Rawatan TOTAPS

Embed Size (px)

Citation preview

Pendidikan Jasmani Kesihatan (T.O.T.A.P.S.)PKE 3102

TOTAPS adalah kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa setelah diberi rawatan DRABC.

Prinsip dan Proseur TOTAPS T O T A P S Talk Observe Touch Active Passive Skill

TALK (Bercakap) Soalan-soalan yang boleh ditanya adalah seperti yang berikut. Apakah yang telah berlaku? Adakah anda berasa sakit? Di bahagian manakah anda berasa sakit? Adakah anda mengambil sebarang ubat? Adakah anda menghidap sebarang alahan?

Soalan-soalan ini boleh membantu kita mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan juga keadaan mangsa. Bercakap dengan si mangsa untuk menenangnya dan juga untuk mendapatkan maklumat tentang peristiwa atau kemalangan yang telah berlaku. Pembantu mula boleh juga mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada rakan simangsa atau penonton yang ada. Jawapan si mangsa membolehkan pembantu mula terus fokus kepada bahagian yang cedera.

Observe (Melihat keadaan) Beri perhatian kepada penafasan dan perubahan denyut nadi mangsa sama ada normal atau tidak. Periksa bahagian mulut dan hidung jika terdapat sesuatu yang menyekat laluan udara semasa pernafasan. Jika berlaku pendarahan , perhatikan jenis pendarahan itu. Pada masa yang sama perhatikan wajah si mangsa. Adakah ia sedang menahan kesakitan, kelihatan pucat atau terkejut. Memerhati untuk mengesan tanda-tanda kecederaan. Pembantu mula hendaklah juga memerhati tanda-tanda luka, leba, bengkak, atau sesuatu yang tidak normal dibahagian yang cedera.

Touch (Sentuh) Melalui sentuhan dapat dirasa keadaan seperti bengkak, lembut atau sesuatu yang tidak normal bila bahagian yang tidak cedera. Sentuh bahagian badan mangsa yang cedera dengan berhati-hati. Tujuan utama sentuhan dengan tangan adalah untuk mentafsir darjah kecederaan itu. Minimumkan pergerakan pada anggota yang cedera parah

Active (Aktif) Sekiranya keadaan tidak serius, minta mangsa menggerakkan anggota yang cedera untuk mengesan tahap kecederaan. Perhatikan wajah si mangsa, beri rawatan bantu mula yang sewajarnya di peringkat ini tanpa meneruskan langkah yang berikut. Pergerakan itu hendaklah dilakukan sehingga julat dimana si mangsa mula berasa sakit di bahagian yang cedera.

5.) Passive (Pasif) Sekiranya bahagian anggota yang cedera tadi tidak dapat digerakkan atau pasif, ini menunjukkan kecederaanya adalah serius dan mangsa hendaklah dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Pergerakan oleh si mangsa yang dibantu oleh pembantu mula. Jika si mangsa tidak berasa sakit ketika dia sendiri menggerakkan bahagian yang cedera, pebantu mula cubalah gerakkan bahagian tersebut melalui julat pergerakkan yang biasa.

Skill (Kemahiran) Lakukan pelbagai pergerakan asas pada bahagian badan yang mengalami kecederaan. Sekiranya berasa sakit, mangsa berkenaan hendaklah dibawa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau pramedik. Tetapi jika mangsa tidak menunjukkan tanda berasa sakit, mangsa berkenaan boleh meneruskan aktiviti yang dilakukan sebelum kecederaan berlaku. Ulangi pergerakan ini beberapa kali jika kecederaan tidak dapat dikenal pasti.

T.O.T.A.P.S Buat penilaian segera mengenai keseluruhan keadaan kecemasan di kawasan tersebut. Atasi punca kecemasan sekiranya masih ada lagi atau pindahkan mangsa daripada keadaan merbahaya . Bertindak secara waspada dan penuh keyakinan Periksa nadi mangsa Periksa pernafasan mangsa Kawal semua bentuk pendarahan Tentukan keadaan kesedaran mangsa Berikan keutamaan kepada kecederaaan-kecederaaan mengikut keparahan Tenangkan mangsa Kendalikan mangsa dengan baik Tanggalkan pakaian mangsa hanya sekiranya perlu Buat persiapan untuk menghantar mangsa ke unit perubatan yang berdekatan.

SEKIAN