Remaja Di Ambang Kehancuran

Embed Size (px)

Citation preview

REMAJA DI AMBANG KEHANCURANPengerusi 1 : Amirah Fatin Pengerusi 2 : Zulaika Laini Panel Pertama : Panel Kedua : Panel Ketiga : Panel Keempat : P1: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Kolej. P2: Warga kelas sekalian, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan pada pagi yang sungguh indah ini dalam gelanggang Forum 4 Tekun bersama saya, Zulaika Laini P1: Dan saya, Amirah Fatin P2: Hadirin sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum bahawa remaja zaman kini sudah semakin jauh tersesat. Sesuai dengan tajuk kita pada hari ini: Remaja di Ambang Kehancuran , forum kali ini akan membantu remaja untuk menuju ke jalan yang benar. InsyaAllah. P1: Sebelum tajuk ini dikupas dengan lebih lanjut, terlebih dahulu, marilah kita berkenalan dengan empat ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga kelas sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita ini. Baiklah, di sebelah kiri/kanan saya, ahli panel pertama, saudari __________________________. Apa kabar saudari? Panel 1: Alhamdulillah, sihat. Cik pengerusi macam mana? P1: Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung, saudari ________________________. Selamat datang saudari. Yang di sebelahnya pula, kecil molek tapi otaknya bergeliga, saudari _____________________ dan ahli panel kita yang terakhir, Nampak pemalu tetapi bijak kata-kata, saudari ____________________. Selamat datang juga buat saudari berdua. P2: Sebelum kami menyimpang lebih jauh, soalan saya kepada panel pertama, apakah yang boleh saudari katakana mengenai tajuk kita, Remaja di Ambang Kehancuran. Panel 1: Terima kasih pengerusi majlis. Remaja bagaikan asset yang sangat berharga kepada negara dan masyarakat. Hal yang demikian kerana remajalah yang akan menggantikan tempat pemimpin-pemimpin sekarang. Mereka yang akan mentadbir kerajaan dan menjaga kebajikan

masyarakat. Masa depan negara terletak di tangan mereka. Tajuk kita pada hari ini : Remaja di Ambang Kehancuran membawa maksud remaja sudah semakin terpesong dari laluan hidup yang membawa manfaat. Pelbagai kes terpapar di kaca televisyen dan surat khabar seperti mengambil dadah, membuang bayi, merempit dan sebagainya sering dikaitkan dengan remaja. Hal yang demikian kerana remaja telah menyalahgunakan konsep bersosial. Bersosial mempunyai kebaikan dan keburukan. Dari segi kebaikan, bersosial membantu seseorang untuk lebih mesra dengan masyarakat dan keadaan sekeliling serta yakin menghadapi cabaran dalam kehidupan. Malangnya, remaja zaman kini bersosial ke arah keburukan. Mereka mungkin tidak menyedari bahawa laluan yang mereka ambil akan memusnahkan diri mereka serta membawa implikasi negatif sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. P1: Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi, panel pertama ada menyatakan bahawa gejala sosial remaja zaman kini akan membawa kesan yang buruk kepada semua lapisan masyarakat. Saya ingin menanyakan soalan seteruanya kepada ahli panel kedua, apakah kesan buruk yang akan terjadi sekiranya remaja masih tidak mahu berubah? Panel 2: Seperti yang telah dinyatakan oleh panel pertama, aktiviti yang tidak sihat yang diamalkan oleh remaja akan membawa kesan buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Saya akan mulakan dengan kesan kepada diri. Remaja tergolong dalam masyarakat yang berusia di antara 12 tahun hingga 21 tahun. Ini bermakna mereka masih menjalani proses pertumbuhan. Sekiranya remaja sudah terjebak dengan gejala sosial yang negatif, susah untuk dirinya keluar dari gejala tersebut. Malah gejala itu boleh merosakkan lagi para remaja. Antara kesannya, remaja akan mengalami tekanan. Gaya hidupnya akan menyebabkan dirinya sering dilanda masalah, dicemuh masyarakat dan jauh dari Allah. Apa-apa perkara yang negatif atau membawa keburukan sudah semestinya dibenci Allah. Ini bermakna, keruntuhan iman juga akan berlaku. Seterusnya, kesan buruk kepada keluarga. Seperti yang digambarkan dalam telefilem, keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga akan musnah. Tidak ada kesefahaman dalam keluarga serta menyebabkan masing-masing saling membenci. Kesan kepada masyarakat pula, masyarakat akan porak-peranda dan tidak bersatu-padu. Perselisihan pendapat akan sering berlaku dan menyebabkan mereka lebih gemar mengamalkan sikap individualistic. Yang terakhir, kesan kepada negara. Seperti yang anda maklum, gejala sosial yang negatif akan menyebabkan kadar jenayah meningkat dan sekiranya pemimpin yang berwawasan kurang di masa hadapan, nescaya negara akan mundur dan mungkin akan dijajah semula. P2: Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang sangat bernas sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa gejala sosial yang negatif membawa implikasi yang buruk. Jika dua orang panel kita menerangkan tajuk forum dan menghurai dengan lengkap kesan gejala sosial, saya ingin meminta pendapat panel ketiga tentang factor remaja sekarang semakin jauh terpesong. Dipersilakan. Panel 3:Terima kasih saya ucapkan kerana telah menjemput saya untuk turut serta member pendapat tentang masalah remaja sekarang. Sesuatu itu terjadi kerana sebab-sebab tertentu. Begitu juga dengan remaja yang bermasalah.Terdapat pelbagai faktor yang boleh dikaitkan. Antaranya, remaja kurang didikan agama. Hal yang demikian akan menyebabkan remaja tidak mengetahui hokum-hakam sesuatu perbuatan. Selain itu, kurang perhatian atau kasih saying daripada ibu bapa . Seperti yang anda maklum, kebanyakan ibu bapa zaman kini masing-masing mempunyai kerjaya. Ibu bapa yang terlampau sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk

bersama dengan anaknya akan menyebabkan anaknya hauskan kasih sayang ibu bapa. Perkara sebegini menyebabkan remaja terdesak untuk merasai nikmat kasih sayang. Tanpa berfikir panjang, mereka melakukan gejala-gelaja negatif. Di samping itu, remaja mudah terpengaruh terutamanya daripada rakan sebaya. Gagal memilih kawan yang baik menyebabkan mereka berkawan dengan remaja liar. Remaja juga pantang dicabar. Contohnya, seorang kawan memandang rendah dirinya kerana tidak merokok. Secara otomatik, remaja itu terasa dicabar lalu mula merokok. Tidak lupa juga, remaja mempunyai sifat ingin tahu yang sangat kuat. Hal yang demikian menyebabkan mereka mencuba perkara-perkara yang patut dijauhi seperti minum arak, menghisap dadah dan sebagainya. P1: Terima kasih kepada panel ketiga atas penjelasan yang terperinci tadi. Tidak dinafikan bahawa remaja terjebak dengan gejala sebegitu kerana kurang didikan agama dan kasih sayang. Soalan ini ditujukan kepada panel keempat. Saudari, apakah langkah-langkah yang seharusnya diambil oleh pihak tertentu untuk membantu remaja tersebut? Panel 4: Terima kasih pengerusi majlis. Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Ungkapan ini membawa maksud ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorak peribadi anak. Seperti yang telah panel ketiga katakana tadi, remaja hauskan kasih sayang ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengambil inisiatif untuk memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Sesibuk mana pun ibu bapa, mereka patut meluangkan masa bersama anak. Ibu bapa boleh membawa remaja keluar bersiar-siar ataupun duduk berbincang masalah yang mereka hadapi. Dengan berbuat sedemikian, peratusan untuk remaja menjadi liar akan berkurangan, Selain itu, ibu bapa juga hendaklah mengawasi anak-anak supaya tidak berkawan dengan remaja liar. Oleh itu, ibu bapa hendaklah berkenalan dengan kawan-kawan anaknya. Mengajak kawan-kawan anak untuk singgah ke rumah merupakan salah satu caranya. Ibu bapa juga hendaklah member sokongan dan galakan kepada remaja sekiranya mereka ingin mengikuti program atau pertandingan yang membawa manfaat. Hal yang demikian akan menghalang remaja daripada menipu ibu bapa serta melakukan apa-apa yang tidak berfaedah untuk melawan ibu bapa. Di samping itu, gurup-guru juga hendaklah memainkan peranan. Antara mata pelajaran yang boleh membentuk sahsiah serta peribadi diri remaja ialah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral. Guru-guru yang mengajar subjek tersebut hendaklah benar-benar komited dalam mengajar para remaja untuk membentuk remaja yang Berjaya. Guru kaunseling pula hendaklah memerhati dan mencari remaja yang bermasalah untuk diberi bantuan, nasihat dan bimbingan. Di usia remaja, tahap ego mereka sangat tinggi. Oleh itu, guru-guru hendaklah sabar dan terus berusaha untuk membantu remaja-remaja bermasalah. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, begitu juga dengan usaha guru-guru untuk membentuk remaja yang berwawasan. P2: Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang keempat. Memang tidak dapat disangkal lagi, ibu bapa dan guru bertanggungjawab untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan baik budi pekerti. Sebelum kita mengakhiri forum kita kali ini, saya ingin meminta setiap ahli panel untuk menggulung hujah-hujah mereka tadi serta memberikan nasihat kepada pelajar di luar sana. Dipersilakan saudari panel pertama. Panel 1: Secara kesimpulannya, remaja zaman sekarang telah mengamalkan gaya bersosial yang salah. Bersosial sepatutnya membantu remaja untuk mengatasi rasa malu untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan masyarakat tetapi kebanyakan remaja bersosial untuk memuaskan nafsu mereka ataupun hanya sekadar hiburan semata-mata. Hal sedemikian patut dijauhi agar remaja

boleh menjalani hidup yang bebas dari AIDS dan HIV. Saya ingin menasihatkan remaja di luar sana agar tidak melakukan gejala sedemikian kerana perbuatan tersebut hanya akan merosakkan diri dan masa depan kamu. Ingat kita hidup di dunia ini untuk Berjaya bukan gagal selamalamanya. Sekian, terima kasih. P1: Terima kasih saudari. Panel kedua pula, dipersilakan. Panel 2: Sebagaimana yang anda semua telah maklum, terdapat pelbagai kesan buruk berpunca daripada perbuatan para remaja yang mengamalkan gejala sosial yang negatif . Saya hanya memaklumkan kurang daripada separuh kesan gejala tersebut. Ini bermakna, terdapat lebih banyak lagi kesan buruk yang akan timbul sekiranya para remaja masih mengamalkannya. Oleh itu, saya berharap agar remaja-remaja yang telah terjebak dengan gejala sebegini supaya dapatkan bantuan. Jangan malu atau takut. Anda meminta bantuan untuk berubah, untuk menjadi lebih baik serta untuk berjaya dalam hidup. Baliklah ke pangkuan keluarga, minta maaf dan jalani hidup dengan fikiran yang positif. Sekin, terima kasih. P2: Terima kasih. Dipersilakan pula panel ketiga. Panel 3: Keseluruhannya, remaja menjadi liar dan bermasalah berpunca daripada kita sendiri. Kita sebagai masyarakat tidak boleh hanya menuding jari serta menyalahkan orang lain. Memang benar kebanyakan remaja berubah menjadi liar kerana kecuaian ibu bapa. Namun, kita mestilah sedar bahawa kita juga telah menyebabkan mereka berubah menjadi lebih teruk. Oleh itu, nasihat saya kepada remaja dan masyarakat tidak kira tua atau muda, sama-samalah kita membanteras gejala sosial. Bantulah mereka dengan mendekati bukan dengan menjauhi mereka. Dengan itu, kita boleh membawa mereka kembali ke jalan yang diredhai Allah. Terima kasih. P1: InsyaAllah, dan yang terakhir, panel keempat. Dipersilakan. Panel 4: Saya ingin mengatakan bahawa semua pihak dan setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab untuk mengatasi masalah gejala sosial dalam kalangan remaja. Saya berharap agar semua pihak dapat bekerjasama membantu remaja bermasalah. Jangan hanya mencemuh dan menghina kerana kata-kata itu satu doa. Semua itu hanya menambah dosa diri anda. Sebaliknya, bantulah mereka dengan memberi semangat serta kata-kata nasihat. Berdoalah supaya mereka diberikan hidayah serta dibukakan hati mereka untuk berubah ke arah kebaikan. Sekian sahaja. Terima kasih. P2: Betul apa yang dikatakan oleh panel terakhir kita. Saya berharap agar semua insan di luar sana bersama-samalah membanteras gejala ini. Jangan hanya dipandang sebelah mata. Sekiranya masalah ini semakin serius, kita juga yang menanggungnya. Renung-renungkanlah. P1: Sekian sahaja untuk hari ini. Sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah bicara, kami ingin mengusun sepuluh jari memohon kemaafan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Maha Pencipta dan yang kurang elok itu datang daripada kekhilafan diri kami sendiri. Saya akhiri forum 4 Tekun kita pada pagi ini dengan lafaz mulia. P1 & P2: Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.