85
MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RBT3103

Citation preview

Page 1: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

RBT 3103

KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Page 2: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

ii

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

i

Panduan Pelajar ii

Agihan Tajuk

iv

Pengenalan viii

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 : Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Sipnosis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk 1

1.1 Definisi kurikulum 1.2 Konsep dan jenis kurikulum 1.3 Kurikulum dan pendidikan

1.4 Latar belakang falsafah dan liputan kurikulum.

Tajuk 2 : Teori dan model kurikulum dalam konteks

Kemahiran hidup sekolah hidup sekolah rendah

Sipnosis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk 2

2.1Teori-teori kurikulum - Teori disiplin mental - Teori kurikulum saintifik - Teori fungsi - Teori konflik - Model-model kurikulum - Model Tyler (1949) - Model Kurikulum Kebangsaan

1

1

1

1

2

5

5

9

11

11

11

11

12

16

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

ii

Tajuk 3 : Perancangan kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah.

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk 3

3.1 Membuat keputusan dalam perancangan

kurikulum

3.2 Mengumpul dan mentaksir data berkaitan

sekolah

3.3 Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti

Tajuk 4 : Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk 4

4.1 Menentukan kandungan kurikulum

4.2 Membuat keputusan kandungan kurikulum

4.3 Menyediakan matlamat dan objektif kurikulum

4.4 Pendekatan dacum dan analisis tugas

Tajuk 5 : Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah.

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk 5

5.1 Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum

5.2 Membangunkan bahan kurikulum

5.3 Pembangunan kurikulum untuk peralihan Sekolah ke kerjaya

25

25

26

28

29

30

38

38

38

38

39

40

42

45

47

50

51

52

55

57

Page 6: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

iii

Tajuk 6 : Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk 6

6.1 Model-model penilaian kurikulum

6.2 Tujuan dan jenis penilaian kurikulum

Tajuk 7 : Pengurusan kurikulum Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk 7

7.1 Konsep dan definisi pengurusan kurikulum

7.2 Pengurusan dalam proses perkembangan

7.3 Melantik atau membentuk jawatan kuasa

7.5 Konsep pengurusan terlibat dalam aktiviti kurikulum

7.6 Pengurus dan pendekatan pengurusan

Kurikulum.

Tajuk 8 : Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah.

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk 8

8.1 Teori perubahan, teori inovasi dan konsep Inovas dalam kurikulum

8.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pembentukan dan perubahan kurikulum

8.4 Prinsip pengembangan dan inovasi kurikulum

8.5 Teknik dan konteks inovasi kurikulum

8.6 Membuat keputusan dalam inovasi kurikulum

8.7 Pembangunan dan pemupukan pemikiran

58

59

62

65

66

66

66

66

67

67

68

68

69

72

75

76

79

79

83

83

Page 7: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

iv

dalam inovasi kurikulum 8.8 Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah. - Perlaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 9 : Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah.

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk 9

9.1 Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

9.2 Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

- Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah - Organisasi Kandungan - Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran - Pengendalian aktiviti dan Penilaian - Keselamatan - Pemetaan dan Kesinambungan Kandungan

- Format Huraian (Bidang/Unit/ Tajuk; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti)

9.3 Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 10 : Isu-isu semasa perkembangan Kurikulum di Malaysia

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk 10

10.1 Perkembangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

10.2 Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dalam era teknologi

Maklumat dan komunikasi

10.3 Cabaran dan trend baru dalam kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

84

92

100

100

100

100

101

101

102

Page 8: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

v

Bibliografi 104

Panel Penulis Modul 108

Ikon Modul

Page 9: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

ii

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

PANDUAN PELAJAR

Page 10: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

iii

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Page 11: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

viii

RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Pengenalan :

Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT3103

Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Ia meliputi tajuk

Pengenalan kepada kurikulum; Reka bentuk Kurikulum; Pelaksanaan dan

Penilaian Kurikulum serta Analisis kurikulum dan Isu-isu semasa kurikulum..

Tajuk ini diambil daripada proforma mulai dari Tajuk 1 hingga 10.

Rangka Isi Pelajaran:

Modul ini terbahagi kepada sepuluh tajuk berikut;

Tajuk 1: Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 2: Teori dan model kurikulum dalam konteks Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 3: Perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 4: Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 5: Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 6: Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 7: Pengurusan kurikulum

Tajuk 8: Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 9: Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 10: Isu-isu semasa perkembangan kurikulum di Malaysia

Page 12: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

ix

SINOPSIS

Tajuk 1: Menjelaskan pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah yang meliputi definisi, konsep dan jenis kurikulum berserta

dengan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum..

Tajuk 2: Mengimbas kembali teori dan model kurikulum dalam konteks

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang merangkumi teori-teori kurikulum yakni

teori disiplin mental, teori kurikulum saintifik, teori fungsi serta Model Tyler dan

Model Kurikulum Kebangsaan.

Tajuk 3: Membincangkan perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah yang mana menjelaskan bagaimana membuat keputusan dalam

perancangan kurikulum serta mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti..

Tajuk 4: Membincangkan mengenai reka bentuk kandungan kurikulum

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang meliputi penentuan kandungan

kurikulum, penyediaan matlamat dan objektif kurikulum serta pendekatan dacum.

Tajuk 5: Tajuk ini menjelaskan tentang pelaksanaan kurikulum Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah dimana secara khusus dapat mengenal pasti dan

memilih bahan-bahan kurikulum serta memahami pembangunan kurikulum untuk

peralihan sekolah ke kerjaya.

Tajuk 6: Tajuk ini akan membincangkan mengenai penilaian kurikulum

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang menitikberatkan kepada model-model

penilaian serta jenis penilaian kurikulum.

Tajuk 7: Tajuk ini akan membincangkan mengenai pengurusan kurikulum dari

aspek konsep dan definisi pengurusan kurikulum, pengurusan dalam proses

Page 13: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

x

perkembangan, melantik atau membentuk jawatan kuasa serta pendekatan

kearah pengurusan kurikulum.

Tajuk 8: Membincangkan mengenai inovasi kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah dari aspek teori perubahan, teori inovasi dan konsep inovasi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum serta

pemupukan pemikiran dalam inovasi kurikulum.

Tajuk 9: Membincangkan mengenai analisis kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah yang mana akan menyentuh tentang analisis Huraian Sukatan

Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 10: Tajuk ini akan membincangkan mengenai isu-isu semasa

perkembangan Kurikulum di Malaysia yang menyentuh tentang perkembangan,

pelaksanaan dan cabaran serta trend baru dalam Kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah.

Page 14: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

iv

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan tiga puloh lima jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform)

Int

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka

(jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

1 Teori Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Definisi kurikulum Konsep dan jenis kurikulum Kurikulum dan pendidikan Latar belakang falsafah dan liputan kurikulum.

3

3

Teori dan model kurikulum dalam konteks Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Teori-teori kurikulum - Teori disiplin mental - Teori kurikulum saintifik - Teori fungsi - Teori konflik - Model-model kurikulum - Model Tyler (1949) - Model Kurikulum Kebangsaan

5

5

3 Perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Membuat keputusan dalam perancangan kurikulum Mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti

4

4

Page 15: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

v

Int

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka

(jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Menentukan kandungan kurikulum Membuat keputusan kandungan Kurikulum Menyediakan matlamat dan objektif Kurikulum Pendekatan dacum dan analisis tugas

4 4

Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum

Membangunkan bahan kurikulum

Pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerjaya

4

4

Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Model-model penilaian kurikulum

Tujuan dan jenis penilaian kurikulum

4

4

Pengurusan kurikulum

Konsep dan definisi pengurusan kurikulum

Pengurusan dalam proses perkembangan kurikulum

Melantik atau membentuk jawatan kuasa

Konsep pengurusan terlibat dalam aktiviti kurikulum

Pengurus dan pendekatan pengurusan kurikulum

4 4

Page 16: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

vi

Int

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka

(jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Teori perubahan, teori inovasi dan konsep inovasi dalam kurikulum

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan

dan perubahan kurikulum

Prinsip pengembangan dan inovasi kurikulum

Teknik dan konteks inovasi kurikulum

Membuat keputusan dalam inovasi kurikulum

Pembangunan dan pemupukan pemikiran dalam inovasi kurikulum

Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

- Perlaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah

7

7

Page 17: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

vii

Int

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka

(jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah - Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah - Organisasi Kandungan - Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran - Pengendalian aktiviti dan Penilaian - Keselamatan - Pemetaan dan Kesinambungan Kandungan

- Format Huraian (Bidang/Unit/ Tajuk; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti)

Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

6

6

Isu-isu semasa perkembangan kurikulum di Malaysia

Perkembangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dalam era teknologi maklumat dan komunikasi

Cabaran dan trend baru dalam kurikulum

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

4

4

JUMLAH

10

35

45

Page 18: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

viii

Page 19: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Menjelaskan pengenalan kepada Kajian Kurikulum KHSR yang meliputi definisi

kurikulum, konsep dan jenis kurikulum, kurikulum dan pendidikan, latar belakang

falsafah dan liputan kurikulum.

Hasil Pembelajaran:

1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan dan

mendefinisi kurikulum;

2. Menghuraikan konsep dan jenis kurikulum;

3. Menjelaskan hubungan antara kurikulum dan pendidikan;

4. Menghuraikan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum. Kerangka Konsep Tajuk 1

Kajian kurikulum KHSR

Definasi kurikulum

Kurikulum dan pendidikan

Konsep dan jenis kurikulum

Latar belakang falsafah dan liputan kurikulum

Page 20: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

1.1 Definasi Kurikulum

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? Mari kita teliti

maksud terminologi di bawah;

Mari kita lihat asal perkataan kurikulum dulu…

Perkataan kurikulum dalam bahasa Latin mempunyai kata akar ’curere’ yang

maksud ’Lalauan’ atau ’jejak’dan membawa maksudnya ‘jurusan’ seperti dalam

rangkaian kata ‘jurusan peperangan’. Jika kita lihat dari perkataan kurikulum

dalam bahasa Inggeris memngandungi pergertian ’jelmaan’ atau ’metamorfosis’

Mari kita lihat maksud berikutnya;

Kurikulum bermaksud;

”dalam perbendaharaan kata pendidikan Inggeris sebagai jurusan

pengajian yang diikuti di sekolah”.

(Kliebard, 1982 )

Kurikulum ialah……..

“semua pengalaman yang dipelajari di bawah panduan guru.”

(Caswell & Campbell, 1993)

Kurikulum ialah...........

”proses pembinaan semula pengetahuan dan pengelaman, dibina secara

sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau unversiti, untuk membolehkan

pelajar meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka”

(Tanner & Tanner, 1980)

Page 21: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kurikulum ialah …….

“mengandungi pengalaman kanak-kanak yang berterusan di bawahpanduan

sekolah .”

(Shepherd dan Ragan, 1992)

Kurikulum bermaksud;

“mengandungi program yang terancang dan seluruh pengalaman yang dipelajari

oleh kanak-kanak.”

(Eisner, 1993)

Apakah yang anda boleh simpulkan tentang maksud kurikulum yang telah dibincangkan tadi ?

Jika kita amati kefahaman tentang perkataan ’kurikulum’ dalam bahasa

Melayu ianya dipengaruhi oleh maksud perkataan tersebut melalui

bahasa Inggeris dimana ketika itu banyak penulis Inggeris yang

mengemukakan definisi kurikulum sebagai istilah pendidikan. Cuba kita

fikirkan maksud kurikulum dalam istilah pendidikan.

Kurikulum sebagai pengelaman;

”semua pengelaman yang dirancangkan dan dikemukakan oleh pihak

sekolah di mana pengelaman tersebut diutarakan untuk membimbing murid

memperolehi hasil pembelajaran yang ditetapkan terlebih dahulu menurut

kadar keupayaan masing-masing

dengan keadaan yang paling baik sekali.”

(Neagley & Evans, 1967)

Page 22: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kurikulum sebagai usaha;

“Usaha meyeluruh yang dirancangkan oleh pihak sekolah untuk

membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang telah ditentukan.”

(Inlow, 1966)

“menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam

keaaan yang terbuka kepada penilitian kritis dan boleh dikemukakan dengan

berkesan secara praktik.”

(Stenhouse, 1975)

Kurikulum sebagai rancangan;

”rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh

berbagai- bagai tujuan menyeluruh dan objektif spsifik yang berkaitan

dengannya.”

(Sayloy & Alexander, 1974)

Kurikulum sebagai objektif;

“kurikulum tidak berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh murid dalam

situasi pembelajaran tetapi ia menitikberatkan perkara yang akan

dipelajari atau dapat dilakukan oleh mereka sebagai kesan yang

dilakukan oleh mereka.”

(Johnson, 1967 )

Kurikulum sebagai isi mata pelajaran;

”dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang akan diajarkan

dan pada hakikatnya apa-apa sahaja yang di ajar di sekolah merupakan

kandungan matapelajaran yang diajarkan menerusi berbagai matapelajaran,

berbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan.”

( Beauchamp, 1968 )

4

Page 23: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kurikulum sebagai unsur kebudayaan;

“pilihan daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri segajat, nilai

am dan aspek khusus sesuatu budaya.”

( Burtonwood, 1961 )

Kurikulum sebagai pembinaan insan;

”pengetahuan dan pengalaman yang dibina semula oleh pelajar dibentuk

dengan bersistem di bawah naungan sekolah untuk mempertingkatkan

kemajuan pelajar mengawal pengetahuan dan pengalaman sendiri dimana

realitinya kurikulum mengaitkan proses pembinaan pengetahuan dan

pengalaman pelajar dengan kebolehannya memperbaiki kawalan terhadap

pengetahuan dan pengalaman sendiri.”

( Tanner & Tanner 1980 )

Bagaimana pula dengan maksud Kurikulum Kebangsaan kita ? Istilah ini

tidak asing kepada setiap para guru. Cuba fikirkan sejenak kepada

maksud Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum Kebangsaan

”….. Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan

kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai

unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang

murid dengan sepenuhnya dari segi rohani, jasmani, mental dan

mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan

pengetahuan.”

Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 ]

Page 24: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Renung sejenak!

Anda adalah seorang guru yang sentiasa berurusan secara langsung

dengan kurikulum, pernahkah anda terfikir bagaimana kurikulum

kebangsaan dihubungkait dengan istilah-istilah yang telah dibincangkan?

Pada pandangan anda apakah keistimewaan yang terdapat dalam

kurikulum kebangsaan ?

1.2 Konsep dan Jenis Kurikulum

Finch & Crunkilton (1984), mengemukakan definisi kurikulum sebagai “... as the

sum of the learning activities and experiences that a student has under the auspices

or direction of the school” Dari definisi tersebut terdapat dua bahagian yang harus

diperhatikan, iaitu bahawa fokus utama kurikulum adalah pelajar dan yang kedua

bahawa bahgian dari kurikulum tidak hanya mata pelajaran akan tetapi semua aktiviti

(olah raga, klub, kegiatan kokurikulum) memiliki pengaruh yang signifikan untuk

pembentukan individu pelajar yang menyeluruh dan untuk mencapai keberkesanan

dari kurikulum .

Sebagai seorang guru yang mempunyai pemikiran aras tinggi, cuba bayangkan

apakah yang akan terjadi jika tiada konsep asas dalam perancangan kurikulum?

Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan landasan bagi

perancangan kurikulum. Menurut Eisner, E. W. dan Vallance, E. (1971) mengusulkan

lima konsep atau orentasi kurikulum yang boleh digunakan untuk memahami

pendekatan, penggunaan dan kepentingan kuriulum iaitu :

Perkembangan proses kognitif

Kurikulum sebagai teknologi

Kurikulum sebagai pengalaman pengguna

Menstruktur masyarakat

Akademik risionalisme

Daripada kelima-lima konsep yang diusulkan di atas, cuba anda kaitkan

dengan kurikulum KHSR yang dilaksanakan ketika ini.

Page 25: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Untuk maklumat lanjut anda perlu mendapatkan rujukan buku Pengajian Kurikulum

(Abdul Rahman Hamdan, 2007). Jika kita lihat dari sudut pandangan Islam pula berdasarkan kepada konsep kurikulum

dimana menurut Hassan Lenggulung (1991) menjelaskan bahawa kurikulum

mempunyai empat unsur utama berdasarkan pendapat Omar Al-Syaibani iaitu:

Tujuan pendidikan yang ingin dicapai oleh kurikulum itu

Pengetahuan tentang maklumat, data dan kegiatan

Pengalaman dari mana terbentuk kurikulum itu

Kaedah dan cara mengajar dan bimbingan yang diikuti murid-murid

untuk mendorong mereka belajar dan membawa mereka ke arah yang

dikehendaki.

Perbandingan yang boleh dibuat dari sudut pandangan barat dengan

pandangan Islam, apakah yang boleh anda kaitkan dengan kurikulum KHSR

yang dilaksanakan sekarang? Dalam pelajaran seterusnya kita akan membincangkan tentang jenis-jenis

kurikulum dan kemudian tentang kurikulum dan pendidikan.

1.3 Jenis-Jenis Kurikulum

Kurikulum Rasmi - Kurikulum yang terdapat dalam dokumen i Kurikulum Operasi - Kurikulum yang digunakan dalam bilik

d j h Kurikulum Tersembunyi - Pekara-perkara yang diajar dalam bilik

darjah

Kurikulum Nol - Subjek yang tidak diajar

Ko-kurikulum - Pengalaman terancang di luar bilik darjah

Page 26: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

1.4 Kurikulum dan Pendidikan

Menurut Beauchamp (1968) secara umumnya bidang pendidikan adalah luas dan

merangkumi bidang kurikulum, kaunseling, penilaian, pengurusan, dan instruksi..

Dengan merujuk Rajah 1 didapati bahawa kurikulum dan instruksi adalah sub sistem

kepada sistem yang lebih besar iaitu pendidikan atau persekolahan.

Rajah 1 : Instruksi dan Kaitan Dengan Pendidikan

Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam Jabatan Pendidikan Negeri ialah Unit

Kurikulum, Penilaian, Kerjaya dan Kaunseling, Dadah, dan Pengurusan. Unit

Teknilogi Pendidikan adalah di bawah pentadbiran dan pengurusan Pusat

Sumber Pendidikan Negeri. Kurikulum dan Teknologi Pendidikan atau Teknologi

instruksi merupakan dua unit yang berasingan tetapi saling bergantung antara

satu dengan yang lain. Kedua-dua entiti ini penting untuk melaksanakan

kurikulum, instruksi dan pengajaran di sekolah.

Secara mudah kurikulum boleh dilihat sebagai ‘apa’ dan instruksi sebagai ‘cara’ atau ‘bagaimana’ Anda boleh bayangkan kurikulum sebagai program, rancangan, kandungan pelajaran dan pengalaman pembelajaran, manakala instruksi sebagai kaedah, cara mengajar, pelaksanaan atau persembahan.

Biasanya bila berlakunya suatu aktiviti sebagai contoh membuat nasi lemak, kita

akan rancang secara lisan atau bertulis apa yang harus disediakan iaitu

merancang resipi membuat nasi lemak. Untuk mendapatkan resipi yang baik, kita

akan rujuk buku masakan atau berbincang dengan kawan. Begitu juga dalam

instruksi jika apa yang terkandung dalam kurikulum itu mantap dan cara

penyampaian baik, maka hasilnya atau prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar juga

Pendidikan

Kaunseling

Pendidikan

Kurikulum

Pendidikan

Instruksi Penilaian Pentadbiran

Page 27: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

baik. Jadi kedua-duanya adalah sama penting untuk meningkatkan mutu pendidikan.

Berdasarkan penjelasan di atas, kita mungkin bersetuju bahawa perancangan

kurikulum dibuat lebih awal daripada instruksi. 1.5 Latar Belakang Falsafah Dan Liputan Kurikulum

- Perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, rohani, emosi dan jasmani)

- Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni

- Penyebaran ilmu pengetahuan

- Pembentukkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu

- Melahirkan tenaga kerja mahir

( Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 ) Menurut Arof dan Kasa (1987) falsafah dan pendidikan di Malaysia mempunyai asas

falsafah eklektisme yang menyatukan berbagai-bagai falsafah yang bersifat

tradisional dan progresif. Kewujudan asas falsafah eklektisme, dapat

menyelesaikan pertelingkahan berbagai-bagai falsafah yang menegaskan tuntutan

masing-masing.

Dalam keadaan berbagai-bagai falsafah yang berlainan gagal mengatasi antara satu

sama lain untuk menjadi asas kepada pendidikan, maka apa-apa mata pelajaran

yang muncul dalam bentuk kurikulum bolehlah dihujah keesahan kemunculannya

menurut salah satu daripada falsafah yang bertelingkah itu. Keadaan seperti ini

merupakan keadaan eklektif yang menyatukan berbagai-bagai sistem falsafah.

Hasilnya wujudlah berbagai-bagai sistem falsafah yang bertelingkah dengan sistem

logik yang bercanggah untuk membentuk dasar liputan kurikulum. Dari segi ini

sebenarnya bolehlah dikatakan bahawa tidak wujud peranan suatu falsafah pun

yang kukuh sebagai satu liputan kurikulum di Malaysia. Yang wujud hanya

berbagai bias falsafah yang berbeza menembusi masuk ke dalam pertimbangan

tentang liputan kurikulum menerusi ideologi pendidikan.

Page 28: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Untuk memperkukuhkan lagi minda anda, cuba anda fikirkan sejenak

apakah yang dimaksudkan oleh Arof dan Kasa berkenaan falsafah dalam liputan

kurikulum di Malaysia.

Falsafah: Merupakan kewarasan yang menggunakan logik yang menghuraikan tiga aspek

tentang manusia dan persekitaran

Ontologi

Teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan tuhan, manusia dan alam

Epistemologi

Teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu, pembahagian

ilmu dan peranan ilmu

Aksiologi

Teori nilai yang meliputi aspek nilai, sumber nilai, pembahagian

nilai dan peranan nilai Rumusan Falsafah yang wujud pada masa ini boleh dibahagikan kepada empat

berasaskan keserupaan dasar logik masing-masing.

Falsafah Berdasarkan Logik Alam Ghaib

Logik Alam Rohani

Huraian yang lebih lanjut tentang alam rohani boleh ditemui dalam

berbagai- bagai sistem kepercayaan agama.

Logik Alam Idea

Ditemui oleh Plato pada 400 S.M, beliau mengusulkan bahawa idea wujud

dalam wilayah alam ghaib secara mutlak dan tidak terikat pada

deria. Plato menggariskan bahawa kehidupan yang baik boleh dibina

dengan menegakkan kebenaran dan kesucian yang muncul dalam bentuk

idea mutlak

Falsafah Berdasarkan Logik Semesta

Page 29: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Ditemui oleh Aristotle pada tahun 400 S.M. Beliau mengusulkan bahawa

alam semesta terdiri daripada dua unsur iaitu jisim matter dan bentuk

(form), jisim dan

bentuk beradun dengan pelbagai rupa untuk membentuk kasatuan

benda yang dialami dalam kehidupan sehari-hari seperti angin, air, pasir,

kertas, buku, pokok, manusia dan sebagainya

Logik Alam Semesta Statik

Diusulkan oleh Isaac Newton pada kurun ke-17 yang merumuskan

peyeluruhan prinsip gerakan alam semesta melalui rumusan matematik.

Logik Alam Semesta Dinamik

Muncul pada kurun ke 19 dari pada idea Chavalier de Lamarch (ahli

zoologi), Thomas Robet Maljhus (ahli ekonomi) dan Charles Darwin

(ahli sains alam semula jadi). Mereka mengusulkan bahawa antara

benda hidup wujud bergelut untuk hidup dan penyesuaian dengan

persekitaran.

Falsafah Berdasarkan Islam

Muncul pada akhir zaman ledakan kegeligaan manusia apabila Allah

s.w.t menurunkan al-din kepada Nabi Muhammad s.a.w (571 M) Lima Aliran Falsafah Dari Segi Kepercayaan Tentang Ilmu Dan Nilai

Falsafah Pendidikan Perenialisme

- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai adalah bersifat kekal

- Ilmu – keupayaan memikirkan semula idea-idea yang sedia ada dan mantap

- Nilai – dianggap sebagai mutlak, tidak berubah dan sejagat

Falsafah Pendidikan Progresivisme

- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai adalah sentiasa berubah.

- Tujuan pendidikan ialah untuk menyediakan pelajar supaya dapat

menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah.

- Ilmu – merupakan hasil daripada pengelaman pelajar yang diperoleh

melalui kaedah saintifik.

Page 30: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

- Nilai – adalah relatif dan boleh berubah mengikut masa dan situasi

Falsafah Pendidikan Rekonstruksionisme

- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai sentiasa berubah, tetapi ia perlu

dipilih untuk menghindar bahaya dan menjamin keamanan masyarakat.

- Tujuan pendidikan ini adalah untuk membentuk semula masyarakat

supaya menjadi cemerlang dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

- llmu – hasil daripada pengelaman pelajar yang terkawal dengan

bantuan kaedah saintifik.

- Nilai – adalah relatif dan berubah mengikut masa dan situasi. Falsafah Pendidikan Eksistensialisme

- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai berubah, tetapi ia perlu dipilih

untuk membantu kewujudan (memenuhi keperluan) individu.

- Tujuan pendidikan ini ialah untuk memberi ilmu dan nilai kepada

individu mengikut potensi masing-masing untuk menjadi manusia

yang unik.

- Ilmu – apa yang difikirkan sesuai untuk pembangunan diri seseorang individu.

- Nilai – adalah pilihan bebas seseorang individu mengikut persepsi

masing- masing.

Sambil kita rehat-rehat cuba anda kaitkan antara falsafah dalam liputan

kurikulum dengan rumusan yang dibuat dan juga lima aliran falsafah yang telah

dibincangkan di atas.

Aktiviti 1

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda

dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Bincangkan definisi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

2. Apakah jenis kurikulum yang dilaksanakan di Malaysia.

3. Bincangkan tiga unsur di dalam falsafah iaitu Ontologi, Epistemologi, dan

Aksiologi.

4. Bincangkan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum di Malaysia.

Bagaimanakah kedudukan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dari

Page 31: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

segi latar belakang falsafah dan liputannya

5. Huraikan perkaitan antara kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan

pendidikan di Malaysia.

Page 32: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 2 TEORI DAN MODEL KURIKULUM DALAM KONTEKS KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN

membandingkan teori - teori kurikulum KHSR membandingkan model kurikulum KHSR menghuraikan model kurikukum kebangsaan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI 2.1 Teori - teori kurikulum Kurikulum KHSR tidak terikat secara nyata dengan mana - mana teori kurikulum yang utama. Ini adalah kerana teori dan model kurikulum KHSR telah digubal mengikut acuan Malaysia. Walaupun begitu tidak dinafikan bahawa kurikulum KHSR sedikit sebanyak dipengaruhi oleh teori kurikulum yang utama tersebut. Antara beberapa teori kurikulum itu, terdapat empat teori yang penting iaitu: Teori Disiplin Mental Teori Kurikulum Saintifik Teori Fungsi Teori Konflik Teori Disiplin Mental Ia merupakan teori kurikulum yang terawal. Menurut teori ini kuasa mental boleh dibangunkan menerusi banyak latihan seperti menghafal.Terdapat dua andaian asas tentang pembelajaran dan kurikulum : Pembelajaran mesti dipaksakan.Justeru,dendaan patut dikenakan sekiranya matlamat

pembelajaran hendak dicapai. Kawalan yang ketat perlu dilaksanakan ke atas proses pembelajaran.Dengan

demikian adalah diharapkan intelek pelajar akan bertambah maju peringkat demi peringkat.

Page 33: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Teori Kurikulum Saintifik Gerakan pengurusan saintifik telah mula menguasai barat pada awal kurun ke -20 dan tempiasnya turut dirasai oleh disiplin pendidikan.Pengurusan saintifik banyak bersandar pada konsep kecekapan dan kepiawaian.Kedua-dua unsur inilah yang menyebabkan peningkatan produktiviti industri dan perniagaan. Salah satu pengaruh daripada gerakan saintifik ialah pewujudan objektif pembelajaran dalam bentuk perlakuan .Kaedah ini membenarkan guru mengukur kemajuan murid beliau seperti mana pengurus kilang mengukur prestasi pekerja beliau. Teori fungsi Teori ini beranggapan bahawa peranan asas pendidikan ialah menyebarkan pengetahuan / kemahiran kepada generasi seterusnya. Pendidikan juga dikatakan sebagai agen sosialisasi - mengintegrasikan warga ke dalam masyarakat.Dalam hal ini pendidikan mengambil peranan menyebarkan nilai - nilai teras masyarakat, di samping bertindak sebagai pengawal sosial. Sebagai satu agen sosial,pendidikan bertindak menyisihkan anggota masyarakat menurut merit.Tanpa disedari pelajar cerdas dipilih untuk profesion bergaji tinggi manakala yang kurang cerdas dilatih untuk profesion kolar biru, contoh dalam sektor teknikal. Teori Konflik Seperti teori fungsi,teori konflik turut memainkan peranan menyisih bukan atas dasar merit tetapi kelas sosial dan etnik.Secara tidak langsung teori ini beranggapan status quo akan dapat dikekalkan dalam struktur masyarakat.Kelas pekerja kekal pada lapisan bawah sosial manakala golongan berkemampuan kekal pada lapisan atas masyarakat. 2.2 Model - model kurikulum Model Tyler ( 1949 ) Model Kurikulum Kebangsaan Model Tyler Dalam tahun 1949 Tyler telah menyarankan idea yang berkaitan dengan pembangunan kurikulum.Hasil kerja beliau telah menjadi asas kepada kebanyakan kurikulum didunia.Walaupun agak lama idea itu dikemukakan, ia nampaknya masih relevan. Pendapat beliau berkisar kepada empat pertimbangan dalam pembangunan kurikukum iaitu 1. matlamat dan objektif kurikulum 2. pengalaman pembelajaran yang dikaitkan dengan pencapaian matlamat dan objektif 3. aspek pentaksiran dan penilaian pembelajaran, dan 4. bagaimana aktiviti - aktiviti pembelajaran disusun atur Model Tyler lebih tertumpu kepada hasil kepada proses pendidikan dan dengan itu tergolong dalam model produk. Sebaliknya model proses lebih condong kepada kualiti bagaiamana proses pendidikan dikendalikan ( dengan itu dipanggil 'proses').

Page 34: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kekuatan model Tyler terletak pada kejelasan hala tuju pendidikan. Ini dapat dilihat pada matlamat dan objektif pembelajaran yang dipinta.Seterusnya diikuti dengan langkah - langkah konkrit untuk membawa pelajar ke arah pembelajaran.Pada waktu yang sama, model ini membawa idea kepada pemeringkatan pelajar dan dengan itu seharusnya pengalaman pembelajaran perlulah disediakan menurut kesesuaian pelajar. Model Kurikulum Kebangsaan Di Malaysia model yang digunakan adalah merupakan acuan setempat dan bersepadu. Beberapa unsur terbaik kurikulum telah diambil dengan tidak melupakan beberapa unsur kemalaysiaan.Dalam model kurikulum kebangsaan, elemen - elemen yang pertimbangkan adalah 5. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 6. Agenda Negara 7. Perkembangan individu 8. Teori pembelajaran 9. Empat tonggak pendidikan UNESCO Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK memperakukan bahawa setiap warga mempunyai potensi untuk belajar.Dalam hal ini KHSR menyediakan ruang kepada murid untuk membuktikan kemampuan mereka untuk belajar sama ada secara akademik maupun amali. Agenda negara Model ini menghalakan konteks pendidikan ke arah Malaysia.Beberapa elemen diambil kira iaitu sosiobudaya,perpaduan,ekonomi,sains dan teknologi dan ict. Perkembangan individu Malaysia dalam rangka menggemblengkan warganya ke dalam jaringan kenegaraan tidak mengabaikan kehendak - kehendak peribadi.Salah satu unsur itu ialah nilai - nilai murni yang diterapkan dalam sukatan KHSR. Teori pembelajaran Antara teori kontemporari yang dilibatkan dalam model ini kecerdasan pelbagai yang disarankan Gardner.Jelas dalam praktisnya, murid diberi ruang yang pelbagai menunjukkan kemampuan belajar dan memahami. Empat tonggak pendidikan UNESCO Model kurikulum Malaysia menepati empat tonggak tersebut, iaitu 10. Belajar untuk mengetahui 11. Belajar untuk membuat 12. Belajar untuk hidup bersama 13. Belajar untuk menjadi insan sempurna Bibliografi CliffsNotes.com.(9 Disember 2011).Theories of Education.Diakses drp http://m.cliffsnotes.com/study_guide/,topicArticleId-26957,articleId-26914.html

Page 35: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah

TAJUK 3 PERANCANGAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Tajuk ini dapat memberi pendedahan dan pemahaman tentang kurikulum dari segi

mendefinisi perancangan kurikulum, membuat keputusan dalam perancangan

kurikulum, mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah dan mengumpul dan

mentaksir datar berkaitan komuniti.

Hasil Pembelajaran:

1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan dan

mendefinisi perancangan kurikulum;

2. Menjelaskan dalam membuat keputusan dalam perancangan kurikulum;

3. Menerangkan cara mengumpul dan mentaksirkan data sekolah; dan

4. Menerangkan cara mengumpul dan mentaksirkan data komuniti.

Kerangka Konsep Tajuk 2

Membuat keputusan dalam perancangan kurikulum

Perancangan Kurikulum KHSR

Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti

Page 36: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

3.1 Definisi Perancangan Kurikulum Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan perancangan kurikulum? Mari

kita teliti maksud terminologi di bawah;

Mari kita lihat asal perkataan perancangan kurikulum dulu…

Perancangan bermakna

”Perancangan bermaksud perbuatan (tindakan, usaha yang dijalankan) dalam merancang sesuatu.”

(Kamus Dewan Edisi-III, 2002)

Kurikulum bermakna

“Rancangan yang menyediakan semua pembelajaran dengan tujuan

memperolehi maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah.”

(Saylor, Alexander & Lewis,1981) 3.2 PERANCANGAN KURIKULUM

Ransangan boleh wujud dalam suasana sosial atau politik, dalam amali, dalam teori

sains kemasyarakatan atau pemikiran pihak pentadbir, pengajar mahupun pelajar.

Oleh itu, fungsi perancangan kurikulum pada peringkat awalnya ialah untuk

mengetengahkan, menonjolkan, membeza serta menyemarakkan ransangan. Pada

peringkat ke-2, perancangan bertujuan untuk bertindak demi memprogramkan sistem

supaya gerak balas akan berterusan dan sesuai.

3.2.1 Perancangan boleh :

Menjelaskan setepat sasaran yang sering bergerak dan berubah

(iaitu kehendak amalan yang sering berubah dan juga keupayaan serta

kemampuan para pelajar yang berbeza);

Mengesan dan memilih kemudahan yang sesuai atau sumber-sumber

dalam persekitaran institusi, universiti, dan dalam masyarakat profesional;

Merapatkan jurang perbezaan kurikulum yang mungkin mengakibatkan tindakan yang berat sebelah;

Page 37: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Mengelak daripada pertindihan kurikulum (alasan yang sering diberi ialah

untuk memperkukuhkan pembelajaran);

Mengelak daripada kepungan(ketempangan) kurikulum atau gerak balas

yang keterlaluan dan tidak begitu mustahak dan sesuai;

Mengkaji dan memilih kurikulum;

Menentukan keutamaan dan memilih kurikulum;

Mengelak dari mengadakan kurikulum yang tidak boleh dilentur;

Memperbetulkan keutamaan sesudah mendapat makluman balas dalam

Penilaiannya;

Mentafsir kehendak, keupayaan serta kemampuan fakulti atau

institusi berkenaan;

Dari itu, mereka mendefinisikan perancangan kurikulum sebagai

satu cara pemilihan kurikulum dan pengatur rancangan sesudah

mendapat segala fakta, data, unjuran dan juga kesesuaian semua nilai-

nilai profesional tanpa melupai segala dinamika infrastruktur institusi yang

sedia ada. 33..33 SSIIAAPPAA PPEERRAANNCCAANNGG KKUURRIIKKUULLUUMM ??

Orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembentukan sesebuah kurikulum ialah

tokoh- tokoh atau ahli-ahli akademik di pusat-pusat pengajian tinggi. Mereka

dikatakan mempunyai banyak pengalaman dan pengaruh yang besar dalam bidang

perancangan dan pembentukan sesebuah kurikulum. Maju dan mundur sistem

pendidikan adalah terletak di bawah orang yang merancang kurikulum.

33..44 PPRROOSSEESS PPEERRAANNCCAANNGGAANN KKEEMMAAHHIIRRAANN HHIIDDUUPP SSEEKKOOLLAAHH RREENNDDAAHH

3.4.1 Menentukan Rasional

Sebab perlunya program diadakan. Contohnya mewujudkan modal

insan yang berkebolehan dan berketrampilan; dan

Untuk KHSR, program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran yang diperlukan kepada murid-murid di sekolah rendah.

Page 38: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

3.4.2 Visi

Merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka panjang

program mengikut perspektif yang lebih luas.

3.4.3 Matlamat

Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran

praktis berasaskan teknologi keushawanan dan aspek pengurusan diri

supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri. 3.4.3 Objektif

merujuk kepada komitmen pengurusan dan pentadbiran untuk

mencapai matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan- di

mana hasil yang dicapai mempunyai hubungan secara; 3.4.5 Untuk KHSR, objektif yang telah digariskan ialah:

Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam

menyelenggara dan membaiki alat-alatan, perkakas dan mesin mudah;

Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam bidang

keusahawanan dan pengurusan diri; dan

Membolehkan murid-murid memupuk minat dalam bidang

urusniaga serta mereka bentuk alat-alatan yang berguna. 3.4.6 Isi pelajaran

Kandungan mata pelajaran yang releven dengan keperluan masyarakat

selaras dengan dasar dan falsafah kebangsaan; dan

Untuk KHSR, isi pelajaran yang telah dirancang bertepatan dengan apa yang ingin dicapai dalam dasar dan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia.

Page 39: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

3.4.7 Kaedah penyampaian

Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan dan bermakna;

Contohnya : tunjukcara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran,

main peranan, temu bual, tinjauan dan lawatan; dan

Ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P).

3.4.8 Keperluan Fizikal / Infrastruktur

Penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti bengkel,

bangunan, kemudahan-kemudahan bengkel, kemudahan pengajaran dan

pembelajara (P&P), buku rujukan dan sebagainya;

Tenaga kerja; dan

Guru terlatih, pembantu bengkel atau makmal, pembina kurikulum, Penilai (kertas kerja).

2.5 Eleman-Eleman Penting Dalam Perancangan Kurikulim

Terdapat empat eleman penting yang di usulkan oleh Schwab (1971) dalam

pendidikan iaitu pelajar, guru, mata pelajaran dan persekitaran. Sebagai seorang

perancang mereka perlu mengetahui demografi, gaya pembelajaran, bakat, sikap dan

tahap pencapaian pelajar.

Cuba anda kaitkan eleman peting perancangan kurikulum yang

diusulkan oleh Schwab dengan kurikulum KHSR dan buat perbincangan

berdasarkan huraian sukatan pelajaran KHSR tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

Tyler (1949) dan Taba (1962) telah mencadangkan bahawa perkara yang perlu

diambil perhatian dalam proses merancang kurikulum adalah analisis keperluan.

Adakah keperluan yang dimaksudkan itu benar-benar perlu atau tidak. Contohnya

diperingkat sekolah rendah , kita dapati bahawa pelaksanaan mata pelajaran

Kemahiran Hidup tidak dapat dijalankan

Page 40: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

dengan sempurna kenapa perkara ini berlaku? Adakah tenaga pengajar tidak

mempunyai kemahiran atau guru yang mengajar bukan dari opsyen KH? Untuk

menyelesaikan masalah ini anda perlu menyatakan sebab-sebab kenapa analisis

keperluan dijalankan terlebih dahulu sebelum merancang sesuatu kurikulum.

Terdapat eleman-eleman penting dalam merancang kurikulum iaitu :

Rasional;

Kajian keperluan;

Matlamat dan objektif;

Input daripada ”stakeholder”;

Ciri-ciri pelajar (target audience);

Isi kandungan;

Aktiviti yang berkaitan termasuk latihan industri;

Jangka masa program;

Bahan, resos dan infrastruktur;

Ururan kursus;

Latihan guru;

Penilaian;

Pentadbiran dan kewangan termasuk hubungan dengan pihak industri;

Kawalan kualiti dan akreditasi; dan

Ramalan tentang pasaran pekerjaan untuk para graduan. Manakala menurut Evans dan Herr (1978) telah mencadangkan tiga perkara iaitu :

Mengambil kira keperluan sektor pekerjaan;

Pelbagaikan opsyen kursus supaya pelajar mempunyai lebih banyak pilihan; dan

Pelbagai teknik pengajaran supaya dapat memenuhi pelbagai

gaya pembelajaran pelajar.

Page 41: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Menurut Harmon (1968), terdapat beberapa kategori keperluan yang perlu

dipertimbangkan dalam merancang kurikulum PTV iaitu :

Kehendak sosial berkisar terhadap apakah bentuk pendidikan atau

latihan yang dikehendaki oleh masyarakat setempat;

Keperluan sektor pekerjaan faktor ekonomi juga memainkan peranan

yang penting dimana pusat pendidikan perlu peka terhadap permintaan

sektor industri pada masa sekarang dan juga akan datang; dan

Kos efisien - Pendekatan kos efisien juga perlu diambil kira supaya

pelaburan dalam pendidikan dan latihan memberi pulangan yang optima.

Mari sama-sama kita membuka minda untuk memikirkan tentang eleman-

eleman penting dalam merancang kurikulum sehingga terhasilnya sebuah

kurikulum yang sempurna. 3.6 Membuat Keputusan Dalam Perancangaan Kurikulum

Menurut Hunkins terdapat tujuh fasa dalam membuat keputusan iaitu:

i. Mengkonsepsikan kurikulum dan mendapat kesahan

Menentukan konsep kurikulum yang bakal diterima pakai. Pentingkan

keperluan pelajar dan kurikulum yang dicadangkan perlu mendapat

pengesahan berasaskan keperluan pelajar.

ii. Diagnosis

Melibatkan dua tugas iaitu menterjemahkan keperluan kepada punca atau

sebab dan menjana matlamat dan objektif daripada keperluan. Jika

kurikulum diterima berasaskan kepada keperluan maka matlamat dan

objektif akan ditentukan sebagai panduan atau hasilan.

20

Page 42: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

iii. Pemilihan kandungan

Melibatkan penentuan ‘apa’ atau isi kurikulum. Kandungan

kurikulum inilah yang akan diajar dan dipelajari oleh pelajar.

Kandungan adalah asas kepada pembinaan kurikulum.

Kandungan mencakupi fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi.

Kandungan juga merujuk kepada proses kognitif yang pelajar

gunakan untuk berfikir, belajar dan menyampaikan pengetahu

dan kemahiran yang mereka perolehi kepada orang lain.

iv. Pemilihan pengalaman

Melibatkan proses instruksi. Dalam proses ini guru harus

menentukan cara menyampaikan kandungan kurikulum kepada

pelajar atau pengalaman pembelajaran yang harus diterima oleh

pelajar. Aktiviti pembelajaran yang boleh menjadikan proses

pembelajaran ceria dan berkesan. Media instruksi yang harus

digunakan ialah buku teks, papan hitam, bahan audio, slaid,

video, hipemedia, internet.

v. Pelaksanaan

Melibatkan pelaksanaan kandungan kurikulum dan proses instruksi.

Dijalankan dua peringkat. Menjalankan ujian perintis kurikulum

untuk mengesah masalah yang wujud dalan sesuatu program.

Mendifusi program yang telah diuji. Sistem pengurusan harus

ditubuhkan untuk memberi pendedahan tentang program baru ini

serta mendapatkan komitmen daripada pelaksana kurikulum dan

instruksi.

vi. Penilaian

Melibatkan penilaian berterusan untuk mendapatkan data

untuk membuat putusan sama ada melanjutkan, membaiki,

meminda atau menamatkan program.

Page 43: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

vii. Pengekalan

Fasa terakhir untuk membuat keputusan tentang pembinaan

kurikulum. Melibatkan kaedah atau cara mengurus supaya kurikulum

itu stabil dan berkesan. Adakah guru diberi latihan dalam

perkhidmatan untuk melaksanakan kurikulum? Adakah

peruntukannya mencukupi untuk membeli dan menyelenggara

peralatan? Adakah penyelia dapat membantu guru

menunjukkan strategi baru untuk melaksanakan program ini?

Adakah agen perubahan memainkan peranan mereka untuk

menyakinkan guru, ibu bapa dan masyarakat tentang program

yang dijalankan. Kurikulum yang tidak disusuli dengan program

pengekalan akan hilang identitinya dan guru tidak merasa terikat

atau komited terhadap program. Dalam konteks pengambilan keputusan untuk perancangan kurikulum ada

lima tahap yang perlu dilakukan :

a) Mendefinisikan masalah dan mengklarifikasikan beberapa

alternatif pemecahan masalah; tahap ini merupakan tahap

yang cukup kritis dalam mendefinisikan suatu masalah. Pada

tahap ini apabila suatu masalah dapat “didefinisikan dengan

baik” maka pemecahan masalah melalui alternatif yang

mungkin dapat diidentifikasi dan diklarifikasi. Sebagai

contoh, suatu Kolej Komuniti menawarkan 4 program yang

berbeza untuk pendidikan teknologi dan kejuruteraan. Data

mengenai masing-masing keempat program tersebut dapat

dikumpulkan dan diklarifikasi dan dianalisis secara simulasi

untuk memutuskan mana di antara ke empat program tersebut

(jika tidak diambil semuanya) harus diimplementasikan.

Page 44: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

b) Menetapkan piawaian dari masing-masing alternatif ; kalau

pada tahap pertama beberapa alternative diklarifikasi, maka

pada tahap kedua atau selanjutnya adalah membuat standar

dari masing-masing alternatif tersebut. Penetapan standard

akan membantu para pengambil keputusan untuk

menentukan alternatif yang paling mungkin untuk ditawarkan

dan sumber daya apa yang perlu disediakan. Standard akan

membantu para pengembang kurikulum dalam penetapan

dan operasinalisasi dari program Pendidikan Teknologi dan

Kejuruteraan yang berkualiti.

c) Pengumpulan data yang berhubungan dengan sekolah

dan masyarakat untuk didampingkan dengan standard yang

ada; setelah ditetapkan standard pada tahap kedua, data

sekarang dapat diidentifikasi dan dikumpulkan untuk masing-

masing alternatif. Data akan diperlukan untuk

dikumpulkan dari dua sumber iaitu sekolah dan masyarakat.

d) Analisis Data; Pada tahap ke empat, perancang kurikulum

harus menganalisis seluruh data dari standard yang telah

ditetapkan. Pada tahap ini dilakukan mereka akan

merancang; merekabentuk, menganalisis, dan menyediakan

borang yang dapat digunakan pada masa pengumpulan data

nanti. Data akan diproses secara tepat.

e) Memilih alternatif memproses data; Tahap ke lima merupakan

salah satu cara mempersembahkan data dalam menyediakan

kurikulum. Pada tahap ini, beberapa alternatif telah

diabaikan seperti data yang tidak lengkap. Di mana hanya satu

alternatif yang sesuai akan dipilih.

Page 45: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sebelum kita meneruskan lagi proses pembelajaran cuba anda

bayangkan apakah yang dimaksudkan dengan mentaksir data

berkaitan sekolah dan masyarakat (komuniti).

3.7 Pengumpulan Dan Mentaksir Data Berkaitan Dengan Sekolah

Salah satu faktor yang harus diperhatikan oleh para perancang

kurikulum di Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan adalah ”school

setting”. Perkara ini harus diperhatikan tujuan utama dari proses

pembelajaran di Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan adalah

mempersiapkan pelajar untuk berjaya sebagai “pegawai” di dunia kerja.

Proses pengumpulan data yang berkaitan dengan sistem yang

mempengaruhi proses pembelajaran disekolah. Terdapat beberapa faktor

berkaitan tersebut iaitu :

a. Tahap keciciran; para perancang kurikulum perlu

memperhatikan tahap keciciran yang secara tidak langsung

menggambarkan kecenderungan minat dari pendidik.

b. Tarikan pada kerjaya / jabatan pekerjaan; untuk menilai

kecenderungan pada kerjaya ini biasa dilakukan dengan cara

melakukan pelbagai ujian yang akan mampu menggambarkan

minat/ kecenderungan peserta terhadap bidang pekerjaan

tertentu. Ujian yang dapat dilakukan antara lain:

standardized achievement test.

c. Tarikan dan keperhatinan ibubapa; penglibatan pelajar

menjadi perkara yang penting dalam menentukan program

pembelajaran di sekolah. Keperhatinan ibubapa sangat

mempengaruhi pemilihan program pendidikan bagi anak-

anaknya. Perancang kurikulum perlu memikirkan penglibatan dari

ibubapa.

Page 46: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

d. Pertambahan lulusan; perancang kurikulum perlu

memperhatikan faktor keluaran lulusan dari univerisiti

terutamanya dalam program Teknologi serta Kejuruteraan

dalam pasaran kerja.

e. Unjuran pasaran kerja masa depan; para perancang

kurikulum perlu memperhatikan kecenderungan pasaran kerja

pada masa yang akan datang. Kecenderungan ini akan

dipengaruhi oleh pelbagai faktor, di antaranya

perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Contohnya adalah perkembangan teknologi maklumat akan

membantu untuk membuka program pembelajaran baru

contohnya ICT atau pembelajaran perlu diorientasikan dengan

memanfaatkan teknologi tersebut.

f. Penilaian terhadap kemudahan; kemudahan memainkan

peranan penting dalam konteks Pendidikan Teknologi dan

Kejuruteraan. Kemudahan yang cukup akan memperkukuhkan

lagi proses pembelajaran. Keluaran lulusan yang dihasilkan

dapat bekerja bagi merealisasikan kemudahan yang ideal dan

sesuai dengan tuntutan pekerjaan yang ada. 3.8 Pengumpulan Data Yang Berkaitan Dengan Masyarakat

a. Keadaan masyarakat; yang dimaksud perkembangan

masyarakat di sini antara lain keadaan geografi sekolah,

kecenderungan jumlah penduduk, dan nilai-nilai masyarakat,

b. Arah dan unjuran bidang pekerjaan; meliputi bidang-bidang

pekerjaan yang paling sesuai dengan perkembangan ilmu dan

teknologi.

c. Keseimbangan “supply-demand” tenaga kerja; para

Page 47: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

perancang kurikulum perlu memperhatikan faktor ini, dengan

harapan jumlah lulusan yang dihasilkan disesuaikan dengan

jumlah pekerjaan yang ada sehingga tidak terjadi

pengangguran .

Aktiviti 2

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.

Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam

kelas.

1 . Apakah proses yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum

merancang kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah?

2. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, proses membuat keputusan

dalam perancangan kurikulum sebelum kurikulum dihasilkan merupakan

fasa yang penting bagi menentukan penghasilan kurikulum yang baik.

Menurut Ornstein & Hunkins (2004), terdapat beberapa fasa dalam

menentukan membuat keputusan tersebut. Bincangkan fasa-fasa yang

berkenaan.

3. Huraikan lapan ciri proses perancangan kurikulum yang

dikemukakan oleh Finch & Crunkilton (1999).

4. Dengan berdasarkan kepada Finch & Crunkilton (1999), bincangkan

bagaimana anda membuat perancangan kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah.

Page 48: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 4 REKA BENTUK KANDUNGAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Menganalisis reka bentuk kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Seterusnya menentukan kandungan kurikulum, membuat keputusan

kandungan kurikulum, menyediakan matlamat dan objektif kurikulum,

pendekatan DACUM dan analisis tugas.

Hasil Pembelajaran:

1. Menganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai

sumber untuk mereka bentuk kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah;

2. Menganalisis kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

3. Menganalisis sumber untuk membuat keputusan kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah;

4. Membandingkan matlamat dan objektif kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

5. Membandinglan pendekatan DACUM dan analisis tugas.

Menentukan kandungan kurikulum

Reka Bentuk KHSR

Membuat keputusan kandungan kurikulum

Menyediakan matlamat dan objektif kurikulum

Page 49: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

4.1 Menentukan Kandungan Kurikulum

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan penentuan

kandungan kurikulum, mari kita bincangkan berkenaan reka bentuk

kurikulum. Secara amnya, reka bentuk kurikulum haruslah menyediakan

kerangka rujukan asas atau templat bagi merancang rupa bentuk

kurikulum setelah kurikulum itu dibangunkan.

Tahukah anda apakah maksud reka bentuk kurikulum?

Mari kita teliti maksud reka bentuk kurikulum di bawah:

“Reka bentuk kurikulum merujuk kepada persoalan

bagaimana kurikulum ini direka bentuk, khususnya

bagaimana susunan bahagian-bahagian

dalam kurikulum disusun. Bahagian-

bahagian dalam kurikulum adalah terdiri daripada (1)

matlamat, tujuan, dan objektif; (2) kandungan; (3)

pengalaman pembelajaran; dan (4) penilaian.”

(Abdul Rahim, 2007)

Pendekatan DACUM dan analisis tugas

Page 50: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

“Reka bentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu

dikonsepsikan dan penyusunan komponen - komponen

utama kurikulum seperti isi kandungan pelajaran, kaedah dan

bahan pengajaran, pengalaman dan aktiviti pelajar bagi

menyediakan arah dan panduan dalam membangunkan

kurikulum”.

(Ornstein & Hunkins, 2004) Apakah yang boleh anda rumuskan berkaitan rekabentuk kurikulum

Kemahiran

Hidup sekolah rendah berdasarkan kepada maksud reka bentuk

kurikulum yang

dikemukakan oleh Ornstein & Hunkins (2004) ?

Apakah hubungan komponen-komponen rekabentuk kurikulum? Cuba

fikirkan

sejenak dengan mengaitkannya dengan kurikulum kemahiran hidup

sekolah

rendah.

Sekolah Rendah berdasarkan kepada maksud reka bentuk

kurikulum yang dikemukakan oleh Ornstein & Hunkins (2004)?

Apakah hubungan komponen-komponen reka bentuk kurikulum?

Cuba fikirkan sejenak dengan mengaitkannya dengan kurikulum

Page 51: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Setelah membincangkan komponen-komponen reka bentuk

kurikulum, apakah kandungan kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah?

Yusup (2000) pula menjelaskan bahawa kebanyakan reka bentuk

kurikulum disusun berasaskan kepada tiga jenis reka bentuk kurikulum iaitu:

a) Reka bentuk berpusatkan pelajar;

b) Reka bentuk berpusatkan mata pelajaran;

c) Reka bentuk berpusatkan penyelesaian masalah.

Cuba teliti tiga jenis reka bentuk kurikulum yang dicadangkan di

atas dan bandingkan dengan corak reka bentuk kurikulum yang

dikemukakan oleh Mohd Daud Hamzah (1994) dan jenis reka

bentuk kurikulum yang dikemukakan oleh Ornstein & Hunkins

(2004).

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Mohd Daud Hamzah (1994) muka surat 57 hingga

92 dan Ornstein & Hunkins (2004) muka surat 245 hingga 265.

Mohd Daud Hamzah (1994) menjelaskan beberapa aspek yang perlu

dipertimbangkan dalam reka bentuk kurikulum iaitu:

Latar setempat sekolah;

Guru di dalam sekolah;

Murid di dalam sekolah;

Peperiksaan awam;

Iklim sekolah; dan

Page 52: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah

Manakala Ornstein & Hunkins (2004) pula mengemukakan beberapa

perkara yang perlu dipertimbangkan dalam dimensi reka bentuk kurikulum

iaitu:

Skop;

Urutan;

Kesinambungan;

Integrasi;

Artikulasi; dan

Keseimbangan.

Mari kita analisis perkara-perkara yang dikemukakan oleh Mohd.

Daud Hamzah (1994) dan Ornstein & Hunkins (2004) dalam reka

bentuk kurikulum. Seterusnya, mari kita rumuskan apakah perkara-

perkara yang perlu dipertimbangkan dalam reka bentuk kurikulum

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Faktor-Faktor Berkaitan Penentuan Kandungan Kurikulum

Pada pendapat anda bagaimana penentuan kandungan kurikulum

dilakukan? Cuba fikirkan !

Page 53: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Menurut Finch & Crunkilton (1999), faktor-faktor berkaitan penentuan

kandungan kurikulum ialah:

Masa dan kewangan

Tekanan dalaman dan luaran

Keperluan tempatan, negeri, persekutuan,

Kemahiran diperlukan oleh majikan

Keprihatinan kandungan pendidikan akademik & vokasional

Tahap kandungan yang perlu disediakan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 127 hingga

134

Berdasarkan senario semasa di sekolah, bincangkan sama ada faktor-

faktor berkaitan penentuan kandungan kurikulum yang dikemukakan

oleh Finch & Crunkilton (1999) adalah signifikan dalam konteks

kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Pemilihan Strategi Penentuan Kandungan Kurikulum

Proses pemilihan strategi penentuan kandungan kurikulum adalah rumit.

Tahap kerumitannya bergantung kepada pelbagai tumpuan seperti:

a. Keadaan pendidikan

Keadaan atau tempat bagi kandungan kurikulum

diimplementasikan adalah paling penting untuk dikaji.

b. Keadaan pekerjaan

Aspek keadaan pekerjaan merupakan antara strategi yang perlu dikenalpasti.

c. Strategi-strategi penentuan kandungan

Strategi penentuan kandungan kurikulum merupakan yang

Page 54: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

paling penting. Ia berlandaskan kepada (1) asas falsafah; dan

(2)“introspection”.

“Instrospection” digunakan dalam menilai pengetahuan dan

pengalaman dan menggabungkannya dengan kerangka kerja

bagi menyediakan kandungan kurikulum vokasional.

Peranan asas falsafah merupakan yang paling sering

digunakan dalam bidang akademi. Asas falsafah ini akan

dibincangkan selepas ini.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 134 hingga

135.

Asas Falsafah Bagi Menentukan Kandungan Kurikulum

Falsafah memberi kesan dalam menentukan kandungan kurikulum. Ianya

memberikan panduan kepada pembangun kurikulum dalam

menentukan kandungan kurikulum. Kebanyakan kandungan kurikulum yang

dibangunkan adalah berdasarkan kepada falsafah yang dipegang oleh

pembangun kurikulum. Bagi Ornstein & Hunkins (2004), falsafah

menyediakan pendidikan khususnya pembangun kurikulum dengan satu

kerangka kerja bagi menyusun sekolah dan bilik darjah. Lalu menjawab

beberapa persoalan tentang peranan sekolah, subjek yang perlu ditawarkan,

bagaimana pelajar belajar dan kaedah atau bahan yang akan digunakan.

Seterusnya, falsafah dapat menentukan matlamat, kandungan dan

penyusunan proses pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya, falsafah

merupakan asas kepada kandungan kurikulum.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita mempunyai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sila hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan di bawah :

Page 55: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkemba

dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara”

Sehubungan itu, bincangkan peranan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dalam penentuan kandungan kurikulum Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah.

4.2 Membuat Keputusan Kandungan Kurikulum

Setelah mengenalpasti kandungan kurikulum, bincangkan kepentingan

membuat keputusan dalam pembangunan kurikulum.

Proses Membuat Keputusan Berkaitan Kandungan Kurikulum

Terdapat beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh Taba (1962)

berkenaan dengan proses menentukan kandungan kurikulum iaitu:

a. Setakat mana kandungan dalam sesebuah mata pelajaran

sesuai dengan keadaan semasa?

b. Bagaimanakah kepentingan mata pelajaran mengikut

keadaan?

c. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran

menggalakkan proses inkuairi?

d. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran selari

dengan keadaan masyarakat dan kebudayaan?

e. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mempunyai

keluaran dan

kedalaman yang sesuai?

Page 56: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

f. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran

membolehkan objektif dicapai?

g. Bolehkah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran dipelajari oleh pelajar?

h. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran sesuai dengan

kebudayaan dan norma pelajar?

i. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mengambil kira kehendak pelajar?

j. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mengambil kira minat pelajar?

Membuat keputusan kandungan kurikulum adalah langkah penting bagi

memastikan suatu membentukan kurikulum itu dapat berjalan dengan lancar.

Terdapat beberapa proses membuat keputusan kandungan kurikulum:

a) Mengenalpasti kandungan kurikulum

b) Mengenalpasti halangan atau limitasi

c) Mengkaji kandungan dengan mempertimbangkan halangan

d) Penentuan kandungan yang baik berdasarkan halangan

bergantu

ng kepada kreativiti pembentuk kurikulum

Bincangkan bagaimana anda membuat keputusan kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di tempat anda bertugas.

Mengenalpasti Kekangan Berkaitan Kandungan Kurikulum

Berdasarkan kepada Finch & Crunkilton (1999), proses membuat

keputusan kandungan kurikulum digambarkan seperti di bawah Kandungan kurikulum = Kandungan kurikulum - Kekangan

Yang boleh digunakan

Page 57: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kandungan kurikulum yang berpotensi merupakan kandungan yang relevan

kepada pelajar. Manakala kekangan pula merujuk kepada faktor-faktor yang

membataskan yang pengajaran kandungan tertentu.

Antara kekangan berkaitan yang dikenalpasti terhadap kandungan kurikulum ialah:

a. Pelajar

b. Guru & Staf Sokongan

c. Penyusunan kurikulum

d. Keadaan pekerjaan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 162 hingga 165.

Cuba lakukan analisis berkaitan kekangan dalam melaksanakan

kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di

sekolah anda. Fikirkan dan cadangkan penyelesaian yang

difikirkan sesuai.

4.3 Menyediakan matlamat dan objektif kurikulum Matlamat KHSR dibentuk untuk membantu murid meningkatkan dan

memperkembangkan keupayaan diri mereka melalui kemahiran yang

dikuasai, pemerolehan pengetahuan berasaskan teknologi, keusahawanan

serta pengetahuan diri dan kerja.

Jenis Matlamat Dan Objektif

Matlamat: Merupakan tujuan yang luas berkenaan keseluruhan kurikulum

Bertujuan untuk memberi panduan dan menyediakan asas kepada

perkembangan yang jelas tentang objektif umum dan khusus

Page 58: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Objektif Umum:

Sama dengan matlamat iaitu bersifat luas dan tidak terkira.

Lebih sesuai digunakan dalam kursus pendidikan teknik dan

vokasional, Ataupun muncul dalam sukatan yang khusus dalam

sesuatu kursus

Objektif Khusus:

Dikenali sebagai objektif perlaksanaan yang tepat untuk

ditunjukkan oleh pelajar di bawah keadaan khusus.

Menjelaskan dengan baik tahap penerimaan pencapaian dan

keadaan mana pencapaian itu berada. Penyediaan Matlamat

Terdapat tiga faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu:

a. Penglibatan individu

b. Konsisten matlamat kurikulum dengan matlamat yang lain

c. Matlamat dan objektif yang mempunyai kaitan Penyediaan Objektif

Objektif memudahkan kurikulum kerana tanpa kurikulum, instruksi menjadi

tidak releven dan tidak efektif. Bagi menyediakan objektif yang boleh

diukur, terdapat beberapa faktor yang berkaitan iaitu :

Identifikasi

Terminal Objective

Enabling Objective

Pemilihan – Kandungan, pelajar, dan sumber

Klasifikasi

Page 59: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Spesifikasi – Aktiviti, keadaan, dan piawai

Urutan Objektif Dalam Kurikulum

Tahukah anda terdapat beberapa pendekatan urutan objektif kurikulum?

Pendekatan urutan objektif terdiri daripada:

Urutan berdasarkan perkaitan

Urutan berdasarkan Klasifikasi Taksonomi – pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, penilaian

Urutan berdasarkan Pengalaman Pendidikan Praktikal

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat

175 hingga 201.

Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih kefahaman

tentang penyediaan matlamat dan objektif kurikulum iaitu:

http://www.natefacs.org/JFCSE/v21no2/v21no2Pickard.pdf (09/09/09)

4.4 Pendekatan DACUM dan Analisis Tugas

Mari kita kaji pendekatan DACUM dan analisis tugas yang

dikemukakan oleh Finch & Crunkilton (1999) dalam

mengukuhkan kandungan kurikulum. Seterusnya, bincangkan

potensi pendekatan dacum dan analisis tugas dalam

mengukuhkan kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah di tempat anda bertugas.

Pendekatan DACUM

DACUM (Developing A Curriculum) merupakan helaian profil kemahiran

yang menyediakan rancangan kurikulum dan instrumen penilaian bagi

program latihan kemahiran. Pendekatan ini pada awalnya dikembangkan oleh

Page 60: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

para ahli kurikulum di Kanada. Aplikasi pendekatan DACUM boleh

menentukan kandungan kurikulum dan menjadi panduan bagi proses

menentukan kandungan kurikulum secara sistematik.

Hasil dari pendekatan DACUM adalah suatu Jadual yang menghuraikan

secara ringkas tugas- tugas pekerjaan (outline job duties), kemampuan yang

diperlukan, cara melakukan kerja, alat yang diperlukan, peralatan,

persediaan, bahan dan trenda masa depan berkaitan pekerjaan tertentu

yand terdapat di industri. Jadual analisis dikembangkan melalui suatu proses

bersama- sama pakar khusus di dalam sesuatu pekerjaan, instruktur dan

fasilitator yang akan memandu menyusun jadual tersebut. Jadual ini akan

menjelaskan suatu kurikulum bagi suatu bidang latihan.

Page 61: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Rajah 2: Carta Perkembangan Proses DACUM

Rajah2: Carta Perkembangan Proses DACUM Dalam DACUM perlu ada elemen yang berikut:

Hanya pekerja mahir yang layak mendefinasi dan menggambarkan

bidang pekerjaan mereka daripada orang lain.

Setiap kerja boleh digambarkan dalam bentuk tugasan (task) yang telah

dilaksanakan oleh pekerja dengan jayanya.

Setiap task mempunyai kaitan lansung dengan pengetahuan dan sikap

yang mesti ada pada pekerja untuk melaksanakan tugasan tersebut

dengan betul.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 140 hingga 146.

Pendekatan Analisis Tugas Analisis tugas merupakan proses di mana tugas-tugas yang dilakukan

oleh pekerja bagi sesuatu pekerjaan tertentu dikenalpasti dan disahkan.

Page 62: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Dalam pendekatan ini, isi kandungan kurikulum diambil dari tugas-tugas

dalam pekerjaan tertentu yang diambil secara langsung dari deskripsi

pekerjaan atau deskripsi tugas yang sudah mantap. Aktiviti bagi suatu

pekerjaan itu terdiri dari daripada beberapa duti (duty) dan tugas (task) yang

perlu dilakukan oleh pekerja. Duti merupakan segmen yang luas bagi kerja-

kerja yang perlu dilakukan oleh individu bagi suatu jenis pekerjaan. Manakala

tugas (task) pula merupakan unit-unit aktiviti bagi setiap duti.

Dalam melakukan analisis tugas, langkah-langkah yang perlu

dipertimbangkan adalah seperti berikut:

melakukan kajian literatur dan informasi yang relevan;

mengembangkan inventori pekerjaan atau jabatan;

memilih sampel atau contoh pekerja sebagai sumber data;

melaksanakan tinjauan atau penelitian di lapangan;

menganalisis hasil tinjauan

Hasil tinjauan bagi analisis tugas, kemudiannya disusun dan diolah sehingga

menjadi bahan acuan dalam penentuan isi kurikulum.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 146 hingga 153.

Aktiviti 3

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.

Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam

kelas.

1. Definisi bagi elemen-elemen berikut:

a. Reka bentuk kurikulum

Page 63: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

b. Kandungan kurikulum

c. Pendekatan DACUM

d. Analisis Tugas

2. Huraikan dimensi-dimensi utama dalam reka bentuk kurikulum

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan bincangkan kenapa dimensi

reka bentuk tertentu mendapat lebih perhatian dalam persekitaran

pendidikan di negara kita.

2. Bincangkan Bincangkan faktor-faktor bagi penentuan kandungan

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

4. Dengan berasaskan kepada Finch & Crunkilton (1999),

bincangkan bagaimana menyediakan matlamat dan objektif kurikulum

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Page 64: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 5 PELAKSANAAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum, menganalisis

pembangunan bahan kurikulum dan pembangunan kurikulum kurikulum untuk

peralihan sekolah ke kerjaya.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghuraikan pelaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

2. Mengenal pasti bahan-bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

3. Memilih bahan-bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

4. Menganalisis sumber untuk membangunkan bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

5. Menganalisis pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerjaya.

Kerangka Konsep Tajuk 4

Page 65: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Membangunkan bahan kurikulum

Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum

Pelaksanaan Kurikulu

m KHS

R

Pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerja

5.1 Mengenalpasti dan Memilih Bahan-Bahan Kurikulum Kejayaan pelaksanaan kurikulum adalah hasil perancangan kurikulum yang

baik dan berhati- hati. Perancangan mengenal pasti keperluan dan sumber

kurikulum yang diperlukan untuk menghasilkan tindakan yang dikehendaki.

Ia turut melibatkan penentuan tentang bagaimana mentadbir polisi di bawah

tindakan yang dirancang. Pada peringkat pelaksanaan kurikulum, proses

mengenal pasti dan memilih sumber kurikulum iaitu bahan-bahan kurikulum

adalah sangat penting.

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan bahan-bahan

kurikulum, mari kita bincangkan terlebih definisi bahan kurikulum.

Page 66: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

“Bahan kurikulum adalah sumber-sumber yang digunakan oleh guru

dalam membantu mengubah tingkah laku yang diharapkan di kalangan

pelajar melalui pelaksanaan kurikulum tersebut”

(Finch & Crunkilton, 1999)

Berdasarkan definisi oleh Finch & Crunkilton (1999), mari kita

fikirkan bahan-bahan kurikulum bagi kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah Jenis-Jenis Bahan Kurikulum

Terdapat tiga jenis bahan kurikulum yang utama iaitu:

a) Bahan bercetak

Bahan bercetak adalah seperti modul, manual dan buku kerja.

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam

kelas, biasanya guru melaksanakan kurikulum secara teori

melalui buku kerja.

b) Bahan audio visual

Bahan audio visual terdiri daripada grafik, transparensi, poster

dan sebagainya. Penggunaan audio visual ini melibatkan

interaksi antara para pelajar dan guru.

c) Bahan manipulatif

Bahan manipulatif terdiri daripada puzzles, games dan

Page 67: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

simulator. Bahan manipulatif yang digunakan dalam

pembelajaran Kemahiran Hidup adalah peralatan bengkel

seperti gergaji dan mesin-mesin yang terdapat di dalam

bengkel.

Mari kita kaji bahan-bahan kurikulum bagi kurikulum Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah yang terdapat di sekolah kita.

Senarai bahan-bahan

kurikulum itu berdasarkan jenis-jenisnya. Pemilihan Bahan-Bahan Kurikulum

Pemilihan bahan kurikulum yang sesuai adalah amat kritikal bagi

memastikan pelaksanaan kurikulum dapat dijalankan dengan cekap dan

berkesan. Terlebih dahulu maklumat umum sesuatu bahan perlu diketahui

dengan mengenal pasti deskripsi bahan tersebut. Pentaksiran bidang juga

adalah perlu bagi memastikan keseragaman dengan pelaksanaan kurikulum

yang akan dilaksanakan.

Bahan kurikulum yang dipilih perlu sesuai untuk digunakan oleh semua

murid iaitu tidak bias kepada hanya satu jantina sahaja dan bersesuaian

dengan keadaan semasa dari segi teknologi bagi subjek kemahiran hidup.

Contohnya penggunaan alatan bengkel yang ketinggalan zaman tidak lagi

sesuai digunakan sebagai bahan kurikulum kerana boleh menyebabkan

murid tidak akan dapat mengendalikan mesin-mesin baru yang canggih

lagi moden. Ini kerana murid tersebut tidak diajar denagan asas

menggunakan alatan atau mesin baru tersebut.

Kelebihan dan kelemahan juga perlu diambilkira dalam memilih sesuatu

Page 68: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

bahan kurikulum. Penekanan guru yang lebih banyak menggunakan buku

teks membolehkan murid mudah mengingati pembelajaran tetapi akan

menyebabkan murid menghadapi kesukaran apabila mengendalikan mesin

moden kerana kurang diberi pendedahan. Pengalaman dalam bentuk ‘hands

on’ adalah turut diperlukan.

Pemilihan bahan kurikulum bagi pelajar berkeperluan khas juga perlu

disediakan supaya golongan ini diberi peluang untuk berbakti dan

mempunyai kemahiran seperti pelajar normal yang lain. Pemilihan adalah

berlainan dan bergantung kepada ciri-ciri pelajar seperrti mereka yang

mempunyai masalah pendengaran, terencat akal, mempunyai masalah

pendengaran dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai masalah

pembelajaran berbeza dengan pelajar kurang upaya. Mereka ini adalah

lambat dalam memahami dan memahirkan diri pembelajaran mereka. Oleh itu,

bahan kurikulum yang sesuai perlu disediakan bagi mereka seperti peralatan

yang mudah digunakan dan tidak terlalu kompleks kerana ciri-ciri mereka yang

lambat untuk belajar. Manakala pelajar yang mengalami kecacatan pula perlu

diambil kira faktor seperti keupayaan fizikal tersebut, kemahiran, personaliti

dan motivasi mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 205 hingga 220.

Perancangan Untuk Menjaga Bahan-Bahan Kurikulum

Setelah bahan kurikulum dipilih iaitu setelah mengambil kira pelbagai faktor

yang berkaitan maka bahan kurikulum itu perlulah dilindungi atau dijaga.

Bahan kurikulum yang disediakan perlu dilindungi kerana penghasilan bahan

tersebut menggunakan kos yang tinggi dari segi kewangan. Perancangan

yang sistematik perlu dilakukan agar wang yang dilaburkan ke atas bahan

Page 69: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

kurikulum itu tidak dibazirkan.

Bahan kurikulum tersebut sama ada peralatan-peralatan yang terdapat di

bengkel seperti gergaji dan mesin-mesin atau buku-buku teks serta buku

rujukan dan segala peralatan audio visual mestilah dijaga dengan baik

supaya dapat digunakan dalam tempoh yang optimum. Perancangan jangka

masa pendek dan perancangan jangka masa panjang adalah cara yang

sesuai digunakan bagi melindungi bahan kurikulum. Perancangan ini akan

memastikan bahan

kurikulum terjaga dan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama serta

dapat mengelakkan pembaziran.

Mari kita bincangkan perancangan untuk menjaga bahan-bahan kurikulum Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah yang terdapat di sekolah. 5.2 Membangunkan Bahan-Bahan Kurikulum

Setelah pemilihan kurikulum dilakukan, maka langkah seterusnya adalah

membangunkan bahan-bahan kurikulum. Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan

Dalam usaha membangunkan bahan-bahan kurikulum, terdapat banyak faktor

yang perlu dipertimbangkan. Antaranya ialah faktor masa dan kepakaran yang

ada. Kepakaran diperlukan untuk membangunkan kandungan kurikulum.

Kepakaran tinggi diperlukan bagi membangunkan bahan kurikulum yang terdiri

daripada mesin-mesin yang canggih.

Page 70: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Faktor kewangan juga terlibat secara langsung kerana penggunaan bahan

kurikulum yang menelan kos yang terlalu tinggi adalah tidak sesuai. Oleh

itu, walaupun sesuatu bahan itu mempunyai teknologi, moden dan terkini

tetapi adalah tidak praktikal jika menelan kos yang terlalu tinggi. Keputusan Yang Perlu Dibuat

Setelah bahan kurikulum dikenal pasti dan dipilih, maka keputusan untuk

mengetahui apakah bahan kurikulum yang perlu dibangunkan dan kenapa

bahan itu dipilih mestilah dilakukan. Begitu juga dengan keputusan siapakan

yang akan membangunkan bahan kurikulum tersebut. Keputusan untuk

menentukan siapakan yang akan membangunkan bahan kurikulum adalah

penting memandangkan individu atau kumpulan yang membangunkan

bahan kurikulum tersebut perlulah berpengetahuan luas dan pakar dari segi

teknikal mengenai bahan kurikulum tersebut. Seterusnya, keputusan mengenai bahan kurikulum itu akan dibangunkan

dilakukan. Keputusan yang dilakukan ini banyak bergantung kepada

individu yang terlibat dalam membangunkan bahan kurikulum. Selepas itu,

keputusan tentang bila bahan kurikulum itu perlu dibangunkan akan

dilakukan. Seterusnya pemilihan lokasi yang sesuai juga perlu

ditentukan bagi membolehkan individu atau kumpulan yang

membangunkan bahan kurikulum itu bebas daripada sebarang gangguan. Pengurusan Dalam Proses Pembangunan Bahan Kurikulum

Page 71: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Pengurusan yang baik adalah penting bagi memastikan kualiti bahan

kurikulum yang dibangunkan adalah berkualiti. Akauntabiliti juga

adalah penting. Sekiranya proses membangunkan bahan kurikulum

menerima bantuan daripada Kementerian Pelajaran, maka perlu dipastikan

bahan kurikulum itu bermutu kerana jangkaan daripada Kementerian

Pelajaran terhadap kualiti bahan kurikulum tersebut adalah tinggi. Oleh itu,

sepanjang pembangunan bahan kurikulum, kawalan kualiti perlu adabagi

memastikan produk akhir bahan kurikulum adalah pada tahap kualiti yang

baik. Penyebaran Bahan-Bahan Kurikulum

Proses pembangunan bahan kurikulum tidak akan sempurna

sehinggalah bahan-bahan kurikulum dapat disebarkan kepada pengguna.

Pengguna bahan kurikulum mungkin terdiri dari kalangan guru atau pendidik.

Penyebaran bahan kurikulum juga perlu

mempertimbangkan faktor geografi. Sebelum penyebaran dilakukan, segala

kos penyebaran perlu diambil kira. Penyebaran bahan kurikulum juga

mestilah menyediakan perancangan program latihan bagi mengguna dan

mengendalikan bahan kurikulum yang dibangunkan. Setelah bahan

kurikulum dibangunkan, maka individu atau kumpulan yang

membangunkan bahan kurikulum perlu sentiasa memperbaharui bahan

kurikulum tersebut agar sesuai dengan perkembangan semasa.

Pada pendapat anda bagaimana bahan-bahan kurikulum

Page 72: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dibangunkan? Apakah

pertimbangan yang telah diambil? Cuba fikirkan dan bincangkan

dengan rakan sejawat anda di sekolah!

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 222 hingga 243.

5.3 Pembangunan Kurikulum Untuk Peralihan Sekolah Ke Kerjaya

Ramai pelajar yang meninggalkan alam persekolahan tidak mempunyai

kemahiran akademik dan kemahiran tentang pekerjaan yang cukup bagi

membolehkan mereka berjaya di tempat kerja atau pendidikan peringkat

pasca sekolah menengah. Sehubungan itu, inisiatif peralihan sekolah ke

kerjaya merupakan suatu pendekatan yang berupaya menangani isu ini.

Walau bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan penstrukturan semula

dalam kurikulum di sekolah.

Mari kita bincangkan inisiatif peralihan sekolah ke kerjaya. Fikirkan

bagaimana kita boleh membantu merealisasikan inisiatif ini melalui

pembangunan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Menurut Finch & Crunkilton (1999), terdapat beberapa

pendekatan lain yang berpotensi membantu membekalkan

pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada pelajar bagi

memboleh mereka berjaya dalam bidang pekerjaan. Antaranya ialah

pendidikan berasaskan ketrampilan, Tech-Prep dan School-Based

Experience.

Page 73: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Pendidikan Berasaskan Kompetensi (Competency Based Education)

Secara ringkasnya, pendidikan berasaskan kompetensi (PBK) merupakan

sistem pengajaran yang menggunakan proses pembelajaran berasaskan

prestasi. PBK adalah berfokus kepada pelajar dan tempat kerja. PBK

memfokuskan kompetensi bagi keperluan tenaga kerja yang ditentukan oleh

majikan atau profesion. Kompetensi dalam konteks yang berbeza

memerlukan himpunan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut berkaitan PBK, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 253.

Juga sila layari laman web ini http://www.ceph.org/files/public/Competencies.pdf

(9/9/2009)

Mari kita fikirkan kesesuaian dilaksanakan PBK untuk Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Tech-Prep (Technical Career Preparation)

Tech-Prep merupakan program yang menhubungkan secara kreatif sekolah

tinggi dengan kolej teknikal dan kolej komuniti. Program ini bertujuan supaya

mengetahui asas ilmu teknikal dan mempunyai asas apabila mereka

melibatkan diri dalam institusi pendidikan teknikal.

Page 74: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Untuk maklumat lanjut berkaitan PBK, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat

260 - 261.

Juga sila layari laman web ini http://www.techpreptexas.org/aboutus.html (9/9/2009)

dan http://www.pde.state.pa.us/career (9/9/2009) School-Based Experience (SBE)

SBE merupakan suatu aktiviti formal yang melibatkan pelajar dalam

menghasilkan barangan atau perkhidmatan kepada orang lain atau masyarakat.

Ia membolehkan pelajar bersedia dalam sektor pekerjaan dengan cara

melibatkan pelajar dalam kegiatan atau aktiviti berkaitan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan PBK, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat

261.

Sila layari laman web ini untuk meneroka maklumat lanjut

berkaitan sekolah ke kerjaya :

http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/envrnmnt/stw/sw0.ht

m (9/9/09) dan

http://www.contractor.edu/ (9/09/2009)

Page 75: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Aktiviti 4

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.

Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di

dalam kelas. 1. Huraikan pelaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah dalam sistem pendidikan di Malaysia

2. Bincangkan perkaitan antara perancangan dan pelaksanaan kurikulum.

3. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pelaksanaan kurikulum.

4 . Jelaskan bagaimana anda memilih bahan-bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di peringkat sekolah anda.

5. Bincangkan bagaimana anda membangunkan bahan kurikulum untuk Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

6 . Huraikan Pembangunan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah untuk peralihan Sekolah Kerjaya

Page 76: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 6 PENILAIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN

menghuraikan model- model penilaian kurikulum menganalisis tujuan dan jenis penilaian kurikulum

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI 6.1 Model - model penilaian kurikulum Model menilai kurikulum boleh dikelaskan sebagai terhad atau menyeluruh. Dalam model terhad, hanya aspek tertentu atau khusus sahaja yang dinilai . Antara aspek yang dinilai ialah kesesuaian tenaga pengajar dan infrastruktur. Berbeza dengan model terhad, model menyeluruh mengambil kira semua aspek kurikulum yang saling berkaitan.Model CIPP adalah salah satu model yang popular. Model CIPP ( Context - Input - Process - Product ) 1.Context:Dalam dimensi ini, aspek yang hendak dinilai berkisar sejauh mana program mencapai matlamat yang mana program dicetuskan.Maka antara perkara yang akan dianalisis adalah justifikasi terhadap penubuhan program serta unsur - unsur yang melatari penubuhan program itu 2. Input:Semua sumber yang diperuntukkan bagi menjayakan program akan dinilai untuk dilihat sejauh mana ia menyumbang kepada kejayaan program.

Page 77: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

3. Process:Dimensi ini merujuk kepada penilaian terhadap perjalanan program.Antara perkara yang terangkum dalam dimensi ini ialah keberkesanan pelaksanaan pengajaran, pembekajaran dan penilaian 4. Product:Sejauh mana hasil daripada kurikulum menepati matlamat program adalah dinilai dari sudut 'product'.Untuk itu beberapa pendekatan diambil seperti sejauh mana lulusan satu peringkat pengajian ( contoh sekolah rendah ) dapat melakukan praktikal ketika sekolah menengah nanti. 6.2 Tujuan dan jenis penilaian kurikulum Bibliografi Finch & Crunkilton.(1999).Curriculum Development in Vocational and Technical

Education : Planning, Content and Implementation.USA:Allyn and Bacon

TAJUK 7 PENGURUSAN KURIKULUM

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN

menjelaskan konsep dan definisi pengurusan kurikulum menjelaskan pengurusan dalam proses perkembangan kurikulum menghuraikan pendekatan pengurusan kurikulum

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI 7.1 Konsep dan definisi pengurusan kurikulum Pengurusan kurikulum merangkum aspek - aspek yang memandu reka bentuk,kawalan,penyampaian dan pentaksiran kurikulum.Ia boleh diertikan

Page 78: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

sebagai aktiviti - aktiviti profesional yang melibatkan satu atau lebih unsur kurikulum (reka bentuk,kawalan,penyampaian dan pentaksiran) Pengurusan kurikulum boleh terlaksana pada peringkat berbeza. Sebagai contoh reka bentuk kurikulum berlaku di Bahagian Pembangunan Kurikulum ; manakala uji rintis bagi kurikulum yang baru dilaksanakan oleh sekolah-sekolah terpilih dan BPK. 7.2 Pengurusan dalam proses perkembangan kurikulum Kurikulum berkembang merentasi empat bidang asas iaitu reka bentuk, penyampaian, pentaksiran dan kawalan. 7.3 Melantik atau membentuk jawatan kuasa Amatlah sukar untuk seorang pengurus memastikan setiap aspek kurikulum berjalan dalam keadaan yang lancar dan terselaras.Untuk itu beliau perlukan bantuan dalam bentuk satu perkumpulan yang dinamai dengan pelbagai label seperti jawatan kuasa dan panitia.Perkumpulan diberikan peranan serta bidang kuasa sesuai dengan fungsinya. 7.4 Konsep pengurusan terlibat dengan aktiviti kurikulum Pengurusan seharusnya terlibat dengan apa sahaja yang melibatkan kurikulum.Berikut beberapa bidang yang pengurusan perlu ceburi,antaranya : Memahami dengan meluas skop dan kehendak kurikulum Menyediakan infrastruktur dan bahan kurikulum tertakluk kepada batasan

sumber Memantau dan menyelia pelaksanaan penyampaian kurikulum secara

berkala Mewujudkan latihan pembangunan staf berkaitan dengan penyampaian

kurikulum dan dimantapkan dari masa ke masa Menyampaikan maksud, kehendak dan pelaksanaan kurikulum kepada ibu

bapa dalam peluang yang bersesuaian. 7.5 Pengurus dan pendekatan pengurusan kurikulum Pengurus kurikulum merujuk kepada semua yang terlibat dalam kejayaan pelaksanaan kurikulum.Bukan guru besar / pengetua sahaja dipanggil pengurus, malahan guru biasa di kelas turut digelar sebagai pengurus.Asasnya tanggung jawab mereka sama, hanya berbeza dari segi skop dan kedalaman. Bibliografi

Page 79: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Curriculum Management Plan . (Februari 2004).Diakses drp www.cartwrightk12.az.us/parents/.../curr_management_plan.pdf (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) . Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktivit dan latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar.) ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ CATATAN:

1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS.

2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT:

a. FONT : ARIAL b. SAIZ FONT : TAJUK UTAMA - 14

SUB TAJUK - 12 ISI KANDUNGAN - 12

c. SPACING : 1.5 3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.

TAJUK 8 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN

mengenal pasti teori perubahan,teori inovasi dan konsep inovasi dalam kurikulum

merumuskan faktor - faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Page 80: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

RBT 3103 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

KANDUNGAN ISI 8.1 Teori perubahan,teori inovasi dan konsep inovasi dalam kurikulum Perubahan membawa maksud berada dalam keadaan yang berlainan daripada yang asal. Kurt Lewin adalah salah seorang yang awal menyarankan teori perubahan .Dalam teori itu beliau berpendapat wujudnya daya yang menolak ke arah perubahan dan pada waktu yang sama daya setentang cuba menghambat daya ke arah perubahan tadi. 8.2 Faktor - faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum Antara faktor yang dikenal pasti adalah: teknologi ekonomi peluang mengakses maklumat

Bibliografi

CliffsNotes.com.(9 Disember 2011).Theories of Education.Diakses drp

http://m.cliffsnotes.com/study_guide/,topicArticleId-26957,articleId-26914.html

Page 81: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

BIBLIOGRAFI ( IKUT FORMAT APA)

Page 82: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

Rujukan

Anderson, A., Gormley, H., & Hemsworth, D. (2004). An outline guide for teacher: NVQs and VRQs at key stage 4, UK: Department for Education and Skills, Learning and Skills Development Agency. Bowen, R. (2002)., Design and technology in the primary school, in Gwyneth Owen-Jackson (ed.), Aspects of Teaching Secondary Design and Technology: Perspectives On Practice, New York: Routledge Falmer. Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum development in vocational and technical: Planning, content and implementation (5th ed), Boston: Allyn and Bacon. Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial in-service materials, Queensland: Queensland Studies Authority Yusup Hashim (2000). Konsep dan perkembangan kurikulum dan instruksi, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran 2000, Kuala Lumpur: Cetakama Davies, D., & Howe, A. (2003), Teaching science and design and technology in the early years, London: David Fulton Publishers. Department for Education and Employment, & Qualifications and Curriculum Authority. (1999). The National Curriculum: Handbook for primary teachers in England key stages 1 and 2, London: Qualification & Curriculum Authority. Hope, G. (2004). Teaching design and technology 3 -11: The essential guide for teachers, London: Continuum. Ishak Ramly (2003). Inilah kurikulum sekolah. Pahang: PTS Publications & Distributor. Lazear, D. (2000). The intelligent curriculum: using multiple intelligences to develop your student’s full potential. Selangor: Masterpiece Publication Sdn. Bhd. Mohamad Daud Hamzah (1993). Penerokaan teori kurikulum, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohamad Daud Hamzah (1993). Liputan kurikulum sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mok Song Sang (2003). An education course for KPLI (philosopy

Page 83: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

education and curriculum development), Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nicholls, G. H., & Nicholls, A. (1987). Perkembangan kurikulum: Satu panduan praktis (terjemahan Daud-Hamzah, M & Koh Tsu Koon), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ornstein, A. C., & Hunkins, F. P. (1993). Curriculum foundations: Principles and issues, Boston: Allyn and Bacon Owen-Jackson, G. (2002)., ICT in design & technology, in Gwyneth Owen-Jackson (ed.), Aspects of Teaching Secondary Design and Technology: Perspectives On Practice, New York: Routledge Falmer. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2006). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, Kuala Lumpur: PTS Professional Tyler, R. W. (1949). Basic principle of curiculum and instruction, Chicago: Chicago University Yahya Emat (2005). Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia, Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Page 84: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 85: RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sek. Ren(1)

108 

 

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

TN. HJ. MD. ARIF BIN MD. ZIN Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah 80350 Johor Bahru. [email protected]

Kelulusan: M.Mgt. (Tech), UTM Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian), UPM Pengalaman: Pensyarah IPG (14 Tahun) Guru Sekolah Menengah (17 Tahun )

TN. HJ.. ZULKIFLY BIN YUSUF Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Kota Putra 22200 Besut, Terengganu [email protected]

Kelulusan: B.Tech with Educ. Hons (Mechanical, Eng), UTM, Diploma Perguruan Khas (Kejuruteraan Mekanikal ) IPG.KPT Sijil Perguruan Khas Sekolah Menengah ( PPU ), MPT. Pengalaman: Pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup (9 tahun) Pensyarah Politeknik ( 7 tahun) Pensyarah Kolej Komuniti (2 tahun)

EN. IBHRIM BIN HJ. YAJID Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Kota Putra 22200 Besut, Terengganu [email protected]

Kelulusan: M Ed (Pentadbiran Pendidikan), UTM B.Tech with Educ. Hons (Civil. Eng.), UTM Diploma (Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan) IAB Sijil Perguruaan Asas (Binaan Bangunan) MPT Pengalaman: Pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup (11 tahun) Ketua Unit Kemahiran Teknikal (5 Tahun) Guru Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (15 tahun)