20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2A Modul 2 Nama : ____________________________

Program Bahasa Melayu Bestari · 2020. 12. 2. · 2. membajai tanaman : Petani tua itu membajai tanamannya dua minggu sekali. 3. membalas surat : Rina membalas surat sahabat penanya

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

    Tahap SR2A

    Modul 2

    Nama : ____________________________

  • Markah Kuiz Komputer

    Minggu Tarikh Tatabahasa

    (%)

    Perbendaharaan Kata (%)

    Peribahasa

    (%)

    Lain-lain

    1

    2

    3

    4

    5

  • Program Bahasa Malaysia Edubest Modul 2

    A. Perbendaharaan Kata & Bacaan

    a. Perbendaharaan Kata

    Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思

    1 bersatu

    -bermuafakat, sekata

    团结

    2 teguh

    -kukuh, kuat

    稳固

    3 roboh

    -tumbang

    倒塌

    4 asyik

    -selalu

    一直

    5 dipedulikan

    -diendahkan

    被理睬

    6 runsing

    -risau

    担心

    7 termenung

    -berfikir panjang

    发呆

    8 menginsafkan

    -menyedarkan

    使…觉悟

    9 sesekali

    -kadang-kala

    偶尔

    10 terkenang

    -terfikir

    想起

    11 arwah

    -jiwa orang yang sudah mati

    已故

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 1

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 12 mengatasi

    -menyelesaikan

    克服

    13 bisik

    -bercakap dengan suara yang lembut

    低声细语

    14 berterusan

    -berpanjangan

    持续

    15 akal

    -cara

    办法

    16 sulung

    -anak yang pertama

    长子

    17 pelik

    -hairan

    奇怪

    18 ibarat

    -seperti

    好象

    19 menjatuhkan

    -menumbangkan

    弄垮

    20 menempuh

    -mengalami, menghadapi

    经历/面对

    21 cabaran

    -perkaran yang menyusahkan seseorang

    挑战

    22 goyah

    -tidak teguh

    动摇

    23 mengalahkan

    -menewaskan

    打败

    24 ujar

    -kata

    25 menyusahkan

    -membuat seseorang susah, menyukarkan

    为难

    26 prinsip

    -asas, dasar

    原则

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 2

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • b. Latihan Isi Tempat Kosong

    1. Kita hendaklah menggunakan ____________untuk berfikir

    apabila hendak menyelesaikan sesuatu _________________.

    2. Rani selalu _______________di dalam kelas semasa cikgu

    sedang mengajar.

    3. Ibu selaku menasihati adik agar tidak ______________orang

    lain semasa balik bercuti di kampung.

    4. Sikap Rajendran mulai ______________sejak dia memenangi

    tempat pertama dalam pertandingan badminton.

    5. Pelajar yang ____________datang lewat akan didenda.

    6. __________Cik Ainon kelihatan sedih apabila berita buruk itu

    disampaikan kepadanya.

    7. Adik berasa ____________apabila menerima hadiah daripada

    orang yang tidak dikenalinya.

    8. Wahid _______________akan _____________ibunya

    apabila melihat bantal yang adiknya peluk itu.

    ( %)

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 3

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • c. Latihan Silang Kata

    Menurun

    1. Fikiran

    2. Orang yang sudah meninggal

    dunia

    3. Seperti

    4. Bercakap dengan suara yang

    sangat lembut

    5. Bimbang / khuatir

    6. kukuh / kuat

    7. Hairan

    Melintang

    4. Berbual-bual untuk

    menyelesaikan sesuatu

    8. Terfikir semula

    9. Berfikir sesuatu sehingga

    tidak menumpukan

    perhatian

    10. Anak yang terbesar

    11. Kesusahan

    12. Tidak berhenti-henti

    membuat sesuatu

    13. Rupa / muka

    ( %)

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 4

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

    Di sebuah kampung, ada seorang petani. Petani itu mempunyai

    tiga orang anak lelaki. Ketiga-tiga orang anak petani itu asyik

    bergaduh pada setiap masa. Petani itu telah menasihati mereka

    supaya jangan bergaduh. Malangnya, nasihatnya tidak dipedulikan

    oleh mereka. Petani itu sangat runsing apabila memikirkan masalah

    anak-anaknya.

    Petani itu sering termenung memikirkan cara untuk

    menginsafkan mereka. Sesekali, dia terkenang akan arwah isterinya.

    “Kalaulah isteriku masih hidup, bolehlah aku berbincang

    dengannya untuk mengatasi masalah ini,” bisik petani itu.

    Petani itu juga sentiasa berdoa kepada Tuhan agar anak-

    anaknya berubah sikap. Dia bimbang sikap mereka akan berterusan

    hingga dewasa.

    “Apakah yang akan terjadi kepada mereka apabila aku sudah

    tiada nanti?” fikir petani itu.

    Pada suatu hari, petani itu telah memanggil ketiga-tiga orang

    anaknya. Dia telah mendapat satu akal untuk menginsafkan mereka.

    “Kenapa ayah panggil kami?” tanya anaknya yang sulung.

    Petani itu hanya mendiamkan diri sambil memandang wajah

    anakanya satu persatu. Anak-anak petani itu hairan melihat kelakuan

    ayah mereka. Kemudian, petani itu memberikan mereka sebatang lidi

    setiap seorang. Anak-anaknya berasa pelik.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 5

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • “Cuba kamu patahkan lidi itu,” arah petani itu kepada anak-

    anaknya.

    Meraka bertiga pun mematahkan lidi itu. Mereka berjaya

    mematahkan lidi dengan mudah. Mereka berasa hairan dan

    memandang sesama sendiri. Kemudian, petani itu memberikan

    seberkas lidi kepada anaknya yang sulung lalu berkata, “Cuba

    patahkan seberkas lidi ini,” perintah petani itu.

    Anaknya yang sulung cuba mematahkan lidi tersebut tetapi

    tidak berjaya. Begitu juga dengan anaknya yang kedua dan yang

    bongsu. Mereka tidak berjaya mematahkan seberkas lidi tersebut.

    Melihatkan keadaan tersebut, petani itu pun tersenyum.

    “Kamu semua ibarat sebatang lidi ini, mudah dipatahkan kerana

    tidak bersatu. Kamu selalu bergaduh. Kalau ada orang hendak

    menjatuhkan kamu, dengan mudah sahaja kamu dapat dikalahkan,”

    kata petani itu. Anak-anaknya hanya berdiam diri sambil

    menundukkan kepala.

    “Ingatlah anak-anakku, hidup ini penuh dengan cabaran. Kita

    perlu bersatu menempuh cabaran tersebut. Kalau kita bersendirian,

    kita mudah goyah. Kalau kita saling bersatu dan berkerjasama, kita

    akan kuat seperti seberkas lidi ini. Musuh pun sukar untuk

    mengalahkan kita,” ujar petani itu lagi.

    Anak-anak petani itu berasa insaf setelah mendengar nasihat

    ayah mereka. Mereka sedar selama ini mereka banyak menyusahkan

    ayah mereka. Mereka berjanji akan berbaik-baik antara satu sama

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 6

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • lain. Mereka berpegang pada prinsip 'bersatu kita teguh, bercerai

    kita roboh'.

    Sejak itu, anak-anak petani berubah sikap. Mereka tidak

    bergaduh lagi, sebaliknya saling berkerjasama dan tolong menolong.

    Petani itu gembira melihat perubahan sikap mereka.

    B. Pemahaman

    Kata Kunci - Perkataan-perkataan yang bergaris

    Latihan Pemahaman

    1. Mengapakah petani itu terkenangkan arwah isterinya ?

    2. Bagaimanakah kita hendak mempertahankan diri supaya tidak

    mudah dijatuhkan oleh pihak musuh ?

    3. Apakah pengajaran yang diambil daripada cerita ini ? (KBAT)

    4. Nyatakan kesan yang akan berlaku jika masyarakat tidak

    mengamalkan sikap bekerjasama dalam kehidupan seharian. (KBAT)

    ( %)

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 7

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • C. Tatabahasa

    Nota Ringkas

    1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan.

    Contoh: menebang, menggoreng, berbual-bual, terjumpa

    2. Kata kerja boleh dibahagikan kepada 2 jenis:

    (a). Kata kerja transitif: -Kata kerja yang diikuti dengan

    penyambut/kata nama dalam ayat

    -Biasanya ditulis dengan imbuhan

    awalan meN-

    Contoh: menggoreng ikan ; mengecat dinding

    Kata kerja transitif penyambut/kata nama

    (b) Kata kerja intransitif: -Kata kerja yang diikuti dengan kata

    sendi atau tanda baca. (Tidak

    memerlukan penyambut)

    -Biasanya, dibubuh imbuhan ber, ter.

    Contoh: Ali berbasikal ke pasar.

    Kata kerja intransitif

    Ali sedang tidur.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 8

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Latihan 1

    A. Suaikan kata kerja transitif dengan penyambut.

    menggosok menternak mengait mengecat

    menjerang mencuci menonton menebang

    1. _______________ air 5. ________________ kasut

    2. _______________ pokok 6. ________________ dinding

    3. _______________ wayang 7. ________________ kain

    4. _______________ rambutan 8. ________________ kambing

    ( %)

    Latihan 2 :

    Isi tempat kosong dengan kata kerja tidak transitif yang terbaik

    termenung terlantar berlakon bertugas

    menjerit merajuk bersiar-siar bermandi-manda

    1. Adik _______________ kerana emak tidak mahu membelikannya alat permainan.

    2. Ramai budak suka _________________ air sungai itu.

    3. Kakak _______________ apabila ternampak tikus.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 9

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 4. Orang ramai suka _______________ di taman bunga pada waktu petang,

    5. Pesakit yang lemah jantung itu ________________ di hospital.

    6. Ahli kumpulan teater sedang _______________ di atas pentas.

    7. Encik Ratnam ______________ di sebuah syarikat swasta.

    8. Khatijah selalu ________________ semasa cikgu mengajar.

    ( %)

    Latihan 3:

    Isikan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai. Kemudian,

    tandakan KKT untuk kata kerja transitif dan KKTT untuk kata kerja

    tidak trasitif dalam kurungan. (KBAT)

    1. Rosnah ________________( ) ke dalam kolam renang tadi.

    2. Tiga orang pekerja yang ______________ ( )itu telah

    dimarahi majikannya.

    3. Dedaun pokok itu ____________ ( )di atas lantai.

    bercakap membajak berkelahi terjatuh

    bertaburan menyakiti menghormati menajak

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 10

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 4. Kita hendaklah ____________( ) orang tua.

    5. Murid-murid tidak dibenarkan ______________ ( ) sewaktu

    peperiksaan dijalankan.

    6. Pekebun tua itu sedang ________________( ) rumput.

    7. Siti selalu ________________( ) hati ibunya.

    8. Petani moden _________________( ) sawah dengan

    jentera pembajak.

    ( %)

    Latihan 4 :

    Senaraikan 3 kata kerja transitif dan 3 kata kerja tidak transitif

    daripada petikan pemahaman. (KBAT)

    Kata kerja Transitif Kata Kerja Tidak Transitif

    1.

    2.

    3.

    1.

    2.

    3.

    ( %)

    i-Think

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 11

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • D. Pertuturan

    Rangsangan

    Ceritakan isi kandungan gambar bersiri di atas secara

    lisan.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 12

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • E. Penulisan

    Karangan Jenis Ransangan

    Gambar Bersiri

    Panduan Mengarang

    1. Terdapat dua jenis karangan bergambar, iaitu gambar bersiri dan gambar tunggal.

    2. Biasanya, karangan gambar bersiri lebih mudah ditulis kerana anda hanya perlu menulis mengikut urutan peristiwa yang

    dipaparkan.

    3. Untuk karangan gambar tunggal, anda perlu memahami situasi yang dipaparkan dan membuat tafsiran sendiri. Anda perlu

    membuat urutan peristiwa sendiri yang sesuai dengan gambar.

    Biasanya, anda perlu menunjukkan bahawa anda memahami

    gambar itu dengan mengaitkan situasi utama gambar dalam

    permulaan cerita.

    4. Untuk gambar tunggal, elakkan daripada memecahkan gambar itu kepada beberapa bahagian. Kaitkan bahagian-bahagian yang

    ada dalam gambar itu menjadi satu cerita yang lengkap.

    5. Untuk kedua-dua jenis karangan, anda hendaklah menama serta memperkenalkan watak-watak sejak mula lagi. Anda boleh

    memasukkan perkara yang berkaitan dengan gambar tetapi

    tidak dipaparkan dalam gambar tersebut. namun, isi-isi sebegini

    hendaklah sekurang yang boleh.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 13

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Karangan Contoh:

    Pada cuti sekolah yang lalu, kami telah berpeluang melawat ke

    bandar raya Kuala Lumpur. Kami berkumpul di kantin sekolah pada

    pukul 8.00 pagi. Sebelum bertolak, Cikgu Zahir memberikan sedikit

    taklimat dan menasihati kami supaya menjaga disiplin.

    Di dalam bas yang disewa, aku duduk di sebelah kawan karibku.

    Semua murid kelihatan gembira dan terpegun melihat bangunan-

    bangunan pencakar langit. Kami begitu tertarik oleh keindahan Kuala

    Lumpur.

    Tempat lawatan pertama yang kami tujui ialah Muzium Negara.

    Pada hari itu, ramai pelawat yang melawat Muzium Negara. Pelbagai

    barang dan bahan yang dipamerkan di situ. Kami memperoleh

    pengetahuan yang banyak ketika berada di situ.

    Kami dibawa ke Tasik Perdana yang berdekatan dengan Muzium

    Negara. Di situ, kami berhenti untuk berehat dan makan bekalan yang

    kami bawa. Saya mengambil peluang ini untuk bersiar-siar dan

    mengambil gambar sebagai kenangan.

    Kira-kira pukul 2.30 petang, kami bertolak ke Zoo Negara. Di

    sana, kami berpeluang melihat pelbagai jenis binatang. Semasa

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 14

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • berada di Zoo Negara, kami berasa seronok hingga tidak sedar

    bahawa masanya sudah tiba untuk kami pulang.

    Cikgu Zahir mengarahkan kami supaya beratur sebelum menaiki

    bas. Dalam perjalanan pulang, kami tidak banyak bercakap kerana

    keletihan. Lawatan ke Kuala Lumpur meninggalkan pengalaman manis

    buat kami.

    Latihan 1 :

    Rangka Isi / Peta Minda

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 15

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Latihan 2 :

    Rangka Isi / Peta Minda

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 16

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Input Bahasa

    Simpulan Bahasa

    1. bawa diri : mengembara atau melarikan diri

    2. bawa ke tengah : bawa ke muka pengadilan

    3. bawa nasib : pergi mencari pekerjaan atau rezeki

    4. bekas tangan : hasil buatan sendiri

    5. berat badan : mengandung atau hamil

    6. berbadan dua : mengandung atau hamil

    7. berbulan madu : pergi melancong selepas berkahwin

    Frasa Kerja

    1. membahayakan kesihatan : Merokok membahayakan kesihatan

    kita.

    2. membajai tanaman : Petani tua itu membajai tanamannya

    dua minggu sekali.

    3. membalas surat : Rina membalas surat sahabat penanya

    semalam.

    4. membatalkan rancangan : Ayah membatalkan rancangan untuk

    melancong ke Tanah Tinggi Cameron

    akibat tanah runtuh yang berlaku di

    lereng bukit.

    5. membazirkan masa : Kita akan membazirkan masa kita jika

    terlalu asyik menonton televisyen.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2A02 17

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pelan Lokasi

    @ Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my