46
1.0 Pengenalan Tidak dinafikan, walaupun selepas bertahun-tahun mengajar di dalam kelas, masih ada guru-guru atau tenaga-tenaga pengajar yang masih tidak memamahi secara mendalam apakah maksud dan perbezaan pendekatan, kaedah dan strategi di dalam pengajaran. Sebenarnya, kesemua perkara ini mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan berbeza di antara satu sama lain akan tetapi, ketiga-tiga perkara ini saling bergantung sesama mereka untuk menjadikan suatu pengajaran yang lancar dan baik. Guru yang memahami serta mampu mengaplikasikan ketiga-tiga perkara ini mampu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan lancar dan sesuai untuk murid- murid dan seperti yang kita ketahui, tugas sebenar guru adalah untuk mendidik murid-murid sehingga berjaya dengan cemerlang bergantung kepada kemampuan masing-masing. Tambahan lagi, ketiga- tiga perkara ini, pendekatan, kaedah dan strategi akan membantu guru-guru menyiapkan sebuah rancangan pengajaran harian yang baik. Rancangan pengajaran harian yang baik banyak membantu guru- guru untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 1.1 Pendekatan Dalam kesibukan tenaga pengajar mengenal pasti perbezaan di antara pendekatan dan kaedah ini, seorang pengamal linguistik dari Amerika Syarikat, Edward M. Anthony pada tahun 1963 menyatakan bahawa pendekatan ialah satu set 1

PMBELAJARAN KOLABORATIF

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PMBELAJARAN KOLABORATIF

1.0Pengenalan

Tidak dinafikan, walaupun selepas bertahun-tahun mengajar di dalam kelas, masih ada

guru-guru atau tenaga-tenaga pengajar yang masih tidak memamahi secara mendalam

apakah maksud dan perbezaan pendekatan, kaedah dan strategi di dalam pengajaran.

Sebenarnya, kesemua perkara ini mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan berbeza di

antara satu sama lain akan tetapi, ketiga-tiga perkara ini saling bergantung sesama

mereka untuk menjadikan suatu pengajaran yang lancar dan baik. Guru yang

memahami serta mampu mengaplikasikan ketiga-tiga perkara ini mampu untuk

mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan lancar dan sesuai untuk murid-murid

dan seperti yang kita ketahui, tugas sebenar guru adalah untuk mendidik murid-murid

sehingga berjaya dengan cemerlang bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Tambahan lagi, ketiga-tiga perkara ini, pendekatan, kaedah dan strategi akan

membantu guru-guru menyiapkan sebuah rancangan pengajaran harian yang baik.

Rancangan pengajaran harian yang baik banyak membantu guru-guru untuk melakukan

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1.1 Pendekatan

Dalam kesibukan tenaga pengajar mengenal pasti perbezaan di antara

pendekatan dan kaedah ini, seorang pengamal linguistik dari Amerika Syarikat,

Edward M. Anthony pada tahun 1963 menyatakan bahawa pendekatan ialah

satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan

pembelajaran dan ia bersifat aksiomatik (Kamarudin Haji Husin, 1993). Di dalam

pengajaran, jika seseorang guru menggunakan cara-cara melaksanakan model,

prinsip atau teori pembelajaran ini boleh dijadikan sebagai satu pendekatan

dalam pembelajaran berkenaan. Jadi, dalam kata mudahnya, pendekatan di

dalam konteks pendidikan merupakan satu set teori pembelajaran yanga akan

diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran (Kamarudin Haji Husin,

1993). Terdapata beberapa pendekatan yang sering digunakan di dalam

pengajaran sehingga kini.

1

Page 2: PMBELAJARAN KOLABORATIF

Pendekatan Penerangan

1. Pendekatan Induktif Merupakan satu pendekatan mengajar

yang memulakan sesuatu kajian itu

dengan melihat penggunaan contoh

dan diakhiri dengan satu generalisasi.

Contoh kemudian diakhiri dengan

sebuah generalisasi. Contohnya, guru

menunjukkan jenis-jenis perbualan dan

kemudian baru guru mengelaskan

perbualan sama ada antara yang

bersesuaian dengan guru-guru, rakan-

rakan atau ibu bapa.

2. Pendekatan Deduktif Merupakan satu pendekatan

menagajar yang memulakan satu

kajian itu dengan melihat secara

keseluruhan dan diakhiri dengan

memberi contoh-contoh. Contohnya, di

dlaam pengajaran matematik, guru

menunjukkan seseuatu rumus,

kemudian barulah menerangkan

contoh-conotoh di dalam penggunaan

rumus itu.

3. Pendekatan Eklektik Pendekatan ini menggabungkan dua

pendekatan iaitu pendekatan induktif

dan juga pendekatan deduktif di dalam

satu pengajaran. Terdapat dua cara

untuk melakukan pendekatan ini iaitu

sama ada penekanan kepada induktif

(contoh-generalisasi-contoh) atau

2

Page 3: PMBELAJARAN KOLABORATIF

penekanan kepada deduktif

(generalisasi-contoh-generalisasi).

4. Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa bermula

daripada satu teori yang menganggap

bahasa sebagai satu komunikasi.

Matlamat pengajaran bahasa mengikut

pendekatan ini ialah untuk membentuk

apa yang dimaksudkan oleh Hymes

(1972) sebagai keupayaan

berkomunikasi.

1.2 Kaedah

Kaedah di dalam konteks pendidikan pula merujuk kepada satu set siri tindakan

guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam

jangka masa yang pendek. Ia adalah cara mendekati suatu objektif pelajaran

yang penyampaian langkah-langkahnya disusun dengan teliti dan rapi. Edward

M.Anthony berpendapat bahawa kaedah merujuk kepada satu ikhtiar

keseluruhan, terbentuk dalm satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan

suatu pendekatan yang dipilih (Kamarudin Haji Husin, 1993).

Terdapat tiga kaedah yang biasanya digunakan oleh guru-guru di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Penerangan

1.Berpusatkan guru Guru akan memberikan pengajaran

secara terus, dan murid hanya akan

mendengar penerangan daripada guru

sahaja. Guru seolah-olah mempunyai

3

Page 4: PMBELAJARAN KOLABORATIF

autoriti di dalam kelas. Proses

pembelajaran satu hala digunakan di

dalam kaedah ini.

2. Berpusatkan murid Murid memainkan peranan yang

penting di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Kaedah ini

membantu murid-murid untuk aktif di

dalam kelas. Guru di dalam kaedah ini

hanya akan bertindak sebagai

pembimbing atau fasilitator sahaja.

3. Berpusatkan bahan Kaedah ini memberi penekanan

terhadap bahan bantu mengajar (BBM)

di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Bahan-bahan yang

digunakan adalah berkualiti dan sesuai

dengan tajuk pengajaran. Bahan-bahan

ini sedikit sebanyak akan membantu

murid-murid lebih memahami sesuatu

tajuk pemebelajaran.

1.3 Teknik

Teknik di dalam konteks pendidikan pula ditakrif sebagai kemahiran guru dalam

pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Edward M. Anthony menyatakan bahawa teknik

merujuk kepada satu muslihat atau strategi yang digunakan oleh guru untu

mencapai objektif pelajaran yang optimum. Terdapat beberapa teknik yang

sering digunakan di dalam kelas. Rajah di bawah menunjukkan beberapa teknik

yang digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

4

Page 5: PMBELAJARAN KOLABORATIF

2.0Kaedah Pembelajaran Kolaboratif

5

Teknik

bercerita

bersyarah

berbincang

Latih tubi

hafazan penyoalan

simulasi

Penyelesaian masalah

Page 6: PMBELAJARAN KOLABORATIF

2.1Pengenalan: Definisi kaedah pembelajaran koperatif dan perbezaan diantara

kaedah kolaboratif dan juga kaedah koperatif.

Di dalam konteks pendidikan, pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif

dan koperatif membawa maksud aktiviti pembelajaran sekumpulan murid, di

bawah bimbingan guru bertukar-tukar idea melaui perbincangan atau

menumbang kemahiran masing-masing dengan tujuan menyelesaikan masalah

atau menjalankan sesuatu projek ditugaskan. Di dalam perkataan yang lain,

pengajaran pembelajaran kolaboratif dan koperatif merujuk kepada suatu

strategi dan kaedah mengajar di mana guru membimbing murid-murid di dalam

kumpulan pelbagai kebolehan, bekerjasama dan tolong-menolong di antara

mereka untuk menyelesaikan sesuatu kerja kursus atau projek yang disediakan.

Di sini dapat kita lihat bahawa kedua-dua kaedah iaitu kolaboratif dan juga

kaedah koperatif merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan oleh guru dengan membentuk suatu kumpulan di dalam suatu kelas

dengan tugas guru hanya sebagai pembimbing. Selain itu, matlamat di dalam

kedua-dua kaedah ini adalah untuk menyelsaikan sesuatu masalah. Akan tetapi,

sebenarnya, kedua-dua kaedah amat berbeza dan perkara ini amat penting

untuk difahami supaya perbezaan antara kedua kaedah ini dapat dimengertikan.

Sekarang mari kita lihat definisi khusus bagi kaedah kolaboratif. Kaedah

Pembelajaran Kolaboratif adalah satu proses yang menggalakkan pelajar

melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara

berurutan dengan beberapa orang pelajar yang lain. Pembelajaran ini juga

menekankan konsep bahawa setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain (Wan

Zah Wan Ali, 2007).

Pembelajaran koperatif pula merujuk kepada kaedah pengajaran yang

memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil

untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Pada tahap definisi ini,

mungkin ramai menganggap bahawa kaedah kolaboratif dan koperatif

merupakan kaedah yang hampir sama. Namun, mengikut John Myers (1991),

6

Page 7: PMBELAJARAN KOLABORATIF

pembelajaran koperatif mementingkan proses bekerjasama dalam pembelajaran

manakala pembelajaran koperatif menegaskan hasil atau produk pembelajaran.

Hal ini disokong dengan definisi oleh seorang lagi tokoh iaitu Panitz (1996),

‘Collaboration is a philosophy of interaction and personal lifestyle whereas

cooperation is a structure of interaction designed to facilitate the

accompolishment of an end product or goal”. Jelas sekali di sini bahawa Panitz

dan Myers telah mengutarakan bahawa pembelajaran kolaboratif mementingkan

hubungan di antara ahli kumpulan atau interaksi mereka manakala di dalam

pembelajaran koperatif pula mementingkan hasil akhir sesuatu tugasan itu.

Selain itu, antara perbezaan dua kaedah ini ialah kaedah pembelajaran

kolaboratif mengorganisasi usahasama dan berunding sesama ahli kumpulan

tentang peranan masing-masing untuk mengkritik dan membincangkan tugasan

manakala di dalam kaedah koperatif pula peranan antara ahli adalah spesifik.

7

Page 8: PMBELAJARAN KOLABORATIF

2.2Definisi kaedah pembelajaran kolaboratif mengikut pandangan sendiri.

8

Perbezaan

Kaedah Kolaboratif

-mementingkan hubungan interaksi diantara ahli kumpulan

-Tiada peranan spesifik antara ahli

Kaedah Koperatif

-Mementingkan hasil akhir suatu tugasan itu

-setiap ahli kumpulan mempunyai peranan yang spesifik.

Page 9: PMBELAJARAN KOLABORATIF

Berdasarkan hasil kajian dan analisis yang dilakukan, kesimpulan bagi takrif

kaedah pembelajaran kolaboratif ialah suatu pembelajaran berkumpulan yang

mempunyai tujuan untuk menyelesaikan suatu masalah bersama-sama

dengan menitik beratkan konsep melakukan bersama-sama serta

mengamalkan kepentingan hubungan interaksi di dalam ahli kumpulan. Hal

ini kerana, sudah jelas bahawa pembelajaran kolaboratif itu sendiri

mementingkan hubungan interaksi di antara ahli kumpulan dan bukannya

hasil akhir sesuatu tugasan. Di dalam konteks yang lain dapat dinyatakan

bahawa kuantiti amat dititkberatkan dan bukannya kualiti. Jadi, pembelajaran

ini mengharapkan agar semua ahli kumpulan bekerjasama di dalam

menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan.

2.3 Matlamat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif.

9

Page 10: PMBELAJARAN KOLABORATIF

Daripada definisi serta konsep yang difahami, terdapat beberapa perkara

yang dijadikan matlamat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif

2.4 Prinsip-prinsip kaedah pembelajaran kolaboratif.

10

Matlamat Kaedah pembelajaran kolaboratif

Kemahiran bersosial

tanggungjawab

Nilai menghargai

Menyelesaikan masalah di dalam kumpulan

Page 11: PMBELAJARAN KOLABORATIF

2.5Langkah-langkah dan strategi pengajaran.

11

Mempunyai semangat kesalingbergantungan yang positif, iaitumeurid-murid tetap percaya bahawa mereka adalah bersama hati ke arah mencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri tetapi juga bagi semua anggota kumpulan

Kemahiran sosial yang penting serta perlu untuk komunikasi yang berkesan, berkongsi kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan di antara satu sama lain, dan menguruskan konflik.

Kesedaran akauntabiliti individu, iaitu setiap anggota dalam kumpulan akan sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggota. Dengan perkataan lain, setiap anggota dikehendaki menyumbangkan kemahiran dengan usaha sepenuhnya untuk menjayakan projek yang dtugaskan

Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran aktiviti pembelajaran serta kejayaan projek.

Bahagikan kumpulan murid dengan menentukan saiz yang sesuai dan memberikan nama untuk setiap kumpulan dengan tujuan mudah mengidentifikasikan mereka

Page 12: PMBELAJARAN KOLABORATIF

12

Nyatakan objektif, bahan-bahan pelajaran yang digunakan serta langkah-langkah melaksanakan aktiviti

Mengajar prosedur melaksanakan aktiviti

Bahagikan kumpulan murid dengan menentukan saiz yang sesuai dan memberikan nama untuk setiap kumpulan dengan tujuan mudah mengidentifikasikan mereka

Tegaskan setiap anggota adalah berakauntabiliti dalam prestasi kumpulan.

Page 13: PMBELAJARAN KOLABORATIF

2.6Prosedur pengajaran pembelajaran kolaboratif

13

Ajarkan murid-murid cara menilai kejayaan usaha bersama.

Page 14: PMBELAJARAN KOLABORATIF

14

1.Pada permulaan, guru mengajar sesuatu pengajaran.

3. Guru membimbing kumpulan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai

2. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang sesuai suapaya menjalankan aktiviti untuk mencapai objektif yang ditentukan

Page 15: PMBELAJARAN KOLABORATIF

2.7 Menaksir dan menilai tugasan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif

15

4. Murid-murid mengikut bimbingan guru berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai objektif yang ditentukan

5. Guru dan murid-murid menilai keberkesanan aktiviti berkumpulan

Page 16: PMBELAJARAN KOLABORATIF

Banitz (1996), telah mengutarakan pendapatnya di dalam menaksir tugasan di

dalam kaedah pembelajaran kolaboratif. Perkara pertama yang perlu ditaksirkan

ialah pengetahuan asas yang diperlukan dalam tugasan atau penyelesaian

masalah. Perkara kedua ialah aplikasi daripada pengetahuan untuk

menyelesaikan masalah. Perkara ketiga pula ialah menghubungkaitkan jawapan

pelajar kepada situasi, tugasan atau permasalahan yang baru (pertanyaan

pelajar akan dijadikan permasalah mereka supaya diselesaikan bersama-sama).

Perkara keempat di dalam menilai atau menafsir tugasan di dalam kaedah

pembelajaran kolaboratif ialah kebolehan pelajar-pelajar untuk membuat

persoalan berdasarkan konsep yang sedang dipelajari. Akhir sekali, antara

pertama yang perlu dikaji di dalam menaksir dan menilai tugasan di dalam

kaedah pembelajaran kolaboratif ini ialah kebolehan pelajar untuk menerangkan

alasan bagi setiap idea mereka terhadap ahli kumpulan yang lain. Jika kita lihat

di dalam perkara kelima iaitu kebolehan pelajar-pelajar menerangkan alasan

bagi setiap idea mereka, ia merupakan konsep utama yang diutarakan di dalam

kaedah pembelajaran kolaboratif ini dan perkara ini perlu dilihat dengan teliti oleh

guru-guru.

16

Menilai dan menaksir tugasan pembelajaran kolaboratif (Panitz)

Page 17: PMBELAJARAN KOLABORATIF

17

1.Pengetahuan asas yang diperlukan dalam tugasan atau penyelesaian masalah

2.Aplikasi daripada pengetahuan untuk menyelesaikan masalah

3.Menghubungkaitkan jawapan pelajar kepada situasi, tugasan atau permasalahan yang baru (pertanyaan pelajar akan dijadikan permasalah mereka supaya diselesaikan bersama-sama)

4. Kebolehan pelajar-pelajar untuk membuat persoalan berdasarkan konsep yang sedang dipelajari

5. kebolehan pelajar untuk menerangkan alasan bagi setiap idea mereka terhadap ahli kumpulan yang lain

Page 18: PMBELAJARAN KOLABORATIF

2.8Kelebihan Kaedah pembelajaran kolaboratif dan faedahnya kepada guru-

guru dan murid-murid.

Terdapat banyak kelebihan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini.

Antara kelebihan yang dapat dilihat ialah membina hubungan interaksi sosial

yang lebih baik. Seperti mana yang diketahui, di dalam sesebuah kelas,

terdapat pelbagai jenis murid-murid seperti murid yang banyak bercakap dan

juga kurang bercakap. Melalui kaedah pembelajaran kolaboratif ini, secara

tidak langsung ia mampu untuk membina sebuah hubungan interaksi sosial

yang baik. Murid-murid yang kurang bercakap lama-kelamaan akan mula

bercampur dengan murid-murid yang lain di dalam kelas sewaktu

pembelajaran. Hal ini memberikan faedah kepada murid-murid dengan

memberikan keyakinan dan berani untuk bercakap.

Selain itu, kaedah ini juga mampu untuk membina sikap sentiasa

menghargai orang lain. Di dalam sebuah perbincangan, sudah tentu pelbagai

idea akan dikeluarkan oleh setiap ahli kumpulan. Ahli setiap kumpulan akan

dilatih untuk menghargai idea-idea dan sumbangan daripada ahli-ahli

kumpulan yang lain. Sikap ini secara tidak langsung akan membantu untuk

mengikis sikap negatif seperti sombong, bongkak, ego, dan sebagainya. Di

sini, ia memberikan faedah kepada murid-murid untuk memupuk sikap yang

baik.

Manfaat yang ketiga pula ialah membenarkan komunikasi terbuka serta

memanfaatkan aktiviti perkongsian maklumat. Di dalam kaedah pembelajaran

kolaboratif, guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja.

Tugasan atau soalan-soalan akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan dan

mereka akan bersama-sama menyelesaikan masalah dan tugasan tersebut.

Harus diingat bahawa perkara yang paling penting di dalam kaedah

pembelajaran kolaboratif ialah hubungan interaksi sesama ahli kumpulan dan

bukannya hasil akhir. Di dalam perbiuncangan ini, setiap ahli kumpulan bebas

untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan secara tidak langsung

18

Page 19: PMBELAJARAN KOLABORATIF

aktiviti perkongsian maklumat akan berlaku. Menariknya, di dalam aktiviti

perkongsian maklumat ini, pelajar akan dapat menambahkan ilmu

pengetahuan yang sedia ada dan secara tidak langsung pendekatan

konstruktivisme iaitu pembelajaran daripada pengetahuan sedia ada

dilakukan. Di sini, guru telah mendapat faedahnya, iaitu dapat memberikan

pengetahuan yang luas kepada murid walaupun bukan secara terus. Kepada

murid pula, mereka dapat mengetahui pendapat yang berbeza-beza dan

sekaligus memberi pengetahuan yang lebih baik.

Seterusnya, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan sosial

dalam perbincangan berbentuk ilmiah akan dijalankan. Boleh dikatakan

kebanyakan kanak-kanak akan membina sendiri hubungan persahabatan di

sekolah, namun kebanyakan aktiviti sosial mereka menjurus ke arah bukan

ilmiah seperti bermain semasa rehat, berjalan bersama-sama untuk pergi dan

pulang ke sekolah, bermain pada waktu petang bersama rakan-rakan sekelas

dan banyak lagi. Akan tetapi di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif,

hubungan aktiviti sosial mereka lebih menjurus ke arah ilmiah. Hal ini adalah

penting bagi mereka supaya mereka dapat merasai suasana berbincang di

dalam keadaan separa formal. Sudah tentu sewaktu pembelajaran mereka

kurang untuk berbincang mengenai perkara-perkara lain selain daripada

pelajaran. Hal ini secara langsung memberi mereka gambaran di dalam

keadaan perbincangan yang lebih formal seperti mesyuarat apabila mereka

bekerja suatu hari nanti. Hal ini seperti di perenggan yang pertama dapat

memupuk sikap yakin kepada murid-murid yang terlibat di dalam

perbincangan.

Pemupukan nilai-nilai murni merupakan antara agenda yang penting di

dalam kaedah pembelajaran kolaboratif. Antara nilai-nilai murni yang terdapat

di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah sikap bertanggungjawab,

hormat-menghormati, saling menyokong, kesepakatan, bertolak ansur dan

percaya kepada setiap ahli kumpulan. Selain itu, sikap berani di dalam

19

Page 20: PMBELAJARAN KOLABORATIF

mengeluarkan idea juga dapat dipupuk. Di sini, guru-guru mendapat

faedahnya kerana melalui kaedah pemebelajaran ini, secara tidak langsung

guru-guru dapat mengajar murid-murid mengenai sikap atau nilai-nilai murni

yang perlu ada pada murid-murid.

Selanjutnya, di dalam kaedah pembelajaran ini, para pelajar akan menjadi

lebih cenderung untuk berfikiran lebih kreatif. Hal ini kerana mereka sentiasa

mendengar pandangan yang berbeza-beza daripada setiap ahli kumpulan

dan daripada sinilah otak mereka akan sentiasa bergerak dan menjana untuk

menjadi seorang insan yang lebih kreatif.

Kaedah pemebelajaran kolaboratif juga adalah sesuatu perkara yang

mustahak di dalam mewujudkan kehidupan demokrasi dan kehidupan yang

lebih harmoni. Demokrasi dalam kata yang mudahnya, setiap orang akan

bebas untuk mengutarakan pendapat mereka sendiri. Sehubungan dengan

itu, di dalam sesetangah kelas terdapat murid-murid yang terdiri daripada

pelbagai kaum. Guru yang baik akan mencampurkan mereka supaya setiap

ahli kumpulan terdiri daripada ahli yang berlainan bangsa. Melalui kaedah ini,

secara tidak langsung, hubungan baik antara kaum akan dapat dieratkan dan

mewujudkan suasana yang lebih harmoni.

Akhir sekali, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, pastinya akan

berlaku konflik di antara ahli kumpulan. Tanpa sedar, setiap pelajar secara

tidak langsung, pelajar akan belajar bagaimana untuk menguruskan konflik

yang berlaku melalui penyelesaian konflik itu bersama-sama. Di sini, secara

tidak langsung murid-murid belajar kemahiran penyelesaian masalah di

samping menjalankan aktiviti pembelajaran.

20

Page 21: PMBELAJARAN KOLABORATIF

21

Kelebihan kaedah pembelajaran kolaboratif

Menyumbang idea kreatif

Menghargai idea ahli kumpulan

Interaksi sosial

Membenarkan komunikasi secara

terbuka

Hubungan sosial dalam perbincangan

ilmiah

Mewujudkan nilai murni

Mustahak untuk kehidupan

demokrasi dan keharmonian hidup

Pandai menguruskan konflik

Page 22: PMBELAJARAN KOLABORATIF

2.9Keburukan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif dan cara

penyelesaiannya.

Sudah menjadi lumrah, tiada apa di dunia ini yang sempurna. Setiap perkara

ada baik dan buruknya. Begitu juga di dalam kaedah pembelajaran

kolaboratif.

Antara perkara utama yang menjadi persoalan di dalam kaedah

pembelajaran kolaboratif ialah setakat mana pelajar memberi sumbangan di

dalam perbincangan bersama ahli kumpulan. Hal ini berhubung dengan isu

tanggungjawab di dalam kumpulan. Tidak dinafikan sesetengah pelajar akan

memikirkan bahawa jika mereka tidak memberi sumbangan di dalam

perbincangan, kerja masih akan disiapkan kerana mereka mempunyai ahli

kumpulan yang lain, dan perkara ini memang kerap berlaku di dalam

kumpulan. Di dalam perkara guru yang bertindak sebagai fasilitator dan

penilai terhadap tugasan yang diberikan, guru perlu mengambil tahu

perkembangan yang berlaku di dalam setiap ahli kumpulan secara rawak.

Sekurang-kurangnya, guru dapat memerhatikan ahli kumpulan mana yang

tidak memberi penglibatan yang baik di dalam kumpulan. Jadi, sebagai

seorang fasilitator dan pembimbing, tidak salah bagi seorang guru untuk

menegur mana-mana ahli kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, masalah berpuak-puak di dalam kumpulan juga menjadi salah

satu keburukan di dalam kaedah pembelajaran ini. Contoh bagi situasi bagi

kes ini ialah seperti berikut. Seorang guru telah mebahagikan beberapa

kumpulan di dalam sebuah kelas dan menjalankan kaedah pembelajaran

kolaboratif. Di dalam sebuah kumpulan terdapat lima ahli. Di dalam kumpulan

C, Aminah dan Siti berkawan baik dan bermusuhan dengan Ali dan Abu yang

juga berkawan baik. Di dalam perbincangan, Aminah dan Siti telah

bertengkar dengan Ali dan Abu yang mempunyai pendirian yang berbeza.

Jason yang juga ahli kumpulan itu hanya menjadi pemerhati terhadap situasi

tersebut. Di dalam masalah berpuak di dalam kumpulan, terdapat beberapa

22

Page 23: PMBELAJARAN KOLABORATIF

faktor yang menjadi puncanya, antaranya ialah bangsa, umur, jantina,

kenegerian, jantina, minat, dan pelbagai faktor lagi. Dalam permasalahan ini,

guru haruslah bijak untuk mengatur kumpulan yang baik dengan

menganalisis rantaian hubungan sosial yang baik di dalam sesebuah kelas

itu. Akan tetapi, hal ini bukanlah bermaksud guru tidak perlu mencampurkan

mereka kerana jika tidak mencampurkan mereka, mereka akan terus

berpuak-puak di dalam kelas.

Selain daripada itu, pertengkaran sesama ahli kumpulan juga akan

berlaku di dalam sesebuah kumpulan. Hal ini merupakan masalah biasa yang

berlaku di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif. Masalah ini juga bukan

perkara yang perlu ditakutkan oleh seorang guru di dalam kaedah

pembelajaran kolaboratif kerana di dalam sesebuah pertengkaran atau

perselisihan faham antara ahli kumpulan, mereka secara tidak langsung akan

belajar cara menguruskan konflik mereka. Namun begitu, guru harus

memerhati dan mengawasi pergerakan setiap kumpulan supaya

pertengkaran tidak akan melarat kepada pergaduhan.

Akhir sekali, antara masalah yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah

kebimbangan masalah penakut akan berlaku terhadap salah seorang ahli

kumpulan. Hal ini mungkin berlaku apabila idea dan buah fikiran sseorang

ahli kumpulan kerapkali tidak diterima. Sebagai contoh,buah fikiran Hiziq,

salah seorang ahli kumpulan C seringkali tidak diterima oleh ahli kumpulan

mereka. Hal ini telah menyebabkan Hiziq berasa dipinggirkan dan

memikirkan sama ada ahli kumpulan tidak menyukainya atau merasakan

buah fikirannya sangat tidak diperlukan di dalam kumpulan itu. Akhir sekali,

Hiziq menjadi seorang yang pendiam dan seringkali takut untuk memberikan

ideanya. Jadi, berbalik kepada konsep kolaboratif iaitu tidak mementingkan

hasil akhir tugasan sebaliknya hubungan interaksi, guru-guru hendaklah

membimbing setiap kumpulan bahawa sentiasa berusaha untuk menghargai

idea setiap ahli kumpulan yang baik. Selain itu, guru-guru juga harus

23

Page 24: PMBELAJARAN KOLABORATIF

membimbing murid-murid cara-cara untuk menafikan pendapat orang lain

namun dalam keadaan yang lebih sopan sebelum memulakan aktiviti

kolaboratif.

24

Persoalan sejauh manakah penglibatan pelajar dalam kumpulan (tanggungjawab)

Berpuak-puak di dalam kumpulan

pertengkaran

Menjadi takut untuk memberikan pendapat atau idea.

Page 25: PMBELAJARAN KOLABORATIF

2.10 Aplikasi kaedah pembelajaran koperatif di dalam kelas.

Pertama sekali, setiap guru yang bertingdak sebagai fasilitator atau

pembimbing sewaktu pembelajaran kolaboratif berlaku, perlulah

membahagikan murid-murid kepada kumpulan mengikut faktor-faktor

yang sesuai seperti saiz kumpulan dan ahli-ahli di dalam kumpulan.

Beberapa faktor perlulah dititikberatkan seperti percampuran jantina,

minat, rantaian hubungan sosial di dalam kelas, kaum, dan lain-lain. Hal

ini untuk membina hubungan yang lebih baik di dalam kelas. Konflik yang

berlaku di dalam kumpulan akan menjadikan mereka lebih matang di

dalam menyelesaiakan sesuatu konflik.

Guru perlulah menerangkan tugasan atau permasalahan yang

perlu dibincangkan di dalam kumpulan. Seterusnya, guru perlulah

menerangkan prosedur pelaksanaan aktiviti jika diperlukan.

Selanjutnya, guru perlu menegaskan setiap anggota di dalam

kumpulan akan sikap bertanggungjawab dan akauntabiliti masing-masing.

Penglibatan setiap pelajar adalah penting untuk menjayakan kaedah

pembelajaran kolaboratif ini.

Seterusnya, guru sebagai pembimbing perlulah sentiasa

mengingatkan murid-murid akan harga sebuah kejayaan bersama-sama.

Hal ini berbalik kepada konsep utama kaedah pembelajaran kolaboratif

iaitu hubungan interaksi sosial di dalam kumpulan. Akhir sekali, guru-guru

perlulah sentiasa memantau pergerakan setiap kumpulan di dalam kelas.

Selain daripada untuk kegunaan menaksir atau menilai tugasan yang

diberikan, guru juga perlu sentiasa memantau untuk memastikan proses

pembelajaran berjalan dengan lancar.

25

Page 26: PMBELAJARAN KOLABORATIF

26

Aplikasi di dalam kaedah pembelajaran kolabratif

Bahagikan murid-murid di dalam kumpulan-kumpulan. Beberapa perkara harus dijadikan tumpuan

Menerangkan tugasan yang akan dijalankan

Menerangkan prosedur pelaksanaan aktiviti

Menegaskan tanggungjawab, akauntabiliti dan penglibatan setiap ahli kumpulan

Ajar murid harga kejayaan bersama

Memantau pergerakan murid di dalam kumpulan.

Page 27: PMBELAJARAN KOLABORATIF

2.11 Implikasi kaedah pembelajaran kolaboratif di dalam pembelajaran.

27

Implikasi kaedah pengajaran kolaboratif

Memupuk sikap berani kepada murid-murid

Memupuk sikap bekerjasama di dalam kumpulan

Menyemai sikap tanggungjawab

Mebina pemikiran kreatif di dalam menyelesaikan masalah

Tidak mementingkan diri sendiri

Memupuk hubungan interaksi sosial yang baik

Page 28: PMBELAJARAN KOLABORATIF

3.0 Pengajaran Mikro (komponen penerangan)

3.1 Komponen Penerangan.

Pengajaran mikro dihuraikan sebagai suatu sistem kawalan praktis dengan

tumpuan kepada tingkah laku pengajaran yang khusus dan berlatih supaya

mengajar dalam situasi terkawal (Allen dan Eve,1968). Cooper dan Allen (1980)

pula menerangkan bahawa pengajaran mikro sebagai situasi pengajaran yang

dikurangkan daripada segi masa dan bilangan pelajar iaitu 4-20 minit dengan 3-

10 orang pelajar. Pengajaran ini merupakan suatu sesi pengajaran berbentuk

latihan atau pendedahan yang mengambil masa 10-15 minit, melibatkan

rakaman video dengan memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran tertentu.

Pengajaran mikro ini diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963 dalam

usaha mencari kaedah latihan terbaik untuk bakal-bakal guru.

Komponen penerangan merupakan salah satu daripada komponen yang

terdapat di dalam pengajaran mikro. Komponen menerang merupakan suatu

kemahiran memberi kefahaman kepada pelajar. Keupayaan menyampaikan

sesuatu secara logik dan jelas penting bagi seorang guru. Rasionalnya di sini,

kita harus memikirkan bahawa sekiranya guru tidak memahami apa yang

diajarkan oleh guru, maka seolah-olah murid-murid tidak mengajar di dalam

kelas itu. Perkara yang paling penting bagi guru di dalam komponen ini ialah

memikirkan cara terbaik untuk memberi kefahaman kepada murid-murid.

Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi di dalam komponen penerangan

iaiatu:

1. Perancangan bentuk penerangan yang sesuai

2. Penyediaan contoh, ilustrasi dan bahan bantu

3. Jangka masa menerang yang sesuai

4. Pemeringkatan dan penyusunan idea

5. Penggunaan bahasa (istilah, perkataan dan ayat) yang sesuai

28

Page 29: PMBELAJARAN KOLABORATIF

6. Daripada senang kepada mudah, daripada yang diketahui kepada yang belum

diketahui.

7. Berkait rapat dengan objektif

8. Respons daripada pelajar

Selain itu, di dalam komponen penerangan ini, terdapat beberapa komponen kecil pula.

Komponen yang pertama ialah permulaan penerangan.Guru perlu mahir di dalam

memulakan penerangan untuk meransang dan memberi murid-murid minat untuk

belajar. Kesediaan pelajar dan kesesuaian isi pelajaran haruslah diambil berat.

Komponen seterusnya ialah komponen ilustrasi. Contoh-contoh dan ilustrasi yang

diberikan oleh guru perlu mencukupi, sesuai dengan peringkat umur pelajar dan isi

kandungan yang hendak diterangkan menarik dan diuruskan dengan berkesan.

Penggunaan bahan pula haruslah menarik. Seterusnya ialah komponen pemeringkatan

atau penyusunan idea. Setiap penerangan yang ingin dibuat haruslah berperingkat-

peringkat dan sistematik. Contohnya dari mudah kepada yang lebih sukar, daripada

yang diketahui kepada yang tidak diketahui dan sebagainya.Komponen yang terakhir di

dalam komponen penerangan ialah penutup/kesimpulan. Selepas membuat

penerangan, guru perlulah membuat kesimpulan dengan cara menegaskan kembali isi-

isi utama pembelajaran.

29

Page 30: PMBELAJARAN KOLABORATIF

3.2 Rancangan Pengajaran Harian Mikro

Rancangan pengajaran Mikro dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kajian Tempatan (Komponen Penerangan)

Nama: Muhammad Faizzudin Bin Othman

Kelas: 5 Dedikasi

Bilangan Murid: 41 orang

Tarikh: 1 September 2010

Hari : Rabu

Masa : 7.45 pagi- 8.45 pagi

Tema: Sejarah Negara Kita

Topik: 4.2 Sejarah Awal Sabah dan Sarawak

Subtopik: a i. Asal usul nama Sarawak

Nilai Murni: i) Kebanggaan

ii) Keyakinan

Bahan Bantu mengajar: Kad Gambar, Nota berbentuk komik

Pengetahuan Sedia Ada:Murid mempunyai pengetahuan mengenai negeri-negeri di Malaysia.

Objektif: Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:

1) Menyatakan asal usul kampung halaman masing-masing

2) Menjelaskan bagaimana negeri Sarawak mendapat nama

3) Membezakan dua cerita asal usul nama Sarawak

Isi Pelajaran: 1) Menyatakan asal usul kampung halaman sendiri

2) Menyatakan asal usul nama Sarawak

3) Membandingkan dua cerita tentang asal usul nama Sarawak.

30

Page 31: PMBELAJARAN KOLABORATIF

Langkah Aktiviti Catatan

Induksi Set

(5 minit)

1) Guru bertanyakan murid-

murid mengenai asal usul

kampung halaman masing-

masing.

Teknik penyoalan

Langkah 1

(10 minit)

1) Guru memberikan murid-

murid nota berbentuk komik

yang bertajuk asal-usul

Sarawak.

2) Murid-murid diberikan

masa untuk membaca

sepintas lalu nota yang

diberi.

3) Berpandukan nota yang

diberi, guru menerangkan

mengenai tajuk

pembelajaran asal usul

Sarawak iaitu subtajuk

“:serah kepada awak”.

BBM: Kad Gambar, Nota

berbentuk komik.

Nilai: Kebanggaan

Teknik penceritaan

Langkah 2

(10 minit)

1) Guru memberi

penerangan mengenai

subtopik pengajaran yang

kedua iaitu asal usul

Sarawak daripada buah

nanas.

BBM: Kad Gambar

Nilai:Kebanggaan.

Teknik penceritaan

Penutup

(5 minit)

1)Guru meminta murid-

murid menyatakan kembali

Nilai: Keyakinan

Teknik penyoalan

31

Page 32: PMBELAJARAN KOLABORATIF

perkara yang dipelajari

mengenai tajuk pengajaran

pada hari itu iaitu asal usul

negeri Sarawak.

2) Murid membandingkan

kedua-dua cerita mengenai

asal usul negeri Sarawak.

32

Page 33: PMBELAJARAN KOLABORATIF

Refleksi

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya

berjaya menyiapkan kerja kursus bagi kursus Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial

(PSS 3111) ini. Terlebih dahulu saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah saya iaitu Hjh. Siti Fatihah bt Abdullah kerana telah banyak membantu saya

di dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

Di dalam tugasan kali ini, terdapat tiga arahan yang telah diberikan kepada guru

pelatih iaitu menjelaskan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran, membina satu

rancangan pengajaran harian yang dipilih dari mana-mana topik daripada Sukatan

Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4, 5 dan 6 berserta komponen pengajaran mikro dan

yang terakhir iaitu melaksanakan pengajaran berdasarkan rancangan pengajaran

harian sewaktu menjalankan Program Berasaskan Sekolah.

Di dalam tugasan kali ini, guru-guru pelatih akan memilih sebuah kaedah

pengajaran dan menjelaskannya. Sebelum ini, jujur saya katakan bahawa saya ragu-

ragu akan kepentingan pedekatan, kaedah, dan teknik-teknik yang sedang dipelajari.

Persoalan seperti “adakah aku akan menggunakan kaedah ini di sekolah nanti?” sering

bermain di fikiran. Namun, setelah dikaji-kaji, saya berpendapat bahawa apabila tibanya

masa menjadi seorang guru, perkara-perkara yang dipelajari ini bukan lagi perlu

difikirkan sebaliknya ia akan datang sendiri. Dan, perkara-perkara inilah yang akan

digunakan untuk menarik minat murid-murid di sekolah nanti.

Selain itu, guru pelatih bagi kursus ini juga telah diminta untuk menyiapkan

sebuah rancangan pengajaran harian kemudian diminta untuk melaksanakannya di

dalam kelas sewaktu Program Berasaskan Sekolah yang telah dijalankan tidak lama

dahulu. Jujur saya katakana saya amat bertuah untuk menjalankan aktiviti ini kerana

saya telah berpeluang merasa suasana sebenar ketika mengajar di sekolah dan

pengalaman ini akan saya gunakan sebaik-baiknya semasa di peringkat praktikum dan

yang paling penting apabila menjadi guru sebenar di sekolah nanti. Sehubungan

33

Page 34: PMBELAJARAN KOLABORATIF

dengan itu, tugasan menyiapkan rancangan pengajaran harian juga merupakan salah

satu latihan bagi guru-guru untuk menyiapkan diri menjadi guru yang sebenar nanti.

Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah dijalankan

Sebelum Pengalaman Berasaskan dijalankan, guru-guru pelatih telah didedahkan

dengan ilmu-ilmu berkaitan pedagogi/pengajaran seperti pendekatan,strategi, teknik,

cara menyediakan rancangan pengajaran harian dan sebagainya. Perkara-perkara

yang dipelajari ini sedikit sebanyak memberikan saya sedikit ilmu pengetahuan tentang

cara-cara mengajar di dalam kelas. Apa yang saya perhatikan, rancangan pengajaran

harian merupakan perkara yang paling penting kepada guru sebelum memulakan

pengajaran. Seperti juga dalam memasak, kita mestilah bersiap sedia dengan pelbagai

ramuan, bahan-bahan, alatan dan sebagainya. Jadi, jika kita telah berjaya menyediakan

rancangan pengajaran harian, sedikit sebanyak kita telah bersedia untuk mengajar di

dalam kelas pada keesokan harinya. Akan tetapi, apa yang saya pelajari di dalam kelas

hanyalah sekadar teori. Teori sahaja tidak akan menjamin saya untuk menjadi seorang

guru yang berjaya, akan tetapi, melalui latihan sebenar di dalam kelas, lama-kelamaan

saya akan terbiasa untuk menjadi seorang guru yang baik.

Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah dijalankan

Sepanjang menuntut empat semester di dalam program Ijazah ini, semester keempat

merupakan semester akhir bagi guru-guru pelatih menjalani Program Berasaskan

Sekolah. Namun, saya merasakan aktiviti Program Berasaskan Sekolah pada kali ini

merupakan yang paling berharga kerana saya ditugaskan untuk mengajar di dalam

kelas. Walaupun panjang pengajaran saya tidak lama, iaitu 10 minit, memandangkan

saya ditugaskan untuk melakukan pengajaran mikro, akan tetapi ia cukup untuk

memberikan saya gambaran sebenar mengajar di dalam kelas. Guru-guru pelatih telah

ditugaskan untuk melakukan aktiviti pengajaran mikro dan merakam sesi pengajaran

itu. Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaiatu Hafiz, Amal dan Hanif untuk

melancarkan perjalanan pengajaran saya. Di Sek. Keb. Seri Kelana pula, guru kajian

tempatan iaitu Puan Suzilawati telah memberikan kerjasama dengan memberi ruang

34

Page 35: PMBELAJARAN KOLABORATIF

waktu pengajaran kepada saya. Mujurlah murid-murid di dalam kelas 5 Dedikasi telah

memberikan kerjasama yang cukup baik. Pengalaman yang saya lalui ini akan saya

jadikan pedoman apabila saya menjadi seorang guru kelak.

Selepas Pengalaman Berasaskan Sekolah

Selepas berakhirnya pengalaman berasaskan, kini saya berasa lebih bersedia untuk

melakukan praktikum pada semester depan, dan yang paling penting, kini baru saya

tahu betapa besarnya tanggungjawab untuk menjadi seorang guru. Apabila saya

teringat wajah-wajah murid-murid ketika saya masuk ke kelas ketika Pengalaman

Berasaskan Sekolah, semakin tinggi harapan dan semakin banyak saya berdoa agar

saya menjadi seorang guru yang baik suatu hari nanti.

Akhir kata, saya berharap agar pensyarah saya iaitu Hjh. Siti Fatihah bt Abdullah

berpuas hati dengan segala apa yang telah saya muatkan di dalam kerja kursus ini.

35