33
JENIS-JENIS PINGGIR PANTAI PINGGIR PANTAI TENGGELAM PINGGIR PANTAI TIMBUL

Pinggir Pantai

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pinggir Pantai

JENIS-JENIS PINGGIR PANTAI

PINGGIR PANTAI TENGGELAM

PINGGIR PANTAI TIMBUL

Page 2: Pinggir Pantai

PINGGIR PANTAI TENGGELAM

1. Pinggir Pantai Ria

- aras laut yang naik akan menenggelamkan kawasan-kawasan lurah yang rendah lalu membentuk anak-anak teluk bercabang yang panjang serta sempit yang diceraikan oleh tanjung-tanjung tinggi.

- bentuk ini tidak mengalami hakisan glasier dan semakin dalam hala ke laut.

- merupakan sifat yang biasa bagi pinggir laut jenis Atlantik seperti di barat laut Perancis, barat laut Sepanyol, barat daya Ireland.

- biasanya membelakangkan kawasan-kawasan pergunungan dan oleh kerana itu tidaklah banyak pelabuhan-pelabuhan perdagangan yang terdapat di sini.

Page 3: Pinggir Pantai

2. Pinggir Pantai Fiord

- merupakan lekukan hakisan glasier berbentuk U yang telah tenggelam.

- Fiord menandakan jalan yang diikuti oleh glasier yang turun dari kawasan tanah tinggi.

- mempunyai cawangan-cawangan yang bercantum dengan anak-anak teluk utamanya mengikut sudut tepat. Hakisan ais yang terlalu kuat menyebabkan fiord ini dalam di sebelah pedalaman. Bahagian arah ke lautnya cetek kerana di sini terdapat sebuah permatang batuan yang dinamakan tubir.

- walaupun kawasan perairannya dalam dan terlindung, tetapi pelabuhan- pelabuhan besar tidaklah banyak di sini. Latar belakangnya yang bergunung ganang dan dengan jalan ke pedalamannya yang sukar menyebabkan kawasan ini tidak menarik hati untuk pembangunan dan petempatan.

Page 4: Pinggir Pantai

3. Pinggir Pantai Dalmatia

- mempunyai sistem pergunungan yang selari dengan pantai.

- namanya sempena pinggir pantai Dalmatia di Yugoslavia yang terletak di sepanjang Laut Adriatic.

- pinggir laut yang tenggelam menghasilkan anak teluk yang panjang serta sempit, dengan rangkaian-rangkaian pulau yang selari dengan pinggir laut.

- pulau-pulau yang memanjang ini sebenarnya merupakan lurah-lurahnya yang memanjang.

- keadaannya yang bergunung-ganang menyebabkan perhubungan dengan kawasan pedalaman sukar dilakukan.

Page 5: Pinggir Pantai

4. Pinggir Pantai Muara

- di kawasan tanah pamah tenggelam, kuala-kuala sungai telah tenggelam.

- dengan itu terbentuklah muara-muara yang berbentuk corong. Muara-muara ini boleh menjadi tapak bina pelabuhan yang baik jikalau jalan masuknya tidak terhalang oleh beting pasir

Page 6: Pinggir Pantai

PINGGIR PANTAI TIMBUL

1. Pinggir Pantai Tanah Pamah Terangkat

- rusuk benua yang terangkat menjadi sebuah kawasan tanah pamah pinggir laut yang bercerun landai.

- air di luar pinggir lautnya cetek dan mengandungi lagun, paya masin, dan kukup.

- pantai dan bukit pasir laut akan terjadi jikalau timbunan yang timbul dari pelantar benua itu terdiri daripada pasir dan batu kelikir.

Page 7: Pinggir Pantai

2. Pinggir Pantai Tanah Tinggi Timbul

- gelinciran dan gerakan bumi mungkin menaikkan dataran tinggi pinggir pantai dan menghasilkan bentuk-bentuk penimbulan.

- pinggir laut tanah tinggi timbul ini boleh dikatakan lurus dan mempunyai tebing tinggi yang curam dan kawasan perairan luar pantai yang dalam. Keadaan ini wujud kerana ombak-ombak masih belum dapat menghakis kawasan-kawasannya yang lemah ataupun membina pelantar hakisan ombak di situ.

- Kawasan ini tidak sesuai untuk dijadikan pelabuhan yang baik.

Page 8: Pinggir Pantai

CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI PINGGIR LAUT

Page 9: Pinggir Pantai

TANJUNGTANJUNG

• Terbentuk di Terbentuk di kawasan pinggir kawasan pinggir pantai yang pantai yang mempunyai mempunyai susunan batuan susunan batuan keras dan lembut keras dan lembut yang berselang-seliyang berselang-seli

• Terbentuk di Terbentuk di bahagian batuan bahagian batuan keras yang tahan keras yang tahan hakisan ombakhakisan ombak

Page 10: Pinggir Pantai

TELUKTELUK

• Terbentuk di Terbentuk di kawasan pinggir kawasan pinggir pantai yang pantai yang mempunyai mempunyai susunan batuan susunan batuan keras dan lembut keras dan lembut yang berselang seliyang berselang seli

• Terbentuk di Terbentuk di bahagian batuan bahagian batuan lembut yang lembut yang dihakis oleh ombakdihakis oleh ombak

Page 11: Pinggir Pantai

TEBING TINGGITEBING TINGGI

• Terbentuk apabila Terbentuk apabila ombak menghakis ombak menghakis kaki cerun tebing kaki cerun tebing pantai semasa air pantai semasa air pasangpasang

• Apabila batuan Apabila batuan atau lekukan yang atau lekukan yang terbentuk runtuh, terbentuk runtuh, maka tebing tinggi maka tebing tinggi terbentukterbentuk

Page 12: Pinggir Pantai

PENTAS HAKISAN OMBAKPENTAS HAKISAN OMBAK

• Merupakan bentuk Merupakan bentuk muka bumi yang muka bumi yang terbentuk berlanjutan terbentuk berlanjutan daripada daripada pembentukan tebing pembentukan tebing tinggitinggi

• Hakisan ombak yang Hakisan ombak yang berterusan berterusan menyebabkan tebing menyebabkan tebing tinggi mengundur dan tinggi mengundur dan membentuk pentas membentuk pentas hakisan ombak di kaki hakisan ombak di kaki tebing tinggi tersebut.tebing tinggi tersebut.

Page 13: Pinggir Pantai

GUAGUA

• Merupakan kesan Merupakan kesan hakisan ombak di hakisan ombak di tanjung tinggitanjung tinggi

• Hakisan tersebut Hakisan tersebut akan menghakis akan menghakis batuan di tebing batuan di tebing pantai dan pantai dan membentuk gua membentuk gua lautlaut

Page 14: Pinggir Pantai

GERBANG LAUTGERBANG LAUT

• Terhasil daripada Terhasil daripada hakisan gua lauthakisan gua laut

• Hakisan ombak Hakisan ombak yang berterusan yang berterusan dan menembusi dan menembusi dinding dua buah dinding dua buah gua laut yang gua laut yang bertentangan akan bertentangan akan membentuk membentuk gerbang lautgerbang laut

Page 15: Pinggir Pantai

BATU TUNGGULBATU TUNGGUL

• Terhasil akibat Terhasil akibat tindakan tindakan penggondolan penggondolan terhadap gerbang terhadap gerbang laut laut

• Apabila bumbung Apabila bumbung gerbang laut gerbang laut runtuh, batu runtuh, batu tunggul terbentuktunggul terbentuk

Page 16: Pinggir Pantai

TUNGGUL SISATUNGGUL SISA

• Batu tunggul yang Batu tunggul yang terhakis akan terhakis akan membentuk membentuk tunggul sisa secara tunggul sisa secara lambat launlambat laun

• Tunggul sisa hanya Tunggul sisa hanya boleh kelihatan boleh kelihatan ketika air laut surutketika air laut surut

Page 17: Pinggir Pantai

ANAK TANJUNGANAK TANJUNG

• Merupakan permatang Merupakan permatang berupa tanduk yang berupa tanduk yang dibentuk oleh dibentuk oleh pemendapan pasir di pemendapan pasir di hujung teluk atau muara hujung teluk atau muara sungaisungai

• Anak tanjung menganjur Anak tanjung menganjur ke laut manakala ke laut manakala bahagian hujungnya bahagian hujungnya bersambung dengan bersambung dengan pinggir pantaipinggir pantai

• Juga dikenali sebagai Juga dikenali sebagai tetanjung tetanjung

Page 18: Pinggir Pantai

LAGUNLAGUN

• Merupakan kesan Merupakan kesan pembentukan anak pembentukan anak tanjung yang tanjung yang paling ketarapaling ketara

• Lagun ialah Lagun ialah kawasan perairan kawasan perairan yang terlindung yang terlindung oleh tetanjung oleh tetanjung (anak tanjung)(anak tanjung)

Page 19: Pinggir Pantai

BETING PASIRBETING PASIR

• Merupakan Merupakan penimbunan pasir penimbunan pasir yang merentangi yang merentangi sesebuah teluksesebuah teluk

• Terbentuk samada Terbentuk samada selari dengan selari dengan garisan pantai atau garisan pantai atau bersudut tepat bersudut tepat dengannyadengannya

Page 20: Pinggir Pantai

PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAI

Hakisan pinggir pantai ialah proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di kawasan pinggir pantai.

Agen-agen hakisan pinggir pantai ialah :- ombak- tsunami- arus atau hanyutan pesisir pantai- pasang surut

Cara hakisan pinggir pantai :- hidraul- geselan / lelasan- larutan- lagaan

Page 21: Pinggir Pantai

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Faktor Fizikal ( semulajadi ) :

1.Jenis ombak - ombak pembinasa / bertenaga ( ombak ribut dan tsunami)

2.Pendedahan pantai - tanpa perlindungan oleh pulau, beting, tanjung atau benteng.

3. Arus - bahan-bahan seperti pasir diseret selari dengan pantai. - berupaya menghakis dan memindahkan bahan.

4. Bahan - agen yang menggesel batuan pinggir pantai – melalui cara hakisan geselan atau lelasan.- batuan pinggir pantai akan terhakis.

Page 22: Pinggir Pantai

5. Batuan - batuan lembut – mudah terhakis - batuan keras – susah terhakis

6. Cerun pantai – biasanya mengalami hakisan yang lebih giat.

7. Organisasi pantai – pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai berteluk dan bertanjung.

8. Tumbuhan – boleh menghalang serangan terus ombak melalui peranan akarnya.

Page 23: Pinggir Pantai

Faktor Aktiviti Manusia :

a.Pembalakan dan penebangan hutan bakau

b.Perlombongan pasir

c.Pembinaan

d.Pelancongan

e.Pendalaman kawasan pinggir pantai

Page 24: Pinggir Pantai

KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI

KAEDAH PERUNDANGAN :

- hukuman ke atas pelombong pasir tanpa lesen.

- pengharaman penebangan bakau.

- kawalan aktiviti pembinaan di kawasan pinggir pantai.

Page 25: Pinggir Pantai

KAEDAH BUKAN PERUNDANGAN :

- penanaman pokok bakau

- penambakan

- benteng pemecah ombak

- tembok

- guni pasir

- pendidikan

- kempen

Page 26: Pinggir Pantai

KEPENTINGAN KAWASAN PINGGIR PANTAI

PANTAI BERPASIR :

-Kawasan pelancongan dan perkelahan

-Kawasan penanaman kelapa

-Contoh : Port Dickson, Negeri Sembilan Batu Feringghi, Pulau Pinang

Page 27: Pinggir Pantai

PANTAI BERLUMPUR :

-Membekalkan sumber kayu bakau.

-Tempat pembiakan hidupan laut sepertiketam, kerang dan ikan.

-Contoh : Sekitar muara Sungai Perak, Perak.

Page 28: Pinggir Pantai

PULAU :

-Kawasan pelancongan

-Pelabuhan perikanan

-Pelabuhan antarabangsa

-Contoh : Pulau Langkawi, Kedah

Page 29: Pinggir Pantai

TANJUNG :

-Kawasan rekreasi dan pelancongan

-Contoh : Tanjung Bidara , Melaka

Page 30: Pinggir Pantai

TELUK :

-Petempatan nelayan

-Tapak pelabuhan

-Kawasan perikanan

-Kawasan perkelahan

-Contoh : Teluk Kemang, Negeri Sembilan

Page 31: Pinggir Pantai

TEBING TINGGI :

-Kawasan rekreasi dan pelancongan

-Tapak rumah api

-Contoh : Tebing Tinggi Kudat, Sabah

Page 32: Pinggir Pantai

PENTAS BENUA :

-Kawasan perikanan

-Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli

-Contoh : Pinggir laut di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Page 33: Pinggir Pantai