Upload
dangminh
View
357
Download
6
Embed Size (px)
1""
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018
922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
(KERJA KURSUS)
PORTFOLIO CONTOH
Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya seperti watak Tun Bahara dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (2003) selenggaraan A. Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
"
2""
PORTFOLIO DATUK HAJI MISBUN BIN DATO HAJI SIDEK SEORANG AHLI
SUKAN YANG BERJAYA SEPERTI WATAK TUN BAHARA DALAM SULALATUS
SALATIN SEJARAH MELAYU.
1.0 PENGENALAN
Tun Bahara adalah seorang pemain dan juara catur yang paling hebat sekali pada
zamannya. Tun Bahara berasal dari negara Pasai. Beliau telah berhijrah ke Melaka dan terkenal
dalam permainan catur. Tidak ada seorang pun yang berjaya mengalahkannya kecuali Tun
Pikrama anak Bendahara Paduka Raja yang hanya sedikit boleh menandinginya tapi kadang-kala
digelar sayur keladi oleh Tun Bahara. Tun Bahara juga mahir dalam bersyair, berbait,
bergurindam dan berseloka.
1.1 KONSEP
Menurut Aminudin Jusuh (2002) tokoh adalah pelaku yang mengembangkan peristiwa
dalam cerita fiksyen sehingga peristiwa itu mampu menjalin suatu cerita atau unsur yang penting
dalam sesuatu cerita rekaan. Menurut Ahmad Faiez (2013) ahli pula bermaksud mahir dalam
sesuatu bidang manakala sukan bermaksud aktiviti yang mengandungi latihan seperti kemahiran
berguna secara rekreasi dan peraturan tertentu dalam mengejar kegemilangan. Sebagai
rumusannya, ahli sukan adalah seseorang yang mahir dalam bidang sukan dan mampu mencapai
kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Antara bidang sukan yang boleh diceburi ialah
sukan outdoor seperti bola sepak, ragbi, hoki, kriket dan sukan indoor pula seperti catur,
badminton dan permainan tradisional.
3""
Tokoh adalah seseorang yang memiliki kemahiran dalam suatu jenis sukan hingga ke
peringkat daerah. Selain itu, tokoh tersebut menguasai teknik dan peraturan dalam
permainannya.
1.2 KAJIAN LEPAS
Kajian tokoh tentang ahli sukan banyak ditulis dalam bentuk biografi ataupun koleksi
yang berkaitan dengan tokoh sukan. Contohnya, Buku Malaysia 500 Khazanah Insan Aset
Negara ( Jilid 13 Juara Sukan ) . Buku ini memaparkan tokoh-tokoh sukan yang berjaya
mencapai kecemerlangan sehingga peringkat antarabangsa seperti Nicol David dalam sukan
squash, Lee Chong Wei yang sangat sinonim dengan badminton, Shalin Zulkifli dalam sukan
bowling dan tokoh-tokoh lain yang ternama.
1.3 FUNGSI KAJIAN
Fungsi Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan tokoh sukan yang dipilih oleh
pengkaji yang mengharumkan nama negeri dan negara. Selain itu, ia bertujuan untuk
menghargai jasa tokoh dalam sukan yang diceburinya.
1.4 BATASAN KAJIAN
Kajian ini akan mengenalpasti ciri-ciri ahli sukan yang berjaya dalam bidangnya seperti
watak Tun Bahara iaitu Datuk Haji Misbun Bin Dato’ Mohd Sidek dan juga akan
membincangkan latar belakang, sumbangan, keistimewaan, pemikiran, pengiktirafan dan karya
beliau.
4""
Datuk Haji Misbun bin Dato Haji Sidek
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini adalah untuk memenuhi kriteria lulus penuh dalam matapelajaran
Kesusasteraan Melayu Komunikatif peringkat STPM. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan garis
panduan untuk mengkaji lebih lanjut mengenai tokoh ini dan tokoh-tokoh sukan lain pada masa
akan datang.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mengenalpasti ciri-ciri ahli sukan yang berjaya dalam bidangnya seperti watak
Tun Bahara iaitu Datuk Haji Misbun Bin Dato’ Haji Mohd Sidek.
2.2 Membincangkan latar belakang, sumbangan, keistimewaan, pemikiran,
pengiktirafan dan karya beliau.
5""
3.0 KAEDAH KAJIAN
3.1 Kaedah Lapangan
Kaedah kajian yang digunakan sepanjang menjalankan kerja kursus ini ialah
kaedah lapangan. Keadah lapangan merupakan kajian yang melibatkan soal-
selidik atau temubual. Kaedah temubual dipilih kerana keadah ini mudah untuk
mendapat maklumat daripada tokoh atau pihak-pihak lain yang ada kaitan dengan
tokoh. Penulis telah membuat temujanji untuk menemubual dengan tokoh seperti
berikut:
Bil Tarikh Tempat Masa
1 12/3/2018 Stadium Badminton Kuala Lumpur 3.00 petang
2 15/5/2018 Stadium Badminton Kuala Lumpur 4.30 petang
Penulis juga telah menghubungi tokoh melalui panggilan telefon dan aplikasi
teknologi terkini untuk mengetahui maklumat terkini mengenai tokoh yang dikaji.
3.2 Kaedah Kepustakaan
Kaedah kepustakaan juga dijalankan untuk menyempurnakan portfolio ini.
Keadah ini bertujuan mendapat bahan dan maklumat tambahan yang diperlukan.
Keadah ini melibatkan usaha mencari definisi konsep dan menjelaskannya
melalui penulisan pengkaji. Kajian ini telah menggunakan bahan rujukan utama
iaitu Sulalatus Salatin Sejarah Melayu untuk membandingkan Tun Bahara dengan
tokoh yang dikaji. Beberapa buah buku telah digunakan untuk mendapatkan
maklumat tambahan tentang tokoh yang dikaji. Sesuai dengan kaedah
6""
kepustakaan, penulis telah melaksanakan prosedur sepatutnya iaitu mengunjungi
perpustakaan awam sepanjang menjalankan kajian ini.
Berikut adalah jadual kujungan penulis ke perpustakaan.
Bil Tarikh Tempat Masa
1 12/2/2018 Perpustakaan sekolah 3.00 petang
2 15/3/2018 Perpustakaan daerah/komuniti 2.30 petang
3 16/4/2018 Perpustakaan daerah/komuniti 3.00 petang
4 22/5/2018 Perpustakaan negeri 2.30 petang
4.0 ISI KAJIAN
4.1 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN/KERJAYA
Nama sebenar tokoh yang dikaji ialah Misbun bin Haji Ahmad Sidek. Beliau dilahirkan
di Kanchong Darat, Banting, Selangor pada 17 Februari 1960. Beliau memperolehi pendidikan
di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Manakala, pendidikan awalnya telah diperolehi di
Banting. Seawal usia 7 tahun iaitu pada 1967 beliau telah dilatih secara serius oleh bapanya
bermain badminton di hadapan rumah mereka. Bapanya, telah membina gelanggang badminton
khusus untuk keperluan anak-anaknya bermain badminton. Misbun mempunyai empat orang
adik-beradik iaitu Razif, Rahman , Jailani dan Rashid. Mereka mendapat latihan yang sama dari
bapanya.
Pada usia 16 tahun beliau telah terplih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Asia di
Hong Kong dan Terbuka Australia. Setahun kemudian beliau terpilih menjalani latihan Skuad
Piala Thomas. Pada usia 18 tahun, beliau telah membuktikan kehebatannya dengan mendominasi
7""
pertandingan badminton Peringkat Kebangsaan dengan memperolehi kemenangan dalam acara
perseorangan, bergu dan bergu campuran pada tahun 1978.
Misbun memenangi kejohanan antarabangsanya yang pertama dalam Terbuka Jerman
pada tahun 1981. Beliau turut membantu skuad badminton Malaysia memenangi pingat perak
dalam Sukan SEA pada tahun yang sama. Dalam kejohanan tersebut, beliau telah menewaskan
Liem Swie King dari Indonesia yang pada ketika itu merupakan Juara All England. Rentak
kecemerlangan dalam sukan badminton ialah apabila beliau dianugerahkan Olahragwan
Malaysia pada tahun 1983. Sebelum itu, pada tahun 1982 beliau telah menewaskan Morten Frost
dari Belanda dan Prakash Padukone dari India tetapi dikecewakan oleh Liem Swie King pada
perlawanan akhir dalam Kejohanan Dunia yang diadakan di Kuala Lumpur. Pada bulan Oktober
1983, Misbun menjadi pemain badminton bertaraf profesional di bawah kendalian International
Management Group. Karier Misbun berakhir dengan cemerlang apabila memenangi Piala
Thomas menewaskan Indonesia pada 1988 dan bersara setahun kemudian iaitu pada usia 29
tahun.
Manakala, ahli sukan yang berjaya dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ialah
Tun Bahara yang berasal dari Pasai dan berhijrah ke Melaka. Seperti tokoh kajian iaitu Misbun
Haji Sidek yang mahir dalam permainan badminton, Tun Bahara merupakan pemain catur yang
sangat mahir dan tiada yang dapat menandingi kehebatan beliau bermain catur di Melaka.
4.2 SUMBANGAN
Misbun memberikan sumbangan sebagai Jurulatih Perseorangan kepada adiknya sendiri
iaitu Rashid dalam Kejohanan Piala Thomas pada tahun 1992. Tugas kejurulatihan berterusan
apabila beliau turut menjadi jurulatih kepada Roslin Hashim dan Mohamad Hafiz Hashim serta
8""
Lee Chong Wei. Beliau merupakan Jurulatih Perseorangan Lelaki Malaysia dari tahun 2003-
2010. Sentuhan magis Misbun telah membolehkan Lee Chong Wei menjuarai beberapa
kejohanan dunia. Antaranya ialah Kejohanan Dunia 2005 di Anaheim dengan menjuarai
Perseorangan Lelaki . Seterusnya, menjuarai Perseorangan Lelaki dalam Kejohanan
Commonwealth pada tahun 2006, Asean Games di Doha juga pada tahun 2006 dan Kejohanan
Piala Thomas pada tahun 2008 di Jakarta.
Atas semangat cintakan sukan badminton beliau telah melahirkan Nusa Mahsuri pada 10
April 1997. Antara tujuan Nusa Mahsuri ditubuhkan adalah untuk melahirkan akademi
badminton profesional dalam melatih pemain badminton bertaraf dunia. Nusa Mahsuri turut
bertindak sebagai pusat latihan dalam kalangan pemain profesional. Selain itu, peranan lain
Nusa Mahsuri yang dikendalikan oleh Misbun ialah menjadi perunding kepada mana-mana
kelab, sekolah, universiti atau persatuan sukan yang memerlukan khidmat perunding. Kelab ini
juga diibaratkan sebagai penyambung wadah yang berkemampuan mencungkil bakat–bakat baru
dan membantu persatuan Badminton Malaysia ke arah pembangunan badminton itu sendiri.
Kesemua usaha yang dilakukan oleh beliau adalah bagi memartabatkan sukan badminton di
puncak tertinggi.
Manakala, Tun Bahara seperti yang digambarkan dalam SS mengangkat martabat catur
apabila tiada seorang pun mampu menewaskannya kecuali yang dapat bersaing sedikit dengan
beliau iaitu Tun Pikrama anak Bendahara Paduka Raja. Sumbangan lain Tun Pikrama ialah
mempopularkan permainan catur dalam kalangan rakyat Melaka sebagaimana yang dinyatakan
dalam petikan berikut,
9""
Maka bercaturlah Tun Bahara itu dengan orang Melaka…Maka segala orang yang tahu-
tahu bercatur, semuanya alah olehnya, seorang pun tiada dapat melawan dia,…
(Sulalatus Salatin, h.154)
4.3 KEISTIMEWAAN
Keistimewaan Misbun sebagai seorang pemain badminton menyerlah dalam usia yang
sangat muda iaitu pada usia 7 tahun dan dilatih pula oleh bapanya sendiri iaitu Dato’ Haji Sidek
Kamar. Pada usia 18 tahun, beliau telah terpilih sebagai pemain perseorangan ketiga untuk
skuad Piala Thomas yang mewakili negara pada ketika itu.
Keistimewaan Datuk Misbun Sidek tidak dapat dinafikan lagi khususnya dalam
memperkenalkan Teknik Servis S yang menimbulkan kontoversi kemudiannya. Teknik Servis S
Pukulan Bulu Tangkis telah mula digunakan pada 1970an. Teknik yang mengelirukan pihak
lawan ini memberikan impak yang besar dalam pertandingan badminton. Teknik Servis S ini
diharamkan sepenuhnya pada 1981 oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF). Selain itu,
keistimewaan beliau juga terletak pada pukulan pancung yang mematikan pergerakan pihak
lawan. Kemuncak kerjaya beliau sebagai jurulatih ialah apabila beliau berjaya mengekalkan
kejuaraan Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia selama 6 tahun berturut-turut.
Pada tahun 2016, beliau bertindak sebagai jurulatih membantu skuad badminton Denmark
menjuarai Piala Thomas buat kali pertama di Malaysia.
10""
Teknik servis S (sidek ) yang diharamkan IBF
Selain berkecimpung dalam sukan badminton beliau dan ahli keluarganya turut
menghasilkan siri animasi Anak-Anak Sidek bermula pada tahun 1999-2003 melibatkan 39
episod dan juga komik dalam judul yang sama . Komik berbentuk autobiografi yang
memaparkan kehidupan anak-anak Sidek itu telah dihasilkan pada tahun 1995-2005.
Keistimewaan Tun Bahara pula terlalu mahir bermain catur sehingga tiada siapa pun
dapat menewaskannya. Kehebatan bermain catur digambarkan seperti berikut,
Lawannya itu berfikir, ia tiada berfikir, pandang kiri, pandang kanan,,sambil
ia bersyair, dan berbait, dan bergurindam, dan berseloka.
(Sulalatus Salatin, h.154)
Berdasarkan petikan di atas, jelas menggambarkan watak Tun Bahara sebagai seorang pemain
catur yang sangat mahir dalam permainan catur sehinggakan beliau boleh bersyair, berbait,
bergurindam, dan berseloka semasa bermain catur. Oleh kerana keistimewaan tersebut, nama
Tun Bahara tercatat dan diabadikan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu sebagai salah
seorang tokoh yang berupaya menarik perhatian penulisnya.
11""
4.4 PEMIKIRAN
Idea penubuhan Kelab Profesional yang pertama di Malaysia iaitu Nusa Mahsuri yang
dikemukakan oleh Misbun membawa lembaran baru dalam sejarah permainan badminton di
Malaysia apabila kelab tersebut melahirkan pemain-pemain bertaraf profesioanal. Kewujudan
Nusa Mahsuri diikuti kelab-kelab yang lain seperti Kuala Lumpur Racket Club, Puchong
Badminton Club dan lain-lain. Dengan kewujudan pelbagai kelab membolehkan pertandingan
badminton antara kelab yang dinamakan Purple League yang turut disertai pemain-pemain
badminton antarabangsa telah diadakan mulai tahun 2014 sehingga kini.
Logo dan pemain-pemain yang bernaung di bawah Kelab Profesional Badminton pertama di
Malaysia – Nusa Mahsuri.
12""
Manakala, Tun Bahara melontarkan pemikirannya melalui permainan catur. Beliau begitu
bijak menyusun strategi sehingga digambarkan sentiasa memenangi permainan catur yang
disertainya. Pemikirannya dalam hal menyusun strategi permainan catur dijelaskan melalui
petikan berikut,
Lawannya itu berfikir, ia tiada berfikir, pandang kiri, pandang kanan,
sambil ia bersyair, dan berbait …dan jika Tun Bahara membuang sebiji
bidak ujung jua pun..
(Sulalatus Salatin,h.154)
Paparan di atas menjelaskan bagaimana Tun Bahara menggunakan serangan psikologi ke atas
lawannya apabila beliau begitu tenang dan santai semasa bermain catur dengan gambaran beliau
boleh bersyair, berbait , bergurindam dan berseloka semasa bermain catur manakala lawannya
terpaksa berfikir bersungguh-sungguh untuk menewaskannya.
4.5 PENGIKTIRAFAN
Datuk Misbun pernah dianugerahi dengan gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka iaitu
Darjah Mulia Seri Melaka (DSSM). Beliau dianugerahi dengan Ijazah Doktor Falsafah
(Pembangunan Insan) oleh Universiti Tun Hussin Onn Malaysia. Beliau juga menerima anugerah
Jurulatih Kebangsaan oleh Majlis Sukan Malaysia pada tahun 2002 dan 2009. Pada tahun 2002,
beliau menerima penghargaan khas dari Majlis Sukan Selangor serta anugerah penghargaan khas
Persatuan Badminton Melayu Malaysia.
13""
Bergambar bersama keluarga semasa menerima ijazah Doktor Falsafah.
Tun Bahara pula menerima pengiktirafan sebagai tokoh yang paling masyhur dalam
menguasai permainan catur di Melaka pada ketika itu. Biarpun tiada anugerah khusus yang
diperolehinya namun namanya yang tercatat dalam karya yang kini diangkat sebagai sebuah
Karya Agung amat membanggakan. Pembicaraan mengenai Tun Bahara yang diperkatakan
sehingga kini juga merupakan satu pengiktirafan yang amat besar kepada beliau.
4.6 KARYA
Sebagai seorang tokoh yang sangat istimewa dan telah banyak memberi sumbangan
dalam bidang sukan badminton, Misbun telah memperkenalkan Teknik Servis S yang boleh
dianggap karyanya yang hebat dan tiada tandingannya sehingga kini. Teknik ini dikatakan
mengelirukan pihak lawan menyebabkan pihak lawan sukar menanggapi pergerakan beliau dan
akan menyebabkan kekalahan kepada lawannya. Walaupun, Teknik Servis S itu kemudiannya
diharamkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa, sehingga kini tiada lain-lain pemain
badminton yang berjaya menghasilkan karya seumpama dengannya.
14""
Manakala, watak Tun Bahara memperlihatkan hasil karyanya melalui kemahiran beliau
bermain catur yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana individu di Melaka pada ketika itu
sehingga menyebabkan beliau amat dikenali disebabkan kehebatan tersebut.
5.0 PENUTUP
Sukan adalah salah satu kegiatan yang dapat merapatkan silaturrahim antara kaum.
Negara masih memerlukan sokongan yang kuat daripada semua bangsa. Pada pandangan penulis,
sukan dapat memberi ruang kerjaya yang boleh mendatangkan faedah yang besar kepada mana-
mana ahli sukan. Banyak kebaikan yang bakal diperolehi oleh ahli-ahli sukan yang aktif untuk
membina masa depan.
Adalah diharapkan setiap individu yang berkecimpung dalam bidang sukan dapat
memberikan kepakaran dan ilmu pengetahuan yang ada demi memajukan industri sukan negara
yang sedang berkembang pesat pada masa kini.
Penulis menyarankan agar penghargaan terhadap tokoh-tokoh sukan negara tidak
dianggap remeh kerana mereka telah banyak berjasa kepada negara terutamanya kerana
kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh ahli sukan mampu mengharumkan nama negara di mata
dunia. Penghargaan kepada mereka wajar diberikan kerana mereka telah mengorbankan masa,
keringat dan wang ringgit dalam usaha mencapai kejayaan tersebut. Dengan adanya penghargaan
tersebut, jasa meraka kepada negara akan sentiasa disanjung dan dikenang sepanjang zaman.
15""
SUMBER RUJUKAN
Ahmad Faiez (2013), Karier Sukan Di Malaysia, Selangor, Sri Bumi Pelangi Trading.
Aminuddin Yusof (2002) Stiliska, Penghantar Memahami Bahasa dalam karya Sastera,
Semarang, IKIP Semarang Press.
A. Samad Ahmad.peny. (2010), Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Ismail Hamid (1988), Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tai Lung Aik, (2013) Malaysia 500: Khazanah Insan Aset Negara, Kuala Lumpur,
Arus Intelek Sdn Bhd.
http://www.BHonline.