48
JBEA 3310 Novel Melayu

Presentation Novel

  • Upload
    delylia

  • View
    463

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Presentation Novel

JBEA 3310 Novel Melayu

Page 2: Presentation Novel

Siapakah Ahmad Rashid Talu?

Nama asal beliau ialah Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1889. Beliau

mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chowrasta hingga darjah tiga

sebelum bekerja sebagai buruh, penoreh getah, kerani pengira wang dan penulis

untuk menambah rezeki di samping belajar berdikari. Beliau berhenti sekolah

akibat daripada kenakalannya.

Page 3: Presentation Novel

Perselisihan faham antara beliau dengan ibu tirinya menyebabkan beliau melarikan diri dan mengembara ke beberapa buah negeri di Tanah Melayu antaranya

Taiping, Muar, Kuala Selangor, Singapura, dan Selatan Siam. Pengembaraan inilah yang menjadi

sumber inspirasi beliau dalam bekarya.

Novel pertama beliau, Kawan Benar diterbitkan ketika beliau berumur 38 tahun. Walaupun tidak

mendapat sambutan yang baik, beliau masih terus bekarya. Antara karya beliau yang lain termasuklah Dua Belas Kali Sengsara (1929), Siapa Jahat (1929),

Iakah Salmah? (1929), Perangkap Hitam (1934), Silap (1934), Sedih (1935), dan Dua Kali Selamat (1935).

Page 4: Presentation Novel

Sinopsis Kawan Benar karya

Ahmad Rashid TaluNovel ini mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Abdul Bar yang mempunyai kawan sejati bernama Yaakub. Abdul Bar merupakan seorang anak yatim piatu. Namun dia tidaklah hidup susah kerana bapanya meninggalkan harta yang banyak. Dia juga mempunyai orang gaji yang menjaga dirinya sejak kecil lagi.

Kisah bermula apabila Abdul Bar telah terpandang seorang gadis yang memikat hatinya. Abdul Bar berusaha mendekati Siti Ramlah anak seorang peraih ikan di Kelawai melalui surat dengan pertolongan sahabatnya Yaakob. Percintaan mereka berakhir dengan perkahwinan. Setelah berkahwin selama tiga tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki, perangai Abdul Bar berubah. Dia menjalin hubungan sulit dengan Zainab, pelacur di Jongkina Mess. Ramlah tidak pernah menegur sikap buruk suaminya tetapi dia telah mengadu hal ini kepada Yaakub.

Page 5: Presentation Novel

Dengan pertolongan Yaakub, dia telah dapat membuktikan Zainab mempunyai kekasih lain iaitu Yusuf. Yaakub juga menasihatkan Abdul Bar untuk kembali ke pangkal jalan. Yaakub mengingatkan Abdul Bar bahawa dia belum lagi menunaikan cita-citanya untuk memajukan anak bangsa dan mengangkat kedudukan ekonomi dan sosial anak Melayu yang masih tertinggal di belakang. Akhirnya, Abdul telah berubah sikap dan meninggalkan tabiatnya yang buruk itu.

Abdul Bar telah menasihatkan Yusuf dan Zainab supaya berkahwin dan menjaga maruah Islam. Sebagai seorang majikan, Abdul Bar tidak lagi menghilangkan diri selepas waktu makan tengah hari. Dia telah berubah dengan memberi contoh yang baik. Dia menasihati pekerjanya untuk sembahyang lima waktu dan tidak meminum arak. Jika didapati ingkar, mereka akan dipotong gaji. Abdul Bar juga telah menaikkan gaji untuk menggalakkan kerajinan dan ketaatan dalam kalangan pekerjanya.

Sebagai seorang pengarang, Ahmad Rashid Talu telah menyalurkan pendapatnya melalui watak Cik Putih, sahabat baik Ramlah. Cik Putih tidak bersetuju dengan ibu bapa masa itu yang tidak menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Dia juga mencadangkan agar ditubuhkan tiga jenis sekolah bagi memberi pendidikan kepada anak-anak Melayu.

Page 6: Presentation Novel

Pengenalano Tradisi penulisan novel Melayu di Malaysia hanya bermula kira-kira dalam tahun 1925 sebelum berkembang pesat pada tahun 1941, iaitu selepas zaman perang dunia ke dua.

o Kawan Benar karya Ahmad Rashid Talu yang lahir pada tahun 1929 merupakan salah satu bentuk awal novel Melayu selepas adanya Hikayat Faridah Hanum nukilan Syed Syaikh al-Hadi yang dikatakan novel yang pertama di Malaysia.

o Novel awal Melayu ini lebih dikenali sebagai novel hikayat.

Dalam melihat Kawan Benar sebagai sebuah karya novel hikayat haruslah ditinjau dahulu bentuk-bentuk

novel dan hikayat yang mendasari pembentukan novel hikayat tersebut.

Page 7: Presentation Novel

Apa itu Novel?

Perkataan novel dipinjam daripada kata Itali ‘novella’ yang bermaksud

‘perkhabaran baru’ atau ‘cerita yang pendek’. Kemudiannya novel mula

berkembang dalam kesusasteraan barat sehinggalah menjadi satu bidang

penulisan yang popular. Kini novel menjadi satu genre dalam kesusetaran

Melayu moden.

Page 8: Presentation Novel

o Menekankan aspek realiti yang mendalam.

o Wataknya terdiri daripada manusia biasa yang menampakkan realitinya dengan kehidupan semasa .

o Diberikan perincian yang lebih kepada perwatakannya.

o Penempatan plot peristiwa dalam novel terhasil daripada pengalaman manusia yang nyata.

o Penggunaan unsur latar yang khusus.

o Penggunaan gaya bahasa yang biasa.

Ciri-ciri Novel

Page 9: Presentation Novel

Apa itu Hikayat?

Hikayat merupakan kata nama atau nama perbuatan daripada bahasa Arab, yang bermakna ‘cerita, kisah, naratif, atau legenda’. Seterusnya kata ini diserap

dalam bahasa Melayu dengan makna yang sama.

Page 10: Presentation Novel

Ciri-ciri Hikayato Unsur realiti atau realisme kurang diambil perhatian.

o Cerekanya lebih mementingkan aksi dan plot tampak menarik dengan kupasan peristiwa-peristiwa yang menarik.

o Mengabaikan pelukisan watak dan perwatakan.

o Bebas berubah bentuk kepada bentuk mitos, alegori, perlambangan dan cerita rakyat kerana tidak memperkatakan tentang realiti.

o Gaya bahasa lebih terarah kepada bentuk formal dengan iringan bahasa puisi tradisional.

Page 11: Presentation Novel

Novel Hikayato Satu bentuk novel Melayu yang padanya terserlah dua ciri khusus, iaitu ciri-ciri baru dan ciri-ciri tradisional.

o Terhasil daripada kombinasi sifat-sifat tertentu yang ada pada novel dan hikayat.

o Masih memiliki ciri-ciri dasar sebuah novel seperti yang ditanggapi pada masa kini, tetapi ciri-ciri tersebut tidak mampu menampung keseluruhan bentuk novel berkenaan terutamanya dalam memperkatakan perihal persoalan struktur dalaman sesebuah novel.

o Ini kerana masih terdapat pengekalan dari pengaruh sastera tradisional yakni hikayat.

Page 12: Presentation Novel

Dengan ini dapat diperkatakan bahawa novel hikayat terhasil kerana berlakunya gembelingan yang mantap antara ciri-ciri novel baru dengan

ciri-ciri hikayat. Hasil kombinasi dua ciri tersebut akhirnyanya membentuk ciri-ciri

tersendiri yang dimiliki oleh sesebuah novel hikayat.

Novel Hikayat dikatakan memenuhi ciri-ciri sebuah novel kerana penciptaan novel hikayat berlandaskan kepada realiti atau realisme yang dibuktikan melalui jenis, sifat dan latar watak, juga persoalan dan tema yang didukung novel

hikayat berkenaan.

Page 13: Presentation Novel

1. Temao Terdiri daripada tema biasa, iaitu persoalan sosial, ekonomi dan politik yang sering terjadi dalam masyarakat ketika itu seperti cinta muda mudi, kahwin paksa, kebebasan wanita, peningkatan taraf hidup, nasianalisme, kemerdekaan, dan sebagainya.

o Hampir keseluruhan novel hikayat menjadikan persoalan tentang cinta sebagai tema dasar penceritaan yang menjadi titik tolak untuk melihat persoalan-persoalan lain.

o Tema percintaan ini akan menggerakkan watak-watak untuk melakukan sesuatu sehinggakan menimbulkan pelbagai peristiwa.

Page 14: Presentation Novel

o Di sinilah akan diperlihatkan kemunculan persoalan-persoalan lain dalam novel hikayat.

o Antara persoalan lain yang diperkembangkan menerusi persoalan cinta adalah seperti persoalan darjat, pangkat dan kekayaan, keharmonian rumah tangga, tanggungjawab suami isteri, dan sebagainya.

Tema percintaan yang menjadi dasar bagi novel hikayat ini memperlihatkan persamaan dengan tema-tema yang

terdapat di dalam hikayat romantis yakni cerita lipur lara. Cerita lipur lara turut menjadikan tema percintaan

sebagai dasar yang mengembangkan perjalanan peristiwa dalam cerita.

Page 15: Presentation Novel

Tema percintaan - Kisah percintaan dan rumah tangga Abdul Bar dengan Siti Ramlah, anak seorang peraih ikan yang tinggal di Kelawai menjadi dasar dalam pengolahan karya ini. Cinta pandang pertama Abdul Bar terhadap Siti Ramlah membibitkan kisah manis antara mereka berdua. Dengan pertolongan Yaakub, sahabat Abdul Bar surat cinta yang dikirimkan menemui balasan. Akhirnya kisah cinta mereka bersatu dengan ikatan perkahwinan.

Persoalan lain - persoalan tanggungjawab suami isteri, persahabatan, agama, kebebasan menuntut ilmu, pemikiran masyarakat, sosial dan lain-lain.

Kawan Benar :

Page 16: Presentation Novel

Cth : Persoalan pemikiran masyarakat Dalam perbualan antara Cik Putih dan Siti Ramlah. Cik Putih digambarkan sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan luas tentang perangai lelaki dan hal ehwal semasa terutamanya mengenai pelajaran anak-anak perempuan. Padanya, ramai anak-anak perempuan tidak ke sekolah kerana ibu bapa terpengaruh dengan pandangan orang alim yang mengatakan

“.......tiada elok dihantar ke sekolah anak-anak perempuan kerana bersekolah kelak jahat kanak-kanak itu apabila ia besar pandai membuat surat-surat kepada yang dihajati”.

(Rosnah Baharuddin,m/s 161)

Cik Putih berpendapat bahawa orang alim itu ‘guru palsu’ kerana beliau menyatakan bahawa

“agama kita menyuruh belajar apa-apa pun ilmu, dan tidak pula dipaksanya kepada perempuan, ini-ini boleh dan ini-ini tak boleh dan laki-laki semuanya boleh.”

(Rosnah Baharuddin, m/s 161)

Page 17: Presentation Novel

Tema percintaan sebegini tidak jauh bezanya dengan tema yang terdapat dalam penceritaan cerita lipur lara.

Cth : cerita lipur lara, Cerita Bujang Cik Sindu

Mengisahkan tentang pertemuan dan percintaan Bujang Cik Sindu dengan Puteri Asmara Wati. Bermula daripada percintaan ini lahirlah peristiwa lain seperti peperangan dengan tunang puteri (Raja Bongsu), usaha mendapatkan buah delima yang diidamkan isterinya, percintaan dengan Puteri Terus Mata, berperang dengan puteri tersebut, pencarian buah pauh untuk isteri muda, dan pengembaraan hanyut ke negara orang tuanya. Ini jelas memperlihatkan peranan tema percintaan dalam menggerakkan jalan cerita. Secara tidak langsung ini juga menimbulkan persoalan lain dalam karya lipur lara tersebut.

Page 18: Presentation Novel

Kesan :-

Memperlihatkan persamaan tema dasar antara novel hikayat dan hikayat itu sendiri.

Namun demikian, novel hikayat memperlihatkan aspek pendedahan tema yang berbentuk realiti menerusi pengolahan tema penceritaan karya

yang bersifat biasa, yakni mudah ditemui dalam kehidupan seharian manusia. Novel hikayat

memberikan penekanan terhadap tema secara berlebihan sehingga menjadi pencetus atau penggerak utama kepada pembentukan dan

perkembangan peristiwa dalam cerita.

Page 19: Presentation Novel

2. Jenis Watako Watak-watak yang terpilih terdiri daripada manusia biasa seperti yang terdapat dalam dunia nyata dan bukannya makhluk luar biasa seperti raja-raja, dewa-dewa, jin dan sebagainya yang mendasari watak dalam hikayat lipur lara.

Kawan Benar

o Watak kelas menengah seperti watak Abdul Bar, Siti Ramlah, dan Yaakub.

o Watak lain – Yahaya (bapa saudara Abdul Bar), Muhammad Noh (bapa Siti Ramlah), Cik Putih, Zainab (penghibur di Jongkina Mess), Maimunah (emak saudara Siti Ramlah), Mak Yu (orang gaji Abdul Bar, berketurunan jawa), Mak Siah dan sebagainya.

Page 20: Presentation Novel

3. Sifat Watako Digambarkan mempunyai sifat fizikal tertentu yang dapat menyerlahkan sifat peribadi sebagai seorang individu, yakni mempunyai perasaan, keinginan dan fikiran.

Kawan Benar

Watak Siti Ramlah digambarkan sebagai

• Seorang gadis berpelajaran dan taat kepada suaminya.

• Seorang wanita yang berjiwa baru dalam mencari jodohnya.

• Berfikiran terbuka tentang lelaki.

• Berani, penyayang, dan taat kepada agama.

Page 21: Presentation Novel

“Ayah, ayah! Cek nak bilang satu pada ayah, jangan ayah marah dekat cek no?” kata Ramlah“Apa? Tiada marah, tapi yang baik , bilanglah lekas,” kata Muhammad Noh.“Ayah kahwinlah dengan Mak Munah itu alangkah elok,” kata Ramlah.“Apa pasal sudah datang perasaan ini pada hang, Lah?” tanya Muhammad Noh.“Tidak apa-apa, cuma melepaskan daripada sangka-sangka orang sahaja,” jawab Ramlah.“Adakah sudah sampai ke telinga hang buah butir yang tiada elok pada pendengaran hang, Lah?” tanya Muhammad Noh.“Tiada! Cuma ada sedikit sumbang pada fikir cek disangka orang diluar-luar,” jawab Ramlah.“Adakah hang muafakat dengan saudara hang, Manaf?” tanya Muhammad Noh.“Sudah! Ia pun suka juga,” jawab Ramlah.“Baiklah, malam esok nikah. Bilang Pak Hussain kepala jermal dan belat, suruh panggil kadi dan orang-orang penangkap ikan semuanya ceritakan hal ini dengan kehendak hang. Dan esok pagi Manaf datang kereta mel pukul 10,” kata muhammad Noh.“Terima kasih ayah. Allah panjangkan umur selama-lamanya,” ucapan Ramlah sambil..........

(Rosnah Baharuddin, m/s 170)

Cth sifat berani Siti Ramlah

Page 22: Presentation Novel

4. Lingkungan Latar Watak yang Jelaso Bermaksud watak yang wujud dalam novel hikayat

dihidupkan dalam suatu tempat, masyarakat, dan masa tertentu.

o Berbeza daripada lingkungan latar yang terlukis di dalam kebanyakan hikayat romantis, yakni wataknya dihidupkan dalam ‘vacuum’ atau ‘dunia antah-berantah’ yang abstrak dan kabur dari segi masa dan daerah.

Kawan Benar Latar Tempat

Mengetengahkan kisah yang berlaku di tanah air dan memaparkan kehidupan masyarakat Melayu, iaitu di Pulau Pinang yang latar masanya dipaparkan bermula pada bulan Februari 1920.

Page 23: Presentation Novel

Perihal sejarah komponen penduduk saudagar dari Hindi dan Arab turut diceritakan melalui Cik Putih yang berbunyi:-

“Alhamdulilah apabila sampai musim jalan-jalan yang bengkak bengkok telah dibetulkan Orang Putih dan rumah-rumah terdiri dengan aturan, maka saudagar-saudagar dari Hindi dan Arab telah datang berniaga ke mari. Dan mereka itu telah nikah dan berumah tangga dengan orang sini.”

(Rosnah Baharuddin, m/s 158)

Abdul Bar digambarkan sebagai seorang pemuda berkelulusan Penang Free School yang baru mewarisi harta daripada ayahanda dan bondanya yang telah meninggal dunia. Abdul Bar juga digambarkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi dalam mengangkat kedudukan ekonomi dan sosial anak- anak Melayu.

Latar watak

Latar masyarakat

Page 24: Presentation Novel

Justeru, dapat diperkatakan bahawa novel hikayat memiliki ciri-ciri novel yakni dalam memperlihatkan realiti dalam perwatakan wataknya. Namun dalam masa yang sama terdapat juga ciri-ciri hikayat yang

terserlah menerusi perlukisan wataknya yang terbentuk sebagai motif-motif berulang berdasarkan

keunggulan atau idealisme yang menjadi intipati kepada sifat karya.

Motif berulang tersebut adalah :-a) Pencapaian dan daya kebolehanb) Pengenalan wirawatic) Kepentingan pengasingan wira dan

pengalamannyad) Adanya penglibatan yang sulit dalam satu-satu

misteri

Page 25: Presentation Novel

Dilihat menerusi perlukisan watak yang bersifat ideal dan serba boleh terutamanya pada watak utamanya. Sesuatu

watak itu akan digambarkan sebagai seorang yang berkebolehan dari segi fizikal dan mental.

Watak Abdul Bar (watak utama) dilukiskan sebagai seorang pemuda lulusan Penang Free School, kaya dan bercita-cita tinggi. Kebolehan Abdul Bar terserlah apabila beliau berjaya menasihati Yusuf agar mengahwini Zainab dan membawa Zainab kembali ke pangkal jalan dari terus hanyut bergelumang dosa. Abdul Bar juga tidak pernah berbangga dengan kekayaan yang dimilikinya bahkan beliau turut menolong pekerjanya dalam beberapa perkara.

Motif Berulang 1 : Pencapaian dan Daya Kebolehan

Kawan Benar

Page 26: Presentation Novel

Pewarnaan watak sebegini turut menemui persamaan dengan watak wira dan wirawati

menerusi hikayat-hikayat romantis yang mempunyai daya kebolehan atau pencapaian

yang luar biasa.

Cth dalam Hikayat Beruk :-

watak Cik Embung dalam Hikayat Beruk yang digambarkan sebagai seorang yang bijak

dalam mengaji al-quran, pandai ilmu perang, dan sebagainya.

Page 27: Presentation Novel

Motif Berulang 2 : Pengenalan Wirawati

Watak wirawati turut diperkenalkan dengan sifat-sifat fizikal yang sempurna dan luar biasa seperti rupa paras yang cantik, budi pekerti yang mulia dan sebagainya. Kebiasaannya teknik pelukisan stereotype digunakan

dalam menyerlahkan keanggunan watak wirawati yang bukan hanya megambarkan kesempurnaan paras rupa

bahkan hampir seluruh anggota badannya.

Kawan Benar

o Pelukisan watak wirawatinya diceritakan dalam bentuk puisi, iaitu syair dan pantun.

oJelas memperlihatkan pengaruh besar daripada hikayat romantis sama ada daripada isi perlukisan mahupun gaya pelukisan.

Page 28: Presentation Novel

Dahi sebagai sehari bulan, Lehernya jenjang membawa cantik,Menunjukkan tanda akal kebetulan, Sebagai bunga baharu dipetik,Terbayang-bayang air ditelan, Habis alam sudah diselidik,Merasakan akalnya merebak simpulan. Kehabisan manis kepada adik.

Kening bagai bentuk taji, Dadanya bidang membawa senang,Laksana emas sudah teruji, Memabukkan hati segala lanang,Patut sekali abang memuji, Menarik nafas nampaknya tenang,Di hadapan khalayak lebai dan haji. Di situlah hati abang terkenang.

Pipi laksana pauh dilayang, Betis laksana bunting padi,Melebihi daripada bedaknya wayang, Lembut seperti batang keladi,Siapalah menyatakannya hati tak senang, Sebarang langkah semua menjadi,Tidur malam terbayang-bayang. Patut sekali abang memuji.

(Rosnah Baharuddin, m/s 142-144)

Cth Pengelanan Wirawati – Siti Ramlah

Page 29: Presentation Novel

o Melalui syair ini, kecantikan wirawati digambarkan menerusi keseluruhan anggota badannya meliputi rambut, anak rambut, dahi, mata, kening, mulut, pipi, dagu, telinga, leher, bahu, paha, dada, betis, pinggang, dan sebagainya.

o Gaya pelukisannya pula menampakkan penggunaan ungkapan-ungkapan dan bandingan-bandingan yang mempunyai persamaan dengan pelukisan watak wirawati, Tuan Puteri Renek Jintan dalam Hikayat Raja Muda, sebuah karya hikayat romantis.

Page 30: Presentation Novel

Muka bujur daun sirih,Dahi sehari bulanKening bentuk taji,Hidung kuntum seroja,Telinga telipuk layu,Pipi pauh dilayang,Bibir pati dicarik,Gigi delima merkah,Leher gombak dilarik,Dadanya bidang awak,Rambut ikal mayang seludang,Panjang lebat sampai tumit,Hitam berkilat bagai dakwat,Lengannya baur panah,Jarinya tombak serai,Pinggangnya secekak jari manis,Paha seperti paha belalang,Betis bunting padi,Tumitnya telur burung.

(Hashim Awang, m/s 29)

Page 31: Presentation Novel

Motif Berulang 3 : Pengasingan Wira dan Pengembaraannya

Pemusatan cerita hanya berlaku kepada watak wira dan pengalamannya. Wira menjadi punca kepada segala

kepentingan atau penglibatan peristiwa manakala hal-hal yang lain hanya menjadi penting apabila wira itu merasainya, melayaninya atau menemuinya sahaja.

Watak pembantu atau antogonis yang berinteraksi dengan wira hanya berperanan dalam melonggarkan

pengasingan wira. Segala masalah yang muncul berkait rapat dengan interaksi wira dengan watak-watak lain.

Terdapat beberapa cara pengasingan watak dilakukan: a) Perpisahan dengan ibu bapa atau perselisihan

faham.b) Penglibatan wira dengan masalah peribadic) Pemisahan wira dan wirawati.

Page 32: Presentation Novel

Kawan Benar

a) Perpisahan dengan ibu bapa atau salah faham

o Watak wira iaitu Abdul Bar terpisah daripada ibu bapanya kerana kematian.

o Dapat dilihat pengarang cenderung untuk membiarkan wira menjalani kehidupan sendirian, yakni terpisah dari ibu bapa dan keluarga.

oWira mewarisi harta peninggalan keluarga yang akhirnya menjerus wira kepada peristiwa-peristiwa tertentu.

Abdul Bar yang kematian ibu bapa dan mewarisi harta peninggalan keluarga yang akhirnya terperangkap dalam pelbagai peristiwa pahit seperti ditipu oleh

wanita-wanita cantik yang mata duitan.

Page 33: Presentation Novel

b) Penglibatan Wira dengan Masalah Peribadi

o Kebiasaannya berupa pertemuan dan percintaan antara watak wira dan wirawati.

Percintaan Abdul Bar dan Siti Ramlah digambarkan secara mudah oleh pengarangnya. Perkenalan dan pertemuan antara Abdul Bar dan Siti Ramlah berlansung dalam suasana yang mudah dan biasa yang lantas membibitkan kisah cinta. Namun demikian, kisah indah percintaan ini tidak terlaksana secara mudah hingga ke akhir cerita.

Page 34: Presentation Novel

o Pengarang akan memisahkan hubungan cinta mereka sebelum menyambungkannya kembali.

o Merupakan satu lagi teknik pengasingan yang memisahkan wira dan wirawati.

Hubungan cinta Abdul Bar dan isterinya menemui pergolakkan apabila Abdul Bar mula berubah cinta kepada Zainab, gadis yang ditemui di Jongkina Mess. Hal ini dikaitkan dengan sifat peribadi Abdul Bar yang mula lalai dengan tanggungjawabnya.

o Di sinilah segala sifat baik buruk wiranya terserlah seperti kelakuan, kecerdasan mental dan kecerdasan

fizikal.

Page 35: Presentation Novel

o Babak pengasingan sebegini dikaitkan dengan unsur pengembaraan atau adventure.

o Menerusi pengembaraan ini wira akan didedahkan dengan pengalaman yang melibatkan pertarungan dalam menghadapi pelbagai kesukaran dan kecekalan.

o Peristiwa-peristiwa menarik ini penting kerana peristiwa inilah yang bakal menggerakkan plot sesebuah hikayat.

o Memperlihatkan persamaan teknik pengasingan watak antara novel hikayat dan novel.

o Pengarang menggunakan ruang pengasingan ini untuk menyampaikan pemikiran dan pengajaran

kepada pembacanya.

Perbandingan dengan hikayat

Page 36: Presentation Novel

c) Pemisahan Wira dan Wirawati

o Bermaksud wira dan wirawati terlibat dalam satu peristiwa yang asing akibat daripada pengembaraan yang dialami mereka seperti dalam motif ketiga tadi.

o Seterusnya memperlihatkan keupayaan watak untuk mengatasi segala kesulitan dan kesukaran yang timbul dalam pengembaraannya.

Kerukunan rumah tangga Siti Ramlah dan Abdul Bar mengalami pergolakan apabila Abdul Bar mula beralih kasih kepada perempuan lain. Bermulanya motif adanya penglibatan sukar yang dialami oleh Abdul Bar dalam dia menemui jalan kembali kepada keluarga, agama, dan pekerjaannya.

Kawan Benar

Page 37: Presentation Novel

o Memperlihatkan wujudnya unsur-unsur keanehan yang bermaksud gambaran yang berlebihan atau luar biasa terhadap sifat dan tindakan watak tertentu.

o Ciri-ciri ini ditimbulkan bagi memberikan keseronokan dan kepuasan kepada pembacanya selain bagi memenuhi keinginan dan kemahuan pembaca.

o Keanehan ini berupaya melahirkan gambaran tentang satu-satu peristiwa seperti yang dikehendaki oleh pembacanya.

o Memperlihatkan persamaannya dengan hikayat romantis lain iaitu dari segi gambaran ideal sesuatu peristiwa.

o Peristiwa yang berakhir dengan kegembiraan atau ‘happy ending’ turut memperlihatkan kesamaannya dengan hikayat romantis.

Page 38: Presentation Novel

o Bergerak secara kronologio Pendapat - novel-novel yang memiliki ciri-ciri hikayat digolongkan sebagai novel aksi yakni novel yang jalinan plotnya merangkaikan peristiwa-peristiwa mengenai hasrat dan cita-cita manusia. o Novel sebegini juga tidak lagi menceritakan tentang gambaran kehidupan tetapi suatu fantasi keinginan yang terlihat dalam hampir semua novel hikayat seperti yang ditegaskan Edward Muir:-

Plot Karya

“The plot of the novel of action is in accordance wiyh our wishes not with our knowledge... It is a fantasy of desire rather than a picture of life.”

(Hashim Awang, m/s 39)

Page 39: Presentation Novel

Gaya Bahasao Novel hikayat masih memperlihatkan persamaan dengan hikayat lama Melayu. Bahasa formal menjadi intisari gaya bahasa.

oKawan Benar memperlihatkan dengan jelas pengaruh daripada bahasa formal di samping diselitkan dengan syair dan pantun.

o Penggunaan perkataan bahasa Inggeris seperti kata back street, Pahang Road, Soon Teik Road, pump shoes, football, Beach Street, office, dan banyak lagi akibat daripada perkembangan budaya ketika itu.

o Penggunaan dialek Pulau Pinang dan utara dalam perbualan watak-wataknya seperti kata kata ganti diri, iaitu cek dan hang.

Page 40: Presentation Novel

Baadibul takzim serta hormat,Wazkahtultahayat serta selamat,Daripada yang hina datang berkhidmat,Ke hadapan majlis yang berhemat.

Encik Abdul Bar orang yang mulia, Ini Abdullah orang yang kaya,Dipohonkan ke hadirat rabul baria,Semuanya dilanjutkan umur usia.

Sihat afiat rezeki bertambah,Melimpah laksana air yang bah,Dianugerahi oleh rabul kaabah,Sujud berdiri janganlah rebah.

( Rosnah Baharuddin, m/s 179)

Cth penggunaan pantun dalam Kawan Benar:-

Page 41: Presentation Novel

Teknik Penulisano Teknik penulisan baru dalam penulisannya yang secara tidak langsung memperlihatkan satu ciri sebuah novel.

o Pengarang memasukkan watak Kalam, Dakwat dan Kertas yang mempunyai peranan sebagai pengulas, pengkritik dan penutup sesuatu bab atau sesuatu bahagian.

o Watak-watak ini kerap ditimbulkan di bahagian permulaan cerita dan penutupnya.

o Komen-komen yang diberikan watak ini menimbulkan perasaan lucu dan saspen dalam kalangan pembacanya.

o Kelucuan dirasai apabila watak-watak tersebut digambarkan menghentikan cerita di penghujung bab cerita dengan menghisap rokok atau meminum air.

Page 42: Presentation Novel

“Ya bagus.”“Apa sudah jadi di situ?”“Ceritalah.”“Nantilah, hendak menghisap rokok sebatang.”“Saya pun begitu pula,” celoteh Kalam, Dakwat dan Kertas.

(Rosnah Baharuddin, m/s 155)

Cth Perwatakan Watak Kalam, Dakwat dan Kertas:-

o Teknik penulisan sebegini tidak lagi terlihat dalam mana-mana novel hikayat atau cerita hikayat sebelumnya.

Page 43: Presentation Novel

“Apa hal pengantin di dalam bilik masa hingar-bingar berbunyi dentum meruas serta dengan suara ahli gambus dan rentak kaki ahli zapin yang asyik dan tepuk tangan yang rawan?” pertanyaan Kertas.“Seganlah saya mengkhabarkan hai sahabatku kedua-dua! Tentu sekali yang pujuk rayu, madah gurindam keluar daripada mulut Abdul Bar dan senyum-senyum serta jeling jeluat dengan lemah lembut daripada mata Siti Ramlah dan kita rentikanlah hal mereka berdua masa di dalam bilik itu kerana tuan-tuan pun sudah menempuh dan melalui jalan itu. Dan jika saya ceritakan pun tiada memberi satu guna, hanya memberangsangkan hati tuan-tuan dan memanjangpendekkan nafas tuan dan melemahkan otak tuan-tuan dan memendekkan pandangan tuan d-a-n meninggalkan cerita ini,” jawab Kalam.“Ha! Ha! Ha! Benar,” Kata Kertas dan Dakwat.

(Rosnah Baharuddin, m/s 221)

Cth Peranan Watak Kalam, Kertas dan Dakwat dalam Karya:-

Page 44: Presentation Novel

Penutup

Kawan Benar merupakan sebuah novel hikayat dan bukannya sebuah novel mahupun hikayat.

Rumusan

o Novel hikayat ini lahir dan berkembang dalam jangka masa yang khusus, iaitu zaman perang dunia kedua.

o Novel hikayat merupakan kelompok novel Melayu yang memiliki sejarah perkembangan, struktur dalaman dan tujuan penciptaannya yang tersendiri.

Alasan

Page 45: Presentation Novel

o Struktur dalaman penciptaannya terbina daripada kombinasi yang harmonis dan berkesan antara ciri-ciri novel dan ciri-ciri hikayat.o Kombinasi dua ciri ini membentuk satu ciri baru yang unik pada sebuah novel hikayat seperti yang dibincangkan di awal rencana ini.o Penciptaan novel hikayat bertujuan untuk mengajar dan membimbing masyarakatnya.

Justeru, Kawan Benar dikatakan sebagai sebuah novel hikayat kerana memiliki ciri-ciri unik hasil kombinasi ciri-ciri novel dan

hikayat.

Page 46: Presentation Novel

o A. Wahab Ali, 2004. Kesusasteraan Melayu Moden : Dalam Kajian dan Kritikan. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

o A. Wahab Ali, 1988. Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

o Hashim Awang, 1989. Novel Hikayat : Struktur Penceritaan Melayu. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

o Hashim Awang, 1986. Novel Hikayat : Satu Penelitian Struktur Penceritaan Melayu. Tesis Ph.D. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Bibliografi

Page 47: Presentation Novel

o Rosnah Baharudin, 2006. Kajian dan Karya Lengkap Ahmad Rashid Talu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

o S. Othman Kelantan, 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden : Novel. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

o Sohaimi Abdul Aziz (ed.), 2003. Ahmad Rashid Talu Sasterawan Mendahului Zaman. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

o Yahaya Ismail, 1970. Satu Kajian Mengenai Karya-karya Ahmad Talu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 48: Presentation Novel

Dely & Aza