Upload
mytshirtshop2u
View
49
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
jom baca e-book ni...mudah-mudahan kita memperoleh ilmu daripada pembacaan kita ni.thanks kepada penulis.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 1
Rahsia Untuk
Kaya & Hidup
Mewah
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 2
Kandungan
Tajuk Muka surat
Kemewahan Hidup. 3 Kuasa Imaginasi Manusia. 5
Berfikir seperti seorang billionair. 8 4 kunci kemewahan. 11
Teknik ajaib untuk mendapatkan apa yang kita mahu. 15
Rahsia menyelesaikan masalah. 17 Matlamat dan idea bagaimana hendak mencapainya. 18
Lakukan ini pada setiap pagi, kemewahan akan datang pada diri anda.
20
Cipta jalan ke arah kekayaan. 21 Penutup 22
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 3
Kemewahan hidup
Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini.
Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. Jika anda
merasakan sesuatu perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu
tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di
benarkan untuk berkahwin dengan 4 wanita.
Kemewahan hidup adalah tiada had dan anda semua manusia boleh
mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud
sebenar kewewahan? Kemewahan bermaksud semua yang anda mahu boleh di
tunaikan. Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. Anda malas
untuk memandu, anda boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda
mahu makanan sedap, anda boleh membelinya dari tukang masak terhebat.
Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang
menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda
dari di dunia.
Apabila anda memulakan perniagaan, jangan limitkan pemikiran anda dengan
andaian untuk cepat kaya. Jika satu produk ada potensi yang tinggi, jangan malu
untuk bersaing dengan penjual sedia ada. Kemewahan tiada had. Misal kata
peniaga yang memonopoli produk tersebut memperoleh sejuta ringgit
keuntungan. Anda juga boleh mendapatnya.
Kemewahan tiada had bermaksud pemberian rezeki dari Allah S.W.T adalah tiada
hadnya. Anda tidak perlu gusar akan pendapatan anda kerana seperti yang saya
sentiasa ulang-ulang, kemewahan adalah tiada had. Penjualan software Microsoft
oleh Bill Gates tidak menghalang beribu-ribu syarikat yang lain untuk memperoleh
keuntungan yang banyak. Kemunculan pemain-pemain boleh sepak bertaraf
bintang di liga perdana Inggeris tidak pernah menghalang pemain baru untuk
muncul. Monopoli sukan badminton oleh negara China tidak pernah menghalang
pemain baru dari negara lain untuk menunjukkan potensi mereka.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 4
Semua manusia ada peluang dan ruang masing-masing untuk memperoleh
kemewahan di dunia ini. Sekarang, mari kita bongkar dengan lebih lanjut
bagaimana anda boleh memperoleh kemewahan di dunia ini. Sebelum itu kenapa
anda perlu percaya pada saya? Sebelum saya menulis ebook ringkas ini, saya telah
mengkaji lebih 100 buku kekayaan di dunia ini dan ini adalah kesimpulan yang
dapat saya simpulkan. Selamat membaca.
Sebelum itu, dalam syarikat Microsoft sendiri terdapat lebih 100 orang jutawan
dan jumlahnya semakin meningkat setiap tahun. Ada rasa kemewahan itu ada
had? Terpulang pada anda. Terakhir, elakkan perasaan dengki kerana semua
kemewahan cukup untuk semua manusia. Berdasarkan kajian dan pemerhatian
semasa, lebih 90% dari rakyat Malaysia mempunyai dilemma akan kemewahan
ini. Saya harap anda bukanlah salah seorang darinya.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 5
Kuasa Imaginasi Manusia.
Seorang pengkaji minda pernah berkata ‘anda tidak akan dapat jika anda tidak
pernah nampak’. Imaginasi sentiasa menjadi realiti sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Pernahkah anda terbayang akan lafaz ‘Dua Khalimah
Syahadah’ yang anda lafaz setiap hari. Anda mengaku Allah sebagai tuhan anda
dan anda juga mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah S.W.T.
Sekali sahaja, ketika anda lafazkan ungkapan tersebut, anda memang benar-benar
memaksudkannya. Anda mengaku bahawa Allah adalah tuhan anda maka anda
telah mengisytiharkan diri anda untuk mematuhi semua arahan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya. Anda juga mengaku bahawa Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah S.W.T, maka anda perlu melakukan apa yang di sarankan oleh
Baginda tanpa ragu-ragu.
Inilah rahsia terbesar agama Islam yang hampir semua manusia mengabaikannya
sekarang. Tidak perlu anda bertanya akan maksud Islam atau ilmu yang di miliki
oleh wali-wali Allah, semuanya berbalik kepada kalimah tersebut.
Sebenarnya, imaginasi adalah cara terpantas untuk memperoleh sesuatu. Dengan
menerbitkan imaginasi tersendiri mengenai kuasa Allah S.W.T, anda akan mula
tunduk pada kuasa-Nya sedikit demi sedikit. Kuasa imaginasi dan kemewahan
memang berkait rapat antara satu sama lain.
Sebelum anda membina sebuah perniagaan atau pekerjaan, anda pasti terbayang
akan keuntungan yang bakal anda dapat. Namun, bayangan tersebut mulai hilang
sedikit demi sedikit apabila anda menghadapi halangan atau rintangan. Anda
telah terlupa akan bayangan janji yang anda lakukan. Imaginasi adalah perjanjian
antara roh anda dengan semua anggota badan yang anda ada.
Pada permulaan, ketika anda terbayang akan kemewahan yang bakal anda miliki
ketika memulakan perniagaan tersebut, anda telah melakukan perjanjian dengan
anggota badan anda dari otak sehinggal sekecil satu sel bahawa jika mereka
bekerja dan mengikut arahan dari anda, mereka akan memperoleh kemewahan.
Katakan anda putus asa dan tidak berusaha, perniagaan anda gagal dan tiada
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 6
kemewahan seperti yang di janjikan. Badan anda akan mula mengkhianati anda.
Jangan salahkan mereka kerana anda yang memungkiri janji yang anda lafazkan.
Kebanyakan jutawan di seluruh dunia setiap hari berimaginasi bahawa perniagaan
mereka akan lancar dan rezeki pasti akan turun dari langit untuk memberi mereka
kemewahan. Orang yang berniaga secara jujur dan bermula dari bawah pasti
faham akan konsep rezeki.
Oleh itu, mereka jarang merungut jika perniagaan mereka tidak berjaya. Mereka
percaya bahawa ia bukan kerana Tuhan tidak memberi mereka rezeki tetapi
Tuhan menangguh rezeki yang bakal turun kepada mereka atas sebab-sebab
tertentu. Setiap mereka akan terus berimaginasi bahawa perniagaan mereka akan
terus maju dan di limpahi rahmat dari-Nya. Jangan terkejut, jutawan Yahudi pun
berfikiran sebegitu.
Ted Turner, seorang jutawan dari Amerika yang di katakan memiliki 1% dari
kekayaan Amerika pernah berkata dalam sebuah rancangan bual bicara bahawa
beliau sentiasa berimaginasi ‚‘Setiap tahun saya akan bekerja sehingga saya
berjaya mendapat satu billion dollar, tetapi saya hanya akan ambil masa selama
15 hari dan 1 billion akan tiba di tangan saya‘.
Lihat, bagaimana kuasa imaginasi telah membangunkan kuasa terpendam di
dalam anggota badannya. Perjanjian tersebut sangat kuat kerana beliau memang
benar-benar maksudkannya. Oleh itu, tidak hairan jika anggota badan beliau
sanggup bekerja bersama-sama dengan beliau.
Banyak lagi kisah yang boleh di bangkitkan mengenai kuasa imaginasi. Napoleon ,
panglima perang dari Perancis, sentiasa berimaginasi sebelum berperang. Beliau
berimaginasi mengenai suasana peperangan dan bagaimana hendak
memenanginya. Hasilnya, kemenangan sentiasa berpihak padanya.
Dalam Islam sendiri, ada banyak kisah yang boleh dibangkitkan mengenai kuasa
imaginasi. Sebab itu penting untuk anda memahami apa yang anda baca ketika
sembahyang dan sebagainya. Ada seorang hamba Allah yang saya telah lupa
namanya berdoa dengan ayat Seribu Dinar untuk menyelamatkannya dari ribut
taufan di laut. Hasilnya, beliau selamat kerana ketika berdoa, dia memang
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 7
maksudkannya. Beliau beriman pada ayat tersebut, hasilnya doanya di
perkenankan oleh Allah S.W.T.
Kuasa imaginasi manusia sangat kuat. Saya pasti anda pernah mendengar
mantera-mantera yang di ucapkan oleh pengamal tenaga batin. Anda ingat ia
syirik, namun ia tidak kerana mantera seperti memanggil angin :
Angin, aku mahu kuasamu.
Tiuplah ke arah ku.
adalah semata-mata kata penguat. Anda pasti percaya akan kuasa minda separa
sedar yang setakat ini di kesan tiada had akan penggunaanya. Mantera tersebut di
gunakan untuk menguatkan imaginasi yang di hasilkan oleh minda anda. Apabila
anda menyebut angin, aku mahu kuasanya, satu imej angin berpusar-pusar
terbentuk dalam minda anda. Apabila anda melafazkan tiuplah ke arah ku, satu
imej angin sedang meniup ke arah anda akan muncul.
Jika anda benar-benar maksudkannya, saya percaya angin akan muncul dan
sedang bergerak ke arah anda. Kuasa imaginasi memang kuat. Gunakannya sebaik
mungkin. Selamat tinggal kemiskinan, selamat datang kekayaan. Ungkapan
tersebut mungkin akan memberi satu lembaran baru dalam kehidupan anda.
Sekarang mari kita masuk ke bab baru untuk membongkar rahsia kemewahan
iaitu Berfikir seperti seorang Billionnaire.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 8
Berfikir seperti seorang billionnaire
Bagaimana hendak menipu seseorang? Bagi saya senang sahaja untuk menipu
seseorang, berfikir seperti orang yang kita ingin tipu. Seorang polis dapat
menewaskan penjenayah jika dia mula berfikir seperti penjenayah tersebut.
Persoalannya, adakah mudah untuk anda menyelami pemikiran manusia lain?
Adakah mudah untuk mengetahui apa yang bermain di fikiran manusia lain?
Jawapannya, tidak. Kita tidak akan sesekali mengetahui apa yang manusia lain
berfikir kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. Namun, kita boleh mengetahuinya
melalui idea. Setiap kata yang di lontarkan, setiap tindakan yang di lakukan dan
setiap emosi yang di luahkan menunjukkan apa yang anda fikirkan.
Tahukah anda, minda seorang penipu di penuhi dengan pengkalan data ciri-ciri
yang saya katakan di atas. Mereka sangat mahir menipu di sebabkan mereka
dapat membaca apa yang anda fikir melalui pergerakan,cara percakapan dan
tindak balas anda. Cara anda ketawa dan sebagainya telah menunjukkan siapa
sebenarnya diri anda. Mereka tidak tahu perkara sebenar yang anda fikir tapi
mereka mendapat idea bagaimana anda berfikir.
Oleh kerana hampir kesemua rakyat Malaysia adalah manusia yang sentiasa
menolak kebenaran dan mempunyai ego yang tinggi, rata-rata dari kita senang
untuk di tipu dan di perdaya. Sejak kecil saya mempunyai kemahiran untuk
mengetahui apa manusia lain fikir melaluii tindakan mereka. Hampir separuh dari
tekaan saya tepat dan peratusannya kian meningkat.
Hampir 90% dari penduduk Malaysia yang saya jumpa menunjukkan simptom
untuk menolak kebenaran. Mereka menipu untuk melindungi diri, melindungi
maruah rakan-rakan, keluarga atau teman wanita. Satu perkara yang perlu anda
ingat dan saya percaya anda juga melakukannya, ayat pertama yang terpacul dari
mulut anda, lebih 90% adalah menipu. Kenapa ini berlaku? kerana kita hidup di
zaman penuh yang penuh dengan penipuan dan kekejaman.
Sekarang, manusia hidup untuk menipu. Mereka menipu mereka adalah mukmim
sejati, mereka menipu untuk berniaga, mereka menipu untuk berbelanja dan
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 9
mereka berbangga untuk menjadi penipu, contohnya rakan saya di kelas dahulu
sangat berbangga jika beliau berjaya mendapat markah yang tinggi dalam
peperiksaan dengan meniru, di mana maruahnya sebagai seorang manusia, bagi
saya, beliau adalah seorang pengecut. Maka, ia amatlah mudah untuk menipu.
Jangan salahkan diri jika di tipu kerana anda juga seorang penipu.
Ia adalah proses yang sangat senang untuk berfikir seperti seorang billionnair,
anda cuma perlu mendapat idea bagaimana mereka melakukannya? Warren
Buffet dan Bill Gates sangat tepat dalam tindakan mereka. Saya tidak cakap, anda
perlu meniru bulat-bulat kelakuan mereka, anda cuma perlu mendapatkan idea
bagaimana mereka melakukannya. Ia sama ketika anda mencari atau
memperlajari konsep perlajaran Fizik, Matematik dan Kimia.
Dengan mencari konsep, anda akan tahu apa yang di fikirkan oleh manusia lain.
Bill Gates adalah seorang yang sangat bijak dan beliau adalah seorang billionnair.
Konsepnya, jika anda pandai anda boleh menjadi seorang jutawan. Maka, anda
perlu dan sentiasa menuntut ilmu. Buffet memperlajari cara untuk jual beli saham
melalui pembelajaran sendiri dan menuntut dari beberapa orang guru.
Konsepnya, jika anda sanggup bertanya soalan kepada manusia lain jika tidak
tahu, anda akan jadi kaya.
Pencapaian Buffet mengatasi semua gurunya dalam perlaburan. Konsepnya, anda
tidak perlu menuntut dari yang terhebat tapi anda hanya perlu menuntut dari
mereka yang tahu sahaja. Sebab itu, saya suka membaca buku kekayaan dari
jutawan yang melakukan aktiviti motivasi dan kursus kekayaan kerana mereka
sebenarnya telah berjumpa dengan ramai manusia dan kesimpulan mereka
selalunya tepat.
Banyak lagi perkara yang anda boleh dapat dari kelakukan mereka. Ini adalah
rahsia kemewahan. Anda tidak perlu mencari banyak konsep sebelum melakukan
tindakan, cukup hanya mencari satu konsep, kemudian lakukannya sehingga anda
puas.
Terdapat banyak konsep di dunia untuk menjadi kaya, namun, anda tidak boleh
gopoh untuk mencapainya. Semua kunci kekayaan di pegang oleh Allah S.W.T.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 10
Kita hanya boleh membukanya jika di benarkan oleh-Nya. Sekarang anda tahu
kenapa segala tindakan Buffet dan Putera Khalid sentiasa di perhatikan oleh
pemain saham.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 11
4 Kunci Kemewahan
Sebelum itu, saya ada gariskan untuk membuka kunci kemewahan, anda perlu
meminta kebenaran dari Allah S.W.T ( konsep tawakal yanng manusia abaikan
tetapi di amalkan oleh semua kafir), namun anda perlu mempunyai syarat-syarat
tertentu sebelum anda layak untuk meminta kebenaran dari-Nya. Bersedialah
untuk menyerap 4 kunci ke arah kemewahan.
Kunci Pertama : Semuanya berbalik kepada kemahuan anda.
Kenapa anda ingin mewah ? Sudah tentu untuk keselesaan diri sendiri. Jangan
bohong pada diri sendiri mengatakan bahawa anda menjadi mewah adalah untuk
membantu ibu bapa dan sebagainya. Semua manusia yang mencari kekayaan
adalah untuk diri sendiri. Sama ada anda melakukannya untuk memenuhi
tanggungjawab menanggung keluarga atau membalas budi ibu bapa, anda
memang lakukannya untuk diri sendiri.
Apabila kita meletakkan tanggungjawab bahawa dengan melakukan sesuatu
untuk diri sendiri, anda mula menerbitkan perasaan dalam diri anda untuk lebih
berusaha. Peduli apa orang lain, hidup saya perlu di urus dahulu. Kebanyakan
manusia tidak kaya-kaya di sebabkan mereka terbelenggu dengan dilemma ini,
kenapa saya perlu mencari wang ?
Mereka bekerja dari pukul 8 hingga 5 petang, kemudian pulang ke rumah
memikirkan kenapa saya bekerja ? Takde ke cara yang lebih senang untuk jadi
kaya ? ada juga yang berfikir seperti,’ Alhamdullilah, berjaya juga aku habiskan
pekerjaan hari ini.’ Semua pemikiran di atas adalah berbalik pada diri sendiri.
Buffet bercerai dengan isteri pertamanya, tetapi beliau tetap kaya kerana beliau
bekerja untuk dirinya sendiri bukannya orang lain.
Kunci pertama ke arah kemewahan adalah anda melakukan semua pekerjaan
adalah untuk diri sendiri. Saya tahu ada di antara anda yang ingin membangkang
bahawa setiap perbuatan adalah kerana Allah S.W.T bukannya kerana diri sendiri.
Saya harap anda faham perbezaan antara niat dan perbuatan. Apa yang saya
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 12
tekankan adalah segala perbuatan yang anda lakukan adalah untuk diri sendiri,
bukanlah untuk manusia lain.
Kunci Kedua : Perjanjian dengan alam.
Kenapa kebanyakan jutawan sentiasa memberitahu kita semua akan kepentingan
untuk menjimatkan wang kita walaupun mereka sebenarnya mengharapkan kita
untuk berbelanja lebih supaya mereka lebih kaya? Jawapan yang tepat adalah
mereka telah melakukan perjanjian dengan alam. Perjanjian tersebut adalah
keseimbangan alam.
Anda pasti sedar kebanyakan perkara yang naik dengan cepat akan jatuh dengan
lajunya. Alam tidak akan membenarkan sesuatu perkara berlaku dengan pantas
dan meninggalkan mereka. Jika ini berlaku, dengan pantas alam akan cuba
memberhentikan anda. Ia terjadi pada semua manusia. Saya mendapat sejuta
ringgit dalam masa sehari menerusi penjualan tanah, dalam masa 5 bulan wang
saya sudah tiada. Ia hilang tanpa di kesan.
Saya cuba untuk melabur dengan bijak tetapi wang tersebut hilang begitu sahaja
tanpa di kesan. Bagi mereka yang memerhati dari tepi memarahi saya kerana
tidak melabur di dalam ASB. Bagaimana saya ingin melabur sedangkan seluruh
alam sedang memperdayakan saya. Alam telah memperdayakan saya untuk tidak
melihat perlaburan dalam ASb adalah tidak bijak. Senang untuk berkata tetapi
sangat sukar untuk menanggung.
Peringatan untuk anda, jangan lakukan sesuatu yang boleh mencabar alam dan
jangan sesekali memandang rendah akan kekuasaan alam. Namun, semuanya
adalah berbalik kuasa Allah S.W.T. Kita hanya merancang, Tuhanlah yang akan
menentukannya.
Perjanjian dengan alam meliputi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka
bumi. Allah S.W.T tidak menurunkan kita di muka bumi hanya untuk kita
mengkucar-kacirkan bumi ini. Muhasabah diri anda sepenuhnya. Lakukan sesuatu
yang memberi satu faedah kepada bumi. Oleh itu, anda dapat lihat kebanyakan
jutawan di dunia berniaga menerusi perniagaan yang memberi manfaat pada
alam. Alam meliputi manusia dan semua yang benda yang ada di dalamnya.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 13
Kunci ketiga : Tunduk ke bawah.
Berapa lama anda ingin hidup di atas? Berapa lama anda ingin pandang ke atas
sahaja? Anda perlu tunduk setiap hari untuk memastikan kemewahan berada
pada pihak anda. Keegoan dan perasaan sombong sentiasa menghantui diri kita,
tiada cara lain untuk mengelaknya selain tunduk pada kuasa yang lebih kuat. Bagi
umat Islam, sudah tentu kita akan tunduk pada kuasa Allah S.W.T.
Jika anda perhatikan ramai manusia yang hebat sekarang terlalu bongkak untuk
mendengar suara dari bawah, apa yang mereka nampak hanyalah kehebatan diri
sendiri. Mereka memang hebat tetapi akan menjadi lebih hebat jika mereka
mendengar suara dari bawah dengan lebih kerap.
Sembahyang lima waktu memerlukan kita untuk sujud sebanyak 34 kali dan rukuk
sebanyak 17 kali. Pernahkah kita ketika ini, kita tunduk dengan membawa sekali
keegooan, kesombongan, hati dan jiwa kita ke bawah. Apabila sujud, luruh sudah
semua keegoan kita. Kita akui ada kuasa yang lebih hebat dari diri kita. Jika anda
tidak pernah, eloklah anda memulakkannya sekarang. Ramai manusia lupa, tapi
Allah S.W.T tidak pernah melupakan kita.
Apabila saya mengeluarkan kenyataan ini, semua manusia sombong di sekeliling
saya mula kepanasan. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak pernah
melakukannya tetapi hidup mereka bahagia sahaja di limpahi kemewahan. Bagi
saya, semua perkara yang terjadi merujuk pada kuasa tuhan dan yang paling
penting anda mahu kemewahan anda di berkati atau tidak? adakah anda mahu
kemewahan anda di jaga oleh iblis atau Tuhan? Semuanya terpulang pada anda.
Sekali anda tunduk, kemewahan akan datang dengan sendiri pada anda. Saya
bukanlah seorang yang pandai dalam selok-belok agama, tetapi kebanyakan
kajian saya menjurus ke arahnya. Ada seorang ahli perniagaan yang saya kenal,
beliau selalu mengamalkan surah Al-Fatihah sebagai ayat pelaris perniagaannya.
Satu hari, saya tanya apa faedah membaca ayat tersebut? Beliau menceritakan
bagaimana pelanggan dari Sabah telah menelefon beliau untuk mengambeli stok
darinya.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 14
Yang mengejutnya, beliau tidak pernah pun pergi ke sana. Apabila di tanya
bagaimana pelanggan tersebut memperoleh nombor beliau, pelanggan tersebut
mengatakan satu sampul surat lengkap dengan nombor telefon dan profil
perniagaan beliau telah tiba di pejabatnya. Beliau merasa terkejut kerana beliau
hanya mengepos surat tersebut pada sekitar negeri di semenanjung sahaja. Sebab
itu saya simpulkan bahawa untuk menarik kemewahan datang, anda perlu
sentiasa tunduk dan harta anda pasti di berkati.
Kunci Keempat: Memang rezeki anda.
Kunci keempat tersangat mudah, semua rezeki telah di tetapkan oleh Allah S.W.T
dan adalah hak-Nya untuk memberinya kepada sesiapa yang Dia mahu. Jangan di
kejar gunung, kerana gunung tidak akan bergerak. Begitu juga dengan rezeki,
kalau itu memang hak anda, ia tidak akan lari.
Anda perlu bertenang untuk menikmati kemewahan. Anda tidak boleh terlalu
gopoh mengejar kemewahan. Anda pasti tidak suka jika anda di desak, begitu juga
dengan kemewahan. Hanya Tuhan sahaja yang mengetaui sama ada sesuatu itu
hak anda atau tidak, anda cuma boleh berdoa dan meminta pentunjuk-Nya.
Memang tidak di nafikan, perjalanan menuju ke arah kemewahan memang tidak
tenang. Anda perlu berperang dan bersaing dengan manusia lain. Namun,
matlamat tidak menghalalkan cara. Anda pilih sama ada anda mahu gunakan
senjata dari syurga atau neraka.
Kalau dari neraka anda boleh mengutip senjata yang terhebat tersebut di tepi-
tepi jalan sahaja. Kalau dari syurga, anda perlu memohon untuk menuntut senjata
tersebut walaupun senjata yang paling lemah. Namun, senjati yang paling tajam
dari neraka tidak mampu menembusi senjata yang paling lemah dari syurga.
Tanya diri anda, adakah anda mahu jadi bacul menyerang mereka yang tidak
bersenjata atau seorang yang berani memegang senjata dari syurga.
Keempat-empat senjata ini sebenarnya hanyalah cebisan sahaja dari kunci
kemewahan. Walaubagaimanapun, anda akan mula merasai kemewahan apabila
bermula sahaja anda mengamalkan salah satu kunci di atas.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 15
Teknik ajaib untuk mendapatkan apa yang
kita mahu.
Pernahkah anda mengimpikan untuk memperoleh kuasa seperti Aladdin. Petik jari
sahaja, jinnya akan menunaikan segala kemahuan yang beliau mahukan. Kita juga
boleh tetapi kita perlu mengusai kuasa penyerahan iaitu berserah sepenuhnya
pada Allah S.W.T.
Seorang jutawan dari Amerika yang menjalankan perniagaan memberi kursus
motivasi untuk badan-badan korporat dan pekerja-pekerja syarikat, telah jatuh
bankrap di sebabkan kejatuhan ekonomi di Amerika. Beliau hanya ada 35 sen
sahaja. Dengan 35 sen tersebut, tiada apa yang boleh di belikan untuk anak dan
isterinya.
Dengan langkah longlai beliau masuk ke dalam gereja dan berdoa di dalamnya.
Dengan hati yang bersih dan mengharap, beliau menyerahkan duit terkahir pada
gereja tersebut sambil berkata,‘Saya serahkan kehidupan saya sepenuhnya
kepada Awak selepas ini.‘
Di ceritakan, perasaan lelaki tersebut ketika itu tersangat lega kerana beliau
menganggap segala tanggungjawab telah di lepaskan kepada kuasa yang lebih
besar. Keluar sahaja dari gereja, seorang lelaki tiba-tiba menegurnya dan
memperlawanya untuk memberi ceramah di pejabatnya. Lelaki tersebut memberi
kepadanya 400 dollar sebagai wang pendahuluan. Akhirnya lelaki tersebut berjaya
membeli makanan untuk keluarga serta membayar semua bil tertunggak.
Sungguh aneh jika anda memikirkan bagaimana 35 sen boleh bertukar menjadi
400 dollar.
Ada kisah yang lebih menarik untuk di ceritakan, namun saya terpanggil untuk
menceritakan kisah di atas di sebabkan ia terjadi pada mereka yang bukan Islam.
Kuasa penyerahan adalah kuasa aladdin anda. Kita selalu memberi derma, namun
adakah ia penyerahan mutlak. Kita selalu berusaha, namun adakah kita pernah
berserah kepada-Nya.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 16
Jangan cuba lakukan sesuatu untuk mencabar kuasa-Nya. Kita beri rasuah untuk
mendapatkan projek, kita gunakan penipuan untuk mendapat apa yang kita
mahu, kita gunakan teknik paksaan untuk memaksa perkara yang kita mahu
datang dengan sendiri ke arah kita. Satu pertanyaan pada anda, adakah berbaloi
untuk anda lakukan semua perkara di atas semata-mata untuk menunaikan hasrat
nafsu kita.
Kenapa anda perlu bersusah payah untuk menipu, memberi rahsuah dan
memaksa untuk mendapatkan apa yang kita mahu sedangkan kita di ajar untuk
melakukan tugas mudah sahaja iaitu berserah. Kita berusaha, kita berserah.
Semua jutawan yang mengamalkannya, mereka kekal sebagai jutawan malah
lebih kaya lagi. Mereka adalah jutawan kelas pertama kerana mereka cerdik.
Manusia boleh menjadi bijak dengan belajar, namun, manusia tidak boleh
menjadi cerdik jika mereka tidak berani menggunakan jalan mudah.
Anda berusaha siang dan malam untuk memajukan perniagaan anda, anda
berusaha siang dan malam belajar untuk mengambil peperiksaan, anda juga
berusaha siang dan malam untuk memajukan kehidupan anda. Namun, adalah
lebih cerdik untuk anda berserah kepada-Nya selepas penat berushaja.
Kuasa penyerahan harus di lakukan dengan hati yang ikhlas. Saya pasti ada yang
terfikir kenapa saya tidak menggunakan Hadis atau ayat Al-Quran untuk
menguatkan hujah saya? Jawapannya, saya adalah manusia yang hina, siapalah
saya untuk merungkai semua ayat di atas. Saya lebih suka menjadikan Hadis dan
Al-Quran asas untuk berfikir dari cuba untuk memahami dengan menggunakan
akal fikiran sendiri apa yang di sampaikan oleh Allah S.W.T. Jika anda merasakan
diri anda lebih pandai, silakan. Saya adalah manusia yang lemah dan hina. Jangan
pula anda hanya memandang agama pada syariat sahaja. Agama bukan peraturan
tetapi adalah cara hidup.
Anda kena percaya, ketika anda penat berusaha dan ingin melakukan penyerahan
pada kuasa yang lebih hebat untuk menentukan nasib anda, bahawa anda
memang berhak untuk mendapatnya. Serahkan sepenuhnya keputusan pada
Allah S.W.T.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 17
Rahsia menyelesaikan masalah.
Pencarian kemewahan akan sentiasa memberi kita masalah. Walau sekuat mana
atau sehebat mana kita, masalah akan sentiasa menghantui kita. Tiada masalah,
tiada kehidupan. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang menghantui
kita dan pada masa yang sama kita boleh mengumpul kemewahan?
Hanya ada satu sahaja cara untuk menyelesaikan masalah iaitu berhadapan
dengan masalah itu sendiri. Anda jangan berfikir untuk melarikan diri dari
masalah, anda perlu berfikir bagaimana hendak berhadapan dengan masalah
tersebut. Masalah tidak akan hilang jika anda melarikan diri, ia hanya akan hilang
jika anda menyelesaikannya.
Langkah pertama: Imaginasi menghasilkan realiti.
Tidak dapat di sangkal lagi bahawa imaginasi sangat penting dalam penyelesaian
masalah. Apa masalah anda? tuliskan ia di atas kertas. Kemudian hasilkan
seberapa banyak idea yang paling unik, kelakar dan mustahil untuk
menyelesaikan masalah anda. Anda perlu ikut cara ini kerana 5 dari 10 jutawan di
seluruh dunia menggunakan mirip teknik ini untuk menyelesaikan masalah
mereka.
Langkah kedua: Gunakan pemikiran waras anda untuk menghasilkan jalan.
Jalan yang anda bina menerusi pemikiran kreatif tadi anda tapis. Ambil
penyelesaian yang anda nampak mudah dan kesanggupan anda untuk
melakukannya. Sediakan perancangan untuk anda lakukannya.
Langkah ketiga: Selesaikan masalah anda langkah demi langkah.
Jarang ada perkara yang kita boleh lakukan serentak. Yang paling jelas perkara
yang kita boleh lakukan serentak adalah buang air kecil dan buang air besar.
Selain itu, jarang ada perkara boleh di lakukan serentak. Ikut perancangan yang
anda telah tetapkan satu persatu. Jangan fikir untuk mengalah dan cuba untuk
melompat.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 18
Semua masalah ada penyelesainnya, jangan malu untuk berdoa pada-Nya agar di
permudahkan segala permasalahan anda.
Matlamat dan idea bagaimana hendak
mencapainya.
Dalam kita mengejar kemewahan, kita tidak boleh lari dari menetapkan
matlamat. Apabila matlamat di tetapkan, pasti anda tercari-cari bagaimana
hendak mencapainya. Seorang pakar motivasi dan pemasaran menggariskan ada
4 langkah yang boleh kita gunakan untuk membantu kita mencapai matlamat.
Pertama : Fahami apa sebenarnya kemahuan anda.
‘Saya mahu mengumpul RM10 000 untuk membeli kereta.’itu adalah niat anda
ketika menetapkan matlamat pada awalnya. Kemudian apabila anda telah berjaya
mencapai nilai tersebut, anda dapati anda mahu kereta yang lebih mahal dan
selesa. Apa gunanya matlamat jika anda selalu mengubah-ubahnya.
Seorang yang berbadan besar dan gempal ingin menguruskan badan supaya lebih
ramai gadis akan terpikat padanya ketika beliau kurus. Apabila kurus, beliau
dapati bukan itu yang gadis mahukan. Matlamat anda perlu relevan dengan diri
anda. Faham apa yang sebenarnya anda mahu.
Anda tidak perlu merendah diri ketika menetapkan matlamat. Kalau boleh
matlamat tersebut adalah sesuatu yang benar-benar anda mahu, bukannya atas
nasihat orang lain. Lagi jelas matlamat anda, lagi mudah untuk anda
mencapainya.
Kedua: Tulis matlamat anda di atas kertas.
Tulis matlamat anda di atas kertas. Umpamakan ia seperti satu perjanjian
keramat. Pastikan apa yang anda tulis adalah apa yang anda mahu.
Ketiga: Bayangkan kejayaan anda.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 19
Seorang pengkaji kuasa minda pernah menggariskan bahawa jika anda tidak
nampak, anda tidak akan dapat. Maksud saya adalah melihat dengan
menggunakan mata dalaman. Hadirkan rasa kejayaan dalam diri anda. Jika
matlamat anda adalah untuk menjadi pelajar cemerlang, anda hadirkan kejayaan
menjadi pelajar cemerlang dalam diri anda.
Teori hebat untuk mendapat apa yang kita mahu adalah dengan menjadikan
matlamat anda kenyataan walaupun anda sendiri tidak berjaya lagi. Ada satu
cerita menarik mengenai kawan saya. Beliau sangat teringin untuk pergi ke
Menara berkembar petronas, malangnya beliau tidak mampu. Apa yang beliau
mampu lakukan adalah meletakkan gambar menara tersebut di dindingnya.
Menariknya, hanya beberapa bulan selepas beliau melekatkan gambar menara
tersebut di dinding biliknya. Beliau berjaya menjejakkan kaki ke menara tersebut
di sebabkan rombongan yang di buat oleh kampungnya. Maknanya memang
benar jika kita menghadirkan rasa kejayaan, kejayaan akan datang dengan
sendirinya.
Langkah keempat: Gabungkan matlamat anda dengan matlamat orang lain.
Lakukannya bersama-sama.
Adakah anda boleh berjalan dengan sebelah kaki? Adakah mata anda boleh
berfungsi dengan baik dengan hanya satu mata sahaja. Adakah anda selesa
dengan mempunyai satu tangan? Kita perlukan bantuan untuk berjaya. Syarikat
Google berjaya hasil titik peluh dua orang anak muda, Bill Gates bergabung
dengan rakan-rakannya untuk membangunkan perisian.
Ada banyak lagi contoh yang menunjukkan gabungan beberapa orang mampu
untuk menghasilkan keputusan yang luar biasa.
Lakukan ini pada setiap pagi, kemewahan akan datang pada anda dengan
sendirinya.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 20
Lakukan ini pada setiap pagi, kemewahan
akan datang pada diri anda.
Seorang pemuda bangun seawal 6 pagi, beliau ambil air sembahyang dan
menunaikan solat subuh. Kemudian, beliau pergi ke dapur dan membuat sarapan
untuk dirinya. Sambil termenung beliau makan sarapan yang di siapkan sendiri.
Pada pukul 8, beliau telah bersiap sedia untuk bekerja. Kemudian pada pukul 5,
beliau balik dan pada malamnya beliau keluar minum dengan rakan-rakan.
Berbeza dengan pemuda tersebut, seorang pemuda lagi selepas sahaja
sembahyang , beliau duduk di atas kerusi dan mula menulis mengenai apa
matlamatnya pada hari tersebut. Beliau senaraikan satu persatu perkara yang
perlu beliau lakukan pada hari tersebut. Perbezaan antara pemuda ini dan
pemuda lagi seorang adalah pemuda ini merancang hidupnya, bukan biarkan
alam yang merancang kehidupannya.
Untuk berjaya dalam mengejar kemewahan, kita perlu hidup lebih baik dari
semalam. Itu teori yang sangat mudah. Setiap pagi lakukan muhasabah diri dan
cuba sebaik mungkin untuk mendapat lebih dari semalam. Jika anda beruntung,
anda akan dapat apa yang anda mahu.
Kemewahan akan datang pada manusia yang konsisten dan sentiasa mahu
membaiki sesuatu. Setiap hari lakukan perancangan seperti ini, selamat tinggal
kegagalan, selamat datang kejayaan ataupun macam ini, selamat tinggal
kemiskinan, selamat datang kekayaan.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 21
Cipta jalan ke arah kekayaan.
Bagaimana perniagaan awak? Sudah tentulah meletup. Jawapan yang ringkas
tetapi kesannya sangat kuat. Napoleon Hill, seorang penulis yang hebat sentiasa
memberi semangat pada dirinya dengan mengatakan perkataan berikut,’ Buku
saya akan terlebih laris.’ Sebanyak 400 kali. Ia nampak seperti mantera sahaja
yang saya telah sentuh sebelum ini kan?
Anda perlu sentiasa berfikiran positif kerana tiada apa yang akan sampai pada
anda jika anda terus berfikiran negatif. Awak apa khabar? Saya sihat sahaja. Selain
itu, anda boleh berkata dengan lebih positif.‘ Saya sihat seperti saya baru di
lahirkan‘. Kata-kata yang super positif sentiasa memberi kesan yang mendalam
pada diri anda.
Jalan ke arah kejayaan boleh di cipta. Iaitu dengan bersikap positif. Bersikap
positif sentiasa membenarkan minda anda untuk berfikir dengan waras dan
tenang. Fikiran positif akan menghasilkan minda yang positif, minda yang positif
menghasilkan badan yang positif, badan yang positif akan menghasilkan tindakan
yang positif, tindakan yang positif akan memperngaruhi semua orang untuk
berfikiran positif.
R a h s i a U n t u k K a y a D a n H i d u p M e w a h
Page 22
Penutup.
Jika anda mencari rahsia kemewahan, sebahagian besarnya saya telah rungkaikan
di atas. Matlamat saya hanya satu, saya menulis untuk menjadikan anda kaya.
Segala kajian yang di lakukan adalah sesuatu yang sangat tepat dengan fenomena
sejagat. Sekian terima kasih.