4
Muka surat 1 daripada 4 Kenyataan Media LHDNM, 5 Disember 2017 KENYATAAN MEDIA PROGRAM HARI SIHAT HASIL Cyberjaya , 5 Disember 2017 Sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan agensi kerajaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menganjurkan Program Hari Sihat Hasil bermula pada 5 7 Disember 2017 di di Dewan Bangsawan, Menara Hasil Cyberjaya. Program yang diserikan dengan pelbagai aktiviti berteraskan gaya hidup sihat ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM. Antara objektif penganjuran Program Hari Sihat Hasil ini adalah bertujuan untuk menarik minat dan perhatian warga kerja LHDNM terhadap kepentingan pembudayaan amalan kesihatan yang baik, seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti kerja sekaligus menyumbang kepada pembangunan negara. Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah pemeriksaan kesihatan, senam robik, derma darah, pameran booth, jualan produk kesihatan serta beberapa siri taklimat kesihatan. Turut hadir sama dalam program ini ialah Datuk Noor Azian Abdul hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Datuk Mohd Nizom Sairi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDNM, Encik. Abdul Manap Dim, Timbalan Ketua Pegawai Untuk siaran segera

PROGRAM HARI SIHAT HASIL - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/...05122017_PROGRAM_HARI_SIHAT_HASIL.… · membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan

  • Upload
    others

  • View
    95

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROGRAM HARI SIHAT HASIL - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/...05122017_PROGRAM_HARI_SIHAT_HASIL.… · membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan

Muka surat 1 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 5 Disember 2017

KENYATAAN MEDIA

PROGRAM HARI SIHAT HASIL

Cyberjaya , 5 Disember 2017 – Sebagai menyahut seruan kerajaan dalam

membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan agensi kerajaan,

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menganjurkan Program Hari Sihat

Hasil bermula pada 5 – 7 Disember 2017 di di Dewan Bangsawan, Menara Hasil

Cyberjaya.

Program yang diserikan dengan pelbagai aktiviti berteraskan gaya hidup sihat ini

dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM.

Antara objektif penganjuran Program Hari Sihat Hasil ini adalah bertujuan untuk menarik

minat dan perhatian warga kerja LHDNM terhadap kepentingan pembudayaan amalan

kesihatan yang baik, seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti kerja

sekaligus menyumbang kepada pembangunan negara.

Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah pemeriksaan kesihatan,

senam robik, derma darah, pameran booth, jualan produk kesihatan serta beberapa siri

taklimat kesihatan.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Datuk Noor Azian Abdul hamid, Timbalan Ketua

Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Datuk Mohd Nizom Sairi, Timbalan Ketua Pegawai

Eksekutif (Pengurusan) LHDNM, Encik. Abdul Manap Dim, Timbalan Ketua Pegawai

Untuk siaran segera

Page 2: PROGRAM HARI SIHAT HASIL - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/...05122017_PROGRAM_HARI_SIHAT_HASIL.… · membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan

Muka surat 2 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 5 Disember 2017

Eksekutif (Pematuhan) LHDNM, Puan Noraini Mustafa, Pengarah Jabatan Pengurusan

Insan LHDNM dan pegawai-pegawai LHDNM.

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi I Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | : 03-8313 7873

Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 5 Disember 2017

Page 3: PROGRAM HARI SIHAT HASIL - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/...05122017_PROGRAM_HARI_SIHAT_HASIL.… · membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan

Muka surat 3 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 5 Disember 2017

Gambar 1 : CEO LHDNM sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Gambar 2: Demonstrasi senaman regangan badan di tempat kerja.

Page 4: PROGRAM HARI SIHAT HASIL - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/...05122017_PROGRAM_HARI_SIHAT_HASIL.… · membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan

Muka surat 4 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 5 Disember 2017

Gambar 3 : CEO LHDNM meninjau pameran booth kesihatan.

Gambar 4 : Antara pengisian program Sihat Hasil.