28
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BAHAGIAN PRODUKTIVITI DAN PEMASARAN TKT 6, IBU PEJABAT RISDA KM 7.5 JALAN AMPANG, Tel : 03-4256 4022 KARUNG BERKUNCI 11067 Fax : 03-4251 7541 509900 KUALA LUMPUR Email : [email protected] Bilangan : ( 23 )dlm.14.0/9650.01 Klt.3 Tarikh : 13 Jun 2016 Semua Pengarah RISDA Negeri Semua Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian Tuan, ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 25 TAHUN 2016 BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH (BKKH 2016) Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Cara-cara bagi Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Komoditi Industri (JKMPPK) Bilangan 1/2016 pada 28 Mac 2016 telah bersetuju dengan pemberian Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH 2016) yang akan dilaksanakan oleh RISDA. 3. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan BKKH 2016 untuk tindakan tuan selanjutnya.

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERAMELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAHKEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BAHAGIAN PRODUKTIVITI DAN PEMASARANTKT 6, IBU PEJABAT RISDAKM 7.5 JALAN AMPANG, Tel : 03-4256 4022KARUNG BERKUNCI 11067 Fax : 03-4251 7541509900 KUALA LUMPUR Email : [email protected]

Bilangan : ( 23 )dlm.14.0/9650.01 Klt.3Tarikh : 13 Jun 2016

Semua Pengarah RISDA Negeri

Semua Pegawai RISDA Daerah / Jajahan / Bahagian

Tuan,

ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 25 TAHUN 2016

BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH (BKKH 2016)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Cara-cara bagi

Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Komoditi Industri (JKMPPK) Bilangan 1/2016

pada 28 Mac 2016 telah bersetuju dengan pemberian Bantuan Khas Akibat Kejatuhan

Harga Getah (BKKH 2016) yang akan dilaksanakan oleh RISDA.

3. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan BKKH 2016 untuk tindakan tuan

selanjutnya.

Page 2: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERAMELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

Bilangan : ( 23 )dlm.14.0/9650.01 Klt.3

Tarikh : 13 Jun 2016

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Membandarkan Luar Bandar”

(HAJI MOHD NAJIB BIN A. SAMAD)Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)b.p: Ketua Pengarah RISDA

s.k

i) Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

ii) Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Dan Korporat)

iii) Semua Pengarah Bahagian

iv) Semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan RISDA

HMNAS/HAJ/MRH/NAMS/mmf

Page 3: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

1

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BANTUAN KHASAKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH (BKKH 2016)

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua Pusat

Tanggungjawab tentang pelaksanaan Bantuan Khas kepada pekebun kecil

akibat kejatuhan harga getah secara one-off.

2.0 PENGENALAN

2.1 Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil yang terjejas

pendapatannya akibat kejatuhan harga getah yang ketara.

2.2 Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH) pada tahun

2016 dikenali juga sebagai BKKH 2016.

2.3 Kerajaan pada tahun 2013 dan 2014 telah menyediakan Bantuan Khas

Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH) sebanyak RM500 bagi

meringankan beban pekebun kecil. Purata harga SMR20 (f.o.b) pada

tahun 2013 adalah RM7.75 sekilogram dan RM5.53 sekilogram pada

tahun 2014. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM127.34 juta

pada tahun 2013 dan RM227.74 juta pada tahun 2014 bagi tujuan

tersebut. Sementara itu, pada tahun 2015 purata harga SMR20 (f.o.b)

terus menurun kepada RM5.22.

2.4 Kejatuhan harga ini telah menyebabkan pendapatan pekebun kecil

secara purata jatuh daripada RM729 kepada RM405 sehektar sebulan,

dan di bawah paras kemiskinan iaitu RM720 sebulan.

Page 4: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

2

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

2.5 Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Cara-cara Bagi

Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Komoditi Industri (JKMPPK)

Bilangan 1 Tahun 2016 pada 28 Mac 2016 telah bersetuju dengan

pemberian Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH 2016)

yang akan dilaksanakan oleh RISDA.

2.6 RISDA dengan ini akan melaksanakan pemberian Bantuan Khas

sebanyak RM500 secara one-off kepada semua pekebun kecil getah

kategori Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik yang layak

dan memenuhi syarat.

3.0 TAFSIRAN

3.1 Berdaftar Dengan RISDA

i) Pekebun kecil tersenarai di dalam Sistem Maklumat Bersepadu

(SMB) atau dalam Faharasat Lot (TS17A) atau Sistem Maklumat

Pekebun Kecil (SMPK) atau data Banci RISDA (Kad Pengenalan

Pekebun Kecil (SIC)) atau Senarai Penerima BKKH 2.0 atau

Senarai Penerima BKKH (P).

ii) Bagi pekebun kecil yang tiada di dalam senarai Perkara 3.1 (i) di

atas, pengisian Borang BKKH2016-01 (Pemilik) atau Borang

BKKH2016-01 (NCR) dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.

iii) Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai

Perkara 3.1 (i) di atas, pengisian Borang BKKH2016-01

(Penoreh) dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.

Page 5: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

3

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

iv) Bagi pekebun kecil dan Penoreh Bukan Pemilik di bawah Agensi

lain, pengisian Borang BKKH2016-01 (Pemilik) atau BKKH2016-

01 (Penoreh) beserta surat pengesahan daripada Agensi di

bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu :

a. Lembaga Getah Malaysia (LGM)

b. Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)

c. Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)

d. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

e. FELDA

f. FELCRA

g. KESEDAR

h. KETENGAH

i. Dan lain-lain sumber Agensi di bawah KKLW

3.2 Memiliki Jumlah Tanah

Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan

0.1011 hingga 2.5 hektar secara agregat.

3.3 Pemilik Tanah Yang Sah

i) Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang

amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir

seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of

administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau

mahkamah yang berkenaan.

ii) Bagi Negeri Sarawak, pemilik tanah yang sah adalah tuan punya

tanah di bawah Hak Milik Kanun Tanah (Land Code Title) atau

Hak Milik Pra-Kanun Tanah (Pre-Land Code Titles) atau

Tanah NCR/ NCL yang disahkan oleh Jabatan / Agensi Kerajaan

yang membangunkan atau Tuai Rumah / Penghulu.

Page 6: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

4

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

iii) Bagi pemilik yang telah meninggal dunia, pertukaran hakmilik

atau pemegang amanah seperti dinyatakan di dalam geran

tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa

Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat

tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa

(Mati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

(Pin. 1/96)) seperti di Lampiran 4 dan Surat Sumpah Oleh Pihak

Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah (TS 20B

(Pin.1/09)) seperti di Lampiran 5.

3.4 Penoreh Bukan Pemilik

Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah diladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki

tanah bertanam getah.

4.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

A. Pemilik

i) Warganegara Malaysia sahaja.

ii) Pekebun kecil getah yang berdaftar dengan RISDA.

iii) Memiliki jumlah tanah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar

secara agregat.

iv) Pemilik tanah yang sah.

v) Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambilkira

bilangan ahli kongsi).

Page 7: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

5

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

B. Penoreh Bukan Pemilik

i) Warganegara Malaysia.

ii) Penoreh Bukan Pemilik yang berdaftar dengan RISDA.

iii) Menoreh di lot berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar.

iv) Pengesahan oleh pemilik tanah yang sah.

v) Satu lot hanya seorang penoreh sahaja.

vi) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

dan didaftar sebelum 30 Jun 2016.

5.0 KADAR BANTUAN

5.1 Kadar bantuan sebanyak RM500 setiap pekebun kecil kategori Pemilik

Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik.

5.2 Pemberian bantuan adalah secara one-off.

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

6.1 Bantuan ini dilaksanakan mulai Jun 2016 untuk pekebun kecil getah di

Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

6.2 Seorang pekebun kecil hanya layak untuk menerima skim ini sekali

sahaja.

6.3 Dijangka seramai 388,111 orang pekebun kecil getah yang berdaftar

dengan RISDA layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan ini.

Page 8: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

6

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

6.4 Senarai nama pekebun kecil getah yang layak adalah termasuk

penerima BKKH2.0, BKKH(P) dan permohonan baru yang memenuhi

syarat kelayakan seperti di perkara 4.0.

7.0 TATACARA PERLAKSANAAN

7.1 Permohonan BKKH 2016 bagi Pemilik Pengusaha boleh dibuat di

mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran

manakala bagi permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh

dibuat di Pusat Tanggungjawab di mana kebun yang ditoreh ituberada.

7.2 Jika layak dan memenuhi syarat :

i. Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan BorangBKKH2016-01 (Pemilik) seperti di Lampiran 1 beserta dokumen

sokongan berikut :

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

b) Geran asal tanah dan salinan; dan

c) Salinan buku akaun bank yang aktif.

ii. Pemohon Pemilik Pengusaha Pemilik Pengusaha di Sarawak

yang tiada geran hendaklah melengkapkan Borang BKKH2016-01 (NCR) dan disahkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)

seperti di Lampiran 2 beserta dokumen sokongan berikut :

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

b) Geran asal tanah dan salinan; dan

c) Salinan buku akaun bank yang aktif.

Page 9: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

7

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

iii. Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan

Borang BKKH2016-01 (Penoreh) seperti di Lampiran 3 beserta

dokumen sokongan berikut :

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan

c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan

d) Kad PAT-G; dan

e) Salinan buku akaun bank yang aktif.

7.3 PT hendaklah mengecop tarikh penerimaan seperti di Lampiran 6pada borang yang telah lengkap dan ditandatangani oleh pemohon dan

Keratan Pengesahan Penerimaan Permohonan BKKH 2016dikembalikan kepada pemohon untuk tujuan rujukan.

7.4 PT hendaklah menginput maklumat permohonan dalam Sistem

e-BKKH untuk semakan kelayakan permohonan dengan mengemaskini

data atau daftar baru. Daftar masuk sistem menggunakan ID Nombor

Kad Pengenalan Baru pemohon.

7.5 Jika LAYAK, luluskan permohonan dalam Sistem e-BKKH dan borang

permohonan.

7.6 Borang yang telah diluluskan hendaklah dihantar kepada UnitKewangan PT untuk proses bayaran.

7.7 Carta Alir Pelaksanaan Bantuan Khas Akibat Kejatuhan HargaGetah (BKKH 2016) adalah seperti di Lampiran 7.

Page 10: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

8

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

7.8 Semua PRN/PRD/PRJ adalah diarah untuk membuat hebahan seperti

berikut :

i) PRN dibenarkan membuat hebahan melalui media massa

utama, pengumuman semasa majlis perjumpaan RISDA dengan

pekebun kecil dan sebagainya.

ii) Ketua Pusat Tanggungjawab membuat hebahan melalui

pemimpin tempatan, Pemaju Masyarakat RISDA, semua majlis

perjumpaan RISDA dengan pekebun kecil, pengumuman di

masjid dan sebagainya.

iii) Semua syarat kelayakan BKKH 2016 hendaklah dimaklumkan

semasa hebahan.

iv) Sila maklumkan kepada pekebun kecil untuk hadir ke Pejabat

RISDA berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut.

8.0 KELULUSAN

Borang permohonan yang layak hendaklah diluluskan beserta tandatangan

oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Pegawai Kanan PT yang diberi kuasa.

Page 11: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

9

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

9.0 KAEDAH BAYARAN

9.1 Bayaran bantuan kepada pekebun kecil yang layak akan diberi melalui

Electronic Fund Transfer (EFT) kepada akaun bank penerima.

9.2 Menggunakan kod aktiviti 011299 dan kod objek 91299.

9.3 Lain-lain kaedah bayaran hendaklah dengan kelulusan Ketua Pusat

Tanggungjawab atas justifikasi seperti pekebun kecil tiada nombor

akaun atau kehendak pemimpin tempatan dan mengikut PeraturanKewangan RISDA yang berkuatkuasa.

10.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Pelaksanaan bantuan ini adalah serta merta sehingga 31 Ogos 2016. Walau

bagaimanapun bagi permohonan yang telah lengkap, bayaran hendaklahdibuat dengan kadar segera.

11.0 PELAPORAN

11.1 Laporan fizikal BKKH 2016 boleh dijana daripada Sistem e-BKKH

mengikut Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah/Jajahan/Bahagian.

11.2 PT hendaklah menghantar laporan kewangan BKKH 2016 daripada

kod aktiviti 011299 dan kod objek 91299 mengikut format seperti di

Lampiran 8 kepada Bahagian Produktiviti dan Pemasaran dan salinan

kepada Pejabat RISDA Negeri setiap hari sebelum jam 3.00 petangmelalui emel [email protected].

Page 12: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

10

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan pemberian bantuan ini dapat membantu pekebun

kecil yang terjejas pendapatan akibat kejatuhan harga getah yang ketara pada

masa ini dan seterusnya meringankan beban kos sara hidup.

Page 13: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

1

Lampiran 1

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAHKEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BORANG BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH (BKKH 2016)

AKUAN PEMILIKAN 0.1011 - 2.5 HEKTAR DAN TANAMAN GETAH

BAHAGIAN A : AKUAN PENGESAHAN HAKMILIK

NAMA P.KECIL : ___________________________________________________________

NO. K/P BARU : __________________________________ NO. SIC : ________________

ALAMAT : ___________________________________________________________

___________________________________________ NEGERI : _____________________

NO. TEL : ______________________ PEKERJAAN : __________________________

NO. GERAN : _______________ NO. LOT : ____________ MUKIM : ______________

DAERAH : ________________ NEGERI : ____________________

LUAS LOT : __________ hektar LUAS MILIKAN TANAH (AGREGAT) : _______ hektar

Dengan ini saya mengaku bahawa saya:

i) Pemilik berdaftar tanah yang dinyatakan di atas dan mengusahakan kebun tersebut.ii) Semasa permohonan ini dibuat, tanah seperti maklumat di atas adalah ditanam dengan

getah.iii) Memiliki jumlah keluasan tanah 0.1011 - 2.5 hektar (termasuk semua lot yang dimiliki).iv) Belum pernah menerima Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH 2016).v) Adalah wakil penerima bagi Lot seperti di atas dan akan membahagikan bantuan kepada

ahli kongsi secara adil dan melepaskan RISDA daripada sebarang tindakan guaman,perbicaraan, tuntutan, permintaan, kos dan perbelanjaan apa jua yang diambil dandibuat terhadap RISDA.

vi) No. akaun bank (aktif): …………………………………… Bank : ………………………..

Saya faham bahawa :-

a) Sekiranya saya memberikan atau menggunakan apa-apa dokumen yangmengandungi maklumat atau butiran yang palsu dan silap dengan niat untukmemperdayakan bagi kepentingan dan keuntungan peribadi, saya boleh didakwa dibawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yangmana disabitkan oleh Mahkamah, saya boleh dikenakan hukuman penjara selamatempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda lima (5) kali nilai suapan / nilai pemalsuanatau RM10,000.00 mengikut mana-mana yang lebih tinggi; dan

BKKH2016-01 (Pemilik)

Page 14: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

2

b) Sekiranya saya menipu atau menggunakan apa-apa dokumen dengan niat menipu,saya boleh didakwa di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan yang manajika disabitkan saya boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurangdari satu (1) tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda (Seksyen 420) dan tidakmelebihi tujuh (7) tahun dan denda (Seksyen 468).

Tandatangan / Cap Ibu Jari Kanan Pemohon

……………………………………………… Tarikh : …………………….(Nama : )

BAHAGIAN B : LULUS SEMAKAN DATA (Sila tanda √ di ruangan yang berkenaan)

Ya Tidak

BAHAGIAN C : KELULUSAN KETUA PT/PEGAWAI KANAN

Adalah disahkan pekebun kecil seperti nama dan alamat di atas adalah pemilik yang sahbagi kebun tersebut.

LULUS TIDAK LULUS

Tandatangan Ketua PT/Pegawai Kanan

……………………………………………(Nama : )Cop Jawatan

PENGESAHAN PENERIMAAN PERMOHONAN BKKH 2016 (PEMILIK PENGUSAHA)

No. Kad Pengenalan : ___________________ Permohonan diterima oleh (Cop PT):

No. Lot : ______________________________

Mukim : _______________________________

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Sila potong sini untuk simpanan pemohon

BKKH2016-01 (Pemilik)

Page 15: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

1

Lampiran 2

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAHKEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BORANG BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH (BKKH 2016)

AKUAN PEMILIKAN 0.1011 - 2.5 HEKTAR DAN TANAMAN GETAH (NCR)

BAHAGIAN A : AKUAN PENGESAHAN HAKMILIK

NAMA P.KECIL : ___________________________________________________________

NO. K/P BARU : __________________________________

ALAMAT : ___________________________________________________________

___________________________________________ NEGERI : _____________________

NO. TEL : _______________________ PEKERJAAN : ________________________

NO. GERAN : _______________ NO. LOT : ____________ DAERAH : ____________

BAHAGIAN : ________________NEGERI : ____________________

LUAS LOT : _________ hektar LUAS MILIKAN TANAH (AGREGAT) : _______ hektar

Dengan ini saya mengaku bahawa saya:i) Pemilik berdaftar tanah yang dinyatakan di atas dan mengusahakan kebun tersebut.ii) Semasa permohonan ini dibuat, tanah seperti maklumat di atas adalah ditanam dengan

getah.iii) Memiliki jumlah keluasan tanah 0.1011 - 2.5 hektar (termasuk semua lot yang dimiliki).iv) Belum pernah menerima Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH 2016).v) No. akaun bank : ………………………………………… Bank : ………………………..

Saya faham bahawa :-

a) Sekiranya saya memberikan atau menggunakan apa-apa dokumen yangmengandungi maklumat atau butiran yang palsu dan silap dengan niat untukmemperdayakan bagi kepentingan dan keuntungan peribadi, saya boleh didakwa dibawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yangmana disabitkan oleh Mahkamah, saya boleh dikenakan hukuman penjara selamatempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda lima (5) kali nilai suapan / nilai pemalsuanatau RM10,000.00 mengikut mana-mana yang lebih tinggi; dan

b) Sekiranya saya menipu atau menggunakan apa-apa dokumen dengan niat menipu,saya boleh didakwa di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan yang manajika disabitkan saya boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurangdari satu (1) tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda (Seksyen 420) dan tidakmelebihi tujuh (7) tahun dan denda (Seksyen 468).

Tandatangan / Cap Ibu Jari Kanan Pemohon

…………………………………………….……….… Tarikh : ………………………...(Nama : )

BKKH2016-01 (NCR)

Page 16: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

2

Saya faham bahawa :-

a) Sekiranya saya mengesahkan apa-apa dokumen di atas yang mengandungimaklumat atau butiran yang palsu dan silap dengan niat untuk memperdayakan bagikepentingan dan keuntungan peribadi, saya boleh didakwa di bawah Seksyen 18Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mana disabitkan olehMahkamah, saya boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi20 tahun dan denda lima (5) kali nilai suapan / nilai pemalsuan atau RM10,000.00mengikut mana-mana yang lebih tinggi; dan

b) Sekiranya saya menipu atau mengesahkan apa-apa dokumen di atas dengan niatmenipu, saya boleh didakwa di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan yangmana jika disabitkan saya boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidakkurang dari satu (1) tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda (Seksyen 420)dan tidak melebihi tujuh (7) tahun dan denda (Seksyen 468).

T.Tangan dan Cop Pengesahan Jabatan Pertanian Sarawak

………………………………………………….……(Nama : )No. Kad Pengenalan :Tarikh :Cop Jawatan

BAHAGIAN B : LULUS SEMAKAN DATA (Sila tanda √ di ruangan yang berkenaan)

Ya Tidak

BAHAGIAN C : KELULUSAN KETUA PT/PEGAWAI KANANAdalah disahkan pekebun kecil seperti nama dan alamat di atas adalah pemilik yang sahbagi kebun tersebut.

LULUS TIDAK LULUS

Tandatangan Ketua PT/Pegawai Kanan

……………………………………………(Nama : )Cop Jawatan

BKKH2016-01 (NCR)

PENGESAHAN PENERIMAAN PERMOHONAN BKKH 2016 (NCR)

No. Kad Pengenalan : ___________________ Permohonan diterima oleh (Cop PT):

No. PAT-G : ___________________________

Mukim : _______________________________

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Sila potong sini untuk simpanan pemohon

Page 17: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

1

Lampiran 3

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAHKEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BORANG BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH (BKKH 2016)

AKUAN PENOREH BUKAN PEMILIK

BAHAGIAN A : AKUAN PENGESAHAN PENOREH BUKAN PEMILIK

NAMA PENOREH : _____________________________________________________________________

NO. K/P BARU : _____________________________

NO. PAT-G : ________________________________ TARIKH LUPUT : ______________________

ALAMAT : ____________________________________________________________________

_______________________________________________________ NEGERI : _____________________

NO. TEL : _______________________

NAMA PEMILIK KEBUN: _________________________________________________________________

NO. K/P PEMILIK KEBUN : _________________________________

NO. GERAN : _______________ NO. LOT : ____________ LUAS LOT : ___________________ hektar

MUKIM : _______________ DAERAH : ____________ NEGERI : ____________________

Dengan ini saya mengaku bahawa saya :

i) Penoreh Getah seperti yang dinyatakan di atas.ii) Belum pernah menerima Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKH 2016).iii) No. akaun bank : ………………………………………… Bank : ………………………..

Saya faham bahawa :-

a) Sekiranya saya memberikan atau menggunakan apa-apa dokumen yang mengandungi maklumatatau butiran yang palsu dan silap dengan niat untuk memperdayakan bagi kepentingan dankeuntungan peribadi, saya boleh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia 2009 yang mana disabitkan oleh Mahkamah, saya boleh dikenakan hukumanpenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda lima (5) kali nilai suapan / nilaipemalsuan atau RM10,000.00 mengikut mana-mana yang lebih tinggi; dan

b) Sekiranya saya menipu atau menggunakan apa-apa dokumen dengan niat menipu, saya bolehdidakwa di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan saya bolehdikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun dan tidak melebihi 10tahun serta denda (Seksyen 420) dan tidak melebihi tujuh (7) tahun dan denda (Seksyen 468).

BKKH2016-01 (Penoreh)

Page 18: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

2

Tandatangan / Cap Ibu Jari Kanan Pemohon

………………………………………………….. Tarikh : …………………….(Nama : )

BAHAGIAN B : PENGESAHANAdalah disahkan penoreh seperti nama dan alamat di atas adalah penoreh yang sah bagi kebun tersebut.

Tandatangan Pemilik tanah/pasangan/anak Tandatangan Pengerusi JKKK/JKKP/PMR/PPR

…………………………………………… …………………………………………………..(Nama : ) (Nama : )

No.Kad Pengenalan : ………………………….

Cop Jawatan : ………………………………….

BAHAGIAN C : KELULUSAN KETUA PT/PEGAWAI KANAN

Adalah disahkan penoreh seperti nama dan alamat di atas adalah penoreh yang sah bagi kebun tersebut.

LULUS TIDAK LULUS

Tandatangan Ketua PT/Pegawai Kanan

……………………………………………(Nama : )Cop Jawatan :

PENGESAHAN PENERIMAAN PERMOHONAN BKKH 2016 (PENOREH BUKAN PEMILIK)

No. Kad Pengenalan : ___________________ Permohonan diterima oleh (Cop PT):

No. PAT-G : ___________________________

Mukim : _______________________________

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Sila potong sini untuk simpanan pemohon

BKKH2016-01 (Penoreh)

Page 19: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

- 101 -

Lampiran 4

Page 20: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

- 101 -

NO. PERMOHONAN

NO. RUJUKAN

SURAT SUMPAH OLEH PIHAK YANG BERKONGSI/WARIS-WARIS/PEMEGANG AMANAH

Bahawasanya kami yang bertandatangan di bawah ini mengaku menjalankan pekerjaan penanamansemula kebun kecil kami mengikut Rancangan Tanaman Semula Pihak Berkuasa Kemajuan PekebunKecil Getah dan kami mengaku iaitu membuat permintaan ini dengan pengetahuan dan persetujuan pe-nuh kami orang-orang yang berkongsi/waris-waris/pemegang amanah dengan ini memberi kuasakepada salah seorang di antara kami:

Encik/Cik:

No. Kad Pengenalan/Tentera/Polis:

Alamat:

Untuk menerima apa-apa bantuan bagi pihak kami.

Tarikh: Di hadapan saya:

Tandatangan dan Nama SaksiSerta cap Jawatan dan Jabatannya.

TS 20B(Pin.1/09)

NAMA NO. KADPENGENALAN/

TENTERA/POLIS

TARIKHLAHIR

JANTINA TANDATANGAN/ CAP

IBU JARI

BAHAGIANHAK

MILIK

Lampiran 5

Page 21: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

Lampiran 6

Cop TARIKH PENERIMAAN Borang Permohonan BKKH 2016

13 JUN 2016

BKKH 2016

PRD RAUB

Tarikh terimaan permohonan Nama PT

Page 22: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

1

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

Lampiran 7

Carta Alir :Pelaksanaan Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH 2016)

Pekebun Kecil mengemukakanborang permohonan BKKH 2016

Semakpermohonan

Lengkap

Tidak lengkap

Cop terimaan dan keratandikembalikan kepada pemohon

BKKH

Pekebun Kecil datang ke PejabatRISDA

Maklum kepadapemohon

Tidak Layak

TindakanAktiviti

Maklum kepadapemohon

Tidak layak

Input permohonan dalamSistem e-BKKH

(Kemaskini data / Daftar baru)

Pekebun kecil /PT

Pekebun kecil /PT

PT

PT

PT

Luluskan permohonan dantandatangan

PT

Unit Kewangan PT

Bayaran kepadapekebun kecil

Proses bayaran

PT

PT

Jana Laporan(Sistem e-BKKH)

1. Ibu Pejabat2. PRN3. PRD

Layak

Cetak laporansemakan data dari

Sistem e-BKKH

Page 23: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

2

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

1.

2.

Permohonan BKKH 2016 bagi Pemilik Pengusaha boleh

dibuat di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang

berhampiran manakala bagi permohonan Penoreh BukanPemilik hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab dimana kebun yang ditoreh itu berada.

Pekebun kecil mengemukakan permohonan BKKH 2016 :

i) Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan

Borang BKKH2016-01 (Pemilik) seperti di Lampiran 1

beserta dokumen sokongan berikut :

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

b) Geran asal tanah dan salinan; dan

c) Salinan buku akaun bank yang aktif.

ii) Pemohon Pemilik Pengusaha di Sarawak yang tiada

geran hendaklah melengkapkan Borang BKKH2016-01(NCR) dan disahkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak

(JPS) seperti di Lampiran 2 beserta dokumen sokongan

berikut :

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

b) Geran asal tanah dan salinan; dan

c) Salinan buku akaun bank yang aktif.

Pekebun kecil / PT

Pekebun kecil / PT

Pekebun kecil / PT

Page 24: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

3

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

3.

iii) Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah

melengkapkan Borang BKKH2016-01 (Penoreh) seperti

di Lampiran 3 beserta dokumen sokongan berikut :

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan

c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan

d) Kad PAT-G; dan

e) Salinan buku akaun bank yang aktif.

PT membuat semakan permohonan dan dokumen yang

dilampirkan seperti berikut :

i) Permohonan Pemilik Pengusaha :

a) Nama dan nombor kad pengenalan pemohon

mestilah sama dalam Kad Pengenalan.

b) Jumlah keluasan lot bagi semua tanah yang dimiliki

adalah sama seperti dalam salinan geran dan

keluasan 0.1011 – 2.5 hektar secara agregat.

c) Nombor akaun bank masih aktif.

Pekebun kecil / PT

PT

Page 25: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

4

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

4.

ii) Permohonan Penoreh Bukan Pemilik :

a) Nama dan nombor kad pengenalan pemohon

mestilah sama dalam Kad Pengenalan.

b) Nama dan nombor kad pengenalan pemilik tanah

mestilah sama dalam salinan Kad Pengenalan

pemilik dan salinan geran.

c) Jumlah keluasan lot bagi semua tanah yang ditoreh

adalah sama seperti dalam salinan geran dan

keluasan 0.1011 – 2.5 hektar.

d) Kad PAT-G masih dalam tempoh sah.

d) Nombor akaun bank adalah masih aktif.

PT hendaklah mengecop tarikh penerimaan seperti di

Lampiran 6 pada borang permohonan yang lengkap beserta

tandatangan pemohon dan Keratan PengesahanPenerimaan Permohonan BKKH 2016 pada borang

permohonan hendaklah dikembalikan kepada pemohon untuk

tujuan rujukan.

PT

PT

Page 26: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

5

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Input maklumat permohonan dalam Sistem e-BKKH untuk

semakan kelayakan permohonan dengan mengemaskinidata atau daftar baru. Daftar masuk sistem menggunakan

ID Nombor Kad Pengenalan Baru pemohon.

Sistem e-BKKH akan membuat semakan kelayakan

permohonan seperti berikut :

i. Penerima hanya layak menerima BKKH 2016 sekalisahaja (Nombor Kad Pengenalan pemohon).

ii. Jumlah luas milikan lot tanah adalah 0.1011 – 2.5hektar secara agregat.

iii. 1 lot hanya 1 penerima sahaja (Nombor Lot).iv. Nombor akaun (jika nombor akaun telah

digunakan oleh pemohon sebelum, sistem akankeluarkan peringatan untuk pindaan).

Jika LAYAK, luluskan permohonan dalam Sistem e-BKKH

dan cetak untuk dokumen sokongan bayaran.

Borang permohonan BKKH 2016 hendaklah ditandatangani

kelulusan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Pegawai

Kanan PT yang diberi kuasa.

Borang BKKH 2016 dihantar kepada Unit Kewangan PTuntuk proses bayaran.

Bayaran dilakukan secara EFT atau lain-lain kaedah bayaran

yang diluluskan oleh Ketua PT ke akaun pekebun kecil.

PT

PT

PT

PT

PT

PT

Page 27: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

6

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUIAKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB

11.

12.

13.

Laporan fizikal BKKH 2016 boleh dijana daripada Sistem e-

BKKH mengikut Ibu Pejabat, Negeri dan

Daerah/Jajahan/Bahagian.

PT hendaklah menghantar laporan kewangan BKKH 2016

daripada kod aktiviti 011299 dan kod objek 91299 mengikut

format seperti di Lampiran 8 kepada Bahagian Produktiviti

dan Pemasaran dan salinan kepada Pejabat RISDA Negeri

setiap hari sebelum jam 3.00 petang melalui emel

[email protected].

Jika Maklumat Tidak Lengkap / Ada keraguan / TidakLayak

Hubungi pekebun kecil untuk tindakan lanjut.

PT

PT

PT

Page 28: PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN …€¦ · tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (M ati) iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS 20A

Lampiran 8

PEMILIK PENGUSAHA PENOREH BUKAN PEMILIK

BAYARAN (RM) BAYARAN (RM)

PRD/J/B

PRN : ____________________________________

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAHKEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

LAPORAN BAYARAN BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGAGETAH (BKKH 2016)

SETAKAT : ___________________

JUMLAH