Report Lgm

Embed Size (px)

Citation preview

ISI KANDUNGAN BIL. 1. 2. 3. 4. PERKARA ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN LAPORAN AKTIVITI: 1. Sesi Pengenalan 2. Penerangan Tentang Teknik Pembiakan Pokok Getah3. Penerangan Tentang Cara Menoreh Getah

MUKASURAT 1 2 3

4 5

6 6 11

4. Penerangan Tentang Sistem LITS (Low Intensity Tapping System 5. Lawatan ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia 6. Lawatan ke Plot Integrasi

11

5. 6. 7.

PENUTUP LAMPIRAN RUJUKAN

12 13 15

1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan berkat limpah kurnia dan pertolongannya dapat juga saya menyelesaikan laporan lawatan ke Lembaga Getah Malaysia dengan agak lancar di bawah bantuan dan tunjuk ajar daripada beberapa pihak. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus AGR3002 Amalan Ladang: Tanaman Perladangan saya, PM. Dr. Sheikh Awadz B. Sheikh Abdullah atas bimbingan dan peluang yang diberikan oleh beliau untuk membuat lawatan ke Lembaga Getah Malaysia. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini iuntuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd. Zailani B. Abdul Razak selaku penyelaras kursus AGR3002 Amalan Ladang: Tanaman Perladangan saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar berkaitan tanaman perladangan sepanjang amali mingguan dijalankan. Akhir sekali ucapan terima kasih juga ditujukan kepada staf Taman Pertanian Universiti UPM bagi seksyen tanamn industri yang telah banyak memberikan maklumat yang berguna di samping praktikal yang dijalankan bagi membantu melengkapkan hasil laporan saya ini. Segala bantuan yang diberi adalah amat saya hargai. Sekian terima kasih.

PENDAHULUAN2

Pada 24Februari 2011 yang lalu lebih kurang seramai 90 orang pelajar kursus AGR3002 Amalan Ladang: Tanaman Perladangan diiringi pensyarah kursus PM. Dr. Sheikh Awadz B. Sheikh Abdullah dan beberapa orang staf Taman Pertanian Universiti UPM seksyen tanaman industri telah mengadakan lawatan ke Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Tujuan lawatan ini dijalankan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan di ladang getah yang sebenar di samping mempelajari serba sedikit ilmu baru berkaitan tanaman getah daripada staf LGM yang berpengalaman luas tentang tanaman getah. Selain itu, para pelajar juga dapat melihat teknologi terbaru yang telah dicipta dan digunapakai oleh pihak LGM. Seterusnya tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan satu nilai tambah kepada praktikal amalan ladang yang dijalankan pada setiap minggu di kampus UPM Serdang.

LAPORAN LAWATAN KE LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM) Tarikh : 24 Februari 2011.3

Tempat : Lembaga Getah Malaysia (LGM), Sg. Buloh.

Aktiviti : 1) Sesi pengenalan Encik Tarmizi selaku wakil daripada pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah memberikan maklumat tentang sejarah getah asli di Malaysia dan serba sedikit maklumat berkaitan latar belakang LGM.

Sejarah Getah Asli Malaysia Berdasarkan cerita yang dibawa oleh Christopher Columbus dalam tahun 1946, orangorang di Haiti telah membuat sebiji bola permainan yang boleh melambung daripada gam sejenis pokok. Dalam pertengahan abad ke-19, getah berasal daripada pokok getah liar di Amerika Selatan, Pokok getah liar ini sesuai dengan iklim yang panas dan lembab di situ. Tetapi yang menjadi masalah ialah kesukaran untuk mengumpul susu getah kerana pokok-pokok getah liar ini terdapat di dalam hutan belantara. Oleh itu pokok-pokok getah ini perlu ditanam di kawasan-kawasan lain untuk memenuhi permintaan yang bertambah. Atas permintaan Pejabat India, Sir Henry Wickham pada tahun 1876 telah mengumpul dan mengirim 70,000 biji getah liar dari Brazil ke Kew Garden, London untuk ditanam dalam rumah panas khas yang telah disediakan tetapi hanya 2000 sahaja yang hidup. Pada tahun 1877, sebahagian kecil yang hidup telah dihantar ke Ceylon, Sri Lanka dtahun. Kemudian 22 biji telah dibawa ke Singapura daripada Sri Lanka. Seterusnya, 9 daripada 22 biji tersebut telah dibawa masuk ke Tanah Melayu. Selepas itu, industri getah mula dipelopori di Tanah Melayu oleh Encik Tan Chen Yen secara komersial.

Latar Belakang Lembaga Getah Malaysia (LGM)

4

Lembaga Getah Malaysia (LGM) merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di Malaysia. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan tiga buah badan: 1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) 2. Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) 3. Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) Penggabungan ini adalah untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri getah asli Malaysia dan negara-negara pemprosesan getah asli yang lain. Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah. 2) Penerangan tentang teknik pembiakan pokok getah Encik Azman selaku wakil daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah memberikan penerangan tentang teknik pembiakan pokok getah yang berkesan.

Pembiakan Pokok Getah Melalui Kaedah Cantuman Mata Tunas Pokok getah yang dibiakkan melalui kaedah cantuman mata tunas dapat menghasilkan pokok getah yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk. Selain itu, kaedah ini juga dapat menahan pokok daripada serangan sesetengah penyakit yang biasa menyerang anak benih. Kaedah cantuman mata tunas ialah proses mencantumkan bahagian mata tunas pokok induk pada pokok penanti yang selalunya daripada biji benih. Secebis kulit berbentuk empat segi dikelar dan dibuang daripada pokok penanti dan ditampal dengan secebis kulit mata tunas daripada pokok induk yang mempunyai saiz yang sama dengan kesan kelaran pada pokok penanti. Matlamat cantuman ini ialah untuk meletakkan mata tunas pada pokok yang masih hidup dan mata tunas tersebut akan membesar menjadi seperti pokok induk. Untuk menjamin kejayaan cantuman mata tunas hanya mata tunas yang elok dan bernas serta pokok penanti yang subur dipilih. Kerja-kerja juga perlu dilakukan dalam keadaan bersih dan cepat. Selain itu, tapak kelaran dan dan saiz mata tunas perlu sama besar. Seterusnya balutan yang dilakukan juga mesti kemas. 3) Penerangan tentang cara menoreh getah

5

Encik Tarmizi telah menerangkan kepada para pelajar tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan penorehan getah. Menurutnya pokok getah seeloknya ditoreh pada awal pagi kerana pada waktu tersebut lateks banyak dan mengalir dengan laju. Jadi ini dapat memaksimakan jumlah getah yang dikumpul oleh penoreh. Jika pokok ditoreh agak lewat ini akan menyebabkan pengeluaran lateks agak kurang kerana keadan yang panas menyebabkan lateks cepat membeku. Menurut Encik Tarmizi lagi kuantiti lateks yang dikeluarkan oleh pokok getah bergantung kepada jenis klon. Contoh klon yang dapat menghasilkan lateks yang banyak ialah RRIM 600 tetapi kelemahan klon ini ialah keadaannya tidak tahan ditiup angin yang boleh menyebabkan patah dahan. Selain itu, klon ini juga mudah diserang penyakit. Bagi klon RRIM 2000 pula penjagaan yang agak rapi perlu diberikan bagi memastikan lateks dapat dikeluarkan dengan banyak. Seterusnya, Encik Azman telah membuat demonstrasi cara menoreh pokok getah yang betul. Untuk memudahkan kerja ketika menoreh, penoreh perlu berdiri ditengah-tengah panel torehan. Pokok perlu ditoreh dari atas kiri panel torehan ke bahagian bawah kanan panel torehan untuk memastikan jumlah saluran lateks yang dipotong adalah maksimum. Ketebalan yang diambil untuk menoreh kulit pokok perlu seragam di sepanjang alur torehan supaya lateks dapat mengalir dengan mudah dan tidak meleleh keluar daripada alur torehan.

4) Penerangan tentang sistem LITS (Low Intensity Tapping System) Encik Kumar telah memberikan penerangan kepada para pelajar tentang peningkatan produktiviti bagi lateks. Menurut Encik Kumar terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi produktiviti seperti klon, pembajaan, aktiviti agronomi, sistem torehan dan perangsangan. Perangsangan merupakan faktor utama peningkatan produktiviti. Perangsangan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu perangsangan tanpa gas dan perangsangan dengan gas. Perangsangan tanpa gas digunakan pada pokok yang berumur kurang daripada 15 tahun manakala perangsangan dengan gas pula digunakan pada pokok yang berumur lebih daripada 15 tahun.

Perangsangan tanpa gas6

Rangsangan Etefon(ET) Etefon terdapat di pasaran dengan kepekatan ET 2.5% (Biru), ET 5.0% (Hijau) dan ET 10% (Merah). Antara teknik penyapuan Etefon adalah dengan menyapu ET pada kulit yang dikikis, alur torehan dan panel torehan. Cara ini disyorkan untuk sistem torehan intensity rendah dengan kekerapan torehan enam hari sekali (LITd/6). Teknik seterusnya adalah dengan menyapu ET pada jejela getah dengan menyentuh lebih kurang 1cm pada kulit pulihan di atas alur torehan. Cara ini pula disyorkan untuk sistem torehan konvensional (1/2S) dengan kekerapan torehan d/3 dan d/4. Kadar penggunaan ET yang digunakan adalah di antara 0.5g - 1.0g sepokok bagi setiap kali penyapuan kecuali untuk sistem LIT d/6 iaitu jumlah yang digunakan adalah lebih tinggi iaitu di antara 0.75g - 1.5g sepokok. Penyapuan ET melebihi dari jumlah yang disyorkan tidak akan member kesan yang ketara kepada hasil torehan kerana respon hasil dipengaruhi oleh aktiviti menorah, faktor fisiologi, kekuatan dan kekerapan penyapuan ET. Namun begitu terdapat beberapa masalah besar yang telah dikenalpasti akibat daripada penggunaan Etefon seperti kejadian kering kulit yang menyebabkan pokok tidak dapat mengeluarkan hasil apabila ditoreh. Selain itu jika kekerapan torehan yang dilakukan adalah d/3 iaitu tiga hari sekali untuk tempoh masa sebulan, didapati hasil torehan berkurangan pada torehan yang ke-5 dan ke-6.

Rangsangan Mortex Mortex ialah formulasi berasaskan Etefon yang digunakan untuk membolehkan pokok-pokok getah muda dirangsang dengan lebih kerap dari mula buka torehan. Mortex dihasilkan bagi mengatasi kelemahan yang ada pada Etefon. Mortex berfungsi melewatkan pembentukan palaman pada permukaan saluran lateks dan membolehkan pengaliran lateks berterusan bergantung kepada kepekatan dan kaedah penggunaan bahan tersebut. Selain itu, Mortex mempunyai fungsi yang sama di samping membantu menstabilkan pengeluaran lateks bagi setiap pusingan perangsangan. Hasil yang tinggi juga dapat dikekalkan sementara kejadian kekeringan kulit adalah rendah walaupun kekerapan penggunaannya lebih tinggi berbanding penggunaan Etefon. Ciri-ciri pokok yang sesuai untuk dirangsang menggunakan Mortex ialah pokok tersebut perlulah subur dan tidak berpenyakit. Pokok tersebut telah dibaja secukupnya. Bagi kawasan yang kurang pembajaan, baja juga perlu diberi sebelum Mortex. Selain itu, pokok tersebut juga tidak ditoreh setiap hari atau tidak melebihi kekerapan torehan d/3. Jadi bagi pokok yang menggunakan Mortex, sistem torehan yang sesuai diamalkan ialah 1/2S d/3 atau1/2S d/4.

7

Kadar penggunaan Mortex adalah di antara 0.5g - 1.0g sepokok bagi setiap penyapuan. Penyapuan dilakukan sebulan sekali. Mortex disapu pada jejela getah di sepanjang alur torehan meliputi