripada mereka lahir sebagai pengusaha yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Dalam soal ini, RISDA telah mengorak langkah yang tepat dalam melahirkan pekebun kecil yang bergelar usahawan untuk mengusahakan produk

tanaman, ternakan, akuakultur dan ekonomi desa, termasuk kraf daun getah, kraf kayu getah, kraf anyaman, tekstil, seramik dan makanan di bawah bimbingan agensi tersebut. Setakat ini lebih daripada 6,500 usahawan pekebun kecil telah dilahirkan di seluruh pelusuk negara, di mana kini terdapat antaranya yang mampu bersaing dengan para pengusaha lain termasuk kelompok pengusaha yang lebih dahulu bertapak kukuh. Dan, apa yang lebih membanggakan

lagi ialah terdapat beberapa produk penghasilan mereka yang telah berjaya merentasi dan menembusi hingga ke peringkat global. Situasi ini tentulah menjadi suatu kebanggaan dan mampu menaikkan lagi status usahawan pekebun kecil di Malaysia amnya.

Kini mereka bergabung di bawah nama Kelab Usahawan Pekebun Kecil RISDA yang beroperasi di seluruh negara, dan menjadi salah satu daripada

Dalam ikhtiar untuk menambah sumber ekonomi, pelbagai usaha dilakukan oleh pekebun kecil RISDA seluruh negara melalui pelbagai kaedah dan pendekatan yang bersesuaian. Senario ini menjelmakan konsep ‘berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak’ diaplikasikan pada awalnya oleh para pekebun kecil getah yang rata-ratanya sekadar mengharapkan hasil torehan di kebun pada setiap hari.

22 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

1

wadah dalam memperkasa kumpulan sasar berkenaan ke arah memastikan misi menjana pendapatan mereka kepada nilai RM2,500.00 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun 2015 menjadi realiti. Prestasi mereka setakat ini adalah amat membanggakan dan hasil daripada usaha-usaha tanpa jemu RISDA dalam membimbing mereka, jumlah keahlian ini dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

Namun demikian, atas beberapa hal yang tidak mengizinkan seperti faktor usia yang semakin meningkat, ‘perang’ dunia siber dan teknologi baru serta lain-lain, para usahawan pekebun kecil sedia ada dilihat bakal berhadapan dengan keadaan sukar untuk mendepani situasi tersebut. Maka timbul idea dan saranan supaya mereka bersiap sedia untuk melatih dan menanam minat anak-anak mereka (generasi kedua) agar wujud kesedaran bagi meneruskan usaha-usaha yang dirintis sebelumnya.

Inilah hasil daripada pandangan jauh pengurusan tertinggi terutama oleh Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA, yang melihat senario tersebut sebagai sesuatu yang harus ditangani segera bagi mengimbangi situasi yang melibatkan usahawan sedia ada yang dikira sudah boleh melepaskan ‘baton’ kepada generasi kedua pula. Saranan yang ditimbulkannya sewaktu merasmikan Karnival Usahawan Pekebun Kecil RISDA Terengganu yang diadakan pada 11 November 2012 lalu agak berasas dan perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh para usahawan sedia ada. Pewujudan Kelab Usahawan Generasi Kedua sebagai kelangsungan warisan usaha-usaha yang dirintis oleh ibu bapa mereka dalam melestarikan perniagaan sedia ada adalah jawaban kepada apa yang disarankan oleh Pengerusi RISDA tersebut.

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 23

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

1 “ Pewujudan Kelab Usahawan Generasi Kedua sebagai kelangsungan warisan usaha-usaha yang dirintis oleh ibu bapa mereka dalam melestarikan perniagaan sedia ada adalah jawaban kepada apa yang disarankan “ antara ucapan YBhg Pengerusi RISDA Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik.

2 YBhg. Pengerusi RISDA Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik menyampaikan sijil penubuhan Kelab Usahawan RISDA 2012 kepada peserta yang terlibat.

3 Pihak RISDA sentiasa menerapkan aktiviti dan latihan supaya menarik minat kepada golongan Generasi Kedua bagi menceburi bidang keusahawanan.

4 Senyum… Terdampar senyuman manis yang diberikan tanda kesyukuran,diantara usahawan golongan muda generasi kedua yang berjaya.

2

4

3

“Pewujudan Kelab Usahawan Generasi Kedua sebagai kelangsungan warisan usaha-usaha yang dirintis oleh ibu bapa mereka dalam melestarikan perniagaan sedia ada”

Para peserta bergambar kenangan sebelum acara perbarisan dijalankan.

24 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Kuantan, 31 Ogos – “Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku” merupakan tema yang di pilih pada Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Tahun, pada tahun ini. Bertepatan dengan tema tersebut, seramai 56 orang ahli Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPeK) RISDA dan turut disertai kakitangan awam RISDA Pahang seramai 56 orang telah menyertai acara Perbarisan Dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Tahun bagi peringkat negeri Pahang Darul Makmur.

Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan 2013 Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 yang melibatkan penyertaan 101 kontinjen. Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob

serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang.

Wakil Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (GeMPek), Nor Azlinda bt. Abdullah yang ditemui berkata, beliau seronok dan juga mengatakan program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli GeMPek dan dapat mengenali ahli-ahli dari daerah lain memandangkan PRD Pahang Timur merangkumi tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin. Katanya lagi, RISDA telah banyak menjalankan aktiviti dan program yang melibatkan peserta GeMPek seperti Pertandingan Futsal dan Program Motivasi, tetapi ini merupakan kali pertama beliau dapat menyertai program Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang.

Seorang lagi wakil, Mohd Adenan b. Hamzah berkata, beliau berasa amat bertuah dipilih menyertai program ini, kerana inilah kali pertama pihak

RISDA melibatkan ahli-ahli GeMPek menyertai acara Perarakan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang. Tambahnya lagi, penyertaan golongan generasi muda akan menaikkan semangat cintakan tanah air.

Sambutan perbarisan tersebut amat meriah dengan kehadiran pengunjung pelbagai kaum yang hadir beramai-ramai menyaksikan perbarisan kawad kaki dan pertunjukan khas dari pelbagai kontinjen Badan Kerajaan dan Swasta. Majlis yang berakhir jam 12.00 tengahhari ini pastinya meninggalkan kenangan yang sangat bermakna bagi ahli-ahli GeMPek serta kakitangan awam RISDA Pahang yang terlibat dalam Perarakan Hari Kemerdekaan ke-56 ini. Semangat patriotisme dan cintakan tanah air ini mestilah terus dijaga dan disemai agar subur dan mekar sekaligus memastikan Malaysia terus kekal dihormati sebagai sebuah negara yang berdaulat, Dirgahayu Malaysia.

Seramai 300 orang generasi muda pekebun kecil (GeMPeK) negeri Pahang telah menyertai Program Himpunan Transformasi GeMPek Peringkat RISDA Negeri Pahang pada 22 April 2013 yang telah diadakan di dua buah lokasi berasingan iaitu di Dewan Ibnu Sina Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, Pahang dan Gelanggang Futsal One Touch, Temerloh, Pahang.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran, membentuk potensi diri dan menimbulkan minat di kalangan generasi muda terhadap bidang pertanian. RISDA turut mendorong dan menggalakkan anak-anak pekebun kecil memilih kerjaya dalam bidang pertanian. Selain itu, objektif program adalah menjalin dan mengeratkan hubungan antara generasi muda pekebun kecil dengan RISDA.

Program sehari itu diisi dengan aktiviti berbentuk ilmiah dimana peserta yang hadir diberi penerangan dan taklimat berkaitan peluang Pendidikan di Kolej RISDA dan Ceramah Kesedaran diri daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada sesi sebelah pagi.

Pada sesi petang telah diadakan pertandingan Futsal Generasi Muda RISDA bertempat di Gelanggang Futsal One Touch, Temerloh, Pahang. Pertandingan anjuran pengurusan RISDA Negeri Pahang itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada generasi muda pekebun kecil RISDA.

Sebanyak 20 pasukan dari 8 daerah telah berentap dalam pertandingan tersebut merangkumi 10 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita. Juara kategori lelaki disandang oleh pasukan Temerloh, manakala pasukan wanita juga diungguli oleh GeMPek daerah Temerloh.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Alias bin Japri, Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi mewakili Ketua Pengarah RISDA. Beliau dengan tangkas menjaringkan gol tanda gimik perasmian. Turut hadir Pengarah RISDA Negeri Pahang, En. Md Tahir bin Othman selaku tuan rumah.

1 Peserta yang hadir diberi penerangan dan taklimat berkaitan peluang Pendidikan di Kolej RISDA dan Ceramah Kesedaran diri daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

2 Tuan Haji Alias bin Japri, Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi mewakili Ketua Pengarah RISDA dengan tangkas menjaringkan gol tanda gimik perasmian.

3 Tuan Haji Alias bin Japri sempat bersalaman dengan peserta yang terlibat dalam pertandingan Futsal Generasi Muda RISDA.

3

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 25

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

Disediakan oleh : Khairulazianti bt. Abd kadir

2

Program Himpunan

Transformasi GeMPeK PERINGKAT RISDA

NEGERI PAHANG 2013

1

Lirik Lagu

GEMPEKGenerasi Muda Pekebun KecilPelapis Kepimpinan Yang AdaTeguh Peribadi Mulia SetiaPenyambung Usaha Keluarga

Generasi Muda Pekebun KecilSaling Membantu Rakan SaudaraErat Menjalin Hubungan MesraJana Masyarakat Jaya

(Korus)

Gempek Pemangkin Kemajuan NegaraGempek Wadah Generasi Citra BangsaGempek Tanggungjawab Dipikul BersamaGempek Kejayaan Mencetuskan Bangga

Ayuhlah Kita Generasi Penerus ZamanTingkatkan Usaha Semarak Kecemerlangan(2X)

Generasi Muda Pekebun KecilModal Insan Yang Berjiwa BesarIkhlas Berjuang Membela NusaLambang Kemegahan Semua

(Ulang Korus)

Lagu & Lirik Sharudin Abdullah

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

1. KGMR

2. PWPK

3. KPK

4. BRIGED

KERJA

5. R

ISEC

MODEL PROGRAM GeMPeK

26 | Buletin SUARA RISDABil 02/2013

BIL

PRN

JEN

IS A

KT

IVIT

I

1K

edah

1.

Expl

orac

e G

AP

2.

Kur

sus

Kem

ahir

an M

enca

ntum

3.

Kur

sus

Keu

saha

wan

an

4.

Kej

ohan

an F

utsa

l

2K

elan

tan

1.

Kej

ohan

an F

utsa

l

2.

Beng

kel K

erja

ya

3.

Got

ong-

royo

ng m

embe

rsih

mas

jid

4.

Kur

sus

Asa

s M

emba

iki M

otos

ikal

3N

eger

i Sem

bila

n1.

Pr

ogra

m S

ehar

i Ber

sam

a K

GM

R

2.

Kur

sus

Asa

s Ja

hita

n

3.

Kar

niva

l Usa

haw

an

4.

Kej

ohan

an B

ola

Tam

par

4Pe

rlis

1.

Jela

jah

Keb

un

2.

Kur

sus

Kra

ftan

gan

Dau

n G

etah

3.

Akt

ivit

i Got

ong-

royo

ng b

ersi

h ke

bun

4.

Kur

sus

Asa

s M

icro

sof W

ord

5Pa

hang

1.

Kej

ohan

an F

utsa

l

2.

Kur

sus

Bina

Sem

anga

t

3.

Kur

sus

Mem

pros

es D

aun

Get

ah

4.

Kar

niva

l Kes

enia

n &

Keb

uday

aan

6Se

lang

or1.

Su

kan

Jalin

an P

ersa

haba

tan

2.

Expl

orac

e G

AP

3.

Beng

kel P

elua

ng K

erja

ya

4.

Kur

sus

Mak

anan

Sej

uk B

eku

7Pu

lau

Pina

ng1.

Pr

ogra

m M

otiv

asi

2.

Expl

orac

e G

AP

3.

Liga

Fut

sal

4.

Kur

sus

Asa

s M

icro

soft

Off

ice

BIL

PRN

JEN

IS A

KT

IVIT

I

8Te

reng

ganu

1.

Kur

sus

Men

catu

m B

iji G

etah

2.

Kur

sus

Kem

ahir

an S

olek

an A

sas

3.

Beng

kel P

elua

ng K

erja

ya

4.

Kej

ohan

an F

utsa

l

9Pe

rak

1.

Prog

ram

Pem

bang

unan

Jat

idir

i KG

MR

2.

GA

P R

ansa

ngan

3.

Got

ong-

royo

ng m

embe

rsih

TSB

4.

Cera

mah

Ker

jaya

10M

elak

a1.

K

ursu

s K

raft

anga

n D

aun

Get

ah

2.

Kur

sus

Aka

un

3.

GA

P Pe

nana

man

4.

Beng

kel P

erus

ahaa

n M

akan

an

11Jo

hor

1.

Expl

oras

i Usa

haw

an K

GM

R

2.

Kej

ohan

an F

utsa

l

3.

Kur

sus

Kem

ahir

an M

enor

eh

4.

Kar

niva

l IT

12Sa

bah

1.

Seha

ri B

ersa

ma

KG

MR

2.

Beng

kel U

saha

wan

3.

Expl

orac

e G

AP

4.

Cera

mah

pel

uang

Ker

jaya

13Sa

raw

ak1.

K

ursu

s M

ari M

enge

nal P

oten

si D

iri

2.

Kej

ohan

an B

ola

Tam

par

3.

Beng

kel U

saha

wan

4.

GA

P R

ansa

ngan

AK

TIV

ITI K

GM

R S

EPA

NJA

NG

TA

HU

N 2

013

Buletin SUARA RISDABil 02/2013 | 27

PENERAJU KEMAJUAH PEKEBUN KECIL

RISDA KEMENTERIAN KEMAJUANLUAR BANDAR DAN WILAYAH

2013PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH | WWW.RISDA.GOV.MY

PERCUMABIL : 02/2013

PIHAK

BE

RK

UA

SA

KE

MA

JU

AN

P

E K E B U N K E C I L P E R U S A HA

AN

GE

TA

H

EDISI PEMBANGUNAN GENERASI MUDA PEKEBUN KECIL

Langkah ProaktifRISDA Langkah ProaktifRISDA

laporan penuh muka 4 & 5

Aku tidak pernah bersungutKerana sedari duluAku masih setia bersamamu, kebunkuMenceri rezeki yang dilimpahi AllahBiar turun naik hasilnya kadangkala bak yo-yoNamun aku akur atas ketentuan-Nya

Biar selaut luas keringat mengalirMembasah pipi dalam setiap bening pagiBiar tunggul merah terbit dek gigitan nyamukAku akan setia di sini, bersamamuKebunku…

Aku selesa bersamamuKesetiaanku tidak mungkin berubahBiarpun musim terus bergantiHasilmu tetap ku tuaiBuat menyara anak isteriYang sentiasa merelakanKesetiaan kita

Keringat yang mengalirAdalah bukti cintakuPadamu, kebunku…

Karya :

Smunir Wafa

Kuala Lumpur

(Puisi petikan dari :

Antologi Puisi - Sejujur Langkah Rezeki,

terbitan RISDA)

keringat mengalir

yang

Aku tidak pernah bersungutKerana sedari duluAku masih setia bersamamu, kebunkuMenceri rezeki yang dilimpahi AllahBiar turun naik hasilnya kadangkala bak yo-yoNamun aku akur atas ketentuan-Nya

Biar selaut luas keringat mengalirMembasah pipi dalam setiap bening pagiBiar tunggul merah terbit dek gigitan nyamukAku akan setia di sini, bersamamuKebunku…

Aku selesa bersamamuKesetiaanku tidak mungkin berubahBiarpun musim terus bergantiHasilmu tetap ku tuaiBuat menyara anak isteriYang sentiasa merelakanKesetiaan kita

Keringat yang mengalirAdalah bukti cintakuPadamu, kebunku…

Karya :

Smunir Wafa

Kuala Lumpur

(Puisi petikan dari :

Antologi Puisi - Sejujur Langkah Rezeki,

terbitan RISDA)