Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    1/14

    PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN

    PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN

    Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel

    Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net[Artikel ini telah diupdate pada 28/4/2011. Turut disertakan dengan beberapa informasi

    baru.]

    Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi

    sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih

    mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para

    pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa

    Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut

    mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa

    lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.

    Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur

    piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke

    dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar

    mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun

    Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup

    memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di

    Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini?

    Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan

    Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah

    dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak

    munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    2/14

    Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan

    pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu

    menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf

    dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga

    mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia

    Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.

    Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di

    sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.

    MISTERI GEN BANGSA MELAYU

    Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telahberusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang

    sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi

    terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi

    matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar

    menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-

    prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda

    Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

    Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula

    membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkanpencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila

    dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia

    tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi

    anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan

    Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-

    hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    3/14

    Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf?

    Biar kami beritahu anda satu rahsia, sebagai pembukaan dari saya, merangkap 3rd

    Order dalam organisasi. Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji

    kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan

    lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa

    kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia

    mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan

    melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu.

    Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis

    mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada

    diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir

    dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat

    kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asingbukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu

    begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya

    boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

    Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan

    menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian

    Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk

    mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di

    dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

    Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri,

    saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba,

    Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan

    jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung

    dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah

    Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain.

    Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina

    berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah

    Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk

    tujuan yang sama.

    MELAYU - THE LOST TRIBE

    Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    4/14

    bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan

    dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-

    ada yangdigelartanah penghujungdunia,ada yangdigelarSemenanjung Emas,

    ada yangdigelarSurvana Bumi,ada yangdigelarGolden Chersonese,

    Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan

    dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana

    bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke

    mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata

    canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabakdengan nama jolokan JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana

    Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-

    arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang

    penyelamat.

    Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah

    Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini Mengenangkan bangsa gunung yang

    hebat lagi kuat dengan rajanya.

    Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-

    bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    5/14

    Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi

    yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang

    yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.

    Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang

    merentasi dari :

    *UTARA (kemboja, cempaka,melati, petani,langkasuka, cermin,

    segenting)

    *TENGAH (kelantan, pahang,johor,melaka, kedah tua,selangor)

    *TIMUR (funan, okinawa,sulu,)

    *SELATAN (sumatera,riau,jawa)

    Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris

    diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati

    sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-

    arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung

    ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda

    bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu

    boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya

    berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

    Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa

    Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari

    kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

    "Diamunculdarinegeri yang terletak di pertemuan tigabuahlaut. Negara Timur

    tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tigabuahlaut."

    -Nostradamus

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    6/14

    Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di

    Jepun yang mempunyai ciri-ciri Melayu ini :

    Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh

    Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland

    (underwater videographer) :

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    7/14

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    8/14

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    9/14

    MELAYU DAN YAHUDI

    Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa

    yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat

    12 puak Yahudi di masa lalu :

    1. Reuben

    2. Simeon

    3. Levi

    4. Judah

    5. Issachar

    6. Zebulun

    7. Dan

    8. Naphtali

    9. Gad

    10. Asher

    11. Joseph

    12. Benjamin

    Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang

    daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu

    Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu lost tribe Bani Israel (yang

    mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di

    Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan

    Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat

    (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat

    banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    10/14

    Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa

    yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunansebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh.

    http://codegyzer.wordpress.com/info/

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    11/14

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    12/14

    Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan

    hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk

    www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5

    hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    13/14

  • 8/3/2019 Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

    14/14