Author
vanlien
View
239
Download
4
Embed Size (px)
PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR KANAK KANAK SPASTIK
MENGGUNAKAN McCARRON ASSESMENT OF NEUROMUSCULAR
DEVELOPMENT
VALLI A/P SUBRAMANIAM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Sains Sukan).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
DEDIKASI
Teristimewa Buat
Ayahanda dan Bonda Yang Tercinta Subramaniam S.Veloo
Tan Gwai Keow
Ahli Keluarga Tersayang Sakthiya Subramaniam
Ravi Chandran Krishnan
Preevena Ravi Chandran
Kivesha Ravi Chandran
Mageandran Subramaniam
Adinda Tersayang Yang Sentiasa Dalam Ingatan Kalithasan Subramaniam
Sahabat-sahabatku
Seluruh Keluarga SPS
Thila,Sue,Hema,Shalu,Theresa,Thenesh,Suba
Dan mereka ysng tidak tercatat namanya di sini
Kasih Sayangku
Udhaya Kumar
Kalian pencetus Inspirasi
Pendorong Semangat
Terima Kasih Tak Terhingga
PENGHARGAAN
Tanda syukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan limpah
rahmatnya dapat saya menyempurnakan dan menyiapkan kajian ilmiah ini dalam
jangka masa yang telah ditetapkan.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Halijah
Binti Ibrahim selaku pensyarah dan pembimbing yang telah banyak membantu serta
memberi tunjuk ajar yang berguna dalam proses menyempurnakan Projek Sarjana
Muda (PSM) ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak
yang terlibat terutamanya Sekolah Spastik Johor Bahru khususnya kepada guru-guru
yang telah banyak membantu saya serta pelajar-pelajar di atas kerjasama yang
diberikan sepanjang saya menjalankan kajian.
Akhir kata, semoga segala kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan yang
diberikan oleh semua pihak akan diberkati.
ABSTRAK
Perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak banyak
bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan
koordinasi mata dan tangan mereka. Ini berbeza dengan mereka yang menghadapi
masalah Cerebral Palsy kerana pergerakan otot-otot mereka gagal berfungsi secara
normal dan juga akan menyukarkan kanak-kanak terbabit melakukan aktiviti-aktiviti
yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak dan
memegang barang. Kebanyakkan masalah Cerebral Palsy terdiri daripada kategori
Spastik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui prestasi kemahiran
motor kanak-kanak Spastik. Instrumen yang digunakan untuk menjalankan kajian ini
adalah McCarron Assesment of Neuromuscular Development (MAND). Instrumen ini
menguji lima kemahiran motor halus dan lima kemahiran motor kasar. Seramai lima
orang subjek di dalam kategori Spastik Diplegia dan Spastik Hemiplegia telah dipilih
untuk melakukan ujian ini (min bagi umur = 11.6, sisihan piawai = 4.28). Data yang
dikumpul dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel. Keputusan menunjukkan
bahawa hanya seorang subjek sahaja yang dapat melakukan kesemua item ujian dan
yang selebihnya hanya dapat melakukan ujian kemahiran motor halus sahaja. Skor
ujian yang telah diperolehi telah ditransformasikan kepada skala skor. Hasil skala
skor menunjukkan bahawa hanya dua subjek yang mendapat nilai Neuromuscular
Development Index (NDI) iaitu 42 dan 59. Manakala tiga subjek yang lain gagal
untuk memperolehi sebarang skor NDI. Melalui keputusan yang diperolehi, dapat
diketahui bahawa walaupun subjek terdiri daripada jenis kategori yang sama, setiap
subjek mempunyai tahap keupayaan yang tersendiri dan unik antara satu dengan
yang lain. Kesimpulannya, kajian seperti ini amat diperlukan bagi membantu
mengetahui prestasi motor kanak-kanak Cerebral Palsy.
ABSTRACT
Development of a childs gross motor and fine motor skills depends on their brain
development, body balance and the increase of body coordination. However, the
physical development is different with the children who having Cerebral Palsy
because they could not move their muscles as normal people and having difficulties
in their daily life such as walking, crawling and grasping things. Spastic is the most
common type in Cerebral Palsy. Therefore, the objective of this research is to
investigate the performance of gross motor and fine motor skills among Spastic
children. The instrument that was used in this research is McCarron Assesment
Neuromuscular Development (MAND). It consists of five tasks for fine motor skills
and five tasks for gross motor skills. Five subjects categories as Spastic Diplegia and
Spastic Hemiplegia were selected to do this task (mean age =11.6 ,standard deviation
= 2.78). The collected data were analysed using Microsoft Excel. The results shows
that only one subject manage to finish all the task and others could only finish fine
motor skills task due to their restricted movement. The test scores were transformed
to scaled scores. Scaled scores shows that only two subjects manage to get
Neuromuscular Development Index (NDI) that is 42 and 59. The other three subjects
unable to get any score. From the results, it shows that even thought there are
subjects from the same categories, each of the Spastic children have their own
abilities and they are unique from one to another. In conclusion, this particular
research is needed to assist in investigating the performance of Cerebral Palsy
children.
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Halaman Judul i
Pengesahan Penyelia ii
Pengakuan iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Senarai Kandungan viii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiii
Senarai Lampiran xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Operasional 8
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Kajian-kajian Berkaitan 9
2.3 Kesimpulan 16
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 17
3.2 Reka Bentuk Kajian 18
3.3 Tempat Kajian 18
3.4 Sampel Kajian 18
3.5 Instrumen Kajian 19
3.6 Prosedur Kajian 20
3.7 Kajian Rintis 21
3.8 Kaedah Penganalisaan Data 21
3.9 Kesimpulan 22
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 23
4.2 Latar Belakang Responden 24
4.3 Prestasi Kemahiran Motor Ujian MAND 25
4.3.1 Kaedah Pengiraan Prestasi Kemahiran 26
Motor Ujian McCarron Assesment
Neuromuscular Development (MAND)
4.3.2 Prestasi Kemahiran Motor Subjek 27
4.3.2.1 Prestasi Kemahiran Motor 27
Kanak-kanak Spastik Diplegia
4.3.2.2 Prestasi Kemahiran Motor 36
Kanak-kanak Spastik Hemiplegia
4.4 Keputusan Keseluruhan Skala Skor Motor dan 37
Nilai Neuromuscular Development Index (NDI).
4.5 Kesimpulan 39
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 40
5.2 Perbincangan 41
5.2.1 Apakah tahap prestasi kemahiran motor 41
halus dan motor kasar kanak-kanak Spastik
Dipelgia dan Spastik Hemiplegia apabila
diuji dengan instrumen McCarron Assesment
Neuromuscular Development (MAND)?
5.2.2 Adakah kanak-kanak Spastik Dipelgia 43
dan Spastik Hemiplegia mempunyai
persamaan atau perbezaan tahap keupayaan
prestasi kemahiran motor halus dan motor
kasar jika diuji dengan instrumen
McCarron Assesment Neuromuscular
Development (MAND)?
5.3 Kesimpulan 45
5.4 Cadangan 47
5.4.1 Kajian rintis terhadap sampel yang akan 47
diuji mestilah kategori yang sama
5.4.2 Lebih memberi fokus kepada satu 48
kecacatan dan kemahiran tertentu
5.4.3 Tempat pengujian 48
5.4.4 Masa pengujian 49
5.4.5 Latihan kepada penguji 49
5.4.6 Kemudahan catatan (pencatat, video, foto) 49
5.4.7 Ganjaran 50
5.5 Penutup 50
RUJUKAN 51-53
LAMPIRAN 54-84
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Ringkasan Ciri-ciri dan Latarbelakang 24
Subjek
4.2 Skor Ujian MAND Yang Telah Dilakukan Oleh 28
Subjek-subjek Spastik Diplegia
4.3 Jadual Keputusan Ujian MAND Yang Telah 36
Dilakukan Oleh Subjek Spastik Hemiplegia
4.4 Keputusan Keseluruhan Skala Skor Motor 37
dan NDI
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Keputusan Ujian Manik Dalam Kotak 29
4.2 Keputusan Ujian Manik Dalam Rod 30
4.3 Keputusan Ujian Ketukan Jari 31
4.4 Keputusan Ujian Nat dan Skru 32
4.5 Keeputusan Ujian Rod Gelungsur 33
4.6 Keputusan Ujian Kekuatan Genggaman 34
4.7 Keputusan ujian Jari Hidung Jari 35
4.8 Nilai NDI Normal dan Keputusan NDI Yang 38
Diperolehi Daripada Subjek
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Prosedur Uji