roadmap pembangunan industri perabot kayu negeri johor

  • View
    264

  • Download
    16

Embed Size (px)

Text of roadmap pembangunan industri perabot kayu negeri johor

  • ROADMAPPEMBANGUNAN

    INDUSTRIPERABOT KAYUNEGERI JOHOR

  • ROADMAP PEMBANGUNAN

    INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOhOR

  • Copyright Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, 2015

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit.

    Diterbit oleh:

    Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Tingkat 13-17, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, Peti Surat 10887, 50728 Kuala Lumpur Tel: +603-9282 2235 Faks: +603-9281 0729 / 9200 3769 E-mel: info@mtib.gov.my Laman web: www.mtib.gov.my

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOhOR

    Bibliografi: P. 33

    ISBN 978-967-5384-50-9

    1. Lumber trade--Johor. 2.Timber--Johor

    I. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

    338.1749809595119

    Dengan kerjasama:

    Pusat Pembangunan Usahawan Negeri Johor (EDC) Lot 40, 42, 44, Uda Business Centre, Jalan Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Tampoi, Johor Bahru, Johor. Tel: +607-244 5644 Faks: +607-244 5844 Laman web: www.edcofjohor.org Facebook: Perbadanan Usahawan Johor - PUJB

  • i

    ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

    KANDUNGAN

    Kata Alu-aluan YAB Menteri Besar Johor ii

    Kata Alu-aluan Ketua Pengarah MTIB iii

    Ringkasan Eksekutif v

    Singkatan Nama vi

    1.1 Latar Belakang 2

    1.2 Status Industri Kayu 2014 3

    1.3 Status Industri Perabot Kayu di Johor 5

    1.4 Taburan Kilang Perabot Kayu di Johor 6

    2.1 ISU 1: Kekurangan Pekerja 8

    2.2 ISU 2: Kilang Tanpa Lesen 9

    2.3 ISU 3: Bahan Mentah 10

    2.4 ISU 4: Penglibatan Bumiputera 11

    3.1 Metodologi 14

    3.2 Teras Strategik 15

    3.3 Objektif Teras Strategik dan Mengatasi Isu 16

    3.4 Kerjasama Strategik Bumiputera Bersama MFA 21

    4.1 Pembangunan Industri Perabot Kayu Masa Hadapan 24

    5.1 Pelan Tindakan Pembangunan Industri Perabot Kayu 26 Negeri Johor

    6.1 Bibliografi 32

  • ii

    ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

    KATA ALU-ALUAN YAB MENTERI BESAR JOhOR

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Muafakat Johor.

    Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia (MPIC), kerana berjaya menerbitkan buku Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor.

    Industri perabot kayu merupakan satu industri yang penting untuk negeri Johor. Pada tahun 2014, nilai eksport perabot kayu Malaysia berjumlah RM6.4 bilion. Johor telah menyumbang sebanyak RM3.61 bilion atau 56.8% daripada jumlah keseluruhan nilai eksport perabot kayu Malaysia itu, berbanding RM2.5 bilion (43.8%) pada tahun 2013.

    Pelancaran buku Roadmap ini diharap dapat menjadi panduan kepada pertumbuhan produktiviti industri perabot kayu, menerusi pelan-pelan strategik yang telah digariskan dan seterusnya mengukuhkan lagi momentum positif ini.

    Ianya disediakan setelah mengambil kira isu-isu semasa seperti soal tenaga pekerja, bahan mentah dan keusahawanan yang menjadi cabaran kepada perkembangan industri, serta turut menggariskan langkah-langkah penyelesaian yang diharapkan dapat dijadikan rujukan utama kepada para pengusaha perabot kayu di Johor.

    Saya berharap para pemain industri akan beroleh manfaat daripada penerbitan ini dan semoga segala perancangan yang telah digariskan di dalamnya dapat dilaksanakan dengan lancar demi kemajuan industri perabot kayu negeri Johor.

    Sekian, terima kasih.

    DATO MOhAMED KhALED NORDIN

  • iii

    ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

    KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAh MTIB

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

    Nilai eksport produk kayu-kayan pada tahun 2014 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 5.4% kepada RM20.8 bilion berbanding RM19.5 bilion pada tahun 2013. Perabot merupakan penyumbang utama kepada nilai eksport produk kayu Malaysia iaitu sebanyak RM6.4 bilion (31%), diikuti oleh papan lapis sebanyak RM5.2 bilion (25%) dan kayu gergaji sebanyak RM2.7 bilion (13%). Produk kayu Malaysia telah dieksport ke 189 negara di seluruh dunia. Pasaran eksport utama pada tahun 2014 adalah Jepun dengan perkongsian pasaran sebanyak RM4.2 bilion (20%), diikuti oleh Amerika Syarikat (AS) sebanyak RM2.4 bilion (12%) dan India dengan nilai RM1.8 bilion (8%).

    Johor merupakan negeri yang paling banyak menyumbang kepada nilai eksport perabot negara. Pada tahun 2014, nilai eksport perabot kayu Malaysia berjumlah RM6.4 bilion, dan Johor telah menyumbang sebanyak RM3.61 bilion atau 56.8% daripada jumlah keseluruhan nilai eksport perabot kayu Malaysia berbanding sebanyak RM2.5 bilion (43.8%) pada tahun 2013. Pada tahun tersebut (2013) nilai eksport perabot Johor menurun sebanyak 26.5% jika dibandingkan dengan tahun 2010 iaitu sebanyak RM3.4 bilion. Sekiranya permasalahan industri di Johor tidak diselesaikan, adalah dikhuatiri prestasi industri ini akan sekali lagi menurun atau merudum pada masa yang akan datang.

    Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor ini dibangunkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan industri perabot kayu negeri Johor terus memainkan peranan yang lebih aktif bagi membantu kerajaan mencapai sasaran Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP) iaitu sebanyak RM53 bilion pada tahun 2020.

    Dalam konteks Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor ini, penekanan aspek seperti isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh industri telah diberi perhatian utama. Pembangunan teras strategik, strategi penyelesaian isu-isu, kerjasama strategik Bumiputera

  • iv

    ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

    bersama Persatuan Perabot Muar (MFA) dan pembangunan industri perabot telah dirangka bagi memastikan kesinambungan industri perabot negeri Johor. Adalah diharap negeri Johor dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam sektor perabot yang pada masa ini 56.8% eksport perabot adalah datangnya dari negeri ini.

    Dalam setiap teras strategik yang telah dirangka ia akan dijalankan oleh MTIB dengan kerjasama rakan strategik melalui Bengkel Pemerkasaan Industri Perabot Johor dan Pelan Transformasi Industri Perabot Kayu Johor. Dengan adanya buku roadmap ini hasil kerjasama dan komitmen oleh kerajaan negeri Johor untuk memajukan industri perabot kayu, diharapkan dapat menjadi panduan bagi menjadikan industri perabot kayu terus berdaya saing dan kompetitif di peringkat global.

    Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya dan semoga program yang dirangka akan dijalankan mengikut sasaran yang telah ditetapkan.

    Sekian.

    DR. JALALUDDIN hARUN Ketua Pengarah MTIB

  • v

    ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

    Ringkasan Eksekutif

    Pelan induk dan hala tuju industri perabot kayu Johor ini dirangka melalui

    penglibatan aktif wakil kerajaan persekutuan dan negeri bagi merungkai

    permasalahan industri dan seterusnya merangka program bersesuaian bagi

    memastikan industri perabot Johor terus memain peranan yang penting

    bagi pertumbuhan dan kelestarian perniagaan perabot Malaysia di peringkat

    global.

    Bertolak dari pelaksanaan Bengkel Pemerkasaan Industri Perabot Johor

    pada 16 April 2014 oleh Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC), satu

    pendekatan holistik bagi memacu daya saing industri perabot yang lebih

    maju telah diberikan perhatian yang serius. Setiap isu dan solusi yang

    digariskan dalam bengkel tersebut menjadi asas kepada permulaan jaringan

    kerjasama strategik antara pihak kerajaan dan swasta dalam bidang

    berkaitan kelestarian perniagaan, keusahawanan, kemahiran teknikal dan

    penerokaan sumber alternatif baru seperti penggunaan batang kelapa sawit

    (OPT) sebagai bahan mentah kepada penghasilan produk papan lapis, kayu

    gergaji dan akhirnya digunakan untuk pembuatan perabot.

    Melalui sesi bengkel yang diadakan, hala tuju industri perabot kayu di

    Johor telah dibincangkan dan dikenalpasti untuk tindakan selanjutnya.

    Untuk itu, beberapa strategi dan program diatur seperti program

    pemutihan kilang, penempatan semula kilang tanpa lesen, pembangunan

    modal insan, pemerkasaan pengusaha Bumiputera. Program-program

    ini sedang diatur bagi membantu menyelesaikan permasalahan industri

    serta mempertingkatkan usaha bagi memperkasa industri perabot Johor

    khususnya dan Malaysia secara keseluruhannya.

  • vi

    ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

    Bp Bumiputera

    EDC _ Pusat Pembangunan Usahawan Negeri Johor

    FDM Furniture Design & Making

    FELCRA FELCRA Berhad

    FELDA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

    FLEGT Forest Law Enforcement, Governance and Trade

    GLULAM Glue Laminated Timber

    JPBDNJ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor

    JSIC Pusat Pelaburan Negeri Johor

    KDRM Kastam Diraja Malaysia

    KPI Indeks Pengukuran Prestasi (KPI)

    MFA Persatuan Perabot Muar

    MFC Malaysian Furniture Council

    MPIC Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

    MPM Majlis Perbandaran Muar

    MRTIA Malaysian Rubberwood Trade Industry Association

    MTIB Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

    MyTLAS Malaysian Timber Legality Assurance System

    NATIP Dasar Perindustrian Kayu Negara

    OBM Own Branding Manufacturing

    ODM Own Design Manufacturing

    OPT Batang kelapa