P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    1/35

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    LANDSKAP DAN NURSERI

    TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KUALA LUMPUR2002

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    2/35

    i

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruhmasyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akandapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya

    yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologimoden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

    berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

    KEPERCAYAAN KEPA DA TUHAN

    KESETIAAN KEPA DA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    3/35

    ii

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

    jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

    negara.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    4/35

    1

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    5/35

    1

    Landskap dan Nurseri adalah satu daripada matapelajaran elektif vokasional di sekolah menengah

    akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amaliyang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dantingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan

    peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup

    Bersepadu di sekolah menengah rendah.

    Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkanFalsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untukmencapai matlamat ke arah mempertingkatkan

    produktiviti negara dengan membekalkan tenagamahir yang berpengetahuan dalam bidang landskapdan nurseri.

    Penaw aran mata pelajaran ini merupakansebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk

    memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional disekolah akademik. Persediaan aw al ini adalah untukmemenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja

    mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidangindustri yang semakin meningkat seperti pembinaan

    bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot,komputer dan multimedia, penghasilan makanan,perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiw an,pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman,

    dan perkhidmatan penjagaan.

    Dalam kurikulum Landskap dan Nurseri tumpuan

    diberi kepada kemahiran asas dan kreativiti dalammerancang, menghasil, membina dan menyenggara

    projek landskap dan nurseri. Kemahiran inimembolehkan murid meneruskan kehidupan sebagaipengusaha industri landskap secara produktif, yakin

    diri serta berdikari.

    Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut

    peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inovatif.Penerapan nilai murn i, sikap posit if dan budaya kerjayang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

    Matlamat mata pelajaran Landskap dan Nurseri adalahuntuk melahirkan murid yang berkemahiran dan kreatifdalam merancang, menghasilkan, membina dan

    menyelenggara projek landskap dan nurseri denganmengamalkan budaya kerja yang baik dan selamatserta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau

    berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja dalam

    industri landskap.

    ApakahMata

    PelajaranLandskap

    danNurseri

    MatlamatMata

    PelajaranLandskap

    danNurseri

    PENDAHULUAN

    MATLAMAT

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    6/35

    2

    Kurikulum Landskap dan Nurseri adalah untukmembolehkan murid :

    1. Mengenal pasti jenis nurseri dan struktur dalamnurseri serta menubuhkan nurseri

    2. Mengenal pasti dan memilih tumbuhan hiasanyang digunakan dalam industri landskap

    3. Menghasilkan bahan tanaman tumbuhan hiasan4. Memilih dan menyediakan bekas dan medium

    tanaman5. Mengurus dan menyenggara nurseri dan kawasan

    landskap

    6. Mereka bentuk dan menghasilkan pelan landskap

    7. Membina landskap lembut dan kejur8. Menguruskan kerja dengan baik dan

    berkomunikasi dengan berkesan9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

    Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang

    pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep sepertiberikut:

    Rangka

    Konsep

    OBJEKTIF

    ORGANISASI KANDUNGAN

    ObjektifMata

    PelajaranLandskap

    dan

    NURSERI

    LANDSKAPLANDSKAP

    KEUSAHAW ANANdalam Landskap dan Nurseri

    PENGENALANTUMBUHAN LANDSKAP

    PEMBIAKAN TANAMAN

    PENANAMAN dan

    PENYENGGARAANTANAMAN

    BEKAS DAN MEDIUM

    TANAMAN

    PENUBUHAN NURSERI

    JENIS

    MEREKA BENTUKLANDSKAP

    PENYENGGARAANLANDSKAP

    PEMILIHAN TUMBUHAN

    PELAKSANAANLANDSKAP

    KOMUNIKASI

    KEUSAHAW ANAN

    PENGURUSAN

    DI TEMPAT KERJA

    R A N G K A K O N S E P

    NURSERI

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    7/35

    3

    Deskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Landskap danNurseri adalah berikut:

    1. Nurseri

    Perusahaan nurseri atau semaian tumbuhan hortikultur

    hiasan member i tumpuan kepada pengeluaran bahantanaman untuk melaksanakan projek landskap.

    Dalam bidang ini murid mengenal pasti jenis nurseri,struktur dalam nurseri, pengelasan tumbuh-tumbuhanhortikultur hiasan dan landskap, pembiakan tanaman,

    bekas dan medium tanaman. Murid melakukanpenanaman dan penyenggaraan tanaman sertamempelajari perkara yang perlu dalam penubuhan

    sesebuah nurseri.

    2. Landskap

    Dalam bidang ini tumpuan diberi terhadappelandskapan sesuatu kaw asan. Usaha ini melibatkan

    pemilihan elemen landskap seperti tumbuhan, air danstruktur. Elemen ini disususn atur dalam satu reka

    bentuk yang sesuai dan menarik.

    Murid mengenal pasti jenis landskap dan membuatpemilihan tumbuhan. Murid juga mereka bentuk,membina dan membuat kerja penyenggaraan

    landskap.

    3. Pengurusan dan Keusahawanan

    Murid mengurus kerja dengan sempurna,mengamalkan etika dan budaya kerja yang baik,

    berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan.Murid merancang perniagaan yang mudah danmengenal pasti peluang kerjaya dalam industri

    landskap.

    Landskap dan Nurseri adalah mata pelajaran yangmemberi tumpuan terhadap menguasai kemahiranmelalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali.

    Bahagian teorinya digabung jalinkan semasa kerjaamali yang kebanyakannya dilakukan di tapak nurseridan kawasan pelandskapan. Pengetahuan dan

    kemahiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedahpengajaran dan pembelajaran seperti perb incangan,sumbangsaran, tunjuk cara dan simulasi.

    Pembelajaran bidang pengurusan dankeusahaw anan perlu digabungjalinkan untuk

    membolehkan murid berdikari dan berkeyakinanmenceburi industri landskap atau menjalankanperniagaan sendir i.

    KemahiranmelaluiLatihanAmali

    PENDEKATAN DAN PENEKANAN

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    8/35

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    9/35

    5

    Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yangsesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.

    Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5disediakan untuk membantu murid menguasai tahapkemahiran dalam setiap unit pembelajaran.

    Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiranpraktis di samping maklumat rujukan sebagai

    pengetahuan teori. Setiap modul mengandungipanduan kerja, maklumat rujukan dan penilaian.

    Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Landskapdan Nurseri untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalahseperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan

    Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakanmerupakan cadangan untuk membantu guru dalampenyediaan rancangan pengajaran.

    Masa pengajaran Landskap dan Nurseri matapelajaran ialah dua belas w aktu seminggu yang

    mana setiap waktu ialah empat puluh minit.

    Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran

    Landskap dan Nurseri

    BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARANTINGKATAN 4

    (minggu)TINGKATAN 5

    (minggu)

    1. Nurseri (35 )

    1.1 Penge nalan 2

    a. Jenis nurseri

    b. Struktur dalam nurseri

    c. Faktor penting dalam

    pembinaan ru mah tumbuhan

    1.2 Tumbuhan l andskap 2

    a. Pokok naungan

    b. Po kok renek

    c. Tanaman penutup bumi dan

    rumput turf

    d. Pokok palma

    e. Tanaman hiasan dala man

    f. Ta naman semusim

    g. Orkid

    h. Tumbuhan memanjat danmenjalar

    i. Pokok kaktus dan tumbuhanlendair

    j. Tumbuh-tumbuhan l ain

    1.3 Pembiakan tumbuhan

    a. Pe mbiakan seks 3

    b. Pe mbiakan aseks 8

    1.4Bekas tanaman dan mediumpenanaman

    2

    a. Bekas tanaman

    b. Medium

    1.5Penanaman dan penyenggaraan

    tanaman8

    a. Prosedur menanam

    b. Penyenggaraan tanaman

    1.6 Penubuhan nurseri 10

    PemetaanKandunganTingkatan 4

    danTin katan 5

    Tunjuk Cara

    ModulPembelajaran

    BilanganWaktu

    Seminggu

    PEMETAAN KANDUNGAN

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    10/35

    6

    BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARANTINGKATAN 4

    (minggu)

    TINGKATAN 5

    (minggu)a. P embinaan nurseri

    b. Penyenggaraan nurseri

    2. Landskap ( 33 )

    2.1 Jenis landskap 3

    2.2 Pemilihan tumbuhan landskap 2

    a. Faktor pe milihan tumbuhanlandskap

    b. Fungsi tumbuhan dalam

    landskap

    2.3 Proses mereka bentuk landskap

    a. Inventori tapak 1

    b. Analisis tapak 2

    c. Pelan reka bentuk l andskap 8

    2.4 Pelaksanaan l andskap

    a. Pembinaan landskap lembut 6

    b. Pe mbinaan landskap kejur 6

    2.5 Penyenggaraan kawasanlandskap

    a. Penyenggaraan kawasanlandskap lembut

    3

    b. Penyenggaraan kawasanlandskap kejur

    2

    3. Pengurusan dan Keusahawanan ( 2 )

    3.1 Pengurus an di tempat kerja

    a. Pengurus an yang baik

    b. Etika dan budaya kerja

    c. Per aturan dan undang-undang

    kerja

    d. Pemeliharaan alam sekitardalam in dustri landskap

    3.2 Keusahawanan

    a. Kemahiran ber komunikasi

    b. Kemahiran membuatkeputusan

    c. Rancangan perniagaan

    BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARANTINGKATAN 4

    (minggu)

    TINGKATAN 5

    (minggu)d. Age nsi yang membantu

    usahawan

    e. Pe masaran

    f. P eluang kerjaya dalam bidanglandskap dan nurseri

    JUMLAH ( 35 minggu ) ( 35 minggu )

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    11/35

    7

    Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajuriaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil

    Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

    Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit

    pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masapembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

    Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasandan kedalaman skop setiap unit pembelajarandihuraikan dalam bentuk ob jektif perlakuan yang boleh

    diukur.

    Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran

    bertujuan membantu guru merancang danmembekalkan pengalaman pengajaran dan

    pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada

    murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini danmereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian

    dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling

    mereka.

    Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan limadiperincikan seperti berikut:

    FORMAT HURAIAN

    Tiga lajur

    Bidang, Unitdan Tajuk

    Pembelajara

    HasilPembelajara

    CadanganAktiviti

    Pembelajaran

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    12/35

    1

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    LANDSKAP DAN NURSERI

    TINGKATAN EMPAT

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    13/35

    2

    BIDANG PEMBELAJARAN /UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITIPEMBELAJARAN

    1. Nurseri

    1.1 Pengenalan

    ( Cadangan peruntukan masaialah 2 minggu)

    a. Jenis nurseri

    b. Struktur dalam nurseri

    c. Faktor penting dalampembinaan rumah

    tumbuhan

    Menyatakan jenis perusahaannurseri

    Menyenaraikan struktur dalamnurseri

    Menyenaraikan faktor pentingdalam pembinaan rumahtumbuhan

    Jenis perusahaan nurseri atau semaianialah:nurseri runcitnurseri borong

    nurseri landskap.

    Struktur dalam nurseri ialah:

    rumah tumbuhan, pejabattempat jualan, stor, potting shed,tempat pembiakan, tempatpengerasan.

    Faktor penting dalam pembinaan nurseriialah orientasi, peratus dan bahan

    teduhan, bahan binaan, sistempenyiraman dan susunan tumbuhan-tumbuhan.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    14/35

    3

    BIDANG PEMBELAJARAN /

    UNIT PEMBELAJARAN

    HASIL PEM BELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    1.2 Tumbuhan landskap( Cadangan peruntukan masaialah 2 minggu)

    a. Pokok naunganb. Pokok renekc. Tanaman penutup bumi dan

    rumput turfd. Pokok palmae. Tanaman hiasan dalaman

    f. Tanaman semusimg. Orkidh. Tumbuhan memanjat dan

    menjalari. Pokok kaktus dan

    tumbuhan lendair

    j. Tumbuh-tumbuhan lain

    Menyatakan pengelasan tumbuhanhiasan dan landskap.

    Menyenarai beberapa contoh

    tumbuhan landskap.

    Menyatakan ciri beberapa kumpulantumbuhan landskap

    Menyatakan fungsi tumbuhanlandskap

    Pengelasan tumbuhan hiasan dan

    landskap mengikut kegunaan, bentuk danciri pertumbuhan.

    Tumbuhan hiasan dikenalpasti denganmenggunakan Sistem Tatanama Binomialyang dinyatakan dalam dua nama iaitu

    nama genus dan nama spesies.

    Di antara kriter ia pemilihan tumbuhan

    landskap ialah:- mudah ditanam dalam semua jenis

    kaw asan

    - mudah dikenal pasti mengikut jenis- mudah dipangkas- banyak pilihan

    - sesuai ditanam di batas dan di dalambekas

    - mudah dijaga

    - mudah mendapat bekalan- mudah dibiakkan dengan banyak.

    Membuat buku skrap mengenai tumbuh-tumbuhan Hiasan dan Landskap.

    Law atan ke tapak nurseri yang

    berhampiran.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    15/35

    4

    BIDANG PEMBELAJARAN /

    UNIT PEMBELAJARAN

    HASIL PEM BELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    1.3 Pembiakan tumbuhan

    a. Pembiakan seks

    ( Cadangan peruntukan masaialah 3 minggu)

    i. Pengenalan

    ii. Raw atan dan penyimpananbiji benih

    iii. Menguji kebernasan bijibenih

    Menerangkan maksud pembiakanseks

    Menyatakan kelebihan dankekurangan pembiakan seks

    Menyatakan faktor pemilihan bijibenih

    Mengenal pasti bahan kimia yang

    digunakan untuk raw atan danpenyimpanan biji benih

    Menggunakan bahan kimiaberkenaan untuk tujuan raw atan danpenyimpanan biji benih

    Melakukan penyimpanan biji benih

    Menyatakan teknik menguji

    kebernasan biji benih

    Menguji peratus percambahan biji

    benih

    Mempamerkan beberapa sampel benihtumbuhan hiasan dalam bekas yangberlabel.

    Mempamerkan beberapa contoh bahankimia untuk raw atan biji benih.Memberi penekanan terhadap ciri

    keselamatan semasa penggunaan kimiaberacun dan tempat penyimpanan.Murid melakukan raw atan dan

    penyimpanan biji benih.

    Tunjuk cara menguji kebernasan bijibenih.Disyorkan menggunakan biji benihtanaman semusim.Tunjuk cara mengira peratus

    percambahan.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    16/35

    5

    BIDANG PEMBELAJARAN /

    UNIT PEMBELAJARAN

    HASIL PEM BELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    iv. Menyemai danmencambahkan biji benih

    v. Pemindahan anak benih

    Melakukan penyemaian danpencambahan biji benih halus dan

    besar mengikut prosedur

    Menyediakan media dan bekassemaian

    Menyatakan tujuan pemindahananak benih di lakukan

    Melakukan pemindahan anak benih

    Murid melakukan penyemaian danmencambahkan biji benih halus secaraindividu.

    Murid melakukan penjagaan selepaspenyemaian.Murid melakukan penyemaian dan

    mencambahkan biji benih besar.

    Murid melakukan pemindahan anak

    benih dari bekas semaian ke bekas lainseperti beg politena / pasu secaraindividu.

    b. Pembiakan aseks( Cadangan peruntukan masa

    ialah 8 minggu)

    Menerangkan maksud pembiakanaseks

    Menyatakan kelebihan dan

    kekurangan pembiakan aseks

    Menyenaraikan beberapa contohtanaman yang sesuai dibiak secara

    pembiakan aseks

    Melakukan beberapa kaedah

    pembiakan aseks

    Law atan dan pemerhatian ke nurseri.

    Murid membuat pembiakan:- keratan batang

    - secara keratan daun- tut- cantuman baji dan sandingan

    - cantuman mata tunas- pembahagian organ.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    17/35

    6

    BIDANG PEMBELAJARAN /

    UNIT PEMBELAJARAN

    HASIL PEM BELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    1.4 Bekas tanaman dan mediumpenanaman

    ( Cadangan peruntukan masa ialah 2minggu)

    a. Bekas tanaman

    b. Medium

    Menyenaraikan faktor yang perludipertimbangkan semasa memilih

    bekas tanaman

    Memilih bekas tanaman mengikutkegunaan

    Menyenaraikan beberapa jenismedium penanaman

    Menyatakan fungsi setiap jenismedium

    Menyediakan medium penanaman

    Membuat campuran mediumpenanaman

    Perkara penting yang perludipertimbangkan dalam pemilihan bekastanaman ialah bekas:

    mempunyai lubangtahan dan tidak mudah pecahringan

    mudah dibersihkankemas dan menarikmudah didapati

    harga berpatutan.Mempamerkan beberapa jenis dan saizbekas tanaman seperti pasu tanah liat,

    pasu plastik dan beg politena.

    Fungsi medium penanaman bagi

    tumbuhan ialah :Memberi sokongan kepada akar pokokMembekalkan unsur nutrien

    Membekalkan air dan udara.

    Campuran medium pemasuan yang

    digunakan ialah John Innes (JIP) sepertiberikut :

    7 bahagian isipadu tanah atas3 bahagian isipadu bahan organik2 bahagian isipadu pasir.

    Bagi setiap 1 meter padu campurantambahkan 4.2 kg baja Malameal atau

    Gromeal dan 2.7 kg batu kapurmagnesium.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    18/35

    7

    BIDANG PEMBELAJARAN /

    UNIT PEMBELAJARAN

    HASIL PEM BELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    1.5 Penanaman dan penyenggaraantanaman( Cadangan peruntukan masa ialah

    8 minggu)

    a. Prosedur menanam

    i. Menanam dalam beg politenaii. Menanam dalam pasuiii. Menanam dalam bekas lain

    iv. Mengatur dan melabel

    Melakukan penanaman dalam begpolitena

    Melakukan penanaman dalam pasu

    Melakukan penanaman dalam bekas-bekas lain

    Melakukan pemindahan tanamandaripada bekas kecil ke dalam bekas

    besar

    Menyusun atur tanaman di nurseri Melabel tanaman

    b. Penyenggaraan tanaman

    i. Penyiraman Menyatakan cara penyiraman di

    nurseri Memasang, menguji dan

    memastikan sistem pengairan di

    nurseri berfungsi

    Beberapa teknik penyiraman di nurseriseperti cara manual, sistem renjisan air,

    melalui permukaan dan melalui kapilari.

    Keperluan air untuk tumbuhanbergantung kepada suhu, kelembapan,

    cahaya, saiz dan spesies tumbuhanserta saiz bekas dan jenis medium.

    Murid melakukan kerja pengoperasiansistem pengairan di nurseri.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    19/35

    8

    BIDANG PEMBELAJARAN /

    UNIT PEMBELAJARAN

    HASIL PEM BELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    ii. Pengaw alan cahaya Menyatakan bahan dan peralatanuntuk mengaw al cahaya di nurseri

    Mempamerkan bahan yang digunakanuntuk membuat teduhan seperti pelbagaijenis Tildenet.

    Murid memasang bahan dan peralatanteduhan di nurseri.

    iii. Merumput Menyatakan tujuan merumput di

    nurseri Menyatakan teknik merumput

    Tunjuk cara merumput di nurseri.

    iv. Pembajaan Menyatakan baja yang digunakanuntuk tanaman hiasan

    Menyatakan teknik dan kadarpembajaan yang sesuai

    Membaja mengikut keperluantumbuhan

    Jenis baja yang sesuai digunakan di

    nurseri :baja sebatian seperti nitrophoskabaja larutan pelahan seperti

    osmocote dan apex

    v. Pemangkasan Menyatakan tujuan pemangkasantumbuhan dalam bekas

    Mengenalpasti alatan dan teknikpemangkasan

    Memangkas tumbuhan di nurseri

    Tunjuk cara teknik pemangkasan

    pelbagai jenis tumbuhan di nurseri.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    20/35

    9

    BIDANG PEMBELAJARAN /UNIT PEMBELAJARAN

    HASIL PEM BELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    vi. Pengaw alan perosak danpenyakit

    Mengenal pasti tanda seranganperosak dan simptom penyakit

    tumbuhan

    Mengaw al perosak dan penyakit dinurseri

    Memeriksa tumbuhan di nurseri.Tunjuk cara membancuh racun danmembuat semburan.

    Mematuhi langkah keselamatan semasamenggunakan racun kimia.

    vii. Pemasuan semula Mengenal pasti tumbuhan yang perlu

    dibuat pemasuan semula

    Memasu semula tumbuhan mengikutprosedur

    Tunjuk cara pemasuan semula dinurseri.

    viii. Penyimpanan rekod nurseri Menyimpan rekod nurseri secarasistematik

    Tunjuk cara menyimpan rekod nurseri.

    1.6. Penubuhan nurser i( Cadangan peruntukan masa ialah10 minggu)

    a. Pembinaan nurseri

    i. Pemilihan tapak

    Menyenaraikan faktor yang perludipertimbangkan semasa pemilihan

    tapak nurseri

    Faktor penting dalam pemilihan tapakuntuk nurseri ialah:

    keadaan muka bumisumber airlindungan daripada angin kencang

    jauh dari pencemarankemudahan asas dan lokasi.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    21/35

    10

    BIDANG PEMBELAJARAN /UNIT PEMBELAJARAN

    HASIL PEM BELAJARANCADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    ii. Susun atur struktur Menyatakan struktur asas yang perluada dalam sesebuah nurseri

    Menyatakan ciri dan fungsi strukturasas

    Struktur atau keperluan asas yang perluada di sesebuah nurseri :

    a) Pejabat, setor dan tempat jualan

    b) Tempat penyediaan medium danpemasuan

    c) Rumah pembiakan dan rumah

    tumbuhan.

    b. Penyenggaraan nurseri Menyatakan aktiviti penyelenggaraan

    di nurseri

    Menyenaraikan peralatan untuk kerjapenyenggaraan

    Menyenggara kaw asan nurseri

    Di antara aktiviti penyenggaraan dinurseri ialah

    a) Merumput, menggembur dan

    membajab) Pembersihan kaw asan.

    Murid melakukan ker ja penyenggaraandi kaw asan nurseri.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    22/35

    11

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    LANDSKAP DAN NURSERI

    TINGKATAN LIMA

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    23/35

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    24/35

    13

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    2.2 Pemilihan tumbuhan landskap( Cadangan peruntukan masaialah 2 minggu )

    a. Faktor pemilihan tumbuhanlandskap

    Menyenaraikan faktor pemilihan

    tumbuhan hiasan landskap Memilih tumbuhan untuk

    pelandskapan

    Faktor pemilihan tumbuhan dalam

    landskap:

    rupa bentuk

    saiz tumbuhan dew asakepadatan daun dan dahankadar tumbesaran

    warna dan tekstur daunwarna dan bauan bunga.

    b. Fungsi tumbuhan dalam

    landskap

    Menyatakan fungsi fizikal tumbuhan

    dalam landskap

    Menyatakan fungsi estetika tumbuhandalam landskap

    Fungsi f izikal tumbuhan dalam landskap:

    mengaw al pandanganmenghalang pergerakanmengaw al iklim .

    Fungsi estetika tumbuhan dalamlandskap:

    melembutkan bentukmencantikkan kaw asanselesa dan harmoni.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    25/35

    14

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    2.3 Proses mereka bentuk landskap

    a. Inventori tapak

    ( Cadangan peruntukan masaialah 1 minggu )

    b. Analisis tapak( Cadangan peruntukan masa

    ialah 2 minggu )

    Menyatakan maksud reka bentuklandskap

    Mengenal pasti tapak atau kaw asanyang hendak dibina landskap

    Menyenaraikan ciri fizikal dan elemen

    yang sedia ada di tapak

    Merekod hasil pemerhatian dan

    inventori tapak atau kaw asan

    Menilai keadaan persekitarankaw asan

    Proses reka bentuk landskapmerangkumi:

    penerimaan projek/tugasan

    lawatan tapak

    analisis tapak

    pelan reka bentuklukisan tender/binaanpelaksanaanpengaw asan

    penyenggaraan.

    Murid merekod inventori dan elemenyang sedia ada di tapak dan membuat

    laporan hasil dapatan secara kumpulan.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    26/35

    15

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    c. Pelan reka bentuk landskap( Cadangan peruntukan masaialah 8 minggu )

    Menyatakan prinsip yang digunakandalam menghasilkan reka bentuk

    landskap Mengenal pasti alatan melukis pelan

    Melukis simbol grafik landskapmengikut saiz dan skala

    Melukis idea aw al (konsep)pelandskapan dalam bentukgambarajah bulat

    Melukis pelan induk landskap

    Membuat model berdasarkan pelan

    Prinsip dalam mereka bentuk landskap:ringkas dan mudah difahami

    keanekaan

    keseimbanganpenumpuan

    turutan

    skala.

    Pelan reka bentuk merangkumi:gambarajah bulat (bubble diagram)

    pelan konsep (concept plan)pelan induk (master plan).

    Proses reka bentuk seterusnya sepertipenghasilan lukisan binaan oleh ahli

    profesional seperti arkitek landskap.

    Lukisan landskap kejur merangkumistruktur seperti:

    pergola, w akaf, gazebo, arca,kerusi/bangku taman, batu-batan,jalan dan tempat letak kereta.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    27/35

    16

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    2.4 Pelaksanaan landskap

    a. Pembinaan landskap lembut

    ( Cadangan peruntukan masaialah 6 minggu )

    Menyatakan proses penyediaan tapakpenanaman

    Menyediakan lubang dan bataspenanaman

    Menyediakan tanah campuran Menanam tumbuhan di tapak

    landskap

    Membuat sungkupan dan sokongan

    kepada tanaman baru

    Murid menyediakan tapak penanaman

    seperti:pembersihan kawasan, menanda

    tempat penanaman dan persediaan

    lubang penanaman.

    Guru membahagikan murid kepadabeberapa kumpulan.

    b. Pembinaan landskap kejur( Cadangan peruntukan masa

    ialah 6 minggu )

    Mengenal pasti alatan dan bahanpembinaan landskap kejur

    Menghasilkan beberapa lakaranprojek simen ferro

    Menghasilkan projek simen ferromengikut lakaran

    Tunjuk cara teknik membuat simen ferro.

    Murid membuat beberapa lakaran projek.

    Murid membina struktur s imen ferro

    secara kumpulan seperti kerusi, meja,cendawan, batu, tong sampah dan kolammini.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    28/35

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    29/35

    18

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    iii. Pemangkasan Menerangkan tujuan pemangkasantumbuhan landskap

    Mengenal pasti peralatan untukpemangkasan

    Menyatakan jenis pemangkasanmengikut tujuan

    Memangkas dengan cara teratur

    seperti yang dikehendaki dengantujuan yang tertentu

    Meraw at luka dan dahan yang

    tinggal disebabkan olehpemangkasan

    Di antara jenis pemangkasan :pemangkasan membentuk

    pemangkasan rutin

    pemangkasan meraw at ataumemperbaiki.

    Tunjuk cara beberapa jenis

    pemangkasan mengikut tujuan.

    Murid memangkas di kaw asan landskap

    seperti pokok pagaran dan topiari.

    iv. Pengaw alan perosak dan

    penyakit

    v. Kerja penyenggaraan lain

    Mengenal pasti tanda serangan

    perosak dan simpton penyakittumbuhan di kaw asan landskap

    Memilih dan menggunakan racunperosak dan penyakit

    Membersih dan mengemas kawasan

    landskap Menyulam apabila pokok yang

    ditanam mati

    Memeriksa tumbuhan yang ada di

    kawasan landskap.Membuat pengaw alan penyakit danperosak.

    Aspek keselamatan hendaklah diberipenekanan semasa menggunakan kimiaberacun.

    Murid membersihkan kaw asan landskap

    seperti memotong rumput, membuangsampah dengan menggunakan peralatan

    seperti pengaut dan kereta sorong.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    30/35

    19

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    b. Penyenggaraan kaw asan landskapkejur( Cadangan peruntukan masa

    ialah 2 minggu )

    Mengenal pasti kerosakkan padastruktur landskap

    Membaik pulih kerosakan

    Memeriksa kerosakan landskap kejur dikawasan landskap atau persekitaran

    sekolah.

    Membaik pulih kerosakan strukturlandskap seperti mengecat semula,

    mengganti kerosakan dan melepa.

    Aktiviti penyenggaraan lain adalah

    amalan berterusan.

    3. Pengurusan dan Keusahaw anan( Cadangan peruntukan masa ialah2 minggu )

    3.1 Pengurusan di tempatkerja

    a. Pengurusan yang baik

    Merancang dan menyediakan jadual

    kerja

    Membuat jadual kerja dan menyiapkankerja mengikut jangka masa yang di

    tetapkan untuk sesuatu projek.Contoh : Jadual kerja menghasilkantumbuh-tumbuhan hiasan landskap.

    Mengurus perolehan stok Berbincang dalam kumpulan mengenaiperolehan stok untuk pro jek yang akan

    dilaksanakan seperti bahan dan kuantitiyang perlu dibeli, pembekal dan

    perbelanjaan.

    Cara menyimpan stok bagi bahan tahanlama, bahan mudah rosak dan racun.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    31/35

    20

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    Merekod stok Memperkenalkan buku inventori atau

    stok dan cara menyimpan rekod bahandan kuantiti yang dibeli.

    Latihan merekod stok.

    b. Etika dan budaya kerja Menerangkan sebab perlunya

    mengamalkan etika kerja

    Mengamal etika dan budaya kerjauntuk menghasilkan kerja danproduk yang berkualiti

    Sumbangsaran sebab perlunya

    mengamalkan etika kerja.

    Etika kerja bermaksud disiplin dan sikapterhadap kerja seperti menepati w aktu,amanah, produktif, akauntabiliti, patuh

    pada peraturan dan undang-undangyang menjadi pegangan semasamenjalankan kerja.

    Budaya kerja bermaksud caraperadaban yang menjadi amalan semua

    pekerja dalam sesebuah organisasi.

    Menilai amalan etika dan budaya kerjarakan semasa melaksanakan projekseperti kuat bekerja, bertanggungjaw ab

    dan setia kepada organisasi, komited

    dan sedia berubah ke arah positif.

    Menganalisis ciri pekerja berdasarkancerita yang ditonton untuk mengenalpasti ciri seorang pekerja yang ber jaya.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    32/35

    21

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    c. Peraturan dan undang-undang

    kerja

    a. Menyenaraikan peraturan yang perlu

    dipatuhi semasa melakasanakansesuatu kerja atau projek

    Mengadakan perbincangan mengenai

    peraturan yang perlu dipatuhi semasamelaksanakan projek landskap dannurseri.

    Menyatakan akta dan undang-

    undang yang berkaitan dengan

    pekerja

    Perbincangan mengenai akta danundang-undang dalam bidang

    pengeluaran tanaman makanan.Contoh Akta Pekerjaan 1955, AktaKumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan

    Akta Keselamatan Sosial Peker ja 1969.

    Menyatakan kesan mengabaikanperaturan dan undang-undang dalam

    mengurus kerja

    Mengumpul maklumat dari pelbagaisumber mengenai kesan pengabaianperaturan kerja.

    Contoh peraturan keselamatan di tempatkerja yang diabaikan bolehmengakibatkan kemalangan dan

    kerugian.

    d. Pemeliharaan alam sekitardalam industri landskap

    Menyatakan akta yang melindungialam sekitar

    Menyenaraikan peranan industrilandskap dalam melindungi alamsekitar

    Ceramah atau perbincangan mengenai

    akta yang melindungi alam sekitar danperanan industri landskap dalam

    melindungi alam sekitar.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    33/35

    22

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    Menyatakan kesan mengabaikan

    pemeliharaan alam sekitar

    Mengumpulkan maklumat dari akhbar,

    majalah atau internet mengenai kesanmengabaikan pemeliharaan alam sekitardan peranan setiap pekerja menjaga alam

    sekitar.

    3.2 Keusahawanan

    a. Kemahiran berkomunikasi Menyatakan maksud komunikasi

    Mengamalkan komunikasi yangjelas, tepat dan bertatasusila semasa

    berurusan dengan pelanggan

    Komunikasi ialah perhubungan yangberlaku antara dua pihak dalammenyampaikan maklumat mengenai

    sesuatu perkara.

    Contoh aktiviti seperti simulasi, main

    peranan dan menonton video mengenaicara berkomunikasi yang berkesandalam konteks perniagaan landskap dannurseri.

    Simulasi cara berkomunikasi yang

    berkesan dalam perbincangan denganpelanggan mengenai cita rasa pelanggandari segi harga dan skim bayaran, kualiti,

    estetika, saiz, reka bentuk, w arna, trend

    terkini, tempoh serahan danperkhidmatan selepas jualan.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    34/35

    23

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    Menerangkan kepentingan menjalin

    perhubungan dengan orang lain

    Perbincangan kepentingan membentuk

    jaringan hubungan (networking) dalamkonteks perniagaan landskap dannurseri.

    Menjalin perhubungan antara rakanuntuk melaksanakan stu projek

    usahasama.

    a. Kemahiran membuat

    keputusan Mempraktikkan langkah membuat

    keputusan dalam projek landskap

    dan nurseri

    Langkah membuat keputusan ialah

    mengenal pasti masalah, mencarialternatif, memilih penyelesaian yang

    baik, bertindak dan menilai semula.

    Aktiviti sumbangsaran, main peranan

    dan perbincangan.

    Sumbangsaran kesan daripada

    keputusan yang telah dibuat dankepentingannya membuat keputusanyang sesuai.

    c. Rancangan pern iagaan Mengenal pasti tujuan menyediakan

    rancangan perniagaan

    Menyediakan rancangan perniagaanyang mudah

    Sumbang saran untuk mengenal pastitujuan menyediakan rancangan

    perniagaan.

    Membuat rancangan perniagaan mudah

    berkaitan projek yang akan dilaksanakan.

  • 8/14/2019 P.Vokasional - Landskap dan Nurseri - Ting. 4 dan 5

    35/35

    24

    BIDANG PEM BELAJARAN /

    UNIT PEM BELAJARANHASIL PEM BELAJARAN CADANGAN AKTIVITI

    PEMBELAJARAN

    d. Agensi yang membantuusahaw an

    Mengenal pasti agensi yang terlibat

    dalam membantu usahaw an

    Menyatakan fungsi dan perananagensi yang berkaitan

    Membuat rujukan mengenai agensi yangberkenaan seperti bank dan jabatankerajaan yang berkaitan.

    e. Pemasaran Memasarkan produk yang dihasilkan Memasarkan produk yang dihasilkandalam projek. Tumpuan diberi kepada

    menggred, membungkus, menetapkanharga, promosi dan pengurusan jualan.

    f. Peluang kerjaya di bidanglandskap dan nurseri

    Mengenal pasti peluang kerjaya di

    bidang landskap dan nurseri

    Ceramah kerjaya oleh kaunselor sekolah.

    Meru juk daftar kerjaya dalam Piaw aian

    Pengelasan Pekerjaan Malaysia, terbitanJabatan Tenaga Rakyat, KementerianSumber Manusia Malaysia, 1998.

    Murid menyenaraikan ker jaya yangterdapat di sekeliling tempat tinggalmereka dalam skop landskap dan nurseri.