27
PENDAHULUAN Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma- norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu. Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis. Jenis-jenis Majlis Rasmi 1. Majlis Penuh Istiadat Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri. 2. Majlis Rasmi dan Formal Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing. 3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan. 4. Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal Dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri. 5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal Seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta. ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL 1 ASAS PROTOKOL DAN ETIKET MAJLIS RASMI

Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

PENDAHULUAN

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.

Jenis-jenis Majlis Rasmi

1. Majlis Penuh IstiadatIstiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri.

2. Majlis Rasmi dan FormalMajlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing.

3. Majlis Rasmi tetapi Tidak FormalMajlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan.

4. Majlis Tidak Rasmi tetapi FormalDianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri.

5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak FormalSeperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.

ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL

1. Jawatankuasa2. Tempat majlis3. Penyediaan senarai jemputan 4. Aturcara majlis 5. Kesesuaian pakaian dalam majlis 6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan 7. Pemilihan Menu 8. Susunan keutamaan 9. Panggilan hormat10. Susunan tempat duduk 11. Pengacaraan Majlis Formal12. Penyediaan aturcara pentadbiran13. Peranan penyambut tetamu

1

ASAS PROTOKOL DAN ETIKET MAJLIS RASMI

Page 2: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

14. Raptai 15. Nilai-nilai Islam 16. Post-Mortem

ELEMEN PENTING ETIKET

1. Cita Rasa Berpakaian2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi3. Penampilan dan Pengayaan Diri4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk8. Kesopanan dalam Majlis Buffet9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia10. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)11. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Luar Rumah)12. Menghadiri Pelbagai Majlis Formal13. Mengenali Peralatan Jamuan14. Cara Menghidang15. Tertib di Meja Makan

ANTARA ELEMEN PENTING ETIKET

1. TERTIB PERKENALAN

a) Prinsip Perkenalan Perkenalkan lelaki kepada wanita. Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting. Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi

pangkatnya. Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua.

b) Keberkesanan dalam perkenalan Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk menerima perkenalan. Sebut nama dengan jelas dan betul. Perlakuan yang tertib. Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan. Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-baiknya akui. Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu. Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau menggenggam

dengan kuat. Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas.

b.) Tertib Memperkenalkani) Izinkan saya memperkenalkan ...............ii) Puan..........inilah Encik..............iii) Boleh saya memperkenalkan ...................

c.) Cara Menjawab Yang Sopani) Apa Khabar ?

2

Page 3: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

ii) Bertuah dapat berkenalan!iii) Hello!

d.) Larangan Semasa Menjawab Perkenalani) Elakkan bertanya tentang asal usul tempat / daerah / bangsa / agama.ii) Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus.iii) Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara.iv) Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain.v) Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan.vi) Elakkan memberi senyuman sinis / tidak ikhlas.

2. BERJABAT TANGAN (BERSALAM)

a. Pelbagai cara Kasar dan agresif Mengawal Hujung jari sahaja Tarik Sejuk Erat dan mesra

b. Perkara-perkara negatif semasa bersalam Pengangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil lewa. Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang penting. Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting / kurang suka dan tidak berminat. Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan marah. Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci.

Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah mengikut keadaan . Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak mahu bersalam, memadai dengan menundukkan kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu menggunakan pelapik seperti tudung / sapu tangan untuk bersalam.

3. PERBUALAN SOSIAL

a.) Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut:- Hobi. Sukan. Muzik. Rancangan Televisyen. Pakaian. Menanam bunga (Gardening). Makanan. Pengembaraan. Kesenian. Cuaca.

b.) Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai Perbualan peribadi. Fahaman politik. Keagamaan. Peperangan.

3

Page 4: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

c) Tertib perbualan sosial Kedua-kedua pihak berminat. Pandang ke arah orang yang bercakap. Dengar dengan teliti. Bercakap dengan nada yang biasa. Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama). Bercakap secara bersahaja. Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap. Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu kumpulan.

4. TATAHIAS PAKAIAN DAN GAYA

Kepentingan Tatahias

Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:-

i. Imej organisasi di mana ianya berkhidmat .ii. Imej peribadi.

a) Kesesuaian pakaian wanita

Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :- Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari. Elakkan daripada memakai satu warna sahaja. Jangan melebihi empat warna pada satu masa Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk

badan. Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai. Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang. Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan. Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat. Rambut hendaklah tersisir rapi. Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung. Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan

warna baju. Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’ Corak fabrik tidak lebih dari empat warna. Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang

berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan. Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga

besar. Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata. Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.

b) Kesesuaian Pakaian Lelaki

Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher. Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar). Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang. Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang

4

Page 5: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang. Sesuaikan warna tali leher dengan baju. Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak. Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet Sesuaikan warna stoking dengan seluar. Kasut hendaklah bersih dan berkilat. Stoking putih tidak sesuai dalam majlis. Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan orang

ramai sapukan ‘cologne’ di kedua belah bahu. Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet

tersebut. Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material) Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak (light

and plain) sebagai pilihan kedua. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar. Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan

dan tangan. Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya. Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga

kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe). Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan

berpakaian putih / berpakaian sukan. Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi.

5. KESESUAIAN PAKAIAN BAGI PELBAGAI MAJLIS ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

Majlis

1) Bankuet Negara atau Negeri

2) Jamuan Makan Malam Rasmi oleh Ketua Negara atau Ketua Kerajaan

3) Jamuan Makan Malam Formal

Perempuan

Baju Kurung Atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon

a) Baju Kurung berselendang

b) Baju Kebaya Labuh Berselendang

a) Baju Kurungb) Baju Kebaya Labuh

Lelaki

Mess Kit/White Tie/Baju Kebangsaan Rasmi dengan Darjah Kebesaran

a) Baju Kebangsaan Hitamb) Black Tie

a) Baju Kebangsaan b) Lounge Suit

4) Jamuan Makan Malam Tidak Formal

5) Jamuan Makan Tengahari Rasmi

6) Jamuan Makan

Baju Melayu Moden

a) Baju Kebayab) Baju Kurung

Baju Melayu Moden

Baju Batik Lengan Panjang

a) Baju Batik Lengan Panjang

b) Lounge Suitc) Pakaian Kerja

5

Page 6: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

Tengahari Tidak Rasmi

7) Jamuan Teh Rasmi

8) Pengumiaan Darjah Kebesaran

9) Istiadat Pertabalan

10) Hari Ulang Tahun Kemerdekaan

11) Pembukaan Persidangan Parlimen

12) Mengadap Tuanku

13) Cocktails dan Receptions

14) Musabaqah

15) Pengebumian

16) Majlis Anjuran Agensi (siang)

17) Majlis di Luar Dewan seperti Perasmian Sukan

18) Anugerah Sastera Negara dan Anugerah Seni

a) Baju Kurungb) Baju Kebaya Labuh

Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon

Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon

a) Baju Kebayab) Baju Kurung

Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon

Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon

a) Baju Kebayab) Baju Kurung

Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon

Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon

Pakaian Kerja

Baju Kurung

Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak senonoh

Baju Batik Lengan Panjang

a) Baju Batik Lengan Panjang

b) Lounge Suitc) Pakaian Kerja

a) Baju Batik Lengan Panjang

b) Lounge Suitc) Pakaian Kerja

a) Pakaian Istiadat b) Baju Kebangsaan Rasmi

a) Baju Batik Lengan Panjang

b) Bush-Jacketc) Pakaian Kerja

a) Pakaian Istiadat b) Baju Kebangsaan Rasmi

a) Lounge Suit Gelap dan bersongkok

b) Baju Kebangsaan

a) Baju Batik Lengan Panjang

b) Lounge Suit

a) Baju Kebangsaanb) Baju Batik Lengan

Panjangc) Lain-lain Pakaian yang

sesuai

Baju Kebangsaan

Pakaian Kerja

Baju Batik Lengan Panjang

a) Baju Kebangsaan Hitamb) Lounge Suit warna gelap

6

Page 7: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

6. HIASAN

Barang-barang kemas samada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, rantai tangan, jam, cincin, dan rantai leher memang perlu dipakai. Kesederhanaan adalah yang paling sesuai dan ia adalah sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh yang demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai. Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.

a) Tali Pinggangi) dari jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai

b) Selendang dan Skafi) dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis rasmi dengan

cara disangkutkan di bahu.ii) Dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian-selendang

menutupi seluruh kepala.

c) Beg Tangan

Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti :-i) Kegunaan harian di pejabat.ii) Kegunaan pelbagai.iii) Kegunaan majlis rasmi.

7. MINYAK WANGI

Pilihan yang lembut, supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan

a) Minyak wangi tuleni) Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja.

b) Eau de toilettei) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu dipakai beberapa kali

sehari kerana baunya tidak pekat.c) Semburan badan

i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat.

8. KESIHATAN, KEBERSIHAN, DAN KEKEMASAN

Aspek ini amat penting, ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya.

Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah :

a) Bahagian kepala dan muka Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga. Misai dan janggut diurus dengan baik. Bulu hidung tidak kelihatan liar. Gigi sentisa bersih. Pernafasan tidak berbau.

b) Bahagian badan dan tangan

7

Page 8: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

Badan tidak berbau. Baju tidak ada tanda tercarik. Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan kolar. Baju kelihatan tidak bergosok (iron). Kuku jari dipotong tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit. Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau

bersisik.

c) Bahagian punggung dan kaki Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron) Seluar tidak kelihatan tercarik. Tidak berstokin. Memakai stokin lebih daripada hadnya harinya. Bagi wanita, jangan pakai stokin berwarna perang atau berbunga. Kasut kelihatan kelabu. Kasut coklat kelihatan hitam. Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah “worn-out”.

ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL

JAWATANKUASA

Dalam perlaksanaan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting. Jawatankuasa yang dimaksudkan di sini bukanlah jawatankuasa yang ditubuhkan khas untuk sesuatu majlis atau jawatankuasa yang ditubuhkan secara 'adhoc', tetapi satu jawatankuasa tetap yang mempunyai ahli yang terhad bilangannya dan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.

Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi atau 'Official Functions' Committee '. Di peringkat agensi maka adalah perlu mempunyai satu jawatankuasa majlis rasmi yang tetap yang akan merancang dan melaksanakan semua majlis rasmi bagi agensi berkenaan. Bilangan ahlinya terhad, jika boleh tidak melebihi dari tujuh orang, dan terdiri daripada pegawai di agensi yang berkenaan sahaja.

TEMPAT MAJLIS

Penentuan tempat majlis adalah perlu dibuat awal kerana tempat majlis ada kaitannya dengan bilangan tetamu dan anggaran perbelanjaan. Perkara-perkara penting yang mesti diambilkira adalah seperti berikut:

i). Diketahui umum dan mudah dituju

ii). Mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi

iii). Mempunyai ruang legar yang luas

iv). Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi

v). Sesuai dengan jenis majlis yang hendak diadakan

Ada majlis yang diadakan di dalam dewan dan ada majlis yang diadakan di luar dewan yang lebih terbuka. Penggunaan protokol adalah tertakluk kepada jenis majlis dan juga tempat majlis itu diadakan. Biasanya

8

Page 9: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

majlis yang diadakan di tempat yang terbuka dan juga di tempat ibadat penggunaan protokol adalah terhad dan adakalanya terpaksa diubahsuai.

PENYEDIAAN SENARAI JEMPUTAN

Bagi setiap majlis. hendaklah disediakan dalam 5 bentuk iaitu:

i) Ringkasan Senarai Ia merupakan senarai kategori dan bilangan tetamu. Tujuannya adalah supaya

dapat diketahui kategori tetamu, bilangannya, kombinasi dan peringkat tetamu.

ii) Senarai Nama

Senarai Nama adalah senarai yang akan menyenaraikan nama-nama tetamu mengikut kategori. Jika dalam kategori menteri ada senarai 4 orang menteri maka nama 4

orang menteri yang akan dijemput hendaklah ditulis. Senarai nama ini bukanlah setakat nama sahaja tetapi hendaklah mengandungi butir lain yang lengkap seperti:

Nama penuh dengan gelaran dan Darjah Kebesaran yang disandang (jika ada) Nama isteri (jika diketahui) Jawatan atau pangkat Alamat Pejabat (lengkap dengan poskod) Nombor Telefon Pejabat Alamat Rumah (lengkap dengan poskod) Nombor Telefon Rumah Nama Setiausaha Sulit dan Nombor Telefon (jika ada)

iii) Senarai Mengikut Keutamaan Senarai tetamu dari senarai kedua tadi disusun mengikut susunan keutamaan. Senarai ini hendaklah mengikut panduan dan Susunan Keutamaan Persekutuan atau negeri, atau

agensi mana yang berkenaan. Dalam menyediakan senarai ini tidak perlu ditulis secara terperinci dan memadai namanya sahaja serta ringkasan jawatan.

iv) Senarai Jawapan Kehadiran

Senarai ini adalah sama dengan senarai ketiga tetapi ditambah dengan dua ruangan di sebelah kanan untuk ditandakan hadir dan tidak hadir. Ruang ini hendaklah

serta-merta ditandakan, sebaik sahaja menerima jawapan hadir atau tidak hadir.

v) Senarai HadirSenarai yang terakhir dan mengandungi senarai tetamu yang menjawab hadir

sahaja. Senarai ini adalah diambil dari senarai keempat dengan mengeluarkan nama- nama tetamu yang telah menjawab tidak hadir. Nombor kerusi tetamu biasanya tercatit dalam senarai ini dan . Penyambut tetamu perlu ada senarai ini.

ATURCARA MAJLIS

Aturcara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis dari mula hingga akhir. Majlis rasmi kerajaan yang diadakan pada sebelah malam hendaklah dimulakan selepas 8.00 malam dan ditamatkan selewat-lewatnya jam 11.30 malam. Majlis yang diadakan pada sebelah siang jika hari Jumaat hendaklah ditamatkan sebelum 12.15 tengahari dan jika dimulakan pada sebelah petang hendaklah tidak lebih awal daripada 2.45 petang.

9

Page 10: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

Cara membuat aturcara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu acaranya mengjkut urutannya. Lepas itu letakkan masa akhirnya dan kemudian dari waktu akhir rnembawa ke waktu permulaan. Sebelum itu hendaklah ditentukan jangka masa bagi setiap acara.

PENULISAN DAN PENGEDARAN KAD JEMPUT AN

Kad Jemputan hendaklah mengandungi butir-butir berikut:

1. Nama majlis 2. Penganjur atau yang menjemput 3. Logo agensi 4. Tempat majlis 5. Ruang nama jemputan 6. Tarikh majlis diadakan 7. Masa majlis bermula dan masa majlis berakhir 8. Masa ketibaan tetamu 9. Panduan pakaian 10. Nama dan nombor telefon rujukan11. Aturcara majlis (mengikut keperluan) dan plan tempat majlis (mengikut keperluan) 12. Kad jawapan (mengikut keperluan) 13. Plan Lokasi (mengikut keperluan)

Nama tetamu di kad jemputan hendaklah ditulis dengan tangan manakala sampulnya ditaip dan diedarkan 4 minggu sebelum majlis diadakan dan tarikh jawapan diterima ialah seminggu sebelum majlis diadakan. Jika masa lewat iaitu kurang dari dua minggu kad-kad jemputan hendaklah dihantar dengan tangan.

PEMILIHAN MENU

Terdapat tiga kategori jamuan iaitu:-

a) Jamuan ringan dalam sesuatu majlis Jamuan ringan dalam sesuatu majlis ialah jamuan yang diadakan di pertengahan majlis

ataupun di penghujung majlis. Biasanya diadakan di penghujung majlis. Jika majlis mengambil masa yang lama maka diadakan jamuan ringan di pertengahan majlis iaitu masa rehat. Menu bagi jamuan ini tidak perlu berat dan jenisnya pula mengikut cara jamuan itu diadakan samada buffet berdiri, buffet duduk atau duduk.

Bagi Buffet berdiri menu yang disediakan hendaklah yang senang dimakan. Makan yang berbungkus tidak sesuai. Cara buffet duduk boleh terdiri daripada jenis makanan

yang susah sedikit untuk dimakan clan berat sedikit kerana tetamu senang untuk makan dan berasa selesa.

b) Majlis khas jamuan ringan Majlis khas jamuan ringan biasanya diadakan secara duduk dan dengan itu boleh

disediakan menu yang lebih berat dan jenis buffet. Walau bagaimanapun kombinasi kuih muih hendaklah mengikut prinsip; manis-pedas, berbungkus-terbuka, warna-warni, keras- lembut dan sebagainya.

c) Jamuan makan Menu bagi majlis jamuan makan pula terbahagi kepada dua iaitu Menu Biasa dan Menu

Barat. Makanan China atau "Chinese food" tidak sesuai bagi majlis rasmi dan formal sebab cara menghidangnya sukar mengikut amalan protokol di Malaysia.

10

Page 11: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

Menu Biasa yang mengandungi nasi dan lauk pauk adalah sesuai untuk majlis yang tetamunya ialah orang-orang tempatan manakala Menu Barat hanya digunakan

apabila terdapat ramai tetamu luar negeri atau majlis tersebut khas diadakan untuk tetamu luar negeri.

SUSUNAN KEUTAMAAN

Dari segi protokol, keutamaan yang perlu diikuti dalam majlis rasmi dan formal ialah keutamaan yang diwartakan sebagai Susunan Keutamaan Persekutuan dengan pindaan-pindaan yang telah diluluskan dari semasa ke semasa. Di peringkat negeri pula hendaklah mematuhi Susunan Keutamaan Negeri yang berkenaan. Susunan ini hendaklah diamalkan di semua majlis formal seperti aturan ketibaan dan balik, tempat duduk, teks juruacara, teks ucapan clan lain-lainnya.

1. Yang di-Pertuan Agong. 2. Raja Permaisuri Agong.3. Raja-raja dan Pemangku-Pemangku Raja4. Yang di-Pertua Negeri-Negeri. 5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan DiRaja daripada Kerajaan

Persekutuan. 6. Perdana Menteri. 7. Timbalan Perdana Menteri

Kehormat- 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota atau Raja Muda) 8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.). 9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.). 10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.).

Kehormat-10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.

11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. 12. Yang di-Pertua Dewan Negara. 13. Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 14. Bekas-bekas Perdana Menteri. 15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri. 16. Ahli-ahli Jemaah Menteri. 17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.

Kehormat-17 A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. 18. Peguam Negara. 19. Panglima Angkatan Tentera. 20. Ketua Polis Negara. 21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 22. Timbalan- Timbalan Menteri. 23. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku-

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha. 25. Presiden Mahkamah Rayuan. 26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak28. Ketua Pembangkang di Parlimen. 29. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan30. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan. 31. Setiausaha-Setiausaha Parlimen. 32. Bekas Ketua Setiausaha Negara. 33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II den III.

11

Page 12: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

34. Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera den Bekas Ketua Polis Negara. 35. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. 36. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi. 37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam. 38. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman. 39. Ketua Audit Negara. 40. Gabenor Bank Negara. 41. Datuk Bandar Kuala Lumpur. 42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan. 43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 44. Penyimpan Mohar Besar Raja-Raja. 45. Datuk Paduka Maharaja Lela. 46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.). 47. Ahli-ahliPanglima Setia Mahkota (P.S.M.).48. Profesor-Profesor Diraja. 49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.).

Kehormat-50A. Timbalan- Timbalan Menteri Besar/Timbalan- Timbalan Ketua Menteri. Kehormat-50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.

51. Ahli-ahli Dewan Negara. 52. Ahli-ahli Dewan Rakyat. 53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf

dengannya. 54. Panglima Tentera Darat. 55. Panglima Tentera Laut. 56. Panglima Tentera Udara. 57. Timbalan Ketua Polis Negara. 58. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. 59. Naib-Naib Canselor Universiti.

Kehormat-59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri danMenteri Negeri di Sabah/Sarawak. 60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf

dengannya. 61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua BadanBerkanun

Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas. Kehormat-61 A. Penerima Anugerah 'Fellow' Negara.

62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu. 63. Pegawai-pegawai Gred Utama 'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan

Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. Kehormat-63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.). 65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.).66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.). 67. Pegawai-pegawai Gred I, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun

Persekutuan yang setaraf dengannya. 68. Setiausaha-Setiausaha Politik. 69. Pegawai-pegawai Gred II den Pegawai-pegawai Tentera den Polis yang setaraf dengannya. 70. Konsul-Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

PANGGILAN HORMAT

Panggilan Lelaki/Suami Perempuan/Isteri Panggilan

12

Page 13: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

Seri Paduka Baginda (SPB)

Duli Yang Maha Mulia (DYMM)

Yang Amat Mulia

Tuan Yang Terutama (TYT)

Yang Amat Berhormat (YAB)

Yang Berhormat (YB)

Yang Behormat (YB)

Yang Amat Arif(YAA)

Yang di-Pertuan Agong

Sultan/YangDipertuan Besar/Raja

Negeri-Negeri

Anak-Anak Raja Yang Memerintah

Yang Dipertua Negeri

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri / Menteri

Besar / Ketua Menteri

Menteri /Timbalan Menteri

/ Setiausaha Parlimen

Yg Dipertua Dewan Negara dan Rakyat/ Timbalan Yg

Dipertua Dewan / Ahli Dewan Negara / Ahli Dewan

Rakyat / Ahli Dewan Undangan Negeri

Ketua Hakim Negara

Raja Permaisuri Agong

Sultanah/ Tengku Ampuan/ Tuanku

Ampuan

Anak-anak Raja Yang Memerintah

Isteri Yang Dipertua Negeri

Isteri

Isteri

Isteri

Isteri

SPB

DYMM

YAM

Yang Amat Berbahagia (YABhg)

Yang Amat Berbahagia (YABhg)

YBhg.

YBhg

YBhg

Yang Arif (YA)

Yang Berbahagia (YBhg)

Yang Amat Berbahagia (YABhg.)

Yang Berbahagia (YBhg.)

Yang Berbahagia (YBhg.)

Yang Mulia(YM)

Hakim Besar/Hakim Mahkamah Agung/ Mahkamah Tinggi

Peguam Negara

Tun

Tan Sri

Dato’/Datuk

Tengku/Raja/Ungku/

Tunku/Ku

Syed/Sheikh/

Isteri

Isteri

Toh Puan

Puan Sri

Datin

Tengku/Raja/Ungku/

Tunku/Ku

Syarifah/Siti/

YBhg

YBhg

YABhg.

YBhg.

YBhg

YM

Puan / Cik

13

Page 14: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

Tuan

Sahibul Samahah

Sahibul Fadilah

Yang Berbahagia (YBhg)

Yang Berusaha

Yang Dihormati

Haji

Mufti

Kadi Besar / Kadi

Profesor

Prof. Madya / Pegawai tiada gelaran

Mahasiswa

Hajjah

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

SUSUNAN TEMPAT DUDUK

Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Jika majlis diadakan di negeri dan tetamunya pula terdiri daripada tetamu persekutuan dan negeri maka satu persetujuan hendaklah dicapai antara Protokol Persekutuan dan Protokol Negeri mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan. Dalam apa jua majlis kecuali Majlis Konvokesyen Universiti dan jamuan makan tetamu yang duduk di pentas atau meja khas hendaklah dihadkan.

Penentuan Susunan Tempat Duduk

1. Bentuk-bentuk susunan tempat duduk.2. Susunan Keutamaan3. Dif-dif paling hampir sekali dengan Tetamu Khas ialah dif terkanan. Kekananan bermula dari

kanan Tetamu Khas.4. Susunan tempat duduk di pentas dan dif-dif hendaklah mengikut kekananan.5. Pentas utama – acara perasmian dsb.6. Majlis jamuan rasmi7. Jumlah ganjil atau genap8. Hadkan 3 , 5 , 7 | 4 , 6 , 89. Perhatian berpusat ke Tetamu Kehormat10. Dif yang paling hampir dengan Tetamu Khas ialah dif yang paling utama sekali.11. Keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat.

4 Prinsip Susunan

Prinsip 1

SUSUNAN HENDAKLAH MENGIKUT KEUTAMAAN

1. Susunan tempat duduk sama ada di pentas khas atau di tempat para jemputan ianya hendaklah mengikut Susunan Keutamaan.

2. Jika jemputan tanpa isteri, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan Tetamu Khas diikuti dengan kiri, balik ke kanan, ke kiri dan seterusnya berselang seli.

14

Page 15: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

3. Bagi jemputan bersama isteri, kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas membawa ke tepi (suami/lelaki) dari kiri isteri Tetamu Khas membawa ke tepi (isteri/perempuan)

Prinsip 2

JUMLAH DIF DI PENTAS KHAS HENDAKLAH TERHAD

1. Jemputan seorang – jumlahnya angka ganjil 5, 7 dan 9.2. Jemputan dengan isteri – jumlahnya angka genap 6, 8, 10 dan 12

Perinsip ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penghormatan dan tumpuan kepada mereka yang berkenaan/berkaitan sahaja

Prinsip 3

TUAN RUMAH ATAU ‘HOST’ DUDUK DI SEBELAH KANAN TETAMU KEHORMAT

Tuan Rumah biasanya dikenali sebagai orang yang menjemput atau bertanggungjawab menganjurkan sesuatu majlis atau upacara.

Prinsip 4

ISTERI DUDUK DI SEBELAH KIRI SUAMI

1. Prinsip ini adalah amalan biasa dalam apa jua majlis apabila para jemputan dijemput bersama isteri. 2. Kedudukan isteri sama ada majlis siang atau malam ialah isteri duduk di sebelah kiri suami kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.

Kekananan Bagi Empat Orang

Kekananan Bagi Empat Orang Dengan Isteri

33 11 22 44

PENTAS

15

Page 16: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

Kekananan Bagi Lima Orang

Kekananan Bagi Enam Orang Dengan Isteri

Bentuk Susunan Meja Majlis Jamuan

Terbahagi kepada 4:

33 11 22 44

PENTAS

44 22 33 55

PENTAS

11

33 11 22 44

PENTAS

55 66

16

Page 17: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

1. Susunan Meja Panjang2. Susunan Meja Bulat3. Susunan Meja Gabungan Meja Panjang dan Meja Bulat4. Susunan Meja Gabungan Meja Bulat dan Meja Panjang

3 Prinsip Susunan

Prinsip 1

Tetamu Kehormat hendaklah duduk di sebelah kanan Tuan Rumah sekiranya setaraf kecuali Tetamu Kehormat itu jauh lebih tinggi atau jauh lebih rendah dari Tuan RumahPrinsip 2

Susunan dif-dif meja utama / khas hendaklah mengikut susunan keutamaan

Prinsip 3

Wanita tidak duduk di hujung meja khas / diRaja.

Prinsip Am Meja Jamuan

Tuan Rumah di sebelah kiri Tetamu Kehormat yang lebih tinggi dan sebaliknya sekiranya setaraf Wanita tidak duduk di hujung meja diRaja/khas Wanita tidak duduk mengetuai meja-meja panjang Meja bulat hendaklah penuh kecuali dihadiri oleh SPBYDA/Raja-raja, dua kerusi di hadapannya

hendaklah dikosongkan dan meja berhampiran diubahsuai untuk elak tetamu lain membelakangi tetamu utama

PENGACARAAN MAJLIS FORMAL

Terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini dan tidak semua orang boleh menjadi juruacara yang baik. Tujuan utama juruacara ialah memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan acara majlis.

Juruacara tidak boleh menjadi Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Teks juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan kertas separuh A4 dan satu muka surat hanya dimuatkan satu pengumuman sahaja. Setiap pengumuman pula mengandungi butir-butir berikut:-

1. MASA (anggaran) 2. CUE (panduan bagi juruacara) 3. ANN (teks pengumuman)

Gaya dan isi teks juruacara adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis yang berkenaan. Setiap majlis mesti disediakan dua juruacara (seorang sebagai simpanan). Teks juruacara hendaklah disediakan oleh pihak penganjur.

PENYEDlAAN ATURCARA PENTADBIRAN

Aturcara pentadbiran adalah merupakan aturcara majlis yang ditulis secara terperinci dengan tujuan:-

sebagai panduan untuk pegawai yang mengendalikan majlis tersebut

17

Page 18: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

sebagai panduan kepada semua pegawai dan pekerja yang terlibat dalam majlis tersebut untuk menentukan majlis berjalan dengan licin dan mengikut lunas-lunas protokol yang diterima untuk mengawal masa untuk menjadi panduan masa akan datang sebagai rekod

Aturcara pentadbiran yang baik mengandungi butir-butir berikut;

1. Masa 2. Tempat3. Keterangan yang merupakan urutan acara secara terperinci (aktiviti)4. Pegawai yang bertanggungjawab (tindakan)

Selain daripada aturcara pentadbiran, 'Check List' hendaklah juga disediakan bagi membantu melicinkan pengendalian majlis berkenaan.

PERANAN PENYAMBUT TETAMU

Berikut ialah panduan bagi penyambut tetamu dalam majlis :-

1. Maklumat Penyambut hendaklah mengetahui maklumat keraian yang sedang diadakan sekurang-kurangnya tujuan keraian tersebut diadakan.

2. Aturcara Keraian Yang Berkenaan Penyambut mestilah mengetahui aturcara keraian yang berkenaan terutamanya waktu yang ditetapkan bagi tetamu sampai dan balik.

3. Susunan Tempat Duduk

Penyambut hendaklah tahu susunan tempat duduk keseluruhannya supaya senang untuk memandu atau menunjukkan tempat duduk tetamu yang berkenaan.

4. Kawasan Yang Diuntukkan Penyambut hendaklah mahir dengan tempat dan kawasan yang diuntukkan baginya menyambut.

5. Tempat- Tempat Penting Penyambut hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting seperti tandas, pintu masuk, tempat keluar dan lain-lain.

6. Senarai Tetamu Yang Dijemput Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai tetamu yang akan hadir dan sebaik-baiknya mengenali tetamu tersebut.

7. Senarai Tetamu Khas

Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai tetamu khas yang akan disambut hendaklah juga diketahui dengan lancar.

8. Pakaian Penyambut Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai mengikut keraian yang sedang dijalankan. Pakaian terdedah bagi perempuan adalah tidak sesuai.

18

Page 19: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

9. Cara Menyambut Tetamu hendaklah disambut dengan hormat dan berikan buku aturcara jika ada. Tunjukkan tempat duduk secara hormat.

10. Mengenali Tetamu Seboleh-bolehnya penyambut hendaklah kenal dengan tetamu yang disambut. Jika tidak kenal hendaklah bertanya dengan cara hormat.

11. Ketibaan Penyambut Penyambut hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa tetamu dijangka tiba. Penyambut hendaklah melaporkan diri kepada Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai tetamu yang dikhaskan untuknya.

12. Pertanyaan dan Teguran

Jika ada apa-apa pertanyaan dimajukan, jawablah dengan sopan. Jika ada teguran dari tetamu yang kurang senang didengar, hendaklah mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut sendiri kurang pasti.

13. Kesulitan Jika menghadapi kesulitan atau masalah hendaklah segera merujuk kepada Pegawai Bertugas. Dengan itu penyambut tetamu mestilah mengetahui Pegawai Bertugas pada masa itu.

14. Mudah Senyum Penyambut hendaklah mudah senyum.

RAPTAI

Raptai amatlah penting bagi sesuatu majlis walaupun majlis tersebut merupakan majlis ulangan (selalu diadakan) dan hendaklah diadakan beberapa kali mengikut keperluan. Tujuan raptai ialah:

i) Supaya mereka yang terlibat tahu akan tugas dan tanggungjawabnya. ii) Untuk menentukan urutan majlis.iii) Untuk menentukan jangka masa yang tepat. iv) Untuk memperbaiki kelemahan yang ada. v) Untuk penyelarasan acara. vi) Untuk membiasakan petugas-petugas dengan keadaan tempat.

NILAI-NILAI ISLAM

Majlis yang diadakan hendaklah menggambarkan hasrat kerajaan mengenai Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam sejajar dengan Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

POST-MORTEM

Post-Mortem diadakan selepas selesai sesuatu majlis bagi mengukur tahap kejayaan majlis. Post-Mortem juga diadakan untuk mencari punca kelemahan serta cara-cara mengatasinya bagi majlis yang akan datang. Post-Mortem tidak akan mendapat kerjasama dari pihak yang terlibat seandainya digunakan untuk mencari kesalahan seseorang.

19

Page 20: Protokol dan Etiket Majlis Rasmi

20