57
Aspirasi Pengajian Melayu Aspirasi Pengajian Melayu Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu dalam Malaysia Baharu dalam Malaysia Baharu SEMINAR BAHASA, KESU SEMINAR BAHASA, KESU SASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU SASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU 5 Disember 2018 | 8.30 pagi–5.00 petang Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia PROSIDING PROSIDING

PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu Aspirasi Pengajian Melayu Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharudalam Malaysia Baharudalam Malaysia Baharu

SEMINAR BAHASA, KESUSEMINAR BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

5 Disember 2018 | 8.30 pagi–5.00 petang Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

PROSIDINGPROSIDING

Page 2: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

PROSIDING

Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

SEBAHTERA

2018

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu

5 Disember 2018

Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Anjuran Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

dan Akademi Pengajian Melayu,

Universiti Malaya

Page 3: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Diterbitkan oleh:

Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel.: 603-8921 5265/5290

Faks.: 603-8921 3340 E-mel: [email protected]

Semua hak terpelihara.

Hak cipta © Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu 2018

Semua bahagian di dalam prosiding ini tidak boleh disiarkan atau diterbitkan semula dalam sebarang bentuk atau dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa mendapat

kebenaran terlebih dahulu daripada Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu.

Cetakan pertama 2018

Page 4: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

KANDUNGAN

Latar Belakang iv

Ucap Utama 1

Penerokaan Dimensi Baru dalam Pengajian Melayu

Supyan Hussin

1-5

Ucap Utama 2

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu

Puteri Roslina Abdul Wahid

6-10

Pemvisualan Simbol dalam Peribahasa Melayu: Pemahaman Makna Konseptual Simbol Peribahasa dalam Konteks Pengajian Melayu Era Baharu

Hasmidar Hassan & Nur Yuhanis Mohd Nasir

11-15

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu Menerusi Pembelajaran Bahasa Melayu kepada Penutur Asing: Aplikasi Pembelajaran Kooperatif Learning Together

Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Mohd Firdaus Jafranee

16-22

Hala Tuju Pengajian Warisan di Program Persuratan Melayu dalam Era Malaysia Baharu

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

23-31

Tahap Kepercayaan Etnik Melayu Terhadap Etnik Lain dan Pengaruhnya kepada Interaksi Sosial Penghuni Rumah Jenis Pangsapuri

Marzudi Md Yunus, Zamre Abu Hassan & Mohammad Nazzri Ahmad

32-36

Manifestasi Perpaduan dalam Era Malaysia Baharu Melalui Kumpulan Pantun Warisan

Madiawati Mamat@Mustaffa, Nurhamizah Hashim & Eizah Mat Hussain

37-41

Memperkasa Golongan OKU dalam Bidang Seni Visual Seiring Cabaran ke Arah Malaysia Baharu

Sabzali Musa Kahn, Rainal Hidayat Wardi, Zamruddin Abdullah & Siti Rohaya Yahaya

42-46

Pencerakinan Dialek Melayu Berasaskan Kaedah Makmal: Kajian Dialek Melayu Alaf 21

Shahidi A.H. & Rahim Aman 47-52

Page 5: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

LATAR BELAKANG Penelitian ilmiah terhadap alam Melayu yang merangkumi hal berkaitan bahasa, kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian Melayu mempunyai sifat internasional. Kajian-kajian terdahulu, khasnya yang dilaksanakan oleh sarjana Barat lebih menitikberatkan soal sejarah zaman purbakala dan sejarah zaman Hindu-Buddha, seolah-olah menggambarkan itulah punca kehidupan masyarakat Melayu. Di zaman kolonial, nilai-nilai Barat menyerap ke dalam suasana kehidupan alam Melayu dalam bidang-bidang politik, sosial, ekonomi, sains dan teknologi; namun pandangan hidup yang dianjurkan sistem tersebut (Barat) memperkukuhkan tradisi seni sebagai punca kehidupan. Impak daripada itu, lahirlah teks-teks bahasa, sastera dan seni budaya ditelusuri menerusi pendekatan-pendekatan yang diperkenalkan oleh para orientalis berdasarkan pelbagai konsep dan teori yang diakui dari Barat.

Kini, isu-isu yang dibincangkan semakin pelbagai sifatnya, khususnya dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa. Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu kali ke-9 (SEBAHTERA 2018) akan bertemakan “Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu”. Justeru pelbagai aspek berkenaan dengan aspirasi pengajian Melayu dalam era Malaysia Baharu akan dibincangkan dalam seminar ini yang merangkumi aspek bahasa, linguistik, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu.

Justeru, penganjuran seminar SEBAHTERA ini diharap memberi manfaat dan berkeupayaan memberi input baharu terhadap penyelidikan dalam pengajian Melayu, kepada kedua-dua institusi (UKM dan UM), khususnya kepada Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu (BAYU), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya. Memandangkan kedua-dua institusi mempunyai kekuatan dalam bidang-bidang yang dinyatakan di atas, maka diharapkan kerjasama melalui seminar ini mampu meningkatkan lagi mutu penyelidikan dalam pengajian Melayu, khususnya dalam membincangkan tema perbincangan yang diajukan.

Page 6: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

1

Ucap Utama 1 Penerokaan Dimensi Baru dalam Pengajian Melayu

Supyan Hussin Institut Alam dan Tamadun Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pendahuluan Pengajian Melayu dan Pengajian Alam Melayu, dua nama yang tidak asing lagi dalam dunia akademik. Di pusat pengajian tinggi di Malaysia dan luar negara, Pengajian Melayu lebih popular, seusia lebih 50 tahun, dan berfokus kepada “Melayu”. Ia bukan satu polemik besar, walaupun sesetengah pihak merasakan ia dua perkara yang sama, manakala ada pihak lain yang tidak bersetuju dengan anggapan ini. Dari sudut epistemologinya, ia tidak jauh beza, tetapi dari sudut metodologi dan birokrasinya berbeza. Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok kaum yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti warna kulit, bahasa, pakaian, makanan, budaya dan penempatan spesifik. Manakala rumpun atau bangsa (nation) Melayu pula mempunyai ciri-ciri yang sama atau hampir sama tetapi ia merentasi sempadan negara dan merangkumi sub-etnik Melayu di seluruh kepulauan Melayu atau Nusantara, malah dikenali sebagai Malayo-Polinesia.

Jika dilihat dari sudut etnik Melayu dalam konteks kebangsaan, maka fokus utama Pengajian Melayu akan berkisar dalam metodologi yang mengotakkan aspek bahasa, linguistik,, kesusasteraan, budaya, dan warisan (etnik) Melayu. Ini jelas terdapat dalam birokrasi penawaran program Pengajian Melayu di universiti tempatan. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pengajian Melayu ditawarkan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, manakala di Universiti Malaysia ia ditawarkan di Akademik Pengajian Melayu (APM). Di Institut Pendidikan Guru pula, fokus Pengajian Melayu lebih tertumpu kepada pengajian Bahasa Melayu dan hal yang relevan dengannya.

Pengajian Melayu di luar negara paling awal bertapak di University of Leiden, Belanda pada tahun 1876. Kemudian disusuli dengan Pengajian Melayu di Rusia, Britain, Australia, New Zealand dan beberapa buah negara lagi. Apa yang lebih menarik ialah Beijing Foreign Studies University (BHSU) adalah yang paling awal di China menawarkan program ijazah Pengajian Melayu iaitu lebih 20 tahun yang lalu. Kandungan program bukan sahaja mengenai bahasa, tetapi merangkumi politik, ekonomi, sosiologi, media, dan budaya Melayu di Malaysia dan Indonesia. BSFU telah berjaya melahirkan ratusan mahasiswa yang boleh berbahasa Melayu dengan mahir dan lancar serta menjadi tenaga pengajar di program Pengajian Melayu di universiti lain di China. Selain menjadi tenaga pengajar di universiti, lulusan pengajian Melayu ini juga berkhidmat sebagai pegawai diplomatik, jurubahasa, penyiar di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China, wartawan agensi berita Xinhua, pemandu pelancong dan pegawai bank dan pegawai di pelbagai anak syarikat China di Malaysia dan Indonesia. Selain China, National University of Singapore lebih awal menawarkan ijazah Pengajian Melayu yang bukan sahaja berfokus kepada bahasa, budaya dan kesusasteraan, tetapi hampir sama seperti yang ditawarkan di China.

Berbeza dengan Pengajian Melayu, Pengajian Alam Melayu lebih bersifat multi-disiplin atau silang-displin (cross-discipline) yang merangkum aspek di atas iaitu bahasa, linguistik, budaya, dan warisan bersama dengan sejarah, arkeologi, ekonomi, politik, pendidikan, kepimpinan, etnosains dan etnoteknologi. Aspek ini tidak dikotakkan tetapi digabungjalinkan menjadi satu

Page 7: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

2

bentuk multi-disiplin yang memerlukan seseorang pelajar mempunyai ijazah asas atau pra-siswazah dalam disiplin yang spesifik. Metodologi gabung jalin ini pula lebih sesuai ditawarkan di peringkat pascasiswazah. Misalnya di UKM, Pengajian Alam Melayu ditawarkan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Bahasa, Budaya dan Kesusasteraan Melayu (IBBKM). Pada awal penubuhan IBBKM ini, ia berfokus kepada pengajaran program pra-siswazah mengikut disiplin spesifik sehinggalah ia dinaiktarafkan menjadi pusat penyelidikan dengan nama baru ATMA pada tahun 1992. Paradigma Pengajian Alam Melayu tidak lagi berfokus kepada etnik Melayu dalam sempadan negara tetapi ia meliputi geografi lebih luas iaitu dari Pulau Easter hinggalah ke Madagascar. Dari sudut linguistik pula, Alam Melayu merangkumi lebih 330 juta penutur bahasa Melayu sebagai asas bahasa komunikasi dan mengamalkan budaya Melayu di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan selatan Thailand serta selatan Filipina. Alam Melayu adalah istilah yang lazim digunakan oleh sarjana lokal tetapi kadangkala merujuk Alam Melayu sebagai Melayu Nusantara (Malay Archipelago) atau Benua Sunda.

Pelaksanaan penawaran program Pengajian Melayu dan Pengajian Alam Melayu di Malaysia mengekalkan sebagai status quo. Ijazah yang disebutkan secara formalnya ialah ijazah Pengajian Melayu yang di dalamnya disebut pengkhususan Pengajian Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu. Bagaimanapun, di dalam aktiviti penyelidikan, skop tajuk kajian dan kandungan tesis atau makalah dibenarkan bersifat multi-disiplin.

Sastera Lisan, Penulisan dan Visual Salah satu kotak dalam Pengajian Melayu ialah Kesusasteraan Melayu. Di peringkat universiti, ia ditawarkan di bawah program Persuratan Melayu seperti yang terdapat di UKM. Antara kursus yang ditawarkan meliputi:

Puisi Melayu Penulisan Kreatif Cerpen Melayu Novel Melayu Drama Melayu Sastera Hikayat Sastera Rakyat Sastera Islam Sastera Bandingan Sastera Popular Sastera Asia Tenggara Sastera Undang-Undang dan Ketatanegaraan Sastera Sejarah

Hampir kesemua genre sastera ini ialah boleh dikategorikan dalam bentuk “sastera penulisan” seperti dalam sastera cerpen, novel, dan Asia Tenggara, dan “sastera lisan” seperti dalam sastera rakyat tetapi apakah ada kategori “sastera visual”. Apakah itu sastera visual? Apa konsep, skop, dan definisi sastera visual? Ke mana arah haluan sastera visual dalam Pengajian Melayu?

Kita hampir tidak pernah mendengar sastera visual. Tiada pihak yang serius membahaskan konsep, skop, dan definisi sastera visual di negara ini. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Salinah Jaafar dan Muhammad (2011) pernah membicarakan dalam kertasnya

Page 8: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

3

Sastera Visual: Revilitasi dan Kesusasteraan Normatif, tetapi tidak ada sambutan susulan selepas itu. Manakala Mohd Aswari Md Saleh dan Jasni Dolah (2016) menggunakan ungkapan bahasa visual bagi merujuk kepada komik iaitu lakaran cerita seperti genre kartun. Berbicara tentang kartun dan komik dalam negara, Muliyadi Mahamood (1993) lebih awal menyentuhnya tetapi beliau tidak menyebutnya sebagai sastera visual.

Dalam sastera lisan atau sastera rakyat, kita akan dapati kisah silam, legenda, folklor, penceritaan kanak-kanak, pepatah petitih, pantun, petua, seloka, gurindam, teka-teki, puisi rakyat, peribahasa dan lagu. Di sebalik semua ini ada falsafah, sejarah, budaya, pemikiran, norma, dan nilai-nilai tempatan yang menjadi asas dalam Sastera Lisan. Manakala dalam sastera penulisan novel, cerpen, kreatif, dan Islam, kita akan berjumpa dengan kisah, penceritaan, plot, rutin hidup, konflik, penyelesaian, antagonis, dan protagonis. Di sebalik semua ini ada juga unsur falsafah, sejarah, budaya, pemikiran, norma, dan nilai-nilai tempatan yang menjadi asas dalam Sastera Penulisan. Bagaimana pula dengan Sastera Visual?

Sastera Visual adalah lakaran, lukisan simulasi kehidupan harian yang merakam kisah, penceritaan, plot, konflik, antagonis, protagonis, sindiran, dan satira, dalam bentuk kartun atau karikatur. Bagi kebanyakan orang awam merujuk kepada lakaran penceritaan ini sebagai “komik” tetapi nilai komik dilihat sebagai bahan penglipur lara atau hiburan. Bagi melakar satu-satu bab dalam komik ia memerlukan kemahiran melukis sesuatu fenomena yang dikonsepsikan dengan mengambil kira hal semasa, sejarah, politik, sosial, undang-undang setempat, dan budaya. Seperti mana seorang penulis cerpen yang mengambil masa yang panjang berfikir dan berkreatif dalam penulisannya dengan bersandarkan kepada kehidupan harian, sejarah, politik, sosial, undang-undang setempat, dan budaya, pelukis komik juga melakukan perkara yang sama. Di sebalik lukisan kartun itu ada 1001 mesej tersirat yang boleh dihuraikan dengan penulisan yang panjang. Inilah yang dimaksudkan dengan “sastera visual”.

Sastera Visual bukan cerita di tepi jalan, bukan bahan picisan tapi penuh dengan nilai intelek yang tidak ramai orang mampu melakarnya. Ia sama seperti penulisan cerpen, dan novel dalam sastera penulisan; tidak ramai yang ada bakat atau kemampuan untuk menulis sastera teks. Sastera visual memerlukan kepintaran dalam mengolah isu dengan mengambil kira pelbagai faktor dan dimensi sebelum mampu menghasilkan satu lakaran atau lukisan yang mempunyai 1001 makna.

Kartunis adalah “novelis” dan “penulis cerpen” dengan kaedah dan gaya tersendiri dalam menghasilkan lakaran grafik yang menggambarkan pengisahan dalam bentuk ringkas dan padat tetapi penuh dengan mesej dan maklumat yang memerlukan pembaca memahami sesuatu lakaran grafik dengan menggunakan maklumat latar yang luas dan terkini. Lakaran yang dijelmakan oleh kartunis kontemporari sifatnya. Lat, Zunar, Rosssem, Rejab Had, dan ramai lagi kartunis dalam negara adalah pelopor dan tokoh Sastera Visual yang belum dinobatkan dalam negara ini.

Majalah Ujang, Gila-Gila, Batu Api, Bambino, Rilek, Gedung Kartun, Usop Sontorion, Senyum Kambing (Utusan), Apo, Varia Lawak, Gempak adalah antara manifestasi Sastera Visual. Sastera Visual perlu diangkat sebagai satu bidang ilmiah, yang amat berpotensi di bawa ke dalam industri kreatif. Salah satu contoh Sastera Visual yang berjaya diangkat ke peringkat global ialah Upin dan Ipin. Di dalam dunia perfileman, Sastera Visual yang dilakar boleh dijadikan filem animasi sepertimana dalam filem Ninja Turtle dan Panda Kung Fu yang mengaut keuntungan berjuta dolar di samping mempopularkan seni bela diri Ninja dari Jepun dan Kung Fu dari China Bagaimana dengan seni silat Alam Melayu?

Page 9: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

4

Universiti harus meneroka peluang dan potensi untuk Sastera Visual berkembang di ambang Revolusi Industri ke 4 ini yang mengharapkan generasi Z dan Alfa masa depan cekap dan mahir memanfaatkan teknologi dalam urusan harian kehidupan. Kepada pelajar dan penyelidik yang berminat untuk menjalankan kajian dari sudut bahasa (bahasa remaja, bahasa kolokial, bahasa daerah), politik semasa, budaya, trend semasa, sejarah kehidupan silam, dan pelbagai lagi tema dan dimensi yang boleh dijadikan tajuk tesis mereka dalam dimensi Sastera Visual ini, mereka harus dibimbing bukan sahaja mampu menyiapkan tesis tetapi memindahkan tesis mereka dalam bentuk yang boleh digunakan dalam industri kreatif dan ekonomi digital. Sekali gus ia dapat membina sumber tenaga manusia yang boleh berdikari dan tidak bergantung kepada sektor kerajaan untuk mendapatkan kerja. Antara sebab bilangan pelajar Pengajian Melayu berkurangan ialah kerana pulangan nilai ekonomi yang menggiurkan setelah tamat pengajian.

Sastera Konvensional, Sastera Ilmu, Sastera Warisan

Sastera konvensional pada umumnya berfokus kepada kisah kerencaman hidup, rutin hidup manusia, dan rempah ratus cerita harian. Kalau Sastera Hikayat, Sastera Asia Tenggara dan Sastera Rakyat kebanyakan terhad kepada kisah silam, Sastera Undang-Undang dan Ketatanegaraan serta Sastera Islam pula bersandarkan kepada ciri-ciri ilmu yang cuba diselitkan dan disulam dalam pengisahan atau penceritaan dalam penulisan masa kini. Ini satu percubaan yang baik, tetapi perlu dipanjangkan penulisan “sastera ilmu” ini dengan menyelitkan tema “ilmu sains”, “ilmu etnosains perubatan Melayu”, “ilmu matematik (Melayu)”, “ilmu herba”, “ilmu kaji bintang” dan “ilmu pelayaran” serat beberapa tema ilmu lagi dalam penulisan novel, cerpen, puisi, dan penulisan kreatif melalui pengisahan hidup manusia yang dipilih sebagai karakter antagonis dan protagonis di dalam satu-satu komuniti atau keluarga. Plot cerita masih lagi mengenai kisah keluarga, kisah cinta, kisah hasad dengki, kisah hidup di Bandar mahupun di kampung, tetapi di dalam kisah diselitkan tema ilmu dari disiplin yang dipilih.

Dalam contoh yang lain, ilmu etnosains perubatan Melayu boleh disampaikan melalui kisah dalam novel atau cerpen. Pembaca bukan sahaja akan terhibur dengan kisah dan peristiwa dalam novel atau cerpen itu tetapi dapat memahami konsep etnosains perubatan Melayu, kaedah dalam mencegah dan merawat sakit yang disebabkan oleh faktor luaran atau dalaman atau gangguan oleh Jin. Begitu juga dengan ilmu sains angkasa yang dapat diselitkan dalam novel atau cerpen dengan menulis kisah yang boleh diadaptasi dari peristiwa MH370 yang hilang hingga hari ini. Malah kisah Tsunami di Acheh dan Palu juga boleh dijadikan bahan pengisahan dalam novel dengan menyelitkan ilmu geosains dan geologi agar pembaca dapat menambah sedikit ilmu dalam diri melalui pembacaan novel dan cerpen bersifat “sastera ilmu” ini. Banyak buku-buku di barat yang ditulis dalam bentuk sastera ilmu (fiksyen dan bukan fiksyen) telah dipindahkan dalam bentuk filem dan industri kreatif. Filem Indiana Jones dan Jurassic Park, contohnya, adalah bersandarkan kepada ilmu arkeologi yang bersumber dari penulisan buku yang boleh dikategorikan sebagai “sastera warisan.” Apakah penulis di negara ini tidak mampu menulis kisah komuniti di Pulau Bidong yang datang dari Vietnam dan kisah masyarakat Melayu di Lembah Bujang dari perspektif arkeologi dan sejarah?

Bagi menghasilkan karya “sastera ilmu” dan “sastera warisan” ini, penulis haruslah mempunyai ilmu dan maklumat mengenai bidang ilmu yang ingin diselitkan dalam penceritaannya, dan jika perlu, penulis hendaklah menemu bual pakar-pakar dalam bidang ilmu yang dipilih. Kemudian penulis mengolah pengisahan dengan rapi bagi memasukkan elemen ilmu berkenaan dalam dialog dan menyusun penceritaan dalam novel atau cerpen mereka. Ini tidaklah

Page 10: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

5

bermakna sastera konvensional diketepikan atau dihentikan kreativiti penulisannya, tetapi kelahiran sastera ilmu dan sastera warisan dalam konteks negara kita akan meningkatkan literasi ilmu kontemporari dalam kalangan pembaca masa kini.

Kesimpulan Bidang dan skop Pengajian Melayu di universiti di samping perlu dipertahankan, ia juga harus mengambil kira perubahan zaman yang menuntut kita untuk mengayakan lagi khazanahnya. Meneroka dimensi baru dalam sastera seperti sastera visual, sastera ilmu dan sastera warisan adalah satu cabaran yang boleh difikirkan kesudahannya. Anak muda dahagakan perspektif baru dalam Pengajian Melayu terutama dalam Kesusasteraan Melayu yang sebelum ini dilihat sebagai “kisah silam”, “cerita orang tua”, “bosan”, “pasif”, dan “tidak berkembang”. Dengan sulaman baru dalam Pengajian Melayu ini adalah diharapkan bidang ini akan menjadi salah satu pilihan pengajian utama atau salah satu kursus elektif yang diminati oleh pelajar luar dari bidang sains sosial. Sekali gus ia bukan sahaja menambah kukuh bidang Pengajian Melayu tetapi menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu dan memasarkan nilai budaya dan norma-norma masyarakat yang dapat dipelajari oleh pembaca secara sub-sedar dan meluas. Rujukan

Mohd Aswari Md Saleh & Jasni Dolah. 2016. Penilaian bahasa visual terhadap faktor penglibatan pembaca komik-komik Melayu. Conference Proceeding: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA2016). Universiti Sains Malaysia.

Muliyadi Mahamood. 1993. Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Salinah Jaafar & Muhammad. 2011. Sastera Visual: Revilitasi dan Kesusasteraan Normatif. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu VII. Universiti Putra Malaysia.

Page 11: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

6

Ucap Utama 2 Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu

Puteri Roslina Abdul Wahid Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Pendahuluan Pasca pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memperlihatkan Pakatan Harapan yang diberikan mandat baharu oleh rakyat Malaysia untuk mencorakkan hala tuju negara Malaysia. “Malaysia Baharu” lahir daripada usaha rakyat untuk membaiki keadaan yang digambarkan sebagai ‘kerosakan’ dan untuk mengembalikan pencapaian negara ke tahap yang membanggakan yang sebelum ini. Kerajaan “Malaysia Baharu” juga mengatur langkah ke arah membina Malaysia yang progresif dan berwawasan serta tamadun peradaban tinggi. Di samping itu, berlakunya penggantian strategi-strategi kerajaan lama dengan strategi-strategi baharu agar dapat menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dan disegani rakan serantau. Malahan, “Malaysia Baharu” membawa makna “perubahan baru” atau “pembaharuan”. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994: 87) perkataan “baharu” boleh membawa maksud 1. Membaiki semula 2. Mengulangi lagi 3. Memulakan sesuatu semula 4. Menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dengan yang baru atau yang mempunyai tempoh kuat kuasa dan sebagainya yang baru.

Istilah ‘Malaysia Baharu’ merujuk kepada kerajaan yang kembali kepada demokrasi dan kedaulatan undang-undang dan menghormati kehendak rakyat.1 Hal ini menggambarkan keadaan negara Malaysia yang mempunyai sebuah kerajaan, dasar, corak dan sistem pemerintahan yang berbeza daripada yang sebelum ini. Perkataan ‘baharu’ itu merujuk kepada kata sifat (adjektif), manakala ‘baru’ itu merujuk kepada ‘masa’. Perkataan bahasa Inggeris ‘new’ merujuk kepada ‘baharu, manakala perkataan bahasa Inggeris ‘just’ merujuk kepada baru. Oleh itu, perkataan ‘baru’ mempunyai maksud yang berbeza dengan perkataan ‘baharu’. Justeru, dari segi penggunaan istilah ‘Malaysia Baharu’ atau ‘Malaysia Baru’ pula, maka istilah yang paling tepat ialah ‘Malaysia Baharu’.

Sewaktu berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-73 di New York, YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawasanya dalam ‘Malaysia Baharu’ ini, kerajaan komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia akan menikmati kemakmuran dan kekayaan negara dengan perkongsian dan pembahagian yang saksama. Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa kemunculan ‘Malaysia Baharu’ ini adalah respons daripada rakyat Malaysia yang selama ini telah muak dengan politik kebencian dan gejala rasuah yang berleluasa dan menular semasa rejim lama berkuasa. Beliau menegaskan bahawa rakyat mahukan satu ‘Malaysia Baharu’ yang menjunjung prinsip-prinsip keadilan, yang mempunyai tadbir urus yang baik dan berintegriti serta menyanjung tinggi konsep kedaulatan undang-undang.2

1 Pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/

mutakhir/2018/07/355728/malaysia-baharu-patut-lebih-baik-mahathir. 2 Artikel penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/membentuk-generasi-malaysia-baharu-

1.719549#ixzz5Y9OBE7xG

Page 12: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

7

Pengajian Melayu merujuk kepada program pengajian ilmiah yang menumpukan kepada kajian bahasa, linguistik, sastera, sosiobudaya, seni Melayu di negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu pada peringkat nasional ataupun peringkat antarabangsa. Pengajian Dunia Melayu pula merangkumi ruang lingkup yang lebih besar mencakupi semua pengetahuan yang dilahirkan atau berkaitan dengan dunia Melayu dan Nusantara. Tan Sri Dato’ Seri Utama Rais Yatim pernah mencadangkan Pengajian Melayu atau ‘Malay Studies’ digantikan dengan nama ‘Malay World Studies’ bagi mendapat lebih tumpuan meliputi kawasan Nusantara.3 Pengajian Melayu muncul sebagai bidang akademik ini secara rasmi dengan tertubuhnya Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya di Singapura pada tahun 1952. Bidang Pengajian Melayu yang ditawarkan pada masa itu menggunakan bentuk yang sama dengan program yang ditawarkan di Universiti London (Roolvink 1962). Selepas kemerdekaan, Pengajian Melayu di Singapura dan Malaysia telah berkembang dari segi jumlah universiti yang telah menyebarkan bidang ini, skop kajian minat serta jenis. Penubuhan Akademi Pengajian Melayu pada tahun 1990 sebagai pusat penyelidikan dan kemudiannya menjadi pusat akademik yang menawarkan program akademik dengan program Sarjana Muda Pengajian Melayu pada tahun 1995. Sejak tahun tersebut bidang Pengajian Melayu terus berkembang dan semakan kurikulum yang dilakukan beberapa tahun lepas mengembangkan satu program kepada lima program, iaitu Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional, Sarjana Muda Linguistik Melayu, Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu, Sarjana Muda Kesenian Melayu dan Sarjana Muda Sosiobudaya Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Di samping itu, program peringkat Sarjana pula disemak semula dan dijenamakan sebagai Sarjana Sastera (Pengajian Melayu) dan penawaran juga dibuka bagi program Ijazah Doktor Falsafah.

Aspirasi Pengajian Melayu Saya mulakan dengan petikan sebuah Prolog Ceritera Hati:4

“Kamu belajar dalam bidang apa di UM?”

“Pengajian Melayu.” “Pengajian Melayu? Kamu kerja apa nanti kalau ambil bidang ini?” Satu soalan wajib yang kuterima sejak berada di peringkat ijazah pertama (Bachelor degree) lagi. Oh, paling tidak pun akan ada yang tanya begini;

“Nanti kamu akan menjadi gurukah apabila tamat pengajian nanti?” Sekiranya hakikatnya benar, seronok juga. Namun apakan daya, cita-cita yang kuimpikan semenjak kecil itu tidak tercapai buat masa ini. Belum ada rezeki, barangkali. Mungkin juga aku tidak ada bakat hendak mengajar di depan kelas. Menyeksa jiwa raga pelajar sahaja sekiranya mendapat guru sepertiku ini. Hahaha! Mungkin suatu ketika dahulu, apabila menyebut bidang Pengajian Melayu, tentu ramai yang kagum dan bangga. Yalah, setelah menamatkan pengajian, peluang pekerjaan terbuka luas. Tidak sempat hendak berehat lama-lama di rumah, sudah mendapat tawaran pekerjaan. Bagi yang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi, oh, berpeluang untuk mencurahkan bakti sebagai pensyarah di

3 https://berita.mediacorp.sg/mobilem/lifestyle/saranan-gantikan-pengajian-melayu-dengan-nama-

pengajian-dunia/3141548.html 4 http://ceritera-zinc86.blogspot.com/2011/03/ada-apa-dengan-pengajian-melayu.html

Page 13: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

8

Akademi Pengajian Melayu (sebelum tahun 1995, dahulu dikenali sebagai Jabatan Pengajian Melayu di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya).

Itu dahulu. Sekarang... Sukar mendapatkan pekerjaan bukanlah perkara utama yang membuatkan aku kesal apabila memilih bidang Pengajian Melayu, sebab aku sangat percaya bahawa Allah SWT yang memberikan rezeki kepada kita, tetapi kitalah yang perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan rezeki itu. Apa yang membuatkan aku sedih adalah persepsi negatif yang dilemparkan oleh masyarakat di tanah air tercinta ini mengenai Pengajian Melayu. Spesifiknya, orang Melayu di Malaysia sendiri yang memberi persepsi negatif itu sebenarnya!

Sewaktu kuliah tadi, seorang rakan memberitahu, pernah juga ada orang yang memberi respons yang agak menyakitkan telinga dan hati juga mengenai Pengajian Melayu; “Mengapa memilih bidang Pengajian Melayu? Apa, kamu berasa tidak ‘cukup’ Melayu lagikah sehingga memilih bidang ini?”

Catatan yang saya petik di atas memberikan satu premis bagi melihat Pengajian Melayu dalam kedudukan semasa dan aspirasi yang boleh dibayangkan dalam kerajaan ‘Malaysia Baharu’. Aspirasi ialah keinginan yang kuat atau harapan perubahan yang lebih baik dengan tujuan mendapat hasil pada masa akan datang. Kita sering ditaburkan dengan persepsi bahawa bidang Pengajian Melayu ialah bidang yang tidak mempunyai nilai ekonomi, paling mudah dan senang lulus berbanding bidang kejuruteraan, kedoktoran, undang-undang dan sebagainya. Hakikatnya adalah sebaliknya. Hal ini demikian kerana mereka tidak memahami Pengajian Melayu merupakan satu bidang ilmu yang menuntut komitmen, minat dan dedikasi yang tinggi untuk berjaya. Persepsi lain pula yang sering dibisik-bisikkan ialah graduan bidang Pengajian Melayu sukar untuk mendapat peluang pekerjaan, tidak produktif, kurang praktikal dan ketinggalan zaman. Graduan Pengajian Melayu yang tergolong dalam kelompok Kemanusiaan sering dibandingkan dengan bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan sebagainya, termasuklah bidang mempunyai potensi dan prospek yang luas dalam pasaran kerja di Malaysia dan bukannya sekadar menjadi guru atau pensyarah. Graduan Pengajian Melayu boleh pergi lebih jauh daripada persepsi tersebut.

Aspirasi ini menuntut kerajaan ‘Malaysia Baharu’ membuka ruang dalam menyediakan kemudahan dan pelaksanaan yang tegas dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi dalam pelbagai bidang. Sebenarnya antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan Pengajian Melayu misalnya, penulis buku, rencana, novel, biografi, makalah, skrip dan sebagainya. Penghasilan karya bukan sahaja diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malahan penerbitan swasta atau pengamal media massa juga dapat membantu penyebaran luas bidang Pengajian Melayu. Peluang graduan Pengajian Melayu untuk berkecimpung sebagai pengarang, editor, wartawan, penterjemah, pentadbir, penggiat seni, periklanan dan sebagainya adalah terbuka luas. Di samping itu, graduan Pengajian Melayu juga boleh menyertai perkhidmatan di sektor kerajaan terutamanya, misalnya Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD), Pegawai Tadbir Awam (PTA), Pegawai Tadbir Negeri (PTN), Pegawai Perancang Bahasa, Pegawai Penerbitan, Pegawai Penyiaran dan sebagainya.

Page 14: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

9

Apakah Aspirasi yang Kita Inginkan dalam Era “Malaysia Baharu” Kita dibuai mimpi dengan slogan “Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris”. Bahasa ialah unsur budaya yang paling dinamik. Hakikatnya perkara yang hendak dilihat dan aspirasi yang diimpikan ialah pelaksanaannya biarlah bersungguh-sungguh dan bukan sekadar retorik semata-mata. Cabaran dan reaksi penggunaan bahasa kebangsaan dalam pentadbiran kerajaan amat hebat. Pusat pengajian tinggi berada dalam dilema dalam mengejar penarafan antarabangsa yang meletakkan bahasa Inggeris sebagai pilihan pertama, manakala bahasa Melayu semakin dipinggirkan. Kekhuatirannya ialah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Penerbitan jurnal World of Science dan indeks SCOPUS melonjakkan lagi keutamaan bahasa Inggeris sebagai bahasa berprestij. Penerbitan dalam bahasa Melayu dipandang sipi dan usaha yang diambil untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ibarat melepaskan batuk di tangga, cukup sekadar untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pejuang bahasa Melayu atau bagi mengisi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan di Parlimen. Syarat penerbitan buku dan jurnal dalam bahasa Melayu perlulah dijadikan kriteria yang penting dan bukan sekadar tempelan dalam kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai pensyarah. Seandainya bahasa Melayu terjejas, nilai terhadap Pengajian Melayu juga turut berkubur. Kita tidak akan dapat melahirkan lagi sarjana yang menulis dalam bahasa Melayu kerana keutamaan di menara gading ialah bahasa Inggeris. Aspirasi kita ialah penerbitan dalam bahasa Melayu mendapat tempat yang selayaknya sebagai bahasa rasmi dan bahasa dalam dunia pendidikan.

Seperkara yang perlu ditanam dalam graduan Pengajian Melayu ialah zaman kini ialah zaman yang mencipta pekerjaan bukan zaman mencari kerja. Anjakan paradigma ini perlulah ada dalam hati nurani pelajar atau graduan Pengajian Melayu. Menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0, misalnya dalam bidang penyiaran, seni dan dunia perfileman; graduan Pengajian Melayu seharusnya berani untuk terjun ke dalam kerjaya yang lebih mencabar sebagai pengarah drama dan filem, penulis skrip, penulis lirik dan sebagainya. Dengan bakat yang sedia ada juga dapat membuka ruang sebagai penyampai berita, pengacara atau hos rancangan, pemberita dan wartawan media massa di kebanyakan stesen radio, televisyen dan televisyen satelit tempatan. Aspirasi kita ialah Pengajian Melayu dapat mencerminkan identiti kebangsaan dalam komunikasi massa bukan sekadar pinggiran semata-mata. Industri komunikasi khususnya bidang penyiaran massa menerima graduan dalam apa-apa bidang dengan syarat mempunyai kemahiran inter dan intra komunikasi yang tinggi bagi mendepani cabaran industri terkini. Bidang yang boleh diceburi ialah penyampaian dan pengucapan awam misalnya, penceramah, pakar motivasi, perunding, moderator, fasilitator, instruktor dan sebagainya. Kepakaran ini ditambah nilai dengan pengetahuan dalam pembangunan modal insan, pendidikan, keluarga dan lain-lain

Industri pelancongan menyediakan ruang sebagai ruang sebagai pemandu pelancong, juru bahasa, atau penterjemah kepada pelancong luar negara yang datang bertandang ke negara kita seperti dari Eropah, Timur Tengah, China dan sebagainya. Industri ini membuka ruang yang menarik dan ganjaran juga lumayan sekiranya kuat berusaha dan tabah dalam menekuni tugasan yang diberikan. Mereka juga perlu berfikir di luar kotak dengan pemikiran kreatif dan inovatif dalam menyertai dunia perniagaan dan korporat. Aspirasi kita ialah pengetahuan dalam Pengajian Melayu dipindahkan sebagai amalan dalam dunia pelancongan. Aspek budaya Melayu yang menjadi amalan perlu dikekalkan sebagai tarikan dalam industri pelancongan sebagaimana yang kita lihat faktor penarik aktiviti pelancongan di negara Korea dan Jepun.

Graduan Pengajian Melayu perlu melihat industri bahasa juga tidak kurang pentingnya. Kepakaran dalam dwibahasa dan bidang penterjemahan membuka ruang yang lebih besar kepada graduan Pengajian Melayu. Aspirasi kita ialah pemindahan ilmu Pengajian Melayu dapat dilestarikan melalui bahasa Melayu. Kebolehan dwibahasa atau multibahasa merupakan nilai

Page 15: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

10

tambah kepada bidang Pengajian Melayu. Hubungan perniagaan yang banyak khususnya pasaran di negara China dan perdagangan dengan Malaysia membuka peluang kepada graduan Pengajian Melayu untuk menjadi pengajar di universiti luar negara. Bidang ini menyediakan peluang pekerjaan yang sangat menarik. Mereka juga boleh menceburi bidang penyampaian dan pengucapan awam atau PR seperti penceramah, pakar motivasi, perunding, moderator, fasilitator, instruktor dan sebagainya dalam pelbagai bidang terutamanya pembangunan modal insan, pendidikan, keluarga dan lain-lain. Di samping itu, mereka juga boleh menyertai badan bukan kerajaan (NGO) dan bertindak sebagai sukarelawan, aktivis bahasa, masyarakat, alam sekitar dan sebagainya di dalam dan luar negara.. Tidak dapat dinafikan era ‘Malaysia Baharu’ juga banyak mendapat sumbangan bagi kegiatan teknologi vokasional dan kumpulan kurang upaya. Mereka boleh menyertai badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan, aktivis, dan sebagainya di dalam dan luar negara.

Kesimpulan

Aspirasi atau keinginan tanpa kesungguhan dan iltizam yang tinggi hanya akan jadi angan-angan Mat Jenin. Dalam era ‘Malaysia Baharu’, sikap perlu diubah untuk mendapatkan nilai tambah kepada graduan Pengajian Melayu dengan mempersiapkan diri dalam dunia yang serba mencabar ini. Graduan Pengajian Melayu haruslah menyertai kursus-kursus berkaitan ataupun mengambil sijil, diploma, ijazah lanjutan dalam bidang yang ingin diceburi sebagai langkah awal bagi membuat anjakan paradigma dan melonjak nilai individu dalam pasaran kerja. Iltizam politik yang tinggi haruslah ditunjukkan oleh kerajaan ‘Malaysia Baharu’ sebagai memenuhi aspirasi kepada graduan Pengajian Melayu untuk terus melangkah ke hadapan mendepani industri revolusi 4.0 dengan meletakkan mercu tanda Pengajian Melayu sebagai bidang ilmu yang berupaya melahirkan graduan yang mempunyai siasah yang tinggi, matang, dan berpotensi sebagai pemimpin akan datang. Perubahan harus berlaku agar yang lama menjadi baharu dan dapat bergerak beriringan dengan Revolusi Industri 4.0 dalam era kerajaan ‘Malaysia Baharu’. Kurikulum Program Pengajian Melayu perlulah disemak semula agar lebih progresif dan inovatif serta nilai tambah yang dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang keadaan semasa pasaran kerjaya. Bidang Pengajian Melayu tidak harus disempitkan kepada teori semata-mata tetapi perlu menjangkau kepada amalan yang dipraktikkan di luar khususnya dalam industri tanpa mengurangkan nilainya yang tersendiri. Melihat kepada potensi dan prospek yang dinamik dalam bidang Pengajian Melayu sudah sewajarnya kerajaan ‘Malaysia Baharu’ memberikan sokongan moral kepada mereka yang berminat dalam bidang ini dan terus mengukuhkan kelestarian bidang Pengajian Melayu. Malahan, Pengajian Melayu hendaklah diperhebat demi kesinambungan tamadun warisan bangsa itu sendiri. Rujukan Artikel penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/membentuk-generasi-malaysia-

baharu-1.719549#ixzz5Y9OBE7xG http://ceritera-zinc86.blogspot.com/2011/03/ada-apa-dengan-pengajian-melayu.html

http://ceritera-zinc86.blogspot.com/2011/03/ada-apa-dengan-pengajian-melayu.html

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dipetik daripada

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/355728/malaysia-baharu-patut-lebih-baik-mahathir

Page 16: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

11

Pemvisualan Simbol dalam Peribahasa Melayu: Pemahaman Makna Konseptual Simbol Peribahasa dalam Konteks Pengajian Melayu Era

Baharu Hasmidar Hassan & Nur Yuhanis Mohd Nasir

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya

Abstrak

Aspek peribahasa merupakan aspek bahasa yang paling sukar untuk difahami oleh para pelajar. Hal ini kerana peribahasa sering menggunakan simbol flora dan fauna dan kejadian alam yang lazim berlaku di persekitaran manusia. Tingkah laku flora dan fauna ini dijadikan sandaran untuk dikiaskan kepada maksud yang sebenarnya. Dengan kata lain, ungkapan peribahasa tersebut tidak mendukung makna literal sebaliknya mengimplikasikan maksud tersirat dan digunakan dengan tujuan untuk menyindir, mendidik, menasihati, menegur dan memuji. Konsep kiasan atau perbandingan yang digunakan ini yang pada asalnya untuk membina minda pendengar, kini tidak lagi berfungsi sedemikian kerana para pelajar hari ini hanya diminta menghafal maksud peribahasa tersebut. Justeru, bagi membolehkan para guru dan para pelajar benar-benar memahami maksud simbol-simbol dan tingkah laku alam yang digunakan dalam peribahasa sebelum mencapai makna tersiratnya, maka kaedah pemvisualan ini diketengahkan bagi membantu proses penginterpretasian peribahasa tersebut. Teknik pemvisualan ini dicadangkan sesuai dengan prinsip kognitif dan prinsip komunikatif yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson (1995) bagi memastikan ujaran yang disampaikan oleh penutur bersifat jelas dan nyata dan dapat difahami oleh pendengar dengan mudah. Selain itu, kaedah pemvisualan ini juga dilandasi oleh teori kognitif dalam pembelajaran multimedia. Pembangunan teknik ini juga selaras dengan perkembangan teknologi zaman ini yang seharusnya dimanfaatkan dalam pengajian Melayu era baharu.

Kata kunci: peribahasa; pemvisualan; simbol; prinsip kognitif; prinsip komunikatif.

Pendahuluan Pengajaran dan pembelajaran peribahasa merupakan antara topik yang agak sukar bukan sahaja pada pelajar malahan pada pengajar juga. Kesukaran yang paling besar ialah cara mana untuk memahamkan pelajar tentang sifat atau makna konsep yang didukung oleh simbol-simbol yang digunakan dalam setiap peribahasa Melayu. Jika pelajar tidak dapat memahami sifat dan tingkah laku simbol atau objek yang dijadikan sandaran dalam satu kiasan atau perumpamaan khususnya, maka sukarlah bagi pelajar untuk menanggap maksud yang cuba disampaikan1.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran peribahasa hari ini, pelajar sering diminta menghafal makna/maksud peribahasa tanpa perlu memahami kewajaran pemilihan simbol-simbol/objek yang dijadikan sandaran untuk menyampaikan maksud yang sebenar. Sebelum ini, kaedah yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar (bahan multimedia) menggunakan gambar

1 Lihat Hasmidar Hassan 2016.

Page 17: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

12

atau visual statik tanpa gerakan (animasi) yang dapat menunjukkan tingkah laku objek/simbol yang digunakan sebagai sandaran dalam kiasan/perumpamaan tersebut.

Belum ada teknik/kaedah yang memvisualkan tingkah laku simbol atau objek yang digunakan dalam peribahasa khususnya perumpamaan bagi membolehkan para pelajar benar-benar faham sifat atau tingkah laku objek atau simbol yang digunakan dalam kiasan atau perumpamaan itu.

Justeru kertas kerja ini mencadangkan pembinaan bahan visual yang dapat menunjukkan gerakan tingkah laku sesuatu objek atau simbol yang digunakan dalam kiasan atau perumpamaan agar sifat atau tingkah laku objek ini benar-benar difahami oleh pelajar. Apabila sifat/tingkah laku dan makna konseptual objek ini difahami, maka mudahlah bagi pelajar untuk memahami maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh peribahasa/perumpamaan itu.

Kaedah Kajian

Kertas kajian ini tidak bertujuan untuk menganalisis teks/dokumen atau data yang dikutip daripada responden, sebaliknya, kajian ini bertitik tolak daripada kelemahan kaedah/teknik pengajaran aspek peribahasa dalam Bahasa Melayu di sekolah yang tidak mendorong pelajar berfikir dan membuat penaakulan tentang tingkah laku dan sifat objek/simbol yang dijadikan sandaran bagi menyatakan sesuatu maksud melalui peribahasa tersebut. Dalam kebanyakan kes, guru menerangkan maksud peribahasa dan menjelaskan juga hubungannya dengan tingkah laku/sifat simbol yang dijadikan sandaran dalam sesuatu peribahasa secara lisan tanpa bantuan multimedia yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas pada pelajar tentang tingkah laku atau sifat objek tersebut. Walaupun ada usaha yang dilakukan untuk memvisualkan beberapa peribahasa yang diajarkan pada peringkat UPSR, PT3 dan SPM, namun multimedia yang digunakan merupakan video yang hanya menunjukkan gambar objek atau simbol yang digunakan dalam video tersebut. Contohnya:

Rajah 3: Pemvisualan Peribahasa ‘Mencurah Air ke Daun Keladi’ Sumber: YouTube Video Pembelajaran Peribahasa (2018)

Oleh sebab kaedah video yang sedia ada tidak begitu membantu pemahaman pelajar

tentang sifat dan tingkah laku objek/simbol yang dijadikan sandaran dalam sesuatu peribahasa bagi menyampaikan maksud yang tertentu, maka kertas kerja ini mencadangkan pendekatan multimedia yang memanfaatkan elemen bergerak (animasi) bagi menggambarkan konsep atau tingkah laku objek/simbol yang digunakan dalam sesuatu peribahasa yang diajarkan di sekolah. Pemilihan peribahasa ini bagaimanapun haruslah didasari oleh tahap kognitif khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan oleh Piaget (dlm. Gardner 1973). Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Piaget juga berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-

Page 18: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

13

peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan yang berikutnya.

Piaget menganggap pembelajaran sebagai satu proses konstruktif kerana individu dikehendaki menyusun semula pemahaman dan minda mereka terlebih dahulu. Pengajaran bertujuan menyusun dan membina konsep dan pengalaman murid agar mereka mempunyai keupayaan yang sama untuk mentafsir sesuatu maklumat.

Selain tahap kognitif yang diketengahkan oleh Piaget, pembinaan bahan multimedia yang menggunakan elemen animasi ini juga didasari oleh teori Relevans. Teori Relevans yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson (1985, 1995) ini mengetengahkan dua idea asas, iaitu prinsip Relevans Kognitif dan prinsip Relevans Komunikatif. Secara ringkas, prinsip relevan kognitif ini bermaksud kognisi manusia cenderung untuk mencapai relevan yang maksimum. Menurut S&W, penutur yang menggunakan rangsangan yang ostensif dapat mewujudkan andaian relevan yang lebih tepat kerana pendengar berpendapat bahawa rangsangan ostensif ini berbaloi diproses untuk mencapai relevan yang optimum. Melalui Prinsip Relevans Komunikatif, Sperber & Wilson (dlm. Higashimori & Wilson 1996: 111) menegaskan bahawa rangsangan ostensiflah yang mewujudkan andaian relevan yang optimum melalui usaha memproses dan kesan konteks.

Pemvisualan Simbol dalam Peribahasa Melayu dan Kepentingannya dalam Meningkatkan Kefahaman Pelajar tentang Maksud Peribahasa

Pemvisualan digunakan untuk menyampaikan maklumat atau idea dalam pelbagai bidang seperti pengiklanan, pemasaran, perubatan dan pendidikan (Osinka et al. 2015). Komunikasi menggunakan elemen visual bukan sahaja menjadikan sesuatu penyampaian maklumat lebih menarik, malah membantu meningkatkan kefahaman pendengar atau penerima terhadap sesuatu maklumat. Aspek ini amat penting terutamanya dalam konteks pendidikan walaupun masih ada segelintir pihak yang memandang enteng keberkesanan pemvisualan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (Osinka et al. 2015; Veřmiřovský 2013). Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan bukan hanya bergantung pada kemahiran guru menyampaikan kandungan pelajaran secara lisan sebaliknya memerlukan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang imaginasi atau pemikiran visual pelajar bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kandungan pelajaran. Rangsangan imaginasi boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah pemvisualan, contohnya melalui lakaran, demonstrasi, paparan foto dan sebagainya.

Pemvisualan komunikasi berkait rapat dengan aspek kognitif. Veřmiřovský (2013: 455) menyenaraikan beberapa matlamat atau fokus utama penggunaan elemen visual dalam komunikasi antaranya dapat meningkatkan perhatian individu (pelajar, pendengar, audiens) terhadap kandungan/maklumat yang disampaikan, menarik perhatian individu terhadap persembahan maklumat, memudahkan pemahaman individu terhadap maklumat yang disampaikan, membantu meningkatkan daya ingatan terhadap maklumat yang disampaikan dan meningkatkan daya fikir pelajar terhadap maklumat yang disampaikan.

Hal ini turut disentuh oleh Duval (1999) yang melihat pemvisualan sebagai “perwakilan minda” atau “imej minda” yang dapat merangsang kognitif individu yang mendengar (audio) atau membaca maklumat (teks) dan seterusnya meningkatkan kemampuannya untuk memahami maksud sesuatu maklumat. Bagi mengoptimumkan keberkesanan elemen visual dalam komunikasi maklumat, perancangan terhadap pembangunan pemvisualan perlu mengambil kira beberapa perkara seperti tujuan dan matlamat utama penyampaian maklumat (Veřmiřovský 2013).

Dalam konteks pengajaran peribahasa, visual dalam bentuk animasi dijangkakan akan dapat memahamkan pelajar dengan lebih baik dibandingkan dengan visual statik seperti gambar

Page 19: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

14

dan teks yang digunakan oleh kebanyakan guru dalam pengajaran aspek peribahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Misalnya, untuk perumpamaan ‘ seperti kelip-kelip terbang malam’, ‘seperti anjing dengan kucing’, ‘bagai telur di hujung tanduk” ‘bagai layang-layang terputus talinya”, “bagai aur dengan tebing’, tingkah laku simbol/objek yang digunakan untuk membentuk perumpamaan tersebut, iaitu kelip-kelip, anjing dan kucing, telur di hujung tanduk, dan sebagainya dapat divisualkan melalui animasi atau video bagi menunjukkan sifat atau tingkah laku objek tersebut. Apabila para pelajar dapat memahami sifat atau tingkah laki ini maka pelajar juga akan dapat memahami maksud yang ingin dikiaskan pada manusia melalui peribahasa tersebut. Sesuai dengan tahap kognitif pelajar dalam konteks pembelajaran, pelajar perlu diberikan maklumat sebelum pelajar dapat memahami maksud peribahasa tersebut dan seterusnya mengaplikasikannya dalam situasi yang bersesuaian khususnya dalam penulisan karangan.

Penggunaan visual ini juga sesuai dengan gagasan teori Relevans khususnya Prinsip Relevans Komunikatif, iaitu bahawa setiap tingkah laku komunikasi ostensif menyampaikan suatu andaian relevan yang optimum, relevan yang optimum dicirikan oleh rangsangan ostensif yang paling relevan yang disampaikan oleh penutur dalam batas keupayaan dan pilihan penutur. Penutur perlu menjadikan rangsangan ostensif tersebut semudah mungkin bagi pendengar memahaminya dan menyediakan bukti yang bukan hanya untuk kesan kognitif yang dihajati untuk dicapai, tetapi juga sebagai kesan kognitif seterusnya yang perlu untuk menarik perhatian pendengar memahami matlamatnya. Hal ini kerana penutur itu sendiri bermatlamatkan maklumat yang disampaikannya difahami. Apabila penutur menghasilkan rangsangan ostensif yang paling relevan, yang menimbulkan kesan yang banyak, maka usaha memproses yang diperlukan adalah sedikit (Sperber & Wilson 1995: 266-278).

Kesimpulan

Pemvisualan simbol/objek dalam peribahasa dengan menggunakan pendekatan multimedia khususnya animasi dijangkakan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang maksud peribahasa khusus perumpamaan. Kaedah ini dicadangkan dalam konteks pengajaran peribahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan kerana ia selaras dengan tahap kognitif pelajar yang berbeza-beza yang diketengahkan Piaget, yang perlu diberikan perhatian dalam proses pengajaran dan pembinaan bahan dan teori Relevans yang menggagas idea utama, iaitu prinsip Relevans Kognitif dan prinsip Relevans Komunikatif. Rujukan Brath, R., Peters, M. & Senior, R. 2005. Visualization for communication: The importance of

aesthetic sizzle. 724-729. 10.1109/IV.2005.145. Duval, R. 1999. Representation, Vision and Visualization: Cognitive Functions in Mathematical

Thinking. Basic Issues for Learning. Proceedings of the Annual Meeting of the North American Chapter of the International Group for the Psychology of Mathematics Education, Cu-ernavaca, Morelos, México.

Higashimori & Wilson.1996. Questions on Relevance. Dlm. UCL Working Papers in Linguistics 8. Dicapai pada 7 November daripada https://www.phon.ucl.ac.uk/publications/WPL/96papers/higashi.pdf.

Mary Fatimah Subet. 2012. Teori Relevans dalam Personifikasi. Dlm Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Norsimah Mat Awal, Harishon Radzi (peny.). Pemantapan dan Pembinaan Ilmu Linguistik Berasaskan Korpus, hlm. 207-223. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Fauzi Jumingan. 2002. Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevans. Pertanika 10(2): 153-164.

Page 20: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

15

Osinka, V., Osinki, G. & Kwiatkowska, A.B. 2015. Visualization in Learning: Perception, Aesthetics and Pragmatism (Chap Title). Dlm. Handbook of Reasearch on Maximizing Cognitive Learning through Knowledge Visualization, hlm. 34.

Sperber, D. & Wilson, D. 1995. Relevance: Communication and Cognition (Edisi kedua). Oxford: Blackwell.

Sperber, D. & Wilson, D. 2002. Pragmatics, Modularity and Mind-reading. Mind and Language, 17(1-2): 3-23.

Veřmiřovský Jan. 2013. The Importance of Visualisation in Education, [in] E-learning & Lifelong Learning. Monograph. Sc. Editor Eugenia Smyrnova-Trybulska, Studio Noa for University of Silesia in Katowice, Katowice-Cieszyn, pp. 453-463.

Woolfolk, A.E.1998. Educational-Psychology (Edisi ke-7). Boston: Allyn & Bacon. YouTube. Mari Belajar Peribahasa. Capaian https://www.youtube.com/watch?v=ZtnEahYc5Ns

[tarikh akses 26 November 2018]. YouTube. Video Pembelajaran Peribahasa. Capaian https://bit.ly/2TLCpUJ [tarikh akses 26

November 2018].

Page 21: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

16

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu Menerusi Pembelajaran Bahasa Melayu kepada Penutur Asing: Aplikasi Pembelajaran Kooperatif

Learning Together Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Mohd Firdaus Jafranee

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya

Abstrak

Pembelajaran bahasa merupakan satu kesinambungan daripada Perkara 152 (1) Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Pembelajaran bahasa tidak hanya tertumpu di sekolah-sekolah sahaja, tetapi mempunyai kesinambungan sehingga peringkat universiti. Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing di peringkat tinggi bertitik tolak kepada dasar pengantarabangsaan sesebuah universiti. Kebanjiran pelajar antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menjadikan kursus bahasa Melayu wajib dipelajari oleh mereka. Penawaran kursus-kursus seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana telah lama dipraktikkan oleh negara-negara lain seperti Eropah, Jepun, Belanda, dan sebagainya. Oleh itu, Universiti Malaya melalui Akademi Pengajian Melayu turut menyahut cabaran menawarkan kursus bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar asing. Penulisan ini akan memfokuskan kepada kaedah pembelajaran bahasa, iaitu pembelajaran koperatif Learning Together oleh Johnson & Johnson (1986) yang diaplikasikan dalam subjek Penulisan bahasa Melayu Semester 2, sesi 2018/2019 di Akademi Pengajian Melayu. Subjek Penulisan bahasa Melayu ini merupakan satu kursus yang wajib dipelajari oleh pelajar pertukaran. Penulisan ini turut melihat aplikasi pembelajaran koperatif Learning Together yang diaplikasikan dalam pembelajaran tersebut. Penulisan ini turut mengaplikasikan lima kategori utama pembelajaran koperatif, iaitu menspesifikasi objektif, membuat keputusan, menjelaskan tugasan, matlamat, dan aktiviti pembelajaran, memantau dan campur tangan, serta menilai dan memproses. Dapatan kajian ini menunjukkan pembelajaran koperatif Learning Together ini mudah diaplikasikan oleh pengajar dan pelajar pertukaran serta membolehkan pembelajaran bersifat dua hala dijalankan.

Kata kunci: pembelajaran bahasa; pembelajaran koperatif; Learning Together; pelajar pertukaran; penulisan bahasa Melayu.

Pendahuluan Pemerolehan dan pembelajaran bahasa merupakan cabang dalam ilmu psikolinguistik yang menunjukkan penguasaan sesuatu bahasa. Kedua-dua istilah ini mempunyai perbezaan meskipun daripada cabang yang sama. Pemerolehan bahasa melibatkan keupayaan menuturkan bahasa ibunda tanpa melibatkan pembelajaran yang formal. Sebaliknya, penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Walau bagaimanapun, pemerolehan dan pembelajaran bahasa amat penting dalam menggambarkan kecekapan bahasa peringkat tinggi (Brown 1994: 48). Kecekapan ini turut dikaitkan dengan kecerdasan (Skehan 1989: 15), manakala Ellis (1997:73) pula menyatakan kejayaan mempelajari sesuatu bahasa ada kaitannya dengan keupayaan-keupayaan bahasa tertentu. Keupayaan-keupayaan ini termasuklah keupayaan mengekodkan fonemik bahasa,

Page 22: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

17

keupayaan mengenal pasti bunyi-bunyi bahasa baharu, peka terhadap tatabahasa, memahami fungsi perkataan dalam ayat baharu, dan mengingat kosa kata baharu. Pembelajaran bahasa juga dianggap sebagai proses pembelajaran secara formal, iaitu melalui pembelajaran berkumpulan atau kendiri (Kramina 2000: 27).

Strategi pembelajaran merupakan tindakan spesifik yang menjadikan pembelajaran lebih mudah ditanggapi, menyeronokkan, efektif, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza antara satu sama lain dalam aspek penstoran maklumat, mendapatkan semula, dan menggunakan maklumat berkaitan bahasa yang dipelajari. Malah, strategi pembelajaran bahasa yang bersesuaian juga mampu memotivasikan seseorang berbanding mereka yang tidak mengaplikasikannya. Salah satu strategi pembelajaran bahasa yang boleh diterapkan ialah pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran secara berkumpulan yang berstruktur. Melalui aplikasi pembelajaran ini, para pelajar dapat membantu antara satu sama lain, berbincang, dan menyatakan pendapat tentang pembelajaran semasa untuk kefahaman antara mereka. Walau bagaimanapun, pembelajaran koperatif ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana sering diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa. Pada kebiasaannya, pembelajaran ini diaplikasikan bagi tujuan yang terhad seperti projek berkumpulan, laporan, dan sebagainya (Slavin 1995:2). Pembelajaran koperatif ini mempunyai kelebihan terutamanya jika dikaitkan dengan motivasi dan interaksi sesama pelajar.

Sorotan Kajian

Kajian yang dijalankan oleh Asif Khan & Mumtaz Akhtar (2017) telah membandingkan pembelajaran koperatif dengan tradisional dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Mereka mendapati salah satu model pembelajaran koperatif, iaitu Student Teams Achievement Divisions (STAD) mampu meningkatkan keupayaan mempelajari bahasa. Model ini melibatkan pembelajaran dalam kumpulan kecil yang mengandungi empat hingga enam orang ahli. Model ini dibahagikan kepada beberapa komponen seperti demonstrasi, kerja berpasukan, kuiz individu, dan pengecaman kumpulan. Pembelajaran koperatif ini merupakan pembelajaran terancang dan penilaian bukanlah tertumpu kepada kumpulan sahaja. Setiap ahli dalam kumpulan boleh mempelajari pelbagai kemahiran secara bersama kerana ada kalangan pelajar lebih mudah belajar sesuatu kemahiran dengan bantuan rakan mereka. Pembelajaran koperatif dikatakan lebih bermakna jika dipenuhi dengan aktiviti yang memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar terutamanya dalam pembelajaran bahasa asing. Kajian oleh Tzu (2007) menunjukkan bahawa peranan guru bukan hanya sebagai pemberi sokongan dan fasilitator semata-mata, malah menyediakan pelajar dengan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan mereka bentuk strategi pembelajaran yang sistematik. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam pembelajaran koperatif ialah menayangkan video, membentangkan kata kunci, frasa, dan idea-idea penting. Sesi soal jawab juga dijalankan apabila aktiviti pembelajaran berakhir.

Pembelajaran koperatif juga mampu mendidik murid bersifat tanggung jawab dan yang dapat digambarkan melalui prinsip we sink or swim together. Menurut Bhavani dan Zamri Mahmod (2017) pula, konsep kerjasama yang diterapkan ialah perkongsian ilmu supaya setiap ahli kumpulan memahami konsep yang dipelajari. Dalam aspek motivasi pula, pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan pedagogi yang membantu mengurangkan masalah disiplin di dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai keterlibatan dalam aktiviti pembelajaran yang sama dengan rakan sekelas yang lain. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Fauziah Md Jaafar, Rafisah Osman, Khaliza Saidin, & Nurhafizah Abdan (2017) pula melihat keberkesanan pembelajaran koperatif berbanding pembelajaran tradisional dalam mata pelajaran Jawi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif merupakan salah satu kaedah alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi. Antara kelebihan kaedah ini

Page 23: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

18

ialah memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama rakan sekumpulan dan mengelakkan rasa kebergantungan kepada guru dalam menerangkan kandungan pembelajaran.

Objektif Kajian Kajian ini akan melihat reka bentuk pembelajaran koperatif dan aplikasinya dalam pembelajaran penulisan bahasa Melayu kepada pelajar asing.

Model Pembelajaran Kooperatif Kajian ini adalah berdasarkan model pembelajaran koperatif Johnson & Johnson (1986). Melalui model ini terdapat lima asas utama dalam pembelajaran koperatif, iaitu kebergantungan positif, interaksi tatap muka, tanggung jawab individu, interpersonal dan kemahiran sosial, dan penilaian kumpulan. Rajah di bawah menunjukkan model pembelajaran koperatif tersebut, iaitu:

Rajah 1: Model Pembelajaran Koperatif Johnson & Johnson (1986)

Berdasarkan rajah di atas, terdapat lima asas dalam pembelajaran koperatif asas yang pertama ialah kebergantungan positif yang melibatkan pelajar dan ahli kumpulannya. Keadaan saling kebergantungan wujud apabila pelajar belajar untuk pencapaiannya sendiri dan turut memastikan bahawa ahli kumpulannya turut menguasai isi kandungan yang sama. Situasi ini menunjukkan bahawa setiap ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain tanpa meninggalkan pelajar yang lemah. Kedua, interaksi tatap muka turut menyumbang kepada kebergantungan positif apabila berlakunya interaksi dan perbincangan antara ahli kumpulan. Interaksi seperti ini juga secara tidak langsung melibatkan penglibatan aktif ahli-ahli dalam kumpulan. Ahli-ahli kumpulan turut bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan ahli kumpulan lain. Tanggung jawab ahli dalam sesuatu tugasan juga perlu sama rata, iaitu kesemua mereka mendapat peluang mengajar atau menerangkan kefahaman terhadap ahli kumpulan lain. Kemahiran interpersonal dan kemahiran sosial dalam pembelajaran koperatif pula melibatkan kepimpinan, interaksi sosial, perasaan saling mempercayai, kebolehan membuat keputusan, dan pengurusan konflik yang baik untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan oleh guru. Akhir sekali, penilaian kumpulan melibatkan refleksi dalam kumpulan melalui penilaian kepada keberkesanan kumpulan pembelajaran. Penilaian dalam kumpulan ini melibatkan maklum balas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, sama ada kandungan pembelajaran berjaya diselesaikan atau tidak. Maklum balas

Kebergantungan positif

Interaksi tatap muka

Penilaian kumpulan

Tanggungjawab individu

Interpersonal dan kemahiran sosial

Pembelajaran koperatif

Page 24: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

19

daripada kumpulan lain juga turut membantu pelajar menilai diri mereka sendiri bertujuan menambahbaikkan kualiti kaedah pembelajaran pada masa akan datang.

Selain pendekatan Johnson & Johnson (1986), terdapat juga model pembelajaran koperatif seperti yang diperkenalkan oleh Sharan (1976), Slavin (1988), Kagan & Kagan (1998), dan sebagainya. Secara asasnya, pendekatan ini agak sama tetapi terdapat beberapa perbezaan daripada aspek pelaksanaan pendekatan ini. Contohnya, Slavin (1988) memperkenalkan Student Team Learning, Kagan & Kagan (1998) pula mengetengahkan kaedah pengajaran berasaskan Roundtable, dan Sharan & Sharan (1976) mempopularkan Group Investigation Techniques. Walau bagaimanapun, pendekatan pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh Johnson & Johnson (1986) dipilih untuk diaplikasikan dalam kajian ini. Pendekatan ini dinamakan Learning Together yang mengandungi 18 langkah dalam lima kategori. Pembahagian kategori ini menunjukkan berlakunya proses membuat keputusan oleh guru dalam mereka bentuk rancangan pengajaran. Dalam konteks ini, rancangan pengajaran yang direka bentuk ialah untuk pembelajaran Penulisan bahasa Melayu kepada pelajar pertukaran di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Rajah berikut menunjukkan lima kategori dan 18 langkah dalam pendekatan Learning Together, iaitu:

Rajah 2: Lima Kategori dan 18 Langkah Dalam Pembelajaran Learning Together Kaedah Kajian dan Data Kajian

Kajian ini melibatkan kajian kes berkaitan pengaplikasian pembelajaran koperatif dalam pembelajaran Penulisan bahasa Melayu kepada pelajar pertukaran. Kajian ini turut melibatkan kajian kepustakaan dan lapangan. Kajian lapangan dijalankan selama satu minggu dan mengambil masa selama dua jam bagi setiap sesi pengajaran. Kaedah pemerhatian turut diaplikasikan dalam kajian ini dengan melihat kaedah pelaksanaan pembelajaran koperatif di dalam kelas Penulisan bahasa Melayu seperti yang dinyatakan mengikut model pembelajaran koperatif oleh Johnson &

Spesifikasi objektif Spesifikasi objektif yang menjurus kepada kerjasama sebelum pembelajaran bermula

Membuat keputusan Saiz kumpulan, agihan kumpulan, susunan kumpulan, rancang bahan pengajaran, dan jelaskan peranan

Menjelaskan tugasan, matlamat, dan aktiviti pembelajaran Menjelaskan tugasan, menstruktur matlamat saling bergantungan, menstrukturkan akauntabiliti individu, menstruktur tanggung jawab antara ahli kumpulan, jelaskan kriteria kejayaan, dan menspesifikasikan tingkah laku yang dikehendaki

Memantau dan Campur Tangan Memantau tingkah laku pelajar, memberikan perancahan, campur tangan dalam kemahiran kolaboratif, dan menyediakan penutup pembelajaran (ringkasan pembelajaran, kuiz, teknik imbas semula, dan soalan ujian)

Menilai dan Memproses Menilai kualiti serta kuantiti pembelajaran pelajar dan menilai keupayaan fungsi kumpulan

Page 25: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

20

Johnson (1986). Pelajar-pelajar pertukaran ini adalah seramai 23 orang, iaitu 20 orang dari China, dua orang dari Korea Selatan, dan seorang pelajar dari Perancis (berasal daripada Madagascar). Kelas ini dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang merupakan pensyarah sambilan di Akademi Pengajian Melayu.

Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini adalah bersifat kualitatif, iaitu berdasarkan data-data pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas Penulisan Bahasa Melayu pelajar pertukaran di Akademi Pengajian Melayu sahaja. Dapatan-dapatan tersebut dibincangkan secara ringkas seperti di bawah, iaitu:

1. Spesifikasi objektif Pengajar telah menspesifikasikan objektif yang menjurus kepada kerjasama dalam pembelajaran bahasa Melayu bermula. Objektif yang diketengahkan ialah membetulkan kesalahan menulis karangan yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar pertukaran ini. Fokus pembelajaran ini ialah kesilapan yang dilakukan dalam penggunaan kata tugas. Pengajar juga telah menayangkan slaid berkaitan penggunaan kata tugas mengikut konteks bahasa Melayu. Penggunaan contoh-contoh ayat adalah berdasarkan karangan para pelajar pertukaran itu sendiri bermula dari minggu pertama sehingga minggu ketujuh pengajaran. Pengajar turut menyatakan bahawa pada minggu ini pembelajaran akan diadakan secara berkumpulan, iaitu para pelajar perlu membetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam karangan yang dipilih secara rawak.

2. Membuat keputusan Pengajar akan menentukan saiz kumpulan, agihan kumpulan, susunan kumpulan, dan menjelaskan peranan setiap ahli. Situasi ini penting bagi menentukan kesesuaian sesuatu bahan pengajaran. Pengajar telah membahagikan pelajar kepada enam kumpulan, iaitu ahlinya terdiri daripada empat orang (terdapat satu kumpulan mempunyai tiga orang ahli). Mereka membentuk kumpulan yang berbentuk bulatan dan setiap ahli perlu mencari kesilapan penggunaan kata tugas dalam karangan yang diberikan. Situasi ini penting bagi menentukan bentuk rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

3) Menjelaskan tugasan, matlamat, dan aktiviti pembelajaran Pada tahap ini, pengajar menjelaskan berkaitan tugasan yang diberikan dengan lebih terperinci. Hal ini demikian kerana para pelajar pertukaran ini biasanya memerlukan penerangan yang lebih mendalam tentang sesuatu tugasan yang diberikan. Mereka perlu membetulkan kesalahan-kesalahan penggunaan perkataan dalam karangan yang diberikan. Mereka perlu menandakannya dalam kertas tersebut dengan menggunakan pen merah. Setiap ahli kumpulan perlu berbincang bersama-sama sambil membetulkan kesilapan tersebut dan tidak hanya bergantung kepada seorang ahli kumpulan sahaja. Mereka perlu mempunyai persepsi untuk mendapatkan kualiti pengetahuan yang sama. Dalam situasi pembelajaran berkumpulan learning together ini, interaksi tatap muka berlaku dan memudahkan maklumat disampaikan dengan jelas. Kebergantungan positif juga wujud apabila mereka bersama-sama melakukan tugasan bagi mencapai tujuan kumpulan, iaitu menyelesaikan tugas mencari kesalahan dalam karangan. Bagi tanggung jawab individu pula, pembelajaran jenis ini memperlihatkan cirinya iaitu setiap ahli kumpulan secara individunya menguasai pembelajaran yang diajarkan.

Page 26: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

21

4. Pemantauan dan Campur Tangan Pembelajaran koperatif yang dijalankan masih memberikan autonomi kepada pengajar dalam aspek pemantauan tingkah laku pelajar dalam kumpulan. Pemerhatian dilakukan oleh pengajar bagi memantau pelajar-pelajar yang pasif dan tidak memberikan kerjasama dalam perbincangan. Perancangan berbentuk bantuan turut diberikan berupa hint, cadangan, dan sebagainya untuk menghubungkan pembelajaran lalu dengan pembelajaran semasa. Setelah setiap kumpulan selesai mencari kesilapan tatabahasa tersebut, mereka perlu membentangkannya di hadapan kelas. Seterusnya, sebagai penutup pembelajaran para pelajar telah diberikan latihan tatabahasa secara berseorangan dan mereka perlu mengisi jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberikan.

5. Menilai dan Memproses

Penilaian dilakukan oleh pengajar sama ada para pelajar memahami penggunaan kata tugas yang telah diajarkan kepada mereka. Penilaian dilakukan dengan merujuk semula kepada penyuntingan yang dilakukan terhadap karangan yang dibetulkan dan soalan yang dijawab di akhir pembelajaran. Pengajar turut menilai kaedah pembelajaran ini dengan merujuk semula kepada rakaman video, gambar, dan pemerhatian yang dicatatkan oleh pengkaji dalam kajian ini. Pengajar turut menjalankan pemerhatian yang tidak berstruktur terhadap tingkah laku pelajar dalam kumpulan tersebut. Melalui penilaian ini, pengajar ingin meneruskan kaedah pembelajaran koperatif Learning Together ini kerana mudah diikuti, mudah mengawal tingkah laku pelajar, dan sebagainya.

Kesimpulan Pembelajaran bahasa Melayu yang mengaplikasikan pembelajaran koperatif ini didapati mudah dijalankan kerana mempunyai fasa dan langkah yang teratur. Situasi ini menjadi lebih relevan apabila pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif Learning Together. Antara kelebihan yang diperhatikan ialah interaksi dua hala antara ahli kumpulan dalam bahasa Melayu berbanding menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka sendiri. Malah, kaedah ini turut memberikan motivasi kepada pelajar kerana peranan ahli kumpulan itu sendiri dan mengetepikan sifat individualistik. Walau bagaimanapun, kekuatan pembelajaran ini masih bergantung kepada guru kerana perancangan pembelajaran yang mencukupi, pemberian tugasan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar, dan agihan tugas yang sama banyak membantu kejayaan pembelajaran jenis ini. Kaedah pembelajaran koperatif ini hendaklah dirancang dengan teliti supaya pelajar menerima arahan yang lengkap, berpeluang untuk berinteraksi secara aktif antara satu sama lain, dan mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan secara berkumpulan. Masa pembelajaran yang seimbang juga perlu dititikberatkan supaya pelajar dapat memanfaatkan perbincangan yang dijalankan. Suasana kelas yang selesa dan bersaiz sederhana turut diambil kira supaya pembentukan kumpulan dan pergerakan keluar masuk kelas tidak mengganggu kumpulan-kumpulan lain.

Rujukan Asif Khan & Mumtaz Akhtar 2017. Investigating the Effectiveness of Cooperative Learning

Method on Teaching of English Grammar. Bulletin of Education and Research April 2017 39(1): 1-16.

Brown, H.D. 1994 Principles of language learning and teaching. New Jersey: Prentice Hall.

Ellis, R. 1997. Second Language Acquisition. Oxford: OUP.

Page 27: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

22

Fauziah Md Jaafar, Rafisah Osman, Khaliza Saidin & Nurhafizah Abdan. 2017. Kesan pembelajaran koperatif dan tradisional terhadap pencapaian akademik penguasaan kemahiran jawi. The Malaysian Journal of Islamic Sciences 19: 57-70.

Johnson, R.T. & Johnson, D.W. 1986. Action research: Cooperative learning in the science classroom. Science and Children 24(2): 31-32.

Kagan, S. & Kagan, M. 1998. Multiple intelligences: the complete MI book. San Clemente: Resources for Teachers.

Oxford, R.L. 1990. Language Learning Strategies: What every teacher should know. Boston: Heinle and Heinle.

Sharan, S. & Sharan, Y. 1976. Small-group teaching. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications.

Skehan, P. 1989. Individual differences in second language acquisition. London, Edward Arnold.

Slavin R.E. 1988. Cooperative learning and student achievement. Educ. Leadership, 46: 31-3.

Tzu, P.W. 2007. The Comparison of the Difficulties between Cooperative Learning and Traditional Teaching Methods in College English Teachers. The Journal of Human Resource and Adult Learning, 3(2), 23-30.

Zimmermann, B. 2003. Education for Sustainable Development – Baltic 21. An Agenda 21 for the Baltic Sea Region. Danish Ministry of Education: 1-147.

Page 28: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

23

Hala Tuju Pengajian Warisan di Program Persuratan Melayu dalam Era Malaysia Baharu

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu

Fakulti Sains sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak Bermulanya pengajian budaya yang menjadi teras kepada pelbagai pengajian lain seperti antropologi dan sosiologi. Pengajian yang memberi tumpuan kepada isu yang berkaitan masyarakat dan budaya menjadi tunjang utama dalam kehidupan manusia. Perubahan semasa dan penstrukturan yang berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia telah memberi kelebihan kepada pengajian budaya sehingga mampu menawarkan kursus-kursus budaya dalam bentuk program. Keperluan dan permintaan yang baik dalam kalangan pelajar telah membantu memantapkan pengajian budaya. Di Universiti Kebangsaan Malaysia, sekali lagi berlaku penstrukturan di peringkat fakulti yang mengambil tindakan untuk mengecilkan beberapa program supaya relevan dengan situasi kini. Pengajian budaya diminta bergabung dengan bidang kesusasteraan untuk memantapkan program yang dikenali semula sebagai program Persuratan Melayu. Penggabungan ini telah memaksa program budaya dimansuhkan untuk memastikan program kesusasteraan Melayu dapat berdaya saing dan mampu ditawarkan. Namun begitu, perubahan di peringkat industri telah memberi manfaat kepada pengajian budaya telah berkembang kepada pengajian warisan, pengajian budaya popular dan pengajian pelancongan. Dalam Program Persuratan Melayu, pengajian warisan diperkenalkan dalam beberapa tajuk dalam kursus yang berkaitan dan menggalakkan juga para pelajar peringkat pra siswazah dan siswazah menghasilkan penyelidikan dalam bidang pengajian warisan. Hala tuju pengajian warisan diharap menjadikan program Persuratan Melayu menjadi hos atau tempat rujukan kepada bidang pengajian warisan pada kini dan hadapan.

Kata kunci: pengajian warisan; pengajian budaya; Program Persuratan Melayu; Malaysia baharu; akademik.

Pendahuluan Pengajian budaya sudah lama berkembang dalam Pengajian Melayu di peringkat universiti awam bersama dengan bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Bidang pengajian budaya bermula di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan penubuhan Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan sebelum ini dikenali Fakulti Sastera pada tahun 1973 (Hanapi Dollah 2005). Penubuhan fakulti ini adalah penstrukturan semula fakulti-fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia selepas 3 tahun telah beroperasi sejak penubuhan pada tahun 1970. Penstrukturan ini juga membabitkan dengan jabatan-jabatan yang menawarkan pelbagai kursus selari dengan penstrukturan fakulti. Selepas penstrukturan jabatan itu dikenali sebagai Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu yang mempunyai penawaran bidang yang lebih luas dan bermakna. Penstrukturan ini juga telah memberi penawaran kursus-kursus yang berkaitan dengan pengajian budaya. Namun begitu, kursus-kursus itu diletakan bersama dengan kursus sastera yang lain. Perkara ini yang membezakan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan

Page 29: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

24

Kemasyarakatan dengan mana-mana program universiti awam yang lain (Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff 2006). Pengisian kursus-kursus budaya masih terpinggir pada waktu itu, para pensyarah yang mengendali kursus ini bukan daripada bidang antropologi dan sosiologi yang meneliti bidang budaya dan masyarakat, sebaliknya bidang bahasa, sastera dan agama.

Perubahan keperluan dan permintaan daripada pihak industri untuk memenuhi pekerjaan dan bidang telah memberi pengajian budaya ke arah yang lebih baik serta sentiasa mendapat perhatian, permintaan dan penawaran. Pengajian budaya juga telah terbahagi kepada beberapa bidang baharu yang menjurus kepada keperluan dan permintaan industri dan kerajaan untuk memajukan dalam beberapa sektor yang berkembang naik dalam negara (Howard, P. 2003). Perubahan dan perkembangan beberapa sektor yang berlaku dalam negara selari dengan keperluan dan permintaan di luar negara. Pengajian budaya telah menjadi permintaan dan pilihan terutamanya berkembang pengajian budaya kepada tiga bidang yang relevan dan sesuai dengan situasi semasa iaitu pengajian warisan, pengajian pelancongan dan pengajian budaya popular (Hanapi Dollah 2006). Ketiga-tiga bidang ini berkembang dengan selari perkembangan sektor ekonomi iaitu perkhidmatan dan produk dalam negara. Oleh itu, kertas kerja ini untuk meneroka pengajian warisan yang semakin berkembang dan mendapat permintaan yang baik di pasaran industri berkenaan. Kajian ini cuba menganalisis mengenai perkembangan pengajian warisan di Program Persuratan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang telah berlaku sejak penstrukturan semula yang bermula pada tahun 2001 untuk fakulti dan jabatan kepada pusat pengajian sehingga Sekretariat Prasiswazah.

Pengajian Budaya dan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM) Penstrukturan Jabatan Persuratan Melayu kepada Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM) pada tahun 2001 telah memberi kesan yang baik sehingga wujudnya program budaya yang tersendiri. Pengajian budaya telah menawarkan kursus-kursus yang bersesuaian dengan program kebudayaan dan kesenian Melayu. Program kebudayaan dan kesenian ini telah menawarkan kursus-kursus yang relevan dan permintaan yang tinggi daripada pihak industri. Program budaya dan seni ini menawarkan kursus-kursus seperti falsafah, adat istiadat, budaya popular, industri budaya, pelancongan, tekstil, teater, drama, kritikan seni, pengurusan dan muzium (Buku Panduan FSSK 2003). Kursus-kursus ini telah memberi pendedahan dan maklumat yang amat memerlukan pada dunia realiti serta memberi sokongan kepada pembentukan jati diri dan identiti bangsa. Tenaga pensyarah yang memiliki kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki telah membawa program ini berdaya saing dan menaikkan lagi program kebudayaan dan kesenian ke taraf sepatutnya.

Namun begitu, penyusunan semula seluruh program di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah berlaku rombakan apabila berlaku perubahan di peringkat industri dan antarabangsa, pergolakan dan naik turun ekonomi di seluruh dunia telah juga tempias kepada negara. Kesan itu turut menjejaskan iklim politik dan perubahan ekonomi yang ketara di Malaysia turut membawa landskap baharu dalam permintaan dan keperluan pekerjaan dan pendidikan. Program Kebudayaan dan Kesenian di PPBKKM turut terpaksa dimansuhkan pada tahun 2011, pihak fakulti berpendapat pada waktu itu program kebudayaan dan kesenian perlu bergabung dengan kesusasteraan supaya lebih mantap dan berdaya saing. Walau keperluan dan permintaan yang baik daripada para pelajar di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Penggabungan dengan program kesusasteraan Melayu telah mengecilkan pengajian budaya yang terpaksa berkongsi dengan pengajian kesenian. Pengajian budaya telah mengalami pengecilan dan

Page 30: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

25

hanya beberapa kursus yang relevan dan mantap yang ditawarkan dan dianggap bersesuaian dengan situasi kini (Buku Panduan FSSK 2017). Pengambilan pelajar peringkat prasiswazah yang kecil akibat perkongsian dengan program kesusasteraan dan dikenali sebagai program Persuratan Melayu.

Pengecilan semula pengajian budaya ini tidak memberi kesan kepada peringkat pengajian siswazah iaitu sarjana dan doktor falsafah. Permintaan yang baik telah mengangkat semula pengajian budaya di peringkat penyelidikan dan pengajaran tinggi. Pengajian budaya terus berdaya saing dalam untuk mengekalkan kedudukan supaya sentiasa relevan dengan memperluaskan lagi bidang-bidang baharu yang merangkumi pengajian budaya seperti pengajian warisan, pengajian budaya popular dan pengajian pelancongan. Perkembangan bidang baharu terutamanya pengajian warisan di Universiti Kebangsaan Malaysia terus diberikan perhatian, pengenalan pengajian warisan diberi pendedahan di peringkat awal dan dengan perkenalan kursus SKMK3093 Pemuziuman Budaya di peringkat prasiswazah (Buku Panduan FSSK 2003). Kajian-kajian berteraskan pengajian warisan telah digalakkan kepada para pelajar prasiswazah untuk membuat penyelidikan yang berasaskan warisan budaya tidak ketara, sosiobudaya dan industri muzium. Begitu juga, pelajar-pelajar sarjana dan doktor falsafah yang mengikut kursus itu perlu memberi perhatian dan melihat kepentingan pengajian warisan kepada negara.

Perkembangan Pengajian Warisan di Universiti Kebangsaan Malaysia selepas pengecilan pengajian budaya Melayu telah berkembang dan pencambahan yang baik. Perubahan di peringkat negara dengan penstrukturan Jabatan Muzium Malaysia dengan Jabatan Warisan Negara yang bertindih dan pertelingkahan bidang kuasa dan tanggungjawab (Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff 2015). Pengajian Warisan telah memberi kelebihan kepada perkembangan yang permintaan dan keperluan yang tinggi sejajar dengan permintaan perniagaan dan penyelidikan berasaskan perlindungan dan pengekalan. Perkara ini selari dengan perkembangan warisan yang melanda di peringkat antarabangsa dan negara. Kerajaan telah melihat keperluan dan permintaan terhadap warisan yang tinggi dan baik terutamanya penjagaan dan pengekalan warisan budaya. Pengajian warisan amat diperlukan untuk melahirkan pakar-pakar bidang warisan budaya sama ada ketara atau tidak ketara. Keperluan ini amat penting supaya warisan-warisan negara dapat dipulihara dan peliharaan oleh pakar-pakar tempatan. Pengajian warisan dapat memberi pengetahuan dan maklumat yang terkini dalam bidang warisan. Perkembangan ini banyak membantu pengajian warisan di PBKKM mengeluarkan pelajar yang berwibawa dan berpengetahuan berkaitan warisan.

Penggabungan pengajian budaya dan kesusasteraan Melayu secara tidak langsung telah mengecilkan program pengajian budaya tetapi tidak menjejaskan pengeluaran pelajar dalam bidang pengajian warisan. Penggabungan kedua-dua pengajian budaya dan kesusasteraan Melayu yang dikenali sebagai program Persuratan Melayu telah memberi kelebihan kepada pengeluaran pelajar program ini (Buku Panduan FSSK 2013). Pelajar yang mengikuti program persuratan Melayu ini memperoleh kedua-dua bidang dan mahir dalam kedua-dua pengajian berbeza dengan pengeluaran pelajar dalam bidang Pengajian Melayu. Pada waktu yang sama pelajar yang mengikuti program ini dapat menguasai disiplin warisan yang menjadi tumpuan dan keperluan industri hari ini (Rahim Aman, Zainal Abidin Borhan & Anwar Omar Din 2007). Kebolehan dan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar semasa mengikuti program ini dapat membantu meningkatkan nilai pasaran pelajar dalam dunia kerjaya. Pengajian warisan boleh membantu dan menyokong dalam usaha-usaha membangunkan dan merancang kemajuan negara dalam mengawal nilai-nilai warisan budaya negara. Namun begitu, Pengajian Warisan dalam program persuratan Melayu tertakluk kepada tawaran kursus-kursus yang berkaitan dengan keperluan dan kuota yang ditetapkan.

Page 31: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

26

Pengajian Warisan dan Pemuliharaan Warisan Budaya Pengajian Warisan masih baharu sejajar dengan keperluan yang dilaksanakan di peringkat globalisasi dan pihak UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) telah memberi perhatian dan menggalakkan setiap negara memajukan bidang warisan dan perlindungan terhadap warisan. Penawaran bidang warisan ini telah meningkatkan bidang warisan di peringkat Malaysia. Bidang pengajian warisan boleh dibahagikan kepada empat yang berasaskan warisan budaya, warisan alam semula jadi, warisan budaya di bawah air dan warisan tokoh orang hidup (Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, 2015). Namun begitu, pengajian warisan di Program Persuratan Melayu lebih memberi tumpuan penyelidikan dan kajian seperti warisan budaya tidak ketara dan pemuziuman budaya. Pengkhususan bidang amat penting supaya perkembangan kajian warisan dapat berterusan dan berdaya saing dengan bidang-bidang lain. Pengajian warisan di program ini memberi tumpuan utama kepada kajian warisan budaya tidak ketara, ramai pelajar telah memilih kajian-kajian yang berdasarkan warisan budaya tidak ketara dengan menjuruskan kepada pemuliharaan dan pengekalan.

Perkembangan pengajian warisan di program persuratan Melayu semakin meningkat setiap tahun sama ada di peringkat prasiswazah dan siswazah (sarjana dan kedoktoran). Pelajar-pelajar setiap tahun memilih dan telah menentukan bidang dalam bidang pengajian warisan mengikut kesesuaian dan minat mereka terhadap bidang itu. Walaupun pengajian warisan tidak diajar secara khusus mengenai warisan di program Persuratan Melayu tetapi pelajar juga diberi pendedahan secara perkongsian tentang kajian warisan dalam kursus pemuziuman budaya. Pendedahan ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan yang dapat diterapkan dalam kajian yang dilakukan. Ramai pelajar terutamanya di peringkat prasiswazah membuat kajian berasaskan warisan tidak ketara dengan tumpuan kepada makanan tradisional, seni persembahan tradisional, busana, tekstil dan berkaitan dengan muzium. Hal ini telah menghasilkan jumlah keluaran pelajar dalam bidang warisan secara tidak langsung dapat menyumbangkan guna tenaga modal insan yang pakar bidang warisan. Penyumbangan ini telah menyokong usaha pihak kerajaan di bawah Jabatan Warisan negara untuk memastikan warisan negara terjamin dari segi keselamatan dan penguatkuasaan.

Penyelidikan Pengajian Warisan di program Persuratan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan lebih terarah kepada warisan budaya tidak ketara. Warisan budaya tidak ketara mencerminkan tamadun Melayu dalam menghasilkan falsafah dan pemikiran untuk menjadikan khazanah budaya masyarakat Melayu. Warisan budaya tidak ketara boleh dijelaskan bagi mudah memahami mengenainya. Secara umumnya, warisan budaya tidak ketara pula merujuk kepada aktiviti sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat melalui ciptaan dan idea menerusi pengamatan terhadap alam persekitaran untuk membentuk hidupan mereka (Howard, P. 2003). Warisan tidak ketara sering berkaitan pewarisan ilmu pengetahuan dan kepakaran yang diwarisi daripada generasi terdahulu melalui secara dipelajari atau mimpi (Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff 2015). Pembentukan tamadun dan peradaban masyarakat banyak mempengaruhi aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti budaya material, tradisi lisan, seni persembahan, muzik, lakonan, nyanyian dan lukis.

Manakala, pihak UNESCO telah mentakrifkan definisi warisan budaya tidak ketara pada Artikel 2, artikel itu yang terhasil daripada konvensyen mengenai warisan budaya tidak ketara iaitu Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage 2003. Konvensyen ini telah menghasilkan definisi yang sesuai mengenai warisan tidak ketara iaitu seperti berikut:

“The “intangible cultural heritage” means the practices, representations, expressions, knowledge, skills – as well as the instruments, objects, artefacts and cultural spaces associated therewith – that communities,

Page 32: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

27

groups and, in some cases, individuals recognize as part of their cultural heritage. This intangible cultural heritage, transmitted from generation to generation, is constantly recreated by communities and groups in response to their environment, their interaction with nature and their history, and provides them with a sense of identity and continuity, thus promoting respect for cultural diversity and human creativity”. (http://portal.unesco.org/en/ev)

Definisi itu bermaksud ialah amalan, perwakilan, ungkapan, pengetahuan, kemahiran serta instrumen, objek, artifak dan ruang budaya mengaitkan, oleh itu masyarakat, kumpulan dan, dalam beberapa kes, individu mengenali sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan mereka. Warisan budaya tidak ketara ini, diperturunkan dari generasi ke generasi, sentiasa diwujudkan semula oleh masyarakat dan kumpulan sebagai tindakan kepada persekitaran mereka, interaksi mereka dengan alam dan sejarah mereka, dan memberikan mereka dengan jati diri dan kesinambungan, maka meningkatkan hormat kepada kepelbagaian budaya dan kreativiti manusia.

Begitu juga dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) yang menyatakan definisi mengenai warisan budaya tidak ketara seperti dalam Seksyen 2 (1) iaitu:

... mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, lirik boleh didengar, nyanyian lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian sebagaimana yang dihasilkan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyian dan muzik, seni mempertahan diri, yang telah wujud atau wujud berhubung dengan warisan Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia atau berhubung dengan warisan masyarakat Malaysia.

Daripada taksiran di atas jelas menunjukkan warisan kebudayaan tidak ketara terdiri daripada kegiatan budaya yang diilhamkan oleh manusia untuk mengisi kehidupan mereka seharian. Hal ini merupakan warisan yang membabitkan ilmu pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki oleh individu atau masyarakatnya. Ini hanya boleh diwarisi secara dipelajari atau memiliki bakat mengenai kepakaran mengenai warisan tertentu mengikut yang dipelajari. Hal ini bermakna warisan kebudayaan tidak ketara boleh diturun secara turun-temurun. Selain itu, warisan kebudayaan tidak ketara boleh dibahagikan mengikut kegiatan budaya yang dilakukan oleh manusia seperti tradisi lisan, seni persembahan, seni muzik, seni lakon, seni nyanyian dan seni mempertahan diri.

Ketiga-tiga definisi itu jelas mengenai maksud dan keperluan tentang mengenai warisan budaya tidak ketara. Oleh itu, ramai pelajar terutamanya peringkat prasiswazah membuat penyelidikan latihan ilmiah berdasarkan definisi tersebut. Elemen-elemen yang terkandung dalam definisi itu secara tidak langsung menjadi bahan rujuk mengenai bidang dan tajuk untuk menghasilkan penyelidikan tersebut. Bermula tahun 2006 hingga kini banyak juga tajuk yang berasaskan definisi itu menjadi panduan dan rujukan iaitu,

(a) Tradisi lisan termasuk bahasa

(b) Seni persembahan

(c) Praktik sosial, ritual dan perayaan festival

(d) Pengetahuan dan praktik alam semula jadi dan persekitaran

(e) Kraf tangan tradisional

Elemen-elemen itu yang menjadi antara tumpuan kajian kepada para pengkaji yang terbabit dalam bidang ini. Elemen-elemen itu berupaya untuk mengangkat pengajian warisan sentiasa relevan dan meningkatkan keperluan dalam dunia industri yang berkaitan dengan warisan

Page 33: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

28

budaya. Oleh itu, beberapa tajuk yang telah terpilih untuk menjadi tumpuan kepada penyelidik di peringkat prasiswazah dan sarjana serta kedoktoran.

Senarai Penyelidikan Pengajian Warisan Peringkat Latihan Ilmiah 2006

1. Ayuasshila Yussop. Peranan Pusat Konservasi Negara dalam pemuliharaan songket warisan Melayu.

2007

1. Zulaina Ibrahim. Muzium Islam Pulau Pinang: Peranan dan sumbangan kepada masyarakat setempat.

2008

1. Mohammad Zain Jebat. Muzium Sarawak: Kajian ke atas program dan aktiviti pendidikan tidak formal.

2. Mohd Hafidz Md. Fazil. Jabatan Muzium Malaysia: Pendokumentasian Kepala Bangau sebagai pemuliharaan warisan budaya.

3. Mohd Zuhairi Ruslan. Muzium Negeri Pulau Pinang: Peranan koleksi budaya dalam menonjolkan budaya masyarakat setempat.

2009

1. Haslina Che Mat Jani. Muzium Negara: Peranan Muzium sebagai produk pelancongan.

2. Hasnatulhana Pahararadzi. Koleksi Tepak Sirih di Muzium Negara: Kajian ke atas falsafah dan motif.

3. Mohd Jumran Tumbing. Perubahan daripada pameran statik kepada pameran interaktif: Kajian kes di Muzium Negara.

2014

1. Nor Azizah Mahat. Peranan Galeri Dato’ Onn dalam usaha memupuk semangat nasionalisme negara.

2017

1. Mohd Azi Waldin. Pengekalan makanan tradisional Tauhu masyarakat Dusun, Sabah.

2. Nor Hidayah Abas. Peranan Galeri Sultan Azlan Shah sebagai memartabatkan Institusi Diraja Perak.

2018

1. Afni Aqikah Bair. Pemuliharaan permainan tradisional Kuit etnik Kadayan di Sarawak.

2. Nur Ilham Mohd Rosdi. Malaysia dan Indonesia: Pertikaian warisan budaya tidak ketara.

3. Nur Marya Iasha Masri. Pemuliharaan set kulintang Bajau Sabah di Kota Marudu

4. Nurul Irma Izaiaty Nazarni. Pemuliharaan pembuatan biji sagu dalam kalangan masyarakat Melanau di Sarawak.

Page 34: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

29

5. Nurshakirah Muhammad Nasir. Peranan pameran Institusi Diraja Pahang di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang.

Peringkat Sarjana Sastera 2016

1. Nor Azian Sani. Pemuliharaan Monumen Chimney sebagai landskap warisan budaya di Wilayah Persekutuan Labuan.

2017

1. Nur Hidayah Rameli. Pemuliharaan Tarian Asyik Kelantan.

Peringkat Doktor Falsafah 2015

1. Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. Undang-Undang dan Akta Perlindungan Warisan Budaya di Malaysia. Satu Analisis Perkembangannya.

Hala Tuju Pengajian Warisan di Program Persuratan Melayu Perkembangan yang berpotensi dan permintaan yang berterusan terhadap pengajian warisan yang semakin mendapat tempat dalam pelbagai bidang. Program Persuratan Melayu berusaha menjadikan pengajian warisan menjadi pilihan utama dalam bersaingan dengan bidang-bidang yang lain. Hala tuju pengajian warisan ini dapat memberi sumbangan yang bermakna dan sesuai kerelevanan pada masa kini. Pengajian warisan diharap memberi sesuatu dalam usaha untuk kelestarian warisan budaya negara supaya terpelihara dan pemeliharaan dengan adanya pakar-pakar yang dikeluarkan. Pengeluaran lulusan dalam bidang pengajian warisan dalam program Persuratan Melayu dapat menyalurkan pengetahuan dan kebolehan yang ada dalam memenuhi tuntutan negara. Walau pengajian warisan satu bidang yang baharu muncul dalam pengajian budaya tetapi mampu membawa ke arah kedudukan yang amat diperlukan oleh negara terutamanya pakar-pakar dalam perlindungan warisan.

Oleh itu, pengajian warisan di program Persuratan Melayu akan memberi tumpuan kepada kajian yang berasaskan warisan budaya tidak ketara. Tumpuan kajian terhadap warisan budaya tidak ketara sebelum ini amat kurang diberikan perhatian berbanding dengan warisan ketara. Perubahan dan keperluan semasa telah secara tidak langsung telah mengangkat warisan tidak ketara adalah amat penting kepada negara. Perlindungan dan pemuliharaan warisan tidak ketara mula menjadi amat penting apabila berlaku globalisasi dan perubahan sosial dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Pendedahan dan tumpuan kajian terhadap warisan budaya tidak ketara dalam memberi pengetahuan kepada generasi Z dan masyarakat yang tidak melihat warisan budaya tidak ketara sesuatu yang penting. Program persuratan Melayu menjadi hos atau tempat kepada rujukan mengenai kajian warisan budaya tidak ketara di peringkat akademik dan antarabangsa mengenai warisan budaya tidak ketara Melayu.

Page 35: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

30

Kesimpulan Bermulanya pengajian budaya yang menjadi teras kepada pelbagai pengajian lain seperti antropologi dan sosiologi. Pengajian yang memberi tumpuan kepada isu yang berkaitan masyarakat dan budaya menjadi tunjang utama dalam kehidupan manusia. Pengajian budaya bergantung kepada keperluan para pengkaji untuk melihat dan memastikan peradaban dan tamadun manusia dapat diperjelaskan. Pengajian budaya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mula dibangunkan pada tahun ke-3 setelah operasi yang di bawah Jabatan Sastera, berlaku perubahan penstrukturan kepada sebuah jabatan yang lebih besar dan pelbagai disiplin iaitu jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Beberapa kursus mengenai pengajian budaya mula ditawarkan dan memperoleh tawaran kursus dalam jumlah yang masih kecil. Begitu juga, tenaga pensyarah juga masih dalam bukan bidang antropologi dan sosiologi yang membabitkan pengajian budaya, sebaliknya daripada bidang agama, bahasa dan kesusasteraan.

Perubahan semasa dan penstrukturan yang berlaku di UKM telah memberi kelebihan kepada pengajian budaya sehingga mampu menawarkan kursus-kursus budaya dalam bentuk program. Keperluan dan permintaan yang baik dalam kalangan pelajar telah membantu memantapkan pengajian budaya. Di UKM, sekali lagi berlaku penstrukturan di peringkat fakulti yang mengambil tindakan untuk mengecilkan beberapa program supaya relevan dengan situasi kini. Pengajian budaya diminta bergabung dengan bidang kesusasteraan untuk memantapkan program yang dikenali semula sebagai program Persuratan Melayu. Penggabungan ini telah memaksa program budaya dimansuhkan untuk memastikan program kesusasteraan Melayu dapat berdaya saing dan mampu ditawarkan. Namun begitu, perubahan di peringkat industri telah memberi manfaat kepada pengajian budaya telah berkembang kepada pengajian warisan, pengajian budaya popular dan pengajian pelancongan. Dalam program Persuratan Melayu, pengajian warisan diperkenalkan dalam beberapa tajuk dalam kursus yang berkaitan dan menggalakkan juga para pelajar peringkat pra siswazah dan siswazah menghasilkan penyelidikan dalam bidang pengajian warisan. Hala tuju pengajian warisan diharap menjadikan program Persuratan Melayu menjadi hos atau tempat rujukan kepada bidang pengajian warisan pada kini dan hadapan. Rujukan

Buku Panduan FSSK, 2017-2018, dan 2013-2014 dan 2003-2004.

Hanapi Dollah. 2005. Pengajian Kesusasteraan Melayu Baru. Akademika 66(Januari): 15-29.

Hanapi Dollah. 2006. Pengajian Budaya di PBKKM: Perspektif dan Kerelevanan. Dlm. Ajid Che Kob & Nuwairi Hj. Khaza’ai (peny.). Sebahtera 2006: PBKKM-APM. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Howard, Peter. 2003. Heritage: Management, Interpretation, Identity. New York: Continuum.

Malaysia. 2006. Akta Warisan Kebudayaan 2005 (Akta 645).

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff & Mohamad Nazri Ahmad. 2006. Pengajian Kesenian Melayu di PBKKM, UKM: Perspektif dan Kerelevanan. Dlm. Ajid Che Kob & Nuwairi Hj. Khaza’ai (peny.). Sebahtera 2006: PBKKM-APM. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. 2015. Undang-Undang dan Akta Perlindungan Warisan Budaya di Malaysia: Satu Analisis Perkembangannya. Tesis Doktor Falsafah. Tidak Diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 36: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

31

Rahim Aman, Zainal Abidin Borhan & Anwar Omar Din. 2007. Pengajian Melayu Teras Pengajian Kebangsaan. Dlm. Sebahtera 2. Bangi: Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

UNESCO. 2003. Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage 2003. http://portal.unesco.org/en/ev.

Page 37: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

32

Tahap Kepercayaan Etnik Melayu Terhadap Etnik Lain dan Pengaruhnya kepada Interaksi Sosial Penghuni Rumah Jenis Pangsapuri

Marzudi Md Yunus, Zamre Abu Hassan & Mohammad Nazzri Ahmad Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Abstrak Di Malaysia, interaksi sosial merupakan satu cabaran dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan membentuk perpaduan yang erat berdasarkan prinsip negara bangsa, iaitu bangsa Malaysia. Tahap kepercayaan dan interaksi sosial antara etnik merupakan satu daripada indikator untuk mengenal pasti tahap kesepaduan sosial antara etnik. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis tahap kepercayaan dan korelasinya dengan interaksi sosial yang berlaku dalam komuniti. Interaksi sosial yang mempunyai pengaruh sikap prejudis, fahaman stereotaip dan tindakan berbentuk diskriminasi menghasilkan bentuk-bentuk interaksi atau hubungan yang bersifat negatif dalam masyarakat. Fenomena interaksi sosial dalam masyarakat memperlihatkan keadaan sosial masyarakat itu sama ada mempunyai kesepaduan sosial ataupun sebaliknya. Hubungan antara etnik di Malaysia ada ketika berada dalam keadaan baik dan ada ketikanya boleh bertukar menjadi negatif sekiranya terdapat isu-isu yang melibatkan sensitiviti etnik. Tahap perpaduan sosial antara etnik pada peringkat mikro boleh diukur melalui perhubungan dan ikatan kejiranan. Semangat kejiranan yang merujuk kepada kemesraan antara jiran tetangga dan keaktifan penghuni dalam organisasi sosial pada peringkat lokal. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti interaksi sosial dalam masyarakat yang mendiami rumah jenis pangsapuri dan perkaitannya dengan sikap saling mempercayai antara mereka. Kajian ini turut melihat dan mentafsir tahap kepercayaan dalam kalangan masyarakat, iaitu antara etnik Melayu dengan etnik Cina dan India yang tinggal dalam satu penempatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bagi mendapatkan data dan menyelesaikan permasalahan kajian. Pengutipan data kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan pola interaksi dalam komuniti yang dikaji. Hasil kajian mendapati tahap kepercayaan antara etnik yang berlainan adalah rendah. Majoriti responden bersikap saling curiga terhadap etnik lain. Tahap kepercayaan terhadap etnik yang berbeza ini telah mempengaruhi tahap interaksi sosial antara etnik dalam komuniti yang dikaji. Tahap kepercayaan yang rendah antara etnik akan menjejaskan hubungan dan jarak sosial dalam sesebuah komuniti. Kajian ini menjelaskan bahawa perpaduan antara etnik adalah penting dan perlu diberikan perhatian oleh pihak-pihak berwajib, apatah lagi dalam pengisian Malaysia baharu kini.

Kata kunci: interaksi sosial; komuniti; etnik; perpaduan.

Pendahuluan

Di Malaysia, interaksi sosial merupakan satu cabaran dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan membentuk perpaduan yang erat berdasarkan prinsip negara bangsa iaitu bangsa Malaysia. Hubungan antara etnik dalam konteks interaksi sosial merupakan suatu yang amat penting sekali. Kepentingan terhadap aspek interaksi sosial dapat dilihat menerusi usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan menerusi kempen penerapan prinsip Rukun Negara, Dasar Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Perpaduan Nasional, sekolah

Page 38: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

33

Wawasan, program ‘Kongsi-Raya’ dan Gagasan 1Malaysia (Hasnah Hussiin 2009; Najib Razak 2010).

Namun, untuk mencapai cita-cita tersebut pelbagai cabaran dalam banyak aspek haruslah diatasi oleh semua warganegara. Perbezaan-perbezaan yang meliputi aspek bahasa, agama, budaya dan pemikiran yang berasaskan kepada perbezaan etnik merupakan penghalang ke arah membentuk perpaduan yang kukuh bagi sebuah negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. Interaksi sosial yang baik di antara semua etnik yang berbeza merupakan satu asas utama bagi mewujudkan perpaduan yang erat bersama elemen-elemen lain seperti kestabilan politik dan ekonomi (Chamil Wariya 2007). Justeru, interaksi sosial yang mempunyai pengaruh sikap prejudis, fahaman stereotaip dan tindakan-tindakan berbentuk diskriminasi menghasilkan bentuk-bentuk interaksi dan hubungan yang bersifat negatif dalam masyarakat. Bentuk-bentuk interaksi yang bersifat negatif akhirnya mengundang kecelakaan dan kerugian yang besar terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan negara (Abdul Rahman Ismail 2007).

Kejiranan merupakan komuniti setempat yang paling asas bagi mengukur dan mengenal pasti tahap keterikatan dan kepercayaan dalam masyarakat. Sentimen kejiranan boleh dijadikan asas yang kukuh dalam menentukan tahap kepercayaan antara etnik dalam sesebuah masyarakat (Alauddin 2007). Perbezaan agama, kebudayaan dan pendidikan juga menjadi faktor kepada pelebaran jurang perbezaan kaum di negara ini (Ruslan Zainuddin et al. 2005). Setiap kaum berpegang kepada pegangan agama, mempunyai kebudayaan dan aliran pendidikan yang berbeza. Kaum Melayu beragama Islam, kaum Cina menganut agama Buddha manakala kaum India pula menganut agama Hindu. Ada juga sebahagian kaum Cina dan India yang menganut agama Kristian. Mereka juga mengamalkan adat resam yang jauh berbeza dan terlalu asing bagi setiap kaum yang ada di Tanah Melayu. Ini berikutan asal usul mereka dari tempat yang berbeza dari sudut kedudukan geografi. Aliran sistem pendidikan yang digunakan juga berbeza dengan bahasa pengantar mengikut pertuturan kaum-kaum itu sendiri. Hal ini terus berlaku sehingga ke hari ini. Perbezaan ini bukan sahaja menguatkan lagi sikap perkauman, tetapi juga menghalang integrasi dan pergaulan yang luas antara kaum (Ruslan Zainuddin et al. 2005).

Permasalahan Kajian Fenomena interaksi sosial dalam komuniti sosial di Malaysia memperlihatkan keadaan sosial masyarakat itu sama ada mempunyai kesepaduan sosial ataupun sebaliknya telah memberi kesan terhadap tahap kepercayaan antara etnik. Hubungan antara etnik di Malaysia boleh berubah dengan cepat berdasarkan isu-isu semasa boleh bertukar menjadi negatif sekiranya terdapat elemen sensitiviti etnik (Ahmad Fawzi Basri et al. 1987). Gambaran ini, seolah-olah menunjukkan bahawa tahap kepercayaan antara etnik yang lemah, walaupun setelah sekian lama rakyat Malaysia yang berlainan etnik tinggal bersama dan membentuk masyarakat majmuk, keadaan kesepaduan sosial yang wujud sekarang kurang menyerlah (Fatan Hamamah Yahaya 2011).

Tahap Kepercayaan Orang Melayu Terhadap Bukan Melayu Pembentukan sikap mempercayai jiran boleh diukur dalam pelbagai elemen. Kajian yang dilakukan oleh Alauddin (2007) menyatakan bahawa tahap kepercayaan terhadap jiran diukur melalui pelaksanaan kawalan sosial kendiri yang meliputi kadar kejadian jenayah, vandalisme, keterlibatan jiran dengan penagihan dadah, delikuansi muda-mudi dan gejala lepak dalam komuniti kejiranan. Dalam kajian ini, elemen kepercayaan terhadap jiran diukur melalui perkara asas dalam hubungan kejiranan. Perkara tersebut adalah kesediaan meninggalkan harta benda

Page 39: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

34

untuk dijaga oleh jiran, kesediaan memberitahu jiran jika tiada di rumah dalam tempoh yang lama, merasakan jiran seorang yang baik, bersangka jiran akan menolong jika semasa kesusahan, dan rasa selamat tinggal dalam kejiranan. Elemen pertama ialah kesediaan untuk meninggalkan harta benda kepada jiran yang bukan Melayu. Hasil analisis menunjukkan 64% responden Melayu tidak percaya untuk meninggalkan harta benda mereka dijaga oleh jiran bukan Melayu. Sebanyak 19.6% responden Melayu menyatakan bahawa mereka percaya untuk memberikan harta mereka dijaga oleh jiran bukan Melayu. Manakala, 16.3% responden tidak pasti tahap kepercayaan mereka terhadap jiran bukan Melayu. Elemen kedua ialah kesediaan memberitahu jiran bukan Melayu jika tiada di rumah dalam tempoh tertentu. Dapatan analisis menunjukkan bahawa 54.1% responden Melayu tidak percaya untuk memberitahu jiran bukan Melayu jika mereka tiada di rumah, hanya 19.6% responden Melayu akan memberitahu jiran bukan Melayu jika tiada di rumah dalam tempoh tertentu. Sebanyak 16.3% lagi menyatakan bahawa mereka tidak pasti tentang perkara ini. Elemen ketiga pula, adalah berkaitan dengan persepsi dalaman seseorang terhadap jiran berlainan etnik. Dalam konteks ini, persepsi tersebut adalah anggapan responden Melayu terhadap jiran bukan Melayu apabila mereka memerlukan pertolongan. Sebanyak 37.0% responden Melayu didapati mempercayai bahawa jiran bukan Melayu mereka akan memberikan pertolongan apabila ditimpa kesusahan. Dalam peratusan sama, iaitu sebanyak 37.1% responden juga menyatakan tidak percaya jiran bukan Melayu akan menolong mereka apabila dalam kesusahan. Sementara itu, sebanyak 26.1% responden Melayu didapati tidak pasti akan kesanggupan jiran bukan Melayu menolong mereka apabila ditimpa kesusahan. Elemen yang keempat juga adalah berkaitan persepsi terhadap jiran bukan Melayu. Majoriti responden Melayu tidak mempercayai jiran bukan Melayu mereka mempunyai sifat baik. Hanya 28.3% sahaja responden Melayu mempercayai bahawa jiran bukan Melayu yang berjiran dengan mereka adalah insan yang baik. Selebihnya, iaitu sebanyak 26.1% tidak pasti dalam memberikan penilaian yang muktamad kepada jiran bukan Melayu.

Elemen seterusnya adalah berkaitan dengan perasaan rasa selamat tinggal dalam komuniti kejiranan. Majoriti responden Melayu didapati merasa selamat tinggal dalam komuniti kejiranan mereka walaupun pada hakikatnya mereka kurang mempercayai jiran bukan Melayu. Sebanyak 51.1% responden Melayu merasa selamat tinggal dalam komuniti kejiranan mereka. Sebanyak 27.7% responden Melayu tidak mempercayai tahap keselamatan mereka dalam hidup bersama jiran bukan Melayu. Sebanyak 27.1% responden juga didapati tidak pasti tahap keselamatan berada bersama jiran bukan Melayu. Dapatan bagi elemen kelima ini merupakan sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Majoriti responden Melayu secara amnya tidak mempunyai kepercayaan yang jitu terhadap jiran bukan Melayu, tetapi dalam masa yang sama percaya mereka selamat untuk tinggal bersama orang yang mereka tidak percaya dalam hubungan kejiranan

Sikap mempercayai jiran merupakan sikap yang penting dan perlu wujud dalam membina ikatan kejiranan dalam masyarakat. Jiran yang mempunyai semangat kejiranan akan melahirkan rasa selamat dan mewujudkan sentimen kebersamaan yang kukuh (Alauddin 2007). Persefahaman dan kepercayaan terhadap jiran dalam hubungan peribadi pula akan meningkatkan interaksi sosial terutama yang melibatkan interaksi sosial. Interaksi sosial yang melibatkan aksi pandang-memandang, memberi dan membalas senyuman, berjabat tangan dan berbual seketika apabila bertemu akan aktif apabila wujudnya kesepaduan sosial dalam kalangan jiran berlainan etnik (Marzudi 2015).

Dalam konteks komuniti yang dikaji, didapati majoriti responden Melayu yang tinggal di rumah pangsapuri tidak mempercayai jiran bukan Melayu yang tinggal berjiran dengan mereka. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa wujud jarak sosial antara etnik yang begitu ketara sekali. Simmel dalam Ritzer (2011) menjelaskan bahawa jarak sosial boleh wujud jika mempunyai unsur

Page 40: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

35

prasangka (prejudis). Jadual 3, dalam kertas ini telah menunjukkan bahawa unsur prejudis mempengaruhi pembentukan tahap kepercayaan terhadap jiran bukan Melayu. Sikap prejudis iaitu prasangka tanpa asas yang kukuh mempengaruhi persepsi responden Melayu terhadap jiran bukan Melayu. Prejudis yang wujud dalam diri seseorang pula akan membentuk fahaman yang salah sehingga mewujudkan stereotaip negatif terhadap etnik lain (Marzudi 2015). Dalam konteks kajian ini, etnik lain merujuk kepada jiran bukan Melayu.

Jarak sosial juga dikaitkan dengan rasa alianasi kepada orang lain yang berbeza budaya. Orang yang berbeza budaya dilihat sebagai orang asing yang tidak wajar untuk diberikan tahap kepercayaan dalam hal melibatkan perkara peribadi. Seperti mana yang dijelaskan oleh Simmel (dalam Ritzer 2011) menjelaskan, interaksi sosial dalam masyarakat menghasilkan suatu rangkai “geometrik sosial” yang menghasilkan jarak sosial. Unsur seperti prejudis dan stereotaip dalam aspek primer yang terbentuk semasa interaksi sosial dilakukan. Aspek primer dan sekunder dalam “geometrik sosial” Simmel ini bukanlah merupakan suatu yang bersifat khusus tetapi merupakan satu rangkuman rangkaian konsep-konsep yang wujud dalam suatu masyarakat dan digunakan bagi memperjelaskan hubungan-hubungan yang berlaku sehingga wujudnya suatu jarak sosial. Ini bermakna, orang Melayu dalam komuniti yang dikaji, hanya memberi kepercayaan kepada kelompok etnik sendiri sahaja dalam hubungan kejiranan. Hubungan kejiranan dalam melibatkan perkara peribadi tidak berlaku sehingga boleh membina rasa percaya-mempercayai antara mereka.

Walaupun orang Melayu dalam kawasan yang dikaji mempunyai tahap kepercayaan yang rendah akibat daripada sikap prejudis dan stereotaip negatif, majoriti mereka tidak melanjutkan sikap dan fahaman kepada bentuk tindakan fizikal yang boleh dikaitkan dengan diskriminasi. Hubungan kejiranan masih berlaku walaupun mempunyai sikap prejudis dan fahaman stereotaip. Jelas sekali menunjukkan bahawa jarak fizikal yang hampir tidak dapat merapatkan jarak sosial antara etnik dalam komuniti kejiranan yang dikaji. Peratusan ketidakpercayaan dalam aspek melibatkan harta benda dan memberitahu jiran bukan Melayu jika tiada di rumah merupakan perkara asas dalam membina kepercayaan dalam hubungan kejiranan merupakan salah satu elemen bahawa mereka tidak mempunyai hubungan kenal-mengenal antara satu sama lain (Marzudi 2015). Hubungan kenal-mengenal ini merupakan salah satu prasyarat dalam membentuk tahap kepercayaan antara etnik (Marzudi 2015). Ketiadaan hubungan kena-mengenal ini menyebabkan majoriti responden Melayu kurang mempercayai jiran bukan Melayu.

Rujukan Abdul Rahman Ismail. 2007. Sejarah Politik Malaysia 1965-2000. Dlm. A. Rahman Ismail (pngr.).

Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fawzi Basri, Abdul Halim Ahmad, Abdul Rahman Aziz (ed.). 1987. Isu-isu Perpaduan Nasional: Cabaran, Pencapaian & Masa Depan. Jitra: Universiti Utara Malaysia.

Alauddin Sidal. 2007. Ikatan dan Sentimen Kejiranan Orang Melayu Bandar di Kuala Lumpur. Tesis Dr. Fal. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allport, G.W. 1954. The nature of prejudice. New York: Doubleday & Company.

Ani Awang. 2008. Fahami Kontrak Sosial. Utusan Malaysia, 23 Oktober.

Chamil Wariya. 2007. Malaysia: 50 Fakta Asas Kenegaraan. Kuala Lumpur: Media Global Matrix.

Elly M. Setiadi, A. Hakam, H.K. & Ridwan Effendi. 2006. Ilmu Sosial dan Budaya Dasar(Edisi Kedua). Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

Page 41: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

36

Firdaus Abdullah. 2009. Sukarnya Mencari Kesepakatan Bernegara. Utusan Malaysia, 15 Februari.

Hasnah Hussiin. 2009. Artikel Kenegaraan dan Hubungan Etnik. Kuantan: Penerbit Universiti Malaysia Pahang.

Herman Hamid. 2008. Henti Persoal Hak Melayu. Utusan Malaysia, 18 Oktober.

Lee, Lam Thye. 2008. Akta Hubungan Kaum Perlu? Utusan Malaysia, 26 September.

Manisah Salamon & Abdul Halim Tajuddin. 2005. 1945-2005: Penerangan Penggerak Minda Rakyat. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Mansor Mohd. Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice-Hall Pearson Malaysia.

Marzudi Md Yunus. 2015. Pengaruh Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi Terhadap Interaksi Sosial di Malaysia:Kajian Kes Hubungan Etnik di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tesis Dr. Fal. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Massofa. 2013. Pengertian Interaksi Sosial. http://massofa.wordpress.com/2008/02/06/bidang-kajian-sosiologi-dan-interaksi sosial/.html [15 Februari 2013].

Najib Razak. 2010. Transformasi Malaysia: Ucapan Perdana Menteri Najib Tun Razak 2009. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Omi Habibah Sharif. 2010. 1Malaysia dalam Kepelbagaian. Kuala Lumpur: Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia.

Ritzer, G. 2011. Sociological Theory-Eight Edition. New York: The McGraw Hill Companies.

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin (pnyt.). 2012. Modul Hubungan Etnik. Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. 2003. Pembentukan Identiti di Malaysia: Konsep, Pengalaman dan Masa Depan. Dlm. Shamsul, Rahimah, Abdul Rahman, Mohamed Yusoff & Kamaruddin (pnyt.). Membina Bangsa Malaysia, hlm. 27-55. Jilid 2. Kuala Lumpur: Jabatan Perpaduan Negara.

Veeger, K.J., Hasan, D.H., Ngganggung, P.P., Widyastuty, R.A., T.P, P.T., Sanyotohadi, H., Sh, D.a.W. & Suharto, D.J. (1992). Pengantar Sosiologi: Buku Panduan Mahasiswa. Jakarta: Asosiasi Perguruan Tinggi Katolik dan Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.

Wan Norhasniah Wan Husin. 2012. Peradaban dan Perkauman di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Page 42: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

37

Manifestasi Perpaduan dalam Era Malaysia Baharu Melalui Kumpulan Pantun Warisan

Madiawati Mamat@Mustaffa, Nurhamizah Hashim & Eizah Mat Hussain Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Abstrak Perpaduan merupakan penyatuan yang utuh dalam membentuk sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Perpaduan juga merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kemajuan sesebuah negara Konsep ini penting dalam membina Malaysia Baharu yang sering diperkatakan pada hari ini. Dalam konteks Malaysia Baharu pelbagai kaum ingin memperjuangkan hak masing-masing, namun perlu diingatkan bahawa perpaduan antara kaum yang telah dijaga selama ini tidak pernah sama sekali tercalar akibat kehendak masing-masing. Justeru itu, perpaduan antara kaum perlu dipelihara dan diamalkan supaya Malaysia baharu yang dibentuk sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur. Dalam konteks ini, warisan Melayu seperti pantun banyak mendokumentasikan tentang kehidupan masyarakat dahulu yang juga masih boleh diterima pakai pada hari ini dalam membina sebuah negara yang makmur. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengenal pasti dan membincangkan pantun-pantun perpaduan yang terdapat dalam buku Kumpulan Pantun Warisan bagi mengungkap kembali kaedah masyarakat kita mengekalkan perpaduan pada suatu masa dahulu. Kajian ini akan menggunakan kaedah analisis data bagi meneliti pantun-pantun yang berunsurkan perpaduan dalam Kumpulan Pantun Warisan Khazanah Budaya Bangsa (2013). Hasil kajian mendapati bahawa warisan atau khazanah Melayu dahulu mengandungi aspirasi yang jelas dan merentas zaman dalam memelihara nilai perpaduan. Melalui Pantun, masyarakat menyampaikan nasihat berunsur perpaduan dari pelbagai aspek, antaranya hormati-menghormati, menghormati jiran, budi bahasa, kerjasama, bertolak ansur antara satu sama lain dan bersatu padu. Sekali gus ini dapat menggambarkan aspirasi Pengajian dunia Melayu dalam membentuk kesejahteraan dalam Malaysia lama ataupun Malaysia baharu.

Kata kunci: perpaduan; aset negara; pantun warisan; Malaysia baharu; berbilang kaum.

Pendahuluan Era Malaysia Baharu merupakan suasana atau keadaan negara Malaysia yang mempunyai sebuah kerajaan, dasar, corak dan sistem pemerintahan atau landskap politik yang berbeza dengan yang sebelum ini. Ungkapan Malaysia Baharu membawa makna yang menjurus kepada tema “perubahan baru” atau boleh dikatakan sebagai “pembaharuan (Perdana Digital 2018: 3). Dalam memperkatakan tentang Malaysia Baharu, pelbagai tanggapan dan pendapat disuarakan oleh masyarakat pelbagai kaum yang ingin memperjuangkan hak masing-masing. Namun perlu diingatkan bahawa perpaduan antara kaum yang telah dijaga selama ini tidak pernah sama sekali tercalar akibat memenuhi kehendak masing-masing. Justeru itu, perpaduan dalam masyarakat perlu dipelihara dan diamalkan supaya Malaysia baharu yang dibentuk sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Aspek perpaduan banyak diperkatakan dalam karya kesusasteraan Melayu kerana karya sastera memaparkan nilai-nilai positif yang dapat menyedarkan dan memajukan pemikiran

Page 43: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

38

masyarakat. Sastera Melayu menjadi salah satu mekanisme yang boleh digunakan untuk memupuk semangat muhibah, harmoni dan kemesraan antara kaum (Chew Fong Peng 2009: 16). Misalnya, pantun sebagai warisan atau khazanah Melayu memaparkan banyak nilai perpaduan, penyatuan dan keharmonian hidup dalam masyarakat majmuk. Justeru itu kertas kerja ini akan meneliti pantun-pantun yang berunsurkan perpaduan dalam Kumpulan Pantun Warisan Khazanah Budaya Bangsa (2013), bagi menjelaskan aspek perpaduan dalam pelbagai sudut yang boleh menjadi rujukan dalam mengekalkan keharmonian dalam era Malaysia baharu kerana melalui Pantun, masyarakat menyampaikan nasihat berunsur perpaduan dari pelbagai aspek, antaranya hormati-menghormati, menghormati jiran, budi bahasa, kerjasama, bertolak ansur antara satu sama lain dan bersatu padu.

Manifestasi Perpaduan Masyarakat dalam Kumpulan Pantun Warisan Khazanah Budaya Bangsa Dalam konteks Malaysia pada masa kini iaitu sebuah negara berbilang kaum dengan kira-kira 60 peratus warganegaranya menganut agama Islam, 40 peratus yang lain pula menganut pelbagai agama. Hakikatnya, bukan sahaja agama yang dianuti warga Malaysia berbeza, malahan bahasa, budaya dan taraf sosioekonomi juga tidak sama. Untuk mewujudkan negara yang aman dan harmoni semangat perpaduan amat penting bagi sesebuah masyarakat. Perpaduan merupakan asas dalam pembinaan negara bangsa dan harus dipupuk amalannya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Dalam memupuk perpaduan ini pantun menjadi aspirasi dalam menyampaikan nilai-nilai murni kepada masyarakat sebagai teras perpaduan dalam sesebuah negara.

Justeru itu, banyak ditemui pantun-pantun yang mengandungi nilai-nilai murni sebagai teras perpaduan yang disampaikan melalui medium berkenaan. Hal ini menunjukkan kearifan masyarakat dalam menuturkan pantun-pantun untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya pantun-pantun perpaduan seperti berikut:

Dari Serom pergi Kuala, Singgah di Cemor beli keria;

Perpaduan kaum tunjang negara, Aman makmur di mata dunia.

(Pantun Warisan 2013: 583)

Harimau garang suka mengaum, Singa bengis mencari mangsa;

Perpaduan antara berbilang kaum, Menjadi lambang perpaduan negara.

(Pantun Warisan 2013: 614)

Kedua-dua pantun menjelaskan tentang kepentingan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Perpaduan yang wujud dalam sesebuah negara menjadi tunjang keamanan dan kemakmuran dalam negara dan di mata dunia. Perpaduan dalam negara pelbagai kaum melahirkan toleransi yang menjurus kepada penerimaan dan meraikan kepelbagaian kaum, adat serta budaya masyarakat negara ini. Persoalan perpaduan ini dapat dilaksanakan melalui nilai murni yang menjadi teras perpaduan sesebuah negara. Antara nilai murni tersebut ialah berbudi bahasa, bersatu padu, menghormati jiran dan perpaduan melalui rukun negara.

Page 44: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

39

Nilai murni berbudi bahasa ditekankan terhadap masyarakat kerana merupakan salah satu nilai yang menjadi teras perpaduan yang sangat penting. Berbudi tidak terbatas kepada kelompok kanak-kanak atau orang muda sahaja, malah merangkumi semua golongan masyarakat yang pelbagai bangsa. Tambahan pula, budi bahasa adalah antara aspek peribadi seseorang individu yang dinilai tinggi oleh masyarakat. Pencernaan peribadi tersebut melahirkan perpaduan dalam masyarakat majmuk dapat dilihat dalam pertuturan dan pemilihan kata-kata yang digunakan menggambarkan perpaduan diungkapkan dalam pantun berikut:

Anak dara Membuat sketsa, Markah dikira oleh si Leman;

Sentiasa amalkan budi bahasa, Supaya negara sentiasa aman.

(Pantun Warisan 2013: 16)

Anak rusa mandi di paya, Paya indah tiada cemari;

Berbudi bahasa suatu budaya, Menjaga maruah negara ini.

(Pantun Warisan 2013: 20)

Pantun tersebut menggambarkan masyarakat yang mementingkan nilai budi bahasa dalam menjaga keamanan dan maruah negara. Melalui nilai murni berbudi bahasa dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini. Masyarakat yang mengamalkan budaya berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan agama. Hal ini akan melahirkan masyarakat yang hidup harmoni dan aman walaupun terdapat perbezaan budaya, adat dan kepercayaan.

Selain itu, teras perpaduan dapat dicapai melalui Rukun Negara yang menjadi tunjang kepada perpaduan kaum di negara ini. Hal ini dapat diungkapkan dalam pantun berikut:

Abu membela seekor kera, Diberi makan hingga gemuk;

Rukun negara perpaduan negara, Jamin perpaduan masyarakat majmuk.

(Pantun Warisan 2013: 2)

Pantun tersebut bermaksud bahawa Rukun Negara sebagai satu teras perpaduan dalam masyarakat yang majmuk. Terdapat lima Rukun Negara yang bersifat sebagai ideologi kebangsaan yang boleh mengeratkan perpaduan kaum memandangkan hampir kesemua kaum mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama. Sebagai contoh, prinsip kelima Rukun Negara, iaitu kesopanan dan kesusilaan yang menekankan personaliti dan tingkah laku seseorang. Sifat ini amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum (Berita Harian 7 Januari 2017). Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Di samping itu, nilai murni bersatu padu juga merupakan teras perpaduan dalam kepelbagaian kaum dalam sesebuah negara. Bersatu padu merupakan salah satu aspek yang amat dititik beratkan dalam mengamalkan perpaduan di negara ini. Bersatu padu membawa maksud apabila sesuatu kumpulan atau kelompok bergabung atau berkumpul hingga menjadi kukuh. Banyak faedah yang diperoleh apabila rakyat Malaysia hidup dalam keadaan bersatu-padu.

Page 45: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

40

Antaranya ialah kita dapat hidup dengan aman dan tenteram. Pantun berikut menggambarkan sikap bersatu padu dalam kalangan masyarakat di negara Malaysia.

Alunan lagu irama sendu, Rindu lirik kasih sanjungan;

Kalau bersatu kukuh berpadu, Pekerjaan berat menjadi ringan.

(Pantun Warisan 2013: 12)

Anak beruk di atas batu, Anak angsa bawa bendera;

Rakyat hidup bersatu-padu, Maju bangsa, maju negara.

(Pantun Warisan 2013: 14)

Pantun yang tersebut menunjukkan bahawa apabila masyarakat di negara ini mengamalkan sikap bersatu padu, maka segala pekerjaan yang berat akan menjadi ringan. Malah melalui sikap bersatu padu juga sesebuah bangsa dan negara akan mencapai negara yang stabil, aman, maju dan makmur. Hal ini kerana semua kaum dan pelbagai bangsa akan bersatu, bekerjasama dan saling bertoleransi dalam semua hal sama ada politik, ekonomi dan pembangunan sesebuah negara yang memberi kesan kepada negara.

Selain daripada sikap bersatu padu, sikap menghormati jiran juga adalah tergolong dalam teras perpaduan di negara ini. Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. Agama Islam amat menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama Islam juga merupakan sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia. Pantun berikut merupakan antara beberapa contoh pantun yang menasihati masyarakat agar saling menghormati jiran tetangga.

Anak serani pergi ke kota, Pergi berempat elok berpakat;

Kekalkan harmoni sesama kita, Jiran sepakat membawa berkat.

(Pantun Warisan 2013: 21)

Ayah ke pasar membeli durian, Durian dibeli di Pasar Tani;

Berbuat baik sesama jiran, Supaya hidup lebih harmoni.

(Pantun Warisan 2013: 30)

Kedua-dua pantun di atas menunjukkan bahawa apabila setiap individu menghormati, berbuat baik dan hidup sepakat sesama jiran tetangga maka sudah pasti kehidupan di kawasan tersebut lebih harmoni dan berkat. Ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-73 di New York, yang menjelaskan bahawa rakyat idamkan Malaysia Baharu yang

Page 46: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

41

berpegang teguh dengan kerjasama berasaskan prinsip saling menghormati untuk keuntungan bersama (Perdana Digital 2018: 4).

Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling menghormati di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang individu boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat. Menghormati jiran tetangga ialah perintah dari Allah SWT serta termasuk salah satu tanda keimanan walaupun jiran tersebut bukanlah beragama Islam. Malah, melalui nilai hormat-menghormati dapat memberikan ruang kepada setiap kaum di negara ini mengamalkan adat dan budaya masing-masing yang menjadi teras perpaduan. Perkara ini menjadi manifestasi perpaduan yang diungkapkan oleh masyarakat melalui pantun sebagai salah satu medium untuk menyampai perasaan dan semangat perpaduan kepada masyarakat di negara ini.

Rumusan Berdasarkan contoh-contoh pantun yang dikemukakan dapat dilihat bahawa terdapat banyak pantun yang memaparkan aspek perpaduan masyarakat. Perpaduan yang diketengahkan adalah bagi memperlihatkan kepentingan menjaga keharmonian negara dengan mengamalkan beberapa nilai murni antaranya seperti berbudi bahasa, hormat menghormati dan bekerjasama. Nilai-nilai sebegini perlu diterapkan dan diteruskan dalam membina masyarakat harmoni dalam era Malaysia baharu, agar kesatuan dalam kepelbagaian dapat direalisasikan secara baik dalam menegakkan hak dan tanggungjawab dalam pelbagai kaum di Malaysia. Rujukan

Chew Fong Peng. 2009. Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Pelaksanaan dan Kesannya. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2): 15–31.

Lee Lam Thye. 2017. Rukun Negara Panduan Pupuk Perpaduan Kaum. Berita Harian. 7 Januari. https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20170107/282548722951766

Mohd Jamil Mukmin (ed.). 2013. Pantun Warisan: Khazanah Budaya Bangsa. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Mohd Rashid Md Idris. 2011. Nilai Melayu dalam Pantun. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Perdana Digital 2018. Diperoleh pada 24 November 2018. https: //www.pmo.gov.my/MalaysiaBaharu.pdf.

Wan Ab. Kadir wan Yosoff. 1996. Manifestasi Minda Masyarakat. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Page 47: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

42

Memperkasa Golongan OKU dalam Bidang Seni Visual Seiring Cabaran ke Arah Malaysia Baharu

Sabzali Musa Kahn, Rainal Hidayat Wardi, Zamruddin Abdullah & Siti Rohaya Yahaya Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Abstrak Abilympics (berasal daripada frasa Olympics of Abilities) merupakan program dan pertandingan kemahiran pekerjaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk orang kurang upaya (OKU). Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak terhadap potensi dan keupayaan OKU di dalam berbagai sektor pekerjaan serta memperkasakan golongan OKU. Abilympics juga merupakan satu medium untuk menjelaskan kepada masyarakat umum mengenai keupayaan dan potensi OKU khususnya dalam bidang seni dan vokasional. Seterusnya, program ini juga menyokong elemen inklusif golongan OKU ke dalam masyarakat serta mempromosikan peluang pekerjaan untuk OKU. Berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang untuk seseorang itu mencipta nama dan kejayaan. Program ini dapat meningkatkan para peserta OKU berwibawa di samping meningkatkan pengetahuan akademik, daya kreativiti dan inovasi peserta dan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya yang meyakinkan. Malah, kekurangan aspek fizikal yang dialami mereka ini sebenarnya boleh membawa kejayaan yang lebih besar. Sekiranya mereka bijak mencari peluang dan sanggup berjuang menghadapi cabaran ke arah Malaysia baru.

Kata kunci: Abilympics; orang kurang upaya; keupayaan; potensi; seni dan vokasional.

Pendahuluan Perkataan Abilympics berasal daripada frasa Olympics of Abilities. Ia merupakan pertandingan kemahiran serta bakat yang boleh digunakan dalam berbagai sektor pekerjaan sama ada dalam mahupun di luar negara. Pertandingan ini dijalankan di peringkat kebangsaan dan juga peringkat antarabangsa untuk orang kurang upaya (OKU). Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak terhadap potensi dan keupayaan OKU di dalam sektor pekerjaan serta memperkasakan golongan OKU dalam sesebuah komuniti atau masyarakat. Ianya secara langsung dapat memperkasa golongan OKU terutama dalam bidang seni visual seiring cabaran ke arah Malaysia baru.

Abilympics juga merupakan satu saluran bagi menjelaskan kepada masyarakat umum mengenai keupayaan serta potensi OKU khususnya dalam bidang seni dan vokasional. Malahan, ianya juga menyokong elemen inklusif golongan OKU ke dalam masyarakat serta mempromosikan peluang pekerjaan untuk OKU sebagai sumber pendapatan yang tetap dan mempunyai tahap profesional yang tinggi. Walaupun berstatus sebagai orang kurang upaya (OKU). Namun, ianya bukan penghalang untuk seseorang itu mencipta nama dan kejayaan ke tahap yang lebih tinggi di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Page 48: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

43

Gambar 1: Menguji kebolehan peserta menggabung, mengintegrasikan idea-idea serta hasil yang

dianalisis melalui lukisan

Program yang berasaskan pada Abilympics ini juga dapat meningkatkan para peserta OKU berwibawa dan bercita-cita tinggi untuk terus maju. Di samping itu, ianya juga meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti serta inovasi peserta dan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya yang meyakinkan. Malahan, kekurangan aspek fizikal yang dialami mereka ini sebenarnya boleh membawa kejayaan yang lebih maju ke hadapan. Sekiranya mereka bijak mencari peluang dan sanggup berjuang menghadapi berbagai cabaran pada masa sekarang dan hadapan.

Gambar 2: Peserta diperkenalkan dengan teknik kepelbagaian idea bagi menghasilkan lakaran

awal lukisan

Bagi penyediaan peserta ke program dan pertandingan Abilympics peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Beberapa perancangan telah dijalankan oleh beberapa pihak dengannya. Antara program tersebut dijalankan melalui Program Nukilan Jiwaku. Ianya merupakan program usaha sama antara Yayasan Maybank, Majlis Pemulihan Malaysia dan Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya. Program ini penting kerana ianya melibatkan berbagai jaringan dalam

Page 49: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

44

masyarakat kita. Pihak APM juga merakamkan terima kasih kepada pihak Yayasan Maybank dan Majlis Pemulihan Malaysia kerana kerjasama yang erat terjalin sepanjang program ini berlangsung.

Gambar 3: Peserta akan sentiasa didedahkan dengan suasana yang menggalakkan mereka untuk

berfikir dengan lebih kreatif. Secara tidak langsung kualiti pemikiran mereka juga akan meningkat

Pihak Akademi Pengajian Melayu juga akan mempertingkatkan lagi serta menyelaras jalinan bersama pihak industri dan masyarakat bagi tujuan memperkukuhkan fungsi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang selari dengan keperluan semasa. Maka, perlu banyak usaha harus dilaksanakan ke arah ini dan kami yakin ia akan membuahkan hasil positif bagi memperkukuhkan jalinan hubungan bersama komuniti di peringkat global. Malahan, kerja sama seperti ini dapat memberi sumbangan bermakna ke arah keharmonian dan kesejahteraan. Ia juga dapat memperkasa golongan OKU dalam bidang seni visual seiring cabaran ke arah Malaysia baru.

Gambar 4: Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih

praktikal dalam penghasilan lukisan

Page 50: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

45

Bagi memantapkan lagi kerjasama serta jaringan strategik ini, maka APM akan terus komited untuk meneroka peluang baharu yang boleh dimanfaatkan demi kepentingan bersama. Dalam konteks ini, memasyarakatkan anggota Universiti Malaya bersama komuniti secara berkesan supaya kehadirannya dirasai sebagai suatu cabaran kepada seluruh warga universiti. Universiti seharusnya berupaya memainkan peranannya sebagai ejen perubahan dan peneraju pembangunan negara dan masyarakat. Dengan berperanan sedemikian, masyarakat akan merasai kepentingan dan manfaat kewujudan sesebuah universiti kepada mereka.

Gambar 5: Menguji kebolehan peserta membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor

perbezaan dan hubungan dalam lukisan Rumusan Bagi pihak APM, kami akan menyediakan kemudahan fizikal serta bantuan tenaga pembimbing yang terbaik agar sebarang program OKU yang dijalankan di sini memberi kebaikan kepada masyarakat. Ia juga bagi memastikan individu atau masyarakat dapat memanfaatkan segala yang dipelajari seterusnya memperoleh kemahiran yang ingin dicapai sepanjang masa demi kebaikan pada masa hadapan. Kekurangan aspek fizikal yang dialami mereka (OKU) sebenarnya boleh membawa kejayaan yang lebih besar. Sekiranya mereka bijak mencari peluang dalam bidang yang mereka minati dan sanggup berjuang menghadapi cabaran pada masa hadapan. Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Diakses dari

http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunanpendidikan-malaysia-2013-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)

2015-2025. Diakses dari https://www.mohe.gov.my/muat-turun/awam/penerbitan/pppm-2015-2025-pt/5-malaysia-education-blueprint-2015-2025-higher-education/file

Malaysian Qualification Register. 2014, Ogos 6. Graphic Design Program. Diakses dari http://www.mqa.gov.my/MQR/english/eakrResult.cfm

Norlidah Alias, Abu Bakar Nordin, Saedah Siraj & Mohd Nazri Abdul Rahman. 2014. Kurikulum Satu Disiplin yang Dinamik. Kuala Lumpur: Pearson.

Roslinda Alias, Nor Aziah Alias, Abu Bakar Ibrahim, Halimaton Attan & Azman L. Kadir. 2012. What do the disabled students need? A study on the needs of the Special Educational Needs (SEN) students in Malaysian public universities. The European Journal of Social & Behavioural Sciences: 602-623.

Stock-Allen, N. 2013. A Short Introduction to Graphic Design History. Diakses dari http://designhistory.org

Sufean Hussin. 2008. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 51: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

46

Undang-undang Malaysia. 2008. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. Diakses dari http://rehabmalaysia.org/wpcontent/uploads/2011/12/Akta-Orang-Kurang-Upaya-2008.pdf

Zainuddin Ibrahim, Norlidah Alias & Abu Bakar Nordin. 2015. Exploratory Needs Analysis Towards Graphic Design Learning Module Based on Technology & Learning Styles for deaf students. International Educational Technology Conference–IETC 2015, Istanbul, Turkey, May 27-29.

Page 52: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

47

Pencerakinan Dialek Melayu Berasaskan Kaedah Makmal: Kajian Dialek Melayu Alaf 21

Shahidi A.H. & Rahim Aman Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Penelitian ke atas variasi dialek menemukan kita dengan hakikat bahawa setiap variasi bunyi bahasa menyerlahkan ciri-ciri akustik yang berbeza antara satu sama lain. Dalam hal ini, kita menanggapi atau menginterpretasikan sesuatu variasi itu berasaskan maklumat akustik tertentu. Maklumat-maklumat dapat dikenal pasti menerusi kaedah analisis spektrograf. Dengan hal demikian maka ilmu ini amat berguna untuk tujuan pencerakinan variasi dialek Melayu. Seiring dengan perkembangan dan kemajuan di Malaysia maka kaedah dan pendekatan dalam penelitian variasi dialek Melayu turut berkembang. Hakikat ini terbukti dengan semakin rancaknya perkembangan kajian ini berasaskan kaedah analisis spektrograf dan yang lebih menarik lagi apabila kaedah ini dihubungkaitkan dengan pendekatan terkini dalam meneliti variasi pertuturan iaitu pendekatan sosiofonetik.

Kata kunci: dialek; variasi; makmal; spektrograf; Malaysia baharu.

Pendahuluan

Pada hakikatnya, kajian dialek telah bermula pada penghujung abad ke-19 lagi. Kajian awal dimulakan oleh Georg Wenker (1876) dan kemudian dilanjutkan lagi oleh Jules Gillieron (1886). Kajian Wenker (1876) di Jerman dan Gillieron (1896) di Perancis yang merupakan pelopor dalam kajian dialek kira-kira 142 tahun yang lalu tentulah menggunakan kaedah tradisional. Kajian mereka mengandalkan proses pendengaran sebagai ‘mesin’ analisis data fonetik. Makmal ‘tradisional’ mereka adalah kampung-kampung terpencil di kawasan pedalaman. Bentuk kajian seumpama ini terus berlanjutan sehinggalah kini.

Namun, kesan daripada perkembangan sistem digital analog, proses menganalisis data fonetik tidak lagi bergantung pada proses pendengaran, sebaliknya data fonetik ini boleh diproses di makmal menggunakan sistem digital analog dalam melihat fenomena bunyi, khasnya dalam bentuk analisis spektrograf. Proses analisis bunyi melalui sistem digital analog ini merupakan perkembangan baru analisis fonologi berakustik alaf ke-21. Fenomena ini jugalah yang melanda penelitian variasi bahasa atau dialek di Nusantara khususnya Malaysia.

Kajian dialek Melayu secara umumnya telah lama diusahakan oleh para pengkaji sama ada dari dalam mahupun luar negara. Nama-nama seperti Asmah Hj. Omar, Farid M. Onn, Nik Safiah Karim, J.T. Collins, B. Northofer, dan K.A. Adelaar (sekadar membaris beberapa nama) bukanlah suatu yang asing bagi para penyelidik Melayu. Kajian-kajian lepas yang dijalankan lebih terarah kepada memerihalkan kewujudan variasi Bahasa Melayu khususnya variasi dialek Melayu.

Variasi dialek Melayu dalam makalah ini merujuk kepada kepelbagaian bentuk pertuturan dialek Melayu oleh penutur Melayu di Malaysia. Kepelbagaian bentuk ini sangat berhubung erat dengan sempadan isoglos yang menandai perbezaan antara satu dialek dengan dialek lain.

Page 53: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

48

Misalnya, antara dialek Melaka dengan dialek Negeri Sembilan. Sempadan ini tidak terbatas oleh garis sempadan politik, misalnya antara Negeri Melaka dengan Negeri Sembilan, atau antara Negeri Terengganu dengan Negeri Kelantan (daerah Alor Gajah (Melaka) masih terangkum di bawah isoglos dialek Negeri Sembilan, manakala Daerah Besut (Terengganu) masih terangkum di bawah isoglos dialek Negeri Kelantan).

Variasi dialek juga berhubung erat dengan kewujudan elemen seperti subdialek. Dalam hal ini, batas persamaan dan perbezaan linguistik antara subdialek bagi sesebuah dialek juga mewarnai fenomena variasi pertuturan. Kajian-kajian lepas membuktikan bahawa variasi pertuturan ini juga mampu ditandai oleh elemen nonlinguistik seperti demografi. Kerencaman elemen dan faktor yang mewujudkan variasi pertuturan ini justeru melahirkan bentuk pendekatan serta kaedah yang berbeza-beza dalam memeri persoalan variasi dialek.

Pencerakinan Variasi Bunyi Bahasa Menerusi Kaedah Makmal

Kaedah makmal di sini merujuk kepada aplikasi penggunaan perisian komputer atau peralatan tertentu yang lazimnya dimanfaatkan dalam studio atau makmal kajian. Antara yang lazim dimanfaatkan dalam kajian variasi bahasa ialah Spektrograf atau lebih dikenali sebagai Kaedah Analisis Spektrograf. Menerusi kaedah ini data bahasa diterjemahkan ke dalam bentuk paparan spektrogram. Anta lain, spektrogram membantu mengenal pasti aspek kontras penyuaraan, cara dan daerah artikulasi bunyi bahasa.

Penelitian aspek kontras penyuaraan antara konsonan

Kontras penyuaraan merujuk kepada aspek bersuara dan tak bersuara antara pasangan bunyi konsonan, misalnya [b] dan [p]. Bunyi konsonan (bunyi hentian, geseran, dan letusan) tidak bersuara mempunyai jeda masa yang panjang dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, bunyi hentian tidak bersuara dikenal pasti dengan merujuk pada jangka masa antara waktu ledakan dan permulaan bunyi selanjutnya yang secara relatifnya lebih panjang berbanding dengan bunyi hentian bersuara. Jeda masa sesuatu bunyi konsonan akan menjadi lebih lama/panjang (dalam spektrogram ia dilihat sebagai lebih lebar) sekiranya berlaku aktiviti penghalangan/penutupan terusan udara di kerongkong atau rongga mulut. Ini termasuklah periode penutupan selaput pepita suara (selaput suara berkeadaan hampir rapat atau rapat), dan penutupan/halangan laluan udara oleh lidah atau bibir.

Penelitian aspek cara artikulasi

Bunyi-bunyi bahasa yang hadir tanpa bunyi-bunyi bising akan tergambar dalam spektrogram sebagai jalur-jalur spektra hitam yang berturutan secara harmoni. Jalur hitam ini juga akan wujud lebih jelas di kawasan tertentu yang dikenali sebagai forman bunyi. Kejelasan jalur hitam ini juga adalah disebabkan ketinggian amplitud gelombang bunyi berkenaan. Amplitud yang tinggi adalah lambang/ciri bunyi-bunyi yang nyaring. Jaluran dalam bunyi periodik lebih jelas (lebih hitam tertera dalam spektrogram) kerana getaran pita suara yang konsisten dan kuat berbanding dengan bunyi aperiodik yang mempunyai jaluran yang tidak teratur dan kurang jelas akibat dari getaran pita suara yang tidak konsisten dan lemah. Justeru kerana hakikat getaran pita suara yang sedemikian maka bunyi periodik menggambarkan ciri-ciri kelompok bunyi yang lebih nyaring dan

jelas iaitu bunyi-bunyi vokal, semi vokal (termasuk juga bunyi sisian [] dan getaran []), diftong,

dan nasal. Manakala bunyi-bunyi bahasa yang hadir bersama bunyi-bunyi bising sepertimana yang

Page 54: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

49

tergambar dalam spektrogram dikenali sebagai bunyi tak berkala atau ‘aperiodik’. Bunyi-bunyi bahasa yang bersifat aperiodik memperlihatkan jalur-jalur spektra hadir secara rawak dan tidak teratur. Jaluran yang menggambarkan talunan hasil dari getaran selaput pepita suara ini agak sukar dilihat berbanding dengan jalur-jalur dalam bunyi periodik yang lebih jelas dan teratur. Bunyi-bunyi aperiodik diklasifikasikan sebagai menggambarkan bunyi-bunyi hentian, geseran, dan letusan.

Penelitian aspek daerah artikulasi

Maklumat-maklumat akustik yang boleh dirujuk sebagai penanda-penanda titik artikulasi secara khususnya terletak pada apa yang dinamakan frekuensi. Keadaan frekuensi forman-forman yang kelihatan dalam spektrogram khususnya forman pertama (F1) dan forman kedua (F2) amat berkait erat dengan penghasilan setiap satu bunyi bahasa. Unsur-unsur gelombang bunyi di F1 dan F2 merupakan penanda utama yang merujuk kepada penjenisan satu-satu bunyi vokal, diftong, nasal, dan juga semi vokal. Bagi bunyi-bunyi hentian, geseran dan letusan pula, penanda akustiknya terletak pada setiap peralihan F2nya yang menuruti bunyi-bunyi vokal yang berjiran dengannya.

Umumnya, ruang akustik antara F1 dan F2 mampu memberikan gambaran maklumat penentu kepada jenis vokal dan juga diftong. F1 yang rendah adalah penanda yang merujuk kepada vokal-vokal sempit (misalnya [i,u]) manakala tingginya F1 merujuk kepada vokal-vokal

luas (misalnya [a, ]). F2 dirujuk sebagai penanda kepada vokal depan (misalnya [i, e, , ) atau

vokal belakang (misalnya [u, o, , ]), di samping berguna untuk menyerlahkan kehadiran bunyi-

bunyi nasal, membeza-bezakan setiap satu bunyi-bunyi semi vokal dan juga bunyi-bunyi diftong. Kedudukan tinggi-rendah F2 pada hakikatnya bergantung kepada keadaan luas atau sempitnya rongga mulut yang pada dasarnya bergantung kepada keadaan rapat-renggangnya lidah dengan lelangit mulut. F2 akan menjadi tinggi sekiranya ruang rongga mulut berkeadaan sempit (dengan kata lain, lidah naik ke atas dan hampir mencecah lelangit mulut). F2 menjadi rendah apabila berlaku keadaan sebaliknya (iaitu ruang rongga mulut menjadi luas atau lebih terbuka).

Peralihan F2 bagi bunyi vokal, semi vokal dan diftong berbeza kerana F2 bagi bunyi-bunyi vokal bersifat mendatar sedangkan F2 bunyi-bunyi semi vokal dan diftong pula berbentuk lengkungan. Peralihan menaik atau menurun forman yang membentuk lengkungan F2, yang melambangkan kehadiran bunyi-bunyi semi vokal dan juga bunyi-bunyi diftong itu, adalah gambaran kepada hakikat penggeluncuran lidah. Penggeluncuran lidah untuk penghasilan bunyi-bunyi semi vokal tidaklah serigid bunyi-bunyi diftong. Peralihan F2 bagi setiap satu semi vokal

adalah berbeza. F2 yang menaik merujuk kepada bunyi /y/, manakala bunyi // dan // agak

sedikit menaik/sederhana, dan bunyi /w/ pula paling menurun F2 nya. Bunyi [l] dan [r] juga sekelompok dengan bunyi [w] dan [y] kerana ciri-ciri peralihan forman yang hampir sama (membentuk geluncuran bunyi yang hampir sama). F3 berkepentingan di sini sebagai sebahagian daripada penanda-penanda yang merujuk kepada bunyi-bunyi semi vokal dan juga nasal. Ia penting untuk membezakan peletakan sentuhan hujung lidah dalam proses

pembentukan bunyi [] dan [] (sebagai sebahagian daripada bunyi-bunyi semi vokal). Dalam kes

penghasilan bunyi-bunyi nasal pula, keadaan F3 adalah kabur atau tidak wujud langsung dalam spektrogram. Peralihan F2 menuruti forman vokal yang bersebelahan dengannya juga merupakan penanda yang merujuk kepada bunyi-bunyi aperiodik. Ciri-ciri peralihan F2 serta kekerapan talunan komponen bunyi bising turut menjadi unsur-unsur yang menentukan pengelasan bunyi-bunyi F2. Peralihan F2 di lokus tinggi ditentukan sebagai hasil pengartikulasian di bahagian

Page 55: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

50

alveolar, kerendahan lokus peralihan F2 pula merujuk kepada pengartikulasian di daerah labial. Bagaimanapun, keadaan ini agak berbeza dengan pengartikulasian yang melibatkan bahagian velar (termasuk juga palatal). Dalam hal ini, peralihan F2 tidak menuruti forman vokal yang bersebelahan dengannya. Kedudukan lokusnya pula adalah antara lokus bagi penanda daerah alveolar dengan lokus bagi penanda daerah labial.

Sorotan Kajian Variasi Dialek Berasaskan Spektrograf

Penelitian ke atas variasi dialek Melayu telah agak meluas dijalankan oleh para pengkaji seluruh dunia. Bagaimanapun, kajian variasi dialek Melayu berasaskan makmal agak baru bermula semula di Malaysia. Selepas percubaan oleh Teo Boon Seong (1988) yang cuba menghuraikan fenomena nasalisasi vokal BM dalam kata ganda serta kata pinjaman BM, penulisan tentang variasi dialek Melayu berasaskan makmal seakan-akan ‘mati’ dan sepi. Ia hanya bermula rancak sekitar menjelangnya abad ke-21.

Arthur S. Abramson (2003)

Makalah yang ditulis oleh Arthur S. Abramson iaitu Acoustic Cues to Word-Initial Stop Length in Pattani ini merupakan kajian yang melihat nilai bagi hentian kepanjangan isyarat akustik dialek Melayu Pattani pada awal kata. Kajian ini juga melihat penghasilan amplitud dan frekuensi fundamental (F0), didapati kedua-duanya mempunyai nilai dan keputusan yang sama bagi kedua-dua konsonan. Beliau mengatakan kepelbagaian nilai amplitud ini mempunyai kesan yang signifikan tetapi masih tidak dapat menjelaskan persepsi mengenai nilai hentian kepanjangan konsonan masyarakat Melayu Pattani. Kepanjangan nilai konsonan ini mempengaruhi maksud bagi sesuatu kata yang ingin diujarkan oleh penutur masyarakat Pattani. Dalam dialek Melayu Pattani untuk menyatakan sesuatu perkara berbentuk lebih awal mereka akan menggunakan kepanjangan bunyi konsonan ini. Contohnya, dalam kata [pagi] untuk menyatakan pada awal pagi ujaran disebut sebagai [p:agi] iaitu sebutan konsonan /p/ di awal kata dipanjangkan. Selain itu, didapati pasangan kata bagi konsonan ini nilai F0 dan amplitudnya tidak berubah walaupun ianya mengalami penyempitan dan sekatan dalam pengujaran. Selain itu, hasil daripada kajian ini juga didapati nilai amplitud dan F0 bertentangan dengan nilai tempoh sekatan dan hal ini tidak mampu menjelaskan persilangan persepsi yang ditimbulkan oleh pengkaji pada peringkat awal penulisan ini. Namun begitu, bagi konsonan frikatif dan nasal pula mengalami hal yang sebaliknya iaitu nilai F0 dan amplitud serta nilai tempoh sekatan persilangan persepsi bagi konsonan-konsonan ini berjaya dilihat seperti yang dikehendaki walaupun terdapat perbezaan dari segi tempoh sekatan dan penyempitannya.

Shahidi A.H. & Rahim Aman (2010)

Pengaruh Dialek dalam Pertuturan Bahasa Melayu Standard: Pencerakinan Bunyi Berasaskan Spektrogram merupakan hasil bersama Shahidi A.H. dan Rahim Aman yang bertujuan menunjukkan kewujudan pengaruh dialek, khususnya dialek Melayu Kelantan dalam bahasa Melayu standard yang dituturkan penutur natif Kelantan. Dalam kajian ini kedua-dua pengkaji berusaha untuk mengenal pasti pola penasalan yang diteliti berasaskan analisis spektrografi. Kajian ini memfokuskan analisis posisi suku kata akhir perkataan sasaran yang dituturkan oleh penutur Melayu Kelantan ketika bertutur, khususnya dalam dua konteks yang berbeza sama ada ketika penutur berbahasa Melayu standard dan tidak standard (dialek Kelantan).

Page 56: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu SEBAHTERA 2018

51

Analisis spektrografi dalam kajian ini bertujuan melihat perubahan ciri fonetik bunyi vokal dan konsonan pada lingkungan suku kata akhir. Pemerhatian tersebut merujuk kepada sama ada

frekuensi forman vokal [ɑ] pada lingkungan suku kata akhir kekal atau berubah kepada [ɛ], dan sama ada isyarat-isyarat akustik bunyi konsonan nasal akhir kata terbukti kekal atau hilang. Pengkaji menyatakan bahawa dari segi kesahihan kajian fonetik menunjukkan terdapatnya perbezaan pola penasalan dialek Melayu Kelantan dan bahasa Melayu standard. Namun, hasil kajian yang diperoleh menunjukkan bukti yang berbeza iaitu pola penasalan dialek Melayu Kelantan dan bahasa Melayu standard tidak mempunyai sebarang perbezaan. Pengkaji menyatakan ciri-ciri dialek Melayu Kelantan cukup kuat mempengaruhi pertuturan dalam bahasa Melayu standard oleh penutur bahasa Melayu Kelantan.

Jasmin & Shahidi (2016)

Fokus penulisan ini adalah berkaitan dengan konsonan frikatif uvula // dalam dialek Kedah

yang direalisasikan sama ada sebagai [], [] atau []. Jasmin & Shahidi (2016) berusaha

memperbaharui penemuan kajian tentang bunyi frikatif uvula [] dengan cara mengaplikasikan

pendekatan fonetik akustik. Maklumat data bunyi bahasa dalam bentuk akustik diserlahkan menerusi kaedah analisis spektrograf. Data bunyi bahasa dalam bentuk spektrogram adalah bersumberkan ujaran penutur subdialek Kedah persisiran yang merupakan salah satu varian bagi dialek Kedah.

Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan frikatif uvula bersuara [] benar-benar

wujud dalam ujaran penutur natif dialek Melayu Kedah. Hakikat ini berupaya diketengahkan dengan pendekatan yang baru iaitu pendekatan fonetik akustik. Oleh kerana tidak terdapat kajian-kajian di barat yang benar-benar mengkhusus kepada penelitian frikatif uvula ini, maka dengan itulah penulis berusaha mahu mewujudkan satu bentuk kajian rintisan terhadap bunyi tersebut. Dengan menggunakan sampel rakaman ujaran yang mengandungi bunyi sasaran oleh ahli fonetik Inggeris, penulis menjadikannya sebagai sandaran bagi merujuk ciri akustik bunyi yang dikaji iaitu bacaan frekuensi forman (Hz). Kajian lepas menunjukkan bahawa bunyi frikatif uvula ini adalah penggantian kepada bunyi getaran alveolar dalam bahasa Melayu standard, dan ia dikatakan tidak wujud dalam mana-mana dialek Melayu lain. Bunyi frikatif uvula yang dihasilkan oleh subjek kajian dilihat sebagai penemuan yang dominan bagi penutur subdialek Kedah Pesisiran.

Norhaniza & Shahidi (2018)

Perbincangan penulisan ini tertumpu kepada hasil analisis realisasi kontras penyuaraan bunyi

plosif /p, b, t, d, k, / di awal kata yang terkandung dalam pertuturan dua orang informan

berlainan jantina yang berasal dari Kg. Luat, Lenggong di Perak. Dapatan awal menunjukkan bahawa dialek Melayu-Patani Lenggong (dMPL) memiliki bunyi plosif tak bersuara bercirikan Short Voicing Lead dan bunyi plosif bersuara bercirikan Voicing Lead. Dapatan juga menunjukkan realisasi kontras penyuaraan dMPL bersamaan dengan kajian Bahasa Melayu sebelum ini, tetapi bertentangan dengan Bahasa Inggeris yang tergolong dalam kategori Long Voicing Lead vs. Short Voicing Lead. Kajian realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif di awal kata dMPL ini adalah satu kajian bersifat rintisan yang masih memerlukan kajian lanjutan yang lebih berwibawa dengan meneliti lebih banyak faktor-faktor sosial dalam penghasilan bunyi plosif penutur dMP di kawasan yang lebih luas cakupannya, iaitu daerah Hulu Perak. Dapatan kajian adalah hasil analisis spektrograf menggunakan perisian Praat dipaparkan dalam bentuk rajah spektrogram.

Page 57: PROSIDINGPROSIDING - umexpert.um.edu.my · Berdasarkan epistemologi, “Melayu” dilihat dari dua sudut: etnik manusia Melayu dan rumpun atau bangsa Melayu. Etnik Melayu adalah sekelompok

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu ISBN 978-983-3213-11-5

52

Perbincangan dan Rumusan

Penelitian ke atas variasi dialek menemukan kita dengan hakikat bahawa setiap variasi bunyi bahasa menyerlahkan ciri-ciri akustik yang berbeza antara satu sama lain. Dalam hal ini, kita menanggapi atau menginterpretasikan sesuatu variasi itu berasaskan maklumat akustik tertentu. Maklumat-maklumat dapat dikenal pasti menerusi kaedah analisis spektrograf. Dengan hal demikian maka ilmu ini amat berguna untuk tujuan pencerakinan variasi dialek Melayu.

Seiring dengan perkembangan dan kemajuan di Malaysia maka kaedah dan pendekatan dalam penelitian variasi dialek Melayu turut berkembang. Hakikat ini terbukti dengan semakin rancaknya perkembangan kajian ini berasaskan kaedah analisis spektrograf dan yang lebih menarik lagi apabila kaedah ini dihubungkaitkan dengan pendekatan terkini dalam meneliti variasi pertuturan iaitu pendekatan sosiofonetik. Secara umumnya, sosiofonetik merupakan sebuah pendekatan yang mengintegrasikan teknik, prinsip, dan kerangka teori fonetik dengan sosiolinguistik.

Penghargaan

Penghargaan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia atas dana penyelidikan GGP-2017-002.

Rujukan

Abramson, A.S. 2003. Acoustic Cues to Word-Initial Stop Length in Pattani Malay. Proceeding of the 15th International Congress of Phonetic Sciences, hlm. 387-390.

Jasmin Badrudin & Shahidi A.H. 2016. Pemerian Akustik Bunyi Frikatif Uvula Subdialek Kedah Persisiran. Dlm. Shahidi A. Hamid & Ali Salman (peny.). Ilmu Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Menjana Peradaban Insan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norhaniza Abd. Khairi & Shahidi A.H. 2018. Realisasi Kontras Penyuaraan Bunyi Plosif Awal Kata Dialek Melayu- Pattani di Lenggong Perak. Prosiding Persidangan Linguistik Antarabangsa 2018 (Paling2018 UKM), 14-15 November 2018, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Shahidi A.H. & Rahim Aman. 2010. Pengaruh Dialek Dalam Pertuturan Bahasa Melayu Standard: Pencerakinan Bunyi Berasaskan Spektrogram. Jurnal Bahasa 10(2): 287-297.

Teoh Boon Seong. 1988. Nasalisasi vokal di dalam kata-kata duplikasi, dan kata-kata pinjaman Melayu-satu penjelasan fungsi, artikulatori dan fisiologi. Jurnal Dewan Bahasa: 593-597.