rancangan pengajaran individu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rancangan pengajaran individu

Citation preview

Rpi

Rpi Rancangan pengajaran individuMelalui Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007 mengariskan: Rancangan Pendidikan Individu ertinya satu dokumen yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid pendidikan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru. Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid hendaklah di sediakan.Definisi RPIRPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.

Rasional Penghasilan RPIRPI bukan sahaja sesuai bagi murid bermasalah pembelajaran tetapi juga murid berkeperluan khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah pendengaran, penglihatan, pemulihan khas, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.

Bagi murid yang mengikuti program inklusif akademik samada masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pelbagai kecacatan, RPI haruslah dibina berdasarkan aspek sosial, emosi dan rohani. Bagi murid yang mempunyai keupayaan kognitif rendah, di mana sebahagian besarnya terdiri daripada murid bermasalah pembelajaran, penekanan adalah kepada pengetahuan gunaan (functional). Contohnya, walau pun murid ini tidak boleh membuat kiraan secara mental, mereka boleh diajar matematik gunaan menggunakan kalkulator. Selain daripada itu, penekanan diberikan kepada penguasaan membaca dan menulis tetapi tidak kepada penguasaan pengetahuan akademik.Elemen Rancangan Pendidikan IndividuFokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan dengan bidang utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku, dan kemahiran sosial yang sesuai dengan keperluan murid.

Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu Komprehensif dan merangkumi pelbagai bidang Matlamat yang spesifik dan objektif yang boleh diukurBerasaskan urutan perkembangan kemahiranBersesuaian dan realistik (boleh dicapai) Penggunaan bahasa yang mudah difahami Digubal dan dipersetujui bersama pasukan pelbagai disiplinKonsep RPIRPI menjadi perancangan berasaskan: i) Apa yang diajar ii) Bagaimana sepatutnya diajar iii)Kekerapan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran sasaran sepatutnya diajar melalui penambahan atau aktiviti yang berbeza dari bukan pendidikan khas melalui kurikulum alternatif.RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.RPI adalah satu dokumen kerja bagi semua warga sekolah.RPI mestilah mudah diakses dan difahami oleh semua yang berkenaan.Perlu diingat, RPI adalah relevan untuk semua kategori murid berkeperluan khas dan bukan untuk murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran sahaja seperti yang diamalkan sekarang. RPI sesuai dihasilkan bagi murid berkeperluan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan, alternatif atau lain-lain yang diguna pakai oleh murid berkenaan. Adalah diharapkan penjanaan RPI bagi murid berkeperluan khas akan membangunkan jati diri murid berkenaan dan membolehkan mereka hidup berdikari selepas tamat persekolahan dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka.Kepengtingan rancangan pendidikan individu Proses RPI memberi pelbagai kebaikan kepada: MuridSetiap RPI yang digubal untuk mengenalpasti keperluan murid-murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi. Contoh-contoh adalah seperti berikut: (a) Peralatan khas seperti alat bantu mendengar, kanta pembesar dan mesin Braille (b) Bidang khas seperti orientasi dan mobiliti, kemahiran hidup dan bahasa isyarat

Guru-guru Memberi peluang untuk mendapat maklumat tentang murid Menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat bantu daripada pihak yang berkenaan Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam khidmat bantu sokongan diperlukan. Memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat golongan professional

Ibu Bapa Memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan matlamat dan objektif pembelajaran anak mereka Memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak mereka di rumah.Menyediakan forum untuk meminta pertolongan, resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan. Memberi peluang untuk berkongsi maklumat dengan golongan professional yang terlibat secara langsung dengan anak merekaAhli Pasukan Pelbagai Disiplin yang berkaitan (Sila rujuk ke Lampiran ) Memperolehi maklumat yang sistematik melalui penilaian pelbagai disiplin untuk mengenal pasti keperluan individu murid Mengenal pasti program latihan dan penilaian semula yang bersesuaian dengan keperluan murid.Peranan dan Sumbangan Ahli Jawatankuasa RPI

RPI dilaksanakan berasaskan secara kumpulan atau pasukan. Hala tuju adalah dibentuk dan dipersetujui bersama melalui kolaborasi dan kerjasama ahli-ahli pasukan RPI.Ahli-ahli pasukan RPI adalah berbeza bergantung kepada keperluan individu murid yang terlibat. Contohnya, ahli-ahlinya boleh terdiri daripada murid itu sendiri, ibu bapa, guru, kaunselor kerjaya, pentadbir sekolah, pegawai khidmat bantu , pembatu pengurusan murid dan pegawai komuniti yang telah dikenalpasti. Kelebihan bergerak secara pasukan bagi RPI adalah:Membentuk pemahaman yang sama tentang keupayaan sebenar murid yang terlibat.Dapat berbincang tentang kemudahan (contohnya penterjemah bahasa isyarat dan lain-lain) yang dapat membantu murid belajar dengan lebih berkesan. Membuat cadangan pembelian alatan khas contohnya alat bantu dengar. Mengenalpasti bentuk khidmat bantu yang diperlukan.Menyediakan rangka panduan pembelajaran yang selari dengan keperluan pentaksiran kurikulum Setiap ahli dapat berkongsi maklumat tentang tingkah laku dan bentuk atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan individu murid.

Menentukan peranan dan tanggungjawab setiap ahli pasukan setiap ahli memainkan peranan penting dan perlu bekerjasama di dalam proses membina RPI.Pentadbir (Pengetua/Guru Besar) (a) Melantik seorang penyelaras (bukannya membina) pelaksanaan RPI(b) Menggerakkan program kolaborasi, penilaian dan pengemaskini(c) Memastikan perlaksanaan RPI dengan menilai dan mengemaskini laporan sekurang-kurangnya sekali setiap tempoh laporan yang dipersetujui dalam borang RPI(d) Memastikan cadangan keperluan bahan sokongan dan khidmat bantu dalam penyediaan RPI diambil perhatian dan dapat dipenuhi. (e) Memastikan murid yang terlibat dimaklumkan tentang pembinaan RPI jika berkenaan (?)(f) Memastikan perbincangan keperluan transisi dapat diusahakan bersama pihak ibu bapa, komuniti tempatan dan juga institusi pendidikan tinggi.(g) Memastikan salinan dokumen RPI disediakan untuk ibu bapa dan murid.(h) Memastikan RPI disimpan dan difailkan dengan baik serta hasil laporan dimasukkan dalam rekod kemajuan atau profil murid

Guru kelas/Guru matapelajaran/Guru resos (a) Menyediakan penilaian diagnostik yang sesuai bagi memastikan kekuatan dan keperluan murid. (b) Menyemak , mengemaskini matlamat dan objektif di awal tempoh persediaan RPI. (c) Memberi nasihat bagi keperluan peralatan khas.(d) Bertanggungjawab membina aktiviti pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan murid,(e) Mengajar dan menilai pencapaian setiap objektif RPI. (f) Mengekalkan komunikasi dan hubungan baik dengan pihak ibu bapa, guru-guru lain, profesional dan pegawai khidmat bantu yang terlibat. (g) Bekerjasama , mengekalkan komunikasi dengan guru-guru lain dan juga kakitangan (warga) sekolah yang lain.Pembantu guru (a) Membantu murid dengan aktiviti pembelajaran di kelas mengikut arahan guru kelas (b) Membantu guru mendapatkan bantuan peralatan khas (c) Merekod , memantau pencapaian objektif- objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenalpasti Murid (a) Membantu ahli pasukan mengenalpasti cara pembelajaran yang sesuai(b) Membantu pasukan menentukan keperluan khidmat bantu dan peralatan khas (c) Membantu menentukan matlamat pembelajaran (d) Memahami proses pembentukan RPIIbu bapa (a) Menyediakan maklumat terkini tentang murid (b) Memaklumkan kemahiran, minat, kegemaran dan kecenderungan murid (c) Memaklumkan maklumat latar belakang pendidikan awal, sebelum dan pencapaian murid (d) Memberi peluang kepada murid untuk meneruskan aktiviti pembelajaran di rumah (e) Sentiasa berkomunikasi dengan pihak sekolah Ahli professional lain (a) Menyediakan khidmat bantu (bentuk nasihat, terapi dan sebagainya) (b) Menyediakan nasihat dari segi keperluan peralatan khas (c) Menyediakan bantuan teknikal (d) Menjadi sumber sokongan bagi keluarga (e) Melaksanakan penilaian bila diperlukanGaris Panduan Penghasilan RPI

Penghasilan RPI merupakan proses penting dalam usaha menyediakan program pendidikan yang berkesan dan bertepatan dengan berkeperluan khas murid yang berkenaan.Untuk menghasilkan RPI yang berkesan perkara-perkara berikut perlu diambil kira.

Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh, (i) pengetua atau guru besar, (ii) guru penolong kanan pendidikan khas atau penyelaras program pendidikan khas, (iii) semua guru pendidikan khas, (iv) semua ibu bapa atau wakil (v) kumpulan multi-disciplinary mengikut keperluan dan (vi) murid.

Langkah Tugasan Tindakan Ujian Diagnostik Menyediakan ujian diagnostik Menjalankan ujian diagnostik Menganalisis dan merekod keputusan ujian diagnostik

Menubuhkan Jawatankuasa penyediaan ujian diagnostik Guru pendidikan menjalankan ujian diagnostik secara pemerhatian, temubual, ujian lisan, ujian bertulisLangkah Tugasan Tindakan Pembentukan Ahli JawatankuasaKenal pasti serta hubungi ahli jawatankuasa. Mengeluarkan surat Menetapkan tarikh, tempat, masa dan kekerapan mesyuarat yang akan diadakan. Agenda mesyuarat (Melapor baseline RPI yang telah dikenalpasti, mengesahkan cadangan). Fokus adalah hanya satu RPI bagi seorang murid dalam satu masa.

Lantikan rasmi dibuat. Menyediakan laporan baseline setiap murid. Mendapatkan persetujuan AJK bagi menentukan baseline setiap murid.Langkah Tugasan Tindakan Pembinaan RPICerakinkan matlamat jangka panjang kepada sasaran jangka pendek. Kenal pasti sumber yang diperlukan untuk mencapai sasaran. Membahagikan tanggung jawab bagi mencapai sasaran kepada setiap ahli. Hasilkan dokumen RPI secara bertulis. Menyediakan senarai objektif untuk satu RPI dalam tempoh masa yang sesuai.Rekod ujian psychometric yang pernah dibuat ke atas murid. Sebarang maklumat yang boleh membantu ahli membina RPI yang bertepatan dengan keperluan murid.

Langkah Tugasan Tindakan Peningkatan RPI sedia ada. Semak prestasi pencapaian murid. Dapatkan baseline terkini. Senaraikan matlamat baru jangka panjang. Susun matlamat baru jangka panjang mengikut keutamaan. Dapatkan: RPI sedia ada. Dapatkan sebarang laporan terkini.Langkah Tugasan Tindakan Cerakinkan matlamat baru jangka panjang kepada sasaran jangka pendek baru. Kenal pasti sumber tambahan yang diperlukan untuk mencapai sasaran baru. Membahagikan tanggung jawab untuk mencapai sasaran baru kepada setiap ahli. Hasilkan dokumen RPI secara bertulis. Langkah Tugasan Tindakan Penghasilan program pembelajaran dan pelaksaan Terjemahan sasaran kepada objektif tingkah laku pembelajaran & pengajaran. Pilih strategi pengajaran dan kaedah penilaian untuk mengukur pencapaian objektif.Mendapatkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti. Melaksana dan memantau program yang dirancang di peringkat sekolah dan rumah.Tetapkan tarikh mengkaji semula RPI.

Dapatkan: Butiran Perancangan

Langkah Tugasan Tindakan Kaji semula RPIKumpul dan bandingkan data. Meneliti perkembangan dan pencapaian murid. Pinda matlamat jangka panjang dan sasaran jangka pendek mengikut keperluan. Runding semula peranan ahli jawatankuasa dalam usaha mencapai sasaran. Hasilkan dokumen baru RPI yang telah dibuat perubahan mengikut persetujuan secara bertulis. Tetapkan tarikh kaji semula yang berikutnya,Dapatkan: RPI sedia ada Laporan pencapaian terkini di peringkat sekolah dan rumah.GARIS PANDUAN PENULISAN BORANG RPIA. Isikan maklumat murid1. Nama (HURUF BESAR)2. Jantina 3. Keturunan M Melayu C Cina I India K Kadazan B Iban L - Lain-lain 4. Tarikh Lahir5. Umur 6. No pendaftaran OKU (Rujuk Kad OKU) \7. Kelas Kelas mengikut penempatan 8. Tarikh Mula (Tarikh Perlaksanaan) 9. Tempoh Perlaksanaan. Jangka masa RPI dilaksanakan. (Contoh:- Dicadangkan 1 Tahun: Januari 2010 hingga Disember 2010) 10. I) Kategori : Ikut kecacatan murid (Setiap pada boring BPKKK 1 (Pin. 2003) Laporan perubatanII) Nyatakan kategori yang spesifik a) Masalah Pembelajaran : Specific Learning Disability Speech or Language Impaired Mentally Retarded Emotionally Disturb Slow Learner Cerebral Palsy ADHD Down Snydrome Dan lain-lain (Nyatakan) b) Masalah Pendengaran : Profound Severe Moderate Mild c) Masalah Penglihatan : Low Vision Total Blind d) Pelbagai Kecacatan : (Nyatakan) 11. Penempatan Ikut Program12. Nama SekolahB.Latar Belakang Pendidikan / Perubatan / Tingkah Laku / Sosial Aspek yang berkaitan dengan keperluan 1. Sumber Maklumat ( Doktor, terapi, ibu bapa, guru mata pelajaran, dlln) 2. Tarikh (Perjumpaan dengan sumber member maklumat berdasarkan B-1) 3. Ringkasan Laporan (Keterangan daripada sumber maklumat ringkas dan tepat serta berfokus kepada RPI)C. Analisis Penguasaan dan Kelemahan Murid 1.Bidang Penguasaan (Pengetahuan/kelebihan sedia ada murid) 2.Bidang Keperluan (Aspek utama yang menghalang murid proses pengajaran dan pembelajaran murid contohnya: urus diri, tingkah laku, masalah pertuturan) 3.Memerlukan khidmat bantu ( perubatan/peribadai) sekiranya ia Ya, nyatakan bantuan yang diperlukan contohnya: bantuan pertuturan juru pulih anggota dan lain-lain. 4.Keperluan Peralatan khas (contohnya kerusi roda , brailler, alat bantuan pendengaran, dll)D.Rancangan RPI (*Bulatkan RPI yang dibina mengikut semester) 1. Matlamat (DIcadangkan 1 tahun) 2. Tarikh Mula (Tarikh pembinaan RPI)3. Objektif Jangka Pendek (Kemahiran yang ingin dicapai dalam jangka waktu terdekat) 4. Strategi/pendekatan (contohnya tunjuk cara, sesi soal jawab, bimbingan fizikal, bimbingan lisan dlln) 5. Penilaian semasa/tarikh (contohnya pemerhatian, skor ujian, lembaran kerja, dlln)/ (Tarikh penilaian dijalankan atau dilaksanakan)E. Semakan Pencapaian Murid i) Untuk Semester 1 ii) Untuk Semester 2 1.Pencapaian (Boleh diukur contohnya 10 daripada 15 soalan betul, peratus kemajuan yang telah dicapai, perubahan tingkah laku, dlln.2.Pendekatan berkesan (Contohnya belajar menggunakan computer, muzik, teka-teki, dllm 3.Rumusan/Cadangan Tindakan susulan guru dan ibu bapa di rumah Pelbagaikan aktiviti menggunakan computer, muzik, dll 4.Tarikh Semakan 2 kali setahun Dicadangkan Jun dan OktoberF. Pengesahan Ahli Jawatankuasa Pembina RPI Nama Ahli Semua yang terlibat dengan murid berkenaan. Contoh, pentadbir, guru kelas, guru mata pelajaran, kaunselor, guru disiplin, doctor, pembantu pengurusan murid dan lain-lain Penglibatan semua ahli jawatankuasa amatlah digalakkan RPI tetap dilaksanakan walaupun hanya 2 atau 3 ahli jawatankuasa sahaja terlibat 2. Jawatan/Gelaran Contoh, guru besar, doctor pakar, penolong kanan pendidikan khas, penyelaras, guru kelas, pembantu pengurusan murid, dlln 3. Tarikh (Tarikh perjumpaan ahli jawatankuasa RPI)4. Tandatangan (Untuk Pengesahan)G. Perancangan Transisi 1. Prasekolah Awal kemasukan, contohnya transisi dari rumah ke sekolah. Fokus kepada kemahiran urus diri dan bersosial 2. Ke Sekolah rendah Tumpuan kepada kemahiran hidup berdikari, pengusaan 3M dan aktiviti sukan dan seni 3. Ke Sekolah Menengah Tumpuan kepada kemahiran hidup berdikari, peneguhan penguasaan 3M, aktiviti sukan dan seni ke tahap yang lebih tinggi 4.Ke Kerjaya / Dewasa Penekanan kemahiran vokasional sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan dan hidup berdikariContoh