18

Click here to load reader

Photo Editing Tool +Picasa3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool

Menggunakan Picasa 3.0

Disediakan oleh :

Nurul Fauzana Kapi

www.kuizikel.com

[email protected]

Kemas Kini Terakhir : 24 Februari 2009

Page 2: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

2

Dari Keyboard Pengarang ke Mata Pembaca ☺

Terima kasih kerana memuat turun nota Photo Editing Tool menggunakan Picasa 3.0

Nota ini adalah untuk edaran secara percuma. Anda dialu-alukan untuk menggunakan nota ini untuk sebarang tujuan pembelajaran. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membuang sebarang kredit atau link di dalam nota ini. Sekiranya terdapat sebarang ralat atau perubahan, sila emailkan kepada [email protected] untuk dikongsikan bersama. Semoga anda mendapat faedah dari nota ini. Selamat Maju Jaya v(^_^) Terima kasih.

Nurul Fauzana Kapi

©www.kuizikel.com

Page 3: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

3

Isi Kandungan

Apa itu Picasa? ................................................................................................................. 4 Muat Turun dan Memasang Picasa .............................................................................. 4 Mengasingkan Foto Ke Folder Lain (Split Folder) ...................................................... 4 Import Foto ........................................................................................................................ 5 Foto Edit – Basic Fixes .................................................................................................... 6 Foto Edit – Basic Fixes : Crop ........................................................................................ 6 Foto Edit – Basic Fixes : Straighten .............................................................................. 7 Foto Edit – Basic Fixes : Redeye .................................................................................. 7 Foto Edit – Basic Fixes : I’m Feeling Lucky ................................................................. 7 Foto Edit – Basic Fixes : Auto Contrast ........................................................................ 7 Foto Edit – Basic Fixes : Auto Colour ........................................................................... 7 Foto Edit – Basic Fixes : Retouch ................................................................................. 8 Foto Edit – Basic Fixes : Text ........................................................................................ 8 Foto Edit – Basic Fixes : Fill Light slider ....................................................................... 8 Fungsi Simpan .................................................................................................................. 8 Foto Edit – Tuning ............................................................................................................ 9 Foto Edit – Effects .......................................................................................................... 10 Membuat Kolaj Gambar ................................................................................................ 12 Batch Edit ........................................................................................................................ 14 Membuat Poster ............................................................................................................. 14 Eksport dan Tambah Watermark ................................................................................. 15 Pilih Foto Dari Folder Berasingan ................................................................................ 16 Movie Presentation ........................................................................................................ 16 Eksport Sebagai Laman Web ...................................................................................... 17 Muat Naik Ke Web Album ............................................................................................. 17

Page 4: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

4

Apa itu Picasa?

Pengenalan

Picasa merupakan perisian pengurusan foto yang membantu menguruskan

foto di dalam komputer peribadi (PC) anda. Picasa akan mengenalpasti semua

foto di dalam PC anda dan menyusun foto-foto tersebut di dalam fail visual

mengikut nama, saiz atau tarikh. Anda boleh drag and drop untuk menyusun fail-fail

anda dan mencipta album. Picasa akan memastikan foto-foto anda berada dalam

keadaan tersusun. Selain itu, dengan beberapa klik sahaja, anda juga mampu membuat

kolaj foto dan menambahkan ‘perisa’ pada foto-foto anda.

Muat Turun dan Memasang Picasa

Picasa boleh didapati untuk Windows dan LINUX (WINE) dan boleh dimuat turun secara

percuma di alamat berikut :

• Windows http://picasa.google.com/, • Linux http://picasa.google.com/linux/ (Linux FAQ).

Setelah muat turun, klik pada ikon Setup dan ikut arahan yang dipaparkan untuk memasang Picasa pada PC anda.

Mengasingkan Foto Ke Folder Lain (Split Folder)

Kadang-kala di dalam 1 folder, terdapat banyak foto di lokasi/acara berbeza. Oleh itu, untuk memudahkan anda mencari foto anda di kemudian hari, asingkan foto-foto tersebut ke folder berbeza dengan mengikuti langkah-langkah di bawah :

1. Klik pada folder di mana anda ingin melakukan pengasingan foto 2. Pilih permulaan foto di mana anda ingin melakukan pengasingan 3. Klik kanan pada foto tersebut 4. Pilih Split Folder here...

Page 5: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

5

5. Pada ruangan Name : letakkan nama yang bersesuaian dengan foto tersebut

dan klik OK.

Import Foto

Sudah pasti tidak semua foto terletak di dalam PC anda. Anda boleh import foto ke Picasa dari sumber lain termasuk kamera, CD, kad memori, external hard disk, thumdrive dan banyak lagi.

1. Klik butang Import 2. Klik Select Device dan pilih di mana lokasi anda ingin import foto 3. Anda boleh klik sebahagian gambar atau Import All untuk import semua

gambar 4. Klik butang Import All untuk mengambil semua gambar 5. Atau pilih foto-foto tertentu (klik kekunci Ctrl untuk memilih lebih dari 1 foto)

6. √ pada Exclude Duplicates bagi memastikan gambar tidak berulang di dalam

PC 7. Klik Import All atau Import Selected untuk import foto-foto anda

Split Folder here

Page 6: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

6

Foto Edit – Basic Fixes

Gunakan tab Basic Fixes untuk memperbaiki foto anda.

Picasa akan menyimpan foto asal yang mana membolehkan anda untuk undo sebarang perubahan pada foto. Hanya klik pada butang Undo.

Foto Edit – Basic Fixes : Crop

Crop Gunakan Crop untuk memotong bahagian-bahagian pada foto yang anda tidak inginkan.

1. Klik dua kali pada gambar 2. Klik pada tab Basic Fixes 3. Klik pada Crop 4. Pilih dimensi yang diinginkan

5. Letakkan tetikus pada foto dan tarik (drag) ke arah yang diinginkan 6. Klik pada butang Preview untuk melihat hasil selepas Crop 7. Sekiranya telah berpuas hati, klik pada Apply

8. Sekiranya ingin kembali ke gambar asal, hanya klik pada butang Undo Crop

Page 7: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

7

Foto Edit – Basic Fixes : Straighten

Anda boleh meluruskan kedudukan foto yang diambil. Klik pada Straighten dan klik pada slider di bawah foto untuk meluruskan foto. Klik pada Apply sekiranya telah berpuas hati dengan pengubahsuaian. Straighten juga boleh digunakan untuk mendapatkan sudut yang lebih menarik pada foto anda.

Foto Edit – Basic Fixes : Redeye

Redeye tool akan membetulkan warna merah pada foto anda secara automatik. Klik pada Apply untuk menerima perubahan yang dilakukan. Pengubahsuaian juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan tetikus. Klik pada Preview untuk melihat perubahan.

Redeye hanya akan membuang warna merah pada mata. Sebarang warna pada mata seperti kuning, putih atau hijau berikutan flash pada kamera tidak akan dibetulkan.

Foto Edit – Basic Fixes : I’m Feeling Lucky

Picasa akan membuat perubahan warna dan kontras pad foto untuk menghasilkan gambar yang ideal. Anda hanya akan melihat perubahan sekiranya foto anda tidak seimbang dari segi warna.

Foto Edit – Basic Fixes : Auto Contrast

Auto Contrast akan membuatkan kecerahan dan kontras foto pada tahap optimum.

Foto Edit – Basic Fixes : Auto Colour

Auto Colour akan mengembalikan keseimbangan foto (color balance)

Page 8: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

8

Foto Edit – Basic Fixes : Retouch

Retouch digunakan untuk membuang perkara yang tidak diingini pada foto seperti jerawat dsb. Juga membolehkan anda membuang kotoran pada gambar-gambar lama.

1. Klik pada Retouch 2. Klik sekali pada bahagian hendak dilakukan retouch 3. Cari bahagian pada foto yang hendak dilakukan penggantian pada bahagian

yang tidak dikehendaki tadi 4. Klik pada bahagian tersebut 5. Saiz berus boleh diubahsuai dengan menggunakan slider (@ guna + atau -)

Untuk menghasilkan keputusan yang neutral, guna saiz berus paling kecil dan pilih bahagian penggantian yang paling dekat dengan warna asal

Foto Edit – Basic Fixes : Text

Klik pada Text di mana-mana bahagian foto untuk meletakkan tulisan. Anda boleh mengubahsuai saiz, gaya, sudut dan lokasi teks tersebut. Klik pada File > Save a Copy… untuk menyimpan 1 salinan foto bersama teks yang ditambah.

Foto Edit – Basic Fixes : Fill Light slider

Gunakan Fill Light slider untuk menambahkan cahaya pada latar belakang gambar bagi menjadikan foto lebih seimbang.

Fungsi Simpan

Jika anda lihat semula foto-foto yang telah diubahsuai seperti langkah-langkah di atas tanpa menggunakan Picasa, anda akan melihat foto anda akan seperti asal tanpa perubahan. Untuk membolehkan anda melihat perubahan tersebut, klik pada File > Save (Ctrl+S). Satu tetingkap akan dipaparkan. Tetingkap ini merupakan satu notis di mana satu fail backup akan dibuat pada foto asal anda dan perubahan yang dibuat semasa langkah-langkah sebelum ini akan diimplikasikan pada foto. Dengan ini, anda akan dapat melihat perubahan pada foto walaupun dengan menggunakan perisian lain. Tapi usah risau kerana anda masih boleh Undo semua perubahan kerana Picasa telah membuat fail backup!

Page 9: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

9

Foto Edit – Tuning

Gunakan tab Tuning untuk mengubahsuai warna dan pencahayaan pada foto anda. Perbaiki kontras dengan hanya beberapa klik!

Picasa akan menyimpan foto asal yang mana membolehkan anda untuk undo sebarang perubahan pada foto. Hanya klik pada butang Undo.

a) Fill light slider Kadang-kala, foto dengan latar belakang terang boleh menggelapkan atau menambahkan impak pada subjek. Tambah pencahayaan pada latar belakang gambar untuk menjadikannya lebih seimbang.

b) Highlights slider Tingkatkan highlight untuk menambahkan bright spots pada foto anda.

c) Shadows slider Gelapkan bayang (shadow) pada foto anda untuk menambahkan kontras. Gunakan fungsi ini bersama dengan Highlights slider untuk menambahkan kontras pada gambar yang kelihatan kaku.

d) Color Temperature slider Jadikan foto anda lebih ‘hidup’ dengan menggunakan slider ini.

e) Neutral Color Picker

Gunakan fungsi ini untuk memberitahu Picasa bahagian mana foto anda perlu dijadikan gray atau white. Picasa akan menggunakan makluman ini untuk menyeimbangkan warna pada foto anda.

Page 10: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

10

Foto Edit – Effects

Pada tab Effects, terdapat 12 ubahsuai menarik yang boleh anda aplikasikan pada foto anda.

a) Sharpen

Menjadikan sekeliling objek di dalam foto anda lebih sharp dan kurang kabur.

b) Sepia

Memberikan impak 'old-fashioned' dengan menukar warna foto kepada reddish brown tone.

c) B&W

Menukar sebarang foto menjadi hitam dan putih.

d) Warmify Memperbaiki tona kulit. Untuk kawalan manual, gunakan Color Temperature slider pada tab Tuning.

e) Film Grain

Menambah grainy film look kepada foto – akan kelihatan menarik apabila anda mencetak foto.

Page 11: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

11

e) Tint

Membuang warna pada foto anda dan membenarkan anda menambahkan sendiri tona warna pada foto anda.

f) Saturation

Gunakan slider untuk mengubahsuai saturation warna.

g) Soft Focus

Meletakkan focus pada foto anda di bahagian yang dipilih. Pilih saiz dan jumlah (amount) yang dikehendaki.

h) Glow Menerangkan kawasan putih pada foto, menjadikan dreamy effect.

i) Filtered B&W

Menambahkan kesan mengambil gambar di dalam keadaan hitam putih dengan color filter.

j) Focal B&W Menukar foto kepada hitam dan putih dan menjadikan satu bahagian pada foto kekal berwarna. Anda boleh menukar saiz dan ketepatan bahagian berwarna.

k) Graduated Tint

Menambah graduated filter daripada warna yang dipilih. Contoh : Mengubah warna awan menjadi kelabu dsb.

Page 12: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

12

Membuat Kolaj Gambar

Anda boleh menyusun beberapa foto untuk menjadi 1 foto. Teknik ini dipanggil kolaj. Teknik ini akan menjadikan gambar anda lebih menarik dan membolehkan penceritaan gambar lebih dramatik.

1. Pilih foto-foto yang hendak dijadikan kolaj. (Ctrl dan klik pada foto untuk pilih lebih dari 1 foto)

2. Klik ikon Collage di bahagian bawah Picasa 3. Klik pada tab Settings 4. Pilih gaya kolaj yang digemari 5. Bagi pilihan gaya Mosaic/Frame Mosaic/Grid, anda boleh meletakkan grid

spacing di sekeliling setiap gambar. Pada Grid Spacing, gerakkan slider untuk memilih saiz grid.

Pilih gaya kolaj

Grid Spacing

Page Format Background

Options

Page 13: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

13

6. Pada Background Options, anda boleh memilih warna yang dikehendaki atau

menggunakan sebarang imej. 7. Pada Page Format, anda boleh memilih pelbagai saiz untuk cetakan,

antaranya : 4R : 4 x 6 (Small Print) 5R : 5 x 7 (Large Print) 8R : 8 x 10

Tips : Sekiranya saiz 4 x 6 tiada di dalam pilihan, sila tukar setting pada Control Panel > Regional and Language Options > English (United States)

Pilih Landscape @ Potrait

8. Sekiranya ingin menambah foto lain di dalam kolaj, klik pada tab Clips, pilih pada foto yang tersenarai dan klik butang Add. Anda juga boleh klik pada butang Get More untuk mendapatkan foto-foto lain di dalam PC anda. Jangan lupa Add selepas itu bagi memastikan gambar yang telah dipilih di masukkan ke dalam kolaj!

9. Bagi setiap foto di dalam kolaj, ada boleh meletakkan efek seperti langkah-langkah yang telah diterangkan sebelum ini. Klik kanan pada mana-mana foto > View and Edit. Klik semula pada tab Collage untuk kembali kepada kolaj.

10. Klik butang Create Collage sekiranya telah berpuas hati dengan susun atur. 11. Anda boleh menambah efek pada keseluruhan kolaj yang telah disiapkan

seperti langkah-langkah sebelum ini. Contoh : Tambahkan teks pada kolaj. 12. Anda boleh membuat perubahan pada kolaj dengan klik pada butang Edit

Collage. Selepas membuat perubahan, klik semula Create Collage. Anda boleh menggantikan kolaj sebelum ini dengan klik Replace Existing atau membuat kolaj baru dengan klik pada Create New.

Usah risau, foto asal anda tidak akan berubah apabila anda membuat kolaj, Picasa akan mencipta fail baru bagi setiap kolaj yang dibuat!

Page 14: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

14

Batch Edit

Picasa turut menyediakan kemudahan untuk membuat perubahan secara berkelompok. Contohnya, anda boleh menamakan semula foto-foto di dalam pc anda agar nama foto lebih bermakna dan akan memudahkan anda mencari foto tersebut di masa akan datang.

1. Pilih semua foto di dalam fail yang hendak dinamakan semula/dibuat perubahan secara berkelompok (Ctrl + A)

2. Klik pada Picture > Batch Edit 3. Pilih arahan yang dikehendaki sama ada Rename... Rotate Clockwise dll

Membuat Poster

Seringkali kita sukar untuk mencetak foto dalam saiz yang besar berikutan tidak mempunyai kemudahan pencetak. Picasa boleh membantu anda mencetak foto dalam saiz besar dengan membahagikan foto tersebut dalam beberapa bahagian. Anda boleh mencantumkan bahagian-bahagian tersebut menjadi foto bersaiz besar.

1. Pilih foto yang hendak dijadikan poster 2. Klik pada Create > Make a Poster... 3. Pilih Poster size 4. Pilih Paper size (4 x 6 – Saiz 4R @ 8.5 x 11 – Saiz kertas A4) 5. Tanda pada Overlap tiles untuk membiarkan terdapat pertindihan pada

keliling gambar bagi memudahkan proses cantuman 6. Klik OK dan foto akan dipecahkan mengikut saiz yang dipilih di direktori yang

sama dengan foto asal. Semakin besar saiz poster, semakin banyak pecahan foto akan dibuat.

Page 15: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

15

Eksport dan Tambah Watermark

Bagi memudahkan anda mengasingkan gambar yang ingin dicetak, anda boleh eksport foto-foto yang telah diubahsuai ke fail berasingan.

1. Pilih foto yang hendak dieksport 2. Klik File > Eksport Picture to Folder... 3. Pilih lokasi fail untuk tujuan eksport 4. Sekiranya anda ingin membuat Watermark pada gambar untuk menunjukkan

hakcipta, tandakan √ pada Add a watermark: dan tuliskan perkataan yang sesuai. Contoh : @leeyaPhotography; ©husnaPhotography

5. Klik OK dan foto akan dieksport ke folder Picasa Exports

Add a watermark

Contoh watermark

Page 16: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

16

Pilih Foto Dari Folder Berasingan

Sekiranya anda ingin membuat kolaj bagi foto-foto dari lokasi folder berbeza, anda akan dapati foto tersebut akan hilang dari pilihan walaupun anda menekan butang Ctrl. Untuk memastikan foto-foto tersebut dipilih walaupun anda menukar lokasi fail, gunakan fungsi Hold.

1. Pilih foto yang dikehendaki dari Folder A 2. Klik butang Hold

3. Klik pada Folder B. Pilih gambar yang dikehendaki. Klik butang Hold. Anda akan dapati pilihan gambar tersebut terletak di bahagian bawah Picasa. Anda boleh memilih pelbagai lagi foto dari lokasi fail yang berbeza.

Movie Presentation

Picasa juga menyediakan kemudahan untuk anda membuat movie presentation dari foto-foto anda. Anda juga boleh memasukkan lagu sebagai latar belakang. Menarik bukan?

1. Pilih foto-foto yang ingin dijadikan movie 2. Klik pada butang Create Movie Presentatation

3. Klik butang Load untuk memilih audio untuk latar belakang slaid 4. Pilh Transition Style untuk memilih gaya peralihan antara foto 5. Pilih Dimensions yang dikehendaki 6. Anda boleh letakkan slaid teks di antara foto-foto dengan klik kanan pada

foto > Insert a text slide 7. Klik pada Create Movie untuk mencipta Movie Presentation

Hold

Create Movie Presentation

Page 17: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

17

Eksport Sebagai Laman Web

Picasa juga menyediakan kemudahan untuk anda menjadikan foto-foto anda sebagai laman web.

1. Pilih foto-foto yang ingin ditukar ke dalam bentuk Laman Web (fail .html) 2. Klik pada Folder > Eksport as HTML Page… 3. Pilih saiz foto (saranan : 640 pixels) 4. Masukkan tajuk laman web 5. Pilih lokasi fail menyimpan laman web dengan klik pada butang Browse 6. Klik Next 7. Pililh template yang bersesuaian 8. Klik butang Finish

Muat Naik Ke Web Album

Picasa juga menyediakan kemudahan untuk muat naik foto ke Web Album untuk dikongsi di internet. Anda perlu mempunyai akaun Google sebelum boleh memuat naik foto-foto anda. Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun, anda boleh mendaftarnya sekarang. Pendaftaran adalah percuma!

1. Klik pada butang Upload di bahagian bawah Picasa

2. Satu tetingkap untuk log masuk. Klik pada Sign In

Page 18: Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool – Picasa 3.0

18

3. Klik pada New untuk membuat album baru. Masukkan Album Title dan Description

4. Pilih pada Public Album untuk membolehkan album anda dilihat oleh sesiapa sahaja di internet atau Unlisted Album untuk dilihat oleh anda sahaja apabila log masuk.

5. Klik butang Upload. Satu tetingkap akan dipaparkan untuk menunjukkan proses muat naik tersebut.

Tips :

a) Melihat nama fail di bawah setiap thumbnail – View > Thumbnail Caption > Filename

b) Melihat timeline fail-fail di dalam PC – View > Timeline

c) Burn CD – Pilih gambar-gambar yang hendak disimpan di dalam CD > Album >

Create a Gift CD… Picasa akan memberi maklumat berkenaan saiz fail dan jumlah CD @ DVD yang diperlukan

-- tamat v(^_^)