22
8/7/2019 PRA3101 EN ZUL http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 1/22 PRA3101 1. PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SINOPSIS Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke tahun 1. This course covers the introduction to early childhood education, growth and child development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to Year 1 of Primary School HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat: 1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak 2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak 3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak 4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak- kanak didalam pelaksanaan pembelajaran

PRA3101 EN ZUL

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 1/22

PRA3101

1. PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 

SINOPSIS

Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak,

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan

pendidikan awal kanak-kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal

kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak asasi kanak dan transisi dari

rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke tahun 1.

This course covers the introduction to early childhood education,growth and child development, the history of childhood education,

views and ideas of earlier scholars of childhood education, Act 308 and

Act 550, Children’s Right, also the transition process from home to

nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to Year 1

of Primary School

HASIL PEMBELAJARAN:

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan

pendidikan awal kanak-kanak

2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan

awal kanak-kanak

3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan

awal kanak-kanak

4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-

kanak didalam pelaksanaan pembelajaran

Page 2: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 2/22

RINGKASAN UNIT

1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak

4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak

5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak

1989.

6.0 Akta 308 dan Akta 550

7.0Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun

Satu.

• Rangka Isi Pelajaran

Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 

Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

Sejarah Pendidikan Awal Kanak- kanak

Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak

1989

• Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak

Akta 308 dan Akta 550

Apa yang anda fahami tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Page 3: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 3/22

Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak 

Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa

kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘

The National Association for The Education of Young Children (NAEYC)

atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda,

pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program

pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada

kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:

· Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua

peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yangpertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-

kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau

Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika

adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan,

mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman

Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.

Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang

menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4

hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke

Tahun Satu di sekolah formal.

Aktiviti 1.

Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan

Tabika?

Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak 

Aktiviti 2.

Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami

dengan konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan

awal kanak-kanak ?

Page 4: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 4/22

Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan

Kanak-kanak 

Konsep Pertumbuhan:

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur

secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan

yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya adalah perubahan

fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan

dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya

pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa

berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun

(Lefrancois, 1990).

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yangberlaku dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan

(skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga

terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat

perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti

bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja

( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).

Konsep Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat

perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan

dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Contohnya

perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa

remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of 

development, the orderly, durable change in a learner resulting from a

combination of learning, experience, and maturation.” Jelas, Paul

Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalahperubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil

daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan

& Mahani Razali, 2000).

Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan

dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar,

Page 5: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 5/22

menyesuai diri kepada persekitaran dan bagaimana berubah melalui

peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah “

Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of 

a lifetime.” (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks

merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi

fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral

seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada

berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut

beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Aktiviti 3.

Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antarakonsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan.

Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari

tengah ke tepi.

Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.

Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor

halus.

Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya

adalah berbeza pada setiap individu.

Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku

secara berterusan hingga akhir hayat.

Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan

jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani,

emosi dan sosial.

Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut

peringkat-peringkat tertentu.Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak

Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan

orang lain.

(Mok Soon Sang, 2001)

• Aktiviti 4.

Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep

Page 6: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 6/22

Page 7: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 7/22

Unit 3.0: Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak 

Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara.

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19

dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang

terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria

Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia

iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu

Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah

pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada

tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”.

Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850

oleh Carl Schruz dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabodymembuka tadika di Boston.

Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu

kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala

kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal.

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia

Kedua.

Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura

dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan

prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia

· Zaman Sebelum Merdeka

Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian

dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran

yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di

prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas gurusekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di

prasekolah.

· Zaman Selepas Merdeka

Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada

Page 8: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 8/22

Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang

mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Sharikat. Tadika ini telah

ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis

dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang

kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

Pada tahun 1970,

KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar

yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar

bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda

(1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972,

Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan

Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolahpercubaan di seluruh Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu

Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah

dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di

prasekolah.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah

selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini

memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan

pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru

Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan

khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991,

Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai

program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk

membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada

mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan

mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem PendidikanKebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6

Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program

peluasan prasekolah.

Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun,

Page 9: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 9/22

bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan

Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari setahun ke setahun.

• Aktiviti 6:

1. Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.

2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia

secara umum.

Unit 4.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal

Kanak-Kanak 

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi

mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada

peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah pandangan ahli falsafah

mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada

peringkat awal?

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri

daripada;

1. Imam Al-Ghazali

2. Ibnu Khaldun

3. Johann Heinrich Pestalozzi

4. Friedrich Froebel

5. Maria Montessori

4.1 IMAM Al-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah

kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama

sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin

Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib

Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi

Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke

Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya

Ulumuddin.

Pandangan / Idea-idea beliau

Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan

diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat

agama dan mulia tingkah lakunya.

Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan

Page 10: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 10/22

minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.

Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia,

merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak

berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka

bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila

bergaul dengan mereka.

Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan

mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.

Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.

Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:

- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.

- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.

- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas

penat belajar.Nasihat beliau kepada guru supaya:

- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.

- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara

menempelak mereka.

- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan

model tingkah laku yang baik.

4.2 IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada

zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan

pendidik.

Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar,

pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan

latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:

Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.

Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:- Berperingkat-peringkat

- Mengadakan latih tubi

- Menggunakan benda-benda maujud

- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar

kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:

Page 11: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 11/22

- Tidak mahu belajar

- Mencerca pengajaran yang diberi

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah

diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui

pancaindera mereka.

Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar

sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai

dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak

dapat memahami apa yang disampaikan.

Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah

lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana

ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong,

berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah

dan tidak berperikemanusiaan.Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa,

sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi

mendapat hasil pembelajaran yang baik.

Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa

pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian

kaitkan dengan makna.

Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik

dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

4.3 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)

Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di

ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu

diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan

untuk bacaan dan tulisan.

Idea-idea beliau mengenai pendidikan:

Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang

ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deriakepada idea yang abstrak.

Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-

pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai

potensi mereka yang semulajadi.

Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu,

pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti

Page 12: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 12/22

membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.

Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar

mata pelajaran.

Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).

Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

4.4 FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)

Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”.

Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang

dinamakan “Kindergarten”. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan

menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah

tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.

Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidikumpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak.

Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan

kanak-kanak berkembang melalui main”

Antara idea-idea Froebel ialah:

Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik

perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang

terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan

taman-taman, binatang dan gambar-gambar.

Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan

bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.

Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan

objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz

dan warna.

Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak

daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam

semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan

mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu

pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Pendidikan adalah pembinaanwatak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada

keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak

mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau

menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui

membuat. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu

menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.

Page 13: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 13/22

Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman

adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang

terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.

4.5 MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)

Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-

kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah

kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat

membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau

mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang

bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan

latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam

mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya.

Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan

arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurutbeliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta

membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan

kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep

berikut;

a. Minda yang mudah menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu

maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia

untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap

kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini

daripada saat kelahiran lagi.

B. Persekitaran yang tersedia

Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah

persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong

pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanakmemerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan

bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

C. Didikan diri

Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun

pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka

Page 14: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 14/22

disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik.

Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka

terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar

kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar

kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing

mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran

Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan

bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya

secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada

peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi;

penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran

berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran

persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa;kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif;

pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman

berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir

secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

e.Tempoh sensitif 

Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak

menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila

kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu

kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi

memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori;

Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara

menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.

Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-

kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini

berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum

daripada orang dewasa.

Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus

belajar secara demikian apabila dewasa kelak.

Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua

jenis pembelajaran.

Page 15: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 15/22

Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-

kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui

pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.

Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan

kanak-kanak.

Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun

dan bersaiz kanak-kanak.

Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-

kanak belajar secara bebas.

Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun

menentu arah pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah

Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal

kanak-kanak. Antaranya ialah:- Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.

- Konsep kebebasan

- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar

- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh

- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.

- Pentingnya disiplin diri

- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak

- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-

kanak mengajar diri mereka sendiri.

- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan

hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

Aktiviti 7:

1. Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaituImam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang

dinyatakan oleh Friedrich Froebel?

Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-kanak olehMaria Montessori.

Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Page 16: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 16/22

Hak Asasi Kanak-Kanak

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungankhas Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dantanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan

keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lainkepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentinganhormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakansatu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalammenjamin hak asasi kanak-kanak.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakanpendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak?

Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai olehPerhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November

1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yangberkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandungdalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanakmempunyai hak sedia ada untuk hidup.2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyakmungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembanganTiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negaramempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangankanak-kanak itu.

PERKARA 18

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik merekauntuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapamempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-

kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisiundang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan danperkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadiperhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapaIbu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara

Page 17: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 17/22

Page 18: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 18/22

kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainandaripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklahmenggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatanperjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan,dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkatdan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percumakepada semua;(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagaibentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikanitu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang

sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkanbantuan kewangan jika diperlukan;(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaanmelalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingandiadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetapdi sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

PendidikanKanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara

untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib,menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudahdiperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggidiadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklahselaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklahmelibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yangsewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikutcara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepatiKonvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkankerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan denganpendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepadapembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkanakses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yangmoden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepadakeperluan negara-negara membangun.

Page 19: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 19/22

PERKARA 29

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanakhendaklah dihalatujukan kepada:Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-

kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi,dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan,bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang didudukioleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagitamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;

Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalammasyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan,toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang,kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnyapenduduk asli;

Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagimengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitandengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi

penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?

“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yangberumur dari empat hingga enam tahun.

FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAANSistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;(a) Pendidikan prasekolah(b) Pendidikan rendah(c) Pendidikan menengah(d) Pendidikan lepas menengah

(e) Pendidikan tinggiTetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolahantarabangsa.

FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAUPENGURUSAN TADIKA(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkanjika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.

Page 20: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 20/22

(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatukesalahan.

FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan

menyenggarakan tadika.

FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKANOLEHSEMUA TADIKA(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagaiKurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semuatadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangkaakan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah

masing-masing.(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apakurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaanhendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian,memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yangditetapkan.(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukansuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihisepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satutahun atau kedua-duanya.

FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA

Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripadabahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika,tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasakebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai matapelajaran wajib.

FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan

peruntukan bab ini.

Aktiviti 8:

1. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap

penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika?

2. Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai

Page 21: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 21/22

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan

apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan?

Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.

2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia

secara umum.

Unit 7.0: Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika / Prasekolah dan ke

Tahun Satu.

Lawatan awal ibubapa dan kanak-kanak

Taklimat dan penerangan program Taska,Tadika/ Prasekolah dan Tahun Satu

Peranan dan tanggungjawab Guru dalam membantu kanak-kanak

menyesuaikan diri

Perancangan dan pengurusan Institusi

TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH

Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu

keadaan kepada satu keadaan yang lain.

Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:

* Transisi rumah ke prasekolah

* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-

kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang

tidak formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah.

Tujuan program Transisi:

Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan

kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.

Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian danjasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses

pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.

Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah

tanpa banyak masalah.

Peranan guru prasekolah

Page 22: PRA3101 EN ZUL

8/7/2019 PRA3101 EN ZUL

http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 22/22

a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu

bapa akan merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di

prasekolah.

b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh

kanak-kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa

dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak

merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka.

c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri

dengan rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah.

d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang

dan pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.

e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang

berbeza dengan amalan yang berlaku di rumah mereka.

Peranan pembantu prasekolah

a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka

tidak berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke

tandas.

b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu

makan, rehat dan bermain.

c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di

prasekolah.

d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.

Aktiviti 9:

1. 1. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan

pendapat anda jelaskan mengapakah program transisi perlu di adakan.

2. Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan

program transisi dari rumah ke prasekolah