24
Pola Interaksi dan Perkembangan Sosiocmosi Di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil) Hulu Selangor NORDIN BIN MAMAT FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNlVERSITI PENDIDlKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM KOD PENYELIDlKAN UPSI : 03 -18-18-02 2006 PERPIJSTf KJd�.� UPSI .. _..._-.- .. __.- ----....,._.._ Nc"nl)()[ p"")'(,�;,>r, A<R r_�.I_'_��&:: Tl!lliktc P':'''J'''''",r, " , :> c>: ---_-_ Pica )/)

Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

  • Upload
    roslin

  • View
    294

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

Pola Interaksi dan Perkembangan Sosiocmosi Di Kalangan Kanak-kanakPrasekolah (Etnik Cina dan Tamil) Hulu Selangor

NORDIN BIN MAMAT

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNlVERSITI PENDIDlKAN SULTAN IDRISTANJONG MALIM

KOD PENYELIDlKAN UPSI : 03 -18-18-02

2006

PERPIJSTf KJd�.� UPSI.._..._-.- ..__.- ..

----....,._.._

Nc"nl)()[ p"")'(,�;,>r, A<R.. r_�.__ I_'_��&::

Tl!lliktc P':'''J'''''",r, " , :> • c>:---_-_ --_--

Pica_.

)/)

Page 2: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendirikecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunyatelah saya jelaskan sumbernya.

Januari 2006 NORDIN MAMAT

Page 3: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

III

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpahkurnia-Nya saya dapat menyiapkan kajian ini. Di sini, saya ingin mcngucapkansetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepadapegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dan Kakitangan diFakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Dekan Prof. Madya Dr.Kamarulzaman Kamarudin, Timbalan Dekan Akademik, Prof. Madya Dr. AbdulLatif Ghafor dan Dr. Hj. Abdul Malik Abdul Rahman, Timbalan Dckan PcngajianSiswazah dan Penyelidikan pensyarah-pensyarah atas kerja sama yang dibcrikan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kcpada pihak KcrncntcrianPendidikan Malaysia, khususnya Bahagian Perancangan dan PcnyclidikanPendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor scrta tidak lupa juga guru-gurubesar sekolah kebangsaan di daerah Hulu Selangor scrta pelajar-pclajar yangtelah memberikan kerjasama dalam penyclidikan ini.

Akhir sekali, ucapan tcrima kasih yang tidak tcrhingga kepada scmua

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mcnjayakanpenyelidikan saya ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas segala-galanya.

Page 4: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

1\'

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mcngenalpasti pcranan intcraksisosial kanak-kanak dengan persekitaran mercka Justeru, penman intcraksi kanak­kanak dengan rakan sebaya diberikan penekanan. Di samping itu, pihak sckolahturut dikaji sebagai pihak yang terlibat secara formal dalam mernbantu

perkembangan emosi kanak-kanak. Kajian ini melihat kepada peranan yangdimainkan oleh guru dan hubungan dengan kanak-kanak. Antara pcmbolch ubah­

pemboleh ubah bebas yang digunakan ialah jantina, rakan sekclas dan persckitarantadika. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang kanak-kunak duri 2 Tadikadiambil. Alat kajian terdiri daripada soal selidik bcrstruktur yang dibuat sccara

pemerhatian dan temu bual. Analisis data dibuat dcngan mcnggunakan statistik

diskriptif, iaitu peratus. Basil kajian menunjukkan Hasil daripada kajian iniadalah memberitahu gambaran yang khusus mengcnai tingkahlaku cmosi kanak­kanak prasekolah antara rakan sebaya dan jantina di dalam kelas . Pola tingkahlukuemosi kanak-kanak prasekolah yang berintcraksi dcngan rakan scsama jantina dantidak menunjukkan perbezaan pembinaan tingkahlaku CIl10si kanak-Kanak.

Didapati bahawa tingkahlaku cmosi kanak-kanak lclaki atau pcrcmpuandipengaruhi oleh dominasi individu yang mcnjadi idola atau turutan merck a.Manakala jumlah rakan juga rnernpengaruhi tingkahlaku crnosi rncrcka. mcrcka

yang mempunyai ramai rakan lebih aktif dan scnang bckcrjasama. Ini

menunjukkan sosioemosi mereka dipengaruhi oleh pola intcraksi yang sama. Bagikajian berkaitan peraturan di dalam kelas pula, hasil kajian mendapati hahawa

peraturan yang ketat dapat mendisiplinkan kanak-kanak prasekolah-kanak-kanakprasekolah di dalam kelas. Bagi aspek organisasi pula, kajian mendapati bahawakanak-kanak prasekolah yang terlibat dalam organisasi kelas memiliki sikaptanggungjawab dan semangat kepimpinan yang tinggi.

Page 5: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

v

ABSTRACT

The purpose of this study is to analyse the role of children social interactionwith their environmental. This study was emphasize on peer group and the school to

develop child emotional on children and relationship between teacher andchildren. The independent variables include ethnicity, peer group. and

preschool environment. The sample of 40 preschool pupil were chosen from 2

preschool at primary school. The research instrument was a structure questionthrough observation and interview. The data collected were analysed by usingfrequencies and percentages. The result from the analysis showed the generalperception about emotional behaviour children among peer group. Pol a interaction

preschooler among their groups; gender and ethnicity did not showed differences.But emotional behaviour between gender mostly influenced by individualdomination who was as idol included a total of their friends. This result showedsocio-emotional affected by pola interaction. The result relating rule, condition

like firm and rigid were made children more discipline and who involve in school

organization and activities was more responsibility and leadership.

Page 6: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

ABSTRAK

KANDUNGAN

BAB I

1.11.21.31.41.51.6

BAB II

BAB III3.13.23.33.4

KANDUNGAN

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pendahuluan

Pemyataan Masalah

Objektif KajianPersoalan KajianKepentingan KajianDefinisi Konsep

KAJIAN LITERATUR

METODOLOGlKAJIAN

Sarnpel KajianSoal SelidikKaedah Pengumpulan DataProses Penganalisaan Data

\'1

Halaman

ii

Page 7: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

\'11

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Latar belakang sarnpelPendahuluan4.2 Data-data Kajian dan Analisa Data

4.2.1 Pola Tingkahlaku Ernosi Kanak-kanak prasekolah lelaki yangberinteraksi dengan kanak-kanak lelaki4.2.2 Pola Tingkahlaku Ernosi Ernosi Kanak-kanak prasekolah lelaki

yang berinteraksi dengan kanak-kanak perernpuan4.2.3 Pola Tingkahlaku Ernosi Kanak-kanak prasekolah percrnpuanyang berinteraksi dengan kanak-kanak4.2.4 Pola Tingkahlaku Ernosi Kanak-kanak prasekolah pcrernpuanyang berinteraksi dengan kanak-kanak lelaki4.2.5 Tingkahlaku kanak-kanak prasekolah yang merniliki rarnaikawan4.2.6 Tingkahlaku ernosi kanak-kanak prasckolah yang tidakmerniliki rarnai kawan4.2.7 Tingkahlaku ernosi kanak-kanak prasekolah apabilaberinteraksi dengan guru bersikap tcgas4.2.8 Tingkahlaku ernosi kanak-kanak prasckolah apabila jurnJahkanak-kanak prasekolah di dalarn kelas adalah rarnai4.2.9 Tingkahlaku ernosi kanak-kanak prasekolah apabila peraturandi dalam kelas adalah ketat4.2.10 Tingkahlaku kanak-kanak prasekolah yang rnernegangiawatan di dalam oraginsasi kelas4.2.11 Tingkahlaku kanak-kanak yang tidak memegang jawatan di

dalarn kelas

Page 8: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

\'111

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Interaksi antara jantina dengan tingkahlaku emosi Kanak-kanak

prasekolah5.2 Interaksi rakan sebaya dengan tingkahlaku emosi kanak-kanak

prasekolah5.3 Faktor persekitaran dalam mempengaruhi tingkahlaku ernosi

kanak-kanak prasekolah antara rakan sebaya dan jantina di dalamkelas.

5.4 Cadangan5.5 Kesimpulan

BIBLIOGRAFI

Page 9: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

BAB 1

LATAR BELAKANG

1.1 Pendahuluan

Interaksi sosial adalah satu elemen yang paling penting dan perlu disediakan sejakdari awal peringkat pertumbuhan kanak-kanak lagi. Penekanan dari orang sekeliling

seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi setiap cara dan gaya bagaimana

seseorang kanak-kanak itu berinteraksi sesama mereka. Perkembangan interaksi

sosial akan mengikut cara dan bagaimana kanak-kanak dibentuk; baik sccara

langsung atau tidak langsung. Seseorang kanak-kanak akank mempelajari cara-cara

menangaru interaksi sosial sebaik sahaja mengenal seseorang di hadapannya. Oleh

itu, rakan sosial atau lebih tepat lagi kumpulan percampuran seseorang kanak­

kanak perlu dilihat sebagai sesebuah komuniti kecil yang akan mcmbina

komunikasi kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak akan mengalami satu keadaan yang baru apabila mercka memasuki

alam persekolahan. Ini kerana, mereka akan menghadapi berbagai-bagai situasi yang

baharu dan tidak biasa bagi mereka dan juga juga disebabkan oleh kebolchan merck a

mempunyai imaginasi yang terang. Seperti contoh, kanak-kanak akan mcnunjukkan

pelbagai reaksi apabila memasuk alam persekolahan. Pada masa ini mereka akan bcrpisah

dengan lebih lama dengan ibu bapa mereka. Ada yang menangis, diam, banyak bcrgcrakdan suka bercakap. Pada masa inilah pengalaman kanak-kanak dalam mcmerhati kcadaan

sekeliling akan membawa mereka berfikir dan ingin mencuba sesuatu yang haru

dilihatnya. Peranan bilik darjah amat penting dalam masa ini kerana kanak-kanak akan

terdedah dengan pelbagai situasi yang mereka tidak pernah lihat. Ini kcrana ada kanak­

kanak yang mudah terikut-ikut dan ada pula yang hanya sekadar memerhati.

Kanak-kanak akan memerhati setiap pergerakan yang dibuat oleh rakan sckclas

mereka. Mereka akan mengikut dan akan mencuba tanpa mengctahui baik dan buruknya.Peranan guru amat penting pada masa ini iaitu dengan memantau segala aktiviti yang

dilakukan oleh murid-murid dalam bilik darjah. Hal ini perlu agar kanak-kanak tidak

Page 10: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung di dalarn bilik darjah. Guru-guru juga boleh di anggap juga

sebagai ibu bapa kedua selain daripada ibu bapa mereka di rumahnya, Ini kerana guru­

guru bertanggungjawab dalarn membentuk kemahiran mcrcka termasuklah rncncrapkannilai-nilai mumi ke dalam diri murid-murid agar mcrcka dapat mcngctahui dan

mempelajari tingkah laku yang baik di dalarn bilik darjah. Namun demikian peranan ibu

bapa dalarn pembentukan kemahiran tingkah laku kanak-kanak memang tidak dapat di

sembunyikan lagi. Hal ini di sebabkan oleh kanak-kanak lebih banyak rneluangkan rnasa

mereka bersarna ibu bapa selain guru-guru di sekolah bersama-sama juga dcngan rakan­

rakan mereka. Pastinya kanak-kanak arnat memerlukan ibu bapa yang memahami mcrcka

serta guru-guru yang mempunyai pengalarnan yang luas mengenai kanak-kanak. Cara

penerapan tingkah laku yang betul ini akan melahirkan kanak-kanak yang ccrdas dan

aktif. Oleh itu semua pihak yang terlibat dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak

prasekolah mestilah bijak memainkan peranan dalarn usaha untuk mencorak tingkah laku

kanak-kanak prasekolah pada masa akan datang. Kegagalan menggunakan kcscmpatan

yang ada mungkin akan mendatangkan masalah kepada kernajuan Negara pada masa

akan datang terutamanya dari aspek masalah sosial.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kajian Dr. Toh Chin Lee ( Berita Harian, 17 September) menunjukkan bahawa scorang

daripada 5 remaja Malaysia mengalami penyakit mental. Penyakit mental yang

dimaksudkan oleh beliau adalah seperti berikut : 1,818 orang mengalami masalah

pembelajaran, 677 orang takut dan gementar, 572 orang mengalami masalah

pengucapan tidak normal, dan 177 orang lari dari rumah. Keadaan ini mcnggambarkanbahawa emosi mereka tidak stabil. Ini berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya

adalah faktor sosial. Faktor sosial ini melibatkan interaksi kanak-kanak dcnganelemen-elernen disekeliling mereka, seterusnya mcmbentuk emosi mereka.

Interaksi keluarga melibatkan interaksi an tara manusia (interpersonal

communication). Satu perhubungan an tara individu dengan individu lain yang

melibatkan penyarnpaian atau penukaran sesuatu maklumat daripada individu kepada

2

Page 11: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

individu lain, sarna ada secara bersemuka atau melalui perantaraan media massa (

Hunt, 1987). Interaksi ini juga merupakan satu unsure penting dalan1 kehidupanmanusia kerana melaluinya seseorang individu juga itu dapat melahirkan dan

berkongsi pendapat dan perasaan dengan orang lain. Interaksi sepcrti ini mcrupukunsatu proses yang berterusan di mana sescorang individu itu dapat mcrncnuhi

keperluan sosial dan psikologinya seperti kasih saying, intimasi, harga dirinya dan

sebagainya. Keberkesanannya bergantung kepada mesej yang disampaikan oleh

penyarnpai sarna ada diterima dengan jelas atau tidak oleh penerimanya. Intcraksi yang

berlaku dalarn keluarga dilihat sebagai satu perhubungan dua hala yang rnclibatkan

proses memberi dan menerima secara lisan dan tanpa lisan ( Gladding, 1997). Interaksi

dalarn keluarga merupakan faktor penting mempengaruhi corak, sikap dan nilai

seseorang individu. Interaksi keluarga yang sihat iaitu keluarga yang mcmpunyaiinteraksi yang positif. Noraini (1996) menggariskan 12 bcntuk interaksi ncgatif yang

berlaku dalarn keluarga iaitu : 1. Ibu bapa yang suka mcngarah atau rnerncrintah. 2. Ibu

bapa memberi teguran dengan cara mengancam atau membcri arnaran. 3. Ibu bapa yang

kerap berleter. 4. Ibu bapa yang selalu membebel. 5. Ibu bapa yang mcrnbuat kcputusan

tanpa berbincang. 6. Ibu bapa yang mengkritik. 7. Mernperkecilkan pandangan anak­

anak. 8. Sikap berpura-pura. 9. Mentafsir motif anak. 10. Memeriksa atau mcngorckmaklurnat. 11. Mengubah haluan perbincangan. 12. Ibu bapa yang suka menyindir.

Dalam keadaan ini kanak-kanak mula mernpelajari untuk memahami

perasaan orang lain melalui pengalarnan dan interaksi dengan rakan sebaya. lnteraksi ini

akan wujud dengan sendirinya dalarn diri kanak-kanak dengan peniruan tingkah laku olch

rakan-rakan mereka dalam kelas. Menurut Parten(l932), tingkah laku bermain kanak­

kanak bermula dengan main bukan sosial (nonsocial play), iaitu bermain tanpa

penglibatan sosial, main berseorangan (solitary play) dan bermain sambil mcmcrhati

orang lain (onlooker play) kepada main sejajar (parallel play) kepada main berhubungan

(associative play) dan kepada main kerjasarna (cooperative play). Pada peringkat yang

paling tinggi kanak-kanak akan mahir berinteraksi sosial, bantu membantu dan

mengambil apabila mereka bermain dengan rakan-rakan mereka. Kanak-kanak juga akan

bersahabat J1k.." melihat rakannya mempunyai sesuatu pcrmainan yang baru. Jika mcreka

melihat barang permainan yang baru mereka akan berkongsi bermain bcrsama tidak lcbih

3

Page 12: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

dari itu. Persahabatan tidak akan kekal lama kerana beberapa faktor seperti bertengkar,

jarang bertemu dan sebagainya.Emosi sering dikaitkan dengan keperluan, sasaran dan minat kepada

individu yang dikategorikan kepada psikologi, pcngalaman dan pcruhahan kclakuan

luaran(Robinson, 1997). Emosi kanak-kanak melibatkan dua fungsi iaitu motivasi

dan komunikasi. Sebagai motivasi, emosi ditentukan oleh kelakuan seseorang

kanak-kanak. Kanak-kanak menggunakan fungsi komunikasi bagi mcmbolehkan

tidak balas kepada yang lain iaitu kesengsaraan atau keperluan seperti tangisanatau senyuman. Walau kanak-kanak memberikan satu set keupayaan tertentu

tentang kehidupan emosinya, pihak yang lain juga memberikan peranan dalam

pencapaian emosi.

Dalam konteks kajian ini, peranan interaksi sosial kanak-kanak dengan persekitaranmereka amat penting. Justeru, peranan interaksi kanak-kanak dengan rakan sebayadiberikan penekanan. Di samping itu, pihak sekolah turut dikaji sebagai pihak yang

terlibat secara formal dalam membantu perkembangan emosi kanak-kanak. Kajianini melihat kepada peranan yang dimainkan oleh guru dan hubungan dengan kanak­

kanak.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini ialah untuk memberitahu gambaran yang khusus atau

rasional mengenai tingkahlaku kanak-kanak prasekolah antara rakan sebaya dan

jantina di dalam kelas iaitu:

a) Untuk mengkaji interaksi antara jantina dengan tingkahlaku emosi Kanak­

kanak prasekolah

b) Untuk mengenal pasti interaksi rakan sebaya dengan tingkahlaku emosi

kanak-kanak prasekolah

c) Untuk mengkaji Persekitaran Tadika dengan Sosiemosi mempcngaruhi

tingkahlaku kanak-kanak prasekolah

4

Page 13: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Beberapa persoalan yang timbul apabila kajian ini hendak dijalankan antaranya:

a) Apakah pola tingkahlaku emosi kanak-kanak prasekolah yang berintcraksi

dengan rakan sesarna jantina dan sebaliknya?

b) Adakah rakan sebaya di dalarn kelas mempengaruhi tingkahlaku emosi kanak­

kanak prasekolah di dalarn kelas?

c) Adakah terdapat perbezaan tingkahlaku emosi kanak-kanak prasekolah yang

memiliki rarnai kawan dan sebaliknya?

d) Adakah tingkahlaku emsoi kanak-kanak yang berinteraksi dengan guru

tegas?

e) Sejauhmanakah jumlah kanak-kanak prasekolah di dalam kelas dapat

mempengaruhi tingkahiaku kanak-kanak prasekoIah?

f) Sejauhmanakah peraturan di dalarn kelas mempengaruhi tingkahlaku kanak­

kanak prasekolah?

g) Adakah organisasi kelas dapat memberi kesan kepada tingkahlaku kanak­

kanak prasekolah?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memberi panduan dan rujukan kepada:

a) Keluarga

Kajian ini penting kepada keluarga bagi memainkan peranan dalam membentuk

tingkahlaku kanak-kanak prasekolah sejak kecil lagi. Keluarga periu mencorakkan dan

membina keperibadian insan karnil yang seterusnya menjadi anggota masyarakat scrta

bangsa yang mempunyai ciri-ciri keperibadian terpuji dan dihormati. Pemupukan nilai­

nilai murni dalarn diri kanak-kanak prasekolah dapat melahirkan generasi yang berakhlak

mulia dan mernpunyai ketinggian budi pekerti yang luhur.

Dalarn membentuk tingkahlaku kanak-kanak prasekolah yang mulia kcluarga

perlu memainkan peranan dalarn membentuk serta mendidik kanak-kanak prasekolah

5

Page 14: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

dengan akhlak yang terpuji dan mulia. Keluarga khususnya ibu bapa perlu menjadi 'role

model' kepada anak-anak agar dapat menjadi contoh terbaik mereka. Keluarga

merupakan satu tapak latihan untuk pelbagai bidang sebelum anak-anak melangkah kc

dalarn masyarakat dan dunia yang lebih luas serta mcncabar.

Selain itu, peranan keluarga adalah bagi membentuk rasa hormat di sampmg

menanarn sikap serta akhlak -akhlak mulia dan bebudi pekerti tinggi di kalangan kanak­

kanak prasekolah untuk pergaulan seharian bersama anggota keluarga, rakan sebaya dan

juga masyarakat.

b) Masyarakat.

Kajian ini bertujuan memberi panduan kepada masyarakat untuk mcmainkan pcranan

dalam membentuk tingkahlaku kanak-kanak prasekolah. Sebuah masyarakat mcmpunyai

banyak komuniti, seperti nilai-nilai tradisi.etnik, kelas sosial, jcnis pekerjaan,

kepercayaan dan perbezaan faharnan politik.

Kebiasaannya masyarakat luar bandar lebih mementingkan akhlak atau sifat-sifat

kelakuan kanak-kanak prasekolah dalarn pergaulan seharian terutama tatatertib kelakuan

seharian termasuklah cara duduk, cara berjalan, adab bersama orang yang Icbih tua dan

sebagainya.

Masyarakat sedikit sebanyak menjadi agen pengaruh tingkahlaku sosial kanak­

kanak prasekolah. Kanak-kanak prasekolah melalui proses perkembangan sosial iaitu satu

proses di mana kanak-kanak prasekolah belajar berhubung dengan orang lain mcngikutcara yang dapat diteima oleh masyarakat dan budayanya. Melalui proses sosialisasi,

kanak-kanak prasekolah dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan

masyarakat apabila mereka dewasa. Proses sosialisasi bersama masyarakat berupayamembentuk serta mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak prasekolah dalam interaksi

sesama anggita masyarakat..

c) Sekolah

6

Page 15: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

Kepentingan kajian yang diperolehi oleh pihak sekolah dapat memberikan sedikit

sebanyak panduan kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru dalam mendidik.

membimbing serta memupuk tingkahlaku atau sifat-sifat mulia dalam diri kanak-kanak

prasekolah yang terdiri daripada pelbagai budaya, agarna dan latar bclakang.

Pihak sekolah mungkin dapat memperbaiki kelemahan yang sedia ada dan

mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada masyarakat sekeliling bagi memastikan

kanak-kanak prasekolah masa kini memiliki sifat-sifat atau akhlak yang mulia lagi

terpuji,

Justeru, kajian ini membawa kepentingan kepada pihak sekolah sebagai sumber

rujukan dalam mempertingkatkan pengurusan yang dapat membantu memupuk nilai-nilai

mumi dan budi pekerti yang tinggi dalam diri kanak-kanak prasekolah scbagai pclapis

generasi akan datang.

d) Negara

Melalui kajian yang dilakukan, hasil yamg dipcrolehi pasti menjana ilmu pengctahuandan seterusnya membantu proses pembangunan sesebuah Negara. Kajian yang dilakukan

berkaitan tingkahlaku kanak-kanak prasekolah antara rakan sebaya dan jantina di dalam

kelas dapat dijadikan panduan oleh guru-guru, sekolah dan masyarakat dalam

membentuk tingkahlaku kanak-kanak prasekolah. Sesungguhnya kanak-kanak prasckolahmasa kini adalah pelapis kepada generasi akan datang. Masa depan mercka adalah jugamasa depan Negara. Tingkahlaku yang baik dan bermoral mampu menjadi cerminan

kepada sahsiah Negara. Juga menjadi simbol tatasusila serta budaya masyarakat

Malaysia.

Kajian ini juga dapat memberi sedikit panduan kepada orang ramai tentang peri

pentingnya pembentukan tingkahlaku yang baik dalam kalangan anak-anak agar gcncrasi

yang wujud pada hari ini dapat menjana kemajuan Negara dan juga menjadi lambangkeharmonian scrta keamanaan masyarakat Malaysia.

7

Page 16: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

1.6 DEFINISI KONSEP

Interaksi Sosial

Interaksi sosial merupakan proses seseorang itu bertindak atau memberi gerak balas

kepada orang lain. Seseorang berinteraksi dengan ahli-ahli lain sarna ada dalam

kelompok utarna atau kelompok sekunder. Interaksi sosial berkaitan dengan sosialisasi (

penerapan nilai sosial), kerana melalui agen-agen sosialisasilah seseorang itu

berinteraksi dengan persekitarannya. Interaksi ini diukur melalui kemahiran kanak-kanak

berinteraksi dengan orang lain. Interaksi sosial ini boleh dilihat dengan jclas pada

tingkah laku kanak-kanak semasa bermain bersarna-sarna kawan-kawan ataupun

membantu ibu bapa menjaga adik

Emosi

Perkataan emosi berasal daripada perkataan latin emover'yang bermaksud bcrgerak,

kegembiraan dan kegusaran. Pada hari ini perkataan emosi digunakan bagi

menggarnbarkan pengalarnan subjektif seseorang seperti cinta, marah, suka, resah,

tertekan, malu, benci, duka, gembira, tenang dan pelbagai lagi. Perkataan emosi

berdasarkan karnus Dewan Bahasa (1994) mentakrifkan sebagai perasaan pada j iwa

yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain.

Oxford Advanced Learners' Dictionary (1995) menyatakan cmsoi schagaisatu perasaan yang kuat dan pelbagai jenis contohnya, kasih sayang, kcriangan,

benci, takut, cemburu, keseronokan ataupun berlakunya gangguan pada pcrasaan.

The oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan cmosi sebagai

perasaan yang kuat dari dalarnan terutarnanya daripada aspek mental atau naluri,

seperti kasih sayang ataupun takut. Jesteru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagaisalah satu Jaripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan pcrasaan yang

kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh

berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi.

Page 17: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

Kemahiran Interaksi

Kemahiran interaksi kanak-kanak berlaku sejak bayi lagi. Pada usia satu hingga dua

tahun, walaupun kanak-kanak bermain di suatu lokasi yang sama. contohnya dalam hilik

darjah, interaksi sosial yang belaku di kalangan kanak-kanak tersebut adlah secara

minimum. Disebabkan masih lagi pada peringkat egosentrik, mereka masih

menumpukan kepada penerokaan yang terdekat dengan diri mereka sendiri. Dcngan

peningkatan umur, mereka akan belajar bekerjasama dalam aktiviti bcrrnain.

Tingkahlaku bermain kanak-kanak bermula dengan main bukan-sosial(nonsocial

play), iaitu bermain tanpa penglibatan sosial, main berseorangan (solitary play), iaitu

bermain sambil memerhati orang lain (onlooker play) kepada main sejajar (parallel

play), kepada main berhubungan (associate play) dan akhimya kepada main kerjasama

(cooperative play). Pada peringkat tertinggi, kanak-kanak akan mahir bcrintcraksi

sosial, bantu-membantu

sebayanya.

dan mengambil giliran apabila bcnnain dengan rakan

Interaksi kanak-kanak pada usia dua tahun merupakan peringkat kcmahiran

menyelesaikan masalah. Perkara dapat dilihat semasa kanak-kanak tcrlibat dalam

perebutan alat permainan, mereka menegaskan bahawa sesuatu objek itu adalah hak

mereka. Kejadian berebut barang permainan dan bermain tanpa berhubung dcngan

orang lain semasa bermain dalam kumpulan (main sejajr) merupakan satu perkara yang

biasa dilalui oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Ketegasan orang dewasa dalam

menggalakkan kerja sama antara kanak-kanak bagi menyelesaikan pertikaian mcmbantu

pembentukan kemahiran sosial kanak-kanak pada peringkat awal.

Dalam usia empat hingga lima tahun, kanak-kanak mula bercampur dan menjalinkan

hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu

sama lain (Howes, 1992 Mereka lebih berkemampuan untuk merarnal tindakan ternan

sepermainan mereka dan lebih suka berkongsi objek dan bekerjasarna sernasa

bermain dalam kumpulan. Tingkahlaku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru,

bertanding, berkawan, bekerjasama dan bersimpati.

Page 18: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

Tingkah laku kanak-kanak akan berubah mengikut umur dan peranan mereka. Sernakin

dewasa semakin kompleks tingkah laku mereka. Tingkah laku mereka berbeza daripada

seorang kepada seorang yang lain dari satu situasi kepada situasi yang lain. Misalnya.eara berinteraksi dengan kanak-kanak berbeza dengan cara berintcraksi dengan orang

yang lebih dewasa. Perbezaan interaksi tersebut adalah disebabkan peranan yang

dimainkan dalarn satu situasi adalah berlainan dengan peranan yang dirnainkan dalarn

situasi yang lain.

Rakao Sebaya

Rakan sebaya terdiri daripada inividu yang mempunyai umur dan status sosial yang

sarna. Pengalarnan kanak-kanak yang tinggal bersama dengan pcngasuh di taman asuhan

yang mengandungi kanak-kanak lain, menycbabkan mcrcka telah mcnjalin hubunganseeara tidak langsung dengan kanak-kanak lain. Melalui hubungan antara kawan-kawan

di taman asuhan tadi, akhirnya wujud rakan scbaya di kalangan kanak-kanak. Scpcniistilah di atas, kanak-kanak ini bergaul dengan kawan-kawannya dan mereka mcnjadisahabat yang rapat. Interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya bermula pada tahun

kedua dalarn hidupnya, setelah ia mula dapat berjalan dan bcrcakap, mcmpcrolchikebebasan sedikit, dan setelah memperolehi pengalarnan scdikit scbanyak bcrintcraksi

dengan orang-orang yang bukan keluarganya. Pada pcringkat awal, kanak-kanak

biasanya akan bermain secara bersendirian. Apabila kanak-kanak mula masuk prasckolahdan darjah satu, mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk mcmbcntuk

perhubungan rakan sebaya dan meluaskan pengalaman sosial mereka. Pcrhubungan yang

paling penting di sekolah ialah dengan gurunya yang mcngantikan ibu kanak-kanak untuk

menolongnya dan memaharninya. Mengikut Tyron, guru-guru di prasckolah, darjah satu

dan darjah dua, kanak-kanak akan berubah di mana penyclesaian fizikal akan bcrtambah,

kekuatan, kawalan dan kemahiran. Permainan yang dimainpada masa ini ialah lompat

tali, kejar-kejar dan galahpanjang. Kanak-kanak pada masa ini juga akan mcrcka

permainan dan memastikan mereka akan mernatuhi peraturan terscbut. Pada masa ini

juga kanak-l.anak mula menjadi lebih bebas daripada konkongan orang dcwasa. Mcrcka

sudah pandai bersiap sedia dan memakai baju sendiri, mcnguruskan mainan rnercka

sendiri dan masalah mereka. Pada masa ini juga mereka menyedari orang dcwasa juga

kadang kala bersalah dan sering tidak menepati janji.(Sharifah Alwiyah Alsagoff 1987).

J ()

Page 19: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

Tadika dan sekolah

Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk

memberi pendidikan kepada kanak-kanak prasekolah. la berlaku di mana ada masa dan

ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial

kanak-kanak prasekolah dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik

darjah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum

Kawasan dalam kelas yang kondusif, menarik minat kanak-kanak untuk belajar

atau berinteraksi. Kawasan luar yang menarik ditanam dengan pokok-pokok kccil atau

besar, mempunyai peralatan yang tetap dan yang bolch diubah supaya dapat

mengembangkan fizikal kanak-kanak. Kawasan luar juga pcrlu dscdiakan dcngan aktiviti

permainan pasir, tanah liat, pondok dan pennainan air. Kawasan luar ini juga dapat

menyediakan maklumat-rnaklumat baru yang boleh didapati olch kanak-kanak.

Daripada bahan-bahan ini ,meningkatkan kemahiran sosial atau tugas baru kanak-kanak,

daya imaginasi serta berseronok. Aktiviti -aktiviti di luar ini juga boleh menjadikankanak-kanak aktif di samping dapat mempelajari kawalan motor kasar. Kanak-kanak

juga dapat mempelajari benda-benda hidup dan dapat belajar kemahiran

berkomunikasi dengan orang lain.

J J

Page 20: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Kajian Rohaty (2001) tentang aspek sosial kanak-kanak prasekolah

menegaskan pentingnya perkembangan kognisi sosial dan tingkah laku kanak-kanak

tadika. Melalui program intervensi yang memberi pendedahan dan latihan

penyelesaian masalah, menunjukkan kesan yang positif ke atas tingkah laku prososialkanak-kanak prasekolah. Penekanan terhadap aspek emosi di alam prasekolah akan

memberi suatu pengalaman yang boleh meneguhkan emosi kanak-kanak untuk

mengawal emosi mereka. Penekanan ini boleh dilihat melalui pcnyediaan pcrsckitarandi tadika mereka. Ini termasuklah iklim bilik darjah mcrcka. Iklim bilik darjah yang

kondusif amat memberi kesan kepada proses pembelajaran."The critical importance among the many roles that teachers play is that of creating a

positive, supportive classroom environment based on a clear and well-organized

management plan. Well-organized classroom management plans establish the parameters

for the physical, social, emotional, and intellectual environments of the classroom.

Classrooms where students feel safe to take risks, acquire new knowledge, and know

they are valued members of a community are classrooms where learning is optimized

(Evertson, Emmer, & Worsham,2003; National Research Council, 2000; Wang, Haertel,

& Walberg, 1994).

Pengurusan kelas merujuk kepada semua perkara yang dilakukan oleh guru untuk

mengurus kanak-kanak. Ruang, masa, dan peralatan untuk proses pembealajam murid.

Dalam lain perkataan semua perkara yang dibuat oleh guru supaya pelajar mereka

mendapat pengetahuan dan kemahiran.

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak prasekolah di

dalam kelas. Antara faktor yang mempengaruhi tingkahlaku tersebut ialah faktor jantina,rakan sebaya, guru, persekitaran dan pengurusan.

Mem.rut Syarifah Alawiah Al-Sagoff (1988), bilik darjah merupakan unit

interaksi sosiai vang paling berpengaruh di sekolah. Menurut beJiau lagi, ini adalah

kerana guru-guru berinteraksi dengan kanak-kanak prasekolah secara individu hampir

setiap hari. Dalam keadaan persekolahan sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan

12

Page 21: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

pembelajaran mencorakkan tingkahlaku dan perbendaharaan kata kanak-kanak

prasekolah.

Faktor pertarna yang mempengaruhi tingkahlaku kanak-kunak prasekolah di

dalarn kelas adalah faktor jantina. Pendapat ini dinyatakan oleh Forness & Knitzer (200)

yang menyatakan bahawa faktor pergaulan antara jantina mempengaruhi penampilanserta sikap seseorang individu. Holbert (1996) dalam kajiannya menyatakan bahawa

kanak-kanak prasekolah perempuan yang diternpatkan dalarn kawasan kanak-kanak

prasekolah lelaki gemar melakukan aktiviti lasak dan mempunyai sifat-sifat kelelakian.

Faktor kedua yang mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak prasckolah ialah

faktor rakan sebaya. Menurut Honig & Witmer (1992), tiada perbczaan dari scgi jantina

yang mempengaruhi tingkahlaku prososial kanak-kanak prasckolah. Kagan & Madsen

(1972), pula gagal untuk memperoleh sebarang perbczaan jantina dalarn tingkahlaku

kerjasama. Selain itu, Mckee & Leader (1955) memperoleh keputusan dalam kajiannyabahawa kanak-kanak prasekolah lelaki kurang rnenunjukkan tingkahlaku kerjasama

berbanding dengan kanak-kanak prasekolah perempuan.

Selain faktor jantina, rakan sebaya juga turut mernpengaruhi tingkahlaku kanak­

kanak prasekolah di dalarn kelas sesarna mereka. Menurut Litman & Bricker (1967),sahabat dapat mempengaruhi tingkahlaku seorang kanak-kanak prasekolah. Tingkahlakukanak-kanak prasekolah yang sering dipengaruhi oleh sahabatnya ialah scpcrti

kelangsungan sifat berdikari, simpati dan sebagainya. Menurut Hartup (1983), kanak­

kanak prasekolah gemar meniru tingkahlaku rakan-rakan mereka yang popular dan

sesiapa sahaja yang telah mernbentuk hubungan rapat dengannya. Michele Rotoli (2000)

pula menayatakan bahawa rakan sebaya akan melakukan aktiviti dan minat rnercka

bersama-sama. Rakan sebaya akan mernberikan sokongan emosi kepada kanak-kanak

prasekolah sekaligus mendorong mereka untuk menjalinkan hubungan persahabatan.

Hubungan persahabatan antara kanak-kanak prasekolah juga turut berbeza antara kanak­

kanak prase]..olah yang memiliki rarnai kawan dan juga kanak-kanak prasekolah yang

tidak mempunyai ramai kawan.

13

Page 22: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

Menurut Lewis (1977) ruang dan tempat akan rnembangkitkan tindakbalas ernosi

dan menarik perhatian kanak-kanak prasekolah untuk memberi tindakbalas dalam kelas.

Menyentuh tentang faktor seterusnya yang menjadi faktor kepada pembentukan

tingkahlaku kanak-kanak prasekolah antara rakan sebaya di dalam kclas ialuh faktor guru.

Cheney & Barringer (1995) menyatakan bahawa guru pcrlu membcntuk sikap dan

personaliti sendiri kerana ia akan memberi kesan kepada tingkahlaku kanak-kanak

prasekolah. Gold & Roth (1993) berdasarkan hasil kajiannya menjelaskan bahawa sikap

guru yang garang serta suka marah akan menyebabkan murid-rnurid patuh kepada arahan

guru tersebut. Pullis (1992) pula menyatakan bahawa guru yang bersikap pcmarah

menyekat perkembangan mental murid-murid. Beliau menyatakan bahawa murid-rnurid

lebih patuh kepada arahan guru yang bersikap penyayang dan lernah lcmbut kc atas

murid-muridnya.

Seterusnya, faktor persekitaran juga mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak

prasekolah dalarn kelas. Perhubungan kanak-kanak prasekolah dengan pcrsckitaran

menjadi sumber utarna pembelajaran dan pengurusan (Lcl.aurin & Risley, 1972). Aspck

persekitaran dalarn kelas memberi pengaruh yang berbeza kepada kanak-kanak

prasekolah yang melibatkan aspek fizikal, pengajaran dan organisasi. Aspek persekitaranini bertindak balas antara satu sama lain dan memberi pengaruh kepada tingkahlakukanak-kanak prasekolah, Aspek fizikal bagi kanak-kanak prasekolah di dalam kclas

melibatkan keperluan atau kelengkapan seperti perabot yang merangkumi kerusi, mcjadan sebagainya. Menurut Zirpoli (1995), pengurusan fizikal juga turut melengkapi

perubahan manipulasi dalam usaha untuk mengelak dan bertindak balas kcpada

perubahan tingkahlaku yang mana ianya berlaku semasa proses pembelajaran. Merrell &

Walker (2004) menjelaskan bahawa kesempumaan kcmudahan di dalam kclas

mewujudkan kearnanan tanpa perselisihan faham an tara murid-murid. Adelman & Taylor

pula berpendapat bahawa sikap kepunyaan dalam diri kanak-kanak prasekolah dapat

dipupuk dengan menyediakan kelengkapan dan kemudahan yang lengkap kepada mcreka

khususnya di sekolah.

Menurut Stage & Quiroz (1997), kanak-kanak prasekolah lebih pandai bergauldan bekerjasama apabila bilangan kanak-kanak prasekolah lain di sekitamya adalah

dalarn jumlah yang sedikit. McConaughy & Ritter (2002) pula menyatakan bahawa

14

Page 23: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

kanak-kanak prasekolah mernpunyai kornunikasi yang baik apabila bergaul dengankanak-kanak prasekolah lain dalam bilangan yang sedikit. Walaubagaimanapun kanak­

kanak prasekolah suka bersaing apabila ruang pergaulan semakin luas.

Selain faktor persekitaran, faktor pengurusan juga mcnjadi salah satu faktor yang

mempengaruhi tingkahlaku kanak-Kanak prasekolah di dalam kelas. Organisasi kelas

adalah merupakan aspek utama dalam pengurusan sescbuah kelas. Organisasi kelas

memberikan kesan besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak

prasekolah. Kita boleh merubah cara pengajaran guru dan cara penerimaan kanak-kanak

prasekolah dengan merubah struktur organisasi sekolah (Elmore. Peterson & Mc Carthey

1). Menurut Matthews (2000) pula rnenyatakan bahawa para pcndidik haruslah bolch

mengatur dan menjalankan sesuatu yang telah dirancang. Para kanak-kanak prasckoluhboleh mempercayai guru dan rakan sebaya mercka di dalarn kclas yang mcmpunyai

pengurusan yang baik. Hamachek (2003) dalarn kajiannya pula mcndapati bahawa

sistem peraturan yang ketat di sekolah dapat mendisiplinkan murid-rnurid di sckolah

tersebut. Sistem organisasi di dalam kelas juga dapat mcmpcngaruhi tingkahlaku kanak­

kanak prasekolah di dalam kelas. Kanak-kanak prasekolah yang mcmcgang jawatan di

dalam organisasi kelas didapati mereka kcbiasaannya lebih bcrtanggungjawab serta

memiliki semangat kepimpinan yang tinggi. Menurut Evan (1998) kanak-kanak

prasekolah yang terlibat dalam sesebuah organisasi di sekolah adalah tcrdiri dalarn

kalangan kanak-Kanak prasekolah yang mempunyai semangat kcpimpinan yang tinggiserta mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi. Wlodkowski, (1994) juga menyokongbahawa kanak-kanak prasekolah yang memegang jawatan mempunyai semangat

kepimpinan yang tinggi.

15

Page 24: Pola Interaksi dan Perkembangan Sosioemosi di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah (Etnik Cina dan Tamil ) Hulu SelangorNORDIN MAMAT.pdf

BAB 3

METODOLGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan merupakan kajian yang bersifat deskripsi dan menggunakankaedah ethnografi untuk memahami perspektif kanak-kanak terhadap sosial emosi

dan interaksi di prasekolah mereka.

3.1 Sampel Kajian

Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 40 orang murid-rnurid prasekolah di dua

buah tadika di Tadika SRJKT Kalumpang, Hulu Selangor dan Tadika Sunshine

Tanjong Malim, Tanjong Malim. Kanak-kanak yang menjadi sampel 20 orang

berbangsa Cina dan 20 orang berbangsa India. Sampel ini adalah kanak-kanak

berumur 6 tahun.

3.2 Soal Selidik

Soal selidik untuk kajian ini digubal oleh pengkaji di mana item-item dibina

mengikut keperluan bagi menjawab soalan-soalan kajian dan pemerhatian yang

dibuat. Item-item dibahagi kepada 3 komponen:Pola interaksi antara Jantina dengan Sosioemosi Kanak-kanak

Interaksi rakan sebaya dengan Sosioemosi

Pesekitaran Tadika dengan Sosiemosi

Daripada 3 komponen tersebut dibentuk soalan-soalan untuk ditanda semasa

membuat pemerhatian. Soalan-soalan berstruktur digunakan untuk melihat interaksi

kanak-kanak dengan rakan mereka. Kaedah pemerhatian berstruktur dengan soaJan

bersruktur ini dipilih bagi mendapatkan data deskripsi yang akan digunakan untuk

melihat taburan frekuensi, peratusan dalam mengenaJpasti tingkahlaku kanak-kanak

prasekolah antara rakan sebaya dan jantina di dalam kelas.

16