69
1 PILIH SATU MODEL PENILAIAN KURIKULUM DAN BINCANGKAN KELEBIHAN DAN KELEMAHANNYA DALAM KONTEKS PENILAIAN KURIKULUM DI MALAYSIA TUGASAN KUMPULAN

PPT PENILAIAN KURIKULUM MODEL CIPP ( ASSIG KUMPULAN).pptx

  • Upload
    jay-kay

  • View
    342

  • Download
    17

Embed Size (px)

Citation preview

1

PILIH SATU MODEL PENILAIAN KURIKULUM DAN BINCANGKAN KELEBIHAN DAN KELEMAHANNYA DALAM KONTEKS PENILAIAN KURIKULUM DI MALAYSIATUGASAN KUMPULAN2

AHLI KUMPULAN :-

ROBEAH BT DAGAP ( M20111000687)FATIMAH BIVI BT MOIDUNNY( M20111000845)FAIRUZ BT AHMAD ( M20111000702) NORIN BINTI BAHARUDDIN ( M20111000670)PengenalanKurikulumAsal perkataan LATIN curriculum

Maksud ruang tempat pembelajaran berlaku

Konsep kurikulum berkaitan dengan falsafah epistemologi (pemikiran tentang teori ilmu)

1Introductory notes.3Pengertian KurikulumSpesifikUmummerujuk kepada pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. merujuk kepada proses aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat kematangan mentah kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa.

Kurikulum dalam bilik darjahKurikulum luar bilik darjahmerujuk kepada mata pelajaran yang diajarkan dalam bilikdarjahmerujuk kepada mata pelajaran yang dijalankan di luar bilik darjah seperti lawatan kajian luar, mengumpul spesimen, data dan maklumat dan juga pendidikan jasmani.

4A schedule design for optional periods of time/objectives. 4Pengertian KurikulumKurikulum nyataKurikulum tersiratMerujuk kepada kurikulum formal atau kurikulum rasmi yang terkandung dalam silibus dan buku teks.

Kurikulum formal berfokus kepada: Matlamat (goal) Objektif Isi kandungan Struktur/susunan pengajaran

merupakan kurikulum tak formal yang digunakan untuk memupuk nilai, sikap dan interaksi sosial yang positif melalui peniruan, permodelan, aktiviti kumpulan, aktiviti unit beruniform dan sebagainya.

5A schedule design for optional periods of time/objectives. 5Definisi KurikulumAkta Pendidikan 1996; Pendidikan ( Peraturan Kurikulum Kebangsaan ) 1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai :

Satu program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dan emosi serta untuk menyampaikan pengetahuan.

6Conclusion to course, lecture, et al. 6Definisi KurikulumMenurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinat 1979, dalam konteks Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai: Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek:sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.kurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform.

7Conclusion to course, lecture, et al. 7Kepelbagaian Definisi KurikulumKurikulumbermaksudisikandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. (KamusDewanedisiKetiga, 1994 )

Perkataan kurikulum diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah. ( Kamus Dwibahasa, 1992 )

Sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkanmurid-murid mencapai objektifyangtelah dirancang. ( T. Subahan Mohd Merah , 2007)

Satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. (Mohd Daud, 1995)

8Kepelbagaian Definisi KurikulumUrutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak . (Valiga, T. & Magel, C., 2001)

Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan. (Smith et al, 1957).

Kurikulum ialah suatu perancangan untuk pembelajaran. (Taba,1962)

Kurikulum ialah pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diharapkan, dibentuk melalui rekonstruksi pengetahuan dan pengalaman yang sistematik , di bawah naungan sekolah. (Tanner & Tanner,1975)

9Kepelbagaian Definisi Kurikulum10Kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang ditentukan. (Hist, 1975)

Kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar bilik darjah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. (Ishak Ramli, 2003).

Definisi Penilaian Kurikulum11Penilaian Kurikulum merupakan satu proses untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan sesuatu kurikulum. (Razali Arof, 1991).Penilaian kurikulum adalah proses dimana kita berusahaatau mencuba untuk mengukur nilai dan keberkesanan daripada sebahagian aktivitipendidikan sama ada projek di peringkat nasional ataupun hanya aktiviti bersamamurid di dalam bilik darjah.(Kelly,A.V, 2009).Penilaian Kurikulum adalah:Menentukan sama ada tujuan dan objektif kuriklum diambil tindakanMelihat kepada bahan-bahan, kaedah pengajaran dan pelajar (sebagai hasil sekolah)Menaksir program secara langsung, pelajar secara tidaklangsung. (Oliva, 2001)

Tujuan Penilaian Kurikulum12Hasil penilaian kurikulum boleh digunakan untuk melihat dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu kurikulum. Selain itu, ia juga boleh membantu untuk menjelaskan objektif, membuat tindakan susulan dan memberi maklumat terhadap kejayaan sesebuah program yang dilaksanakan di sekolah.

(Tyler (1994), dipetik dari Vincent Pang (2005)Penilaian sesuatu kurikulum mempunyai empat tujuan utama iaitu;Untuk mengenal pasti keupayaan, kelemahan dan kebaikannya serta menentukan punca-punca masalah.Untuk membuat penambahbaikan dalam aspek-aspek tertentu dalam proses membangunkan kurikulum.Menguji keberkesanan kurikulum yang sedang digunakan sama ada perlu diteruskan atau perlu diganti dengan kurikulum yang lain.Mengenalpasti pembiayaan kewangan yang diperuntukkan bagi melaksanakan kurikulum itu, samada memberi manfaat atau sebaliknya.

(Saedah Siraj (2001) dipetik dari Gay (1985) Pembentukan Kurikulum13Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkara-perkara yang menjadi tumpuan dalam pembentukan kurikulum adalah seperti berikut:

Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Melahirkan masyarakat Malaysia yang yang berilmu pengetahuan dan mengamalkan nilai-nilai murni.Membentuk masyarakat yang sejahtera dan memberi sumbangan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

13Proses Pembentukan Kurikulum12Proses pembentukan kurikulum perlu melalui beberapa peringkat:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan * dibangunkan untuk merealisasikan FPK * murid-murid berkembang secara menyeluruh * murid mendapat pendidikan berkualiti * menegaskan pendidikan seumur hidup

Matlamat dan tujuan * meluaskan pengetahuan * memberikan kemahiran asas * murid menjadi lebih berdikari * murid mudah bekerjasama

samb15Objektif-objektif Pengajaran Am * pernyataan umum yang boleh dicapai dalam jangka panjang * mengetahui atau memahami sesuatu konsep Objektif Pengajaran Khas dan Hasil Pengajaran * menampakkan tingkahlaku yang khusus (spesifik) dan boleh diukur dalam masa terhad

Penilaian * untuk melihat sama ada proses pengajaran telah dilaksanakan seperti yang dikehendaki * untuk melihat sama ada objektif pengajaran telah tercapai * langkah pelengkap dalam kitaran pengajaran dan pembelajaran

samb16Analisis Tugasan dan Pemilihan Kandungan * isi kandungan senang difahami murid * berdasarkan pengalaman dan juga pembelajaran yang dilalui murid * berdasarkan penilaian sesuatu pembelajaran

Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Antara kurikulum yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah adalah seperti berikut:

- 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) - 1993 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) - 2003 KBSR (semakan) - 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Konsep kurikulum dapat dijelaskan dengan lebih baik melalui cara bagaimana sekolah menjawab sembilan soalan kurikulum yang berikut ini :

Apakah yang harus diajar ?Kepada siapa ia harus diajar ?Mengapa ia harus diajar ?Bagaimana ia harus diajar ?Bila harus ia diajar?Bagaimana kita harus tahu bahawa pembelajaran telah berlaku?Apakah sumber yang akan digunakan?Dalam keadaan bagaimanakah kurikulum akan dilaksanakan? Apakah kumpulan yang akan digunakan?Apakah aspek situasi bilik darjah yang akan digambarkan dalam kurikulum?

17Jenis-jenis Kurikulum

Kurikulum Rasmi/FormalKurikulum PengajaranKurikulum OperasionalKurikulum PengalamanKurikulum Tersirat/Tersembunyi

18Beginning course details and/or books/materials needed for a class/project.18Rumusan

Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan.Ia perlu diubahsuai mengikut keperluan.

19Beginning course details and/or books/materials needed for a class/project.19Kurikulum sekolah rendah di Malaysia setakat ini telah melaksanakan :1983-Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)1993-Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)2003-KBSR (semakan)2011-Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KURIKULUM DI MALAYSIAKanak-kanak menerima pengetahuan secara langsungAktiviti P&P mesti menarikBerinteraksiMerangsang pembelajaranPenglibatan aktif muridKesepaduan penilaian dalam pembelajaranMenggalakkan murid berfikir kritis dan kreatifPRINSIP-PRINSIP KBSROBJEKTIF KBSR

menguasai bahasa Melayu dengan baik dan berkesanmenguasai kemahiran-kemahiran asas bahasa Inggeris kemahiran asas bahasa pengantar iaitu lisan atau bertutur, membaca dan menulis menguasai aspek kemahiran mengirakemahiran-kemahiran belajar nilai-nilai kemanusiaan universal dan kerohanianberpengetahuan, memahami, minat serta peka terhadap manusia dan alam sekitar22Sambung..mengamalkan nilai-nilai budaya murni dalam masyarakat aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi potensi bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri CIRI-CIRI KBSR

kemahiran asas 3Mberpusatkan kepada murid penggabungjalinan dan penyerapanpengunaan bahan bantu mengajar pemulihan pengayaanSTRUKTUR KBSRMURID

KOMUNIKASI Kemahiran asas bahasa Melayu & Matematik

MANUSIA DENGAN ALAM SEKELILINGNYA Kerohanian, Nilai dan Sikap kemanusiaan dan persekitaran Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral, Sains dan Kajian Tempatan

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Kesenian dan Rekreasi Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Kokurikulum, Kemahiran Manipulatif, perhimpunan

PENGURUSAN MATA PELAJARAN KBSR

Tahap 1 merangkumi tahun 1, 2 dan 3. Tahap 2 merangkumi tahun 4,5 dan 6.Peruntukan masa pembelajaran seminggu tahap 1 - 1,350 minit tahap 2 - 1,440 minit

MODEL CIPPDibangunkan oleh Daniel Stufflebeam (1967) di Ohio State University.Merupakan satu pendekatan penilaian pendidikan yang sangat berguna.Cara yang sistematik- melihat kepada banyak aspek yang berbeza dalam proses pembangunan kurikulum

MODEL CIPPCIPP Konteks, Input, Proses , Produk28Menurut Stufflebeam, tindakan boleh dibuat dalam empat bahagian iaitu;keputusan mengenai persekitaran (konteks), keputusan mengenai sumber (input), keputusan mengenai pelaksanaan (proses), keputusan mengenai hasil (produk), Modelnya juga di kenali sebagai model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP).MODEL CIPPPenilaian seharusnya menjadi sains pengumpulan maklumat untuk membuat keputusan. (Stufflebeam)

Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis,menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan hasil penilaian.KONSEP MODEL CIPPCIPP Konteks, Input, Proses , Produk30Pendekatan Model CIPP (KIPP) adalah berdasarkan pendapat dan pandangan bahawa tujuan penilaian sangat penting dan bukan hanya untuk memberi bukti tetapi untuk memperbetulkan sesuatu kurikulum.Penggunaan Model CIPP (KIPP) lebih memberi fokus kepada proses membuat keputusan.

KONSEP MODEL CIPPCIPP Konteks, Input, Proses , Produk31

MODEL CIPP4 UNSUR UTAMA DALAM CIPPPada asasnya, model CIPP memerlukan siri soalan yang akan ditanya mengenai empat unsur ini

32Daniel Stufflebeam:Model Penilaian CIPPINPUTCONTEXTPROCESSPRODUCTContext evaluation: what are the needs and opportunities? What should be our goals? PROGRAM GOALSInput evaluation: what are our options? What approaches can we take? How do these approaches compare in terms of resources needed? PROGRAM PLANNINGProcess evaluation: how is program implementation going? Are we on track? Do we need to adjust? PROCESS EVALUATIONProduct evaluation: what are our success or failures? What has changed as a result of our program?33Berkaitan dengan analisis masalah, kekuatan dan kelemahan dari kursus tertentu yang akan atau sedang dijalankan.Mendiagnostik keperluan-keperluan yang sepatutnya disediakan agar tidak menimbulkan kerugian jangka panjang (Issac and Michael).Penilaian konteks mendedahkan masalah-masalah dan menentukan had-had untuk membuat program.

Penilaian Konteks (Context)Apakah hubungan kursus dengan kursus yang lain?Adakah masa mencukupi?Apakah faktor-faktor luaran yang penting atau kritikal (jaringan/rangkaian, kementerian)?Sepatutnya kursus dibuat secara bersepadu atau berasingan?Apakah pautan antara kursus dengan aktiviti penyelidikan / aktiviti seterusnya?Keperluan kursus?Apakah kursus bersesuaian dengan keperluan kerja?

Persoalan Konteks (Context)Perancangan sesuatu prosedur dan perbelanjaan yang digunakan untuk memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.Digunakan bagi menilai sesuatu program yang sedia ada ataupun mewujudkan program baru.Penilaian ini menyediakan maklumat tentang bagaimana cara yang terbaik untuk mengagihkan sumber ke arah mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Penilaian InputInput ini meliputi persekitaran, pelajar, tenaga pengajar dan kandungan kursus.36Apa kelayakan masuk pelajar?Apa kemahiran pembelajaran pelajar?Apakah pendorong motivasi pelajar?Bagaimana keadaan kehidupan pelajar?Apakah pengetahuan sedia ada pelajar?Adakah tujuan bersesuaian?Adakah objektifnya berasaskan matlamat?Kandungan kursus jelas / tidak?Persoalan InputInput ini meliputi persekitaran, pelajar, tenaga pengajar dan kandungan kursus.37Adakah kandungan bersesuaian dengan kebolehan pelajar?Apakah kandungan relevan dengan masalah praktikal?Apakah sumber-sumber / peralatan yang boleh didapati?Apakah buku-buku yang pelajar dan guru ada?Bagaimana kemahiran pengajaran guru?Adakah guru mempunyai pengetahuan, kemahiran berkaitan subjek?Bagaimana persekitaran bilik darjah membantu pembelajaran?Bilangan pelajar dan guru?

Persoalan Input (samb)Menilai operasi sesuatu program, proses dan prosedur progam.Penyelidik akan menyemak proses-proses yang terlibat semasa program itu sedang dijalankan.Maklum balas dari semasa ke semasa penting untuk mengawal pelaksanaan program.Objektif utama penilaian proses ialah untuk memastikan sejauh manakah sesuatu program itu dapat memenuhi kehendak sesuatu kumpulan.Penilaian ProsesApakah beban kerja pelajar?Seaktif mana pelajar penglibatan pelajar?Adakah terdapat sebarang masalah berkaitan dengan pembelajaran?Adakah terdapat komunikasi dua hala?Adakah ilmu yang disampaikan digunakan atau diaplikasikan?Persoalan ProsesAdakah sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menggunakan/mengaplikasikan/menganalisis ilmu dan kemahiran?Adakah proses P&P dinilai secara berterusan?Adakah P&P terjejas oleh masalah institusi?Apakah tahap kerjasama / hubungan interpersonal antara guru / pelajar?Bagaimana untuk mengekalkan disiplin?

Persoalan ProsesFokus kepada kewajaran objektif program yang dapat dipenuhi.Mendedahkan kekuatan dan kelemahan variabel-variabel yang terkandung dalam dimensi konteks, input dan proses.Tujuan utama, mengaitkan matlamat, konteks, input dan proses dengan hasil program.Menilai setakat mana sesuatu perubahan dalam program itu berjaya.

Penilaian ProdukAdakah terdapat satu peperiksaan akhir atau beberapa peperiksaan semasa kursus diadakan?Adakah terdapat apa-apa taksiran tidak formal?Apakah kualiti taksiran? (Tahap / level )Apakah tahap yang pelajar perolehi selepas kursus?Bagaimana pelajar menggunakan apa yang telah dipelajari?Bagaimana pengalaman keseluruhan untuk guru dan pelajar?Apakah pelajaran utama yang telah dipelajari?Adakah terdapat laporan rasmi?Hasil yang diperolehi bertambah baik atau sebaliknya.?

Persoalan ProdukPerbincangan dengan kelasPemerhatian atau perbualan formalTemubual pelajar secara individuBorang penilaian Pemerhatian di dalam kelas / sesi guru / jurulatih Pita video pengajaran sendiriDokumen organisasiKontrak penyertaanPrestasi ujianSoal selidikPenilaian kendiriUjian bertulisKaedah Mengikut Stufflebeam, tiap-tiap bahagian penilaian memerlukan tiga jenis aktiviti iaitu mengumpulkan sebanyak maklumat yang mungkin, mengorganisasikan maklumat yang dikumpulkan dan menganalisis maklumat dengan menggunakan kaedah pengukuran dan statistik.

KesimpulanMembantu pendidik mengenal pasti manfaat dan kepentingan bukti yang baik dalam proses membuat keputusan (suatu bentuk penilaian formatif)Model ini juga dapat dimanfaatkan untuk tujuan pertanggungjawaban (suatu bentuk penilaian sumatif)CIPP pendekatan holistik dalam penilaiannya bertujuan memberikan gambaran yang sangat terperinci dan luas mulai dari konteksnya hingga ke proses pelaksanaan dan hasilnya.Lebih komprehensif kerana objek yang dinilai tidak hanya pada hasil sahaja.Kekuatan Model CIPPTerlalu mementingkan bagaimana proses penilaian seharusnya berlaku ketika program sedang berjalan daripada memberi perhatian terhadap apa yang berlaku ketika penilaian sedang dijalankan. Cenderung untuk fokus kepada rasional pengurusan (rational management) sedangkan mengakui terdapat masalah ketika proses pengumpulan data.Penerapan model ini dalam pembelajaran di kelas mempunyai rekod prestasi yang kurang memberangsangkan sekiranya modul tidak disediakan. Ini disebabkan untuk mengukur konteks, input ataupun produk melibatkan banyak pihak.Kelemahan Model CIPPPENILAIAN KURIKULUM DI MALAYSIA DENGAN MENGGUNAKAN MODEL KIPP

Tujuan penilaian untuk mengenal pasti jawapan kepada persoalan awal (kajian status dan diagnostik).-jawapan ini penting kerana ia akan dijadikan sebagai asas untuk pembentukkan sesuatu kurikulum.

memperbaiki mana-mana aspek dalam proses pembentukkan dan perkembangan kurikulum.-dikenali sebagai penilaian berterusan, pembaikan (formatif)

melihat sejauh mana kurikulum itu berkesan (penilaian sumatif). KAEDAH PENILAIANkaedahsumatifkaedah formatifContoh:peperiksaanujian

Contoh:pembentanganfoliokerja kursusujian lisanujian pendengaran

OBJEKTIF PENILAIANuntuk melihat kesahannya

tidak bias -hasil atau keputusan yang didapati itu boleh digunakan bagi proses pembentukkan kurikulumPENILAIAN KONTEKSTujuan penilaian konteks adalah untuk menilai syarat-syarat awal dan keperluan dalam situasimencakupi isu-isu yang terlibat dalam kurikulum, mendedahkan masalah-masalah dan menentukan had-had untuk membuat program bagi kurikulum tersebutmengenal pasti kekuatan dan kelemahan beberapa objek seperti institusi, program , sasaran populasi/individu menyediakan satu garis panduan untuk perubahanKeputusan yang diperoleh nanti merupakan asas untuk memperbaiki matlamat yang sedia wujud dan menentukan sesuatu perubahan.

PENILAIAN KONTEKS DALAM PENILAIAN KURIKULUM MALAYSIAPembentukan kurikulum merupakan bahagian pertama dalam perkembangan kurikulum

Rasional- -aspek pertama dalam membentuk kurikulum - penting kerana memberi penjelasan kepada perlunya wujud satu kurikulum itu selain mengemukakan alasan atau sebab serta asas kepada kewujudan kurikulum memberi panduan dan hala tuju bagi menyelesaikan atau mengurangkan masalah

(samb) PENILAIAN KONTEKS DALAM PENILAIAN KURIKULUM MALAYSIAObjektif

Objektif merupakan sesuatu yang telah ditentukan yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap-tahap objektif itu (Razali Arof, 1991).

dibahagikan kepada beberapa peringkat objektif negara (paling umum), objektif kementerian,objektif sekolah/maktab/universiti objektif pengajaran (harian/khusus). (samb) PENILAIAN KONTEKS DALAM PENILAIAN KURIKULUM MALAYSIAobjektif umum lebih menyeluruh berbanding dengan objektif khusus.

objektif khusus tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dicapai jika dibandingkan dengan objektif umum.

jika rasional menjawab soalan mengapa atau kenapa satu-satu kurikulum itu harus dibentuk, objektif pula menjawab soalan apa yang harus dicapai oleh kurikulum yang mahu dibentuk itu.

(samb)PENILAIAN KONTEKS DALAM PENILAIAN KURIKULUM MALAYSIAobjektif mestilah selari dengan rasional kurikulum objektif mestilah boleh dicapai dah boleh diajar

objektif ditetapkan mestilah mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk dilaksanakan kurikulumnya bagi mencapai objektifnya

setiap objektif yang dipilih untuk dijadikan objektif kurikulum itu mestilah saling menyokong

tiap-tiap objektif patut dilihat dan dinyatakan mengikut apa yang akan diperolehi atau dikuasai oleh pelajar diakhir sesuatu program.

PENILAIAN INPUTPenilaian input tertumpu kepada sumber yang terlibat dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program.

membincangkan aspek-aspek mengenai isi dalam kurikulum.

Isi kurikulum:-ilmu pengetahuan yang hendak diajar kepada pelajar-pelajar-boleh merupakan kajian -fakta-fakta -konsep-teori dan prinsip

(samb) PENILAIAN INPUTIsi boleh dibahagikan kepada bentuk teoritikal/konseptual dan bentuk aplikasi atau praktikalpemilihan isi - dua konsep yang penting yang perlu dijelaskan iaitu isi sokongan dan isi sebenarisi dalam kurikulum boleh didapati daripada beberapa sumber-pengalaman sendiri-literature atau buku-buku- majalah- jurnal dan lain-lain.

(samb) PENILAIAN INPUTMEMILIH ISI KURIKULUM:

mestilah selari dengan kehendak objektif kurikulum yang berkenaan

mestilah mengikut matlamat-matlamat objektif tersebut

ilmu pengetahuan yang dipilih perlulah mendapat kebenaran untuk diajar kepada pelajar dan ilmu tersebut adalah benar

(samb) PENILAIAN INPUTilmu pengetahuan yang bercorak kontroversi perlu diberi pertimbangan yang mendalam sekiranya mahu dipilih untuk dijadikan isi

mengikut kesesuaian dengan peringkat keadaan dan minat pelajarPENILAIAN PROSEStertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program.

merupakan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum seperti struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia).( samb ) PENILAIAN PROSESLangkah-langkah untuk penilaian proses kurikulum :

mengenalpasti masalah untuk melaksanakan kurikulum tersebut.

mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum yang ada dengan masalah-masalah yang telah dikenalpasti.

memastikan aktiviti yang dirancang akan mencapai objektif kurikulum

( samb) PENILAIAN PROSESmewujudkan rangka bentuk atau model bagi kurikulum, jadual kerja dan orang yang terlibat

membuat jangkaan atau andaian mengenai hasil kurikulum yang telah diperbaharui

melaksanakan proses pembaharuan tersebut

Untuk mencapai objektif KBSR pelbagai elemen telah diperuntukkan.

Antara ciri-ciri KBSR yang ditetapkan ialah bentuk pendidikan menekankan kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.

PENILAIAN PRODUKPenilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan.

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum khususnya KBSR dan KBSM adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

PENILAIAN PRODUKKurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ). PENILAIAN PRODUKFaktor yang menggerakkan pembentukan dan perkembangan kurikulum:

Keperluan masyarakat dan negara seperti melatih lebih banyak tenaga mahir dalam bidang vokasional untuk perkembangan perindustrian dan ekonomi negara, perkembangan sains dan teknologi yang mendorongkan negara untuk mereformasikan kurikulum mereka dengan memberi tumpuan dalam pelajaran sains dan matematik dan perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan yang membawa reformasi kurikulum supaya pendidikan di sekolah menjadi lebih baik dan sempurna misalnya pelaksanaan Wawasan Pendidikan berteraskan Wawasan 2020 ( Mok Soon Sang, 2008).

PENILAIAN PRODUKDalam pembentukkan kurikulum KBSR, keberhasilan produk adalah dari aspek :

PelajarPengurusan PendidikanKementerianPendidikanMalaysia

KESIMPULANMenurut Azizi (1999), model CIPP dibentuk untuk memenuhi kehendak perancang dan pentadbiran program bukan sekadar untuk memenuhi kehendak individu. Ia juga bukan sekadar untuk membuktikan sesuatu keputusan bahkan bertindak untukmemperbaiki di mana maklumat yang diperoleh boleh dijadikan panduan untukmerancang sesuatu program. Model ini lebih menekankan kepada mengumpulkan maklumat dengan tujuan untuk memudahkan membuat sebarang keputusan. Menurutnya lagi, maklumat yang diperoleh dijadikan panduan untuk memantapkan lagi sesuatu program sama ada di peringkat perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan penghasilan.Keputusan akan dibuat untuk menentukan sama ada hendak meneruskan, memperbaiki,menambahbaikkan atau memberhentikan sesuatu program.

69Beginning course details and/or books/materials needed for a class/project.69