1
Rawatan Kegagapan Peringkat Awal Program Lidcombe Panduan rawatan Program Lidcombe boleh dimuatturunkandari laman web Pusat Penyelidikan Kegagapan Australia (Australian Stuttering Research Centre). Panduan ini berguna untuk ibu bapa dan ahli-ahli patologi pertuturan untuk memastikan rawatan dilakukan dengan cara yang betul. Ibu bapa dinasihatkan untuk mencari seorang ahli patologi pertuturan yang berpengalaman dalam rawatan Program Lidcombe. Untuk membuat pilihan yang sesuai, anda boleh membincangkan hal ini dengan ahli patologi pertuturan anda. Pada setiap tahun, Konsortium Jurulatih Program Lidcombe (Lidcombe Program Trainers Consortium) memberi latihan kepada ratusan ahli patologi pertuturan di seluruh dunia. Anda boleh mendapatkan informasi tentang ahli patologi pertuturan yang telah dilatih dalam program rawatan ini di kawasan terdekat dengan anda. Anda boleh menghubungi Konsortium Jurulatih Program Lidcombe melalui e-mel yang terdapat di laman web berikut: © 2013 Lidcombe Program Trainers Consortium Konsortium Jurulatih Program Lidcombe (The Lidcombe Program Trainers Consortium) http://sydney.edu.au/health_sciences/asrc/ health_professionals/lptc.shtml Ahli patologi pertuturan akan menasihati sama ada rawatan diperlukan dan bila rawatan patut dimulakan. Banyak ujian klinikal di seluruh dunia telah menyokong pengunaan Program Lidcombe untuk merawat kanak-kanak prasekolah yang gagap. Ibu bapa menggunakan rawatan Program Lidcombe untuk menggalakkan anak mereka bercakap tanpa bergagap dan mengukur tahap kegagapan anak mereka pada setiap hari. Namun, rawatan Program Lidcombe ini perlu dilakukan di bawah bimbingan ahli patologi pertuturan. Masa purata yang diambil bagi mengurangkan atau menghilangkan kegagapan adalah kira-kira 4 bulan setelah rawatan dimulakan. Tetapi ia boleh mengambil masa yang kurang atau lebih, bergantung kepada pembangunan kanak-kanak itu. Ahli patologi pertuturan anda akan menunjukkan cara rawatantersebut dijalankan dan memasstikan ia dilaksanakan dengan betul. Anda dan anak anda akan melawat ahli patologi pertuturan di klinik pada setiap minggu. Semasa menjalani rawatan ini, perkara yang paling penting adalah untuk memastikan bahawa anak anda suka melakukannya. Setelah anak anda pulih dari masalah kegagapan, langkah seterusnya Program Lidcombe akan bermula. Langkah ini dipanggil proses pengekalan. Dalam proses/tahap ini, anda dan anak anda akan berjumpa dengan ahli patologi pertuturan sekali- sekala, selama tempoh kira-kira satu tahun. Pada masa ini, ahli patologi pertuturan anda akan menunjukkan bagaimana untuk memastikan kegagapan anak anda tidak muncul semula. Walaupun rawatan pada tahap ini tidak sekerap tahap sebelumnya, ibu bapa perlu meneeruskan rawatan dalam tempoh tersebut. Masa yang terbaik untuk merawat kanak-kanak prasekolah yang gagap adalah antara usia 3 hingga 5 tahun, sekurang-kurangnya setahun sebelum mereka mula sekolah. Program Lidcombe adalah sebuah program rawatan kegagapan untuk kanak-kanak prasekolah yang disediakan oleh ahli patologi pertuturan. Di negara lain, ahli patologi pertuturan (speech pathologist) juga boleh dikenali sebagai ahli patologi pertuturan dan bahasa atau ahli terapi pertuturan. Kegagapan yang dihadapi ramai kanak-kanak boleh berhenti dengan semula jadi sewaktu mereka di prasekolah. Namun ibu bapa tetap digalakkan untuk merujuk kepada pakar untuk mendapat nasihat atau rawatan bagi anak mereka. Adalah lumrah bagi ibu bapa untuk mengajukan beberapa soalan tentang masalah kegagapan anak mereka danmendapatkan nasihat yang sewajarnya.. Ibu bapa tidak mungkin dapat mengetahui terlebih dahulu sama ada anak mereka boleh pulih tanpa rawatan. Oleh itu, jikalau kanak-kanak mula gagap, ibu bapa disyorkan untuk mendapatkan nasihat daripada ahli patologi pertuturan secepat mungkin.

Rawatan Kegagapan Peringkat Awal Program Lidcombelidcombeprogram.org/wp-content/uploads/2015/07/lp_brochure_malay.pdf · dimulakan. Banyak ujian klinikal di seluruh dunia telah menyokong

  • Upload
    others

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rawatan Kegagapan Peringkat Awal Program Lidcombelidcombeprogram.org/wp-content/uploads/2015/07/lp_brochure_malay.pdf · dimulakan. Banyak ujian klinikal di seluruh dunia telah menyokong

Rawatan  Kegagapan Peringkat Awal

Program Lidcombe

Panduan  rawatan Program Lidcombe boleh dimuatturunkandari laman web Pusat Penyelidikan Kegagapan Australia (Australian Stuttering Research Centre). Panduan ini berguna untuk ibu bapa dan ahli-ahli patologi pertuturan untuk memastikan rawatan dilakukan dengan cara yang betul.

Ibu bapa dinasihatkan untuk mencari seorang ahli patologi pertuturan yang berpengalaman dalam rawatan Program Lidcombe. Untuk membuat pilihan yang sesuai, anda boleh membincangkan hal ini dengan ahli patologi pertuturan anda.

Pada setiap tahun, Konsortium Jurulatih Program Lidcombe (Lidcombe Program Trainers Consortium) memberi latihan kepada ratusan ahli patologi pertuturan di seluruh dunia. Anda boleh mendapatkan informasi tentang ahli patologi pertuturan yang telah dilatih dalam program rawatan ini di kawasan terdekat dengan anda. Anda boleh menghubungi Konsortium Jurulatih Program Lidcombe melalui e-mel yang terdapat di laman web berikut:

©  2013 Lidcombe Program Trainers Consortium

Konsortium Jurulatih Program Lidcombe

(The Lidcombe Program Trainers Consortium)

http://sydney.edu.au/health_sciences/asrc/ health_professionals/lptc.shtml

Ahli patologi pertuturan akan menasihati sama ada rawatan diperlukan dan bila rawatan patut dimulakan. Banyak ujian klinikal di seluruh dunia telah menyokong pengunaan Program Lidcombe untuk merawat kanak-kanak prasekolah yang gagap.

Ibu bapa menggunakan rawatan Program Lidcombe untuk menggalakkan anak mereka bercakap tanpa bergagap dan mengukur tahap kegagapan anak mereka pada setiap hari. Namun, rawatan Program Lidcombe ini perlu dilakukan di bawah bimbingan ahli patologi pertuturan.

Masa purata yang diambil bagi mengurangkan atau menghilangkan kegagapan adalah kira-kira 4 bulan setelah rawatan dimulakan. Tetapi ia boleh mengambil masa yang kurang atau lebih, bergantung kepada pembangunan kanak-kanak itu.

Ahli patologi pertuturan anda akan menunjukkan cara rawatantersebut dijalankan dan memasstikan ia dilaksanakan dengan betul. Anda dan anak anda akan melawat ahli patologi pertuturan di klinik pada setiap minggu.

Semasa menjalani rawatan ini, perkara yang paling penting adalah untuk memastikan bahawa anak anda suka melakukannya.

Setelah anak anda pulih dari masalah kegagapan, langkah seterusnya Program Lidcombe akan bermula. Langkah ini dipanggil proses pengekalan. Dalam proses/tahap ini, anda dan anak anda akan berjumpa dengan ahli patologi pertuturan sekali-sekala, selama tempoh kira-kira satu tahun. Pada masa ini, ahli patologi pertuturan anda akan menunjukkan bagaimana untuk memastikan kegagapan anak anda tidak muncul semula. Walaupun rawatan pada tahap ini tidak sekerap tahap sebelumnya, ibu bapa perlu meneeruskan rawatan dalam tempoh tersebut.

Masa yang terbaik untuk merawat kanak-kanak prasekolah yang gagap adalah antara usia 3 hingga 5 tahun, sekurang-kurangnya setahun sebelum mereka mula sekolah. Program Lidcombe adalah sebuah program rawatan kegagapan untuk kanak-kanak prasekolah yang disediakan oleh ahli patologi pertuturan. Di negara lain, ahli patologi pertuturan (speech pathologist) juga boleh dikenali sebagai ahli patologi pertuturan dan bahasa atau ahli terapi pertuturan.

Kegagapan yang dihadapi ramai kanak-kanak boleh berhenti dengan semula jadi sewaktu mereka di prasekolah. Namun ibu bapa tetap digalakkan untuk merujuk kepada pakar untuk mendapat nasihat atau rawatan bagi anak mereka.

Adalah lumrah bagi ibu bapa untuk mengajukan beberapa soalan tentang masalah kegagapan anak mereka danmendapatkan nasihat yang sewajarnya.. Ibu bapa tidak mungkin dapat mengetahui terlebih dahulu sama ada anak mereka boleh pulih tanpa rawatan. Oleh itu, jikalau kanak-kanak mula gagap, ibu bapa disyorkan untuk mendapatkan nasihat daripada ahli patologi pertuturan secepat mungkin.