38
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN BAB 1 PENDAHULUAN

Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola diri dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Johor Bahru dengan mengenalpasti pola diri dan faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini juga berkaitan dengan mengkaji hubungan antara pola diri dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Johor Bahru. Seramai 132 orang responden yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Johor Bahru telah dipilih untuk tujuan kajian. Data daripada responden diperolehi dengan mengedarkan soal selidik yang telah diadaptasi daripada pengkaji-pengkaji lepas. Data tersebut kemudiaanya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences for Windows (SPSS versi 20.0) bagi memperolehi maklumat berkenaan kekerapan, peratusan dan tahap diri dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor

Citation preview

Page 1: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

BAB 1 PENDAHULUAN

BAB 1

PENDAHULUAN

Page 2: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara(Kementerian Pendidikan Malaysia). Falsafah pendidikan kebangsaan ini menzahirkan wawasan pendidikan negara sebagai satu cara perkembangan holistik kepada semua kanak-kanak termasuk remaja dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani.

Dalam meningkatkan modal insan seseorang individu remaja, satu kajian

dijalankan bagi mengenalpasti tahap identiti diri. Usaha ini bertepatan dengan keperluan

untuk menjana peningkatan ilmu pengetahuan dan kemantapan pemikiran dan

kematangan iman seseorang remaja. Isu remaja Muslim tiada dasar dan tujuan hidup dan

menghadapi fenomena seperti kes-kes seperti buli, pelajar hamil, seks rambang, merokok,

lumba haram, wujud kerenggangan dalam keluarga, penyalahgunaan dadah dan

sebagainya telah banyak dipaparkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Relevannya,

saban hari ada sahaja isu berkaitan permasalahan sosial remaja dipaparkan.Ini

menunjukkan isu ini benar-benar memerlukan penyelidikan-penyelidikan sebanyak yang

mungkin.

Waktu remaja adalah usia di mana seseorang berada di antara masa kanak-kanak dan masa dewasa dan adalahsaat-saat seseorang

Page 3: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

yang berada dalam keadaan amat tidak stabil dan mudah terumbang-ambing, memiliki keadaan jiwa yang benar-benar tidakstabil(Syeikh Khalid, 2014). Remaja merupakan masa di mana mereka belum mampu bersikap stabil dan seimbang dalam menghadapi sesuatu perkara dalam kehidupannya.

Anak-anak yang berumur belasan tahun dikira sudah memasuki alam remaja apabila berlakunya proses perubahan fizikal iaitu pada tahap baligh. Pada tahap baligh, segala amal perbuatan bagi lelaki dan perempuan Islam mula diperhitungkan.Maka, perkembangan diri individu di peringkat ini wajar pula diiringi oleh kefahaman tentang iman dan Islam yang lebih sempurna dan bermakna. Malaikat Raqib a.s akan mencatat setiap kebaikan dan Malaikat ‘Atid a.s. mencatat setiap kemungkaran dan dosa yang dilakukan(Al-Ustaz Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid, 2009).Dengan bermulanya alam baligh bagi lelaki dan perempuan maka berkewajipanlah mereka menunaikan segala hak dan tanggungjawab sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam.

Kajian ini adalah berkaitan dengan nilai akhlak dan moral para remaja.Di alafsiber ini hakikatnya remaja semakin jauh dengan nilai akhlak dan moral yang sebenar.Saban hari pelbagai krisis akhlak dan moral menular dalam masyarakat yang dilakukan oleh remaja.Perkara ini berlaku kerana dunia siber bukan sahaja memberi kesan yang positif, malah boleh membawa kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja yang mudah terdedah kepada pelakuan jenayah (Mohd Dahlan, Ida Shafinaz, 2005). Mereka dibayangi dengan perasaan ingin tahu dan suka berkhayal yang mendorong mereka melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan

Page 4: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

yang bakal berlaku(Syeikh Khalid, 2014). Remaja menghadapi masalah kekeliruan dan kegelisahan dalam banyak perkara, perasaan tertekan dan mengalami kebimbangan kerana menghadapi persoalan-persoalan tentang Tuhan, Tujuan Hidup, Identiti Diri, Kasih Sayang, Nilai Diri, Penghargaan Kendiri, Masa Hadapan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang mereka fikir terlalu kompleks dalam kehidupannya(Hairunnaja, 2003). Dan daripada perasaan seperti gelisah, berkhayal dan keliru tersebut, remaja menghadapi keadaan jiwa yang tidak menerima apa adanya terhadap realiti, mereka mencipta sebuah keadaan yang menarik diri mereka kepada kerosakan dan kehancuran (Syeikh Khalid, 2014). Jiwa remaja yang bercelaru dan keliru itu yang membawa kepada perkara-perkara seperti kerosakan-kerosakanyang saban hari semakin serius.Kajian

pakar psikologi di Amerika Syarikat mendapati remaja mengalami tempoh tumbesaran

kompleks dan mereka harus menyesuaikan diri dengan perubahan peranan, sikap dan

juga ideology (Harian Metro, 2014).

Remaja di alaf siberini mampu melakukan kesalahan-kesalahan seperti ponteng sekolah, merokok dan sebagainyadan mereka menganggap adalah menjadi perkara biasa dan lagi mereka berani melakukan perkara-perkara jenayah seperti membunuh, mengambil dadah dan sebagainya yang dianggap suatu isu yang serius. Ini dapat dibuktikan daripada gejala sosial yang membabitkan remaja meningkat daripada tahun ke tahun(Berita Harian, 2014).Mengikut statistik kes remaja di bawah umur yang terlibat dengan jenayah mengikut negeri pada tahun 2002 hingga 2008 di dalam jadual 1.1.

Page 5: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

Jadual 1.1 : Statistik Kes Remaja Di Bawah Umur Yang Terlibat Dengan Jenayah

Mengikut Negeri Pada Tahun 2002 Hingga 2008

Tahun Bilangan Kes2002 53192003 49992004 60562005 66012006 59552007 67632008 5562

Jumlah 41255

Pada tahun 2002 jumlah kes adalah 5319 dan meningkat pada tahun 2008 kepada 5562(Jabatan kemajuan Islam Malaysia, 2011).Ini menunjukkan jumlah masalah sosial dan kes jenayah juvana meningkat dari tahun ke tahun dan perkara tersebut menjadi kebimbangan semua pihak.Saban hari ada sahaja tingkahlaku tidak bermoral dilakukan oleh para remaja.Remaja pada masa kini telah menunjukkan mereka semakin nakal dan pada pendapat mereka, mereka lebih bangga dan seronok apabila melakukan perkara yang berkaitan dengan gejala sosial dan kesalahan juvana

1.2 Latar Belakang Masalah

Page 6: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

Tanpa disedari banyak masalah yang melanda masalah remaja masa kini adalah disebabkan tekanan serta situasi yang berbentuk permasalahan yang wujud di dalam persekitaran.Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini.Ibarat pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Maka semua pihak adalah wajar untuk menangani dan prihatin dengan permasalahan sosial remaja samada pihak Ibu bapa, Media massa, Rakan Sebaya dan Pendidikan Agama.

Menurut Zulkifli(1988), masa remaja adalah satu tempoh yang sukar, tempoh peralihan yang panjang yang mungkin atau tidak disambut oleh individu sebagai satu peluang untuk meneroka ke dalam diri sendiri dan untuk berkembang serta masa remaja membolehkan adanya satu mekanisma untuk berubah yang merupakan satu keperluan yang amat penting dalam masyarakat. Justeru itu pertumbuhan dan perkembangan remaja adalah berbeza-beza disebabkan peraantaraan daripada perkembangan kanak-kanak kepada alam dewasa.

Fenomena yang berlaku kebelakangan ini banyak terjadi kes seperti buli, pelajar hamil, seks rambang, merokok, lumba haram, wujud kerenggangan dalam keluarga, penyalahgunaan dadah dan pelbagai lagi masalah sosial (Berita Harian, 2014).Terdapat beberapa perkara yang termasuk dalam perilaku keruntuhan akhlak yang hebat diperkatakan oleh masyarakat akhir-akhir ini.Ini menunjukkan bahawa remaja tidak berkebolehan mengambil sikap yang tepat dan tidak dapat menyelesaikan persoalan sepanjang kehidupan bergelar remaja.

Page 7: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

Antaranya ialah fenomena dari segi kerenggangan dalam keluarga.Perkara ini amat membimbangkan dan boleh berlaku perpecahan dalam keluarga.Sebagai contohnya ibu dan bapa selalu bergaduh, anak-anak tidak menghormati, tidak mendengar nasihat dan melawan cakap ibu bapa dan sebagainya. Ini adalah salah satu contoh kesan tingkahlaku remaja pada era teknologi sekarang yang diwarnai dengan pengaruh teknologi seperti gadget-gadget yang serba canggih.Mereka merasakan kurangnya kasih sayang daripada keluarga dan memberi implikasi dalam dirinya seperti menghadapi permasalahan seperti jiwa yang kosong dan cepat bosan.

Fenomena kedua ialah penyalahgunaan dadah.Dewasa ini masalah dikalangan pelbagai masyarakat amat membimbangkan khususnya remaja Muslim.Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang masih menagih tidak pula berkurang atau sembuh.Pihak kerajaan berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya. Statistik penagih dadah mengikut negeri di Malaysia pada tahun 2006 hingga 2010 dapat dilihat di dalam jadual 1.2.

Jadual 1.2 : Statistik Penagih Dadah Mengikut Negeri Di Malaysia Pada Tahun

2006 Hingga 2010

Tahun Jumlah2006 228112007 144892008 123522009 157362010 23642

Page 8: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

Jumlah Keseluruhan 89030

Statistik di dalam jadual menunjukkan peningkatan saban tahun daripada 22811 pada tahun 2006 dan meningkat pada tahun 2010 sebanyak 23642 kes. Negeri tertinggi penagih dadah ialah negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 3753 kes, Selangor 3548 , Terengganu 2377 dan diikuti oleh negeri-negeri yang lain (Agensi Anti Dadah Kebangsaan, 2011).

Seks bebas yang dilakukan oleh remaja hari ini disebabkan mereka terlalu bebas melihat perlakuan ini di majalah dan menonton video lucah di internet.Masalah seks bebas yang bukan saja berlaku terhadap individu daripada keluarga berpendapatan rendah, malah sebahagian berlaku di kalangan orang berada dan keluarga yang mempunyai latar belakang baik.Fenomena ini juga ada kaitannya dengan gadget-gadget yang memiliki tujuan dan fungsi praktis spesifik yang berguna pada umumnya diberikan terhadap sesuatu yang baru dan dianggap dirancang secara berbeza dan lebih canggih dibandingkan teknologi normal yang ada saat penciptaannya.(Siti Rohani, 2013). Statistik anak tidak sah taraf mengikut negeri di Malaysia pada tahun 2000 sehingga 2010 dapat dilihat di dalam jadual 1.3.

Jadual 1.3 : Statistik Anak Tidak Sah Taraf Mengikut Negeri Di Malaysia Pada

Tahun 2000 Sehingga 2010

Tahun Bilangan kes

Page 9: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

2000 187652001 210002002 225442003 242622004 281462005 323412006 382582007 442342008 468222009 523782010 52982

Jumlah 381 732

Statistik di atas menunjukkan kenaikan sebanyak 35 peratus daripada tahun 2000 kepada tahun 2010(Jabatan Pendaftaran Negara, 2011).Ini menunjukkan kes salah laku seks bebas meningkat saban tahun dan perkara ini amat membimbangkan kepada semua pihak.

Selain itu perlakuan ini bukan sahaja berlaku kepada keluarga miskin tetapi zaman ‘dunia tanpa sempadan’ tidak mengira miskin atau kaya, remaja perempuan berumur 9 tahun pun sudah ada perasaan terhadap seks. Kawan sebaya adalah pengaruh yang paling kuat dan boleh merubah corak kehidupan seorang remaja yang boleh mengatasi pengaruh dan kuasa ibu bapa.Masyarakat yang celik terhadap teknologi maklumat memang bagus tetapi konsep itu telah disalahgunakan oleh para remaja. Oleh itu peranan Islam adalah satu cara untuk menghalang dari perbuatan terkutuk tersebut.

Page 10: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

Permasalahan sosial yang melibatkan remaja bukan sahaja melibatkan remaja kelas bawahan, malah membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Contohnya di Pahang, sebanyak 360 kes juvana membabitkan 248 tangkapan dilaporkan berlaku sepanjang Januari hingga September 2013. Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani, daripada jumlah itu pelajar sekolah yang berusia antara 16 hingga 18 tahun merupakan yang tertinggi iaitu 186 kes diikuti umur 13 hingga 15 tahun sebanyak 56 kes dan 7 hingga 12 tahun dengan 6 kes serta antara jenayah yang dilakukan pelajar tersebut adalah kes rogol, samun, curi motosikal dan pecah rumah (Utusan Melayu, 2013).

Umumnya, gejala sosial ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.Masalah sosial remaja yang berlaku dalam masyarakat hari ini berpunca daripada pelbagai faktor.Antara faktor penyebab masalah sosial remaja ini ialah disebabkan faktor mediam massa seperti penggunaan gadget-gadget yang berleluasa, iman yang lemah, nilai dan budaya barat, budaya Hedonisma iaitu budaya yang menganggap bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia dan budaya materialism iaitu orang yang mementingkan kebendaan semata-mata sepertia harta dan wang serta faktor sikap Ibu Bapa yang kurang prihatin serta pergaulan bebas yang berlaku pada masa sekarang.

Menurut Ibrahim Nor (2005), kekeliruan yang dihadapi oleh remaja akan menyebabkan pencemaran akhlak dan nilai yang negatif disebabkan percanggahan identiti diri dan nilai murni kerana pada

Page 11: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

usia remaja adalah individu berada diambang pembentukan akhlak dan dirangsang dengan berbagai-bagai cabaran mental dan emosi dan bagi memerdekakan individu tersebut daripada membuat keputusan yang kurang bijak, maka perlulah individu disauhkan dengan nilai murni sebagai bahan rujukan apabila hendak membuat keputusan pada masa hadapan.

Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Remaja kini tidak samadengan jiwa remaja dahulu. Apa yang remaja perlukan meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi remaja, serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Ibu bapa perlu mahirkan diri menjadi rakan anak-anak dan gaya berbincang serta tidak mengamalkan konsep membuat keputusan untuk remaja pada masa sekarang nyata lebih berkesan.

Guru-guru disekolah pula bukan sekadar pembimbing akademik, malah sebagai rakan kepada remaja. Punca remaja tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran adalah disebabkan faktor guru yang hanya memerintah dan tidak mudah didekati kesannya remaja tidak patuhi arahan akademik bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Guru yang diingati remaja adalah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya, sekali lagi menunjukkkan perbincangan yang lebih berkesan.

Persekitaran yang mempengaruhi tingkah laku remaja antaranya persekitaran yang menyediakan ruang untuk perkara

Page 12: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

seperti minum arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy dengan mudah, bahan tontonan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan. Pihak media pula perlu mengawal penyiaran secara eksklusif tentang keruntuhan akhlak remaja dan sebaiknya remaja yang Berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal berkaitan kreativiti remaja mesti sering diperbanyakkan berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif remaja.Ini menunjukkan pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini.Maka dengan itu, relevannya kajian ini dipilih disebabkan isu remaja sering sahaja dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan setiap hari dan perlunya kerjasama bagi membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

Ini kerana remaja merupakan individu yang sedang mengalami perkembangan ke alam dewasa. Remaja menghadapi banyak cabaran dalam proses perkembangan antaranya disebabkan kurangnya bekalan ilmu, kurang kasih-sayang dan sebagainya. Kajian membuktikan terdapat hubungan di mana rendahnya tahap kerohanian dalam satu kehidupan ada kaitan dengan timbulnya beberapa tingkahlaku yang negatif dan masalah-masalah psikologi baru yang tidak pernah didengar telah wujud pada masa kini termasuklah suicide(bunuh diri), anxiety(gelisah), depressed(kemurungan), stress (tekanan) dan substance abuse (Goldstein, 2010). Ini menunjukkan remaja masa kini perlu nilai agama bagi meningkatkan kerohanian dalam kehidupan bagi mencegah berlaku tingkahlaku negatif dan masalah-masalah psikologi maka tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana faktor-faktor seperti ibu bapa, media massa, rakan sebaya dan pendidikan agama

Page 13: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

yang mempengaruhi pembentukan identiti diri remajayang beragama islam.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam meningkatkan kualiti hidup seseorang individu remaja, satu kajian dijalankan bagi mengenalpasti tahap identitidiri.Usaha ini bertepatan dengan keperluan untuk menjana peningkatan ilmu pengetahuan dan kemantapan pemikiran dan kematangan iman seseorang remaja. Isu remaja Muslim tiada dasar dan tujuan hidup dan menghadapi fenomena seperti kes-kes seperti buli, pelajar hamil, seks rambang, merokok, lumba haram, wujud kerenggangan dalam keluarga, penyalahgunaan dadah dan sebagainya telah banyak dipaparkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Relevannya, saban hari ada sahaja isu berkaitan permasalahan sosial remaja dipaparkan.Ini menunjukkan isu ini benar-benar memerlukan penyelidikan-penyelidikan sebanyak yang mungkin.

Tambahan pula, sehingga kini, kajian berkaitan remajatidak banyak dijalankan, sedangkan kepentingannya diakui oleh semua pihak. Penekanan ke atas penerapan nilai murni yang dirangsang melalui pendekatan psikologi dengan kaedah sauhan (anchoring) yang dilakukan cara bertubi-tubi akan memberikan kesan yang mendalam

Page 14: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

ke atas mental dan emosi remaja agar ia dapat menjadi kesan pemetik (trigger effect) di keseluruhan hidupnya kelak (Ibrahim Nor, 2005).

Remaja adalah aset Negara dan amatlah perlu diketahui nilainya dari semasa ke semasa.Apakah dengan kajian remaja yang tercicir dan tidak bermoral ini boleh membantu muhasabah diri dalam kalangan remaja tersebut.Saban hari remaja sering dikaitkan dengan konsep

juvana (juvenile) yang bererti anak muda (Noor Adiah, 1998, Hairunnaja, 2003).

Berikutan permasalahan ini maka kajian dijalankan oleh pengkaji yang

merasakan perlu dibuat kajian untuk menguji hubungan antara pembentukan identiti diri

remaja dengan faktor yang mempengaruhi identiti diri remaja di Kolej Komuniti Yayasan

Pelajaran Johor, Johor Bahru.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti pola identiti diri remaja secara keseluruhan.

1.4.2 Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi polaidentiti diri remaja.

1.4.3 Mengenalpasti hubungan antara pola identiti diri remaja dengan faktor yang

mempengaruhi pola identiti diri remaja.

1.5 Persoalan Kajian

Page 15: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

Berdasarkan objektif-objektif kajian, soalan-soalan kajian berikut dikemukakan:

1.5.1 Apakah pola identiti diri remaja secara keseluruhan?

1.5.3 Apakah faktor yang mempengaruhi polaidentiti diri remaja?

1.5.3 Apakah hubungan antara pola identiti diri remaja dengan faktor yang

mempengaruhi identiti diri remaja?

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, terdapat 28 hipotesis yang telah dibentuk iaitu:-

1.6.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara identiti diri remaja

dengan faktor Ibu Bapa

H01 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cinta allah dengan faktor ibu bapa

H02 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cinta rasulullah dengan faktor ibu bapa

H03 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan solat dengan faktor ibu bapa

H04 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ilmu dan zikir dengan faktor ibu bapa

H05 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ikram muslimin dengan faktor ibu bapa

H06 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ikhlas dengan faktor ibu bapa

H07 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

Page 16: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

dakwah dengan faktor ibu bapa

1.6.2 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Identiti Diri Remaja

Dengan Faktor Media Massa

H08 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cinta allah dengan faktor Media Massa

H09 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cinta rasulullah dengan faktor Media Massa

H010 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan solat dengan faktor Media Massa

H011 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ilmu dan zikir dengan faktor Media Massa

H012 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ikram muslimin dengan faktor Media Massa

H013 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ikhlas dengan faktor Media Massa

H014 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dakwah dengan faktor Media Massa

.

1.6.3 Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Identiti Diri Remaja

Dengan Faktor Rakan Sebaya

H015 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

Page 17: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

cinta allah dengan faktor rakan sebayaH016 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

cinta rasulullah dengan faktor rakan sebayaH017 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

amalan solat dengan faktor rakan sebayaH018 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

ilmu dan zikir dengan faktor rakan sebayaH019 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

ikram muslimin dengan faktor rakan sebayaH020 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

ikhlas dengan faktor rakan sebayaH021 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

dakwah dengan faktor rakan sebaya

1.6.4 Terdapat hubungan yang signifikan antara identiti diri remaja dengan

faktor didikan agama

H022 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cinta allah dengan faktor didikan agama

H023 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cinta rasulullah dengan faktor didikan agama

H024 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan solat dengan faktor didikan agama

H025 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ilmu dan zikir dengan faktor didikan agama

H026 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ikram muslimin dengan faktor didikan agama

H027 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ikhlas dengan faktor didikan agama

H028 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dakwah dengan faktor didikan agama

Page 18: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

1.7 Kerangka Konsep Kajian

Pola Identiti Diri

Cinta Allah

Cinta Rasulullah

Solat

Faktor Identiti diri

Ibu Bapa

Media Massa

Rakan Sebaya

Page 19: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

Pada masa kini kes salah laku jenayah (juvana) dalam kalangan remaja adalah di tahap yang sangat membimbangkan. Situasi ini seharusnya perlu ditangani segera sebelum ia semakin menjadi lebih membimbangkan. Maka dengan itu, harapan pengkaji kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat, Ibu Bapa, Remaja, Pihak Kolej dan Pihak Kementerian Pendidikan.

Ilmu dan Zikir

Ikram Muslimin

Ikhlas dan Niat

Remaja

Dakwah

Pendidikan Agama

Page 20: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

1.8.1 Kepentingan kepada masyarakat

Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam membantu menghadapi masalah-masalah dalam kalangan remaja terutamanya terhadap remaja yang masih bersekolah.Fungsi dalam membentuk akhlak remaja bukanlah hanya ditanggung oleh ibubapa atau guru-guru sahaja, sebaliknya masyarakat juga bertanggungjawab untuk memikul amanah ke atas remaja.

1.8.2 Kepentingan kepada Ibu Bapa

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi pencerahan dan muhasabah kepada ibu bapa supaya lebih sentiasa berwaspada dalam memantau setiap aktiviti remaja dengan sentiasa mengambil berat dan mengambil tahu pergerakan anak-anak. Peranan ibu bapa terutama Ibu bapa yang beragama islamadalah untuk mendidik anak-anak dari aspek dasar dan landasan agama Islam serta tujuan sebenar kehidupan di dunia ini.

1.8.3 Kepentingan kepada Remaja

Untuk remaja itu sendiri, pengetahuan ke atas berlakunya gejala sosial atau jenayah juvana yang dihadapi oleh mereka adalah suatu perkara yang amat penting contoh faktor yang mempengaruhi

Page 21: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

keterlibatan gejala sosial adalah seperti faktor daripada diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, sekolah, teknologi maklumat dan sebagainya. Remaja adalah sebagai penentu akan masa depan negara di mana remaja masa kini adalah mereka yang bakal bertanggungjawab menjaga dan membentuk keadaan masyarakat dan negara pada masa hadapan kelak, kejayaan dalam membentuk identiti diri terutama bagi remaja beragama islam melambangkan kejayaan negara pada wawasan 2020 nanti sebagai modal insan yang gemilang, terbilang dan cemerlang dari aspek rohani, jasmani dan emosi diri remaja tersebut.

1.8.4 Kepentingan kepada Pihak Kolej

Pada masa kini, remaja-remaja yang terlibat dengan juvana adalah mereka yang masih bersekolah. Justeru itu, pihak kolej perlu mempunyai pengetahuan dan perancangan semaksimum yang mungkin dalam mencegah berlakunya remaja yang terlibat dengan gejala sosial di samping dapat meningkatkan lagi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dalam membantu remaja-remaja yang berpotensi melaksanakan aktiviti sosial yang membawa remaja tersebut kepada tercicir dan tidak bermoral.

1.8.5 Kepentingan kepada Pihak Kementerian Pendidikan

Harapan pengkaji semoga dapatan kajian dapat menyedarkan tentang isu salah laku jenayah remaja yang berada di tahap sangat membimbangkan dan seterusnya dapat dikukuhkan lagi sistem perundangan terutama di sekolah-sekolah. Dengan wujudnya sistem

Page 22: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

perundangan di sekolah akan memberikan rasa takut remaja iaitu pelajar sekolah dan seterusnya dapat meringangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan yang lebih dan bersisiplin.

1.9 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Johor Bahru dan bertujuan untuk mengenalpasti pola identiti diri dan hubungan antara elemen Cinta Allah, Cinta Rasulullah, Amalan Solat, Penghayatan Ilmu dan Zikir, Ikram Muslimin, Ikhlas dan Dakwah dalam kalangan remaja. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan pola identiti diri yang sangat mempengaruhi di kalangan responden.

1.10 Batasan Kajian

Kajian dijalankan khusus kepada pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor. Fokus kajian hanya tertumpu kepada kaitan antara elemen Cinta Allah, Cinta Rasulullah, Amalan Solat, Penghayatan Ilmu dan Zikir, Ikram Muslimin, Ikhlas dan Dakwah dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Johor Bahru. Kebolehpercayaan hasil kajian bergantung kepada jawapan responden dalam menjawab soalan melalui edaran soal selidik serta berdasarkan akan tahap kejujuran dan kefahaman responden.

Page 23: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

1.11 Definisi Konsep Dan Operasional

Dalam konteks kajian ini, konsep dan istilah-istilah yang digunakan bagi mewakili pemboleh ubah utama didefinisikan sebagai berikut:

1.11.1 Pola

Menurut Kamus Dewan (2007), pola merujuk kepada contoh, model atau patrun. Dalam kajian ini, pola merujuk kepada corak atau contoh.

1.11.2 Identiti Diri

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), Identitimerujuk kepada keperibadian atau peribadi. Namun penekanan diberikan kepada menuntuk ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi sebagai insan terpuji.

Identiti diri atau personaliti merujuk kepada beberapa set yang merangkumi

dimensi tingkahlaku yang setiap sudutnya berkaitan dengan sifat-sifat yang tertentu.

Identiti diri adalah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup

yang ingin dicapai oleh seseorang.Perlunya potensi diri dalam membentuk identiti diri

iaitu samada seseorang itu perlu berusaha, berkebolehan dan mempunyai kekuatan

dalam diri dan potensi itu boleh diperolehi melalui pendidikan dan latihan secara

berterusan, keyakinan diri dan mencontohi tokoh-tokoh tertentu bagi mengembangkan

potensi diri. Identiti diri dari sudut intelek ialah daya fikir yang merangkumi empat

Page 24: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

aspek iaitu kemahiran asas, berfikir secara kreatif dan kritis, meningkatkan ilmu

pengetahuan dan memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. Dari sudut rohani dalam

potensi diri berkaitan dengan sifat menyedari bahawa tuhan itu wujud dan mensyukuri

akan pemberian tuhan dan berusaha menjadi manuia yang berakhlak mulia seperti kuat

bersembahyang, taat kepada ajaran agama, dan berbuat baik kepada semua makhluk

adalah satu cara kita mensyukuri pemberian Tuhan.

Dari sudut emosi dalam potensi diri berkaitan dengan perasaan cinta dan kasih

sayang, pandai mengawal dan mengendalikan emosi, mengamalkan semangat kekitaan

dan perpaduan serta bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.Dan dari sudut

jasmani pula menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan tubuh

badan yang sihat, menjaga kesihatan badan, melakukan riadah dan sebagainya.

Konklusinya identiti diri sangat penting untuk dikenali kerana dengan mengenali

tahap identiti diri maka remaja berupaya mengembangkan potensi diri, memperolehi

kejayaan dan kecemerlangan hidup pada masa hadapan, dengan identiti positif remaja

mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan senantiasa mengembangkan potensi diri ke

tahap yang lebih cemerlang sejajar dengan usaha Falsafah Pendidikan Negara bagi

menghasilkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari sudut rohani,

jasmani, intelek dan fizikal pada masa hadapan. Remaja terlibat dalam masalah sosial

kerana kurangnya penghayatan akhlak dalam diri remaja tersebut (Zainudin Sharif dan

Norazmah Mohamad Roslan, 2011).Remaja yang mempunyai identiti diri yang positif

dapat mengharungi masa-masa remaja dengan lebih mudah.

Identiti diri dalam konteks kajian ini merangkumi aspek-aspek Cinta Allah, Amalan Solat, Penghayatan Ilmu dan Zikir, Ikram Muslimin, Ikhlas dan Dakwah.

Page 25: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

1.11.3 Faktoryang mempengaruhi Identiti Diri

Menurut Kamus Dewan (2007) faktor merujuk kepada perkara yang menyebabkan atau mempengaruhinya terjadinya sesuatu.Faktor dalam konteks kajian ini merupakan perkara yang menyebabkan atau perkara yang mempengaruhi pola identiti diri dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor.Ia merangkumi faktor Ibu Bapa, Media Massa, Rakan Sebaya dan Didikan Agama.

1.11.5 Remaja

Menurut Kamus Dewan (2007), remaja didefinisikan sebagai mulai dewasa, sudah akil baligh, cukup umur untuk berkahwin dan sudah timbul rasa cinta berahi.vRemaja ialah anak muda yang beransur ansur

berkembang menjadi orang dewasa, yang mulai matang atau pandai berfikir sendiri

dalam membezakan antara yang baik dan yang buruk, yang betul ataupun yang salah

(Hairunnaja, 2003). Saban hari remaja sering dikaitkan dengan konsep juvana

(juvenile) yang bererti anak muda.Apabila dilihat daripada konsep ini, remaja bukan lagi

kanak-kanak dan pada masa yang sama bukanlah dewasa. Dalam maksud yang lain,

remaja ialah mereka yang sedang mengalami proses pemantapan fizikal, intelek, rohani

dan emosi (Hairunnaja, 2003).

Terdapat akta-akta khusus yang diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan

Masyarakat Malaysia (JKMM). Akta-akta tersebut ialah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta

611), Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90), Akta Perlindungan Wanita dan Gadis

1973 (Akta 106), Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257), Akta Pendaftaran Pengangkatan

1952 (Akta 253), dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) (Hairunnaja,

2003). Akta-akta ini dibuat bertujuan membela remaja yang melakukan kes-kes juvana

Page 26: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

dan dengan akta ini menunjukkan remaja tidak boleh diadili dan dihukum kerana

kedudukannya yang masih lagi di pertengahan antara zaman kanak-kanak dan dewasa

(Hairunnaja, 2003).

Hukuman yang ditetapkan untuk remaja oleh undang-undang lebih

menitikberatkan kepada bidang pengajaran dan pendidikan(Hairunnaja, 2003). Ini

menunjukkan remaja dianggap belum matang semasa melakukan kesalahan tersebut dan

remaja difikirkan masih ada ruang bagi membaiki kesilapannya dan berusaha untuk

berubah bagi menjadi warganegara yang baik dan berguna di masa akan datang.

Menurut Noor Adiah (1998) umumnya remaja ialah anak muda yang beransur-

ansur berkembang menjadi orang dewasa, yang matang atau pandai berfikir sendiri

dalam membezakan antara yang baik dan buruk, yang betul dan yang salah serta remaja

juga selalunya dihubungkan dengan ‘akil-baligh’ iaitu sudah cukup umur untuk

berkahwin apabila timbul rasa cinta.

Perubahan daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang

mengelirukan remaja kerana golongan remaja ini akan melalui peringkat perubahan diri

yang kritikal dari segi mental dan fizikal. Pelbagai fenomena ganjil menghujani mental

dan fizikal mereka dan golongan remaja yang menghadapi tekanan ini akan melakukan

tindakan-tindakan di luar kawalan (Zainudin Sharif dan Norazmah Mohamad Roslan,

2011).

Menurut Zuraidah(1988), remaja mempunyai banyak keperluan yang ada implikasinya dengan kaunseling individu dan kelompok seperti mencari identiti sendiri, memerlukan maklumat penting mengenai minat, kebolehan dan keupayaan-keupayaan mereka,

Page 27: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

kebebasan untuk melihat dan menilai kepercayaan, membuat keputusan sendiri, mengambil risiko, membuat kesilapan dan belajar daripada kesilapan itu. Bermulanya alam baligh bagi lelaki dan perempuan ini, maka berkewajipanlah mereka menunaikan segala hak dan tanggungjawab sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam dan umumnya proses perubahan fizikal yang cepat mendekatkan kanak-kanak kepada alam baligh yang harus dilalui oleh semua orang. Alam baligh ini boleh disedari melalui tanda-tanda baligh yang dialami oleh remaja tersebut dan tanda-tanda baligh tersebut berbeza bagi lelaki dan perempuan(Al-Ustaz Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid, 2009).

Apabila seorang anak lelaki telah mencapai usia 12 hingga 15 tahun, maka pendidik atau ibu bapa mestilah menjelaskan kepadanya tentang tanda-tanda baligh. Antara perkara yang perlu ditekankan ialah tanda-tanda baligh bagi lelaki apabila keluar air mani iaitu sudah punya sahwat melalui mimpi yang lain daripada biasa. Mulai saat itu anak yang telah baligh iaitu cukup umur dan mukalaf iaitu dibebani oleh hukum-hukum syarak sepertimana hal orang dewasa. Tanda-tanda bagi perempuan iaitu apabila mendapati darah haid keluar dari kemaluannya, atau tanda baligh melalui mimpi dan dapat dikesan jika mendapati air halus berwarna kuning pada kainnya apabila ia sedar daripada tidur.

Bagi anak perempuan pendidik atau ibu bapa mestilah menjelaskan kepada anak gadis tentang tanda baligh apabila anak perempuan berusia Sembilan tahun ke atas.Maka dengan itu, dengan bermulanya alam baligh bagi lelaki dan perempuan ini, maka berkewajipanlah mereka menunaikan segala hak dan tanggungjawab

Page 28: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam seperti menutup aurat dan menjauhi pergaulan bebas.

Dalam konteks kajian ini, remaja merujuk kepada individu yang berada dibawah umur 16 hingga 25 tahun iaitu di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor Bahru, Johor Bahru.

1.11.6 Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor Bahru, Johor.

Menurut Kamus Dewan (1997), kolej adalah tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara sistematik. Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Johor Bahru beralamat di Jalan Jumaat Taman Engku Mohsin dan terdiri daripada 4 kursus iaitu Kursus Mekanik Kenderaan Motor (SKM 1&2), Penyedia Pastri (SKM 1&2), Penyediaan Makanan (SKM 1,2 dan 3) dan Juruteknik Elektrik (SKM 1,2 dan 3). Bagi kelayakan kemasukan ke Kolej adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau Tamat Tingkatan 5 atau berumur 16 Tahun ke atas yang tidak tamat pelajaran PMR atau SPM.

KPYPJ memberi peluang kedua dalam pelbagai kursus dan latihan kemahiran kepada para remaja sebagai laluan untuk mereka ke peringkat yang lebih tinggi di IPTA dan IPTS dalam membantu mengurangkan gejala sosial dan masalah pengangguran akibat keciciran dalam pelajaran kerana tidak dapat meneruskan pelajaran mereka selepas peperiksaan SPM.KPYPJ bertindak merancang, melaksana dan meningkatkan peluang pendidikan kepada lepasan sekolah samada dalam bidang akademik atau kemahiran.Wujudnya

Page 29: Pola Identiti Diri Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Dalam Kalangan Pelajar

KPYPJ adalah untuk membantu anak Johoe khususnya dengan memberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan yuran yang terendah.

Oleh kerana remaja yang berada di KPYPJ ini merupakan persekitaran remaja yang keciciran dalam pelajaran samada di peringkat PMR atau SPM maka pengkaji memilih kolej ini sebagai populasi kajian bagi melihat apakah tahap pembentukan identiti remaja muslim dan faktor yang mempengaruhi pembentukan identiti diri remaja serta adakah terdapat hubungan di antara pemboleh ubah tersebut.

1.11 Kesimpulan

Bab ini menggambarkan keseluruhan kajian yang dimulakan dengan pengenalan dan diikuti oleh latar belakang kajian yang membincangkan isu-isu yang mendorong ke arah pelaksanaan kajian. Kemudian diikuti pula dengan perbincangan tentang pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian, dan definisi konsep dan istilah.