PROJEK SEJARaH bangunan bersejarah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Best regards from Seri Kembangan.

Text of PROJEK SEJARaH bangunan bersejarah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN. _____________________________________________________________________

Kerja Kursus Sejarah Penilaian Menengah Rendah Tahun 2009

Bangunan Bersejarah di Malaysia:

Bangunan Sultan Abdul SamadWilayah Persekutuan Kuala Lumpur_____________________________________________________________________

Nama : Nombor I/C: Tingkatan: 3 Daisi 5 Guru Subjek: Pn. Jehan binti Abdullah

Senarai Kandungan:_____________________________________________________________________

No. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

Aspek Senarai Kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah Kajian Pengenalan Nama Lain Bagi Bangunan Sultan Abdul Samad Asal-usul Bangunan Pengasas Tarikh Pembinaan Perletakkan Batu Asas Lokasi Tujuan Pembinaan Kos Pembinaan san Upacara Perasmian Reka Bentuk Pelan Bahan-bahan Pembinaan Pengubahsuaian Hiasan Dalaman dan Keistemawaan Bangunan Kegunaan Dahulu dan Sekarang Cara Pembinaan Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat 1 2 3 4 5 6 7 8-9 9 10 11-12 13-14 15 16-17 18 19 20-22 23 24 25-26 27-3_ 3_

Penghargaan:_____________________________________________________________________ Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini, saya telah menghadapi beberapa cabaran yang agak menyulitkan. Namun, kerja kursus ini tetap dapat dijayakan atas bantuan dan kerjasama yang telah diberi daripada beberapa pihak.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru subjek Sejarah Tingkatan 3, Pn. Jehan bt. Abdullah yang telah banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai format kerja kursus Sejarah PMR. Beliau juga membimbing dan membetulkan kesilapan dalam proses penghasilan projek ini.

Sekalung budi kepada kedua-dua ibu bapa saya, En. _________dan Pn.__________, kerana telah memberi dorongan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh penghasilan projek ini. Tidak dilupakan Pn. ___________yang telah telibat sebagai 2

responden dan sudi ditemu bual. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan sekelas 3 Daisi 5 dan rakan saya kerana sudi berkongsi maklumat berkaitan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah terlibat dan sudi memberi bimbingan, sokongan serta kerjasama sepanjang tempoh penghasilan projek ini.

Objektif Kajian:_____________________________________________________________________ Kerja kursus Sejarah ini telah merangkumi beberapa objektif kajian seperti yang berikut: 1) Mengenal pasti sejarah dan latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad.

2) Mengetahui reka bentuk dan ciri-ciri Bangunan Sultan Abdul Samad.

3) Mengetahui tujuan Bangunan Sultan Abdul Samad dibina.

4) Kepentingan dan peranan Bangunan Sultan Abdul Samad semasa peristiwaperistiwa yang penting.

5) Membuat perkaitan antara Bangunan Sultan Abdul Samad dengan rakyat Malaysia. 3

6) Menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah dalam kalangan rakyat, kerana bangunan-bangunan tersebut melambangkan keistimewaan sesebuah Negara.

7) Menerapkan unsur-unsur nilai murni dan patriotisme dalam kalangan pelajar.

Kaedah kajian:_____________________________________________________________________ Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam penghasilan kerja kursus ini.Kaedah yang telah saya gunakan adalah seperti yang berikut:

1) Rujukan Saya telah merujuk dan menganalis maklumat daripada buku-buku ilmiah,dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan seperti Perpustakaan Hipermedia MPSJ dan perpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih.

2) Media Saya telah menganalisi media masa dan media cetak seperti internet, majalahmajalah, dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut 4

mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya.

3) Pemerhatian Saya telah melakukan pemerhatian bagi mengenal pasti seni bina dan keistimewaan bangunan yang telah saya pilih dengan tepat.

4) Temu Bual: - Saya telah menemu bual emak saya, Pn. Koay Lai Keok mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad. Hasil temu bual telah saya masukkan dalam Elemen 1 kerja kursus ini.

Pengenalan:_____________________________________________________________________ Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan di antara bangunan tertua yang terdapat di bandar Kuala Lumpur. Bangunan tersebut mempunyai reka bentuk yang tersendiri dan istimewa. Walaupun sudah berumur melebihi 100 tahun, bangunan tersebut tetap merupakan salah satu tumpuan pelancong yang hangat. Bangunan Sultan Abdul Samad telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan negara kita.

Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah menjadi Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dapat dilihat pada poskad, setem serta lukisanlukisan. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian reka bentuknya.

5

Nama Lain Bagi Bangunan Sultan Abdul Samad:_____________________________________________________________________ Pada mula pembinaannya bangunan itu dikenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the New Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat) yang dguna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Pada asalnya bangunan tersebut hanya disebut sebagai Bangunan sahaja sebelum ditukar kepada nama Bangunan Sultan Abdul Samad sempena pemerintah bagi negari Selangor yang memerintah dari tahun 1857 hingga 1898. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul Samad juga dikenali oleh pelancong negara asing sebagai Kuala Lumpurs Big Ben dan Kuala Lumpurs Grand Old Lady.

Jam besar yang terdapat pada menara setinggi itu pula dikenali sebagai jam kemerdekaan kerana jam tersebut berdenting 12 kali pada tepat jam 12.00 malam, 30 Ogos 1957. Pada masa yang sama, bendera Union Jack telah diturunkan dan

6

digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Jalur Gemilang) oleh saudara Hamzah Alang.

Asal-usul bangunan:_____________________________________________________________________ Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini bermula dari tahun 1889, iaitu setelah W.E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di negeri Selangor. Pada masa itu, bangunan-bangunan kerajaan dan rumah kedai yang dibina di Kuala Lumpur tidak begitu menonjol dan menarik. Justeru, beliau telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan yang boleh menempatkan semua jabatan-jabatan kerajaan Negri-negeri Melayu Bersekutu. Maxwell telah membawa Charles Edwin Spooner dari Ceylon (Sri Lanka) sebagai Jurutera Negeri (State Engineer) dan Pengarah Jabatan Kerja Raya dibantu oleh Arthur Charles Alfred Norman sebagai arkitek. Beliau memilih sebuah tempat yang keluasannya 1035 hektar.

7

Pengasas:_____________________________________________________________________ Setelah W.E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di negeri Selangor pada 1889, bangunan-bangunan kerajaan dan rumah kedai yang dibina di Kuala Lumpur tidak begitu menonjol dan menarik, di samping ingin membangunkan negeri Selangor sebagai pusat pentadbiran. Lantaran itu, Maxwell telah membawa Charles Edwin Spooner dari Ceylon sebagai Jurutera Negeri (State Engineer) dan Pengarah Jabatan Kerja Raya dibantu oleh Arthur Charles Alfred Norman dan Bellamy sebagai arkitek. Selaku arkitek Jabatan Kerja Raya (PWD), Arthur Charles Alfred Norman merupakan arkitek dan perancang bagi beberapa bangunan yang penting seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Sri Carcosa, Sekolah Victoria Institution dan sebagainya. Beliau menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri senibina Moor (Moorish) dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. 8

Regent Alfred John Bidwell telah melukis pelan ketinggian (elevation plan) manakala A.C. Norman menyediakan pelan tampak. Reka bentuk yang dikemukakan oleh mereka ialah English Classical Renaissance. Namun, C.E. Spooner selaku Jurutera Negeri dan penyelia tidak begitu bepuas hati dengan reka bentuk yang dikemukakan, kerana berasa reka bentuknya tidak begitu sesuai dengan iklim dan persekitaran di Kuala Lumpur.

Lantaran itu, A.C. Norman telah mengadaptasi seni bina yang berunsurkan Muslim India dan Eropah, iaitu seni bina Mohametan. Seni binanya yang berbentuk Saracenic sebenarnya dihasilkan oleh pengikut-pengikut Nabi Mohammad. Seni bina Saracenic ini turut mempunyai beberapa nama yang lain, misalnya seni bina Moslem dan seni bina Moorish.

Bangunan yang dipengaruhi bangunan awam di India ini menonjolkan dua stail unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang bercirikan Raj style mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.

Susunan umum pelan (susunan pejabat-pejabat) tersebut tidak ditukar, hanya bahagian luarnya yang diubah kepada seni bina Mohametan. C.E. Spooner terlebih dahulu turut berpendapat bahawa bangunan yang bercirikan unsur-unsur Timur sesuai dibina di Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad yang berunsurkan reka bentuk Mohametan dianggarkan menelan belanja sebanyak $152,000.

_____________________________________________________________________ 9

Tarikh pembinaan:Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dari tahun 1894 hingga April, 1897 (2 tahun 7 bulan) _____________________________________________________________________

Perletakan Batu Asas:_____________________________________________________________________ Pada 6 Oktober 1894, Gebenor Negeri-Negeri Selat, H.E. Sir Charles BH Mitchell KCMG telah menggunakan satu kulir perak untuk meletakk