560

photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan
Page 2: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan ilham untuk

menghasilkan E-Novel Ada Di Hati (ADH).

Buat para pembaca yang sudi menghayati Ada Di Hati (ADH), jutaan terima kasih AH

ucapankan. Setiap sokongan dan dorongan yang AH terima saban hari daripada para pembaca

yang dikasihi, sentiasa menjadi titik tolak kepada kejayaan AH pada hari ini dan hari-hari

mendatang. Terima kasih kerana sentiasa sudi berdiri bersama-sama AH.

Semoga ada ilmu yang boleh dimanfaatkan menerusi kisah ADH ini, dan sebarang komentar,

mahupun cadangan, sangat-sangat AH alu-alukan untuk dikongsi bersama AH menerusi

Facebook, blog, mahupun Email AH.

Mudah-mudahan ADH dapat menghiburkan hati semua.

Insya’ALLAH, semoga berkesempatan untuk berjumpa lagi pada karya akan datang.

Salam Sayang Dari Hati,

Adah Hamidah

Page 3: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

2

SATU

PAGI itu, aku berlari dengan sekuat hati, peluh mula merintik di dahi. Sambil berlari, sempat

juga aku menoleh ke belakang, melihat anjing yang masih lagi dengan penuh semangat

mengejarku. Aku mula panik, dalam kiraanku anjing itu mulai dekat dengan diriku saat ini.

Otakku mula ligat mencari jalan bagaimana untuk melarikan diri daripada anjing gila

itu. Mujurlah pagi itu, pagi ahad. Ramai penghuni di kawasan perumahan itu masih lagi tidak

bangun daripada tidur. Kalau pada hari biasa, pasti pada waktu ini banyak mata yang sedang

melihat bagaimana bersusah payahnya aku melarikan diri daripada anjing durjana itu.

Dari mana datang anjing itu, aku sendiri pun tidak pasti. Tapi yang pastinya sewaktu

aku sedang berjoging dan sampai di taman permainan kawasan perumahan ini, anjing itu mula

mengejarku. Aku mula berfikir apa yang menyebabkan anjing itu mengejarku? Apa salah aku

padanya? Aku ada menganggu ketenteramannya ke? Rasanya tak ada. Buat apa aku nak

menganggu haiwan yang paling aku tak suka itu.

Salakkan anjing itu semakin lama semakin kuat kedengaran di telingaku. Aku tidak

sanggup untuk menoleh ke belakang lagi, takut melihat anjing itu menyeringai ke arahku.

Sampai sahaja di simpang jalan aku melihat ada sebuah rumah yang tidak menutup pintu

pagarnya. Tanpa berfikir panjang aku terus masuk ke dalam porch rumah terbabit dan

menutup rapat pagar rumah itu, menghalang anjing itu mendekati diriku.

Aku menarik nafas lega apabila melihat anjing itu hanya mampu menyalak di depan

pagar terbabit tanpa mampu melangkau pagar rumah yang agak tinggi itu. Nafasku

tercunggap-cunggap sambil melihat anjing itu dan anjing itu masih terus menyalak ke arahku.

“Padan muka, ada hati nak kejar aku, tolong sikit aku juara lumba lari 100 meter tau

kat sekolah dulu,” bebelku sendirian.

Aku mula mencari jalan bagaimana untuk menghalau anjing itu dari depan pagar

rumah terbabit. Bukannya apa, takut nanti tuan rumah itu bangun dan melihatku berada di

Page 4: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

3

depan rumahnya, pasti kecoh jadinya. Aku mula menoleh di sekeliling untuk mencari apa-apa

yang boleh dijadikan alat untuk menghalau anjing itu. Aku tersenyum apabila melihat

sebatang kayu mop terletak di tepi tembok berdekatan pagar. Aku mula menuju ke tembok di

sebelah kiri untuk mengambil batang mop itu.

Belum sempat batang kayu mop itu kucapai, terdengar anjing itu menyalak dengan

lebih kuat. Pantas aku menoleh dan melihat anjing itu yang telah mencicit melarikan diri

apabila disimbah air oleh seorang lelaki yang sudah pastinya tidakku kenali. Aku lihat lelaki

itu masih lagi memerhatikan anjing yang melarikan diri. Dan aku pula, masih merenung lelaki

baik yang telah membantuku lalu melangkah menghampirinya. Aku terus tersenyum panjang,

nasib baik ada lelaki ini.

Sebaik sahaja lelaki itu menoleh ke arahku, air yang keluar melalui paip air yang

dipegang lelaki itu menyimpah badanku, bukan sikit tetapi hampir keseluruhan badanku kini

telah basah. Aku terperanjat apabila melihat baju t-shirtku yang berwarna putih habis lencun

terkena air. Aku mula mengangkat wajah dan merenung wajah lelaki itu.

“Opsss… Sorry, I don’t mean it…” ujar lelaki itu sambil tersenyum lebar seperti tiada

apa-apa yang berlaku pada diriku.

Aku mula merengus marah, melihat pada senyuman lelaki itu ketika ini. Aku tahu dia

memang sengaja menyimbah air itu padaku. Mustahil lelaki itu tidak nampak aku yang berdiri

terpacak di sini. Sengaja nak cari pasal dengan aku agaknya.

“Memang suka main kejar-kejar dengan anjing, ke? Salah satu hobi awak ke?

Anywhere, this is a first time saya tengok orang main kejar-kejar dengan anjing.” Ujar lelaki

itu sambil tersenyum ke arahku.

Aku mengetap gigi menahan geram yang mula bersarang di hati. Pada mulanya aku

fikir lelaki itu ikhlas ingin membantuku, tetapi ternyata langsung tidak nampak keikhlasan di

wajah lelaki itu pada ketika ini.

Page 5: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

4

“Ha’ah kenapa? Ada masalah ke?” Soalku pula sinis sambil mula mengatur langkah

untuk berlalu dari rumah itu.

“Aik! Blah macam tu je.”

Aku pantas menoleh ke belakang apabila lelaki itu mula bersuara. Aku merenung

tajam lelaki yang memakai t-shirt kelabu dan seluar pendek paras lutut itu. Beberapa meter di

belakang lelaki itu terdapat sebuah motor TZM dan sebuah baldi di sebelah motor itu.

Agaknya lelaki itu sedang membasuh motornya di situ sewaktu aku mula memasuki rumah

itu. Aduh, macam mana aku boleh tak perasan dia ada kat situ masa aku masuk rumah ini tadi.

“Hmm… hm…”

Lamunanku terhenti bila mendengar lelaki itu berdehem berulang kali.

“So, anything did you want say to me, sweet girl?”

Meluat betul rasanya bila mendengar soalan itu. “Nak cakap apa pulak?” Soalku pula,

malas untuk bermanis bahasa dengan lelaki ini.

“Anything…” Balasnya acuh tak acuh.

“Terima kasih.” Aku pula yang membalas acuh tak acuh dan mula berpusing untuk

melangkah pergi.

“Terima kasih je?” Soal lelaki itu sambil menghalangku daripada terus melangkah.

Aku yang terperanjat mula berundur setapak ke belakang apabila lelaki itu begitu rapat

denganku saat ini. “Iyalah, habis tu nak cakap apa lagi?” Nada suara mula kurendahkan

apabila melihat wajah lelaki itu ketika ini yang begitu serius memandang tepat ke wajahku.

Aku mula kecut perut dan sepantas kilat aku cuba berfikir mencari jalan untuk cepat berlalu

dari rumah ini, pandangan lelaki itu ketika ini betul-betul membuatkan aku rimas dan lemas.

“Tak adalahkan, penat-penat saya tolong awak tadi, I guest you want to tell me your

name or your phone number or something like that.”

Page 6: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

5

Dasar buaya tembaga, jeritku yang hanya mampu bergema di dalam hati. Lelaki begini

memang tidak boleh dilayan, jika dilayan makin menjadi-jadi. “Aik! Mengungkit nampak,

macam tak ikhlas je?” Aku mula meninggikan nada suaraku semula, perasaan takut tadi

kubuang jauh. Lelaki sebegini memang tidak boleh diberi muka.

“Bukan mengungkit atau tak ikhlas tapi at least saya nak juga sedikit faedah daripada

kebaikan yang saya buat tadi?”

“Kita ni kalau nak tolong orang jangan nak minta balasan. Kalau minta balasan juga,

tu dah dikira tak ikhlas namanya, faham?” Ujarku dengan penuh berani dan sambil itu

tanganku mula membuka pintu pagar rumah tersebut dan terus berlalu meninggalkan lelaki itu

dan rumahnya, tanpa menoleh ke belakang lagi.

Aku melangkah laju menuju pulang ke rumah Kak Diah yang turut berada di kawasan

perumahan yang sama. Sudah malas rasanya untuk menyambung jogingku yang tergendala

kerana anjing itu. Moodku juga hilang entah ke mana lebih-lebih lagi selepas bersua muka

dengan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai lelaki poyo.

KAKIKU mulai terasa lenguh yang teramat di saat ini. Sudah dua jam aku berjalan menemani

Kak Diah membeli pelbagai persiapan untuk majlis kenduri kahwin pelanggannya yang akan

berlangsung pada minggu hadapan. Oleh sebab anak pelanggan atau merangkap kawan

baiknya berkahwin minggu hadapan, maka Kak Diah telah dilantik menjadi perunding

perkahwinan tersebut memandangkan Kak Diah sendiri mempunyai butik Andaman

pengantin terkenal di kawasan Cheras ini. Semua persiapan perkahwinan tersebut akan

diuruskan oleh Kak Diah, daripada soal baju pengantin hinggalah ke katering. Kak Diah

memang pandai berniaga. Satu masa dahulu dia hanya mempunyai sebuah butik Andaman

pengantin, tetapi kini dia sudahpun mempunyai perkhidmatan katering yang akan

menguruskan katering untuk pelbagai majlis.

Page 7: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

6

Majlis itu akan diadakan dua hari, hari pertama akan berlangsung akad nikah dan hari

kedua akan berlangsung majlis persandingan. Semuanya akan diuruskan oleh Kak Diah

sambil dibantu sedikit sebanyak oleh tuan rumah.

Aku pula memang menjadi pekerja sambilan Kak Diah selepas tamat konvokesyen

sebulan lalu. Dengan hanya berbekalkan diploma sains kesetiausahaan, amat sukar bagiku

untuk mencari kerja pada waktu ini. Bagiku daripada duduk sahaja di rumah dalam keadaan

bosan, lebih baik aku bekerja dengan Kak Diah, dapat juga sumber pendapatan walaupun

tidak sebanyak mana.

Makin mencucuk pula rasa lenguh di kakiku ini. Nasib baik pagi tadi aku berjoging

tidak sampai 15 minit jika tidak rasanya sudah tercabut kakiku petang ini. Selalunya aku akan

berjoging sekurang-kurangnya 45 minit tapi gara-gara anjing gila dan lelaki poyo plus

berlagak yang aku jumpa pagi tadi, hilang terus moodku untuk meneruskan larian.

Huh, terbayang sahaja muka lelaki poyo itu di ruang mataku membuatkan hatiku

bertambah sakit. Eee… geram gila rasanya dengan lelaki poyo itu. Nak menolong tapi tak

ikhlas, dahlah habis baju aku basah dikerjakannya. Geram tahap tak ingat dah aku pada dia

kini.

Lamunanku tersentak apabila Ikin menyiku tangan kiriku. Aku mula memandang Ikin

di sebelah, muncungnya sudah panjang sedepa kerana terpaksa mengangkat banyak barang.

Ikin merupakan kawan baikku, dari sekolah rendah kami telah berkawan sehingga di sekolah

menengah.

Muncung Ikin yang panjang itu membuatkan aku tertawa kecil. Lupa terus aku pada

lelaki poyo tu.

“Safi, aku penatlah. Kau tak penat ke?” Soal Ikin padaku dengan muncungnya yang

masih lagi sedepa ke depan.

Page 8: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

7

“Mestilah penat dari tadi berjalan mana ada rest langsung.” Gumamku pula

menyokong kata Ikin. Siapa yang tak penat jika berjalan dari satu shopping compleks ke satu

shopping compleks semata-mata untuk mencari beberapa meter kain dan bunga. Barang

utama yang dicari masih lagi tidak dibeli tetapi barangan yang tiada dalam senarai pula yang

berlambak-lambak dibeli, dan yang menjadi mangsa mengangkut semua barang itu tak lain

dan tak bukan tentunya aku dan Ikin.

“Kau suruhlah kak Diah rest sekejap, aku dah tak larat ni. Tekak pun dah haus. Kalau

terus macam ni, unta pun boleh mati tau.” Marah Ikin bersungguh-sungguh pada kakak

kandungnya yang sudah meluncur laju ke depan meninggalkan aku dan Ikin di belakang.

“Eh, kan kakak kau tu, kaulah yang suruh aku ni pekerja sambilan je tau.” Luahku

pula. Pandai sungguh Ikin membuat lawak bodoh, takkan aku yang hanya makan gaji ini

hendak mengarahkan majikan, lainlah Ikin, diakan adik kandung Kak Diah walaupun

merangkap pekerja Kak Diah juga.

“Alah, tolonglah. Kak Diah tu kalau aku cakap dia mesti tak layan punya. Tolonglah

Safi.” Rayu Ikin. Ikin tahu akaknya itu tidak akan menuruti kehendaknya itu.

Aku hanya mengeleng berkali-kali, betul-betul tidak mahu.

“Alah lecehlah kau ni Safi.” Rungut Ikin dan kemudian berlari-lari anak mengejar

kakaknya itu. Aku pun turut melajukan langkah kaki mengekori Ikin. Sampai saja Ikin di

belakang kakaknya itu, tangan kakaknya dicapai untuk memberhentikan langkah kakaknya.

“Kak Diah rehatlah dulu penatlah. Akak tak penat ke dari tadi berjalan. Ikin penatlah,

haus tau tak. Safi ni pun hah… macam nak tercabut lutut gayanya tau.”

Aku pantas menampar lembut bahu Ikin, nama aku pula yang dijaja sedangkan dia

yang merunggut dari tadi. Tapi betul juga kata-kata Ikin itu, memang macam nak tercabut

lutut aku dibuatnya. Mana tidaknya, pada mulanya berpusing-pusing di sekitar Semua House

Page 9: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

8

kemudian ke Sogo serta Pertama Kompleks lepas itu ke Maidin dan kini berpatah balik

semula ke Semua House tetapi barang yang ingin kak Diah beli masih lagi tidak jumpa.

“Alah macam akak tak tau, Ikin tu yang sebenarnya lebih-lebih. Safi tak kata apa

pun.” Kak Diah cuba membela diri.

Aku cuma mampu tersenyum, malas nak mencampuri pertelingkahan dua beradik itu.

“Yelah kalau ye pun duduklah rehat dulu. Minum-minum ke? Kalau kitaorang

pengsan kejap lagi siapa nak tolong kak Diah bawa barang-barang tu semua?”

“Yelah, yelah… membebel macam mak nenek. Jom Safi kita pergi minum,” ajak Kak

Diah dan Kak Diah mula menarik tanganku.

Aku menuruti langkah Kak Diah, Ikin mencebik, memandangku dan kak Diah. Marah

Ikin pada kak Diah belum lagi reda. Aku hanya mampu mengeleng melihat telatah kedua-dua

beradik itu. Suka sangat menyakat antara satu sama lain.

Sampai sahaja di medan selera yang tedapat di dalam kompleks Semua House aku

terus duduk di kerusi makan itu dan memandang pinggan kotor yang masih belum berangkat.

Keadaan medan selera yang penuh sesak dengan orang ramai itu mungkin menyebabkan

tukang bersih di medan selera itu sibuk dan tidak sempat membersihkan meja tersebut. Untuk

mencari meja lain aku sudah tidak sanggup, melihat begitu ramai orang di situ menjadikan

aku begitu pasti tiada lagi meja kosong.

“Ish… kotornya meja, mana tukang cuci ni. Tak buat kerja ke?” Marah Ikin yang kini

telah duduk di sebelahku.

“Cubalah bawa bersabar, tak nampak ke ramai orang. Kejap lagi dorang kemaskanlah

meja ni.” Celah Kak Diah, nyata tidak gemar dengan perangai adiknya yang tidak tahu

bersabar itu, semuanya nak cepat.

“Ish… leceh betullah, Ikin nak pergi tandas dululah. Safi jom…”

Page 10: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

9

“Malaslah Ikin, kau pergi jelah ye. Aku penatlah.” Tolakku, baru sahaja duduk malas

mahu bangun.

“Alah pergi jelah sendiri yang nak ajak-ajak Safi buat apa? Kan Ikin juga yang cakap

tadi lutut Safi tu dah macam nak tercabut, takkan nak suruh dia berjalan lagi?” Perli Kak Diah

pada Ikin.

Ikin mula menarik muka apabila ditegur oleh kakaknya itu. Akhirnya dia pergi juga ke

tandas seorang diri. Aku mula berasa simpati pada Ikin tapi aku betul-betul sudah tidak larat.

Ikin memang selalu begitu tidak sabar dan cepat merajuk. Amat berbeza sekali dengan Kak

Diah yang begitu penyabar orangnya. Aku mula memandang sekeliling mencari-cari tukang

cuci supaya meja ini cepat dibersih sebelum Ikin balik dari tandas dan meradang dengan lebih

dasyat lagi.

Aku terkedu apabila melihat ke meja yang paling hujung. Haris… berada di situ

dengan seorang wanita lain di sisinya dan mereka kelihatan begitu mesra sekali. Haris aku

perhatikan memeluk pinggang wanita itu dengan erat. Aku mula panik, apa yang perlu

dilakukan saat ni. Jika Ikin nampak apa yang sedang aku lihat ini, pasti perang dunia akan

meletus antara Ikin dan teman lelaki kesayangannya itu.

“Safi… Safi…”

Aku pantas menoleh pada Kak Diah apabila dia berulang kali memanggil namaku.

“Akak nak pergi beli makanan ni Safi nak makan apa?”

“Apa-apa jelah kak, ikut suka akak.”

“Betul?”

Aku menganggukkan kepalaku pada Kak Diah tapi mataku masih lagi tertumpu pada

Haris dan wanita di sisinya itu.

“Okay Safi tunggu sekejap ye.” Ujar Kak Diah dan berlalu dari situ.

Page 11: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

10

Aku memandang Kak Diah sekilas kemudian memandang ke arah Haris semula yang

kini sudah mula bangun bersama wanita itu lalu berlalu dari situ. Mataku masih lagi

mengiringi setiap pergerakkan Haris sehingga mereka hilang dari pandangan. Aku mula

menarik nafas lega. Hatiku benar-benar lapang kini. Aku pun tidak tahu mengapa, mungkin

kerana aku takut Ikin terserempak dengan Haris, pasti hati Ikin akan hancur luruh kerana

teman lelaki yang begitu dipercayainya curang di belakangnya.

Itu bukan kali pertama aku ternampak Haris dengan wanita lain, masuk kali ini sudah

tiga kali. Dan setiap kali terserempak dengannya pasti wanita yang berada di sisinya

berlainan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kenapalah aku yang nampak semua perlakuan

jahat Haris di belakang Ikin. Mengapa bukan Ikin sendiri? Nak bagi tahu Ikin atau tidak? Tapi

Ikin percaya ke dengan apa yang akan aku ceritakan pada dia nanti?

Arghhh… Aku mula buntu. Kalau aku beritahu Ikin perkara yang sebenar pun

mungkin Ikin tidak akan mempercayainya kerana Ikin begitu menyayangi dan mempercayai

Haris. Tetapi jikalau aku tidak menceritakan pada Ikin, pasti Haris akan terus

mempermainkan cinta Ikin. Ishh… tak tahulah nak buat apa sekarang ni, buntu rasanya akal.

“Aik tak kemas lagi meja ni ke? Hish… ni yang aku nak mengamuk ni.”

Aku menoleh ke sebelah, Ikin sedang memandang ke segenap pelusuk medan selera

itu sambil mencekak pinggang, lagak seorang bos yang sedang mencari pekerjanya yang

sedang mencuri tulang. Marah benar Ikin kali ini.

“Sabar Ikin jangan marah-marah kat sini malu kat orang tengok. Kita pindah meja

sana, meja tu bersih. Dah jom.” Aku memujuk Ikin, takut pula kalau-kalau Ikin mengamuk di

medan selera itu. Aku menarik tangan Ikin dan menuju ke meja yang aku maksudkan tadi.

“Ikin aku tanya sikit kau jangan marah ye,” soalku sewaktu kami telah duduk di meja

itu.

Page 12: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

11

“Ish, takkanlah kau tanya aku nak marah. Kau ni buang tabiat apa?” Balas Ikin tapi

jarinya masih lagi menekan-nekan telefon di tangannya.

“Kenapa kau macam tak ada mood je aku tengok hari ni? Dah tu asyik marah-marah

tak tentu pasal.”

“Tak adalah, si Haris ni, dari pagi aku call asyik tak dapat je. Sms pula tak berbalas.

Sakit betul hati aku,” jawab Ikin, geram.

Aku menelan liur. Nak bagi tahu sekarang, ke? Aku mula berkira-kira di dalam hati.

Hendak beri tahu ataupun tidak? Arghhh… beri tahu jelah janji aku dah menjalankan tugas

aku sebagai seorang kawan. Aku tidak mahu kawan baikku terus ditipu oleh teman lelakinya.

Tekad sungguh aku kali ini.

“Ikin sebenarnya aku…”

“Makanan dah sampai. Ikin pergi beli air. Nah ambik duit ni.” Perintah kak Diah

setelah meletakkan dulang makanan di atas meja.

“Alah Kak Diah ni dah beli makanan belilah sekali airnya, pemalas betullah.” Gerutu

Ikin tetapi masih tetap mengambil duit di atas meja itu dan bangun.

“Ewah… kita pulak yang dikatanya pemalas,” balas Kak Diah sambil menjeling tajam

adiknya yang telah berlalu itu.

Aku sedikit kecewa, belum sempat menceritakan hal yang sebenar pada Ikin, Kak

Diah telah muncul dan memotong percakapanku. Tak apa esok masih ada, pujuk hatiku

sendiri.

Page 13: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

12

DUA

AKU mula merenung rumah berwarna biru laut lot tepi yang kini betul-betul berada di

hadapanku. Aku menelan air liur. Inilah rumah itu, rumah yang telah aku jadikan tempat

untuk menyelamatkan diri daripada anjing gila minggu lalu. Maknanya ini rumah ‘Lelaki

Poyo’ tu. Aku mula menghela nafas panjang.

Mahu atau tidak, aku terpaksa berada di rumah ini tiga hari berturut-turut kerana

rumah ini merupakan rumah pelanggan Kak Diah yang akan melangsungkan majlis

perkahwinan anaknya. Aku harus sentiasa berada di rumah ini untuk membantu Kak Diah

dalam melancarkan majlis kahwin itu. Pastinya aku akan bertemu dengan lelaki itu lagi.

Ish… takkanlah? Aku mula tidak sedap hati. Peluh mula bertamu di dahi saat ini.

Jantungku mula berdegup kencang, hatiku berdebar hebat. Sungguh tidak enak perasaan

ketika ini. Eh, kenapa pula aku harus berperasaan begitu? Errr... Entah? Tapi yang amat pasti

saat ini, aku tidak ingin berjumpa dengannya lagi, meluat betul rasanya. Baru difikirkan sudah

rasa meluat, inikan pula bila bertentang mata.

Kalau aku tahu begini jadinya, sumpah aku takkan menjadi pekerja sambilan Kak

Diah. Aku lebih rela duduk terperuk di rumah dalam keadaan yang amat membosankan

daripada menatap muka lelaki poyo itu selama tiga hari berturut-turut. Perasaan benci pula

yang hadir di hati.

Aku pun tidak tahu mengapa aku harus membenci lelaki itu, sedangkan dia telah

membantuku minggu lalu. Sepatutnya aku berterima kasih padanya, bukan membencinya

sebegini. Arghh… aku tak peduli, lelaki itu memang wajar dibenci. Sikapnya yang berlagak

dan seperti buaya darat itu benar-benar membangkitkan kemarahanku minggu lalu.

Namun aku bukannya kacang yang sering melupakan kulit, melupakan jasa orang

setelah dibantu, tetapi ayat-ayat yang digunakan lelaki itu memang menyakitkan hatiku

tambahan pula bila mengenangkan lelaki itu sengaja menyimbah air ke badanku sehingga

Page 14: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

13

basah lencun. Aku pulang ke rumah Kak Diah pagi itu dengan perasaan malu yang

menggunung. Mana tidaknya, banyak mata yang memandangku bersilih ganti sebelum

mereka kemudiannya melemparkan pandangan pada dada langit. Mungkin pelik melihat aku

yang basah seluruh badan sedangkan pagi itu langit terang benderang. Sampai sahaja di

rumah pula, Kak Diah menyoal pelbagai soalan dan Ikin tukang tambah perasa dengan

memerli diriku. Ish… mengenangkan itu semua memang mengundang amarahku.

“Ewah-ewah sedapnya bersantai cik kak, meh tolong angkat barang.” Ikin menegurku

dari belakang dan berlalu semula ke arah van yang diletakkan di hadapan rumah.

Aku yang tersentak pantas membantu Ikin memasukkan beberapa kotak barangan

yang akan digunakan untuk membuat pelamin di dalam rumah itu. Setelah semua barang siap

diangkut ke dalam rumah, aku, Kak Diah, Ikin, dan Dewi mula memasang pelamin yang

bertemakan warna biru dan putih. Aku sempat berdoa di dalam hati semoga diriku tidak

bertembung dengan lelaki itu hari ini.

AKU dan beberapa pekerja Kak Diah yang lain sedang sibuk membentangkan kain alas meja

pada setiap meja di dalam khemah yang mempunyai gabungan warna putih dan biru itu.

Sambil-sambil itu, mataku sempat juga merayap ke sekeliling, mencari kelibat lelaki itu.

Bukannya aku teringin sangat berjumpa dengannya, cuma aku mahu mengatur strategi. Kalau

terpandang saja wajah lelaki itu di mana-mana nanti, aku akan cepat-cepat menyembunyikan

diri. Aku tidak mahu bertembung dan terserempak dengannya. Biarlah minggu lalu

merupakan pertemuanku dengannya buat kali pertama dan juga kali terakhir.

Semalam aku amat bersyukur kerana tidak bertemu dengannya walaupun aku berada

di rumah itu dari pagi hingga malam. Hari ini aku tidak pasti. Betul ke ini rumah dia, hatiku

mula ragu-ragu. Kalau betul ini rumahnya ke mana dia pergi sedangkan ahli rumah ini yang

Page 15: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

14

lain begitu sibuk melakukan persiapan terakhir. Tidakkah dia juga perlu turut membantu.

Entah-entah dia pengantin lelakinya, sebab itu dia tidak membantu?

Kalau lelaki itu pengantin lelaki, aku amat bersyukur, pasti dia tidak akan bertembung

denganku kerana sudah tentu dia sibuk pada hari ini dan esok kerana perlu melayan tetamu-

tetamu yang hadir. Hatiku ketawa senang.

Ish… tapi, takkanlah dia pengantin lelaki, bisikku perlahan. Melihat pada wajahnya

rasanya lelaki itu baru berusia 23 atau 24 tahun... begitulah. Takkan pada usia semuda itu dia

ingin menamatkan zaman bujangnya, hatiku bertambah ragu. Tapi tidak mustahil juga kerana

sekarang ini ramai juga lelaki yang kahwin awal.

Argh… Malas aku mahu menyesakkan otakku memikirkan tentang lelaki itu. Aku

mempercepatkan kerja menghamparkan semua kain alas meja pada setiap meja, takut nanti

Kak Diah fikir aku curi tulang pula, buat kerja yang mudah tapi mengambil masa yang lama.

Tambahan pula sekarang sudah pukul 11 pagi, sebentar lagi pasti ramai tetamu yang akan

hadir untuk menyaksikan majlis akad nikah selepas Zuhur nanti.

Selesai menghamparkan semua alas meja itu aku masuk ke dalam rumah untuk

membantu Ikin menyusun dan membetulkan sedikit lagi hantaran yang telah Kak Diah gubah

sejak beberapa hari lalu. Sedangku membetulkan sirih junjung yang kelihatan agak senget itu,

aku terpempan, di hadapanku kini lelaki yang tidak ingin aku jumpa itu sedang rancak berbual

dengan beberapa orang lelaki lain. Aku pantas berpusing, membelakangkan lelaki itu. Hatiku

terus berdoa moga lelaki itu berganjak dari situ dengan segera.

“Safi, apasal kau ni, pucat semacam je. Kau okay tak?” Soal Ikin cemas apabila

melihatku hanya berdiri kaku di situ tanpa sebarang kata.

“Tak… tak… aku tak apa-apa, aku okay je.” Jawabku menutup perkara yang sebenar.

“Kalau okay, cepatlah susun hantaran tu, kang mengamuk pula Kak Diah,” arah Ikin

padaku.

Page 16: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

15

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menoleh ke belakang semula. Fuh…

selamat, aku menarik nafas lega apabila lelaki itu sudah tidak berada di situ lagi.

AKU bersandar di tepi van milik Kak Diah, ramai orang yang sudah beransur pulang. Kini

hanya tinggal beberapa orang di dalam khemah itu yang masih lagi sedang berbual-bual. Aku

mengeluh kepenatan, bukan penat kerana kerja yang menimbun tetapi penat kerana melarikan

diri dari lelaki poyo yang tidak aku ketahui namanya itu.

Ke mana saja aku pergi di dalam rumah itu pasti aku akan ternampak wajahnya, mujur

setiap kali itu jugalah aku berjaya menyembunyikan diri dan aku amat pasti dia tidak

menyedari kehadiranku di rumah itu sehingga kini. Namun ada juga aku terfikir, mengapa aku

harus terus bersembunyi daripadan diriya? entah-entah lelaki itu langsung tidak mengingatiku,

mungkin dia sebenarnya tidak lagi mengecam diriku, perempuan yang dibantunya minggu

lalu. Entah-entah sikit pun dia tidak hairan, aku saja yang terlebih perasan.

“Safi buat apa kat sini seorang diri?”

Aku berpaling melihat Kak Diah di sebelah, aku melemparkan senyuman pada Kak

Diah. “Tak ada apa, saja aje,” balasku pantas.

“Penat sangat ke?” Soal Kak Diah lagi, risau agaknya Kak Diah apabila melihatku

begitu.

Aku menggeleng, tersentuh hatiku dengan keprihatinan Kak Diah.

“Safi tolong Kak Diah bawa semua chafing-dish tu ke belakang. Kita nak kena basuh

semua tu, esok nak guna lagi.”

Aku mengangguk dan terus berlalu mendapatkan semua chafing-dish yang berada

dalam khemah itu untuk di bawa ke belakang rumah untuk diberikan kepada pekerja-pekerja

Kak Diah yang lain. Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Macam mana nak angkat semua

ni… banyak tu, bebelku sendirian. Tak apalah angkat separuh dulu. Aku mula mengangkat

Page 17: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

16

chafing-dish itu dan dibawa ke belakang rumah. Selesai meletakkan kesemua chafing-dish itu

di belakang rumah aku ke khemah semula untuk mengambil baki chafing-dish yang masih

lagi berada di dalam khemah itu.

Sebaik sahaja aku sampai di hadapan khemah tersebut, aku terkejut melihat lelaki

yang membantuku minggu lalu sedang duduk di dalam khemah dan memandang tepat padaku.

Aku mula panik. Kakiku kaku tidak mampu bergerak saat itu. Aku mula memikirkan jalan

bagaimana harusku mengambil chafing-dish itu tanpa melintas di hadapannya. Otakku

terbejat seketika, tidak mampu berfikir apa-apa. Hendak atau tidak aku terpaksa juga lalu di

hadapan lelaki itu kerana lelaki itu duduk selang semeja dengan meja yang harusku tuju.

Sudah puas aku cuba lari dan menyembunyikan diri darinya tetapi tetap juga aku

bertembung dengannya. Aku mula mengorak langkah, sedikit pun aku tidak menoleh pada

lelaki itu, pura-pura tidak nampak akan dirinya sedangkan aku begitu pasti lelaki itu masih

lagi memerhatikan setiap gerak-geriku sedari tadi.

Sewaktu aku makin dekat padanya aku terdengar siulannya padaku. Aku berpura-pura

tidak mendengar siulannya yang bertubi-tubi itu. Aku cuba memekakkan telinga.

“ Awak… awak…”

Aku masih terus memekakkan telinga. Aku tahu lelaki itu memanggilku tapi aku sama

sekali tidak akan menghiraukannya. Tidak sama sekali! Aku menarik nafas lega kerana telah

berjaya melepasinya. Hanya beberapa langkah saja lagi aku akan sampai ke meja yang

terletak chafing-dish tersebut.

“Safiah Aisyah Muhammad Irfan!”

Langkah kakiku terhenti. Aku tergamam, ada suara lelaki yang memanggil nama

penuhku. Siapa yang memanggil aku? Lelaki itu ke? Macam mana dia tahu nama aku? Ish…

kacaulah kalau macam ni, gumamku. Aku masih membatu di situ. Aku tidak menoleh ke arah

suara itu dan aku juga tidak meneruskan langkahku. Aku hanya mampu terpaku di situ.

Page 18: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

17

Terdengar derapan kaki yang semakin menghampiri. Aku mula berkira-kira, apa yang

perlu dilakukan kini. Derap kaki itu makin mendekatiku dan nah… kini lelaki itu telah pun

berada di hadapanku dengan wajah selamba dan memeluk tubuhnya, berlagak macho di

depanku. Aku menjuihkan bibir, meluat melihat tingkahnya itu.

“Safiah Aisyah, right?” Soal lelaki itu sambil memetik dan menghalakan jari

telunjuknya padaku.

Aku hanya memandang wajah lelaki itu tanpa kata. Malas melayan lelaki itu.

“Jumpa lagi kitakan. Cuma bezanya kali ini, baju awak tak dibasahi peluh gara-gara

dikejar anjing.” Ujar lelaki itu lagi, sinis padaku.

Baju aku basah hari tu sebab kau simbah air kat aku bukan sebab peluhlah, bodoh!

Jeritku tapi hanya bergema di dalam hati. Tidak tahu kenapa hari ini aku tidak betah melawan

kata-kata lelaki itu.

“So, what should I call you? Aisyah, Syah, Safiah or maybe Safi?” Soal lelaki itu

sambil tersenyum-senyum dan memandang tepat ke mataku.

Bertambah meluat aku mendengar lelaki itu berbicara dalam bahasa Inggeris. Apa

sudah tidak tahu berbahasa Melayu lagikah? Konon-konon nampak macholah bila berbahasa

Ingeris. “Dah tak reti cakap bahasa Melayu ke?” Soalku pula padanya, walaupun soalan lelaki

itu tadi padaku masih belum berjawab dan aku sememangnya tidak ingin menjawab soalan

lelaki itu.

Lelaki itu ketawa besar sebaik sahaja mendengar kata-kataku. Aku membeliakkan

matanya, tanda protes dengan tawanya. Aku tidak tahu apa yang kelakar dengan soalanku tadi

sampai lelaki itu boleh tergelak sehingga begitu sekali.

“Why? Don’t you understand English?” Soal lelaki itu lagi. Bertambah galak

nampaknya lelaki itu ingin mengenakanku.

Page 19: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

18

Eleh, apa dia ingat dia aje yang tahu berbahasa Inggeris? Bagiku lelaki itu memang

melampau, dia memandang rendah pada diriku. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku

menjawab soalan-soalannya itu dalam Bahasa Inggeris juga, tapi untuk apa? Saja untuk

menunjuk-nunjuk sepertinya? Oh... Aku bukan begitu, prinsipku, aku hanya akan

menggunakan bahasa Melayu apabila berbual dengan orang Melayu. Aku tahu kepentingan

berbahasa Inggeris pada hari ini, tapi tidak ada salahnya jika kita memartabatkan bahasa

ibunda kita sendiri. Bisik hatiku sendiri.

Aku masih merenung diri lelaki itu dengan renungan tajam, rasanya ingin sahaja aku

menelan lelaki di depanku itu hidup-hidup. Biar lenyap terus dari bumi ini.

“Okaylah, disebabkan awak pun tak faham bahasa Inggeris, biar saya berbahasa

Melayu ajelah ya. Maklumlah bahasakan jiwa bangsa, tak gitu?” Makin galak lelaki itu

mengenakanku.

Aku hanya membiarkan suasana sepi seketika.

“Jadi, apa saya nak panggil awak ni?” Desak lelaki itu terus padaku apabila aku masih

lagi mendiamkan diri di depannya.

“Panggil jelah apa-apa pun, jangan panggil Babun sudah,” kataku dan kemudian

berlalu dari terus memandang mukanya. Aku terus menuju ke meja di belakangnya. Sampai

saja di meja itu aku mula menyusun kesemua chafing-dish tersebut untuk mengangkatnya.

Hatiku mula ragu-ragu bagaimana lelaki itu boleh mengetahui namaku? Siapa yang

memberitahunya? Aku mengerutkan keningku dan otakku kian ligat mencari jawapan yang

aku sendiri tidak pasti.

Hampir terlepas chafing-dish di tanganku apabila tiba-tiba lelaki poyo itu muncul di

sisiku. Aku mengurut dada, beristifar di dalam hati.

“Apasal kerutkan dahi sampai macam tu sekali. Berat sangat ke chafing-dish tu atau

awak pelik macam mana saya boleh tahu nama awak?”

Page 20: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

19

Aku pantas memandang lelaki itu. Bagaimana lelaki itu tahu apa yang sedangku

fikirkan pada ketika ini. Lelaki itu mengangkat-angkat keningnya. Arghh… mungkin

kebetulan. Aku terus mendiamkan diri dan menyambung semula tugas agar boleh cepat-cepat

berlalu dari situ. Malas melayan lelaki yang selalu saja berjaya menyakitkan hatiku.

“Janganlah jual mahal sangat. Orang tua-tua kata kalau perempuan jual mahal nanti

lambat kahwin tau,” usik lelaki itu sambil menyiku lenganku.

Aku tersentak dengan tindakan lelaki itu. Marahku mula meluap-luap. “Kalau saya

lambat kahwin pun apa kena-mengena dengan awak. Suka hati sayalah. Bukannya

menyusahkan awak pun,” perliku, makin sakit hatiku apabila lelaki itu masih lagi dengan

wajah tenangnya sedangkan aku pula yang makin kelam-kabut menyusun semua chafing-dish

itu supaya cepat aku dapat berlalu dari sisinya.

“Ish… mestilah ada kena-menggena dengan saya. Awakkan pengantin perempuan

saya. Tapi masalahnya saya ni jenis tak boleh sabar tunggu lama-lama macam tu,” jawab

lelaki itu sambil tertawa kecil di setiap hujung kata-katanya.

Aku makin geram, lelaki itu makin melampau-lampau. “Eh… siapa nak kahwin

dengan awak, jangan nak perasan. Diacu senapang M16 kat kepala saya ni pun saya takkan

kahwin dengan awak tau,” balasku sambil menunjal sedikit kepalaku sendiri. Biar lelaki itu

faham dan mengerti yang aku sedikit pun tidak berkenan dengannya.

Lelaki itu masih lagi ketawa dan mengeleng-gelengkan kepalanya. “Jangan bongkak

sangat, Tuhan tak suka orang yang bongkak.”

Aku menjelingnya tajam dan mula mengangkat semua chafing-dish tersebut dan

melangkah laju berlalu dari situ. Sedikitpun aku tidak menoleh pada lelaki itu lagi.

“Kalau macam tu, saya panggil awak Safi ajelah ya.” Laung lelaki itu padaku yang

makin jauh daripadanya.

Page 21: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

20

Aku tahu pasti lelaki itu telah pun mengetahui nama gelaranku memandangkan lelaki

itu telah pun mengetahui nama penuhku, tetapi sengaja lelaki itu mahu mempermainkan

diriku dengan menanyakan perkara itu. Daripada mana lelaki itu tahu namaku, masih lagi

tidakku tahu dan aku tidak mahu ambil tahu lagi tentang itu, biarlah ianya begitu sahaja.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku masih lagi cuba menenangkan jiwaku sendiri,

amat susah untukku menenangkan diri apabila selesai berbicara dengan lelaki itu. Terasa

seperti amarahku tidak akan pernah padam untuknya.

Page 22: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

21

TIGA

AKU dan Ikin mula menyusun hidangan di atas meja makan beradap untuk pengantin. Terliur

diriku melihat semua makanan itu. Bukan sahaja nampak enak tapi cantik sekali. Terasa

sayang pula untuk dimakan. Sebentar lagi pasti ramai yang akan menghadiri majilis

persandingan ini. Semalam berlangsungnya majlis akad nikah dan hari ini akan berlangsung

majlis persandingan pula.

Aku menoleh ke kiri apabila terasa seperti ada yang sedang memerhatikanku sedari

tadi. Sebaik sahaja aku menoleh, pantas lelaki poyo itu memandang wanita di sebelahnya

sambil membetul-betulkan rambut wanita itu yang acap kali diterbangkan angin. Mereka

berdua kelihatan amat mesra sekali. Aku menjuihkan bibir, Awek dialah kot, gumamku dalam

hati. Aku menyambung semula kerja yang tergendala tadi. Malas mahu memikirkan tentang

lelaki itu.

Ikin mula mencuit bahu kananku. “Eh… Safi, kau nampak tak mamat baju merah tu,”

aju Ikin sambil memuncungkan mulutnya ke sebelah kiri.

Aku menoleh mengikut arah yang Ikin tunjukkan. Tidak ramai lelaki yang berada di

situ dan hanya seorang sahaja yang berbaju merah. Dan orang itu adalah lelaki yang suka

menyakitkan hatiku sejak minggu lepas lagi. Aku mengeluh, “Apasal pula dengan mamat tu?”

Soalku malas.

“Handsome kan?”

Hampir tersedak aku apabila mendengar pengakuan Ikin itu. Handsome ke? Soalku

dalam hati. Pantas aku mengamati semula lelaki itu dari atas hingga ke bawah. Em…

handsomelah juga, aku terpaksa mengakuinya. Lelaki itu mempunyai raut wajah yang bujur,

berkulit sawo matang, hidung mancung, tinggi dan rambutnya panjang hingga paras leher

yang diikat satu. Tapi apabila aku memikirkan tentang sikap lelaki itu selama ini, hatiku

terbejat. Kerana sikapnya itulah aku langsung tidak meneliti lelaki itu. Bagiku tiada guna jika

Page 23: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

22

hanya mempunyai paras rupa yang menarik jika mempunyai sikap yang menjelikkan. Sikap

sebegitu akan menutupi kekacakan seorang lelaki.

“Em… bolehlah…” balasku acuh tak acuh.

“Ish… kau ni punyalah handsome mamat tu, kau kata bolehlah je. Tak patut sungguh,”

bebel Ikin sambil menjelingku tajam.

Aku hanya mampu tersenyum.

“Safi kau nak tahu tak satu benda?”

“Em… apa dia?” Soalku malas, aku tahu Ikin pastinya ingin berbicara lagi tentang

lelaki itu, tetapi aku langsung tidak berminat untuk mendengarnya.

“Semalam lelaki tu jumpa aku. Kau tahu kenapa dia jumpa aku?”

Aku menjungkitkan bahu. “Entah, dia nak ngorat kau kot.”

“Ish… Kau ni memandai je, nasib baik Haris tak ada kat sini kalau tak mahunya

perang besar aku dengan dia.” Ikin pantas menutup andaianku.

Aku tersenyum kelat. Bila Ikin menyebut tentang Haris, hatiku mula dilanda resah.

Bagaimana agaknya aku ingin memberitahu Ikin tentang Haris. Aku tidak boleh biarkan

perkara ini terlalu lama, takut nanti Ikin yang akan merana di kemudian hari.

“Safi, kau dengar tak apa aku cakap ni?” Soal Ikin sambil menampar bahuku.

Aku tersentak, aku tidak menumpukan perhatian pada apa yang Ikin sedang katakan

tadi, “Sorry… tak dengarlah. Kau cakap apa tadi?”

“Mamat tu jumpa aku semalam sebab nak tanya nama kau.”

“Bila?” Soalku seolah-olah tidak percaya dengan pengakuan Ikin itu. Maksudnya Ikin

yang memberitahu namaku pada lelaki itu. Persoalan yang bermain di mindaku semalam

terjawab jua akhirnya. Alahai… kawan aku yang seorang ini kenapa baik hati sangat melayan

pertanyaan lelaki itu.

Page 24: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

23

“Ish… kau ni, semalamlah, masa kau tengah bentang kain alas meja kat khemah ni.

Masa tu aku dengan dia ada dalam rumah. Tup tup dia jumpa aku tanya nama kau.”

Aku terlopong mendengar penjelasan Ikin itu. Ini bermakna lelaki itu telah menyedari

aku berada di rumahnya ini sejak awal pagi semalam. Jadi sia-sialah usahaku dari pagi

semalam menyembunyikan diri darinya. Sedangkan awal-awal lagi lelaki itu telah menyedari

kehadiranku. Aku mengeluh, terasa sia-sia sahaja penat lelahku sepanjang hari semalam.

“Aku rasa dia minat kat kaulah. Entah-entah dia nak ngorat kau tak,” usik Ikin dengan

senyumana nakal yang tidak pernah lekang dari bibirnya itu sedari tadi.

“Jangan nak merepek!” Tegasku, kalaulah Ikin tahu apa yang berlaku padaku dan

lelaki itu sejak dari minggu lepas pasti Ikin tidak akan mengeluarkan kata-kata sebegitu.

“Eh… apa salahnya lagipun kaukan tak ada boyfriend lagi, apa salahnya kan.”

Aku menjuihkan bibir, melihat sikap lelaki itu aku rasa lelaki itu playboy atau bahasa

yang lebih tepat lagi ‘Buaya Tembaga’. Buat merana badan aje kalau dia jadi kekasih aku.

Tolonglah tak nak aku menyeksa diri aku sendiri, bebel hatiku.

“Kau nak tahu semalam pun dia minta nombor telefon kau kat aku tau.”

Hampir terlepas pinggan yang kususun itu apabila mendengar kata-kata Ikin. “Habis

tu, kau bagi ke?” Aku mula berdoa dalam hati semoga Ikin tidak memberikan nombor

telefonku pada lelaki itu.

“Taklah, aku tak bagi pun. Cukuplah dulu kau pernah membebel kat aku berhari-hari

sebab bagi nombor telefon kau kat sepupu aku tu. Aku dah serik nak jadi matchmaker kau.”

Fuh, selamat… Aku tergelak kecil mendengar kata-kata Ikin itu. Apabila

mengenangkan semula perkara hampir setahun lalu itu aku tergelak sendiri. Aku telah

bertengkar dengan Ikin kerana memberikan nombor telefonnya kepada orang lain tanpa

persetujuan dariku terlebih dahulu. Aku masih tersenyum sendiri mengenangkan perangaiku

yang satu ini, yang tak suka orang lain menjadi matchmaker untuk diriku.

Page 25: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

24

“Amboi, seronoklah tu ada orang nak ngorat dia,” sakat Ikin sambil mencuit bahuku.

Senyumanku mati secara tiba-tiba apabila mendengar kata-kata Ikin itu. Aku

tersenyum bukan kerana lelaki itu.

“Alah oklah tu Safi kalau dia jadi boyfriend kau, handsome pun handsome, macam

Haris.”

Haris. Sekali lagi nama itu mengganggu tumpuanku. Selagi aku tidak beritahu pada

Ikin tentang Haris terasa seperti ada batu besar yang terhimpit di hati dan kepalanya. “Kau

dah dapat call Haris ke belum?” Aku tahu Ikin sudah beberapa hari tidak dapat menghubungi

Haris.

“Dah, malam tadi dia call aku,”

Aku terdiam, patutlah Ikin gembira sangat hari ini tidak seperti semalam murung

sahaja. Rupa-rupanya kerana Haris telah menghubunginya. Aku mula berfikir adakah aku

harus meneruskan niatku untuk memberitahu Ikin tentang perangai Haris yang sebenarnya.

“Kau tanya dia tak kenapa dia dah beberapa hari tak call kau?” aku benar-benar ingin

tahu apa alasan yang dicipta oleh Haris untuk menutupi pembohongannya itu.

“Dah, dia kata dia busy sikit sebab banyak seminar yang dia kena attend, tu yang tak

ada masa nak call aku.” Ikin menjelaskan seperti apa yang dijelaskan oleh Haris padanya

semalam.

Hurmm… alasan lapuk! “Kau percaya macam tu je. Entah-entah tu alasan dia je.

Iyalah kan, mana tahu dia ada awek lain,”

Terbeliak mata Ikin mendengar aku berkata sebegitu tentang teman lelakinya. “Kau ni

tak baik tau mengata Haris macam tu. Haris tu baiklah. Dia betul-betul cintakan aku. Dia

takkan buat aku macam tu. Aku percaya pada dia seratus peratus tau. Kau ni kan sengaja je

buat aku marah. Nasib baik kau kawan baik aku kalau tak dah lama aku cili-cili mulut kau tu.”

Marah Ikin mula berapi-api.

Page 26: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

25

Terkejut aku seketika dibuatnya. Begitu sayang Ikin pada Haris.

“Sudahlah malas aku nak layan kau. Aku nak pergi tandas jap. Tapi kau ingat jangan

nak tuduh-tuduh Haris macam tu lagi aku tak suka.” Ikin memberikan amaran, keras.

Aku hanya mampu memandang Ikin berlalu masuk ke dalam rumah itu. Aku

mengeluh berat, bagaimana aku mahu menjelaskan hal yang sebenar pada Ikin jika baru aku

berkata sebegitu Ikin sudah tidak mahu mempercayainya?

AKU mengekori Ikin ke dapur. Tangan kiriku memicit-micit tangan kanan yang mula rasa

lenguh semacam. Nasib baik majlis telah berakhir dan aku sudah tidak sabar-sabar lagi untuk

pulang ke rumah Kak Diah dan ingin terus tidur. Sudah lebih seminggu aku tidur di rumah

Kak Diah, rumahku yang agak jauh dari sini menyebabkan Kak Diah menyarankan aku tidur

sahaja di rumahnya, supaya tidaklah aku tergesa-gesa ke rumah Kak Diah setiap pagi untuk

membantu menyediakan segala persiapan untuk kenduri perkahwinan kali ini.

“Hai Fuad,” tegur Ikin pada lelaki yang sedang duduk bersantai-santai di sisi meja

dapur.

“Hai Ikin, hai Safi,” balas Fuad dengan senyuman manisnya.

Aku membalas senyuman Fuad yang merupakan anak bongsu kepada tuan rumah ini.

Fuad merupakan pelajar tahun akhir di University of Melbourne Australia, Fuad seorang yang

baik orangnya dan peramah. Baru dua hari lalu aku berkenalan dengannya tetapi kami boleh

berinteraksi dengan baik seperti telah lama berkenalan. Fuad banyak berkongsi

pengalamannya denganku terutamanya pengalamannya di Australia. Aku rasa teruja bila

mendengar dengan bersungguh-sungguh Fuad bercerita tentang negara tempat dia menimba

ilmu itu. Aku terasa begitu berminat, mendengar ceritanya itu teringin pula aku menyambung

pelajaran di sana, saja mencari pengalaman di negara orang. Aku tersenyum sendirian, jauh

benar angan-anganku kali ini.

Page 27: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

26

“Hah, Zaf, mari aku kenalkan yang ni Ikin…” ujar Fuad sambil menghalakan

tangannya pada Ikin. “ Dan yang ni pula…”

“Safiah Aisyah,” seru satu lagi suara.

Aku terkedu, aku kenal dengan suara itu, pantas aku menoleh pada suara yang

menyebut namaku. Sebaik sahaja aku berpaling lelaki yang amatku benci itu berada di

penjuru meja dan sedang tersenyum melihatku. Meluat aku melihat senyuman itu.

Fuad ketawa besar “Amboi kau ni Zaf, kalau pasal perempuan bukan main cepat kau

dah berkenalan ya.”

Sejurus itu ketawa Fuad, lelaki itu dan Ikin bergabung serentak. Hanya aku yang

mendiamkan diri. Tidak senang dengan situasi ketika ini.

“Okeylah... Safi, Ikin, Zaf ni sepupu Fuad. Kita orang bukan setakat sepupu je tau tapi

kawan sekuliah kat Australia tu,” terang Fuad lagi tanpa sesiapa pinta.

“Zafril Adli, panggil saja Zaf…” ujar Zafril sambil menghulurkan tangan untuk dijabat

oleh Ikin dan Ikin menyambutnya dengan penuh mesra. “Tapi kalau awak nak panggil saya

sayang pun boleh juga.” Ujar Zafril padaku sambil tangannya dihulurkan pula padaku dengan

senyuman yang makin melebar.

Meluat diriku mendengar cadangannya itu. “Sorry, bukan muhrim.” Tolakku pantas.

“Lagi satu, panggilan tu saya dah peruntukkan untuk orang lain,” jawabku sinis sambil

menikam anak matanya dengan pandangan tajam. Zafril pula terus menggegam tangannya

yang tidak bersambut itu sambil tersenyum kecil.

“Takpelah, mungkin tak ada rezeki saya kot. Em… tapi boleh awak buatkan saya

kopi?” Pinta Zafril sambil menghulurkan mug yang dipegangnya sedari tadi itu padaku.

Terperanjat aku mendengar permintaan Zafril itu. Kenapa pula tiba-tiba aku yang kena

membuat kopi untuk dia, tidak bolehkah dia membuat kopi itu sendiri. Lama aku biarkan

Page 28: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

27

Zafril menghalakan mug itu kepadaku. Aku serba salah, apa yang perlu dilakukan, menurut

permintaan Zafril itu atau tidak?

“Buatkan ajelah Safi. Si Zaf ni, kalau tak kena kopi satu hari, tak sah.” Fuad pula

menyokong permintaan Zafril itu apabila aku hanya mendiamkan diri sedari tadi.

“Tapi…” tiba-tiba lidah aku kelu, tidak mampu untuk meneruskan sebarang kata-kata.

Lagipun mana aku tahu di mana letaknya kopi dan gula di rumah ini.

“Tak payah risau, air panas dah ada, kopi dengan gula ada kat sebelah peti ais tu.”

Kata Zafril sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah rak yang terdapat di sebelah peti ais

di sebelah kanannya.

Aku bertambah geram, bagaimana Zafril boleh mengetahui apa yang sedang bermain

di fikiranku saat ini. “Kenapa saya yang kena buatkan awak kopi lagipun awak boleh buat

kopi tu sendirikan?” Soalku geram dengan perangai mengada-ngada Zafril itu.

“Saya dah bosan minum kopi yang saya buat sendiri, lagipun saya nak juga merasa

kopi yang awak buat.” Lembut bicara Zafril ketika ini, memujukku memenuhi kemahuannya.

“Apa faedahnya kalau saya buatkan awak kopi, macam tak dapat apa-apa faedah je

rasanya.” Balasku, aku tidak akan mengalah dan tidak akan tunduk sama sekali dengan

permintaan lelaki itu.

“Ada orang pernah cakap kat saya, kita ni kalau nak tolong orang jangan minta

balasan. Kalau minta balasan juga dah dikira tak ikhlas namanya tu. Betul tak Safiah

Aisyah?” Ujar Zafril sinis padaku.

Hatiku bertambah sakit dengan Zafril. Aku tahu Zafril sengaja mahu memulangkan

paku buah keras padaku. Sengaja Zafril melontarkan kata-kata yang aku luahkan padanya

minggu lalu. Aku pasti niat Zafril menyuruhku membuat kopi itu hanya untuk membalas

dendam padaku, bukannya betul-betul teringin merasa kopi yang aku sediakan.

Page 29: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

28

“Ikin, Safi… dah belum? Akak dah nak balik ni.” Kata kak Diah, yang baru muncul di

dapur itu dan terus berlalu dengan tergesa-gesa selepas menyampaikan pesanan.

Aku tersenyum lebar, ini peluang untuk aku melepaskan diri daripada perintah Zafril

yang tidak masuk akal itu. “Maaflah ya, saya ada tugas yang lebih penting,” ujarku sambil

pantas mengangkat sekotak pinggan yang terdapat di penjuru dapur dan terus berlalu dari

dapur itu. Sekotak lagi aku biarkan di situ supaya Ikin mengangkatnya.

“ I will make sure that you have to make me a coffee one day. Jumpa lagi. Nice to meet

you.” Laung Zafril saat aku sudah setapak keluar dari dapur itu.

Aku meneruskan langkah tanpa menunggu Ikin mahupun menoleh ke belakang apabila

mendengar laungan Zafril itu. Tidak ingin aku berjumpa dengan lelaki itu lagi. Semoga ini

pertemuan terakhir antaraku dengannya.

Page 30: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

29

EMPAT

“KAK Safi bangun, Kak Mona nak jumpa tu.”

Aku mengeliat malas apabila mendengar suara Nia mengejutkanku berulang kali.

“Apa dia Nia? Pagi-pagi buta kacau akak ni, akak mengantuklah,” aku mula menepis tangan

Nia yang acapkali mengerak-gerakkan tubuhku. Aku betul-betul mengantuk dan tidak mahu

diganggu.

“Pagi-pagi buta apanya, dah pukul 11 pagilah kak. Anak dara apa yang bangun lambat

macam ni,” gerutu Nia.

Aku membuka mata lambat-lambat, memandang Nia yang sedang menyinga

memandangku. Aku yang masih lagi mamai, mula mengosok mata berulang kali dan duduk di

atas katil. “Nia ni... membebel macam mak nenek pulak, semalam akak tidur lambatlah,

bagilah chance akak tidur lama-lama sikit,”

“Ah, mengada-ngada. Padan muka siapa suruh tengok CD korea sampai tengah

malam, pastu pagi lambat bangun. Entah-entah subuh pun terbabas.” Telah Shania yang sudah

muncung sedepa.

“Eh, tolong sikit ye, subuh akak sembahyang tau,” Aku cuba membela diri. Walau

mengantuk macam mana sekali pun sembahyang Subuh tidak akan ditinggalkan.

“Sudahlah malas nak bertengkar dengan Kak Safi ni. Tu ha Kak Mona ada kat bawah

nak jumpa Kak Safi,”

“Suruh Kak Mona naiklah, kata kat dia akak tunggu dalam bilik okay,” pintaku pada

Nia yang kini sudah menghampiri pintu bilik.

“Mengada-ngada betul,” balas Nia sambil berlalu dan menutup kembali pintu bilik itu.

Aku tersenyum memandang Nia yang telah berlalu. Nia memang baik denganku sejak

Nia diambil oleh mak ngah menjadi anak angkat mak ngahku. Waktu itu Nia berusia 11

tahun. Walaupun Nia bukan saudara kandungku tapi aku tetap menyayangi Nia, bukan sahaja

Page 31: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

30

sebagai sepupu tetapi aku telah menganggap Nia macam adik kandungku sendiri.

Memandangkan aku anak tunggal, kehadiran Nia betul-betul menceriakan hidupku. Kerana

keakraban kami, Nia sering bertandang ke rumahku pada hujung minggu dan jika tidak aku

yang akan mengunjungi Nia di rumah mak ngah.

Aku merebahkan badan semula, mengantukku belum hilang. Menyesal pula rasanya

menonton CD drama korea yang baru kubeli itu sehingga jam 4 pagi, akibatnya mataku kini

seakan tidak larat untuk dibuka. Belum sempat aku melelapkan mata Mona telah meloncat ke

atas katil dan memeluk badanku.

“Woi bangunlah… Dah pukul berapa ni tidur lagi, tak senonohlah kau ni,” kata Mona

sambil menarik selimut yang sedang menyelubungi badanku.

Aku mengeluh, hendak atau tidak aku terpaksa juga bangun dan mula mengadap muka

Mona dengan mata yang masih terpejam. “Apa hal?” Soalku malas, rasa mengantuk melebihi

segalanya ketika ini.

“Amboi kasarnya bahasa, tak suka ke aku datang jumpa kau? Marah?” Soal Mona

yang tidak puas hati dengan layananku padanya.

“Tak adalah, tak marah. Takkan aku nak marah, kau kan kawan aku,” Aku cuba

memujuk Mona dengan mata yang masih terpejam. Takut juga aku kalau Mona berkecil hati

dengan sikapku hari ini sedangkan Monalah kawan yang paling rapat denganku sewaktu kami

sama-sama menuntut di Politeknik Sabak Bernam.

“Ha’ah tahu pun. Aku bukannya apa aku tak sabar nak kongsi berita dengan kau ni,”

Mona mula bersila di depanku dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, terpancar sinar

kegembiraan di wajahnya tika ini.

“Ye… berita apa? Berita baik ke berita buruk?” Soalku pula yang tidak sabar, tapi

mataku masih lagi terkebil-kebil menahan ngantuk.

Page 32: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

31

“Aku dah dapat tawaran sambung ijazah,” jerit Mona nyaring. Dia benar-benar

gembira saat ini.

Terbeliak mataku mendengar jeritan Mona itu. “Eh… yeke? Seronoknya, kau dapat

masuk U mana?” Aku semakin teruja mendengar berita dari Mona, hilang terus mengantukku.

“University of Melbourne Austalia, seronok betul aku. kau tahu.”

“Tahniah Mona… bestlah kau dapat masuk U, luar negara lagi. Bila kau dapat

tawaran?”

“Semalam, kau dapat tak?” Soal Mona pula pada Safi.

Aku mengeling, sudah lama rasanya aku menunggu tawaran untuk menyambung

pelajaran di universiti tempatan tetapi hingga kini masih belum ada apa-apa jawapan.

Semangat yang berkobar-kobar sebelum ini untuk menyambung ijazah seperti sudah hilang

sedikit demi sedikit.

“Alah rilekslah, aku yakin kau mesti dapat masuk U, yelah CGPA kau dengan aku kan

lebih kurang je, kalau aku dapat mesti kau pun dapat punyalah,” pujuk Mona apabila melihat

wajahku yang muram.

Aku tersenyum kembali, aku tahu aku perlu bersabar, mungkin belum sampai rezekiku

lagi.

“Kau nak tahu sebab apa aku seronok sangat nak belajar kat situ?” Soal Mona dengan

senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya sedari tadi, gembira benar dia dapat belajar

di luar negara.

“Entah? Kenapa?” Aku mula turun dari katil dan mencapai tuala di balik pintu.

“Sebab boyfriend aku pun belajar kat U tu juga.”

“Iye…” Aku pantas ke katilku dan duduk mengadap Mona semula. Rasa tidak percaya

menyerbu diri, tidak sangka Mona sudah berteman. “Sejak bilanya kau ada pakwe ni? Tak

Page 33: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

32

cerita kat aku pun,” Aku pura-pura merajuk, selalunya Mona akan bercerita segala-gala

tentang dirinya padaku, tapi kali ini lain pula.

“Alah baru je bulan lepas. Saja je aku nak buat surprise. Nanti aku bawa kau jumpa

dia okay,” Mona cuba memujukku.

“Em… yelah tu.” aku mula menjeling Mona.

“Melbourne Austalia, here I come…” Jerit Mona sekali lagi.

Aku pantas menutup telinga, binggit rasanya mendengar jeritan Mona itu. Tapi aku

mula teringat sesuatu apabila mendengar jeritan Mona itu. “Kau kata kau dapat U mana tadi?”

Soalku sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

“University of Melbourne Austalia, kenapa?”

“University of Melbourne Austalia?” Soalku tidak percaya. Mona mula mengangguk-

anggukkan kepalanya. Aku tersenyum. “Maknanya kau satu U dengan Fuad dan Za…” aku

mematikan kata-kataku di situ, tidak terkeluar rasanya nama Zafril dari bibirku.

“Fuad dan Za, siapa tu?”

“Tak ada siapa-siapalah, nanti-nantilah aku cerita ye. Sekarang ni kau cerita dulu pasal

pakwe kau tu. Tak sabar aku nak tahu lelaki mana yang bertuah tu.” aku cuba menutup cerita

tentang Fuad dan Zafril. Bila mengenangkan Zafril terus mati perasaanku untuk menerangkan

pada Mona tentang Fuad yang akan menjadi rakan sekampusnya itu. Pasti seronok menjadi

rakan sekampus Fuad yang peramah dan baik hati itu.

“Betul kau nak tahu pasal dia ni?”

“Yelah, cepatlah cerita. Kau ni kan high taste, mesti pakwe kau gempak orangnya

kan.” aku betul-betul tak sabar, sesiapa yang mengatakan tidak kenal dengan Mona di

Politeknik Sabak Bernam, memang penipu! Mona begitu terkenal di Politeknik itu kerana

kecantikannya persis model. Ramai yang cuba memikat Mona, tapi semuanya Mona tidak

Page 34: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

33

layan. Entah lelaki macam mana yang Mona cari aku sendiri tidak tahu, tapi yang pastinya

seseorang yang amat sepadan dengan Mona.

“Okay, dia tu sebenarnya kawan aku yang kenalkan. Dia handsome gila kau tahu,

sekali aku pandang je, dah cair dibuatnya. Lepas tu aku dengan dia tukar nombor telefon, then

kitaorang selalulah sms, telefon dan sekarang terus melekat macam tak boleh nak dipisahkan

pulak,” terang Mona panjang lebar dengan senyuman memanjang.

“Handsome sangat ke sampai kau angau sampai macam ni sekali?” Soalku apabila

melihat Mona senyum memanjang tanpa henti dan kadangkala berangan entah ke mana.

“Eh, mestilah handsome, kalau tak, takkan Mona Suzana nak layankan,”

“Amboi… bukan main kau ye,” Aku tersenyum melihat telatah Mona. Aku benar-

benar pasti dan yakin lelaki itu kacak orangnya, bukannya aku tidak kenal dengan Mona,

kalau lelaki itu tidak kacak, takkan dilayannya.

“Apa nama Mamat yang buat kau angau tu?”

“Macam nilah, nanti aku kenalkan dia pada kau okay. Masa tu kau tanyalah apa-apa

pun aku tak kisah. Amacam setuju?”

“Yelah…” Balasku ringkas. Em… berahsia benar Mona kali ini. Selalunya tidak

begitu.

“Eh… sudahlah tu jom teman aku pergi KLCC,” aju Mona sambil mencuit lenganku.

“Nak buat apa pergi KLCC?”

“Pergi beli barang yang aku nak bawa ke Autralialah.”

“Awalnya kau nak beli, pendaftaran bila?”

“Bulan depan. Alah, beli sikit-sikitlah dulu nanti tak adalah kelam-kabut. Dahlah cepat

pergi mandi, aku tunggu,” perintah Mona sambil menolak badanku supaya cepat bangun dari

katil dan aku menuruti tanpa banyak soal.

Page 35: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

34

SURAT tawaran dari Universiti Utara Malaysia yang baru kucetak dari komputer itu kutatap

dalam senyuman. Akhirnya aku diterima melanjutkan pelajaran di universiti tersebut. Terasa

ingin aku melonjak sepuas hati. Tidak sabar rasanya ingin berkongsi berita gembira ini

dengan ibu dan ayah yang belum lagi pulang dari sekolah. Setelah hampir enam bulan aku

menganggur selepas tamat pengajian diploma, akhirnya kini aku boleh menarik nafas lega

kerana diterima menjadi siswi universiti itu.

Aku memang berniat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah selepas tamat

diploma. Oleh kerana itulah aku tidak bersungguh-sungguh mencari pekerjaan dan aku lebih

senang menjadi pekerja sambilan Kak Diah untuk beberapa bulan.

Bunyi loceng di luar rumah yang bertalu-talu membingitkan telingaku. Terasa seperti

pengunjung tidak dapat bersabar lagi menanti pagar dibuka. Aku pantas melipat surat tawaran

tersebut dan menyimpannya di atas meja kopi. Aku melihat gerangan yang datang di balik

jendela. Ikin, berada di luar sambil meninjau-ninjau ke dalam rumah. Aku tersenyum

gembira, nampaknya Ikinlah orang pertama yang akan mengetahui berita gembira ini.

Aku pantas mengambil kunci dan membuka pintu rumah dan mengangkat tangan

memberi isyarat agar Ikin menunggu sebentar. Sesampai sahaja aku di depan pintu pagar, aku

lihat wajah Ikin begitu sembab dan matanya merah.

“Kau okay ke tak ni?” pantas tanganku membuka pagar rumah. Dan Ikin hanya

mengeleng-gelengkan kepalanya.

Sebaik sahaja aku membuka pagar itu, Ikin terus menerpa dan memelukku. Aku

terkejut dengan tindakan Ikin itu tetapi aku tetap juga membalas pelukkan Ikin itu. Terdengar

tangisan Ikin di bahu kananku.

“Sudahlah tu, jom masuk dulu.” Aku meleraikan pelukan dan menarik tangan Ikin

menuju ke dalam rumah.

“Kau duduk dulu aku pergi buatkan air ye.”

Page 36: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

35

Belum sempat aku meneruskan langkah, Ikin menarik tanganku.

“Safi, aku…” Ikin menundukkan wajahnya dan kemudian menangis semula.

Aku turut sedih apabila melihat air mata Ikin itu. Aku mula duduk di sebelah Ikin dan

mengusap bahu Ikin, cuba memberikan kekuatan kepadanya, walaupun aku sendiri tidak tahu

apa yang sebenarnya berlaku pada Ikin.

“Kenapa sebenarnya ni, cuba cerita kat aku.” Aku mula menyoal Ikin apabila Ikin

masih mendiamkan dirinya, kesunyian Ikin menambahkan kerisauanku.

“Haris… Dia ada makwe lain,” terang Ikin sambil bersandar di Sofa itu.

Aku sedikit pun tidak terperanjat dengan pernyataan Ikin itu, tapi yang

menghairankanku bagaimana Ikin tahu tentang hal itu. “Mana kau tahu?”

“Tadi aku nampak dia dengan perempuan lain kat The Mall, bukan main mesra lagi.

Lepas tu aku tanyalah dia siapa perempuan tu. Kau tahu dia boleh kenalkan kat aku yang tu

makwe dia. Menyirap darah aku. Bila perempuan tu tanya siapa aku dia kata aku kawan dia

je. Sampai hati dia buat aku macam ni,” terang Ikin dengan sendu yang memanjang.

Aku pula hanya mengunci kata, tidak tahu apa yang patut dikatakan pada masa ini.

“Safi kau dengar tak apa yang aku cakap ni,” rengek Ikin padaku apabila aku hanya

mendiamkan diri dari tadi.

Aku hanya menganggukkan kepala. “Ikin, sebenarnya aku… aku… aku dah lama tahu

pasal Haris tu,” dan akhinya aku luahkan jua apa yang ingin dikatakan pada Ikin sedari dulu

lagi.

“Maksud kau?” Soal Ikin, wajah Ikin berkerut seribu.

“Sebenarnya dah dua tiga kali aku nampak Haris dengan perempuan lain, selalunya…”

“Maksud kau, dah lama kau tahu semua ni?” Soal Ikin dengan nada suara yang mula

meninggi sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata.

Page 37: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

36

Aku menganggukkan kepala berulang kali, kecut perut aku melihat perubahan pada

wajah Ikin ketika ini. Hilang semua air mata Ikin.

“Dah tu kenapa kau tak bagi tahu aku awal-awal. Sampai hati kau subahat dengan

Haris, kau ni kawan aku ke, kawan dia? Kawan jenis apa kau ni.” Marah Ikin makin meluap-

luap. Mungkin Ikin benar-benar tidak sangka aku boleh merahsiakan tentang kecurangan

Haris padanya selama ini.

“Ikin aku…” aku sudah mula hilang kata, apa yang seharusnya aku katakan saat ini,

aku sendiri tidak tahu.

“Sudahlah Safi, sampai hati kau buat aku macam ni. Kalau kau kawan aku, mesti kau

bagi tahu semua ni kat aku, supaya aku tahu perangai sebenar Haris. Kalau kau bagi tahu aku

awal-awal, taklah benda-benda macam ni boleh jadi. Kau memang kawan tak guna.” Marah

Ikin makin mengila, Ikin mula bangun dan menuju ke pintu

“Ikin, aku memang nak bagi tahu kau tapi aku…”

“Sudahlah Safi, menyesal aku dapat kawan macam kau ni.”

Ikin menghempaskan pintu rumah sekuat hatinya. Berdentum bunyinya menghenyak

jantungku. Aku terpaku di situ. Aku ingin bersuara melaung memanggil nama Ikin supaya

Ikin berhenti dan mendengar penjelasan dariku terlebih dahulu tetapi aku hanya mampu

membiarkan Ikin berlalu dengan kemarahan yang membara pada diriku.

Page 38: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

37

LIMA

TERIK matahari yang memancar di ubun-ubun kepala memeritkan kepalaku. Aku menguak

rambut ke belakang, dalam masa yang sama cuba mengurut seketika kepala bagi

menghilangkan kesakitan. Aku tetap meneruskan langkah menuju ke rumah kak Diah, aku

ingin berjumpa dengan Ikin. Sudah dua hari Ikin tidak membalas mesej, apatah lagi menerima

panggilan dariku. Aku tahu Ikin begitu marah denganku, tapi aku bukan sengaja tidak mahu

menceritakan tentang kecurangan Haris. Aku sendiri tidak tahu dari mana untuk aku

memulakannya dan aku sendiri tidak pasti adakah Ikin akan mempercayai ceritaku ataupun

tidak. Tambahan pula sebelum ini aku sendiri tidak mempunyai bukti untuk menyakinkan

Ikan bahawa Haris sememangnya berlaku curang pada dirinya.

Bunyi hon motor yang sedang bergerak dari arah bertentangan denganku

memeranjatkanku. Aku mengamati motor itu, sepertinya aku pernah melihat motor itu, tapi di

mana? Belum sempat aku memikirkan jawapannya, motor itu telah pun berhenti di

hadapanku. Aku agak terperanjat dan mula mengundur beberapa tapak ke belakang. Apa

lelaki dan wanita yang menaiki motor ini mahu dariku? Aku menelan liur, segala perkara

yang bukan-bukan mula bersarang di kepala. Aku makin mengundurkan langkah ketika

penunggang motor itu turun dari motor dan menuju ke arahku.

“Eh, Safi nantilah…” Kata penunggang motor itu sambil membuka topi keledar yang

tersarung dikepalanya. “Ingat saya lagi?”

Langkahku terhenti, aku sedikit terkejut melihat Zafril kini berada di hadapanku,

senyuman tidak lekang dari bibir Zafril saat ini. Senyuman Zafril itu mengingatkanku pada

senyuman Zafril ketika berbual mesra dengan temannya di majlis perkahwinan kakak Fuad

dahulu… senyuman buaya tembaga. Mengenangkan itu semua terbantut diriku untuk

membalas senyuman Zafril itu.

Page 39: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

38

“Awak nak pergi rumah Ikin ke?” Tanya Zafril dengan senyuman yang masih lagi

bergayut di hujung bibirnya.

“Sayang, cepatlah… panas ni,” suara manja dari wanita yang membonceng motor

Zafril itu kedengaran dari belakang Zafril.

Aku dan Zafril menoleh ke arah perempuan itu yang telah pun menanggalkan topi

keledarnya dan mula mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan, panas sungguh lagaknya.

Aku mengamati wajah wanita itu. Rasanya, itu bukan wanita yang berkepit 24 jam

dengan Zafril di rumah Fuad dahulu. Amboi, berapa ramai teman wanita lelaki ini? Lepas

seorang, muncul seorang lagi berkepit dengannya. Sah lagi sahih, lelaki ini bukan sahaja poyo

tapi juga buaya tembaga yang wajib aku jauhi dan hindari.

“Siapa tu?” Soalku ketika Zafril sedang melambaikan tangan mengisyaratkan supaya

wanita itu menunggu sebentar.

Mendengar soalan dariku, Zafril pantas memandangku semula “ Kawan…” Balas

Zafril lembut.

“Aik, kawan siap bersayang-sayang. Kawan apanya tu?” Perliku. Huh, alasan klise

dari mulut setiap buaya tembaga sepertinya.

Zafril tergelak besar mendengar kata-kataku. Ingin sahaja aku menutup mulut Zafril

itu supaya berhenti ketawa. Aku tengah serius, apa dia ingat aku melawak ke?

“Awak Jelouse ke?” Aju Zafril yang masih lagi ketawa memanjang.

Aku pantas mengeleng laju, entah kenapa aku jadi tidak tentu hala apabila dianggap

sebegitu oleh Zafril. Sememangnya aku tidak cemburu, tapi aku sendiri tidak tahu mengapa

aku harus bertanya sebegitu padanya.

“Tak payahlah awak nak Jelouse, kan saya dah kata hari tu kalau awak nak panggil

saya sayang pun boleh, saya tak kisah. Lagi saya suka adalah.” Luah Zafril.

“Tak payah nak merepek.” Bentakku pantas.

Page 40: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

39

“Awak ni makin marah, makin cantiklah.”

Meremang bulu romaku apabila mendengar kata-kata Zafril itu. Aku tahu kata-kata

Zafril itu pasti tidak ikhlas, hanya untuk mengambil hatiku. Buaya tembaga seperti Zafril

memang pandai mengayat perempuan. Memang gelaran buaya tembaga ini lebih sesuai dan

padan untuknya.

“Em… awak nak saya hantarkan awak ke rumah Ikin?” Soal Zafril apabila aku masih

mendiamkan diri.

“Tak payah dah nak sampai pun,” balasku acuh tak acuh. Hanya selang tiga buah

rumah sahaja lagi aku akan sampai ke rumah Ikin. Lagi pun, Zafril ingin menghantarku

dengan apa? Dengan motornya itu? Terima kasih ajelah, tak ingin aku membonceng motor

bersamanya. Lagipun mana nak dicampakkan perempuan yang sedang membonceng

motornya itu?

“Em... takpelah saya pergi dulu, ada hal sikit. Petang nanti kita jumpa kat rumah Ikin.

Awak tunggu saya okay. Mesti tunggu,” kata Zafril yang lebih berupa arahan.

Aku hanya mendiamkan diri, bersetuju pun tidak menolak pun tidak. Aku hanya

memerhati Zafril yang berlalu menuju ke motornya dan menaiki motornya itu.

“Awak hati-hati, jangan lupa kat sini banyak anjing,” laung Zafril padaku sambil

ketawa sebelum dia memecut laju motornya itu berlalu dari situ.

Sakit hatiku apabila Zafril mengingatkanku kejadian yang memalukan itu. Aku

mengempal penumbuk, menahan geram yang bersarang di hati. Kenapa setiap kali aku

menemuinya pasti dia berjaya menyakitkan hatiku? Arghh… Zafril Adli kau memang sengaja

mengundang amarahku.

“HAH! Nak apa kau datang sini?” Soal Ikin sinis sambil memandangku yang kini berada di

luar pagar rumahnya.

Page 41: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

40

Aku menelan liur mendengar nada suara Ikin itu, sepertinya Ikin tidak menyenangi

kehadiranku di sini. Pintu pagar masih tertutup rapatku pegang kemas, tidak inginkah Ikin

memperlawaku masuk ke rumahnya seperti selalu?

“Ikin janganlah macam ni. Okay aku minta maaf aku tahu aku salah sebab tak bagi

tahu kau pasal Haris tapi aku buat macam tu sebab…”

Belum sempat aku menghabiskan kata Ikin pantas memotong percakapanku. “Sebab

apa? Sebab kau memang suka tengok Haris permainkan aku sampai bila-bilakan,” Marah

Ikin.

Aku mula beristigfar di dalam hati, begitu sekali tanggapan Ikin padaku, sedikit pun

aku tidak terniat begitu. “Aku tak ada niat macam tu, kau kan kawan aku takkan aku nak buat

kau macam tu.”

“Eleh kawan konon, kawan apa macam tu. Kalau kau betul-betul kawan aku kau mesti

bagitahu aku apa yang Haris dah buat kat belakang aku, ni kau diam je. Kenapa? Sebab kau

sukakan tengok Haris berjaya main-mainkan aku.”

“Aku tak…”

“Argh… Sudahlah Safi, kau memang kawan tak guna. Kalau kau betul-betul kawan

aku kau takkan tergamak buat aku macam ni.” Ikin nampaknya benar-benar tidak dapat

memaafkanku

“Tapi aku…”

“Kau tau tak sebenarnya aku dah malas nak layan kau. Eh… kau balik jelah,

menyampah pulak aku tengok muka kau lama-lama kat sini.”

Aku terkejut, Ikin menghalauku? Aku makin bercelaru, tidak tahu bagaimana lagi

untuk aku menjelaskan keadaan agar Ikin percaya yang aku semenangnya tiada niat sebegitu.

Segala penjelasanku tidak diterima. Bahkan, belum sempat aku menjelaskan segala-galanya

Page 42: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

41

Ikin dengan mudah memotong kataku seumpama memang tiada maaf di hati Ikin untukku

lagi.

“Eh… dahlah kau balik ajelah,” ujar Ikin sebelum berpusing ingin masuk semula ke

dalam rumahnya itu.

“Ikin nanti…” aku cuba menghentikan langkah Ikin dan aku bersyukur kerana Ikin

masih lagi mahu mengadap muka sahabat yang mula dibencinya ini. “Aku nak bagitahu kau

yang aku dapat tawaran masuk Universiti…”

Sekali lagi Ikin memotong percakapanku “Habis tu kenapa? Nak berlagak dengan

akulah tu? Apa ingat bagus sangat dapat masuk Universiti?” Bentak Ikin sambil mencekak

pinggang di hadapanku.

Aku pantas mengeleng sememangnya aku tidak terniat begitu, aku hanya ingin

berkongsi berita dengan Ikin, itu sahaja. “Tak… Bukan… Bukan macam tu.” Aku mula

gagap, entah kenapa aku mula tidak keruan bila berbual dengan Ikin hari ini. Semua kata-

kataku akan disalahertikan oleh Ikin. Ayat apa lagi yang harus aku gunakan agar Ikin tidak

menyalahtafsirkan setiap butir kata-kataku.

“Aku cuma nak bagitahu je… Lagipun hujung bulan depan aku nak pindah kat Bukit

Beruntung. Ayah dengan ibu aku dah dapat tukar sekolah kat sana,” bicara Safi perlahan.

“Nanti aku smskan alamat rumah baru aku tu kat kau.”

“Tak payah nak susah-susahkan diri. Kau nak pindah mana pun suka hati kaulah, aku

dah tak nak ambil peduli. Sebab aku memang dah tak anggap kau kawan aku lagi.” Seusai

bercakap Ikin masuk semula ke dalam rumahnya dan meninggalkanku dalam keadaan

terpingga-pingga.

Aku mengeluh berat, adakah ini bermakna aku telah kehilangan kawan yang paling

rapat denganku gara-gara Haris? Kalau bukan kerana Haris pasti Ikin tidak akan membenci

aku sehingga begini sekali.

Page 43: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

42

Besar sangatkah dosaku pada Ikin, sampai begini sekali Ikin menghukumku. Kalau

aku tahu begini pasti dari mula dia akan menceritakan pada Ikin tentang kecurangan Haris.

Kalau dapat aku putarkan semula masa pasti aku akan membongkar rahsia Haris pada Ikin.

Tapi itu tidak mungkin berlaku kerana apa yang telah berlaku adalah takdir-Nya dan aku pasti

tidak boleh melawan takdir-Nya. Dan aku juga yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

yang tersembunyi yang mana belum lagi dapat dilihat oleh Ikin dan diriku.

“EH, KAU jangan lupa tau, esok aku ambil kau pukul 9 pagi.” Mona cuba mengingatkanku

sekali lagi. Kali ini rasanya sudah empat kali dia mengingatkanku tentang trip kami dan

rakan-rakan sekelas semasa di politeknik dahulu ke Genting Highland pada keesokkan hari.

“Ya, aku ingatlah. Berapa kali kau nak telefon ingatkan aku ni Mona?” Soalku bosan

pada Mona yang berada di hujung talian. Sebenarnya aku malas ingin mengikuti trip kali ini,

aku benar-benar tiada mood sejak kesku dan Ikin beberapa hari lalu. Perselisihan faham

antara aku dan Ikin membuat perasaanku macam tidak menentu. Selagi aku tidak berbaik

semula dengan Ikin aku terasa seperti ada batu besar yang digalas dibahuku ini. Perasaan

bersalah itu tidak pernah padam dan terus aku bawa ke mana saja aku pergi.

“Iyalah, iyalah… okay jangan lupa tau esok pukul 9 pagi. Bye.” Aju Mona sebelum

mematikan talian telefon.

Aku hanya mampu mengelengkan kepala mengenangkan gelagat Mona itu. Beria-ia

benar Mona dengan trip kali ini. Mungkin perasaan teruja untuk berangkat ke Australia

minggu hadapan terbawa-bawa hingga ke trip kali ini.

“Kak Safi dah habis mengemas?” Soal Nia yang tiba-tiba terpacul di muka pintu yang

terbuka luas itu.

Aku tersenyum memandang Nia. “Lagi sikit, kenapa Nia dah nak balik ke?”

Page 44: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

43

“Ha’ah… lagipun esokkan sekolah kalau tak mesti boleh ikut Kak Safi ke Genting

kan.”

Aku hanya tersenyum kecil menyambut rungutan manja Nia itu. Walaupun sudah

berusia 18 tahun tapi sikap manjanya itu tidak pernah berubah.

“Kak Safi, Nia tanya sikit boleh?”

Aku mengangguk kecil, membenarkan Nia meneruskan pertanyaannya itu.

“Kak Safi sehari dua ni macam tak ceria je, kenapa?” Soal Nia yang mungkin risau

melihat telatahku sehari dua ini. Tidak ceria langsung.

“Tak ada apalah akak macam biasa je.” balasku yang cuba mengaburi benda yang

telah nyata.

“Tak, Kak Safi tak macam biasa. Selalunya Kak Safi kan... happy go lucky orangnya.

Dua tiga hari ni Kak Safi banyak diam aje. Ni mesti pasal kes Kak Ikin tu kan.” Teka Nia.

Aku masih mendiamkan diri. Nia memang mudah memahamiku. Oleh kerana itu aku

selalu berkongsi banyak cerita dengan Nia dan kadang-kala aku juga akan berkongsi masalah

dengan Nia, begitu juga sebaliknya.

“Alah Kak Safi tak payahlah nak rasa bersalah sangat. Bukannya salah Kak Safi

seratus peratus pun. Benda-benda macam ni kan tak dapat dijangka, mana Kak Safi nak tahu

nak jadi macam tu. Lagipun kalau Nia kat tempat kak Safi pun, Nia tak tahu macam mana nak

explain kat kak Ikin tentang perangai pakwe dia tu,” Nia cuba menyedapkan hatiku.

Bagiku itu hanya pandangan Nia, bukannya Ikin, kalaulah Ikin mempunyai pandangan

yang sama seperti Nia, pasti aku tidak perlu rasa bersalah sehingga sebegini. Teruk benar

perasaanku ketika ini. Terasa bersalah yang teramat sangat. “Betul ke Nia rasa akak tak

salah?” Soalku, aku benar-benar ingin mengetahuinya.

Page 45: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

44

“Ya, akak tak salah. Kalau Kak Ikin masih nak salahkan akak juga, nak buat macam

mana kan, biarkan ajelah dia tu. Esok lusa bila marah dia dah reda okaylah tu. Kak Safi

jangan risau okay.”

Entah bila agaknya marah Ikin itu akan reda. Aku bukannya baru mengenali Ikin,

sudah lama. Aku kenal sangat dengan Ikin, apabila Ikin sudah marah bukan senang untuk

reda, mahunya memakan masa yang lama. Entah lama mana aku pun tak tahu.

“Dahlah Kak Safi, esokkan Kak Safi nak pergi genting. Enjoy puas-puas okay, tak

payah fikir pasal Kak Ikin tu lagi. Jangan asyik nak fikir pasal orang lain aje, pasal diri sendiri

pun kena fikir juga.” Nia masih lagi cuba menasihatiku seperti seorang kaunselor yang sedang

memberi nasihat lagaknya sekarang ini.

“Iyelah Puan Qistina Shania, saya menurut perintah,” kataku, malas pula aku hendak

mendengar bebelan pengerusi persatuan pembimbing rakan sebaya sekolah ini.

“Eh… tolong sikit ya, Cik Qistina Shania bukan Puan Qistina Shania! Bila pula saya

kahwin. Cakap baik-baik sikit ya.” Marah Nia sambil menjengkilkan matanya padaku yang

berada disebelahnya.

Aku ketawa melihat telatah Nia itu, marah benar Nia kalau digelar Puan pada pangkal

namanya. “Alah apa salahnya kalau akak gelar Nia... Puan dari sekarang, lagipun mak ngah

kan dah cakap kalau Nia tak lulus STPM tahun depan, mak ngah nak kahwinkan je Nia

dengan Danial sebelah rumah akak ni,” aku masih lagi menyakat Nia, suka benar aku apabila

melihat Nia marah. Muka Nia yang putih melepak itu akan kemerah-merahan apabila marah.

Comel benar rasanya.

“Ah, jangan mimpilah nak kahwinkan Nia cepat-cepat, lagipun Nia yakin, Nia takkan

gagal STPM tahun depan, jangan lupa... Nia ni kan best student kat sekolah. Takkan best

student kantoi STPM kot… tak logik. tak logik.”

Page 46: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

45

“Jangan belagak sangat Nia… Tuhan marah…” Aku cuba mengingatkan Nia. Iyalah,

kadang-kala kita berada di atas dan kadang-kala pula, kita akan berada di bawah. Untung

nasib tak siapa yang tahu. Oleh itu kita tidak boleh terlalu berbangga diri. Walaupun aku tahu

Nia pelajar terbaik di sekolahnya, bahkan setiap tahun Nia akan menerima anugerah pelajar

harapan pada majlis anugerah cemerlang sekolahnya, namun aku tidak mahu perkara itu akan

menyebabkan Nia bongkak dan takbur.

“Nia bukan nak berlagaklah kak, Nia cuma tak suka kalau Mama dengan akak asyik

kata nak kahwinkan Nia je. Nia tak nak kahwin dulu, Nia nak belajar dulu, Nia ni muda lagi,

lagipun…”

“Lagipun Nia nak kahwin dengan Abang Add.” Pantasku menambah kata-kata Nia.

“Ish, Kak Safi ni mengarut jelah… Abang Add tukan sepupu Nia. Takkan nak kahwin

dengan sepupu sendiri pulak.”

“Eleh, siapa kata tak boleh kawin dengan sepupu sendiri, boleh apa?”

“Ish… Sudahlah Kak Safi. Nia anggap Abang Add tu macam abang kandung Nia

sendirilah. Mengarut je kak Safi ni,” muka Nia mula merah menahan malu.

Aku tahu Nia amat menyayangi abang sepupunya itu, walaupun sudah tujuh tahun Nia

tidak berjumpa dengan abang sepupunya itu tetapi nama abang sepupunya itu sentiasa meniti

di bibirnya saban waktu apabila Nia berbicara denganku. Pelbagai cerita yang aku dengar

tentang Abang Add dari Nia.

Menurut Nia Abang Add seorang yang baik, bertimbang rasa dan menyayanginya. Nia

senang apabila berada bersama Abang Add, rasa selamat. Em… tertarik juga aku untuk

mengenali Abang Add setiap kali Nia menceritakan tentang lelaki itu. Dan yang pastinya,

semua cerita Nia tentang Abang Add yang baik-baik belaka seperti tidak ada cacat-celanya

pada lelaki itu.

Page 47: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

46

“Nia tak nak jumpa Abang Add?” Soalku cuba menguji Nia, tidak rindukah dia pada

Abang Add, ayahnya dan ahli keluarganya yang lain.

“Nak…” Pantas Nia membalas soalaku

“Em… apa kata kita sama-sama cari Abang Add nak?” Saranku. Aku benar-benar

memahami keadaan Nia, sudah pasti Nia merindui saudara kandungnya. Walaupun aku

sekeluarga begitu menyayangi Nia dan tidak pernah menganggap Nia seperti orang luar tetapi

aku tahu Nia pasti ingin bersama-sama ayahnya dan saudara kandungnya yang lain

memandangkan ibunya telah lama meninggal dunia.

Nia pantas mengeleng, matanya mula berkaca.

“Nia kenapa ni?” Soalku sambil mengulas lembut bahu kanan Nia, cuba menenangkan

hati Nia.

“Kalau Nia cari Abang Add maknanya nanti Nia akan jumpa daddy dan Mak Long,

Nia tak nak jumpa daddy dengan Mak Long. Nia benci dia orang. Dia orang yang halau mama

dari rumah. Sebab dia orang jugalah Mama meninggal,” kata Nia dalam esakan yang panjang.

Aku pantas memeluk Nia berharap tangisan dan duka di hati Nia akan reda.

“Mak Long fitnah mama ada lelaki lain, sebab tu daddy halau mama keluar rumah.

Mak Long jahat, daddy pun sama.”

Aku membiarkan Nia meluahkan perasaannya, biar Nia luahkan semuanya agar hati

Nia kembali tenang. Aku sudah tahu semua cerita itu, sudah banyak kali Nia meluahkannya.

Namun setiap kali itu juga aku akan tetap menjadi pendengar yang setia kerana aku tahu

hanya padaku tempat Nia luahkan duka di hatinya itu.

“Nasib baik ada mummy, kalau tak... agaknya Nia ada kat rumah anak yatim

sekarang.” Luah Nia lagi dengan sendu yang makin memanjang.

Iya mujur Mak Ngahku mengambil Nia sebagai anak angkat, jika tidak, aku pun tidak

tahu apalah nasib Nia sekarang. Menurut Mak Ngah, mama Nia dan Mak Ngah berkawan

Page 48: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

47

baik. Apabila mama Nia menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana kemalangan jalan

raya, mama Nia mengamanahkan Nia pada mak ngah untuk menjaganya.

“Sudahlah tu Nia jangan menangis ya… Nia kena ingat setiap yang berlaku itu ada

hikmahnya, Nia kena banyak bersabar. Ini semua ujian dari ALLAH untuk Nia.” Aku pula

yang cuba memberikan kata-kata semangat pada Nia dan berharap Nia tabah menempuhi

hidup yang penuh cabaran ini.

“Qistina Shania… cepat sikit mummy dah nak balik ni…” Laung Mak Ngah dari

tingkat bawah.

Aku pantas merenggangkan pelukan dan menyeka air mata Nia. “Sudah jangan

menangis lagi, buruk benar rupanya.” Aku cuba menyakat Nia untuk menceriakan adik

kesayanganku itu.

“Ish… Teruklah Kak Safi ni, tak baik tau kata Nia macam tu.”

Aku turut tersenyum apabila melihat Nia sudah mula mengukirkan senyuman

manisnya semula.

Page 49: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

48

ENAM

AKU memandang ke langit. Cuaca sejuk sudah mula mengigit tulang-belulangku. Mona

masih lagi dalam kereta, entah dengan siapa Mona bercakap melalui telefonnya aku pun tidak

pasti. Aku pantas menoleh ke belakang apabila terdengar ada yang sedang menjerit-jerit

memanggil namaku berulang kali.

Aku tersenyum girang dan membalas lambaian bekas rakan-rakan sekelasku di

politeknik dahulu. Gembira rasanya, sudah lama aku tidak berjumpa dengan mereka semua.

Lepas majlis konvokesyen, masing-masing menyepikan diri, tiada langsung khabar berita,

ibarat hilang tanpa dapat dikesan. Nasib baik Mona yang merancang trip ini, kalau tidak entah

berapa lama lagi baru dapat berjumpa dengan mereka semua.

“Woi, Safi lama tak jumpa, apa kes sekarang?” Sapa Lina yang terkenal dengan sikap

peramahnya itu.

“Kes apa pulak? Aku macam biasalah,” balasku sambil bersalaman dan berpelukkan

dengan mereka semua. Terubat sikit rasa rindu pada mereka semua.

“Mona mana?”

“Tu dalam kereta, entah dengan siapa dia bergayut, dari tadi tak sudah-sudah?” Aku

memuncungkan mulutku ke arah Mona yang masih lagi di dalam kereta.

Lina terus ke pintu kereta sebelah pemandu dan mengetuk cermin tingkap itu bertalu-

talu. Tidak lama selepas itu Mona keluar sambil menjinjit tas tangannya.

“Wah! Awalnya korang sampai?” Sapa Mona seusai keluar dari kereta.

“Awal apanya, kau tu yang lambat. Tu lah, yang nak naik kereta buat apa. Kalau naik

bas and fly over tu, kan ke senang. Sambil-sambil tu, boleh tengok pemandangan dari atas,

baru syok.” Bebel Lina.

“Alah aku dah banyak kalilah naik fly over tu. Apa salahnya naik kereta pulak, baru

adventure. Tak gitu Safi?” Soal Mona padaku.

Page 50: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

49

Aku cuma tersenyum melihat telatah mereka berdua, kalau sudah berjumpa pasti

kedua-duanya akan berlawan cakap, seorang pun tidak mahu mengalah. “Sudahlah korang ni

dari poli lagi perangai tak ubah-ubah. Jomlah check in cepat, dah naik kematu kaki aku ni

berdiri.” Aku pantas bersuara dahulu sebelum Lina membalas setiap kata-kata Mona, kalau itu

berlaku pasti sampai malam baru habis. Tak sanggup aku menunggu sehingga malam di sini.

“Alah kesian kawan aku ni, penat ye. Okay jom check in, aku nak satu bilik dengan

Safi. Korang yang lain-lain ni carilah pasangan masing-masing ye.” Mona mula merangkul

tanganku dan mengheret aku berjalan seiringan dengannya.

“Yelah kitaorang tahulah… kau dengan Safi tu mana boleh berpisah, kalau dah

berjumpa tu, macam belangkas, berkepit aje 24 jam,” balas Lina.

“ Ha… tahu takpe…” Mona menarik muka sebelum memandangku.

“JOM semua naik atas… Satu je bilik yang tak ready lagi, dorang tengah kemas lagi. So, buat

sementara waktu ni aku dengan Safi tumpang bilik kau dululah Lina?”

“Haik, apasal lambat pulak siapnya?” Soal Lina tidak puas hati.

“Alah biasalah tu Lina, customer check out lambat so lambatlah nak kemas. Boleh tak

kita orang jadi pelarian kat bilik kau sekejap?” Soalku pula apabila Lina tidak menjawab

soalan Mona tadi.

“Tumpang ajelah, aku dengan Siti tak kisahlah. Kan Siti?” Lina menanya Siti yang

merupakan bakal teman sebiliknya itu.

Siti mengangguk dan mula mengangkat begnya begitu juga dengan aku dan kesemua

yang lain. Aku tersenyum, em… Terasa seperti ada rombongan sekolah pula apabila melihat

kesemua 10 orang rakanku yang sudi hadir pada perjumpaan itu berjalan secara berkumpulan

begini.

Page 51: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

50

Aku menghenyakkan badan ke atas tilam apabila sampai ke dalam bilik hotel itu.

Mona di sebelah sudah mula melelapkan mata. Di katil sebelah pula, Lina dan Siti juga sudah

mula melelapkan mata.

Amboi cepatnya tidur… “Woi! Korang ni datang sini nak tidur ke nak jalan-jalan.

Kalau nak tidur kat rumah pun boleh.” Jeritku pada mereka bertiga, namun tiada seorang pun

yang berganjak dan memberikan sebarang reaksi pada kata-kataku.

“Ish, asyik buat tahi mata jelah korang ni,” aku masih lagi membebel, geram bila

melihat mereka semua masih lagi enak melelapkan mata.

“Rilekslah Safi… Kita rest dulu sejam dua, lepas ni baru kita round satu genting.”

Balas Siti tapi dengan mata yang masih lagi tertutup rapat.

Hem… Tak ada maknanya sejam dua, silap-silap sampai malam membuta, macamlah

aku tidak kenal dengan mereka semua yang merupakan ‘Juara Tidur’ itu.

Aku pantas bangun apabila telefon bimbit Mona berlagu lantang dan Mona masih lagi

memejamkan mata tanpa menghiraukan deringan lagu Rihanna yang membinggitkan telinga

itu. Seusai mendapatkan telefon bimbit dari tas tangan Mona aku mengerakkan Mona dan

menyerahkan telefon bimbit itu padanya. Mona bangun dan menjawab panggilan tersebut

tetapi matanya masih terpejam rapat.

“Okay,” jawab Mona ringkas sebelum mematikan talian telefonnya. “Safi pekerja

hotel kata bilik kita dah siap, dia suruh ambil kunci kat bawah.”

“Habis tu, akulah yang kena pergi ambil ni?”

“Tolonglah Safi, aku penatlah. Kau kan baik.” Mona cuba memujukku dengan mata

yang masih lagi terpejam rapat.

“Ish, pemalaslah kau ni,” Aku mengambil bantal dan mencampakkannya pada Mona.

Namun Mona masih melelapkan mata malah bantal yang aku campakkan tadi diambil dan

Page 52: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

51

dipeluknya erat. Aku mengeluh, nampak gayanya memang aku yang kena turun bersendirian

mengambil kunci itu di lobi hotel.

Aku melangkah malas menuju ke lobi hotel, sampai sahaja di lobi tersebut, ruangan

penyambut tetamu kosong tiada pekerja hotel yang berada di situ. Puas aku menjenguk ke

ruangan dalam dan sekeliling, aku masih lagi tidak nampak pekerja hotel tersebut di kawasan

berdekatan, yang ada hanya seorang lelaki yang sedang tekun menulis sesuatu di meja

penyambut tetamu.

“Aik kosong? Mana pergi semua orang ni?” Aku mengaru kepala yang tidak gatal.

Takkan nak jadi penunggu kat sini, malaslah pulak… Ah, tanya Mamat tu jelah mana tau dia

tahu mana perginya semua pekerja hotel ni. Aku mengambil keputusan menghampiri lelaki

bertopi itu.

Ketika hanya beberapa langkah sahaja lagi aku akan menghampiri lelaki tersebut, tiba-

tiba lelaki itu berpaling memandangku. Aku sedikit terkejut melihat lelaki itu. Zafril? Alamak

apa dia buat kat sini? Aduh, macam mana boleh terjumpa dia lagi ni.

“Safi…”

Terdengar saja Zafril menyebut namaku, aku pantas berpusing ke belakang, dan mula

melangkah pergi dari situ. Namun baru sahaja aku memulakan beberapa langkah Zafril telah

berjaya memintasku.

“Safi… Awak buat apa kat sini? Awak pun bercuti kat sini ke?” Soal Zafril sebaik

sahaja berada di hadapanku.

“Ha’ah…” jawabku ringkas, malas mahu melayan lelaki itu.

“So awak menginap kat hotel ni jugalah ya?”

“Iyalah, kalau tak, takkan saya ada kat sini.” Malas benar aku untuk menjawab semua

soalan-soalan Zafril yang seperti pegawai polis lagaknya.

Page 53: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

52

“Jadi kita menginap satu hotellah ni,” ujar Zafril sedikit girang, matanya bercahaya

seolah-olah baru lepas menjumpai emas permata.

“Awak pun menginap kat sini ke?” Soalku malas, sekadar berbasi-basi dengannya.

Zafril menganggukkan kepalanya dan matanya masih lagi melekap pada wajahku.

Berdiri kesemua bulu romaku apabila dilihat sebegitu oleh buaya tembaga itu. Rimas sungguh

rasanya.

“Can I help you young lady?”

Aku pantas menoleh ke kanannya apabila mendengar pertanyaan daripada pekerja

hotel.

“Oh, cik nak ambil kunci bilik ya?” Soal pekerja lelaki itu padaku.

Aku pantas tersenyum dan menganggukkan kepala. Pastinya pekerja itu mengenaliku

kerana aku dan Mona yang menguruskan check in kesemua rakan-rakanku yang lain itu tadi.

“Ini kuncinya, maaf atas kelewatan kami. Have a nice day.” Pekerja hotel itu

menghulurkan kunci padaku dengan senyuman yang masih lagi bergayut di bibir.

“Terima kasih,” aku menyambut kunci dari tangan pekerja tersebut juga dengan

senyuman.

“Ya encik, boleh saya bantu?” Soal pekerja itu kepada Zafril pula.

Sebaik sahaja Zafril memandang pekerja hotel itu aku bergegas berlalu dari situ, aku

tidak mahu berlama-lama di situ, nanti ada sahaja kata-kata Zafril yang akan menyakitkan

hatiku.

Belum sempat aku menekan butang lif untuk ke tingkat atas, ada tangan lain yang

telah mendahuluiku menekankan butang itu, hampir terlaga tanganku dan tangan itu. Aku

pantas menoleh, Zafril tersenyum ke arahku. Aduh, apa lagi yang buaya tembaga ini nak.

“Malam ni awak free tak? Kita dinner sama-sama?”

Page 54: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

53

Aik, tiba-tiba ajak makan sama-sama, gila apa buaya tembaga ni? “Takpelah, terima

kasih je, lagipun malam ni saya dah janji nak makan sama-sama dengan kawan saya.”

“Kawan?” Soal Zafril pantas.

Aku menganggukkan kepalanya, malas untuk meneruskan bicara dengan Zafril.

Mataku halakan pada angka-angka yang bergerak perlahan di dinding lif itu. Aduh kenapalah

lama sangat lif ni?

“Kawan lelaki ke perempuan?”

Aku hanya tersenyum memandang Zafril malas mahu menjawab soalan itu, aku

biarkan soalan itu tergantung begitu sahaja. Aku dan beberapa orang yang lain masuk ke

dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka dan sewaktu pintu lif hampir tertutup Zafril menahan

pintu lif tersebut. Aku sedikit terkejut begitu juga dengan beberapa orang lain yang turut

berada dalam lif tersebut.

“Tolong jagakan handset ni, kalau ada nombor peribadi yang call jawab ye,” aju Zafril

padaku tanpa menghiraukan banyak mata yang sedang memandangnya dan aku silih berganti.

Apabila aku hanya mendiamkan diri Zafril mengangkat tanganku dan meletakkan telefon

bimbit yang berada di tangannya itu pada tanganku pula.

“Eh… tapi saya dah…” belum sempat aku menghabiskan kata-kata Zafril telah berlalu

dan pintu lif terus tertutup rapat.

Aku mengenggam erat telefon bimbit Zafril itu. Geram benar dengan sikap Zafril,

sesuka hati saja mengarahkanku itu dan ini, seperti aku ini orang gaji pula. Ish, macam mana

dia boleh ada kat sini juga.

Aku lihat dua orang wanita di dalam lif itu saling berbisik dan memandang ke arahku.

Pastinya mereka bercerita tentang tindakan Zafril tadi. Ish, Zafril Adli ni memang suka buat

aku malu! Aku terus cuba menahan geram dalam hati.

Page 55: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

54

TUJUH

INGIN sahaja aku campakkan telefon bimbit Zafril itu ke dinding, biar hancur berkecai, dari

tadi tidak putus-putus panggilan masuk. Semua panggilan itu datangnya daripada pemanggil

wanita yang jelas tertera namanya pada skrin telefon. Itu belum lagi puluhan mesej yang

diterima. Nasib baik awal-awal lagi aku telah mematikan nada deringannya dan hanya

memasang getaran pada telefon bimbit itu, jika tidak mahu pedih anak telinga mendengar

deringan telefon yang bertalu-talu itu. Entah ilmu apa yang dia ada sampai ramai perempuan

terkejar-kejar dirinya. Pelik pun ada, menyampah pun ada!

Telefon itu bergetar lagi, bertambah terkejut aku dibuatnya. Geram sungguh aku

dengan telefon bimbit itu. Sudahnya, aku menyimpan telefon bimbit Zafril itu ke dalam beg

pakaian, kemudian aku memasukkan pula beg pakaian itu ke dalam almari. Huh, lega…

duduklah diam-diam dalam tu, tak kuasa aku nak mengadap telefon itu lagi.

“Kau ni kenapa Mona macam ayam berak kapur je aku tengok?” Soalku apabila

melihat Mona yang tak senang duduk, sekejap berdiri, sekejap duduk dan kadang-kadang

berjalan ke hulu ke hilir dengan telefon bimbitnya.

“Boyfriend aku ni, dah banyak kali aku telefon tapi satu pun dia tak jawab, ish risaulah

aku,” Mona masih lagi cuba menghubungi teman lelakinya itu.

“Apa yang kau nak risau sangat dia kan dah besar, lelaki pulak tu, tahulah dia nak jaga

diri.” Aku cuba menenangkan hati Mona. Apalah yang nak dirisaukan dengan teman lelakinya

itu.

“Aku bukan apa, masa kita sampai tadi dia kata dia on the way, tapi sampai sekarang

tak sampai-sampai, tu yang aku risau tu.”

On the way? “Eh, kau ajak boyfriend kau join kita sekali ke kat sini?”

“Yelah, tapi sampai sekarang tak sampai-sampai.”

Page 56: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

55

Aku merengus marah. “Apalah kau ni Mona kata trip ni untuk geng-geng kita je

apasal kau ajak dia sekali?” Aku mula menarik muncung.

“Alah rilekslah Safi,” ujar Mona yang mulai duduk di sebelahku dan terus

memelukku. “Aku ajak dia datang sekali sebab nak kenalkan dia kat kau. Kan aku dah janji

nak kenalkan dia kat kau dulukan?”

Aku merenggangkan pelukkan Mona padaku. Bukan aku tidak suka Mona mengajak

teman lelakinya sekali ke sini tetapi entahlah tiba-tiba dia rasa tidak selesa. “Dahlah jom pergi

makan, perut aku dah lapar sangat ni. Dari tadi sampai dah malam ni, asyik terperap kat bilik

je. Kalau tahu macam ni baik duduk rumah,” aku sudah tisak sanggup menunggu lagi, terus

saja aku berlalu ke muka pintu.

“Alah kita kat sini dua harilah Safi, janganlah gopoh sangat. Aku janji esok dengan

lusa kita jalan-jalan dan main semua permainan kat sini puas-puas okay.”

Aku tidak menghiraukan kata-kata Mona itu, aku terus saja keluar dari bilik dan

menuju ke bilik kawan-kawanku yang lain untuk mengajak mereka makan malam bersama-

sama.

“AKU nak masuk bilik air dulu,”

Aku mengeling kepala melihat telatah Mona itu, bilik air pun nak direbutkan. Macam

budak-budak lagaknya. Aku mengambil baju tidur dari dalam beg pakaian dan tiba-tiba

telefon bimbit Zafril bergetar lagi. Aku terperanjat, aku benar-benar terlupa aku meletakkan

telefon bimbit Zafril di situ. Hari ini sudah banyak kali aku terperanjat gara-gara telefon

bimbit itu, telefon bimbit itu betul-betul menyusahkan diriku.

Tiada nombor yang tertera pada skrin telefon, yang tertera cuba perkataan nombor

peribadi. Tiba-tiba aku teringat pesanan Zafril supaya menjawab panggilan daripada nombor

peribadi. Nak jawab ke tak? Aku mula berkira-kira dalam hati sehinggalah telefon itu berhenti

Page 57: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

56

bergegar. Aku menyemak senarai panggilan yang tidak dijawab, 34 panggilan yang tidak di

jawab dan separuh darinya adalah panggilan daripada nombor peribadi. Selebihnya pula

panggilan daripada beberapa orang wanita.

“Siapa pulak yang menelefon dengan nombor peribadi? Kenapa Zafril suruh aku

jawab bila nombor peribadi yang call? Entah-entah dia yang call tak.” Aku berbicara sendiri.

Kalau benar itu panggilan daripada Zafril ini bermakna aku harus menjawab panggilan itu

kerana aku ingin memulangkan telefon bimbit itu pada Zafril semula.

Telefon itu bergegar lagi dan dari pemanggil yang sama. Aku mula berdoa dalam hati

semoga panggilan itu daripada Zafril, jika orang lain apalah agaknya alasan yang harus aku

berikan jika ditanya di mana Zafril. Aku menoleh ke arah bilik air melihat sama ada Mona

telah keluar atau belum. Dan setelah aku yakin Mona belum keluar dari bilik air, aku menarik

nafas dalam-dalam dan mula menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum…” ujarku perlahan.

“Waalaikumusalam, kenapa banyak kali saya call tak berjawab?” Soal Zafril meluru

setelah mendengar suaraku di hujung talian.

Terkejut aku mendengar suara Zafril yang mula meninggi itu. Apa hal tiba-tiba nak

marah pulak? Aku menarik nafas, cuba menenangkan rasa marah yang bertandang dalam diri

apabila mendengar nada suara Zafril itu tadi. “Saya keluar makan tadi, telefon ni ada dalam

bilik. Macam mana saya nak jawab panggilan awak,” terangku separuh hati.

“Kenapa tak bawa telefon tu sekali?” Soal Zafril tidak puas hati.

Nak mampus bawa telefon ni sekali, kalau Mona dan kawan-kawan aku yang lain

nampak telefon ni macam mana? Mesti dorang semua tak percaya aku pakai dua telefon

bimbit dan salah satu daripadanya semahal ini. Bukan sahaja Mona, tetapi semua yang lain

pasti bersoal jawab daripada mana aku dapat telefon ni.

Page 58: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

57

“Safi awak dengar tak saya tanya ni, kenapa tak bawa telefon tu sekali? Lagipunkan

saya dah pesan tadi jawab telefon tu kalau nombor peribadi yang telefon, awak tak ingat ke?”

Bersungguh-sungguh marah nampaknya Zafril kali ini.

“Ewah-ewah… suka-suka hati awak je nak arah-arahkan saya. Apa awak ingat saya ni

orang gaji awak ke yang awak boleh arahkan itu ini.” Marahku pula. Sepatutnya aku yang

marah kerana dia telah menyusahkan diriku, ini tidak aku pula yang dimarahinya. Gila

betullah buaya tembaga seekor ni.

Suasana sepi seketika. Aku mendiamkan diri begitu juga dengannya.

“Okay I’m Sorry,” suara Zafril mula mengendur, hilang terus nada marahnya yang

menggila sebentar tadi. “Keluar makan kat mana tadi?”

Sibuk je nak tahu, busybody betullah dia ni, jawabku tapi hanya dalam hati

“Adalah…” Jawabku ringkas dan mataku terus melekat ke arah bilik air melihat sama ada

Mona telah keluar atau belum. Aku benar-benar tidak mahu Mona tahu tentang kewujudan

telefon bimbit ini.

“Saya nak jumpa awak sekarang boleh?” Pinta Zafril.

“Nak buat apa?” aku jadi tidak keruan dengan permintaan Zafril itu. Baru sahaja aku

berkira-kira mahu mematikan perbualan dengan Zafril tapi Zafril ingin berjumpa denganku

pula. Kes berat ni.

“Saja nak jumpa, kenapa tak boleh ke?”

Aku membiarkan suasana sepi seketika. Takkan nak pergi jumpa dia, kalau jumpa pun

buat menyakitkan hati aku je. Entah-entah dia nak kenakan aku kut. Buaya tembaga macam ni

bukannya boleh percaya. Otakku berbolak-balik sama ada untuk menerima pelawaan Zafril

itu atau tidak.

“Amboi lamanya fikir. Macam ni lah, saya tunggu awak kat lobi sekarang. Dalam

masa sepuluh minit kalau awak tak muncul saya cari awak kat bilik awak,” saran Zafril.

Page 59: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

58

Aku terkejut dengan saranan Zafril itu tapi aku cuba berlagak selamba. “Alah

macamlah awak tahu bilik saya yang mana satu.”

“Memang saya tak tahu tapi saya boleh tanya kat receptionist, kan?”

“Dia orang takkan bagi nombor bilik tetamu kat orang lain. Itu polisi hotel,” aku tidak

mahu kalah dengan gertakkannya.

“Saya ramai kawan yang kerja kat sini, rasanya dia orang mesti tolong saya dapatkan

nombor bilik awakkan,” Zafril cuba mengertakku.

Aku menelan liur, biar betul Zafril ni. Kalau aku tidak turun Zafril akan datang ke sini

tapi kalau aku turun aku juga yang akan sakit hati. Aku tidak tahu apa yang hendak dilakukan

sekarang? Menurut atau tidak?

“Okay jumpa kat lobi ya, Assalamualaikum.”

Zafril meletakkan telefon tanpa mendengar balasan salam daripadaku. Apa yang perlu

aku lakukan sekarang, turun atau tidak? Aku mula berkira-kira. Akhirnya aku mengambil

keputusan untuk turun, lagipun aku harus memulangkan telefon bimbit itu semula kepada

Zafril.

Aku pantas keluar dari bilik sebelum Mona keluar dari tandas, kalau aku katakan pada

Mona yang aku ingin turun ke bawah pasti Mona ingin turut serta, tapi aku tidak mahu

memperkenalkan Zafril pada Mona, aku tidak mahu orang lain tahu kewujudan Zafril dalam

hidupku kerana aku tidak mahu Zafril berada terlalu lama dalam hidupku. Biarlah Zafril

hanya singgah sebentar sahaja dalam hidupku dan aku amat berharap Zafril tiada lagi dalam

hidupnya selepas ini.

Aku duduk di sofa yang disediakan di lobi hotel itu. Meluat benar aku apabila melihat

Zafril berbual mesra dengan seorang wanita di tepi pintu masuk hotel. Tadi kata nak jumpa

aku, boleh pulak dia berborak dengan orang lain. Terasa menyesal pula kerana turun dan

Page 60: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

59

termakan dengan gertakkan Zafril itu. Aku hanya memerhati Zafril dan wanita itu dari sofa

yang tidak jauh dari pintu masuk hotel itu.

Aku pantas mengalihkan pandangannya ke tempat lain apabila padangan Zafril

singgah padaku. Aduh, dia perasan ke dari tadi aku pandang dia, malunya… Segera aku

mengambil majalah dari atas meja dan terus pura-pura membacanya.

“Dah lama sampai?”

Aku memanggung wajah, melihat Zafril yang kini mengambil tempat duduk di kerusi

di hadapannya. “Bolehlah. Siapa tadi tu kawan ke?” Soalku, saja berbasi-basi. Yang

sebenarnya aku tidak tahu apa yang ingin dibicarakan dengannya.

“Nak kata kawan tak juga,” Zafril mematikan kata-katanya di situ.

Aku mengerutkan dahi, tidak faham dengan kata-kata Zafril itu.

“Baru je jumpa tadi. Sementara tunggu awak, saya berbual-buallah dengan dia dulu.”

“Dasar buaya tembaga.” omelku perlahan. Pantang nampak perempuan semua

dilayannya.

“Apa awak panggil saya tadi?”

Alamak… dia dengar ke? Aduh, masak kalau macam ni, hatiku mula tidak senang.

“Panggil apa pulak,” aku cuba berdalih.

“Tadi tu awak panggil saya apa?” Soal Zafril sekali lagi. Bersungguh-sungguh

nampaknya dia ingin mengetahui apa yang baru aku katakan sebentar tadi.

“Buaya tembaga!” luahku. Nak tahu sangatkan, nah ambik. Kalau dia marah macam

mana? Ah, biarkan dia nak marah, ingat aku takut dengan dia ke? Kirim salam.

Zafril ketawa besar selepas mendengar luahanku itu. Aku terkejut, tidak marahkah dia

apabila mengetahui aku memanggilnya sebegitu?

“Amboi eksotiknya gelaran yang awak bagi untuk saya,” kata Zafril dengan tawa yang

masih bersisa.

Page 61: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

60

Aku mengetap bibir, entah kenapa setiap kali Zafril ketawa pasti tawanya itu mencabar

kesabaranku. “Nah ambil balik handphone awak ni,” aku cuba mengalihkan perbualan kami.

Telefon bimbit itu aku halakan kepadanya, pantas Zafril berhenti ketawa. Dia hanya melihat

sahaja telefon itu dan seperti tiada niat untuk mengambilnya dari tanganku.

“Aik! Apasal tak ambil, dah tak nak handphone sendiri ke?” Perliku bila Zafril masih

lagi membatukan dirinya.

“Kalau saya bagi handphone tu kat awak, awak nak tak?”

Aku sedikit terkejut dengan pertanyaan Zafril itu. Aku cuba merenung dirinya untuk

membaca isi hatinya itu. Tiada apa-apa emosi yang dapat aku gambarkan pada wajah itu

ketika ini. Apa yang sebenarnya yang ingin Zafril lakukan kali ini? Ah… itu mesti nak

mengenakan aku sekali lagilah tu.

“Tak apalah, terima kasih aje. Saya pun dah ada handphone sendiri,” aku meletakkan

telefon bimbit itu di atas meja dan menolaknya ke arah Zafril. Namun Zafril masih lagi tidak

menyambut telefon bimbit itu. “Okaylah, saya balik bilik dulu.”

“Eh, nantilah kejap.” Zafril cuba menghalangku dari bangun.

Entah kenapa aku menurut sahaja kehendak Zafril kali ini.

“Boleh saya tanya awak satu perkara?”

Aku sekadar mengangguk malas.

“Kenapa awak tak tunggu saya minggu lepas?”

“Tunggu awak?” Soalku pula, aku tidak faham apa maksud Zafril.

“Masa awak pergi rumah Ikin minggu lepas, kan saya suruh awak tunggu saya petang

tu?”

Oh, aku baru teringat tentang itu. “Ada ke saya janji nak tunggu awak? Rasanya

takkan?” aku cuba mengingatkan Zafril yang aku tidak pernah membuat apa-apa temu janji

dengan dirinya.

Page 62: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

61

“Ya, memanglah awak tak janji. Tapi saya ingat awak akan tunggu saya. Saya betul-

betul berharap awak tunggu. Tapi petang tu bila saya pergi rumah Ikin, awak dah balik. Saya

tanya dia nombor telefon dan alamat awak tapi Ikin kata awak dah pindah rumah dan tukar

nombor telefon. Betul ke?”

Aku terdiam apabila soal Ikin dibicarakan. Kenapa Ikin berkata begitu? Adakah

kerana Ikin sekadar memenuhi permintaanku yang tidak mahu memberikan nombor telefon

kepada lelaki yang tidak aku kenali. Tapi tentang pindah rumah itu pula? Terdiam aku

seketika memikirkannya. Memang aku akan pindah rumah, tapi lambat lagi dan kenapa Ikin

perlu berkata begitu? Atau sebenarnya Ikin sememangnya sudah tidak mahu menjadi

kawanku? Mungkinkah sebenarnya Ikin ingin melupakan kesemua tentang diriku? Adakah

Ikin sememangnya telah membuang aku jauh dari hidupnya?

“Atau awak dan Ikin ada masalah sekarang?” Zafril cuba meneka apabila aku

mendiamkan diri dan tidak menjawab soalan darinya.

“Kenapa awak kata macam tu?” Pantas aku menyoal Zafril semula. Ketara sangatkah

perubahan perhubungan antara aku dan Ikin hinggakan Zafril yang masih baru mengenaliku

dan Ikin pun, boleh terhidu perkara itu.

“Taklah, sebab sebelum ni kalau saya tanya pasal awak kat dia macam-macam yang

dia cerita tapi hari tu bila saya tanya pasal awak dia macam nak tak nak je jawab. Kenapa

agaknya ye?”

“Tak ada apalah. Okaylah saya masuk bilik dulu dah malam ni,” aku bingkas bangun,

tidak larat rasanya untuk terus berbicara dengan Zafril. Baru sahaja aku ingin melupakan

masalahku dan Ikin, Zafril telah membangkitkannya semula.

“Safi nanti kejap,” Zafril cuba menghalangku sekali lagi, aku menoleh dan kemudian

Zafril mengambil kertas dan pen yang tersedia di atas meja itu.

Page 63: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

62

Setelah mencatitkan sesuatu pada kertas itu Zafril kemudian bangun dan menyerahkan

kertas itu padaku dan aku menyambutnya.

“Itu nombor peribadi saya, kalau rasa nak berbual ke bolehlah call saya.”

Aku melihat kertas itu dan kemudian aku kembali memandang wajah Zafril semula.

“Kira awak bertuah tau sebab tak ramai yang boleh dapat nombor peribadi saya.”

Aku masih membatukan diri. Iyalah tu!

“Esok pukul 9 saya tunggu awak kat First World Café. Kita sarapan sama-sama.”

Zafril penuh mengharap kali ini.

“Sorry saya tak senang.” Sejurus itu aku terus berlalu meninggalkan Zafril di situ.

“Saya tunggu sampai awak datang,” laung Zafril apabila aku mula menjauh darinya.

Suka benar dia melaung sebegitu padaku.

Aku terus berlalu dan tidak langsung menoleh pada Zafril kerana dalam kepalaku kini

hanya memikirkan tentang masalahku dengan Ikin.

AKU membaringkan diri atas katil sambil membaca risalah yang terdapat di dalam bilik hotel

itu, namun tidak sedikit pun aku menumpukan perhatian pada risalah itu, fikiranku melayang

mengenangkan Ikin. Aku datang ke sini untuk melupakan masalahku dengan Ikin tetapi

kehadiran Zafril telah mengingatkan kembali semuanya tentang Ikin.

Betulkah Ikin sudah tak mahu lagi berkawan denganku? Tidak ke Ikin sayang dengan

persahabatan yang telah berbelas tahun terjalin ini? Sanggupkah Ikin memutuskan tali

persahatan ini semata-mata kerana seorang lelaki? Aku betul-betul pening dengan sikap Ikin.

Susah sangatkah Ikin untuk memaafkanku?

“Hah… kau ke mana tadi? Oh keluar tak ajak aku. Jumpa boyfriend ye?” Soal Mona

yang sudah berbaring di sebelahku, entah sejak bila dia berbaring di situ.

Page 64: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

63

Aku meletakkan semula risalah itu di meja sisi katil. “Ish, merepek ajelah kau ni. Aku

turun kejap je, jalan-jalan, ambil angin. Kau tu bergayut dengan siapa tadi?” Aku cuba

menutup cerita tentangku dengan membuka cerita dirinya pula. Dari aku masuk tadi, Mona

bergayut di talian. Rasanya sudah setengah jam berlalu.

“Boyfriend aku telefonlah,” ujar Mona riang.

“Hah, mana dia sekarang? Dah sampai ke?”

“Dah… em, tak sabar nak jumpa dia esok.”

“Apasal tak jumpa malam ni je?” Soalku lagi, melihat pada wajah Mona itu aku tahu

Mona benar-benar telah dilanda rindu yang boleh dikatakan kronik. Mana tidaknya angau

semacam saja sekejap termenung sekejap tersenyum sendiri. Parah kawan aku yang seorang

ni.

“Dia kata penat, dia nak tidur awal malam ni. Tapi tak apelah, esok boleh jumpa juga.

Hah, sebelum kau jumpa dia esok, kau nak tak tengok gambar dia dulu?”

Aku menganggukkan kepalaku berulang kali, teruja pula ingin melihat gambar lelaki

yang menyebabkan kawanku yang terkenal dengan sifat memilih itu boleh cair sehingga

sebegini rupa. Hilang sementara beban di kepala tentang Ikin.

Mona mula menekan punat-punat di telefon bimbitnya itu sebelum menyerahkan

telefon bimbit itu padaku.

“Nah, ni gambar dia. Masa tu kita orang kat Bukit Frazer.”

“Amboi, siap pergi Bukit Frazer, berdua je ke? Kau biar betul?” Soalku tidak percaya,

namun aku masih menyambut telefon bimbit itu dari tangan Mona. Mataku masih lagi

tertancap pada Mona, pengakuan berani mati Mona itu membuatku sedikit terperanjat.

“Ish, kau ni takkan aku nak pergi berdua je dengan dia, gila apa. Kita orang pergi

ramai-ramailah,” sangkal Mona.

Page 65: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

64

Mendengar nada suara Mona yang mula meninggi itu membuat aku tersenyum. Lantas

aku terus melihat telefon bimbit Mona yang berada di tangan. Aku terlonggo seketika. Lelaki

di sebelah Mona itu amat aku kenali. Aku menekan lagi punat di telefon bimbit itu untuk

melihat gambar-gambar seterusnya. Memang sah aku benar-benar mengenali lelaki itu!

“Siapa nama pakwe kau ni?” Soalku ingin mendapatkan kepastian dari mulut Mona

sendiri.

“Zafril Adli. Sedapkan nama dia,” puji Mona yang turut sama melihat gambar di

dalam telefon bimbitnya itu.

Aku mengeluh, memang benar tekaanku selama ini tentang Zafril. Memang spesis

buaya tembaga. Kalau Mona ini teman wanitanya, siapa perempuan yang sentiasa berkepit di

sisinya 24 jam di majlis perkahwinan kakak Fuad? Siapa pula perempuan yang membonceng

motor bersamanya minggu lalu. Fikiranku yang tadinya amat kusut tentang Ikin, kini timbul

pula masalah pasal Mona. Kenapalah, aku selalu ditakdirkan untuk mengetahui tentang

kecurangan kekasih rakan-rakan baikku? Mengapa aku?

“Hoi… kau menung apa tu ha! Itulah, aku dah kata dia hensem, tengok sampai kau

pula yang angau sekarang ni,” sakat Mona apabila melihat aku merenung dalam gambar-

gambarnya bersama Zafril itu.

Aku menjuihkan bibir, tidak mungkin aku akan angau dengan Zafril. Minta-minta

dijauhkan. Buaya tembaga macam Zafril hanya pandai memainkan cinta dan tidak akan

pernah tahu menghargai dan memahami erti sebuah percintaan.

Kalau inilah lelaki yang ingin Mona kenalkan padaku, baik tidak payah. Buat apalah

Mona nak kenalkan Zafril padaku, tak ingin aku berkenalan dengan orang macam Zafril itu.

Tapi apa boleh buat, sudah takdir aku mengenali Zafril terlebih dahulu sebelum Mona

memperkenalkannya. Sudah jodoh agaknya. Jodoh? Aku dengan Zafril? Tolonglah, tak ingin

aku mendapat jodoh sepertinya.

Page 66: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

65

Patutlah Zafril boleh berada di sini. Kalau aku tahu, sumpah aku tidak akan mengikut

trip kali ini, walau dipujuk rayu oleh Mona sekali pun, aku akan katakan tidak! Kini baru aku

baru teringat sesuatu, maknanya nama Mona yang tertera di telefon bimbit Zafril sejak dari

petang tadi adalah Mona Suzana, kawanku sendiri… Aduh, kenapalah aku boleh tidak terfikir

tentang hal ini sejak tadi.

“Aku rasa bertuah sangat dapat pakwe macam dia.” Mona meluahkan rasa, matanya

dihalakan ke syiling.

Aku terkejut dengan pernyataan Mona itu. Bertuah ke kalau dapat pakwe buaya

tembaga macam itu? Entah-entah Mona tidak mengetahui perangai sebenar Zafril. Aku pasti

kalau Mona mengetahui hal ini pasti Mona tidak akan menerima Zafril. Perlukah aku

berterus-terang dengan Mona tentang perangai Zafril itu? Kalau aku berterus-terang pada

Mona, adakah Mona akan mempercayai setiap kata-kataku? Kalau aku tidak berterus-terang

pada Mona, pasti Mona akan dapat nasib yang sama seperti Ikin. Tidak, aku tidak mahu Mona

mendapat nasib yang sama seperti Ikin. Aku tidak mahu Mona pula membenci diriku seperti

Ikin membenciku.

“Esok kau bangun awal sikit tau, kita pergi sarapan sama-sama dengan Zafril, masa tu

bolehlah kau berkenalan dengan dia.” Rancak Mona mengatur rancangan.

Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba mencari kekuatan untuk menjelaskan pada

Mona tentang siapa Zafril sebenarnya. “Mona kalau nilah pakwe kau tu, tak payahlah kau nak

kenalkan pada aku… Aku dah kenal.” Luahku sambil menyerahkan semula telefon bimbit itu

pada diri Mona.

Mona kelihatan terkejut dengan kenyataanku. “Kau kenal dia, biar betul? Macam

mana kau boleh kenal dia? Dah berapa lama kau kenal dia?” Soal Mona bertubi-tubi.

“Masa aku kerja dengan Kak Diah dulu, kakak sepupu dia kahwin, kita orang yang

handle. Masa tu lah aku kenal dia.” Luahku, sengaja tidak mahu menyatakan dengan lebih

Page 67: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

66

terperinci bagaimana aku boleh berkenalan dengan Zafril. Bila memikirkan semula pertemuan

pertamaku dengan Zafril, hatiku makin membengkak.

“Oh, jadi baru-baru ni jugalah ye.”

Aku mengangguk kepala dan dalam masa yang sama hati masih berbelah bagi, adakah

aku perlu menceritakan apa yang aku ketahui tentang Zafril pada Mona pada waktu ini juga?

“So, since kau dah kenal, apa pandangan kau tentang dia?”

Aku mengeluh, berat sekali lagi dan kali ini aku benar-benar nekad untuk

menerangkan pada Mona tentang perangai sebenar Zafril. Aku memalingkan badan mengadap

Mona serta mula duduk bersila di hadapannya. Mona juga menurut rentakku, dia pun kini

duduk bersila.

“So... my dear friend…” ujar Mona apabila melihat aku masih mendiamkan diri. Tidak

sabar nampaknya mahu mendengar pandanganku tentang buah hatinya itu.

“Okay sebab kau kawan aku, aku nak berterus terang dengan kau. Tapi kau kena janji

kau jangan marah aku pula lepas apa yang aku cakapkan ni…” Aku menghalakan jari

telunjuknya pada Mona memberi peringatan.

“Okay aku janji…” Mona mula mengangkat tangan kanannya seperti sedang

menangkat sumpah di dalam kandang saksi di mahkamah.

Aku mula memegang tangan Mona dan meletakkan semula tangan Mona ke bawah.

Aku merenung tepat ke dalam anak mata Mona. “Untuk kebaikan kau, aku rasa baik kau

lupakan aje Zafril tu.”

Kening Mona berkerut, mukanya kelihatan bingung apabila mendengar cadanganku

itu. “Eh, apa yang kau cakap ni? Dah macam salah topik je? Aku tanya pandangan kau

tentang Zafril, apa yang kau merepek sampai suruh aku lupakan dia pula. Ish, tak masuk akal

betullah kau ni.” Mona tersenyum kecil setelah menghabiskan kata-katanya, mungkin Mona

ingat aku sengaja ingin melawak dengannya.

Page 68: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

67

“Aku tak merepeklah Mona, aku suruh kau lupakan dia tu pun bersebab,”

“Okay, kalau macam tu apa sebabnya?”

“Sebab Zafril tu…” aku diam seketika dan merenung wajah Mona yang masih lagi

tidak lepas-lepas memandangku. “Sebab Zafril tu playboy.” Luahku perlahan tapi aku tahu

Mona masih lagi boleh dapat mendengarnya.

“Hah! Playboy? Kenapa kau cakap dia macam tu, kau kan baru aje kenal dengan

dia?”

“Ya, memang aku baru je kenal dia tapi…” Aku diam sebentar, menyusun kata agar

kata-kataku nanti tidak disalahertikan oleh Mona.

Mona masih menanti aku meneruskan kata-katanya.

“Tapi masa sepupu dia kahwin hari tu dia bukan main lagi dia berkepit dengan seorang

perempuan ni, aku tak taulah siapa perempuan tu, tapi dia orang berdua bukan main mesra

lagi. Hah, lagi satu, hari tu aku jumpa dia naik motor sama-sama dengan perempuan yang lain

pula, perempuan tu siap panggil dia sayang lagi kau tau.” Terangku panjang lebar dan

mengharap Mona mengerti. Dadaku terasa lapang setelah meluahkannya.

Mona tergelak besar. Terkebil-kebil mataku melihat Mona boleh tergelak sehingga

segitu sekali.

“Safi, Safi… Jadi sebab tu kau nak aku lupakan dialah?” Soal Mona.

Aku menganggukkan kepala berulang kali. “Kau kawan aku Mona aku tak nak tengok

kau merana esok lusa kalau dapat pakwe macam tu.” Balasku, benar-benar takut jika Mona

tersalah pilih, aku tidak mahu kejadian yang menimpa Ikin menimpa Mona pula.

“Safi aku rasa kau ni banyak sangat berimaginasilah, maybe Zafril hanya anggap

perempuan-perempuan tu kawan dia je ke? Kita mana tahukan.” Mona cuba membela Zafril.

“Kawan apanya Mona kalau bukan main mesra lagi gayanya.” aku masih lagi cuba

menegakkan kebenaran kata-kataku.

Page 69: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

68

“Okaylah macam ni, kalau Zafril tu playboy sekali pun aku tak kisah. Aku masih boleh

terima dia jadi pakwe aku.”

Aku terlonggo mendengar kata-kata Mona. “Kau betul-betul tak kisah? Kau tak takut

ke kalau esok-esok dia mainkan perasaan kau pula?” Soalku masih ragu-ragu dengan

kenyataan Mona itu.

“Safi, Zafril jadi playboy mungkin sebab dia belum jumpa lagi perempuan yang betul-

betul dia suka, yang betul-betul dia cinta. Aku rasa dia belum jumpa cinta sejati dia. Kalau

dia dah jumpa dengan perempuan yang dah berjaya tawan hati dia, yang berjaya buka pintu

hati dia, dan yang dia cintai sepenuh hati aku rasa perangai playboy dia tu akan berubah serta-

merta. Aku yakin tentang tu. Dan manalah tahu akulah cinta sejati dia. Perempuan yang dia

tercari-cari tu?” Ujar Mona dengan senyuman dan penuh keyakinan.

Aku mengeluh berat. “Jadi kau betul-betul yakin dia akan berubah demi kau?” Soalku

lagi.

“Aku yakin dia akan berubah demi aku. So, kau tak payahlah nak risau sangat okay.”

Mona tersenyum padaku. Mona nampaknya benar-benar yakin dengan setiap kata-kata dan

keputusannya itu.

Aku membalas senyuman kawanku itu. “Kalau kau dah kata macam tu aku tak boleh

nak kata apa-apa lagi. Aku harap keputusan yang kau buat ni betul dan sebagai kawan aku

akan sentiasa doakan kebahagiaan untuk kau.”

“Terima kasih Safi.” Mona mula memelukku.

Aku membalas pelukkan Mona itu. Aku mengeluh dalam hati, iya mungkin benar kata

Mona, mungkin Zafril belum lagi berjumpa dengan perempuan yang dicintainya dan aku

benar-benar berharap agar Zafril akan berubah jika telah berjumpa dengan cinta sejatinya.

Aku juga berharap cinta sejati Zafril itu adalah Mona Suzana. Aku tidak mahu Mona kecewa

seperti Ikin. Ikin… aku berharap selepas ini Ikin akan menemui lelaki yang betul-betul

Page 70: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

69

menyintainya sepenuh hati dan aku juga amat berharap Ikin dapat melupakan Haris dan

sekaligus memaafkanku.

Page 71: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

70

LAPAN

AKU berjalan terhuyung-hayang, pening benar kepalaku pada waktu ini, ditambah pula

dengan hilai tawa kawan-kawanku yang lain dan beberapa pengunjung di Genting Theme

Park itu menambahkan lagi pening kepalaku. Menyesal pula rasanya menaiki pirate ship snow

itu. Tekakku mula terasa mual, seperti hendak keluar semua isi perut. Aku mencari tempat

duduk di taman tema itu dan melabuhkan punggung di situ. Mata kupejamkan seketika, tekak

yang mual tadi sudah tidak terasa tetapi kepala masih lagi terasa pening.

“Eh, Safi apa kau buat kat sini? Jom, kita orang nak main flying coaster pulak.

Jomlah.” Siti mula menarik tanganku dan menganjakku bangun dari kerusi.

Aku memandang Siti dan kawan-kawan yang lain, tidak sanggup untuk turut serta lagi

kali ini. “Tak naklah aku, pening ni pun tak hilang lagi… Kau orang pergi ajelah main.” aku

menolak dengan lembut.

“Alah Safi takkan dah pening, rileks ar… banyak lagi permainan yang kita nak main

ni.” Siti masih mendesak.

“Aku tak nak, nanti tak pasal-pasal aku pengsan, korang pulak yang kena angkat aku

pergi hospital, lagi naya.” aku masih menolak, aku harus memikirkan tahap kesihatanku.

“Habis tu kau nak tunggu sini aje, ke?” Soal Siti lagi.

Aku menganggukkan kepala.

“Okaylah kalau macam tu, kau tunggu sini tau.”

Mataku mengekori langkah siti dan kawan-kawan yang lain sambil mengurut tengkuk

dan kepalaku.

“Ish, menyampahlah.”

Aku tersentak dan pantas menoleh apabila Mona menerjah duduk di sebelahku.

“Kau ni kenapa Mona?” Soalku malas apabila melihat muka Mona yang berkerut

seribu itu.

Page 72: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

71

“Dari pagi aku cuba call Zafril, tapi asyik tak jawab aje… sms jangan ceritalah

berlambak-lambak aku hantar tapi tak berbalas juga,” luah Mona.

Aku tahu Mona geram dengan Zafril saat ini, maklumlah janji Zafril untuk bersarapan

bersamanya pagi itu tidak ditunaikan, kini telefonnya pula tidak berjawab, sudahnya pagi tadi

aku dan dia hanya bersarapa di bilik sahaja, membatalkan rancangan Mona untuk sarapan

bersama-sama Zafril.

“ Dia ada hal kut…” Balasku. Aku bukan mahu membela Zafril tetapi aku hanya ingin

mencari alasan untuk menenangkan hati Mona yang mula membengkak itu. Aku tidak mahu

Mona terus membebel sedangkan kini aku sedang menahan sakit kepala.

“Agaknyalah…” Mona mula membuang semua tanggapan negatifnya pada Zafril.

“Kau tak joint dia orang semua, ke?”

“Malas… Tak ada mood.” Mona mula mencari rakan-rakannya disekitar taman tema

itu. “Diaorang semua mana?” Soal Mona apabila tidak menjmpai seorang pun kawannya di

sekitar taman tema itu.

“Tadi Siti kata nak main flying coaster.”

“Aku ingat nak balik bilik ajelah Safi.”

“Kenapa awal sangat?” Soalku tidak pecaya sedangkan Mona yang beria-ia mengajak

mereka semua ke sini pagi tadi.

“Entahlah, macam tak ada mood pula. Kau nak stay sini ke nak join aku balik bilik?”

Nampaknya Mona benar-benar tiada mood hari ini.

Aku berfikir sejenak, tinggal di sini bersama kawan-kawan yang lain atau berehat

sahaja di bilik? Aku tertanya sendiri. Cuba membuat keputusan.

“Eh, yang kau termenung tu kenapa,” Soal Mona sambil memetik jarinya di hadapan

mataku, aku tesentak.

Page 73: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

72

“Em… aku ikut kaulah.” Kepalaku yang pening telah membuatkan aku mengambil

keputusan untuk pulang ke bilik bersama Mona. “Tapi dorang semua macam mana?”

“Kita sms Siti jelah bagi tahu kita kat bilik. Suruh dia orang enjoy puas-puas, kita nak

rest dalam bilik aje.” Ujar Mona sambil bangun dan mula mengorak langkah.

Melihat Mona telah mula melangkah, aku pantas bangun dan berjalan bergandingan

dengannya. Sepanjang perjalanan Mona mula bercerita itu dan ini tapi kepalaku yang makin

pening hanya terbayangkan tilam dan bantal.

MATAKU terpesat-pesat, aku mula mengangkat kepala dan mengapai telefon bimbit di meja

sisi di sebelah. 2.30 petang? Aku terkejut lama rasanya aku tertidur. Sakit di kepala sejak

menaiki pirate ship snow pagi tadi sudah mula hilang, Aku bingkas bangun dan menuju ke

bilik air, tidak mahu melambatkan solat zohor. Tidak baik melengahkan sembahyang, itu yang

dididik oleh ibu bapaku sejak kecil lagi.

Seusai menunaikan solat wajib itu, aku melipat semula telekung dan sejadah dan

diletakkan di hujung katil. Aku menghalakan pandangan pada balkoni bilik, tadi sebelum

bersolat, ada aku melihat Mona berdiri di beranda itu. Tetapi kini, Mona tiada di situ. Pelik,

kemana pula agaknya Mona menghilang?

Aku merapatkan diri ke balkoni itu, mengerling ke sekeliling balkoni yang agak luas

itu. Aku tersenyum melihat Mona yang duduk di bangku yang disediakan di hujung balkoni.

Aku mula bergerak menuju ke arah Mona. Sempat juga aku melemparkan senyuman padanya

sewaktu mula duduk di sisinya. Namun senyumanku hanya dibalas dengan senyuman nipis

daripada Mona yang pada wajahnya tergambar kehambaran.

“Apasal tak ceria aje kau hari ni?”

Mona hanya tersenyum mendengar soalan dariku itu.

“Pasal Zafril ke?” Soalku lagi, cuba mengagak perasaan Mona tika ini.

Page 74: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

73

Tedengar Mona menghembuskan keluhan kecil. “Dari pagi aku call dia, tapi tetap tak

dapat. Risaulah…” Mona menyandarkan tubuhnya pada kerusi rotan itu. Beban jiwa yang

ditanggungnya kini betul-betul menghimpit perasaannya.

Aku merenung wajah Mona yang makin resah itu. Aku dapat merasakan bahawa

Mona benar-benar mencintai Zafril sepenuh hati, jika tidak, masakan Mona boleh serisau ini

semata-mata tidak dapat menghubungi Zafril. Mengapa susah sekali untuk Mona

menghubungi Zafril sedangkan mereka berada di dalam satu hotel yang sama. Apa yang

sedang Zafril lakukan sekarang sehingga tiada sedikit waktu pun untuk menjawab panggilan

daripada Mona? Entah mengapa pada tika ini aku terbayangkan wajah wanita yang berbual

dengan Zafril di pintu utama hotel malam semalam. Betulkah Zafril baru mengenali wanita itu

semalam? Bagaimana Zafril boleh berbual begitu mesra dengan wanita yang baru

dikenalinya? Entah wanita manalah yang sedang bersama dengan Zafril pada waktu ini

sehinggakan Zafril tidak langsung mahu menjawab panggilan daripada Mona. Takkan sibuk

sangat melayan wanita lain sehingga tiada masa untuk teman wanita sendiri.

“Em… kalau dah susah sangat nak call dia. Apa kata kau pergi ajelah kat bilik dia.

Kau tahukan nombor bilik dia?”

“Hurm… dah banyak kali aku pergi cari dia kat bilik. Puas aku ketuk sampai nak

tercabut tangan aku ni, dia tak buka-buka juga pintu. Aku rasa dia tak ada kat biliklah. Entah

manalah dia pergi agaknya.” Luah Mona yang sudah muncung memanjang.

Kesian pula melihat Mona yang bersungguh-sungguh mencari Zafril. Benarlah kata

pujangga penantian itu satu penyiksaan. Aku boleh melihat keseksaan yang Mona alami kini.

Telefon bimbit Mona bernyanyi lantang, Mona pantas mengambil telefon bimbit yang

baru sahaja diletakkan di atas meja sebentar tadi. Mona mengeluh apabila melihat nama yang

tertera di skin kecil telefon bimbitnya itu.

Page 75: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

74

“Em… Nak apa?” Soal Mona sebaik sahaja telefon dilekapkan di telinganya. “Aku

dah jawablah dalam hati. So, what’s up?” Sambung Mona lagi.

“Okay, bye…” Mona pantas mematikan talian telefonnya. “Safi Siti call. Dia orang

ajak makan kat café bawah. Kalau kau nak pergi, pergilah.” Mona cuba menerangkan secara

ringkas rancangan Siti tadi.

“Abis tu kau?”

“Malas pulak aku nak turun… Kau pergi jelah ya.”

“Aik, takkan tak nak makan. Kau biar betul?” Soalku tidak percaya. Aku mengerling

jam ditangannya, 3.00 petang. Aku pasti Mona masih lagi belum makan tengah hari kerana

kami terus pulang ke bilik selepas pulang dari teman tema genting itu. Tidak mungkin Mona

tidak berasa lapar sedangkan sarapan pagi tadi pun Mona hanya mengambil sekeping roti dan

secawan susu, itu pun tidak dihabiskannya.

“Aku tak rasa nak makanlah Safi. Kau pergi jelah, jangan risau pasal aku. Aku okay.”

Mona cuba menyakinkanku.

“Betul ni…”

Mona mengangguk kepalanya berulang kali.

“Nak aku bungkuskan untuk kau apa-apa?”

“Tak apalah, tak payah… Kalau aku lapar nanti aku turunlah, okay.”

Aku terpaksa mengalah, aku tahu pada masa begini, pasti Mona ingin bersendirian.

“Okaylah, aku pergi dulu, kalau jumpa hantu jangan lupa lari tau.” aku cuba untuk

menceriakan Mona.

“Ish, kau ni, mulut…” Mona mengambil bunga yang terdapat di dalam pasu di atas

meja kopi itu dan dicampakkan padaku yang telah meluru masuk ke dalam bilik semula

dengan tawa memanjang.

Page 76: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

75

KEADAAN di dalam restoran yang agak legang itu memudahkan aku mencari meja kosong.

Aku memilih untuk duduk di meja yang berada di tengah restoran sambil menunggu kawan-

kawanku yang lain yang sedang dalam perjalanan ke cafe itu.

“Cik!”

Aku yang baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi itu, berpaling memandang

pelayan lelaki yang berdiri tegak di sebelahku. Aku tersenyum memadang pelayan yang

pastinya ingin mengambil pesanan dariku.

“Encik tu minta cik ke sana.”

Aku yang baru sahaja ingin membuat pesanan, terkejut dengan kata-kata pelayan itu.

Pelayan itu menghalakan tangan kanannya ke arah belakangku, aku segera berpaling. Terkejut

bukan kepalang aku apabila melihat Zafril yang sedang duduk di meja yang tidak jauh dariku.

Dia tersenyum padaku.

“Sila.” Pelayan itu mula bergerak sedikit memberikan aku laluan untuk bangun.

Aku memadang pelayan itu semula. “Eh, tak payahlah, saya tak mahu ke sana.” Aku

membantah, tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu lagi.

Berubah terus muka pelayan itu apabila mendengar jawapanku. “Eh, janganlah begitu

cik. Dah lama dia tunggu cik, sejak dari pagi tadi lagi.”

Berkerut dahiku mendengar kata-kata pelayan itu. Apa hal pulak tunggu aku dari pagi,

buang tebiat apa?

“Silakan cik,” Sekali lagi pelayan itu menghalakan tangannya supaya aku bergerak

menuju ke meja Zafril. Bersungguh-sungguh nampaknya pelayan ini mahu aku ke meja yang

dihuni Zafril.

Aku mengeluh berat, antara hendak dan tidak, aku bangun juga menurut langkah

pelayan itu. Langkahku terasa berat menuju ke meja itu, di tambah pula dengan pandangan

Zafril yang tidak putus-putus sejak aku bangun tadi. Menyesakkan nafasku seketika.

Page 77: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

76

Aku berbelah bahagi apabila melihat pelayan itu menarik kerusi di hadapan Zafril

untukku duduk. Alamak, nak duduk ke ni?

“Have a seat…” ujar Zafril dan pelayan itu serentak. Ketawa kedua-duanya mula

kedengaran, mungkin tidak menyangka akan mengeluarkan ayat yang sama serentak.

Dalam terpaksa, aku duduk juga di kerusi itu. Mataku mengerling Zafril yang

tesenyum sedari tadi. Aku benar-benar tidak menyangka Zafril turut berada di sini sedangkan

Mona mencari-carinya dari pagi tidak ketemu. Kalau aku tahu Zafril ada di kafe pada waktu

ini, pasti aku tidak akan menjejakkan kaki ke kafe ini.

“Nak minum apa?” Soal Zafril apabila aku hanya mendiamkan diri.

Aku tidak menjawab soalan Zafril tetapi mengerling ke arah pelayan yang telah

menyiapkan pen dan kertas ditangannya tanda bersedia untuk mengambil pesanan. “Tak

apa… Terima kasih.” ujarku pada pelayan itu sambil mataku tidak sudah-sudah menyelinap

ke pintu masuk kafe, mencari kelibat Siti dan kawan-kawanku yang lain.

“Are you sure?” Pelayan itu mengerutkan keningnya.

Aku berpaling memandang pelayan itu semula dan menganggukkan kepala.

“Gives us two iced lemon tea,” ujar Zafril pantas pada pelayan itu.

“Okay…” Pelayan itu terus berlalu setelah mencatitkan pesanan.

“Buat apa sampai dua air tu?”

“Satu untuk awak dan satu untuk saya.”

“Kan saya dah kata saya tak nak apa-apa,” aku mula tidak puas hati dengan Zafril

yang tiba-tiba membuat keputusan untuk diriku.

“Kenapa awak tak suka iced lemon tea, ke?” Zafril mula kalut.

“Tak pernah suka pun,” bohongku sedangkan sebenarnya iced lemon tea adalah air

kegemaranku, cuma aku tidak mahu Zafril membuat pesanan untukku, itu sahaja.

“Oh, iya ke? Saya pula selain kopi, iced lemon tealah favoriate saya.”

Page 78: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

77

Aku terkejut, tidak menyangka minuman kegemaran aku dannya sama.

“Tak apa, saya orderkan awak air lain,” Zafril mula mengangkat tangan untuk

memanggil pelayan yang lain.

“Eh… tak payah,” Aku menghalang tindakan Zafril itu, aku malas mahu

memanjangkan cerita.

“Betul ni?” Zafril meminta kepastian.

“Iyalah… Lagipun saya tak boleh lama-lama kat sini.” Aku tidak mahu berlama-lama

dengan Zafril di sini, aku tidak mahu kawan-kawanku yang lain terlihat aku bersama-sama

dengannya.

“Kenapa?”

Aku mengeluh, banyak pula soalnya. “Ada hal kejap lagi.” Dalihku.

“Sampainya hati, sekejap aje awak jumpa saya… Dari pagi saya tunggu awak tau.

Kenapa awak tak datang pagi tadi?”

“Bila masa pula saya janji nak jumpa awak pagi ni?” Aku pelik bila pula aku membuat

janji temu dengannya pagi ini.

“Eh, kan semalam saya dah cakap dengan awak, saya nak sarapan sama-sama dengan

awak pagi ni. Awak dah lupa ke?”

Aku mengerutkan dahi, mengimbas semula saat pertemuan antaraku dengannya

semalam. ‘Saya tunggu sampai awak datang…’ Terimbas kembali kata-kata Zafril padaku

semasa aku mahu menuju ke bilik semalam. Aku tidak menyangka dia betul-betul

menunaikan janjinya. Tetapi kenapa dia tidak menunaikan janjinya untuk bersarapan dengan

Mona teman wanitanya sendiri? Apa perlu dia menantiku sedangkan membiarkan teman

wanita sendiri ternanti-nanti dan tercari-cari.

“Sampai hati awak lupa. Tujuh jam saya tunggu awak tau,” sambung Zafril seperti

tahu sahaja apa yang bermain di mindaku ini.

Page 79: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

78

“Tujuh jam?” Soalku tidak percaya.

“Yelah tujuh jam…” tekan Zafril lagi.

“Lamanya, mesti makwe awak marahkan kalau dia tahu pakwe dia tunggu perempuan

lain lama macam tu,” balasku sinis. Aku cuba menyedarkannya, dia tidak patut berbuat

sebegitu demi perempuan lain.

Zafril tersenyum simpul seketika. “Ish, awak ni saya mana ada makwe saya

bujanglah… Still bachelor.” Balas Zafril.

Mendengar kata Zafril itu membuatkan aku meluat. “Yeah, BBA…” ujarku sinis.

Zafril mengerutkan dahinya mungkin tidak faham dengan maksudku itu. “BBA?”

“Ye, BBA… Bachalor But Aligator…”

Tiba-tiba sahaja tersembur ketawa Zafril mendengar kata-kataku. “Dengan kata yang

lebih tepat lagi ‘buaya tembaga’ tak gitu.” Ujar Zafril pula dengan ketawa yang masih bersisa.

Bertambah sakit hati aku mendengar ketawa Zafril itu. Nampak sangat ketawa yang

dibuat-buat untuk menarik perhatian orang lain. Geram pula rasanya bila ketawa itu bukan

sahaja tidak kendur dari tadi malahan makin rancak ketawa itu keluar dari mulutnya.

“Awak ni memang tak ada perasaankan. Tak rasa bersalah langsung ke?”

“Nanti dulu, apa maksud awak yang sebenarnya?” Ketawa Zafril mula mati.

“Masa awak tunggu saya kat sini… Yelah tu pun kalau betul-betul awak tunggu

sayalahkan… Awak tak fikir tentang perasaan Mona ke?” Ajuku yang tidak percaya sama

sekali Zafril telah menungguku hampir tujuh jam di sini. Aku tidak akan mempercayai Zafril,

tidak sama sekali. Jika Mona teman wanitanya sendiri sanggup dibohonginya, apatah lagi

diriku yang tidak ada kena mengena langsung dengan Zafril.

“Mona?” Zafril mengerutkan dahinya dan mengecilkan matanya seolah-olah sedang

berfikir.

Page 80: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

79

“Aik… Awek sendiri pun tak kenal?” perliku lagi. “Mona Suzana…” Aku

memberikan nama penuh Mona setelah melihat Zafril masih lagi mendiamkan diri.

“Oh… Mona tu. Macam mana awak kenal dia?”

“Dia kawan saya. Kawan baik saya,” sengaja aku menekankan sebutan ‘kawan baik’

biar jelas pada pendengaran Zafril.

“Oh… What a small world. So, awak datang sini dengan dialah ye?” wajah Zafril

kelihatan terkejut.

“Yelah.”

“Awak berkawan dengan Mona sejak sekolah ke?”

“Itu awak tak perlu tahu. Apa yang penting sekarang ni kenapa awak tak tunaikan janji

awak pada dia nak sarapan sama-sama pagi tadi. Awak tahu tak dari pagi dia cari awak tak

jumpa. Berkali-kali telefon awak, sms awak tapi batang hidung awak pun tak nampak.”

Kataku panjang lebar. Perasaan kasihanku pada Mona yang tidak putus-putus cuba

menghubungi Zafril dari pagi tadi begitu menebal.

“Bila masa pula saya janji nak sarapan dengan dia pagi ni? Yang saya berjanji tu

dengan awak.” Zafril cuba membela diri, wajah tidak puas hati terlayar di mukanya.

“Awak yang tak tunaikan janji awak dengan Mona jangan nak babitkan saya pula,”

aku marah apabila Zafril seumpama menyatakan aku yang menjadi punca dia tidak

menunaikan janjinya dengan Mona.

“:Okay, okay… Kita tutup kes, nanti saya minta maaf dengan dia em… Kita makan

dulu ye,” Zafril cuba menutup perbualan yang aku tidak mahu akhiri.

“Oh, masih ada selera lagi awak nak makan ye. Pada hal makwe sendiri dari pagi tak

makan sebab awak, awak boleh buat tak tahu je, pakwe jenis apa awak ni?”

Page 81: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

80

Kata-kataku itu mematikan niat Zafril untuk memanggil pelayan ke meja. Tangan

kanan yang di angkat tadi diturunkan semula. Zafril merenungku tajam dan aku yang tidak

mahu kalah turut membalas renungannya itu.

“Kalau Mona tak makan dan tunggu saya dari pagi apa pula kena menggena dengan

saya. Dia dah besar dia boleh fikir sendiri. And one more thing, she is not my girlfriends and

I’m not her boyfriend. Kenapa awak asyik cakap saya ni pakwe dia dari tadi.” Zafril

meninggikan suara buat pertama kalinya padaku.

“Oh, dah tak mengaku awak pakwe dia pulak?” Kataku sinis, muka Zafril yang mula

merah menahan marah itu tidak sedikitpun menakutkanku.

“Buat apa saya nak mengaku dia makwe saya, dah memang saya bukan pakwe dia

pun. Lagipun…”

“Jadi awak nak kata pada saya Mona menipu sayalah, macam tu…” Hatiku bertambah

geram. Aku sendiri tidak tahu mengapa Zafril susah sangat nak mengaku kenyataan itu.

“Look Safi, I can explain it. Mungkin Mona…”

“Awak tak payah nak explain apa-apa pada saya. Saya tak perlukan penjelasan

daripada awak. Kenapa susah sangat awak nak mengaku yang Mona tu teman wanita awak?

Buat apa nak sorok? Apa guna bercinta kalau nak sembunyi-sembunyi macam tu? Kalau awak

terus sembunyikan kenyataan ini, maknanya awak tak ikhlas mencintai dia. Ke awak memang

sengaja nak main-mainkan perasaan dia?” Terus sahaja aku memotong setiap patah kata

Zafril. Lelaki itu tidak harus diberikan peluang.

“Safi saya tak pernah pun nak main-mainkan…”

“Dah cukup, tak payah nak explain apa-apa. Dengar sini, saya kenal sangat dengan

playboy macam awak ni, suka sangat mainkan perasaan orang lain, mempermainkan cinta.

Tak pernah nak ikhlas bila bercinta. Sekarang ni memanglah awak seronok mempermainkan

cinta orang lain tapi bila awak dah betul-betul jatuh cinta satu hari nanti dan bila cinta itu lari

Page 82: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

81

menjauh dari awak, baru awak faham perasaan perempuan-perempuan yang awak mainkan

dulu. Entah-entah meroyan awak jadinya.” Syarahku panjang lebar.

“Safiah Aisyah Muhammad Irfan…” Ujar Zafril lembut.

“Dahlah malas saya nak layan buaya tembaga macam awak ni!”

Aku lantas bangun meninggalkan Zafril sendirian di meja itu. Sampai sahaja di muka

pintu café itu aku menoleh melihat Zafril yang masih lagi duduk di meja itu. Aku menjeling,

bertambah sakit hatiku melihat Zafril melihatku dengan wajah yang cukup tenang. Lelaki

jenis apa dirinya?

Page 83: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

82

SEMBILAN

“BETUL lah, Safi, kita orang tunggu kau punyalah lama kat café tu.” Siti mula membela

dirinya dan kawan-kawan yang lain. Kesemua rakan-rakanku memenuhi bilik hotel aku dan

Mona, ada yang duduk bersama-samaku di atas katil dan ada juga yang bersantai di lantai.

“Iyalah tu. Eh, aku yang tunggu kau orang lama kat situ tau. Batang hidung kau orang

pun tak nampak. Kau orang tau tak, dari tengah hari aku tak makan. Sampai dah malam

macam ni pun perut aku ni masih kosong lagi, tau tak!” Aku juga turut membela diriku.

“Engkau pun satu, kenapa kau tak makan masa kau tunggu kita orang kat café tu? Apa

kau buat kat café tu? Takkan duduk melangguk aje kut?” Luah Anis pula yang tadinya hanya

duduk diam.

“Ha’ah dahlah kita orang call tak berjawab. Ke, kau ada dating dengan mana-mana

pakwe kat café tu kot sampai tak nampak kita orang.”

“Ha…” Semua yang ada di situ berkata serentak sambil mengerakkan jari telunjuk

padaku.

Dating? Dengan siapa? Dengan Zafril? Tolonglah tak ingin aku dating dengan ‘buaya

tembaga’ tu. Buat menyakitkan hati sahaja bila berbual dengannya. Nasib baiklah

pertemuanku dengan Zafril tadi hanya sekejap, jika tidak pasti mereka semua dapat melihat

aku bersama-sama teman lelaki Mona itu. Kalau itu yang terjadi, tak dapat aku gambarkan

macam mana situasinya, mahu kecoh jadinya.

“Eh, mana pula perginya Mona ni? Dah pukul 9 pun, masih tak nampak lagi batang

hidung dia…” aku cuba mengubah topik perbualan, aku tidak mahu teruskan perbualan

tentang Zafril. Lebih daripada itu, sebenarnya aku memang terlalu risaukan Mona yang masih

lagi belum pulang setelah keluar dari bilik, petang tadi.

“Ha’ah, mana Mona pergi ya? Dahlah hari ni aku tengok dia moody semacam je.

Kenapa ek?”

Page 84: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

83

“Hah… Tu kau kena tanya kawan baik dia si Safi ni ha. Dia mesti tahu punyalah,”

Aku mendiamkan diri, aku tidak tahu sama ada hendak menceritakan apa yang

menyebabkan Mona jadi begitu pada mereka semua atau tidak? Perlukah aku membuka

cerita? Rasanya tidak perlu, tetapi aku kenal benar dengan kawan-kawanku itu, selagi mereka

tidak mendapat cerita yang sebenar, pasti mereka akan mengorek rahsia itu sampai dapat.

“Alah Safi nak berahsia-rahsia pulak. Cerita ajelah, Mona tu pun kawan kita orang

jugak, so kita orang pun nak tahu juga apa masalah dia tu?” Siti memulakan sesi soal

siasatnya.

“Adalah masalahnya tu, sebab tulah moody semacam je.” aku cuba memberi jawapan

selamat dan moga-moga mereka tidak bertanya apa-apa lagi.

“Iyalah mestilah ada masalah, tapi apa masalahnya? Kau mesti tahukan?”

Aku mengaru kepala, apa yang perlu aku katakan bagi menjawab semua persoalan

kawan-kawanku itu. Buntu jadinya. Mereka semua ini memang amat layak menjadi wartawan

kerana pandai mengorek rahsia.

“Mana aku tahu?” Balasku ringkas. Masih enggan berkongsi cerita.

“Takkan kau tak tahu?” Balas Anis pula.

“Betul... aku tak tahu…” aku menyebut satu persatu perkataan itu.

“Takkan dia tak cerita kat kau kut?”

“Tak!”

“Ah! Tipulah kau Safi, aku tahu Mona mesti ada cerita masalah dia kat kau punya.

Baik kau bagitahu kita orang cepat.”

“Ish, korang ni tak faham bahasa Melayulah. Kan aku dah cakap Mona…” Belum

sempat aku menghabiskan kata-kata Mona sudah muncul di balik pintu. Aku menarik nafas

lega, sekurang-kurangnya dengan kepulangan Mona itu aku terselamat dari buruan soalan-

soalan yang tidak mahu berhenti.

Page 85: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

84

“Kau ke mana Mona? Dah malam-malam macam ni baru balik?” Anis bertanya

seumpama seorang emak yang begitu khuatir akan keselamatan anak daranya yang keluar

pada waktu malam.

“Ish…” Mona merengus kasar apabila ditanya sebegitu oleh Anis. Dia terus masuk ke

dalam bilik air tanpa mempedulikan kami yang sedang memerhatikan tingkah lakunya dari

tadi. Berdentum pintu bilik air sejurus Mona masuk ke dalamnya.

Aku dan yang lain terperanjat dan serentak itu juga berpandangan di antara satu sama

lain. Pelik aku melihat sikap Mona itu, tadi petang sebelum dia keluar Mona kelihatan begitu

gembira sekali kerana akhirnya petang tadi Zafril menghubungi Mona dan ingin berjumpa

dengannya. Tapi kenapa setelah beberapa jam Mona boleh berubah sehingga sebegitu sekali.

Pelbagai andaian dan tanggapan mula bersarang di dalam benakku.

Aku terkejut apabila satu tamparan hinggap di lengganku. Aku mengusap lengan yang

terasa pedih sambil memandang Siti di sebelahku.

“Kita bercakap dengan dia, dia boleh termenung pula.” Omel Siti apabila aku tidak

mengendahkan dirinya.

“Ish, sakit tau tak?” Aku masih mengusap lenganku. “Apa dia?”

“Kenapa tu?” Siti memuncungkan mulutnya kea rah bilik air member isyarat

bertanyakan tentang Mona.

“Entah,” Aku mengangkat kedua-dua belah bahu. Memang aku tidak tahu apa yang

telah berlaku pada Mona sehingga boleh naik angin sebegitu.

“Apa dia buat dalam bilik air tu. Tak dengar bunyi air pun?” Soal Anis pula yang mula

risau. Telah lama Mona berada dalam bilik air itu tapi bilik air itu sunyi sepi tanpa sebarang

suara mahupun dari paip air.

“Tak apa, biar aku pergi tengok,” aku yang mahu bangun dari katil membatalkan

niatku itu apabila Mona telah terlebih dahulu keluar dari bilik air.

Page 86: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

85

Bilik itu sunyi sepi seketika, tiada seorang pun yang mahu membuka mulut. Semua

yang berada di dalam bilik itu memerhatikan Mona yang sedang mengambil beg pakaian dan

membuka pintu almari. Melihat sahaja Mona memasukkan kesemua bajunya ke dalam beg

berwarna biru itu aku berpandangan dengan semua rakan-rakanku yang lain dan saling

mencuit, mengharapkan ada di antara kami yang akan membuka mulut melanjutkan soalan

pada Mona.

“Kau nak buat apa dengan baju-baju tu semua Mona?” Akhirnya aku mula bersuara

setelah melihat tiada seorang pun kawan-kawanku yang lain yang berani membuka mulut.

Terkedu aku seketika melihat Mona memandangku dengan pandangan yang begitu

tajam sekali. Setelah lama merenungku Mona menyambung semula kerjanya memasukkan

baju ke dalam beg pakaian sambil menghembuskan nafas umpama membuang lelah, masalah

yang begitu menyeksakan jiwanya.

“Aku nak balik KL, kalau kau nak ikut sekali jomlah.” Pelawa Mona padaku dengan

suara yang seakan dengar dan tidak sahaja.

“Kau nak balik malam ni juga ke?” Soal Siti pula dalam takut-takut berani.

“Em…” balas Mona ringkas.

“Kau biar betul, Mona. Takkan malam-malam buta macam ni kau nak balik KL. Ish…

bahayalah. Esok jelah balik, lagipun tengah hari esok memang kita semua dah kena check

out” Anis masih lagi mempamerkan rasa risaunya.

Aku juga turut rasa risau dengan keselamatan Mona. Pulang sendirian ke KL malam-

malam begini bagi seorang perempuan memang mengundang bahaya. Tambahan pula, jalan

raya di Genting ini agak berbahaya jika memandu pada waktu malam.

“Ha’ahlah Mona, malam-malam macam ni drive kereta bahaya tau. Mana tahu tengah-

tengah jalan nanti terjumpa sundal bolong ke, pontianak ke, tak ke haru.” Zila cuba melawak.

Page 87: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

86

Semua mata terbeliak memandang Zila. Sempat juga dia menerima dua tiga cubitan

dari kawan-kawan yang tidak boleh menerima lawak Zila yang tidak kena tempat itu. Dia

menjerit kecil sambil cuba mempertahankan lawak bodohnya itu.

“Tak apalah aku ikut kau balik.” Akhirnya aku memberikan persetujuan setelah difikir

semasak-masaknya dan mengambil kira betapa bahayanya Mona pulang bersendirian pada

waktu malam begini.

Mona kelihatan sedikit terkejut dengan persetujuanku itu tetap mengangguk kecil.

“Aku tunggu kau kat lobi.” Mona terus sahaja menuju ke muka pintu setelah memasukkan

kesemua barangnya ke dalam beg. Separuh jalan ke muka pintu Mona berhenti dan

memadang kawan-kawan yang lain.

“Sorrylah aku kena balik dulu, aku betul-betul tak ada mood. Next time kita jumpa

lagi.” Sejurus itu Mona keluar dari bilik.

“Betul ke kau nak ikut Mona balik Safi? Alah, tak bestlah macam ni kata nak bercuti

tapi lain pula jadinya.” Kata Zila sambil membatuku memasukkan pakaianku ke dalam beg.

“Sorrylah, aku kena ikut dia balik. Aku kesian tengok dia kena drive sorang-sorang,

malam-malam buta macam ni. Tak apa, nanti kita arrange percutian yang lain pula, okay.”

Aku cuba menenangkan kawan-kawanku yang lain.

“Em… entah bilalah tu.” Ujar Anis yang seakan tahu tentu sukar untuk mereka

berkumpul begini pada masa akan datang.

KERETA Mona berhenti di hadapan pagar rumahku. Aku memandang Mona di sebelah yang

menyepikan diri sejak bertolak dari Genting tadi. Setiap soalan dariku hanya dibalas dengan

pandangan sekilas darinya. Banyak kali perkara itu berulang sehingga aku sendiri mati akal

untuk meneruskan perbualan dengannya sepanjang perjalanan pulang tadi.

Page 88: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

87

“Dah pukul 2 pagi ni. Berani ke kau nak balik seorang?” Soalku memecahkan

kesunyian yang masih menghimpit.

Mona masih mendiamkan diri dan pandangannya hanya tertumpu di hadapan seolah-

olah sedang tekun memandu walaupun kereta itu telah lama berhenti.

“Aku rasa baik kau tidur kat rumah aku ajelah malam ni. Esok pagi baru kau balik,

okay? Bahayalah Mona kau bawa kereta malam-malam macam ni.” Aku masih lagi mencuba

untuk menarik Mona supaya berbual denganku. Sebenarnya aku takut jika Mona bertemu

dengan kutu-kutu jalan raya yang akan menganggu Mona sewaktu perjalanan Mona ke

rumahnya.

Melihat Mona yang masih lagi mendiamkan diri, aku mengalah. Mungkin Mona

perlukan masa untuk bersendiri. “Tak apalah aku turun dulu. Kau hati-hati bawa kereta tau.”

Aku segera berpaling dan mula membuka pintu kereta.

“Safi.”

Aku menutup semula pintu kereta Mona, aku tersenyum lega akhirnya Mona bersuara

juga.

“Kau tahukan aku cintakan Zafril?” Mona menyoalkan namun matanya masih lagi

tertumpu ke hadapan.

Aku menganggukkan kepala.

“Kau tahukan demi cinta aku pada dia, aku sanggup buat apa saja?” Luah Mona lagi.

Berkerut dahiku mendengar kata-kata Mona itu. “Apa saja?” Soalku pula pada Mona.

Kini giliran Mona pula yang menganggukkan kepalanya.

“Walaupun hati kau sakit dan hati orang di sekeliling kau pun turut sakit?” aku masih

terus menyoal dirinya dan dia masih menganggukkan kepalanya, mengiakan setiap kata-

kataku.

Page 89: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

88

Begitu dalam cinta Mona pada Zafril sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan

cintanya itu tetap menjadi miliknya. Tapi apa kena-mengena itu semua dengan sikapnya hari

ini. Apa yang telah Zafril lakukan pada Mona sehingga Mona begitu beremosi saat ini? Aku

mengeluh, tidak tercapai akalku untuk menyingkap perkara itu.

“Kau tak pernah bercinta Safi. Kau takkan faham.” Balas Mona padaku.

Iya, memang aku tidak akan faham kerana aku belum pernah dicintai atau mencintai.

Jadi segala kata-kataku tidak mungkin akan dapat diterima oleh Mona. Tapi sebagai kawan

aku perlu memberikan pendapat.

“Okay, aku tahu kau cintakan Zafril tapi apa kena-mengena benda tu semua dengan

mood kau yang tak baik sekarang ni. Apa Zafril dah buat kat kau. Dia kata apa masa jumpa

kau tadi?”

Aku mengeluh apabila soalanku itu dibiarkan sepi oleh Mona, bagaikan tidak mahu

berkongsi rasa denganku pada waktu ini.

“Kau betul-betul sayang dia ke?” aku sekadar menduga walaupun aku telah tahu akan

jawapannya.

“Sayang?” Soal Mona sambil merenung wajahku yang sedari tadi tidak mahu

dilihatnya. “Cinta itu lebih hebat dari rasa sayang, Safi. Bila kau dah jatuh cinta, rasa sayang,

kasih, rindu itu akan datang dalam satu rasa.”

Kini giliranku pula merenung jauh ke hadapan, meneliti setiap bait-bait kata Mona.

“Aku nak kau tahu satu perkara. Apa pun yang aku lakukan lepas ini, semuanya

semata-mata kerana aku cintakan Zafril. Sudahlah kau turunlah, aku nak balik.” Mona cuba

mengakhiri perbualan.

“Hati-hati bawa kereta.” Ujarku sejurus turun dari kereta Mona.

Page 90: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

89

Aku merenung kereta Mona yang semakin lama semakin kecil dari pandangan

matanya. Aku tidak faham dengan semua perkara yang berlaku malam ini, tentang perubahan

sikap Mona dan kata-katanya malam ini. Semua itu amat payah untukku tafsirkan.

“Cinta itu lebih hebat dari rasa sayang Safi!” Kata-kata Mona itu masih lagi berlegar-

legar dalam benakku. Benarkah begitu?

Page 91: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

90

SEPULUH

Enam Tahun Kemudian…

RUANG tamu rumah itu terasa amat berbahang tika ini walaupun kipas siling telah

dihidupkan pada kekuatan yang maksimum. Sepatutnya pada waktu malam begini udara

seharusnya terasa dingin bukannya sepanas ini. Aku menanggalkan tudung yang menutupi

kepala dan kusangkutkan pada penyandar sofa yang sedang aku duduki kini. Papan bahuku

terasa amat sakit, aku mengerakkan kepala ke kiri dan ke kanan, cuba menghilangkan

kesakitan yang ada.

“Nah, minum air ni,”

Aku menoleh melihat ibu yang telah duduk disebelahku setelah meletakkan secawan

mug berisi milo panas di atas meja kopi.

“Alah ibu taknaklah milo panas, nak milo ais.” Aku merengek persis anak kecil dan

menyandarkan kepalaku ke bahu ibu. Tidak sanggup rasanya untuk minum air panas itu, aku

perlukan air sejuk untuk meredakan kepanasan badanku ini.

“Amboi, sajak benarlah tu nak minum ais malam-malam macam ni. Tak ada ais

aisnya. Minum aje air tu. Kalau tak nak biar ibu je yang minum.” Pantas ibu ingin mencapai

mug di atas meja.

Belum sempat tangan ibu mencapai mug itu, tanganku telah terlebih dahulu mencapai

mug yang begitu hampir di hadapanku. “Safi minum dulu ye bu.” Aku tersenyum kecil dan

terus meneguk perlahan air yang ibu sediakan, maklumlah tidak mahu menghampakan ibu

yang telah berpenat lelah menyediakan air untuknya.

“Sampai bila nak kerja kat butik tu Safi? Tak teringin nak cari kerja lain ke?”

Terbantut aku meneruskan suapan air ke mulutku. Ayat yang sama yang sering

diucapkan padaku apabila balik bercuti awal minggu begini. “Alah, ibu ni, masa Safi baru

Page 92: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

91

habis belajar dulu ibu asyik suruh Safi cepat-cepat cari kerja. Bila Safi dah kerja ibu bising

pula.” Aku turut meluahkan ayat yang sama yang pernah aku jawab pada ibu dulu.

“Ibu bukan apa, Safi taknak ke kerja yang sesaui dengan kelulusan Safi sekarang ni?

Takkan nak kerja kat butik tu je sampai bila-bila?” Risau benar ibu dengan status kerjaku.

“Alah, ibu ni… Janji kerja.”

“Memanglah kerja, tapi ijazah yang Safi ada tu nak biar terperuk je kat dalam fail tu?”

ibu memandangku dengan pandangan geramnya.

“Sekarang ni bukannya senang nak dapat kerja bu. Kat luar tu berapa ramai graduan

yang menganggur.” Aku masih lagi cuba membela diri.

“Memanglah tapi kalau…”

“Okaylah bu, Safi masuk bilik dulu ye, penatlah bu. Safi nak tidur. Selamat malam.”

Aku terus mencium kedua-dua belah pipi ibu sebelum laju menaiki tangga menuju ke bilikku.

Malas aku mahu mendengar bebelan Cikgu Zuria, bekas guru sejarah itu, kalau sudah

berhujah habis semua fakta-fakta dikeluarkannya dan yang cuba membalas bicaranya pasti

akan terkunci rapat mulutnya, tidak mampu melawan semula.

Sampai sahaja di bilik aku mengapai fail di dalam almari buku. Kuselak satu-persatu

sijil-sijil yang terdapat di dalamnya. Sampai sahaja pada ijazahku, aku terhenti seketika. Ya,

sudah lama aku tidak menggunakan ijazahku untuk mencari kerja. Pada waktu mula-mula

mendapat segulung ijazah itu, aku terus berusaha membawa ijazah itu ke banyak syarikat

untuk mencari pekerjaan, tetapi mungkin kerana belum ada rezeki untukku, setiap

permohonanku tiada balasan.

Setelah hampir beberapa bulan tidak mempunyai pekerjaan, aku bernekad untuk tidak

terlalu bergantung pada ijazahku itu untuk mencari pekerjaan. Akhirnya aku mengambil

keputusan untuk memohon kerja sebagai pembantu butik di sebuah butik di Ampang Point.

Dan kini telah lebih setahun aku bekerja di situ. Dan sepanjang aku berkerja di situ, aku tidak

Page 93: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

92

pernah lagi menghantar resume ku ke mana-mana syarikat. Dapat berkerja di butik itu pun

sudah satu rahmat begiku daripada tidak bekerja langsung.

Aku tahu ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya. Pasti ibu ingin melihat

aku memiliki kerjaya yang baik setelah berpenat lelah di menara gading. Aku tahu ibu begitu

berharap, dan aku dapat merasakan yang bukan selamanya aku akan bekerja di butik itu, satu

hari nanti pasti aku akan mendapat pekerjaan yang setara dengan kelulusanku.

Arghhh… malas aku mahu mengusutkan kepalaya dengan perkara itu. Lantas aku

menyimpan semula failku itu dan mengeluarkan komputer riba yang sudah seminggu terperuk

di atas mejaku. Aku hanya dibenarkan bercuti pada hari selasa itu pun secara bergilir-gilir

dengan pekerja lain, maklumlah butik itu dibuka setiap hari, jadi amat mustahil untuk aku

bercuti pada hari ahad kerana pada hari itulah kebiasaanya ramai pelangan yang akan datang.

Jadi hanya sekali seminggu sahaja aku akan pulang ke rumah orang tuaku ini kerana aku

duduk menyewa bersama kawanku Fitri.

Aku membuka facebookku. Mata terus sahaja tertacap pada nama Nia yang sedang

online. Pantas aku menyapa adikku itu.

+ Assalamualaikum, Nia… Tak ada kelas ke hari ni?

Aku menatap komputer ribaku, mengharap Nia membalas kata-kataku itu. Setelah

hampir sepuluh minit menunggu barulah balasan dari Nia keluar pada skrin komputer ribaku.

- Waalaikumusalam, tak…

Hanya dua perkataan itu sahaja yang ditaip oleh Nia sepanjang sepuluh minit itu. Aku

mengeluh, terasa benar kini aku dan Nia sudah tidak serapat dahulu. Semasa aku berada di

tahun kedua di universiti, Nia pula mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Amerika

Syarikat. Bermula dari itulah hubunganku dengannya tidak serapat dahulu. Walaupun masih

berhubung antara satu sama lain dan saling bertanya khabar tetapi entah kenapa aku dapat

rasakan dia semakin jauh dariku.

Page 94: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

93

+ Nia sihat? Akak n family kat sini sihat, Alhamdulillah…

- Sihat… Akak kerja kat butik tu lagi?

Tersenyum aku sektika membaca tulisan Nia itu.

+ Ha’ah, kenapa?

Sengaja aku menduga adikku itu.

- Tak nak tukar kerja lain ke kak?

+ Nanti-nantilah cari kerja lain. Tak pun buka business sendiri. Erm… macam menarik

juga tu kan.

- Akak buatlah apa yang akak rasa baik untuk akak. Nia tetap sokong akak dari belakang.

+ Thanks, my lovely sister…

- Hehehe… okla kak, Nia nak pergi library… love u…

+ Okay… take care… love u 2…

AKU menjengah keluar rumah melihat ibu dan ayah yang sedang bersantai-santai di lama

rumah. Aku pantas menyarungkan selipar dan terus menuju ke bangku kayu yang boleh

menempatkan empat orang di situ.

“Oh, minum petang tak ajak Safi pun ye.” Aku pantas duduk di kerusi itu dan

mengapai sebiji karipap yang terdapat di dalam piring.

“Ayah malam ni hantar Safi balik rumah sewa Safi ye.” Pintaku sambil mengunyah

karipap air tangan ibu yang sememang enak sejak dari dulu.

“Nak balik pukul berapa?”

“Macam biasalah yah, lepas maghrib. Boleh?” aku sengaja bertanya untuk

mendapatkan persetujuan dari ayah, walaupun aku tahu ayah akan bersetuku kerana setiap

minggu, selepas habis cuti, ayah yang akan menghantarku pulang ke rumah sewaku.

“Itulah ibu suruh beli kereta tak mahu.” Celah ibu sebelum sempat ayah menjawab.

Page 95: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

94

“Alah, ibu ni, gaji orang tu berapalah sangat sampai nak beli kereta. Lepas tu nak kena

isi minyak pula. Banyak pakai duitlah bu.” Bukan aku tidak mahu memiliki kereta tetapi

gajiku yang kecil itu tidak memungkinkan aku untuk memiliki kereta sendiri. Silap-silap hari

bulan pakai tak sampai setahun kereta dah kena tarik dengan bank. Keretanya tak ada, hutang

aje yang menimbun.

“Hah, tahu pun gaji tu kecil. Kalau dah tahu carilah kerja lain.”

Aduh! Persoalan itu lagi yang dibangkitkan oleh ibu. Dari malam semalam, pagi tadi

dan kini membawa ke petang persoalan itu juga lagi yang timbul. Pening kepalaku dibuatnya.

“Okaylah, Safi janji nanti Safi cari kerja yang lebih baik, cepat-cepat ye.” Lembut aku

menuturkan suara, berharap agar hati ibu juga lembut nanti.

“Hem… Dah berpuluh kali ibu dengar Safi janji macam tu tapi habuk pun tak ada.”

Ibu mencebikkan bibirnya, mungkin tidak yakin dengan janji-janjiku.

“Awak ni Zu, biarlah dia nak kerja apa pun. Asalkan kerja tu halal, cukuplah.”

Akhirnya ayah seperti biasa membuka bicara dan menjadi penyokong kuatku.

“Hah, belalah sangat anak kesayangan abang tu.” Aju ibu sebelum berlalu masuk ke

dalam rumah.

Aku dan ayah berpandangan sambil tersenyum. Aku mengangkat ibu jari dan

mengeyitkan mata pada ayah, simbolik mengucapkan terima kasih kerana membantuku. Ayah

mengelengkan kepalanya melihat gelagatku.

MENDENGAR sahaja bunyi loceng pintu yang baru di buka di butik aku pantas meletakkan

baju yang sedang aku jahitkan maniknya ke atas meja. Jarum yang diguknakan tadi aku

sematkan pada baju itu agar memudahkanku untuk menyambung semula kerjaku itu sebentar

lagi. Sebagai pembantu butik di butik pengantin itu, aku bukan sahaja melayan pelanggan

Page 96: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

95

yang datang tapi aku juga ditugaskan untuk menjahit manik pada pakaian pengantin yang

ditempah. Setiap baju pengantin yang dijahit aku akan menerima bayaran tambahan.

“Ya, cik, boleh saya bantu?” Soalku dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

“Eh, Safikan?”

Berkerut dahiku merenung wanita yang sedang mendukung bayi berusia dalam

lingkungan dua tahun itu. Eh, dia ni macam aku kenal je, siapa ek? Wajah itu ku renung

bersungguh-sungguh.

“Ish, takkan member sendiri pun dah lupa?”

Otakku bekerja dengan lebih kuat apabila mendengar kata-kata wanita itu. Segala

memori cuba diimbas satu persatu. Member? “Eh! Siti Jamilah ya… Politeknik Sabak

Bernam, kan?” aku sudah menjerit kegirangan apabila dapat mengingati salah seorang gengku

sewaktu di politeknik dahulu.

“Hah, ingat pun kau dengan aku. Dah lama kita tak jumpa kan. Lebih 5 tahun jugalah.

Lepas vacation kat genting tu langsung lost contact.” Tergambar perasaan gembira di muka

Siti.

“Ha’ahlah… Lima tahun lama tu, patutlah aku dah tak cam kau. Eh, makin tembam

kau ye. Ni anak kau ke?” aku mencubit pipi kanak-kanak yang berada di dalam dukungan Siti

itu. Comel benar pada pandanganku.

“Ha’ah ni anak aku.”

“Iya ke? Bila kau kahwin? Amboi kahwin tak jemput aku pun.” Aku menarik muka.

“Aku kahwin tiga tahun lepas. Eh, bukan aku sengaja tak nak jemput kau tapi kau tu

pindah rumah pun tak bagitahu. Nombor telefon kau aku contact tak pernah dapat. Apa kes?”

Aku tersengih mendengar kata-kata Siti itu. “Sorry lah, aku bukan tak nak bagitahu

korang semua aku pindah tapi masa kat U dulu handphone aku hilang, so nombor telefon kau

orang semua pun hilanglah sama.”

Page 97: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

96

“Jadi bukan salah akulahkan tak jemput kau masa kenduri aku.” Siti masih lagi terus

membela diri dan tidak mahu dituduh melupakan kawan.

“Okaylah bukan salah kau. Aku yang salah. Puas hati, Puan Siti?” aku menyerah

kalah, malas pula mahu berbalas kata dengan orang yang petah berkata-kata.

“Tahu tak apa… Hah, lagi satu, Mona apa cerita?”

Aku mengangkat bahu. Sememangnya aku tidak tahu apa-apa perkembangan terkini

tentang Mona. Sejak Mona menghantar aku pulang dari genting beberapa tahun lalu Mona

tidak berhubung lagi denganku. Puas aku cuba menghubungi Mona tapi tiada satu pun

panggilanku berbalas.

“Kau pun lost contact dengan dia ke?” bulat mata Siti memandangku. Mungkin dia

tidak percaya aku akan terputus hubungan dengan Mona sedangkan aku dan Mona amat rapat.

“Erm… Yang aku tahu dia belajar kat Australia. Tapi aku pun pelik lepas kat

gathering kita kat genting tu terus sunyi sepi je dia.” Aku pun tidak tahu mengapa kawan yang

paling rapat denganku boleh melupakanku begitu sahaja.

“Em… Pelik juga. Eh! Dahlah, kau kerja kat sini ke?”

“Ha’ah.”

“Eh, biar betul. Kau ada ijazah kan?”

Berkerut dahiku mendengar soalan Siti itu. Apa kena-menggena ijazahnya dengan

kerjanya di butik ini? Atau mungkin pendapat Siti sama sahaja dengan pendapat ibuku dan

Nia. “Kenapa ada ijazah tak boleh kerja kat sini ke?”

“Bukan macam tu, tapi selalunya graduan macam kau ni kan memilih sikit kerjanya.”

“Tolong sikit ye, bukan semua graduan macam tu okay. Amboi, sedap aje mulut kau

bercakap ye.” Aku bukan sahaja membela diri sendiri tapi juga cuba membela graduan-

graduan yang lain. Aku yakin bukan semua gradan begitu. Graduan sekarang bukan lagi

begitu asalkan kerja halal dan berbaloi dengan gajinya, semuanya okay sahaja.

Page 98: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

97

“Amboi marahnya, aku gurau jelah…” Siti tersenyum dan cuba meredakan marahku.

“Bukan marah tapi geram.” Aku mengetap bibir, cuba mengambarkan pada Siti

perasaannya. Kemudian aku dan dia sama-sama ketawa.

“Jadi, kau datang sini kenapa? Takkan nak bersanding kali kedua kot?” aku pula yang

cuba bergurau kali ini.

“Ish, kau ni mulut… Ni hah, aku temankan adik aku ambil baju nikah dia yang dia

tempah minggu lepas. Dah siap ke?” Siti mengerling seketika pada adik perempuannya yang

hanya mendiamkan diri sedari tadi.

“Oh… Okay, jom ikut aku. Aku semak dah siap ke belum baju tu.” Aku berlalu

menuju ke meja di sudut butik itu. Segala maklumat tentang pelanggan tercatat di dalam

komputer itu.

“SAFI… Safi…”

Aku berpaling memandang Kak Munah yang baru masuk ke dalam butik dengan

melambai-lambaikan sehelai kertas surat khabar yang telah siap digunting padaku. Dalam

masa yang sama langkahnya begitu laju mendapatkanku yang berada di kaunter pembayaran

butik.

“Nah, ambil ni,” Kak Munah menyerahkan keratan surat khabar yang sedari tadi

dipegangnya padaku.

“Apa ni?” aku menyambut keratan surat khabar dari tangan Kak Munah, pemilik butik

pengantin ini.

“Jawatan kosong kat syarikat consulting ICT. Cubalah mohon, mana tahu rezeki Safi.

Tak payahlah Safi nak kerja kat butik ni lagi.” Ceria Kak Munah menyuarakan pendapatnya.

Kata-kata Kak Munah itu sedikit sebanyak menguris hatiku. Apa buruk sangatkah

prestasi kerja yang aku tunjukkan sehingga khidmatku tidak lagi diperlukan di butik ini.

Page 99: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

98

Rasanya aku telah memberikan perkhidmatan yang terbaik di sini. “Amboi, kak macam

menghalau je bunyinya. Dah tak suka Safi kerja kat sini ke?” ujarku sayu, kertas yang berada

di dalam genggaman kupandang sepi.

“Ish, bukan macam tulah. Akak suka Safi kerja kat sini. Kerja yang Safi buat

semuanya bagus dan tip top. Tapi akak taknaklah Safi sia-siakan ijazah Safi macam tu aje.

Takkan Safi nak kerja kat sini selama-lamanya. Akak sayang Safi sebab tu akak nak Safi bina

kerjaya Safi.” Terang Kak Munah panjang lebar.

“Habis kalau Safi kerja lain, akak dengan butik ni macam mana?” Aku mula risau.

Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri dan ketepikan Kak Munah dan butik ini. Iklan

jawatan kosong itu aku baca sepintas lalu sahaja.

“Alah pasal akak dengan butik ni kau tak payah risaulah. Akakkan ada ramai lagi

pekerja lain.” Kak Munah cuba menyakinkanku.

“Tak payahlah kak, sure tak boleh dapat punya jawatan ni. Cuba akak baca ni,

sekurang-kurangnya mempunyai setahun pengalaman dalam bidang kesetiausahaan. Safi ni

kak bukannya setahun, sehari pengalaman jadi setiausaha pun tak ada kak.” Melihat pada

syarat itu sudah cukup membuatan aku sedar diri tidak layak memohon jawatan itu apatah lagi

mengisi kekosongan yang ada.

“Cubalah dulu kalau tak cuba mana tahu dapat ke tidak. At least Safi dah cubakan.

Safi ingatkan firman ALLAH yang ALLAH tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu

sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri.” Hujah Kak Munah cuba menaikkan semangat

juangku.

Aku tersenyum mendengar hujah Kak Munah itu. Ada benarnya kata Kak Munah itu,

tidak salah aku mencuba setelah hampir setahun aku tidak menghantar permohonan pada

mana-mana syarikat. Manalah tahu hasrat ibu untuk melihatku mendapat kerja lain tercapai.

“Okaylah kak minggu depan Safi hantar resume kat syarikat ni.” Aku mengalah jua akhirnya.

Page 100: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

99

“Eh, tak ada minggu depannya. Cuba tengok kat bawah iklan tu, esok tau tarikh tutup

permohonan.” Kak Munah menarik keratab akhbar dari tanganku dan menunjukkan tarikah

akhir permohonan yang tertera di bawah iklan.

“Cepatnya tarikh tutup dia.” Aku sedikit terperanjat.

“Ni bukan surat khabar hari nilah. Ni surat khabar minggu lepas. Akak jumpa surat

khabar ni pun masa makan nasi lemak tadi. Jadi pembungkus nasi lemak ni tau.”

Aku tergelak mendengar kata-kata Kak Munah. Sempat pula dia menyelak surat

khabar yang menjadi pembalut nasi lemak sewaktu menjamu hidangan itu. memang suka

membaca betul usahawan muda ni.

“Kalau esok... tak bolehlah kak. Mana sempat nak ambil sijil-sijil kat rumah ibu, nak

print resume, nak fotostat sijil-sijil tu semua.”

“Dah jangan nak banyak songel. Hari ni Safi kerja setengah hari aje. Esok pagi-pagi

biar akak ambil Safi kat rumah lepas tu akak hantar Safi pergi hantar resume kat syarikat tu,

okay.” Kak Munah memberikan cadangan.

“Beria-ia benarlah kak Munah ni,” aku tersengih melihat betapa bersemangatnya Kak

Munah hari ini, macam dia pula yang ingin memohon jawatan itu.

“By hock or by crock. Akak akan pastikan kau mohon jawatan ni esok.” Ujar Kak

Munah sejurus masuk ke dalam biliknya.

Page 101: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

100

SEBELAS

TEPAT pukul 9 pagi Kak Munah sudah berada di rumah sewaku. Aku tersenyum simpul

sewaktu memasuki kereta Gen2 milik Kak Munah. Bersungguh-sungguh betul Kak Munah

ingin aku meohon jawatan itu. Malam tadi entah berapa kali dia menghubungiku

mengingatkan aku akan rancangannya pagi ini, seolah dia yang ingin memohon jawatan itu.

“Tersengih-sengih dari tadi... mengata akak dalam hatilah tu.” Kata Kak Munah sebaik

sahaja keretanya membelah kesibukan bandaraya KL ini.

“Memandai-mandai aje akak ni,” dalihku apabila Kak Munah seolah-olah dapat

membaca apa yang ada di fikiranku.

“Alah, macamlah akak tak kenal kau tu. Resume semua dah siap ke?” Akak Munah

mengerling seketika ke sampul yang erat dalam gengamanku.

“Dah kak. Dah siap semuanya. Akak jangan risaulah ye.” Aku pula yang memandang

sampul coklat yang membaluti resume ku. Buat pertama kalinya aku menyiapkan sebuah

resume dengan separuh hati, rasanya cincai sahaja aku menyiapkan semuanya. Malas mahu

bersungguh-sungguh seperti sebelum ini.

“Kalau ada rezeki tak kemana Safi.” Kata Kak Munah apabila melihat aku merenung

lama resume itu.

Aku tersenyum mendengar kata-kata Kak Munah itu. Iya, kalau ada rezeki tak

kemana.

Setelah hampir setengah jam merempuh kesesakkan jalan raya akhirnya kereta Gen2

Kak Munah berhenti di hadapan sebuah bangunan 18 tingkat. Aku mendongakkan kepala

memandang wisma yang berdiri megah di situ.

“Susah nak cari parkinglah kat sini Safi. Em… akak tunggu Safi dalam kereta ajelah

ya.”

Page 102: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

101

“Okay, no hal.” Aku pantas turun dari kereta dan memasuki wisma itu dan mencari lif

untuk membawaku ke atas, tingkat 8, unit 1 yang menempatkan pejabat consulting ICT ini.

Keluar sahaja dari lif terpampang nama Adni Maju Consulting Sdn Bhd di pintu kaca

beberapa meter di hadapanku. Dengan tidak membuang masa aku terus menuju ke pintu kaca

itu dan membukannya perlahan. Kepala kujengahkan dahulu sebelum melangkah masuk ke

dalam ruang pejabat itu.

Tiba-tiba hatiku berdebar hebat, gugup pun terselit jua di ruangan hati, seperti ingin

melangkah kaki untuk ditemuduga pula. Aku menarik nafas panjang sebelum mengatur

langkah menuju ke bahagian receptionis yang berlatarkan nama dan logo syarikat itu.

Debaran di dadaku makin kuat apabila menghampiri meja penyambut tetamu yang

dihuni seorang wanita. Di hadapan wanita itu kelihatan seorang lelaki berkot kemas, yang

membelakangkan diriku sedang sibuk meneliti fail di tangannya. Aku menarik dan

menghembus nafas berkali-kali, membetulkan sistem pernafasanku yang makin tak keruan

gayanya. Rileks, Safi kau nak hantar resume aje pun, bukan nak ditemuduga, hatiku berbisik

memberikan kekuatan pada diri sendiri.

“Assalamualaikum…”

“Amy…”

Kataku dan lelaki berkot kemas itu serentak pada penyambut tetamu syarikat. Aku

berpaling memandang lelaki itu dan lelaki itu turut berpaling memandang wajahku. Berkerut

dahiku memandang lelaki itu yang berubah terus wajahnya apabila memandangku, seolah-

olah terperanjat sebaik sahaja melihat wajahku ini. Lelaki itu membetulkan posisi berdirinya

sambil terus merenungku.

Em… hensem juga. Aduh, sempat pula aku memikirkan benda-benda sebegitu pada

saat-saat begini.

Page 103: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

102

Aku mula kaget apabila lelaki itu terus menerus memandangku tanpa sebarang kata,

sudah beberapa minit aku dan dia saling berpandangan begini. Aku menelan liur, ada yang

tidak kena ke pada wajahku yang tidak mengenakan sebarang make-up ini sehinggakan lelaki

itu merenungku sehingga sebegitu sekali.

Aku berdehem beberapa kali cuba untuk menghentikan renungan lelaki berkot itu

padaku. Menyedari aku tidak selesa direnung sebegitu, pantas lelaki itu mematikan

renungannya dan melemparkan sebuah senyuman kecil padaku. Aduh! Sah, memang hensem,

hatiku terus bersuara.

Setelah membalas senyuman itu aku terus berpaling semula memandang penyambut

tetamu yang kecil molek orangnya. Aku mendiamkan diri, membiarkan lelaki itu meneruskan

bicara dengan pekerja yang dipanggil Amy itu terlebih dahulu. Tetapi setelah beberapa minit,

lelaki berkot itu masih mengunci mulutnya, tidak berkata apa, hanya matanya yang masih lagi

memandangku walaupun aku tidak lagi membalas pandangannya pada kali ini.

Memandangkan lelaki itu tidak mahu bersuara, jadi aku meneruskan niatku yang

tergendala sebentar tadi. “Cik, saya sebenarnya…”

“Sebentar ya cik.” Pantas Amy memotong kataku dan kini pandangannya terarah pada

lelaki di sebelahku. “Encik…”

“It’s okay. Ladies first.” Belum sempat Amy menghabiskan pertanyaannya lelaki itu

terlebih dahulu mencelah kata dan menghalakan tangan kanannya padaku, mengisyaratkan

membenarkan aku meneruskan urusanku terlebih dahulu.

Amy menganggukkan kepalanya dan berpaling memandangku yang sedari tadi

memandangnya. “Ada apa-apa yang boleh saya bantu, cik?” Lembut sahaja soalan itu keluar

dari bibir Amy.

“Saya nak hantar resume saya untuk jawatan setiausaha yang diiklankan minggu

lepas.” Terus sahaja aku menyatakan tujuanku ke sini. Mata tidak lagi aku halakan ke

Page 104: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

103

kananku di mana lelaki berkot itu sedang tegak berdiri kerana aku tahu lelaki itu masih lagi

tidak lepas-lepas memandangku.

“Oh… tak apa serahkan pada saya, nanti saya akan serahkan pada pengurus bahagian

HR.” Kata Amy sambil tersenyum.

Aku menyerahkan resumeku padanya. “Er… boleh saya tahu bila temuduga dijalankan

ye?”

“Temuduga akan diadakan minggu hadapan setelah permohonan disemak pengurus.”

“Minggu hadapan?” Soalku sekali lagi.

“Ya, minggu hadapan.” Balas Amy.

“Kalau macam tu tak apalah. Terima kasih ya.”

“Sama-sama.” Jawab lelaki berkot itu sebelum sempat Amy bersuara.

Aku memandang lelaki itu dan tersenyum, kemudian senyuman aku lemparkan pula

pada Amy. Segera aku keluar dari pejabat itu, tidak mahu lagi menerima renungan dari lelaki

itu.

Turun sahaja dari wisma itu aku terus mendapatkan kereta Kak Munah yang berada di

seberang jalan, bukan susah untukku mengecam kereta berwarna hijau muda itu.

“Dah hantar dah?” Soal Kak Munah sebaik sahaja aku naik ke keretanya.

“Dah…”

“Kita terus ke butiklah ye,”

Aku menganggukkan kepala, bersetuju dengan cadangan Kak Munah. Baru beberapa

minit kereta Kak Munah menyusuri jalan raya itu telefon bimbitku menyanyi lantang. Aku

pantas mengangkat telefon bimbitku, bimabang nyanyian lagu telefon itu akan menganggu

konsentrasi Kak Munah terganggu. Aku sedia maklum yang Kak Munah tidak boleh

mendengar sebarang lagu sewaktu memandu, boleh hilang konsentrasi katanya.

“Assalamualaikum…” Aku memulakan bicara.

Page 105: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

104

“Waalaikumusalam. Ini Cik Safiah Aisyah Binti Muhammad Irfan ke?” suara

dihujung talian mula menerjah masuk ke dalam telingaku.

“Ye, saya.”

“Saya Puan Roslina dari Adni Maju Consulting Sdn Bhd.”

“Oh… Ada apa ye puan?” Soalku gugup. Mengapa pekerja syarikat itu

menghubungiku. Ada apa-apa perkara yang berlaku sewaktu kedatangannya ke syarikat itu

sebentar tadi.

“Cik Safiah ada menghantar permohonan untuk jawatan setiausaha di syarikat ini

sebentar tadi?”

“Ye, saya.” Aku mengerling memandang Kak Munah di sebelahku. Kak Munah

mengangkat-angkat keningnya mengisyaratkan pertanyaan siapa yang menelefonku. Aku

mengangkat tangan menyuruh Kak Munah menunggu sebentar.

“Boleh Cik Safiah Aisyah datang semula ke pejabat sekarang untuk di temuduga.”

“Sekarang?” soalku tidak percaya. Kenapa pula sekarang, menurut Amy temuduga

akan dijalankan pada minggu hadapan.

“Ya, sekarang.”

“Tapi sijil-sijil asal saya semua di rumah.” Aku masih lagi teragak-agak memberikan

persetujuan.

“Tak apa, salinan yang cik bagi ni pun sudah memadai.” Wanita itu masih lagi setia

menjawab semua persoalanku.

“Er… Baiklah saya datang sekarang. Terima kasih.” Sejurus wanita itu menjawab

salamnya aku terus sahaja mematikan talian. Kak Munah yang berada di sebelahku kurenung

sekilas.

“Kenapa? Kenapa pucat semacam je ni?” Soal Kak Munah cemas.

Page 106: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

105

Aku menyentuh pipiku. Pucat ke? Aduh, penyakit aku datang semula. Penyakit gugup

dan gementar yang sentiasa menemani apabila soal temuduga dibangkitkan. “Syarikat yang

Safi hantar resume tadi call.”

“Hah, kenapa pula?”

“Dia suruh datang temuduga sekarang.” Lambat-lambat aku menutur kata.

“Eh… iya ke? Baguslah tu.” Teruja betul Kak Munah nampaknya.

“Tapi… saya tak sedia apa-apa lagi ni kak. Lagipun penyambut tetamu tadi cakap

temuduga minggu depan.” Aku makin gugup. Temuduga tanpa sebarang persiapan

mengundang kegelisahan yang makin tebal. Sekurang-kurangnya aku memerlukan sehari

untuk membuat persediaan fizikal dan mental.

“Alah, pergi jelah mana tahu rezeki Safi. Dah jangan banyak cakap, akak patah balik

ke syarikat tu sekarang.” Teruja benar Kak Munah membelok keretanya, berpatah semula ke

wisma tadi.

“Kenapa diam je ni?”

Aku mengelengkan kepala. Otak ligat berfikir bagaimanaa temuduga yang sepatutnya

berlangsung minggu hadapan boleh bertukar ke hari ini? Tidak mungkin penyambut tetamu

itu tidak tahu maklumat terperinci tentang temuduga itu. Dan mana mungkin resume ku telah

diteliti dan dinilai hanya dalam masa sepuluh minit. Terasa macam ada yang tidak kena pula.

“Alah, tak payahlah kau nak fikir banyak-banyak. Mungkin syarikat tu dah terdesak

nak guna orang. Tu yang sepantas kilat buat keputusan. Yang Safi nak risau sangat ni buat

apa? Mana tahu memang dah rezaki kau, entah-entah dalam masa terdekat ni dah boleh mula

kerja kat situ.” ujar Kak Munah panjang lebar seakan memahami perasaanku kini.

“Kalau Safi dapat kerja tu dan dia orang suruh mula kerja dalam masa terdekat ni,

butik dengan Kak Munah macam mana?” risau pula aku apabila mengenangkan hal itu.

Page 107: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

106

“Safi ni kan, tak habis-habis nak fikirkan pasal orang lain. Fikirkan pasal diri tu dulu.

Tentang akak dengan butik tu Safi tak payah risau, kan akak ada lagi pekerja lain. Kalau

syarikat tu suruh Safi mula kerja cepat Safi terima je tak paah nak bagi notis 24 jam kat akak

pun tak apa. Akak memang suka kau dapat kerja tu. Yelahkan, manalah tahu kau dapat

kahwin dengan bos ke, anak bos ke, bolehlah kau ambil pakej perkahwinan kat butik akak tu.”

Seloroh Kak Munah dengan ketawa panjang.

“Ish, Kak Munah ni main-main pula. Saya tengah nervous ni tau.” Aku tidak gemar

dengan butir bicara Kak Munah itu.

Ketawa Kak Munah makin kuat memenuhi ruang kereta itu. “Yelah, mana tahu kalau

dah jodoh…”

PINTU kaca yang tercatit nama Adni Maju Consulting dihadapanku, ku tenung seketika.

Kemudian aku merenung pula baju yang kini tersarung di badanku. Blaus putih, jeans hitam

dan tudung berwarna putih, pakaian yang langsung tidak sesuai untuk menghadiri sesi

temuduga. Perasaan berdebar entah kenapa tidak mahu lenyap sejak menerima panggilan dari

Puan Roslina sebentar tadi.

Aku menarik nafas dalam dan mula berdoa dalam hati semoga ALLAH menenangkan

hatiku dan memudahkan semua urusanku nanti. Dengan lafas bismillah aku membuka pintu

kaca itu dan terus menuju ke meja penyambut tetamu yang aku tinggalkan setengah jam tadi.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Eh, Cik Safiah Aisyah. Tunggu sebentar ya.” Dan serentak itu

Amy mengapai telefon disisinya dan membuat panggilan.

Persoalan mula menerjah ke benakku. Bagaimana Amy boleh mengetahui namaku,

sedangkan aku tidak memperkenalkan diri padanya sewaktu bertemu setengah jam tadi?

Page 108: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

107

Sejurus berbual seketika di talian dan meletakkan semula gangangnya ke tempat asal

Amy memandangku semula. “Mari ikut saya.”

Aku menurut sahaja langkah kaki Amy. Ruang pejabat itu agak luas dan tersusun

kemas itu berjaya mengundang senyuman di wajahku. Warna biru laut yang digunakan

hampir pada semua ruang di dalam pejabat itu berjaya mendamaikan sedikit hatinya yang

gundah sedari tadi.

Aku memberhentikan langkah apabila Amy berbuat begitu. Amy membuka luas pintu

bilik itu apabila terdengar suara seorang wanita membenarkan kami masuk. Setelah aku

masuk ke dalam bilik itu Amy segera kelaur dan menutup rapat pintu semula.

Aku berjalan merapati wanita yang sedia berdiri sebaik sahaja aku melangkah masuk

ke dalam kamarnya sebentar tadi. “Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Cik Safiah Aisyah ke?” Soal wanita itu meminta kepastian.

Aku menganggukkan kepala.

“Saya Puan Roslina Rosli. Pengurus HR, Adni Maju Consulting Sdn Bhd.” Puan

Roslina menghulurkan tangan padaku dan aku menyambutnya dengan senyuman.

“Jemput duduk.”

Aku turut duduk apabila Puan Roslina telah pun duduk di kerusinya. Resume ku yang

berada dihadapannya diselak satu persatu sebelum memandang wajahku.

“Safiah Aisyah Muhammad Irfan, berumur 26 tahun, memiliki ijazah Pengurusan

Perniagaan dan Diploma Sains Kesetiausahaan.” Puan Roslina memandangku sambil

menyampaikan maklumat peribadiku kepada diriku sendiri dan aku sekadar menganggukkan

kepala dan tersenyum padanya.

“Cik Safiah ada pengalaman ke sebagai setiausaha sebelum ini?”

Page 109: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

108

Nah! Ini dia soalan yang paling tidak aku gemari sewaktu ditemuduga. Soalan

sterotaip daripada mana-mana syarikat yang boleh menjerat graduan sepertiku. Dan kali ini

aku hanya mampu mengelengkan kepala.

“Okay tak apa, masalah kecil aje tu. Sekarang Cik Safiah bekerja di mana?”

“Butik pengantin di Ampang Point sebagai pembantu butik.” Aku memberi jawapan

ikhlas tidak berselindung.

“Tak cuba cari kerja lain ke?”

Aku tersenyum mendengar soalan itu. “Dah cuba tapi belum ada rezaki agaknya.”

Kali ini giliran Puan Roslina pula menganggukkan kepalanya berulang kali. “Baiklah,

begini Cik Safiah. Syarikat kami memang memerlukan seorang setiausaha secepat mungkin

dan pihak kami merasakan Cik Safiah adalah calon yang paling sesuai mengisi jawatan ini.”

Terkedu aku mendengar berita itu. “Maksud... puan?” teragak-agak aku mengajukan

soalan itu.

“Maksud saya Cik Safiah diterima bekerja di sini. Dan Cik Safiah diminta melaporkan

diri hari isnin ini.” Terang Puan Roslina dengan lebih lanjut.

Terbeliak mataku mendengar berita itu. Aku diterima berkerja di sini dan diminta

melaporkan diri dalam masa tiga hari lagi. Bagaikan tidak percaya. Baru sebentar tadi aku

menghantar resume dan tidak sampai lima minit aku ditemuduga dengan temuduga yang tidak

memerlukan aku banyak berbicara, aku telah diterima berkerja. Biar betul?

“Kami akan serahkan surat perlantikan apabila Cik Safiah melapor diri hari isnin ini.”

Sambung Puan Roslina apabila aku masih membisukan diri.

Aku masih lagi tidak percaya dengan apa yang aku dengar kini. Setelah lama aku

mencari kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakkanku, hari ini tidak sampai sehari aku

menghantar resume, aku telah diterima bekerja.

“Cik Safiah Aisya!”

Page 110: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

109

“Er… ye… saya… erm… baiklah, terima kasih. Saya akan melaporkan diri hari isnin

ini.” Ujarku tergagap-gagap.

“Selamat datang ke Adni Maju Consulting Sdn Bhd.” Ucap Puan Roslina sambil

bangun dan menghulurkan tangan padaku.

Aku turut bangun dan menyambut tangan Roslina. Sejujurnya aku masih lagi terkejut

dan tidak sangka rezeki datang bergolek di hadapanku hari ini. Kalau ibu mendengar beritaku

ini, pasti ibu orang yang paling gembira sekali. Alhamdulillah.

Page 111: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

110

DUA BELAS

“Ya, ibu…” aku mengangguk kecil walaupun ternyata ibu takkan dapat melihat aku

sedang menganggukkan kepala. Ibu di hujung talian masih lagi memberikan pelbagai nasihat

untukku sedari tadi, macamlah ini kali pertama aku mula bekerja. Pelbagai nasihat menjengah

masuk ke dalam telingaku dan yang paling penting kata ibu, jangan mudah mengalah kerana

setiap pekerjaan mempunyai cabaran dan rintangan dan aku harus melakukannya dengan

sabar dan tabah.

“Kalau dah jumpa yang berkenan kat sana, jangan lupa kenalkan pada ibu.”

Terbeliak mataku mendengar kata-kata ibu. Sama seperti Kak Munah, ibu juga

mengharapkan aku mendapat jodoh di sini. Aku ke sini untuk bekerja, bukan mencari jodoh.

Walaupun usiaku kini telah melayakkan aku bergelar seorang isteri dan ibu tapi aku

merasakan masih terlalu awal untuk perkara itu berlaku. Aku baru memulakan kerjayaku,

sepatutnya ibu memberikan aku beberapa tahun lagi untuk menjurus ke arah itu.

“Apa ibu ni, Safi nak kerja kat sini bukan nak cari jodoh.” Balasku.

“Alah, sambil-sambil tu apa salahnya.” Ibu ketawa geli hati.

“Ada-ada ajelah ibu ni. Dahlah ibu nanti-nanti ibu call lagi ya, Safi dah nak mula kerja

ni. Kirim salam kat ayah ya, ibu.” aku cuba mengakhiri perbualanku dengan ibu. Tak sanggup

aku untuk mendengar usikkan ibu lagi.

“Okay, jangan nakal-nakal kat sana ya.”

Apabila selesai menjawab salam, aku mematikan talian. Tergambar di benakku

kegembiraan ibuku apabila aku menyatakan khabarberitahu yang aku telah diterima bekerja di

sini. Kegembiraan ibu ituah yang menjadikanku lebih bersemangat untuk memulakan tugasku

hari ini.

Aku mengerling memandang ke setiap sudut bilik Roslina, tiba-tiba rindu pada butik

Kak Munah mula menyinggah di hati. Takkan dia lupakan semua kenangan pahit dan manis

Page 112: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

111

ketika bekerja di butik pengantin itu. Semuanya akan menjadi memori terindah untuk

dikenang.

“Safi…”

Aku berpaling memandang Kak Ros yang sudah berdiri di sebelahku. Kerana asyik

mengimbas memoriku di butik pengantin menyebabkan aku tidak menyedari kehadiran Kak

Ros di biliknya itu.

“Mari akak kenalkan Safi dengan pekerja-pekerja lain.” Kak Ros membuka ruang dan

jalan untuku melangkah keluar dari biliknya.

“Kak Ros…” aku mula membahasakan Puan Roslina dengan panggilan Kak Ros

sahaja, Kak Ros yang mengarahkan aku memanggilnya sebegitu. Tidak perlu berpuan-puan,

agar tidak terlalu formal dengan rakan sepejabat katanya.

“Saya setiausaha kepada siapa ya?” Soalan itulah yang bermain di fikiranku selepas di

temuduga beberapa hari lalu dan soalan itu masih lagi bermain di mindaku kini.

“Oh… Hah, akak pun terlupa nak bagitahu.” Roslina tersenyum sambil menyentuh

dahinya. “Safi setiausaha kepada Ketua Pegawai Eksekutif Adni Maju.”

Gulp! Aku menelan liurku. Ketua Pegawai Eksekutif? Setiausaha kepada CEO Adni

Maju Consulting. Biar betul? Layakkah aku yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman ini

menjadi setiausaha orang paling penting di dalam syarikat. Bukan kerja mudah, silap-silap

hari-hari kena bambu dengan bos. Aku fikirkan aku hanya menjadi setiausaha kepada salah

seorang pengurus besar di sini.

Peluh mula merintik di dahiku, walaupun aku tidak dapat melihat wajahku sendiri tika

ini tapi aku tahu pasti wajahku sudah pucat lesi. Pejabat yang lengkap dengan penghawa

dinggin itu terasa berbahang.

Page 113: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

112

“Eh… Safi rileks, janganlah gabra sangat. Sampai pucat muka tu. CEO pun orang juga

bukannya harimau yang hendak ditakutkan.” Kak Ros ketawa melihat aku yang semakin

resah.

Memanglah CEO pun orang tetapi CEO adalah orang yang paling penting dalam

syarikat, masakan dia boleh bertenang apabila mengetahui yang dia akan menjadi setiausaha

kepada orang yang paling penting itu.

“Dahlah, jangan risau sangat. Jom ikut akak.”

Aku menbuntuti Kak Ros, perasaan resah cuba kubuang jauh. Aku dan Kak Ros

menjelajah keseluruhan pejabat dan diperkenalkan pada semua pekerja. Nampaknya semua

pekerja menyambut kedatanganku dengan baik sekali dan penuh mesra. Kemesraan mereka

semua menyebabkan keresahanku sebentar tadi beransur hilang sedikit demi sedikit.

Tetapi apabila Kak Ros berjalan menuju ke bilik CEO, jantungku kembali berdegup

kencang. Nak berkenalan dengan CEO pula ke? Mengenangkan hal itu jantung yang berdegup

kencang terasa seperti hendak tercabut dari tangkainya sahaja. CEO pastinya seorang yang

amat tegas dan mementingkan kesempurnaan, tidak boleh ada cacat celanya. Tiba-tiba terasa

ingin lari dari syarikat ini dan kembali semula ke butik pengantin Kak Munah.

“Safi ni Kak Ily, Kak Ily ni setiausaha CEO.” Kak Ros memperkenalkan wanita

berambut panjang itu padaku.

Setiausaha CEO? Jadi, apa perlunya aku di sini jika jawatan itu telahpun diisi?

Walaupun otak ligat memikirkan perkara itu huluran tangan Kak Ily masih lagiku sambut.

“Esok Ily ni last day kerja kat sini, ikut husband dia pergi oversea kerja kat sana. Jadi

selama dua hari ni Ily akan ajar Safi semua yang berkaitan dengan tentang tugas-tugas Safi

kat sini. So, memandangkan Safi tak ada pengalaman sebelum ni jadi akak rasa ini peluang

terbaik untuk Safi belajar apa-apa yang patut.” Terang Kak Ros panjang lebar dan aku sudah

tersenyum dengan penjelasan itu.

Page 114: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

113

“Kau tak payah risaulah Ros Dalam masa dua hari ni aku akan pastikan Safi jadi

setiausaha terbaik kat sini.” Kak Ily mengangkat-angkat keningnya, cuba memberikan

keyakinan pada Kak Ros.

“Yelah tu. Hah, tapi kau jangan buli pula si Safi ni kang tak pasal-pasal kena marah

pula dengan cik abang kita tu.”

“Ha’ah nanti tak pasal-pasal tak dapat pula gaji terakhir aku.” Kak Ily turut membalas

gurauan Kak Ros.

Aku tidak faham apa yang dibicarakan oleh kedua-dua wanita itu sampai boleh ketawa

beria-ia sehingga begitu sekali. Apa yang lucunya aku sendiri tidak pasti. Tapi apabila

mendengarkan tawa mereka hatiku sedikit tenang, tidak seperti tadi. Sebaik sahaja Kak Ros

berlalu Kak Ily memberikan sedikit taklimat ringkas tentang operasi dan aktiviti syarikat.

“BOS KITA tak ada hari ni. Dia outstation tiga hari. Start hari ni, hari khamis nanti baru dia

masuk pejabat semula.” Terang Kak Ily apabila aku dan dia pulang dari makan tengah hari.

Patutlah aku tidak diperkenalkan pada bos sejak dari pagi tadi, barulah aku tahu

sebabnya. Sampai sahaja di partition, Kak Ily mengajakku menjenguk bilik bos. Biliknya

hanya di sebelah patition setiausaha, dinding kaca yang berbirai menjadi pemisah bilik itu dan

patition ini.

Ketika Kak Ily sedang membuka pintu bilik bos, sempat aku membaca tanda nama

yang tergantung kemas di pintu masuk bilik itu. Berkilau-kilau warna tembaga yang telah siap

diukir nama itu.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

ZAFRIL ADLI ZULKEFLI

Page 115: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

114

Berkali-kali aku membaca nama yang terukir kemas itu. Benakku cuba mentafsir

sesuatu. Zafril Adli Zulkefli? Macam aku pernah dengar nama itu, tapi otakku seperti terbejat

untuk terus berfikir. Di mana agaknya aku mendengar nama itu?

“Okay dari pagi tadi akak asyik cerita pasal syarikat aje kan. So, sekarang akak nak

cerita pula pasal Encik Zafril kita ni.” Kak Ily meneruskan taklimat ringkasnya apabila kami

berdua telah beradaa dalam bilik tersebut. Tangan Kak Ily pantas sahaja membuka birai bagi

membenarkan cahaya masuk menerangi bilik yang gelap tadi.

“Encik Zafril ni moody sikit orangnya, semua kerja mesti cepat dan betul, tegas dan

kadang-kadang tu baran jugalah.”

Bertambah gerun aku mendengar penerangan dari Kak Ily. Kalau itulah ciri-ciri

bosnya itu, pasti Encik Zafril ini seorang yang sukar untuk dilayan dan diuruskan.

“Tapi jangan risaulah, sebenarnya dia baik juga orangnya. Boleh bertolak ansur

dengan pekerja. Semua pekerja kat sini senang dengan dia.” Puji Kak Ily pula.

Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya adalah juga baiknya.

“Setiap pagi mesti kena ada surat khabar atas meja dia. Kalau dia masuk aje bilik tak

ada surat khabar mahu berdepa-depa panjang muncung dia. Pasal air pula Safi tak payah

susah-susah nak buatkan untuk dia, Encik Zafril ni lebih suka buat air sendiri kat pantry, jadi

senanglah sikit kerja kita kan tak payah susah-susah nak buat air untuk dia.” Terang Kak Ily

sambil mengemas meja yang sudah sedia terkemas.

Melihat tangan Kak Ily yang dari tadi lincah mengemas itu dan ini di atas meja itu,

aku turut sama membetullkan beberapa buah fail di sebalik desktop. Tiba-tiba mataku tertarik

dengan pelekat bergambar buaya berwarna hijau yang dilekatkan pada bingkai desktop itu.

“Siapa punya ni kak?” tanyaku sambil terus memandang gambar itu.

“La, dah dalam bilik Encik Zafril mestilah dia yang punya.”

Page 116: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

115

Tawa tidak dapat lagi kubendung sewaktu mendengar jawapan dari Kak Ily. Tak

sangka bakal bos aku ni gemar akan buaya hijau itu. Rasa macam nak gelak berguling-guling

pun ada juga.

“Kelakarkan? Akak pun terkejut juga masa mula-mula nampak pelekat ni. Entah

kenapalah dia minat dengan binatang ni. Bila akak tanya, dia diam aje, tapi senyum sampai ke

telinga jadinya.”

Aku pula yang tersenyum sampai ke telinga jadinya. Entah kenapalah bos boleh minat

haiwan ganas lagi brutal ni, macam dah tak ada haiwan lain yang nak dijadikan hiasan

desktopnya. Kenapalah dia tak pilih kucing, ke? Aku tertanya sendiri.

“Actually, company ni bukan Encik Zafril yang punya tapi kepunyaan kakak Encik

Zafril, Puan Anni Zulaikha. Tapi sejak dua tahun lepas Encik Zafril yang teraju syarikat ni

sebab Puan Anni ikut husband dia ke luar Negara. Puan Anni just terima update and report

dari Encik Zafril bila dia balik ke sini, setahun dalam dua tiga kali macam tu.”

Aku mendengar setiap patah kata Kak Ily dengan teliti, aku tidak mahu terlepas satu

perkara pun tentang bosku itu.

“Sebelum kerja kat sini, Encik Zafril kerja kat Bank Negara. Makan bulan jugalah

Puan Anni pujuk dia joint company ni, sebab mula-mula dia tak nak teraju company ni.

Agaknya dah kesian sangat tengok Puan Anni asyik merayu, akhirnya dia setuju juga.”

Sambung Kak Ily sebaik sahaja aku dan dirinya sudah duduk di set sofa yang terdapat di

dalam bilik itu.

“Sepanjang dua tahun akak kerja dengan dia, dia OK ke KO?”

“Dia OK je, tak payah risaulah. And one more thing, bos kita tu hensem tau. Dan yang

paling penting... dia bujang lagi. So, bolehlah Safi cuba-cuba isi borang.” Ketawa Kak Ily

mula pecah.

Page 117: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

116

“Ish, merepek ajelah akak ni!” pantas aku menolak cadangan tak berapa nak bernas

daripada Kak Ily. Tak mungkin bosku itu akan memilih diriku. Banyak lagi wanita-wanita

yang cantik-cantik di luar sana yang boleh dibuat pilihan hatinya. Setakat wanita sepertiku ini,

tidak mungkin akan dapat menarik perhatiannya. Lagipun perkara itu langsung tidak terlintas

di fikiranku.

FITRI sudah duduk di sebelahku sejak aku pulang dari pejabat, macam-macam soalan yang

keluar dari bibirnya. Terlalu teruja kerana aku mula bekerja di tempat baru hari ini,

mengalahkan keterujaan aku pula nampaknya. Jadi semua perkara yang aku alami hari ini aku

ceritakan padanya.

“Tak sangkakan dua tahun kau cari kerja sana sini tak dapat-dapat. Tup tup sekelip

mata aje kau dapat kerjakan.” Fitri kawan serumahku, mula mengungkitkan kisah laluku.

“Rezeki aku lambat sikit. Tapi tak apalah, akhirnya dapat juga. Alhamdulillah.” Aku

benar-benar bersyukur akhirnya berjaya juga aku mendapatkan kerja yang aku idam-idamkan.

“Tapi kau tak rasa ke macam senang sangat kau dapat jawatan tu. Aku bukan nak

pertikaikan kelayakan kau, aku tahu kau memang layak tapi aku rasa macam pelik. Hari ini

hantar resume, hari yang sama ditemuduga dan lepas tu terus diterima, untuk post CEO

secretary pula tu. Kau tak rasa pelik ke?” Fitri mula mengusap-usap dagunya dan termenung

jauh, berfikir seperti penyiasat persendirian lagaknya.

Kecurigaan yang Fitri utarakan itu juga sebenarnya bermain di mindaku beberapa hari

lalu, namun setelah berjumpa dan mendengar tentang Kak Ily setiausaha lama yang akan

berhenti dua hari lagi, membuatkan kecurigaanku itu terbuang jauh. Syarikat memang benar-

benar memerlukan setiusaha secepat yang mungkin, mengantikan tempat Kak Ily.

“Kan aku dah cerita tadi S.U. lama dia dah nak berhenti tu yang cepat-cepat company

cari penganti. Malas nak tunggu lama-lama agaknya. Lagipun sementara Kak Ily tu ada lagi

Page 118: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

117

kat situ bolehlah dia ajarkan S.U. barukan. Tu yang cepat-cepat dia orang ambil aku.” Aku

cuba mencanggah segala keraguan yang ada dalam diri Fitri itu. Tiada apa lagi yang harus

diragukan.

“Em… betul gak tu.” Fitri mula mengiakan semua kata-kataku namun dia masih lagi

dalam berkeadaan yang sama termenung jauh seperti tadi.

Fitri, Fitri… ada-ada sahaja tingkahnya yang mengundang senyumku.

“Eh, dahlah…” Fitri mula mengibas tangan kanannya di hadapan wajahnya sendiri,

mungkin cuba membuang prasangka yang membuatkannya termenung jauh tadi. “Kau jumpa

tak lelaki hensem tu?” Fitri makin merapatkan badannya padaku, keningnya terangkat-angkat

beserta sengihannya.

“Lelaki hensem? Lelaki mana pula?” lelaki yang mana yang Fitri maksudkan aku

sendiri tidak tahu.

“Alah kau ni buat-buat lupa pula. Kan kau yang cerita kat aku, kau ada jumpa lelaki

hensem masa kau hantar resume hari tu. Tak ingat?” bersungguh-sungguh Fitri cuba

mengingatkankan aku, siap dengan mimik mukanya sekali.

Oh… lelaki itu. Memang aku ada ceritakan pada Fitri tentang lelaki yang memberikan

aku ruang meneruskan urusanku terlebih dahulu sewaktu aku menghantar resume beberapa

hari lalu. Aku sendiri telah terlupa tentang lelaki itu, boleh pula Fitri mengingatinya. Aku

berfikir sebentar sebelum menjawab soalan Fitri.

“Oh… lelaki tu. Entah, tak nampak pula tadi masa Kak Ros perkenalkan aku pada

semua pekerja.” Jawabku sambil cuba mengimbas satu persatu wajah pekerja yang

diperkenalkan padaku hari ini. Rasanya memang lelaki itu langsung tidak kelihatan.

“Eh, takkan tak ada, kau biar betul. Ada pekerja yang dia belum perkenalkan lagi pada

kau tak?”

Page 119: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

118

“Mana ada? Semua pekerja Kak Ros dah perkenalkan pada aku kecuali Marketing

Manager aje yang aku tak sempat nak kenal sebab dia outstation.” Terangku, memang semua

pekerja telah diperkenalkan padaku, lagipun syarikat itu tidaklah besar sangat jadi dalam masa

satu hari sahaja aku sudah dapat berkenalan dengan kesemua pekerja di situ.

“Hah, entah-entah Marketing Manager tu lah lelaki hensem tu?” Fitri masih lagi cuba

meneka.

“Marketing Manager syarikat tu perempuanlah, nama dia Fazura.” Aku berkata malas.

Mata sudah hampir hendak tertutup rapat. Melampau pula letihnya hari ini walhal di pejabat

tadi bukannya aku ada melakukan apa-apa kerja pun, sekadar berbual-bual dan bersoal jawab

dengan Kak Ily, itu sahaja.

“Habis tu lelaki tu siapa pulak?” Fitri termenung jauh semula, tangan kanannya

mengusap-usap dagu runcingnya.

Aku merenung Fitri. Idea untuk menyakat tiba-tiba datang tanpa dipinta. Aku cuba

menyembunyikan senyum yang mula berputik di bibir. “Entah-entah lelaki tu tak wujud

sebenarnya.”

Fitri tersentak, wajahnya dipalingkan memandangku. “Maksud kau?” Berkerut dahi

Fitri menunggu bicaraku.

“Entah-entah lelaki tu sebenarnya…” aku mematikan kataku di situ.

“Sebenarnya apa?”

“Hantu!” sergahku di hadapan muka Fitri. Fitri terkejut besar dengan tingkahku,

terbeliak matanya memandangku.

“Kurang ajar kau Safi.”

Melihat sahaja Fitri sudah mengangkat tinggi bantal yang berada di set sofa, aku terus

berlari memasuki bilikku. Berdentum pintu bilikku menerima tujahan bantal yang dibaling

Page 120: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

119

Fitri. Mujur aku sempat menutup pintu bilik, jika tidak pasti bantal itu sudah mengenai

badanku.

“Kau dah tahu aku penakut, lagi kau nak takut-takutkan aku.” Jerit Fitri dari luar

bilikku.

Aku ketawa terbahak-bahak di dalam bilik. Memang sengaja aku mengenakannya

yang sememangnya penakut. Senak perutku seketika, hilang terus rasa mengantukku tadi.

Nampaknya malam ini pasti Fitri akan merenggek-renggek untuk tidur di bilikku seperti

selalu apabila dia dalam ketakutan.

Page 121: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

120

TIGA BELAS

BALIK sahaja dari makan tengahari bersama Amy dan Kak Ros, aku bergegas ke mejaku

semula. Hari ini merupakan hari pertama aku bertugas tanpa Kak Ily di sisi. Semalam

merupakan hari terakhir Kak Ily di syarikat ini, dan jamuan kecil diadakan untuknya. Aku

begitu berterima kasih pada Kak Ily, walaupun hanya dua hari sahaja dia ada bersamaku,

namun banyak yang dapat aku belajar daripadanya. Sepanjang ketiadaan Encik Zafril di

pejabat, tidak banyak kerja yang perlu aku lakukan. Kak Ily tidak meninggalkan kerja-kerja

yang tertunggak untukku uruskan, semua tugasnya telah diselesaikan terlebih dahulu sebelum

meninggalkan syarikat ini.

Memandangkan tiada apa yang penting yang perlu dilakukan hari ini selain

mengangkat telefon apabila ada panggilan masuk, aku mengemas almari besi yang berada di

belakang tempat dudukku. Amy yang terlebih rajin hari ini turut membantuku. Almari yang

sarat dengan fail-fail syarikat itu aku dan Amy susun semula agar menjadi lebih teratur. Aku

mengeluarkan fail-fail tahun lalu untuk di simpan di dalam bilik fail.

Sebaik sahaja berpaling, aku terperanjat melihat susuk tubuh sedang berdiri tegak di

hadapan mejaku sambil memerhatikanku. Terjerit kecil aku dibuatnya. Aku mengurut dada

dan beristigfar dalam hati.

Aku memandang lelaki bercermin mata yang cuba menyembunyikan senyumannya,

mungkin geli hati melihat tingkahku. Macam kenal! Aku terus menerus memandang lelaki itu,

mulut pula terasa berat untuk memulakan kata.

“Selamat petang, Encik Zafril.” Sapa Amy yang sudah berdiri tegak di sebelahku.

Aku pantas berpaling memandang Amy apabila mendengar ayat yang keluar dari

bibirnya. Jadi inilah dia bosku? Tapi bukankah sepatutnya esok baru Encik Zafril pulang dari

Johor, mengapa hari ini dia sudah terpacak di sini? Aku pantas memandang lelaki di

hadapanku semula.

Page 122: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

121

“Selamat petang” Encik Zafril mengangukkan kepalanya pada Amy sebelum

memandangku semula. “Masuk bilik saya, kejap.” Arahnya padaku. Sejurus kemudian, dia

berlalu memasuki biliknya.

“Okaylah kak, dah pukul 2 ni, Amy nak ke reception balik. Akak pergilah bersuai

kenal dengan bos kita tu.”

“Okay.” Balasku ringkas pada Amy.

Setelah Amy berlalu, aku pantas meletakkan kesemua fail yang berada di dalam

genggamanku ke atas meja dan terus menuju kebilik Encik Zafril. Setelah mendapat

kebenaran masuk daripada Encik Zafril, barulah aku melangkah masuk menghadap dirinya

yang sudah pun duduk di kerusi empuk miliknya.

Aku masih lagi cuba mengingati lelaki di hadapanku ini. Aku pasti ini bukan kali

pertama aku bertemu dengannya. Rasanya kami pernah bertemu sebelum ini. Tapi di mana?

“Awak setiausaha saya yang baru kan?” Soal Encik Zafril sambil membuka kaca

matanya dan diletakkan ke atas meja.

Aku tersenyum seketika. Senyumanku itu bukan untuk menjawab soalannya tadi tapi

aku tersenyum kerana aku telah mengetahui di mana aku pernah berjumpa dengan lelaki ini

sebelum ini. Inilah dia lelaki yang aku jumpa sewaktu aku menghantar resumeku minggu lalu.

Lelaki yang sering di tanya Fitri sejak isnin lalu. Tidak sangka dia rupa-rupanya bosku.

“Sila perkenalkan diri.”

Aku mengangguk perlahan sebelum memulakan kata. “Nama saya…”

“Safiah Aisyah Binti Muhammad Irfan.” Pantas Encik Zafril mencelah sebelum aku

memulakan kata.

Aku tersentak. Tak sangka, awal-awal lagi dia sudah menghafal namaku. “Encik boleh

panggil saya…”

Page 123: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

122

“Safi.” Potong Encik Zafril sekali lagi. Dia mengangkat keningnya memintaku

meneruskan kata. Geram rasanya apabila dicelah sebegitu. Namun aku tidak mahu cepat

melatah, lebih-lebih lagi dia bosku.

“Umur saya…”

“5 haribulan 9 nanti, genap usia awak 26 tahun.” dia masih lagi cuba menyambung

setiap butir bicaraku.

Aku mengetap bibir menahan rasa geram yang mula memuncak. Apa perlu aku

diarahkan untuk memperkenalkan diri jika setiap butir kataku dicantas dan disambung oleh

dirinya sendiri.

“Proceed.” sambungnya apabila terlalu lama aku mendiamkan diri.

Aku menarik nafas sebelum meneruskan kata. “Saya pemegang ijazah sarjana muda

pengurusan perniagaan dari Universiti Utara Malaysia tapi sebelum itu saya…”

“Mendapat diploma sains kesetiausahaan dari politeknik Sabak Bernam.” Sambung

Encik Zafril.

Perasaan geram yang bersarang di hatiku tadi kini bertukar menjadi rasa meluat.

Namun aku masih lagi cuba bersabar dengan gelagat bosku itu. “Saya merupakan…”

“Anak tunggal dalam keluarga dan ibu bapa awak bekerja sebagai guru.”

Mendidih darahku bila mendengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya.

Bagaimana dia boleh mengetahui semua perkara tentang diriku? Iya, mungkin dia telah

membaca resumeku terlebih dahulu sebelum ini kerana itu di dapat mengetahui setiap perkara

tentangku.

Tetapi jika dia telah mengetahui semua itu, jadi apa perlunya dia mengarahkanku

memperkenalkan diri lagi. Aku menarik nafas seketika, cuba menenangkan diriku. Aku tidak

mahu terlalu beremosi dan aku mahu bersikap professional, lebih-lebih lagi yang berada

Page 124: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

123

dihadapanku kini merupakan bosku. Aku mengukirkan senyuman, yang pastinya tiada

langsung keikhlasan pada senyumanku itu.

“Encik Zafril dah baca resume saya ke?” Soalku lembut, penuh dengan kepura-puraan.

Dia mengeleng laju. “Tak! Belum lagi. Lagipun buat apa saya nak baca resume

awak?” Soalnya pula.

“Iyalah, sebelum saya diterima bekerja di sini, mesti Encik Zafril dah semak dulu

permohonan dan resume saya kan?”Aku masih cuba bermanis bahasa tapi di dalam hati

Tuhan sahaja yang tahu rasa marahku.

“Buat apa saya nak semak semua benda tu. Tu bukan tugas saya, itu kerja bahagian

HR.”

“Er… tapi…”

“Zafril!” Satu lagi suara mencelah sebelum sempat aku menghabiskan pertanyaanku.

Aku dan Encik Zafril berpaling memandang wanita yang sedang berdiri tegak di

tengah-tengah pintu bilik yang terbuka luas. Aku berpaling pada Encik Zafril semula apabila

mendengar dirinya merengus kasar, sepertinya tidak menyukai kehadiran wanita itu pada saat

ini.

“Sorry I tak tahu you ada guest.” Lemah lembut wanita itu menutur bicara pada Encik

Zafril.

“It’s okay, come in.” Zafril memberi kebenaran untuk wanita itu turut serta di dalam

biliknya. “Kenalkan ini secretary baru I Safiah Aisyah and Safi, kenalkan this our Marketing

Manager, Fazura.”

Aku menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Fazura, cuba beramah tamah dengan

kawan sepejabat, namun huluran tanganku itu hanya dibalas seadanya sahaja. Aku terkedu

seketika.

Page 125: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

124

“Oh really… I heard this week baru nak buat interview, alih-alih dah ada secretary

baru. Cekap juga Kak Ros ni buat kerja ye.” Fazura terus sahaja duduk menghadap Encik

Zafril.

“So, what bring you here, Zura?” Encik Zafril menumpukan perhatiannya pada Fazura

pula.

“I nak bincang dengan you pasal tender training system kat Johor tulah.”

“Apa masalahnya lagi? Kan kita baru aje balik dari situ.” Encik Zafril seolah-olah

sudah malas untuk meneruskan katanya dan aku yang hanya berdiri sedari tadi hanya mampu

menjadi pemerhati pada perbincangan mereka.

“Alah, you ni pasal system yang company tu nak gunalah, pasal apa lagi. Itulah you

nak balik cepat sangat, kan sepatutnya kita ada meeting dengan wakil trainer di sana petang

ni, tapi you cancel pula. Apalah yang you kejar kat KL ni.” Bebel Fazura.

“Alah, bukannya dia orang tak boleh datang sini bincang dengan I.”

“Iyalah...iyalah you menang okay. Dah jom ke bilik I, kita bincang kat sana.”

“Kenapa tak bincang kat sini je?” Encik Zafril enggan mengikut kehendak Fazura.

“Dokumen semua kat bilik I, I malaslah nak mengangkut semua tu datang bilik you ni.

Jomlah cepat Zafril…” Fazura mula merenggek manja pada Zafril. Terkebil-kebil mataku

melihatnya.

“Okaylah.” Encik Zafril mula bangun dari duduknya dan Fazura sudah tersenyum

lebar.

“Safi, kalau ada panggilan untuk saya, just take a note okay.” Ujar Encik Zafril

sebelum mengikut Fazura keluar dari biliknya.

Aku yang hanya menjadi pendengar sejak dari tadi mengangguk perlahan apabila

mendengar arahan darinya. Mataku masih lagi mengikut setiap gerak langkah mereka berdua

yang beriringan keluar dari bilik. Sebaik sahaja Encik Zafril berada di muka pintu biliknya,

Page 126: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

125

dia berpaling merenungku dengan renungan yang sukar untuk aku tafsirkan maknanya dan

seketika kemudian barulah dia menuruti langkah Fazura yang telah menghilang. Aku pula

masih lagi terkebil-kebil di dalam bilik itu. Mata itu? Mengapa aku terasa ada kelainan pada

renungan mata itu padaku? Dan mengapa aku terasa seperti aku telah lama mengenali

sepasang mata itu?

JAM DINDING di ruang menunggu di sebelah mejaku menunjukkan pukul 6.30 petang dan

aku masih lagi menunggu Encik Zafril. Hatiku mula berkira-kira sama ada perlu terus pulang

atau menanti dia habis berbincang dengan Fazura, memandangkan pejabat itu yang sudah

hampir kosong apabila semua pekerja telah beransur pulang.

“Apalah yang dibuat dalam bilik tu. Tak nak balik ke dia orang ni?” Bebelku sendiri.

Akibat rasa bosan yang terampau habis kertas kosong bersize A4 di atas meja itu kuconteng

satu persatu.

“Tak balik lagi?”

Aku mendonggak memandang Encik Zafril yang kini berada di depan mejaku.

“Tunggu saya ke?” Soal Encik Zafril lagi.

Aku cuma mengangguk kecil.

“Lain kali kalau dah habis waktu pejabat terus je balik. Tak payah tunggu saya.”

Sejurus itu Encik Zafril segera masuk ke dalam biliknya.

Setelah mendapat kebenaran darinya aku pantas bangun dan mengemas mejaku dan

menutup suis komputer.

“Dah, jom.” Ujar Encik Zafril padaku selepas menutup pintu biliknya.

“Jom?” Soalku, tidak faham dengan kata-kata Zafril itu. Beg tangan yang tadinya

berada di atas meja kini kemas tersangkut di bahu kananku.

Page 127: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

126

“Ya, jom… Saya hantar awak balik.” Encik Zafril yang telah sedia memengang

briefcase miliknya itu mula melangkah.

“Er… tak apalah Encik Zafril saya boleh balik sendiri.” Tolakku lembut, aku tidak

mahu menyusahkan bosku itu.

Dia memberhentikan langkahnya apabila mendengar kata-kataku. “Jangan nak banyak

songeh. Saya hantar awak balik.” Dia masih lagi berdiri di situ menungguku jalan beriringan

dengannya.

Antara mahu dan tidak aku terpaksa juga mengalah, akhirnya aku melangkah berjalan

seiringan dengan bosku itu. Aku menoleh memandang bosku yang sedang menyisingkan

lengan baju ke paras siku. Tali leher yang tadi tersengkut di leher kini telah pun tersimpan

kemas di dalam poket bajunya.

“Encik Zafril, sepatutnya encik balik dari JB esokkan, tapi kenapa tukar balik hari ni

pula?” Sengaja aku menyoalnya sebaik sahaja kami bersama-sama menuju ke lif, sengaja

mencari topik perbualan agar aku tidak merasa begitu kekok dengannya.

Dia tersenyum mendengar soalanku. Selepas menekan butang lif ke tingkat bawah dia

menoleh memandangku yang berada di sebelahnya. “Saja je, tak sabar nak jumpa dengan

awak.” Ujarnya dengan senyuman yang melirik.

Terdiam seketika aku sewaktu mendengar jawapan darinya. Dan senyuman itu,

senyuman itu mengingatkanku pada seseorang. Kenapa setiap gerak gerinya seperti seseorang

yang aku kenali sebelum ini? Tapi, siapa? Aku masih berteka-teki sendiri.

“Masuklah.”

Aku pantas memasuki perut lif itu apabila pintunya telah terbuka luas. Sebaik sahaja

lif itu ingin tertutup semula ada tangan yang menghalang pintu itu dari tertutup rapat.

“Zafril, kat sini rupanya you. Puas I cari you tadi.” Kata Fazura ketika dia telah pun

berada di dalam lif bersama kami.

Page 128: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

127

“Cari I? Why?” Soal Zafril hairan.

“Kan you janji nak hantar I balik hari ni.” Fazura cuba mengingatkan janji Zafril

padanya.

“Kereta you mana?” Zafril masih lagi bertanya pada Fazura.

“You ni kan. Kan kita sama-sama pergi JB. I tumpang kereta you. Jadi kereta I kat

rumahlah, bila masa I bawa kereta I?” suara manja Fazura sebentar tadi sudah bertukar

dengan suara geram.

Dan aku yang tidak tahu hujung pangkal cerita hanya mampu mendiamkan diri, tidak

mahu ikut campur.

“Oh… Sorry, I lupalah.” Agak malas Encik Zafril mengalun kata.

“Safi you balik dengan apa?” Soal Fazura padaku pula.

“Sa…”

“I hantar dia balik.” Ujar Encik Zafril terlebih dahulu sebelum sempat aku memulakan

kata.

Ish, bos aku yang seorang ni memang suka memotong setiap patah kataku. Sakit hati

pula aku dengan dirinya itu.

“Tak menyusahkan you ke kena hantar dia balik?”

Kini geramku beralih pada Fazura pula. Encik Zafril menghantarku pulang dianggap

menyusahkan tetapi apabila Encik Zafril menghantarnya pulang, tidakkah itu menyusahkan

bosku juga. Memang tak sayang mulut betul minah ni.

“Tak… kalau hari-hari dia nak suruh I hantar dia balik pun tak apa.” Ujar dia pada

Fazura namun pandangan matanya dilemparkan padaku yang berada di sisinya.

Belum sempat Fazura membalas kata-kata Zafril itu, pintu lif telah terbuka luas. Dan

aku yang tidak mahu berlama-lama berada di dalam lif itu sambil menerima renungan mata

Encik Zafril terus sahaja keluar.

Page 129: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

128

“Itu kereta saya. Jom.” Encik Zafril menunjukkan keretanya padaku dan terus

menekan alat kawalan jauh keretanya.

Sebaik sahaja kunci kereta Nissan Sylphy Impul berwarna hitam itu terbuka, Fazura

meluru laju masuk ke bahagian penumpang hadapan dan aku pula terus masuk ke bahgian

penumpang belakang.

“You hantar Safi dulukan?” Soal Fazura sebaik sahaja kereta Nissan itu bergerak

meninggal parkir.

“Tak! I hantar you dulu.”

“You hantarlah Safi dulu, pastu baru hantar I. I ada benda nak bincang dengan you

ni.” Fazura cuba memancing Encik Zafril agar mengikut kehendaknya.

“Er… tak apalah, Encik Zafril hantar saya dululah, lagipun saya tingal kat…”

“Safiah Aisyah, saya hantar awak kemudian…” Encik Zafril sekali lagi memotong

kataku sambil memandang menerusi cermin pandang belakang sebelum menoleh pada Fazura

di kirinya pula. “Zura I hantar you dulu, that final!” katanya tegas.

Fazura merengus kasar dan memalingkan wajahnya ke luar tingkap. Aku pula

mengaru kepala yang tidak gatal, rasa tidak sedap hati dengan apa yang berlaku saat ini.

Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah teresnya Fazura terus sahaja turun tanpa berkata satu

patah perkataan pun.

Aku pula sebaik sahaja Fazura turun dari kereta pantas aku mengambil alih tempat

Fazura di bahagian penumpang hadapan, itu pun atas arahan Encik Zafril yang semakin tajam

merenungku. Setelah menyatakan alamatku padanya. Dia memandu keretanya membelah

jalan raya yang sesak pada petang hari begini.

Suasana di dalam kereta itu sunyi sepi, aku mahupun Zafril mengunci kata. Tiada

seorang pun yang mahu memulakan perbualan. Aku berpaling memadang keluar tingkap

apabila kereta Encik Zafril melalui kawasan perumahan Taman Maluri, Cheras. Sudah lama

Page 130: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

129

aku tidak singgah ke sini, sejak Ikin memutuskan ikatan persahabatan kami. Tiba-tiba rasa

rindu pula pada kawanku itu.

“Ingat lagi taman perumahan ni?”

Aku berpaling memandang Zafril apabila terdengar soalan darinya. Aku langsung

tidak memahami makna di sebalik soalannya itu.

“Taman perumahan ni banyak berikan kenangan manis dalam hidup saya. Awak pun

macam tu jugakan?” Zafril terus bercerita apabila aku tidak memberikan respon pada

soalannya tadi.

Dahiku sudah berkerut seribu. Serius, aku memang tidak memahami apa yang cuba

dia sampaikan padaku saat ini. Jadi aku mengambil langkah untuk berdiam diri, tidak mahu

membuka mulut.

“Kat taman perumahan nilah buat pertama kalinya saya tengok ada orang main kejar-

kejar dengan anjing.” Tambah Zafril dengan tawa kecil yang cukup jelas di telingaku.

Aku sudah terdiam, mula terbayang sesuatu di mindaku.

“Dah enam tahun saya tak jumpa dia. Last sekali saya jumpa dia masa kat Genting

Highland. Em… masa jumpa dia kat situlah dia gelar saya Bachelor But Aligator.” Sambung

Zafril dalam tawa kecil

Terkebil-kebil mataku, ada memori lama yang cuba menyinggah hati dan fikiran.

Semuanya itu seperti gegendang yang dipukul bertalu-talu agarku segera mengingatinya satu

persatu.

Sewaktu kereta itu berhenti di lampu isyarat, Zafril mula berpaling memandangku.

“Awak dah buang saya dari hidup awak ke?”

Bertambah ligat fikiranku berfikir apabila terdengar ayat itu dari Zafril.

“Awak dah tak ingat langsung pada saya?”

Page 131: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

130

Aku hanya mampu mendiamkan diri, mataku cuba menangkap raut wajah di

hadapanku ini.

Zafril mengeluh berat. “Tak apalah, siapalah nak ingat buaya tembaga macam saya

ni.” Ujar Zafril perlahan sambil melirikkan senyuman nipis dan meneruskan pemanduannya.

Buaya Tembaga? “Zaf!” Hanya perkataan itu yang mampu terkeluar dari mulutku

selepas melihat senyumannya itu. Aku telah dapat mengimbas kembali memori lamaku.

Pertama kali aku melihat bosku itu bukan sewaktu aku menghantar resume ke Adni Maju

tetapi kali pertama aku melihatnya adalah enam tahun lalu sewaktu lelaki itu

menyelamatkanku dari dikejar anjing.

Zafril tersenyum lebar apabila namanya keluar dari bibirku. “Hah, ingat pun. Awak ni

banyak sangat maka semut tak, sebab tu mudah lupa.” Zafril ketawa kecil.

Kata-kata Zafril itu tidak dapat dicernakan oleh otakku. Perasaanku berkecamuk saat

ini.

“Ini ke rumah awak?” Zafril memberhentikan keretanya di hadapan pangsapuriku.

Aku cuma mengangguk kecil dan pantas keluar dari kereta itu tanpa mengucapkan

sepatah kata. Tiba-tiba aku berasa tidak selesa berada berdua di dalam kereta dengannya.

“Safi…”

Aku menoleh ke belakang dan membongkokkan badan memandang Zafril yang berada

di dalam kereta.

Dia merenungku lama sebelum memulakan kata. “Jumpa lagi esok.” Kata Zafril

sambil tersenyum kemudian dia menaikkan semula cermin tingkap penumpang hadapan dan

berlalu meninggalkanku di hadapan pangsapuriku.

Ekor mataku mengekori gerakkan kereta Nissan itu. Aku tidak menyangka Encik

Zafril itu adalah Zafril Adli yang kukenali enam tahun lalu. Mengapa otakku begitu lambat

mentafsir wajah lelaki itu sebelum ini?

Page 132: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

131

“KAU dah gila ke?”

Aku langsung tidak mempedulikan kata-kata Fitri itu, aku masih lagi berjalan berulang

alik di hadapan dirinya yang sedang duduk tegak di sofa ruang tamu itu. Macam-macam

andaian bermain di benakku ketika ini. Sebaik sahaja Zafril menghantarku tadi aku terus

bercerita kisah lama antara aku dan Zafril pada Fitri. Satu pun tidak aku tinggalkan untuk

pengetahuannya. Aku amat perlukan pendapatnya saat ini, aku tidak tahu apa yang perlu aku

lakukan saat ini.

“Takkan sebab kau menyampah dan tak suka dengan dia dulu kau nak berhenti kerja

pula?” Selar Fitri yang tetap mengekori langkahku di hadapannya.

“Habis tu takkan kau nak aku kerja dengan buaya tembaga yang poyo tu. Aku tak

sukalah kerja bawah dia.” Aku tetap dengan pendiriannku.

“Okay, kalau kau nak berhenti juga, apa yang kau nak kata kat mak kau. Tak sampai

seminggu kerja dah berhenti. Kau tak ingat ke masa mak kau tahu kau dapat kerja ni bukan

main suka lagi orang tua tu sampai nak buat kenduri tujuh hari tujuh malam tau.” Panjang

lebar pula nasihat Fitri, siap mengungkit tentang Cikgu Zuria yang garang pula tu.

“Habis tu apa aku nak buat ni?” Soalku sambil duduk di sebelah Fitri, penat berjalan

ke hulur ke hilir tanpa tujuan dari tadi.

“Kerja ajelah macam biasa.” Cadang Fitri tanpa menimbangkan perasaanku ini.

Aku mengeluh berat, cakap memang senang yang nak berhadapan dengan Zafril nanti

bukan orang lain diriku sendiri.

“Apalah yang kau benci gila kat dia tu?” Soal Fitri, mungkin cuba untuk memahami

hatiku ini.

“Aku taklah sampai benci gila, tapi cuma dulu aku menyampah dengan perangai dia

tu.” Aku cuba untuk membuatkan Fitri faham.

Page 133: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

132

“Sampai sekarang kau masih menyampah kat dia tu?”

Aku mula mengaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Aku pun sebenarnya tidak tahu

apa yang aku rasa pada lelaki itu saat ini. Sudah enam tahun perkara itu berlalu. Dan yang

sebenarnya aku sudah pun melupakan segala-galanya tentang lelaki itu. Namun tidak sangka

lelaki itu masih lagi hadir dalam hidupku ini. Jadi aku tiada jawapan yang tepat untuk soalan

Fitri itu.

“Macam mana kau boleh tak cam lelaki hensem tu Zafril masa kau hantar resume

dulu?” Fitri menukar soalan apabila soalannya tadi tiada jawapan dariku.

“Dia dah lainlah sekarang ni. Penampilan dia tu seratus peratus berubah. Mana aku

nak cam.” Memang itu hakikatnya, dengan rambut yang sudah di potong pendek, kumis nipis

dan warna kulit yang semakin cerah dari dulu, masakan aku dapat mengecam dirinya. Jika

bukan Zafril yang mengingatkan aku yang kami pernah berjumpa enam tahun lalu, pasti

sampai sekarang aku tidak dapat mengingati lelaki itu.

“Habis tu apa yang kau nak buat sekarang?”

“Entahlah, malaslah aku nak fikir lagi pasal dia tu. Aku nak pergi mandi lagi bagus.”

Aku segera meninggalkan Fitri di ruang tamu itu. Sudah malas aku mahu memikirkan tentang

lelaki itu. Kenapa setiap kali aku bertemu dengannya setiap kali itu jugalah aku akan menjadi

tidak tentu hala dan perasaan pula akan mula berkecamuk. Aku sendiri tidak faham! Mengapa

takdir masih mahu mempertemukan aku dengan dirinya?

Page 134: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

133

EMPAT BELAS

“KAU buat jelah kerja macam biasa. Tak payah nak fikirkan sangat pasal hal kau dengan dia

yang dulu tu. Benda dah lepaslah, tak payah nak di fikir-fikir lagi.”

Ayat nasihat dari Fitri sebelum aku melangkah keluar dari rumah pagi tadi masih

terngiang-ngiang di telingaku ini. Dari semalam pelbagai nasihat diberikan padaku,

mengalahkan ibuku pula lagaknya. Malas mahu memikirkan semua nasihat-nasihat Fitri itu,

aku dengan pantas mengemas bilik Zafril pagi ini. Aku tidak mahu sewaktu aku

membersihkan bilik itu dia ada bersama-sama denganku dalam satu bilik.

Aku masih lagi dihambat dengan kenangan lamaku dengan Zafril. Aku benar-benar

keliru saat ini, dapatkah aku bekerjasama dengan baik bersama orang yang selalu

membuatkanku sakit hati, meluat, geram dan pelbagai lagi perasaan. Sesungguhnya dia sudah

aku lupakan, namun kini dia kembali muncul dalam ingatan.

Tiba-tiba ada rasa takut apabila mengenangkan itu semua. Mengenang cara layananku

padanya enam tahun lalu, adakah dia akan mengingatinya? dan kalau dia mahu, pasti kini dia

boleh sahaja membalas segala sikapku dahulu, maklumlah dia kan bosku. Mengapa aku perlu

takut dengan lelaki itu? Aku tiada berhutang apa-apa dengan dirinya. Tapi, kalau...

Arghhh… berhenti kerja ajelah kalau macam ni, keluhku. Itulah yang aku fikirkan

sejak semalam, berhenti kerja! Tapi kalau aku berhenti kerja dimana pula aku mahu bekerja

selepas ini dan apa yang perlu aku jelaskan pada ibu dan ayah nanti? Pasti ceramah berjam-

jam akan diadakan khas buatku dan pastinya Puan Zuria adalah penceramah utama dan Encik

Irfan akan menjadi penceramah jemputan. Mana tidaknya, belum sampai seminggu bekerja

telah berhenti, nampak seperti aku tidak bersungguh-sungguh dan sekadar main-main.

Tapi adakah mereka akan faham akan perasaanku saat ini yang mana setiap hari perlu

berjumpa dengan Zafril dan mengadap muka yang sering aku mahu hindari sejak enam tahun

lalu. Aku benar-benar keliru, tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.

Page 135: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

134

Jam dinding di bilik Zafril menunjukkan 8.30 pagi dan pada bila-bila masa sahaja

Zafril akan muncul di hadapanku. Sebelum Zafril tiba-tiba berada di depan muka pintu, lebih

baik aku terlebih dahulu mengangkat kaki, keluar dari bilik itu. Aku cuba menyibukkan diri di

mejaku dengan fail-fail lama yang sepatutnya berada di dalam bilik fail.

“Assalamualaikum…”

Terlambung pen dari tanganku mendengar salam daripada Zafril yang tiba-tiba

muncul di hadapanku. Dia tergelak kecil melihat ulahku itu. Dia membongkokkan badannya

dan mengambil pen yang terjatuh berhampiran kakinya, kemudian diserahkan padaku.

“Awak ni memang mudah terkejut ke? Tak tahu pula saya.” Zafril masih lagi tertawa.

Aku menyambut pen dari tangannya dan cuba menenangkan diriku.

“Waalaikumusalam.” Jawabku walaupun debar di dada masih ada.

“Safi, Safi…” Zafril mengelengkan kepalnya berkali-kali dan terus berlalu masuk ke

dalam biliknya dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

Aku marah pada diriku sendiri. Mengapa aku boleh menjadi begitu cemerkap hari ini?

Sehingga Zafril berjaya mentertawakan diriku. Geram sungguh diriku apabila mendengar

tawa Zafril tadi.

Aku berkalih pada interkomku apabila ia berbunyi.

“Safi…”

“Ye, Encik Zafril.” Laju sahaja tutur kataku. Sebenarnya tiada apa yang perlu aku

takutkan pada dirinya itu. Terkenang pula kata-kata kak Ros padaku dulu yang Zafril

bukannya harimau yang perlu ditakutkan.

“Masuk sekejap.” Tegas pula suara Zafril tika ini.

“Baik, Encik Zafril.” Balasku dan tanpa berlengah lagi aku terus melangkah ke bilik

Zafril.

Page 136: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

135

Aku mengetuk pintu bilik yang tidak tertutup. Sebaik sahaja Zafril memberikan

kebenaran, barulah aku melangkah masuk ke dalam mengadap Zafril. “Ada apa Encik

Zafril?”

“Surat khabar saya mana?” Soal Zafril yang duduk di atas sofa tetamu.

Aduh, macam mana aku boleh lupa. “Maaf encik saya terlupa. Em… saya pergi ambil

sekarang.” Aku segera berpaling ingin keluar dari bilik itu. Akibat ingin terlalu cepat

mendapatkan surat khabar untuknya, aku tersepak kaki sofa yang diduduki Zafril. Aku

mengaduh perlahan. Pantas tanganku memegang kaki yang terasa berdenyut.

Nasib baik tak jatuh buat malu je, bebelku dalam hati.

“Awak tak apa-apa ke?” Soal Zafril yang kini telah berada di sebelahku. Badannya

turut dibongkokkan agar setara denganku yang kini sedang mengurut kaki.

Terkebil-kebil mataku melihat Zafril yang berada di sebelahku itu. “Er…” lidahku

kelu tiba-tiba.

“Kenapa kelam kabut sangat ini. Saya tanya aje, bukannya saya paksa awak ambil

surat khabar tu sekarang juga. Awak okay ke tak ni?” Soal Zafril sekali lagi.

“Er… okay… saya okay.” Lantas aku segera berdiri tegak semula walaupun kakiku

masih berdenyut kesakitan.

“Betul ni? Takkan sekejap je dah okay?” Zafril seperti tahu sahaja aku

membohonginya.

Aku mengangguk laju. “Betul… Saya pergi ambil surat khabar dulu.” Aku segera

berjalan laju keluar dari bilik itu.

“Jangan berlari pula, nanti jatuh tak pasa-pasal masuk hospital.” Jerit Zafril dari

biliknya.

Page 137: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

136

Sakit hatiku apabila mendengar jeritan itu. Beberapa pekerja yang berdekatan dengan

bilik Zafril, menoleh dan tersenyum padaku. Aku malu bukan kepalang, namun aku lirikkan

jua senyuman pada mereka semua.

“Amy, surat khabar untuk Encik Zafril mana?” Aku terus menyoal Amy apabila

sampai di meja penyambut tetamu itu.

“Ni hah kak. Kenapa kabut semacam je kak? Encik Zafril marah ke surat khabar dia

tak ada atas meja?” Soal Amy yang mungkin telah faham benar dengan perangai bos kami itu.

Marah ke Zafril tadi? Entahlah aku pun tidak pasti, nak kata marah macam tidak

marah, tapi nak kata tak marah macam marah pun ada juga. “Tak adalah. Okay Amy, waktu

rehat nanti kita lunch sama-sama ya.” Aku cuba mengubah topik perbualan sebelum berlalu.

“Okay…”

Aku melemparkan senyuman pada Amy sebelum melangkah pergi.

“Ini surat khabarnya Encik Zafril.” Aku meletakkan surat khabar itu di atas meja

Zafril dan dia hanya memandang sekilas surat khabar itu dan kemudian dia merenungku.

Surat khabar itu langsung tidak diusiknya.

“Ily tak ada bagitahu awak apa-apa ke?” Tanya Zafril setelah lama merenungku.

“Bagi tahu apa Encik Zafril?” Aku pula yang menyoal Zafril.

“Em…” Zafril berhenti seketika seperti mahu menyusun kata. “Bagi tahu apa yang

perlu dan tidak perlu masa bekerja dengan saya.”

“Oh… Ada.”

“Habis kenapa…”

“Kalau pasal surat khabar ni, saya minta maaf, kak Ily memang ada bagi tahu saya,

cuma saya terlupa.” Belum sempat Zafril menyambung katanya aku pantas memotong, tidak

mahu kak Ily pula yang disalahkan atas kecuaianku sendiri.

Zafril cuma menganggukkan kepala.

Page 138: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

137

“Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.” Aku segera berpaling.

“Safi…”

Aku berpaling memandang Zafril semula.

“Buatkan saya secawan kopi.” Pinta Zafril tanpa memandangku, matanya telah

melekap pada dada akhbar di tangannya.

“Er… kopi?” aku ingin kepastian. Adakah benar Zafril memintaku membuatkan

secawan kopi untuknya. Tapi menurut kak Ily Zafril akan membuat air sendiri dan sepanjang

kak Ily bekerja dengannya tidak pernah Zafril memintanya membuatkan air untuk bosnya itu.

“Yup… kenapa ada masalah ke? Atau awak tak tahu nak buat kopi?” ujar Zafril yang

kini telah menatapku semula.

“Tak… cuma Kak Ily pernah bagitahu saya yang Encik Zafril lebih suka buat air

sendiri.” Aku ajukan jua persoalan yang bermain di mindaku.

Zafril tertawa kecil. “Itu dengan Ily, tapi kalau dengan awak saya lebih suka kalau

awak yang buatkan saya air.” Zafril tersenyum lebar. “Lagipun awak kena tunaikan janji.”

Zafrl bersuara lagi.

Aku semakin pelik, apa bezanya diriku dengan Kak Ily? Aku yakin Kak Ily juga

mampu menyediakan air seperti yang dipinta oleh bosku itu. Dan... bila masa pula aku

berjanji dengannya? Dan apa yang pernah aku janji padanya? Aku mengaru kepala yang tidak

gatal. Dari dulu sampai sekarang macam-macam perangai lelaki ini, semuanya menyesakkan

otakku.

“Baiklah Encik Zafril.” Malas mahu bertelagah Zafril, aku dengan pantas menuju ke

pantry untuk menyediakan air seperti yang dipinta. Buat aje mengikut arahan. Tidak ada

kuasa mahu melayan bicaranya yang entah apa-apa.

Setelah selesai menyediakan air kopi itu untuk Zafril, dengan pantas aku menghantar

air itu ke bilik Zafril. Aku tidak tahu sama ada air itu akan dapat memenuhi selera Zafril

Page 139: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

138

ataupun tidak dan aku tidak peduli tentang hal itu. Hendak sangat air yang aku buat, jadi dia

perlu menerima seadanya apa yang aku sediakan.

“Ini airnya Encik Zafril.” Aku meletakkan air itu ke atas meja. “Saya keluar dulu.”

“Nanti dulu.” Zafril menghalangku dari keluar.

Aku segera berpaling.

“Duduk dulu.”

Aduh, nak apa lagi ni? Aku mula rimas namun aku masih menurut semua arahan

Zafril itu. Apa lagilah yang dimahukannya?

Zafril mengambil air kopi yang aku sediakan dan air itu mula diteguk perlahan. Zafril

tersenyum kecil sebelum meletakkan semula cawan itu ke tempat asalnya tadi.

“As I told you before, I will make sure that you have to make me a cup of coffee one

day. So, tak sia-sia saya tunggu enam tahun.” Zafril merenungku dengan senyuman yang tak

henti-henti.

Berkerut dahiku mendengar bicara lelaki itu, aku tidak faham dengan butir bicaranya.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh lelaki itu?

“Awak ni Safi, dahlah mudah terperanjat, pelupa pula tu. Teringin pula saya nak bawa

awak pergi berubat,” dalam tawa Zafril sempat mengenakanku.

Geram sungguh aku dengan dirinya. Kenapalah lelaki seorang ini masih tidak mampu

merubah perangainya yang menyakitkan hati itu. Setiap tutur katanya sejak dahulu pasti

berjaya menimbulkan kemarahan. Kalau hari-hari begini, macam aku tak rasa yang aku

mampu memberikan berkerjasama dengan baik?

“Tengah hari ni kita lunch sama-sama.” Cadang Zafril sewaktu aku sedang cuba

memadamkan rasa geram padanya.

Oh… tidak... tidak sama sekali! Tak mahu aku lunch bersama dengan lelaki itu, baru

berbicara seketika aku sudah sakit hati dengan bicaranya, inikan pula makan tengah hari

Page 140: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

139

bersamanya? Entah apa-apa lagi bicaranya yang mampu menyakitkan hatiku. “Maaflah Encik

Zafril, saya dah janji nak lunch dengan Amy. Lagipun saya…”

“No… Tukar aje janji awak dengan Amy tu esok atau lusa. But today, we have to

lunch together. You may go now.” Tegas Zafril yang kemudiannya terus memandang desktop

miliknya.

Amboi, mentang-mentanglah dia bos suka-suka dia sahaja mengarahkan aku.

Maknanya aku sudah tiada pilihan lagi, terpaksa juga aku menerima pelawaan itu. Eh, tidak…

bukan pelawaan tapi satu arahan yang tidak dapat aku elakkan.

AKU duduk mengadap Zafril dalam restauran yang terletak di dalam hotel Grand Season.

Zafril di depanku hanya mengadap menu sedari tadi. Semua menu disemak satu persatu

olehnya. Dia kelihatan agak cerewet dalam memilih makanan. Aku mengeluh kecil, kalau aku

keluar makan bersama Amy tadi, tidak perlulah aku melangkah sejauh ini, dan pasti sudah

selesai sepingan nasi aku habiskan. Nasib baik juga Amy tidak kisah aku membatalkan

janjiku dengannya untuk keluar makan bersama. Pada Amy juga aku suarakan

ketidakselesaanku keluar makan bersama-sama Zafril tengah hari ini. Tapi menurut Amy,

Zafril memang begitu, dia pasti akan membelanja pekerja baru makan tengah hari

bersamanya, pada hari pertama pekerja tersebut bekerja di Adni Maju. Sengaja ingin

merapatkan hubungan dan saling mengenali antara pekerja-pekerjanya. Dan atas alasan itu

jugalah baru ringan hatiku untuk menurut langkah Zafril hingga ke sini.

“Awak nak makan apa?”

Soalan dari Zafril itu mencantas lamunanku. Aku pantas melihat semula menu yang

berada di tanganku apabila seorang pelayan telah sedia menunggu di sebelah meja yang kami

duduki untuk mengambil pesanan.

Page 141: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

140

“Er…” Aku serba salah untuk membuat pilihan kerana harga-harga makanan di sini

agak mahal. “Nasi ayam.” Ujarku setelah berkali-kali membelek menu itu.

“Minum?” Soal pelayan itu.

Aku menoleh pada Zafril seketika. Menu yang berada di tangannya tadi telah ditutup

dan diletakkan saja di atas meja, sepertinya semua menu itu tidak dapat memenuhi citarasanya

saat ini. “Ice lemon tea.” Pintaku sambil menyerahkan semula menu pada pelayan itu.

“Ice lemon tea?” Berkerut dahi Zafril mengungkapkan nama air yang aku sebut tadi.

“Ha’ah, kenapa air tu tak ada kat sini ke?” Soalku pula yang agak terperanjat dengan

reaksi yang Zafril berikan.

Zafril mengelengkan kepala. “Bukan macam tu… Tapi kenapa awak order air tu?”

“Sajalah. Lagipun that was my favorite drink.”

“Your favorite drink?”

Aku mengangguk laju. Kemudian setelah memesan menu yang sama sepertiku, Zafril

segera menyerahkan menu yang tadinya berada di atas meja kepada pelayan itu, seperti

menghalau pelayan itu agar cepat berlalu dari situ lagaknya.

“Tapi dulu awak beritahu saya, awak tak suka ice lemon tea?”

Kini keningku pula yang berkerut seribu. Bila masa pula aku menyatakan begitu

padanya? “Bila masa pula?” Ish, ada-ada sajalah lelaki ini.

“Masa kat Genting dulu.” Laju Zafril memberikan jawapan.

Aku tersentak, benarkah aku ada berkata begitu sewaktu di Genting dahulu. Aku

sudah lupa, benar-benar lupa sama sekali. Tapi bagaimana Zafril boleh mengingati perkara-

perkara kecil sebegini walaupun sudah enam tahun berlalu.

“Er… Encik Zafril salah dengar kot.”

“Mana pula, memang…” Belum sempat Zafril menghabiskan kata telefon bimbitnya

berbunyi. Melihat sahaja nama yang tertera dengan segera Zafril menekan butang menjawab

Page 142: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

141

panggilan. “One minute.” Ujar Zafril sambil menghalakan jari telunjuknya padaku sebelum

memulakan perbualan dengan pemanggil.

Aku menarik nafas lega, sekurang-kurangnya aku terlepas sebentar daripada

cengkaman soalan-soalan Zafril tentang enam tahun lalu. Seketika kemudian telefon bimbitku

pula yang berbunyi lantang. Aku cepat-cepat mengeluarkan telefon dari tas tangan. Aku tahu

Zafril yang sedang berbual di telefonnya memandangku sewaktu telefonku berbunyi tapi aku

sedikit pun tidak menghiraukan pandangan Zafril dan segera berlalu ke sudut restoran yang

tidak jauh dari meja yangku duduki tadi.

“Assalamualaikum.” Aku memulakan perbualan dengan Amy yang berada di hujung

talian.

“Akak kat mana?”

“Grand Season.”

“Fuyooo… Grand Season tu. Bukan main akak ye, Encik Zafril belanja sampai ke

Grand Season.” Terdengar tawa kecil Amy di hujung talian.

“Apa pula, bukan ke Amy yang cakap tadi Encik Zafril memang selalu belanja staff

barukan?” aku yang mula tidak sedap hati mendengar tawa Amy itu pantas mencelah.

“Memanglah kak tapi selalunya dia belanjan kat restoran biasa aje macam Restoran

Tupai-Tupai ke. Ni dengan akak sampai ke hotel perginya. Ada apa-apa yang perlu Amy tahu

ke ni?” Amy masih lagi ketawa mengkekek di hujung talian.

“Dah, tak ada apa-apanya. Jangan nak merepek. Ni telefon ni nak apa?” aku sengaja

hendak mengubah topik perbualan. Aku tidak mahu Amy beranggapan yang bukan-bukan

pula.

“Tak ada apa, saja nak kacau daun. Akak dengan Encik Zafril tak payah masuk balik

pejabatlah hari ni.”

Page 143: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

142

“Kenapa pula?” aku kehairanan kenapa aku tidak perlu masuk ke pejabat semula hari

ni? Ada apa-apa perkara yang berlakukah di syarikat?

“Lepas lunch ni akak ajaklah Encik Zafril pergi shopping. Suruh dia belanja. Kalau

lunch pun dia sanggup belanja akak kat hotel, so shopping pun gerenti dia sanggup sponsor

juga.”

Bertambah geram diriku apabila Amy masih lagi cuba untuk menggenakanku. Tawa

amy itu langsung tidak mahu hilang dari sebalik talian. Malas aku mahu melayan, nanti

macam-macam lagi yang kelaur dari mulut becok itu. “Oh, kenakan akak ya, tak apa balik

nanti tahulah akak kerjakan Amy.”

Setelah memberi salam pada Amy aku kembali ke meja, makanan telah pun sedia

terhidang di atas meja dan Zafril masih lagi duduk di situ tanpa menyentuh sedikit pun

hidangan di hadapannya.

“Siapa call?” Tanya Zafril sebaik sahaja aku duduk.

“Amy.”

“Nak apa?”

“Tak ada apa-apa, saja aje.” Sibuk aje nak tahu! Bentak hatiku

Zafril menganguk kecil dan mula membetulkan duduknya. “Sampai mana kita tadi?”

Aku mula mencari idea, kerana tidak mahu meneruskan perbincangan tentang ice

lemon tea itu. Aku benar-benar sudah tidak mengingati perkara itu, sungguh. “Kita makan

dulu boleh tak encik, saya dah laparlah.” Helahku, aku benar-benar berharap Zafril termakan

dengan helahku itu.

Zafril menadah tangan membaca doa makan. Aku turut serta mengaminkan doa yang

dibacanya.

“Er… Encik Zafril dulu belajar kat Melbourne kan?” Soalku memecahkan kesunyian

yang menyelubungi sebaik sahaja kami mula menjamu selera.

Page 144: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

143

Zafril tersenyum hambar. “Yang tu ingat pula awak. Saya ingat satu apa pun perkara

tentang saya awak dah tak ingat.” Nada Zafril seolah-olah merajuk.

Aku terdiam mendengar nada yang Zafril gunakan.

“Ha’ah saya belajar kat situ, kenapa?” Zafril menjawab juga soalan dariku setelah

melihat aku hanya mendiamkan diri selepas mendengar kata-katanya tadi.

“Er…” Ingatanku teralih semula ada Mona. Kawan baikku suatu masa dahulu. Aku

benar-benar ingin mengetahui perkembangan terbaru Mona yang telah lama menyepikan diri.

Pasti Zafril tahu di mana dan bagaimana keadaan Mona kerana mereka pernah belajar dalam

satu universiti yang sama. Lagipun bukankah Zafril teman lelaki Mona.

“Mona apa khabar? Dia kat mana sekarang?” aku meneruskan niatku tadi.

“Mona? Mona mana?” Zafril meletakkan sudu dan grafu yang digunakannya itu dan

pandangannya terarah tepat pada Safi.

Pelik aku mendengar soalannya. “Mona Suzana.” Aku memberikan nama penuh

Mona.

“Oh…” panjang pula Zafril melagukan perkataan yang pendek itu. “Entahlah, saya

pun dah lama tak jumpa dia. Last sekali masa hari konvokesyen saya. Tu pun beberapa tahun

lepas.”

Sukar untuk aku mempercayai kata-kata Zafril itu. Tidak mungkin sudah beberapa

tahun dia tidak berjumpa dengan Mona. Atau Zafril sengaja menyembunyikan hal Mona dari

pengetahuanku. Sengaja berpura-pura tidak mengetahui hal Mona. Boleh jadi juga!

“But, she your best friend right. Takkan awak tak tahu dia sekarang kat mana?” Zafril

kembali menyoal padaku

Aku mengeluh mendengar kata-kata Zafril itu. Jika aku tahu di mana Mona berada

tidak mungkin aku akan bertanya lagi pada dirinya.

Page 145: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

144

“Kenapa Encik Zafril dah lama tak jumpa dia? bukan ke, Encik Zafril dengan Mona

tu…” aku memberhentikan kata apabila Zafril mula merenungku tajam seolah-olah dia sudah

dapat membaca apa yang ingin aku katakan. Dari riak wajah yang ditunjukkan itu, rasanya dia

tidak menyukainya apa yang mahu akau katakan itu. “Encik dengan Mona dah putus ke?”

Sengaja aku menukarkan bentuk soalan yang ingin aku ajukan padanya. Aku tidak mahu

menimbulkan masalah dengan bosku itu. Namun dalam masa yang sama aku mahu melihat

sejauh mana kejujuran lelaki itu pada Mona.

“Putus?” Zafril pura-pura tidak mengerti dengan maksudku.

“Putus… putus cinta.” Aku terus menyatakan maksudku.

“Macam mana saya nak putus cinta dengan dia, sedangkan bercinta dengan dia pun

tak pernah.” Tegas Zafril dengan wajah yang sudah kelat seribu.

Aku menayangkan muka selamba, tidak takut dengan wajah kelat yang berada di

hadapanku itu. Jawapan yang Zafril berikan itu telah aku agak sejak dari tadi. Entah

mengapalah sejak dari dulu lelaki ini suka sangat menafikan hubungannya dengan Mona. Apa

sebenarnya kemahuan lelaki ini?

Page 146: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

145

LIMA BELAS

“ENCIK Zafril, meeting.” Aku menjengukkan wajahku di sebalik pintu, cuba mengingatkan

bosku itu akan mesyuarat yang akan berlangsung sebenar lagi.

Zafril mengerling memandangku. “Okay, you go first, give me another two minutes.”

Balas Zafril sambil mengapai organizer yang berada di hadapannya.

“Okay.” Aku pantas berlalu meninggalkan bilik Zafril dan menuju ke bilik mesyuarat

yang terletak berhampiran dengan pantry.

Aku membuka pintu bilik mesyuarat lantas masuk dan duduk di sebelah kerusi di

kepala meja. Bilik mesyuarat itu tidaklah terlalu besar tetapi cukup untuk mengisi meja

panjang yang boleh memuatkan 12 orang.

Beberapa saat kemudian Zafril melangkah masuk sambil melemparkan senyuman

pada setiap pekerja yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Kemudian dia mengambil

tempat duduk di sebelahku, di kepala meja. Sudah hampir tiga bulan aku bekerja di situ

sebagai setiusahanya. Aku sendiri tidak menyangka yang aku boleh bertahan bekerja

dengannya sehingga ke saat ini.

Aku menyerahkan satu fail berwarna biru padanya. Dia menyambut fail itu dengan

senyuman yang tidak lekang dari bibir. Aku mula membetulkan dudukku beberapa kali,

apabila Zafril asyik merenungku sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik mesyuarat ini.

Aku mula merenung baju kurung berbunga oren dan bertanah hitam serta tudung

berwarna oren yang aku kenakan hari ini. Apakah penampilan aku itu begitu janggal di

matanya sehingga dia merenungku sehingga sebegitu sekali. Aku berdehem kecil cuba

mematikan renungan itu namun mata itu masih melekat padaku.

Zafril mula mematikan renungannya padaku apabila Fazura berdehem berulang kali

seolah-olah cuba memberikan amaran pada Zafril yang mesyuarat perlu berlangsung

sekarang. Aku benar-benar bersyukur atas bantuan Fazura itu.

Page 147: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

146

“Sikit-sikit dahlah Zafril.” Usik Kak Ros yang menyedari Zafril begitu asyik

merenungku sedari tadi.

Zafril tertawa besar mendengar usikkan Kak Ros. “Sikitlah tu mana ada lebih-lebih

pun.” Zafril mengangkat-angkat keningnya sambil tersenyum pada Kak Ros.

Kak Ros mengelengkan kepalanya. “Ish… angau semacam je.”

Ketawa Zafril lebih kuat saat ini dan mengundang semua mata yang berada di dalam

bilik mesyuarat itu memandang ke arahnya.

“Awaklah ni.” Bisik Zafril padaku apabila tawanya mula mengendur.

“Kenapa saya pula?” Soalku pula pada Zafril, juga dengan nada yang rendah tidak

mahu didengari oleh ahli mesyuarat yang lain.

“Awak tulah. Cantik sangat hari ni,” Zafril masih terus tersenyum.

Aku terdiam seribu bahasa. Pujian Zafril itu langsung tidak mengusik hatiku. Entah

mengapa aku tidak suka dipuji sebegitu olehnya. Aku terus memandang buku laporan yang

sedia terbuka di hadapanku, pura-pura menyibukkan diri. Aku tidak mahu mendengar lagi

kata pujian dari bibirnya.

“Assalamualaikum semua. Baiklah semua sedia maklim hari ini merupakan mesyuarat

pertama kita bagi suku tahun pertama untuk tahun ini. Saya harap Roslina dari bahagian

pentadbiran dan HR dapat memulakan terlebih dahulu.” Zafril memulakan mesyuarat dengan

tegas, tiada lagi gelak tawa di wajahnya itu. Fail di tangan mula dibuka dan dibaca dengan

teliti.

Selepas Kak Ros giliran Fazura pula yang membentangkan perjalanan pemasaran suku

tahun pertama dan membincangkan projek-projek baru yang dilihat dapat memberikan

keuntungan pada syarikat. Selesai Fazura, giliran Fahmi yang bertindak sebagai assistant

business development melakukan pembentangan. Fahmi mewakili manager business

development yang bercuti pada hari ini.

Page 148: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

147

Pembentangan Fahmi acapkali terganggu dengan panggilan masuk pada telefon

bimbitnya. Walaupun dia telah menetapkan nada silence pada telefonnya tapi wajahnya

sentiasa berubah apabila telefon itu bergetar. Pembentangan yang dilakukan juga agak

tersekat-sekat kerana asyik melihat telefon bimbitnya.

“Fahmi.” Panggil Zafril setelah melihat Fahmi bagai cacing kepanasan di kerusinya.

“Ye, Encik Zafril.” Fahmi kelihatan serba salah saat ini. Aku tahu Fahmi pasti merasa

takut dimarahi Zafril kerana dia tidak memberikan tumpuan pada mesyuarat kali ini.

“Wife you yang call ke?” Soal Zafril sambil meletakkan pen yang terseklit di jarinya

sedari tadi ke atas meja. Wajahnya begitu tegang saat ini.

Fahmi menganggukkan kepalanya.

“Kalau tak silap wife you tu tengah mengandung lapan bulan kan?”

Fahmi menganggukkan kepalanya, dia mengerling ke telefonnya yang bergetar

semula.

“So, apa lagi jawablah call tu. Mana tahu emergency ke.” Zafril memberikan

kebenaran.

Fahmi masih lagi teragak-agak untuk menjawab telefon itu.

“Fahmi, I said now.” Desak Zafril pada Fahmi yang masih lagi berbelah bagi.

Fahmi segera melangkah menjauhi sedikit meja mesyuarat itu untuk menjawab

telefon. Sangkaanku yang Zafril yang memarahi Fahmi ternyata meleset sama sekali.

“Okay guys, kita rest lima minit.” Zafril memberikan arahan tapi matanya masih lagi

meneliti kertas tadbir urus yang diserahkan oleh Kak Ros padanya tadi.

Aku mengerakkan badan ke kiri dan ke kanan, cuba untuk merenggangkan urat yang

mula terasa berselirat. Sudah hampir dua jam berteleku di situ menyalin itu dan ini bagi

menyiapkan minit mesyuarat nanti. Sedang aku sibuk membetulkan apa yang telahku salin

tadi, tiba-tiba Zafril mengetuk perlahan kertas yang sedang kuteliti.

Page 149: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

148

Aku berpaling memandang Zafril yang berada di sebelahku. Dia menghulurkan

tangannya yang sedia digenggam, cuba menyerahkan sesuatu padaku. Aku mula tidak sedap

hati, kukerling semua yang berada di meja mesyuarat itu dan kesemuanya sedang berbual-

bual sesama sendiri. Akhirnya aku menyambut juga barang yang cuba Zafril serahkan padaku

itu. Setelah barang itu bertukar tangan Zafril tersenyum dan menyambung semula tugasnya.

Aku membuka tangan melihat apa yang diserahkan padaku. Terkebil-kebil mataku

melihat paper clip yang telah berubah bentuk menjadi bentuk ‘hati’ berada di tanganku. Aku

berpaling memandang Zafril yang sedang tunduk meneliti fail ditangannya sambil tersenyum

memanjang.

Apa hal bagi aku benda ni? Buang tabiat ke apa bos aku ni, getus hatiku.

“Apa tu?” Soal Fahmi yang telah duduk semula di kerusinya yang bersebelahan

dengan kerusiku. Sempat juga dia menjenguk melihat apa yang sedang berada atas tapak

tanganku.

Dengan pantas aku menyembunyikan tanganku yang memegang paper clip yang telah

berubah bentuk itu ke bawah meja. “Tak ada apa-apa.” Aku mengeleng laju.

“Everything’s fine, Fahmi?” Soal Zafril apabila melihat Fahmi kembali ke tempat

duduknya semula dengan wajah yang tenang tidak seperti tadi.

“Okay Encik Zafril tak ada apa-apa. Cuma dia nak ingatkan saya belikan dia sate

kajang waktu balik nanti. Biasalah orang mengandung macam-macam ngidamnya.”

Zafril tersenyum mendengar kata-kata Fahmi itu. “Okay, Fahmi sambung.” Zafril

sudah mula menumpukan perhatian pada mesyuarat.

“Eh, wait!” Kak Ros tiba-tiba mencelah sebelum sempat Fahmi membuka bicara.

“Apa ni Zafril bertabur kertas urus tadbir ni. Tak ikut susunan macam yang I bagi kat

you tadi.” Bebel Kak Ros pada Zafril.

Page 150: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

149

“Alah you susunlah balik bukannya banyak sangat pun, lapan muka je.” Selamba

sahaja Zafril menjawab tanpa rasa bersalah.

“Ish, you ni. Dah tu paper clip nya mana?”

“Oh, paper clip tu I dah bagi kat Safi.”

Terkejut aku mendengar bicara Zafril itu tapi dia masih lagi dengan wajah

selambanya, sedikit pun dia tidak memandangku di sebelahnya. Aku yakin dalam diam

sebenarnya Zafril cuba berterus terang kepada Kak Ros namun dalam masa yang sama juga

dia cuba mengenakan diriku ini. Aduh, kenapalah lelaki ini suka mengenakan diriku tidak

mengira masa dan tempat?

“Hah Safi mana paper clipnya?” kini Kak Ros bertanya padaku pula.

Aku mula mengelabah. Tidak mungkin aku mahu memulangkan paper clip yang telah

berubah menajdi bentuk ‘hati’ itu pada Kak Ros pula. Nanti apa kata Kak Ros dan ahli

mesyuarat yang lain jika melihat paper clip itu. Oh… tidak… lebih baik jangan cari pasal,

nanti kecoh satu pejabat dengan gosip liar yang tidak aku gemari sama sekali.

“Entahlah kak, dah hilang pula tadi ada kat sini.” Aku pura-pura cuba mencari di atas

meja di hadapanku. “Tak apalah Safi ambil klip yang lain untuk akak.”

“Eh, tak apalah, tak payah.” Kak Ros menghalangku yang sudah pun bangun untuk

keluar dari bilik mesyuarat itu.

Aku duduk semula apabila niatku itu dihalang oleh Kak Ros. Cepat-cepat aku

menyimpan paper clip itu ke dalam poket diariku sebelum barang itu menjadi isu yang lebih

besar selepas ini. Aku mengerling memandang Zafril yang ternyata sedang cuba

menyembunyikan senyumannya itu dariku.

Geram sungguh aku dengan dirinya, tidak sudah-sudah mahu mengenakanku!

BARU balik lunch dah mengamuk, ngomel hatiku.

Page 151: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

150

Pintu bilik Zafril yang terbuka luas itu membolehkan aku mendengar setiap butir kata

yang terkeluar dari mulut Zafril. Kesian pula aku mengenangkan nasib Ahmad dan Hairil

yang kini berada di hadapan Zafril. Pasti ketika ini kedua-duanya terpesat-pesat untuk

menjawab setiap butir bicara Zafril yang sudah mula menyinga itu.

Pagi tadi moodnya elok sahaja, siap boleh mengenakan aku di dalam bilik mesyuarat

tetapi petang ini setelah mendapat satu panggilan daripada Khaty sebentar tadi moodnya tiba-

tiba berubah. Habis Ahmad yang bertindak sebagai finance controller dan pembantunya itu

diarah masuk ke biliknya serta-merta dan disembur satu-persatu bagaikan mereka telah

melakukan kesalahan yang besar.

“Tapi kami dah hantar surat amaran Encik Zafril.” Kini barulah kedengaran Ahmad

menjawab setelah lama mendiamkan memberikan ruang Zafril untuk berbicara.

“Yes, memang kamu semua dah bagi surat amaran. Bukan satu, bukan juga dua tapi

tigakan? I know that! Tapi lepas semua surat amaran tu mereka tak ambil peduli apa tindakan

kamu semua? None! Fullstop kat situ je kan! Kamu tahu tak tindakan kamu tu seumpama

kamu manjakan mereka. Sebab tu mereka liat nak bayar. Hutang lapok tapi kita masih lagi

buat kerja untuk mereka. Macam ni anytime company ni boleh telingkup!” Bertambah keras

suara Zafril kali ini.

Aku yang berada di luar pun boleh terkedu mendengar nada suara bos itu apatah lagi

mereka yang berhadapan dengannya. Setelah tiga bulan aku bertugas di sini barulah kali ini

aku melihat Zafril semarah ini.

“Saya nak lepas ini terus deal dengan pengarah urusan syarikat-syarikat tu. Kalau nak

saya turun padang sekali pun tak apa. Kalau dah degil sangat, ambil je legal action. Jangan

sebab company tu, company kawan Puan Anni Zulaikha kita tak boleh ambil tindakan. Kalau

Puan Anni Zulaikha ada disini pun, I thing, she will do the same thing. Saya nak benda ni

Page 152: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

151

semua settle bulan ni juga, At least ada positif feedback daripada mereka faham?” Zafril masih

lagi meneruskan ceramah panjangnya.

“Safi!” Laung Zafril dari dalam biliknya.

Aku bergegas bangun dari kerusi dan mencapai buku nota dan pen. Aku tahu jika

Zafril telah melaungkan namaku begitu kuat dan tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk

menggunakan interkom sewaktu memanggilku, maknanya tahap kemarahan Zafril telah

sampai ke had maksimum. Silap-silap hari bulan dengan aku sekali kena bambu.

“Jaga-jaga singa dah terlepas dari kandang tu,” Ahmad sempat berbisik padaku

sewaktu kami bertembung di muka pintu bilik Zafril.

“Amboi mulut… Tadi bukan main lagi menikus.” Bisikku pula pada Ahmad.

Ahmad ketawa kecil. “Good luck.” Ujar Ahmad padaku yang sudah pun mengetuk

pintu bilik Zafril. Aku hanya tersenyum mendengar kata semangat darinya.

Setelah mendapat kebenaran dari Zafril, aku lantas masuk dan berdiri tegak di

hadapannya. “Ye, encik.” Aku menarik nafas seketika. Kecut juga perutku apabila berhadapan

dengan Zafril yang mula menyinga itu.

Zafril yang sedari tadi mengadap desktop segera memandangku di depannya tanpa

sebarang suara. Kemudian dia menghembuskan keluhan kecil. “Duduk,” lembut bicara Zafril

tika ini tidak seperti tadi.

Aku pula hanya menurut semua arahannya. Pelik, sekejapnya cool, bisik hatiku.

“Saya nak awak refer dengan Ahmad and dapatkan saya listing company yang dah

lebih enam bulan tidak buat payment pada kita. Saya nak awak setkan appointment saya

dengan pengarah urusan company tu.”

“Bila encik nak saya setkan appointment tu?”

“As soon as possible. Lagi cepat lagi bagus.”

“Hai Zafril.”

Page 153: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

152

Aku dan Zafril serentak berpaling pada Fazura yang sudah pun berada di dalam bilik

ini.

“Don’t you know to knock the door first before entering my room, Zura?” Soal Zafril

sambil mencerun mata memadang Fazura.

“I dah ketuk tadi tapi itulah you busy sangat dengan secretary you ni. Tu yang tak

dengar I ketuk pintu.” Fazura cuba membela diri. Namun aku yakin aku tidak mendengar

serang bunyi ketukan pintu sebentar tadi.

“Where have you been? Pukul 3 baru masuk pejabat balik. Jauh sangat ke you pergi

lunch?” Soal Zafril.

Serentak itu Fazura ketawa manja. “Why? Do you miss me?”

Sebenarnya aku agak terkejut dengan pertanyaan berani Fazura itu, lebih-lebih lagi

pertanyaan itu dibuat di hadapanku. Aku membelek-belek buku nota di tangan, tidak mahu

ikut campur dengan urusan mereka berdua. Baik buat-buat tidak dengar semuanya.

“Stop being ridiculous. That not my point.” Sepantas kilat Zafril mengeluarkan kata-

kata yang bagiku mungkin boleh menguris hati wanita Fazura.

“Habis tu kenapa Amy kata tadi you cari I macam kucing hilang anak, hah, my dear.”

Fazura terus mengasak Zafril, aku yang berada di sebelahnya dipandang sekilas.

“I cari you sebab nak tanya pasal tender syarikat TV berbayar dan olimpia holding tu.

Any news?” laju Zafril menerangkan duduk perkara sebenar.

Fazura mengetap bibir seketika.

“Fazura I’m asking you. Any news?”

“Belum lagi, biasalah tender besar, banyak company lain mohon sama. Lambat

sikitlah rasanya tu. Okaylah I keluar dulu.”

Aku dan Zafril mengerling memandang Fazura yang laju berlalu keluar dari bilik ini.

Page 154: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

153

“Encik Zafril.” Panggilku pada Zafril yang masih lagi memadang kea rah pintu

biliknya.

Zafril berpaling memadangku.

“Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.” Mohonku.

“Okay, jangan lupa setkan appointment tu secepat mungkin ya.”

“Baik Encik Zafril.”

Lantas aku segera keluar dan menutup rapat pintu biliknya. Sebaik sahaja aku

berpaling untuk kembali ke mejaku, Fazura telah pun duduk di kerusiku. Aku bergerak

menghampirinya perlahan-lahan, keliru apa perlu Fazura berada ditempatku.

“Lama jumpa bos kesayangan.” Soal Fazura apabila aku berada di hadapannya.

Aku mengerling memandang Zafril yang sedang tekun bekerja melalui cermin yang

memisahkan mejaku dengan biliknya. Birai yang terbuka itu membolehkan aku melihat

dengan jelas wajah Zafril tika ini.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu Cik Fazura?” Tungkasku, Aku tidak mahu Fazura

melabelkan Zafril sebagai bos kesayanganku.

“Ini report tentang penamatan kontrak kita dengan Tanjak Holding. I nak you taip

semula because soft copy dia dah hilang. Biasalah bos kesayangan you tu kan bukan sahaja

nak hard copy tapi soft copy pun dia nak. Better you siapkan hari ni sebab esok Zafril nak

report ni. Dah siap, serahkan pada I dulu I nak semak, mana tahu ada typing error ke.” Fazura

mencampakkan fail hitam itu ke atas mejaku kemudian dia terus belalu.

Aku mengapai fail hitam yang berada di atas mejaku, fail yang memuatkan hampir

seratus muka surat itu dengan teliti. Aku memandang jam di tangan yang hampir pukul empat

petang.

Sempat ke siap ni? Aku mengeluh berat.

Page 155: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

154

“BANYAK lagi ke Safi?”

Aku berpaling memandang Fitri yang kini berdiri tegak disebelahku. “Alah, lagi sikit

je. Kau kenapa tak tidur lagi?” Soalku tapi mataku masih lagi tertumpu pada komputer riba di

hadapanku. Tanganku masih lagi lincah menaip setiap aksara yang ada.

“Nak tidurlah ni. Kau tu jangan tidur lambat pula. Esok susah nak bangun.” Gurau

Fitri.

“Eh, tolong sikit ye, kau tu yang selalu susah nak bangun, asyik aku je yang tolong

kejutkan kau.” Bebelku sambil menjeling sekilas padanya.

Fitri ketawa. “Okaylah, good night.” Fitri melaung selepas menutup semula pintu

bilikku.

Aku menyambung semula menaip report penamatan kontrak Tanjak Holding yang

diserahkan oleh Fazura padaku petang tadi. Sepatutnya dari tadi aku sudah boleh menyiapkan

kerja ini, namun kerana aku menemai Fitri keluar makan malam sebentar, jadi kerja ini

tertunda seketika.

“Ayuh, Safiah Aisyah lagi sikit je ni.” Aku menghembuskan nafas memberikan

perangsang pada diri sendiri.

Sedang aku asyik menaip, telefon bimbitku berlagu lantang. Kalau ikutkan hati malas

rasanya mahu menjawab panggilan itu tapi apabila melihat nama bosku yang tertera dengan

pantas aku menekan punat hijau telefon bimbitku itu. Sempat juga aku mengerling jam di

sudut bawah skrin komputer ribaku. 2.00 am? Tak tidur lagi ke dia ni?

“Assalamualaikum.” Aku memulakan bicara dengan ucapan suci itu.

“Waalaikumusalam. Tak tidur lagi ke?”

“Belum.” Ringkas jawapan dariku kerana tumpuanku masih lagi pada komputer riba

yang berada di hadapanku. Tangan kananku masih lagi menaip walaupun agak terkial-kial

kerana menaip hanya mengunakan jemari kananku.

Page 156: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

155

“Kenapa tak tidur lagi?” Soal Zafril lagi di hujung talian, seakan-akan risau pula

bunyinya.

Ish, tak ada maknanya dia mahu risaukan diriku ini. “Yang Encik Zafril tu tak tidur

lagi kenapa?” Malas aku mahu menjawab soalan Zafril itu. Jadi soalan itu aku pulangkan

padanya.

“Saya lain…”

“Apa yang lainnya?” aku terus bertanya apabila Zafril hanya mematikan katanya di

situ sahaja.

Lama Zafril mendiamkan diri, membiarkan suasana hening menyelubungi seketika.

“Saya tak tidur lagi sebab saya tengah rindukan awak. Yang awak tak tidur lagi kenapa?

Rindukan saya juga ke?” Zafril seolah berbisik tika ini.

Berderau darahku mendengar bisikan Zafril itu. Lama aku mendiamkan diri. Yang

sebenarnya aku tidak gemar mendengar ayat itu keluar dari bibirnya. Terasa lain macam,

susah untuk aku gambarkan. Yang pastinya aku tidak suka.

Seketika kemudian Zafril ketawa besar. “Mesti muka awak tengah merah menahan

malu sekarang ni kan. How sweet!” ujar Zafril lagi ketawanya masih tidak reda.

Aku mengetap bibir menahan geram. Kali ini aku benar-benar yakin bisikkannya

sebentar tadi hanya untuk mengenakanku seperti selalu, sengaja mempermainkan diriku.

Geram sungguh aku dengan dirinya. Petang tadi muka masam mengalahkan singa, tidak

sangka pula malam ini masih sempat dia mempermainkan diriku, siap ketawa besar tanpa

henti.

“Encik Zafril telefon saya ni sebenarnya nak apa?” aku sudah mula marah. Sakit

hatiku apabila sering dipermainkannya.

Page 157: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

156

Zafril berdehem berulang kali, membetulkan suaranya akibat terlebih gelak sebentar

tadi. “Saja je nak kacau awak tidur, tapi tak sangka pula yang awak tak tidur lagi. Punah misi

saya malam ni.” Masih kedengaran lagi ketawa kecilnya.

Bertambah geram diriku mendengar jawapan darinya itu. “Dah tak ada kerja lain ke?”

Kali ini suaraku lebih keras dari tadi. Apa perlu menelefon malam-malam buta begini hanya

kerana ingin menganggu tidur orang lain. Memang tak ada kesedaran sivik betul bosku ini.

“Tak!” Jawab Zafril sepatah.

Aku merengus geram. Sudah tidak tahu apa lagi yang perlu aku perkatakan saat hati

sudah mula membengkak mengenangkan sikapnya malam ini.

“Okaylah, jumpa kat pejabat esok. Jangan tidur lambat sangat tau sayang. Sweet

dream.” Serentak itu Zafril mematikan talian.

Bertambah sakit hatiku bila mendengar ungkapan sayang dari dirinya. Aku tahu Zafril

tiada niat lain sewaktu melafazkan perkataan itu padaku selain mahu mengenakanku. Aku

mengenggam erat telefon yang masih berada di tangan. Terasa menyesal pula menjawab

panggilannya sebentar tadi. Umur sudah menghampiri 30 tahun tapi perangai mengalahkan

budak-budak. Betapa sakitnya hatiku hanya Tuhan yang tahu.

Page 158: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

157

ENAM BELAS

TERKEJUT aku melihat wanita yang kini berada di hadapanku. Dengan skrit dan baju yang

agak terdedah itu, dia kelihatan benar-benar seksi. Tidak tergamak aku melihatnya,

melihatnya sahaja sudah membuatkan aku malu sendiri.

“Cik, tunggu sebentar ye.” Kataku sejurus bangun mendapatkan Zafril di dalam

biliknya.

“Encik Zafril, Cik Khaty dah sampai.” Kataku sebaik sahaja telah berdiri di hadapan

Zafril.

“Datuk Razali tak datang sekali ke?” Zafril mempamerkan wajah bingungnya.

Memang sepatutnya hari ini dia mempunyai temujanji dengan Datuk Razali.

“Cik Khaty kata Datuk Razali ada kat bawah jumpa kawan, tu yang Cik Khaty naik

dulu.” Aku mengulangi maklumat yang disampaikan oleh Khaty padaku seawal ketibaannya

sebentar tadi.

“Okaylah, suruh dia masuk.”

Aku mengangguk dan berjalan semula menuju keluar dari bilik Zafril tapi belum

sempat aku memulas tombol pintu itu Zafril memanggilku.

“Bila Khaty masuk nanti, biarkan pintu itu terbuka je. Tak payah tutup.” Arah Zafril.

Aku mengangguk sekali lagi. Setelah mendapatkan Khaty dan membawanya masuk ke

dalam bilik Zafril, aku membiarkan pintu itu terbuka luas seperti arahannya sebentar tadi, lalu

kemudiannya, aku menuju ke pantry untuk menyediakan minuman untuk tetamunya itu.

“Tangan you tu tak boleh nak duduk diam, ke?”

Aku tersentak, kasar betul nada Zafril tika ini. Aku yang baru sahaja mahu masuk ke

dalam bilik itu terpaksa mematikan langkah, tidak jadi masuk. Kakiku seolah-olah terpasak di

lantai depan pintu bilik itu bersama dulang yang masih lagi ku pegang erat. Nak masuk ke tak

Page 159: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

158

ni? Aku mula berkira-kira di dalam hati. Aku menjenggukkan kepala, mengintai melihat

Zafril dan Khaty yang berada di set sofa yang terdapat di dalam bilik itu.

“Rilekslah, takkan tu pun you nak marah.” Bisik Khaty dengan manja.

Zafril kelihatan menderukan nafas kencang. Rahangnya sudah bergerak-gerak seolah-

olah menahan marah. Khaty kini sudah bangun dan duduk di sebelah Zafril, makin lama

Khaty makin dekat dengan dirinya. Pantas Zafril bangun dari duduknya.

“Khaty kalau you dah tak tahu nak hormat diri you tu, boleh tak you hormat sikit kat

I?” Zafril kini sudah mencekak pinggangnya. Marah benar dia kali ini dengan Khaty.

Khaty juga lantas bangun mengadap begitu rapat dengan Zafril. “Yang you nak

marah-marah ni kenapa? I tak buat apa-apa pun kat you.”

Aku terkedu melihat kemanjaan Khaty dan kini Khaty cuba menyentuh bahu Zafril.

“Hei you ni…”

Aku pantas mengetuk pintu bilik Zafril. Melihat situasi tadi, aku tahu Zafril sudah

hilang sabar dengan wanita itu. Sebelum perkara yang lebih buruk terjadi lebih baik aku

meredakan suasana yang tegang itu. Zafril dan Khaty pantas memandangku yang berada di

muka pintu.

“Maaf menganggu. Saya nak hantar air.” Aku mula bergerak dan mendekati set sofa di

dalam bilik itu. Namun belum sempat aku sampai ke meja kopi itu Zafril telah berdiri

dihadapanku, menghalang laluanku.

“Tumpang lalu Encik Zafril, saya nak letak…” Dan belum sempat aku menghabiskan

ayatku, Zafril telah mengambil dulang yang berada di tanganku dan diletakkan ke atas meja

kopi yang berada beberapa langkah di belakangnya. Kemudian dia kembali semula padaku

dan menarik lenganku agar menjauhi sedikit set sofa yang sedang diduduki Khaty tika ini.

“Look Safi, apa yang awak nampak tu, bukan macam apa yang awak fikirkan.” Laju

sungguh ayat itu keluar dari bibir Zafril. Wajah gusar jelas kelihatan di wajahnya.

Page 160: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

159

“Apa yang saya fikirkan?” aku mengerutkan dahi tidak faham dengan maksud Zafril.

“Pasal tadi tu. Bukan saya yang… Tapi dia…” ujar Zafril tersekat-sekat dan kelihatan

masih cuba menyusun ayat yang sesuai untuk dikatakan.

Aku tersenyum melihat Zafril yang sudah tidak keruan itu. Aku faham maksudnya.

“Encik Zafril takut saya salah faham ke?’

Zafril mengangguk laju dan kelihatan bersungguh-sungguh.

Aku menahan tawa melihat ulah Zafril itu. Memang aku akan salah faham jika aku

tidak melihat dan mendengar sendiri apa yang berlaku sebenarnya tadi. Tapi melihatkan apa

yang berlaku tadi aku dapat mengagak pasti Khaty mempunyai suatu niat lain.

“Tapi saya tak fikir yang bukan-bukan pun pasal encik.” Kataku jujur kerana aku

yakin bukan Zafril yang memulakan semua itu dahulu, walaupun lelaki ini mempunyai sikap

yang menjurus ke arah itu suatu masa dahulu.

“Betul?” Laju Zafril bertanya.

“Kenapa, encik tak percaya ke?”

Zafril menarik nafas lega. “Tak adalah manalah tahu lepas ini awak tukar nama

gelaran saya dari buaya tembaga ke buaya plantinum pula ke?”

Buaya plantinum? Saat ini aku sudah tidak boleh menahan tawa lagi. Aku ketawa

kuat. Tidak pernah pula aku mendengar ada buaya platinum. Ditambah pula dengan

muncungnya yang berdepa-depa, bertambah geli hatiku.

Zafril bercekak pinggang dan mengjengkilkan matanya padaku. Mungkin sakit hati

melihat buat pertama kalinya aku mentertawakannya sehingga sebegitu.

“Seronok ketawa.”

Mendengar sahaja suara garau dari belakangku, aku lantas mematikan tawaku. Kepala

aku palingkan ke belakang, memandang seorang lelaki akhir 40-an berdiri tegak di muka

Page 161: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

160

pintu bilik Zafril, matanya tertacap pada Zafril. Lelaki yang tidak pernah aku lihat sebelum

ini. Kini mata lelaki itu terarah pula padaku, aku direnung tajam olehnya.

Aku mula tidak sedap hati dengan renungan tajam dari lelaki itu. Aku lantas bergerak

perlahan menghampiri Zafril dan berdiri rapat dengannya. Aku dan Zafril berbalas pandangan

seketika sebelum dia memandang semula lelaki itu yang telah pun berada betul-betul di

hadapan kami.

Lelaki itu menghulurkan tangannya padaku dan belum sempat lelaki itu bersuara

Zafril terlebih dahulu berjabat tangan dengannya sekaligus menghalang lelaki itu dari terus

merapatiku.

“Welcome to Adni Maju Consulting, Datuk Razali.” Zafril mengenggam kuat tangan

lelaki yang dipanggil Datuk Razali itu.

“Em…” Datuk Razali mengangguk kecil pada Zafril kemudian matanya melirik

padaku semula. “And you are…”

“My secretary, Safiah Aisyah.” Zafril menjawab bagi pihakku.

Aku merenung wajah Zafril yang seolah-olah tidak senang dengan Datuk Razali.

“Safi awak boleh sambung kerja awak.” Pantas Zafril meningkah sebelum sempat

Datuk Razali yang ingin mengatakan sesuatu padaku memulakan kata. Zafril mengerakkan

matanya memberikan isyarat padaku supaya keluar dari bilikku segera.

Aku yang faham dengan isyarat dari Zafril itu pantas keluar, tidak sanggup

berhadapan dengan Datuk yang kelihatan semacam dari tadi.

DENGAN langkah perlahan aku menuju ke arah Zafril yang sedang meneliti menu di

tangannya. Muka Zafril kelat sahaja tika ini. Aku tahu walaupun dia sibuk menyelak menu di

tangannya tapi fikirannya tiada di menu itu.

“Encik Zafril.”

Page 162: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

161

Zafril terus memandangku yang kini berada di hadapannya. “Macam mana, dapat?”

terus Zafril bertanya.

“Encik Sufian kata dia tak dapat datang hari ini. Ada urgent kes, dia minta maaf. Tapi

dia janji esok dia akan jumpa Encik Zafril.”

Zafril mengeluh berat. Aku tumpang simpati dengan dirinya, susah sekali untuk dia

berurusan dengan syarikat-syarikat yang masih berhutang dengan Adni Maju. Jika pertemuan

telah diaturkan pasti ada sahaja alasan untuk mereka melepaskan diri. Jika hanya satu atau dua

syarikat sahaja yang begitu tidak mengapa, tapi ini lebih dari lima buah syarikat yang tidak

menjelaskan bayaran mengikut perjanjian. Jika ini berterusan susah Adni Maju untuk

bertahan.

“Er… Encik Zafril saya orderkan air dulu ye.” Aku cuba memberikan cadangan. Aku

tahu pasti Zafril sedang susah hati saat ini. Masalah kewangan syarikat begitu meruncing saat

ini sehingga Datuk Razali mengambil kesempatan itu untuk membeli Adni Maju dengan

menawarkan harga yang agak lumayan. Dan rupanya itulah tujuan kedatangan Datuk Razali

dan Khaty datang ke Adni Maju semalam. Namun Zafril tidak mungkin menjualkan hasil titik

peluh kakaknya itu.

“Kenapa awak risaukan saya ke?” bergayut secalit senyuman di wajahnya tika ini.

“Er…” Aku terkelu, tidak tahu apa yang perlu dijawab. Melihat senyuman Zafril itu

menambahkan resahku.

“Jom.” Zafril lantas bangun dari kerusinya.

“Nak kemana Encik Zafril?” aku masih lagi mahu bertanya walaupun kaki telah

mengekori langkahnya. Bukankan aku dan dia datang ke restauran ini untuk makan tengah

hari sambil membincangkan soal pembayaran dengan Encik Sufian. Walaupun Encik Sufian

tidak jadi datang, tapi takkan aku dan dirinya tidak perlu makan tengah hari.

“Saya nak bawa awak pergi Thailand. Nikah terus kat sana.”

Page 163: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

162

Aku yang baru mahu memakai tali pinggang keledar terus terhenti seketika apabila

mendengar kata Zafril itu. Aku memandang dirinya yang tika ini sudah mula memandu kereta

Nissan Sylphynya. Peluh mula merintik di dahiku. Gila apa? Siapa nak kahwin dengan dia?

Kat Thailand pula tu!

Seketika kemudian Zafril ketawa dan tawanya itu membuatkan aku yakin dia ingin

menggenakan diriku. Aku mengetap bibir, sakit hati dengan perangainya yang suka

menggenakan diriku.

“Tak payahlah buat muka blur tu. Kalau dah sampai jodoh kita nanti, saya terus suruh

mama dengan papa saya merisik awak dan saya sendiri yang akan jumpa dengan ibu dan ayah

awak minta izin. Tak mainlah kahwin lari macam tu. Tak gentleman langsung.” Zafril masih

lagi tertawa dan sesekali dia melirik padaku.

“Encik Zafril ni boleh tak jangan main-main.” Marahku apabila Zafril masih lagi tidak

berhenti dari ketawa. Kalau ikutkan hati yang sedang sakit ini mahu sahaja aku menumbuk

mukanya.

“Alah, kalau setakat penumbuk awak tu, tak terkesan langsung kat muka saya ni.”

Aku pantas berpaling memandang Zafril di sebelahku. Terkejut! bagaimana Zafril tahu

apa yang ingin aku lakukan padanya tika ini? Bagaimana dia boleh membaca hatiku?

“Simpan ajelah penumbuk awak tu.” Zafril mengerling sekilas pada tangan kiriku

yang sedang meramas tangan kanan yang kugenggam rapi. Dia masih lagi tersenyum

mengejek.

Aku pantas memeluk tubuh. Aku sendiri tidak perasan bila masanya aku mula

meramas tanganku begitu. Zafril di sebelah kukerling sekilas, walaupun mata Zafril sedang

tertumpu pada jalan di hadapannya tapi senyuman masih bergayut di bibir itu.

“Rumah siapa ni encik?” Soalku sejurus menutup pintu kereta Zafril. Rumah teres lot

tepi dua tingkat itu kutatap. Aku menyoroti langkahnya hingga ke muka pintu.

Page 164: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

163

“Rumah saya,” Zafril membuka luas pintu rumahnya.

Mendengar sahaja jawapan daripada Zafril aku terus mematikan langkah. Aku berdiri

tegak di hadapan pintu rumah itu. Tidak mungkin aku akan masuk ke dalam rumahnya.

Berdua-duaan dengan Zafril di dalam rumah itu pasti mengundang bencana. Tak pasal-pasal

kena cekup.

Aku mula berundur setapak, menjauhi pintu itu. Pelbagai perkara buruk bermain di

fikirankku pada masa ini. Apa perlu dia membawaku ke sini. Walaupun pada waktu siang

hari, tapi jika dilihat oleh jiran tetangganya apa pula kata mereka nanti.

“Lah... apasal tak masuk lagi?” Soal Zafril apabila melihatku yang masih berada di

luar rumahnya, tidak turut serta dengannya yang pada masa ini telah pun melangkah berada di

dalam rumah.

“Awak tak payah risaulah. Bukan kita berdua je kat rumah ni. Mama saya ada sekali.

Saya masih tahu bezakan halal dan haram…”

“Eh, kenapa tak bagitahu anak mama nak balik rumah hari ni?” Sebelum sempat Zafril

menghabiskan katanya seorang wanita pertengahan 50-an berjalan menghampirinya.

Zafril berpaling dan menyalami tangan wanita itu.

“Balik makan je mama.”

“Lah, dah pukul 2 petang belum makan tengahari lagi ke?”

Zafril mengelengkan kepala. Aku pula masih memerhati mereka yang saling bersoal

jawab. Pasti wanita ini ibu Zafril. Aku melemparkan senyuman pada wanita itu apabila dia

memandangku.

“Siapa tu?”

Zafril berpaling memandangku. “Safi, masuklah.” Laung Zafril.

Kali ini barulah aku berani menginjakkan kaki ke dalam rumah itu. Dengan adanya

ibu Zafril di dalam rumah itu, barulah aku terasa selamat untuk terus berada di situ. Jejak

Page 165: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

164

sahaja kakiku di dalam rumah itu, aku terus menyalami dan mencium tangan wanita yang

hampir sebaya dengan ibuku.

“Siapa ni?” sekali lagi ibu Zafril menyoal Zafril.

“Special friend, mama. Nama dia Safiah Aisyah. Mama panggil dia Safi je.”

Special friend? Kenapa Zafril memperkenalkan diriku dengan gelaran itu? Bukankah

lebih baik jika aku diperkenalkan sebagai pekerjanya sahaja? “Er… sebenarnya saya setiusaha

Encik Zafril, puan.” Aku berterus-terang. Zafril pula terus memandang wajahku dengan

pandangan yang aku sendiri tidak faham maksudnya, namun matanya sempat menikam anak

mataku, membuatkan aku segera melarikan pandangan ke tempat lain.

“Oh… Alah Safi tak payah berpuan-puan, panggil makcik Hasnah je.” Ramah

sungguh ibu Zafril ini.

Aku hanya tersenyum, aku yakin makcik Hasnah ini pasti seorang ibu yang baik.

“Eh, dahlah jom makan. Mesti Safi laparkan.” Makcik Hasnah menarik tanganku dan

membawaku ke meja makan, anaknya pula dibiarkan terus berdiri di situ.

Sepanjang makan tengah hari itu Makcik Hasnah sibuk berbual itu dan ini denganku.

Aku amat menyenangi Makcik Hasnah dan selesa berbual dengannya. Zafril pula yang asyik

tersenyum dari tadi, cuma sesekali sahaja dia menyampuk perbualanku dengan Makcik

Hasnah, dalam kebanyakkan masa, dia hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja.

Selesai sahaja makan, aku membantu Makcik Hasnah membasuh pinggan. Walaupun

Makcik Hasnah melarang tapi aku tetap ingin membantu, bukan nak tunjuk rajin, tapi tidak

selesa pula membiarkan wanita itu membuat kerja sendirian sedangkan aku duduk bersenang

lenang. Sebaik selesai membasuh pinggan aku menumpang solat di sebuah bilik di rumah itu.

Selesai sahaja menunaikan perintah wajib itu, aku turun ke bawah mencari Zafril,

namun hanya Makcik Hasnah sahaja yang berada di ruang tamu ketika ini. Aku mengerling

Page 166: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

165

memandang jam di dinding, hampir pukul 3.30 petang dan aku masih lagi di sini. Pasti

pekerja-pekerja lain tertanya-tanya mengapa aku masih lagi tidak masuk pejabat.

“Makcik, Encik Zafril mana?”

“Dia solat kat atas, kejap lagi turunlah tu. Safi duduklah dulu.” Makcik Hasnah

mengesot ke kiri memberi ruang padaku untuk duduk di sebelahnya. “Safi, makcik nak tanya

sikit boleh?” Soal Makcik Hasnah, dia mula menutup majalah yang dibacanya tadi dan

diletakkan ke atas meja kopi di hadapannya.

Aku menganggukkan kepala, membenarkan wanita itu bertanyakan soalan padaku.

“Safi ada apa-apa hubungan ke dengan anak makcik tu?” Makcik Hasnah melirik

senyuman.

Aku yang tidak menyangka soalan itu yang akan keluar dari bibir wanita itu, terdiam

seketika. “Eh, tak adalah makcik, mana ada hubungan apa-apa. Saya dengan Encik Zafril tu

cuma pekerja dengan majikan saja.” Terangku bersungguh-sungguh. Aku tidak mahu

hubunganku dengan Zafril disalah ertikan. Hubungan kami setakat itu sahaja. Tidak pernah

aku terfikir untuk lebih dari itu. Lebih-lebih lagi aku hanya seorang pekerja.

“Betul?” Makcik Hasnah seolah-olah tidak percaya.

Aku mengangguk laju.

“Maaflah kalau makcik tanya macam tu. Makcik ni bukannya apa. Anak makcik tu

belum pernah lagi dia bawa mana-mana perempuan balik rumah. Safilah perempuan pertama

yang dia bawa jumpa makcik. Itu yang makcik ingat Safi ni teman wanita dia.”

Teman wanita? Aku menelan liurku sendiri. Tidak mungkin aku akan menjadi teman

wanita kepada kekasih kawan baikku sendiri. Semenjak aku bekerja dengan Zafril, tidak

pernah aku menganggap Zafril lebih dari sekadar majikanku. Walaupun kini aku sudah tidak

lagi membenci dirinya seperti enam tahun lalu, tapi tidak pernah pula aku terfikir untuk

menjadi teman wanita lelaki itu. Tidak pernah sekali pun!

Page 167: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

166

“Maklumlah umur dia pun dah hampir 30 tahun, makcik nak juga tengok dia berumah

tangga. Tapi tulah bila suruh bawa balik teman wanita ke rumah ni untuk kenalkan dengan

family, jawapan dia, nantilah... nantilah. Ish, risau juga makcik dibuatnya.” Ujar Makcik

Hasnah panjang lebar bercerita tentang anak terunanya itu.

“Orang perempuan ni kalau dah jumpa, tak ada kerja lain, mesti mengumpat.”

Aku dan Makcik Hasnah mendongak memandang Zafril yang sudah berdiri di sisi

kami.

“Amboi sedapnya mulut tu mengata mama.” Makcik Hasnah pura-pura memarahi

anaknya.

Zafril tertawa kecil memandang mata ibunya yang mula membulat. “Jom Safi. Mama

kita orang minta diri dulu ye.”

Aku segera bangun dan bersalaman dengan Makcik Hasnah begitu dengan Zafril.

Makcik Hasnah menghantarku dan Zafril sehingga ke muka pintu.

“Datanglah lagi rumah makcik ye Safi.” Pelawanya.

“InsyaALLAH makcik.” Seketika kemudian aku memasuki kereta Zafril. Sewaktu

kereta Zafril mula bergerak aku membalas lambaian tangan Makcik Hasnah. Berat pula hatiku

untuk meninggalkannya, walaupun baru beberapa jam berjumpa dan berkenalan, dia

melayanku dengan begitu baik sekali. Banyak perkara yang dibualkan seperti telah lama

berkenalan.

“Berbual apa dengan mama saya tadi?” Soal Zafril membuka bicara pertamanya

setelah lama menyepi sejak berada di dalam kereta.

Perlukah aku memberitahu dia yang Makcik Hasah menyangka diriku ini teman

wanitanya? Oh… tidak mungkin, kalau Zafril tahu tentang perkara itu pasti makin panjang

ceritanya.

Page 168: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

167

“Tak ada apa-apa, borak-borak kosong aje.” Aku diam seketika mencari idea supaya

dia tidak mengorek topik perbualanku dengan Makcik Hasnah lebih lanjut. “Ayah encik

mana? Saya tak nampak pun tadi?”

“Ayah saya kerjalah.”

“Ayah encik kerja apa?”

“Ayah saya kerja kat Tiara Holding.”

Aku sedikit teruja mendengar nama syarikat itu. Siapa yang tidak kenal dengan Tiara

Holding? Sebuah syarikat perladangan yang termasyur di negara ini dan hampir sedekat lalu

Tiara Holding mengembangkan perniagaannya dalam industri perladangan, makan dan

ternakan. Dan sebagai rakyat negara ini, aku berbangga syarikat milik penuh bumiputera itu

boleh berjaya sehingga begitu sekali.

“Ayah encik kerja sebagai apa di Tiara Holding?”

“Pengarah urusan.”

Keterujaanku sebentar tadi berubah menjadi kejutan. Maknanya ayah Zafril

merupakan pemilik Tiara Holding. Tapi mengapa dia tidak bekerja sahaja dengan ayahnya

dan sekaligus bakal mewarisi legasi perniagaan ternama itu. Dan rumah yang didiami

keluarganya mengapa hanya rumah teres lot tepi sahaja. Pengarah urusan syarikat sebesar itu

sekurang-kurangnya tinggal di rumah banglo di pinggir bandar, tidak pun di kawasan

perumahan elit, di lereng-lereng bukit, sesuai dengan imej yang dibawa.

“Ayah saya pemegang amanah aje di syarikat tu.” Jelas Zafril yang mungkin tahu apa

yang sedang bermain di mindaku.

“Oh…” aku hanya mampu mengiakan walaupun yang sebenarnya aku kurang faham

dengan penjelasannya. Aku ingin bertanya lagi tetapi apabila melihat Zafril seola-olah tidak

mahu lagi berbicara tentang perkara itu aku mengambil langkah mendiamkan diri.

“Dah sampai,”

Page 169: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

168

Aku tersentak dari lamunan dan dengan pantas aku menoleh ke kiri memandang

pangsapuri yang tersegam. Aku tidak faham mengapa Zafril menghantarku pulang ke rumah,

bukankah sepatutnya aku dan dia pulang ke pejabat.

“Dah nak pukul lima petang dah pun. Dah alang-alang, tak payah masuk pejabatlah

petang ni.”

Aku mengerling memandang jam di tanganku. Ada lagi 45 minit sebelum masa

pejabat tamat. Bukankah lebih elok mereka pulang ke pejabat sekurang-kurangnya dapat

menyelesaikan apa-apa kerja yang patut.

“Tapi Encik Zafril saya tak punch card lagi ni,”

“Tak apa nanti saya bagitahu Roslina. Alah, arahan bos siapa berani lawankan.”

Bersungguh-sungguh dia menyakinkanku.

Malas aku mahu bersoal jawab dengan bosku itu, pasti dia tidak mahu mengaku kalah.

Dan pastinya aku yang harus mengalah. Selepas mengucapkan terima kasih pantas aku turun

dari kereta itu dan melangkah laju menuju ke rumahku yang berada di tingkat dua.

“Eh, awal kau balik hari ni Safi.” Ujar Fitri sewaktu aku menutup semula pintu rumah.

“Tak masuk pejabat pun petang ni,” aku melabuhkan badan pada kerusi panjang di

ruang tamu. Aku menutup mata, tiba-tiba terasa ngatuk yang teramat sangat.

“Kenapa pula tak masuk pejabat?” Fitri masih lagi ingin berbual denganku walaupun

aku telah menutup mataku.

Soalan dari Fitri itu aku biarkan sepi tanpa jawapan. Aku tidak mahu melayan

soalannya, aku hanya mahu melayan mata yang telah terasa makin berat. Namun Fitri yang

masih lagi tidak berpuas hati terus mengerakkan tubuhku berulangkali.

“Ye, Cikgu Fitri ada apa?” Aku bangun dari pembaringan dan duduk di kerusi itu,

namun mata masih terpejam rapat.

“Aku tanya kenapa kau tak masuk pejabat petang ni?” Fitri mengulangi soalannya.

Page 170: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

169

“Tengah hari tadi aku dengan Zafril jumpa customer, tapi customer tu tak jadi datang.

Lepas tu dia bawa aku pergi rumah dia, ma…”

“Bawa pergi rumah dia? Kau biar betul?” belum sempat aku menghabiskan kata Fitri

telah memotong dan kini dia duduk di sebelahku. Mug air yang dipegang sedari tadi,

diletakkan ke atas meja.

“Korang berdua aje ke kat rumah dia tu? Korang buat apa?” sambung Fitri.

“Ish, merepek aje kau ni, takkan aku berdua aje dengan dia kat dalam rumah tu, nak

mampus. Mak dia ada sekalilah.” Mataku yang mengantuk tadi segar bugar tiba-tiba apabila

mendengar telahan teman baikku itu.

“Oh, ni kira nak perkenalkan bakal isteri kat mak dialah ni kan.” Fitri tersenyum

sumbing sambil mengangkat keningnya padaku.

“Ish, merepek aje kau ni. Mana ada.” Pantas aku menyangkal andaiannya.

“Eleh, siap bawa jumpa mak dia lagi tu apa kes pula? Oh… kau ada apa-apa ye

dengan bos kau tu?”

“Eh, mana ada. Kau ni jangan nak buat fitnah pula ye kat sini.” kataku geram apabila

Fitri sengaja menambah andaian sesuka hati.

“Tak ada maknyanya aku nak fitnah kau. Amboi, dulu bukan main beria-ia tak nak

kerja kat situ lepas tahu bos kau tu Zafril yang kau benci sangat tu. Tub... tub… sekarang ni

dah terpikat pula ye?” usik Fitri lagi.

Aku mengeluh kecil. “Memanglah aku benci kat dia dulu, tapi lepas aku kerja dengan

dia barulah aku tahu dia tu taklah sejahat mana pun. Tu yang aku boleh tahan kerja dengan dia

sampai sekarang. Tapi taklah sampai aku dah terpikat dengan dia. Eh, dia tu bos aku je tau.”

Beria-ia aku menerangkan pada Fitri yang tidak sudah-sudah tersenyum. Tidak penatkah

bibirnya menguntum senyuman sedari tadi.

Page 171: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

170

“Okaylah mungkinlah kau tak suka kat dia. Tapikan Safi aku rasakan dia dah suka kat

kaulah. Iyalah sebab tulah dia sanggup bawa kau jumpa mak dia. Orang lelaki ni Safi kalau

kau nak tahu, dia orang takkan bawa sebarangan perempuan jumpa mak dia orang tau kecuali

kalau dia orang dah betul-betul suka dengan perempuan tu.” Fitri membentangkan

pendapatnya.

Aku mencebik bibir, aku tidak yakin langsung dengan hujahnya. Yang aku yakin dan

pasti Zafril tiada niat lain sewaktu membawaku berjumpa dengan Makcik Hasnah.

“Eh, Safi entah-entah, si Zafril tu syok kat kau sejak enam tahun lepas tak?” Teka Fitri

lagi.

Sepantas kilat aku memukul bahu Fitri. “Kau ni asyik merapu ajekan. Kan aku dah

cerita kat kau si Zafril tu pakwe kawan aku, Mona. Kau ni, kalau nak serkap jarang pun agak-

agaklah.”

“Alah, entah betul ke tidak Zafril tu pakwe Mona kawan kau tu. Selama kau kerja

dengan dia ada kau nampak dia keluar makan dengan Mona atau mana-mana perempuan,

berbual dalam telefon berjam-jam dengan mana-mana perempuan? Tak adakan? Tu

maknanya dia solo lagi tau. Kalau betul pun Mona tu makwe dia, alah tu cerita enam tahun

lepaslah, entah-entah dah lama diorang putus. Kita mana nak tahu.” Fitri pula yang

mencebikkan bibir padaku.

Aku memadang sekilas kawan serumahku ini. Nama sahaja cikgu tetapi bila bergosip

mengalahkan wartawan hiburan. Aku bangun dari duduk dan berlalu ke bilik, malas aku mahu

melayan andaian-andaian Fitri yang bukan-bukan itu.

“Eh, Safi kalau kau tak nak kat Zafril tu, kau bagi kat aku jelah, ek.” entah kenapalah

ayat itu boleh terlintas di bibir Fitri, tapi ianya sedikit pun tidak mengusik hatiku ini.

“Ambillah, tak heran pun.” Ujarku selamba sambil menutup rapat pintu bilikku.

Page 172: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

171

TUJUH BELAS

TELEFON bimbitku yang berada di dalam bilik bernyanyi lantang. Segera aku meletakkan

sudu ke dalam pinggan, dan masuk ke dalam bilik mencari telefon bimbitku. Sampai sahaja di

dalam bilik, nyanyian telefon bimbit itu sudah berhenti. Aku mengeluh kecil, buat penat

berlari aje!

Namun aku teruskan juga langkah ke meja solek untuk mengambil telefon itu, sengaja

mahu melihat siapa yang mencariku pagi sabtu begini. Berkerut dahiku apabila telefon

bimbitku tiada di situ. Seingatku, sebelum aku masuk tidur semalam, aku meletakkan telefon

bimbit di atas meja ini. Aduh, mana pula ni? Aku pantas mencari di sekitar bilik.

Tiba-tiba telefon bimbit itu berlagu sekali lagi, aku mengerling ke arah katil apabila

mendengar lagu itu datang dari arah sana. Aku mengangkat bantal pelukku.

“Ish, kat sini rupanya,” bebelku sendirian.

“Zafril?” Bisikku perlahan apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon

bimbitku. Tidak dapat aku teka apa lagi yang diinginkan oleh dia pagi-pagi begini. Dia baru

sahaja menghubungiku pada pukul 1 malam tadi, dan perbualan itu berlanjutan hampir dua

jam. Perbualan yang lebih dikuasai Zafril. Bersemangat sungguh dia bercerita itu dan ini

padaku tanpa rasa jemu. Kalau diikutkan rasa hatiku, malas aku mahu melayan karenahnya

malam tadi, rasa mengantuk waktu itu begitu mencengkam diri namun aku tetap meneruskan

perbualan, bukan apa, aku cuma takut bosku itu terasa hati jika aku berbuat begitu padanya.

Kini telefon itu berlagu buat kali yang ketiga, hendak tak hendak, terpaksalah juga aku

menjawab panggilannya. Entah mengapa semenjak kebelakangan ini acapkali dia

menelefonku tak kira siang atau malam. Main redah sahaja.

“Assalamualaikum.” Perlahan sahaja aku memulakan perbualan.

“Kenapa lambat sangat nak jawab?” Soal Zafril sebaik sahaja selepas dia menyambut

salamku.

Page 173: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

172

“Kat dapur tadi. Itu yang lambat sikit. Kenapa Encik Zafril?” dengan malas aku

bertanya, kaki pula sudah mula melangkah menuju ke meja makan semula. Duduk di tempat

asal dan kembali menyambung sesi mengisi perut.

“Cepat bersiap!”

“Bersiap?” Soalku sepatah. Nasi goreng yang ingin kusuapkan ke dalam mulut

kuletakkan semula ke dalam pinggan.

“Ha’ah awak temankan saya keluar hari ni.” Ujar Zafril begitu ceria.

“Keluar? Ke mana?” pelik rasanya dengan permintaan Zafril. Tidak pernah kami

keluar bersama selama ini. Kalau ada pun hanya pada waktu pejabat dan atas urusan syarikat.

Bukan pada hari-hari cuti begini.

“Adalah, nanti saya bagi tahu. Cepat sikit, saya dah tunggu kat bawah ni.” Kemudian

dia terus mematikan talian.

Aku termangu serta merta. Benarkah dia telah bersedia menungguku di bawah

pangsapuriku ini. Aku terus melangkah menuju ke balkoni untuk memastikan kebenaran kata-

katanya. Aku mengeluh berat apabila melihat Zafril telah pun sedia menantiku di bawah

sambil bersandar pada kereta Nissan Sylphynya itu.

Dengan keadaan terpaksa aku menuju ke bilik untuk menukar pakaian. Setelah melihat

Zafril berada di bawah, aku yakin tiada ruang untuk diriku menolak permintaannya. Sakit pula

hatiku apabila dia mengarahkanku sesuka hati sahaja walaupun pada hari-hari cuti begini.

Selang 30 minit kemudian aku melangkah menuju ke arahnya yang sedang menanti di

sebelah kereta. Senyumannya makin melebar melihat aku makin dekat dengannya.

“Lamanya bersiap, mengalahkan artis.” Omel Zafril sambil tersenyum apabila aku

sudah betul-betul berada di hadapannya.

“Biasalah perempuan,” aku memberikan alasan, sedangkan aku memang sengaja

bersiap perlahan-lahan sebentar tadi. Sebenarnya, sekadar menyarungkan baju blaus paras

Page 174: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

173

lutut berwarna merah jambu, berseluar jeans putih, tudung bawal yang juga berwarna merah

jambu, serta muka yang dilapik dengan bedak dan secalit pelembab bibir tidak perlu

memakan masa selama itu. Tapi aku sengaja melengah-lengahkan waktu membiarkan dia

menungguku. Mendera sedikit lelaki di hadapanku ini.

Zafril pantas membuka pintu penumpang hadapan untukku.

“Eh, tak apa encik Zafril. Saya boleh buka sendiri,” aku cuba menghalang

tindakannya. Aku tidak selesa apabila diperlakukan sebegitu.

Dia langsung tidak mempedulikan kata-kataku, dia memberikan isyarat mata agar aku

masuk ke dalam kereta. Aku mengeluh sekali lagi, aku benar-benar tidak selesa dengan

keadaan itu. Tolonglah aku terasa lain macam sahaja.

“Nak ke mana ni?” soalku apabila kereta Zafril telah berada di atas jalan raya.

“Awak dah sarapan?” Zafril pula yang menyoal apabila lama membisu dari menjawab

soalanku.

Aku mengerling jam pada dashboard kereta itu. Hampir pukul 11.00 pagi, logikkah

soalan itu ditanyakan pada waktu ini?

“Dah. Nak ke mana sebenarnya ni Encik Zafril?” aku bertanya lagi. Selagi aku tidak

tahu ke mana hala tuju hari ini, selagi itu aku tidak berpuas hati.

“Awak ni Safi, degil betulkan. Sekarang ni bukan waktu pejabat tak payahlah nak

berencik-encik dengan saya.”

“Nak ke mana sebenarnya ni?” Aku tidak mempedulikan kata-katanya, dia memang

tidak mahu aku memanggilnya dengan pangkal nama encik, kalau boleh di waktu pejabat pun

dia tidak mahu aku berencik-encik dengannya, telah acapkali aku mendengar ayat itu keluar

dari bibirnya. Aku sudah lali. Bukan itu yang aku mahu dengar kini. Apa yang aku mahu

dengar darinya kini adalah hala tuju kami sekarang, itu sahaja!

Page 175: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

174

Zafril merengus seketika. “Saya nak awak temankan saya pergi beli barang sikit. Tapi

sebelum tu kita tengok wayang dulu, okay.”

Amboi, pergi beli barang pun nak ajak aku ke? Ingat aku ni orang gaji dia ke? Siap

bersyarat sebelum beli barang kena tengok wayang dulu pula tu. Ni dah lebih ni.

“Terus aje pergi beli barang tu tak boleh ke encik? Tak payahlah nak tengok-tengok

wayang ni. Jimat sikit masa” Cadangku pula. Aku tidak mahu terlalu mengikut semua

kemahuannya. Nanti entah apa-apa lagi yang dirancangnya.

“Eh, mana boleh. Baru pukul berapa ni, banyak kedai tak buka lagi. Kita tengok

wayang dulu lepas tu kita makan tengahari sama-sama. Petang sikit baru pergi beli barang,

okay.”

Nah, ditambah pula satu lagi agenda, makan tengah hari bersama. Aku ingin membuka

mulut membantah, tapi aku batalkan sahaja niatku itu apabila mengenangkan berkemungkinan

besar yang dia akan membuat rancangan tambahan jika aku bersuara. Ish, tak logik betul dah

pukul 11 lebih takkan banyak kedai tak buka lagi. Ishh… geramnya…

Sebaik sahaja sampai di pusat membeli belah midvalley itu aku terus menuju ke

kaunter tiket. Tanpa meminta apa-apa cadangan atau buah fikiran dariku filem mana yang

hendak ditonton dia lantas membeli dua tiket.

“Jom,” ujar Zafril sambil menyerahkan air pepsi padaku.

Aku hanya mengekori langkahnya memasuki panggung wayang. Malas aku ingin

mengambil tahu filem apa yang bakal tersaji di depan mataku sebentar lagi.

Ish, kedekut betul, satu popcorn je dia beli. Sempat aku membebel dalam hati apabila

melihat sekotak popcorn yang berada di gengamannya.

Sebaik sahaja aku dan Zafril duduk di bangku panggung itu, terlayar tajuk filem yang

akan kami tonton sebentar lagi. Melihat sahaja tajuk itu aku pantas memandang Zafril yang

berada di sebelah kananku.

Page 176: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

175

“Awak memang suka tengok cerita Johnny Depp kan?” Soal Zafril dengan senyuman.

“Memandai je.” Ujarku sambil menutup resah di hati. Aku memandang semula skrin

besar yang terlayar di hadapanku. Bagaimana Zafril tahu tentang perkara itu?

“Alah, tak payah nak tipulah, saya dah dengar semalam awak cakap pada Amy yang

awak teringin sangat nak tengok filem ni kan?” Zafril terus cuba menyelongkar rasa hatiku.

Aku memandang Zafril kembali. Adakah Zafril mengajakku keluar hari ini adalah

semata-mata untuk memenuhi keinginan yang aku katakan pada Amy semalam? Wajah Zafril

terus kutatap, cuba mencari keikhlasan di wajahnya.

Zafril menghulurkan popcorn yang sedari tadi dipegangnya padaku. “Kita kongsi,

em…” ujar Zafril perlahan.

Aku tersenyum nipis dan mengangguk. Aku mengambil beberapa butir popcorn

kemudian memandang semula layar dihadapan. Mengapa harus sebegini sekali layanannya

padaku? Aku menjadi resah seketika.

ZAFRIL menolak perlahan troli yang agak sarat dengan barangan, matanya melilau mencari

pelbagai jenis barangan yang tersusun rapi di atas rak-rak yang tersedia. Aku sedikit terkejut

melihat Zafril membeli terlalu banyak barangan dapur. Seingatku dia duduk bujang di sebuah

kondominium di Cheras dan sesekali sahaja pada hujung minggu dia akan pulang ke rumah

orang tuanya di Sri Kembangan. Jadi apa perlu barangan dapur sebanyak itu?

“Awak selalu minum yang mana satu?

Tercantas lamunanku apabila mendengar soalan dari Zafril. Aku merenung tin milo

dan vico yang dipegangnya. Tanpa banyak fikir aku menunjukkan tin milo. Kemudian dia

menyimpan semula tin vico di rak semula. Dua tin milo di ambil dan diletakkan ke dalam

troli.

Page 177: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

176

“Encik selalu minum yang mana satu?” Sengaja aku ingin mengetahui selera pilihan

minuman berperisa coklatnya.

“Yang tu.” Zafril menunjukkan tin vico yang telah disimpan semula ke rak. Dia

menolak troli itu ke rak barangan di sebelah pula.

“Habis tu kenapa encik beli jenama ni?” Aku semakin pelik, jika jenama itu yang

menjadi pilihannya selalu, mengapa jenama ini pula yang ingin dibelinya. Sampai dua pula tu.

Zafril hanya tersenyum mendengar soalan dariku. Dibiarkan sahaja soalanku

tergantung tanpa jawapan.

“Kalau biskut pula awak selalu beli yang mana?” Zafril sudahpun berhenti di hadapan

rak yang mempamerkan pelbagai jenis dan jenama biskut.

Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Pelik benar aku dengan perangai Zafril. Semua

barang yang ingin dibelinya hari ini memerlukan aku yang membuat pilihan. Selepas makan

tengah hari tadi, dia sempat membeli beberapa helai kemeja dan kesemua kemeja itu dibeli

atas pilihanku. Daripada segi tekstil kain dan warna, semuanya Zafril meminta aku yang

membuat pilihan dan dia hanya membayar kemeja yang telah aku pilih tanpa sebarang

bantahan.

“Pandai awak pilih.”

Hanya itu ayat yang terkeluar dari bibir Zafril setiap kali aku selesai membuat pilihan

kemeja yang aku rasakan sesuai dengannya. Benarkah aku pandai memilih atau dia sengaja

mahu menjaga hatiku ini? Aku mula terfikir, tidak mungkin semua pilihanku menepati

citarasanya.

“Yang mana ni?”

Aku pantas memandang Zafril yang sedang meneliti sebungkus biskut di tangannya.

Tanpa berlengah lagi aku menunjukkan biskut yang selalu aku beli ketika membeli-belah

Page 178: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

177

dengan Fitri setiap hujung bulan. Dan seperti biasa Zafril mengapai dua tin biskut yang aku

tunjukkan lalu dimasukkan ke dalam troli.

Hampir sejam setengah kami berada di dalam pasaraya itu. Setelah membuat bayaran

Zafril menolak troli menuju ketempat letak kereta. Apabila sampai sahaja di basement aku

membantu Zafril memasukkan barang-barang yang dibeli tadi ke dalam boot.

“Kita baliklah ye Encik Zafril. Penatlah.” Aku terlebih dahulu membuat permintaan

sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Aku tidak mahu Zafril membuat rancangan tambahan

lagi selepas ini. Cukuplah, aku benar-benar telah keletihan.

“Okay,” Zafril terus sahaja bersetuju tanpa sebarang bantahan. Dia memandu laju

menghantarku pulang ke rumah.

Sampai sahaja di pangsapuriku, Zafril segera mematikan enjin keretanya.

“Awak tunggu sekejap.” Zafril terus turun dari keretanya dan menuju ke boot

keretanya.

Aku yang pelik dengan perangai Zafril segera turun dari kereta dan melihat Zafril

yang sedang mengasingkan barang-barang dapur yang dibelinya tadi.

“Dah, jom.” Zafril menutup boot keretanya dan mengunci keretanya. Dia membimbit

ampat beg plastik yang sarat dengan barangan dapur di kiri dan kanan tangannya.

“Rumah awak kat tingkat dua kan?” Soal Zafril apabila aku dan dia sudah berada di

dalam lif.

“Encik Zafril nak buat apa sebenarnya ni?” tanyaku yang makin keliru apabila Zafril

turut menaiki lif bersamaku. Punat yang bernombor dua itu Zafril tekan. Takkan Zafril ingin

mengikutku pulang ke rumah?

“Saya nak hantar barang-barang ni kat rumah awaklah.”

Aku terkedu seketika. “Barang-barang ni encik…” kata-kataku terhenti di situ. aku

menelan liur. Cuba mencerna semula setiap patah kata yang keluar dari bibirnya.

Page 179: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

178

“Ye, saya beli untuk awak.” Zafril terus keluar dari lif apabila pintu lif telah terbuka

luas sebaik sahaja sampai di tingkat dua dan aku jua turut keluar dari lif itu dan mematikan

langkah di hadapan pintu lif yang telah tertutup rapat.

“Er… tapi encik saya…”

“Dah jangan nak banyak cakap. Saya beli ni ikhlas untuk awak. Terima jelah.” Pantas

Zafril memotong sebelum aku sempat menghabiskan kata.

“Tapi encik saya tak boleh terima banyak sangat ni.” Aku terus meluahkan apa yang

aku rasakan. Barangan yang berada di tangannya aku renung satu persatu. Keempat-empat

plastik itu penuh dengan barangan dapur.

“Habis tu betullah tak nak ni?” Zafril mula merenungku yang berada di sebelahnya.

Mendengar soalannya itu aku pantas mengangguk laju. Aku benar-benar-benar tidak

mahu.

Tiba-tiba dengan kasar Zafril meletakkan keempat-empat plastik itu dihadapanku. Aku

terkejut mendengar bunyi yang terhasil dari hentakkan barangan itu ke lantai. Wajahku

direnung tajam, rahangnya bergerak-gerak seolah-olah menahan marah.

“Saya beli semua tu memang untuk awak. Tapi kalau awak dah tak nak, buang aje

semua tu kat tong sampah.” marah Zafril padaku. Kemudian dia berpaling dan menekan

butang untuk turun ke bawah. Sebaik sahaja lif terbuka dia memboloskan diri ke dalam lif

tanpa sedikit pun menoleh kepadaku lagi.

Aku terdiam melihat Zafril yang berlalu begitu sahaja. Kecil hatikah dia padaku? Aku

bukan sengaja berbuat begitu, aku cuma tidak mahu dilihat mengambil kesempatan ke atas

kebaikannya pada diriku ini.

Aku kian serba salah. Takkan mahu dibuang ke semua barangan itu. Setelah lama

berfikir, akhirnya aku menjinjit kesemua barangan itu dan kubawa masuk ke dalam rumah.

Page 180: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

179

LAPAN BELAS

KELIBAT Zafril yang berada di dalam pantry itu menyebabkan ku membatalkan niat untuk

menuju ke mejaku. Aku memerhatikannya dari muka pintu. Selesai membasuh mugnya Zafril

mencapai bekas berisi kopi dan gula yang berada di dalam rak.

Sudah hampir seminggu dia membuat minumannya sendiri. Selalunya sebelum ini

tidak kira pagi atau petang pasti Zafril akan mengarahkan aku untuk menyediakan minuman

kopi kegemarannya itu. Tapi semenjak aku menolak untuk menerima barangan dapur

daripadanya minggu lalu, dia tidak lagi memintaku menyediakan minuman untuknya. Masih

marahkah dia pada diriku ini? Dalam minggu ini juga, aku tidak lagi menerima sebarang

panggilan telefon daripadanya selepas waktu pejabat seperti sebelumnya. Paling

menghairankan, dia juga tidak cuba mengusikku dan mengenakanku seperti selalu. Sejak

semalam, selepas dia bermesyuarat dengan Ahmad, dapat aku lihat dia lebih banyak

termenung dan kadangkala dia hilang tumpuan pada kerjanya. Kenapa dengan dirinya? Hatiku

jadi tertanya.

“Encik Zafril nak buat air ke?” Soalku apabila telah berdiri di sebelahnya. Dia

kelihatan sedikit terkejut melihat aku berada di sebelahnya. Dia mengangguk kecil dan

tangannya terus memasukkan serbuk kopi ke dalam mug.

“Biar saya buatkan.” Aku terus mengambil mug dari tangannya dan dia membiarkan

sahaja aku aku menyambung tugasnya itu. Zafril kemudiannya bergerak menuju ke meja bulat

yang terdapat di dalam pantry itu.

Selesai menyediakan kopi, aku terus membawa mug pada Zafril. Aku letakkan mug itu

di atas meja, betul-betul di hadapan Zafril dan kemudian aku terus sahaja duduk

menghadapnya.

“Encik Zafril ada masalah ke?” aku cuba menyelongkar segala isi hati Zafril pada tika

ini. Aku tidak tahu mengapa aku ingin sekali dia berkongsi masalahnya itu denganku.

Page 181: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

180

Zafril masih lagi menyepi, soalanku tadi langsung tidak dijawabnya. Mug yang sudah berada

di dalam genggamannya juga langsung tidak dicicip.

“Dengan berkongsi masalah sekurang-kurangnya ringan sikit beban tu.” Aku masih

lagi cuba memujuk.

“Kenapa saya kena cerita masalah saya pada awak?” akhirnya keluar juga bicara dari

bibir lelaki itu, setelah sekian lama menyepi. Matanya merenungku yang berada di

hadapannya.

Aku terdiam seketika, cuba mencari jawapan yang sesuai. “Encik anggaplah yang

encik sedang berkongsi masalah dengan kawan encik.” Berjaya juga aku memikirkan jawapan

yang wajar diberikan.

“Saya tak pernah anggap awak kawan saya pun!” kata Zafril sejurus bangun dan

membawa mugnya keluar dari pantry, meninggalkan ku sendirian.

Terkedu aku mendengar kata-katanya. Dia langsung tidak pernah menganggapku

sebagai kawannya? Tapi mengapa sewaktu dia membawaku berjumpa dengan mamanya dia

memperkenalkanku sebagai kawannya dan bukan sebagai pekerjanya? Kini barulah aku tahu,

antara diriku dengannya yang ada hanyalah hubungan antara majikan dan pekerja. Tidak lebih

daripada itu. Menyesal pula aku menganggap dia sebagai kawanku semenjak dia membawaku

berjumpa dengan makcik Hasnah beberapa minggu lalu.

Lamunanku terhenti apabila telefon bimbitku berlagu lantang.

“Assalamualaikum, ibu.” terus sahaja aku memberikan salam sebaik sahaja talian

bersambung.

“Safi balik rumah ye hari ini,” ujar ibu sebaik sahaja selesai menjawab salam dariku.

“Kenapa bu? Ada apa-apa masalah ke?” Aku mula cemas, tidak pernah ibu

mengarahkanku puang ke rumah pada awal minggu sebegini.

“Ada surprise sikit untuk Safi. Balik tau petang ni.”

Page 182: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

181

Aku ingin bersuara lagi tapi ibu telah mematikan talian terlebih dahulu. Aku

memadang jam di pergelangan tangan. Sudah menghampiri pukul lima petang. Aku harus

berkemas untuk pulang ke rumah ibu. Terus sahaja aku bangun dan menuju ke ruang kerjaku.

HILAI tawa kedengaran dari pintu pagar rumah orang tuaku. Aku mempercepatkan langkah

memasuki rumah. Aku ingin mengetahui siapa yang bertandang ke rumah pada waktu ini.

Aku memberikan salam dan mula masuk ke dalam rumah. Terperanjat aku melihat mak ngah

turut berada di ruang tamu itu.

“Eh, mak ngah bila sampai?” aku terus sahaja bersalaman dengan mak ngah selepas

aku bersalaman dengan kedua-dua orang tuaku.

Sudah lama aku tidak berjumpa dengan mak ngah. Semenjak Shania melanjutkan

pelajaran ke Amerika Syarikat, mak ngah juga turut ikut sama ke Amerika bersama Shania.

Mereka berdua memang tidak pernah mahu berenggang walau sesaat pun.

“Petang tadi. Safi baru balik kerja ke ni?” mak ngah mengusap pipiku, menumpahkan

kasih sayangnya padaku. Sudah lama rasanya dia tidak berbuat begitu padaku. Terus terasa

rindu untuk bermanja dengannya.

Aku mengangguk kepada bagi menjawab soalan mak ngah. “Nia mana?” soalku yang

baru perasan Shania tidak berada di ruang tamu ini bersama dengan kami semua.

“Ada dalam bilik Safi.” Jawab ibu pula.

Aku terus tersenyum sebaik sahaja mendengar kata-kata ibu. “Safi pergi jumpa Nia

sekejab ye.” Aku terus bangun dan menaiki tangga menuju ke tingkat atas mendapatkan

Shania. Rindu benar aku untuk berjumpa dengan adikku itu.

“Nia…” laungku sebaik sahaja membuka pintu bilik.

“Kak Safi!” Shania terus bangun dari katil dan berlari mendapatkanku di muka pintu.

Dia memelukku erat.

Page 183: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

182

“Sampai hati tak bagi tahu pun nak balik Malaysia hari ini.” Terus sahaja aku

menyuarakan ketidakpuasan hatiku apabila pelukan kami terlerai.

“Alah, akak tu lagi sampai hati, tak datang pun konvo Nia.” Shania menarik muncung

dan menarik tanganku membawaku duduk di atas katil.

“Nia ingat murah ke tambang ke Amerika tu? Habis duit gaji akak sebulan tau.” Aku

membela diri. Bukannya aku tidak mahu menghadiri majlis konvokesyen Shania tapi memang

poketku tidak mengizinkan. Sudah sampai di sana tidak mungkin aku mahu duduk di dalam

hotel sahaja. Sekurang-kurangnya ingin juga aku melawat di sekitar bandaraya itu. Bila

mengenangkan semua itu makin bergetar poketku.

“Alah akak ni dengan Nia pun nak berkira. Tangkai jering.”

Membulat mataku mendengar kata-kata Nia itu. Pantas aku menarik hidung Shania

yang mancung itu. Kemudian kami sama-sama tertawa.

“Nia balik terus ke balik bercuti je ni?”

“Balik teruslah kak.”

“Tak nak kerja kat sana dulu ke? Selalunya student overseas ni sebelum balik sini,

kerja kat sana dulu. Silap-silap terus kerja kat sana.”

“Nia ni nak cari ilmu je kat negara orang. Bakti dan budi, baik curahkan kat negara

sendiri. Lebih afdal.” Bersungguh-sungguh Shania mengutarakan pendapatnya.

Tersenyum aku mendengar pendapat Shania itu.

“Habis tu mak ngah macam mana?” aku mula membuka tudung yang membaluti

kepala.

Mak ngah memang seorang usahawan yang berjaya. Sebelum mengikut Shania ke

Amerika mak ngah mempunyai spa di sini dan apabila dia mengikut Shania ke Amerika dia

menyerahkan spanya itu kepada rakan kongsinya untuk diuruskan. Dan rupa-rupanya di sana

mak nagn membuka sebuah spa yang sekarang ini sedang berkembang maju.

Page 184: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

183

“Mummy pun terus balik sini.”

“Habis tu Spa kat sana?” tidak mungkin spa di sana ingin ditinggalkan begitu sahaja.

“Mama dah jual. Mama nak uruskan spa kat sini je. Lepas tu mama kata nak buka

cawangan.”

Kagum aku dengan mak ngah yang begitu rajin dan komited dengan kerjanya. “Oh…

habis Nia bila nak cari kerja? Graduat lepasan oversea macam Nia ni sekelip mata je boleh

dapat kerja.” aku yakin Shania pasti mudah untuk mendapatkan kerja, memandangkan dia

graduan luar negara tambahan pula dengan ijazah kelas pertamanya mana-mana syarikat pasti

sudi melamarnya.

“Nantilah kak, nak rest dulu.” Shani sudah mula berbaring di atas katilku.

“Suka hati Nialah. Tapi jangan sampai jadi penganggur tak bertauliah sudah.” Aku

sekadar mahu bergurau dengan Shania. Dan sepanjang malam itu kami berbual panjang

setelah sekian lama tidak bersua muka.

HELAIAN akhbar yang berada di hadapan mataku, kuselak satu persatu. Semuanya tidak

menarik minatku untuk mengetahui kisah lebih lanjut. Aku hanya membaca tajuk besar yang

terpampang di dada akhbar. Namun semua itu hanya dibaca sepintas lalu, sedikit pun tidak

menjengah di mindaku.

“Kak, apasal dua hari ini Amy tengok akak macam tak ada mood je, kenapa? Amy

mula meninggalkan kerjanya dan memandangku yang berada di hadapannya.

“Mana ada, akak biasa je.” Dalihku. Aku sememangnya tiada mood. Semenjak

daripada perbualanku dengan Zafril di pantry dua hari lalu, moodku hilang entah ke mana,

untuk datang bekerja juga aku sudah malas, namun ku tetap gagahi juga. Adakah kata-kata

Zafril di pantry hari itu menguris hatiku? Aku sendiri tidak pasti. Namun aku sedikit terkilan

kerana kata-kata Zafril itu menunjukkan seolah-olah pekerja biasa sepertiku ini tidak layak

Page 185: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

184

menjadi kawannya. Tapi mengapa aku harus mengambil berat tentang isu itu? aku sendiri

keliru.

“Takkan sebab Encik Zafril jarang ada kat pejabat dua hari ni, mood akak pun

melayang ikut Encik Zafril kot.” Amy cuba mengusik.

“Tolong sikit, tak ada maknanya.” Pantas aku sangkal andaian mengarut Amy. Aku

menjeling tajam pada Amy yang sudah mula ketawa terbahak-bahak.

“Aik, marah?”

“Tak marahlah, Suka sangat.” Aku pura-pura tersenyum gembira, dalam hati menahan

geram menerima usikan Amy.

“Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam.” Aku dan Amy menjawab serentak dan berpaling memandang

arah suara yang datang.

“Eh, Datuk Razali.” Aku agak terkejut melihat kedatang lelaki berpangkat datuk ini,

rasanya hari ini Zafril tidak mempunyai apa-apa temujanji dengannya. Aku menutup surat

khabar di atas meja reception. Hatiku mula rasa tidak enak. Entah mengapa setiap kali

berhadapan dengan Datuk Razali aku rasa seram sejuk.

“Datuk nak jumpa Encik Zafril ke? Encik Zafril belum masuk ke pejabat lagi, Datuk.”

Pantas aku menjelaskan sebelum sempat Datuk Razali membuka mulut bertanya tentang

Zafril. Pastinya kedatangannya itu adalah untuk berjumpa dengan Zafril.

Aku mula tidak senang berdiri apabila Datuk Razali hanya memandangku tanpa

sebarang kata. Hatiku mula gusar, kenapalah Datuk yang seorang ini datang tidak mahu

membuat temu janji terlebih dahulu. Dalam dua hari ini memang Zafril agak sibuk dengan

mesyuarat di luar dari pagi sampai petang. Apabila jam berganjak ke pukul tiga atau empat

petang, barulah Zafril akan muncul di pejabat. Ternyata kedatangan Datuk Razali itu hanya

sia-sia.

Page 186: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

185

“Macam ni, Datuk. Kalau Encik Zafril balik nanti saya akan hubungi Datuk.” Aku

cuba mencari jalan penyelesaian apabila Datuk Razali masih lagi membisu.

“Oh, tak apa. Lagipun saya datang ni bukan nak jumpa Zafril pun.” Akhirnya Datuk

Razali membuka bicara dengan senyuman yang melirik panjang.

“Habis tu, Datuk nak jumpa siapa?” aku makin tidak sedap hati. Amy yang menjadi

pemerhati dari tadi aku kerling seketika.

“Saya nak jumpa awak.” Datu Razali mula melangkah setapak ke hadapan.

Melihat Datuk Razali yang mula melangkah, aku juga turut melangkah setapak ke

belakang. “Jum… jumpa saya…” gugupku bertanya. Pandangan Datuk Razali padaku terasa

semacam sahaja.

Datuk Razali menyerahkan sepucuk sampul padaku. Aku mula berkira-kira sama ada

ingin menyambut pemberiannya atau tidak. Akhirnya sampul itu bertukar tangan juga apabila

Amy memberikan isyarat mata padaku agar menerima sahaja huluran Datuk Razali.

“Apa ni Datuk?” Tanyaku tanpa terniat untuk melihat isi di dalamnya.

“Kad undangan. Saya nak jemput awak ke majlis makan malam Tanjak Holding

minggu hadapan.” Pelawa Datuk Razali sambil tidak lepas merenungku.

“Em… saya…” aku serba salah. Hendak menerima atau menolak jemputan itu.

“Saya Datuk tak jemput ke?”

Aku dan Datuk Razali berpaling memandang Zafril yang kini sedang berjalan

mendekatiku. Zafril mula berdiri bersebelahan denganku sambil memeluk tubuh dan

merenung tajam Datuk Razali.

“Saya jemput awak sekalilah ni.” Kata Datuk Razali sinis. Wajahnya yang tersenyum

sedari tadi berubah masam.

Page 187: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

186

“Oh, really.” Zafril merampas kad yang berada ditanganku dan aku hanya mampu

membiarkan sahaja tindakannya. Zafril terus membuka sampul itu dan menarik keluar kad

yang berwarna keemasan seterusnya membaca isi di dalamnya.

“Tak ada nama saya pun dalam kad ni. Yang ada nama Safi je.” Zafril memasukkan

kembali kad itu ke dalam sampulnya dan menyerahkan kembali kad itu padaku. Dia kembali

merenung tajam Daruk Razali.

“Jemput setiausaha, samalah macam jemput boskan.” Datuk Razali mencipta helah

yang aku rasakan agak pincang kedengaran.

Seperti mengetahui niat yang terlindung di sebalik kata-kata Datuk Razali itu, Zafril

mula tersenyum sinis.

“Okay, saya balik dulu. Safi jangan lupa datang ye.” Datuk Razali terus melangkah

laju.

Aku tidak memberikan sebarang keputusan pada Datuk Razali, aku hanya mampu

memandang dia yang keluar dari pintu masuk Adni Maju bersama anggukkan kepala yang

terpaksa.

“Awak dah makan tengah hari?”

Soalan daripada Zafril itu mencantas pandanganku pada kelibat Datuk Razali yang

sudah menghilang di sebalik pintu. Aku hanya membiarkan soalan Zafril tergantung tanpa

jawapan. Tanganku mula ligat mengemas akhbar dan menyusun di tempatnya semula.

Begitulah keadaanku dua hari kebelakang ini. Jika soalan yang Zafril ajukan tidak melibatkan

urusan pejabat, soalan-soalan itu akan kubiarkan sepi, paling tidak pun hanya sepatah dua kata

saja yang keluar dari bibirku.

“Dah pukul tiga petang encik, mestilah dah makan. Apa punya soalanlah Encik Zafril

ni.” Amy pula yang menjawab bagi pihakku apabila Zafril masih lagi di situ menanti jawapan

yang tidak kunjung tiba dariku.

Page 188: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

187

“Tak adalah, manalah tahu ada orang tu mogok lapar ke sebab jarang-jarang dapat

jumpa saya dua hari ni.” Zafril terus menerus cuba menarik perhatianku.

Aku sekadar mencebik bibir, malas mahu melayan perangainya namun Amy sudah

ketawa besar. Malas mahu terus berlama-lama di situ aku terus membuka langkah untuk

kembali ke ruang kerjaku.

“Safi…” Zafril menahan langkahku. “Awak beritahu Ahmad saya nak jumpa dia

sekarang. Kemudian awak inform kat semua maintenance department ada urgent meeting

pukul 4 dengan saya di bilik mesyuarat. Jangan lupa orderkan pizza macam biasa untuk

meeting tu nanti.” Zafril mengeluarkan arahan sebelum mula melangkah meninggalkanku.

Namun baru beberapa langkah dibukanya, dia berpatah balik mendapatkanku dan menarik

kad jemputan yang berada di tanganku. “Kad ni biar saya je yang simpan.” Kemudian barulah

dia berlalu pergi dengan senyuman.

Dan apa yang mampu aku lakukan kini, hanyalah mengetap bibir menahan geram

dengan sikapnya.

DULANG berisi air teh aku letakkan di sebelah kotak pizza hut. Aku mula menuangkan air

teh ke dalam cawan-cawan kosong dan menyerahkan cawan yang telah berisi air kepada

kakitangan maintance department yang terlibat dalam mesyuarat yang baru selesai. Kemudian

aku membawa piring yang berisi tiga keping pizza dan secawan air teh kepada Zafril yang

berada di kepala meja.

“Jemput makan, encik.” Aku meletakkan piring dan cawan tu ke atas meja di hadapan

Zafril. Dia yang sedari tadi mengemas fail dan kertas yang bertaburan di hadapannya tidak

aku toleh walaupun seketika.

“Awak tak makan sekali?” Zafril menghentikan kerjanya dan memberikan tumpuan

padaku.

Page 189: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

188

“Tak apalah encik.” Aku pantas berlalu meninggalkannya dan kembali ke partitionku.

Sampai sahaja di meja aku mula mengemas apa yang patut. Waktu pejabat telah lama

habis dan aku ingin segera pulang. Belum pun sempat aku menutup komputerku, aku

tersentak apabila mejaku diketuk perlahan. Terus aku menoleh memandang Zafril yang sudah

pun meletakkan pizza dan teh ke atas mejaku. Rasanya itulah makanan yang aku berikan

padanya di dalam bilik mesyuarat tadi, mengapa dia mengembalikannya kepadaku? Aku

memandang wajahnya meminta jawapan walaupun sebenarnya tiada sebarang soalan yang

keluar dari bibirku.

“Makanlah sikit, takkan awak betul-betul mogok lapar kot?” Zafril mula menyandar

pada dinding kaca yang memisahkan paitionku dengan biliknya. Matanya masih lagi

memandangku.

Aku seperti biasa mendiamkan diri dari menjawab sebarang soalannya. Aku pura-pura

menyusun fail-fail yang sedia tersusun di atas meja itu. Malas aku mahu berbicara dengannya.

Biarlah keadaan begini. Lagi senang hatiku ini.

“Awak nak pergi ke majlis Tanjak Holding tu?” Zafril membuka bicara lagi apabila

aku masih menyepi. Entah dia benar-benar ingin tahu tentang itu atau sekadar mencari topik

untuk dibualkan denganku, aku sendiri tidak pasti.

“Pergi.” Balasku sepatah. Yang sebenarnya aku tidak tahu lagi sama ada aku ingin

menghadiri majlis itu ataupun tidak. Iyalah tidak sampai beberapa jam tadi aku menerima

undangan itu dari Datuk Razali, aku belum membuat sebarang pertimbangan, adakah aku

harus memenuhi jemputan itu ataupun sebaliknya. Tapi entah kenapa jawapan itu pula yang

aku berikan padanya.

“Kalau macam tu kita pergi sama-samalah. Saya temankan awak.” Laju Zafril

menawarkan diri untuk menjadi temanku malam itu nanti. Aku mengerling memandang

wajahnya yang kelihatan bersungguh-sungguh itu.

Page 190: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

189

“Kenapa pula encik nak temankan saya? Saya boleh pergi sendiri.” Aku terus

menerjah. Tiba-tiba sahaja ingin menjadi temanku malam itu. Entah apalah yang berada

dalam fikiran lelaki ini.

“Pergi majlis-majlis macam tu kena berkawan, baru seronok. Nak-nak awak tak kenal

sesiapa pun kat Tanjak Holding tu, silap-silap macam kera sumbang awak kat majlis tu nanti.”

Zafril masih lagi cuba menyakinkanku akan cadangannya itu.

“Encikkan tak pernah anggap saya ni kawan encik. Jadi tak payahlah encik nak risau

saya jadi kera ke, beruk ke, kat majlis tu nanti.” Aku meluahkan rasa hati yang terpendam

beberapa hari ini. Lega rasanya dapat membalas rasa sakit hati yang dia cambahkan padaku

beberapa hari lalu. Lantaklah dia mahu marah denganku, aku sudah tidak peduli.

Aku menjelingnya tajam, dan jelinganku itu dibalas dengan ketawa besar dari lelaki

itu. Mataku membulat memandang dirinya yang masih lagi ketawa, bibir kuketapkan tanda

geram dengan reaksi yang ditunjukkannya. Aku tengah marah, boleh pula dia ketawa

terbahak-bahak begitu di hadapanku ini.

“Oh… Patutlah merajuk dengan saya dua hari ni. Bercakap dengan saya macam nak

tak nak saja, balik kerja pun tak beritahu saya dulu, senyum jauhlah sekali. Rupa-rupanya

awak terasa hati dengan apa yang saya cakapkan pada awak hari tu.” Zafril masih lagi

tertawa.

Aku mengetap gigi menahan marah dengan andaian yang dibuatnya. Aku bukan

merajuk cuma terasa hati sedikit sahaja dengan kata-katanya di pantry dua hari lalu. Tapi

kenapa Zafril boleh menganggapku merajuk pula. Ish, tidak mungkin aku akan merajuk

dengan lelaki ini, bukan dapat apa pun.

“Ada sebabnya kenapa saya kata saya tak pernah anggap awak kawan saya.” Zafril

cuba menerangkan sambil cuba untuk mematikan tawanya yang kelihatan seperti tidak mahu

berhenti.

Page 191: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

190

Aku memandang tajam dirinya. Sakit hatiku setiap kali melihat dia mentertawakan aku

begitu.

Tawa Zafril sudah mula mengendur tetapi masih ada secalit senyuman yang bergayut

di bibirnya. “Saya cakap macam tu sebab saya anggap awak lebih hebat daripada seorang

kawan.”

Aku terdiam mendengar kata-katanya itu. Apa maksud Zafril sebenarnya? Adakah dia

sekadar mahu mengusikku? Dia masih lagi tersenyum dan senyumannya itu mengundang

resah. Kini peluh di dahiku mula terasa walaupun alat penghawa dingin sedia terpasang. Aku

menelan liur, kelu lidah untuk menutur kata saat ini.

“Habiskan pizza tu, tak baik membazir. Membazir tukan amalan syaitan.” Zafril

menolak piring dan cawan itu betul-betul ke hadapanku.

“Habis tu, Encik Zafril.”

“Tak apa, saya tengok awak makan pun saya dah kenyang.” Zafril menghadiahkan

sebuah senyuman padaku sebelum berpaling menuju ke biliknya.

“Encik Zafril.” Panggilku apabila Zafril sudah pun memulas tombol pintu biliknya.

Segera dia berpaling memandangku.

“Er… terima kasih pasal belikan saya barang dapur tu. Banyak betul, rasanya dua

bulan pun tak habis.” Akhirnya aku luahkan jua apa yang ingin aku luahkan semenjak minggu

lalu. Tapi entah kenapa hari ini barulah aku mempunyai keberanian untuk mengungkitkan

tentang hal barang dapur itu.

Zafril tersenyum. “Saya ingatkan barang-barang tu dah selamat dalam tong sampah.”

“Tak baik membazir, membazir tukan amalan syaitan.” Aku mengulangi kata-katanya

sebentar tadi. Dan buat pertama kalinya aku membalas usikkannya dengan sebuah usikkan

juga.

Page 192: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

191

“Oh… dah pandai mengenakan saya sekarang ye…” Zafril mencerunkan mata padaku.

Aku tahu dia hanya pura-pura marah padaku, jadi aku lemparkan senyuman padanya.

“Tapi tak apa, saya suka.” Zafril tersenyum dan sempat mengenyitkan matanya padaku

sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.

Aku terdiam seketika melihatkan tingkahnya itu. Suka? Aduh, kenapa aku sudah

seberani ini dengan dirinya? Janganlah dia terfikir yang bukan-bukan pula.

Page 193: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

192

SEMBILAN BELAS

GEDEBUM!!!

Aku tersentak, pantas aku menegakkan badan dan memandang ke cermin hadapan

kereta yang kupandu. Tanpa melengahkan masa aku turun dari kereta dan meninjau keadaan

kereta myvi milik Fitri yang kupinjam. Aduh, habislah agak teruk kemek bumper hadapan

kereta myvi Fitri ini. Aku segera menoleh pada kereta yang kulanggar. Aduh, kemek juga di

bahagian belakang kereta tu walaupun tidak seteruk kerosakan kereta Fitri.

Aku mengaru kepala yang yang tidak gatal. Bagaimana aku boleh tersalah mengagak

jarak sewaktu ingin memasuki lot tempat letak kereta itu sehinggakan aku merempuh kereta

buatan luar negara yang sedang elok terparkir di situ. Rasanya habis dua bulan gajiku untuk

membayar kerosakan kereta Fitri dan kereta peugeot itu. Menyesal pula rasanya meminjam

kereta Fitri hari ini. Kalau aku menaiki bas atau teksi seperti selalu pasti saat ini aku tidak

perlu pening kepala begini.

Akal jahatku mula mengarahkanku meninggalkan sahaja kereta itu di situ sebelum

tuannya sampai dan menuntut ganti rugi. Namun hatiku pantas menepis, tidak sepatutnya

orang lain dibebankan atas kesalahan diriku. Mahu atau pun tidak aku terpaksa berhadapan

dengan kesalahan diri yang terlalu cuai.

Aku masuk semula ke dalam kereta dan kali ini aku lebih berhati-hati memasuki

parking lot di sebelah kereta peugeot itu. Aku membuat keputusan untuk menunggu pemilik

kereta itu di dalam kereta. Setelah terasa lama menunggu di dalam kereta aku keluar dan

menunggu di luar kereta. Aku terus masuk semula ke dalam kereta apabila telefon bimbitku

menyanyi lantang.

“Akak kat mana ni?” Soal Shania di hujung talian.

Page 194: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

193

Aku berfikir sebentar sebelum menjawab soalan Shania. Jika aku menjelaskan

keadaanku pada Shania pasti Shania yang sudah berada di restoran turun ke ruangan basement

ini untuk bersama-sama denganku. Tapi aku tidak mahu menyusahkannya.

“Akak tak dapat nak joint Nialah lunch hari ni. Sorry ek, tiba-tiba ada hal. Kita lunch

sama-sama lain kali okay.” Aku mula mencipta alasan. Aku berharap dia dapat menerima

alasanku dan tidak bertanya lebih lanjut. Kesal juga rasa hatiku kerana tidak dapat makan

tengahari bersama-samanya hari ini. Sudah lama aku dan dia tidak duduk makan bersama.

“Alah…” Shania mengeluh kecil.

“Alah, sorrylah dik.” Aku cuba lagi memujuk, aku tahu Shania pasti terkilan. Apatah

lagi diriku ini.

“Tak apalah. Tapi janji nanti Kak Safi tetap kena belanja Nia lunch juga.” Tegas

Shania yang mash lagi dengan nada rajuknya.

“Okay, no problem.”

Setelah menamatkan perbualan dengan Shania, aku masih lagi menunggu di dalam

kereta. Bosan pula rasanya menunggu sahaja begini. Kalau aku perlu menunggu sehingga

malam bagaimana? Tak sanggup untuk aku memikirkannya. Tapi jika sudah terpaksa aku

kena gagahi jua. Mataku mula memberat, aku cuba menahan mata daripada terlena namun aku

terbuai juga akhirnya di dalam kereta itu.

Aku terjaga sebaik sahaja telefon bimbitku bernyanyi lantang sekali lagi. Terpesat-

pesat aku membuka mata dan mengapai tas tangan yang aku letakkan di sebelah kerusi

penumpang hadapan. Belum sempat aku menjawab panggilan dari Zafril itu bunyi nyanyian

mati tiba-tiba. Aku melihat jam di pergelangan tangan, sudah menghampiri pukul empat

petang. Agak lama juga aku terlena di dalam kereta ini. Pantas aku memandang kereta

peugeot di sebelahku. Fuh… nasib baik kereta itu masih di situ. Di manalah agaknya pemilik

kereta itu berada sekarang?

Page 195: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

194

“Takkan dah jadi kereta wakaf kot?” aku bermonolog sendiri.

Aku menepuk dahi, baru teingat yang aku belum menunaikan solat Zuhur. Dengan

segera aku keluar dari kereta dan menuju ke surau yang terdapat di dalam kompleks membeli

belah itu. Aku berdoa dalam hati moga-moga kereta itu masih ada di situ sesudah aku bersolat

nanti

Seusai menunaikan solat aku bergegas semula menuju ke tempat meletak kenderaan

bawah tanah itu. Aku mempercepatkan langkah, takut-takut jika pemilik kereta itu telah

datang dan berlalu bersama keretanya. Jika itu berlaku maka sia-sialah penantianku sejak

tengah hari tadi.

Sebaik sahaja sampai di tempat meletakkan kenderaan itu aku melihat seorang lelaki

sedang duduk bertinggung membelek bumper kereta itu. Aku meneliti wajah lelaki itu, muka

lelaki itu kelihatan berkerut seribu, mungkin menahan marah melihat keretanya menjadi

begitu.

Perasaanku mula tidak senang. Melihat wajah lelaki itu membuatkan aku mula

berbelah bagi sama ada mahu menegur lelaki itu atau pun tidak. Aku menarik nafas sedalam-

dalamnya, mencekalkan hati untuk menegur lelaki itu walaupun aku perlu menerima

kemarahannya.

“Assalamualaikum.” Aku memberikan salam setelah berada di sebelah lelaki itu.

“Waalaikumusalam.” Jawab lelaki itu sambil mendongakkan kepalanya

memandangku. Sebaik sahaja melihatku lelaki itu pantas berdiri dan memandang tepat ke

wajahku.

Alamak, nak cakap apa ni? Macam mana nak bagitahu ni? Kecut perutku apabila

berhadapan dengannya. Hilang segala keberanian yang telah kukumpul tadi.

Page 196: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

195

“Ini… kereta… encik ke?” Soalku gugup. Lelaki itu menganggukkan kepala. Wajah

lelaki tu kelihatan tenang sahaja, namun ketenangan lelaki itu tidak dapat membuatkanku

turut berasa tenang sepertinya.

“Yang sebenarnya…” aku menelan liur, cuba mencari kekuatan untuk menerangkan

kebenaran. “Sebenarnya, saya yang langgar kereta encik ni.” Aku menarik nafas lega akhirnya

terluah juga kata-kata yang sukar untuk diungkapkan tadi.

“Jadi, awak…”

“Iye encik, saya tahu saya salah. Saya minta maaf.” Pantas aku memotong percakapan

lelaki itu.

“Bila awak langgar kereta saya ni?” Soalan pertama dari lelaki itu dan matanya masih

meneliti wajahku, tidak berganjak walaupun seinci.

“Tengah hari tadi, saya betul-betul minta maaf.” Aku masih lagi cuba memohon maaf.

Berduaan dengan lelaki ini di tempat letak kereta ini mengundang perasaan takutku. Sebab itu

aku memohon maaf berulang kali, aku tidak mahu lelaki itu memarahiku, takut-takut perkara

buruk pula yang terjadi.

“Awak tunggu saya dari tengah hari tadi ke?”

Aku mengangguk laju, mengiakan pertanyaan lelaki itu.

“Setakat nak minta maaf?”

Aku menganggukkan kepalaku sekali lagi dan kali ini aku mengangguk bersungguh-

sungguh. Dan dapat aku lihat lelaki itu sedang menyembunyikan senyumannya dariku.

“Eh, tapi bukan sebab tu je. Saya nak bayar ganti rugi sebab dah kerosakan kereta

encik ini…” aku ingin menyambung kata namun terhenti apabila telefon bimbitku bernyanyi.

Aku meminta diri sebentar dari lelaki itu untuk menjawab panggilan telefon terlebih dahulu.

“Iye, Encik Zafril.” Ujarku selepas menjawab salam dari Zafril. Aku bergerak

menjauhi sedikit pemilik kereta peugeot itu.

Page 197: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

196

“Awak kat mana ni?” terus Zafril bertanya.

“Kat rumah!” aku terpaksa berbohong. Kalau aku menceritakan hal yang sebenar aku

yakin pelbagai soalan akan muncul darinya. Aku tidak mahu melibatkannya dalam hal ini.

“Oh… Jangan lupa saya ambil awak pukul 8 malam kat rumah awak.”

Beria-ia benar Zafril mengajakku ke majlis makan malam Tanjak Holding malam ni.

Walaupun aku tidak pernah menyatakan persetujuanku untuk pergi bersama-samanya namun

dia masih lagi mahu aku pergi bersamanya.

Setelah aku menyatakan persetujuan untuk pergi ke majlis itu sekaligus pergi

bersamanya, aku segera mematikan talian. Aku ingin menyelesaikan masalah yang baru

kucipta tadi sebelum memikirkan apa-apa tentang majlis makan malam itu nanti. Aku segera

mendapatkan pemilk kereta peugeot itu semula.

“Macam nilah encik. Saya bagi encik nombor telefon saya, bila encik dah hantar

kereta encik ni ke bengkel, encik hubungi saya. Saya akan selesaikan bayarannya.”

Aku mengambil pen yang berada di dalam tas tanganku dan mencatitkan nama dan

nombor telefonku di belakang sehelai resit. Aku menyerahkan resit itu padanya.

“Safiah Aisyah?” lelaki itu membaca nama yang aku catitkan.

“Panggil saya Safi je.”

“Saya Faiz Hafizi. Tak payah berencik-encik, panggil saya Hafiz je.” Buat pertama

kalinya lelaki itu mengukirkan senyuman buatku.

Aku turut tersenyum melihat senyuman manisnya. “Baik en…”

“Hafiz!” lelaki itu lekas membetulkan panggilanku. Nampaknya bersungguh-sungguh

dia tidak mahu aku memanggilnya dengan panggilan encik.

Aku tertawa kecil melihat matanya yang galak memandangku, kononnya tidak puas

hati dengan panggilan yang aku gunakan. “Okaylah, Hafiz saya minta diri dulu.”

Page 198: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

197

“Okay, and make sure jangan terlanggar kereta orang lain pula. Nanti habis duit awak

nak bayar semua kerosakan tu.” Guraunya dan aku ketawa besar mendengarkan sendanya itu.

“Okay.” Balasku ringkas apabila tawaku mula reda.

“Take care. Bawa kereta hati-hati.”

Aku tersenyum menerima kata nasihat darinya. Boleh tahan prihatin juga lelaki ini.

Setelah menjawab salam yang dihulurkan padaku, aku terus memasuki kereta dan

sewaktu keretaku mula bergerak Hafiz melambaikan tangan buatku dan aku turut membalas

lambaiannya. Satu masalah hampir selesa, kini aku perlu berhadapan dengan Fitri pula. Aku

benar-benar berharap Fitri dapat memaafkan kecuaianku, seperti mana Hafiz yang kulihat

tidak langsung menunjukkan tanda dia memarahiku. Sungguh baik lelaki itu. Wajah tenang

lelaki itu terbayang semula di mataku sekaligus mengundang senyuman di bibirku.

BERDENTUM kuat pintu rumah apabila aku menutupnya dengan kuat. Aku meneruskan

langkah ke bilik, teguran Fitri yang berada di ruang tamu tidak aku hiraukan. Sudah lama aku

tidak menaruh perasaan marah sebegini pada Zafril, namun malam ini lelaki itu berjaya

mengundang amarahku semula.

Aku mula membelek diriku di hadapan cermin. Mencari apa yang tidak kena dengan

baju kebaya yang tersarung di badanku tika ini.

“Baju yang simple sikit tak ada ke? Yang nak vogue sangat malam ni kenapa?”

Kata-kata Zafril itu bermain lagi di benakku. Aku meneliti baju itu sekali lagi.

Overdresskah aku malam ini? Rasanya baju kebaya ini tidaklah terlalu ketat untukku,

kerawang dan manik yang berada pada baju ini pun tidaklah terlalu sarat sehingga boleh

dilabelkan sebagai terlalu menyerlah. Tetapi mengapa kata-katanya seolah-olah aku overdress

malam ini sehingga dia mengarahkanku menukar baju lain sebelum bertolak ke majlis makan

malam Tanjak Holding.

Page 199: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

198

“Kau ni kenapa?” Soal Fitri yang telah berada di hadapan pintu bilikku.

“Eh, overdress ke aku malam ni?” aku mendepakan tangan dan mengadap Fitri. Aku

ingin mendapatkan jawapan darinya pula.

“Overdress? Taklah.” Jawab Fitri sambil berjalan dan terus duduk bersila di atas

katilku. “Kenapa tak bertolak lagi ni?”

“Si Zafril tu ada ke patut dia suruh aku tukar baju yang simple sikit. Ish, menyakitkan

hati betullah.” Bebelku sambil menanggalkan satu persatu keronsang yang tersemat elok di

tudungku.

“Tak adalah overdress sangat kau malam ni. Tapi kau nampak cantik bila pakai baju

tu. Mungkin dia tak nak orang lain pikat kau masa kat hotel tu kut. Nanti dia juga yang makan

hati menahan cemburu, bila banyak mata pandang kau. Tu yang dia suruh kau tukar baju tu.”

Ulas Fitri panjang lebar tanpaku pinta.

“Tak logik langsung.” Aku segera menyangkal andaian karut Fitri itu. “Alah, dia tu

memang suka sakitkan hati aku.” Aku mula membuka almari pakaian dan mencari baju yang

kurasakan sesuai untuk ke majlis makan malam begini.

“Habis tu kau nak tukar bajulah ni?”

“Yelah.” Jawabku sepatah dan tanganku masih lagi lincah menyelak setiap baju yang

tergantung kemas di dalam almari itu.

“Lah tadi kata sakit hati, yang kau nak ikut juga cakap dia tu kenapa?” protes Fitri.

Tanganku mula menghentikan pencarian. Betul kata Fitri itu mengapa aku harus

menurut segala katanya? “Entahlah aku pun tak tahu kenapa aku nak ikut cakap dia.” Aku

mula keliru dengan diriku. Selalunya aku tidak begini, aku bukanlah jenis orang yang mudah

menurut kemahuan apatah lagi arahan orang lain. Jika aku merasakan apa yang aku lakukan

itu betul aku akan terus melakukannya tanpa mengambil peduli pandangan orang lain.

“Ke kau dah jatuh hati kat dia?”

Page 200: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

199

Pantas aku memandang Fitri yang sedang tersenyum nakal padaku. Jatuh hati? Kat

Zafril? Aku mengeleng kepala, tidak mungkin aku sudah jatuh hati pada lelaki yang aku

gelarkan buaya tembaga suatu masa dahulu. Tidak mungkin aku akan jatuh hati pada teman

lelaki kawan baikku sendiri. Aku mengelengkan kepalaku sekali lagi. Tidak! Aku yakin aku

hanya menyenanginya kerana dia bosku, majikanku tidak lebih daripada itu. Aku benar-benar

yakin. Tidak mungkin aku telah jatuh hati padanya!

“Eh, yang kau tergeleng-geleng kepala ni kenapa?” Fitri mencuit bahuku membuatkan

aku tersedar dari lamunan.

Aku pula tergagap-gagap mencari kata. “Tak… apa ni… hah, ni aku tengah fikir nak

pakai baju apa?” dalihku, aku tidak mahu Fitri mengetahui apa yang bersarang di benakku

sebentar tadi.

“Alah, susah-susah sangat kau pakai je baju kurung, habis cerita.” Fitri cuba

memberikan buah fikiran.

Aku mula menimbangkan cadangan Fitri itu. Aku yakin jika aku memakai baju kurung

pasti hanya aku satu-satunya manusia yang memakai pakaian itu malam ini. Kerana selalunya

pada majlis makan malam begini gaun yang selalu menjadi pilihan.

Gaun? Aku mula terfikir sesuatu, bibirku mula mengukir senyuman nakal. Lantas aku

menuju semula ke almari pakaianku dan mengeluarkan sehelai gaun berwarna biru yang

kupakai sewaktu prom night di universiti dahulu. Aku pasti gaun itu masih lagi muat

tersarung di badanku.

“Macam ni barulah overdresskan?” aku mengayakan gaun yang masih lagi tersangkut

pada penyakut itu di hadapan fitri.

Fitri yang memandang gaun itu terlopong seketika. “Kau nak pakai baju ni? Biar

betul?”

Page 201: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

200

Aku mengangkat-angkatkan kening sambil tersenyum. Aku terus menuju ke bilik air

dan menukar pakain. Seperti yang aku jangkakan gaun ini masih lagi muat di badanku, malah

agak longgar sedikit berbanding 3 tahun lalu. Keluar sahaja dari bilik air aku mengosok pula

tudung yang senada warnanya dengan gaun ini. Apa yang aku sukakan dengan gaun ini ialah

gaun ini agak polos cuma terdapat manik yang membentuk bunga dari paras pinggang hingga

ke kaki, itu pun tidaklah terlalu sarat.

“Hai, makin makan hatilah si Zafril tu malam ni menahan cemburu. Mesti dia

menyesal suruh kau tukar baju. Silap-silap hari bulan dengan dia sekali tak lena tidur malam

asyik teringat kat kau.”

Aku tidak mempedulikan kata-kata Fitri itu, aku lantas memakai tudung yang baru

kugosok tadi. Bukan itu niatku memakai gaun biru ini.

“Nak sangat aku overdresskan. Nah, ambik!” bicaraku perlahan sambil terus

mengayakan tudung bermanik putih itu.

“Ish, kau ni suka sangat buat perangai.”

“Okaylah, aku pergi dulu. Assalamualaikum.” Aku mengapai beg tangan yang

kuhumbankan ke atas katil sebentar tadi. Setelah itu aku segera turun mendapatkan Zafril

yang pasti setia menantiku di bawah.

Aku berjalan menghampiri Zafril dan melemparkan senyuman manis yang sengaja

kuukirkan untuk menyakitkan hatinya yang sedang memandangku tanpa berkelip sedari tadi.

“Dah siap, jom.” Ujarku apabila berada di hadapannya. Aku segera masuk ke dalam

keretanya sebelum sempat Zafril membuka kata, aku tidak mahu dia menyuruhku menukar

pakaian sekali lagi.

Aku mengerling ke arah Zafril yang masih lagi berada di luar kereta. Dia mengaru

kening kanannya, seolah-olah memikirkan sesuatu, kemudian barulah dia bergerak perlahan

memasuki keretanya.

Page 202: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

201

“Kenapa pakai baju ni?” Soal Zafril apabila sudah memasuki kereta. Enjin keretanya

masih dibiarkan mati dan matanya terus melekat padaku.

“Ni aje baju simple yang saya ada.” Selamba aku menjawab.

“Simple?” membulat matanya mendengar jawapan dariku tadi.

Aku mengangguk dan membalas renungan matanya yang membulat itu. Aku tahu dia

terkejut dengan jawapanku. Dan memang aku mahu itu yang terjadi. Sengaja aku mahu

melawan arahannya tadi. Bagiku tiada apa yang salah dengan baju kebaya tadi, baju itu

tidaklah terlalu menonjol berbanding baju ini. Baju yang aku fikirkan tidak akan tersarung

lagi di badanku selepas prom night di universiti dahulu. Puas hatiku kerana dapat

mengenakannya semula. Aku yang memakai pakaian itu tetapi mengapa dia pula yang terlalu

cerewet?

“Cepatlah, nak pergi tak ni? Dah lambat kita ni.” Arahku apabila melihat Zafril masih

lagi tidak menghidupkan enjin keretanya.

Zafril kelihatan berbelah bagi sama ada mahu meneruskan perjalanan atau tidak.

“Nak pergi tak ni? Kalau tak saya nak turun, saya boleh pergi sendiri, naik teksi.”

Desakku.

Mendengar desakanku yang berbaur ugutan, Zafril segera menghidupakan enjin

keretanya. Dia merenungku sekilas sebelum memulakan pemanduan. Sepanjang perjalanan

aku dan dia mendiamkan diri. Sekali pun dia tidak menoleh padaku lagi. Hatiku tersenyum

senang, pasti dia sedang sakit hati kerana aku melawan katanya. Gembira rasanya dapat

mengenakan dirinya.

“ENCIK Zafril, tak nak turun ke?” tanyaku yang sudah berada di luar pintu lif.

Zafril yang masih berada di dalam lif tersentak mendengar suaraku, pantas dia

menahan pintu lif yang hampir tertutup, lalu dia melangkah keluar berjalan beriringan

Page 203: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

202

bersamaku menuju ke ballroom hotel itu. Sejak dari dalam kereta tadi aku lihat dia lebih

banyak mengelamun entah ke mana.

“Hai, Safi.”

Terhenti langkahku dan Zafril dengan kehadiran Datuk Razali yang tiba-tiba muncul

di hadapanku sedangkan aku baru sahaja melepasi pintu masuk ballroom ini. Datuk Razali

terus merenungku tanpa kelip. Aku yang semakin tidak selesa dengan renungan Datuk itu

terus merapatkan diriku pada Zafril yang setia berada di sebelahku.

“Tulah, siapa suruh overdress malam ni?” bisik Zafril padaku.

Membulat mataku mendengar bisikan Zafril itu, diluar kawalanku, tiba-tiba tanganku

mencubit lengannya. Zafril tertawa besar seketika.

Datuk Razali pula seperti biasa menghulurkan tangan untuk berjabat denganku dan

seperti biasa juga tangan Zafril yang akan menjadi penganti tanganku. Terus mati tawa Zafril

sewaktu membalas jabatan tangan Datuk Razali.

“Nice party.” Sempat Zafril memaniskan semula roma muka yang kelat sewaktu

melihat Datuk Razali menghulurkan tangan padaku.

Datuk Razali tersenyum hambar. “Safi…”

“Datuk!” sapa seorang wanita sebelum sempat Datuk Razali berbicara denganku.

Datuk Razali merengus kasar. “Excuse me. Safi, I’ll see you later.” Kata Datuk Razali

sebelum berlalu tergesa-gesa bersama wanita muda itu.

Aku memandang Zafril bertanya tanpa bersuara mengapa Datuk Razali berlalu

tergesa-gesa dan Zafril yang memahami pandanganku itu, menjungkitkan bahu tanda dia pun

tidak mengetahui puncanya.

Zafril mengajakku duduk di meja yang masih lagi kosong di sudut dewan. Baru

beberapa langkah ku buka, aku terlanggar seorang wanita yang berada di sebelahku. Wanita

Page 204: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

203

mengandung itu hampir terjatuh, aku segera menyambar lengan wanita itu. Berkali-kali aku

memohon maaf. Aku tahu aku bersalah kerana melanggarnya.

“Eh, Safikan?”

Segera aku mengangkat wajah apabila wanita itu memanggil namaku. “Mona!” aku

terjerit kecil dengan pantas aku merangkul Mona ke dalam pelukanku namun tidak sampai.

Aku memandang perut Mona yang mula membesar dan kemudian aku dan dia sama-sama

ketawa.

“Berapa bulan ni?” aku mengusik perut Mona.

“Tujuh.” Mona turut mengusap perutnya. Dia mengerling kea rah Zafril yang masih

berada di sisiku.

“Eh, Zafril! You pun ada sekali?” Mona berhenti bersuara seketika, dia memandang

aku dan Zafril satu persatu dan silih berganti. “You datang dengan Safi ke?”

Mendengar Mona menyebut nama Zafril, baru aku teringat sesuatu. Bukankah Mona

berpacaran dengan Zafril? Tapi mengapa Mona kelihatan terkejut apabila berjumpa dengan

Zafril, sepertinya mereka telah lama tidak bersua. Adakah benar mereka telah lama tidak

berjumpa seperti kata Zafril dahulu. Atau mungkinkag benar tanggapan Fitri yang mereka

telah lama putus hubungan? Dan, Mona yang sedang mengandung kini… aduh, pening

kepalaku memikirkannya.

“Ha’ah, apa khabar? Lama tak jumpa.” Jawab Zafril.

“Sihat. Berjaya juga you jumpa Safi ye.”

“Macam yang I kata kat you dulu. Kalau dah jodoh tak ke manakan.”

Mona menganggukkan kepalanya. “Jadi, bila hari langsungnya?” Mona tersenyum

nakal padaku dan Zafril pula sudah ketawa senang hati.

“Langsung apa pulak ni?” aku tidak mengerti. Berkerut dahiku mendengar soalan

mona dan ketawa Zafril.

Page 205: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

204

“Maksud aku bila korang berdua nak bersanding?”

Aku merasakan kesemua darahku naik ke muka. Rasa malu mula mengcengkam diri.

Nampaknya Mona telah salah faham. Aku menarik lengan Mona agar mendekatiku.

“Ish, kau ni memandai je. Aku kerja kat syarikat dialah. Aku SU dia. Kau jangan nak

fikir bukan-bukan pula.” Bisikku di telinga Mona. Sengaja aku berbuat begitu tidak mahu

Zafril mendengar butir bicaraku.

“Ye ke? Tapi aku tengok macam sepadan. Baju bukan main sedondon lagi. Betul ke

pekerja dengan majikan je? Macam ada apa-apa je ni.” Usik Mona.

Aku terus memandang Zafril. Terbeliak mataku memandang Zafril yang sedang

memakai kemeja polos biru. Warna dressku memang sama dengan warna baju yan dikenakan

Zafril, warna biru laut. Aku benar-benar tidak perasan akan hal itu. Jika difikirkan secara

logic memang seolah-olah kami telah merancang memakai baju yang sama warna tapi

hakikatnya itu hanyalah kebetulan. Menyesal pula aku mengambil keputusan menyarungkan

dress biru ini.

“Dah sehati sejiwa nak buat macam mana.”

Kata-kata Zafril itu seolah-olah mengiakan andaian Mona tadi. Aku jadi kalut dan

ingin membetulkan keadaan. Namun belum sempat aku meluahkan kata seorang lelaki datang

menyapa Mona.

“Tadi kata nak ambil plum?”

Aku melirik memandang lelaki yang memeluk bahu Mona.

“Memang nak pergi ambil tapi terjumpa pula dengan member lama.” Moan melirikan

senyuman pada lelaki disebelahnya. “Safi, Zaf kenalkan ni husband I.”

Suami Mona melepaskan pelukan pada bahu Mona dan berjabat tangan dengan Zafril

dan menundukkan kepalanya padaku.

Page 206: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

205

“Bila kau kawin Mona?” aku terus menyoal. Tidakku sangka yang Mona telah

berumah tangga.

“Masa aku belajar kat Australia dulu. Masa tu husband aku ni buat master kat sana.”

Aku lihat Mona memandang tepat ke mata suamiku apabila menceritakan kisah cinta

mereka. Suami moan juga turut membalas pandangan Mona dengan senyuman manis. Aku

dapat merasakan kedua-dua mereka amat mencintai satu sama lain. Aku tumpang gembira

melihat kebahagian Mona itu.

Setelah aku dan Mona bertukar-tukar nombor telefon, suami Mona meminta diri untuk

pulang. Pasti dia risaukan keadaan Mona yang sarat mengandung yang berembun malam-

malam begini.

Sepanjang berada di majlis itu Zafril tidak pernah lekang dari sisiku, sesaat pun dia

tidak mahu aku berjauhan darinya. Apabila dia mahu berbual dengan sesiapa pun di dalam

majlis ini pasti aku akan diseret bersama. Aku mula tidak selesa, ballroom yang dingin

dirasakan hangat semacam. Aku mahu pulang, aku sudah tidak betah berada dalam majlis ini

lagi.

“Kenapa?”

Aku mengelingkan kepala tidak mahu Zafril mengetahui apa yang aku rasakan saat

ini.

“Jom balik.”

Aku segera bangun selepas mendengar ajakan Zafril itu. Aku betul-betul tidak mahu

berada lagi dalam majlis ini. Aku terasa seperti tidak dapat bernafas apabila berada dalam

dewan ini, Dengan orang yang memenuhi setiap ruang dewan, lampu yang agak malap dan

bunyi lagu yang binggit merimaskan diriku. Aku berjalan laju dan segera keluar dari ballroom

sekaligus hotel itu.

Page 207: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

206

Aku mula berasa lega apabila berada di dalam kereta Zafril. Nafas kutarik dan

kuhembus perlahan-lahan.

“Kenapa?” Zafril yang sedang memandu memandang sekilas padaku yang berada di

sebelahnya.

Soalan yang sama dari Zafril namun aku masih mengelengkan kepala.

“Seronok majlis tu?”

Aku mencebikkan bibir. “Rimas.”

“Rimas?” berkerut dahi Zafril mendengar jawapan dariku. Dia memandangku sekali

lagi. “Em… sebab ramai sangat yang merenung awak malam ni terutamanya Datuk Razali. Itu

yang awak rimaskan.”

Aku mengeluh berat. Aku tidak faham apa yang sedang Zafril cuba sampaikan. Aku

bukannya artis terkenal sehinggakan ramai yang merenungku malam ni. Tak masuk akal

langsung. Malas aku mahu melayan andaian karut lelaki ini.

“Tulah, siapa suruh awak cantik sangat malam ni.” Zafril tersenyum panjang.

Aku pantas memandang tepat padanya. Makin dibiarkan makin merapu-rapu pula

bosku ini malam ini. Tak boleh dibiarkan, nanti makin panjang jadinya.

“Alah, Encik Zafril tu pun apa kurangnya. Ramai juga perempuan dalam dewan tu

yang curi pandang kat encik. Lepas tu kalau berbual asyik berbual dengan perempuan aje

yang lebih, sampai saya yang tak ada kene-mengena ni pun diheret sekali. Encik ni memang

ramai kawan perempuan je ke? Sampai dah ketandusan kawan lelaki.” Luahku dengan rasa

geram yang teramat sangat.

Zafril ketawa. “Seingat saya, saya berbual dengan dua kawan perempuan je tadi. Tu

pun yang dah kahwin. Kenapa, cemburu ke?”

“Tak ada maknanya.” Pantas aku menjawab dan disambut oleh ketawanya.

“Teman saya pergi makan.” Aju Zafril setelah ketawanya reda.

Page 208: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

207

“Aik, tadi tak makan ke?” sengaja aku bertanya begitu, sedangkan aku tahu dia sedikit

pun tidak menjamah apa-apa makanan di sana. Air pun hanya diambil segelas itu pun hanya

diteguk sekali dua.

“Tak ada seleralah nak makan kat sana.” Kata Zafril yang sudah pun membelok

keretanya memasuki sebuah restoran yang beroperasi 24 jam.

“Tak selera atau makan hati sebab tahu Mona dah kahwin?” aku sengaja mahu

mengusik Zafril. Aku tahu sebagai sseorang yang pernah menjadi teman lelaki Mona pasti

berita perkahwinan Mona itu sedikit sebanyak menyentuh hati lelakinya. Aku tidak pernah

menyangka Mona dan Zafril telah terputus hubungan, Aku fikirkan mereka masih bersama

selama ini.

“Memang saya makan hati.” Zafril memandangku, kereta Nissan sylphynya telah elok

terparkir di tempat letak kereta berhadapan restoran mewah itu. “Tapi bukan sebab Mona.

Saya makan hati sebab Datuk Razali tu dari mula kita datang sampai kita balik mata tu tak

habis-habis merenung awak. Bini ada dalam majlis yang sama pun ada hati lagi nak try awak.

Miang betul orang tua tu.” Bebel Zafril sambil mematikan enjin keretanya.

“Satu spesis dengan Encik Zafrillah tu. Buaya tembaga.” Laju sahaja ayat itu meniti di

bibirku.

“Apa awak cakap?” Zafril merenungku tajam.

Aku mula kaget. “Er… cepatlah encik saya dah lapar ni.” Aku terus turun dari kereta

sebelum Zafril menghamburkan kemarahan padaku akibat kata-kataku tadi. Aku pun tidak

tahu bagaimana begitu ringan mulutku meluahkan ayat itu. Sudah lama aku tidak

memanggilnya sebegitu dan aku berharap dia tidak mendengar dengan jelas kata-kataku tadi.

Aduh, cari nahas betullah.

Page 209: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

208

DUA PULUH

TERKEJUT aku mendengar pekikan dari bilik Zafril yang pintunya tertutup rapat. Dengan

pantas aku bergegas menuju ke biliknya dan mengetuk pintu biliknya bertalu-talu. Setelah

mendapat kebenaran masuk daripadanya, barulah aku dengan pantas menolak pintu itu. Zafril

sedang berbual di talian dengan wajah yang cukup gembira.

“Yup.” Soal Zafril dengan senyuman melebar. Tangan kanannya menutup corong

suara telefon yang masih lagi melekat di telinganya.

“Encik tak apa-apa ke?” aku agak cemas ketika ini.

Berkerut dahi Zafril mendengar soalanku. Seketika kemudian barulah wajahnya

berubah ceria semula. “Ya, saya okay. Awak boleh keluar sekarang!” Kemudian Zafril

menyambung perbualan di talian.

Aku menarik nafas lega dan menutup pintu itu semula. Apalah agaknya yang

mengembirakan Zafril sehingga menunjukkan reaksi sebegitu sekali. Beberapa rakan

pejabatku yang duduk berdekatan dengan ruang kerjaku turut bertanya tentang jeritan Zafril

sebentar tadi. Aku hanya mampu mengangkat bahu, tidak tahu jawapan apa yang harus

diberikan.

Telefon bimbitku yang menjerit nyaring minta diangkat terus aku keluarkan dari tas

tanganku. Aku melihat pada skrin telefon bimbitku itu. Hanya ada nombor yang tertera di

situ, tiada nama pemanggil. Jadi aku pasti orang yang tidak aku kenali yang menghubungiku.

“Assalamualaikum.” Aku memulakan bicara.

“Waalaikumusalam. Er, ni Cik Safiah Aisyah ke?” soal suara seorang lelaki di hujung

talian bergema di telingaku.

“Ye saya. Kenapa? Encik ni siapa?” soalku .

“Saya Hafiz. Ingat lagi?” soal suara yang berubah ceria tiba-tiba.

Page 210: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

209

“Hafiz?” Soalku semula. Kotak memoriku cuba mengimbas, adakah aku pernah

mengenali mana-mana lelaki yang bernama Hafiz sebelum ini? Aku masih terus berfikir dan

suasana di talian sepi beberapa ketika.

“Faiz Hafizi. Safi ada langgar kereta saya minggu lepas. Ingat tak?.”

Aku mengetuk kepalaku sendiri. Bagaimana aku boleh terlupa tentang Hafiz? Lelaki

yang aku langgar keretanya minggu lalu di basement shopping mall. Seorang lelaki yang baik

hati. “Ye, Hafiz. Maaf saya tak perasan tadi. Ada apa ye?”

“Er… tak… em… pasal…” Hafiz kedengaran tergagap-gagap di hujung talian.

“Kenapa ye?” sengaja aku menyoal sekali lagi apabila kedengaran dia begitu berat

ingin meluahkan kata.

“Er… tak macam ni. Er… pasal kereta saya yang Safi langgar hari tu…”

“Oh ya, Hafiz dah hantar ke bengkel ke kereta tu?”

“Sudah, dah siap pun. Lagipun taklah teruk sangat rosaknya.” Kali ini bicaranya lebih

lancar dari tadi.

“Berapa ya saya kena bayar pada Hafiz?” Dalam hati aku mula mencongak-congak,

moga-moga tidaklah terlalu mahal bayarannya.

“Boleh kita jumpa?” laju Hafiz mengajukan soalan.

Teruk sangatkah kerosakkannya sehingga perlu berjumpa dan berbincang secara

bersemuka tentang soal bayarannya. Tapi tadi katanya kerosakan kereta itu tidaklah seteruk

mana.

“Saya…”

“Safi!”

Aku yang baru sahaja ingin menerima pelawaan Hafiz terus mematikan kata apabila

Zafril yang sudah berdiri di depan pintu biliknya memanggilku.

Page 211: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

210

“Sekejap ye, Hafiz.” Aku berbisik pada Hafiz seketika sebelum memandang semula

Zafril. “Ada apa Encik Zafril?”

“Setkan meeting antara saya dengan marketing and operating department pukul 3

petang ni. Saya nak semua ada dalam meeting tu nanti, tak ada pengecualian terutamanya

Fazura.” Laju Zafril mengeluarkan arahan padaku.

“Tapi encik, Fazura tak masuk pejabat hari ini.” Aku pantas memberitahunya. Aku

tahu agak sukar untuk mencari Fazura yang langsung tidak kelihatan di pejabat sejak pagi

tadi.

“Itu saya tahu. Tapi saya nak awak pastikan Fazura ada dalam meeting petang ni.

Make sure she come.”

Aku mengeluh kecil apabila zafril terus masuk ke dalam biliknya. Baru sahaja aku

mahu duduk dan menyambung perbualan dengan Hafiz, Zafril muncul semula di muka pintu

biliknya. Segera aku membatalkan niatku untuk menyambung perbualan dengan Hafiz.

“Masuk bilik saya sekarang!” arahnya dan kemudian barulah dia masuk ke biliknya.

Aku mengeluh sendirian. Setelah Zafril masuk ke dalam biliknya, barulah aku

meneruskan bicara dengan Hafiz. Aku tidak mahu dia menunggu terlalu lama.

“Hafiz, saya ada kerja sikit. Nanti saya telefon awak balik.” Kataku padanya dan

tanganku pantas mengapai pen dan buku di atas meja.

“Okay, make sure you call me back!”

“Yes, I will. Assalamualaikum.”

Setelah mendengar balasan salam daripada Hafiz, aku pantas meletakkan semula

telefon bimbitku di atas meja dan aku terus bergerak memasuki ruang bilik Zafril.

“Ye, encik.” Ajuku apabila sudah berada di hadapank Zafril yang duduknya di set sofa

yang terdapat di dalam biliknya itu.

Page 212: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

211

“Duduk. Saya ada berita baik nak kongsi dengan awak. Dan saya nak awak jadi orang

pertama yang dengar berita ni” Zafril tersenyum memandangku yang telahpun mula duduk,

mengambil tempt di hadapannya.

“Berita apa encik?”

“We got the contract.” Ujar Zafril penuh teruja. Senyuman masih mekar di bibirnya.

“Which contract?”

“Kontrak Star Tv dengan Olimpia Holding.”

“Kontrak tiga tahun tu ke?” aku tidak percaya dengan apa yang aku dengari tadi.

“Yup.”

“Dua-dua sekali kita dapat?”

Zafril menganggukkan kepala.

Aku tersenyum mendengar berita itu. Tidak disangka kedua-duak kontrak besar yang

menjadi rebutan kebanyakkan syarikat ICT consultant akhirnya menjadi milik Adni Maju

counsulting. Pasti selepas ini Zafril tidak perlu lagi memeningkan kepala memikirkan masalah

kewangan syarikat.

“Tahniah encik. Encik memang dah bekerja keras untuk dapatkan kontrak ni.” Sengaja

aku memberikan pujian atas usaha kerasnya untuk mendapatkan kontrak itu.

“Bukan. Bukan kerja keras saya seorang tapi kerja keras semua pekerja Adni Maju

Consulting terutamanya Fazura. Dia yang berusaha lebih keras daripada saya. For me, she like

an angel.”

Mendengar kata-kata Zafril itu entah mengapa hatiku dipaut satu rasa yang aku sendiri

tidak dapat mentafsirkannya. Bilik berhawa dingin itu mula rasa berbahang dengan tiba-tiba.

Nafasku turun naik menahan rasa yang aku sendiri tidak pasti apa maknyanya. Pujian Zafril

pada Fazura itu betul-betul menyentuh hati kecilku.

“Awak okay ke?”

Page 213: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

212

Aku terkejut mendengar soalan dari Zafril. Adakah apa yang hatiku rasakan saat ini

kini terbias pada riak wajahku? Jika tidak, masakan dengan mudahnya dia dapat menangkap

perubahanku itu.

“Saya… saya okay. Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu.” Tanpa

menunggu jawapan daripada Zafril, aku terus keluar dari biliknya. Aku tidak mahu dia

meneka apa-apa lagi di sebalik riak wajahku lagi. Aku menyentuh dadaku dengan tangan

kananku. Ada sesuatu yang mengalir dalam hatiku pada saat ini. Aku sendiri keliru dengan

irama denyutan hatiku saat ini.

DARI jauh aku sudah dapat melihat renungan Datuk Razali yang tidak putus-putus merenung

padaku yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Pemandu Datuk Razali yang menjemputku

sebentar tadi telah hilang entah ke mana. Sebaik sahaja menunjukkan arah meja Datuk Razali

di restoran hotel bertaraf lima bintang itu, bayangan pemandu muda itu hilang entah ke mana.

Mataku melilau mencari Zafril di sekeliling restoran yang tidak ramai pengunjungnya.

Hatiku makin berdebar apabila kelibat Zafril langsung tidak kelihatan dalam restoran itu.

Langkahku makin perlahan menghampiri meja yang dihuni Datuk Razali. Hatiku pula

menjadi makin berbelah bahagi untuk menghampiri Datuk yang seorang itu. Aku tidak betah

langsung untuk berhadapan dengannya. Matanya yang sentiasa tajam merenungku

membuatkan aku tidak selesa.

“Hai, dear…”

Hampir pitam aku mendengar perkataan yang keluar dari bibir lelaki tu sebaik sahaja

aku mendekatinya. Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya itu, membuatkan aku

makin seram sejuk berhadapan dengannya.

“Assalamualaikum.” Terus aku lafazkan kalimah suci itu padanya. Dan Datuk

tersenyum sumbing menjawab salam yang aku berikan. Aku pula yang tidak mahu menunggu

Page 214: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

213

lama, terus duduk berhadapan dengannya. Takut pula kalau dia meminta aku duduk

bersebelahan dengannya. Niat itu dapat aku lihat jelas dari renungan matanya biarpun tidak

dizahirkannya.

“Untuk awak.”

Sejambak mawar merah terpampang di ruangan mataku. Aku terkedu seketika. Mawar

merah dan wajah Datuk Razali aku pandang silih berganti. Hati sudah membentak-bentak

untuk menolak jambangan bunga itu, akal juga menyatakan hal yang sama. Namun apabila

jambangan bunga itu masih tetap dihulurkan padaku, ditambah pula dengan mata-mata yang

ada di sekeliling, yang tidak putus-putus memandangku seolah-olah mengharapkan aku

menerima jambangan itu membuatkan aku lemas. Akhirnya jambangan itu bertukar tangan.

Aku menarik nafas seketika. Sesungguhnya aku tidak mahu akan jambangan ini!

“Tak nak cakap apa-apa pada saya ke?” Datuk Razali mula melirikkan matanya

padaku.

Ketika ini suaraku rasa tersekat untuk mengeluarkan kata. Aku sudah tidak mahu

melakukan atau menyatakan apa-apa. Otak seolah-olah enggan berfungsi dengan baik. Buat

pertama kalinya aku menerima sejambak bunga daripada seorang lelaki, tetapi mengapa ianya

daripada datuk yang aku benar-benar tidak berkenan ini pula. Ini akan menjadi satu-satunya

sejarah hidupku yang aku tidak mahu kenang sampai bila-bila. Mataku masih melekat pada

jambangan bunga itu, bukan kerana aku tertarik dengan jambangan yang cantik itu. Tetapi aku

tidak tahu apa yang perlu aku katakan pada Datuk pada ketika ini. Entah mengapa berat benar

mulut menuturkan ucapan terima kasih atas pemberian itu!

“Safiah Aisyah!”

Aku segera menoleh apabila namaku diseru dengan begitu kuat. Hatiku melonjak

riang apabila melihat Zafril sudah pun tiba di situ. Kian berada hampir di sebelahku. Ingin

sahaja aku menjerit kegembiraan. Terasa seakan-akan aku telah diselamatkan daripada

Page 215: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

214

keadaan yang menyesakkan. Tidak perlulah lagi aku berhadapan dengan Datuk Razali

seorang diri seperti tadi.

“Zafril…”

Panggilan Datuk Razali itu tidak Zafril endahkan. Matanya masih tertumpu padaku.

“Buat apa kat sini? Sekarang masih lagi waktu pejabatkan? Bukan ke sepatutnya awak

ada di pejabat sekarang ni?” marah Zafril padaku. Muka dan matanya sudah merah padam

merenungku. Aku masih lagi mendongak memandangnya yang tegak berdiri di sebelahku.

Aku benar-benar tidak faham dengannya. Bukankah dia yang memanggil aku ke sini

atas bantuan pemandu Datuk Razali kerana dia mahu aku ada sekali dalam perbincangannya

dengan Datuk Razali hari ini? Tapi kenapa dia marah-marah pula?

“Tapi Encik Zafril…”

“Oh, dah pandai curi tulang. Bila saya tak ada di pejabat, mengular aje kerja awak ye.”

Bentak Zafril lagi.

Terus mati senyuman yang aku ukirkan sewaktu melihat kehadirannya tadi. Baru

sahaja aku ingin membuka kata menjelaskan mengapa aku berada di sini, terus sahaja dia

merentap kasar pergelangan tanganku membawaku bangun dari duduk. Sebaik sahaja aku

berdiri jambangan bunga yang berada di tanganku dirampasnya dan kemudian dia

memandang Datuk Razali yang hanya mampu mendiamkan diri dari tadi, mungkin dia sendiri

tidak menyangka Zafril akan menyinga sebegini di tempat ini.

“I don’t think she want this flower, Datuk!” Bunga itu Zafril campakkan ke atas meja.

Aku menanggung kesakitan atas cengkaman tangannya yang begitu kuat pada

pergelangan tanganku. Namun tanpa menghiraukan kata-kataku yang minta untuk dilepaskan,

Zafril terus membawaku menuju ke tempat letak kereta.

“Masuk!” Arah Zafril sambil membukakan pintu kereta dan melepaskan genggaman

tangannya padaku.

Page 216: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

215

Aku mengurut-ngurut tangan yang sakit dan kelihatan berbekas merah. Walaupun aku

masih tidak faham dengan tindakannya yang mengheretku hingga ke sini, aku masih lagi

menurut arahannya supaya memasuki perut kereta itu. Itu pastinya lebih selamat daripada

duduk dengan Datuk Razali.

Lima minit berada di dalam kereta itu cukup membuatkan aku takut. Bukan hanya

kerana wajah Zafril yang umpama singa lapar, malah kereta yang dipandu laju olehnya pada

tika ini membuatkan aku terhuyung hayang di dalam kereta walaupun aku sudah mengenakan

tali pinggag keledar. Untuk menegur cara pemanduan Zafril yang mengalahkan pemandu

kereta lumba itu, sungguh aku tiada keberanian itu pada saat ini.

Telefon bimbit Zafril bernyanyi lantang, dia terus sahaja menjawab panggilan itu

tanpa menggenakan earphone seperti selalu. Aku yang melihatnya sudah tidak senang duduk

apabila Zafril mengawal kereta yang laju dengan hanya sebelah tangan.

“Hah, Ahmad apa dia?”

Aku terkedu dengan gaya bahasa yang Zafril gunakan. Belum pernah aku mendengar

dia berkata sebegitu dengan pekerjanya sebelum ini. Mengapa lain benar lelaki ini hari ini?

“Saya ada hal. Saya tak dapat jumpa sesiapapun. Awak wakilkan saya ajelah.”

Zafril ada meetingkah hari ini? Mengapa aku setiausahanya tidak tahu menahu tentang

hal itu?

“Kalau mereka tak nak berbincang dengan awak, kata pada mereka kita jumpa aje di

mahkamah. Habis cerita. Faham!” Tegas Zafril sebelum mematkan talian dan mencampakkan

telefon bimbitnya ke kerusi penumpang di belakangnya.

Kedengaran telefon bimbit Zafril berbunyi sekali lagi. Zafril merengus kasar, tidak

senang mendengar telefon bimbitnya berdering. Aku merenung Zafril di sebelahku, kemudian

aku memandang telefon bimbit Zafril yang masih berdering tanpa henti. Aku menarik nafas,

cuba memberanikan diri menegurnya. “Encik…”

Page 217: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

216

“Shut up!” tengking Zafril sebelum sempat aku menyebut namanya pun. “Damn it!”

Zafril menghentak stereng kereta, menghamburkan kemarahannya di situ.

“Yang encik nak marah-marah ni kenapa?” Aku mula tidak puas hati. Apa

kesalahanku sehingga dia menengkingku sebegitu sekali? Persoalan yang bermain di mindaku

memerlukan jawapan. Aku bukannya kanak-kanak yang akan diam apabila dimarahi sesuka

hati dan tanpa sebarang tujuan.

“Habis tu kalau awak buat salah, saya tak boleh marahlah, macam tu?”

“Apa salah saya?”

“Sekarang ni masih lagi dalam waktu pejabatkan? Apa yang awak buat dekat hotel tu?

Jadi selama ni bila saya tak ada di pejabat awak memontenglah ye. Makan gaji buta?” marah

Zafril kian beruap-ruap padaku.

“Tapi encik, saya pergi hotel tu pun sebab…”

“Sebab? Sebab apa? Sebab orang tua tu ajak? Sebab orang tua tu nak bagi bunga?

Atau sebab awak memang saja nak rapat dengan orang tua tu?”

Tersentak aku mendengar kata-kata Zafril itu. Sampai hati dia menuduhku sebegitu.

Kini hatiku pula yang membara. Aku menjelingnya dan terus memandang ke laur tingkap.

Satu perkataan pun tidak keluar dari mulutku. Aku pendamkan rasa marahku jauh ke dalam

hati. Pada saat ini ada rasa seperti air mataku seakan ingin mengalir keluar, tapi segera

kuseka. Aku tidak menyangka yang dia akan menuduhku sebegitu.

“Kenapa diam? Jadi betullah tu kan?”

Aku masih lagi mendiamkan diri dan aku juga tidak mahu membela diri. Aku tahu apa

sahaja yang aku luahkan nanti tidak akan membawa apa-apa makna pada Zafril.

“Mulai hari ini, kalau awak nak ke mana-mana pada waktu pejabat inform pada saya

dulu. Dan awak tak dibenarkan pulang sebelum saya pulang walaupun waktu pejabat dah

habis. Faham?”

Page 218: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

217

Aku masih lagi membisu. Malas mahu melayan kata-katanya lagi. Bukan aku tidak

cuba menghubunginya sebelum aku mengikut pemandu Datuk Razali ke hotel itu, tapi dia

yang tidak menjawab setiap panggilan yang aku buat. Jadi masihkah aku juga yang harus

dipersalahkan dalam hal ini? Ternyata Datuk Razali telah mempermainkanku. Menyesal pula

aku termakan dengan kata-kata pemandu Datuk Razali, jika tidak pasti keadaan tidak

sebegini.

AKU mengeling jam di pergelangan tangan. Sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Aku

mengerling pula memandang Zafril melalui dinding kaca yang memisahkan aku dengan

biliknya. Zafril masih lagi sibuk menyemak fail-fail yang bersepah di atas mejanya itu.

“Ish, buat kerja tak reti nak bersusun, habis bertabur. Nanti aku juga yang kena kemas.

Menyampah betul.” Bebelku sendiri.

Aku memandang pula segenap ruang pejabat yang sudah tidak berpenghuni kecuali

aku dan Zafril. Aku mengeluh, tiada apa yang boleh aku lakukan kini, semua kerjaku telah

aku selesaikan. Sudah tiga hari aku begini, semenjak Zafril menemuiku dengan Datuk Razali

di hotel, setiap hari aku perlu pulang lewat malam menunggu Zafril menghabiskan kerjanya

dahulu sebelum aku dibenarkan pulang. Itupun aku tidak dibenarkan pulang sendiri, dia yang

akan menghantarku pulang ke rumah. Hari ini juga pastinya tidak berkecuali.

Aku sebenarnya rimas apabila setiap hari dia menghantarku pulang ke rumah. Mana

tidaknya sudahlah aku perlu mengadap muka masamnya setiap hari di pejabat, kini aku perlu

mengadap muka yang sama sewaktu perjalanan pulang ke rumah. Sudahlah sewaktu

menghantarku pulang dia tidak bersuara sepatah perkataan pun. Malah aku terpaksa pula

membahayakan diri menumpang keretannya yang dipandu laju itu. Lagi rasa sengsara!

Suara azan isyak mula berkumandang menerusi radio online yang sentiasaku pasang

menemaniku sejak petang tadi. Aku segera menutup komputerku dan bergerak menuju ke

Page 219: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

218

surau untuk mengerjakan solat isyak. Aku tahu Zafril pasti lama lagi menyiapkan kerja-

kerjanya itu. Selalunya paling awal pun dia akan pulang pada pukul 9.30 malam. Daripada

aku duduk termenung di meja itu seperti hari-hari yang lalu, lebih baik aku mengerjakan solat

pada awal waktu. Sekurang-kurangnya aku hanya perlu menguruskan beberapa urusan lain

apabila tiba di rumah nanti.

Selesai menunaikan solat dan memohon doa pada Yang Maha Esa, aku melipat semula

telekungku dan kuletakkan di dalam almari yang tersedia di dalam surau itu. Keluar sahaja

dari surau yang turut berada di dalam ruang pejabatku aku terus menuju ke mejaku. Ruang

pejabat hampir keseluruhannya gelap, dengan menggunakan cahaya dari telefon bimbitku,

akhirnya aku sampai juga ke mejaku.

Bilik Zafril telah gelap dan tidak berpenghuni. Hatiku sudah dipaut dengan rasa marah

yang teramat sangat, Pasti dia sudah pulang dan meninggalkanku sendirian di pejabat ini.

Ingin sahaja aku menjerit sekuat hati meluahkan rasa tidak puas hatiku padanya.

“Nak balik pun, bagi tahulah dulu. Geram betullah.” Bebelku sendirian sambil mendail

nombor telefon bimbit Fitri. “Fitri ambil aku kat pejabat boleh tak? Tolong!” Rayuku pada

Fitri dan setelah Fitri menyatakan persetujuannya barulah aku meletakkan telefon dan

menyambar beg tangan yang berada di atas meja dan melangkah laju keluar dari ruang pejabat

itu.

Kegelapan itu sedikit pun tidak mengerunkan hatiku ini. Rasa marahku pada Zafril

telah mengatasi segala-galanya. Keluar sahaja dari lif aku menghampiri Pak Mahmud,

pengawal keselamatan bangunan itu yang bertugas pada malam ini.

“Assalamualaikum Pak Mud.” Ujarku pada Pak Mud yang sedang menyemak buku

pelawat keluar masuk.

“Waalaikumusalam, eh Safi tak balik lagi?”

Page 220: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

219

“Baru nak balik Pak Mud. Enck Zafril dah balik ke Pak Mud?” tanyaku pada

pengawal yang terkenal dengan sikap ramahnya itu. Kerana sikapnya itulah hampir kesemua

pekerja di bangunan ini tidak kira dari syarikat mana mengenalinya.

“Baru sekejap ni Pak Mud nampak dia keluar, dalam lima minit macam tu. Pak Mud

ingat Safi dah balik. Kenapa tak balik dengan Encik Zafril?” Soal Pak Mud semula.

“Ada kerja sikit tadi, Pak Mud. Tak apalah saya balik dulu ye. Terima kasih.” Aku

meleparkan senyuman pada Pak Mud sebelum meneruskan langkah menunggu Fitri di

hadapan bangunan pejabatku. Seperti yang ku agak memang Zafril telah pulang terlebih

dahulu dan meninggalkanku.

Baru lima minit aku melabuhkan punggung di anak tangga di hadapan bangunan itu

sebuah kereta Nissan berhenti dihadapanku. Aku terus bangun dari duduk apabila Zafril mula

mendekatiku.

“Naik!” arah Zafril sebaik sahaja dia berada di hadapanku dan kemudian dia terus

berpatah semula menuju ke keretanya.

“Tak apa, saya boleh balik sendiri.”

Mendengar sahaja jawapan dariku, Zafril berpatah semula mendapatkanku yang masih

lagi tidak mahu berganjak dari tempat aku berdiri sebentar tadi.

“Kalau saya suruh naik tu, naik ajelah”

“Kan saya dah kata saya boleh balik sendiri!” aku tetap berkeras tidak mahu

mengikutnya.

“Kan saya dah janji nak hantar awak balik.” Zafril terus-terusan memaksaku.

“Tapi encikkan dah tinggalkan saya tadi. Jadi tak payahlah encik nak risau-risau, saya

boleh balik sendiri.”

Page 221: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

220

“Saya bukan sengaja nak tinggalkan awak, saya terlupa. Lagipun awak tak ada kat

tempat awak, masa saya nak balik tadi. Tu yang saya terlupa yang saya dah janji dengan

awak, faham!”

Aku mencebikan bibir, malas mahu melayannya. Setiap kata-kataku pasti ada sahaja

jawapan yang akan keluar dari mulutnya.

“Apa lagi naiklah. Awak jangan nak timbulkan masalah boleh tak? Saya dah penat ni.”

Zafril makin meninggikan suaranya. Kedua-dua belah tangannya sudah mencekak pinggang.

Membara hatiku mendengar suara Zafril yang sudah semakin meninggi. Tiba-tiba

kereta myvi Ftri berhenti di belakang kereta Nissan Zafril. Melihat ketibaan Fitri tu

melegakan hatiku kerana aku tidak perlu menumpang Zafril pada malam ini dan

sememangnya aku tidak mahu menumpangnya lagi selepas ini.

“Kalau encik dah penat sangat, balik sajalah rehat. Tak payah nak susah-susahkan diri

hantar saya balik. Buat penat badan je.” Aku terus melangkah ke kereta Fitri, sekalipun aku

tidak menoleh padanya yang masih setia berdiri di situ.

Selepas menaiki kereta aku terus mengarahkan Fitri mengerakkan keretanya. Tidak

mahu aku berlama-lama di situ. Sakit hatiku apabila Zafril mengungkit tentang kepenatannya.

Bukan aku yang meminta dia menghantarku pulang pada setiap malam. Dia yang

menawarkan diri, jadi mengapa perkara itu menjadi ungkitannya hari ini? Semua itu

menjadikan aku bertambah menyampah dengan lelaki yang bernama Zafril Adli itu!

Page 222: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

221

DUA PULUH SATU

BERULANG alik aku di dalam bilik itu, mengemas apa-apa yang patut. Fail-fail yang

bertaburan malam tadi di atas meja Zafril, aku ambil dan susun satu persatu ke tempat asalnya

semula. Zafril yang sedang duduk di kerusinya sejak datang tadi hanya memerhatikanku

melakukan tugas tanpa sekalipun matanya berpaling dariku. Kalau aku ke kiri matanya akan

ke kiri, begitu juga sebaliknya. Nak rimas aku dibuatnya.

Entah apa mimpinya tiba awal di pejabat hari ini. Waktu aku sampai tadi, dia sudah

terpacak di ruang menyambut tetamu, berbual-bual bersama Amy. Aku yang selalunya akan

berbual terlebih dahulu dengan Amy sebelum ke mejaku membatalkan niatku, malas aku

mahu berbual dengan Amy apabila dia turut berada di situ. Rasa sakit hati dengan apa yang

dikatakan padaku malam tadi. Semuanya masih terasa.

Aku menuju pula ke meja kopi mengambil mug dan akhbar yang aku letakkan di situ

sebentar tadi sebelum mengemas meja kerja Zafril. Sudah agak lama aku menyediakan kopi

itu dan rasanya kopi itu pun sudah hampir sejuk. Aku amat tahu dia tidak menyukai kopi yang

sudah sejuk. Arghh… malas aku mahu memikirkan 1001 perintahnya, lantas aku terus

meletakkan mug dan surat khabar itu di atas meja dan terus berpaling untuk berlalu.

“Safiah Aisyah!” panggil Zafril cuba menghalang aku keluar dari biliknya.

Aku berpaling memandangnya semula, namun kaki tidak aku panjangkan untuk

mendekatinya.

“Em… saya…” Zafril cuba mencari ayat untuk meneruskan kata yang terhenti sekian

lama. Dan aku yang sudah sedia sakit hati dengannya, tidak mahu menatap wajah itu dengan

lebih lama lagi.

“Bilik dah kemas, kopi saya dah buat, surat khabar pun ada tersedia atas meja. Ada

apa-apa lagi yang encik tak puas hati?” Soalku geram. Aku tahu bahasaku agak kurang sopan,

Page 223: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

222

tapi aku benar-benar sakit hati dengan dirinya kali ini. Kata-katanya malam tadi memang

sukar untuk aku lupakan begitu sahaja.

Zafril tersenyum panjang mendengar soalanku. Aku makin pelik, minggu ini amat

sukar untuk aku menatap senyumannya tapi hari ini senyuman itu terukir kembali. Namun aku

tetap memasamkan wajahku, malas mahu membalas senyumannya yang panjang lebar itu.

Entah apa masalah lelaki ini, baru sahaja semalam menyakitkan hatiku, hari ini boleh pula

tersenyum lebar begini. Bertambah geram aku jadinya.

“Hari ni saya tak nak kopi. Awak buatkan saya teh, boleh?” lembut sahaja bahasa yang

digunakan pagi ini, tidak membetak-bentak seperti malam semalam. Senyuman masih lagi

tersungging di bibirnya buatku.

Aku mencebikkan bibir, tidak pernah-pernah meminta teh daripadaku, tiba-tiba pula

hari ini dia bertukar selera. Dan tanpa banyak soal aku terus mengapai mugnya dan terus

berlalu ke pantry. Tidak mahu banyak berfikir tentang arahannya itu. Ada baik aku ikutkan

saja semua perintahnya. Aku menyediakan air teh dengan bebelan yang tak sudah-sudah.

Geramku makin bertambah-tambah apabila melihat senyumannya tadi. Entah kenapa tiba-tiba

sahaja boleh berubah sikap hingga begitu sekali dalam masa tidak sampai 24 jam?

Sekembalinya aku ke bilik Zafril, aku dengan segera meletakkan mug berisi teh di

hadapannya. Sedikit pun aku tidak memandang wajahnya yang tetap memerhatikan aku sejak

aku masuk tadi. Aku terus berpaling setelah mug itu kuletak elok di atas mejanya.

“Laju aje tu, nak ke mana? Tak nak temankan saya minum dulu ke?”

Aku yang sudah berada di hadapan pintu kembali memandang dirinya dengan lirikkan

mata yang tajam. Walaupun soalannya itu lembut sahaja kedengaran di telingaku, namun

setiap butir bicaranya itu tetap menikam hatiku ini.

“Tak nak!” Balasku ringkas berserta jelingan tajam. Aku terus menutup semula pintu

biliknya setelah aku keluar. Kedengaran sayup-sayup ketawa Zafril dari dalam biliknya. Aku

Page 224: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

223

hanya mampu mengetap bibir dan mengempalkan penumbuk, apa yang melucukan hati lelaki

itu sebenarnya? Geramnya…

MALAM makin larut, aku mengerling jam di pergelangan tangan, hampir pukul 11.00 malam

namun aku, Zafril dan beberapa lagi pekerja Adni Maju masih lagi berada di pejabat,

menyiapkan kertas kerja permohonan untuk sebuah tender kerajaan. Tender itu akan ditutup

lima hari lagi dan Zafril baru mengetahui tentangnya pagi tadi, sebab itu malam ini dia

bertungkus lumus menyiapkannya.

Sudah beberapa kali aku menguap, mata pula sudah pedih. Masakan tidak, sudah

berapa jam aku mengadap laptop di hadapanku ini. Beberapa pekerja yang lain pun sudah

kelihatan lesu sepertiku. Aku menongkat dagu dan memejamkan mata seketika, cuba

menghilangkan letih pada mataku.

“Okay, kita berhenti kat sini dulu. Isnin depan kita sambung semula.”

Mendengar arahan dari Zafril itu, aku dengan pantas membuka semula mataku yang

sudah terpejam rapat sebentar tadi. Ayat itulah yang aku tunggu keluar dari bibirnya sedari

tadi. Sebaik sahaja mataku terbuka luas, pandanganku dan pandangan matanya bertembung.

Dan seperti biasa dia mengukirkan senyuman buatku.

“Penat ke?”

Aku hanya mengeleng, malas mahu membalas setiap kata-katanya.

“Jom, saya hantar awak balik.” Pelawa Zafril sambil mengemas fail dan kertas yang

berterabur di hadapannya.

“Tak apa. Saya boleh balik sendiri.” Segera aku memberikan menolak pelawaannya

itu.

“Dah tengah malam ni, awak nak balik naik apa? Bas? Dah sah-sah tak ada. LRT?

Gerenti dah tutup.” Zafril terus berhenti dari mengemas semua barangnya.

Page 225: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

224

Aku tidak mengendahkan kata-katanya. Aku berpura-pura tidak mendengar setiap

butir bicaranya, aku terus mengemas semua barangku. Aku sudah bertekad walau apa pun

terjadi hari ini, tidak sesekali aku akan naik keretanya itu. Biarpun aku harus menapak pulang

ke rumah sekalipun.

“Tak apalah biar saya aje yang hantar awak balik. Tapi sebelum tu kita pergi ma…”

Aku terus sahaja bangun dari kerusi sebelum sempat Zafril menghabiskan kata-

katanya. Laju sahaja aku mengatur langkah menuju ke ruang kerjaku. Semua rakan sekerjaku

yang lain telah menuju ke pintu utama, aku terus mempercepatkan langkah, malas aku mahu

duduk berdua dengan bosku itu di dalam pejabat ini.

Sampai sahaja di ruang kerjaku itu, aku terus meletakkan semua fail ke tempat asalnya

dan mengapai beg tanganku.

“Nak pergi mana ni?”

Baru sahaja aku ingin membuka langkah, namun itu semua terus terhenti apabila Zafril

tiba-tiba saja sudah berada di hadapanku. “Baliklah.” Jawabku sepatah, langkah kakiku

terbejat apabila Zafril masih lagi berdiri di hadapanku, menghalang laluanku.

“Nak balik naik apa? Mana ada bas malam-malam macam ni.” Tergambar wajar gusar

di wajahnya tika ini.

“Teksi berlambak.” Balasku sambil cuba bergerak namun setiap pergerakkanku

dihalangnya. Langsung tiada ruang untukku bolos darinya.

“Sejak bila pula malam-malam buta macam ni, teksi berlambak kat sini?” Zafril

mengangkat keningnya menanti jawapan dariku tapi aku hanya mendiamkan diri, tidak tahu

apa yang harus katakan agar dia tahu yang aku benar-benar tidak mahu menumpang

keretanya.

“Janganlah macam ni. Saya tahu awak marahkan saya. Saya cuma risau awak balik

seorang malam-malam buta macam ni. Saya tak nak dan takut kalau ada apa-apa jadi pada

Page 226: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

225

awak.” Zafril terus memujuk dan pujukkannya itu sedikit pun tidak dapat menyejukkan

hatiku.

“Awak tunggu saya sekejap, saya hantar awak.” Zafril terus berlalu masuk ke dalam

biliknya.

Apabila bayang Zafril telah hilang di sebalik pintu biliknya aku cepat-cepat membuka

langkah meninggalkan pejabat. Walau apapun kata-katanya, aku tetap tidak akan menumpang

keretanya lagi.

Perhentian teksi lenggang tidak berpenghuni sewaktu aku sampai. Jalan raya juga

sudah lenggang tanpa bingitan suara kereta seperti di siang hari. Aku masih terjenguk-jenguk

di situ menanti teksi yang tidak kunjung tiba. Aku ingin cepat-cepat menaiki teksi, aku tidak

mahu terserempak dengan Zafril, aku pasti jika dia melihat aku sedang menanti di perhentian

teksi ini pasti dia akan terus berkeras untuk menghantarku pulang.

“Hai cik adik!” Satu suara tiba-tiba menjengah betul-betul di telingaku.

Aku segera menoleh melihat dua orang lelaki yang sudah menghampirku. Entah bila

mereka sudah berdiri begitu dekat denganku, aku langsung tidak perasan. Terkebil-kebil

mataku melihat mereka yang merenungku tajam. Aku sudah tidak sedap hati apabila mereka

terus menghampiriku, aku melangkah ke belakang apabila mereka makin melangkah ke

depan.

“Rilekslah, kitaorang cuma nak berkenalan je.” Kata lelaki bertubuh sasa yang berada

di hadapanku. Lelaki tinggi yang berada di belakangnya ketawa terbahak-bahak mendengar

kata-kata lelaki itu.

Berkenalan konon, aku amat pasti mereka mempunyai niat yang tidak baik denganku.

Aku mula berdoa dalam hati meminta bantuan dari Yang Maha Esa agar aku terlindung

daripada segala kejahatan. Saat ini terngiang-ngiang semula kata-kata Zafril padaku di pejabat

Page 227: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

226

tadi. Menyesal aku tidak menerima pelawaan Zafril untuk pulang bersamanya sebentar tadi,

jika tidak pasti perkara sebegini tidak terjadi.

Lelaki berubuh sasa itu cuba memegang bahuku, namun segera aku menepis

tangannya. Lelaki itu merengus kasar dan dia mula berkasar denganku sehingga aku yang

sudah tidak dapat menyeimbangkan badan lalu terjatuh terjelupuk di perhentian teksi itu.

“Safi!”

Aku menoleh memandang Zafril yang sudah pun berada di sebelahku. Aku

memandang wajahnya, meminta bantuan dalam diam.

“Kenapa ni?” Soalnya padaku, tapi aku hanya mampu mendiamkan diri. “Apa yang

kau orang dah buat kat dia hah?” Soal Zafril yang sudah bangun semula dan mendekati

lelaki-lelaki itu.

“Suka hati kamilah nak buat apa pun kat dia.” Kasar sungguh tutur kata lelaki

bertubuh sasa itu.

“Kurang ajar!” Zafril sudah mula hilang sabar, dihayun penumbuknya pada lelaki itu.

Lelaki itu terdorong ke belakang kemudian dia mula menghampiri Zafril semula dan

menghayunkan kakinya tetap ke muka Zafril. Zafril dengan pantas menahan kaki lelaki itu

dengan kedua-dua lengannya kemudian Zafril menghayunkan penumbuk bertubi-tubi ke

muka lelaki itu. Kemudian dia menendang tepat ke perut lelaki itu. Akibatnya lelaki itu

terdorong ke belakang dan terjatuh.

Lelaki tinggi lampai tiba-tiba pantas berlari mendapatkan Zafril sambil menghunus

pisau Rambo yang tersisip kemas di tangan kanannya. Dia terus menyerang Zafril, dihayun

pisau itu sesuka hatinya ke kiri dan ke kanan tidak menentu asalkan pisau itu tepat mengenai

Zafril. Namun Zafril cuba mengelak sebaik mungkin dan terus mengasak lelaki tinggi itu

dengan tumbukan pada bahagian susuk lelaki itu, menyebabkan lelaki itu terjatuh.

“Hoi…”

Page 228: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

227

Kehadiran dua pengawal keselamatan wisma itu, menyebabkan kedua-dua lelaki itu

melarikan diri. Zafril ingin mengejar kedua-dua lelaki itu namun segera kutegah, aku takut

untuk tinggal bersendirian di situ. Kini hanya pengawal itu yang mengejar kedua-dua lelaki

itu.

“Awak tak apa-apa?”

Aku baru sahaja ingin bertanya pada Zafril tentang keadaannya namun dia yang lebih

pantas bertanya padaku terlebih dahulu. Aku mengeleng kepala berulang kali. Aku

membongkokkan badan mengambl telefon bimbit Zafril yang terjatuh semasa dia bertarung

dengan kedua-dua lelaki itu tadi. Aku menyerahkan telefon bimbit itu padanya semula.

Aku mengeluh perlahan apabila telefon bimbit itu bertukar tangan. Zafril pantas

melihat tapak tanganku yang sudah ada kesan luka dan darah. “Awak cedera ni.”

“Tak apa , sikit aje.”

“Mari saya sapu ubat.” Zafril membawaku menuju ke keretanya yang sedia terparkir

di tepi jalan. Dia membuka boot keretanya dan mengambil kotak first aid, kemudian dia

membuka pintu penumpang hadapan dan aku diarahkan duduk di situ. Dia pula duduk

bertinggung di luar kereta, di hadapanku sambil menyapu ubat dan membalut kemas

tanganku.

Aku mengamati kesan lebam di pipi kanan Zafril. Tiba-tiba kakiku terasa panas dan

seperti ada titisan yang menitis di atas kakiku. Aku segera memandang kakiku, terdapat kesan

darah yang menitis pada kasut tumitku dan telah pun mengenai jemari kakiku. Aku mula

mencari punca datangnya titisan darah itu.

“Zaf… lengan awak…” Aku tidak dapat meneruskan kata apabila melihat lengan

tangan kanan Zafril yang sudah berdarah dengan banyak. Bajunya terkoyak, kesan luka

kelihatan dalam. Entah mengapa melihat keadaannya begitu air mataku mulai menitis. Kerana

kedegilanku sebentar tadi, dia pula yang menjadi mangsanya.

Page 229: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

228

Zafril tersenyum kecil sebelum memandang lengan dan menakup luka itu dengan

tangan kirinya. Wajahnya terperanjat melihat kesan luka itu, mungkin dia juga tidak perasaan

akan kecederaan yang dihadapinya. “Tak apa sikit aje ni.” Katanya sambil mula ingin berdiri.

Segera aku halangnya, dia bertinggung semula di hadapanku.

“Sikit apanya tu?” Aku menyeka air mata yang baru menitis, dan segera membuka

semula kotak first aid yang telah Zafril tutup sebentar tadi. Aku mengambl gunting dan

mengunting keseluruhan lengan baju kemeja Zafril dan dengan lengan baju itu aku membalut

lukanya.

“Saya hantar awak ke hospital.” Aku terus keluar dari kereta, ingin menuju ke

bahagian pemandu.

“Er… tak apa sikit aje ni. Lepas sapu ubat okaylah.” Zafril menghalang laluanku.

“Sikit awak cakap, kalau jumpa doktor mahu kena jahit tahu. Dalam luka awak ni.

“Tak apa, biar saya yang drive.”

Aku menahan Zafril daripada bergerak. Melihat wajahnya yang mula pucat itu

menambah kalutku, aku harus segera membawanya ke hospital. Jika tidak dia akan

kehilangan lebih banyak darah, yang mungkin akan membahayakannya. Aku tidak mahu apa-

apa terjadi padanya.

“Tangan awakkan cedera, macam mana nak drive? Biar saya je yang drive.” Aku terus

menuju ke bahagian pemandu. Apabila aku sudah masuk ke dalam kereta barulah dia turut

masuk dan duduk di bahagian penumpang hadapan. Aku terus menuju ke hospital yang

berdekatan tanpa menunggu lebih lama lagi.

Benar telahanku, sampai sahaja di hospital Zafril menerima empat jahitan di

lengannya. Doktor ingin menahan Zafril di hospital tetap dia berkeras tidak mahu ditahan.

Akhirnya doktor itu mengizinkannya Zafril pulang dengan syarat sebarang kemungkinan yang

berlaku adalah di bawah tanggungjawab dirinya sendiri dan Zafril menyetujuinya.

Page 230: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

229

Pulang dari hospital aku sekali lagi memandu kereta Zafril. Walaupun pada mulanya

dia ingin memandu tetapi aku tetap berkeras.

“Saya hantar Encik Zafril ke Sri Kembangan ya.” Ujarku sambil membelok memasuki

jalan besar yang lenggang.

“Eh, buat apa, tak payahlah. Hantar saya kat kondo saya je.” Halangnya.

“Encik Zafril tu tengah sakit. Kat kondo tu mana ada orang yang jaga encik. Kalau kat

Sri Kembangan ada juga ibu encik tolong tengok-tengokkan.” Bebelku, geram diriku apabila

dia membantah cadanganku. Bukan aku mahu menghantarnya ke rumah orang lain, tapi ke

rumah orang tuannya sendiri, itu pun mahu membantah,

Zafril sudah menarik senyuman. “Awak risaukan saya ye?” usik Zafril.

Aku merasakan seolah-olah kesemua darahku naik ke muka. Malu mendengar usik

Zafril tika ini.

“Kalau awak risaukan saya, tak payah hantar saya kat Sri Kembangan, bawa aje saya

balik kondo saya. Awak tidurlah situ malam ni, bolehlah awak tolong tengok-tengokkan

saya.”

Aku terdiam mendengar permintaannya. Badanku terasa seram sejuk. Peluh mula

bertamu di dahi. Nekad di hati jika dia melakukan perkara yang bukan-bukan padaku akanku

toreh tangan sebelah kirinya pula. Tapi mampukah aku melakukannya memandangkan dua

lelaki tadi pun dengan mudah ditewaskan Zafril dengan ilmu persilatan yang dimilikinya,

inikan pula diriku. Aku menelan liurku sendri. Kala ini perasaan takutku bukan kepalang.

Meletus ketawa besar di bibir Zafril. “Awak ni cepat gabralah Safi.” Ketawa Zafril

masih lagi memenuhi ruang kereta.

Aku menggengam erat stereng kereta. Geram dengan perangai Zafril. Dalam sakit-

sakit begitu sempat juga dia mengenakan diriku. “Encik Zafril ni, jangan main-main boleh

tak? Saya…”

Page 231: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

230

“Chup!” Zafril memotong kataku. “Kenapa dengan awak ni Safi, tadi masa kat

perhentian teksi dengan hospital elok je awak tak berencik-encik dengan saya. Kenapa

sekarang berencik-encik pula dengan saya?”

Aku terdiam. Benarkah aku tidak menggunakan panggilan nama encik sewaktu

berbicara dengannya tadi? Aku tidak perasaan. Hambatan perasaan risau dengan

keselamatannya di hentian teksi tadi membuatkan tumpuanku hanya padanya, hal-hal yang

lain tidak aku pedulikan.

Melihat Zafril dipukul membuatkan airmataku hampir menitis. Dan sewaktu aku

melihat lengan Zafril yang luka dan berlumuran darah, air mataku mula menitis dengan

sendirinya ke pipi, seolah-olah lukanya itu turut aku rasakan. Perasaanku pada waktu itu tidak

dapat aku gambarkan dengan kata-kata kerana aku sendiri tidak pasti apa sebenarnya

perasaanku waktu itu. Atau aku sudah jatuh hati padanya? Aku terus terdiam, apabila perkara

itu terlintas di fikiranku.

“Kenapa diam?”

“Er…” aku tersentak mendengar soalan Zafril itu, aku gugup untuk meluahkan kata.

“Lepas rumah kedai ni belok kanankan?” sengaja aku mengajukan soalan itu, berpura-pura

tidak ingat jalan ke rumah orang tuanya. Sedangkan yang sebenarnya jalan ke rumah itu

masih terakam kemas di mindaku.

Zafril mengangukkan kepala, mengiakan kataku.

Suasana dalam kereta kembali sepi. Zafril tidak lagi menanyakan apa-apa lagi soalan

padaku dan dia terlena juga akhirnya. Aku menarik nafas lega, kerana setiap kata-kata yang

diluahkan Zafril malam ini seumpama menjerut tangkai jantungku.

Setelah setengah jam perjalanan akhirnya aku berhenti di hadapan rumah orang tua

Zafril. Aku mula mengerakkannya perlahan, cuba membuatkannya terjaga dari tidur. “Encik

Zafril…” aku memanggil namanya berulangkali.

Page 232: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

231

Terpesat-pesat Zafril membuka matanya sambil memandangku tapi cuma seketika

kemudian ada segalit senyuman yang bergayut di bibir itu.

“Er… Dah sampai rumah encik ni.” Gugupku meluahkan kata, apabila melihat

senyuman yang Zafril ukirkan. Dengan pantas aku keluar dari kereta, aku tidak mahu

berlama-lama di dalam itu berdua-duaan sahaja. Sebaik sahaja aku ingin menekan loceng

rumah tu, pantas Zafril menegah.

“Saya ada kunci.” Zafril yang telahpun berada di sebelahku tersenyum melihatku yang

cuba melarikan pandangan padanya saat ini. Sewaktu Zafril menghampiri pagar dan ingin

membuka mangganya, aku terus berdiri di sebelahnya.

“Tak apa biar saya buka.” Aku terus mengambil kunci yang tersisip di tangannya,

sedikit pun aku tidak memandangnya. Malam ini aku sudah tidak betah memandang mata dan

wajah itu. Berdiri di sebelahnya sahaja malam ini mengundang debaran yang bukan sedikit di

hatiku, apatah lagi memandang wajah dan matanya. Daripada aku terus memikirkan dan

menelah yang bukan-bukan, lebih baik aku mengelakkan diri.

Sebaik sahaja pintu masuk rumah tu terbuka, Zafril menekana suiz lampu yang

terdapat pada dinding berdekatan pintu. Rumah yang tadinya kelam kini terang.

“Siapa?” Soal satu suara dari arah tangga.

Aku dan Zafril berpaling ke arah suara itu. Zafril tersenyum melihat ibu dan ayahnya

yang berada di atas tangga.

“MasyaALLAH, kamu rupanya, ingatkan siapa tadi?”

Zafril mendekati ibu dan ayahnya yang mula turun dari tangga. Salam dihulurkan lalu

kedua tangan orang tuanya dikucup.

“Kenapa dengan tangan ni?” Makcik Hasnah sempat membelek tangan anaknya yang

sudah berbalut. “Muka dengan bibir pun pucat. Kenapa ni?”

“Ha’ah, kenapa ni?” Kini ayah Zafril pula yang membuka soalan.

Page 233: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

232

“Tak ada apalah ma, pa. Sikit aje ni, esok ajelah kita cerita.”

“Kenapa tak boleh cerita sekarang?” makcik Hasnah mencelah.

“Panjanglah mama ceritanya. Esok kita cerita dari A sampai Z. Non stop, okay.” Zafril

masih lagi cuba mengelak, mungkin dia sudah keletihan dan inginkan rehat.

“Eh, Safi pun ada.” Barulah kali ini makcik Hasnah menoleh padaku yang berada di

belakang Zafril.

“Saya yang hantar Encik Zafril ke hospital tadi makcik. Lepas tu terus saya drive ke

sini.” Ujarku yang mula bergerak perlahan menghampiri keluarga itu. Aku tidak mahu orang

tua Zafril salah faham akan kehadiranku pada waktu-waktu malam begini.

“Safi kenalkan ni ayah saya.” Zafril memperkenalkan ayahnya padaku.

Aku menganggukkan kepala pada ayahnya sambil tersenyum dan ayah Zafril

tururtmelakukan hal yang sama.

“Saya minta diri dululah makcik, pakcik.” Aku memohon diri. Aku tidak mahu

berlama-lama di situ, pasti Zafril dan keluarganya memerlukan rehat yang secukupnya

terutamanya Zafril.

“Safi nak balik dengan apa ni?”

Soalan makcik Hasnah itu menyedarkanku. Bagaimana untuk aku pulang pada jam

tiga pagi begini? Sedangkan aku ke sini pun dengan kereta Zafril.

“Ha’ahlah, awak hantar saya tadi pun dengan kereta saya kan?” Soal Zafril pula.

Kini ketiga-tiga pasang mata itu merenungku. Aku mula kalut tidak tahu jawapan apa

yang harus diberikan. Muncul idea saat aku terpandang kunci kereta Zafril yang masih berada

di tanganku, tapi entah Zafril mengizinkan atau tidak? Kini tumpuanku terarah padanya.

“Encik Zafril, saya…” Namun belum sempat aku meminta kebenaran, Zafril terlebih

dahlu merampas kunci kereta dari tanganku. Aku sedikit tersentak dengan tindakannya.

“Jangan mimpi awak dapat pinjam kereta saya malam ni.”

Page 234: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

233

Rasa malu mula menyerbu ke mukaku apabila mendengar kata-kata Zafril itu.

Tambahan pula kata-kata itu diucapkan di hadapan orang tuanya. Sepertinya aku ini seorang

wanita yang suka meminta-minta pula.

“Jangan salah faham. Saya bukan tak nak bagi awak pinjam kereta saya Cuma saya

risau awak drive sorang diri malam-malam macam ni.” Pantas Zafril menerangkan apabila

melihat wajahku yang sudah berubah riak sebentar tadi.

Lega hatiku mendengar penerangannya. “Tak apalah kalau macam tu saya…”

“Jangan nak kata awak nak balik naik teksi. Awak ingat senang ke nak dapat teksi

waktu-waktu ni? Lagipun awak ingat saya tak risau lepaskan awak naik teksi sorang diri.

Mahu tak boleh tidur saya malam ni tau.”

Aku mencebik di dalam hati. Belum sempat aku memberikan sebarang penyelesaian

Zafril telah memotong setiap apa yang ingin aku katakan. Jika itu tak boleh, ini pun tak boleh,

jadi di mana aku harus tidur malam ini?

“Safi tidur sini ajelah malam ni.” Makcik Hasnah membuka cadangan.

Tidur sini? Tiba-tiba dadaku berdebar. Otakku mula berfikir, takkan aku mahu tidur di

sini? Ish, macam…

“Okay juga tu, awak tidur sini jelah malam ni.” Zafril terus mencelah sebelum sempat

otakku menilai pelawaan itu. Dia kemudiannya terus bergerak ke anak tangga.

“Eh, dah nak tidur ke?” ekor mata Makcik Hasanah lekas menyoroti langkah kaki

anak bujangnya.

“Ha’ah, penatlah mama, mengantuk pula tu.”

“Nak mama ambikkan air?”

“Tak apalah mama. Dah mengantuk sangat ni. Assalamualaikum semua.” Terus sahaja

Zafril menaiki anak tangga tanpa menoleh lagi, meninggalkan aku terkontang-kanting

berhadapan dengan ibu bapanya di sini.

Page 235: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

234

Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan saat ini. Senyuman makcik Hasnah

kubalas seadanya sahaja, kerana aku sedang mengawal rasa gugupku.

“Tak apalah, abang masuk bilik dulu. Has nak tunjukkan Safi bilik.” Bicara makcik

Hasnah lembut pada suaminya. Apabila suaminya sudah berlalu barulah dia memandangku

semula.

“Mari makcik tunjukkan bilik.”

Aku hanya menurut sahaja langkah Makcik Hasnah menuju ke sebuah bilik tamu di

tingkat atas. Kemudian dia meninggalkanku di bilik tetamu yang agak luas itu.

“Kalau Safi nak apa-apa ketuk aje bilik makcik kat depan bilik ni ye. Jangan malu-

malu buat macam rumah sendiri.”

Kata-kata Makcik Hasnah sebelum dia berlalu kebiliknya sebentar tadi benar-benar

membuatkan aku tersenyum sendiri. Takkan pula aku mahu mengetuk bilik suami isteri itu

malam-malam begini.

Bunyi ketukkan pintu benar-benar memeranjatkanku. Walaupun ketukkan itu tidaklah

sekuat mana tapi cukup untuk memeranjatkanku. Tidak mungkin Makcik Hasnah berpatah

semula ke sini setelah menghilang sepuluh minit tadi. Sebaik sahaja pintu terbuka,

membutang mataku melihat Zafril berdiri di hadapanku dengan baju yang belum bertukar.

Bukankah dia sudah tidur di biliknya?

“Ni ada tuala dan baju Kak Anni. Awak pakailah dulu.” Zafril menyuakan padaku

tuala dan baju tidur berwarna coklat.

Aku masih berkira-kira sama ada mahu menyambut atau tidak baju itu. Sebentar tadi

Makcik Hasnah sudahpun menyediakan tuala dan baju tidur untukku. Tapi jika aku

memberitahu hal itu pada Zafril pasti pelbagai alasan akan keluar dari mulut itu hingga baju

itu tetap bertukar tangan. Sewaktu otakku masih lagi berfkir, tanganku telah terlebih dahulu

menyambut baju dan tuala itu.

Page 236: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

235

“Terima kasih. Er… selamat malam.” Tangan kiriku sudah sedia memegang tombol

pintu untuk menutup pintu, aku tidak mahu ibu bapanya tiba-tiba keluar dan berfikir yang

bukan-bukan pula melihat aku dan Zafril begini. Namun belum sempat pintu itu kututup

sepenuhnya Zafril memanggil namaku, menghalangku menutup pintu. Aku kembali menguak

pintu itu tapi kali ini aku hanya menguaknya separuh sahaja.

“Saya nak minta maaf.” Perlahan sahaja suara Zafril tika ini.

Aku pula berkerut mendengar ungkapan maaf itu.

“Pasal kes Datuk Razali dengan awak kat hotel hari tu.” Zafril berhenti sebentar

sebelum meneruskan kata. “Saya dah tahu perkara yang sebenar, Amy dah cerita pada saya.

Saya tahu saya tak patut marah awak sampai macam tu sekali hari tu, lepas tu tuduh pula

awak yang bukan-bukan. Awak pula terpaksa menadah marah saya berhari-hari. Laju sajau

tutur katanya berbicara. “Pasal semalam pula, saya betul-betul tak sengaja, saya terlupa. Jadi

saya minta maaf.” Tambah Zafril lagi.

Aku tersenyum, entah mengapa rasa marahku yang mengunung seolah-olah tidak

pernah wujud di hatiku saat ini. “Tak apalah encik, hal kecil je tu.”aku terus tersenyum, hatiku

juga turut tersenyum. Entah bila hal yang semalamnya sebesar gunung kinabalu tiba-tiba saja

menjadi hal yang kecil pada fikiranku. Namun aku yakinkan bahawa aku benar-benar telah

memaafkannya.

“Yang sebenarnya…”

Aku mengangkat kening menunggu Zafril meneruskan bicara yang tersekat.

“Yang sebenarnya, saya cemburu bila nampak awak dengan Datuk Razali kat hotel

hari tu. Sebab tulah saya angin semacam je.” Zafril tergelak kecil.

Benarkah dia cemburu? Bukankah cemburu itu tandanya sayang? Alahai, hati

janganlah menelah benda yang bukan-bukan. Benda yang tidak tahu sejauh mana

kebenarannya, ngomelku sendirian.

Page 237: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

236

“Tak apalah, saya masuk bilik dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.” Zafril terus

berlalu apabila aku tidak memberikan sebarang reaksi.

Aku pantas menutup pintu bilik apabila selesai menjawab salamnya di dalam hati.

Hatiku saat ini mula berbolak-balik dan berfikir yang entah apa-apa, yang semuanya berkisar

tentang Zafril. Kuletakkan baju yang Zafril berikan ke atas katil bersebelahan dengan baju

yang Makcik Hasnah berikan. Mataku memandang baju-baju itu silih berganti. Akhirnya aku

mencapai baju yang dibawa oleh Zafril sebentar tadi dengan hati yang sudah lain rentaknya.

Page 238: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

237

DUA PULUH DUA

MASIH terlalu awal untukku memulakan tugasku pagi ini. Waktu pejabat masih belum

bermula. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk berbual dengan Amy terlebih dahulu di

ruang penyambut tetamu. Macam-macam perkara yang kami bualkan dan pastinya Amy yang

lebih mendominasi topik perbualan seperti biasa.

“Assalamualaikum!”

Serentak dengan itu aku dan Amy menoleh lalu memandang pemilik suara yang kini

berdiri berhampiran kami.

“Eh, Encik Zafril kenapa datang juga kerja hari ni?” Aku terus bangun, berdiri

memandang Zafril. Terkejut dengan kehadirannya di situ. Sewaktu dia menghubungiku

malam semalam, aku sudah menasihatinya agar berehat saja di rumah memandangkan luka di

tangan kanannya itu masih belum sembuh sepenuhnya.

“Hai, semua.” Fazura yang baru sahja tiba di pejabat terus meluru ke meja penyambut

tetamu. Dengan selambanya pula, dia merangkul lengan Zafril, lalu menyebabkan Zafril

terjerit kecil, menahan kesakitan.

“Eh, kenapa dengan lengan you ni? Sakit ke?” Soal Fazura apabila Zafril menolak

kedua-dua tangannya yang baru sahaja ingin merangkul lengan Zafril. Fazura cuba menyelak

lengan baju t-shirt yang dipakai Zafril, namun dengan pantas Zafril menegahnya.

“Tak adalah, luka sikit je.”

“Luka?” Lantang suara Fazura kedengaran. “Macam mana boleh luka? Bila you

kena?”

“Dua hari lepas. Tak ada apalah, hal kecil je.” Zafril masih lagi menjawab dengan

lembut setiap soalan yang Fazura ajukan. Namun dia masih tidak mahu bercerita dengan tepat

mengapa dia menjadi sebegitu.

Page 239: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

238

“Kenapa you tak berehat kat rumah je? Mesti luka you tu belum baik lagikan.” Fazura

kelihatan betul-betul risau dengan keadaan Zafril.

“Tak ada apalah Zura, sikit je ni. Lagipun I banyak kerja lagi nak buat ni. Okaylah, I

nak masuk bilik dulu, nanti ada masa kita berbual lagi.” Zafril seolah-olah ingin mengelak

daripada terus diasak dengan soalan-soalan daripada Fazura padanya.

“Safi, masuk bilik saya sekarang.” Arah Zafril padaku sebelum dia terus berlalu ke

biliknya.

Mendengar sahaja arahan daripadanya itu, aku dengan pantas melangkah menuju ke

biliknya. Sempat juga aku melambaikan tangan pada Amy, tanda aku harus berlalu segera.

Setelah mendapat kebenaran masuk darinya barulah aku masuk ke dalam bilik itu.

“Ada apa encik Zafril?” Soalku pada Zafril yang sedang berdiri di sisi tingkap

biliknya. Zafril segera berpusing memandangku. Lama sekali dia memandangku tanpa

sebarang kata yang meniti di bibirnya.

“Encik Zafril…” terpaksa juga aku membuat panggilan itu. Namun Zafril masih

enggank bersuara dan hanya tersenyum panjang. Senyumannya mengundahkan hatiku.

Penampilan Zafril hari ini betul-betul menambat hatiku. Walaupun hanya mengenakan t-shirt

berlengan pendek dan seluar jeans biru, hatiku bagai terikat. Bukan aku tidak pernah melihat

dia berpenampilan begitu sebelum ini tapi entah mengapa waktu ini dia benar-benar dapat

mencuri hati hawaku.

“Mama kirim kuih untuk awak.” Ujar Zafril sambil menyerahkan bungkusan yang

tadinya berada di atas mejanya padaku.

“Untuk saya?” Sekali lagi aku terkejut. Masih ada rasa ragu untuk menyambut

bungkusan dari tangannya. Benarkah untukku?

Zafril mengangguk kecil dan kemudian barulah aku menyambut bekas plastik itu.

Makcik Hasnah memang baik orangnya. Sewaktu aku bermalam di rumahnya dua hari lalu,

Page 240: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

239

Makcik Hasnah melayanku dengan begitu baik sekali. Aku juga tidak dibenarkan pulang pada

keesokkan harinya sebelum aku bersarapan dan makan tengahari di rumahnya. Sudah puas

dan pelbagai alasan yang aku berikan untuk menolak tetapi Makcik Hasnah tetap berkeras.

Lalu aku terpaksa juga menurut setiap kata ibu kepada bosku itu.

“Macam mana dengan luka Encik Zafril? Dah elok?”

“Dah okay dah.”

Aku jadi gugup apabila dia lebih banyak tersenyum dan memandangku sahaja

daripada bersuara. “Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu encik.” Serentak dengan itu

aku meluru laju menuju ke pintu. Namun sewaktu aku ingin menutup pintu aku berpaling

semula padanya.

“Saya rasa hari ni biar saya batalkan semua temujanji encik. Lagipun tangan encik

belum sembuh sangat, jadi saya rasa baik encik tak attend apa-apa temujanji hari ni” entah

kenapa aku seberani itu membuat keputusan buat Zafril? Yang pastinya semua itu tidak akan

berlaku jika tidak ada rasa gusar dihatiku tetang kesihatannya. Namun apakah makna semua

itu?

“Pandai awak baca hati saya, ya” Zafril masih terus mengukir senyumannya. “Bagus

juga tu, saya ingat hari ni memang saya tak nak keluar ke mana-mana. Saya cuma nak siapkan

kertas kerja projek tender kerajaan kerajaan itu aje, lagipun hujung minggu ni saya nak ke

Manila. ”

Manila? Hatiku tersentak seketika. Kenapa aku tidak tahu dia akan ke Manila? Dalam

jadual kerjanya juga tidak terselit agenda untuk ke Manila. Dia tidak pernah memberitahuku

pun.

“Berapa lama? Atas urusan apa?” Terus sahaja aku bertanya dan kakiku sudah

melangkah masuk semula ke dalam bilik dan mengadap dirinya.

Page 241: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

240

“Kak Anni ada kat Manila sekarang ni, ikut husband dia berkursus kat sana. Jadi

mama plan nak jumpa Kak Anni kat sana sambil berkumpul satu family. Maybe saya pergi

dalam seminggu macam tu.”

“Oh,” hanya itu yang terluah dari bibirku. Seminggu? Aku menelan liur. Satu rasa

kurang enak menjalar dalam diriku.

“Kenapa? Nak ikut? Kalau nak ikut, Safi kena jadi sebahagian daripada keluarga saya

dulu! Boleh?” Zafril mula mengangkat keningnya beberapa kali.

“Tak adalah encik Zafril. Saja saya nak tahu. Lagipun senang saya nak maklumkan

pada sesiapa yang cari encik Zafril nanti” Mujur sempat aku merangka jawapan itu. Selamat!

Namun aku tidak rasa gembira dengan jawapan yang aku berikan kerana jawapan yang aku

hulurkan itu tidak langsung menjawab pertanyaan Zafril sebentar tadi.

ZAFRIL berjalan laju menuju ke arahku yang sedang menantinya di dalam kereta. Tidak

pasal-pasal aku terpaksa meminjam kereta Myvi Fitri hari ini. Semuanya gara-gara

permintaannya yang mahu aku menghantarnya ke KLIA. Entah mengapalah dia tidak mahu

berangkat bersama-sama dengan ibu dan ayahnya sedangkan mereka akan pergi bersama hari

ini. Akhirnya aku yang menjadi mangsa menjemputnya di kondominiumnya itu.

“Sorry Safi” soalnya apabila sudah berada di dalam kereta.

Aku hanya tersenyum menerima ungkapan itu daripadanya. Sepatutnya aku yang

menghulurkan perkataan maaf itu kepadanya kerana sewaktu aku sampai tadi dia yang

menunggu diriku, bukan aku yang menunggunya.

“Tak apa ke awak hantar saya ke KLIA ni?”

“Tak apalah encik, lagipun saya tak ada buat apa pun hari ni.” Jawabku sambil tenang

memulakan pemanduan. Sebenarnya aku juga gembira kerana dapat menghantarnya

Page 242: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

241

berangkat hari ini, sekurang-kurangnya aku dapat melihatnya dengan lebih lama sebelum dia

menghilangkan diri minggu ini.

“Tak keluar dengan boyfriend ke hari ni?” Zafril tertawa kecil dan memusingkan

badannya, menghadapku.

Berkerut dahiku mendengar soalannya. Sebelum ini tak pernah pun dia bertanya

begitu padaku? Hendak sangatkah dirinya aku mempunyai teman lelaki?

“Hari ni tak. Sebab dia outstation.” Sengaja aku memberikan jawapan itu padanya.

Ingin menduga reaksi daripadanya. Aku mengerling seketika padanya, mencuri melihat

reaksinya. Zafril kelihatan benar-benar terkejut. Hilang terus senyuman yang bergayut di

bibirnya tadi. Aku sudah ketawa di dalam hati, gembira melihat reaksi yang diberikannya.

“Awak dah ada teman lelaki ke?” Lemah sahaja nada yang digunakan, dan ianya

mengundang tawaku dalam diam.

“Kenapa, orang macam saya ni tak layak ada teman lelaki ke?” Aku masih lagi terus

cuba mengusiknya. Wajahnya yang sudah berubah suram itu mencuit hatiku tapi aku masih

berlagak selamba seolah-olah aku amat bersungguh-sungguh dengan semua kata-kataku.

“Bukan macam tu, cuma…” terus sahaja Zafril diam seribu bahasa. Wajah telah

dipalingkan kehadapan, memandang kereta yang laju menyusuri jalan di hadapan kereta Myvi

yang aku pandu.

“Cuma apa?” Aku masih terus mengasaknya. Sesekali dapat mengenakannya pun

bagus juga. Selalunya hanya dia sahaja yang menggenakanku, sekarang giliran dia pula yang

terkena.

Zafril menggelangkan kepala, namun matanya masih lagi tidak mahu memandangku.

“Tak ada apa-apalah.” Katanya sambil membuka radio yang sedia tertutup dari tadi.

Page 243: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

242

Binggit telingaku apabila dia membuka radio itu selantang itu. Ingin sahaja aku

menutup siaran radio itu, tak pun memerlahankan suaranya, tapi entah kenapa aku hanya

membiarkan setiap tindakannya itu.

Namun tidak sampai dua minit, dia menutup semula radio yang dia sendiri pasang.

Kali ini dia terus tepat merenungku. Aku yang pelik dengan sikapnya itu, mengerling seketika

padanya.

“Siapa teman lelaki awak tu?” serius sahaja nadanya kali ini. Senyuman yang

menghiasi bibirnya tadi sudah hilang sama sekali.

“Apa?”

“Saya tanya, siapa teman lelaki awak tu?” sepatah-sepatah Zafril mengeluarkan setiap

perkataan itu.

“Entah!” Jawapku ringkas.

Kini dahi Zafril pula yang berkerut seribu. “Entah? Maksud awak?”

“Entah tu maksudnya saya belum ada teman lelaki lagilah, encik Zafril.” Akhirnya aku

berterus-terang juga. Tak sanggup pula melihat wajah masamnya, hilang seri terus wajah itu.

“Habis tu tadi yang awak cakap teman lelaki awak pergi outstation tu?” Zafril masih

lagi tidak berpuas hati dengan jawapanku.

Aku tertawa kecil. “Mana ada, saya tipu jelah.”

“Betul?” Soal Zafril tegas.

“Betullah.” Jawabku.

Zafril menghela nafas seketika. “Awak ni memang sengaja nak saya kena sakit

jantungkan.”

Aku kurang jelas dengan maksud kata-katanya namun aku tidak terniat pula ingin

bertanya dengan lebih lanjut.

Page 244: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

243

“Sekali lagi awak buat macam tu, saya potong gaji awak.” Ugut Zafril separuh

mengusik dan aku hanya mampu tersenyum memandangnya.

Sepanjang perjalanan, aku dan Zafril berbual pelbagai perkara. Sedar-sedar sahaja aku

sudah sampai ke bumi Sepang ini. Kelam kabut aku memarkir kereta dan bergerak masuk ke

dalam bangunan yang serba indah itu. Sebentar lagi dia perlu masuk ke balai berlepas, ibunya

sudah menghubunginya berkali namun dia masih lagi selamba. Bergerak perlahan tanpa

sebarang rasa gusar dan cemas takut penerbangan terlepas, aku pula yang beria-ia mencari

kelibat ibunya di lapangan terbang ini.

“Encik ni cepatlah sikit, nanti terlepas penerbangan baru tahu.” Bebelku apabila dia

masih lagi melangkah perlahan. Geram betul dengan sikap selambanya itu. Sudahlah tadi

sewaktu di lebuh raya aku tidak dibenarkan langsung memandu di lorong kanan. Setiap kali

aku memberi isyarat untuk memasuki lorong tu dia akan menegah, tidak membenarkanku

memasuki lorong itu. Akibatnya dia sendiri terlambat begini.

“Tak lari ke mana kapal terbang tu.” Zafril cuba membela diri.

“Memanglah kapal terbang tu tak boleh berlari, tapi kapal terbang tu boleh terbang

tinggalkan encik sesorang kat sini, faham!” Aku sudah bercekak pinggang memandangnya

yang masih memperlahankan hayunan langkah.

Zafril tersenyum simpul. “Apa pula, awak kan ada kat sini, temankan saya. So, saya

nak kisah apa kalau kapal terbang tu nak tinggalkan saya berkali-kali pun, asalkan awak ada.”

Aduh, aku sedang serius boleh pula dia melawak di saat genting begini. Memang nak

kena Zafril ni. Sudah malas aku mahu berlawan kata dengannya.

“Hah, itu mama encik.” Aku menghalakan jari ke arah Makcik Hasnah dan suaminya

yang sedang melambai pada kami. Melihat ibunya barulah dia berlari-lari anak mendapatkan

ibunya, meninggalkan aku sendiri mengejar langkahnya. Huh, tahu takut bila nampak ibunya

sudah muncung sedepa.

Page 245: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

244

“Alah, mama ni, lambat sikit je pun.” Itulah ayat yang aku dengar keluar dari bibirnya

sebaik sahaja aku melangkah mendekati mereka sekeluarga.

“Sikit apanya, mama dan papa dah nak masuk tahu.” Bebel makcik Hasnah.

“Assalamualaikum, makcik, pakcik.” Aku bersalaman dengan Makcik Hasnah sengaja

mahu mematikan bebelannya pada anak bujangnya.

“Waalaikumusalam. Safi sihat?” Pakcik Zul melemparkan senyuman padaku. Lelaki

ini memang murah dengan senyuman.

“Alhamdulillah sihat pakcik.”

“Okaylah Safi, makcik dah nak masuk ni. Nanti lambat pula.” Makcik Hasnah

meminta kebenaran.

Aku hanya menganggukkan kepala membenarkan. Tampak yang makcik Hasnah risau

akan ketinggalan penerbangan.

“Mama dan papa, masuk dulu ye.” Kata Zafril pada ibunya.

Makcik Hasnah memandang Zafril seketika kemudian dia memandangku, sebelum dia

tersenyum-senyum. “Yelah, mama bagi chance ni. Tapi jangan lama-lama sangat.” Ujar

makcik Hasanh sebelum berlalu bersama suaminya.

Malu aku jadinya dengan kata-kata Puan hasnah itu, dan mataku hanya mampu

memerhati langkah suami steri yang berpegangan tangan itu, tampak begitu romantik

walaupun di usia emas begini.

“Apa kata awak ikut saya sekali ke Manila?”

“Hah?” Terperanjat aku mendengarkannya. Pantas aku memandang wajahnya. Aku

sudah mendengar soalan itu tiga hari lalu dan aku sudah menyatakan tidak mahu, tetapi hari

ini dia masih lagi mengulangi soalan yang sama.

“Encik Zafril, mana sempat, flight dah nak bertolak ni. Tiket pun saya tak ada.” Segera

aku memberikan alasan yang logik padanya.

Page 246: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

245

“Tak apa, saya ada kawan kerja kat sini. Dia boleh tolong.”

“Encik, saya sehelai sepinggang je ni. Satu baju pun saya tak bawa lagipun…”

“Tak apa yang tu saya boleh belikan kat sana.” Zafril terus memotong kataku.

Bersungguh-sungguh pula dia kali ini.

“Encik, saya ni manalah ada passport.” Aku terus memberikan alasan dan Zafril

mengeluh berat, nampaknya alasanku kali ini dapat diterimanya.

“Okaylah kalau macam tu.” Lemah sahaja nadanya.

Aku hanya mampu mengelengkan kepala dan tersenyum. Entah kenapalah dengan

Zafril hari ini. Namun dalam diam hatiku sangat gembira dengan setiap tutur katanya hari ini.

“Rasa berat pula nak tingggalkan Malaysia ni.” Zafril tunduk seketika. “Thanks coz

sudi hantar saya ke sini. Drive carefully nanti. Saya masuk dulu, jaga diri. Assamualaikum.”

Zafril melemparkan sebuah senyuman padaku sebelum berlalu.

Aku turut tersenyum, hati menjawab salam yang dihulurkan itu. Rasa gembira

mendengar setiap kata-kata nasihat daripadanya itu. Namun dalam hati tetap terasa pilu

menghantar pemergiannya walaupun hanya seminggu jarak yang akan memisahkan aku

dengannya. Apakah itu tandanya dia sudah mula ada di hatiku?

“Encik Zafril…” Jeritku lantang, cuba melawan riuh suasana di lapangan terbang itu.

Zafril menghentikan langkahnya lalu memandang tepat ke arahku.

“Jaga diri!” Luahku. Biarpun ringkas pesanan itu, namun kalau Zafril dapat merasai

apa yang ada dihatiku kala ini, pasti dia akan dapat merasakan betapa besarnya makna

pesananku itu. Semoga dia selamat pergi dan pulang, doaku dalam hati!

Page 247: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

246

BAB DUA PULUH TIGA

RANCANGAN yang keudara di televisyen malam ini tidak langsung dapat menarik minatku.

Puas ditukar daripada satu saluran ke satu saluran yang lain, namun tiada satu pun yang

berjaya menarik perhatianku.

“Ish, kau ni Safi, dari tadi bertukar-tukar saluran tv, kenapa?” Tegur Fitri yang baru

sahaja muncul dari dapur sambil memegang dua mug ditangannya. Sebelum duduk dia

meletakkan satu mug berisi ai coklat panan itu ke atas meja kopi dihadapanku.

“Tak ada cerita yang bestlah malam ni.” Keluhku sambil meletakkan semula alat

kawalan jauh itu ke atas meja.

“Kalau macam tu apa kata, kita ronda-ronda KL nak. Tak pun lepak-lepak kat kedai

mamak.” Cadang Fitri.

“Ah, tak kuasa aku. Malam-malam macam nilah kita kena rehat. Esok nak kerja lagi

tau.” Bantahku, tidak setuju sama sekalai dengan cadangan Fitri itu. Cadangan yang bukan-

bukan sahaja.

“Tak adalah, aku tengok kau boring semacam je. Dah tu moody pulak tu. Tu yang aku

bagi cadangan macam tu.”

“Mana ada aku moody. Aku biasa jelah.” Tungkasku pantas.

“Eleh, tak payah nak tipu akulah. Sejak Zafril pegi Manila tiga hari lepas kau memang

dah lain macam je aku tengok. Takkan rindu sakan kot.”

“Banyaklah kau.” Aku mengambil bantal sofa dan mencampakan ke arah Fitri yang

sudah tertawa kuat. Geram aku. Bagaimana dengan mudah saja dia dapat membaca perubahan

sikapku kebelakang ini.

Aku dan Fiti berpandangan sesama sendiri apabila loceng rumah berbunyi. Aku

mengerling jam dinding yang menghampiri pukul 11 malam. Siapa pula yang bertandang ke

rumahku malam-malam begini.

Page 248: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

247

“Tak apa, biar aku pergi tengok.” Fitri pantas menuju ke pintu rumah.

Aku pula tiada mood ingin mengetahui siapa yang berhajat bertandang waktu-waktu

begini. Setelah meneguk sedikit air coklat yang dibancuh Fitri, aku terus berbaring di sofa,

sengaja mahu merehatkan diri di situ sebelum masuk ke bilik untuk tidur. Masih teralu awal

untukku masuk tidur.

“Safi, ada orang nak jumpa!” Laung Fitri dari muka pintu.

“Siapa?” Soalku, malas mahu bangun dari pembaringan. Tapi siapa pula yang mahu

berjumpa denganku malam-malam begini,

“Alah, cepatlah sikit. Banyak soallah kau ni.”

Aku segera bangun dari pembaringan dan menjenguk kepala melihat Fitri yang masih

lagi terpacak di depan pintu rumah. Fitri membuat isyarat tangan agar aku memakai tudung.

Kenapa perlu bertudung pula? Aku yang malas mahu berfikir panjang terus menuju ke bilik

dan menyambar tudung berwarna hitam dan menyarungkannya ke kepalaku.

Selesai menggenakan jtudung, aku mendapatkan Fitri yang masih lagi tidak berganjak

dari pintu masuk rumah. Setelah berada di sebelah Fitri, aku terkedu seketika melihat Zafril

sedang berdiri di hadapan pintu rumahku.

“Encik Zafril...” terkedu aku seketika. Hanya namanya yang mampu keluar dari

mulutku. “Bila balik dari Manila?” soalku teruja apabila melihat Zafril yang kini berada di

hadapanku. Rasa lega mula menyelinap di dalam diriku. Rasa rindu yang mengunung pada

lelaki itu sejak keberangkatannya ke Manila tiga hari lalu terubat dengan melihat

kemunculannya di hadapanku. Senyuman terus terukir di bibirnya sedari tadi.

“Baru aje sampai.”

“Kenapa awal sangat balik? Kata pergi sana seminggu?”

“Tak bolehlah duduk sana lama-lama,”

“Kenapa pula?” soalku tidak mengerti.

Page 249: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

248

“Sebab hati saya ada kat sini”

Aku tersenyum malu mendengar kata-kata yang dilukiskan oleh bibir Zafril. Tidak

terkeluar kata-kata balas dariku. Fitri yang berada di sebelahku terus menyikuku

menyebabkan aku terjerit kecil, terperanjat dengan tindakannya itu. Zafril dan Fitri tertawa

kecil melihat tingahku.

“Untuk awak” Zafril menyerahkan sebuah kotak yang dibalut kemas beserta sekeping

kad yang ditampal di atas kotak yang berbalut dengan pembalut yang berwarna merah hati.

“Untuk saya?” Soalku tidak percaya, Aku mengerling Fitri yang masih lagi tidak

berganjak dari tempat dia berdiri tadi. Langsung tiada tanda-tanda dia akan masuk ke dalam

rumah. Dia masih lagi menjadi pendengar setia antara aku dan zafril.

“Ha’ah, oleh-oleh dari Manila.”

Aku menyambut hadiah dari tangan zafril. Kembang hatiku menerima hadiah

daripadanya, apalah agaknya hadiah dari seberang laut itu. Tidak sabar aku ingin

membukanya.

“Ish ish… Siap berkad-kad lagi hah” Ujar Fitri sambil mengerling padaku dan seketika

pada Zafril pula. “Cepatlah buka Safi.”

Aku membesarkan mataku pada Fitri. Merepek sahaja Fitri ini, kalau tidak sabar

sekalipun tunggulah Zafril pulang dahulu, takkan nak dibuka hadiah ini di depan Zafril pula.

“Alah aku bukan suruh kau buka hadiahlah, buka kad tu je.” Fitri yang seperti tahu

sahaja akan kata hatiku terus membela diri. “Kalau buka kad tu sekarang tak apakan?” Fitri

menyoal Zafril pula apabila aku masih lagi tidak mahu menurut katanya.

“Tak apa. Bukalah.” Zafril memberikan kebenaran.

Aku menelan liur apabila Zafril memberikan kebenaran itu. Antara hendak dan tidak,

aku terpaksa juga menarik keluar kad itu apabila Fitri sudah mengendeng rapat di sebelahku

Page 250: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

249

untuk mengetahui isi kad itu. Dalam masa yang sama, hatiku turut berdebar untuk membaca

bait-bait kad di dalam kad itu.

‘Hanya untukmu. Ikhlas daripada Zafril. Mahal Kita.’

Kali ini lututku bergetar hebat. Kaki pula seolah-olah tidak lagi berpijak di bumi

apabila membaca tulisan tangannya. Aku masih lagi merenung kad itu, sedikit pun aku tidak

memandangnya yang berada di hadapanku. Rasa malu mula menghimpit saat ini.

“Mahal kita? Apa pula tu? Tak fahamlah.” Terus Fitri menyoal.

Aku mengetap bibir mendengar soalan dari Fitri. Takkan itu pun Fitri tidak faham,

tidak mungkin dia tidak pernah menonton drama Filipina selama ini. Biar apa pun yang terjadi

aku tidak akan menjawab soalan Fitri itu, tidak akan sesekali soalan itu aku jawab di hadapan

Zafril.

“Oh, Bahasa Tagalong tu. Fitri tak faham ke?” Soal Zafril pada Fitri. Fitri pula

mengeleng kepalanya. “Safi pun tak faham?” Zafril menyoalku pula.

“Tak.” Pantas aku menjawab dan menafikan, sedangkan aku faham benar dengan

makna kata-kata yang tercatat di dalam kad itu. Wajahku masih lagi tertunduk enggan

memandangnya.

“Kalau macam tu tak apalah biar saya terjemahkan. Mahal kita tu maksudnya…”

“Eh, tak apa Encik Zafril, saya faham.” Aku terus mengangkat semula wajahku

memandang Zafril dan sekaligus menghalang zafril dari meneruskan kata-katanya.

Zafril tersenyum melihatku yang sudah kalut semacam. “Betul ni awak faham?” Zafril

masih lagi terus mengusikku.

Aku mengangguk laju dan berharap dia tidak meneruskan niatnya menterjemahkan

kata-kata itu, tambahan pula di hadapan Fitri. Aduh, malunya hanya Tuhan yang tahu.

“Ish, kau ni safi, sekejap tak faham, sekejap faham. Yang mana satu betul ni? Er…

Encik Zafril takkan oleh-oleh untuk Safi je, untuk saya tak ada ke?”

Page 251: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

250

Aku dan Zafril tertawa kecil mendengar kata-kata Fitri. Itulah Fitri begitu mudah

mesra dengan sesiapa sahaja.

“Ada, nah.” Zafril menghulurkan sebuah beg kertas berwarna biru pada Fitri.

Fitri menyambut beg kertas itu dengan hati yang girang, mungkin dia tidak

menyangka yang Zafril turut membelikannya oleh-oleh sedangkan dia tidaklah begitu rapat

dengan Zafril. Mereka hanya pernah berbual sekali dua sahaja.

“Terima kasih.” Senyuman Fitri bertambah melebar sebak sahaja melihat barang yang

terdapat di dalam beg kertas itu.

“Dah lewat malam dah ni. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Zafril terus

melangkah.

“Encik Zafril!”

Zafril yang sudah terlajak beberapa langkah, kini kembali menghentikan langkahnya

dan berpaling ke arahku.

“Terima kasih.”

Zafril cuma tersenyum mendengar ucapan terima kasih dariku. Dan sebelum dia

meneruskan langkahnya, sempat juga dia mengenyitkan matanya padaku.

Aku tersenyum melihat ulahnya. Aku terus memadangnya sehingga kelibatnya

menaiki lif. Belum sempat aku membuka langkah memasuki rumah, Fitri menarik tanganku

dan membawaku ke balkoni rumah. Mata Fitri mula menyelinap di setiap sudut tempat

meletak kenderaan pangsapuri itu.

Beberapa saat kemudian Zafril muncul di bawah dan menaiki teksi KLIA yang sedia

menantinya di situ.

“Amboi, tak sempat-sempat nak balik rumah dulu, terus melencong ke sini. Tak sabar

nak jumpa kaulah tu. Maklumlah tiga hari tak jumpa. Rindu dah membuak-buaklah tu.” Fitri

terus mengusikku.

Page 252: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

251

“Ish, merepek aje kau ni.” Nafiku. Melihat sahaja teksi yang dinaiki Zafril telah

berlalu pergi barulah aku masuk semula ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik. Fitri pula

menuju ke pintu rumah untuk mengunci pintu yang masih terbuka luas.

Aku melabuhkan punggung di atas katil, hadiah pemberian Zafril kutatap sekali lagi.

“Alah buka jelah yang ditenung-tenung tu buat apa?” Fitri meluru masuk dan duduk di

sebelahku. “Bukalah cepat, excited pula nak tahu apa yang ada kat dalam tu.” Fitri pula yang

terlebih teruja untuk melihat isi kandungan kotak berbalut merah itu. Dia merapatkan dirinya

denganku.

Pembalut merah itu kubuka dengan teliti. Sebuah kotak berwarna coklat terhidang di

depan mataku saat ini. Dengan perlahan aku membuka penutup yang menutup kotak itu.

Sebaik sahaja penutup kotak terbuka, aku mengeluarkan sepasang baju. Baju itu seakan-akan

baju kebaya labuh berwarna putih yang hampir sarat dengan manik. Baju berkain satin

membuatkanku terpesona. Jahitannya yang halus dan potongan baju itu menarik, betul-betul

menambat hatiku.

“Amboi… cantiknya baju.” Fitri mengambi baju yang masih di dalam peganganku dan

dia lantas bangun dan membelek-belek baju itu.

“Macam baju pegantin pula aku rasa ni hah.” Tambah Fitri lagi. “Eh, safi cepatlah

pergi cuba.” Desak Fitri, baju itu masih lagi di tangannya dan dia masih membelek-belek baju

berwarna putih itu.

“Nantilah, esok jelah aku cuba, dah malam ni. Aku nak tidurlah, esok nak kerja.”

dalihku, entah kenapa aku jadi segan untuk memcuba baju itu di hadapan Fitri. Lebih-lebih

lagi apabila Fitri telah menyatakan baju itu seperti baju pengantin, perasaan malu itu makin

laju menyelusuri hatiku.

Page 253: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

252

“Okaylah, tapi esok masa kau nak cuba bagitahu aku ye, aku nak tengok.” Fitri

menyerahkan semula baju itu padaku kemudian setelah mengucapkan selamat malam dia

terus berlalu dari bilikku.

Baju yang masih di dalam gengamanku itu kurenung sekali lagi. Aku menyimpan

semula baju itu ke dalam kotak. Walaupun baju itu berjaya mengamit hatiku tetapi tumpuan

dan perhatianku hanya lebih menjurus pada kad yang turut diberikan Zafril.

Aku membuka semula kad yang tadinya tersimpan rapi. Aku membaca semula setiap

bait-bait kata di dalam kad itu. Mahal kita, hatiku berbisik membaca ayat itu berulang kali

tanpa jemu. Apakah maksud Zafril di sebalik ayat yang diungkap dalam Bahasa Tagalong itu?

Benarkah ayat itu luahan hati Zafril pada diriku?

Mahal kita. Aku cinta padamu.

Aku cuba meredakan degupan hati yang semakin tidak keruan kebelakangan ini.

Terasa diri telah dilamun satu perasaan yang tidak pernah aku rasai selama ini. Perasaan yang

memaksa bibirku meluahkan apa yang telah tertulis di hati saat ini. Dan hatiku yang turut

diulit rasa cinta itu seolah-olah minta diluahkan.

Page 254: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

253

DUA PULUH EMPAT

“LEPAS ni suruh despatch hantar perjanjian ni untuk stamping ye.” Zafril menyerahkan

perjanjian yang telah siap ditandatanganinya itu kepadaku yang masih lagi setia berdiri di

hadapannya.

Aku menganggukkan kepala dan mengambil perjanjian yang Zafril berikan.

“Dah nak waktu lunch ni encik Zafril, saya keluar dulu.”

“Okay.” Zafril memberikan kebenaran dan menghulurkan seulas senyuman padaku.

“Encik tak keluar lunch ke?”

Zafril yang sudah mula menatap desktopnya, berkalih semula memandangku. “Kejap

lagi kut, tak apalah awak keluar dulu. Banyak kerja nak buat ni.”

Apabila Zafril mula memberi tumpuan pada desktopnya semula, aku mula mengorak

langkah meninggalkannya.

“Safi!”

Panggilan itu membuatkan aku kembali berpaling memandang Zafril semula.

“Baju yang saya bagi semalam, awak dah cuba ke?” Soal Zafril yang sudah

meninggalkan kesemua kerja-kerjanya dan tepat memandangku.

Aku sekadar mengangguk, malu pula untuk bersuara. Ya, memang itu hakikatnya.

Sewaktu Fitri keluar dari bilikku semalam, aku terus mencuba baju itu terlebih dahulu

sebelum menyimpannya.

“Muat?”

Dengan segalit senyuman aku mengangguk lagi. Baju itu memang elok terletak pada

badanku.

Zafril tersenyum senang hati. “Suka?”

“Suka, pandai encik pilih.” Pujiku setelah lama mendiamkan diri. Memang aku

menyukai baju itu. Baju itu begitu cantik di mataku. Tapi jujurnya, aku lebih tertarik pada kad

Page 255: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

254

yang Zafril berikan. Tapi tidak perlu untuk aku membuat pengakuan tentang perkara itu di

hadapannya. Perasaan malu lebih menguasai diriku kini.

“Baju tu yang paling simple, yang ada kat situ. That’s why saya beli satu.”

Aku tergelak kecil mendengar kata-kata Zafril. Aku tahu dia sengaja mahu

mengusikku dengan berkata begitu. Simple! Bukankah itulah istilah yang aku gunakan untuk

baju yang aku pakai sewaktu kami ingin menghadiri majlis makan malam Tanjak Holding

dahulu. Kini kata-kata itu terpalit pula padaku.

“Keluar lunch dengan siapa?” Zafril sengaja menukar topik perbualan apabila aku

hanya mendiamkan diri.

“Macam biasalah, dengan Amy dengan Kak Ros. Kenapa?” Rasanya Zafril tahu

dengan siapa aku selalu keluar makan setiap hari, tetapi mengapa dia masih menanyakannya

lagi.

“Hari ni awak keluar makan dengan saya. Biar Amy makan dengan Ros aje.” Ujar

Zafril sambil mula menutup beberapa fail di hadapannya. Dicapainya telefon bimbit yang

berada di atas meja sebelum dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

“Eh, bukan encik kata banyak kerja ke tadi?” aku masih lagi tidak berganjak. Aku

merenung Zafril yang telah bangun dan berjalan menuju ke arahku.

Zafril tersenyum mendengar soalan yang aku berikan. “Kerja tu sampai bila-bila pun

tak habis. Hari ni siapkan, esok ada lagikan!” dengan pantas Zafril berjalan, mendapatkan

pintu, lalu dia membuka pintu biliknya itu dan memberi laluan agarku keluar terlebih dahulu

daripadanya.

Aku hanya menurut sahaja setiap katanya. Tadi bukan main mahu menyiakan kerja

seolah-olah tiada lagi esok tapi tiba-tiba pula berubah fikiran pula. Nampaknya terpaksalah

aku membatalkan janjiku dengan Amy dan Kak Ros.

Page 256: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

255

AKU menoleh apabila mendengar namaku dipanggil dari arah belakang. Aku lantas

tersenyum apabila terlihat Shania yang semakin menghampiri.

“Kak Safi, buat apa kat sini?” Soal Shania sebaik sahaja dia berdiri di hadapanku.

“Tunggu bos akak, nak lunch. Nia baru sampai ke dah nak balik?” balasku yang

sedang berdiri menunggu Zafri di tangga hadapan Restoran Sri Selasih, sementara Zafril

mencari parking kereta.

“Baru aje sampai, masuk pun belum. Nampak akak kat sini tu yang jumpa akak dulu.

Ingatkan akak tunggu pakwe tadi, rupa-rupanya tunggu bos.” Sakat Shania dengan senyuman

yang semakin melebar.

“Ish… memandai je.” Sangkalku sedangkan hati sedang berbunga mendengar kata-

kata Shania.

“Hai, Safi.” Lelaki yang sedari tadi berdiri sahaja di sebelah Shania memulakan bicara

setelah lama menjadi pemerhati.

Segera aku berkali memandang lelaki yang memakai kemeja biru itu. Memoriku cuba

bergerak laju mengenal pasti lelaki yang memanggil namaku. Bagaimana lelaki itu

mengenaliku? Tapi aku seolah-olah pernah berjumpa dengan lelaki itu tapi aku lupa di mana?

“Eh, you kenal Kak Safi?” Soal Shania kehairanan pada lelaki di sebelahnya yang

tidak sudah-sudah merenungku dengan senyuman yang melebar. Shania pula sudah

tersenyum-senyum melihat tingkah lelaki itu.

“Kenal.” Jawab lelaki itu pada Shania namun matanya masih terarah padaku.

“Oh, really…” Shania kelihatan sedikit teruja, kemudian Shania memandangku

semula. “Akak kenal Hafiz?”

Faiz Hafizi! Nama itu tiba-tiba muncul di benakku, kini aku telah dapat mengingat

lelaki itu. Namun ada rasa kurang enak yang membukam di hatiku. Sudahlah bayaran

kerosakan kereta lelaki itu belum kujelaskan, janjiku untuk menghubunginya hampir sebulan

Page 257: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

256

yang lalu pun tidak aku tunaikan. Pasti di waktu ini Hafiz berfikir yang bukan-bukan tentang

diriku. Bukan aku sengaja tidak mahu menghubunginya tetapi aku benar-benar terlupa.

“Kenapa tak masuk lagi?”

Baru sahaja aku ingin meminta maaf pada Hafiz, Kelibat Zafril tiba-tiba muncul,

berjalan semakin rapat menghampiriku. Jadi niatku itu, aku simpan dahulu.

“Saya tunggu encik tadi, tapi terserempak pula dengan adik saya. Encik Zafril…

kenalkan yang ni adik saya…”

“Abang Add!”

Belum sempat aku menghabiskan kata Shania tiba-tiba mencelah. Pantas aku menoleh

pada Shania yang telah pun menitis air matanya. Aku benar-benar terkejut melihat perubahan

mendadak Shania itu, tadi elok sahaja Shania tersenyum gembira, mengapa tiba-tiba sahaja

dia menangis?

“Abang Add!” ulang Shania sekali lagi dan berjalan perlahan mendapatkan Zafril yang

berada di sebelahku. Sampai sahaja di hadapan Zafril, Shania mendapatkan tangan kanan

Zafril bersalaman dan mencium tangan itu.

Zafril pula kelihatan benar-benar terkejut, melihat tingkah Shania waktu ini. Aku

sendiri turut terperanjat. Kenapa Shania mengelarkan Zafril sebegitu? Bukankah Abang Add

itu adalah sepupu Shania yang telah lama terpisah. Mungkinkah Zafril ini sepupu Shania?

Abang Add yang selalu Shania ceritakan padaku sejak dahulu lagi? Lelaki yang benar-benar

telah membuat aku ingin bertemu dengannya setiap kali nama itu keluar dari bibir Shania,

lewat penceritaan tentang abang sepupunya itu.

“Abang Add, dah tak ingat kat Shania?” Soal Shania apabila Zafril masih lagi

mendiamkan dri dan hanya memandang wajahnya.

“Qistina Shania?” ungkap Zafril perlahan, cuba untuk mendapatkan kepastian dari

telahannya itu.

Page 258: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

257

Shania mengangguk laju, air mata masih lagi mengalir di pipinya. Zafril akhirnya

tersenyum gembira. Melihat senyuman yang Zafril berikan padanya aku yakin memang dialah

abang sepupu Shania yang amat Shania rindukan selama ini. Sungguh aku tidak menyangka

bahawa aku sudah lama bertemu dan berkenalan dengan abang sepupu Shania ini.

“Shania sihat?” suara Zafril bergetar sayu mungkin dia terasa sayu dengan pertemuan

itu, aku yang berada di sebelahnya tidak lagi dihiraukannya. Perhatiannya hanya tertumpu

pada Shania seorang sahaja saat ini.

“Sihat.” Shania turut sebak seketika, Hafiz yang berada di sebelahnya juga tidak lagi

dihiraukan.

Aku dan Hafiz saling berpandangan. Dia terdiam dan aku hanya mampu berdiri kaku

di situ.

“Er… kita masuk dalam dululah.” Cadangku apabila masing-masing sibuk melayan

perasaan. Zafril dan Shania mengangguk serentak kemudian mereka beriringan masuk ke

dalam restoran itu. Aku pula beriringan dengan Hafiz.

“Siapa tu?” Soal Hafiz sambil berbisik padaku.

“Abang sepupu Nia. Dah lama dia orang tak jumpa sebenarnya.” Aku memberikan

jawapan yang Hafiz perlukan.

“Oh…” Hanya itu yang terkeluar dari bibir Hafiz.

Keadaan restoran yang agak sesak pada waktu kemuncak begini menyebabkan kami

berempat tidak dapat duduk semeja. Hanya terdapat dua meja kosong sahaja pada waktu ini,

itu pun di tempat yang agak jauh antara satu sama lain.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk membiarkan Zafril duduk semeja dengan

Shania. Aku pula duduk semeja dengan Hafiz yang terletak berhampiran dengan pintu masuk.

Zafril menerima cadangan aku itu tanpa banyak soal. Aku benar-benar tidak menyangka

bahawa Zafrillah abang sepupu Shania selama ini, jika aku tahu tentag hal itu, sudah lama aku

Page 259: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

258

mempertemukan mereka berdua. Aku masih lagi memerhatikan Zafril yang rancak berbual

dengan Shania yang berada di sudut restoran.

“Safi, jemput.”

Aku tersentak apabila mendengar suara Hafiz. Di hadapanku telah terhidang chicken

chop dan segelas air tembikai, begitu juga di hadapannya. Bila masa dia membuat pesanan itu,

aku sendiri tidak pasti. Dan bila masa makanan itu dihantar ke meja, juga aku tidak perasan.

Pandanganku sejak duduk di meja itu tadi hanya tertumpu pada Zafril dan Shania sahaja.

“Safi tak kisahkan saya order menu ini?”

Aku menghulurkan senyuman. “Saya okay je. Apa-apa pun boleh.”

Selepas mengaminkan doa yang Hafiz bacakan aku dan dia mula menjamu selera,

namun kadang-kadang mataku masih lagi memadang ke arah Zafril dan Shania. Mataku

menghala ke arah Hafiz pula yang begitu berselera menjamu hidangan di hadapannya.

“Hafiz, saya nak minta maaf sebab saya tak tunaikan janji saya untuk call awak

semula Saya betul-betul terlupa.” Malu juga aku untuk membuka kisah itu semula. Janjiku

padanya bukan baru seminggu dua tetapi telah lama tidak ditunaikan.

“Tak apa, saya faham.”

Senang hatiku apabila mendengar dia berkata begitu. “Berapa ye saya kena bayar?”

aku tidak mahu melengah-lengahkan lagi perkara itu, lagi dilengahkan takut nanti dia akan

terlupa terus tentang masalah yang satu ini.

“Bayar?” kening Hafiz sudah berkerut seribu menandakan dia langsung tidak

memahami maksud disebalik kata-kataku.

“Bayaran kerosakan kereta Hafiz yang langgar hari tu.” Aku cuba mengingatkannya.

“Oh, pasal kereta tu. Tak apalah, tak payah bayar, bukannya banyak sangat pun yang

rosak.”

Page 260: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

259

“Eh, mana boleh macam tu. Saya yang langgar kereta Hafiz jadi saya mesti

bertanggungjawab.” Aku masih berkeras, mahu membuat bayaran. Daripada pengamatanku,

aku tahu dia seorang yang baik hati walaupun kami baru berjumpa dua kali. Tapi aku tidak

mahu mengambil kesempatan atas kebaikannya itu.

“Tak apa, tak payah.” Hafiz masih lagi berkeras sepertiku.

“Tapi…”

“Kalau Safi nak bayar juga, apa kata Safi bayar harga makanan tengah hari ni aje.

Macam mana?” Hafiz membuat tawaran, membuat pertukaran denganku.

Aku mengeluh, aku tahu dia pasti sudah bertekad tidak mahu aku membayar harga

kerosakan kereta itu. Hendak atau tidak, aku terpaksa juga menerima pertukaran seperti mana

yang dia cadangkan. Apalah sangat harga makanan tengah hari itu jika dibandingkan dengan

kerosakkan keretanya, pasti mahalnya lebih berganda.

“Hafiz dah lama kenal Nia?” sengaja aku menukar topik perbualan.

“Kami satu kuliah masa kat U dulu. And she my best friend.” Hafiz membuka cerita.

“Oh, jadi sebaya dengan Nialah ni?” Aku jadi teruja apabila mendengar kisah Hafiz

itu. Aku tidak sangka Shania mempunyai kawan baik di Amerika, lelaki pula tu. Shania tidak

pernah bercerita padaku sebelum ini.

Hafiz mengangguk sambil mengunyah perlahan ayam yang baru dmasukkan ke dalam

mulutnya.

“Jadi Hafiz kena panggil saya kak safilahkan.?”

Tersedak Hafiz apabila mendengar cadanganku itu. Dia menepuk perlahan dadanya.

Aku yang terkejut melihat Hafiz tersedak, dengan pantas mengambil air kosong yang berada

di atas meja, lalu aku serahkan kepadaya. Dia menyambut air yang kuhulurkan dan

meneguknya perlahan. Setelah berasa lega, dia kembali memandangku semula.

Page 261: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

260

“Kenapa pula saya kena panggil Safi kakak?” protes Hafiz yang nampaknya tidak

puas hati dengan cadanganku.

“Iyalah Hafizkan sebaya Nia, saya pula tua dua tahun dari Nia. So, Hafiz kena panggil

saya akaklah,” aku masih lagi cuba menyakinkanya agar menerima cadanganku.

“Alah dua tahun je, bukannya jauh pun bezanya. Tak payahlah nak berakak-akak.”

Aku menjungkitkan bahu, tidak mahu memaksanya.

“Jom saya hantar Safi balik pejabat.” Hafiz mula bangun apabila kami selesai

menjamu selera.

“Er… tapi Nia macam mana?” Bukan aku bermaksud untuk menolak pelawaannya

tapi bagaimana pula dengan Shania?

“Tak apa Nia nanti abang sepupu dia boleh tolong hantarkan.”

Aku mengerling memadang Zafril yang sedang rancak berbual dengan Shania.

Terpancar wajah kegembiraan pada wajah mereka berdua saat ini. Dan aku yang tidak mahu

menganggu mereka, mengambil keputusan untuk menerima cadangan Hafiz untuk berlalu

meninggalkan restoran itu bersamanya.

Page 262: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

261

DUA PULUH LIMA

“AKAK!”

Shania melompat ke arahku lantas terus memelukku yang sedang berbaring di atas

katil. Terkejut aku dengan kehadirannya dibiliku secara tiba-tiba itu. Entah bila dia masuk,

aku tidak perasan. Jauh benar aku membuang lamunan sebentar tadi.

“Ish, cuba bagi salam dulu.” aku mengiring mengadapnya.

“Opsss… sorry ye Ustazah. Assalamualaikum.” Girang sekali Shania tika ini.

“Waalaikumusalam.” Aku tersenyum apabila dia mengelarku begitu.

“Akak menungkan apa tadi? Sampai Nia masuk pun akak tak perasan. Terkenangkan

Hafiz ke?”

Aku mengetap bibir. Sejak pertemuan kami berempat beberapa hari lalu di restoran,

Shania seolah-olah sedang cuba merapatkan aku dan Hafiz. Setiap kali kami bertemu, pasti

dia akan bercerita tentang Hafiz. Habis semua benda tentang Hafiz diceritakan padaku,

rasanya tiada satu pun perkara tentang Hafiz yang dia tahu tidak dia ceritakan padaku. Aku

pula hanya memampu mendengar setiap kisahnya.

“Jangan nak merepek ye.” Sangkalku terus. Memang bukan dia yang aku fikirkan

sebentar tadi.

Shania ketawa besar. “Tapikan kan kak, Hafiz tu nampak macam…”

“Dah… dah, jangan nak melalut lebih-lebih.” Segera aku sekat segala apa yang ingin

Shania sampaikan padaku. Sejak dahulu aku memang tidak suka jika ada yang mahu menjadi

matchmakerku. Entah-entah Hafiz sendiri tiada apa-apa perasaan padaku, cuma Shania saja

yang berlebih-lebih.

“Dari mana ni?” Soalku cuba menukar topik perbualan. Dan yang sebenarnya, aku

memang mahu tahu dari mana dia malam-malam begini baru sampai ke rumah orang tuaku ini

sedangkan mak lang sudah pun sampai sejak petang tadi.

Page 263: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

262

“Nia keluar dengan Abang Add tadi. Dari pagi keluar jalan-jalan, shoping, makan-

makan… Seronok betul.” Beria-ia Shania bercerita padaku.

Aku tersenyum kelat, patutlah dari pagi tadi sehingga kini Zafril tidak langsung

menghubungiku. Sedangkan selalunya pada hari minggu begini dia pastinya akan

menghubungiku. Paling tidak pun waktu malam begini, sudah tentu aku akan menerima

panggilannya yang samata-mata untuk berbual-bual denganku. Nampaknya malam ini tidak

mungkin dia menghubungiku seperti selalu. Dia pastinya akan terus tidur sebaik sahaja

sampai di rumahnya nanti. Eh… kenapa pula aku sibuk memikirkan dirinya? Kini soalan itu

bermain difikiran.

“Akak nak tahu tak, esok Nia mula kerja kat Adni Maju tau.”

Aku terkejut. Benar-benar terkejut. Betulkah begitu? “Ye ke?” ada rasa teruja

mendengar berita itu. Bekerja di bawah satu bumbung dengan Shania sudah tentu hal yang

mampu mengembirakan hatiku.

“Yup, Nia cakap suka-suka je tadi, tapi tak sangka pula, Abang Add setuju dengan

cadangan Nia tu.”

“Baguslah tu, akak pun suka kalau Nia kerja kat situ. Boleh akak buli Nia.” Selorohku.

“Ish, jahatlah akak ni. Tak baik tau buli budak baik macam Nia ni.”

Aku tersenyum mendengar Shania yang mula memuji dirinya sendiri. “Shania dah

jumpa parent Abang Add?” Soalku, entah kenapa bila berbual dengan Shania aku lebih

senang mengelarkan zafril sebagai Abang Add. Mungkin kerana nama itulah yang

memperkenalkan aku dengan Zafril tanpa aku sedar.

Wajah Shania yang ceria tadi sudah berubah masam. “Buat apa nak jumpa dia orang?”

balas Shania lemah.

Page 264: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

263

“Parent Abang Add tu kan saudara kandung Nia. Sampai bila Nia nak mengelak

jumpa dengan dia orang?” Aku terus menerus memujuk Shania. Aku tahu dia masih marah

dengan ibu Zafril, tapi aku tidak mahu dia jadi begitu pendendam dengan saudara sendiri.

“Nanti-nantilah.” Balasnya dengan nada malas.

“Nanti… bila Nia… Kalau…”

“Okaylah kak, Nia nak mandi ni. Macam biasalah Nia pinjam baju akak ye.” Shania

terus memotong kataku dan berlalu ke almari pakaian di sudut bilik.

Aku mengeluh perlahan, sejak beberapa hari lalu aku asyik menasihatinya supaya

berjumpa dengan orang tua Zafril, namun hatinya seolah-olah sudah keras dan tidak dapat

dilentur lagi. Aku hanya mampu berdoa agar ALLAH membuka pintu hatinya menziarahi

saudaranya yang sudah lama terpisah itu.

“HAH! Apa ni first day kerja dah lambat?” Aku pura-pura meninggikan suara dan

mengjengkilkan mata pada Shania.

Shania tersenyum memandangku yang berdiri tegak di hadapannya sambil mencekak

pingang. “Alah, Kak Safi, kan ada lima mnit lagi sebelum masuk waktu pejabat. Kira tak

lambatlah kan.” Kata Shania sambil mencubit pipiku perlahan.

Aku tertawa kecil, aku memang tidak boleh pura-pura marah pada Shania apatah lagi

pasti ada sahaja yang Shania akan lakukan untuk mencuit hatiku jika aku mula marah.

“Dah jom masuk jumpa big boss.” Aku menarik tangan Shania dan membawanya

masuk ke dalam bilik Zafril yang pintunya terbuka luas sedari tadi.

“Dah sampai pun, jemput duduk.” Zafril memberhentikan bacaannya pada akhbar

yang tadinya ditatap, kemudian dia melipat semula akhbar itu dan diletakkan ke tepi.

Shania mula mengambil tempat duduk di hadapan Zafril dan aku lebih senang berdiri

sahaja di sebelah Shania.

Page 265: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

264

“Kak Safi tak duduk ke?” Shania menarik satu lagi kerusi di sebelahnya, memberi

ruang untukku duduk.

“Tak apa, akak ada kerja kat luar. Kerja elok-elok ye. Akak cuma nak nasihatkan Nia

supaya hati-hati sikit dengan kaki buli yang ada kat depan Nia ni.”

Membulat mata Zafril mendengar aku berkata begitu pada Shania. Walaupun aku

hanya berbisik dengan Shania namun nampaknya Zafril dapat mendengar dengan jelas setiap

patah perkataan yang keluar dari bibirku.

“What? Kaki buli?” Zafril merenungku tajam.

“Yes, you’re.” balasku dan Shania serentak. Kemudian kami sama-sama ketawa dan

Zafril turut tersenyum memandang kami.

“Kalau Nia nak tahu, Encik Zafril ada buat undang-undang pelik kat syarikat ni.

Semua pekerja baru diwajibkan cuci tandas selama seminggu.” Sengaja aku mereka cerita,

menyakat Shania. Sudah lama aku tidak mengusik gadis cantik ini.

“Really? Oh, no!” Shania kelihatan benar-benar terkejut.

Aku mengetap bibir menahan tawa yang ingin keluar. Apabila aku melihat Zafril cuba

membuka mulut bagi menyangkal dakwaanku itu, pantas aku mengenyitkan mata kananku

padanya, memberi isyarat agar dia turut masuk dalam rancanganku untuk mengusik Shania.

Aku tahu, jika memang ada undang-undang sebegitu di syarikat ini, pasti Zafril tidak akan

sampai hati mengarahkan adik sepupu kesayangannya melakukan tugasan itu.

“Abang Add, betul ke ni?” Soal Shania sekali lagi apabila Zafril hanya mendiamkan

diri dan merenung diriku. Matanya masih lagi terarah padaku, panggilan daripada Shania

seumpama angin yang tidak langsung terdengar pada pendengarannya. Aku pula semakin

malu pada Shania apabila Zafril merenungku sehingga sebegitu sekali.

“Abang Add?” Panggil Shania sekali lagi.

Page 266: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

265

Suara Shania yang sudah sedikit meninggi itu menghentikan renungannya padaku. Pantas dia

menoleh pada Shania, namun masih tidak mengeluarkan sebarang kata.

“Akak tak tahu. Pandai-pandailah Nia handle ye.” Aku terus melangkah keluar dari

bilik itu membiarkan Zafril berdua dengan Shania.

Gugup pula kurasa apabila menerima pandangan sebegitu dari Zafril di hadapan

Shania. Entah apa yang membuatkan dia merenungku sehingga sebegitu sekali sebentar tadi.

Sy tggu Safi kat bawah, pukul 12.30. Sy nk mnt tolong sikit.

APABILA selesai membaca mesej kiriman Hafiz itu aku tahu tidak ada ruang lagi untukku

mengelak darinya kali ini. Sejak minggu lalu, sudah banyak kali aku mengelakkan diri apabila

dia mengajakku untuk bertemu dengannya. Jadi kali ini aku tidak mampu mengelak lagi.

Lantas aku menelefon Hafiz untuk menyatakan persetujuanku. Lagipun dia memerlukan

pertolonganku jadi tidak salah aku menghulurkan pertolongan pada lelaki yang baik hati itu.

Tepat pukul 12.30 tengahari aku terus turun dari bangunan pejabatku, aku pasti hari ini

Zafril akan keluar makan tengahari bersama dengan Shania jadi aku tidak mahu menganggu

mereka berdua. Sampai sahaja aku di bawah, Hafiz telah sedia menungguku bersama-sama

dengan kereta yang pernah aku langgar dahulu.

“Sorry lambat sikit.” Aku melemparkan senyuman pada Hafiz yang bersandar di sisi

keretanya.

“Tak lambatlah, oklah ni.” Hafiz bergerak dan membuka pintu penumpang hadapan

untukku.

Aku tersenyum kelat dengan tindakan Hafiz. Aku sememangnya dari dahulu tidak

suka jika ada orang lain membuka pintu kereta untukku. Mungkin kebanyakkan wanita

menganggap tindakan itu bersifat gentleman, tapi bagiku itu semua tidak perlu. Kalau sekadar

Page 267: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

266

membuka pintu kereta, bukanlah masalah yang terlalu besar sehingga memerlukan bantuan

orang lain.

Hafiz meneruskan pemanduannya apabila dia pun sudah berada di dalam kereta. Aku

membiarkan sahaja dia menentukan destinasi kami. Setelah keretanya sampai di Taman

Melawati, dia membelok keretanya memasuki sebuah kawasan rumah banglo yang telah

diubah suai menjadi sebuah ruang pejabat. Aku menoleh memandang papan tanda perniagaan

yang tertera. ‘Trend Decoration’. Aku lantas memandang Hafiz dan mengangkat kening

apabila dia sudah mematikan enjinnya.

“This company buat decoration untuk rumah yang saya baru beli. Saya nak Safi bagi

cadangan untuk decoration bilik bacaan dan bilik utama saya. Bahagian yang lain semua dah

hampir siap cuma tinggal dua bahagian tu aje yang saya cerewet sikit.”

“Kenapa tak guna tema yang sama je?” Soalku setelah kami keluar dari kereta dan

menuju ke dalam pejabat utama syarikat decoration itu.

“Maksud Safi?”

“Yelah, contohnya kalau bahagian lain dah guna tema English stail ataupun Arabic

stail, so guna jelah tema yang sama bagi bilik bacaan dan bilik utama, kan senang.” Aku

memberikan cadangan. Terlalu banyak tema dekorasi di dalam sesebuah rumah hanya akan

membuatkan rumah itu nampak terlalu semak pula nanti. Itu pandangan peribadiku

“Betul juga tu, tapi kalu semua bahagian guna tema yang sama takut boring pula.”

Belum sempat aku terus memberikan pandangan, kami terlebih dahulu telah disambut

sebaik sahaja melangkah masuk. Wanita yang tudung litup, yang Hafiz kenalkan sebagai

pemilik syarikat tu itu menerangkan beberapa cadangan tema untuk bilik bacaan dan bilik

utama. Dan Hafiz nampaknya lebih senang aku yang membuat keputusan untuk dirinya.

Aku pula yang beria-ia memberi pendapat dan komen tentang cadangan yang

dibentangkan oleh pereka dalaman itu. Hafiz hanya mendiamkan diri sahaja. Dia hanya

Page 268: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

267

memerhati sambl tersenyum. Sebenarnya aku bukannya tahu sangat tentang hal-hal

penguabhsuaian rumah, jadi aku sekadar menyuarakan pendapatku tentang warna yang dipilih

dan material yang akan digunakan. Rasanya pendapat sebegitu sesiapa sahaja boleh

memberikannya.

Hampir sejam kemudian barulah perbincangan itu tamat. Aku mengerling jam tangan,

hampir 1.30 petang. Pukul 2.00 petang nanti waktu pejabat akan bersambung semula, jadi aku

mahu segera pulang ke pejabat.

“Terus hantar saya ke pejabat ye.” Kataku apabila sudah berada dalam kereta dan

mengenakan tali pinggang keledar.

“Eh, tak nak pergi makan dulu ke?”

“Tak apalah, dah lambat ni. Takut bos mengamuk pula kalau lambat.”

“Mana boleh macam tu. Takkan tak nak makan tengah hari ni. Nanti perut Safi masuk

angin pula. Tak apa, kita pergi makan dulu. Bukannya lama pun, sekejap je.” Hafiz mula

melepaskan brek tangan dan memandu keluar dari kawasan letak kereta.

Aku mula mencongak-congak, memikirkan cara agar aku dapat memenuhi

kehendaknya sekaligus aku akan sampai tepat pada masanya di pejabat.

“Kita pergi drive-thru Mcd ajelah. Lepas tu makan dalam kereta. Taklah saya dan

Hafiz lambat masuk pejabat. Macam mana?” Cadangku.

“Tak apa ke? Sempoi sangat tu.” Hafiz seakan-akan berat mahu menerima

cadanganku.

“Tak apa. Saya tak kisah.” Aku cuba menyakinkan Hafiz.

“Okaylah, saya ikut Safi aje.” Hafiz membelok keretanya mencari restoran Mcd yang

berhampiran.

Setelah membuat bayaran untuk dua set burger, Hafiz meneruskan pemanduannya

menuju ke pejabatku.

Page 269: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

268

“Hafiz tak makan ke?” segan pula aku untuk makan seorang di dalam kereta itu dan

Hafiz pula terpaksa memandu.

“Tak apa, Safi makan dulu.” Balasnya sambil mengerling sekilas padaku di

sebelahnya.

Aku mengangguk kepala dan mula menjamah burger yang berada di tangan.

“Safi, saya tanya satu soalan boleh?” Soal Hafiz secara tiba-tiba.

Aku mengelap mulut dengan tisu yang turut disediakan di dalam beg kertas itu,

kemudian aku menganggukkan kepala membenarkan dia meneruskan soalannya.

“Safi, dah ada teman lelaki?”

Aku yang baru sahaja ingin menyedut air dari straw menghentikan perbuatanku

apabila mendengar soalan Hafiz. Aku tersentak, tidak menyangka dia akan menanyakan

soalan sebegitu padaku. Nasib baik aku belum menyedut air itu, jika tidak pasti tersembur

keluar semula air itu dari mulutku.

Apakah jawapan yang harus aku berikan padanya? Memang aku belum mempunyai

teman lelaki tetapi di hatiku kini kian tertanam suatu nama. Zafril! Iya aku mengaku yang aku

sudah mula jatuh cinta pada lelaki itu. Tapi aku tidak tahu sama ada dia turut mencintaiku

atau tidak kerana tiada kata-kata cinta untukku yang terluah dari bibir lelaki itu. Memang aku

ada menerima kad yang mengandungi kata-kata cinta darinya tapi aku tidak tahu sama ada dia

memang bermaksud sebegitu atau dia sekadar mahu mengusikku seperti selalu. Jadi aku

sebenarnya tidak tahu siapa sebenarnya aku di hati Zafri;? Jadi jawapan apa yang perlu aku

berikan pada Hafiz dan mengapa pula Hafiz mahu mengetahui tentang hal itu?

“Dah ada ke?” Soal Hafiz sekali lagi apabila aku masih membatukan diri seolah-olah

tidak mahu menjawab soalan itu.

“Belum” sepatah perkataan yang keluar dari mulutku dan aku bertambah pelik apabila

terlihat senyumannya apabila itu yang aku sampaikan.

Page 270: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

269

“Burger Hafiz ni saya letak kat belakang ye.” Sengaja aku menyimpangkan topik

perbualan. Aku tidak mahu meneruskan perbualan sebentar tadi. Senyuman yang Hafiz

lemparkan terasa semacam.

Sebaik sahaja Hafiz memberhentikan keretanya di hadapan bangunan pejabat itu, aku

dengan pantas membuka tali pinggang keledar, aku sudah tidak sabar-sabar mahu keluar dari

kereta itu.

“Terima kasih.” Ujarku pada Hafiz dan tanganku sudahpun memegang pembuka

pintu.

“Saya yang sepatutnya berterima kasih pada Safi.”

“Tak apa hal kecil je tu. Okaylah saya naik dulu.”

“Eh, Safi nanti dulu.” Halang Hafiz apabila aku telah pun menoleh dan ingin

membuka pintu keretanya. Aku berpaling memandang Hafiz semula.

“Lepas ni kalau saya nak keluar dengan Safi lagi boleh?”

Aku terdiam seketika, tidak bersuara. Aku masih berfikir jawapan apa yang harus aku

berikan padanya kali ini. Dan sewaktu aku masih berfikir tingkap kereta di sisku diketuk

seseorang. Aku menoleh memandang Shania yang sedang membongkokkan badannya

memandang kearahku dan Hafiz silih berganti. Sambil tersenyum, Shania memberi isyarat

tangan agar kami segera keluar dari kereta.

Tanpa menjawab soalan dari Hafiz aku terus sahaja kelaur dari kereta, begitu juga

dengan Hafiz. Aku merasa lega dengan kedatangan Shania itu secara tidak langsung aku tidak

perlu menjawab soalan yang Hafiz ajukan sebentar tadi.

Namun rasa legaku tidak lama, sebaik sahaja aku keluar dari kereta, Zafril turut berada

di situ. Betul-betul di sebelah Shania. Semua itu membuatkan jantungku mula berdegup laju.

Entah kenapa aku seboleh-boleh tidak mahu Zafril tahu yang aku keluar bersama Hafiz.

Wajah Zafril yang kelat sedari tadi menyebabkan jiwaku turut gundah.

Page 271: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

270

“Patutlah awal lagi dah pergi lunch. Rupa-rupanya keluar dating ye.”

Kata-kata Shania sebaik sahaja aku keluar dari kereta lagi menambahkan rasa tidak

senang yang mula menjalar dalam diri. Dan kerana kata-kata Shania itu jugalah Zafril terus

memandangku tajam. Aku dan dia saling berpandangan, pandangannya itu menikam anak

mataku. Aku pantas mengalihkan pandangan apabila menerima merenungan itu.

“Mana you bawa kakak I dating?” Shania terus menyoal Hafiz.

“You nikan Shania, ada-ada je kan.” Ceria sahaja suara Hafiz ketika ini. Hanya aku

yang makin tidak menentu.

“Yelah, dah keluar berdua-dua, datinglah tu namanyakan. You dengan kakak I ni ada

apa-apa rahsia hati yang I tak tahu ke?” makin ligat pula Shania mengusikku dan Hafiz.

“Nia…” tekanku perlahan tapi tegas. Aku tidak mahu Shania berkata yang bukan-

bukan, lebih-lebih lagi di hadapan Zafril.

“Rilekslah Kak Safi, kalau dah ada bunga-bunga kemesraan tu apa salahnyakan.”

Shania masih lagi tetap dengan sikapnya.

“No comment.” Tambah Hafiz dengan tawa dan Shania turut tertawa.

Tapi hanya aku dan Zafril yang membisu. Aku menahan rasa hati yang makin

berdebar hebat. Zafril pula diam seribu bahasa. Langsung tidak berkata apa, hanya rahangnya

sahaja yang kelihatan bergerak, seolah-olah menahan marah.

“Zafril Adli!” Zafril mengunjurkan tangan pada Hafiz dan Hafiz turut menyambut

unjukan salam itu.

Apabila melihat Zafril dan Hafiz berjabat tangan aku makin tidak sedap hati. Aku cuba

menenagkan diri kerana tiada apa yang perlu aku takutkan sebenarnya. Zafril hanya

majikanku jadi mengapa aku harus terus berdebar begitu.

“Lupa pula nak kenalkan.” Shania menepuk dahinya. “Abang Add kenalkan ini kawan

Shania masa kat U dulu, Faiz Hafizi. Hafiz ni abang sepupu I. Hari tu kita ada jumpa,

Page 272: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

271

ingatkan!” Shania memperkenalkan mereka berdua. Walaupun mereka pernah berjumpa

minggu lalu tapi Shania tidak sempat memperkenalkan mereka waktu itu.

“Ingat! Erm.. Okaylah, saya minta diri dulu. Shania see you later. Safi, I’ll call you

later.” Hafiz meminta diri setelah bersalaman sekali lagi dengan Zafril, Hafiz terus masuk ke

dalam keretanya. Sempat juga Hafiz melambaikan tangan padaku sebelum memasuki kereta.

Tanpa menungu kereta Hafiz bergerak, Zafril pantas berpaling dan berjalan masuk ke

dalam bangunan 18 tingkat itu. Melihat zafril mula beredar, aku dengan Shania segera

mengekori langkah lajunya. Sepanjang perjalanan ke lif Shania sibuk bertanya itu dan ini

padaku. Semuanya pertanyaannya itu berkisar tentang rancangan makan tengah hari aku dan

Hafiz tadi. Aku sebenarnya tidak mahu Shania terus bercerita tentang perkara itu tapi aku

tidak tahu bagaimana untuk membuatkan Shania menutup mulutnya.

“Akak keluar dengan Hafiz tadi sebab dia minta tolong akak bagi pendapat pasal

decoration rumah baru dia. Tu aje. Mana ada keluar makan berdua pun.” Terangku pada

Shania yang berada disebelahku. Dan yang sebenarnya aku berharap agar zafril turut

mendengar penjelasanku itu. Walaupun dia tidak meminta sebarang penjelasan daripadaku

tapi entah kenapa hatiku tetap mahu menjelaskan padanya.

“Decoration kondo dia tu ke?” Soal Shania lagi.

Aku mengangguk kepala, sebaik sahaja pintu lif terbuka, Zafril terlebih dahulu

memasuki perut lif. Sewaktu aku memasuki lif sempat juga aku melirik mata memandang

zafril yang sudah menarik muka masam. Aku mengeluh berat, mengapa sebegitu sekali reaksi

yang dia tunjukkan?

“Kenapa pula dia nak minta pendapat akak pasal decoration rumah dia? Apa kena

menggena akak dengan rumah dia tu? Pelik ni” Shania meletakkan jarinya di hujung bibir

seolah-olah sedang sibuk memikirkan sesuatu.

Page 273: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

272

Aku memejam mata rapat, tidak sangka Shania masih mahu membincangkan tentang

perkara itu. Zafril pula masih seperti tadi hanya mendiamkan diri. Sedikitpun tidak berminat

untuk ikut campur dalam perbualan kami. Lebih menyedihkan, dari tadi sedikit pun wajahnya

tidak menoleh padaku.

“Hafiz pernah kata dengan Nia, dia beli rumah itu supaya senang. Bila dah kahwin

nanti isteri dia dah ada tempat berteduh.” Shania diam seketika. “Akak!” Jerit Shania tiba-tiba

menyentak diriku. “Entah-entah Hafiz nak ambil akak jadi isteri dia tak?”

Jantungku seolah-olah disentak kuat apabila mendengar telahan Shania. Aku

memadang Shania yang sedang tersenyum-senyum. Aku menoleh pula pada Zafril yang

masih membelakangkan kami dan mengadap pintu lif yang tertutup rapat. Jari zafril menekan-

nekan butang yang tertera nombor lapan berulang-ulang kali. Berkedip-kedip lampu pada

butang itu apabila ditujah sebegitu kuat.

Kali ini aku benar-benar sudah kehilangan kata. Aduh, kenapalah hari ini mulut

Shania asyik bercakap tidak mahu berhenti kemudian menelah yang bukan-bukan pula tu.

“Ish, lambat betullah!” bebel zafril apabila pintu lif yang baru sahaja mahu terbuka.

Sebaik sahaja pintu lif itu terbuka luas dia terus meluru keluar dari lif, meninggalkan aku dan

Shania di belakang.

Melihat Zafril yang meluru laju memasuki ruang pejabat, aku turut mempercepatkan

langkah mengekorinya. Shania yang sedari tadi berjalan beriringan denganku masih lagi

berbicara itu dan ini tentang Hafiz. Aku sudah tidak mengambil berat setiap apa yang

dikatakan oleh Shania. Tumpuanku kini hanya pada Zafril. Apabila Zafril yang sudah ke

hadapan menginjakkan kaki ke pantry, aku turut mengekori langkahnya dan Shania turut

mengikuti jejakku.

Sampai sahaja di pantry, aku lihat zafril sedang meneguk sebotol air mineral yang

diambil dari peti ais yang masih lagi terbuka luas pintunya. Sudah puas meneguk air itu Zafril

Page 274: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

273

menutup semula botol mineral itu dan mencampakan botol yang sudah kosong ke dalam bakul

sampah.

“Encik Zafril nak saya buatkan air?” Soalku gagap, tidak semena-mena rasa takut

menerjah sewaktu menanyakan soalan itu.

Zafril hanya menoleh sekilas padaku. “Tak payah!” tolak Zafril kasar sambil

menghempaskan kuat pintu peti ais. Terkejut aku mendengar bunyi dentuman kuat yang

terhasil daripada hentakkan pintu peti ais. Kemudian dia mengorak langkah keluar dari

pantry, sedikit pun dia tidak menoleh padaku sewaktu melintas di hadapanku.

“Abang Add, tak apa-apa ke?” Soal Shania pula apabila Zafril melintas di hadapan

Shania.

“Emm…” jawab Zafril pada Shania tanpa menghentikan langkah kakinya.

Setelah Zafril keluar dari pantry, Shania pantas menoleh padaku. “Kenapa tu kak?”

“Entah, Nia yang keluar lunch dengan dia tadikan.” Aku sengaja membalikkan soalan

itu pada Shania. Aku sudah dapat mengagak sebab perlakuan zafril itu tapi aku tidak tahu

sejauh mana benar tekaanku itu.

“Tadi masa lunch okay je, kenapa pula tiba-tiba nak mengamuk. Pelik.”

Aku menghembuskan lagi keluhan berat. Hari ini sudah banyak kali aku mengeluh.

Zafril apabila sudah meradang susah untuk dibawa berbincang. Aku buntu cara, apa yang

perlu aku lakukan kini?

Page 275: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

274

DUA PULUH ENAM

DARI satu kedai ke satu kedai di dalam mall itu Fitri jejaki. Aku yang makin lenguh kaki

tetap menurut setiap langkahnya. Dari tengah hari tadi, Fitri sibuk membeli belah untuk majlis

pertunangannya bulan hadapan. Dan sebagai kawan serumah, aku turut terlibat dalam proses

persiapannya itu. Lebih-lebih lagi, aku telah dilantik sebagai penasihat tidak rasmi bagi setiap

barangan yang dibeli.

Kini Fitri masuk ke dalam kedai yang menjual pelbagai jenis tudung untuk dipadankan

bersama kain yang telah dibelinya sebentar tadi. Nasib baik hari ini dia membeli belah untuk

majlis pertunangannya. Jika dia hanya sekadar ingin window shopping, tidak ingin aku

mengikutnya. Fitri jika sudah masuk ke dalam pasaraya, habis semua kedai dijelajahnya.

Sehinggakan kedai yang tidak termasuk dalam senarai perancangan turut disinggah walaupun

sebentar.

Ketika Fitri sedang mencuba beberapa jenis tudung, aku melangkah keluar dari kedai

dan duduk di bangku yang disediakan di luar kedai itu. Mataku melilau di setiap kawasan

mall. Tiba-tiba ingatanku teralih pada Zafril. Sepanjang minggu ini Zafril hanya tahu masam

mencuka. Tiada senyuman yang diberikan padaku. Bercakap pun hanya apabila perlu. Itu pun

boleh dihitung dengan jari kekerapannya. Ketika aku bertanya, dia hanya menjawab dengan

anggukan atau gelengan kepalanya sahaja. Semua itu berlaku sejak dia nampak aku keluar

bersama-sama Hafiz, awal minggu lalu. Tapi apa kena mengena pertemuan itu dengan

dirinya? Cemburu? Mustahil!

Sebenarnya, kalau diikutkan, aku mahu duduk berbincang dengannya. Menyelesaikan

semua yang sememangnya sudah semakin kusut. Namun jika semua soalan aku berikan

dibiarkan begitu sahaja, tanpa jawapan lidah, jadi bagaimana mahu berbincang? Kadang kala

malas aku mahu terus memikirkan tentang lelaki itu, tapi kadang kala persoalan tentang lelaki

itu selalu sahaja menjentik hati dan akalku tanpa mengira masa.

Page 276: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

275

Telefon bimbitku menyanyi lantang, aku yakin Fitri yang cuba menghubungiku untuk

mengetahui kedudukanku ketika ini. Aku jadi malas mahu menjawab panggilan itu, biarlah,

apabila Fitri keluar dari kedai itu nanti pasti dia akan tahu aku sedang menantinya di luar

kedai itu, bukan ke mana-mana pun. Apabila telefon itu masih berdering tidak berhenti, aku

mula menyeluk saku seluar jeans dan mengeluarkan telefon bimbitku.

Zafril!

Aku terkejut apabila terlihat namanya tertera di skrin kecil telefon bimbitku. Sudah

lama dia tidak menghubungiku sepertimana selalu, tapi mengapa hari ini tergerak pula

hatinya untuk menghubungiku? Tanpa menunggu lebih lama, aku dengan pantas menekan

butang menjawab panggilannya.

“Kat mana?” bersahaja Zafril menyoal setelah aku menjawab salam yang diberikannya

tadi.

“Midvalley. Ada apa encik?” Tidak sabar aku ingin mengetahui mengapa dia

menghubungiku. Sudah padamkah rasa marah yang begitu membara di dalam hatinya atau dia

sudah menamatkan mogok untuk bercakap denganku?

“Malam ni awak free tak?”

Aku terdiam sejenak. Kenapa dengan malam ini? Adakah dia ingin keluar bersamaku?

Dan belum sempat aku memberi jawapan dia terus mencelah.

“Tak kiralah awak free ke tak, saya tunggu awak pukul 8.00 malam ni kat bawah

rumah awak. Kita keluar.” Habis sahaja mengeluarkan arahan itu, dia terus mematikan talian.

Aku termanggu sudahnya. Aku fikirkan kemarahannya sudah reda, tapi apabila

mendengar nada suaranya tadi, aku tahu hati lelaki itu masih membara. Jadi mengapa aku dan

dia perlu untuk keluar bersama-sama? Silap hari bulan boleh mencetuskan perang dingin pula

apabila bersua muka nanti.

Page 277: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

276

Tapi aku tahu arahan Zafril itu bukannya boleh diabaikan atau tidak diendahkan, kalau

itu yang aku lakukan habis terbalik pejabat itu hari isnin nanti.

“Lah…. kat sini rupanya, ingatkan ke mana tadi.” Fitri terus duduk di sebelahku,

semua beg plastik di tangannya diletakkan di atas lantai seketika.

“Jom balik.” Ajaku walhal Fitri baru sahaja menyandarkan tubuhnya di bangku.

“Sekejaplah, banyak lagi aku nak beli ni.” Bantah Fitri.

“Alah, kau bertunang bulan depankan, lambat lagilah. Esok atau minggu depan kita

shopping lagilah.” Aku cuba memujuk Fitri menerima cadanganku.

“Yang kau nak cepat sangat balik ni kenapa?”

“Zafril ajak aku keluar malam ni.”

“Oh, patutlah. Alah rileks ar, sekarang baru pukul lima.” Fitri masih lagi membantah.

Enggan menerima cadanganku.

“Alah, nanti lambatlah. Esok kita shoppinglah lagi. Aku janji. Dah jom.” Aku pantas

bangun dan mengambil beg-beg plastik yang pelbagai warna itu. Lantas aku tarik tangan Fitri

apabila dia masih lagi duduk tidak mahu bangun. Aku tidak kira, aku mahu pulang sekarang

juga. Sudahlah Zafril memang sedang marah padaku, aku tidak mahu jika aku terlewat malam

nanti makin membara pula hati Zafril nanti. Alih-alih aku juga yang akan menjeruk hati

menahan rasa atas sikap yang ditunjukkan Zafril padaku.

MALAM ini merupakan malam yang terlalu aneh bagiku. Semenjak Zafril menjemputku tadi,

dia langsung tidak bercakap walaupun sepatah. Kalau sudah situasinya begitu, aku juga tidak

tahu bagaimana mahu bersuara. Dugaku, Zafril masih lagi memarahiku, namun riak wajah

yang tergambar di wajah lelaki itu kini tenang sahaja kelihatan. Tiada gusar dan tiada lagi

tajam mata yang memandang diriku dengan wajah yang kelat tak sudah.

Page 278: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

277

Sudah hampir setengah jam perjalanan, namun Zafril masih lagi menyepi seribu

bahasa, teringin juga aku bertanya ke mana arah tuju kami pada waktu ini, tetapi aku menjadi

gusar jika dia akan menghamburkan kemarahannya jika aku membuka mulut. Namun dengan

tidak membuka mulut begini pun aku tetap juga berasa takut kerana aku tidak tahu ke mana

destinasi kami berdua malam-malam begini. Dengan sedikit keberanian yang masih bersisa,

aku cuba memberanikan diri untuk bertanya. Tidak mungkin aku akan menuruti sahaja

langkahnya tanpa mengetahui niatnya.

Baru sahaja aku ingin membuka bicara, bertanya, Zafril terlebih dahulu membelok

keretanya memasuki sebuah taman perumahan. Terkebil-kebil mataku cuba membaca papan

tanda yang tertulis nama taman perumahan itu. Namun belum sempat aku mengamati setiap

huruf di papan itu keretanya meluncur laju meninggalkan papan tanda yang tertera pada

ukiran batu. Aku makin berasa tidak puas hati, ke mana sahaja Zafril ingin membawaku? Ke

rumah siapa pula Zafril cuba mengheret diriku? Akhirnya, Zafril memberhentikan keretanya

di bahu jalan berhadapan sebuah rumah yang terang benderang disuluhi lampu.

“Rumah siapa ni?” terus aku bertanya apabila Zafril sudah mematikan enjin keretanya.

Tidak mahu berdiam diri lagi.

Mendengar soalan dariku, Zafril memandangku sekilas kemudian dia menjuruskan

pandangan pada rumah bersebelahan keretanya. Tanpa menjawab soalan yang aku hulurkan,

Zafril terus melangkah keluar dari keretanya.

Aku turut terkecoh-kecoh keluar dari kereta apabila melihat Zafril mula menutup pintu

keretanya tanpa mengendahkan diriku. Zafril berjalan laju di hadapan meninggalkanku. Aku

memberhentikan langkah walaupun tinggal setapak sahaja lagi aku akan melepasi pintu pagar

rumah teres lot tepi itu. Memoriku sudah dapat menangkap sesuatu, suatu kenangan lama

yang sudah lama aku lupakan.

Page 279: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

278

Semuanya masih sama. Warna biru rumah ini, pagarnya yang berwarna hitam, dan

lampu taman yang sama. Walaupun bunga-bunga di taman itu telah dipelbagaikan dengan

hiasan taman yang lebih cantik, namun aku masih dapat mengingati rumah ini.

Rumah inilah yang telah mempertemukanku buat pertama kalinya dengan Zafril.

Rumah yang telah menjadi mangsaku meloloskan diri daripada anjing gila lebih enam tahun

lalu.

Zafril yang sudah terlajak beberapa langkah di hadapan terus memberhentikan langkah

apabila tidak mendengar derap kakiku mengekorinya. Dia menoleh ke belakang memadangku

yang masih terpaku di muka pagar rumah.

“Jom,” perkataan pertama yang keluar dari bibir zafril malam ini menyentak

lamunanku.

Lantas aku bergerak mengiringi zafril menuju ke pintu utama rumah. Sebaik sahaja

kami sampai di hadapan pintu yang sedia terbuka luas, kelihatan seorang lelaki dan seorang

wanita sudah sedia menanti di situ seolah-olah mereka memang menanti kedatang kami

berdua.

Apabila melihat wanita yang sedang menantiku di hadapan pintu itu aku seolah-olah

tidak percaya dengan apa yang aku lihat kini. Ikin! Aku sudah tidak dapat memulakan kata,

apabila Ikin telah terlebih dahulu menerpa ke arahku dan memelukku erat. Aku turut

membalas pelukan erat Ikin, kawanku sejak kecil yang telah membuang diriku seuatu masa

dahulu hanya kerana seorang lelaki.

“Kau sihat?” ayat klise yang keluar dari bibirku tika ini. Hanya itu yang termampu aku

fikirkan untuk berbicara tika ini. Fikiranku masih keliru apa yang Ikin buat di sini dan

mengapa Zafril membawaku ke sini? Adakah zafril yang merancang pertemuan ini atau Ikin

turut sama menghitung rancangan ini.

Page 280: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

279

Ikin menganguk dan menarik tanganku dan membawaku ke muka pintu bertemu

dengan lelaki yang masih lagi berdiri tegak di situ. Setelah Zafril bersalaman dan berpelukan

seketika dengan lelaki itu kemudian lelaki itu mencerunkan pandangannya dan satu senyuman

dihulurkan padaku.

“Safi ingat kat abang lagi?” Soal lelaki itu terus apabila aku masih memandangnya

dengan kerutan di dahi.

Abang? Aku pantas berfikir, dalam masa yang sama pandanganku pada Zafril dan Ikin

silih berganti. Mengharap mereka dapat membantuku mengingati lelaki itu. Ikin hanya

tersenyum memandangku manakala zafril pula, aku tidak dapat membaca sebarang reaksi

yang Zafril tunjukkan tika ini.

“Dah lupa kat Abang Fuad ke?”

“Abang Fuad!” Aku tersentak. Terdiam seketika. “Abang Fuad, ke?” teruja aku

apabila mengetahui lelaki itu adalah Fuad, lelaki yang pernah aku kenali dahulu. Ikin mula

berdiri di sebelah Fuad dan Fuad memeluk erat pinggangnya, membuatkan aku tertanya-tanya

status perhubungan mereka.

“Aku dah dua tahun kahwin dengan Abang Fuad.” Jelas Ikin yang mengetahui apa

yang sedang bermain di fikiran aku kini.

Aku bertambah teruja mendengar berita yang disampaikan Ikin. Aku mengucapkan

syukur ke hadrat Illahi, akhirnya Ikin menemui jodohnya. “Really?” seakan sukar

mempercayainya. Ikin menganggukkan kepala bersama senyuman manisnya. Semua itu sudah

cukup untuk menyakinkan hatiku tentang hakikat sebenarnya.

“Eh, jomlah masuk.” Pelawa Fuad setelah aku memeluk Ikin buat kali kedua. Pelukan

ucapan tahniah untuk kedua-dua pasangan suami isteri itu.

Pada waktu makan malam itulah terbongar rahsia tentang rancangan pertemuan ini.

Rupa-rupanya Zafril yang merancang untuk membawa Ikin bertemu denganku semula di sini.

Page 281: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

280

Dialah yang mengaturkan segalanya. Sepertinya, Zafril tahu sahaja yang aku memang sudah

lama benar ingin menemui Ikin. Bagaimana dia boleh mengetahui apa yang aku simpan rapi

di hati selama ini? Zafril sengaja memilih sewaktu waktu ini untuk mempertemukan aku dan

Ikin kerana pada ketika ini kedua orang tua Fuad sudahpun berangkat menunaikan umrah.

Sengaja dia mahu menjadikan pertemuan ini sebagai pertemuan peribadi antara aku dan Ikin.

Rupa-rupanya, sudah dua minggu Zafril merancangnya dengan Fuad. Dan dia jugalah yang

mencadangkan agar kami berdua dipertemukan di rumah ini. Aku benar-benar terharu!

Puas Fuad dan Ikin mengusik Zafril yang begitu bijak mengatur rancangan sehingga

aku boleh tergamam di muka pintu melihat Ikin. Tapi Zafril lebih banyak tersenyum dari

bersuara. Bercakap pun sepatah dua sahaja, itu pun bagi menjawab soalan Fuad dan Ikin.

Soalanku pula hanya dijawab dengan jungkitan bahu atau gelengan kepala. Semua itu

membuatkan aku rasa tidak sedap hati.

Selesai sahaja makan, Ikin terus ke dapur membasuh pinggan mangkuk, dan aku pula

mengemas meja makan. Fuad pula keluar rumah berbual dengan ibunya di talian. Hanya

Zafril menonton TV di ruang tamu.

Aku menyajikan epal yang telah dipotong oleh Ikin ke atas meja kopi di hadapan

Zafril. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arahku sewaktu aku menyajikan epal itu di

hadapannya. Dia kelihatan tegang seolah-olah ada suatu masalah yang begitu membebankan.

Aku ingin bersuara, cuba berkongsi masalah dengannya tapi apabila mengenangkan yang dia

seperti keberatan saja melayanku malam ini, jadi aku mengambil keputusan untuk membantu

Ikin di dapur sahaja.

Aku mencapai tuala di birai dinding dan mengelap pinggan yang telah dibasuh oleh

Ikin. Ikin tersenyum apabila aku membantunya.

“Kak Dhiya apa cerita sekarang?” aku memulakan perbualan.

Page 282: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

281

“Kak Dhiya ikut husband dia kat Johor. So, dia buka satu lagi butik pengantin kat

sana.”

“Habis tu yang kat sini?”

“Akulah yang jaga. Jadi business partner dia.”

“Oh, business womenlah kau sekarang ye.” Pujiku. Tidak sangka Ikin akan mengambil

alih perniagaan kakaknya di sini.

Ikin tidak terkutik sedikit pun dengan pujianku. Tiba-tiba wajahnya muram. Air di

singki dibiarkan mengalir, tangannya sudah berhenti mencuci pinggan. Setelah beberapa

ketika Ikin menutup air yang terus mengalir kemudian dia mengadapku.

“Safi, aku nak minta maaf dengan kau.” Kata Ikin bersungguh-sungguh sekali. Dia

mengambil tanganku dan memegangnya kejab.

“Kenapa pula ni?” aku makin tidak mengerti apabila melihat ada takungan air jernih di

tubir mata bundarnya.

“Dulu aku tuduh kau bukan-bukankan. Aku cakap lepas, tak fikir perasaan kau

langsung waktu tu. Aku terus tak contact kau. Aku marah betul pada kau waktu tu. Padahal

bukan salah kau, tapi kau yang terima amarah aku. Aku lupa jodoh, hidup, mati tukan di

tanggan Tuhan. Tak pasal-pasal kau jadi mangsa aku sebab Haris tak guna tu.” Panjang lebar

Ikin menjelaskan padaku.

“Dahlah aku dah lupa pun pasal tu. Yang penting aku dengan kau dapat berkawan

balik macam dulu kan.” Aku cuba menenangkan hati Ikin, aku tidak mahu ikin terus dihimpit

rasa bersalah yang tak sudah, sedangkan awal-awal lagi aku sudah memaafkannya.

“Haris macam mana? Ada cerita pasal dia?”

“Dulu adalah juga dia contact aku tapi aku malas nak layan. Lelaki macam tu, ish, tak

boleh pakai langsung.” Ikin mencebik.

Page 283: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

282

“Eleh tu pun sebab kau dah jumpa Fuad kan?” usikku, sengaja ingin menduga

perasaan Ikin pada suaminya itu.

“Sebelum aku dengan Fuad lagi dia nak berbaik-baik semula dengan aku. Aku malas

nak layan. Player macam dia tu kau ingat nak berubah ke? Takkan punya, sampai bila-bila dia

akan jadi macam tu. Bak kata kau, dasar buaya tembaga.”

Aku terdiam apabila Ikin membangitkan tentang buaya tembaga. Ingatanku dibawa

kepada Zafril yang pernah menerima gelaran itu dariku dahulu. Benarkah, mereka tidak akan

berubah? Adakah Zafril juga begitu? Tiba-tiba kesangsian itu bertandang di hatiku.

“Kau nak tahu, sebenarnya aku tak sangka Fuad rupa-rupanya dah lama suka kat aku.

Lepas dia balik dari Australia kitaorang terus rapat dan kemudian kahwin. Aku gembira sebab

dia jodoh aku, dan bukannya Haris tu.”

“Kau bahagia?” aku masih lagi cuba merisik hati wanita ini.

“Sangat bahagia.” Ikin tersenyum senang dan meneruskan cuciannya yang terhenti

sebentar tadi.

Melihat senyumannya itu aku tahu dia benar-benar telah menemui kebahagian yang

diidamkannya selama ini. Walaupun kebahagian itu bukan dengan Haris, tapi aku yakin jika

dia bersama Haris waktu ini dia tidak mungkin akan sebahagia ini.

“Kau dengan Zafril bila lagi?” soal Ikin tiba-tiba.

Aku tidak menyangka Ikin akan menyoalku begitu. Aku juga tidak faham makna di

sebalik pertanyaannya. “Bila apa?” kini aku pula yang memberhentikan kerja-kerja yang aku

lakukan tadi.

“Bila nak kahwin?”

Aku hanya tersenyum kecil. Mana mungkin aku berkahwin dengan Zafril. Dia tidak

pernah meluahkan rasa cinta padaku apatah lagi merisik-risik untuk mengahwiniku, mana

mungkin perkara itu boleh berlaku. Lantas soalan itu aku biarkan sepi tanpa jawapan.

Page 284: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

283

“Korang berdua secocok tau aku tengok.”

Secocok? Dari sudut mana Ikin menyatakanku dan Zafril secocok? Aku makin tidak

mengerti.

“Kau nak tahu dulu masa aku bergaduh dengan kau dulu tu. Dia tak habis-habis tanya

aku pasal kau, macam mana nak contact kau. Masa dia balik dari Australia dulu pun dia tanya

soalan yang sama banyak kali. Bila aku kata aku dah lama tak contact kau, dia mati-mati tak

percaya. Susah betul aku nak yakinkan dia masa tu. Aku rasa dia dah angau dengan kaulah.

Kan aku pernah kata kat kau dulu, dia tu memang syok habis kat kau.” Terang Ikin sambil

diselangi tawa kecil yang mengigit hatiku.

Aku tercenggang. Benarkah begitu? Benarkah Zafril pernah cuba mencariku sehingga

sebegitu sekali? Tapi bukankah waktu itu dia teman lelaki Mona? Apa yang dimahukannya

sebenarnya sebelum ini padaku? Aku membiarkan persoalan yang timbul dalam diriku itu

begitu sahaja. Aku tidak tahu bagaimana mahu menjawab setiap soalan itu dan aku pasti Ikin

juga tiada jawapan untuk soalan-soalanku itu kecuali Zafril seorang.

Sesudah membasuh pinggan Ikin menyediakan teh buat suaminya dan aku

menyediakan kopi buat Zafril. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku menyediakan kopi itu

untuknya sedangkan dia tidak mengarahkanku berbuat demikian. Tapi apabila sahaja aku

terpandang dapur ini sewaktu membantu Ikin menyediakan hidangan di awal kedatangan tadi,

permintaan zafril supaya aku menyediakan kopi untuknya suatu masa dahulu seolah-olah

terimbau kembali di ruangan mataku. Dan saat ini hatiku benar-benar terdetik untuk

memenuhi permintaannya enam tahun lalu.

“Cari buah hati ke? Tu, kat luar tu hah.”

Usikkan Fuad sewaktu aku berada di ruang tamu mencari Zafril. Aku sambut

kata=kata Fuad itu dengan mata membulat, pura-pura tidak senang hati dengan tujahan

katanya. Dengan segelas mug yang masih berada di dalam gengamanku, aku bergerak keluar

Page 285: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

284

dari rumah dan menuju ke bangku yang terdapat di taman mini itu. Aku berjalan perlahan

mendapatkan Zafril yang sedang duduk membelakangkanku.

Aku meletakkan mug itu di hadapan Zafril kemudian aku mengabil tempat duduk di

salah sebuah kerusi di meja empat segi. “Encik Zafril, kopi.” Pelawaku apabila dia langsung

tidak menoleh padaku atau pada mug yang aku letakkan betul-betul dihadapannya. Matanya

hanya tertupu pada pagar yang terbuka luas.

Apabila dia masih lagi mendiakan diri dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti

mahu berbual denganku, aku terus bangun, cuba berlalu dari situ. Mungkin dia mahu

bersendirian, aku cuba memujuk hati kecilku sendiri.

“Ingat lagi pagar tu?” Soal Zafril apabila aku sudah mula berdiri, namun matanya

masih lagi merenung pagar itu.

Aku tergelak kecil mendengar soalannya. Bukan sahaja pagar itu, tapi serba-serbi di

dalam dan di luar rumah ini masih lagi terakam kemas di dalam ingatanku. Satu pun tidak

terlepas. “Kenapa pula dengan pagar tu?” Sengaja aku ingin menduga dengan berpura-pura

tidak mengingati masa lalu.

“Pagar tulah jadi saksi baju awak basah dengan peuh sebab dikear anjing.” Zafril cuba

mengingatkanku.

Geram aku dengannya, seingatku ini kali kedua dia mengungkit tentang baju yang

basah kuyup yang sebenarnya berpunca darinya.

“Helo, baju saya basah dulu sebab encik yang sengaja sibah air kat saya tau. Bukan

sebab peluh.” Balasku keras, supaya Zafril mengakui kesalahannya.

Zafril ketawa kuat sebaik sahaja aku menyudahkan kata. Aku membeliakkan mata,

geram dengan tawanya. Namun jauh di hati kecilku aku berasa senang mendengar tawanya

kerana sejak dia melancarkan mogok denganku, jangan kata ketawa, senyumannya pun jarang

aku dapat lihat.

Page 286: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

285

“Awak ingat saya sengaja ke simbah awak hari tu?”

“Yelah, takkan Encik Zafril tak nampak saya berdiri terpacak kat sebelah encik waktu

itu!”

Zafril ketawa lagi, namun dia masih mengelak untuk memandang wajahku. “Memang

saya tak sengaja. Saya ingatkan awak masih kat hujung tu ambil batang mop. Tak sangka pula

awak dah ada kat sebelah saya masa. Tu yang boleh terkena.” Zafril cuba menerangkan. Dan

entah mengapa aku percaya dengan setiap penjelasannya itu.

“Eleh, iyalah tu, bukannya boleh pakai sangat encik ni.” Sengaja aku berkata-kata

seolah-olah aku meragui setiap kata-katanya.

Zafril terdiam seketika. Tawanya tiba-tiba mati. Lantas dia menghela nafas panajng.

“Safi.” Zafril mengalun lembut, memanggil namaku.

“Em…” balasku pula.

“Awak… awak ada apa-apa ke dengan… dengan Hafiz?”

Mencerun mataku memandang Zafril yang sedang merenung mug yang berisi kopi di

tangannya. Aku tidak menyangka yang Zafril akan bertanya begitu padaku di saat kami

sedang mengimbau masa lalu.

“Ada apa? Mana ada apa-apa.” Pantas aku menjelaskan. Perkara itukah yang

menyesakkan fikirannya selama ini, sehingga wajahnya kelihatan begitu tegang sedari tadi.

“Betul tak ada apa-apa hubungan?”

“Betullah, mana ada.”

“Langsung tak ada?”

“Tak ada. Patah demi patah kata aku mengeluarkan dua perkataan itu. “Atau Encik

Zafril memang nak saya ada hubungan dengan Hafiz?” Soalku geram, apabila dia langsung

tidak mahu mempercayai setiap kata-kataku.

Page 287: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

286

“Eh, tak. Saya tak nak.” Zafril kelihatan tergesa-gesa mengeluarkan ayat itu dengan

sebuah senyuman hambar.

“Safi! Saya…” Kali ini barulah dia memandangku dengan kata-kata yang tersekat-

sekat. Senyuman hambarnya tadi mati tiba-tiba.

Aku menunggu Zafril meneruskan kata apabila ayat yang sama itu diulangnya berkali-

kali. Wajahnya yang sedang memadangku kelihatan lebih tegang dari tadi. Mengapa begitu

payah dia cuba untuk meluahkan kata malam ini? Apakah sebenarnya yang membebankan

fikiran lelaki itu?

Zafril menarik nafas dalam dan dengan sekali helaan nafas yang memberat dia

meluahkan kata. “Saya nak beritahu awak satu perkara. Dah lama saya simpan perkara ni,

sampai sekarang ni saya rasa tak tertanggung lagi dah.”

“Apa halnya Encik Zafril, sampai…”

“Saya cinta awak!” pantas Zafril mencelah sebelum sempat aku meneruskan kata

untuk bertanya.

Aku terkedu seketika dan membalas renungannya. Betulkah apa yang aku dengari

kini. Benarkah tiga perkataan itu Zafril lafazkan untukku?

“Saya betul-betul cintakan awak!”

Apabila Zafril mengulang sekali lagi ayat itu barulah aku tersedar, memang ayat

keramat itu yang terpacul keluar dari mulutnya untukku. Aku terdiam seketika.

“Kenapa tiba-tiba…”

“Bukan tiba-tiba. Bukan juga baru sekarang. Saya dah lama jatuh hati pada awak sejak

enam tahun lepas lagi. Awak aje yang tak tahu, Safi” Zafril mencelah dan cuba

menyakinkanku. Mug yang dipegangnya ditolak ke tepi. Kini tumpuannya hanya padaku.

Aku hanya mampu mendiaman diri. Dadaku berombak kencang. Zafril mencintaiku

sejak enam tahun lalu. Benarkah begitu? Aku seolah-olah tidak percaya dengan kata-katanya.

Page 288: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

287

“Sejak awak melepasi pagar tu enam tahun lepas, hati saya dah terpaut. Ada satu rasa

yang tak pernah saya rasa sebelum ini menyelinap masuk dalam hati saya. Sampai saya

tercari-cari awak.” Zafril tergelak kecil di hujung katanya, cuba untuk menyembunyikan

gelojak rasa yang jelas ketara terpancar di wajahnya tika ini.

Aku masih mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang perlu aku katakana saat ini.

“Saya tak sangka pertemuan kita di Genting dulu pertemuan terakhir kita waktu tu.

Tapi saya tetap yakin, walaupun awak tak ada depan mata saya, walaupun awak jauh dari

saya, saya tahu awak tetap akan datang pada saya dan saya tetap akan bersama dengan awak

satu hari nanti sebab sejak kali pertama kita berjumpa saya yakin awak jodoh saya.”

Hampir menitis air mataku tika ini. Hingga sebegitu sekali keyakinan Zafril dengan

cintanya.

Zafril mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya, kemudian dalam kesamaran malam

dia membuka kotak cincin berbaldu biru. Tertera sebentuk cincin emas putih di hadapan

mataku. Aku makin terkedu. Untukkukah cincin yang begitu cantik dan menyilaukan mata

itu?

“Saya tak nak paksa awak. Awak buatlah keputusan menurut kata hati awak. Kalau

kata hati awak sama dengan suara hati saya, saya harap saya dapat lihat cincin ini tersarung di

jari awak. Kalau awak tak dapat terima saya, saya harap awak tetap sudi simpan cincin ini

sebagai tanda ada seorang lelaki yang mencintai awak sepenuh hati.”

Zafril menutup semula kotak cincin itu kemudian dia meletakkan kotak cincin itu di

atas telapak tanganku. Selepas memberikan sebuah senyuman yang mekar untukku dia berlalu

masuk ke dalam rumah semula bersama mug di tangannya.

Aku masih mendiamkan diri di situ. Kurenung kotak cincin yang masih berada di atas

tapak tanganku. Hatiku terasa berbelah bagi kini. Benarkah dia mencintaiku sejak enam tahun

Page 289: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

288

lalu? Sukar untukku mempercayainya. Aku menoleh memandang rumah berwarna biru itu,

rumah itu seolah-olah telah mengingatkanku semula tentang perangai lama Zafril.

“Player macam dia tu kau ingat nak berubah ke? Takkan punya, sampai bila-bila dia

akan jadi macam tu. Bak kata kau, dasar buaya tembaga.” Kata Ikin sebentar tadi

mengangguku semula. Walaupun kata-kata Ikin itu bukan untuk Zafril, tapi mengapa ayat itu

yang terngiang-ngiang di telingaku?

Sikap playboy Zafril yang menyebabkan aku mengelarnya buaya tembaga, dan aku

tidak mahu lelaki sebegitu menjadi teman hidupku, tidak sama sekali.

Atau adakah Zafril telah berubah? Aku tidak tahu. Bolehkah lelaki sebegitu berubah

menjadi pencinta yang setia. Kepalaku mula memberat, mengapa persoalan itu timbul saat

ini? Bukankah hatiku sememangnya sudah ada cinta buatnya? Bukankah dia sudah ada di

hatiku?

Tapi mengapa saat dia meluahkan perasaan padaku perkara-perkara lama itu

menghantui hati dan fikiranku semula? Aku harus membuat keputusan tapi aku tidak tahu

keputusan apa yang perlu aku ambil. Sanggupkah aku mengambil risiko menerima lelaki

sebegitu dalam hidupku? Cintaku tetap ada untuknya namun rasa sangsiku juga makin

bercambah. Kini aku buntu!

Page 290: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

289

BAB DUA PULUH TUJUH

SEPINGGAN spageti dan jus oren telah tersedia di hadapanku sejak setengah jam tadi namun

sedikit pun hidangan itu tidak aku usik. Hari ini aku berehat bersendirian tanpa Amy dan Kak

Ros. Pelawaan mereka tadi aku tolak lembut. Aku mahu bersendirian hari ini. Hari ini juga

merupakan hari pertama aku ke pejabat selepas Zafril meluahkan rasa hatinya padaku.

Semalam sengaja aku tidak datang ke pejabat. Aku tidak sanggup bertembung dengannya, aku

belum bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu kerana aku masih belum membuat

sebarang keputusan waktu ini.

Telefon bimbitku berdering, tengah hari ini sahaja sudah tujuh kali ia berdering

meminta perhatian daripadaku, namun tidak aku endahkan kerana aku tahu panggilan itu

pastinya daripada Zafril. Sejak dari malam itu aku tidak langsung menyambut sebarang

panggilan Zafril. Semalam tidak terbilang panggilan Zafril untukku, mungkin dia kalut

melihat aku tidak hadir ke pejabat selepas dia meluahkan rasa hatinya.

Hari ini pula aku turut mengelakkan diri daripada berjumpa dengannya. Pagi-pagi lagi

aku sudah menyediakan kopi dan surat khabar untuknya. Agendanya untuk hari ini aku tulis

pada satu nota dan aku letakkan sahaja di atas meja, tidak seperti selalu. Biasanya aku akan

menerangkan secara terperinci agendanya setiap pagi. Sepanjang pagi tadi aku tiada di

mejaku. Merata aku melilau di pejabat itu semata-mata aku tidak mahu bersua mata

dengannya.

Telefonku bernyanyi lagi namun kali ini bukan panggilan masuk, cuma sebuah mesej

yang kuterima. Jariku segera menekan butang untuk membaca mesej itu apabila melihat nama

Zafril yang tertera.

Assalam. Safi, awk kat mana ni?

Mesej pertama daripadanya sejak malam itu. Dalam dua hari ini aku hanya menerima

panggilannya sahaja. Mungkin dia sudah bosan kerana aku tidak menjawab kesemua

Page 291: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

290

panggilannya, oleh sebab itu dia menghantar mesej padaku pula. Aku hanya memakukan diri,

tidak terniat untuk membalas mesej darinya.

Kenapa sejak mlm tu awk mcm nak mengelak dari sy?

Lagi mesej yang aku terima. Nampaknya dia sudah tahu niatku. Aku mengeluh berat.

Aku sememangnya tidak tahu sama ada aku sanggup untuk berdepan dengannya atau tidak?

Aku memang sudah jatuh cinta padanya tapi...

Salah ke sy luahkan perasaan saya pada awk?

Tidak sampai seminit mesej itu pula yang menghiasi skrin kecil telefon bimbitku.

Tidak, dia langsung tidak bersalah. Cuma hatiku ini yang entah mengapa timbul rasa serba

salah untuk menerima lamarannya. Aku perlukan keyakinan untuk menerima cinta dan

dirinya. Keyakinan yang sememangnya dialah lelaki untukku, lelaki yang kunantikan selama

ini.

Bleh x awk jgn wat sy risau mcm ni?

Apakah yang merisaukan dirinya? Adakah dia risau jika aku tidak menerima cintanya

atau dia risau kerana aku tidak langsung mengendahkannya dua hari ini?

Dah dua hari sy x jumpa awk. Awk tahu x yg sy rindukan awk? Rindu sngt2!

Aku menarik nafas panjang membaca mesej yang baruku terima.

Kalu awk x nak jumpa sy sekali pun, please pick up the phone. I just want 2 hear your

voice.

Tidak henti-henti aku menerima mesej darinya. Aku bukannya tidak mahu menjawab

panggilannya atau membalas kesemua mesejnya, cuma aku tidak tahu apa yang perlu aku

katakan padanya saat ini.

Aku mengeluarkan kotak cincin yang dia berikan padaku dua hari lalu. Aku merenung

cincin yang masih lagi tidak keluar dari sangkarnya itu. Aku tidak tahu mengapa aku harus

membawa cincin ini bersama-sama ke pejabat hari ini. Namun aku tidak sanggup membiarkan

Page 292: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

291

cincin itu bersendirian di rumah. Lagipun sejak malam itu, kotak cincin ini sentiasa berada

disisiku, dalam gengamanku. Aku tersenyum kelat, pelik sungguh perangaiku sejak dia

meluahkan perasaannya padaku.

Sewaktu aku masih merenung cinicin itu, telefon bimbitku berbunyi lagi.

Awk tahu x yg awk tgh dera ati dan perasaan sy wkt ni???

Tahukah dia hati aku juga turut terdera waktu ini. Membiarkan dirinya tanpa sebarang

berita dariku membuat jiwaku turut terseksa. Namun aku belum bersedia berbicara dengannya

walaupun hanya dengan bermesej begini.

“Safi!”

Aku mendongak memandang ke hadapan. Mona yang sedang membimbit beberapa

beg plastik tersenyum memandangku. Aku turut tersenyum, tidak sangka akan berjumpa

dengan Mona di sini.

“Seorang je ke?”

Aku mengangguk. “Kau?”

“Aku pun. Boleh aku duduk?”

Aku tersenyum membiarkan Mona duduk bertentangan denganku. Sudah lama aku

tidak berjumpa dengannya. Seingatku kali terakhir aku bertemu dengannya adalah sewaktu

dia melahirkan anaknya tiga bulan lalu di Hospital Ampang Puteri. Selepas itu kami hanya

bertanya khabar melalui telefon sahaja.

“Aik, memborong nampak.” usikku apabila Mona sibuk membetulkan plastik-plastik

yang diletakkan di atas kerusi di sebelahnya.

“Alah sikit-sikit untuk baby. Kenapa kau makan sesorang je ni? Zafril mana?” soal

Mona setelah memesan menu yang sama sepertiku dari seorang pelayan wanita.

“Ada kat office.” Ringkas sahaja jawapan dariku. Aku agak kekok untuk berbicara

dengan Mona tentang Zafril. Mona pernah menjadi kekasih Zafril dan kini aku pula sedang

Page 293: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

292

berbelah bahagi sama ada mahu menerima cinta daripada lelaki itu atau tidak. Lelaki yang

sama yang pernah memberikan cintanya pada Mona.

Aku mengerling memadang telefon bimbitku yang masih berdering tanda ada mesej

masuk. Pastinya mesej daripada Zafril lagi. Kali ini aku biarkan sahaja mesej itu.

“Kenapa tak keluar makan dengan dia? Kau orang gaduh eh...”

“Gaduh? Mana ada. Alah kau ni, diakan bos aku je. Takkan hari-hari nak makan

tengah hari sama-sama dengan majikan. Nanti tak pasal-pasal budak pejabat yang lain fikir

apa pula.”

“Eh, bukan korang tengah bercinta sekarang ni?” Berkerut dahi Mona ketika

menanyakan soalan itu.

“Bercinta? Bila masa? Mana ada?” tergagap-gagap aku menerangkan, namun dalam

hati aku benar-benar berharap dia tidak bercerita lagi tentang Zafril. Aku takut diriku akan

terbuka cerita yang Zafril telah melamarku. Walaupun aku tahu Mona telah berkahwin dan

berbahagia kini namun bagaimana aku harus menyatakan hal itu pada Mona.

“La, belum declare lagi ke? Lembablah Zafril tu. Dulu masa kat Australia bukan main

lagi beria-ia, bersungguh-sungguh nak cari kau.” Mona tergelak kecil.

Cari aku? Hatiku berbolak balik. Sudah dua kali aku mendengar kata-kata itu. Ikin pun

pernah mengatakan benda yang sama padaku. Kini Mona pula menyatakan hal yang sama.

Mengapa Zafril tercari-cari akan diriku? Bukankah enam tahun lalu kami tidak sefahaman dan

tidak pernah sekali pun aku berkata-kata dengan baik padanya. Bila berjumpa saja umpama

musuh tradisi yang tak boleh langsung saling berpandangan. Jadi mengapa Zafril masih

mencariku?

“Kau cintakan dia, Safi?”

Leherku umpama tercekek apabila Mona mengajukan soalan itu. Bagaimana aku mahu

menjawab soalan itu? Berterus terangkah? Tapi mana mungkin aku menyatakan hal itu pada

Page 294: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

293

Mona, apa pula kata Mona nanti? Aku jatuh cinta pada bekas teman lelakinya? Yang suatu

masa dahulu akulah yang menjadi penasihat agar Mona meninggalkan lelaki itu. Tapi kini aku

pula yang terikat hati pada lelaki yang sama.

“Kau tahu tak yang dia sukakan kau?” perlahan sahaja suara Mona saat ini bersama

lirikan senyuman manisnya.

Pula dah? Hatiku makin sempit kurasakan. Darah pula mula naik ke muka. Kalau kulit

wajahku secerah Shania mungkin saat ini mukaku akan tampak merah menyala. Mona sudah

tahukah rasa hati Zafril padaku? Jika ya, bagaimana dia boleh mengetahuinya?

“Apa yang kau cakap ni Mona?” Aku sengaja menarik tali, tidak mahu Mona tahu apa

yang ada di hatiku kini.

“Dah lama aku tahu dia suka kau. Sejak kita reunion kat genting dulu. Kau ingat tak

malam yang aku tergesa-gesa nak balik KL tu?”

Aku mengangguk laju apabila Mona memberhentikan ceritanya mungkin memberi

peluang untukku mengimbau kenangan lepas.

“Sebenarnya malam tu aku jumpa dia, masa tulah dia bagitahu kat aku yang dia suka

kat kau.” Mona mengimbau kembali memori lama yang tidak pernah terpadam dalam

fikirannya.

“Apa kau cakap ni Mona? Masa tu kan ke dia...” aku tidak meneruskan kata apabila

mengenangkan status isteri yang dipegang Mona kini.

“Boyfriend aku?” Mona menyambung kataku yang terhenti tadi kemudian dia tertawa

kecil.

Aku makin pelik dengan tawa Mona. Apa yang lucunya?

“Yang sebenarnya masa tu kita orang tak declare pun lagi. Aku je yang angau lebih-

lebih kat dia waktu tu.” Mona tergelak lagi waktu tu. “Maklumlah kita orang selalu keluar

sama-sam,a so, aku ingat dia pun syok kat akulah. Tak sangka pula dia anggap aku kawan je.”

Page 295: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

294

Aku terkedu, benarkah begitu?

“Malam tu walaupun Zafril tak marah tapi aku tahu dia betul-betul tegas bila dia suruh

aku berterus terang pada kau yang dia bukan boyfriend aku. Puas aku pujuk dia malam tu tapi

dia tetap dengan keputusan dia. Malam tu aku betul-betul marah dengan kau, tapi bukan salah

kau kalau Zafril dan jatuh hati kat kau kan.” Luah Mona panjang lebar.

Aku terdiam, tiada apa yang terkeluar dari mulutku kal ini. aku hanya mahu

mendengar semua cerita dari Mona.

“Tapi satu aku pelik, dulu bukan main beria-ia dia nak jumpa kau. Takkan sepanjang

kau kerja dengan dia sekali pun dia tak luahkan perasaan dia pada kau?” Mona memandang

tepat ke wajahku apabila aku masih mendiamkan diri.

“Woit, pernah tak?”

“Pernah... er, tak... eh, maksud aku...” aku yang terkejut mendengar jerkahan Mona

tergagap-gagap meluahkan kata.

Melihat kekalutanku tadi Mona seolah-olah dapat mengagak sesuatu. “Maknanya

pernahlah ni kan. So, macam mana kau terima tak?”

“Er, belum lagi... aku...” aku tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan apa aku rasakan

kini pada Mona. Andai aku jelaskan sekali pun dapatkah Mona memahaminya?

“Belum. Kenapa?”

Aku tidak mahu menjawab soalan Mona itu, biarlah Mona tidak mengetahuinya. Jadi

suasana antara aku dan dirinya menjadi sepi seketika.

“Kau ingat lagi tak yang kau bagi tahu kat aku yang Zafril tu playboy. Dan aku pernah

cakap dengan kau yang dia jadi macam tu sebab dia belum jumpa dengan cinta sejati dia. Dia

akan berubah bila cinta itu datang dan wujud dalam hati dia.”

Page 296: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

295

Aku hanya tersenyum kecil. Aku masih mengingat kata-kata Mona itu, tidak pernah

aku lupa. Bahkan aku juga pernah berdoa suatu waktu dahulu supaya Zafril berubah dan

Monalah cinta yang Zafril cari-cari selama ini.

“Untuk pengetahuan kau Zafril memang ramai kawan perempuan, nak-nak masa kat

universiti dulu. Sebut saja perempuan mana satu, semua kenal dia. Tapi bila aku masuk je

universiti tu semua orang bercerita pasal dia. Kau nak tahu apa yang dia orang cerita pasal

Zafril?” Mona mengambil nafas seketika sebelum menyambung kata.

“Kecoh satu universiti Zafril dah berubah. Dia dah tak keluar dengan mana-mana

perempuan pun. Perangai lama dia dah hilang. Macam-macam spekulasi yang timbul.

Macam-macam yang orang kata pasal perubahan dia. Satu pun tak betul. Dan hanya aku yang

tahu kenapa Zafril jadi macam tu.”

“Kenapa?” Pantas aku menyoal setelah lama menyepi.

“Sebab dia dah jumpa cinta sejati dia. Cinta tu dah datang dan wujud dalam hati dia.

Kau safi, kau perempuan yang berjaya tambat hati dia, tawan cinta dia. Sampaikan dia dah tak

pandang perempuan lain lagi dah.” Mona bercerita bersungguh-sungguh.

Cerita Mona meruntun jiwaku. Aku benar-benar terharu. Aku merenung pelayan yang

sedang menghantarkan makanan yang dipesan mona sebentar tadi. Mulutku makin terkunci

rapat. Begitu sekali Zafril mencintaiku. Dan selama enam tahun dia memendamkan

perasaannya dan menanti saat aku bertemu kembali dengannya. Patutlah selama aku bekerja

dengannya aku tidak pernah melihat dia keluar bersama-sama wanita lain. Rupa-rupanya

lelaki itu menyintaiku dalam diam.

Telefon bimbitku berdering lagi. Entah kali keberapa ianya berdering sepanjang

perbualanku dengan Mona. Tertera 8 mesej diterima pada skrin dan aku tersenyum kecil

apabila melihat kesemua mesej itu datangnya daripada Zafril seorang sahaja. Segera aku

membuka mesej yang paling baru kuterima darinya, mesej-mesej yang lain ku biarkan dahulu.

Page 297: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

296

Awk x nk jumpa sy, awk x jwb pggln sy, awk x bls msj sy... awk bole wat sy gila tau x... @

awk nak sy msk tanjung rambutan dulu baru awk nak balas msj2 sy ni???

Aku tertawa kuat membaca mesej itu. Mona memandangku dan mengangkat

keningnya. Aku hanya sekadar tersenyum dan mengelengkan kepala pada Mona.

Mesej itu kubaca sekali lagi. Senyuman masih melebar di bibirku. Tidak mungkin aku

akan membiarkan dia masuk ke hospital sakit jiwa itu semata-mata kerana merinduiku.

Aku merenung kotak cincin yang masih berada di tanganku, kugengam kotak itu lebih

erat dari tadi. Saat ini aku menjadi semakin rindu dengannya.

Sampai bila awak nak larikan diri dari saya? Awak tak rindu saya ke? `Zaf `

NOTA yang tertampal di skrin komputerku kucabut. Sejak aku pulang dari makan tengah hari

tadi sehingga petang begini sudah lima nota yang aku terima tertampal di skrin komputer ini.

Memang sengaja aku mengelakkan diri dari bertemu dengannya sejak aku pulang dari

makan tengahari bersama Mona tadi. Aku sengaja tidak duduk di mejaku hari ini, aku lebih

banyak membuat kerja-kerjaku dengan menumpang di tempat pekerja lain atau di bilik

mesyuarat. Sekali sekala baru aku ke mejaku ini mengambil fail-fail yang aku perlukan.

Setiap kali aku tiba di meja ini pasti sudah tersedia nota untukku darinya. Aku tertawa kecil

membaca notanya. Nota-notanya itu meruntun hati hawaku. Sengaja aku mahu menduga

hatinya, sekuat mana dia mahu meraih cintaku.

Berani sungguh dia menampal nota-nota di skrin komputerku ini apabila aku tidak

membalas satu pun mesejnya. Tidak takutkah dia jika ada pekerja lain yang datang ke

tempatku ini dan membaca kesemua nota-nota cintanya itu? Begitu dalam cintanya padaku

sehingga hal-hal lain tidak dipedulikannya.

Aku tersentak apabila mendengar bunyi pintu yang dihempas kuat. Segera aku

menoleh memandang Zafril yang sedang menuju ke arahku dengan wajah masam mencuka.

Page 298: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

297

Pasti dia terus keluar dari bilik sebaik sahaja melihat aku berada di sini. Nampaknya kali ini

aku sudah tidak dapat melarikan diri lagi seperti mana aku melarikan diri darinya sepanjang

hari ini. Kerana asyik mengulit notanya yang terbaru ini aku terlupa yang aku mahu mengelak

daripada bertembung dengannya hari ini.

“Kenapa awak buat macam ni?” Soalan itu terus menderu ke deria pendengaranku

sebaik sahaja Zafril tiba di hadapanku.

Aku mengerling memandang ke setiap ruang pejabat, Zafril juga turut melakukan

perkara yang sama. Dentuman pintu sebentar tadi langsung tidak menarik perhatian pekerja-

pekerja yang sudah pun laju menuju ke pintu utama untuk meninggalkan pejabat.

“Saya buat apa?” Soalku tenang.

“Buat apa?” Zafril mula kelihatan geram melihat aku yang tenang sahaja.

Zafril menayangkan kotak cincin yang berada di gengamannya padaku. Aku hanya

merenung kotak cincin yang aku letakkan di atas mejanya setengah jam lalu, sewaktu dia

hilang dari biliknya.

“Kenapa awak pulangkan balik benda ni pada saya? Awak rasa keputusan yang awak

buat ni betul ke?” Laju Zafril menyoalku dengan rasa kecewa yang jelas tergambar di

wajahnya.

Aku tersenyum dalam hati, melihat kekecewaannya itu aku yakin dia tidak membuka

pun kotak cincin itu. Pasti dia terus menerjahku di sini selepas menyambar kotak itu dari atas

mejanya tadi.

“Kenapa? Keputusan yang saya buat ni salah ke?” aku mengangkat kening menanti

jawapan darinya.

Nafas Zafril mula turun naik tidak menentu. Mungkin geram apabila setiap soalannya

dibalas dengan soalan juga dariku.

Page 299: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

298

“Kenapa awak tak nak bagi peluang pada saya? Sekurang-kurang kita boleh cuba

dulukan. Lagipun cincin ni...” Zafril tidak dapat menghabiskan kata apabila melihat tangan

kiriku yang sedang menyangkutkan beg tangan dibahu. Matanya mencerun pada jari manisku

yang masih lagi memegang beg yang sedia tersangkut di bahuku.

“Kenapa dengan cincin tu?”

Zafril terkebil-kebil mendengar soalan daripadaku. Matanya masih pada cincin yang

tersarung di jari manisku. Kelam kabut dia membuka kotak cincin yang berada di tangannya.

Kosong! Tiada apa di dalamnya. Zafril kembali memandangku yang sudah tersenyum

panjang.

“Kalau Encik Zafril rasa keputusan yang saya buat ni salah, saya tanggalkanlah ye

cincin ni?” aku sengaja mengacah, tangan kananku sudah pun memegang cincin di jari manis

kiriku. Sebenarnya aku tidak mahu menanggalkan cincin itu, walau apapun yang terjadi cincin

itu tetap akan tersarung di jariku. Aku tidak akan menanggalkannya sampai bila-bila.

“Eh, jangan. Nak buat apa tanggalkan? Jangan tanggalkan. Sesuai sangat dengan jari

awak!” tegah Zafril tegas.

“Acah je.” Aku ketawa kecil memandang Zafril yang sudah kalut semacam. Zafril

turut tertawa melihat tingkahku.

“Habis tu kenapa kotak cincin ni ada atas meja saya?”

Aku makin galak ketawa. “Saja je, nak seksa sikit jiwa encik.”

Zafril merenungku seketika. “Dah enam tahun saya terseksa. Tak payahlah awak nak

seksa saya lagi.”

Aku dan dia sama-sama ketawa umpama meraihkan cinta yang baru sahaja mula

bersatu itu. Aku berjanji dalam hati, tidak akan ada lagi rasa sangsi pada lelaki yang amat

kucintai ini.

“Apa yang kelakar sangat ni? Apa tu Abang Add?”

Page 300: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

299

Aku berpaling memandang Shania yang sudah pun berdiri di sebelah Zafril.

Tangannya mula mengapai kotak cincin dari genggaman Zafril. Namun belum sempat Shania

bertindak aku dengan pantas menarik tangannya.

“Jom balik, kata nak naik kereta baru akak.” Aku sengaja mengalihkan perhatian

Shania. Aku tidak mahu Shania tahu aku sedang bercinta dengan Abang Addnya. Bukan aku

bermaksud untuk merahsiakannya daripada Shania cuma aku mahu menyatakan berita

gembira ini kepada Shania apabila kami berdua sahaja nanti, bukannya di hadapan Zafril.

Terasa malu pula untuk membuka kisah ini di hadapan Zafril sendiri. Lagipun aku ingin

memberikan kejutan pada Shania.

“Eh, Safi dah beli kereta?”

Soalan Zafril itu mematikan langkahku. “Dah minggu lepas.”

“Tak bagi tahu pun.” Rajuk Zafril tiba-tiba. Aku tersenyum lebar, rasanya ini kali

pertama dia mengeluarkan nada rajuk sebegitu padaku dan dalam diam aku menyukainya.

“Alah minggu lepaskan encik lancarkan mogok dengan saya, macam mana saya nak

bagi tahu.” Balasku sambil menarik tangan Shania agar segera berlalu dari situ.

Aku tahu Zafril mahu membalas kata-kataku itu tapi aku tidak mahu berlama-lama di

situ nanti terbocor pula rahsia yang cuba aku sembunyikan pada Shania. Sewaktu Shania

menanyakan tentang mogok yang aku katakan pada Zafril sebentar tadi, aku hanya

menjawabnya dengan senyuman panjang.

Page 301: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

300

BAB DUA PULUH LAPAN

“BETUL ke nak dinner kat sini?”

Aku hanya tersenyum, menjawab soalan Zafril. Lantas aku terus mengambil tempat

duduk di dalam restoran mamak yang agak sesak. Ramai yang memenuhi setiap meja di

restoran itu. Ada yang benar-benar ingin menjamu selera dan ada juga sekadar mahu

menjamu mata menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung melalui siaran Astro.

Aku masih lagi memandang Zafril yang kelat wajahnya sewaktu mengambil tempat duduk

yang bertentangan denganku. Aku tahu dia tidak puas hati apabila aku memilih untuk makan

malam di sini. Dia yang memintaku membuat pilihan, ini pilihanku dan dia harus

menerimanya.

“Kita cari restoran lainlah ye, bisinglah kat sini.” Pantas Zafril memberi cadangan

apabila kebanyakan pelangan di situ mula bersorak sewaktu bola masuk ke dalam gawang.

“Buat apa nak tukar? Okay apa kat sini.” Aku menolak lembut cadangan Zafril. Dia

mula menarik muka apabila cadangannya ditolak. Aku tahu jika dia yang membuat pilihan

tempat malam ini, pasti restoran mewah yang akan menjadi pilihanya. Aku sebenarnya agak

kekok keluar berdua bersamanya hari ini. Bukan aku tidak pernah keluar berdua sahaja

dengannya sebelum ini, cuma situasi waktu itu aku sekadar seorang pekerja, manakala Zafril

majikanku. Namun malam ini begitu berbeza. Jadi perasaan itu turut berubah malam ini.

Terasa perbezaannya.

“Okay apanya, bising betul.” Zafril masih cuba membantah untuk kami terus berada di

sini. Aku tahu dia pastinya mahukan restoran yang tenang dan memberikan suasana yang

romantik. Tapi aku benar-benar segan untuk ke tempat sebegitu bersama-samanya waktu ini.

“Okaylah ni, Encik Zafril tu aje yang cerewet.”

Mata Zafril membulat memandangku, aku masih tersenyum, seolah-olah tiada apa-apa

yang berlaku sedangkan aku baru sahaja mengatanya.

Page 302: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

301

“Safi ni kan!” Zafril menghentikan katanya dan mengeluh perlahan.

“Kenapa?” Soalku tidak faham.

“Safikan dah jadi kekasih Zaf, kenapa Safi masih nak berencik-encik dengan Zaf? Kan

dah banyak kali Zaf kata, Zaf tak nak Safi berencik-encik dengan Zaf.” Lembut Zafril

menerangkan dalam suasana restoran yang masih hiruk pikuk.

Aku terdiam sudahnya, aku fikirkan dia marah apabila aku mengatakannya cerewet

tapi rupa-rupanya soal panggilan itu yang dibangkitkannya. Bukan aku sengaja mahu

memanggilnya sebegitu tapi aku sudah terbiasa.

“Mulai hari ni, Zaf tak nak dengar lagi Safi berencik-encik dengan Zaf. Safi panggil

Zaf je okay. Em... tak pun Safi panggil Zaf abang, boleh?” Zafril tersenyum nakal padaku.

Mulutku makin memberat. Abang? Aduh, biar betul takkan nak panggil abang,

malulah pula. Nak sebut namanya tanpa sapaan encik di hadapan pun jiwaku boleh bergetar

hebat inikan pula nak dipanggil abang. Biar betul.

“Bukan apa, senang bila kita dah kahwin nanti. Sayang dah praktis awal-awal.”

Senyuman zafril makin melebar dan wajahku rasanya sudah semakin memerah menahan

malu.

Abang? Kahwin? Sayang? Tiga perkataan itu betul-betul menyesakkan nafasku tika

ini. Kahwin? Aku belum terfikir lagi sehingga ke situ tapi dia sudah mendahului berfikir

terlalu jauh ke hadapan. Aku benar-benar malu apabila zafril berbicara tentang perkahwinan.

Dudukku mula tidak senang. Rasa maluku makin menebal apabila dia terus merenungku tanpa

berkelip.

“Sayang okay tak ni?”

Hampir pitam aku apabila perkataan sayang itu keluar buat kali kedua dari mulutnya.

Malu.... memang malu, tapi hatiku senang mendengar panggilan itu. Rasa bahagia mula

Page 303: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

302

menerpa laju ke dalam jiwa namun ianya masih tidak dapat mengatasi rasa maluku yang

mengunung.

“Kita order makanan dululah ye, Encik Zafril.” Pantas aku memanggil mamak yang

sedang mengemas meja di sebelah meja yang kami duduki ini.

Setelah membuat pesanan, aku hanya mendiamkan diri. Zafril pula sibuk menyaksikan

perlawanan bola yang berlangsung di tv di hadapannya. Aku ingin terus berbual dengannya

tapi tiada idea yang singgah untukku meneruskan kata. Jadi aku mendiamkan diri berharap

agar dia yang memulakan semula perbualan kami yang terhenti tadi.

Sepuluh minit kemudian hidangan sampai ke meja, aku masih diam sambil menjamu

nasi goreng di hadapanku begitu juga dengan Zafril. Sekali sekala aku mengerling padanya

yang masih lagi mengunci bibir. Matanya hanya tertumpu pada skrin tv dan sekali sekala

pandangan mata itu jatuh di pinggan nasinya. Aku yang berada di hadapannya tidak langsung

dihiraukan, seolah-olah aku sememangnya tiada di hadapannya.

Ish, orang lelaki ni kalau dengan bola memang hidup. Awek depan mata pun tak

layan, bebel hatiku.

“Zaf!” panggilku. Dengan mata yang masih memandang tv Zafril tersenyum lebar,

namun mata itu masih lagi kaku di kaca tv. Geram aku melihatnya.

“Zaf!” panggilku sekali lagi.

Zafril masih tersenyum, dia memandang pinggannya terlebih dahulu dan meletakkan

sudu dan grafu semula di tempatnya, kemudian barulah dia memandangku yang setia

memerhati gerak-gerinya dari tadi.

“Boleh pun tak sebut sebut perkataan encik tu.”

Aku terdiam semula. Hari ini semua tindakanku aku rasakan tidak kena. Tutur katanya

malam ini, mengusik hatiku. Pandangan matanya malam ini pun tidak boleh kubalas lama,

akhirnya aku saja yang asyik melarikan pandangan.

Page 304: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

303

Apabila pelanggan-pelanggan di dalam restoran itu menjerit kerana bola memasuki

gawang, mata Zafril tetap padaku, sedikit pun tidak menoleh pada tv. Melihat tindakan Zafril

itu barulah aku tahu, sebentar tadi dia bukannya mahu sangat menonton perlawanan bola itu

tetapi Zafril mahu aku yang memulakan perbualan terlebih dahulu atau mungkin dia tidak

mahu bertegur sapa denganku jika aku masih memanggilnya encik. Aku yakin dengan

telahanku, geram pula aku bila memikirkan gelagatnya itu.

“Hai, Zafril!”

Aku melirik mata memadang wanita yang telah pun duduk di kerusi di sebelah Zafril.

Rambut wanita itu yang lurus keperangan, mata yang galak dan wajah yang bujur sireh itu

mengingatkan aku pada seseorang tapi aku lupa di mana aku pernah bertemu dengannya.

“Hai, you buat apa kat sini?” Soal Zafril pada wanita itu sambil mengalihkan

badannya yang semakin dihimpit wanita itu.

“Makan-makan dengan member.” Jawab wanita itu manja sekali pada Zafril, sambil

melirik padaku seketika.

“You makan dengan member kat sini? Miracle.” Zafril mempamerkan wajah

hairannya.

Wanita itu galak ketawa apabila apabila mendengar kata-kata Zafril. Aku pula

membukam, nampak sangat wanita itu ketawa hanya untuk menarik perhatian Zafril, tergedik-

gedik semacam sahaja aku melihatnya. Tangan wanita itu pula seperti tidak tahu duduk diam,

sekejab dia cuba memegang bahu Zafril kemudian lengan Zafril pula yang menjadi sasaran.

Zafril pula sudah tidak senang duduk, asyik menepis tangan wanita itu. Banyak kali dia

bergerak membetulkan duduknya. Aku yang mula terasa panas hati mula mengalihkan

pandangan, malas mahu menonton drama di hadapanku ini.

“You ni dah empat tahun balik dari Australia langsung tak cari I.” Lunak sungguh

wanita itu mengalunkan suara.

Page 305: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

304

“I busylah.”

Melihat Zafril melayannya antara mahu dan tidak sahaja wanita itu pantas

menjelingku tajam apabila mata kami bertentangan. “Girlfriend ke?” Soal wanita itu pada

Zafril sambil matanya menjurus padaku, sedangkan aku sudah pun mengalihkan pandangan

darinya.

Zafril menganggukkan kepala sambil tersenyum lebar, menjawab soalan wanita itu.

“Special?” waniita itu masih menyoal mungkin masih tidak berpuas hati.

“More than that!” tambah Zafril lagi.

Aku yang mendengar jawapan Zafril menjerit girang di dalam hati. Sekurang-

kurannya wanita itu tahu Zafril kini bersamaku. Walaupun gembira mataku masih

memandang tv, tidak mahu mencampuri perbualan mereka.

“Sejak bila pandai ada special girlfriend.” Wanita itu masih tidak puas hati.

“Sejak I jumpa dia.” Zafril berkata dengan penuh yakin.

Aku cuba menyembunyikan senyuman yang bergayut di bibirku sewaktu mendengar

jawapan yang Zafril berikan pada wanita itu. Hatiku benar-benar gembira dengan setiap

jawapan yang keluar dari mulutnya malam ini.

“Okaylah, I pergi dulu, member I dah lama tunggu tu.” Tanpa menunggu jawapan

balasan dari Zafril wanita iu terus berlalu meninggalkan meja ini.

Aku menyoroti pandangan Zafril yang sedang memerhati wanita itu keluar duduk

bersama teman-temannya. “Siapa tu?” Tanyaku.

Zafril memandangku semula. “Lisa!” jawabnya sambil menghabiskan sisa air necafe

aisnya.

“Lisa? Macam pernah jumpalah sebelum ni denga dia, Tapi tak sure kat mana?” Aku

memandang wanita yang bernama Lisa itu semula, dan tidak aku sangka dia juga turut

membalas pandanganku tapi hanya seketika kemudian dia menjelingku tajam.

Page 306: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

305

Aku tersentak seketika. Bukan kerana aku menerima jelingan darinya cuma

jelingannya itu mengenangkan aku semula di mana aku pernah bertemu dengannya. “Hah,

Safi dah ingat Safi jumpa dia kat mana. Enam tahun lepas masa kenduri kahwin kakak Abang

Fuad.” Ujarku agak teruja kerana berjaya mengingati wajah itu walaupun setelah sekian lama

perjumpaan itu berlaku.

Aku masih ingat dengan wajah itu. Wajah itulah yang kerap menjelingku sewaktu

majlis berlangsung. Waktu itu pantang kami bertembung pasti jelingan tajam yang akan aku

terima darinya, tanpa aku tahu apa salahku padanya ketika itu.

“Amboi, tajamnya ingatan Safi. Dah enam tahun tu, still boleh ingat lagi?”

“Mestilah ingat, perempuan tulah yang berkepit 24 jam dengan Zafkan masa kenduri

tu.”

Zafril ketawa kuat sehinggakan pelanggan dari dari meja sebelah turut memandang

kami. “Mana ada Zaf berkepit 24 jam dengan dia. Lisa tukan sepupu Fuad juga. Tu yang dia

pun ada kat majlis tu.”

Zafril diam seketika, tawanya telah mati namun bibirnya sempat mengukirkan

senyuman nakal buatku. “Oh... patutlah ingat sampai sekarang. Masa tu lagi Safi dah start

cemburu ye.”

Aku menjuirkan bibir, waktu itu sedikitpun aku tidak berasa cemburu yang aku

rasakan waktu itu hanyalah meluat yang teramat sangat. Meluat melihat mereka berdua yang

seperti pasangan kekasih.

“Tak ada masa nak cemburu waktu tu.” Aku segera meningkah.

“Habis tu, tadi masa Lisa duduk sebelah Zaf pun Safi tak cemburu juga ke?” Zafril

memang sengaja mahu mendugaku.

“Tak! Safi bukan kuat cemburu.” Aku meningkah sekali lagi, aku tidak mahu dia

melabelku sebagai perempuan yang kuat cemburu.

Page 307: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

306

“Kalau tak cemburu kenapa tadi muka tu monyok je?” Zafril segera menguatkan

pendapatnya.

Aku sudah kehilangan kata. Ketara sungguhkah perubahan wajahku sebentar tadi

sehingga dia dapat menghidu apa yang ada di dalam hatiku sewaktu melihat dia duduk

bersebelahan dengan Lisa? Zafril mengangkat-angkat keningnya menantikan jawapan dariku.

“Jom balik.” Aku bergegas bangun menuju keluar dan menuju ke kereta Zafril yang

diparkir di tempat letak kereta. Aku mahu mengelak dari menjawab soalan Zafril itu.

“Safi, tunggu...” terdengar jeritan kecil daripada Zafril.

“Hantar Safi kat rumah Nia.” Pintaku apabila aku dan dia sudahpun berada di dalam

kereta. Mujur dia tidak mengungkit lagi tentang soalannya sebentar tadi. Mungkn dia tahu aku

tidak mahu menjawab soalan itu.

“Kenapa nak pergi rumah Shania?”

“Saja,”

Zafril diam seketika sebelum menyambung kata. “Zaf tak tahu macam mana nak pujuk

lagi Shania supaya dia jumpa mama dengan papa. Mama dengan papa memang dah lama nak

jumpa dia. Nampaknya dia masih tak boleh maafkan perbuatan mama dulu. Zaf pun tak tahu

macam mana nak yakinkan dia lagi yang mama dah berubah, tak macam dulu lagi.”

“Itulah, Safi tengok pun kebelakangan ni dia asyik termenung je. Risaulah Safi dengan

dia tu.” Aku turut bimbang dengan masalah yang menimpa Shania ketika ini. Aku tahu Shania

tidak mahu berjumpa dengan Makcik Hasnah. Kemarahannya pada wanita itu masih tidak

mampu dipadamkan sehingga saat ni.

“Tulah, Zaf pun dah buntu.”

“Tak apalah, nanti Safi pula cuba pujuk dia, okay.” Aku cuba memberikan harapan

pada Zafril. Aku tahu hati Shania tidaklah sekeras itu. Namun hambatan kecewanya pada

saudara kandungnya sendiri sukar untuk dipadam begitu sahaja.

Page 308: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

307

SHANIA mengerling memandangku yang duduk di kerusi meja soleknya. Sudah banyak kali

aku cuba memujuknya sebelum ini namun dia tidak pernah mengambil peduli setiap

pujukanku itu. Namun kali ini dia tidak akan dapat melarikan diri lagi. Aku sudah bertegas

untuk terus memujuknya. Malam ini saja sudah banyak kali dia cuba mengubah topik

perbualan tapi tidak berjaya, akhirnya perbualan ini masih berlegar-legar di ruangan bilik ini.

“Walau apa pun mereka tetap saudara kandung Nia. Nia kena ingat tu.” Aku masih

lagi cuba memujuk, walaupu telah banyak kali aku lakukannya namun aku tidak akan

berputus asa.

Aku tahu hati Shania masih lagi sakit dengan perbuatan makcik Hasnah yang menjadi

punca ayah Shania menghalau ibunya dari rumah mereka. Sedangkan pada waktu tu dia masih

kecil yang memerlukan kasih sayang. Lebih-lebih lagi, ibunya pula seorang mualaf yang

memerlukan bimbingan dan perlindungan daripada suami sendiri, tapi apa yang berlaku pula

sebaliknya. Selepas dihalau, ibu Shania dan Shania menumpang pula di rumah mak langku,

kawan baik ibu Shania. Nasib baik sewaktu ibu Shania menghembuskan nafas yang terakhir

mak lang sudi menjaganya.

Semua itu tidak akan berlaku jika Makcik Hasnah yang merupakan kakak kepada ayah

Shania tidak cuba memporak perandakan rumah tangga adiknya sendiri. Kerana marah

adiknya tidak berkahwin dengan pilihan keluarga Makcik Hasnah sanggup menabur fitnah

yang bukan-bukan sehingga ayah Shania termakan hasutan itu. Aku benar-benar tidak

menyangka Makcik Hasnah sanggup melakukan perkara sebegitu. Sedangkan sejak aku

bertemu dengan wanita itu, dia adalah wanita yang sangat baik. Mungkin betul kata Zafril

yang mamanya sudah menyesali perbuatan lampaunya dan mahu menebus segala

kesalahannya pada Shania pula.

Page 309: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

308

“Kalau marah sangat pun takkan sampai hati Nia tak nak ziarah kubur arwah ayah Nia

sendiri. Abang Add dah ceria kat Niakan betapa menyesalnya arwah bila dia halau Nia dan

ibu Nia dulu. Arwah pun sebenarnya berusaha cari ibu Nia dengan Nia. Nia tak percaya

dengan kata-kata Abang Add ke?” aku terus berusaha.

“Memang patut ayah menyesal. Tak patut dia buat Nia dan Ibu macam tu.” Luah

Shania dalam tangisan kecil yang baru bermula. Tisu di tangan diramas seolah-olah

melepaskan geram.

Aku tekedu seketika melihat tangisannya. Semenjak aku memujuk dirinya dua tiga

hari ini, kali ini barulah dia menitiskan air mata di hadapanku.

“Tak boleh ke Nia maafkan arwah?”

Aku dan Shania berpaling memandang mak langku yang sudahpun berdiri di muka

pintu. Dengan perlahan mak lang menghampiri Shania dan duduk di atas katil di sebelah

Shania dan mengusap lembut wajah yang banyak mewarisi wajah ayah Shania. Cuma warna

kulit dan hidungnya sahaja yang sama seperti ibunya, itulah kata-kata mak lang padaku dulu.

“Tapi mama, ayah..”

“Nia... walau apa pun dia tetap ayah Nia. Kalau tak ada dia, tak adalah Nia dalam

dunia ni, sayang.” Kini mak lang pula mengambil alih tempatku memujuk Shania untuk

menziarahi kubur arwah ayahnya dan berjumpa dengan orang tua Zafril.

“Lagipun arwah dah tak ada, takkan Nia masih nak berdendam lagi.” Tambah mak

lang.

Shania mengelengkan kepalanya. Aku pula hanya mampu menjadi pemerhati kali ini.

“Nia ingat lagi kan kata-kata ibu Nia sebelum dia meninggal dulu?” mak lang cuba

memancing perhatian Nia yang tertunduk.

Pantas dia merenung wajah mak lang.

Page 310: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

309

“Ibu Nia tak mahu Nia membenci ayah sendri sebab ibu Nia yakin di dalam hati ayah

Nia dia amat menyayangi dan mencintai Nia dan ibu. Cuma ayah Nia buat kesalahan kecil

kerana rasa marah. Ibu Nia dah lama maafkan ayah Nia dan keluarganya. Dia anggap ini

semua sudah jalan takdirnya, dan dia terima dengan redha. Kalau ibu Nia boleh maafkan

semua orang yang pernah menyakiti hatinya, kenapa Nia tak boleh nak jadi semulia ibu Nia

sendiri?” pujuk mak lang lembut pada anak angkatnya itu.

Shania masih mendiamkan diri, aku sendiri sudah terharu dengan kata-kata mak lang.

Sungguh mulia hati ibu kandung Shania.

“Kalau ibu Nia masih hidup mesti dia terkilan sebab Nia tak mahu ikut segala nasihat

dia. Mesti ibu Nia kecewa dapat anak yang keras hati macam Nia.” Kali ini barulah aku

mendengar mak lang mengeraskan suaranya.

Shania kelihatan tersentak, lantas dia terus merenungku seketika sebelum merenung

mak lang. Seketika kemudian dia memeluk mak lang erat, tidak mahu dilepaskannya dengan

linangan air mata yang makin laju mengalir.

Page 311: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

310

BAB DUA PULUH SEMBILAN

“MACAM mana semalam?” Soalan pertamaku pada Zafril. Zafril kelihatan begitu tekun

dengan pemanduannya. Perjalanan menuju ke rumah Shania untuk menjemputnya berjalan

dengan lancar pada ketika ini. Ingin bersama-sama menuju ke majlis perkahwinan Amy.

“Macam mana apa?” Zafril mengerling padaku seketika.

“Macam mana Nia dengan makcik semalam? Okay ke?” soalku semula.

Alhamdulillah akhirnya Shania setuju dengan cadanganku dan mak lang supaya dia berjumpa

dengan orang tua Zafril yang juga ibu saudaranya. Dan malam semalam mereka sekeluarga

bertemu semula. Aku mahu tahu kisah di sebalik pertemuan itu.

“Makcik? Makcik mana?” Zafril masih tidak memahami pertanyaanku.

“Makcik Hasnahlah, mama Zaf.” Terus sahaja aku menerangkan.

“Oh... tapi kenapa Safi panggil mama Zaf, makcik?”

“Laaa... Kalau tak panggil makcik nak panggil apa pula?” laju aku bertanya, tidak

mahu bertangguh lagi. Aku sudah tidak sabar mahu mengetahui cerita mereka semalam.

“Panggillah mama, mama Zaf kan mama Safi juga.” Usik Zafril tiba-tiba.

“Ish, Zaf ni main-main pula, Safi tanya betul-betul ni.” Aku menarik muka masam.

Sebenarnya aku sedang melindungi rasa malu dalam hati.

Zafril ketawa besar mendengar rajukku. “Alhamdulillah semua okay. Shania pun

bukan main rapat lagi dengan mama. Rasanya dah tak ada apa-apa masalah lagilah lepas ni.”

Akhirnya dia bercerita juga apa yang ingin aku ketahui.

“Alhamdulilah, harap-harap lepas ni Nia dah lupakan semua perkara-perkara lama tu.”

Aku mula tersenyum.

“Zaf pun harap macam tu juga.” Zafril turut tersenyum padaku.

Aku benar-benar berharap Shania akan melalui hari-hari yang lebih ceria selepas ini.

Aku tahu sejak dari kecil lagi dia berendam dengan air mata walaupun di hadapan kami dia

Page 312: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

311

berlagak ceria dan cuba menjadi gadis yang periang. Aku mahu dia gembira dan aku yakin

selepas berjumpa dengan Zafril dan keluarga Zafril dia akan menjadi gadis yang lebih ceria

selepas ini.

Zafril membunyikan hon kereta bertalu-talu di hadapan rumah Shania, namun bayang-

bayang Shania masih tidak kelihatan. Sudah hampir lima minit kami menunggu di sini.

“Zaf, Safi masuk sekejaplah, panggilkan Nia.” Aku memberi cadangan, takut pula ada

apa-apa terjadi padanya dengan pintu rumah yang terbuka luas sejak aku sampai tadi.

Setelah Zafril menganggukkan kepala, kakiku pantas keluar dari kereta dan terus masuk ke

dalam rumah teres dua tingkat itu. Laju kakiku membawa aku menuju ke bilik Shania. Aku

nyari-nyaris bertembung dengannya yang tergesa-gesa hendak keluar dari biliknya. Kami

sama-sama terkejut kecil.

“Sorry kak, lambat sikit.” Terus sahaja Shania meminta maaf sebelum sempat aku

membuka bicara. “Nia dan siap, jom.” Shania menarik tanganku sama-sama keluar dari

kereta.

“Mak lang mana?” soalku ketika Shania sedang mengunci pintu pagar.

“Dah keluar, jumpa kawan.” Jawab Shania sebelum terus membuka pintu kereta

penumpang hadapan dan terus melangkah masuk.

Melihat Shania yang meluru masuk ke dalam kereta, Zafril pantas memandangku.

Matanya dan mataku bertentangan seketika. Dia kelihatan serba salah tika ini. Aku

melemparkan senyuman padanya dan terus masuk ke dalam kereta di penumpang belakang.

Biarlah Shania duduk di situ.

MAJLIS persandingan amy begitu meriah sekali, gabungan warna merah dan putih begitu

menambat hatiku. Setelah bertemu dengan pasangan pengantin dan menghulurkan hadiah

yang sudah siap dibalut rapi aku, Zafril dan Shania terus menuju ke ruang bufet yang tersedia

Page 313: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

312

di dewan orang ramai. Di saat itu aku merasakan sedikit terpinggir. Shania lebih banyak

berbual dengan Zafril sepanjang masa. Hanya sesekali sahaja aku disapa oleh Zafril dan

Shania. Oleh itu, kebanyakkan masaku hanya dihabiskan dengan memerhati kawasan

sekeliling dan para jemputan.

Sewaktu kebosananku sampai pada tahap kemuncak, mujur aku terpandang Kak Ros

bersama dua orang anaknya yang sedang menjamu selera. Tanpa membung masa, aku terus

sahaja menuju ke meja yang dihuni Kak Ros di hujung dewan. Aku berlalu begitu sahaja

tanpa memberitahu Zafril atau Shania terlebih dahulu kerana aku tidak mahu menganggu

perbualan dua saudara yang begitu rancak sekali.

“Husband Kak Ros mana?” tanyaku sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah

Kak Ros. Sempat juga aku mengusap rambut anak Kak Ros yang berumur tujuh tahun, yang

masih leka menjamu nasi minyak di hadapannya.

“Outstation. Asyik outstation aje kerjanya. Kadang-kadang bengang juga.” Bebel Kak

Ros sambil menolak pinggan yang telah kosong ke hadapan.

“Dah kerja nak buat macam mana kak. Lagipun kalau tak kerja tak adalah pula duit

untuk akak pergi shopping hujung bulan ni.” Sengaja aku megusik apabila melihat Kak Ros

yang makin panjang muncungnya.

“Amboi, bukan main lagi kau membela dia ye. Esok-esok kalau kau dah kawin, lepas

tu laki kau tu asyik outstation, baru kau tahu apa yang akak rasa sekarang ni.”

Aku tergelak mendengar kata-kata Kak Ros. Nampaknya marah betul dia pada

suaminya kali ini. Geli hatiku melihat mukanya yang masam mencuka. Tiada langsung

masnis mukanya seperti selalu di pejabat.

“Mama nak pergi toilet.” Rengekkan anak bungsu Kak Ros mematikan tawaku.

“Safi tolong tengokkan Hani dulu ye. Akak nak bawa Hadi pergi toilet sekejap.”

Page 314: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

313

Aku tersenyum dan Kak Ros terus bangun membawa anaknya keluar dari dewan. Aku

masih memerhati gelagat dua beranak itu yang terkejar-kejar keluar dari dewan.

“Kenapa tukar tempat?”

Terkejut aku, fobia apabila mendengar suara lelaki yang betul-betul berada

disebelahku. Pantas aku menoleh padanya yang sudahpun mengambil alih tempat duduk Kak

Ros sebentar tadi.

“Kenapa tukar tempat?” Soal Zafril sekali lagi apabila aku seperti enggan menjawab

soalannya.

“Saja tak nak kacau Zaf berbual dengan Nia.” Balasku sambil memandang Amy dan

suaminya yang sedang bersanding di atas pelamin. Lagu-lagu pengantin jelas kedengaran di

setiap ruangan dewan dan tetamu pula silih berganti menepung tawar pengantin di atas

pelamin.

“Majlis kahwin kita nanti, Safi nak guna tema warna apa?”

Terkedu aku mendengar soalan Zafril. Entah kenapa dalam banyak-banyak soalan di

dunia ini, soalan itu yang terkeluar dari bibirnya ketika ini. Aku merenung Zafril yang masih

lagi setia memandangku tanpa berkelip.

“Ish, perasan, siapa nak kahwin dengan Zaf.” Selorohku untuk melindungi rasa

terkejutku tadi.

“Yelah siapalah nak kahwin dengan Zaf ni. Orang kat sebelah Zaf ni pun kalau diacu

senapang M16 sekalipun kat kepala tu, belum tentu dia sudikan.” Katanya sambil matanya

telah tertumpu ke hadapan memandang pelamin merah yang tersergam indah.

Aku tersenyum simpul mendengar kata-katanya. Terasa hatikah dia dengan kata-

kataku tadi? Atau mungkin tersinggungkah perasaannya denga kata-kata yang pernah aku

katakan padanya sewaktu di majlis perkhwinan kakak Fuad enam ahun lalu?

Page 315: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

314

“Zaf ingat lagi kata-kata Safi dulu?” aku cuba menyingkap semula kisah kami enam

tahun lalu. Pada awal pertemuan dan perkenalan aku dan dirinya yang penuh dengan rasa

benci dalam diriku.

Zafril merenungku kembali sebelum memulakan kata. “Bukan hanya kata-kata, semua

benda pasal Safi, Zaf masih ingat. Tak pernah sekalipun Zaf lupa.”

Aku tersenyu mendengar jawapan Zafril, aku yakin dengan kata-katanya. Sepanjang

enam tahun terpisah dia masih mengingatiku dan tidak pernah melupakanku. Tapi aku pula

sepanjang enam tahun itu, tidak pernah sekalipun wajah itu dikenang olehku dan tidak pernah

sekalipun namanya meniti lagi di bibirku. Dahulu aku terlalu tidak menyenanginya sehingga

tidak pernah terlintas bahawa lelaki itu akan menakluki hatiku suatu hari nanti.

“Kalau Safi nak guna warna oren untuk majlis kahwin kita nanti, Zaf setuju tak?”

luahku apabila mataku bertentangan semula dengan matanya. Jingga memenag warna

kegemaranku dan sejak dahulu aku memang mahu mengabadikan warna itu pada majlis

bersejarahku dengan bakal suamiku.

Hatiku bertambah girang apabila senyuman Zafril mula mekar dan pantas dia

menganggukkan kepala menyatakan persetujuannya denagn pemilihan warna yang telah aku

lakukan. Aku turut tersenyum lebar melihat reaksi yang dia berikan.

“Eh, you pun ada sekali Zaf?” tiba-tiba Kak Ros muncul dan mengambil tempat duduk

yang masih kosong di sebelah Zafril, anaknya Hadi diletakkan di atas pangkuannya.

“You datang berdua dengan Safi ke?”

“Taklah, datang bertiga dengan Shania sekali.” Jawab Zafril sambil menghulurkan

tangannya pada Hadi dan mengambilnya dari Kak Ros.

“Dah tu mana Shanianya?”

Mendengar soalan Kak Ros itu membuatkan aku turut berfikir di manakah Shania kini.

Mataku mula melilau di sekitar dewan mencari-cari kelibat Shania.

Page 316: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

315

“Entah, tadi kata nak pergi toilet sekejap.” Jawab Zafril lagi tapi tumpuannya hanya

pada Hadi yang bermain-main di atas pangkuannya. “Husband you mana?” Kini giliran Zafril

pula yang mengajukan soalan.

“Outstation.”

Aku tergelak mendengar jawapan ringkas Kak Ros dan dia membeliakkan mata

padaku, tidak senang dengan tawaku. Zafril pula terpingga-pingga melihat telatah aku dan

Kak Ros.

“Hah, you pula kalau dah kawin dengan Safi nanti jangan asyik outstation je. Merana

pula safi tu tinggal sorang-sorang kat rumah.”

Kini aku pula membeliakkan mata memandang Kak Ros. Entah kenapa tiba-tiba pula

Kak Ros membangkitkan tentang perkahwinanku dengan Zafril. Atau dia telah mengetahui

kini aku sedang bercinta dengan Zafril? Tapi setahuku kisah aku dan Zafril tiada seorang pun

di pejabat itu lagi yang mengetahuinya.

“I kalau dah kahwin dengan Safi, tak ada masanya I nak pergi outstation ni. Kalau

boleh kerja pun I tak nak pergi, rasa macam nak berkepit aje 24 jam dengan dia kat rumah.”

Balas Zafril dengan memek muka serius.

Malu aku mendengar kata-kata balas daripada Zafril, lantas segera aku mencubit

lengannya dan dia mula ketawa besar.

“Hah eloklah kalau dah macam tu, nikah aje terus hari ni. Tu pelamin tu pun tengah

kosong tak berpengantin. Senang-senang bersanding aje sekali terus, maklumlah baju pun dah

sedondon warna hijaunya.” Tambah Kak Ros lagi.

Aku mengetap bibir mendengar usikkan Kak Ros yang bertubi-tubi seolah-olah tidak

mahu berhenti. Begitu juga dengan Zafril yang ketawanya seakan-akan bersambung-sambung

sejak tadi, gembira benar dia mendengar usikkan Kak Ros. Aku hanya mampu mendiamkan

diri, jika aku menambah, pasti lebih teruk lagi Kak Ros akan mengusik diriku ini.

Page 317: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

316

KERETA aku letakkan betul-betul di bahu jalan bersebelahan rumah orang tua Zafril. Entah

mengapa begitu berat hatiku menuruti kata-kata Shania yang ingin aku turut serta masuk ke

dalam rumah itu. Bukannya aku tidak pernah datang ke rumah itu, tapi hatiku benar-benar

tidak sedap hari ini. Jika Shania tidak bersungguh-sungguh meminta pertolongan daripadaku

supaya menghantarnya ke sisi, sudah pasti aku lebih senang duduk di rumah petang-petang

ahad begini.

“Jomlah kak, sekejap je singgah, tunjuk muka.”

Akhirnya aku menurut juga kata-kata Shania. Alang-alang sudah sampai ke sini tidak

manis pula jika aku tidak singgah sebentar. Sampai sahaja di pintu pagar makcik Hasnah yang

kebetulan berada di Gazebo di taman itu pantas mendapatkan Shania dan aku yang baru

sahaja melepasi pintu pagar.

Setelah bersalaman dan berpelukkan dengan Shania, dia bersalaman pula denganku.

Kegembiraan jelas terpancar di mata wanita itu apabila memandang Shania. Aku yakin

Makcik Hasnah begitu menyayangi Shania. Akhirnya kegembiraan berpihak pada Shania

setelah sekian lama menyulam derita dahulu.

Makcik Hasnah mempelawa kami masuk ke dalam rumah tetapi aku berkeras untuk

duduk sahaja di gazebo, sengaja mahu mengambil angin petang.

“Mak long, Abang Add mana?”

“Ke surau, jemaah Asar kat sana. Kejab lagi baliklah tu. Abang Add kau tu kalau ada

masa memang dia suka sembahyang jemaah kat surau taman perumahan ni. Kadang-kadang

tu ajk surau suruh dia jadi muazzin kalau dia datang jemaah sama-sama.” Terang Puan

Hasnah panjang lebar tentang satu-satunya anak bujangnya.

Aku agak terkejut mendengar cerita Makcik Hasnah walaupun sebenarnya aku tahu

Zafril memang seorang yang tidak cuai dalam mengerjakan solatnya. Mana tidaknya, ketika

Page 318: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

317

di pejabat, dia bukan sahaja menunaikan solat di awal waktu, tetapi dia juga sering

mengingatkanku supaya meninggalkan dahulu kerja-kerja agar tidak melewatkan solat. Dan

nasihat itu acapkali aku dengar di pejabat. Rasa kagumku mula bertambah pada lelaki yang

sudah bertapak kukuh di hatiku.

Suara Makcik Hasnah yang meminta diri untuk masuk seketika ke dalam rumah

menyentak lamunanku. Lantas aku memandangnya yang sudah meluncur laju memasuki

rumah teres itu.

“Kak Safi. Nia peliklah dengan akak sekarang ni.”

“Pelik dengan akak. Kenapa pula?” berkerut dahiku mendengar kata-kata Shania

sebentar tadi. Apakah yang yang dipelikkan Shania tentang dirinya?

“Tak adalah, sekarang ni susah betul nak contact akak waktu malam. Busy aje talian tu

memanjang. Akak bergayut dengan siapa?” rungut Shania.

Aku tahu pasti Shania pelik dengan tingkahku kebelakangan ini. Dan pasti dia berkecil

hati denganku yang tidak lagi berbual dengannya di talian, berkongsi cerita pada waktu

malam seperti selalu. Namun aku tidak boleh berbuat apa-apa, memang hampir setiap malam

Zafril akan menghubungi dan berbual panjang denganku sedangkan sepanjang hari kami

bertemu di pejabat. Namun apabila tiba waktu malam, Zafril tetap mahu menghubungiku

bercerita itu dan ini. Hinggakan aku sudah terbiasa dengan rutin baruku itu.

“Oh... akak bergayut dengan pakwe ye.”Shania mula meneka apabila aku hanya

mendiamkan diri.

Kini senyumanku bertukar menjadi tawa. Sengaja aku mendiamkan diri membiarkan

Shania terus meneka.

“Siapa kak, pakwe akak? Em... tak apa biar Nia teka.” Shania memandang bumbung

Gazebo, seolah-olah benar-benar sedang berusaha memikirkan sesuatu. “Hah, mesti pakwe

Page 319: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

318

akak tu Faizkan! Mesti dia yang selalu telefon akan setiap malamkan.” Bersungguh-sungguh

Shania meneka.

Aku terkejut mendengar andaian Shania itu. Mengapa Faiz pula yang boleh terlintas di

fikiran Shania pada waktu ini? Memang Faiz ada menghubungiku tapi perbualanku

dengannya tidak lama kerana aku lebih menanti panggilan daripada Zafril setiap malam.

Nampaknya Shania telah tersalah sangka kali ini.

Shania mengangkat keningnya sambil memandangku. Aku bukan sengaja tidak mahu

memaklumkan Shania tentang hubunganku dengan Zafri, cuma kebelakangan ini banyak

perkara yang perlu Shania dan Zafril selesaikan. Aku mahu mereka menyelesaikan perkara-

perkara yang penting itu terlebih dahulu. Nampaknya Shania harus segera tahu tentang

hubunganku dengan Zafril sebelum dia terus meneka dan memikirkan yang bukan-bukan

tentang hubunganku dengan Faiz.

“Sebenarnya akak ada benda nak cerita pada Nia...” aku memulakan bicara dengan

senyuman yang mekar di bibir. Aku amat pasti Shania juga akan tumpang gembira dengan

berita yang akan aku sampaikan.

“Ye ke. Apa dia?” Shania kelihatan sudah tidak sabar-sabar mahu mendengar

pengakuanku.

“Assalamualaikum.”

Aku dan Shania berpaling memandang Zafril yang sedang berjalan mendapatkan kami

di gazebo. Apabila pandangan Zafril tertumpu padaku, aku memekarkan senyuman. Melihat

Zafril menggenakan baju melayu, dan kopia di kepala megusik hatiku. Dia kelihatan kacak

petang ini.

“Hai, Abang Add.” Sapa Shania ceria apabila Zafril sudah berdiri di hadapanku.

“Hai, dah lama sampai.” Soal Zafril yang masih lagi berdiri.

Page 320: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

319

“Baru je,” balas Shania apabila aku mendiamkan diri sejak Zafril turut berada di

Gazebo ini. Apabila Shania ternampak Makcik Hasnah yang baru keluar dari rumah bersama

dulang yang berisi air, pantas Shania berlari anak mendapatkan mak longnya itu untuk

membantu.

Zafril menyoroti pandangan Shania yang mendapatkan mamanya. Kemudian dia

memandangku semula yang masih lagi memandangnya. Dia berdehem dan tersenyum kecil

sebelum memulakan kata. “Hensem sangat ke Zaf hari ni, sampai tak berkelip mata tu

pandang?”

Panas mukaku apabila dia berkata begitu. Aku mengetap bibir, aku tidak sedar dengan

kelakuanku tadi yang tidak sudah-sudah merenung Zafril. Tapi timbul juga rasa geram

mendengar usikkannya itu.

“Perasan! Siapa pandang Zaf?” dalihku cuba menutup rasa malu yang sudah

mengunung.

“Habis tu kalau bukan pandang Zaf, Safi pandang siapa?” Zafril masih lagi terus

mengusikku dan duduk pada bangku di hadapanku.

“Safi pandang makcik Hasnah tu hah.” Aku menjuihkan bibir pada makcik Hasnah

dan Shania yang semakin menghampiri Gazebo coklat itu. Dia juga turut menoleh ke

belakang memadang mamanya dan Shania yang menatang dulang di tangan.

“Oh ye ke? Tapi kenapa panahan mata Safi tu boleh tembus sampai ke hati Zaf ni

pula? Safi tak pandang Zaf tapi hati Zaf ni pula yang berdebar-debar. Pelikkan?”

Aku sudah kehilnagan kata. Tidak tahu apa yang perlu diluahkan bagi membidas kata-

kata Zafril. Lidahku seakan kelu untuk meluahkan kata. Aku hanya mampu memandang

Zafril yang masih lagi menanti kata-kataku.

Page 321: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

320

“Kenapa diam aje ni Safi. Gaduh dengan bos ke?” Gurau Makcik Hasnah sebaik

sahaja tiba dan duduk bersama kami. Shania pula sedang sibuk menghidangkan air dan

sepiring kuih keria di atas meja di hadapan kami.

“Mana ada gaduh mama. Add mana sampai hati nak bergaduh dengan perempuan

cantik macam Safi ni.” Zafril terus menjawab sebelum aku yang memberikan jawapan.

Aku yang tidak senang diusik sebegitu di hadapan keluarga Zafril terus mengambil

teko air dan menuangkan air din setiap cawan yang telah Shania letakkan di atas meja. Geram

aku dengan perangainya yang suka mengusikku tidak mengira masa dan tempat. Makcik

Hasnah dan Shania pula sudah tersenyum simpul mendengar usikan Zafril.

“Add nak minum ke? Nanti mama ambilkan cawan lain. Tadi mama ingatkan Add tak

balik lagi.” Cadang Makcik Hasnah apabila teringat hanya ada tiga cawan yang dibawanya

keluar sebentar tadi.

“Tak apalah mama. Add nak tukar baju dulu. Takut nanti ada yang tak boleh tidur pula

malam ni, asyik terbayang-bayang.”

Makcik Hasnah dan Shania tercenggang mendengar kata-kata Zafril. Aku

membesarkan mata memandang Zafril yang sudah ketawa dan bangun berlalu masuk ke

dalam rumah.

“Abang Add cakap pasal siapa tu kak?”

“Entah,” aku menjungkitkan bahu, pura-pura tidak tahu. Untuk mengelak soalan

Shania yang seterusnya aku segera menyuakan pering berisi kuih keria pada Makcik Hasnah

dan dirinya, aku berharap Shania tidak meneruskan lagi soalan tentang kata-kata Zafril

sebentar tadi.

“Shania duduk dulu berbual dengan Safi ye. Mak long nak telefon pak long kamu

sekejab, dah petang-petang macam ni pun tak balik lagi dari pejabat. Orang lain hari minggu

cuti, dia sibuk nak kerja. Cepat-cepatlah Shania ambil alih syarikat tu. Tak sanggup dah mak

Page 322: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

321

long kena tinggal hari-hari macam ni.” Bebel Makcik Hasnah panjang lebar sebelum berlalu

masuk semula ke dalam rumah.

“Bila Nia nak mula kerja kat Tiara Holding?” Tumpuanku menjurus pada Shania

semula. Shania telah memaklumkan padaku yang dia sudah bersedia untuk mengambilalih

syarikat arwah ayahnya itu. Itu pun setelah dipujuk berkali-kali oleh Zafril, baru Shania

setuju. Tiara Holding ditubuhkan oleh arwah ayah Shania menggunakan nama ibu Shania

iaitu Tiara dan apabila ayahnya meninggal dunia, ayahnya mengamanahkan pakcik Zul

supaya menjaga syarikat itu sebelum berjumpa dengan Shania dan menyerahkan syarikat itu

pada anak tunggalnya.

“Hujung bulan ni kot. Tapi macam taknaklah kerja kat situ.” Wajah Shania tiba-tiba

berubah muram.

“La... kenapa pula?”

“Yelah, kalau Nia kerja kat Tiara Holding tak dapatlah Nia nak jumpa Abang Add

selalu.”

“Ish, kan Nia boleh jumpa Abang Add setiap hujung minggu.”Aku cuba menyedapkan

hatinya. Aku tahu dia amat rapat dengan Zafril lebih-lebih lagi apabila dia mula bekerja di

Adni Maju.

“Alah, seminggu sekali je. Rindulah pula nanti. Macam mana nak buat kerja?”

Hatiku mula tidak senang mendengar kata-kata Shania. Apa maksud sebenar Shania

tentang perkataan itu? Aku menelan liurku sendiri. Apa sebenarnya perasaan Shania pada

Zafril? Melihat Shania yang tergelak kecil makin menghimpit hatiku.

“Sebenarnya Nia ada benda nak cerita kat akak.” Ujar Shania sambil mengenggam

kedua-dua belah tanganku yang berada di atas meja.

Aku memejam mata seketika. Apa yang Shania ingin katakan padaku? Hatiku makin

dihimpit seolah-olah tiada ruang untuk berasa tenang.

Page 323: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

322

“Nia sebenarnya cintakan Abang Add.”

Sejurus mendengar kata-katanya itu, mataku membulat memandangnya yang

tersenyum-senyum sedari tadi. Kini jantungku bagai menendang dada, sakitnya tidak terkata.

Benarkah apa yang aku dengari ini? Apa yang perlu aku lakukan? Resah kian bercambah di

dalam diri, takut untuk mnghadapi kenyataan yang baru terbuka ini.

“Akak ni janganlah buat muka macam tu. Tapi akak janji tau jangan bagitahu Abang

Add.” Shania makin teruja berkongsi rasa hatinya denganku.

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Tiada apa yang dapat aku luahkan. Nafas yang

kuhela juga tidak selancar tadi, bagai tersekat-sekat sahaja alirannya. Bagaimana aku harus

menghadapi situasi ini? Apabila melihat Zafril yang sudah pun menukar pakaian dan

menghampiri kami dengan senyuman mekar, hatiku bagai dihiris-hiris. Dan alam ku rasakan

berputar laju hingga memeningkan kepalaku. Dugaan baru bermula buatku. Bagaimana

menghadapainya?

Page 324: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

323

BAB TIGA PULUH

NAMA Zafril tertera lagi di skrin kecil telefon bimbitku. Malam ini sahaja sudah banyak kali

telefon itu berdering, sama seperti malam-malam sebelumnya. Dan seperti selalu juga, aku

memang sengaja tidak mahu menejawab panggilan itu. Bukan aku tidak merindui lelaki itu,

memang aku amat merinduinya saat ini. sudah tiga hari Zafril tidak masuk ke pejabat semata-

mata ingin membantu Shania di Tiara Holding. Ya, Shania sudah pun mengambil alih syarikat

itu tiga hari lalu seperti janjinya dahulu. Dan sepanjang ketiadaan zafril di pejabat itu sedikit

sebanyak, aku mampu untuk cuba menjauhkan diri daripadanya, dan kerana itu jugalah aku

tidak mahu menjawab sebarang panggilan daripada Zafril.

Aku memerlukan masa untuk memikirkan semuanya, Tentang cintaku pada Zafril,

tentang diri Zafril sendiri dan paling penting tentang perasaan Shania pada Zafril. Boleh saja

aku buat tidak peduli dengan pengakuan Shania padaku tempoh hari kerana sudah nyata aku

pilihan Zafril. Namun, Shania sudah aku anggap sebagai adikku sendiri. Jadi mana mungkin

bagiku untuk melukakan hatinya.

Akhirnya telefon bimbit itu berhenti juga daripada terus bernyanyi. Mungkin dia telah

malas untuk mencuba menghubungiku yang tidak pernah bersahut panggilannya. Mungkin

juga dia sudah tidak mahu melayan kerenahku. Aku tahu aku bersalah kerana membuatnya

begitu tetapi bagaimana aku mahu menghadap dirinya jika setiap kali terpandang sahaja

wajah itu atau mendengar suaranya, kata-kata Shania tentang perasaanya pada Zafril menerjah

masuk ke dalam telingaku. Kata-kata yang mengudang gelombang resah yang bukan sedikit

di hatiku.

Walaupun aku yakin Zafril hanya mencintaiku, dan jika dia diminta membuat pilihan

sekalipun, dia tetap akan memilihku. Tapi jika itu berlaku, bagaimana pula dengan Shania?

Bagaimana pula dengan perasaan Shania? Dia baru sahaja menyulam gembira dengan

Page 325: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

324

penyatuannya bersama keluarga yang terpisah, tidak mungkin sekelip mata sahaja aku ingin

merampas kebahagiaannya itu.

Aku benar-benar tidak menyangka Shania menyintai Zafril. Aku fikirkan Shania

hanya menganggap Zafril seperti abangnya sahaja. Patutlah semenjak bertemu semula dengan

Zafril, setiap keputusan yang bakal diambilnya, pandangan Zafril yang akan diutamakan

dahulu.

Makin difikirkan, makin berat kepalaku. Aku benar-benar buntu cara kali ini. Tidak

tahu apa yang perlu dilakukan. Namun aku sedar ini semua salahku. Kalau dari awal

percintaanku dengan Zafril dahulu, aku terus memaklumkan perkara ini pada Shania, pasti hal

ini tidak akan berlaku.

Ketukan pintu bilik yang bertalu-talu mematikan lamunanku di dada langit. Aku

mengerling jam di sisi katil, 11.30 malam. Lantas aku menutup semula jendela bilik dan

menuju ke muka pintu. Sebaik sahaja pintu bilikku terbuka, wajah Fitri terpampang di depan

mata dengan senyuman panjang. Aku menjungkitkan kening, bertanya dalam diam pada Fitri

yang asyik tersenyum-senyum dari tadi.

“Tu hah, Zafril nak jumpa kau.” Dengan senyuman yang masih bersisa, Fitri

memuncungkan bibirnya ke arah pintu utama pangsapuri yang kusewa bersamanya.

“Dia datang sini, ke?”

Melihat anggukan Fitri itu menambahkan rasa terkejutku. Aku tidak menyangka dia

akan menemuiku. Mungkinkah kerana aku tidak menjawab setiap panggilannya? Dengan rasa

yang memberat di hati, aku menyarungkan tudung dan memakai sweater bagi melindungi

badanku yang hanya mengenakan t-shirt berlengan pendek.

Zafril memang sudah sedia menungguku di muka pintu sewaktu aku tiba. Melihat

sahaja dirinya di depan mata, rasa rindu itu makin membuak-buak, namun dalam masa yang

Page 326: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

325

sama wajah Shania terbayang-bayang pula di tubir mata. Kata-kata Shania ternginag-ngiang

di telinga. Rasa-rasa itu benar-benar menghimpit hatiku.

“Kenapa tak jawab call?”

Aku tidak mahu menjawab soalannya itu. Aku memandang Fitri yang masih setia

berdiri di sebelahku, lantas aku menyarungkan selipar. “Kita berbual kat taman bawah.” Aku

segera melangkah meninggalkan Fitri di muka pintu. Zafril hanya menurut kataku dan dia

mula berjalan beriringan denganku.

Sepanjang perjalanan ke taman permainan yang terdapat di dalam kawasan

pangsapuri, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Satu perkataan pun tidak terluah dari bibirku.

Aku juga tahu sepanjang berjalan, mata Zafril tidak purus-putus memerhatikanku. Sampai

sahaja di taman itu niatku untuk duduk di kerusi yang terapat di taman itu terencat kerana

seorang remaja lelaki sedang duduk di kerusi itu sambil berbual-bual di talian. Lantas aku

menuju ke permainan gelongsor dan bersandar di dinding gelongsor itu.

“Kenapa dah tiga hari Safi tak jawab call Zaf?” Soal Zafril yang turut bersandar

sepertiku di dinding gelongsor itu.

Cahaya-cahaya lampu yang terdapat di taman permainan itu memudahkan aku

mengamati wajahnya tika ini. Jelas kelihatan di dahi itu, tergambar garis kerisauan yang jelas

di wajah Zafril ini. Kerisauannya itu berasas, siapa yang tidak risau jika setiap panggilan

telefon tidak dijawab selama tiga hari berturut-turut, tidak kira pagi atau malam. Aku tahu aku

tidak sepatutnya merisaukan Zafril sebegitu. Aku tahu aku bersalah, jadi aku hanya mampu

melemparkan senyuman pada lelaki itu.

“Safi tahu Zaf banyak kerja. Zaf kena tolong Nia buat macam-macam kat Tiara

Holding sampai lewat malam. Safi cuma tak nak ganggu Zaf.” Helahku cuba menutup apa

yang aku rasakan sebenarnya. Aku tidak mahu dia terlalu memikirkan perubahanku. Zafril

sudah terlalu banyak kerja, mana dengan kerja-kerja di Adni Maju ditambah pula Zafril pula

Page 327: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

326

menolong Shania menyemak kedudukan kewangan Tiara Holding dan mengajar Shania

tentang perniagaan yang baru ingin diceburinya. Sudah terlalu banyak perkara terbeban di

bahu Zafril, aku tidak mahu menambahnya lagi.

“Betul?” Zafril masih lagi ragu-ragu dengan jawapan yang aku berikan.

Aku mengangguk kepala dan terus tersenyum.

“Bukan sebab Safi marahkan Zaf?”

“Kenapa pula Safi nak marahkan Zaf?” Tanpa menjawab soalan Zafril aku pula yang

mengajukan soalan padanya. Mengapa Zafril bertanya begitu padanya?

“Yelah, minggu ni Zaf asyik busy itu dan ini, sampai jarang kita dapat jumpa. Tiga

hari kebelakangan ini lagi teruk, tak berjumpa langsung, bercakap dalam telefon pun tak.

Maybe Safi terasa dengan Zaf, ke?”

Aku tertawa kecil mendengar penjelasan Zafril. Tidak aku sangka dia akan terfikir

sehingga begitu pula. “Tak adalah... Safi tak marah. Safi tahu Zaf sibuk. Safi okay je, Zaf tu

yang fikir bukan-bukan.”

“Betul ni?”

“Betul.”

“Sorrylah Zaf memang busy sikit. Papa tulah, dia suruh Zaf ajar Shania macam-

macam kat Tiara Holding. Kalau pasal financial okaylah juga, sebab Zaf memang ada master

in finance. Tapi kalau dah sampai operasi syarikat pun Zaf yang kena ajar, pening juga kepala

ni. Manalah Zaf mahir pasal operasi Tiara Holdig yang bercabang-cabang tu. Tak pasal-pasal

Zaf kena semak semula fail-fail lama. Papa bukannya tak boleh ajar Shania tu, tapi entah

kenapa nak juga Zaf yang ajar. Kerja-kerja kat Adni Maju tu pun dah banyak bertangguh.”

Bebel Zafril panjang lebar. Diluahkan semua perasaannya padaku yang setia menjadi

pendengarnya sedari tadi.

“Habis, bila Zaf nak masuk pejabat balik?”

Page 328: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

327

“Em... Maybe dalam seminggu dua lagi kot.”

“Lamanya...” keluhku perlahan. Ini bermakna seminggu dua ini aku akan jarang

bertemu dengannya.

“Kenapa? Tak boleh buat kerja ye, kalau Zaf tak ada depan mata?” Usik Zafril pabila

mendengar keluhanku.

“Bukan tak boleh nak buat kerja, tapi banyak sangat kerja Zaf yang Safi nak kena

handle and backup. Penat tau.” Sengaja aku berpura-pura mengadu padanya. Aku tidak mahu

dia tahu yang aku akan merindui dirinya jika terlalu lama tidak bersua muka.

“Amboi, dengan teman lelaki sendiri pun berkira.” Zafril tertawa.

“At office you’re not my boyfriend but you’re my boss. Dengan bos ni kita bukannya

boleh bagi muka sangat, nanti macam-macam kerja dia suruh kita buat tapi bagi gaji ciput je.”

Kali ini aku pula sengaja mengusik dirinya.

Zafril sudah mula mencekak pinggang dan matanya membulat memandangku. “Oh...

Jadi selama ni tak puas hatilah dengan gaji yang Zaf bagi. Tak cukup? Sikit sangat ke?”

“Ha’ah, memang tak cukup. Memang sikit.” Sengaja aku menambah. Matanya yang

sedang merenungku sedikit pun tidak mengusarkanku. Aku tahu dia pura-pura marah

denganku.

“Habis tu nak berapa baru cukup?” Zafril memeluk tubuhnya pula. Wajahnya makin

dikeruhkan, matanya masih lagi galak memandangku.

“Double daripada gaji yang Safi dapat sekarang.” Saranku pula.

“Ish, banyak tu. Demandnya Safi sekarang.”

“Eh, itu baru satu perlima dari gaji Zaf tau. Mana pula banyaknya?” Aku tersenyum

dalam hati. Aku tahu permintaanku itu agak keterlaluan dan aku sebenarnya tidak tergamak

berlagak demand sebegitu.

Page 329: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

328

Zafril kelihatan berfikir seketika kemudian dia memandangku semula. “Okay, Zaf

sanggup bagi Safi triple dari gaji yang Safi dapat sekarang tapi dengan satu syarat.” Kini

zafril sudah tersenyum lebar.

“Triple?” Soalku sedikit terkejut, tidak sangka dia akan membuat tawaran sebegitu

padaku. “Erm... Nampak macam menarik. Okay apa dia syaratnya?” Sengaja aku pura-pura

teruja. Aku tahu dia tidak akan berbuat begitu, nanti apa pula kata pekerja-pekerja yang lain.

Gaji setiausaha begitu mahal, pasti ianya akan mengundang seribu satu persoalan di minda

setiap pekerja-pekerja Adni Maju.

“Syaratnya... Safi kena berhenti kerja.”

“Hah?” Terkejut aku mendengarkan syaratnya. Jika sudah berhenti kerja, bagaimana

pula aku akan mendapatkan gajinya? “Kalau dah Safi berhenti kerja, macam mana pula...”

“Kita kahwin!”

Kali ini aku lebih terkejut dari tadi. Langsung tidak terlintas di fikiranku Zafril akan

menggenakan syarat itu. Jantungku mula berdegup laju, terkebil-kebil mataku memandang

senyuman Zafril yang semakin melebar.

“Zaf tahu cara Zaf ni tak betul, lamar Safi kahwin macam ni. Tapi Zaf memang dah

tak sanggup nak hidup berjauhan dari Safi. Tiga hari kita tak berjumpa ni pun dah buat Zaf

macam tak betul, asyik terbayang-bayang Safi je.” Zafril tertawa kecil seketika. “Zaf dah

nekad dengan keputusan Zaf. Zaf ingat hujung bulan ni Zaf nak masuk meminang Safi. Awal

bulan depan kita bertunang. Lepas tu, hujung tahun ni kita kahwin. Boleh?”

Makin terkejut aku mendengar rancangan Zafril itu. Wajah Zafrilku renung mencari

kesungguhan disebalik kata-katanya tadi. Adakah Zafril serius dengan kata-katanya atau dia

hanya ingin bergurau denganku. Jika benar kata-kata Zafril itu maknyanya dalam masa tidak

sampai tiga bulan lagi aku akan mendirikan rumah tangga dengannya. Tiba-tiba gambaran

wajah Shania terbit lagi. Bagaimana keadaan Shania jika berita ini dikhabarkan padanya?

Page 330: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

329

“Bila Zaf masuk pejabat semula nanti, Zaf nak dengar persetujuan daripada Safi. Dah

lewat ni, jom Zaf hantar Safi naik.”

“Tak apalah, Safi naik sendiri” Aku menolak. Bukan apa, hati masih terkejut dengan

berita peminangan itu.

“Okay, tapi hati-hati tau. Zaf balik dulu. Assalamualaikum.” Zafril mengenyitkan

matanya kemudian berlalu pergi.

Aku masih lagi termanggu di situ. Otakku mula berputar ligat, aku benar-benar tidak

pasti adaah Zafril bersungguh-sungguh dengan kata-katanya itu. Sepatutnya aku berasa

gembira dengan cadangannya tapi mengapa hatiku berbelah bagi tika ini. Wajah Shania mula

bersilih ganti dengan bayangan Zafril yang sudahpun berlalu dari taman permainan ini.

SETELAH mendapatkan lif di hujung lobi Hospital Pusat Rawatan Islam, aku terus

meloloskan diri ke dalam perut lif. Aku ingin segera mendapatkan Shania yang sedang

ditahan di wad kerana masalah buah pinggang. Dari semalam dia dimasukkan ke dalam wad,

namun baru sebentar tadi Zafril memaklumkan perkara itu padaku.

Aku sendiri tidak mengerti mengapa Mak Lang tidak mahu memaklumkan keadaan

Shania yang telah hampir dua hari ditahan di wad kepadaku dan kedua ibu bapaku. Dan aku

juga menjadi binggung, sejak bila Shania mengidap penyakit itu? Mengapa sebelum ini aku

tidak mengetahuinya. Hatiku semakin resah mahu segera mendapatkan Shania. Dan sebaik

sahaja pintu lif hampir tertutup ada tangan yang menghalang pintu itu dari tertutup rapat.

“Safi”

Aku melemparkan senyuman pada Hafiz yang baru sahaja memasuki perut lif dan

berdiri disebelahku. “Hafiz, buat apa kat sini?”

“Nak tengok Shania. Safi pun nak tengok Shaniakan?”

“Ha’ah tapi macam mana Hafiz tahu Shania masuk wad?”

Page 331: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

330

“Makcik Milah call tengah hari tadi. Tu yang saya cepat-cepat datang ni.” Terang

Hafiz.

Penerangan Hafiz itu membuatkan aku terdiam seketika. Mengapa ibu saudaranku itu

hanya memaklumkan keadaan Shania padanya tapi tidak pada diriku sekeluarga. Adakah mak

lang dan Shania ingin merahsiakan hal ini dari pengetahuan aku sekeluarga. Tapi mengapa

perlu dirahsiakan hal-hal sebegini? Bukankah kami sekeluarga, jadi perkara-perkara sebegini

harus dikongsi bersama.

“Tak sangka pula sakit Shania tu datang balik.” Tiba-tiba Hafiz memecah kesunyian.

“Maksud Hafiz?” Aku tidak faham akan kata-kata Hafiz itu. Penyakit Shania datang

balik? Mungkinkah Shania sudah lama mengidap sakit buah pinggang dan sudah lama juga

Shania dan mak lang menyimpan rahsia ini.

“Dulu masa kat US pun Shania ada juga warded. Berhari-hari jugalah Shania masuk

wad. Makcik Milah kata Shania memang ada sakit buah pinggang sejak dari kecil.”

Berubah terus air wajahku mendengar cerita Hafiz. Masakan Shania pengidap sakit

buah pinggang sejak dari kecil, sedangkan sepanjang aku membesar bersama-samanya tidak

pula Shania kelihatan sakit atau ditahan masuk wad. Tapi tidak mungkin pula Hafiz ingin

menjadi-jadikan cerita. Apabila pintu lif terbuka luas, aku pantas melangkah menuju ke wad

untuk mendapatkan Shania. Aku ingin mengetahui cerita sebenar.

“Safi tak tahu ke?” Soal Hafiz sambil mengekori langkahku.

Aku mengeleng laju dan Hafiz mengeluh perlahan. Sebaik sahaja aku ingin memulas tombol

pintu wad tiba-tiba Zafril terlebih dahulu membuka luas pintu dari dalam. Tersentak aku

seketika melihat Zafril yang tiba-tiba muncul dibalik pintu. Namun sempat juga aku

melemparkan senyuman padanya.

Page 332: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

331

Zafril yang pada mulanya membalas senyumanku mematikan senymannya apabila

melihat Hafiz turut berada di sisiku. “Datang berdua ke?” Zafril benar-benar kelihatan tidak

senang melihat Hafiz berada di sisiku.

“Taklah, safi tumpang Fitri tadi. Lepas tu terserempak pula dengan Hafiz dalam lif.”

Cepat-cepat aku menerangkan keadaan sebenar apabila melihat wajah Zafril yang tiba-tiba

tegang. Hafiz menghulurkan tangan pada Zafril dan aku menarik nafas lega apabila Zafril

menyambut huluran salam itu.

“Nia macam mana?” Aku terus masuk ke dalam wad yang hanya menempatkan Shania

sahaja. Aku tahu pastu mak lang yang menempatkan Shania di bilik kelas pertama ini.

Begitulah mak lang, dia tidak akan berkompromi tentang keselesaan Shania.

“Dah semakin okay.” Zafril menutup semula pintu apabila aku dan Hafiz telah masuk

ke dalam. Nampaknya niatnya untuk keluar tadi dibatalkan begitu sahaja.

“Kenapa dengan Nia sebenarnya?” aku mula membelai rambut Shania. Rasa kasih

tertumpah di situ apabila melihat wajah pucat Shania. Hampir menitis air matanya melihatkan

dia sebegitu.

“Zaf pun tak tahu detail sebab doktor lebih banyak berurusan dengan Makcik Milah.

Tapi Makcik Milah cakap, Shania sekarang ni dah jarang ambil ubat.” Zafril yang berdiri

disebelahku turut memerhati Shania yang terlena di atas katil.

“Tapi masa kat US dulu, dia tak pernah lupa ambil ubat.”

Kata-lata Hafiz itu menyentuh hatiku. Mungkin Shania agak terbeban dengan kerja-

kerja di Tiara Holding sebeb itulah Shania lupa akan rutin biasanya itu. Aku tahu dia terlalu

muda untuk dibebankan dengan segala masalah syarikat gergasi itu, tapi apa yang boleh

dilakukan, Shania satu-satunya waris bagi menyambung legasi Tiara Holding, muda atau tua,

susah atau senang Shania terpaksa juga memikul tanggungjawab itu. Aku mengelus lembut

Page 333: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

332

wajah pucat Shania, aku tidak tahu apa yang boleh aku lakukan untuk membantu

meringankan beban adikku ini.

Perlahan-lahan Shania membuka matanya dan memandangku yang berada di sisinya.

Aku membalas senyuman Shania yang agak kelat itu. Apabila Shania mula bergerak aku

pantas membantunya duduk bersandar di kepala katil.

“Shania sakit lagi ke?” Ingin sahaja aku terus bertanya padanya mengapa dia dan mak

lang merahsiakan sakitnya itu. Namun aku tahu ini bukan masa yang sesuai untuk aku

bertanyakan semua itu. Shania memerlukan masa rehat yang cukup waktu ini.

“Nia dah okaylah kak. Akak dah lama sampai?” Soal Shania cuba berlagak ceria.

“Baru aje”

“Akak datang dengan Hafiz ke?” Shania memandang ke arah Hafiz seketika sebelum

memandangku semula.

Aku mengeleng laju. “Taklah, tadi akak terserempak dengan Hafiz masa dalam lif.”

Terus aku berterus terang. Aku tahu selama ini Shania salah faham tentang hubunganku

dengan Hafiz dan aku tidak mahu Shania terus dengan salah fahamnya itu.

“Oh, ingatkan lepas dating berdua, baru datang jenguk Nia kat sini” Shania tertawa

kecil seketika.

Wajah Zafril berubah apabila mendengar kata-kata Shania. Kecut perutku membalas

renungan tajam Zafril yang terarah kepadaku. Aku menjadi kalut, aku tidak tahu mengapa

Shania selalu melepaskan kata-kata sebegitu apabila kami berempat bertemu muka. Aku ingin

membalas kata-kata Shania itu sekaligus menutup mulut adikku itu dari terus cuba

mengaitkan aku dengan Hafiz. Tapi otakku seolah-olah dibius, aku tidak mampu untuk

membalas kata-kata Shania sekeligus meredakan renungan tajam Zafril.

“You ni kan... dalam sakit-sakit tu pun ada hati nak kenakan orangkan.” Hafiz

membalas bagi pihakku.

Page 334: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

333

“Eh, kalau betul pun apa salahnya kan. Lagipun akak I ni single lagi tau.” Shania lekas

membalas.

“Shania, Safi ni sebenarnya dah...”

“Zaf!” Pantas aku memotong kata yang ingin Zafril sampaikan pada Shania. Aku tahu

apa yang Zafril ingin sampaikan padanya. “Mak lang mana Nia?” Segera aku menukar topik

perbualan.

“Mama balik rumah kejap.” Dalam terpinga-pinga shania menjawab jua soalanku.

Sesudah itu Zafril terus mengapai surat khabar yang berada di meja sisi katil dan mula

duduk si sofa yang agak jauh dari katil Shania. Seolah-olah dia cuba menjauhkan diri daripada

perbualan yang berlangsung di antara aku, Shania dan Hafiz. Sepanjang perbualan kami,

sempat juga aku mengerling pada Zafril yang sedang tekun membaca akhbar di tangannya.

Apabila Shania dan Hafiz mula membangkitkan kisah kawan-kawan seuniversiti

mereka dahulu, aku mengambil peluang itu untuk menghampiri Zafril. Aku duduk di sofa

tunggal yang berada di sebelah Zafril. Zafril melipat surat khabar yang dibacanya tadi dan

diletakkan ke tepi. Perhatiannya kini tertumpu padaku.

“Safi tak bagitahu Shania lagi pasal kitakan?” Terus Zafril menerjahku dengan soalan

yang cuba aku elakkkan sejak minggu lalu.

Aku menelan liurku sebelum menjawab soalahnya. Aku tahu jawapanku pasti aka

mengundang amarahnya. “Belum.”

“Susah sangat ke, Safi nak bagi tahu hal kita kat Shania. Bila Zaf nak bagitahu sendiri

Safi tak bagi. Macam-macam alasan Safi. Yang nak rahsiakan sangat hal kita ni pada Shania

tu kenapa?” Bergerak-gerak rahang Zafril menahan rasa di hatinya.

“Bukan Safi tak nak bagi tahu, tapi banyak sangat benda berlaku kebelakangan ni. Safi

cuma nak tunggu masa yang sesuai.” Aku cuba menyakinkan Zafril tapi mendengarkan

keluhan yang terluah di bibirnya, aku tahu dia tidak boleh menerima alasanku. Aku tahu ini

Page 335: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

334

semua salahku, aku seharusnya memaklumkan hal diriku dan Zafril dari awal pada Shania,

tapi keadaan semakin teruk apabila aku tahu perasaan Shania pada Zafril. Jadi bagaimana aku

mahu berterus terang dengan Shania tentang perkara ini? Aku sendiri tidak ada jawapannya.

“Bila pula masa yang sesuai tu?” Zafril nampaknya masih lagi berang denganku.

“Zaf, nanti-nantilah.” Aku sudah tidak tahu apa yang harus aku katakan. “Safi balik

dulu.” Aku tahu hari ini dan tempat ini bukanlah waktu yang sesuai untuk kami

membincangkan hal ini.

“Fitri jemput ke?”

Aku mengeleng.

“Habis tu macam mana nak balik?”

“Tak apalah safi naik teksi je.”

“Tak payah naik teksi, jom Zaf hantar balik.” Terus Zafril bangun dari duduknya.

“Habis tu siapa nak jaga Nia?” Aku juga turut bangun dari duduk.

“Sekejap aje tinggalkan dia, bukannya jauh sangat pun rumah Safi tu.” Zafril masih

lagi berkeras ingin menghantarku.

“Tak baiklah kita tinggalkan dia seseorang kat sini.” Aku masih terus memujuknya.

Tidak mungkin aku akan mementingkan diri sendiri. Waktu ini Shania yang perlu diutamakan

berbanding dirinya. Shania perlukan lebih perhatian dari orang disekelilingnya.

Zafril merengus kasar apabila aku masih lagi menolak kehendaknya . Dia terus

mengekori langkahku yang telah mendapatkan Shania.

“Akak balik dululah Nia.” Terus sahaja aku mencelah perbualan Shania dan Hafiz.

“Dah nak balik dah.” Shania menyambut huluran salam dan memelukku. “Akak drive

ke?” Soal Shania saat pelukan kejabku telah dilepaskan.

“Tak, akak balik naik teksi je.”

“Kalau macam tu biar saya hantar Safi balik.” Pelawa Hafiz tiba-tiba.

Page 336: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

335

“Eh, tak apa salah boleh balik sendiri. Lagipun kat sini senang nak dapat teksi.”

Tolakku lembut. Tidak mungkin aku akan menerima pelawaan Hafiz itu, nanti apa pula kata

Zafril sedangkan pelawaannya untuk menghantarku sebentar tadi aku tolak.

“Alah, akak ni, Hafiz pun nak balik juga, apa salahnya dia hantarkan. Orang dah

pelawa terima jelah kak.” Shania tersenyum-senyum memandangku dan Hafiz.

Aku terdiam, tidak tahu apa yang perlu aku lakukan kini, wajah Zafri langsung tidak

aku kerling walaupun seketika. Takut aku mahu melihat reaksi Zafril tika ini. Apabila Hafiz

membantu Shania menuangkan air ke dalam gelas, dengan pantas Zafril menarik lenganku

menjauhi katil Shania.

“No way, jangan harap Zaf nak benarkan Safi balik dengan Hafiz. Biar Zaf je hantar

Safi.”

“Zaf, janganlah macam ni. Takkan nak tinggalkan Nia seorang.”

“Seorang apanya? Doktor dengan nurse kan ada. Lagipun bukannya jauh sangat

rumah Safi dengan hospital ni. Selang 30 minit Zaf dah boleh sampai hospital ni semula. Tak

ada apa yang nak dirisaukan.” Zafril masih lagi berkeras.

“Zaf, kalau mak lang dengan parent Zaf datang kejap lagi tengok Shania tak ada

sesiapa pun yang jaga, macam mana? Zaf nak jawab apa? Buat masa sekarang ni Nia lebih

penting. Zafkan abang sepupu Nia.”

Melihat Hafiz yang sudah mula melangkah menuju ke pintu aku juga turut membuka

langkah. Baru aku mula membuka beberapa langkah, Zafril memanggilku semula dan aku

pantas menoleh.

“Dah sampai rumah nanti call Zaf.’

Aku tersenyum dan menganggukkan kepala, kemudian aku melambai pada Shania

yang masih lagi berbaring di katil. Aku tau Zafril turut risau dengan keadaan Shania yang

sedang menanggung kesakitan. Tidak mungkin dia akan meninggalkan Shania keseorangan di

Page 337: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

336

wad ini. Namun dalam waktu yang sama aku tahu dia tidak mahu mengabaikanku. Dalam

situasi ini aku tahu Zafril harus mengutamakan kepentingan Shania berbanding

kepentinganku.

Page 338: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

337

BAB TIGA PULUH SATU

IBU mengeluh perlahan mendengar semua kisahku. Semua sudah aku ceritakan padanya,

tiada satu pun yang tertinggal. Aku menyandarkan kepalaku ke bahu Ibu, aku memerlukan

pendapatnya. Itu yang penting saat aku buntu tika ini.

“Daripada apa yang Safi cerita, ibu dapat agak yang Safi betul-betul cintakan

Zafrilkan?” Ibu bersuara, memulakan kata.

Aku hanya mampu menganggukkan kepala. Menggantikan jawapan yang sepatutnya

dituturkan dengan lidah. Masakan aku tidak mencintai Zafril. Dia adalah cinta pertamaku dan

aku yakin hanya dia yang akan berada di hatiku selamanya.

“Dah, Safi tak payah nak fikirkan pasal sesiapa. Apa yang penting sekarang, baik Safi

fikirkan pasal masa depan Safi, pasal kebahagian Safi. Ibu yakin, Zafril mampu buat Safi

bahagia.” pendapat pertama yang diluahkan oleh ibu.

“Tapi, macam mana Safi nak jelaskan semua pada Nia? Dapat ke, Nia terima semua ni

dengan keadaan dia sekarang? Safi buntulah ibu, Safi tak tahu nak buat apa lagi.”

kebimbangan yang masih ada, aku suarakan. Tidak mahu aku tanggung semua rasa itu

sendirian.

“Inilah masalah Safi yang paling utama. Tak habis-habis Safi nak fikirkan pasal orang

lain, pasal Nia. Safi, jodoh pertemuan tu bukan kita yang tentukan. Safi... dengar cakap ibu ni.

Ibu yakin Nia akan faham. Lagipun, sebelum terlambat, lebih baik Safi ceritakan perkara

sebenar pada Nia. Biarlah kalau Zafril nak masuk meminang Safi. Ibu tak nak Safi putih mata

nanti.”

“Apa maksud ibu?” segara aku mengangkat kepala yang tadinya asyik menumpang di

bahu ibu.

“Entahlah Safi, tapi ibu rasa tak sedap hati lepas dengar cerita Safi ni.”

Page 339: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

338

Mendengar jawapan daripada ibu itu, aku mengeluh panjang. “Ibu...” kembali aku

rebahkan kepala di bahu ibu bersama panggilan bernada sayu itu, mahu ibu faham apa yang

ada di hatiku ini.

“Dah, jangan buat apa-apa yang menyakitkan hati Zafril lagi. Jangan buat Zafril rasa

yang Safi tak serius dengan hubungan ni.” lagi nasihat yang ibu berikan.

“Safi pun tak nak sakitkan hati Zafril, ibu. Tapi setiap kali Nia ada, setiap kali tulah,

Safi jadi macam batu, tak tahu nak buat apa.”

“Mungkin ini dugaan buat Safi dengan Zafril. Apa yang penting sekarang, Ibu nak

anak ibu kuat.”

Kata-kata ibu itu akhirnya berjaya menghasil senyuman kecil di bibirku. Aku akui

kebenaran kata-kata ibu. Aku harus kuat dalam menangani masalah ini. Ini baru dugaan

pertama untuk aku harungi sejak aku mula menerima Zafril dalam hidupku. Dan terasa seperti

dugaan pertama inilah dugaan yang terlalu berat untukku tanggung.

AKU merenung keluar tingkap kereta, aku perasan Zafril yang berada di tempat pemandu

kerap kali mengerling ke cermin pandang belakang untuk melihatku. Sejak memasuki kereta

Nissan Slyphy ini hampir dua jam yang lalu aku hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang

ingin dibualkan. Jika tidak kerana paksaan Shania supaya aku mengikut percutian kali ini,

pasti aku tidak akan turut serta.

“Alah, kak jomlah temankan Nia. Takkan Nia nak pergi sana berdua je dengan Abang

Add. Tak manislah kak. Lagipun Nia ada surprise untuk akak.”

Kata-kata pujukan Shania malam tadi masih bermain di mindaku. Kerana kata-kata

itulah aku turutkan juga kehendaknya. Lagi pula dia baru sahaja keluar hospital dua hari lalu,

jadi dia merancang percutian ini untuk mengambil udara segar di tepi pantai, jauh dari kota.

Page 340: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

339

Doktor juga menyarankan perkara yang sama, jadi untuk kepentingan kesihatannya aku

turutkan sahaja percutiannya selama dua hari di Cherating.

Shania yang berada di sebelah Zafril asyik membuka pelbagai cerita. Walaupun

sakitnya masih belum lagi pulih sepenuhnya, tapi Shania kelihatan bersemangat hari ini.

Renungan Zafril yang kerap kali di cermin pandang belakang padaku mula membuatka hatiku

tidak tenang. Takut-takut Shania perasan akan kelakuannya itu, nanti apa pula kata Shania.

Tambahan pula sekarang ini aku seperti sudah serba salah apabila membalas renungan

Zafril. Apabila membalas renungan mata lelaki itu pantas ingatanku menjurus pada kata-kata

Shania di hospital sewaktu setiap kali aku melawatnya. Di bilik wad itulah dia sentiasa

meluahkan rasa hatinya padaku. Rasa cinta dan rindu pada abang sepupunya itu. Akhirnya

aku yang menjeruk rasa. Argh... mengapa aku tak henti-henti memikirkan pasal Shania?

Bentak hatiku sendiri. Pesanan ibu terlintas di kepala saat ini, membuatkan aku kembali

membina semangat yang seakan luntur dengan pengakuan cinta Shania.

Sampai sahaja di sebuah kawasan chalet tepi pantai, Zafril memarkir keretanya di

tempat yang disediakan. Aku pantas melangkah keluar memerhati sekitar kawasan chalet

yang aku tidak ketahui namanya. Aku tidak mahu mengambil tahu hal itu semua, hatiku

benar-benar tiada untuk menikmati percutian kali ini. Sebaik sahaja Zafril membuka boot

kereta aku pantas mengeluarkan beg yang kubawa. Pandangan Zafril padaku masih tidak

lepas sejak dia keluar dari kereta, namun aku hanya membiarkan sahaja renungannya itu tanpa

mahu membalasnya.

“Hafiz!” Shania menjerit dan melambai-lambaikan tangan pada Hafiz.

Aku dan Zafril saling berbalas pandangan apabila melihat Hafiz yang semakin

menghampiri. Zafril mula menarik muka masam dan aku pula mula tidak sedap hati dengan

situasi ini. Hatiku berdegup kencang, jantung mula berdetak hebat. Aku tidak tahu apa yang

Page 341: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

340

perlu aku lakukan. Aku mematikan pandanganku pada Zafril apabila Shania mula menarik

tanganku untuk mendekatinya.

“Inilah surprise yang Nia katakan pada akak tu.” Kata Shania dengan senyuman

melebar.

Aduh, jika inilah surprise yang Shania ingin tunjukkan padaku, aku sama sekali tidak

akan bersetuju untuk mengekori dia ke sini. Berhadapan dengan Hafiz lebih-lebih lagi di

hadapan Zafril sepanjang dua hari ini pastinya menyesakkan nafasku. Bagaimana aku mahu

melayan Hafiz yang telah aku anggap sebagai kawan itu dengan baik jika setiap kali

munculnya Hafiz di hadapanku pasti Zafril menarik muka seribu, seolah-olah tidak senang

dengan Hafiz. Aku sendiri tidak tahu mengapa Zafril begitu tidak menyenangi kawan baik

Shania itu sejak pertama kali mereka berjumpa lagi.

“Dah lama sampai?” Soal Shania apabila Hafiz telah berada di hadapan kami.

“Em... boleh tahanlah. Sempat jugalah I check in kan untuk kita semua.” Balas Hafiz

pada Shania, namun matanya tidak lepas-lepas memandangku. “Sihat?” Soal Hafiz padaku

yang betul-betul berada di hadapannya.

Aku tersenyum dan mengangguk perlahan. Aku tidak mahu bersuara, lebih-lebih lagi

apabila Zafril berada di sebelahku. Hati Zafril harus aku utamakan.

“Eh, soalan tu sepatutnya untuk I lah. I yang baru keluar hospital, Kak Safi pula yang

you risaukan ye.” Sakat Shania seperti biasa yang mengundang tawa Hafiz bukan sedikit.

Bunyi boot yang ditutup dengan kuat menyentak jantungku. Aku tahu Zafril sedang

dalam keadaan marah, lantas aku tidak mahu memandang wajah itu.

“Mari saya tunjukkan bilik.” Ajak Hafiz sambil mengambil beg pakaian yang berada

di tanganku.

Page 342: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

341

“Eh, tak apa saya boleh bawa sendiri.” Bantahku apabila Hafiz sudah mula memegang

tali beg yang turut berada di dalam genggamanku. Aku cuba menarik beg itu dari tangan

Hafiz tapi pegangannya pada tali beg itu makin kejab seperti tidak mahu dilepaskan.

“Tak apa biar saya bawa. Jauh kita nak berjalan ni.”

Dengan perasaan berat hati, terpaksa juga aku melepaskan gengamanku pada beg itu,

membiarkan Hafiz yang membawa beg pakaianku. Aku tahu Zafril pasti tidak suka dengan

tindakanku tapi apa pilihan yang aku ada sekiranya Hafiz sudah seperti tidak mahu

melepaskan pegangan tali beg itu.

“Abang Add bawa beg Shania.” Shania menyerahkan begnya pada Zafril.

Zafril memandangku tajam sebelum menyambut beg yang Shania hulurkan padanya.

Hafiz mendahului langkah menuju ke chalet. Sepanjang perjalanan Hafiz sibuk

memperkenalkan kawasan percutian ini. Aku hanya mampu tersenyum dan menganggukkan

kepala.

Sampai sahaja di sebuah chalet yang betul-betul mengadap laut, Hafiz membuka luas

pintu chalet dan memberi ruang untukku dan Shania melangkah masuk ke dalam.

“Macam mana, okay tak?”

“Okay, cantik juga ye.” Puji Shania yang berpuas hati dengan pilihan Hafiz.

“You dengan Safi kongsi bilik ni ye. Safi okay kan?”

Aku tersenyum dan mengangguk. Memang aku tidak kisah berkongsi bilik dengan

Shania.

“You all rehat dulu, sekejap lagi kita keluar makan and then baru boleh jalan-jalan.”

Cadang Hafiz.

“Okay, lepas tu petang-petang sikit kita mandi laut.” Shania pula membuat cadangan.

Page 343: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

342

“Shania jangan nak mengada-ngada mandi laut. Shania tak sihat sangat lagi tu.”

Bantah Zafril tiba-tiba yang masih lagi terpacak di depan pintu seperti tidak ingin menapak ke

dalam.

“Alah, Abang Add ni, Shania dah okaylah. Tak payahlah risau sangat.” Rengek

Shania.

“No!” tegas Zafril sekali lagi.

Shania mula mecebik bibir. Namun aku tahu jauh di sudut hatinya dia gembira kerana

Zafril benar-benar mengambil berat akan kesihatan dirinya. “Okaylah. Tapi malam ni kita jadi

buat BBQ kan Hafiz?”

Hafiz mengangguk.

“Barang semua dah ada?”

“Dah, Cik Qistina Shania. Jangan risau ye.” Seloroh Hafiz. “Safi suka udang

galahkan?” Hafiz menyoalku pula.

Aku yang sedikit tersentak dengan soalan Hafiz itu, mengangguk kepala.

“Itupun saya dah sediakan, khas untuk Safi.”

“Mana tahu saya suka udang galah?” Tanyaku pula. Daripada mana Hafiz mengetahui

semua itu. Rasanya aku tidak pernah menceritakan hal itu pada Hafiz sebelum ini.

“Saya selidik.”

“Selidik?” berkerut dahiku, tidak faham dengan kata-kata Hafiz itu.

“Ha’ah selidik. Selidik dari I kan.” Shania mula menyampuk.

Hafiz ketawa senang. “Youkan pemberi maklumat terbaik I.”

“Yelah informer tak bergaji.” Sambung Shania pula.

“Sampai bila nak duduk sini?”

Soalan Zafril itu mematikan perbualan Shania dan Hafiz. Aku tahu Zafril tidak senang

setiap kali Hafiz membangkitkan cerita mengenai diriku.

Page 344: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

343

“Okaylah, you all rest dulu. Nanti kita jumpa.” Hafiz mengikut Zafril yang telah

terlebih dahulu melangkah keluar.

Aku termanggu seketika. Melihat sikap Zafril itu lambat laun pasti Hafiz akan tahu

yang Zafril tidak menyenanginya. Mungkin nanti timbul pula pertelingkahan antara mereka

berdua. Aku tidak mahu perkara itu terjadi.

ASAP yang berterbangan dari alat pemangang di hadapanku membuatkan aku terbatuk-batuk

kecil. Asap yang terbang dibawa angin itu betul-betul mengenai mukaku. Ingin sahaja aku

berkalih tempat tapi hanya terdapat empat kerusi yang mengelilingi alat pemangang itu dan

semua kerusi itu telah diduduki Zafril dan Hafiz. Hanya ada satu sahaja kerusi yang masih

kosong tapi itu kerusi Shania. Shania yang baru sahaja meminta diri untuk menjawab

panggilan kukerling sebentar, tidak mungkin aku akan mengambil alih kerusi Shania pula.

Semakin lama batukku makin kuat. Mata pula mula terasa pedih dimasuki asap. Terkebil-

kebil mataku membuang rasa pedih itu.

“Safi tukar tempat, biar Zaf duduk situ.” Ujar Zafril yang sudah mula bangun dari

kerusinya. Ayam yang dipanggangnya tadi diletakkan semula di tempat asalnya.

“Tak apa Zaf, Safi okay kat sini.” Aku menolak lembut. Aku tidak mahu dia bersusah

demiku. Aku cuba menahan batuk apabila Zafril sudah berada di sebelahku, namun batukku

terlepas jua apabila asap terus menerjah ke mukaku.

“Dari tadi batuk, tu yang Safi kata okay? Mata tu pun dah merah. Dah pergi duduk

sana.” Arah Zafril sekali lagi apabila aku masih enggan untuk menurut kehendaknya.

Melihat Zafril bersungguh-sungguh mengarahkanku menukar tempat dan aku tahu,

mata Hafiz yang sedari tadi tertumpu padaku dan Zafril. Aku akhirnya mengalah dan bangun

mengambil alih tempat duduk Zafril sebentar tadi.

Page 345: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

344

Aku menuangkan air ke dalam cawan kertas, tekakku tiba-tiba terasa pahit. Ku teguk

perlahan-lahan air di tangan bagi menghilangkan rasa pahit yang semakin terasa di tekakku.

Hampir saja aku tersedak apabila Zafril dan Hafiz secara serentak memanggil namaku dan

menghulurkan ayam yang telah siap dipanggang kepadaku. Aku mula memandang ketulan

ayam yang berada di dalam pinggan sebelum memandang Zafril dan Hafiz yang masih lagi

tidak mahu mengalah. Kedua-duanya masih menghulurkan pinggan kertas itu padaku.

“Wah, dah masak ye. Mesti sedap ayam yang Abang Add panggang.” Shania yang

baru sahja duduk di kerusinya terus mengambil pinggan yang berada di tangan Zafril. Zafril

hanya mampu memandang Shania yang sudah pun menyuapkan ayam ke mulutnya.

“Safi.”

Aku menoleh memadang Hafiz yang masih lagi menghulurkan sepinggan ayam

kepadaku. Memandangkan ayam yang Zafril hulurkan sudah diambil Shania aku menyambut

pinggan yang Hafiz hulurkan. Sewaktu pinggan kertas itu beralih tangan, aku dapat rasakan

yang Zafril tidak menyenanginya. Menjadikan aku serba salah. Ayam yang kujamah itu terasa

pahit melewati tekakku.

Perbualan kami berempat hanya didominasi oleh Shania, Hafiz dan Zafril sekali sekala

sahaja turut serta merencahkan perbualan. Aku pula lebih banyak mendiamkan diri. Zafril

mula mengalihkan kerusinya sedikit merapai Shania apabila asap mula menerjah terus ke

wajahnya. Aku melirikkan mata memandang Zafril yang sedang mengopek beberapa ketul

udang galah untuk Shania. Segala apa yang dipanggang olehnya, diberikan pada Shania, tiada

satu pun lagi makanan yang dia serahkan padaku. Hanya Hafiz seorang yang masih

memanggang pelbagai hidangan untukku.

Tumpuan Zafril yang lebih pada Shania itu mengusik hatiku. Hatiku benar-benar

dipagut cemburu yang bukan sedikit. Tapi mengapa aku harus merasakan begitu sedangkan

Page 346: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

345

aku sendiri yang menginginkan Zafril menjaga Shania sebaiknya. Senyumannya pada Shania

yang tidak putus-putus itu juga mengigit hatiku.

“Safi nak ayam lagi?”

Soalan Hafiz mencantas pandanganku pada Zafril dan Shania. Pandanganku arahkan

semula pada Hafiz di sebelah. “Tak apa, yang ni pun tak habis lagi.” Tolakku sambil

menunjukkan ayam dan beberapa ketul udang yang masih lagi berbaki di pinggan.

“Seronok tak kak BBQ tepi pantai macam ni?” Shania mula mencelah perbualanku

dengan Hafiz.

“Seronok.” Jawabku sepatah sambil mengerling seketika, memandang Zafril yang

asyik memanggang beberapa lagi ketul ayam yang pastinya untuk Shania.

“Mestilah seronok. Semua ni Hafiz sediakan untuk akak sebenarnya bukan untuk Nia.

Bila dia tahu je akak suka makan ayam kampung dengan udang galah, terus dia carikan untuk

akak.” Beria-ia Shania bercerita.

Aku tersenyum kelat, tidak tahu apa yang aku rasakan saat ini. “Terima kasih Hafiz,

buat susah-susah je”

Hafiz terus mengangguk dan tersenyum.

“Alah kak tak payah nak ucap terima kasih. Hafiz ini memang sanggup bersusah

payah untuk akak. Kalau akak suruh dia panjat gunung Everest sekali pun sekarang ni dia

sanggup tunaikan tau.” Tambah Shania lagi.

“Dahlah you ni tak habis-habis nak sakat Safi. Jom ikut I ambil nasi goreng yang I

order kat restorant tadi.” Hafiz mula bangun, mungkin malas mahu melayan Shania yang

makin kuat mengusik kebelakangan ini.

“Hah, tu mesti order nasi goreng cili api kegemaran Kak Safi lah tu kan.”

“Shania.” Tekan Hafiz lagi.

Page 347: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

346

“Yelah-yelah, I ikutlah ni.” Pantas Shania mengikut Hafiz dengan tawa kecil. Sempat

juga dia mengenyitkan mata padaku sebelum berlalu.

Aku mengeleng kepala melihat telatah Shania itu. Wajahnya masih lagi pucat tapi

dengan gelagatnya yang sentiasa riang itu pastinya ramai yang tidak mengetahui gadis itu

belum sihat sepenuhnya. Mataku masih lagi mengamit kedua-dua sahabat itu yang berjalan

beriringan menuju ke restoran yang tidak jauh dari kawasan BBQ yang disediakan oleh pihak

pengurusan resort.

“Seronokkan ada orang ambil berat sampai macam tu sekali?” Sindir Zafril tajam

padaku.

“Zaf.” Hanya itu yang mampu aku lagukan apabila mendengar sindiran tajamnya.

“Let me guess, Safi tak bagitahu Shania tentang hubungan kita ni sebab takut Shania

bagitahu Hafizkan? Takut Hafiz kecewa, sakit hati. Macam tu!” Telah Zafril tiba-tiba.

Belum sempat aku membuka bicara dia pantas menyambung kata. “Kadang-kadang

Safi buat Zaf terfikir yang sekarang ni mesti Safi menyesal terima cinta Zafkan. Yelah kalau

Safi tolak cinta Zaf dulu mesti sekarang ni Safi dah bercinta pun dengan Hafiz yang baik budi

tu.”

“Zaf, Safi tak pernah pun rasa macam tu. Tak pernah sama sekali.” Aku menolak keras

andaian Zafril itu.

Aku ingin meneruskan kata, terus menyakinkan rasa cintaku padanya. Aku tidak mahu

dia meragui rasa cintaku yang bukan sedikit untuknya. Tapi dia seolah-olah sudah tidak mahu

meneruskan perbualan denganku, wajahku langsung tidak dipandangnya lagi.

Shania dan Hafiz telah pun tiba bersama beberapa pinggan nasi goreng. Aku merenung

Zafril mengharapkan lelaki itu membalas renunganku namun dia masih lagi tidak

mengendahkanku. Dia sibuk membantu Shania menuangkan air ke dalam cawan.

Page 348: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

347

Mengenangkan kata-kata Zafril itu tadi membuatkan airmataku bergenang di tubir

mata. Kata-kata nasihat dari Ibu bergema di telingaku semula. Lantas aku segera bangun tidak

mahu berlama-lama di situ.

“Akak nak ke mana tu?” pertanyaan Shania mematikan hayunan langkah kakiku.

“Toilet jap.”

“Nanti datang balik tau.” Pesan Shania lagi.

Aku hanya menganggukkan kepala. Saat aku menghayunkan langkah, aku mengerling

seketika pada Zafril, namun lelaki itu masih lagi tidak menghiraukanku walaupun sedikit,

membuatkan jiwaku lebih kuat meronta menahan rasa. Aku harus terangkan semuanya pada

Zafril kerana sesungguhnya aku juga tidak kuat untuk melihat dia bersama Nia. Aku tahu, aku

harus lakukan itu!

Page 349: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

348

TIGA PULUH DUA

MATAKU terus merenung ke lautan yang luas yang terbentang di hadapan mataku saat ini.

Lepas sahaja menunaikan solat subuh tadi, mataku langsung tidak mahu terpejam semula.

Walaupun sejak kebelakangan ini sememangnya lenaku telah hilang entah kemana. Jadi aku

keluar dari chalet bersendirian. Shania masih lagi lena di bilik selepas menunaikan solat

subuh. Sudah hampir sejam aku duduk di dalam restoran chalet yang mengadap laut ini.

Langsung tiada sarapan yang masuk ke dalam perutku sejak tadi, kerana aku sememangnya

tiada selera.

Aku sedikit terkejut apabila tiba-tiba sahaja Hafiz muncul di hadapanku tanpa

sebarang kata. Dia melemparkan senyuman padaku dan aku hanya mampu membalas

seadanya sahaja.

“Dah sarapan?” Tanya Hafiz dengan senyuman memanjang.

“Er… Dah.” Bohongku teragak-agak. Aku bukan sengaja mahu membohonginya. Aku

terpaksa. Aku tidak mahu dituduh melayannya berlebih-lebihan sepert mana tuduhan Zafril

padaku malam semalam.

Aku bukan bermaksud ingin melayankan berlebihan atau apa sahaja seperti tanggapan

Zafril. Semua yang aku lakukan itu tidak lebih kerana aku anggap Hafiz sebagai kawan. Lagi

pula dia merupakan kawan baik Shania, jadi tidak mungkin aku akan memingirkan dirinya

begitu sahaja. Salahkah aku menganggapnya kawanku? Namun aku tidak faham mengapa

Zafril boleh terfikir sehingga jauh ke situ malam semalam.

“Dah?” Hafiz kehairanan. “Tak ada pinggan dengan cawan pun atas meja ni? Safi

sarapan apa? Sarapan angin laut? Kenyang ke?” Seloroh Hafiz yang mungkin sudah dapat

membaca gelojak rasaku yang agak acuh tak acuh melayannya pagi ini.

Page 350: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

349

Aku hanya mampu tersenyum kelat. “Bolehlah setakat nak alas perut.” Aku sekadar

berbasi-basi dengannya. Dan sungguh aku tidak sangka dia galak ketawa mendengar kata-

kataku itu.

“Tak kenyanglah maknanya tukan. Tak apa nanti saya ambilkan sarapan untuk Safi.

Nak mee goreng ke nasi lemak?”

“”Eh, tak apa nanti saya boleh ambil sendiri. Lagipun saya nak tunggu Nia sekali ni,

sarapan sama-sama.” Aku cuba menghalang niat baik Hafiz itu.

“Tunggu Nia? Kalau macam tu entah bilalah Safi nak sarapan agaknya. Tadi masa

saya pergi jumpa dia, dia baru aje bangun tidur.”

“Tak apa saya tunggu dia. Lagipun saya tak lapar sangat sekarang ni. Kalau Hafiz nak,

Hafiz pergilah sarapan dulu.”

“Betul ni?”

Aku menganggukkan kepala.

“Okay, tapi jangan pergi mana-mana, temankan saya sarapan kat sini.” Ujarnya

sebelum bangun dari kerusi.

Aku menyoroti langkah Hafiz menuju ke dalam restoran dan bergerak terus ke meja

panjang yang menyediakan plbagai hidangan sarapan pagi secara buffet. Kemudian aku

melepaskan pandangan ke tengah laut semula. Aku menyambung lamunan yang terhenti

kerana kehadiran Hafiz sebentar tadi. Fikiranku terus membawa pada peristiwa malam

semalam sewaktu BBQ. Hampir satu jam aku menghilangkan diri malam tadi, kononnya ke

tandas tapi sebenarnya aku duduk menenangkan diri di dalam chalet sebelum kembali semula

menyertai mereka. Tapi apabila aku kembali ke situ, Zafril telah pun masuk ke dalam

chaletnya, seolah-olah cuba melarikan diri dariku. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku

mahu menjernihkan suasana antara diriku dan dirinya semula.

Page 351: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

350

Sedang aku asyik memikirkan tentang Zafril, Hafiz tiba disebelahku dan meletakkan

sepinggan nasi lemak lengkap dengan ramuannya berserta seketul peha ayam goreng.

Secawan milo panas juga turut dia letakkan di hadapanku. Sepertinya dia tahu itu adalah

sarapan kegemaranku. Aku tersenyum kecil, Hafiz ini degil juga orangnya, bukankah aku

telah katakan tidak mahu bersarapan tadi, namun dia masih juga ingn menyediakan sarapan

untukku. Melihatkan dia masih lagi berdiri disebelahku dan seperti tidak mahu duduk aku

pantas mendongak memadangnya yang berada di sisiku.

“Hafiz, kan sa…” Aku terus sahaja mematikan kata-kataku apabila melihat bukan

Hafiz yang berada di sisiku. Aku menelan liur, terus hilang senyuman yang bergayut di

bibirku. Jantungku mula menendang-nendang kuat dada, angin laut yang berhembus dingin

kurasakan sebentar tadi, kurasakan berbahang tiba-tiba. Renungan yang tajam itu menyentak

tangkai jantungku. Rahang yang bergerak-gerak seolah-olah menahan marah itu menyentap

ketenangan yang telah lama hilang dalam diriku.

“Zaf! Zafril Adli Zulkepli! Dah lupa nama Zaf ke, sampai depan Zaf pun boleh sebut

nama Hafiz? Ke nama Hafiz tu dah melekat kemas kat hati Safi?” Soal Zafril marah. Kali ini

dia kelihatan benar-benar marah padaku. Lebih daripada kemarahannya malam tadi.

Aku terdiam, terkedu sama sekali. Bukan aku sengaja, aku tidak menyangka Zafril

yang menghantar makanan itu padaku. Aku fikirkan Hafiz yang menyediakan semua itu

untukku. Hampir menitis air mataku, sewaktu membalas renungan tajam daripadanya.

“Hah, Zafril nak join sekali ke?” Soal Hafiz sambil meletakkan dulang yang

dibawanya ke atas meja.

Aku merenung dua pinggan mee goreng, sandwich dan dua cawan teh susu yang

dibawa Hafiz. Aku pasti Hafiz mengambil sarapan untukku jua. Aku mengeluh nafas berat.

Kejadian semalam berulang semula. Kedua-dua lelaki itu menyediakan makanan untukku.

Kalau semalam aku serba salah tidak tahu mahu menyambut hidangan dari siapa tapi pagi ini

Page 352: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

351

aku bertekad aku tidak akan menerima hidangan yang disediakan Hafiz untukku sebaliknya

aku akan memakan sarapan yang Zafril sediakan untukku. Aku tidak mahu mengecilkan hati

Zafril sekali lagi. Setiap kali Zafril terasa hati denganku, hatiku turut merasa kesakitannya.

“Eh, nasi lemak siapa ni? Bila Safi ambik makanan?” Hafiz yang ingin meletakkan

sepinggan mee goreng ke hadapanku mematikan tindakannya.

“Yang ni…”

“Oh, yang ni aku nak bagi kat Shania. Aku ingatkan dia ada kat sini tadi, rupa-rupanya

belum keluar dari bilik. Tak apalah aku pergi hantar nasi lemak ni kat bilik dia. Mungkin dia

tak larat nak keluar sarapan kut pagi ni. Tak apalah, korang makanlah. Enjoy your great

meal.” Pantas Zafril memotong kataku dan terus berlalu pergi dari situ.

Jujurnya aku ingin memanggil, meneriak namanya supaya dia tidak meninggalkanku

dan mendengar dahulu penjelasanku, namun bibirku benar-benar terkunci saat ini.

AKU melewati kawasan pantai itu bersendirian. Dari pagi lagi aku sudah berada di sini

berjalan-jalan di persisiran pantai. Apa yang Zafril, Shania dan Hafiz lakukan tika ini

langsung tidak aku hiraukan. Aku menghilangkan diri sejak sarapan sebentar tadi. Jiwaku

benar-benar gundah saat ini.

Langkahku terhenti dan mataku asyik memandang dua orang kanak-kanak perempuan

yang sibuk membina istana pasir di persisiran pantai. Terdengar dengan jelas gelak ketawa

mereka yang kelihatan benar-benar seronok walaupun di bawah cahaya mentari yang terik.

Aku memerhati sekeliling mencari kelibat ibu bapa kanak-kanak itu. Kemudian mataku

tertancap pada seorang wanita yang sedang duduk di bawah pohon redang dan sedang asyik

memerhati anak-anaknya bermain. Tiba-tiba kanak-kanak itu berkelahi mereput penyodok

plastik, aku tersenyum kecil dan menghampiri kanak-kanak itu.

Page 353: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

352

“Kenapa gaduh-gaduh ni?” Soalku apabila tiba di hadapan kedua-dua kanak-kanak itu.

Aku duduk di atas pasir pantai itu dan mengusap lembut rambut kanak-kanak yang sedang

mengalirkan air mata.

“Kakak tak nak bagi pinjam mainan tu kat adik.” Adu kanak-kanak yang mengalirkan

air mata.

Aku tersenyum memandang kanak-kanak yang sedang menangis itu, kemudian aku

memandang pula kanak-kanak yang sedari tadi mencebikkan bibir. Melihat mereka berdua

yang berwajah seiras menyakinkanku pasti kanak-kanak dalam lingkungan lima atau enam

tahun itu pasangan kembar. “Kenapa kakak tak bagi adik pinjam, kakak tak sayang adik ke?”

“Sayang!” sepatah kata yang keluar dari bibir kanak-kanak tu membuatkan esakkan

adiknya terhenti walaupun masih kendengaran sendu sendannya.

“Kalau macam tu bagilah adik pinjam mainan tu sekejap. Adik nak pinjam sekejap aje

kan?” Aku menyoal adik pula dan dengan pantas adik mengangguk laju.

Serentak itu kakak menyerahkan mainan itu pada adiknya tanpa banyak bicara lagi.

Sebaik sahaja adik mendapat mainan terus dia menglap air mata dan menyambung mengorek

pasir di hadapannya.

“Boleh makcik join sekali?”

Kakak tersenyum dan mengangguk laju. Aku turut sama berganding bahu dengan

pasangan kembar itu membina istana pasir. Hilang sementara bebanan fikiran apabila sama-

sama bermain mereka. Kadangkala aku turut sama ketawa seperti pasangan kembar itu

apabila istana pasir yang dibina roboh sedikit demi sedikit. Namun cepat-cepat mereka

menampal semula istana itu dengan lebih banyak pasir di atasnya.

“Makcik tahu tak makcik nampak cantik bila makcik senyum.” Tiba-tiba si kakak

bersuara padaku walaupun tumpuannya masih lagi pada istana pasir yang hampir runtuh.

Page 354: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

353

Aku tertawa kecil mendengar kata-kata kakak. Inilah pertama kali aku mendengar kata

pujian untukku dari kanak-kanak sekecl itu. “Ye ke?” sengaja aku mahu melayan bicara

kakak.

“Ha’ah betul. Tapi kakak jarang nampak makcik senyum. Kenapa ye?”

Jarang nampak aku tersenyum? Apakah maksud kanak-kanak itu? Pernahkah aku dan

dia bertemu sebelum ini. Aku mengamati kakak dan adik. Rasanya kedua-dua mereka aku

tidak pernah bertemu sebelum ini.

“Dah tiga kali kakak jumpa makcik, tapi muka makcik muram je.” petah sungguhk

anak kecil itu berbicara.

“Tiga kali?”

“Ha’ah, malam semalam masa makcik tengah makan-makan, pagi tadi masa makcik

tengah sarapan dengan masa makcik duduk atas batu sana tu.” Kakak memuncungkan bibir ke

arah batu yang aku duduki sebelum aku melangkah kaki menuju ke sini sebentar tadi.

Maknanya sejak malam semalam lagi dia sudah dapat menarik perhatian si kecil ini.

Aku tersenyum sendiri, tidak sangka akan hal itu. Aku merenung pula si adik yang bertungkus

lumus menyelamatkan istana pasirnya daripada runtuh, perbualan kakaknya dan aku langsung

tidak dihiraukannya.

“Makcik bergaduh dengan pakcik ye?”

Sehingga sebegitu sekali kanak-kanak itu terfikir. “Eh, taklah. Lagipun…”

“Alah makcik tak payah tipulah kakak tahu. Mama pun pernah juga duduk termenung

sebab gaduh dengan papa. Tapi papa selalu pesan kat mama dengan kakak. Orang perempuan

tak boleh selalu muram, sedih, termenung sebab takut nanti cepat nampak tua, muka pun nanti

cepat berkedut.” Bebel kakak dengan bermacam-macam memek muka.

Page 355: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

354

Aku ketawa besar mendengar penerangan kakak. Sungguh petah sekali dirinya. Aku

mengusap kepalanya. Aku tidak tau apa yang perlu aku balas padanya. Gembira sungguh

hatiku dapat berjumpa dan berbual dengannya walaupun da masih kecil.

“Kakak, adik… papa ajak balik.” Laung satu suara dari arah belakang.

“Okay mama.” Sambut kakak dan mula mengemas kesemua peralatan mainannya

yang berselerakkan. Aku turut membantu memasukkan permainan itu ke dalam bakul yang

dibawa mereka.

Selesai mengemas aku memimpin kedua-dua tangan pasangan kembar itu untuk

dipimpin ke ibunya. Sebaik sahaja aku berpaling aku melihat sepasang suami steri yang

sedang menanti di bawah pokok. Namun pandanganku pada pasangan suami isteri itu tidak

lama apabila mataku lebih tertumpu pada Zafril yang berdiri tidak jauh dariku. Zafril makin

mendekatiku. Aku kaku di situ. Mengenangkan peristiwa di restoran pagi tadi, aku tidak tahu

bagaimana mahu memulakan kata.

Tangan kiriku yang ditarik-tarik menyebabkan tumpuanku teralih pula pada si kakak.

“Ini pakcik, ke??”

Soalan kakak menyebabkan aku dan Zafril berbalas pandangan sekali lagi.

“Pakcik janganlah buat makcik sedih lagi, kesian makcik.”

Aku tertawa kecil mendengar bebelan kakak. Zafril turut tersenyum dan mengusap

pipi kakak.

“Balik dulu ye makcik, pakcik.” Kakak mula menyalami dan mencium tangan aku dan

Zafril kemudian dikuti pula dengan adik yang agak pendiam melakukan hal yang sama seperti

kakaknya.

“Makcik janji tau, Smile. Tata… jumpa lagi.” Tambah kakak sebelum berlari-lari anak

berpimpin tangan bersama adiknya. Kakak memberikan lambaian padaku apabila sampai pada

kedua ibu bapanya dan aku turut membalas lambaiannya.

Page 356: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

355

“Cepat packing barang. Dah nak check out ni.”

“Shania mana?”

“Hafiz ada hal, urgent. So Nia temankan dia balik dulu.” Ujar Zafril sebelum berlalu

meninggalkanku.

“Zaf sekejap.” Aku menghalang Zafril dari meneruskan langkah. Dia segera berpaling

memandangku semula.

“Safi nak cakap sikit dengan Zaf.”

Zafril mula bergerak mendekatiku namun pandangannya hanya terarah ke tengah

lautan, bukan padaku. Aku tahu dia benar-benar marah padaku.

“Safi nak minta maaf pada Zaf.” Aku memulakan kata. Hanya itu yang terlintas di

fikiranku kini dan sememangnya itu yang aku perlu aku lakukan.

Zafril mula memandangku, tapi dia masih lagi membisukan diri.

“Safi tahu kebelakang ni Safi banyak sakitkan hati Zaf.” Aku mendiamkan diri

seketika untuk menguatkan diri. Aku ingin mengikut nasihat ibu, aku tidak patut menyakiti

hatinya lagi atau membuatkan dia merasa sangsi denganku. Segalanya perlu jelas hari ini juga.

Aku sudah tidak sanggup memendamkan apa-apa lagi dari pengetahuannya.

“Safi ada sebab kenapa Safi belum beritahu Shania tentang kita.”

“Sebab apa? Sebab Hafiz?” terjah Zafril tiba-tiba.

“Zaf, Hafiz tak ada kena mengena dengan semua ni. Lagipun dari dulu Safi dah kata

dengan Zaf yang Safi dengan dia tak ada apa-apa.” Aku menegaskan sekali lagi.

“Habis tu sebab apa?”

“Sebab Safi tak tahu macam mana nak bagitahu pada Nia tentang hal ni?”

“Kenapa pula?”

Page 357: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

356

Aku mengeluh perlahan. “Sebab…” sukar untukku meluahkan kata. “Sebab… Nia

cintakan Zaf.” Aku terus mendiamkan diri setelah menyatakan kebenarannya. Mahu

mendengar kata yang keluar daripada mulut Zaf pula.

“What? Apa Safi cakap ni? Mana Safi tahu?” ternyata Zafril juga terperanjat sepertiku

sewaktu mengetahui hakikat ini.

“Nia sendiri yang cakap pada Safi.”

Zafril terdiam seketika. Matanya terus memandangku. “Safi…” Zafril meraup

wajahnya seketika. “Habis tu kenapa Safi tak terus terang tentang hal kita masa Shania bagi

tahu Safi macam tu?”

“Safi tak sampai hati.”

“Sebab tu aje? Sebab tak sampai hati? Come on Safi.”

Aku terasa hati dengan kata-katanya itu. Seperti dia memperlekah alasanku. “Zaf, Safi

dah anggap Nia macam adik kandung Safi sendiri. Kalaulah Zaf tahu macam mana excitednya

dia setiap kali dia bercerita pada Safi semua benda tentang Zaf, mesti Zaf sendiri pun tak

sanggup nak cerita apa-apa pasal hubungan kita. Nampak sangat yang dia cintakan Zaf,” satu

persatu penjelasan aku perdengarkan.

“Safi bukan bermaksud nak rahsiakan hubungan kita, cuma Safi nak cari masa yang

sesuai untuk beritahu kat dia. Zaf ingat Safi tak ada hati perut ke, nak terus beritahu kat dia

tentang kita, bila dia confess perasaan dia pada Zaf depan Safi waktu tu. Safi pun ada rasa

kesian. Perasaan Safi masa tu Tuhan je yang tahu. Safi nak pertahankan cinta kita, tapi dalam

masa yang sama Safi tak mahu hati dia luka teruk. Tapi Zaf tuduh Safi yang bukan-bukan. Zaf

tahu tak apa yang Safi rasa?” aku cuba berlagak tenang walaupun geloranya terlalu sukar

untuk aku kawal. Aku sudah tekad untuk tidak merahsiakan apa-apa lagi.

“Salah ke, kalau Safi cuma nak cari masa yang sesuai untuk terangkan semuanya pada

dia, supaya dia boleh terima” Panjang lebar aku meluahkan rasa geram. Mungkin mudah

Page 358: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

357

untuknya berkata, namun aku yang perlu berhadapan dengan semua perkara ini, aku sendiri

yang merasa sakit peritnya, bukan dia atau orang lain.

Zafril masih terdiam. Mungkin kini dia faham bagaimana rasanya kehilangkan kata.

“Safi… I’m so sorry. Zaf tahu Zaf tak patut cakap macam tu pada Safi. I’m so sorry okay.”

Dia cuba melembutkan hatiku yang sudah mula terasa panas. Aku mendiamkan diri.

“Zaf pun salah juga dalam hal ni. Zaf tak patut harapkan Safi je untuk bagi tahu pada

Shania tentang kita.” Suaranya lembut memujukku.

Bukan salah dirinya, aku yang mahu memberitahu Shania perkara ini dan menghalang

dirinya untuk memberitahu Shania. Aku sangkakan aku mampu memberikan kejutan pada

Shania, namun nampaknya perkara yang sebaliknya berlaku. Dan kemudian keadaan menjadi

serumit ini.

“Zaf tak sangka yang Shania tu…” Zafril mematikan kata, mungkin dia tidak mahu

menyebut perkara itu di hadapanku.

“Safi pun tak sangka. Safi betul-betul buntu macam mana nak bagi tahu kat Nia dalam

keadaan dia macam tu.”

“It’s okay. Safi jangan fikirkan lagi hal ni. Biar Zaf je yang uruskan hal ni dengan Nia,

okay. Zaf janji yang perkara ni takkan membebankan fikiran Safi lagi.”

“Macam mana Zaf nak bagi tahu Nia? Apa kata kita sama-sama bagi tahu pada Nia?

Mungkin dengan cara ni, Nia akan faham!” Aku cuba membuka pandangan.

“Biar Zaf fikirkan dulu pasal hal ni. Safi jangan risau apa-apa lagi. Tapi Safi kena janji

dengan Zaf, lepas ni kalau ada apa-apa masalah lagi, Safi jangan pendam sorang-sorang. Zaf

sentiasa ada untuk kongsi semuanya dengan Safi.” Zafril menambahkan keyakinan padaku.

Aku hanya mengangguk. Hati kian lega. Walaupun aku tidak pasti apa yag akan Zafril

lakukan, tapi sekurang-kurangnya, Zafril sudah jelas dengan semuanya.

Page 359: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

358

“Safi harap, Zaf tak ragui lagi cinta Safi pada Zaf!” Sekali lagi aku mengingatkan dia

tentang itu.

Zafril tersenyum mendengarnya. “Maafkan Zaf. Zaf tahu yang Safi hanya cintakan

Zaf, dan Zaf pun nak Safi tahu, yang Zaf tak mungkin cintakan orang lain selain Safi.” bicara

Zafril penuh teratur.

“Pandai Safi pujuk budak-budak tu ye. Dah ada ciri-ciri ibu mithali ni.” Zafril

nampaknya sengaja mengubah topik perbualan. Dan buat pertama kalinya sejak kami datang

bercuti di sini dia melemparkan senyuman manisnya padaku.

“Ibu Mithali?” aku tidak sangka ke situ pula tanggapan Zafril. Entah berapa lama

agaknya dia menjadi pemerhati aku dan pasangan kembar tu hinggakan dia tahu bahawa aku

yang memujuk mereka.

“Betul cakap budak tu tadi. Zaf pun perasan sejak kebelakang ni Safi banyak muram

dan termenung. Jarang nak nampak Safi senyum. Perempuan yang selalu muram ni muka dia

memang senang berkedut dan cepat nampak tua tau.”

Aku mencebik bibir, pasti dia dapat mendengar semua perbualanku dengan kembar itu

sebentar tadi dan sekarang dia sengaja mengulangi kata-kata itu padaku sekali lagi. Aku

mendiamkan diri, malas mahu memanjangkan isu diriku yang kerap bermuram dan termenung

kebelakangan ini.

“You know one thing?” Zafril cuba menarik perhatianku semula.

“What?” Soalku malas.

“And now you got wrinkles around your eyes.”

“Hah, ye ke?” kelam kabut jemariku menyentuh sekeliling mata. Takkan sehingga

sebegitu sekali.

Page 360: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

359

Zafril ketawa kuat melihatku. Aku mengetap bibir dan mencekak pinggang apabila

melihat Zafril yang menekan perutnya sambil ketawa besar, membuatkan aku yakin dia

sengaja mahu menggenakanku kali ini.

“Zaf tipu Safikan.”Aku memukul kuat lengannya. Sakit hatiku melihat tawanya yang

tidak mahu surut. Dan tidak lama selepas itu aku juga turut tertawa apabila teringatkan

kegopohanku sebentar tadi. Percaya bulat-bulat dengan kata-katanya. Sudah lama aku tidak

melihat dia ketawa sebegitu. Dan sudah pasti dia juga sudah lama tidak melihat diriku tertawa

seriang ini kebelakang ini. Apapun, aku benar-benar rasa lega sekarang…

Page 361: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

360

TIGA PULUH TIGA

AKU membasuh beberapa mug yang berada di dalam sinki pantry. Selesai itu, aku mencapai

bekas kopi dan gula yang berada di dalam kabinet. Aku ralit menyediakan secawan kopi

untuk Zafril seperti selalu setiap pagi.

“Hah!”

Terlambung sudu yang berada di tanganku berserta istigfar yang meniti di bibir.

Pantas aku menoleh melihat orang yang berjaya memeranjatkanku sebegitu. Zafril ketawa

kuat melihat wajahku yang sudah mula pucat. Sudah aku agak pasti kerja Zafril.

“Zaf ni tak ada kerja lain ke? Nasib baik tak gugur jantung Safi ni tau.” Bebelku

sambil mencekak pinggang memandangnya yang tidak sudah-sudah ketawa.

Zafril kelihatan cuba mematikan ketawanya, namun entah kenapa aku lihat dia agak

sukar untuk mengawal tawanya itu saat ini. Hinggakan tawa itu terus menerus aku dengari.

“Sorrylah Zaf bergurau je tadi. Tak sangka pula Safi terperanjat sampai macam tu

sekali.” Zafril membela dirinya dalam tawa yang masih bersisa.

“Bergurau? Em… tak pasal-pasal terpelanting sudu tu.” Aku memeluk tubuh dan

memadang sudu yang sudah terpelusuk di bawah meja.

“Okay, okay, Zaf kutip balik sudu tu.” Zafril mengangkat kedua-dua belah tangannya

tanda meminta maaf, kemudian dia mengambil semula sudu yang sudah kaku di bawah meja

bulat. Sesudah mendapatkan sudu itu semula, dia menuju ke sinki membasuh semula sudu itu.

Seketika kemudian dia mendapatkan aku.

“Nak buat kopi untuk Zaf ke?” Soalnya apabila sudah berdiri di depanku.

Aku mengangguk sahaja, tanganku pantas mematikan suis apabila air di dalam cerek

elektrik itu sudah mendidih. Kemudian aku mengapai mug yang sudah ku basuh tadi.

“Tak apa hari ini biar Zaf buat kopi Zaf sendiri.”

Page 362: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

361

“Eh, tak apalah. Biar Safi buatkan.” Aku menarik mug yang telah turut sama

dipegangnya. Namun dia masih lagi tidak mahu melepaskan pegangannya pada mug itu.

“Tak apa hari ini Zaf buat sendiri. Tapi Safi kena temankan Zaf. Dah pergi duduk kat

meja tu dulu.”

Antara mahu dan tidak aku menurutkan sahaja kata-kata Zafil itu. Mug yang berada di

tangan aku lepaskan. kemudian aku duduk di bangku meja bulat itu. Sementara menunggu

Zafril membuat airnya sendiri, aku mengerling ke luar tingkap memandang jalan yang masih

lagi penuh sesak dengan kenderaan walaupun waktu pejabat hampir bermula.

“Tengok apa tu?”

Aku menoleh memandang Zafril yang telah pun berada di sisiku dengan meletakkan

dua mug kopi di atas meja. “Kenapa sampai dua cawan kopi ni?” aku memandang satu cawan

kopi susu yang masih panas di hadapanku.

“Satu untuk Zaf, satu untuk Safi.”

“Amboi, baiknya hati, siap buatkan untuk Safi sekali.” Aku mengangkat kening,

menandang Zafril yang sudah semakin lebar senyumannya.

“Kira Safi bertuahlah sebab ni first time Zaf buatkan air untuk orang lain. Lagipun tak

salah buatkan air untuk bakal isterikan.” Ujar Zafril sebelum berlalu semula ke kebinet.

Aku tersenyum mendengar perkataan bakal isteri yang ditutur Zafril. Pertama kali

diperdengarkan dari bibirnya buatku.

“Nak buat apa biskut-biskut ni?” terus aku bertanya apabila dia kembali duduk di

sisiku.

“Temankan Zaf sarapan.”

“Zaf belum sarapan lagi ke?” berkerut dahiku memandang Zafril yang sudah pun

mengambil sekeping biskut dan dicicah ke dalam air sebelum dimasukkannya ke dalam

mulut. Selalunya dia akan bersarapan terlebih dahulu sebelum masuk ke pejabat.

Page 363: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

362

“Tak sempat.” Zafril menjawab ringkas dan mengambil sekeping lagi biskut di dalam

piring itu.

“Kenapa pula tak sempat?”

“Zaf dari rumah mama tadi, Safi tahu jelah Sri Kembangan tu kalau keluar lambat

lima minit pun, mahunya tersangkut dalam jam. Tu yang Zaf keluar cepat, sampai tak nak

sempat sarapan”

Aku menganguk kepala dan mula mencicip sedikit kopi yang dia sediakan untukku.

Boleh tahan juga rasanya. Sesuai dengan citarasaku, tidak terlalu manis. Aku menongkat

dagu, ralit memandangnya yang asyik dengan sarapannya. Laju sahaja dia mengunyah biskut-

biskut itu, mungkin terlalu lapar. Sesekali dia menyuakan biskut kepadaku dan aku pantas

mengeleng. Aku sudah bersarapan sebentar tadi dan perutku masih lagi kenyang.

“Zaf ada benda nak bagi tahu Safi.”

Aku yang dari tadi terus memerhatikannya terhenti langsung pandangan padanya.

“Bagi tahu apa?” soalku kembali.

Dia tersenyum seketika dan menolak mugnya ke hadapan. Tumpuannya hanya padaku

ketika ni. “Nak tahu kenapa Zaf balik rumah mama semalam lepas Zaf hantar Safi balik?”

Aku menjungkitkan bahu. Tidak tahu. Semalam sewaktu perjalanan pulang dari

Cherating tidak pula dia memberitahuku yang dia mahu terus ke rumah orang tuanya itu.

“Sebab Nia ada kat rumah mama semalam. Hafiz hantar dia kat situ.”

Apabila dia membangkitkan nama Shania, hatiku mula gundah, Dia pulang ke rumah

Makcik Hasnah semata-mata kerana Shania berada di situ? Rasa cemburu segera pantas

menerpa ruang hatiku.

“Cemburulah tu.” Sakat Zafril tiba-tiba.

Pantas aku membeliakkan mata, tidak sangka dia dapat membaca hatiku semudah itu.

“Mana ada?” segera aku menolak andaiannya yang ternyata benar.

Page 364: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

363

Zafril ketawa kuat.

“Zaf ni janganlah main-main, ceritalah cepat.” Pujukku malas mahu mendengar semua

sakatannya.

“Okaylah Zaf cerita.” Zafril mematikan katanya dan terus memandangku.

Aku juga memandangnya menanti dia meneruskan ceritanya.

“Malam tadi Zaf dah bagitahu Nia pasal kita.”

Rasa cemburu yang bermaharajalela tadi teus lenyap dari hatiku. Namun kini

jantungku pula yang degup dengan kencang sekali. Baru semalam aku memaklumkan hal in

pada Zafril, dia sudah memaklumkan perkara ini pada Shania. Dalam masa tidak sampai satu

hari?

Bagaimana agaknya penerimaan Shania pada waktu itu? Dapatkah dia menerimanya

dengan rela? Dan bagaimanakah keadaan Shania waktu ini? Sebagai wanita aku tahu apa

perasaannnya tika ini. Pasti sakit hatinya apabila cintanya tidak kesampaian seperti kisah cinta

orang lain.

“Zaf… Dah… bagi tahu Nia…” tergagap-gagap aku meluahkan pertanyaan.

Zafril mengangguk laju.

“Cepatnya…”

“Zaf tak nak tunggu-tunggu lagi.”

“Kan kita dah janji nak bagi tahu sama-sama?” aku terus menerjahnya dengan soalan

itu. Sewaktu perjalanan pulang semalam aku dan dia sudah berbincang dan sudah sependapat

yang kami akan memberitahu Shania bersama-sama.

“Zaf tahu, tapi lepas hantar Safi balik, Zaf rasa Zaf yang perlu bersemuka dengan Nia

sendri. Jelaskan hal ni. Safi jangan risau, semuanya okay.” Dia cuba menyakinkanku.,

“Nia kata apa?” aku benar-benar ingin tahu jawapan itu saat ini. Apa agaknya reaksi

Shania waktu itu.

Page 365: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

364

“Dia tak ada kata apa-apa, tapi Zaf tengok, dia nampak okay masa Zaf bagi tahu dia

waktu tu.”

“Hah!” Aku terkejut, benar-benar terkejut. Tidak mungkin dengan semudah itu Shania

menerimanya. “Dia tak kata apa-apa langsung?” aku terus menyoal, aku tidak percaya Shania

langsung tidak berkata apa-apa.

“Betul… Dia tak kata apa pun. Dia diam je. Lagipun Zaf dah explain pada dia baik-

baik. Dan Zaf rasa dia boleh terima.”

Aku terdiam. Kenapa begitu sukar untuk aku mempercayai reaksi sebegitu yang

Shania tunjukkan padanya? Tidak mungkin dia tidak terasa apa-apa.

“So, Nia masih ada kat rumah makcik Hasnahlah sekarang ni?”

“Tak, malam tadi dia dah balik rumah mak lang Safi. Zaf pun tak perasan bila dia

balik.”

Jawapan Zafril itu langsung tidak menyenangkan hatiku Seperti ada sesuatu yang

menyekat diriku untuk berasa tenang selepas mendengar semua ini.

“Safi tak payah risau lagi. Zaf kenal Shania, dia baik dan seorang yang kuat. Dia pasti

boleh terima hubungan kita.” Zafril terus menyakinkanku yang makin terdiam.

Aku ingin terus bertanya, namun mulutku terkunci apabila terlihat kelibat Fazura

muncul di pintu pantry yang begitu tajam merenungku. Wajahnya juga keruh semacam

umpama tidak senang denganku kini.

“Seronok berbual, tak payah buat kerja, ke?” Bentak Fazura tiba-tiba sambil

melangkah mendekatiku dan Zafril di meja bulat.

Zafril menoleh memandang Fazura yang menarik kerusi di sebelahnya dengan kuat

sebelum menhenyakkan punggung ke kerusi itu. Dengan mata yang mencerun tajam padaku

dan memeluk tubuh dia mengulangi soalannya sebentar tadi sekali lagi.

Page 366: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

365

Aku sudah tidak senang duduk. Aku tahu dia menujukan soalan itu padaku. Tidak

mungkin soalan itu dia tujukan untuk CEO syarikat ini.

“Yang you nak marah-marah ni kenapa? Ada lagi lima minit sebelum masuk waktu

pejabat, so terpulanglah kitaorang nak buat apapun. Yang you angin ni kenapa?” Kini mata

Zafril pula yang mencerun tajam pada Fazura. Mungkin ada rasa tidak puas hati dengan apa

yang diperkatakan Fazura..

“I bukan apa Zaf, cuma I tak suka orang curi tulang.” Fazura cuba membela diri

apabila Zafril memenangkanku.

“Oh, maksudnya you nak kata I curi tulanglah ye.” Makin menyinga Zafril tika ini.

“I bukan kata you okay.”

“Habis tu you mengata siapa kalau bukan I?”

“I kata kat Safi yang you pula nak terasa ni kenapa?” wajah putih melepak Fazura

mula merah padam menahan marah.

“Of course I terasa, sebab kalau you mengata Safi, samalah juga macam you mengata

I, faham!”

“Ish, malaslah I nak cakap dengan you hari ni.” Fazura segera bangun dari duduk.

Kerusi yang didudukinya tadi hampir terjatuh ke belakang apabila ditolak kasar olehnya.

Muka Fazura masam mencuka meninggalkan pantry itu dengan mulut yang terkumat-kamit,

memperkatakan sesuatu.

“Zaf tak baiklah Zaf marahkan Fazura macam tu. Depan Safi pulak tu.” Aku bersuara

setelah sekian lama menyepi, mendengar sahaja pertengkaran dua sahabat itu. Aku tahu

Fazura marah padaku sebentar tadi. Walaupun aku tidak tahu apa puncanya tapi yang pasti

selepas bertikam lidah dengan Zafril sebentar tadi pasti dia akan lebih memarahiku.

“Habis yang dia herdik Safi depan Zaf tu baik ke?” Zafril mempertahankan

tindakannya.

Page 367: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

366

“Dia tak sengaja tadi tu.” aku terus mempertahankan Fazura. Lagipun Zafril dan

Fazura berkawan baik. Aku tidak mahu mereka bertengkar kerana hal sekecil ini.

“Itu bukan tak sengaja. Itu sengaja cari pasal namanya.”

Aku mengeluh berat. Nampaknya Zafril masih lagi memarahi Fazura. Aku tidak mahu

mereka berselisih faham sebegini. Mereka selalu keluar bersama untuk berjumpa pelanggan

jadi jika mereka berselisih faham begini pasti sukar unuk mereka berkerjasama nanti.

AKU sudah tidak senang apabila melihat nama ibu yang tertera di telefon bimbitku. Hampir

berbelas miss call daripadanya tertera di telefon bimbitku. Rasa cemas mula mencengkam

diri. Apa agaknya yang berlaku di rumah sehingga Ibu bersungguh-sungguh mencariku

sebegini?

Janganlah ada apa-apa perkara buruk yang berlaku hendaknya. Aku sudah tidak

mampu untuk berfikir apa-apa lagi saat ini. Hanya wajah ibu dan ayah yang melintas di hati

dan fikiranku. Terus aku mendail semula nombor telefon rumah orang tuaku.

Sudah beberapa kali aku mendail nombor tersebut namun tiada satu pun panggilanku

yang berbalas. Aku menjadi semakin takut. Apa yang berlaku sebenarnya? Mengapa ibu tidak

menjawab panggilanku? Aku mencuba pula menghubungi telefon bimbit ibu.

Aku menarik nafas lega apabila mendengar suara ibu member salam. Namun masih

ada lagi rasa risau di hati. Apa yang berlaku sebenarnya?

“Kenapa ibu call Safi banyak kali? Ada apa-apa masalah ke ibu?” terus aku bertanya.

“Er… “ Ibu seakan-akan berat untuk meluahkan kata.

“Kenapa ni bu?” aku terus menyoal, bertambah cemasku rasakan mendengar nada

yang ibu gunakan.

“Safi ada cakap apa-apa pada Nia ke?”

Aku terkejut mendengar soalan ibu. Apa pula kaitannya dengan Shania.

Page 368: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

367

“Kenapa bu?”

“Ibu kat rumah mak lang kamu ni. Mak lang kamu kata dari malam tadi Shania dalam

bilik tak keluar-keluar. Sepatutnya hari ni dia ada meeting dengan lembaga pengarah Tiara

Holding. Tapi dia tak pergi. Semua orang kat pejabat tu sibuk cari dia. Dari pagi tadi mak

lang kamu pujuk dia, suruh dia keluar tapi dia tak bersuara apa pun. Tu yang ibu nak tanya

kamu ni.” Terang ibu panjang lebar.

Aku terkedu seketika. Ternyata Shania bukan seperti apa yang Zafril sangkakan. Aku

memang pasti dari tadi, dia tidak akan boleh menerima hakikat ini semudah itu. Aku bukan

baru mengenalinya setahun dua, tapi sejak dia kecil aku kerap bersama-samanya.

“Safi datang sini lepas kerja nanti boleh?”

Aku masih mendiamkan diri. Apa yang aku akan katakan padanya jika aku

berhadapan dengannya dalam keadaan ini?

“Okay, nanti Safi sampai.” Dan belum sempat mindaku memberikan arahan mulutku

sudah mula berjanji.

Page 369: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

368

TIGA PULUH EMPAT

WAJAH ibu yang terjengul di depan pintu rumah mak langku ku tatap lama sebelum masuk

ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Ibu menutup perlahan pintu utama rumah sebelum

memegang lenganku dan membawaku hingga ke hujung sudut rumah. Aku memandang emak

dengan seribu tanda tanya. Dalam masa yang sama, aku tercari-cari kelibat mak lang di ruang

tamu yang agak luas itu, namun bayangannya pun tidak kelihatan.

“Safi dah bagitahu Nia pasal Safi dengan Zafril ke?”

Aku terus membawa pandanganku pada wajah ibu. Aku menganggukkan kepala.

“Tapi bukan Safi yang bagi tahu Nia. Zafril yang bagi tahu dia semalam. Safi pun baru tahu

pasal ni pagi tadi.” Aku menerangkan semuanya pada ibu. Alang-alang ibu sudah pun

mengetahui semua kisah antara kami bertiga, tidak salah kalau aku menceritakan perkara itu

juga.

“Ibu dah agak. Pasal tulah Nia semacam je.” Ibu mengeluh perlahan.

“Nia masih belum keluar-keluar dari bilik ke bu?”

Ibu mengeleng. “Ibu rasa dia tak boleh nak terima hubungan Safi dengan Zafril. Tu

yang dia jadi macam tu. Berkurung dari malam tadi kata mak lang kamu.” Nada risau ibu

kendengaran. Sudah lama kau tidak mendengar ibu berbicara secemas ini.

“Safi nak jumpa Nialah.” Aku terus berpaling, ingin terus menuju ke tingkat atas ke

bilik Shania.

Pantas Ibu menghalangku dengan menarik lenganku. “Safi nak buat apa jumpa Nia?”

Ibu kelihatan bertambah cemas.

“Safi nak bersemuka dengan Nia. Nak berbincang baik-baik dengan dia.”

“Bagus juga tu. Jelaskanlah baik-baik kat dia. Mudah-mudahan dia boleh terima.

Patutlah ibu tak sedap hati je bila dengar cerita kamu hari tu. Ibu tak sangka pula keadaan

Page 370: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

369

boleh jadi seteruk ni. Risau pula ibu dengan kamu bertiga ni.” Wajah kerisauan memang

tergambar jelas pada wajah ibu.

Aku menjadi serba salah. Kerana masalah percintaanku, ibu pula yang risau. Rasa

menyesal kerana telah menyusahkan orang tuaku ini. Tapi jika hari itu aku tidak mendapatkan

nasihat daripadanya, aku tidak tahu tindakan apa lagi yang perlu aku ambil.

“Ibu janganlah risau sangat. Tak ada apa-apalah. Semuanya akan okay.” Aku cuba

untuk menenangkan dirinya. Rasa tidak sanggup melihat wajahnya yang penuh dengan

kerisauan menatap wajahku.

“Mana ibu tak risau. Kamu tu anak ibu. Nia pula ibu dah anggap macam anak ibu

sendiri. Ishhh, entah macam manalah kamu berdua boleh terperangkap dengan cinta tiga segi

ni.”

Aku tertawa kecil mendengar ibu menyebut cinta tiga segi.

“Eh, budak ni ibu tengah serius kamu boleh ketawa pula.” Marah ibu dengan sikapku.

Aku cepat-cepat mengetap kedua-dua bibirku. Tidak mahu ibu marah padaku. Aku

tahu dia cukup terbeban dengan masalahku ini. “Ibu janganlah risau sangat nanti darah tinggi

ibu tu naik siapa yang susah. Safi dengan ayah jugakan.” Aku cuba untuk memujuk kegalauan

hatinya.

“Amboi…merungut nampak! Kamu pun tahukan siapa yang selalu buat darah tinggi

ibu naik?” ibu memandangku tajam, aku tahu dia mahu aku mengakui kesalahanku yang

sering membuatkannya marah.

“Yelah, Safi salah. Ibu ni…” kataku manja, sengaja mahu memujuk hatinya. Dan ibu

akhirnya tersenyum. “Safi naik atas dulu ek, jumpa Nia.”

“Ibu ikut sekali.”

Aku tersenyum dan menganggukkan kepala sebelum berpaling meneruskan langkah

ke tingkat atas rumah mak lang sambl berbimbing tangan dengan ibu. Hatiku lapang ketika

Page 371: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

370

berbimbing tangan dengan ibu, aku tahu dia cuba untuk menenangkan hatiku. Nampaknya dia

benar-benar risau dengan keadaan aku dan Nia.

Sebaik sahaja aku sampai di tingkat atas, mak lang sudah pun duduk berehat di sofa

yang terdapat di ruang itu. Melihat sahaja ketibaanku mak lang terus menuju ke arahku dan

mengenggam erat kedua-dua belah tanganku.

“Safi tolong mak lang ye. Tolong pujuk Nia keluar. Mak lang pun tak tahu kenapa dia

tak nak keluar sejak semalam. Puas mak lang tanya tapi dia tak nak jawab. Safi rapat dengan

Nia kan. Safi tolong mak lang ye pujuk dia.” Rayu mak lang bersungguh-sungguh padaku.

Aku hanya mampu menganggukkan kepala. Sejurus kemudian, aku terus menuju ke

pintu bilik Shania yang sedang tertutup rapat. Aku tidak tahu sama ada aku akan dapat

memujuknya atau pun tidak. Atau kehadiaranku ini akan lebih menyakitkan hatinya.

Tapi bukan itu niatku ke sini. Aku mahu berhadapan dengan Shania sendirian. Selepas

Zafril berbicara dengannya, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku berhadapan dengan

Shania berdua pula. Oleh sebab itu aku tidak mahu Zafril turut serta ke sini. Aku mahu

berbicara dari hati ke hati dengannya.

“Assalamualaikum.” Aku memulakan kata dengan mengetuk beberapa kali pintu bilik

Shania. “Nia, akak ni. Akak nak cakap sikit den…” dan belum sempat aku menghabiskan kata

pintu bilik itu sudah pun terbuka dari dalam. Tersembur wajah Shania pada muka pintu yang

terbuka luas itu.

“Shania…” terus mak lang meluru mendapatkan Shania dan memeluknya yang masih

tidak berganjak di muka pintu dan merenungku tajam. “Kenapa dengan Nia ni? Mama suruh

Nia buka pintu Nia tak nak. Kenapa ni Nia, cuba bagi tahu mama.”

“Nia nak bercakap dengan Kak Safi je.” Kata Shania sambil terus memandangku tanpa

menghiraukan mak lang yang masih menanti jawapan darinya.

Page 372: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

371

Mak lang memandangku dan Shania silih berganti. Pasti saat ini pelbagai andaian

yang menyinggah di minda wanita itu. Aku juga terus memandang Shania yang masih tidak

lepas-lepas merenungku.

“Milah, mari kita keluar. Biar budak-budak ni bincang. Mungkin Nia nak kongsi

masalah dia dengan Safi je.” Ibu cuba memujuk Mak lang agar membenarkan Shania

bercakap berdua sahaja denganku.

“Tapi…”

“Jom Milah.” Ibu masih berkeras. Dipautnya kedua-dua belah bahu mak lang dan

membawanya keluar dari bilik Shania. Dan sewaktu melintasiku ibu memadangku dengan

senyuman kelat. Aku hanya mampu membalas senyumannya tu seadanya sahaja.

Sebaik sahaja ibu dan mak lang berjalan menuruni tangga menuju ke tingkat bawah

Shania terus masuk ke dalam biliknya. Pintunya terus dibiarkan terbuka luas, membenarkan

aku masuk ke dalam kamarnya. Tanpa membuang masa aku terus masuk ke dalam biliknya

dan menutup rapat pintu itu. Aku tidak mahu sesiapa pun mendengar perbualan kami ini.

Biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dengannya sahaja.

Shania duduk di atas bangku meja soleknya mengadap cermin meja soleknya. Aku

ingin memulakan kata namun melihat dia yang sedang duduk membelakangkanku

membuatkan aku membiarkan suasana sepi seketika. Biarlah dia bertenang dahulu sebelum

aku memulakan kata. Aku mengambil tempat duduk di atas katilnya yang sering menjadi

tempat kami berkongsi cerita hampir setiap malam jika aku bermalam di sini.

“Siapa bagi kebenaran pada akak duduk atas katil Nia?”

Aku tersentap mendengar kata-kata itu dengan nadanya yang ternyata amat

menjengkelkan buatku. Aku memandangnya yang sedang memandangku melalui cermin di

hadapannya. Terus aku bangun dari dudukku.

Page 373: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

372

Shania mula berpusing dan mengadapku, wajahnya masam seperti yang aku lihat

sebentar tadi. Tiada langsung riak manis untukku. Aku terdiam memandang wajahnya,

sepanjang aku meniti kedewasaan bersama-samanya tidak pernah sekali pun dia melemparkan

wajah dan pandangan sebegitu padaku. Dan dia tidak pernah langsung meninggikan suaranya

padaku walau apa keadaan sekali pun. Namun ternyata hari ini dia sudah berubah.

“Betul ke akak dengan Abang Add sekarang ni?” Soalnya terus padaku.

Aku menganggukkan kepala. Mengiakan semua katanya, walaupun ayatnya itu tidak

terlalu jelas bagiku namun aku tahu apa yang sebenarnya dimaksudkan olehnya pada tika ini.

Berombak dada Shania saat melihat reaksiku. Aku dapat melihat matanya mula

menakung air jernih. “Sampai hati akak buat Nia macam ni kan?” nadanya masih keras seperti

tadi, langsung tidak mahu berlembut denganku seperti selalu.

“Nia, akak tak pernah bermaksud nak buat Nia macam tu. Akak bercinta dengan

Abang Add sebelum akak tahu Nia pun cintakan dia. Akak…”

“Akak tipu!” Jerit Shania tiba-tiba.

Bergetar hebat jantungku saat mendengar jeritannya itu. “Nia!” Aku turut

mengeraskan suara. Aku tidak mahu dia menjerit sesuka hati. Bagaimana kalau mak lang

yang berada di bawah mendengar jeritannya itu pasti pelbagai soalan yang menantiku nanti.

“Bila akak bercinta dengan Abang Add? Bila?” suara Shania masih meninggi.

“Akak…”

Dan belum sempat aku menghabiskan kata dia mula mencelah. “Baru beberapa bulan

ni kan. Bila akak jatuh cinta pada Abang Add? Baru-baru ini juga kan? Tapi Nia, Nia dah

cintakan Abang Add sejak dulu lagi. Akak sendiri pun tahu perasaan Nia pada Abang Add

macam mana kan? Nia selalu cerita dengan akak pasal Abang Add sejak dulu, sebelum akak

kenal Abang Add lagi. Tapi kenapa akak still nak bercinta dengan dia? Kenapa?” Shania mula

hilang arah, ke hulu ke hilir dia berjalan di hadapanku.

Page 374: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

373

“Nia, memang Nia selalu ceritakan pada akak pasal Abang Add dulu, tapi akak tak

terfikir pula yang Nia cintakan Abang Add.”

“Alasan! Nia tak tahu apa yang akak tak puas hati dengan Nia, sampai akak nak

rampas Abang Add dari Nia.”

“Nia! Akak tak pernah rampas Abang Add dari sesiapa pun. Akak terima Abang Add

masa tu Abang Add tak ada sesiapa pun dalam hidup dia. Lagipun kita orang memang saling

mencintai.” Aku sudah mula geram dengan Shania. Bagaimana dia tergamak berkata begitu

padaku. Aku sememangnya tidak merampas Zafril darinya, jika Zafril sememangnya sudah

bersama-sama dengannya tidak mungkin aku tergamak berbuat begitu padanya. Jadi dia tidak

ada hak untuk menuduhku sehingga sebegitu sekali.

“Alasan… Semuanya alasan. Nia tak dengar apa-apa pun alasan dari akak. Nia benci

akak.” Shania memeluk tubuh, air mata sudah mula membasai pipinya.

Benci? Sehingga begitu sekali perasaannya padaku? Aku pun seperti hendak

mengalirkan air mata mendengar pengakuannya itu. Sudah lupakah dirinya akan hubungan

baik kami selama ini? Sudah lupakah dia betapa rapatnya aku dan dirinya dahulu sehingga

ramai yang mengelarkan aku dan dia tidak umpama seperti belangkas yang sentiasa berdua

tidak kira ke mana sahaja? Hanya kerana perkara ini dia sudah membuang aku jauh dari

hidupnya, dari kenangan manisnya?

“Tak boleh ke Nia terima kenyataan?” aku cuba berdiplomasi pula kali ini. Kekerasan

tidak akan membawa aku dan dia ke mana-mana dalam perbincangan ini.

“Kenyataan? Kenyataan apa? Kenyataan yang akak dah rampas Abang Add dari Nia

dan akak dah rampas kebahagian Nia.” Shania masih lagi tidak mahu mengalah.

Aku mengeluh perlahan, susah benar untuk aku berhadapan dengan dia kali ini. “Akak

tak tahu apa yang harus akak cakap pada Nia lagi. Habis tu Nia nak buat apa sekarang ni?”

aku sudah malas mahu berbalah dengannya. Aku ingin cepat-cepat menamatkan perbualan ini.

Page 375: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

374

“Nia tak nak akak ada apa-apa hubungan lagi dengan Abang Add.”

“Apa?” Aku benar-benar terperanjat dengan permintaannya itu.

Shania tersenyum sinis dan mula menyeka air matanya. “Nia nak akak tinggalkan

Abang Add.”

“No!” Aku membantah keras. Tergamak dia membuat permintaan itu padaku. Tidak

mungkin aku akan meninggalkan Zafril hanya kerana mahu memenuhi permintaannya itu.

“Huh, Nia memang dah agak akak memang pentingkan diri akak sendiri.”

Ternyata Shania sudah berubah sepenuhnya, Shania yang aku kenal dulu tidak

mungkin akan berkata begitu pada diriku. “Akak pentingkan diri sendiri? Salah ke kalau akak

pertahankan cinta akak dengan Abang Add?” aku mencerunkan mata memandang Shania

yang masih merenungku.

Shania tergelak sinis padaku. “Kalau macam tu tak salah juga kalau Nia cuba

pertahankan cinta Nia pada Abang Add kan?”

Aku terdiam memandangnya yang sedang berjalan menghampiriku. “Nia juga

cintakan Abang Add. Dan Nia akan berjuang untuk dapatkan cinta Nia.”

Aku mula beristigfar dalam hati. Mencari ketenangan dalam diam. “Abang Add

cintakan akak dan dia takkan dengan mudah berpaling pada orang lain. Akak yakin.” Aku

cuba membina keyakinan dalam dirinya, mudah-mudahan dia melupakan niatnya itu.

“We’ll see. Keluar dari bilik Nia sekarang. Nia tak nak tengok muka akak lagi.”

Sebaik sahaja meluahkan kata itu padaku Shania terus berlalu ke bilik air yang

terdapat di dalam biliknya itu dan menghempas kuat pintunya. Dentuman pintu itu

menhenyak hatiku. Hari ini aku sudah kehilangan seorang adik yang amat aku sayangi selama

ini.

Page 376: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

375

Aku juga terus melangkah keluar dari bilik yang terasa bahangnya itu. Aku berjalan

pantas menuruni anak tangga seterusnya mahu meninggal emak dan mak lang begitu sahaja.

Namun mak lang terlebih dahulu menghalang jalanku.

“Kenapa ni Safi? Apa yang dah jadi? Nia macam mana?” mak lang terus menyerang

dengan soalan-soalan itu.

Lama aku memandang mak lang sebelum anak mataku beralih kepada ibu yang juga

berada di sebelah mak lang. apa yang harus aku jelaskan pada mak lang? andai aku ceritakan

kebenarnnya, mungkinkah mak lang juga akan bertindak seperti Nia, membenci diriku? Gusar

kian bertambah. “Maafkan Safi, mak lang. Safi pun tak nak benda ni jadi!” pantas aku

meninggalkan mak lang dan ibu setelah menzahirkan ucapan maaf. Terdengar jeritan namaku

dilaung beberapa kali. Tidak mungkin bagiku untuk terus berada di situ. Semua mula

menyerabutkan fikiran. Apa yang akan Nia lakukan untuk mendapatkan Zafril? Aku sangat

takut saat ayat itu diluahkan Nia. Aku tak akan benarkan perkara itu terjadi walau apa

sekalipun.

Page 377: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

376

BAB TIGA PULUH LIMA

ZAFRIL Masih lagi tenang memandu keretanya. Semua yang aku ceritakan kepadanya

umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan.

Atau yang sebenarnya dia langsung tidak mempercayai setiap kata-kataku ini. Mula ada rasa

risau bercambah di hati.

“Zaf dengar tak apa yang Safi cerita ni?” rasa marah mula terbit kerana dia hanya

mendiamkan diri dari tadi. Bukan hanya dia tidak bersuara, menggeleng dan mengangguk pun

tidak dia lakukan sepanjang mendengar ceritaku ini. Reaksinya begitu kaku dan keras.

“Zaf dengar.” Mendatar sahaja suaranya tika ini.

“So, kita nak buat apa sekarang?” Soalku, sengaja mahu mendengar dia meluahkan

kata pula. Sejak aku menjejakkan kaki ke dalam keretanya, dua puluh minit yang lalu. Hanya

aku yang berbicara, membangkitkan kisah pertemuanku dan Shania semalam, tapi dia hanya

kaku seperti patung cendana mendengar semua ceritaku.

“Nak buat apa pula?” Zafril mengerlingku seketika sebelum menumpukan perhatian

semula pada jalan raya Kuala Lumpur yang semakin sesak pada awal pagi begini.

Aku mengeluh perlahan, perlukah aku menjelaskan semula setiap apa yang telah aku

ceritakan padanya sebentar tadi? Menjelaskan bagaimana Shania melayaniku semalam dan

segala kata-kata Shania yang membuatkan aku tidak dapat tidur semalaman kerananya.

Kenapa dia kelihatan sukar untuk mempercayai setiap kata-kataku?

“Zaf, Nia tu sukakan Zaf, cintakan Zaf. Dia sanggup buat apa-apa saja untuk Zaf.

Untuk cinta dia!” luahku. Aku kenal sangat dengan Shania. Dia bukan jenis wanita yang

mudah mengalah dengan segala halangan yang mendatang. Setiap apa yang dia mahukan dia

akan cuba pastikan dia akan dapat memperolehinya dan dia benar-benar seorang yang tekad

dalam melakukan sesuatu perkara.

Page 378: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

377

Zafril memberhentikan keretanya di tengah jalan raya apabila keadaan yang sesak itu

tidak membenarkan langsung keretanya bergerak ke hadapan. Dalam keadaan ini Zafril

mengambil peluang merenungku yang sejak menaiki kereta ini tidak lepas dari melihat

wajahnya.

“Safi... tukan hati dia, perasaan dia, kita bukannya boleh halang kalau dia nak rasa

macam tu. Yang pentingnya sekarang ni, hati Zaf, cinta Zaf, hanya untuk Safi.” Lembut

sahaja kata itu sampai ke telingaku, namun itu belum cukup lagi untuk meleraikan kekusutan

yang menghantui hatiku ini.

Ya memang benar setiap apa yang Shania rasa di dalam hatinya itu tidak dapat

dihalang olehku dan Zafril. Namun sekurang-kurangnya kami harus berusaha untuk

membuatkan Shania memahami keadaan yang sebenarnya, memahami yang aku dan Zafril

saling mencintai dan tidak sanggup untuk berpisah.

“Lagipun Zaf tak fikirlah Shania akan buat yang bukan-bukan pada kita.” Kata Zafril

sebelum memandu semula keretanya.

Aku tersentak mendengar pandangannya. Yakin benar dirinya dengan Shania.

Mungkin mereka sepupu dan Zafril merasakan dia sebagai abang sepupu Shania amat

memahami setiap tingkah adik sepupunya itu. Tapi tidak terfikirkah Zafril yang mereka sudah

lama terpisah. Perpisahan yang memakan masa belasan tahun. Waktu selama itu

membolehkan sesiapa sahaja berubah. Dan pastinya kita tidak akan dapat menjangka

perubahan itu.

“Kenapa Zaf yakin sangat Shania takkan buat macam tu? Kalau Shania betul-betul

buat apa yang dia cakapkan tu macam mana?” aku bukan sengaja mahu mencambahkan rasa

curiga dalam dirinya buat adik sepupu kesayangannya itu. Cuma aku mahu kami sama-sama

berfikir dan mencari penyelesaian pada kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada

kemudian hari.

Page 379: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

378

“Taklah, Shania takkan buat macam tu. Diakan adik sepupu Zaf. Zaf tahu dia budak

macam mana?”

Yakin benar yang dia amat memahami adik sepupunya itu. “Safi yang membesar

dengan dia Zaf. Safi kenal sangat dengan dia.”

“Safi... okay, Safi jangan fikir bukan-bukan pasal hal ni. Makin Safi fikir makin

berserabut fikiran Safi. Zaf tak nak Safi fikir yang bukan-bukan lagi okay. Kalau asyik masam

je muka tu, nanti silap-silap muka tu berkedut-kedut macam nenek kebayan.”

“Zaf ni.” Aku menarik muka, tidak suka dengan katanya itu. Walaupun aku tahu dia

hanya bergurau sahaja dan mahu mengubah topik yang sedang aku bincangkan dengannya,

tapi aku tidak suka dia menyamakanku dengan watak kisah dongeng yang menakutkan itu.

Dia sudah ketawa besar. “Alah, Zaf bergurau jelah. Lagipun kalau Safi macam nenek

kebayan sekalipun Zaf tetap sayang dan setia dengan Safi. Sampai hujung nyawa tau!”

walaupun dia masih lagi ketawa namun aku dapat merasakan kesungguhan dalam kata-

katanya itu.

“Tengok tu, sebut nenek kebayan lagi.” Aku sengaja menarik muka cemberut, seolah-

olah tidak berpuas hati dengan kata-katanya.

“Okay, okay, Zaf tak sebut lagi dah.” Dia mengangkat tangan kirinya manakala tangan

kanannya masih lagi mengawal stereng kereta. Aku tertawa kecil melihat aksinya itu.

“Kita sarapan dulu kat Kafe Wisma, sebelum masuk pejabat.”

Aku mengangguk perlahan mendengar cadangannya itu apabila dia mula mencari

ruang parkir untuk keretanya di tempat meletak kenderaan yang disediakan untuk semua

pekerja wisma tersebut. Aku dan dirinya pasti akan bersarapan bersama setiap kali dia

menjemputku ke tempat kerja.

Page 380: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

379

Kebelakangan ini memang jarang aku membawa kereta ke pejabat kerana dia yang

bersungguh-sungguh mahu menjemputku dan menghantarku pulang. Dan aku tahu ini salah

satu daripada caranya untuk merapatkan lagi hubunganku dengannya di saat-saat begini.

Aku dan Zafril sama-sama melangkah beriringan menuju ke pintu masuk wisma.

Sebaik sahaja aku dan Zafril melepasi pintu kaca automatik tersebut, terdengar suatu suara

nyaring menjerit memanggil nama Zafril. Aku dan Zafril lantas berpaling memandang ke

belakang.

Aku agak terkejut melihat kehadiran Shania di situ. Langkahnya makin dilajukan

menghampiri aku dan Zafril. Semenjak dia menerajui Tiara Holding, dia sudah tidak lagi

menjejakkan kaki ke wisma ini. Namun hari ini selepas kejadian semalam, dia kembali ke

sini. Tapi atas urusan apa?

“Abang Add.” Terus sahaja Shania berdiri mengadap Zafril. Aku yang berada di

sebelah Zafril langsung tidak ditolehnya walaupun seketika.

“Kenapa ni?” terus sahaja Zafril bertanya selepas melihat wajah Shania yang sudah

pucat dan penuh dengan kerisauan.

“Shania nak minta tolong Abang Add.” Rengek Shania.

Aku sekadar menjadi pemerhati tingkah kedua-dua saudara itu.

“Nak tolong apa?”

“Sepatutnya semalam Shania ada meeting dengan lembaga pengarah tapi Shania tak

datang. Dan sekarang ada something happen yang Shania tak dapat nak handle. Abang Add

tolong Nia ye.”

Zafril memandangku seketika sebelum memandang Shania semula. “Shania dah bagi

tahu papa abang ke? Shania suruh papa jelah yang tolong. Lagipun papa mesti dah biasa

dengan lembaga pengarah tu kan.” Zafril kelihatan berat mahu membantu Shania.

Page 381: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

380

“Shania dah call pak long. Pak long yang suruh Shania minta tolong dengan Abang

Add.”

Zafril berfikir seketika.

“Abang Add tak nak tolong Shania ke?” Soal Shania, “Tak apalah kalau Abang Add

tak dapat nak tolong Shania. Shania faham.” Rajuk Shania dan mula ingin berpaling ke

belakang.

“Shania, tunggu. Okay abang tolong Shania. Tapi jangan lama-lama sangat. Abang

banyak kerja lagi kat pejabat ni.”

Persetujuan Zafril itu membuatkan Shania berpaling semula memandangnya. Dan

senyuman mula menghiasi bibirnya. “Thanks. Shania tahu Abang Add takkan hampakan

Shania.” Girang sungguh Shania tika ini.

“Jom.” Shania sudah sedia untuk berlalu bersama Zafril namun segera Zafril

menghalang langkahnya itu.

“Shania takkan salam dengan Kak Safi dulu ke?”

Soalan daripada Zafril itu membuatkan buat pertama kalinya Shania menoleh padaku

sejak dia sampai tadi. Kemudian dia memandang Zafril seketika sebelum mengajukan

salamnya padaku dengan sebuah senyuman. Aku sedikit terperanjat menerima senyumannya

itu. senyuman yang tidak langsung kelihatan semalam sewaktu aku bersemuka dengannya.

“Nia pinjam Abang Add kejab ye kak. Jangan risau Nia akan jaga Abang Add baik-

baik.” Shania ketawa kecil dengan jenakanya yang kedengaran begitu janggal di telingaku.

Aku hanya tersenyum kecil menyambut huluran salamnya. Dan Zafril pula entah apa

yang mengembirakan hatinya turut tersenyum lebar saat ini, melihat Shania mengucup

tanganku seperti selalu.

“Dah Abang Add, jom.” Shania terus mengajak seperti tidak sabar untuk membawa

Zafril jauh dariku saat ini.

Page 382: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

381

“Sorry Zaf tak dapat nak temankan Safi sarapan pagi ni. Apa-apa nanti Safi call Zaf

ye.” Pesan Zafril padaku.

“Zaf... habis tu petang ni...”

“Jangan risau sekejab je Zaf kat Tiara Holding tu. Zaf jemput Safi petang nanti, okay.”

Dia segera mencelah sebelum aku sempat menghabiskan pertanyaanku padanya.

“Cepatlah Abang Add kita dah lambat ni.” Dan dengan segera dia membawa Zafril

segera berlalu dari situ.

Sebelum memulakan langkah sempat juga dia melemparkan sebuah jelingan buatku.

Dan aku benar-benar yakin layanan baiknya padaku sebentar tadi hanya di hadapan Zafril

sahaja. Nampaknya dia benar-benar mahu melakukan apa yang dikatakan semalam padaku.

JAM sudah menunjukkan pukul 5.00 petang, namun jangan katakan Zafril, bayangannya pun

tidak kelihatan saat ini. Aku sudah semakin gelisah menantinya di kerusi ruang kerjaku ini.

Ramai pekerja telah pun melangah keluar dari ruang pejabat meninggalan aku keseorangan di

dalam pejabat yang agak luas ini.

Nampak seperti Zafril tidakkan muncul. Sampai hati dia memungiri janjinya padaku.

Katanya, dia mahu sekejap sahaja berada di sana, tapi hingga ke saat ini dia masih lagi tidak

pulang-pulang ke pejabat. Entah apa agaknya yang mereka lakukan di Tiara Holding itu.

Apalah masalah yang berlaku sehingga Zafril pula yang perlu membantu Shania?

“Assalamualaikum.”

Aku segera berpaling memandang Zafril yang sudah pun berdiri tegak di hadapanku.

Melihat dirinya aku sedikit lega. Namun aku masih lagi marah padanya. Jika dia ingin sampai

selewat ini pun, sekurang-kurang, hubungilah aku dahulu menyatakan tentang kelewatannya

itu.

“Kenapa lambat? Kata sekejap je.” Aku meluahan ketidakpuasan hatiku.

Page 383: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

382

Zafril tersenyum kecil. “Ada banyak benda nak buat tadi.” Zafril kelihtan begitu penat

sekali.

“Yelah sekurang-kurangnya telefonlah Safi dulu. Ini tidak, buat Safi risau aje.”

“Zaf minta maaf okay. Zaf lupa, banyak sangat benda yang jadi tadi. Sampai Zaf dah

tak boleh nak fikir benda-benda lain dah.”

“Sampai Safi pun Zaf lupa ke?”

Zafril terkejut mendengar kata-kataku. Wajahku ditenung lama sebelum memulakan

kata. “Apa yang Safi merepek ni?”

“Safi tak sedap hati bila Zaf ikut Shania tadi.” Perlahan aku mengalunkan kata.

Memang itu yang aku rasakan sebentar tadi sewaktu dia mengikuti Shania. Tapi aku tidak

mempunyai hak untuk menghalang dia mengikut Shania. Aku dan dia belum mempunyai apa-

apa hubungan yang sah yang membolehkan aku menghalangnya berjumpa dengan Shania.

“Safi curiga dengan Shania atau Safi tak percaya pada Zaf?”

Soalan Zafril itu membuatkan aku berfikir semula. Aku tidak bermaksud untuk tidak

mempercayainya cuma aku risau dengan setiap apa yang Shania katakan padaku semalam.

Dan aku takut jika Shania benar-benar ingin melakukan seperti apa yang telah dia katakan

padaku semalam. “Safi...”

“Safi... Zaf cintakan Safi dah bertahun. Takkan semudah tu Zaf dapat lupakan Safi dan

pergi pada perempuan lain.”

Aku menundukkan wajah mendengar kata-katanya. Aku tahu dia amat mencintaiku

malah dia yang terlebih dahulu mencintaiku. Namun aku juga manusia biasa yang punya rasa

cemburu dan takut akan kehilangannya. Lagi pula hati dan perasaan manusia tidak siapa yang

dapat meneka dan ianya boleh berubah bila-bila masa sahaja. Dan itu yang paling aku

takutkan berlaku pada hubunganku dan dirinya saat ini.

“Zaf nak Safi janji satu perkara pada Zaf.”

Page 384: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

383

Aku memanggungkan wajah memandang dirinya. Bersedia mendengar setiap bait

katanya.

“Walau apa pun terjadi, tolong percaya pada Zaf.” Pohon Zafril bersungguh-sungguh.

Aku terdiam seketika.

“Zaf amat perlukan kepercayaan Safi.” Dia menambah kata.

Aku tersentuh mendengar setiap bait katanya. Terus senyuman aku lemparkan

padanya. Mengharapkan yang dia mengerti sememangnya aku amat mempercayainya untuk

selamanya.

“Shania tu adik sepupu Zaf dan selamanya dia akan jadi adik sepupu Zaf saja.” Zafril

terus memberikan keyakinan padaku.

Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya kini aku tahu walau apapun tindakan

yang akan Shania lakukan selepas ini, ianya tidak akan dapat merubah apa-apa perasaan Zafril

padaku dan aku akan sentiasa meningati setiap kata-katanya hari ini. “Safi minta maaf. Bukan

maksud Safi nak ragui Zaf. Cuma Safi rasa takut. Takut Shania akan memenangi hati Zaf”

aku jelaskan perkara yang sebenar.

“Safi, tak akan ada wanita lain dalam hati Zaf, selain Safi. Tak akan ada!”

Aku terdiam seketika. Ya aku yakin akan hal itu, cumanya hati menjadi takut tiap kali

Shania muncul depan mata. “Terima kasih Zaf. Safi pegang kata-kata Zaf pada Safi”

“Macam tu lah...” Zaf tersenyum lebar dan senyumannya itu turut menyerat aku

membuka senyumanku juga. Sedikit rasa lega untuk hari ini. Harap rasa itu terus singgah di

hati pada setiap masa.

Page 385: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

384

BAB TIGA PULUH ENAM

IBU dan ayah masih lagi setia di sini bersamaku, di restoran Sri Melayu sementara menanti

kemunculan Zafril. Hidangan yang telah tersedia di atas meja di hadapanku sudah hampir

setengah jam terhidang dan sudah lebih sejam aku, ibu dan ayah menunggu di sini. Namun

bayang Zafril masih lagi tidak muncul seperti mana janjinya padaku tiga hari lalu.

Aku cuba menghubungi telefon bimbitnya sekali lagi. Malam ini sahaja sudah berapa

kali aku menghubunginya, aku sendiri sudah tidak pasti. Namun setiap panggilanku tidak

langsung dijawabnya. Mesej juga sudah berpuluh yang aku hantar padanya, namun itu juga

langsung tidak dibalasnya. Dia terus menyepi dan membiarkan aku dan ibu bapaku menanti di

sini, terus menunggu dia menunaikan janjinya beberapa hari lalu.

“Kita tunggu siapa sebenarnya ni Safi?” Soal ayah sekali lagi. Sejak setengah jam lalu,

hanya itu soalan yang keluar dari bibirnya.

Aku sudah ketandusan idea untuk membalas soalan yang sama berulang kali. Aku

sengaja merahsiakan terlebih dahulu kepada kedua ibu bapaku yang Zafril ingin bertemu dan

memaklumkan hubungan kami dengan mereka hari ini. Aku sengaja mahu memberikan

kejutan kepada kedua-dua orang tuaku. Mata aku lirikkan pada ibu, walaupun aku turut

merahsiakan hal ini daripada pengetahuan ibu namun pandangan matanya saat ini jelas

menunjukkan yang dia mengetahui dengan siapa aku mahu temukan mereka berdua waktu ini.

Dia melemparkan senyuman padaku sebelum memandang ayah.

“Sabarlah bang. Abang dah lapar sangat, ke?” Ibu menolong menjawab soalan ayah

bagi pihakku. Lembut sahaja ibu memujuk hati ayah yang berkemungkinan besar sudah

panas.

Aku langsung tidak salahkan ayahnya jika dia benar-benar sudah panas hati waktu ini.

Sudah lebih dari sejam menunggu pada waktu malam begini, siapa yang tidak marah. Dengan

Page 386: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

385

hidangan yang sudah pasti sejuk di hadapan mata, pasti ianya akan lebih mengundang

kemarahan dalam hati.

“Bukan masalah lapar. Ini masalah dah berjanji. Janji pukul berapa? Sekarang dah

pukul berapa tak sampai-sampai lagi?” nampaknya ayah masih lagi marah dengan Zafril.

“Sabarlah bang, sekejap lagi sampailah tu.” Ibu masih lagi mencuba bagi pihakku.

Aku sudah terdiam. Tidak tahu apa lagi yang perlu diperkatakan. Memang sudah salah

Zafril, apa lagi yang perlu aku katakan untuk membela dirinya pada waktu ini. Entah ke mana

pergi dirinya. Sudahlah dia yang beria-ia ingin berjumpa dengan kedua-dua ibu bapaku hari

ini, Alih-alih, dia langsung tidak kelihatan. Permintaannya tiga hari lalu benar-benar

mengembirakan hatiku, namun hari ini aku amat kecewa. Ternyata ianya tidaklah segembira

seperti yang aku harapkan.

“Tak apalah ibu, ayah. Ibu dengan ayah makan ajelah dulu.” Aku membuat keputusan

akhirnya. Aku tidak mahu kedua orang tuaku ini pula melewatkan makan malam mereka

semata-mata kerana menunggu kedatangan Zafril.

“Lah, tadi Safi yang suruh tunggu sangat. Takkan ayah cakap macam tu dah merajuk?

Ayah bukan marahkan Safi, ayah marahkan kawan Safi tu. Berjanji pandai, tapi tak tahu nak

tunaikan.”

Aku tersenyum mendengar kata-kata ayah. Selama ini ayah jarang memarahiku, dan

jika dia memarahiku sekali pun pada tika ini, tidak mungkin aku akan merajuk dengan

dirinya. Aku amat sayangkan ibu dan dirinya.

“Taklah ayah. Mana ada Safi merajuk. Safi rasa kawan Safi tu datang lambat sikit kut.

Tak apalah, ayah dengan ibu makanlah dulu.” Aku terus menyakinkan ayah.

“Tak apa ke Safi?” Ibu pula yang risau.

Aku hanya menganggukkan kepala. Aku benar-benar tidak mahu mereka menunggu

lagi. Sudah cukup rasanya masa sejam yang mereka luangkan untuk menunggu orang yang

Page 387: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

386

langsung tidak mereka kenali. Kalau pun Zafril datang pada waktu ini., apakah alasan yang

terbaik yang perlu dia berikan pada kedua-dua orang tuaku atas kelewatannya.

Jika hanya aku yang perlu menunggu dirinya itu tidak mengapA, kerana itu bukan

menjadi masalah besar bagiku. Aku sanggup menunggu dirinya selama mana pun. Namun aku

tidak mahu membebankan orang tuaku. Mereka memerlukan rehat yang secukupnya pada usia

begini.

Puas aku menolak untuk turut sama makan bersama-sama mereka. Bukan tidak sudi

tapi entah mengapa aku tetap ingin menunggu Zafril dan makan bersamanya malam ini.

Selalunya dia tidak sebegini, jika dia sudah berjanji pasti dia akan tunaikan. Dan sepanjang

aku mengenalinya tidak pernah dia lewat dari setiap temujanji kami, bahkan dialah orang

yang paling awal sampai berbanding diriku.

Namun dalam sejak akhir-akhr ini, aku sudah dapat merasakan perubahannya. Jika

sudah berjanji, paling awal sekalipun, dia akan sampai lewat setengah jam daripada masa

yang dijanjikan. Aku hanya mampu bersabar. Jika selama ini dia yang selalu menanti diriku,

apa salahnya kali ini aku pula yang menanti dirinya.

“Safi nak tunggu sampai bila ni?” Soal ayah apabila aku asyik menolak untuk turut

serta pulang bersama mereka setelah mereka selasai makan.

“Tak apa ayah dengan ibu baliklah dulu. Jangan risau lagi lima belas minit kalau dia

tak sampai juga Safi balik rumah sewa Safi.”

“Tapi…”

“Sudahlah tu bang. Jomlah kita balik. Saya pun dah mengantuk ni.” Ibu memotong

sebelum sempat ayah menghabiskan katanya.

Aku memandang ibu. Aku tahu dia sedang berbohong, tidak mungkin ibu sudah

mengantuk pada waktu ini. Walapun sudah hampir pukul sepuluh malam namun ibu bukan

seorang yang suka tidur awal. Paling awal pun ibu akan melelapkan matanya hanyalah pada

Page 388: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

387

pukul 12 malam. Itu pun setelah puas dileteri ayah. Aku yakin ibu mahu memberi ruang

untukku melepaskan diri dari dileteri ayah. Ayah memang jarang berleter, tapi jika dia sudah

mula membuka mukadimahnya, susah untuk aku dan ibu membuatkannya berhenti.

“Kalau macam tu ayah dengan ibu balik dululah. Ingat kalau lagi lima belas minit

kawan kamu tu tak datang juga, terus balik rumah tau. Dah lewat malam dah ni.” Ayah

mengingatkanku sewaktu aku mengucup tangannya, dan aku hanya mengangguk mengiakan

sahaja katanya.

“Kirim salam pada Zafril.” Pesan ibu sewaktu dia memelukku.

Sudah aku mengagak ibu sudah dapat menghidu yang aku ingin menemukan dia dan

ayah dengan Zafril. Dan sekali lagi aku hanya mengangguk.

Aku memerhati ayah dan ibu yang berpimpin tangan keluar dari restoran ini. Jika

Zafril tidak datang juga bagaimana? Sampai bila aku harus menunggunya di sini? Tapi yang

pasti aku tetap ingin menunggunya walau selama mana pun. Tidak mungkin Zafril terlupa

terus aku menantinya di sini?

Lama aku termenung di meja ini sehingga aku ditegur oleh seseorang dan aku

menoleh memandangnya.

“Zaf tak sampai lagi ke?” Lelaki berusia awal 30-an itu terus duduk di bangku di

hadapanku sebaik sahaja aku memandangnya.

“Belum.” Hanya itu yang terluah saat hati sarat dengan persoalan tentang Zafril.

Lelaki pemilik restoran ini juga merupakan kawan Zafril itu menggelengkan kepala.

Aku hanya mampu tersenyum dengan lelaki peramah itu. Sejak pertama kali Zafril

membawaku ke sini dan memperkenalkannya padaku, aku sudah boleh menerimanya sebagai

sahabatku juga.

“Habis tu Safi nak tunggu dia juga ke?” Soalan yang fikiranku berbolak balik sedari

tadi diluahkan pula oleh Madi.

Page 389: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

388

Aku tidak menjawab soalannya.

“Maaf Safi, saya bukan nak menghalau, tapi restoran saya dah nak tutup ni. Lagipun

dah pukul 12 malam dah ni. Safi tak nak balik ke?”

Pukul 12 malam? Aku memandang jam di pergelangan tangan. Aku benar-benar tidak

perasan masa yang sudah berlalu. Aku mengangkat telefon bimbitku dan cuba untuk

menghubunginya sekali lagi. Namun telefon bimbitku sudah kebisan bateri, aku mengeluh

berat. Aku memerhati pula sekeliling restoran, memang beberapa pekerjanya sedang

mengemas setiap meja. Nampaknya Zafril memang tidak akan muncul hari ini sepertimana

janjinya.

“Ish, Zaf ni pun satu hal. Entah mana perginya.” Keluh Madi mungkin dia dapat

membaca kekeruhan yang bermain di wajahku.

“Tak apalah Madi. Saya balik dulu. Bill?” aku menarik beg yang aku letakkan pada

kerusi bersebelahan denganku.

“Eh, tak apalah Safi. Hari ini saya belanja Safi”

Aku terkejut mendengar kata-katanya. “Eh, mana boleh macam tu.”

“Tak apalah, hari ni je saya belanja. Lain kalau kau datang dengan Zafril, saya ambik

sepuluh kali ganda dari dia. Baru dia rasa, berani dia buat Safi tertunggu-tunggu macam ni.”

Gurau Madi.

Namun gurauannya itu tidak mampu mengundang tawaku. Aku hanya mampu

tersenyum kecil padanya. Lebih kepada menjaga hatinya. “Terima kasihlah Madi.” Aku

mengalah, kerana aku tahu jika aku berkeras pun dia pasti tidak akan mahu mengambil

sebarang bayaran dariku. “Minta diri dulu.”

“Drive sendiri ke malam-malam macam ni?” Madi turut bangun apabila aku bangun

dari duduk.

“Ha’ah.”

Page 390: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

389

“Eh, biar saya hantar ajelah. Dah malam-malam ni. Risau pula nak biarkan Safi drive

seorang”

“Tak apalah Madi. Saya dah biasalah. Jangan risau. Terima kash.”

“Betul ni?”

Aku mengangguk.

“Okaylah hati-hati tau.”

“Okay, Assalamualaikum.”

Selepas mendengar balasan salam dari Madi, aku terus berlalu menuju ke parking lot

yang sudah kosong. Hanya kereta aku sahaja yang masih lagi terparkir di ruangan tempat

letak kereta untuk pelanggan.

Aku segera masuk ke dalam kereta dan terus memandu pulang ke rumah. Telefon

bimbit yang sedari pukul lapan malam tadi berada di tanganku aku sumbat ke dalam beg

tanganku. Sudah letih jariku menelefon dan menghantar pesanan ringkas padanya.

Hampir setangah jam bersendirian di malam-malam begini di atas jalan raya akhirnya

aku sampai juga ke rumahku. Sewaktu aku sedang melangkah menuju ke arah lif. Seseorang

meneriak memanggil namaku dari arah belakang. Aku menoleh, memandang Zafril yang

sedang turun dari kereta yang masih tidak dimatikan enjinnya. Dia berlari-lari anak

mendapatanku.

“Assalamualaikum.” Ucap Zafril sebaik sahaja berada di hadapanku. “Safi. Zaf minta

maaf sangat-sangat. Zaf lupa Zaf dah janji dengan Safi and parents Safi malam ni. Sorry.”

Aku mengetapkan bibir memandang wajahnya. Tadi aku benar-benar risau tentang

dirinya namun ketika melihat dia berada di hadapanku kini mula terasa marah kepadanya. Dia

yang beria-ia mahu berjumpa dengan orang tuaku sebelum ibu dan ayahnya masuk

meminangku namun dia jugalah yang memungkiri janjinya. Tidakkah dia risau akan

tanggapan pertama ibu dan ayahku padanya jika dia memungkiri janji sebegini? Nasib baik

Page 391: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

390

aku tidak memberitahu ibu dan ayah terlebih dahulu tentangnya jika tidak, pasti ayah akan

keberatan untuk berjumpa dengannya selepas ini.

“Safi, I’m so sorry okay.” Pohon Zafril sekali lagi.

“Zaf yang nak jumpa sangat ibu dengan ayah tapi Zaf yang tak datang.” Luahku. Aku

tidak dapat mengawal segala rasaku ketika ini.

“Zaf minta maaf. Zaf ada hal tadi. Bila dah sampai rumah baru Zaf teringat Zaf ada

janji dengan Safi.”

“Apa halnya sampai Safi pun Zaf boleh lupa?”

“Zaf…” Zafril kelihatan teragak-agak melihat ketika melontarkan kata. Berkerut

dahiku melihatnya. Tidak pernah dia kelihatan sebegitu sebelum ini.

“Zaf.” Panggilku cuba mematikan pandangannya ke dalam mataku.

“Tak, ni, Zaf dekat rumah mama tadi. Ada hal keluarga sikit.” Laju sahaja ayat itu

keluar dari bibirnya, tapi matanya tidak lagi memandang wajahku.

“Betul?”

“Betul.” Kali ini, barulah dia memandang wajahku. “Sorry, tak sangka Safi tunggu Zaf

selama tu, sampai sekarang baru balik.”

“Mana ada Safi tunggu Zaf sa…”

“Jangan tipu Zaf, Zaf pergi restoran Madi tadi, bila Zaf telefon Safi tak dapat-dapat.

Madi kata Safi baru 5 minit balik dari situ. Itu pun sebab Madi dah nak tutup restoran, kan.”

Zafril memotong kataku.

“Safi nak tunggu sampai Zaf datang.” Aku berterus terang.

“Dah tengah malam Safi. Kalau Zaf tak datang juga, sampai bila Safi nak tunggu?”

“Sampai Zaf sedar dan ingat yang Safi tengah tunggu Zaf.”

Dia terdiam dan aku turut terdiam memandangnya.

“Ehem…”

Page 392: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

391

Aku dan Zafril segera mematikan pandangan dan berpaling memandang Fitri yang

telah berdiri di sebelahku.

“Buat apa kat sini, tengah malam-malam buta macam ni?” Soal Fitri.

Aku hanya tersenyum, begitu juga dengan Zafril.

“Zaf balik dulu, jumpa kat pejabat esok.” Zafril segera meminta diri. Dan kini Zafril

merenungku semula dengan pandangannya yang redup. “Zaf sayang Safi, ingat tu.” Ucap

Zafril sebelum terus berlalu meninggalkan aku dengan ucapan salam di hujungnya. Dan aku

hanya membalas ucapan salam dan sayangnya itu di dalam hati.

Setelah melambai dan melihat keretanya berlalu meninggalkan tempat letak kereta

pangsapuri ini barulah aku dan Fitri bergerak menuju ke arah lif.

“Pukul berapa Zafril datang jumpa parent kau tadi?” Tanya fitri sewaktu kami sedang

menunggu ketibaan lif.

“Kenapa kau tanya?”

“Aku jumpa dia kat Suria KLCC tadi.”

“Bila?”

“Lebih kurang pukul sepuluh tadi.”

Aku agak terkejut dengan jawapan Fitri. Tapi tadi Zafril kata dia berada di rumah

mamanya. Tidak mungkin dia membohongiku. “Orang lain kot?” aku cuba meredakan hati

yang sudah tidak sedap.

“Mana pula orang lain, dialah tu. Dia dengan Shania waktu tu. Tapi aku tak sempat

nak tegurlah pula dia orang waktu tu. Shania join kau orang ke tadi?”

Aku terus terkaku dengan kata-katanya. Jadi Zafril berbohong padaku sebentar tadi.

“Zaf sayang Safi, ingat tu.”

Kata-kata Zafril terngiang-ngiang semula di telingaku. Aku terus terkaku di depan

pintu lif yang sudah terbuka luas.

Page 393: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

392

AKU sudah tidak sabar untuk melangkah keluar dari rumah. Aku tidak sabar ingin berjumpa

dengan Zafril di pejabat pagi ini. Sepanjang malam semalam aku cuba menghubunginya

namun sama sahaja, telefon bimbitnya masih lagi tidak bersambut. Entah mengapa dia tidak

menjawab semua panggilanku.

Loceng rumahku berbunyi sewaktu aku sedang mencari kunci keretaku yang ku

letakkan di atas meja kopi. Fitri yang berada di meja makan terus menuju ke muka pintu. Aku

tidak mempedulikan siapa yang cuba bertandang pagi-pagi begini. Apa yang bermain di

mindaku kini adalah Zafril dan Zafril sahaja.

“Safi, ada orang nak jumpa.”

Aku berpaling memandang Fitri di depan pintu, dan kelihatan Makcik Hasnah turut

berada di sisinya. Kali pertama menerima kedatangannya ke sini membuatkan hatiku tidak

tenang. Bukan aku tidak suka dia ke sini namun hatiku tiba-tiba terasa tidak sedap.

“Makcik.” Aku terus berlalu mendapatkan Makcik Hasnah dan bersalaman

dengannya. “Assalamualaikum, jemput duduk.”

Setelah menjawab salam yang aku hulurkan aku dan Makcik Hasnah terus duduk di

ruang tamu. Fitri memberikan isyarat padaku yang dia akan ke dapur menyediakan air untuk

makcik Hasnah.

“Makcik nak tanya, betul ke Safi bercinta dengan Add?”

Tanpa berselindung Makcik Hasnah terus bertanya padaku. Aku hanya mendiamkan

diri, dan diamku itu membuatkan dia terus menyoal lagi. “Dah berapa lama?”

“Baru lagi makcik.” Jujur aku menjawab.

“Makcik dan nak berterus terang dengan Safi.”

Jantungku mula berdegup kencang. Mataku tidak lepas-lepas memadangnya.

“Makcik dah ada pilihan untuk Add.” Makcik Hasnah terlalu berterung terang hari ini.

Page 394: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

393

Fitri yang lagi beberapa langkah ruang tamu mematikan langkahnya, dulang yang

berada di tangan tidak terlepas dari genggamannya, namun jelas dia juga turut terkejut

sepertiku.

“Makcik harap Safi faham.” Kata terakhir Makcik Hasnah sebelum terus berlalu

keluar dari rumahku tanpa cuba mendengar apa-apa dariku.

Pandanganku hanya pada kelibat Makcik Hasnah yang sudah hilang di sebalik pintu.

“Safi kau okay ke?”

Lamunanku terhenti apabila mendengar suara Fitri yang betul-betul berada di

sebelahku. “Aku dah lambat aku nak ke pejabat.”

Aku terus bangun dan meninggalkan Fitri sendirian. Kedatangan Makcik Hasnah

melonjakkan lagi keinginanku untuk menemui Zafril pagi ini. Aku yakin ada sesuatu yang

berlaku semalam dan Zafril sedang cuba merahsiakan hal itu padaku. Aku mahu Zafril

berterus-terang, menceritakan semuanya. Apa situasi yang sebenar? Tidak mungkin Zafril

semudah itu menerima cadangan ibunya? Tapi apabila mengenangkan kelakuan Zafril ketika

menemuiku semalam, entah kenapa bertambah laju larian jantungku.

Page 395: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

394

BAB TIGA PULUH TUJUH

AKU sungguh pelik dengan Zafril pada tika ini. Mana tidaknya, dari malam semalam aku

menghubunginya, namun masih tidak gagal disambungkan. Apa yang telah terjadi pada

telefon bimbitnya itu? Tidak mungkin pula rosak. Waktu pejabat juga sudah dua jam bermula,

namun dirinya masih lagi tidak kelihatan. Dia tidak pernah begini sebelum ini. Jika ada apa-

apa yang menyebabkan dia akan masuk ke pejabat lewat, dia akan menghubungi dan

memaklumkan kepadaku terlebih dahulu.

Banyak benar persoalan yang bermain di mindaku ini yang memerlukan jawapan

darinya. Dan pada masa begini jugalah terlalu sukar untuk aku menghubungi atau bersua

muka dengannya. Hati yang sarat dengan pertanyaan benar-benar sudah tidak tertanggung.

Minda pula sudah banyak membuat andaian sendiri, andaian yang menyesakkan dada.

Lamunanku terhenti apabila melihat kelibat Shania melepasi mejaku dan terus masuk

ke dalam bilik Zafril. Bunyi dentuman pintu itu juga membuatkan aku tersentak seketika.

Mengapa tiba-tiba sahaja dia datang ke sini. Aku segera bangun dan melihat sekeliling.

Mencari-cari mungkin dia datang bersama-sama Zafril. Namun Zafril masih lagi tidak

kelihatan.

Perlahan aku atur langkah menuju ke bilik Zafril. Sebaik sahaja pintuku buka, aku dan

Shania yang sedang enak duduk di kerusi milik Zafril saling berpandangan seketika sebelum

aku masuk ke dalam dan berhadapan dengannya. Saat mataku dan matanya saling berhadapan

begini, mengapa aku rasakan aku semakin jauh darinya, semakin tidak memahami gadis ini

yang suatu waktu dahulu adalah peneman bicaraku? Peneman suka dan dukaku!

“Mana Encik Zafril Adli? Tak masuk lagi ke?”

Buat pertama kalinya aku mendengar Shania menyebut nama penuh Zafril didepanku

dengan disertakan pangkal gelaran encik dihadapannya. Aku tahu dia sengaja buat begitu,

Page 396: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

395

ingin menunjukkan betapa besar bezanya aku dan Zafril di pejabat ini. Aku hanya

mendiamkan diri, sengaja mahu melihat reaksinya jika aku tidak membalas sebarang katanya.

Dan seperti yang aku jangka dia merenungku tajam dan menhempaskan keluhan kecil.

Tapi aku masih berlagak selamba. Kemudian dia mencapai mug kopi yang aku sediakan buat

Zafril sebentar tadi dan dicicipnya sedikit kopi itu. Sebelum meletakkannya semula di tempat

asalnya.

“Dah sejuk, manis sangat pula tu. Encik Zafril Adli tak suka minuman yang manis-

manis.” Shania mula bangun dari duduknya dan menghampiriku.

Aku masih mendiamkan diri. Dia hari ini kelihatan berbeza dan keanak-anakkan. Aku

sendiri malas mahu melayan sikapnya yang tidak pernah aku saksikan sebelum ini. Aku malas

mahu mengambil pusing semua kata-katanya kerana selama ini Zafril sendiri tidak pernah

menyatakan rasa tidak puas hatinya pada minuman yang aku sediakan, jadi aku yakin bukan

aku sebenarnya yang tidak mengetahui citarasa Zafril, tapi dirinya.

Dia berhenti betul-betul dihadapanku, merenungku tajam.

“Saya datang nak jumpa Encik Zafril Adli. Sebab nak pulangkan telefon bimbit dia

yang tertinggal kat kereta saya malam semalam.” Shania menunjukkan telefon bimbit Zafril

padaku.

Kali ini aku sudah tidak dapat mengawal rasa terkejutku. Telefon bimbit yang berada

di tangan Shania itu sememangnya telefon bimbit Zafril. Dan aku amat mengenali telefon itu.

Buntang mataku melihat telefon yang terus Shania tunjukkan padaku. Patutlah aku tidak dapat

menghubunginya sejak semalam. Rupa-rupanya telefon ini bersama-sama Shania sepanjang

malam. Jadi memang betullah mereka keluar berdua bersama. Dan tidak mustahil disebabkan

itulah dia melupakan janjinya padaku dan orang tuaku.

Page 397: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

396

“Boleh tolong serahkan pada dia, waktu dia masuk nanti.” Lembut sungguh bahasa

yang dia gunakan padaku kini. Namun kelembutannya itu bagaikan duri yang mencekam

hatiku.

Aku hanya mampu memandang telefon itu, terasa berat untuk mengambil telefon itu

dari tangannya.

“Ambiklah apa tunggu lagi. Ke akak tak percaya Encik Zafril keluar dengan saya

semalam. Nak buk…”

“Shania!”

Aku dan Shania segera berpaling ke arah pintu yang aku tidak tutup sebentar tadi.

Zafril sudah pun berada di depan pintu itu dengan pandangan tajamnya pada Shania. Segera

dia menghayun langkah pada Shania dan aku yang berada di hadapan Shania ini langsung

tidak diendahkannya.

“Ikut abang.” Zafril merampas telefon bimbitnya dari tangan Shania sebelum

berpaling.

“Zaf.” Panggilku, entah kenapa aku tidak membahasakan dirinya encik seperti selalu

ketika aku dan dia berada di ruangan pejabat ini.

Dia berpaling memandangku namun hanya seketika sebelum dia memandang Shania

semula. “Tak dengar ke, abang kata ikut abang?” katanya pada Shania yang masih membatu.

“Zaf, Safi…”

“Safiah Aisyah…” Zafril memotong kataku, kemudian dia menarik nafas dalam

seketika. “Nanti kita bincang. Zaf ada hal sikit ni.” Tegas sahaja ayat itu keluar untukku. Dia

menoleh pada Shania semula. “Ikut abang cepat.” Terus sahaja Zafril menarik lengan Shania

mengikutnya berlalu keluar dari ruang pejabatnya ini.

Aku turut serta mengekori mereka keluar dari bilik Zafril ini, namun aku mematikan

langkah setelah sampai di partitionku. Aku tidak tahu apa yang pentingnya hal Zafril itu. Hati

Page 398: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

397

sudah mula kacau bilau jadinya. Kenapa aku makin tidak sedap melihat dia bermasam muka

ketika membawa Shania keluar dari biliknya. Ke mana mereka ingin pergi?

Aku sudah tiada mood untuk menyambung semula tugasku, lantas aku mengemas

mejaku dan menghubungi Kak Ros menyatakan aku ingin mengambil cuti kecemasan pada

hari ini. Setelah mendapatkan pelepasan daripada Kak Ros, aku segera mengapai tas tanganku

dan melangkah keluar ke tempat letak kereta di luar bangunan.

Belum sempat aku melangkah masuk ke dalam kereta telefon bimbitku berdering

lantang. Melihat nama mak lang yang tertera, aku segera menjawab panggilan itu. Mak lang

amat jarang menghubungiku, jika ada apa-apa masalah mak lang lebih suka menghubungi ibu

dan ibu yang akan menghubungiku. Tapi kenapa hari ini, lain pula tingkahnya.

“Assalamualaikum,” aku memulakan bicara.

“Waalaikumusalam. Maaflah mak lang menganggu, Safi kat pejabat ke?”

“Ha’ah tapi Safi ambik cuti hari ni.”

“Eh, kenapa Safi tak sihat ke?”

“Eh, taklah. Saja je Safi nak ambik cuti. Kenapa ye mak lang?” aku terus bertanya

pada persoalan asalnya. Tidak mahu berteka-teki lagi.

“Mak lang ingat nak jumpa Safi. Erm… bila Safi free?”

“Sekarang pun boleh.” Tiba-tiba aku terasa benar-benar bersungguh ingin berjumpa

dengannya.

“Okay, kalau macam tu, Safi datang rumah mak lang ye.”

Setelah menyatakan persetujuan, aku terus mematikan talian. Buat sementara waktu

ini, aku tidak mahu memikir sangat tentang Zafril dan hal semalam. Apa yang bermain di

mindaku saat ini ialah apa hal yang kedengaran begitu penting yang ingin mak lang ceritakan

padaku. Dan dengan rasa tidak sabar itu aku terus memandu menuju ke rumah mak lang.

Page 399: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

398

MAK LANG menghidangkanku sepiring kuih keria dan air Nescafe panas. Sudah puas aku

menolak, namun dia masih bersungguh menyediakan hidangan untukku. Aku sebenarnya

sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui apa perkara penting yang ingin dia katakan padaku.

Terasa seperti ada hubung kaitnya denganku. Namun daripada aku sampai tadi, mak lang

hanya tersenyum panjang sahaja.

“Sebenarnya, kenapa ya mak lang?” aku sudah tidak mahu terus bersoal jawab sendiri

dengan senyuman yang mak lang lemparkan. Aku inginkan jawapan segera daripadanya. Apa

sebenarnya yang mengembirkan hatinya itu.

“Mak lang nak tanya Safi ni. Dah berapa lama Safi kerja dengan Zafril tu?”

“Setahun lebih. Kenapa mak lang? Mak lang nak kerja kat situ pula ke?” Sengaja aku

menambahkan jenaka dalam soalanku. Tidak mahu perbualan ini terlalu formal.

Mak lang ketawa kuat. “Ke situ pula kamu ni. Zafril tu macam mana budaknya ye?”

“Maksud mak lang?”

“Yelah pandangan kamu tentang dia?”

Aku terdiam ketika, hal Zafril dibangkitkan. Walaupun rasa tidak sedap dengan soalan

itu, namun aku tahu bahawa aku harus menjawab pertanyaan itu. “Dia memang baik orangnya

mak lang. Walaupun nampak tegas, tapi dia memang baik. Er, kan mak lang dah kenal dia

kan? Kenapa mak lang tanya Safi lagi?” Aku sudah dapat mengidu sesuatu yang tidak senang

di sini. Bukankah sejak Shania menjumpai Zafril, mak lang sudah berkenalan dengannya dan

banyak kali sudah bersua muka pun.

“Mak lang bukan apa saja nak tanya pendapat Safi. Sebab tadi mama Zafril datang

sini, dia kata hujung minggu ni dia nak masuk meminang Shania untuk Zafril.”

Aku benar-benar terkedu, benar-benar kelu. Aku tidak sangka sungguh cepat makcik

Hasnah menjalankan apa yang dinyatakan padaku pagi tadi. Air mata sudah hampir ingin

Page 400: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

399

menitis. Kenapa bertimpa-timpa perkara yang memilukan hatiku berlaku dalam masa tidak

sampai 24 jam? Apa yang perlu aku lakukan saat ini?

“Tu yang mak lang nak tanya pandangan Safi dulu.” Mak lang terus menerus

mengabarkan berita gembiranya itu.

Air mata mula menitis ke pipiku saat telefon bimbitku berdering dan nama Zafril

tertera di skrin kecil tersebut. Aku sudah tidak sanggup menanggung semua rasa ini seorang

diri lagi. Dan aku benar-benar memerlukan penjelasan darinya saat ini.

“Safi kenapa ni?” tanya mak lang saat melihat air mata sudah membasahi pipiku ini.

“Safi minta diri dulu ye mak lang. Safi ada hal sikit. Assalamualaikum.” Aku terus

bersalam dengan mak lang dan terus berlalu keluar dari rumah teres dua tingkat itu.

Sebaik aku memasuki keretaku, telefon bimbitku berdering sekal lagi. Masih lagi

panggilan daripada Zafril. Aku tidak menunggu lama sebelum menjawab panggilannya.

“Safi nak jumpa Zaf sekarang juga kat restoran Madi.” Selepas memberi salam, aku

terus menyuarakan hasratlku itu padanya. Sebelum sempat dia membalas, aku terus

mematikan talian dan mematikan terus telefon bimbitku. Aku tidak mahu dia menghubungiku

sekali lagi dan menyatakan yang dia tidak mahu berjumpa denganku. Kali ini walaupun apa

pun terjadi aku akan menunggu kehadirannya sehingga tiba. Aku perlukan penjelasan segera.

Penjelasan terntang perhubungan kami. Sama ada aku yang tersalah sangka, atau dia yang

memang sudah mengubah arahnya?

SEBAIK sahaja aku tiba di restoran Sri Melayu, milik Madi, Zafril telah pun terlebih dahulu

tiba. Aku sungguh tidak menyangka yang dia sudah sampai terlebih dahulu sebelumku. Aku

mengambil langkah laju menghampirinya yang sedang bersandar dan memejamkan rapat

matanya. Aku mengambil tempat duduk di hadapannya dan merenung wajahnya seketika. Dia

kelihatan begitu penat sekali.

Page 401: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

400

Zafril membuka mata saat aku begitu asyik memandang wajahnya. Mungkin dia terasa

seperti ada yang memerhatikannya, oleh sebab itu dia terjaga dari lelapnya dan melemparkan

senyuman padaku. Dia terus membetulkan duduknya apabila aku langsung tidak membalas

huluran senyumannya itu. Hatiku yang masih berkecamuk tidak mengizinkan aku untuk

berbuat begitu padanya.

“I know that you need my explanation.” Zafril memulakan kata. Pelayan yang datang

ingin mengambil pesanan darinya diarahkan berlalu meninggalkanku dan dirinya sendiri di

hujung sudut restoran ini.

“Zaf boleh explain apa yang berlaku semalam.”

“Safi tak nak tahu kenapa Zaf sanggup tipu Safi, Safi tak nak tahu kenapa Zaf sanggup

mungkir janji dengan parent Safi, dan Safi juga tak nak tahu pasal apa yang berlaku semalam.

Yang Safi nak tahu sekarang apa yang akan jadi pada hubungan kita?” Laju aku mengaturkan

bicara.

“Kenapa ni, Safi?” wajah gusarnya sudah terpamer tika ini. Adakah dia tahu apa yang

ingin aku katakan padanya saat ini?

“Safi baru lepas jumpa mak lang tadi. Makcik Hasnah pula jumpa Safi pagi tadi.”

“What? Mama jumpa Safi pagi tadi?”

Aku mengangguk.

“Mama… nak apa?”

“Makcik Hasnah kata dia dah ada pilihan untuk Zaf. Mak lang pula kata Makcik

Hasnah nak pinang Nia untuk Zaf hujung minggu ni. Betul ke?” air mata yang cubaku tahan

tadi jatuh setitis ke pipi. Ayat itu memilukan hatiku, namun aku harus luahkan untuk

mendapatkan kebenaran darinya.

Zafril mengeluh seketika. Dia mengusap wajahnya dan terus melurut rambutnya

sebelum memandangku. “Zaf tak tahu nak…”

Page 402: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

401

“Takkan Zaf tak tahu. Jangan tipu Safi lagi.” aku terus menerjahnya, hatiku benar-

benar sakit tika ini.

“Safi cuba dengar apa yang Zaf nak cakap dulu.” Dia cuba menenangkanku yang

sudah tidak keruan. “Zaf tak tahu yang mama nak jumpa Safi hari ni. Pasal Shania tu pun Zaf

baru tahu pagi ni dari mama. Zaf tak sangka mama boleh buat idea gila ni.”

“Habis apa yang kita nak buat sekarang? Kalau mama Zaf nak teruskan juga

rancangan tu, macam mana?” aku nyatakan terus rasa gusarku. Aku benar-benar sudah tidak

mampu untuk memikirkan apa-apa pun tika ini. Semuanya seperti berbalam untuk aku

fikirkan tindakan selanjutnya.

“Safi jangan risau. Biar Zaf yang handle semua ni. Tapi Zaf minta Safi percayakan

Zaf. Walau apa pun yang berlaku tolong percayakan Zaf. Apa yang Zaf buat semuanya untuk

kita.”

Aku terdiam sudahnya. Ini bukan soal kepercayaan aku padanya, tapi ini soal harapan

ibunya dan sekarang sudah menjadi harapan mak lang juga. Bolehkah dia menolak

permintaan ibunya itu semata-mata demiku? Sanggupkah dia melukai hati wanita yang

melahirkannya semata-mata untuk hidup bersamaku? Aku tak rasa yang Zafril sanggup

melakukan itu.

“Tapi…” kata-kataku terhenti apabila telefon bimbit Zafril menjerit lantang. Aku

membiarkan Zafril menjawab panggilan itu seketika sebelum aku menyambung perbincangan

ini.

“Apa ma?

Pekikan Zafril itu menyentakku. Apa yang berlaku, mengapa dia nampak kalut tiba-

tiba? “Kenapa Zaf?” aku terus menyoal apabila Zafril sudah mematikan talian.

“Shania masuk hospital.” Ujar Zafril perlahan dan merenung jauh.

Page 403: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

402

Aku terkejut mendengarnya. Baru pagi tadi aku berjumpa dengannya dan keadaannya

sihat sahaja, tapi mengapa tiba-tiba dia dimasukkan ke hospital? Tidak semena-mena aku juga

turut berasa cemas.

“Zaf… Zaf…” aku memanggilnya berkali-kali apabila Zaf mula bangun untuk

meninggalkan aku di situ. Dia benar-benar kelihatan risau tentang keadaan Shania tika ini.

“Er, Zaf nak pergi tengok dia.” Zafril berhenti seketika.

“Safi nak ikut.” Laungku dan mengikutnya dari belakang.

SAMPAI sahaja di hospital aku dan Zafril terus mendapatkan makcik Hasnah, pakcik Zul,

dan mak lang yang setia menanti Shana yang sedang diperiksa oleh doktor. Sewaktu aku

sampai bersama-sama dengan Zafril tadi aku dapat melihat mata makcik Hasnah yang

merenungku tajam. Mungkin dia tidak senang melihatku datang bersama-sama dengan

anaknya.

Ketika aku bersalam dengannya, hatiku terusik apabila makcik Hasnah seperti acuh

tidak acuh sahaja pada tangan yang aku hulurkan. Tidak aku sangka sehingga begitu sekali

layanannya. Walhal dahulunya dia sentiasa mesra denganku. Aku tahu mengapa perubahan

ketara pada sikapnya itu, namun aku tidak mahu terlalu terasa hati kerana pada saat ini

keadaan Shania yang lebih penting.

“Puan Jamilah.”

Semua berpaling memandang lelak yang memanggil mak lang. Seorang doktor lelaki

di dalam lingkngan 40-an menghampiri mak lang. Aku mengerling memandang tandan nama

yang terdapat pada dada doktor itu. Hassan. Baru aku teringat Doktor Hassan inilah yang

merawat Shania sejak Shania dimasukkan ke hospital bulan lalu. Muka doktor Hassan yang

keruh walaupun dia cuba mengukirkan senyuman betul-betul membuatkan hatiku sedikit

kalut. Apakah yang terjadi pada Shania sebenarnya?

Page 404: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

403

“Macam mana dengan keadaan Shania doktor?” mak lang terus sahaja bertanya

selepas Doktor Hasan menghampirinya. Kesemua yang berada di sini turut mendapatkan

Doktor Hassan.

“Sekarang dah masuk peringkat akhir. Kedua-dua buah pinggang Shania dah mula

gagal berfungsi dengan baik.” Doktor Hassan terpaksa juga menjelaskan keadaan Shania.

“Ya Allah... Macam mana boleh jadi macam tu doktor?” Soal mak lang lagi.

Aku tahu, sememangnya Shania mempunyai masalah buah pinggang sejak kecil lagi,

buah pinggang kanan Shania telah rosak dan selama ini Shania hanya bergantung pada buah

pinggang yang sebelah kirinya sahaja.

“Seperti yang saya katakana pada Puan Jamilah. Buah pinggang kiri Shania tidak

begitu kuat dan kemalangan tadi memburukkan lagi keadaan.”

“Shania kemalangan ke, mama?” Soal Zafril pada ibunya.

“Ha’ah.” Mak lang menjawab bagi pihak makcik Hasnah.

Aku terkedu dan Zafril turut terdiam.

Semua masih mendiamkan diri mengharapkan doktor Hassan memberkan cara

penyelesaian yang terbaik.

“Macam nilah Puan, saya cadangkan agar pemindahan buah pinggang dijalankan

dengan segera. Kalau tiada penderma, Shania perlu menjalani dialysis 3 kali seminggu

sehingga mendapat buah pinggang yang baru.”

“Kalau macam tu, saya ingin menderma doktor.” Ujarku.

“Cik ahli keluarga Shania ke?” Soal Doktor Hassan padaku.

Aku menggeleng. “Kenapa doktor, kalau bukan ahli keluarga, tidak boleh menderma

ke?” aku hairan dengan pertanyaan doktor itu.

“Bukan begitu, cuma jika penderma bukan daripada ahli keluarga terdekat, ianya

mempunyai risiko penolakkan oleh sistem imuniti badan pesakit. Walaupun dengan

Page 405: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

404

menggunakan ubat untuk melemahkan sistem imuniti badan, penolakkan organ tetap boleh

berlaku. Oleh itu kebanyakkan kes cuba mendapatkan penderma dari kalangan ahli keluarga

terdekat bagi mengurangkan risiko penolakan. Tapi walau bagaimanapun jika cik benar-benar

ingin menderma kita boleh mencuba. Kita buat ujian darah terlebih dahulu.” Terang Doktor

Hassan panjang lebar.

“Saya pun hendak buat ujian darah doktor.” Zafril turut memberikan persetujuan

untuk mendermakan buah pinggannya untuk Shania.

Doktor Hassan memberikan kebenaran. Aku dan Zafril segera mengekori doktor itu.

Dalam hati aku mula berdoa agar antara aku dan Zafril, semoga ada buah pinggang kami yang

sesuai buat Shania. Aku benar-benar berharap dia cepat sembuh. Tidak lagi aku memikirkan

tentang hal kalut yang mengganggu hubunganku. Shania harus diselamatkan dan itu

kewajipan aku kini, dan Zafril juga dapat aku lihat pancaran rasa kasih dan sayangnya buat

Shania kala ini. Aku tidak pasti apa yang bakal terjadi pada hubungan kami, yang pastinya,

aku akan sentiasa berpihak pada hati dan perasaanku.

Page 406: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

405

BAB TIGA PULUH LAPAN

WAJAH Shania yang pucat itu aku renung simpati. Aku tidak menyangka sama sekali Shania

akan terlantar begini. Khamis lalu, aku, Zafril, dan mak lang telah membuat ujian darah untuk

melihat keserasian dengan Shania. Ibu dan bapa Zafril tidak digalakkan menjadi penderma

kerana masing-masing mempunyai masalah kesihatan. Aku amat berharap agar salah seorang

daripada kami akan dapat mendermakan buah pinggang padanya. Aku tidak sanggup

melihatnya berulang-alik ke pusat dialysis jika masih tidak mendapat penderma. Dia terlalu

muda untuk menangung semua ini.

Pintu bilik terkuak perlahan, apabila melihat sahaja makcik Hasnah memasuki bilik

aku bergerak bangun dari kerusi yang berada di sisi katil untuk memberikan peluang untuk

makcik Hasnah duduk dan berada dekat dengan Shania. Aku tahu makcik Hasnah pasti amat

risau dengan keadaan Shania tika ini.

Makcik Hasnah terus mendpaatkan Shania dan duduk di kerusi yang berdekatan

dengan katil Shania tanpa sedikitpun memandang wajahku. Dia terus memegang tangan

Shania dan mengucup dahi anak buahnya itu, kemudian dia mengusap pipi Shania.

Aku segera berpaling ingin keluar dari bilik itu, aku tahu pasti makcik Hasnah ingin

bersendirian dengan Shania pada waktu ini.

“Safi tak kesian kat Shania ke?”

Langkah kakiku mati apabila mendengar kata-kata makcik Hasnah? Aku berpaling

semula. Mengapa soalan itu yang ditanya olehnya padaku? Mana mungkin aku tidak

mengasihani Shania. Walaupun aku dan dia bertegang urat kebelakang ini, tidak mempunyai

pertalian darah, namun aku dan dia membesar bersama-sama. Rasa kasih itu telah lama wujud

di hatiku buatnya. Dan jika aku tidak kasihan dengannya, mana mungkin untuk aku akan

menyatakan persetujuanku untuk mendermakan buah pinggangku untuknya.

Page 407: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

406

“Shania dengan ibu dia kena halau dulu, semuanya salah makcik. Makcik termakan

hasutan orang. Masa dia orang keluar dari rumah, makcik rasa menyesal. Bertungkus mak cik

lumus cari Shania dan ibu dia. Sejak itu makcik berjanji, kalau makcik jumpa Shania, makcik

nak jodohkan dia dengan Add.” Makcik Hasnah membuka cerita yang sememang aku tidak

tahu. Tapi entah kenapa aku tidak mahu tahu kisah ini, walhal akulah peneman bicara Shania

jika dia ingin berkongsi kisah dukanya tentang keluarganya denganku suatu masa dahulu.

“Dalam keadaan Shania macam ni, dia perlukan perhatian yang penuh. Makcik yakin

hanya Zafril saja yang boleh menjaga dan menyayanginya dengan sepenuh hati sebab mereka

memang dah kenal sejak kecil. Lagi pula, dari dulu lagi mereka berdua rapat.” Luahnya yang

masih mengharapkan pengertian dariku.

“Kesian Shania, dari kecil dia menderita, takkan sampai dah besar pun kita nak

biarkan dia menderita. Walaupun mungkin Shania akan dapat buah pinggang baru, tapi dia

masih perlukan penjagaan rapi. Tak boleh ke, Safi berkorban sikit demi kepentingan Shania?

Shania lebih perlukan Add berbanding Safi. Safi tak boleh terlalu pentingkan diri macam ni.”

Aku terkedu seketika mendengar hujung kata-katanya. Adakah aku begitu pentingkan

diri jika aku cuma mahu mempertahankan cinta pertamaku ini? Tidak sayangkah aku pada

Shania jika aku mahu memberikan buah pinggangku padanya dan bukan Zafril? Zafril

kebahagian buatku, dan patutkah aku melepaskan kebahgian aku sendiri demi wanita lain?

“Safi.”

Aku berpaling memandang mak lang yang sudah berada di hadapan pintu wad sambil

merenungku.

“Mak lang nak cakap sikit dengan Safi.” Selepas menyampaikan pesanan itu mak lang

terus hilang di balik pintu.

Aku yang sudah tidak sanggup berhadapan dengan Makcik Hasnah lagi terus keluar

dari wad. Mak lang menungguku di kerusi di luar wad. Aku terus mengambil tempat duduk di

Page 408: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

407

sebelahnya. Namun fikiranku bukan berada di sini, fikiranku sibuk mengimbas kata-kata

Makcik Hasnah sebentar tadi.

“Safi, tak boleh pertimbangkan ke, cadangan makcik Hasnah tu?”

Soalan yang diajukan oleh mak lang padaku itu menyentak hatiku. Soalan yang sama

yang diperdengarkan oleh mak cik Hasnah. Mak lang sudah tahukah tentang hubunganku

dengan Zafril? Mungkin juga, maka kerana itu, dia bersetuju dengan kata-kata makcik Hasnah

tadi. Jika tidak masakan dia berkata begitu padaku.

“Safi tak kesian kat Nia ke?” Sayu sahaja suara mak lang ketika ini.

Sekali lagi aku disajikan dengan ayat yang sama. Aku bukan tidak mengasihani

Shania, cumanya jika aku mengasihaninya, siapa pula yang ingin mengasihaniku?

Menyatukan cinta hatiku dengan wanita lain? Siapa yang akan tahu apa yang perlu aku hadapi

dan aku tanggung di kemudian hari? Dan ibu saudaraku ini, dia lebih mementingkan hati anak

angkatnya berbanding hatiku, anak saudaranya darah dagingnya sendiri.

“Tiga hari lagi mak lang akan bawa Shania ke Amerika berubat kat sana. Lagipun dia

dah ada doktor peribadi kat sana. Doktor Andrew Chia. Mak lang pernah cerita kat Safikan.”

mak lang cuba mengubah toik perbualan.

Ya, mak lang pernah bercerita tentang doktor yang kerap merawat Shania sewaktu

Shania belajar di Amerika dahulu. Tapi aku hanya mendiamkan diri, menganguk tidak,

menggeleng pun tidak. Hatiku masih terkesan dengan kata-kata mak lang tadi tadi.

“Safi marah mak lang ke?” melihat kebisuanku mak lang terus menanyakan soalan itu.

“Semua orang kesiankan Nia. Tapi tak ada seorang pun kesiankan Safi, tanya apa

perasaan Safi.” Aku terus bersuara menyatakan kata Hati.

“Safi… Nia tu kan sakit.”

“Safi tahu, Safi pun tak nak Nia bertambah sakit. Tapi Safi tak boleh nak berpisah

dengan Zafril, mak lang. Tolonglah mak lang.”

Page 409: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

408

Mak lang melepaskan nafas resahnya yang dapat kuhidu sedari tadi. “Mak lang bukan

apa, cuma mak lang tak mahu Safi terluka. Lagipun makcik Hasnah tu memang beria-ia nak

Shania jadi menantu dia. Dia tak mahu perempuan lain. Sebab tu dia nak Zafril ikut sekali ke

Amerika nanti, temankan Shania.”

Kali ini barulah aku memandang wajah mak lang. Zafril akan ke Amerika bersama-

sama mereka? Apa perlunya Zafril ke sana? Sekadar peneman Shania?

“Mak lang harap sangat Safi jangan rumitkan keadaan ya. Tolonglah, demi mak lang

dan Shania.” Mak lang terus berlalu masuk ke dalam bilik wad, meninggalkan aku sendirian

di sini.

Aku tidak pernah merumitkan keadaan. Namun kenapa setiap kata-kata mereka

mengambarkan seolah-olah aku yang bersalah dalam situasi ini? Sehingga ibu saudaraku

sendiri memaksaku memberikan kebahagianku pada Shania begitu sahaja.

Saat hatiku bersulam duka, Zafril muncul bersama-sama doktor Hasan yang bertugas

merawat Shania di sini. Aku terus bangun menghampiri Zafril yang nampaknya begitu sibuk

berbincang dengan doktor itu. Pastinya semua perbincangan itu menjurus pada Shania. Begitu

tekun Zafril mendengar penjelasan doktor Hasan sehingga tidak menyedari kehadiranku.

“Zaf.” Aku memanggilnya apabila dia masih lagi tidak menoleh sekali pun padaku.

“Safi…” Zafril terkejut melihat aku berada di sisinya. Wajahnya berubah tiba-tiba.

“Safi nak cakap dengan Zaf sikit.” Aku terus berlalu selepas melemparkan sebuah

senyuman buat doktor Hassan. Perkara ini sudah tidak boleh bertangguh lagi, aku tidak mahu

mendengar dari mulut orang lain, aku mahu kepastian darinya sendiri.

“Sekejap lagi boleh tak?” soal Zafril seakan enggan memberi ruang buatku.

“Safi dah tak banyak masa.” aku hidangkan jawapan itu untuk memaksa Zafril

mengikut kehendakku. Aku sudah tidak mampu bertahan jika terus diasak dengan keadaan

genting begini tanpa sokongan kuat daripada Zafril sendiri.

Page 410: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

409

Aku meneruskan langkah menuju ke taman yang terdapat di tingkat bawah hospital

ini. Sepanjang berada di dalam lif, aku dan dia langsung tidak mengeluarkan sebarang bicara.

Kami tidak ubah orang asing yang baru sahaja berkenalan, tanpa bicara dan tanpa balasan

pandangan antara satu sama lain. Buat pertama kalinya aku tidak dapat merasa kehadiran

Zafril walaupun jelas dia sudah berada di sisiku.

Aku menonong jalan menuju ke taman, meninggalkan Zafril berjalan bersendirian di

belakang. Zafril juga tidak mengejar untuk berjalan seiringan denganku, seperti selalunya.

Kalau dahulu, dia sedaya upaya akan cuba pastikan aku dan dirinya berjalan seiringan

walaupun kami tidak berpegangan tangan. Katanya dia tidak mahu aku jauh darinya.

Aku mengambil tempat di sebuah kerusi panjang di taman itu. Zafril masih lagi

dengan langkah perlahan menghampiri aku yang sudah sedia duduk menantinya.

“Betul ke Zafril ikut Shania ke Amerika nanti?” Aku terus menyoal sewaktu Zafril

mengambil tempat duduk di sebelahku. Mataku halakan ke taman permainan yang disediakan,

aku sememangnya tidak sanggup mendengar jawapannya. Entah kenapa hatiku seperti sudah

tahu apa jawapannya.

“Ha’ah.” Ringkas sahaja jawapan yang Zafril berikan tapi jawapan itu sudah cukup

untuk menguris hati hawaku.

“Betul Zaf nak pergi?” Aku menyoalnya sekali lagi dan kali ini aku memberanikan

diri memandangnya. Aku mahu lihat reaksi wajahnya pula.

Zafril menganggukkan kepala.

“Kalau Safi tak nak Zaf pergi?” Aku bukan sengaja cuba melakukan provokasi. Apa

yang aku soalnya memang seperti apa yang hatiku mahukan.

Zafril terus menoleh memandangku. Mungkin tidak menyangka yang aku akan berkata

sebegitu. “Safi. Shania tu sakit. Zaf temankan dia sebab Zaf nak bagi semangat kat dia. Dia

Page 411: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

410

perlukan Zaf.” Tenang sahaja kata itu berlagu di bibirnya tanpa memikirkan jiwaku yang

sedang kacau.

“Habs tu, Safi tak perlukan Zaf. Macam tu?” Aku masih berkeras. Aku sememangnya

tidak mahu dia pergi. Aku bukan tidak kasihan pada Shania apatah lagi tamak. Makcik

Hasanah, pakcik Zul dan mak lang juga turut berada di sana, aku takut kalau ada perkara-

perkara yang aku tidak mahu terjadi, berlaku tanpa pengetahuanku. Lebih-lebih pula sejak

akhir-akhir ini aku dapat rasakan yang Zafril sudah semakin jauh langkahnya meninggalkan

aku sendiri.

Makcik Hasnah sudah ternyata tidak mahu menerimaku, dan mak lang juga tidak

menyebelahi cintaku. Aku benar-benar takut jika Makcik Hasnah mengaturkan rancangan lain

supaya Zafril meninggalkanku ketika di sana nanti. Tambahan pula, berapa bulan Zafril perlu

berada di sana? Aku yakin, bukan sebulan dua untuk penyakit Shania itu mampu sembuh

sepenuhnya, lebih-lebih lagi penerma juga masih belum lagi ditemui. Dalam masa selama itu,

jika Zafril sentiasa bersama Shania, tidak mustahil Zafril akan berubah hati. Daripada kasihan

dan simpati, berubah menjadi kekasih sejati. Dan di waktu itu apa lagi yang ada padaku?

Tidak aku tidak mahu dia turut serta.

“Bukan macam tu maksud Zaf. Tapi buat masa sekarang memang Zaf kena ikut

Shania.”

“Berapa lama Safi kena tunggu Zaf kat sini? Sebulan? Dua bulan? Atau mungkin

setahun?”

Zafril terdiam dengan soalanku, aku tahu dia tidak mempunyai jawapan yang pasti

buatku. Jika dia sudah tidak pasti apatah lagi aku yang harus menanti dia di sini selama itu.

“Safi, please. Percayakan Zaf. Zaf tahu apa yang Safi fikirkan dan bayangkan. Itu

semua takkan terjadi. Zaf sayangkan Safi, takkan semudah tu Zaf nak terima Shania.”

“Pantai pun boleh berubah Zaf. Inikan pula hati manusia.”

Page 412: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

411

“Iya, tapi itu bukan Zaf. Zaf takkan buat Safi macam tu. Safi cuma perlu percayakan

Zaf. Dan Zaf akan pulang pada Safi dalam masa terdekat ni.” Dia terus cuba menyakinkanku.

“Safi rasa, mungkin dah tiba masanya untuk kita buat keputusan. Memandangkan

keluarga Zaf pun tak restu hubungan kita, Safi nak Zaf buat keputusan.” aku membuka

cadangan yang tiba-tiba zahir di fikiran. Bukan memaksa, sekadar inginkan kepastian.

Mungkin ini yang terbaik buat kami berdua. “Safi nak Zaf pilih antara dua. Safi atau Shania?

Kalau Zaf pilih untuk ikut Shania ke Amerika, itu maknanya, Zaf menolak untuk hidup

bersama Safi.”

“Safi!” Zafril terus bangun dari duduknya.

Kini aku juga bangun dari dudukku, air mata seakan mahu mengalir tapi segeraku

tahan dari tumpah di hadapan lelaki itu. Aku tidak menyangka yang aku akan berkata sebegitu

padanya. Keputusan itu aku buat tanpa aku rancang teliti. Sekadar menyatakan kemahuan

hati. Dan aku tahu itulah kata hatiku, aku tidak sanggup menjadi penunggu pada sesuatu yang

tidak pasti. Dengan keluarganya yang tidak dapat menerimaku, apa-apa sahaja boleh terjadi.

Tapi jika dia memang cintakanku, ditentang seluruh dunia pun aku sanggup menghadapinya,

selagi dia sentiasa bersamaku mengharungi halangan ini. Aku memang mahu dia sentiasa

bersamaku dan aku tidak mahu dia meninggalkanku walau sejenak pun.

“Keputusan ada pada Zaf. Kalau betul Zaf sayangkan Safi, Zaf takkan kecewakan

Safi.” Aku terus berlalu meninggalkannya di situ sebak sahaja menghabiskan ayat itu. Aku

sudah tidak dapat menahan air mata lagi jadi aku harus segera pergi.

MASUK sahaja ke dalam wad Shania, ramai yang sudah menemaninya di situ. Mak lang,

makcik Hasnah, pakcik Zul, ibu, ayah dan yang paling penting Zafril juga turut berada di

sudut bilik itu sambil memandangku yang sedang bersalaman dengan mereka semua yang

berada di dalam bilik ini. Sewaktu aku bersalaman dengan ibu, dapat aku rasakan ibu

Page 413: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

412

mengenggamkan tanganku lebih erat dari selalu. Usapan ibu pada badanku juga kurasa

berlainan daripada biasa. Sinar matanya seolah-olah ingin mengatakan sesuatu padaku, namun

aku tidak dapat membacanya. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

“Makcik harap Safi dapatlah tengok-tengokkan Adni Maju ye sepanjang ketiadaan

Add kat sini nanti. Add dah setuju nak ikut sekali ke Amerika, dia dah siap tempahkan tiket

untuk kami semua dah.” Makcik Hasnah terus memberitahu dengan wajah yang cukup riang.

Aku rasakan dunia berputar dengan ligat sekali. Kepalaku mula berdenyut dengan

kenyataan yang baru makcik Hasnah sampaikan. Aku tahu dia sengaja ingin membakar hatiku

dengan meluahkan kata-kata itu. Terus aku memandang Zafril yang masih setia

memandangku. Dia masih lagi kelihatan berdiri santai sambil berpeluk tubuh sedangkan aku

sudah mengelupur menahan rasa dalam hati. Air mata pula semakin mahu turun ke pipi.

“Lepas Shania dah sihat sikit boleh kita jalan-jalan kat sana pula.” Cadang pakcik Zul

mengamatkan lagi bicara dan tawa makcik Hasnah.

Aku sudah tidak peduli dengan itu semua. Aku dan Zafril masih lagi berbalas

pandangan, berbicara melalui hati ke hati.

“Alah tak payah nak lekas-lekas sangat. Kalau Shania rasa selesa kat sana nanti, kita

semua duduklah sana. Tak payah balik sini lagi pun tak apa.” gurau makcik Hasnah. Gurauan

yang membunuh hatiku.

“Bila bertolaknya kak Has?” soal ibu mungkin tahu aku sudah tidak dapat

menanggung rasa.

“Lusa. Si Add ni hah dah tak sabar nak pergi. Katanya tak sanggup tengok Shania

macam ni. Makan hati katanya.” Tawa makcik Hasnah sekali lagi pecah.

Aku sudah tidak sanggup berada di dalam bilik itu. Bilik yang sentiasa berhawa dingin

ini ternyata berjaya memanaskan hati dan badanku. Aku sempat menoleh pada Shania

sebelum keluar dari wad itu, dan Shania turut membalas pandanganku dengan renungan yang

Page 414: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

413

aku tidak tahu maknannya. Dan buat masa ini aku tidak mahu ambil tahu apa-apa. Aku hanya

mahu membuang kegalauan hati.

“Safi tunggu.”

Jeritan Zafril yang berada di belakangku tidak dapat menghentikan hayunan kakiku,

malahan makin pantas aku mengorak langkah. Aku tidak mahu berjumpa dengannya. Aku

sudah tahu jawapan pada soalan yang aku berikan padanya semalam. Dia sudah pun

mengambil keputusan yang langsung tidak memihak padaku, yang kononnya dia cinta selama

bertahun-tahun.

Masuk sahaja ke dalam lif aku terus menekan butang LG untuk ke bawah namun

belum sempat pintu itu tertutup rapat tangan Zafril sempat menahan pintu itu dari tertutup.

Aku memencilkan diri di sudut lif yang agak luas ini. Wajahnya langsung tidak aku toleh.

“Safi.” Zafril menghampiriku.

Aku menahan dirinya dari terus mendekatiku. “Safi dah dapat jawapan dari Zaf. Safi

dah tak ada apa-apa nak cakap lagi.” Keadaan lif yang lenggang tanpa penghuni lain selain

aku dan dirinya membolehkanku meluahkan kata hati.

“Safi, Zaf terpaksa ikut Shania. Kalau Zaf ikut dia pun tak bermakna Zaf tak

sayangkan Safi, tak cintakan Safi.”

“Sudahlah Zaf, tak payah nak mainkan perasaan Safi lagi. Zaf yang pilih Shania,

pergilah pada dia. Safi dah tak kisah dah.”

“Safi, Zaf bukan pilih Shania. Zaf cuma nak bantu Shania je.”

“Safi tak peduli. Suka hati Zaflah, Zaf nak buat apa. Safi dah tak mahu ambik tahu.”

Aku membuka cincin yang tersarung kemas di jemariku. Cincin yang suatu masa dulu aku

tidak mahu tanggalkan sampai bila-bila. Namun hari ini aku terpaksa menanggalkannya

kerana aku sudah tidak layak terus menerus menyimpan cincin ini. Sebaik sahaja cincin tu

Page 415: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

414

terlucut keluar dari jemariku, hatiku turut dirobek sama. Aku segera menyerahkan cincin itu

pada pemilik asalnya.

“Kenapa dengan Safi ni?” Zafril masih lagi merenung cincin itu tanpa mahu

mengambilnya. Wajahku dan cincin ini direnung berkali-kali.

“Kalau Zaf dah buat keputusan, Safi pun dah buat keputusan. Safi tak nak simpan lagi

cincin ni. Safi dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan Zaf.” Kenapa hatiku sakit ketika

meluahkan kata-kata ini?

“Safi! Jangan nak mengarut boleh tak?” marah Zafril tiba-tiba.

“Zaf yang nak sangat ikut Shania kan. Pergilah, ikut dia, Safi tak halang, tapi Safi dah

tak nak ada apa-apa lagi dengan Zaf lepas ni.” Aku terus merenung nombor-nombor yang

kurasakan berganjak perlahan.

“Kenapa tiba-tiba nak minta putus ni? Susah sangat ke Safi nak percayakan Zaf.”

“Memang Safi tak percayakan Zaf, dan Safi takkan percayakan Zaf lagi selepas ni.

Cukuplah dengan apa yang Zaf tinggalkan pada Safi”

Zafril terdiam mendengar kata-kataku dan aku juga turut begitu terdiam sama. Aku

langsung tidak menyangka aku akan mengeluarkan kata-kata itu padanya.

“Tapi Safi dah janji nak percayakan Zaf.” Zafril merenungku tajam. Aku tidak pernah

menerima renungan sebegitu tajam darinya sebelum ini.

“Zaf jangan ungkit lagi pasal janji. Zaf yang bunuh kepercayaan Safi.” Sebaik sahaja

pintu lif terbuka, aku segera menyerahkan cincin itu pada Zafril dan terus keluar dari perut lif.

Sebaik sahaja keluar dari lif, air mataku merembes keluar. Perjalanan ke kereta yang

tidaklah sejauh mana terasa payah untukku teruskan, beginikah penghujung kisah cintaku

padanya. Pertama kali aku jatuh cinta dan cinta pertama ini jualah yang menyakitkan hatiku.

Page 416: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

415

KAK ROS mengeluh berat setelah membaca notis perletakkan jawatan yang aku serahkan

padanya. “Kenapa tiba-tiba nak berhenti ni?”

Aku hanya tersenyum. Rasanya aku tidak perlu menjawab soalan itu kerana semuanya

sudah aku tulis pada notis perletakkan jawatan itu. Walaupun alasan masalah peribadi yang

aku berikan agak menimbulkan keraguan padanya, tapi aku tidak mahu mengulas lanjut.

Mahu atau tidak kak Ros harus menerimanya kerana aku turut menyertakan sebulan gaji

beserta notis tu.

“Zafril dah tahu?” soal Roslina lagi.

Kini aku pula yang mengeluh dan menganggukan kepala. Sebentar tadi aku

memberikan notis itu pada Zafril. Dengan mata Zafril yang mencerun tajam dan rahangnya

yang bergerak-gerak seolah-olah menahan marah Zafril menyerahkan semula notis itu

padaku.

“Kalau dah tak sabar sangat nak berhenti pergi beritahu Roslina. Takkan benda remeh

macam ni pun saya nak kena handle. Ingat saya tak ada kerja lain, ke?”

Aku masih mampu imbau bentakkan Zafril sebelum aku tiba di bilik Kak Ros. Semua

itu benar-benar menguris hatiku yang sudah parah berdarah. Bukannya aku sengaja ingin

meletakkan jawatan, namun aku terpaksa. Bagaimana aku mahu bekerjasama dengan Zafril

lagi selepas ini jika kami sudah berpisah. Aku tidak boleh berlagak biasa seperti tiada apa-apa

yang berlaku dan terus melaksanakan kerja seperti selalu. Aku tidak boleh dan aku tahu Zafril

juga tidak mampu berbuat begitu. Jadi inilah jalan terbaik untuk aku dan dirinya.

“Habis Zafril kata apa?”

“Tak kata apa.”

“Safi serius ke ni?”

Aku mengangguk kepala.

Kak Ros sudah tidak boleh melakukan apa-apa lagi. “So, hari ni last daylah ye?”

Page 417: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

416

Aku mengaritkan sebuah senyuman untuknya. Sepanjang aku bekerja di sini, Kak Ros

lah yang paling banyak membantuku. Aku suka berkawan dengannya. “Terima kasih Kak

Ros. Atas tunjuk ajar akak selama ni. Safi takkan lupakan jasa baik akak pada Safi selama ni.”

Aku bingkas bangun dan terus memeluk kak Ros.

“Jangan lupa akak tau.

Aku mengangguk sambil terus tersenyum pada kak Ros.

Sebaik sahaja keluar dari bilik Kak Ros aku terus bersalaman dan mengucapkan

selamat tinggal pada semua pekerja Adni Maju. Sesudah itu, aku mengemas kesemua

baranganku. Aku masukkan ke dalam kotak. Siap mengemas, aku menuju ke bilik Zafril

untuk mengucapkan selamat tinggal padanya. Sebetulnya aku sudah tidak mahu berhadapan

dengannya lagi, tapi hari ini aku harus mengetepikan semua itu. Walau apa pun, aku pernah

bekerja dengannya dan dia masih majikanku dan aku harus menghormati hubungan itu.

Aku terus masuk apabila selesai mengetuk pintu. Aku terus berdiri dihadapannya

melihat dirinya yang tekun menyemak fail kewangan syarikat.

“Encik Zafril saya minta diri dulu. Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini.” Aku

luahkan segera apa yang ingin aku katakan. Aku memang tidak sanggup berhadapan lagi

dengannya.

Aku tekejut apabila tiba-tiba Zafril menutup kuat fail hitam yang berada di

hadapannya. Kemudian jari jemarinya dengan pantas menaip papan kekunci komputer.

Berdetup-detup bunyi abjad-abjad pada papan kekunci komputer itu apabila diterjah dengan

kuat oleh jemari Zafril.

Melihat reaksianya itu aku tahu dia tidak senang dengan kehadiranku di sini jadi aku

mengambil keputusan unuk keluar dari biliknya. Sampai sahaja di luar aku mendengar, Zafril

menjerit memanggil nama Shasha yang tempat duduknya selang dua meja dariku berulang

kali. Terkecoh-kecoh Shasha bangun mendapatkannya.

Page 418: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

417

Aku pelik dengan tingkahnya. Sepatutnya aku yang marah dengan dirinya tapi

mengapa dia pula yang kelihatan begitu marah padaku. Dia yang memilih Shania dan bukan

memilih diriku. Esok dia dan Shania akan berlepas ke Amerika, jadi mengapa kelakuannya

seolah-olah aku yang bersalah dalam hal ini?

Arghhh… aku sudah tidak mahu memikirkannya lagi. Aku sudah tawar hati dengan

segalanya. Aku sudah tawar hati dengan cintanya. Aku sudah tidak mahu mengenang cinta ini

lagi. Biarlah ianya berlalu walaupun aku masih lagi menyayangi dan menyintainya sepenuh

hati.

SUASANA suram menyelubungi Lapang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Atas

paksaan ibu, aku ikut serta menghantar pemergian mereka semua. Kata ibu, Shania mahu aku

ada sama. Kalau ikutkan hati, aku sudah tidak mahu menunjukkan wajah pada Shania

mahupun Zafril. Namun atas desakan ibu, aku terpaksa kuatkan jiwa.

Penuh senyuman Zafril berada di samping Shania. Setia dia memegang kerusi roda

Shania, umpama orang kuat yang sentiasa menjadi pendorong untuk Shania kembali sihat

seperti sedia kala. Hanya aku rasa terasing di situ. Sendiri aku berlindung diri di balik tubuh

ibu, cuba menghilangkan diri dari situ.

“Kak Safi, doakan Nia ya”

Terpaksa juga aku pamerkan wajah mendengar ayat yang ditutur Nia secara tiba-tiba

itu. Apa lagi yang mampu aku buat apabila semua mata menangkap ke arahku. Pantas aku

ukirkan senyuman. “Insya’Allah, akak sentiasa doakan yang terbaik untuk Nia. Semoga Nia

bahagia.” aku yakin Shania faham apa maksudku yang sebenar.

“Insya’Allah, Nia akan sentiasa bahagia.”

Zafril tiba-tiba mencelah. Membuatkan aku terasa ingin rebah. Ya, aku tahu Shania

akan bahagia di sisinya! Kemudian aku segera alihkan kembali wajah, melilau memandang

Page 419: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

418

ruangan KLIA itu. Tidak mahu hati terus tertumpu pada Zafril. Pergilah menjalani kehidupan

dengan penuh makna. Perlahan-lahan pintu hati aku tutup rapat. Selamat tinggal cinta…

Page 420: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

419

BAB TIGA PULUH SEMBILAN

AKU bergegas turun ke bawah. Sudah pasti Hafiz sudah lama menungguku. Jam di tangan

aku kerling sebentar. 6.15 petang, aku sudah terlewat 45 minit dari janjiku padanya semalam.

Lif yang aku naiki terasa perlahan sahaja nombornya bergerak turun. Aku sudah semakin

resah. Aku tidak suka membuatkan orang menungguku seperti mana aku tidak suka

menunggu orang lain terlalu lama. Lif itu berhenti di beberapa tingkat terlebih dahulu untuk

mengambil penumpang yang lain sebelum ia sampai ke tingkat G.

Sebaik sahaja butang G bernyala dan pintu lif terbuka luas, aku segera menyusup

keluar dari lif itu dan bergerak ke bahagian lobi untuk mencari Hafiz. Selalunya jika dia tiba

awal dia akan menunggu di lobi terlebih dahulu. Begitulah seperti apa yang kami janjikan

selalu jika dia menjemputku pulang dari pejabat.

Aku terus menuju ke meja reception bangunan apabila ternampak Hafiz sedang

berbual dengan Pak Kasim yang merupakan pengawal keselamatan di bangunan ini. Rancak

sungguh nampaknya mereka berbual, dan kelihatan Hafiz sekali sekala tersenyum senang.

Melihat senyumannya itu aku menarik nafas lega seketika. Setidak-tidaknya aku tahu dia

tidak mungkin dalam keadaan marah. Jika dia dalam keadaan marah, tidak mungkin dia boleh

tersenyum selebar itu dengan Pak Kasim.

“Hah tu pun anak dara dah sampai.” Kata Pak Kasim sewaktu dia berpaling dan

melihat aku yang hanya lagi beberapa langkah untuk menghampiri mereka.

Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu. Hafiz juga turut berpaling

memandangku apabila suara Pak Kasim begitu lantang mengumumkan ketibaanku. Senyuman

yang Hafiz lemparkan aku balas segera. Aku tidak mahu dia memarahiku atas kelewatanku.

Aku seringkali terlewat jika aku sudah berjanji dengannya. Namun itu semua bukan aku

sengajakan, aku benar-benar tidak sengaja. Aku terlalu khusyuk menyiapkan kerja yang Mona

Page 421: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

420

serahkan padaku semalam sehingga aku lupa yang aku telah berjanji untuk keluar

menemaninya petang ini.

“Kenapa lambat Safi, penat buah hati Safi ni tunggu hah.”

Langsung aku memandang wajah Pak Kasim sewaktu perkataan ‘buah hati’ itu keluar

dari bibirnya. Aduh, inilah satu-satunya perkara yang aku tidak suka pada Pak Kasim, jika dia

mahu bercakap ikut sedap mulutnya sahaja. Mengalahkan orang perempuan pula lagaknya.

“Memandai jelah Pak Kasim ni.” Segera aku menamatkan perbualan yang aku tahu

akan dipanjangkan oleh Pak Kasim jika aku terus membiarkannya.

Pak Kasim ketawa kuat dan Hafiz pula masih dengan senyumannya. Kali ini

senyumannya itu lebih lebar dari tadi. Aku sudah malas mahu berbual tentang isu yang sering

Pak Kasim ungkitkan jika dia menemui Hafiz di lobi ini. Dan Hafiz ini pun satu entah kenapa

suka sangat melayan Pak Kasim tak tentu pasal.

Aku memandang sekeliling lobi cuba mencari sesuatu agar Pak Kasim menghentikan

tawanya. Dan aku tersenyum selepas idea masuk ke dalam mindaku. “Pak Kasim tu Mak

Embung panggil.” Aku tersenyum nakal.

“Mana?” Terus sahaja mata Pak Kasim meliar di setiap rungan lobi.

“Ada tu hah kat lif ketiga tu.” Aku berlagak serius.

“Okaylah Pak Kasim pergi dulu ye.” Terus sahaja lelaki lewat 50an itu pergi

mendapatkan Mak Embung.

Ingin meletus tawaku, namun aku simpan sahaja tawaku itu agar tidak pecah.

“Amboi, nakal dia ek.”

Aku terus memandang Hafiz dan mengangkatkan kening padanya. Aku benar-benar

tidak faham dengan maksud kata-katanya itu.

“Safi saja je kan tipu kata Mak Embung panggil Pak Kasim.”

Page 422: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

421

“Heh memang betullah Mak Embung panggil Pak Kasim.” Alamak aku sudah hampir

kehilangan kata-kata. Dia sudah tahukah niatku yang sebenarnya?

“Eleh, jangan nak tipu saya tak nampak pun Mak Embung kat situ. Pandai nak

mengelak ek.”

Akhirnya aku ketawa besar. Nampaknya helahku untuk mengelak soalan seterusnya

dari Pak Kasim dapat dihidu oleh Hafiz. Sememangnya Mak Embung itu tiada di situ, aku

sengaja mereka-reka cerita untuk melarikan diri daripada Pak Kasim dan soalan-soalan yang

boleh membuatkanku sesak nafas.

“Dahlah jom, saya dah lapar dah ni.” Aku cuba untuk mengelak sekali lagi. Aku

mengosok perut dan Hafiz tersenyum sahaja melihat tingkahku.

Kami berjalan seringan mendapatkan kereta Hafiz yang diparkir di bahu jalan utama

bangunan ini. Aku tersenyum memadang kereta ini sebelum aku menaikinya. Kereta inilah

yang menyebabkan pertemuanku dengan Hafiz. Kereta ini banyak menyimpan kenanganku

dengannya.

“Kenapa tesenyum-senyum ni?” Soal Hafiz ketika dia mengenakan tali pinggang

keledarnya.

Aku cuba untuk mematikan senyumanku apabila ditegur sebegitu oleh Hafiz namun

aku tetap tercuit hati bila mengenangkan aku pernah menunggunya berjam-jam di basement

yang panas semata-mata ingin menebus kesalahan melanggar keretanya.

“Aik takkan senyum pun tak boleh? Senyum tu kan sedekah yang paling murah. Tak

payah nak guna modal yang besar-besar pun. Just lirikkan bibir je.” Balasku, sewaktu aku

sedang memakai tali pinggang keledar.

“Ada je jawapannya ye.”

Page 423: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

422

Aku ketawa keci. “Kenapa tak suka tengok Safi senyum ke?” Soalan ku ini

menyebabkan Hafiz yang baru sahaja ingin memulakan pemanduan sewaktu enjin sudah

terpasang mematikan perbuatannya. Dia merenungku terlebih dahulu.

“Honestly, saya suka tengok Safi senyum. Boleh gila bayang tahu saya bila tengok

Safi senyum.” Katanya dengan senyuman dan terus meneruskan pemanduan.

Dua baris ayat yang keluar dari bibirnya itu terus dapat mematikan senyuman yang

bergayut di bibirku sedari tadi. Setelah hampir setahun lalu aku menolak cinta lelaki ini,

masih berharapkah dirinya padaku selama ini? Bukankah dia sudah berjanji untuk menjadi

sahabatku sahaja dan mengetepikan soal hati dan perasaan dalam perhubungan kami ini.

Aku masih meningati saat dia melamarku untuk menjadi kekasihnya. Pada waktu itu

aku baru sahaja pulang dari KLIA menghantar Zafril dan Shania ke Amerika. Saat hati aku

hancur luruh kerana sebuah cinta, mustahil untuk aku menerima sesiapa. Lebih-lebih lagi aku

sudah penutup rapat pintu hatiku. Tidak mahu ada cinta yang singgah! Lalu aku memberikan

kata putus padanya yang aku tidak dapat menerimanya. Walaupun hakikatnya aku sudahpun

berpisah dengan Zafril buat selama-lamanya. Tapi entah kenapa namanya masih lagi kukuh di

hatiku hingga saat ini. Sukar untuk aku buang semua kenangan kami berdua. Namun aku

tidak berharap dia akan kembali padaku satu hari nanti. Mungkin kini dia sedang bahagia

bersama Nia.

Mengenangkan itu semua, pantas sahaja ingatanku mengimbas memori dahulu…

“Boleh saya tahu kenapa?” Perlahan sahaja Hafiz mengajukan soalan itu sebaik sahaja

aku menolak cinta yang ingin dia hulurkan padaku.

Bicaraku tersekat lagi. Aku tidak tahu alasan apa yang patut aku berikan. Jika aku

berterus terang pada Hafiz yang hatiku sudah dimiliki, takut pula nanti dia akan bertanya

siapa orangnya. Dan pada ketika itu nama siapa yang harus keluar dari bibirku? Tidak

mungkin aku akan menyebut nama Zafril memandangkan lelaki itu tidak mempunyai apa-apa

Page 424: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

423

lagi hubungan denganku. Jadi untuk mengelak masalah lain yang mungkin akan timbul, aku

lantas mendiamkan diri mengharapkan Hafiz melupakan sahaja soalannya itu.

“Atau Safi dah serahkan hati Safi pada orang lain?” Hafiz masih lagi cuba terus

meneka.

Aku hanya menganggukkan kepala. Aku tahu dia akan tetap bertanya sehingga aku

mengakuinya.

Hafiz menarik nafas seketika. “Boleh saya tahu siapa?”

Aku hanya mampu untuk terus mendiamkan diri. Mindaku cuba mencari jawapan

untuk menjawab soalan Hafiz itu.

“Tapi kita masih lagi boleh berkawankan?” Hafiz cuba menghidupkan suasana ceria apabila

dia melihat aku agak teragak-agak mengucapkan kata yang seterusnya.

Aku mengangguk dan tersenyum senang. Aku benar-benar gembira kerana dia begitu

memahami. Justeru itu aku mahu dia terus menjadi sahabatku.

“Er… tapi…” Kata-kata Hafiz pula terhenti seketika dan aku setia menanti dia

meneruskan bicara.

“Kalau Safi dah tak ada jodoh dengan dia boleh tak Safi terima saya?”

“Hah?” Aku terkejut mendengar kata-katanya. Soalannya itu seolah-olah dia

mengetahui keadaan sebenar diriku kini yang sudah berpisah dengan Zafril.

Tiba-tiba dia tergelak kecil. “Tak adalah, saya bergurau je. Saya doakan Safi dengan

dia bahagia selamanya.”

Aku turut tergelak kecil mendengar kata-kata Hafiz itu. Namun dalam hati aku

tertanya-tanya sendiri adakah doa Hafiz itu akan dimakbulkan sedangka aku dan Zafril kini

sudah berpisah dan tidak mungkin akan bersama seperti dahulu…

“Safi!”

Page 425: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

424

Aku tersentak apabila mendengar suara memanggilku. Berderai semua kenanganku

pada memori yang lalu.

“Jauh menung, teringat orang jauh ke?” Dia menoleh seimbas padaku. Keadaan jaan

raya pada waktu ini sudah tidak sesak mana.

“Taklah. Erm… nak makan kat mana ni?” Aku terus bertanya destinasi yang harus

kami tujui.

“Kat Restoran Sri Melayu boleh?”

Jantungku berdegup kencang sewaktu nama restoran itu disebut. “Restoran Sri Melayu

yang kat Bangi tu ke?” Soalku lambat-lambat. Aku inginkan kepastian.

“Ha’ah kenapa?” berkerut dahi Hafiz menanti jawapanku.

Tidak, aku tidak mahu ke situ. Restoran itu adalah restoran kegemaran Zafril. Dahulu

apabila aku bersamanya kami sering makan di restoran kawan Zafril itu. Kalau boleh aku

tidak mahu mengenang dan ke tempat-tempat yang akan menyebabkan aku terbayang semula

kisah aku dengannya. Aku sedang cuba melupakannya, walaupun payah bagaimana sekalipun

aku harus cuba melupakannya.

“Kita pergi restoran lain boleh tak?” Pintaku dan dalam hatiku berdoa agar dia setuju.

“Kenapa?”

“Tak ada apa. Saja je. Boringlah asyik makan kat situ je.” Aku memberikan alasan

yang terlintas di fikiran. Aku terpaksa berbohong, yang sebenarnya sejak aku berpisah dengan

Zafril aku sudah tidak pernah menjejakkan kaki ke restoran itu lagi.

“Okay, suka hati Safi. Saya menurut perintah sahaja.”

Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia mahu mengikut kataku.

MAKAN malam itu ringkas sahaja menunya tapi tetap menambat selera ibu dan ayah. Ayam

masak merah dan sayur campur menjadi hidangan kami sekeluarga malam ini. Hidangan yang

Page 426: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

425

aku sediakan tanpa bantuan ibu. Pada hujung-hujung minggu sebegini memang aku yang akan

memasak, aku mahu ibu berehat sahaja pada hujung minggu.

“Bulan depan mak lang kamu dengan Shania balik KL.”

Selepas keberangkatan Shania ke Amerika aku langsung tidak menghubunginya dan

begitu juga dengannya, langsung dia tidak menghubungiku. Kebanyakan berita tentang

Shania hanya aku ketahui melalui ibu dan ayah. Menurut ibu, beberapa minggu selepas

Shania sampai ke Amerika Shania sudah pun selamat menjalani pemindahan buah pinggang.

Dan doktor Andrew Chia yang merawat Shania di situ mencadangkan agar Shania menetap

lebih lama di situ sehingga dia benar-benar pulih sepenuhnya, dan kini sudah hamper setahun

Shania di sana.

“Rindu betul dengan dia orangkan, bang.” Kata ibu pada ayah.

Ayah menganggukkan kepala. “Safi pun dah lama tak jumpa Nia, kan?”

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata ayah. Bukan sahaja sudah tidak lama berjumpa,

malah sudah lama aku dan dia tidak berbual mesra dengannya seperti dahulu. Bolehkah aku

berhadapan dengannya lagi selepas ini?

“Zu ingat masa Nia balik nanti nak buat kenduri doa selamat sikitlah untuk dia.” Ibu

mengeluarkan cadangan.

“Bagus juga cadangan tu.” Ayah bersetuju sahaja dengan cadangan ibu.

Aku yang sudah tidak sanggup untuk mendenagr kisah Shania terus membawa

pinggan ke dapur. Aku berdiri di hadapan sinki dan memandang ke luar tingkap yang gelap,

hanya cahaya suram lampu jalan sahaja yang menyinari sedikit jalan di belakang rumah ini.

Aku bukan sengaja mahu melarikan diri dari perbincangan ibu dan ayah sebentar tadi.

Cumanya aku takut, takut jika kisah Zafril dan Shania diungkit. Mungkin ibu akan

memaklumkan tentang majlis pertunangan mereka atau pun majlis pernikahan mereka

padaku. Dan aku tahu walaupun sudah setahun berlalu, aku masih tidak dapat melupakan

Page 427: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

426

Zafril. Aku masih menyintainya sama seperti dahulu. Sedikit pun tidak berubah, malahan rasa

cinta itu semakin mekar setiap kali aku merinduinya yang jauh di samping Shania.

“Safi, okay ke ni?”

Aku terus sahaja mengapai pencuci pinggan apabila mendengar suara ibu yang betul-

betul berada di sebelahku. Wajah ibu ku kerling seketika dan tersenyum padanya sebelum aku

menyambng semula cucianku.

“Esok teman ibu pergi jumpa Makcik Rogayah ye.”

Makcik Rogayah? Oh, tidak aku tidak mahu ke rumah Makcik Rogayah. Aku sudah

mengelangkan kepala berkali-kali. Bersungguh-sungguh aku menunjukkan padanya yang aku

tidak mahu ke sana.

“Alah Safi temankanlah ibu. Ibu nak tempah lauk pauk untuk kenduri doa selamat

Shania minggu depan ni.” Ibu terus memujuk

Alah, bukan aku tidak tahu niat sebenar ibu. Dia sebenarnya mahu menyatukan aku

dengan anak Makcik Rogayah yang bekerja sebagai peguam itu. Aku tahu sangat taktik ibu.

Sudah banyak lelaki yang diperkenalkan padaku sejak aku putus hubungan dengan Zafril.

Aku tahu niat ibu itu baik mahu melihat aku berumah tangga dan bahagia. Namun bagaimana

aku ingin bahagian dengan lelaki lain jika hanya nama Zafril sahaja yang ada dalam hatiku

ini.

“Sekejap pun jadilah Safi.”

“Ibu.” Aku menutup paip air. Kemudian aku berhadapan dengannya. Bersemuka

dengannya. “Safi tahu, ibu risaukan Safi. Tapi buat masa sekarang ni memang Safi tak boleh

nak terima mana-mana lelaki sekali pun. Ibu bagi Safi masa ya.” Aku terus berterus terang.

Aku tidak mahu perkara ini diungkit lagi selepas ini.

Ibu Cuma nak bantu Safi lupakan Zafril. Zafril tak mungkin akan kembali pada Safi”

Mata ibu mula berkaca.

Page 428: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

427

Dan aku juga terasa ingin menitiskan air mata melihat kesungguh ibu cuba

membantuku. “Ibu tak payah risau, Safi pun tak pernah harapkan Zafril kembali pada Safi.

Safi Cuma perlukan masa untuk pulihkan semuan. Asalkan ibu dan ayah ada di sisi Safi pun

dah cukup untuk Safi bahagia dan melupakan kisah sedih Safi dengan dia.”

“Ibu sentiasa doakan Safi dapat yang terbaik dalam hidup.” Ibu mengusap pipiku.

Dan air mataku tanpa segan silu lagi menitis apabila menerima usapan daripada ibu.

Terus aku memeluk dirinya. Selagi ada ibu dan ayah di sisiku, akan aku cuba menguatkan diri

dan melupakan dia yang masih lagi bertakhta di hatiku.

“Kalau Safi dah sedia nak jumpa dengan anak mak cik Rogayah, Safi bagi tahu ibu

ya”

Aku menganggukkan kepala dalam senyuman yang aku ukir lemah. Entah bila

masanya baru aku bersedia untuk semua itu?

Page 429: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

428

BAB EMPAT PULUH

AKU menyandarkan badanku ke dinding lif, rasa sungguh letih seluruh badanku hari ni. Dari

tengah hari tadi aku menemai Mona menemui pelanggannya di pejabat milik anak guamannya

itu. Sudahlah kebelakangan ini aku sukar untuk melelapkan mata, ditambah pula dengan

bebanan tugas yang semakin hari semakin bertambah banyak, membuatkan badanku mudah

terasa lesu.

“Penat sangat ke?” Soal Mona apabila melihatku yang tersandar lesu.

“Tak adalah.” Aku pantas mengukirkan senyuman dan berdiri tegak semula. Aku tidak

mahu merisaukan Mona pula.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka aku dan Mona bergegas keluar dari lif yang agak sesak.

Langkah sama kami aturkan keluar dari bangunan pejabat ini. Keadaan di lobi bangunan itu

agak sibuk dengan orang ramai yang segera pulang ke rumah setelah tamat waktu pejabat.

“Mona!” Jerit satu suara apabila aku dan Mona melepas pintu kaca, pintu utama

bangunan ini.

Sebaik sahaja berpaling Mona membalas lambaian tangan wanita yang memanggil

namanya sebentar tadi. Aku mula mengikut langkah Mona. Wanita yang masih tersenyum

melirik memandang kami. Mona dan wanita itu bersalaman dan melagakan pipinya.

“Lamanya aku tak jumpa kau Mona.”

“Ha’ah lama betul kita tak jumpakan. Maklumlah lepas selesai aje kes kau dengan

agensi modeling tu, terus tak contact aku. Sunyi sepi macam tu aje.”

“Sorrylah, lately ni aku busy sikit. Ini pun baru balik dari Rom.”

“Oh lupa pula nak kenalkan.” Mona tersenyum padaku yang berada di sebelahnya.

“Lin kenalkan ni kawan aku Safi. And Safi ni, bekas anak guam hubby aku merangkap kawan

aku, Ezlin.”

Page 430: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

429

Aku menghulurkan tangan dan Ezlin menyambutnya dengan senyuman manis yang

sentiasa meniti di bibir. Aku turut membalas senyuman gadis tinggi lampai ini. Cantik

sungguh wanita dengan kulitnya yang cerah dan halus. Entah mengapa tiba-tiba aku

teringatkan Shania ketika memadang wajahnya. Mereka memang sama-sama cantik.

“Kau buat apa kat sini Lin?” Soal Mona apabila aku dan Ezlin sudah meleraikan

genggaman tangan.

“Aku kerja kat sinilah.”

“Eh, kau tak jadi model lagi ke? Rasanya baru hari tu aku nampak gambar kau jadi

model pakaian pengantinkan?”

“Memanglah, tapi part time jelah sekarang. Actually, aku jadi SE kat sini.” Ezlin

menjelaskannya pada Mona.

“Habis tu kau tunggu siapa kat sini? Kenapa tak balik lagi?” Mona masih terus

bertanya.

Ezlin mengeluh seketika sebelum menyambung kata. “Kereta aku rosak. So, tengah

tunggu member datang ambil.”

“Em… member ke, pakwe?” Mona sengaja mengusik.

“Hish, kau ni memberlah.” Ujar Ezlin sambil tertawa keci mendengar usikan Mona.

“Ya ke member, kalau member takkan kau tersengih-sengih aje dari tadi. Atau kau

tengah tunggu teman tapi mesra kot.” Mona masih terus mengusik. Suka benar dia mengusik

kawannya itu. Aku hanya mampu memerhati babak gurau senda antara mereka.

“Em… teman tapi mesra… mungkin kot…” Ezlin akhirnya mengaku, sekaligus

menimbulkan suasana ceria dan mereka sama-sama ketawa.

Gelak ketawa mereka sedikit sebanyak menghiburkan hatiku walaupun aku hanya

mendiamkan diri sedari tadi, tidak mahu menganggu perbualan mereka.

Page 431: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

430

Sewaktu aku menoleh seketika, membuang pandang yang dari tadi banyak tertumpu

pada Mona dan kawannya itu, aku dapat menangkap sebuah kereta yang amat aku kena

berhenti di bahu jalan berdekatan dengan tangga bangunan pejabat ini. Aku yang turut berada

berhampiran dengan kereta itu pantas mengamati nombor pendaftaran kereta Nyssan Sylphy

berwarna silver itu. Jantungku tiba-tiba berdegup laju, aku kenal benar dengan kereta itu dan

apabila pemandu kereta itu keluar dari keretanya jantungku bergerak laju. Denyutan itu

bertambah laju apabila mataku dan mata pemandu itu bertentangan.

Zafril! Jerit hati kecilku. Aku menelan liurku apabila Zafril mula menaiki tanggga dan

merapatiku. Pandangan Zafri yang masih lagi tidak lepas memandang tepat ke anak mataku

membuatkan aku hilang arah seketika. Apabila dia semakin menghampiri jantungku makin

laju berdegup.

“Hai Zaf.”

Aku tersentak apabila mendengar suara Ezlin menyeru nama Zafril, membuatkan aku

berpaling memandang Ezlin yang sudah pun bergerak mendapatkan Zafril yang berada di

hadapanku. Senyuman jelas terukir di bibir Zafril tapi bukan untukku, tapi buat Ezlin yang

sudah pun berdiri bersebelahan dengannya. Aku mula menjeruk rasa, setelah Ezlin berada di

sebelahnya sedikit pun aku tidak dipandangnya lagi. Matanya hanya mencerun memandang

Azlin yang sentiasa tersenyum sedari tadi. Entah kenapa rasa-ras aitu basih bersarang dalam

diri?

“Kenapa lambat?” Soal Ezlin manja.

“Sorry I jumpa client I tadi.” Jelas Zafril pada Ezlin dengan senyuman yang tidak

lekang dari bibir.

“It’s okay, I faham.”

Aku terkedu melihat kemesraan Zafril dan Ezlin, walaupun tidaklah sampai

berpegang-pegangan tangan, namun kemesraan yang terpancar di sebalik kata-kata yang

Page 432: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

431

terluah antara mereka cukup untuk membuatkanku terus terdiam. Rasa cemburu mula melatari

hatiku melihatkan Zafril yang tidak sudah-sudah tersenyum memandang wajah Ezlin

sedangkan sewaktu aku dan dia bertentangan mata tadi segalit senyuman pun tidak dia

hulurkan padaku. Tiada langsung riak wajah terkejut melihat aku di situ. Mungkinkah

sebenarnya, aku telah dilupakan?

“Hai Zaf, sibuk dengan Lin aje. Takkan tak nak bertegur sapa dengan kawan-kawan

kat sini.” Mona cuba menarik perhatian Zafril yang asyik tertumpu pada Ezlin.

“Oh, hai Mona. You pun ada kat sini. Sorrylah tak perasan pula tadi.” Balas Zafril

sewaktu memandang Mona.

“Takkan Safi pun you tak perasan kot?” Sengaja Mona mengingatkan Zafril yang aku

turut berada di sini.

Zafril memandangku, namun hanya seketika sebelum memandang Mona semula.

“Sorrylah I memang tak perasan both of you tadi.”

Perasaanku bagai disiat-siat apabila mendengar kata-kata Zafril itu. Masakan Zafril

tidak perasan kehadiranku di sini, sedangkan sebaik sahaja dia turun dari kereta sebenatar tadi

dan sepanjang perjalanannya ke sini mata kami saling bertentangan. Mengapa Zafril berpura-

pura seolah-olah tidak menyedari kehadiranku di sini?

“You dah kenal Mona and Safi ke?” Tanya Ezlin pada Zafril.

“Yup, I dengan Mona satu U dulu.”

“Oh, really.”

“Okaylah, we have to go now. Ada hal sikit. Kirim salam kat husband you ye.” Kata

Zafril pada Mona, cuba mngakhirkan pertemuan itu, dan Mona hanya menganggukkan

kepala.

Page 433: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

432

Sesudah Ezlin bersalaman dengan aku dan Mona, Zafril dan dia berlalu menuju ke

arah kereta Zafril yang tidak jauh dari mereka. Sewaktu Ezlin sampai sahaja di kereta dengan

pantas Zafril membuka pintu keretanya dan dia tersenyum mekar dengan tindakan Zafril itu.

Sebelum Zafril memasuki keretanya sempat juga matanya dan mataku bersatu seketika. Tanpa

segalit senyuman buatku Zafril terus memasuki perut kereta dan berlalu meninggalkan

bangunan ini.

Aku membatu seketika. Zafril sudah pulang ke Malaysia? Maknanya Shania juga

sudah puang ke sini. Tapi kenapa Zafril boleh bersama-sama dengan Ezlin pula. Bagaimana

dengan Shania? Dalam aku berfikir, Mona menyentuh bahuku dan aku hanya melemparkan

senyuman kecil buatnya, sengaja menutupi hatiku yang sedang galau tika ini.

AKU termenung seketika di hadapan bilik tetamu rumah orang tuaku. Aku cuba mengumpul

kekuatan sebelum mengetuk pintu bilik itu. Dalam hati aku masih terasa ragu-ragu lagi ingin

bersemuka empat mata dengan Shania. Bagaimana aku mahu memberikan layanan padanya

setelah semua yang telah berlaku setahun yang lalu. Dan bagaimana jika dia bercerita tentang

kisah indahnya bersama-sama Zafril? Aku tidak akan mampu bertahan dan tersenyum

mendengar kisah-kisah itu.

Langkah kaki cuba aku atur untuk turun ke bawah bersama-sama ibu dan ayah serta

mak lang. Tapi jika aku turun waktu ini, apa pula kata orang tuaku, pasti mereka masih

menganggap aku masih tidak dapat melupai kisah lalu terumatanya ibuku. Sedangkan selama

ini aku sudah sehabis boleh, berpura-pura di hadapan mereka yang aku sudah dapat

melupakan Zafril. Pasti mereka mencurigaiku kerana pada kebiasannya apabila aku dan

Shania bertemu setelah lama tidak berjumpa, kami akan terperap dan berbual di dalam bilik

sehingga pagi. Sudahlah sewaktu ayah menjemput mereka di lapangan terbang itu tadi aku

Page 434: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

433

sengaja mencari alasan untuk tidak turut serta, jadi kini aku sudah tidak mempunyai alasan

untuk tidak bertegur sapa dengan Shania.

Lalu aku bulatkan tekad di dalam hati. Walau apa pun yang akan Shania katakana

padaku selepas ini aku akan cuba bertahan, asalkan aku tidak nampak begitu rapuh di matanya

semata-mata kerana cinta. Aku mengetuk perlahan pintu blik itu. Aku berhenti seketika,

apabila tiada balasan aku mengetuk buat kali yang kedua pula. Tidak sampai beberapa saat

selepas itu, Shania membuka pintu. Wajahnya sedikit terkejut melihat kehadiranku. Sama-

sama kami mendiamkan diri, tidak tahu siapa yang harus membuka bicara terlebih dahulu.

“Em… Boleh akak masuk?” Aku memulakan bcara setelah memberikan salam.

Shania cuma mengangguk dan berkalih, membolehkanku memasuki bilik tu. Sebaik

sahaja aku masuk dia menutup rapat pintu dan duduk di sebelahku yang sudah pun selesa

duduk di atas katil kelamin itu.

“Nia buat apa tadi?” sekali lagi aku yang harus memulakan kata, aku tidak betah

apabila dia duduk mendiamkan diri begitu.

“Baru lepas makan ubat.” Ujar Shania sambil menyimpan semula ubat-ubat yang

belum sempat disimpan.

“Ubat apa tu?”

“Immunosuppressant.”

Berkerut dahiku tidak faham kata-kata Shania itu. Bukankah dia sudah sihat apabila

melakukan pembedahan itu jadi apa perlunya dia mengambil ubat itu lagi.

“Immunosuppressant ni Nia kena ambik 14 biji sehari supaya badan boleh terima

organ baru ni.” Terang Shania.

“Banyaknya.” Kataku yang tidak menyangka akan hal itu. Aku fikirkan sebaik sahaja

pembedahan selesai kesihatan Shania sudah pun pulih sepenuhnya dan dia tidak perlu

bergantung pada ubat-ubatan lagi.

Page 435: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

434

Keadaan antara kami kembali sepi, tiada sebarang bicara, Shania hanya tunduk

memandang beg ubat-ubatan yang berada di dalam gengamannya dan aku pula tidak tahu apa

lagi yang harus dikatakan jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dari bilik ini. Mungkin

Shania ingin bersendirian dan tidak selesa dengan kehadiranku.

“Tak apalah akak keluar dulu, Nia rehatlah ye.”

“Kak Safi.”

Aku yang baru sahaja bangun dan igin membuka langkah mematikan niat itu apabila

lengganku berada dalam genggamannya. Mata Shania yang sudah menakungkan air mata dan

merebah jatuh ke pipi menyebabkan aku duduk semula di katil itu. “Kenapa pula ni?” Aku

terkejut melihat perubahan riak wajah Shania. Dan salam sekelip mata sahaja dia memelukku

erat dan menangis di bahuku.

Aku makin terkejut dengan tindakannya itu. Aku tidak menyangka yang dia akan

menangis hingga begini. Aku membalas pelukannya itu, cuba untuk menenangkannya. Dalam

linangan air mata yang masih lagi berguguran ke pipi. Shania melepaskan pelukannya padaku

lalu dia mengapai tangan kananku dan mengenggamnya erat. Entah apa yang mengganggu

fikirannya? Tiba-tiba saja aku teringatkan perihal Zafril dan Eizlin. Mungkinkah itu

puncanya? Detik hatiku.

“Kak Safi, Nia nak minta maaf.” Tutur Shania sambil memandang tepat pada mataku.

Berkerut dahiku mendengar ungakapan maaf darinya. Ternyata tekaanku salah sama

sekali.

“Nia dah banyak buat salah pada akak. Nia cuba nak rampas Abang Add dari akak.

Nia buat macam-macam agar Nia dapat Abang Add. Sebab tu Nia kemalangan, Tuhan nak

balas semua perbuatan Nia pada akak” Nia tiba-tiba membuka kisah silam yang melukakan.

“Sebenarnya sejak sebelum Nia nak bertolak ke Amerika lagi Nia, nak minta maaf pada akak.

Cuma Nia malu.’ Luah Nia.

Page 436: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

435

Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Benarkah kata-katanya itu?

apapun aku tidak mahu cepat melatah. “Sudahlah tu Nia tak payah nak ungkit benda-benda

lama tu.” Aku tidak tahu mengapa begitu mudah aku memaafkan dia, apabila melihat air mata

dan mendegar kata-kata maaf daripadanya. Tapi yang pasti aku terasa dia benar-benar ikhlas

dengan apa yang dicakapkannya. Aku tidak mahu dia terus rasa serba salah denganku. Ada

baiknya kembali menjernihkan keadaan walaupun Zafril sudah pasti tidak mungkin dapat

bersamaku lagi. Aku tidak mahu kerana seorang lelaki, aku dan Nia terus bermasam muka

hingga akhir hayat. Apa yang terjadi adalah apa yang telah ditetapkan oleh-Nya. Aku tidak

berhak membantah apa-apa. Mungkin memang benar aku dan Zafril tidak berjodoh.

“Nia nak minta maaf juga dengan akak. Nia tak tahu yang akak dah berpisah dengan

Abang Add waktu Abang Add ikut Nia ke Amerika. Kalau Nia tahu waktu tu, Nia mesti tak

bagi Abang Add ikut Nia.”

“Mana Nia tahu Abang Add dah berpisah dengan akak waktu tu?” Soalku, pasti Zafril

sudah menceritakan kisah itu pada Shania.

“Sebab kat sana Nia selalu nampak Abang Add tenung cincin yang dia pernah bagi

pada akak. Masa tu Nia yakin akak dah tinggalkan Abang Add. Bila Nia tanya betul ke,

Abang Add diam je.”

Aku terdiam mendengar kata-katanya itu.

“Akak jangan salahkan Abang Add. Abang Add ikut Nia sebab dia rasa bersalah pada

Nia. Bukan sebab lain. Abang Add rasa, Nia kemalangan hari tu berpunca pada dia. Akak

ingat tak lagi pagi yang Nia pergi pejabat Abang Add?”

Soalan yang Nia ajukan membuatkan aku kembali mengimbas memori dulu. Ya, aku masih

ingat waktu itu.

“Sebenarnya lepas tu Abang Add bawa Nia keluar, Abang Add marah Nia lepas Abang Add

tahu Nia sengaja paksa mak long kawinkan Nia dengan Abang Add. Nia tak pernah nampak

Page 437: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

436

Abang Add marah sampai macam tu sekali. Nia takut waktu tu, sampai Nia tak fokus waktu

memandu dan kemalangan.”

Aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan pada waktu ini. Sebab itukah Zafril

kelihatan begitu marah dan tidak mengendahkan diriku?

“Lepas pembedahan Nia, dan Nia dah sihat sikit, Abang Add bawa mak long jumpa

Nia. Depan mak long dia cakap yang dia tak boleh terima Nia sebab selama ni dia memang

anggap Nia macam adik dia sahaja.”

Mengapa Zafril sanggup berbuat begitu sedangkan pada waktu tu aku bukan lagi

sesiapa dengannya? Kenapa dia masih mahu berusaha dan menolak kehendak ibunya saat aku

sudah meninggalkannya?

“Akak nampakkan macam mana cinta Abang Add pada akak? Dia tak pernah lupakan

akak masa kat sana. Akak wanita pertama dan wanita terakhir berjaya rebut cinta dan hati

dia.” Bersungguh-sungguh Shania bercerita.

Aku termenung seketika. Hati mula rasa sayu dengan semua cerita yang Shania

sampaikan padaku ini. Benarkah dia tidak dapat melupakanku?

“Nia mesej Abang Add tadi tanya dia, dia dah jumpa akak ke belum sejak dia balik.

Tapi dia kata dia tak cari akak pun. Nia tanya dia kenapa? Akak tahu dia jawab apa?” Tanya

Shania padaku.

Aku mengelengkan kepala saat ini mindaku sudah tidak mampu untuk menembak apa-

apa jawapan. Shania mengeluarkan telefon bimbitnya, setelah menekan-nekan telefon

bimbitnya, dia menyerahkan telefonnya itu padaku.

Tak ada guna percintaan tanpa kepercayaan, Nia.

Terasa seperti ada batu besar yang menghimpit tubuhku saat aku membaca mesej

Zafril itu. Terbayang semula setiap kata-katanya yang mengharapkan aku mempercayai

Page 438: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

437

dirinya. Dia benar-benar inginkan kepercayaan dariku dalam setiap tindakannya. Air mataku

pula yang terasa ingin gugur saat ini. Apa yang telah aku lakukan selama ini?

“Jadi Nia harap akak terima semula Abang Add ye.” Penuh harapan Nia melagukan

kata-kata itu.

Aku masih terdiam, mesej itu aku renung lama. Benarkah semua itu salahku? “Akak

tak rasa yang Abang Add akan terima akak balik. Akak dah lukakan hati dia. Akak…” aku

sudah tidak dapat menyambung kata. Hatiku makin terasa pilu. Lantas aku terus bangun dan

melangkah keluar dari bilik itu. Tidak mahu meletakkan sebarang harapan lebih-lebih lagi

apabila mengenangkan kemesraan dirinya dan Eizlin!

SUNGGUH aku tidak menyangka melihat Kak Ros yang berada di hadapan mataku. Pelukan

yang Kak Ros berikan menyedarkan ku yang terkedu sebentar tadi, lalu aku membalas

kembali pelukan Kak Ros. Gembira hatiku dapat berjumpa semula dengannya. Sejak aku

berhenti kerja di Adni Maju, aku sudah tidak berhubung atau pun berjumpa lagi dengannya.

Pertemuan ini benar-benar telah mengejutkanku. Setelah memperkenalkan Kak Ros pada

Mona, kami melangkah masuk ke restoran Rasa Mas yang berada di dalam Carrefour.

“Hubby akak mana? Tak apa ke akak joint kita orang ni?” Soalku sambil megambil

Hadi anak bongsu Kak Ros untuk duduk di pangkuannku. Hadi yang mudah mesra dengan

sesiapa sahaja melentokkan kepalanya ke bahuku, aku tersenyum dan mengusap lembut bahu

Hadi.

“Ada pergi mesin ATM sekejap. Dia yang suruh akak tunggu kat restoran ni.” Balas

kak Ros sambil membetulkan duduk Hani yang berada di sebelahnya.

‘Oh, ingatkan dia outstation lagi.” Usikku, sudah lama aku tidak mengusik kak Ros.

Kak Ros menjengkilkan matanya padaku. “Hah, kalau hujung minggu pun masih lagi

nak pergi outstation memang sengaja nak tidur luar sepanjang minggulah nampaknya.”

Page 439: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

438

Ketawaku meletus mendengar kata-katanya, nampaknya dia masih lagi seperti dulu,

tidak pernah berubah.

“Bila Safi nak kerja semula kat Adni Maju?”

Soalan Kak Ros berjaya menghentikan tawaku. Soalan yang menyimpang jauh dari

perbualan kami sebentar tadi mengheret ingatanku pada Zafril. Aku memandang Mona yang

berada di sebelahku seketika sebelum kembali memandang Kak Ros semula.

“Akak ni… kan Safi dah berhenti kerja kat situ. Lagipun Safi dah kerja kat syarikat

suami Mona.”

“Safi tak nak kerja balik kat Adni Maju? Kalau nak akak boleh tolong uruskan” Beria-

ia kak Ros mengajak kali ini.

Pelawaan Kak Ros tu membuatkanku tersenyum seketika. Masakan aku boleh bekerja

di situ semula. Sudahlah aku sendiri yang meletakkan jawatan, terasa malu pula untuk

melangkahkan kaki ke pejabat itu semula. Tambahan pula Zafril pasti tidak mahu

menerimaku sebagai pekerjanya lagi selepas apa yang telah aku lakukan padanya. Oleh itu,

aku hanya mengelengkan kepala, secara lembut menolak pelawaan dan niat baik kak Ros.

Kak Ros mengeluh perlahan. “Safi nak tahu sejak Safi berhenti Zafril dah tak guna

setiausaha lagi dah. Semua setiausaha yang akak carikan, dia tolak mentah-mentah. Dia siap

warning pada akak jangan cari setiausaha untuk dia lagi. Dia nak jawatan tu dikosongkan”

Agak terkejut aku mendengar berita iti. Benarkah? Tapi kenapa Zafril berbuat begitu.

Walaupun Adni Maju bukanlah merupakan syarikat besar, tapi syarikat itu mempunyai

potensi untuk berkembang maju dan tanggungjawab Zafril yang sudah semakin banyak dari

hari ke hari. Semua itu memerlukan dia untuk mempunyai pembantu yang dapat melicinkan

kerja-kerjanya.

“Sekarang ni semua benda dia nak buat sendiri. Kalau dia rasa macam berat sangat

barulah dia suruh Amy tolong apa-apa yang patut. Kesian, tak pasal-pasal Amy yang jadi

Page 440: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

439

mangsa. Dahlah kerja kat reception tu pun banyak nak kena handle.” Sambung Kak Ros

menambahkan seribu rasa di hatiku.

“Kenapa boleh jadi macam tu kak?” perlahan aku mengajukan pertanyaan.

“Entahlah akak pun tahu. Tapi itulah lepas aje Safi berhenti, Zafril ikut Shania pergi

Amerika. Tapi Zafril kat sana pun tiga bulan lebih je. Balik dari Amerika perangai dia makin

pelik. Kerja 24 jam non-stop. Angin aje sepanjang masa. Dengan Fazura pun asyik nak

bertegang urat je, dah tak boleh nak sekepala macam dulu. Ada saja yang tak kena.”

Mengapa Zafril berubah sehingga sebegitu sekali. Adakah perpisahan kami

memberikan impak yang besar padanya. Dan apa yang boleh aku lakukan kini? Tidak, aku

tidak boleh melakukan apa-apa. Tiada apa yang boleh aku lakukan. Sudah lebih enam bulan

dia pulang ke Malaysia namun dia langsung tidak mencariku, itu tandanya dia marah padaku

dan tidak mungkin dapat memaafkanku.

“Satu aje cara nak settlekan perangai Zafril tu.” Tiba-tiba sahaja Kak Ros bersuara

setelah menyepi seketika.

Aku memandangnya, menantikan buah fikiran pengurus HR Adni Maju itu.

“Safi kerja balik kat Adni Maju ye.” Sekali lagi Kak Ro scuba memujukku.

Kak Ros mengenggam tanganku dan itu memaksa otakku berfkir berkali-kali.

Benarkah masalah Zafril itu akan selesai dengan kehadiranku? Rasanya kedatanganku di Adni

Maju semula bukannya menyelesaikan masalah-malasah itu tapi mungkin menambahkan lagi

masalah yang sedia ada. Kerana aku yakin kini Zafril tidak lagi dapat menerimaku. Lantas

aku menarik tanganku dari gengaman Kak Ros, aku tidak mahu terus terpujuk dengan

pujukannya itu.

“Safi gaduh dengan Zafril ke?”

Entah apa yang perlu aku jawab pada Kak Ros. Mengiakan atau menidakkan. Mana

satu yang perlu dinyatakannya kini?

Page 441: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

440

“Safi nak tahu, masa Safi hantar resume untuk kerja kat Adni Maju dulu, Zafril yang

serahkan resume tu pada akak. Kelam kabut dia masuk bilik akak pagi tu. Bila dia serakan

resume tu pada akak, dia kata by hock or by crock dia nak Safi dapat jawatan tu, tak kisahlah

kalau Safi nak demand berapa pun gaji pun tak apa, asalkan Safi dapat post tu. Dia beria-ia

betul masa tu, dan sekarang akak yakin dia hanya nak Safi je jawat jawatan tu, sebab tu dia

tak nak setiausaha lain.” Panjang lebar Kak Ros bercerita kisah yang sudah lalu.

Hatiku terharu mendengar cerita yang belum pernah aku ketahui. Patutlah sewaktu aku

menghantar resume di Adni Maju dahulu, aku terus dipanggil untuk temuduga dan pada hari

yang sama juga aku diterima berkerja di situ. Rupa-rupanya Zafril yang beria-ia mahu aku

bekerja di situ.

“Safi aku rasa kau kena jernihkan balik hubungan kau dengan Zafril. Aku rasa dia

masih cintakan kau.” Mona yang sedari tadi mendiamkan diri bersuara juga, meluahkan

pendapat.

“Akak tak tahu apa masalah Safi dengan Zafril tu, tapi akak minta sangat Safi kerjalah

semula kat Adni Maju. cuba berbaik-baik semula dengan Zafril.”

“Tapi…” kata-kataku tersekat. Aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Safi, aku rasa, aku dah tak boleh nak rahsiakan apa-apa lagi”

Kata-kata yang Mona luahkan itu menambahkan tekanan di hati.

“Sebenarnya, Zafril yang suruh aku ambil kau kerja kat syarikat husband aku, waktu

kau letak jawatan kat company dia dulu. Dia minta aku jaga kau. Maaf aku rahsiakan hal ni

sebab dia yang suruh aku buat macam tu” Mona menundukkan dirinya. Dari diak wajahnya,

aku tahu Mona tidak berdusta.

“Tengok Safi… betapa sayangnya dia kat kau. Dia tak nak kau susah-susah cari kerja

kat tempat lain. Takkan kau nak lepaskan orang yang sayang kat kau macam tu je?”

Page 442: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

441

Satu lagi kejutan aku terima hari ini, kejutan kali ini dari Mona pula. Aku langsung

tidak menyangka Zafril sanggup berbuat begitu padaku sedangkan aku yang meminta

memutuskan hubungan kami dahulu.

“Safi fikirlah dulu, kalau Safi dah sedia nak kerja balik kat Adni Maju just inform

akak. Akak boleh uruskan.” Sekali lagi Kak Ros mengenggam tanganku mengharapkan kata

setuju dariku. Aku buntu, apa yang perlu aku lakukan sebenarnya? Apa yang terbaik?

SHANIA yang berada di kerusi kayu di hadapan rumah orang tuaku itu membuatkan aku

mematikan niat untuk memasuki rumah. Senyuman Shania yang mengamit diriku untuk

mendekatinya. Aku cuba membalas senyuman Shania namun hambatan perasaan setelah

berjumpa dengan Kak Ros dan mendengar cerita-cerita yang tidak aku ketahui sebentar tadi

menyebabkan senyuman begitu payah untuk aku ukirkan di bibir tika ini. Sebaik sahaja

menghampiri Shania aku duduk bertentangan dengannya.

“Nia nak keluar ke?” Aku memandang Shania yang cantik dengan blaus unggu.

“Taklah, Nia baru balik ni. Sebelum masuk santai-santai kat luar ni dulu. Ambik angin

petang.” Ujar Shania manja. Setelah meminta maaf dariku kini dia mula mesra denganku

semula seperti dahulu.

“Dari mana?” Aku sekadar berbasi-basi. Aku sebenarnya sudah penat hari ini. Bukan

kepenatan anggota badan namun lebih kepada kepenatan emosi akibat terlalu memikirkan soal

Zafril dan diriku kebelakang ini.

“Dari rumah mak long.”

Aku memandang Shania sekilas. Aku tidak mahu bertanya lanjut, walhal hatiku

memberontak ingin mengetahui tujuan Shania ke rumah mak longnya itu. Biarlah cukuplah

maklumat yang otakku terima hari ini tentang Zafril, jika terlalu banyak kisah lelaki itu

diperdengarkan padaku hari ini, takut pula kalau-kalau aku terus menurut kata hati yang ingin

Page 443: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

442

kembali ke pangkuaannya tanpa berfikir panjang, tanpa berfikir baik dan buruk tindakkanku

itu.

“Tadi Na balik dengan Abang Add. Nasib baik Abang Add tak singgah tadi kalau tak

mesti dia kecewa sebab akak takada kat rumah.” Shania semakn rancak menjalankan agenda

yang selah-olah mahu aku kembali bersatu dengan Zafril. Sedangkan pada saat ini, aku sudah

tidak mahu berbicara tentang Zafril.

Aku masih mendiamkan diri tidak mahu bertanya lanjut.

“Akak dah pertimbangkan cadangan Nia tu ke?”

Aku hanya mengeluh, tidak mahu berkata apa.

“Aka tak boleh macam ni. Akak masih cintakan Abang Add kan?”

Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Jawapan itu hanya terluah di hatiku sahaja.

Lagipun aku sendiri masih berbelah bagi. Apabila aku mengimbas kembali pertemuannya

dengan Zafril minggu lalu, hatiku mula diamuk resah. Pertemuanku dengannya itu langsung

tidak menunjukkan yang Zafil masih mencintaiku. Dia berlagak biasa sahaja dan yang tambah

menyedihkan katiku apabila Zafril berpura-pura tidak menyedari kehadiranku pada pertemuan

kami bersama Ezlin dahulu. Rasa-rasa itu cukup menyesakkan jiwa ragaku.

“Akak marah Abang Add sebab Abang Add tak cari akak ke sejak dia balik dari

Amerika?” Shania cuba membaca masalah yang aku hadapi.

“Akak…” aku ingin mengiakan soalan itu tapi entah mengapa ianya tersekat.

“Akak, akak yang tinggalkan Abang Add dulu. Akak yang putuskan hubungan akak

dengan diakan? jadi akak yang kena cari dia semula. Lelaki ni ego kak, ego dia orang terlalu

tinggi. Kita yang kena tundukkan ego mereka tu.”

Aku masih mendiamkan diri. Kata-kata Shania itu ku hadam satu persatu ke dalam

mindaku.

Page 444: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

443

Shania pantas bangun dan duduk disebelahku dan memeluk bahu erat. “Akak tak rasa

bersalah kat Abang Add ke bila akak putuskan hubungan akak dengan dia macam tu aje?”

Provokasi terakhir Shania padaku petang ini betul-betul meninggalkan kesan yang

mendalam dalam diriku. Aku yakin Zafril masih lagi memarahiku dan aku pula terasa malu

untuk merebut semula hati lelaki yang telah aku kecewakan itu. Keputusan penting harus aku

lakukan, bukan sahaja demi kepentingan dan kebahagian Zafril malah untuk kebahagianku

jua. Tindakan apa yang perlu aku lakukan? Kalau benarpun aku kembali merebut hatinya,

mungkinkah dia akan menerimaku semula? Banyak persoalan yang bertukar-tukar

menayangkan wajah di minda. Sedang dia kini bersama dengan Ezlin, masihkah dia dapat

melihat aku di sini? Aku buntu dan memerlukan klu membuat keputusan tentang hal itu. Apa

yang harus aku lakukan?

Page 445: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

444

BAB EMPAT PULUH SATU

“BERAPA kali I nak cakap pada you Ros. I tak perlukan setiausaha. Can’t you understand my

simple word?”

Bentak Zafril yang berada di dalam biliknya itu membuatkan aku yang berada di luar

bilik pejabatnya ini sedikit kecut perut. Aku sudah bertekad untuk bekerja semula di sini, dan

semua ini aku lakukan adalah untuk kembali menyambung apa yang telah aku putuskan

selama ini. Mungkin juga aku di sini kerana rasa cintaku pada Zafril yang tidak pernah mahu

padam. Aku ingat tahu apakah sebenarnya jodoh itu adalah milik kami berdua. Aku ingin

pastikan dengan sejelas-jelasnya. Namun bagaimana aku mahu berhadapan dengan Zafril

dalam keadaan emosinya yang sebegitu sekali. Itu belum Kak Ros menyebut namaku lagi dia

sudah semarah itu, jika Kak Ros menyebut namaku entah ribut taufan yang melanda pejabat

ini agaknya.

“Mencari pekerja untuk memenuhi tuntutan keperluan syarikat adalah tanggungjawab

I Zaf. You pun kena faham tu!” kali ini kedengaran suara Kak Ros pula yang begitu tegas

sekali.

Kedengaran Zafril merengus kasar Tidak senang dengan situasi yang melanda dirinya

kini. “Pekerja yang you cari tu adalah untuk jawatan secretary merangkap pembantu I. Bila I

kata I tak perlukan pembantu. I really mean it.Understand!” Zafril masih berkeras.

“Huh! I tak peduli. I dah bagi pun surat tawaran pada budak tu. Dia akan mula kerja

hari ni dan dia dah ada pun kat luar bilik ni.”

“What?” Zafril terkejut dengan kata-kata Kak Ros. “You memang sengaja nak cari

pasal dengan I kan Ros. Mentang-mentang Kak Anni ada kat sini, you nak cari pasal pula ye.”

Makin kuat marah Zafril kedengaran.

Aku yang berada di luar bilik ini memandang rakan-rakan yang lain yang turut berada

di pejabat, takut-takut mereka turut mendengar kemarahan Zafril tika ini. Namun, aku

Page 446: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

445

menarik nafas lega apabila mereka semua meneruskan kerja seperti biasa tanpa

mengendahkan apa-apa pun yang berlaku di dalam bilik itu. Aku memancing pendengaranku

semula ke dalam bilik Zafril. Mereka masih lagi bertegang urat, tiada seorang pun yang mahu

mengalah.

“You ni kenapa hari ni?”

“You tu yang kenapa hari ni?” balas Kak Ros pantas.

“Dah! Sudah, sudah! Kau orang berdua ni kenapa? Bergaduh macam budak-budak?”

Kak Anni yang sedari tanya mendiamkan diri dan hanya menyaksikan pertelingkahan merea

berdua akhirnya bersuara juga. Mungkin tidak tahan mendengar mereka berdua bertegang urat

tanpa seorang pun mahu mengalah.

“Adik kau nilah. Aku carikan setiausaha untuk menyenangkan kerja dia. Lagipun aku

bukan cari orang sebarangan, Staff ni ada pengalaman yang cukup untuk handle bos baran

macam adik kau ni.” Kak Ros membela diri.

“Apa you panggil I?”

“Bos baran!” Kak Ros mengulangnya sekali lagi. Geramnya pada Zafril nampaknya

makin memuncak hari ini.

“Cukup! Sudah!” Suara Kak Anni makin meninggi. “Apa masalah Add sebenarnya ni?

Akak tak fahamlah. Apa yang Ros buat tu betul, hanya untuk kepentngan Add dengan

syarikat. Yang Add berkeras takkan guna setiausaha ni kenapa? Akak dengar dah dekat

setahun Add tak ada setiausaha kan? May I know why?” Kak Anni cuba berdiplomasi.

“Zaf tak perlukan setiausaha. Zaf boleh handle semua sendiri.”

“Boleh handle konon. Appointment pun selalu bertindan je.” Gumam Kak Ros.

“Tak! Apa yang akak nampak Add tak boleh nak handle sendiri semua benda. Tugas

seorang CEO bukan ringan Add, sebab tu CEO memerlukan setiausaha untuk melicinkan dan

memudahkan tugas mereka. Cuba Add bagitahu akak company mana yang CEO dia tak ada

Page 447: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

446

setiausaha?” Hujah Kak Anni. “Akak tak kira, selaku pemegang syer terbesar syarikat ni akak

tetap nak Add ada setiausaha. Tak kira walau apa pun keputusan Add. Ros panggil budak tu

masuk.” Putus Kak Anni tiba-tiba.

Jantungku mula berdegup kencang mendengar keputusan Kak Anni tu. Tidak sampai

beberapa saat sahaja lagi aku akan berhadapan dengan Zafril. Dalam otakku mula merangka

ayat yang perlu aku luahkan di hadapanya nanti. Sewaktu otakku masih sedang cuba

menyusun ayat-ayat yang seterusnya, Kak Ros sudah muncul di hadapanku dan tersenyum

senang. Aku tidak membalas senyumannya kerana rasa seram mula merajai hatiku. Kemudian

Kak Ros mula menarik lembut tanganku dan membawaku masuk ke dalam bilik itu, dan aku

hanya mampu menurut.

Sebaik sahaja aku melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik itu, Zafril masih lagi

berkeras dengan Kak Anni dan memujuk Kak Anni yang sememmangnya dia tidak

memerlukan setiausaha. Aku mengerling memandang Zafril yang tidak sekali pun

memandangku dan Kak Ros yang semakin menghampiri mejanya. Dia masih terus berusaha

menyakinkan Kak Anni yang dia bersungguh-sungguh tidak mahukan setiausaha.

“Yang ni SU baru you encik Zafril.” Celah Kak Ros apabla Zafril masih lagi

membebel pada kakaknya.

“Ros, baik you ba…” Kata-kata Zafril tersekat di situ apabila terpandangku yang

berada di hadapannya.

Kak Anni menoleh apabila melihat Zafril tidak dapat menghabiskan kata-katanya.

Sebaik sahaja memandangku, Kak Anni melemparkan senyuman dan bangun mendapatkanku.

Aku yang sedari tadi memandang Zafril mengalihkan pandangan pada Kak Anni yang menuju

ke arahku. Aku menyambut huluran salam wanita itu. Sewaktu kami berpelukan aku

mengerling memandang Zafril yang masih lagi memandangku tanpa kerlip.

Page 448: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

447

“So, you ada apa-apa masalah ke Zafril SU baru you ini?” Perli Kak Ros apabila Zafril

masih lagi mendiamkan diri sebaik sahaja terpandangku.

Kak Anni pula yang tertawa kuat dan mengelengkan kepala. “Orang tua-tua kata,

kalau diam tu tandanya setuju.”

Aku yang mendengar kata-katanya terasa malu namun aku masih lagi membalas

renungan Zafril.

“Jom Ros keluar aku ada benda nak discuss dengan kau.”

“Jom.” Kak Ros menurut sahaja arahan kawan baiknya itu. Sebelum keluar sempat

juga dia menepuk bahuku dan berbisik perlahan di telingaku. “Tambat hati bos baran tu

sampai dia tak boleh nak lari lagi dari Safi.”

Aku tertawa kecil dan memandang lantai. Selama ini pun Zafril tidak pernah lari

dariku Cuma aku yang terasa jauh darinya. Namun kali ini aku bertekad tidak mahu

memburukkan lagi keadaan. Cukup sekadar aku dapat tahu apakah aku masih di hatinya, sama

seperti yang diperkatakan ramai.

Aku memandang Zafril semula. Namun pandangan Zafri yang redup sebentar tadi

padaku kini berukar menjadi renungan tajam. Aku tidak mahu mengalah pada renungan yang

tajam menikam itu lantas aku menghadiahkannya sebuah senyuman manis yang mungkin bisa

mencairkan hati lelak itu.

AKU mula merenung Zafril di hadapanku. Dari pagi tadi sehinggalah hampir masuk waktu

rehat ini, lelaki itu terlalu dingin denganku. Satu patah ditanya sepatah jugalah yang keluar

dari bibirnya, itu pun tanpa sedikit pun memandang wajahku. Mati kutu aku dibuatnya untuk

menarik perhatian lelaki itu untuk berbicara. Aku mengetap bibir, geram dengan reaksi yang

dia tunjukkan sejak pagi tadi.

Page 449: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

448

“Em…” Zafril menghulurkan cek yang telah ditandatanganinya padaku tanpa

sedikitpun menangkat Wajah, memandangku.

Aku menyambut cek itu dari tangannya. Dia tidak mengeluarkan arahan lanjut tentang

cek itu, namun aku tahu cek itu perlu dipulangkan semula pada Ahmad. Begitulah keadaannya

sejak pagi tadi, tiada satu arahan pun yang keluar dari bibirnya untukku. Semua perkara aku

harus pandai-pandai sendiri dan jika terdapat perkara yang perlukan penjelasan Zafril barulah

aku bertanya padanya, itu pun dalam keadaan takut-takut kalau pertanyaanku itu tidak

dilayannya.

“Hari ni kita nak lunch kat mana?” Melihatkan jam yang semakin menghampiri jam

12 membuatkanku memberanikan diri bertanya.

Kali ni barulah Zafril berpaling dan memadang tepat ke wajahku. “Kita?” Soalnya

sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

Aku menelan liur dan mengangguk kecil kemudian aku melemparkan senyuman.

“Why do you think ‘kita’ have to lunch together today?”

“Er… kan Encik Zafril selalu belanja new worker. Saya pun tak terkecualikan? I

guess.” Dalam berani aku menyatakannya jua. Bolehkah aku dikira sebagai pekerja baru di

sini sedangkan aku sudah pernah bekerja di sini dahulu.

Zafril hanya mendiamkan diri beberapa detik dan memadang mataku. Seketika

kemudian dia menatap skrin komputernya semula. “Tapi hari ini saya tak ada mood nak

belanja sesiapa pun. Not even you.” Tegasnya sambil menyambung semula tugasnya yang

tergendala tadi.

Aku terdiam mendengar kata-katanya, aku terkedu seketika. Sungguh aku tidak

menyangka itu jawapan yang akan dia berikan padaku.

“Kalau tak ada apa-apa awak boleh keluar sekarang.”

Page 450: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

449

Bingkas aku bangun dari kerusi selepas mendengar arahannya itu. Cek yang berada

dalam gengamanku hampir saja aku genggam erat. Sakit hatiku dengan penolakkan Zafril itu.

Mahu saja aku menghempaskan pintu bilik itu. Namun apabila kufikirkan semula perangainya

itu berpunca daripada kesalahan aku sendiri, yang meminta hubungan dengannya diputuskan,

semua itu membuatkan aku kembali bersabar.

Sampai sahaja di mejaku, aku menghempaskan diri ke kerusi empukku. Aku menarik

nafas seketika sebelum menyambung semula tugasku. Kesemua temujanji Zafril dalam

minggu ini aku susun semula. Sebentar tadi aku telah menyusun semula portfolo dan kontrak

yang bertaburan susunannya. Itu belum termasuk lagi surat-surat yang telah hampir setahun

tidak difailkan. Untuk memfailkan kesemua surat-surat itu pastinya memakan masa

berminggu-minggu. Tugas-tugas memfail surat dan dokumen langsung tidak dititikberatkan

oleh Zafril sedangkan ianya adalah perkara yang penting sebagai sumber rujukan pada masa

hadapan. Sambil menyiapkan tugas-tugasku, sempat juga aku mengerling memandang

dinding kaca yang memisahkan mejaku dengan biliknya. Tirai di dalam bilik itu masih lagi

tertutup dan menghalang pandanganku daripada menuju padanya. Selalu, tirai itu tidak pernah

bertutup, tirai itu akan sentiasa Zafril pastikan terbuka. Tapi kini tidak lagi, dia seperti sedang

menjarakkan hubungan denganku.

Aku pantas menekan interkom apabila alat itu berbunyi.

“Kak Safi, Encik Zafril ada order pizza ke tadi? Budak Pizza ada kat reception ni.”

Suara Amy jelas kedengaran di telingaku.

“Er… akak tak tahulah Amy. Tak apa nanti akak tanya.”

“Okay kak, thanks.”

Sebaik sahaja selesai berbicara dengan Amy aku pantas mengetuk pintu bilik Zafril.

Apabila pintu terbuka, dia hanya memandangku sekilas sahaja sebelum menyambung

Page 451: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

450

tugasnya semula. Melihatkan tingkahnya yang seolah-olah tidak senang dengan kehadiranku

di situ menyebabkan aku hanya berdri di muka pintu, malas mahu masuk ke dalam.

“Encik ada order…”

“Okay awak keluar dulu. Nanti saya ke reception.” Potong Zafril sebelum sempat aku

habis bertanya.

Aku mengetap bibir geram dengan setiap layanan Zafril padaku hari ini. Rasa marah

mula bercambah dalam diriku. Sesudah menutup pintu aku segera menuju ke reception

selepas mengambil beg duit. Dari aku mengadap Zafril yang entah apa-apa kerenahnya hari

ini lebih baik aku ajak Amy keluar makan bersama lagipun hanya tinggal lima minit masa

rehat untuk bermula.

Apabila aku sampai di bahagian reception, aku terkejut melihat 10 kotak Pizza berada

di situ. Penuh ruang meja panjang reception itu dengan kotak-kotak pizza. Takkan Zafril yang

memesan kesemua pizza itu? Untuk apa dia memesan pizza sebanyak ini?

“Amboi, banyaknya pizza.” Kataku pada Amy yang sedang berdiri di sisi meja kopi.

“Itulah pasal. Tapi ni bukan pizza biasa je kak. Siap ada kentang, garlic bread and the

best part is ada chicken wings sekali.” Ujar Amy sambil mengosok perutnya yang sarat

mengandung lapan bulan.

Aku tersenyum melihat ulah Amy itu. Pastinya saat ini Amy sedang mengidam kepak

ayam itu. Aku ingin mengusik Amy tapi apabila Zafril tiba-tiba muncul di situ dengan muka

ketatnya menyebabkan aku terdiam, malas mahu bersuara lebih-lebih lagi apabila

mengenangkan sikapnya padaku hari ini. Zafril pula segera menghampiri dua orang budak

penghantar pizza yang setia menanti sedari tadi.

“Berapa dik?” Soal Zafril kepada budak penghantar Pizza dan budak itu

menghulurkan resit padanya. Setelah melihat resit itu Zafril menyerahkan beberapa not wang

seratus ringgit pada budak di hadapannya. “Balance, simpanlah.”

Page 452: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

451

“Betul ke ni bang?”

Zafril tersenyum dan mengangguk kepala. Setelah itu, budak itu pun keluar dari

pejabat dengan senyuman panjang. Dia merapati aku dan Amy. Aku pura-pura tidak

menghiraukan kedatangannya di hadapanku. Sengaja aku tidak mahu memandang wajah itu

kerana aku yakin pandanganku tidak akan berbalas.

“Amy, staff lain dah keluar makan ke?” Soal Zafril pada Amy.

“Sorang pun belum keluar lagi encik.” Balas Amy yang mengerling memandangku

yang asyik merenung kotak-kotak pizza ini.

“Kalau macam tu kata dengan dia orang tak payah keluar. Hari ni saya belanja lunch.”

“Betul ke ni Encik Zafril?” Amy makin teruja.

“Apa yang betulnya?” Tanya Kak Ros yang baru sahaja sampai di reception. “Amboi,

banyaknya pizza. Siapa beli ni? Nak buat apa?” Kak Ros ternyata terkejut melihat kotak-

kotak pizza yang tersusun rapi di atas meja ini.

“Encik Zafril belanja semua staff hari ni.” Jawab Amy yang asyik tersenyum-senyum

dari tadi.

“Zafril belanja semua staff? Ermmm… macam nak buat party pula ye. Party apa

agaknya? Party sambut kepulangan Safi ke?” usik Kak Ros sambil memeluk bahuku.

Aku terkelu mendengar kata-kata Kak Ros. Benarkah Zafril belanja semua pekerja

kerana menyambut kepulanganku di Adni Maju ini? Tapi bukankah tadi dia sediri juga yang

berkata dia tiada mood untuk belanja sesiapa pun hari ini? Mengapa pula lelaki itu tiba-tiba

berubah fikiran dalam masa tidak sampai satu jam? Lantas aku memandang Zafril yang

sedang memandangku, aku inginkan jawapan darinya.

“Hai, pagi tadi jual mahal, sekarang siap celebrate lagi nampak.” Kak Ros masih lagi

mengusik Zafril dengan tawa panjangnya.

Page 453: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

452

Zafril pula sudah mengetap bibir mendengar usikan Kak Ros. “You nikan Ros dari

pagi tadi tak henti-henti bercakap tak penat ke mulut you tu? Lepas tu tersengih-senih 24 jam,

apahal?”

Bertambah sakan Kak Ros ketawa apabila mendengar kata-kata Zafril itu. “I tersengih

sebab I gembira adik kesayangan I dah balik kerja kat sini. Macam you jugalah yang

sebenarnya happy sesangat bila tahu Safi SU baru you kan.”

Aku mendiamkan diri. Mataku masih lagi memandang Zafril. Aku benar-benar ingin

mendengar jawapan yang keluar dari bibinya.

“Apa-apa jelah.” Ujar Zafril sebelum berlalu meninggalkan kami semua di sini.

Kak Ros mencebik bibir memandang Zafril yang sudah jauh berlalu. “Cover macholah

tu.” Komennya menimbulkan tawa yang panjang pada Amy. Aku pula masih lagi

mendiamkan diri memandang Zafril yang semakin jauh dari pandangan.

TENGAH HARI ini, pejabat agak meriah dengan suara-suara pekerja Adni Maju. Seorang

pun tidak keluar untuk makan di luar hari ini. Mereka semua berada di sudut pejabat sambil

menikmati pizza yang dibeli Zafril sebentar tadi. Aku tersenyum melihat telatah semua rakan

setugasku. Sehingga kini tumpuan menjurus padaku seorang. Setiap rakan-rakanku itu

bertanya pelbagai perkara padaku memandangkan hampir setahun kami tidak berjumpa.

Memang kini aku benar-benar terasa seperti mereka semua sedang mengadakan jamuan untuk

menyambut kepulanganku di syarikat ini. Dan Ahmad yang paling petah bersuara dan

kebetulan pula dia duduk paling hampir denganku jadi banyak sungguh soalan yang aku harus

jawab dari lelaki itu.

Zafril? Lelaki itu turut berada di sini bersama-sama kami semua. Namun lelaki itu

tidak banyak bercakap. Hanya sekali sekala sahaja dia akan mengeluarkan suaranya itu pun

apabila ada yang bertanya padanya, kalau tidak jangan harap lelaki itu akan membuka mulut

Page 454: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

453

untuk bersuara. Pizza yang berada di dalam pinggan di hadapanya langsung tidak berusik

hanya air oren yang berada di tangannya diteguk.

Aku pula tidak mengendahkan dia di situ. Aku tahu sejak Ahmad mengambil tempat

duduk di sebelahku tadi Zafril tidak sudah-sudah memerhatikan kami, mendengar setiap inci

perbualanku dengan Ahmad. Boleh sahaja aku berkalih tempat apabila Ahmad mula duduk di

sebelahku namun memang aku sengaja tidak mahu berbuat begitu. Aku mahu melihat reaksi

darinya dan apabila melihat reaksinya aku mula tersenyum senang.

“Kau tak kahwin lagi kan?”

Soalan Ahmad itu menyebabkan suasana yang agak riuh sebentar tadi menjadi sunyi

seketika. Aku juga turut terdiam seketika. Entah kenapa soalan itu boleh terpacul keluar dari

mulut Ahmad buatku. Memandangkan semua mata memerhati dan menati jawapan dariku

membuatkan aku terpaksa menjawab juga soalan itu dengan gelengan kepala. Tenungan Zafril

yang tepat padaku menyebabkan aku mengelengkan kepada sekali lagi sambil memandang

lelaki itu.

“Bertunang?”

Aku memandang Ahmad semula apabila pertanyaan itu pula yang keluar dari bibirnya.

Aku memandang kesemua rakan pejabatku. Semua mata terus tertumpu padaku menant

jawapan yang seterusnya dariku. Dalam banyak-banyak mata-mata yang memandangku kini,

tenungan mata Zafril dan Ahmad paling mengusarkan hatiku. Apa pentingnya soalan-soalan

itu pada waktu ini buat Ahmad sehingga dia ingin bertanya begitu. Dan buat kali kedua aku

menjawa dengan gelengan kepala juga.

“Fuhhh, selamat…” Ahmad mengurut-ngurut dadanya sendiri. Seolah-olah benar–

benar lega dengan jawapan yang aku berikan padanya.

“Kenapa pula? Apa yang selamatnya?” Aku sudah tidak senang dengan reaksi yang

dia tunjukkan.

Page 455: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

454

Ahmad tersenyum-senyum memandangku. “Maknanya adalah chance aku nak ngorat

kau.” Ahmad mengangkat-angkat keningnya. Semua yang ada di situ ketawa besar, kecuali

Zafril.

“Ish, kau nikan, merepek ajelah.” Hanya itu jawapan yang terkeluar dari bibirku saat

ini. Aku tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan.

“Apa pula merepeknya. Aku serius ni. Aku akan pikat kau sampai dapat.” Ahmad

masih lagi tersneyum-senyum dan menjungkitkan keningnya.

Melihatkan reaksi terakhr Ahmad itu membuatkanku yakin dia sekadar bergurau jadi

aku hanya mengelengkan kepala sambil tersenyum memandang lantai. Apabila aku terdengar

ada derap kaki yang meninggalkan tempat ini, aku pantas mengangkat wajahku memandang

setiap wajah di situ. Kerusi yang diduduki Zafril tadi sudah tidak berpenghuni pantas aku

melirkkan mata mencari kelibat lelaki itu. Akhirnya mataku dapat menangkap kelibat Zafril

yang sdang menuju ke pantry.

Sudahnya aku bangun dari duduk dan mengambil piring kertas dan meletakkan

beberapa ketul ayam dan beberapa keeping pizza. Aku segera berlalu mendapakan Zafril yang

telah berada di dalam pantry.

Zafril sedang duduk di pantry sambil memandang keluar tingkap. Aku menghampiri

dirinya dan meletakkan piring yang kubawa tadi ke atas meja bulat itu. Setelah lama menanti

dan masih lagi tiada sebarang reaksi darinya aku mengetuk beberapa kali meja bulat itu. Dan

akhirnya aku berjaya menarik perhatian lelaki itu.

“Jauh termenung?” Aku mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu.

Tiada sebarang balasan darinya. Dia kembali memandang ke luar tingkap.

“Kenapa tak makan kat luar tadi?” Aku masih menyoal dan cuba menarik

perhatiannya untuk berbual-bual denganku. Namun masih tiada balasan dari lelaki itu.

“Zaf, Safi…”

Page 456: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

455

“Apa niat awak sebenarnya kerja semula kat sini?” Zafril pantas memotong bicaraku

dengan mengajukan soalan itu. Matanya kini merenungku tajam.

Sungguh aku tidak menyangka itulah soalan pertama yang keluar dari bibirnya. “Niat?

Mana ada niat apa-apa.” Aku cuba melindungi rahsia hatiku dari dapat dihidu lelaki itu.

“Jangan tipu, Safiah Aisyah!” Tegas Zafril.

“Zaf betul-betul nak tahu jawapannya?”

“Kalau saya taknak tahu saya takkan tanya.”

“Sebab… Safi nak selalu ada dekat dengan Zaf. Selalu ada di hati Zaf.” Aku berhenti

seketika sebelum menyambung kata. “Jawapan tu boleh diterima tak?” Aku tersenyum pada

Zafril yang terus memandangku tanpa kelip.

Lama dia mengambil masa untuk membalas kata-kataku. Hanya aku yang

direnungnya. “Tapi saya…”

“Seronok berbual? Maklumlah dah lama tak jumpa mesti banyak yang nak dibualkan,

betul tak?”

Kata Zafril tergantung begitu sahaja apabila tiba-tiab Fazura menyampuk perbualan

kami. Aku dan Zafril berpaling memandang Fazura yang sudah pun menghampiri kami. Muka

Fazura tiada secalitpun senyuman, menimbulkan tanda tanya di hatiku. Sejak dari pagi tadi

Fazura sekali pun tidak tersenyum padaku apatah lagi menyapa diriku ini, jauh sekali. Saat

aku menegurnya tadi pun dia hanya melemparkan jelingan tajam padaku.

“Tinggalkan kami berdua di sini. Fazura?”

Bentakkan Zafril itu menentak lamunanku. Wajahnya kelihatan tegang sekali. Namun

Fazura masih lagi tidak mahu berganjak dari tempatnya.

“Tak dengar ke?”

Page 457: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

456

Fazura merengus kasar mendengar soalan Zafril tu. Sebelum beredar, sempat juga dia

menghadiahkan sebuah jelingan padaku. Terkebil-kebil mataku menerima jelingannya.

Sungguh aku tidak faham kenapa Fazura berkelakuan begitu.

Helaan nafas Zafril membuatkan aku merenung lelaki itu semula. Mata kami bertaut

seketika. Kemudian dia segera bangun dari susuknya dan terus berlalu meninggalkanku di

pantry sendirian. Aku tercenggang dengan tindakannya itu. Apa perlu dia mengarahkan

Fazura meninggalkan aku dan dia di pantry ini jika dia juga ingin berlalu tanpa memberikan

sebarang kata padaku? Makin pening aku dengan kelakuan Zafril hari ini. Begitu sukar untuk

aku mendekatinya dan pastinya lebih sukar untukku merapatinya selepas ini.

Page 458: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

457

BAB EMPAT PULUH DUA

LAUNGAN kuat nyayian lagu selamat hari lahir memenuhi ruang tingkat atas Mc donalds

ini. Aku turut menepuk tangan apabila nyanyian selesai. Aku tersenyum melihat Mona dan

suaminya membantu anak sulung mereka yang berusia dua tahun itu memotong kek. Keadaan

agak riuh dengan kehadiran anak-anak saudara Mona yang berebut-rebut untuk mendapatkan

kek coklat itu.

“Tak sangkakan, kak, Kak Mona pun dah ada anak, dua orang pula tu. Nia ingat lagi,

dia selalu datang rumah akak masa akak dengan dia satu politeknik dulu.” Shania yang turut

berada di sebelahku mengimbas kenangan lalu.

Aku menganggukkan kepala. Aku memang baik dengan Mona pada waktu itu, dan

sungguh aku tidak menyangka selepas masing-masing menyambung pelajaran di universiti,

Mona terus tidak menghubungiku semata-mata kerana ingin merebut cinta Zafril.

“Kak, Nia ada benda nak bagi tahu akak.”

Aku berpaling memandang Shania yang tiba-tiba wajahnya merah padam. Berkerut

dahiku seketika. “Kenapa ni?” Segera aku menyoal.

“Akak kenalkan doktor yang rawat Nia sejak dari Nia universiti dulu?” Soal Shania.

“Doktor Andrew Chia yang dah balik Malaysia tu, ke? Yang kononnya hensem

macam pelakon korea tu?” Aku terbayangkan wajah doktor yang Shania perkenalkan padaku

beberapa minggu lalu. Doktor yang merawat Shania sejak Shania di universiti dan doktor

yang sama menjalankan pembedahan buah pinggang untuk Shania. Sewaktu Shania

memperkenalkan doktor itu padaku, aku benar-benar tidak menyangka doktor itu yang

merawat Shania. Bagiku Doktor Andrew itu kelihatan begitu muda untuk bergelar seorang

doktor pakar.

“Ish, akak ni puji lebih-lebih pula. Kalau dengar si Hambali tu kembang setaman

hidung dia.” Shania tergelak kecil sambil mengelengkan kepala.

Page 459: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

458

“Hambali? Siapa pula Hambali?” Aku tidak mengerti. Bukankah kami sedang

bercerita tentang Doktor Andrew, siapa pula Hambali?

“Doktor Andrew dah peluk Islam kak. Dan nama dia sekarang Muhammad Hambali

Chia.”

“Iye ke?” Aku terkejut. “Alhamdulillah.” Aku memanjatkan kesyukuran. Gembira

dengan berita yang Shania sampaikan.

“Dan...” Shania mematikan katanya.

“Dan?” aku menanti bicaranya yang seterusnya.

“Dan dua bulan dari sekarang, kita orang akan bertunang.”

Kejutan yang Shania berikan kali ini membuatkan aku terlopong seketika. Bila

masakah mereka bercinta? dan mengapa sewaktu shania memperkenalkan Doktor itu padaku

dahulu, dia tidak menceritakan pun tentang kisah perhubungan mereka.

“Bila masa pula Nia bercinta dengan dia?”

“Masa Nia buat pembedahan kat Amerika dulu, dia propose Nia, sebelum Nia masuk

bilik pembedahan. Masa tu... Nia terkejut betul. Tak sangka dia suka Nia sejak Nia belajar kat

Amerika dulu.” Nia kelihatan tersipu-sipu sewaktu bercerita. Menampakkan kini betapa dia

gembira kerana menjadi kekasih hati lelaki itu.

Aku turut tumpang gembira dengan berita yang Shania berikan. Ternyata Shania

sudah menemui teman hidupnya. “Dia peluk Islam sebab nak kahwin dengan Nia ke?” Bukan

niatku untuk bertanyakan soalan itu, cuma aku ingin tahu tujuan asal niat Doktor Andrew, itu

sahaja. Iya, tidak salah memeluk Islam kerana perkahwinan namun jika itu yang sebenarnya

terjadi maka besarlah tanggungjawab Shania untuk membimbing lelaki itu. Mungkin sukar

untuk Shania lakukan namun jika Shania pandai menggunakan peluang dan ruang, pasti

Hambali akan mudah dapat melihat dan menghayati keindahan Islam.

Page 460: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

459

“Taklah. Dari dulu memang dia minat dengan Islam. Masa Nia kat universiti dulu dia

selalu juga tanya kat Nia dengan Faiz tentang Islam. Masa tu kita orang dah dapat rasakan dia

akan peluk Islam satu hari nanti.”

Aku mengucapkan syukur sekali lagi ke hadrat Illahi apabila mendengar ceritanya.

Gembira kerana seorang lagi manusia telah mendapat hidayah dariNya.

“Masa dia propose, Nia sebelum Nia masuk bilik bedah tukan, dia sempat ugut Nia.

Dia kata kalau Nia tak boleh terima cinta dia, dia takkan balik Malaysia lagi sampai bila-bila.”

Aku dan Shania sama-sama tertawa mendengar kata-katanya. Aku dapat rasakan

Doktor Andrew akan menunaikan kata-katanya itu jika Shania benar-benar menolaknya.

Maklumlah Doktor Andrew adalah anak yatim dan mungkin dia benar-benar cintakan Shania

dan tidak mahu kehilangan gadis manis ini.

“Dramalah mamat tu.” Selorohku.

“Hah, akak jangan nak kutuk-kutuk bakal tunang Nia pula.” Kini Shania pula yang

berseloroh.

Aku dan Shania berpaling serentak apabila Mona meletakkan dua piring kek di

hadapan kami dan mengambil tempat duduk di hadapanku.

“Makanlah kek tu. Thanks ye sebab sudi datang. Dah lama akak tak jumpa Nia.

Macam tak percaya pula dapat jumpa Nia balik.” Mona memfokuskan padangannya pada

Shania.

“Ha’ah, tak sangkakan. Dan yang paling tak sangka, akak dah ada anak.”

“Iyelah Nia, umur akak dah berapa, mestilah dah kahwin. Kakak kesayangan Nia ni je

entah bilalah nak kahwin dengan buah hati dia tu.” Mona mula mengenakanku pula.

“Ha’ahlah bila akak nak kahwin dengan Abang Add?” Shania pula menambah.

Page 461: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

460

“Iyelah Safi bila kau nak kahwin dengan Zafril tu? Kau ingat Zafril tu muda lagi ke?

Umur dia dah 31 tahun tau. Kalau dari dulu kau kahwin dengan dia, entah-entah dah berderet

anak kau orang.”

Aku tertawa mendengar kata-kata yang silih berganti antara Mona dan Shania.

Sungguh aku tidak menyangka wanita-wanita yang suatu masa dahulu begitu mencintai Zafril

kini mula mendesakku untuk mengahwini lelaki itu. Bila difikir-fikirkan semula, terasa

janggal pula perbualan kami bertiga saat ini.

Selebihnya aku hanya mampu mendiamkan diri. Tiada jawapan yang mampu aku

berikan pada mereka berdua. Sudah hampir sebulan aku bekerja semula di Adni Maju, namun

Zafril masih dengan sikap lamanya, melayanku acuh tidak acuh sahaja. Aku sendiri buntu

bicara bagaimana untuk menjalinkan semula hubungan kami.

“Tengok tu, orang tanya, tersengih-sengih pula dia?”

“Habis tu, takkan kau nak aku menangis pula kat sini?” Balasku.

“Sempat pula nak main-main.” Mona cuba memukul lenganku, namun aku sempat

mengelak membuatkan Mona hanya mampu memukul angin. Shania mula ketawa melihat

Mona yang mengetap bibir menahan geram.

Sedang rancak dirinya ketawa tiba-tiba, dia terdiam daripada tawanya. Aku berpaling

memandangnya. Hairan melihatnya berhenti ketawa secara tiba-tiba dengan dahi berkerut

seribu. “Apasal ni?” Soalku apabila Shania tidak memandang wajahku.

“Tu, Abang Add dengan Ezlinkan?” Shania menunding jari ke hadapan.

Aku segera berpusing ke arah yang ditunjukkan Shania. Memang Zafril dan Ezlin

berada di situ sedang berbual-bual dengan suami Mona. Melihatkan Ezlin berdiri

bersebelahan dengan Zafril begitu mengusik hatiku. Rasa cemburu terasa cepat hadir apabila

melihat dirinya bersama-sama wanita itu sejak kali pertama kami berjumpa dahulu.

Page 462: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

461

“Sorry safi, aku memang ada jemput dia orang. Tapi tak sangkalah pula yang dia

orang datang berdua.” Tergambar rasa bersalah di wajah Mona saat ini.

Aku hanya tersenyum kelat. Memang tidak patut jika aku mepersalahkan Mona dalam

hal ini. Sudah tentu Mona tidak mengetahui bahawa Zafril akan datang bersama-sama dengan

Ezlin ke sini. Patutlah semalam sewaktu aku mengajak dia datang bersama-sama ke sini dia

menolak. Rupa-rupanya dia sudah merancang untuk ke sini bersama-sama Ezlin.

“Kak Mona kenal Ezlin ke?” Soal Shania.

“Kenal, dulu dia client akak.”

“Jadi, kak Safi pun dah kenal Ezlinlah ye?” Kini soalan itu berpindah padaku pula.

Aku hanya mampu tersenyum kecil dan menganggukkan kepala. “Nia pun kenal Ezlin

ke?” aku mengeluarkan soalan yang baru terlintas di fikiranku.

“Ezlin tu sepupu suami kak Anni.” Terang Shania.

Patutlah Zafril rapat dengan wanita itu, rupa-rupanya Ezlin itu sepupu Abang iparnya.

Rasa hati yang dipagut cemburu itu umpama tiada hentinya tambahan pula apabila Zafril dan

Ezlin berjalan seiringan ke arah meja yang menempatkan aku, Mona dan Shania. Seperti

biasa, Zafril langsung tidak menoleh memandangku. Hati yang masih lagi cemburu dipagut

rasa kecil hati pula. Entah mengapa aku perlu berkecil hati sedangkan perkara itu acap kali

terjadi padaku sejak aku berjumpa semula dengannya.

“You ni... Safikan?” Tanya Ezlin apabila berjabat tangan denganku. Aku hanya

tersenyum dan menganggukkan kepala. “Boleh kita orang join?”

Aku masih menganggukkan kepala memberikan persetujuan. Persetujuan yang

pastinya hanya akan menambahkan sakit di hatiku ini apabila melihat mereka berdua.

Sepanjang masa berbual-bual di meja itu, topik hanya dikuasai oleh Ezlin sahaja.

Pelbagai perkara dikongsi bersama. Hanya sekali sekala sahaja aku menyampuk perbualan.

Shania dan Mona pula sering kali memandangku, mungkin mahu melihat reaksiku apabila

Page 463: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

462

Zafril dan Ezlin ketawa riang. Aku sedaya upaya menunjukkan riak selamba, seolah-olah

tiada apa yang membebankan hatiku saat ini, sedangkan gejolak rasa mula memenuhi ruang

hati dan jiwaku.

“Kau orang berbuallah dulu, aku nak ambilkan makanan lagi.” Mona mula mencelah

ketika Ezlin sedang bercerita tentang sejarah perkenalannya dengan Zafril.

“Tak apalah Mona kita orang pun dah nak balik ni.” Zafril segera menghalang Mona

yang baru ingin bangun.

“Dah nak balik dah? Sekejap je.” Mona memandang Zafril dan Ezlin silih berganti.

“I ada hal sikit ni.” Alasan Zafril pada Mona. “Jom.” Ajak Zafril pada Ezlin sebelum

segera bangun seolah-olah tidak sabar-sabar untuk meninggalkan restoran makanan segera itu.

“Abang Add, boleh tolong Nia tak?” Shania menghalang langkah Zafril apabila selesai

Ezlin bersalaman dengan Mona dan diriku.

“Tolong apa?”

“Kak Safi datang sini tadi tumpang Nia. Tapi lepas ni Nia ada hallah dengan kawan.

So, tak dapat nak tumpangkan Kak Safi baik. Boleh tak Abang Add hantar Kak Safi balik

sekali, please.” Rayu Shania bersungguh-sungguh.

Kali ini barulah Zafril memandangku tepat. Aku merenung anak mata itu. Aku sendiri

tidak tahu mengapa Shania berkata begitu sedangkah tadi sewaktu aku mengajak Shania ke

mari Shania sendiri yang menyatakan dia tiada apa-apa rancangan petang itu. Oleh sebab

itulah Shania menemaniku ke sini. Jika aku tahu Shania ada hal lebih baik aku memandu

kereteku sendiri dan tidak menumpang kereta Shania.

“Nia nak pergi mana?” Tanya Zafril seperti kurang senang.

“KLCC.”

Page 464: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

463

“Lah... Satu hala jekan rumah Safi dengan KLCC tu. Nia hantarlah Safi sulu. Abang

tak bolehlah, abang nak hantar Ezlin ke Damansara. Lepas tu nak ke Shah Alam. Mana

sempat nak tumpang-tumpang ni.”

Hampir gugur air mataku mendengar penerangan Zafril yang panjang lebar itu. Hari

ini aku terpaksa mengakui yang Zafril telah berubah. Dulu, walau apa pun yang berlaku,

Zafril sendiri yang ingin menghantarku pulang jika aku tidak memandu sendiri keretaku. Tapi

kini tidak lagi. Aku tidak boleh menyalahkannya, aku sendiri yang menyebabkan dia berubah

hingga sebegitu. Semua salah diriku sendiri.

“Dahlah, abang minta diri dulu. Assalamualaikum.”

Semua yang berada di sini terkejut dengan kata-kata Zafril. Aku sendiri tidak tahu apa

sebenarnya perasaanku saat ini. Pelbagai rasa mula berbekam dihatiku. Sedih, marah, benci,

sayang dan rindu bertindih-tindih di antara satu sama lain sehingga sukar untuk aku

mengungkapkannya.

“KENAPA?” Soal Hafiz padaku.

“Nia, last minute pula dia cancel nak jumpa kita. Dahlah kita dah sampai kat mall ni.

Semalam dia yang beria-ia nak jumpa kita.” Dengan rasa geram yang masih bersisa, aku

memasukkan semula telefon bimbitku ke dalam tas tangan.

“So, kita nak buat apa sekarang ni?” Soalku. Entah apa yang ingin aku lakukan

dengannya berdua di sini. Sepatutnya aku ke sini menemani Shania untuk membuat persiapan

pertunangannya. Jadi kesempatan ini kami ambil untuk bertemu dengan Hafiz yang sudah

lama tidak kami temui. Tapi tanpa Shania, apa yang perlu kami lakukan di sini?

“Kalau macam tu, Safi temankan saya beli barang, then saya belanja Safi makan,

okay?” Hafiz mula membuat rancangan.

“Secret Recipe!” Aku sengaja membuat permintaan.

Page 465: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

464

“Tak kisah kat mana-mana pun. Nak makan kat awan biru pun boleh.”

Aku tergelak besar mendengar guraua Hafiz itu. Dia juga turut tergelak sama bersama-

samaku. Semua kedai pakaian yang ada di dalam mall ini aku dan Hafiz jejaki. Sepanjang

masa ada saja jenaka yang dihidupkan Hafiz yang membuatkan aku tergelak.

Apabila kaki Hafiz memasuki salah sebuah kedai minyak wangi, aku turut mengikut

langkahnya. Deretan minyak wangi yang berada dalam ruang kaca itu menarik minatku. Aku

membiarkan Hafiz sendirian mencari minyak wangi kegemarannya sambil dilayan oleh

seorang jurujual wanita. Jika Shania turut berada di sini pasti beberapa botol minyak wangi

disambarnya. Tapi yang pasti minyak-minyak wangi yang dibelinya itu bukan kerana tertarik

dengan harumannya tetapi tertarik dengan bentuk botol minyak wangi itu yang berjaya

mengoda hati Shania.

“Safikan?”

Aku berpaling memandang wanita yang menegurku. Ezlin tersenyum manis padaku

membuatkan diriku turut melemparkan senyuman buat wanita itu. “Ezlin, buat apa kat sini?”

aku cuba untuk bermanis bahasa dan aku benar-benar tidak menyangka bertemu dengan Ezlin

di sini.

“Shopping sikit. You seorang je ke?”

“Tak, I dengan kawan.” Aku berpaling mencari kelibat Hafiz dan apabila mata kami

bertemu aku melambaikan tanganku memanggil Hafiz menyertaiku. “Ezlin kenalkan ini

Hafiz. Hafiz, ini Ezlin.” Aku memperkenalkan Hafiz pada Ezlin sebaik sahaja dia sampai di

sebelahku. Dan mereka mula berbalas senyuman.

“You pula, takkan sorang je?”

“Takklah I datang dengan... Hah tu pun dia. Zaf!” Teriak Ezlin pada Zafril yang baru

sahaja memasuki ruang kedai minyak wangi ini.

Page 466: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

465

Aku terdiam memerhati Zafril yang menghampiri kami. Kenapa aku kerap kali

bertemu Ezlin keluar berdua dengan Zafril? Apa sebenarnya hubungan mereka? Aku tahu aku

tiada hak untuk mempersoalkan semua itu tapi hatiku tetap menzahirkan rasa cemburu apabila

melihat Zafril bersama wanita lain di sisinya.

“Siapa call?” Tanya Zafril apabila zafril berdiri berhampirannya dan bersalaman

dengan Faiz.

“Mama.” Jawab Zafril pada Ezlin.

Zafril hanya menunjukkan reaksi yang biasa sahaja apabila bersalaman dengan Hafiz,

sedangkan dulu, apabila dia bertemu hafiz, lebih-lebih lagi jika Hafiz bersama-samaku pasti

dia sudah menarik muka seribu kerana cemburu. Apakah tiada lagi rasa cemburu itu di

hatinya?

“I nak belikan you minyak wangi. You suka yang mana Hugo or Channel?” Ezlin

menayangkan dua minyak wangi yang sedari tadi di tangannya pada Zafril.

“Channel!” Jawab aku dan Zafril serentak. Mata kami pantas bertaut antara satu sama

lain. Aku mengetap bibir, entah mengapa bibirku boleh menjawab soalan Ezlin itu dengan

pantas sekali.

“Your favourite?” Ezlin masih mahu bersoal jawab dengan Zafril.

“Yup!” ringkas jawapan yang Zafril berikan.

“So, macam mana Safi boleh tahu?” Pertanyaan Ezlin itu menutup rapat mulut Zafril.

Ezlin pula merenungku, begitu juga dengan Hafiz yang mungkin juga menanti jawapan

dariku.

Apa jawapan yang harus aku berikan? Haruskah aku memberitahu yang aku sahulu

adalah kekasih Zafril dan pastinya setiap apa sahaja yang menjadi kegemaran Zafril aku

ketahui. “I SU dia, dalam pejabat dia pun ada minyak wangi yang sama, so I rasa akan pilih

yang itu.” Dalihku, hatiku tidak membernarkan aku berterus terang.

Page 467: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

466

“Oh really? You tak bagi tahu I pun Safi ini SU you?”

Zafril hanya tersenyum mendengar kata-kata Ezlin. “Dahlah, you nak beli tak? I ada

hal nak kena cepat ni.”

Aku tahu itu hanya alasan Zafril. Alasan yang kerap Zafril keluarkan apabila bertemu

denganku di luar waktu pejabat.

“Okaylah Safi see you next time?” Ezlin bersalaman denganku dan Hafiz juga begitu,

dia turut bersalaman dengan Faiz.

Dengan senang hati, Zafril berlalu meninggalkan diriku dengan Hafiz. “Safi...”

Aku memandang Hafiz apabila Zafri dan Ezlin telah hilang dari pandangan mataku.

“Safi tolak cinta saya dulu sebab Safi cintakan Zafrilkan?”

Terkejut aku mendengar terjahan kata Hafiz itu. Bagaimana Hafiz boleh meneka

dengan tepat. “Er..” hanya itu yang mampu terkeluar dari bibirku tika ini.

“Dah lama saya agak dan hari ini saya dah dapat jawapan yang tepat.” Hafiz

menambah kata dan tersenyum. “Saya tetap doakan kebahagian Safi.” Luah Hafiz lagi.

Kali ini aku tersenyum mendengar luahan ikhlas Hafiz itu. Sungguh aku tidak

menyangka Hafiz sendiri tahu rahsia hatiku pada Zafril tanpa perlu aku suarakan. Senyuman

yang tidak lekang dari bibir Hafiz itu aku balas juga dengan senyuman manis.

HAMPIR terlepas botol toner di tanganku apabila tiba-tiba sahaja Shania menerjah masuk ke

dalam bilikku lewat malam begini. Tanpa mengetuk pintu seperti biasa, Shania menyerbu

masuk dan terus mendapatkanku yang berada di hadapan cermin meja solek. Nafas Shania

turun naik kencang, mungkin kerana berlari naik tangga mendapatkanku di dalam bilik ini.

“Bila sampai?” Aku menyudahkan sapuan toner pada mukaku dan menutup semula

botol itu sebelum mengadap Shania semula.

Page 468: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

467

“Baru je sampai.” Dalam keadaan tercunggap-cunggap itu Shania masih memberikan

jawapan.

“Kenapa datang malam-malam buta ni?” Soalku pelik. Jam di meja solekku sudah

menunjukkan tepat pukul 12 malam. Selalunya jika Shania ingin ke rumah orang tuaku ini

atau mahu tidur di sini pada huung minggu begini Shania akan sampai paling lewat jam lapan

malam.

“Nia ada hal nak cakap dengan akak.” Shania mula menarik tangan Safi dan

membawanya ke birai katil. Aku dan dia duduk bertentangan di antara satu sama lain. Shania

menarik nafas panjang sebelum memulakan kata dan aku pula sudah berasa tidak sedap hati

melihat Shania yang kalut semacam dari tadi.

“Sorry sebab tak dapat join akak dengan Hafiz tadi sebab Nia pergi rumah mak long.”

Kalau setakat Shania memungkiri janjinya tadi, tidak perlulah Shania sekalut ini

semata-mata untuk meminta maaf. Lagipun dia bukan ke mana, tapi ke rumah orang tua

Zafril. Pasti dia merindui keluarga itu kerana sekarang amat jarang dia dapat berjumpa mak

longnya itu.

“Alah, hal kecil je tu. Tak ada apalah.” Aku cuba meredakan rasa bersalahnya.

“Tapi ada hal besar yang jadi kat rumah tu tadi.”

“Hal apa pula?”

Shania mengenggam kedua-dua belah tanganku. “Nia dengar Kak Anni cadangkan kat

mak long supaya satukan Abang Add dengan Ezlin.”

Bagaikan kilat yang datang memancar terus ke hatiku apabila mendengar ayat yang

keluar dari mulut Shania itu. Perkara yang sama berulang lagi. Dulu Makcik Hasnah ingin

menyatukan Shania dengan Zafril, kini Kak Anni pula yang cuba menjadi matchmaker antara

Ezlin dan Zafril. Mengapa begitu banyak halangan yang terpaksa aku tempuhi setiap kali aku

cuba untuk hidup bersama-sama lelaki itu. Mungkinkah ini petanda bahawa kami memnag

Page 469: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

468

tidak ditakdirkan untuk hidup bersama-samanya? Air mata hampir menitis namun segera aku

menahan agar air itu tidak jatuh di hadapan Shania.

“Zafril setuju ke?” Perlahan sahaja soalan itu keluar dari bibirku namun masih jelas

untuk di dengar Shania.

“Abang Add belum tahu lagi rasanya. Sebab tadi abang Add tak balik rumah mak

long. Entahlah kak, mak long kata sejak balik dari Amerika dia dah jadi pendiam. Kerja tak

tentu masa. Mak long pun naik risau. Tu yang Kak Anni cadangkan supaya satukan Abang

add dengan Ezlin. Kata Kak Anni mana tahu lepas kahwin dengan Ezlin Abang Add berubah

macam dulu semula. Akak tak nak buat sesuatu ke?”

Soalan terakhir Shania itu membuatkan pandanganku segera jatuh pada wajah kacukan

itu. Apa yang boleh aku lakukan lagi? Rasanya aku sudah sehabis daya menarik hati lelaki itu,

namun tiada satu pun yang membuahkan hasil. Dia masih lagi sama sahaja membuat endah

tak endah sahaja padaku. Mungkin ini adalah penamatnya dan peringatan pada diriku agar

tidak lagi terus mengejar cinta zafril yang pernah aku kecewakan dahulu.

“Nia tidur sini ke malam ni?” Aku sengaja merubah hala tuju perbincangan kami. Aku

takut air mataku akan mengalir jika perbincangan ini diteruskan.

Shania menganggukkan kepala.

“Kalau macam tu, pergilah mandi dulu. Akak ke dapur kejap buatkan milo untuk Nia.”

Aku segera bangun dan keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja pintu bilik itu tertutup rapat, setitik

air matku menitis ke pipi tanpa dapat dibendung lagi. Jika sudah benar tidak ada jodoh antara

kami, maka tiada apa yang perlu aku kejarkan lagi...

Page 470: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

469

BAB EMPAT PULUH TIGA

ZAFRIL membelok keretanya memasuki kawasan stesyen minyak Petronas. Aku yang hanya

memerhati keluar tingkap sejak tadi, kini mengerling memandang meter minyak yang terdapat

di dalam kereta itu. Pagi tadi dalam perjalanan kami ke Hotel Hilton, dia telah pun mengisi

penuh minyak keretanya. Jadi tidak mungkin minyak keretanya telah habis dengan perjalanan

yang tidak sejauh mana ini. Malas pula aku ingin bertanya tujuan dia memasuki kawasan pam

minyak, jadi aku hanya mendiamkan diri.

Zafril memberhentikan keretanya di hadapan kedai serbaneka di stesyen minyak itu.

Kali ini juga aku masih mendiamkan diri lebih-lebih lagi apabila dia terus keluar dari kereta

sesudah memberhentikan keretanya tanpa memaklumkan apa-apa pun padaku.

Enjin kereta yang tidak dimatikan itu membolehkanku menekan butang kawalan bagi

menurunkan cermin kereta di bahagian penumpang hadapan. Bahang di dalam kereta itu mula

terasa mencengkam deria rasaku walaupun penghawa dingin kuat terpasang. Sambil

menunggu Zafril tiba, aku membuka fail-fail yang berada di pangkuanku dan meneliti risalah-

risalah yang kuterima sewaktu menghadiri persidangan perniagaan teknologi anjuran

Kementerian Teknologi dan Komunikasi.

Tiada satu pun risalah-risalah itu yang dapat menarik minatku untuk membaca isi

kandungan di dalamnya. Sama seperti ketika berlansungnya persidangan itu dari awal pagi

tadi hingga ke petang ini, tiada satu pun topik yang dibincangkan yang dapat menarik minatku

untuk menghayati info-info yang diberikan. Setiap kata yang diluahkan oleh panel

penceramah dan ahli perniagaan yang diundang umpama masuk telinga kanan lalu keluar

telinga kiriku pula. Sepanjang persidangan berlangsung aku hanya duduk umpama patung

cendana di sebelah Zafril yang begitu asyik dengan topik-topik yang dibangkitkan. Terfikir

juga, apa kaitannya aku dengan persidangan itu?

Page 471: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

470

Sewaktu Zafril mengarahku mengikutnya menghadiri persidangan itu, aku sendiri

tertanya-tanya apa perlunya dan apa pentingnya untuk aku menghadiri persidangan itu? Tiada

apa-apa manfaat pun yang akan aku perolehi daripada persidangan itu buat diriku mahu pun

bidang tugasku. Tapi Zafril tetap bermati-matian agar aku harus turut serta. Untuk tidak

memanjangkan cerita aku menurut juga arahan bosku itu walaupun aku dapat rasakan yang

aku akan berasa bosan sepanjang persidangan itu berlangsung. Dan ternyata itulah yang aku

rasakan sepanjang hari ini. Hari yang berlalu sia-sia sahaja bagiku.

Melihat kelibat Zafril melintas di hadapan kereta ini membuatkan aku segera

memasukkan semula semua risalah itu ke dalam fail. Waktu pejabat telah lama habis tapi aku

meminta Zafril menghantarku ke pejabat semula. Aku harus mengambil beg kerjaku dan aku

ingin pulang ke rumah dengan memandu keretaku sendiri. Aku tidak mahu dia menghantarku

pulang ke rumah seperti dahulu, dan aku juga tidak rasa yang dia akan menghantarku pulang.

“Kenapa buka tingkap? Kan dah pasang aircond ini?” Zafril melahirkan rasa tidak

puas hatinya sebaik sahaja menaiki kereta.

Aku segera menekan butang kawalan untuk menaikkan semula cermin tingkap itu.

Malas aku mahu memberikan alasan atas tindakanku itu.

“Nah,” Zafril menghulurkan beg plastik kepadaku.

Aku hanya memandang plastik itu dan Zafril silih berganti. “Nak buat apa?” Satu-

satunya plastik bungkusan yang dibawa keluar oleh Zafril dari kedai serbaneka itu tidak

kusambut. Aku biarkan sahaja beg plastik itu terus berada di tangannya.

“Makanlah.”

Berkerut dahiku mendengar kata Zafril yang lebih berbentuk arahan itu. Kenapa harus

aku yang memakan makanan itu sedangkan bukan aku yang memintanya untuk membelikan

makanan itu untukku. Jadi aku hanya mengelengkan kepala, tidak mahu menurut arahannya

yang entah apa-apa itu.

Page 472: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

471

Zafril merengus kasar. “Dari pagi tadi tak ada setitik air dan satu makanan pun masuk

dalam perut awak tukan. Masa kat hotel tadi sarapan pagi awak tak usik, minum petang tak

jamah, makan tengahari tak payah ceritalah, pandang pun tak nak. Saya ajak makan sebelum

balik ni pun awak tak nak. Kenapa liat sangat nak makan hari ni?” Bebel Zafril apabila aku

masih lagi enggan menyambut beg plastik itu.

“Safi tak lapar.” Jawabku. Memang aku tidak lapar dan lebih daripada itu, aku tiada

selera untuk menjamu selera kebelakang ini. Begitu juga dengan hari ini, lebih-lebih lagi

apabila di hadapannya.

“Nak tunggu masuk hospital dulu baru lapar agaknyakan!” marahnya apabila aku

masih berdegil.

Kini aku pula yang merengus kasar. Desakannya itu menyakitkan hatiku. Bukan aku

sengaja tidak mahu menjamu selera tapi memang aku tiada selera. Bukan aku sengaja

mencipta alasan-alasan itu.

“Dah jangan nak mengada-ngada. Makan.” Zafril mengapai lenganku dan meletakkan

beg plastik itu di tanganku. Apabila bungkusan itu bertukar tangan barulah Zafril memandu

keretanya semula memasuki jalan raya menuju ke pejabat.

Dengan rasa berat hati aku membuka juga plastik itu. Botol berisi ice lemon tea itu

aku capai dan cuba untuk membuka penutupnya. Puas aku mencuba membuka penutup botol

itu tapi tidak berjaya. Aku cuba sekali lagi tapi botol itu terlalu ketat untuk dibuka. aku

mengeluh malas, geram pula apabila setiap kali cubaanku itu tidak berjaya. Apabila aku ingin

mencuba buat kali yang entah ke berapa, tiba-tiba tangan Zafril mencapai botol yang berada

di tanganku dan dengan mudah sahaja dia membuka penutup botol itu sambil tangannya turut

mengawal stereng kereta.

“Tak makan dari pagi, mana nak ada tenaga.” Perli Zafril sambil menyerahkan botol

yang sudah dibuka penutup itu semula padaku.

Page 473: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

472

Aku sengaja tidak mahu mengambil peduli dengan perlian Zafril itu. Aku mula

meneguk air yang sudah pun berada di tanganku. Pau yang masih panas di dalam plastik itu

kuambil dan kujamah sedikit. Susah benar untukku menelan pau itu. aku benar-benar tiada

selera hari ini.

“Habiskan semua pau tu.”

Arahan baru yang dikeluarkan Zafril itu menimbulkan rasa marahku. Ada empat biji

pau di dalam plastik ini. Bagaimana aku mahu menghabiskan kesemua pau-pau ini seorang

diri. Tidak logik langsung. Jangan harap aku akan menurut arahannya. Pau yang berada di

dalam tanganku ini pun belum tentu aku dapat habiskan inikan pula keempat-empat pau ini.

Jangan mimpi.

“Tak payah nak muncung-muncung. Panjang mana sekalipun muncung tu, awak tetap

kena habiskan juga semua pau-pau tu.”

Hampir sahaja pau berada di tanganku ini kuramas kerana geram dengannya. Entah

kenapa dengan lelaki itu, membebel tidak sudah-sudah sejak keluar dari kedai serbaneka tadi.

Sejak aku bekerja semula dengan lelaki itu tidak pernah-pernah dia membebel sebegini,

kenapa petang ini panjang pula bebelannya. Selalunya sukar benar diriku untuk mendengar

suaranya, seperti tersimpan emas pula mulutnya.

Dengan tiada rasa minat untuk membalas setiap kata-kata lelaki itu, aku mengunyah

perlahan setiap suapan pau itu dan berusaha sehabis daya untuk menelan pau itu. Dan

akhirnya berjaya juga aku menghabiskan pau yang berada ditanganku. Pau yang selebihnya

yang berada di dalam plastik itu aku biarkan sahaja. Dia yang membeli pau itu jadi dialah

yang perlu menghabiskannya, bukan aku.

Sebaik sahaja Zafril memasuki basement wisma ini dan meletakkan kenderaannya di

parking lot, aku segera membuka tali pinggang keledar dan meletakkan plastik yang masih

dipenuhi dengan pau-pau itu di atas dashboard.

Page 474: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

473

“Kenapa tak habiskan?”

Aku yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta, mematikan niatku dan

memandangnya sekilas. “Tak nak.” Aku berpaling semula untuk membuka pintu.

“Apa masalah awak ni?” Bentak Zafril tiba-tiba.

Niatku untuk membuka pintu kereta itu terbantut sekali lagi. Aku berpaling

memandang Zafril yang sudah pun merenungku tajam dengan rasa marah yang terpancar di

wajahnya.

“Masalah apa pula?” aku cuba untuk memahami soalan yang diajukan padaku itu.

“Apa yang awak tak puas hati dengan saya? Cuba cakap terus terang.”

Aku makin serabut mendengar setiap bait kata lelaki itu. “Bila masa pula Safi tak puas

hati dengan Zaf?” Kini soalan itu pula aku ajukan padanya. Dia merenung tajam diriku dan

aku turut membalas renungannya. Aku benar-benar tidak tahu mengapa tiba-tiba sahaja dia

boleh semarah itu denganku.

“Habis tu kenapa sepanjang minggu ni awak diam je. Sepatah saya tanya sepatah awak

jawab. Kalau tak puas hati cakap terus terang, tak payah nak buat perangai budak-budak.”

Marahnya lagi.

Aku mengetapkan bibir, memang aku sengaja mendiamkan diri sepanjang minggu ini.

Tidak seperti sewaktu aku mula-mula bekerja semula di sini, setiap saat yang ada pasti aku

cuba untuk menarik minatnya berbicara dan mendekatiku. Namun semenjak Shania

membawa berita tentang niat Kak Anni, aku jadi tidak menentu. Setiap kali aku ingin

merapati lelaki itu, bayangan Ezlin menjelma di mataku. Setiap kali aku cuba berbicara

dengannya, gelak ketawa antara dirinya dan Ezlin pasti mencuit hatiku. Jadi aku berpendapat

lebih baik aku mendiamkan diri seketika, meredakan hatiku yang gundah.

“Tengok tu bila tanya diam, diam, diam. Cuba jujur dengan diri sendiri, luahkan aje

apa yang awak rasa dalam hati tu. Tak payah nak jadi manusia hipokrit!”

Page 475: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

474

Hipokrit? Aku cuba menenangkan hatiku sendiri. Geram apabila dituduh sebegitu oleh

Zafril. Baik, kali ini aku tidak akan menyembunyikan perasaanku lagi. Aku akan berterus

terang jika itu yang dia mahukan.

“Siapa Ezlin?”

“What?” Soal Zafril yang seolah-olah tidak percaya dengan soalan yang aku ajukan.

Dan aku tahu dia sengaja pura-pura tidak faham. “Apa sebenarnya hubungan Zaf

dengan Ezlin?”

Terlepas ketawa Zafril sebaik sahaja selesai aku mengajukan soalan padanya. Sakit

hatiku mendengar tawanya. Tadi dia juga yang memintaku berterus terang jadi mengapa pula

sekarang dia boleh tertawa sebegitu? Salahkah pertanyaanku itu? Memang itu apa yang aku

fikirkan selama ini. Salahkah andai aku ingin mengetahui kebenarannya?

“Apa pun hubungan kita orang, apa kena menggena dengan awak pula?” Balas Zafril

setelah berhenti dari tawanya. Kini wajahnya kembali serius seperti awal tadi. “Cemburu ke?”

sambung lelaki itu lagi.

Sudah pasti aku cemburu. Masakan aku tidak cemburu melihat lelaki yang aku cintai

berdampingan dengan wanita lain.

“You’re not my girl anymore. Awak yang putuskan hubungan kita dulu, tak ingat? Jadi

awak tak ada hak nak cemburu!” tegas Zafril bersungguh-sungguh.

Aku tahu dan aku masih ingat dengan jelas bahawa aku yang memusnahkan hubungan

kami dan oleh kerana itu memang benar kata-kata Zafril aku tidak ada hak untuk cemburu.

Tapi tahukah dia mengapa aku mengambil keputusan sedrastik itu pada waktu itu? Aku juga

tersepit dan dihimpit ketika itu. Air mata seakan-akan mahu mengalir tapi aku cuba bertahan

sehabis daya. Kata-katanya itu langsung tiada balasan dariku.

“Semua tu urusan peribadi saya. Awak tak layak nak masuk campur.”

Page 476: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

475

Tersentak aku mendengar kata-kata itu. Air mata sudah tidak dapat kubendung lagi.

Lantas aku segera berpaling dan membuka pintu kereta dan terus keluar dari kereta itu. Air

mata yang tiada henti menitis kuseka dengan jemariku. Dengan langkah laju aku menjauhi

keretanya. Terdengar sayup-sayup suara Zafril memanggil-manggil namaku bertalu-talu,

namun langsung tidak aku endahkan. Aku terus memasuki lif yang akan membawaku ke

tingkat atas bangunan. Aku bersandar di dinding lif cuba menenangkan hati sendiri. Menyesal

pula aku membangkitkan hal Ezlin sebentar tadi, jika tidak pasti aku tidak terluka begini.

“Hoi, apa langgar-langgar ni? Buta ke?”

Suara Fazura yang memarahikku sewaktu aku keluar dari perut lif lalu berlaga bahu

dengannya itu tidak aku endahkan. Aku ingin segera ke mejaku untuk mengambil beg

milikku. Aku ingin segera pulang ke rumah. Aku ingin menenangkan diri.

Sapaan beberapa rakan sepejabat yang masih lagi meneruskan kerja walaupun senja

sudah pun menjelang hanya kubalas dengan senyuman sahaja. Setelah mengambil semua

barangku aku bergegas ke ruang lobi lif dan menaiki lif semula. Aku tidak mahu terserempak

dengan Zafril yang pastinya sedang naik ke pejabat waktu ini. Cukuplah kata-kata yang

terluah dari lelaki itu dalam kereta tadi. Aku tidak mahu mendengar apa-apa lagi yang boleh

menguris hatiku.

Keluar sahaja dari perut lif aku melangkah laju menuju ke keretaku. Aku mencari

kunci kereta yang berada di dalam tas tanganku, namun aku tidak menjumpainya. Puas aku

selongkar setiap sudut beg itu namun tidak ketemu. Aku menghentikan langkah. Ruang

basement di waktu-waktu senja begini meremangkanku. Rasa seram yang mula memincing

seluruh bulu romaku menyebabkan aku kalut seketika.

Aku menarik nafas lega apabila menjumpai kunci kereta yang terselit di bawah

dompetku. Dengan nafas lega aku mengeluarkan kunci itu dan mula mengatur langkah.

Namun belum sempat aku menapak bunyi deruman kereta membingitkan telingaku, pantas

Page 477: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

476

aku berpaling memandang sebuah kereta yang sedang laju menuju ke arahku. Jantungku mula

berdegup kencang. Tidak semena-mena namaku dijerit kuat dari belakang dan tanganku

disentap kasar dan menyebabkan aku tersungkur ke belakang dan terduduk lemah. Aku

menghela nafas laju, kepalaku yang terhantuk di lantai berpinar seketika.

“Safi! Safi okaykan?” Zafril mengoyang-goyang bahuku berkali-kali.

Aku memandang Zafril di hadapanku namun pandanganku masih berpinar-pinar. Kini

Fazura pula yang menghampiriku.

“Safi kau tak apa-apa kan?” Soal Fazura cemas.

Zafril pantas menepis tangan Fazura yang cuba menyentuhku. “You ni kenapa, bawa

kereta macam orang gila kat parking lot macam ni. You tak ada otak ke?”

“I... I... tak sengaja...”

“Tak sengaja? Hei, nasib baik I sempat tarik Safi tadi tahu tak. Kalu tidak tak tahulah

apa yang jadi. You ni memang sengaja nak cari pasal dengan I. Baik you blah sekarang.”

Marah Zafril kian meluap-luap.

Zafril memandangku semula apabila Fazura sudah berlalu pergi.

“Safi jangan takutkan Zaf. Safi okay tak ni?” Sekali lagi Zafril mengoncang kuat

bahuku.

Dan kali ini barulah wajah Zafril jelas terlayar di mataku. Sebaik sahaja melihat Zafril

air mataku mula menitis, terbayang semula saat-saat cemas aku hampir-hampir dilanggar tadi.

Rasa takut mula menghantuiku, tubuhku mula menggigil.

“Safi ada rasa sakit kat mana-mana ke? Atau luka kat mana-mana?”

Aku mengeleng kepala. Memang aku tidak mengalami apa-apa kecederaan. Tapi

semangatku seolah-olah hilang entah ke mana. Bunyi pecutan kereta masih lagi bermain di

telingaku, bayangan kereta yang laju itu juga masih bermain di mindaku. Air mataku menitis

lebih deras dari tadi.

Page 478: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

477

“Syhh... Jangan nangis, Zaf ada kat sini.” Zafril cuba meredakan rasa takutku. “Jom

Zaf hantar Safi balik, okay.”

Aku hanya menurut kata-kata Zafril saat ini. aku tahu aku sudah tidak dapat memandu

kereta di dalam keadaanku sebegini. Jadi adalah lebih baik aku mengikut katanya. Saat ini

mendengar bunyi deruman enjin sahaja sudah boleh mengegarkan tangkai jantungku dan

mengimbau saat-saat cemas sebentar tadi.

Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri begitu juga dengan zafril. Aku

hanya memandang ke luar tingkap sepanjang perjalanan. Aku tahu Zafril acapkali

memandang ke arahku mungkin risau dengan keadaanku saat ini. Namun aku tidak

menghiraukan pandangannya itu. Bunyi hon yang tiba-tiba berbunyi dari arah belakang kereta

Zafril mengejutkanku. Aku pantas memeluk erat tubuhku sendiri dan memejamkan mata.

Bayangan kereta Fazura yang laju dan silauan lampu yang memancar ke mataku menjelma

semula di ingatanku dan menyebabkan tubuhku bergetar sekali lagi. Rasa seram sejuk terbit

semula di jiwa.

“Safi, okay ke?” Sapa Zafril.

Dengan mata yang masih terpejam aku menganggukkan kepala. Perlahan-lahan aku

melepaskan semula pelukan pada tubuhku. Aku tidak mahu merisaukan lelaki itu kerana aku

tahu pasti di saat ini dia amat merisaukan keadaanku. Aku menarik dan menghembuskan

nafas berkali-kali. Cuba untuk melegakan perasaanku. Mujur Zafril sempat menarikku

sebentar tadi, jika tidak aku sendiri tidak aku sendiri tidak tahu apalah agaknya nasibku di saat

ini. Aku benar-benar bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku terselamat dari sebarang

kecelakaan sebentar tadi.

Page 479: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

478

SHANIA yang tersenyum-senyum sedari tadi di atas katil membuatkanku mula merapati

dirinya dan duduk bertentangan dengannya. Tudung yang sudah kemas di kepala aku betulkan

sekali lagi.

“Dah berapa lama akak tak keluar dating dengan Abang Add?” Soal Shania yang

masih lagi dengan senyuman memanjang. Aku tahu dia mahu mengusikku.

“Kalau akak tak pergi, boleh tak?” Soalan Shania tadi tidak aku hiraukan. Kini soalan

itu pula yang aku ajukan padanya. Membulat mata Shania mendengar soalanku.

“Ish, akak ni biar betul. Dah sejam Abang Add tunggu akak kat luar tu tau. Tiba-tiba

akak cakap tak nak pergi pula. Nanti frust menongeng pula kawan tu.”

Aku tahu sudah sejam Zafril menungguku bersiap. Tidak patut jika pada ketika ini

barulah aku tidak mahu mengikutnya keluar, sedangkan sedari tadi dia menantiku bersiap.

Sebenarnya sengaja aku bersiap lambat-lambat kerana mahu mencari alasan yang baik supaya

tidak keluar berdua dengan Zafril hari ini.

Bukan Zafril masalahnya, cuma aku tidak mahu berada di luar rumah. Rasa gementar

dan fobia masih lagi mengusai hati dan diriku. Bayangan aku hampir dilanggar dua hari lalu

masih bermain di mindaku. Aku takut untuk melangkah keluar.

“Dah, jangan nak banyak alasan. Jom.” Shania menarik tanganku dan membawaku

keluar dari bilik dan sekaligus berjumpa dengan Zafril yang masih lagi setia menanti di luar

rumah sewaku ini.

“Dah siap?” Zafril yang tadinya bersandar pada dinding hadapan rumahku pantas

mendapatkanku yang sudah keluar dari rumah. Aku hanya tersenyum dan menganggukkan

kepala.

“Nia jaga rumah ye.” Pesan Zafril.

“Yelah tahulah Nia jadi guard hari ni.” Jeling Shania sambil mencebikkan bibir.

Page 480: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

479

Aku hanya tersenyum dan Zafril tertawa besar mendengar kata-kata Shania itu. Kesian

Shania tidak pasal-pasal kena tinggal sendirian hari ini. Sebaik sahaja Zafril menghantarku

pulang dari pejabat dua hari lalu sewaktu aku hampir-hampir dilanggar, pada malam yang

sama juga Zafril menghubungi Shania agar dapat menemani aku di rumah. Zafril tahu aku

masih lagi dalam keadaan terkejut dan mahu Shania menemaniku. Masuk hari ini sudah dua

hari dia bermalam di rumah sewaku ini. Nasib baik dia sudi menemaniku, jika tidak pasti dua

hari ini aku berada di dalam kegelisahan bersendirian di dalam rumah ini. Fitri pula sudah

setengah tahun mendirikan rumah tangga dan kini hanya aku sahaja yang menyewa rumah ini.

Sebaik sahaja kakiku menginjak ke tempat letak kereta lututku terasa bergetar tiba-

tiba. Aku merapatkan diri pada Zafril, berjalan beriringan dengannya menuju ke keretanya

yang diletakkan di hujung kawasan parking ini. Aku merengus kasar, terdapat banyak tempat

meletak kenderaan berhampiran lobi lif pangsapuri itu tetapi mengapa dia meletakkan kereta

sejauh ini? Aku cuba melajukan langkah namun langkah Zafril yang perlahan menyebabkan

aku memerlahankan langkah kakiku juga. Aku tidak berani untuk berjalan berjauhan dari

lelaki itu.

Sebaik sahaja dia menekan alat kawalan jauh keretanya aku serta merta masuk ke

dalam kereta lelaki itu. Aku menarik nafas lega apabila sudah berada di dalam kereta.

Sewaktu Zafril menghidupkan enjin keretanya, aku mengenggam kuat kedua-dua belah

tanganku, cuba mengawal rasa terkejut mendengar deruman enjin kereta itu.

“Kenapa?” Tanya Zafril sejurus mendengar aku menghembuskan nafas lega sebaik

sahaja keretanya sudah menyelusuri jalan raya.

Aku tersenyum kelat dan mengeleng. Tidak mahu berkongsi rasa dengan zafril tika

ini. “Nak ke mana ni?”

“Safi nak ke mana?” Zafril mengajukan soalan itu semula padaku.

Page 481: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

480

“Entah” Tiada satu pun buah fikiran yang ada saat ini. Dan aku sememangnya tidak

mahu memikirkan hal-hal lain. Apa yang aku tahu kini aku mahu mengawal rasa takut yang

semakin menghimpit perasaan.

“Kalau macam tu kita pergi Tasik Perdana, okay?”

“Nak buat apa kat sana?” aku seakan tidak percaya dengan cadangan yang Zafril

keluarkan.

“Jalan-jalan.” Jawab Zafril dengan senyuman memanjang.

Sepanjang perjalanan menuju ke Tasik Perdana itu, Zafril asyik tersenyum

memanjang. Aku pula makin keliru mengapa tiba-tiba pula ke tasik destinasi Zafril petang ini.

Malas mahu bertanya lanjut, aku ikutkan sahaja cadangan Zafril itu. Setelah meletakkan

kereta di tempat yang disediakan aku mengekori langkah Zafril yang menghala ke arah trek

jogging yang bersebelahan dengan jalan raya dua hala.

“Zaf kita masuk taman ye?” Aku cuba menyeret Zafril berjalan-jalan di dalam taman

itu tidak mahu berjalan-jalan di trek ini tambahan pula bersebelahan jalan raya yang sentiasa

dipenuhi dengan kenderaan yang laju menuju ke destinasi masing-masing. Aku tidak mahu

dan tidak boleh berjalan-jalan di trek itu dengan ditemani bunyi enjin kereta yang lalu lalang.

“Tak mahulah.” Zafril menolak lembut permintaanku. Dia meneruskan langkahnya di

atas trek itu.

Hendak atau tidak aku terpaksa juga menurut katanya. Aku mengeluh berat. Bunyi

kereta yang lalu lalang di sebelahku yang tiada henti melemahkan lututku untuk terus

melangkah. Jantungku berdegup laju apabila terasa angin yang datang menerpa padaku

apabila ada kereta yang dipandu laju melebihi had laju yang di tetapkan di taman-taman

sebegini. Tangan yang berada di dalam poket seluar jeansku kugenggam kuat. Desingan angin

setiap kali ada kereta yang lalu di sebelahku membuatkan telingaku berdegung kuat. Bunyi

hon yang kuat di belakangku disertakan dengan pecutan kereta laju menyebabkan aku

Page 482: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

481

menghentikan langkah kaki. Nafasku menderu laju, darah terasa seperti naik ke muka. Air liur

kutelan berkali-kali. Aku benar-benar rasa takut kini.

“Safi...”

Zafril yang sudah pun berada di depanku ku tarik ke tepi menjauhi trek sekaligus jalan

raya yang tidak pernah sunyi dengan kereta. Aku membawa Zafril menghampiri tebing tasik

yang luas itu. “ Zaf, jom balik. Safi... Safi...” aku tidak dapat menghabiskan kata. Mataku

masih melilau memandang kereta yang lalu lalang tanpa henti.

“Safi, Zaf tahu Safi takut. Tapi Safi tak boleh terus macam ni. Safi kena lawan rasa

takut Safi tu.” Zafril cuba membina relung keyakinan di dalam hatiku.

“Zaf, Safi tak boleh.” Rintihku, mengharapkan pengertian dariku. Aku tidak mahu

terus berada di sini.

“Safi, dah dua hari Safi duduk terperuk dalam rumah tu. Shania ajak keluar pun Safi

tak nak. Macam-macam alasan Safi bagi kat dia. Tapi Zaf tahu yang sebenarnya Safi takut

nak keluar rumah. Safi masih terkejut dan terbayang-bayang dengan insiden tukan. Safi kena

lawan perasan tu. Pulihkan balik semangat Safi yang dah hilang tu. Sebab tu Zaf bawa Safi ke

sini.”

Aku tertunduk, memang aku sengaja memberi pelbagai alasan pada Shania setiap kali

Shania mengajakku keluar. Dalam dua hari ini aku hanya duduk di rumah sambil ditemani

Shania dan panggilan telefon dari Zafril setiap malam. Aku benar-benar dihantui dengan

kejadian itu. Aku benar-benar takut.

“Safi kena lawan perasaan tu. Zaf akan tolong Safi lawan perasaan tu. Dah, jom.”

Zafril melangkah dan aku menurut sahaja.

“Jangan fikirkan apa-apa. Beristigfar banyak-banyak dan buat macam biasa.” Nasihat

Zafril lagi.

Page 483: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

482

Aku menarik nafas dalam-dalam dan beristigfar berulang kali. Aku cuba berlagak

biasa dan melupakan kejadian di basement. Zafril bijak memainkan peranan untuk

membantuku. Ada sahaja kisah yang dikongsi bersama-samaku. Kebanyakkan kisah-kisah itu

diselitkan dengan jenaka yang membuatkan aku tertawa senang dan melupakan seketika

kejadian yang menimpa diriku. Sedar-sedar sahaja kami telah jauh meninggalkan jalan raya

dua hala itu.

“Safi nak air? Buah?”

Aku menghalakan padanagan pada gerai yang terdapat di dalam taman itu yang

menjual air dan makanan ringan untuk pengunjung taman itu. “Boleh juga.”

“Okay, Safi tunggu zaf kat bangku tu, nanti Zaf datang.”

Aku mengangguk dan mendapatkan bangku yang berada berhadapan tasik itu

sementara Zafril mengunjungi gerai buah-buahan. Aku membuang pandanganku ke tengah

sakit. Terdapat beberapa anak muda sedang berkayak di tengah tasik dengan tawa riang.

“Nah,” Zafril menyerahkan secawan air tebu dan sebungkus jambu untukku.

Aku bergerak ke tepi memberi ruang untuk Zafril duduk di sisiku. Lega rasa tekaku

apabila air tebu yang dingin itu melewati rongga tekakku.

“Terima kasih.” Ucapku tulus.

“Untuk?”

“Sebab selamatkan Safi hari itu dan cuba untuk menceriakan kembali hidup Safi.”

Zafril tersenyum dan membuang pandangan ke tengah tasik. “Zaf tak suka tengok Safi

muram dan tak bersemangat.”

Aku tersenyum senang bukan sahaja kerana kata-kata yang terluah dari bibir Zafril

tapi lebih kerana sekarang Zafril tidak lagi menggunakan kata ganti nama diri saya dan awak

denganku. Ini menunjukkan dia tidak lagi memarahiku seperti dahulu.

“Susahkan Zaf jekan.”

Page 484: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

483

“Untuk Safi seribu kali susah pun Zaf sanggup.” Luahnya.

Aku gembira kerana dapat mendengar sekali lagi ayat yang sentiasa diucapkannya

padaku dahulu. “Zaf...” Belum sempat aku berkata telefon bimbit Zafril menjerit lantang

minta diangkat. Zafril menyelok poket seluarnya dan melihat nama pemanggil. Aku sempat

mengerling memandang nama yang tertera. Senyuman gembiraku sebentar tadi terpadam

apabila melihat nama Ezlin yang tertera. Zafril pula segera mematikan telefon bimbitnya

apabila telefon itu berhenti berdering.

“Safi nak tanya Zaf apa tadi?” Zafril mula menumpukan perhatiaannya semula

padaku.

“Er...” aku tidak dapat meneruskan kata. Aku sendiri terlupa apa yang hendak aku

tanyakan sebaik sahaja ternampak nama Ezlin sebentar tadi.

“Apa?”

Aku ketawa kecil. “Sorrylah Zaf, Safi dah lupa apa yang Safi nak tanya tadi.”

Dia juga turut tertawa. “Boleh pula macam tu.” Balasnya dalam nada yang masih

ceria.

Kemudian kami sama-sama memandang ke tengah tasik.

“Safi dah okay ke ni?” Soal Zafril tiba-tiba.

“Alhamdulillah okaylah sikit rasanya.”

“Alhamdulillah baguslah kalau macam tu. Insiden tu mesti jadi kenangan pahit dalam

hidup Safikan.”

Aku hanya menganggukkan kepala. Aku benar-benar takut jika membayangkan

semula kejadian itu.

“Susah kita nak lupakan kenangan pahit ni.” Gumam Zafril perlahan namun masih

jelas di pendengaranku.

Page 485: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

484

Aku hanya mengiakan dalam diam. Sesiapa sahaja pasti akan payah untuk melupakan

kenangan yang pahit dalam hidupnya. Namun ianya tetap harus dilupakan agar tidak

membelengu hidup.

“Apa kenangan terpahit dalam hidup Zaf?” entah kenapa soalan itu pula yang aku

ajukan padanya. Namun aku tiada niat lain aku hanya ingin berbual kosong dengannya.

“Sakit.”

“Sakit?” Soalku tidak faham apabila dia hanya menggunakan sepatah perkataan sahaja

untuk mengambarkan kenangan pahitnya itu.

Dia melemparkan pandangan ke tasik semula sebelum memulakan kata. “Sakit. Sakit

hati, bila orang yang Zaf sayang tak percaya dan meragui cinta Zaf.”

Bibirku terus terkunci rapat. Lidah terus kelu untuk dialunkan. Panahan kata-katanya

itu terus menusuk ke hatiku. Itukah kenangan terpahit dalam hidupnya? Dan aku adalah punca

kenangan pahitnya itu? Aku terus terdiam dan melemparkan pandangan pada tasik yang pada

pandanganku kini sedang berkocak hebat sehebat kocakan jiwaku. Aku tahu, rasa yang aku

bawa itu tidak mungkin mudah dipadam begitu saja. Tapi aku berharap Zafril tidak terlalu

menyimpan rasa tentang hal itu. Kalaupun kini aku bukan lagi menjadi pilihan hatinya,

setidak-tidaknya, aku tidak mahu dia terus meletakkan rasa marah dalam hatinya. “You’re not

my girl anymore!” kata-kata yang membuatkan aku sengara itu, tiba-tiba kembali kedengaran

di telinga. Aku sedar kedudukanku kini.

Page 486: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

485

BAB EMPAT PULUH EMPAT

AKU segera mengemas meja. Aku mahu pulang segera tanpa perlu bertembung dengan

Zafril. Aku tahu, jika aku bertembung dengannya saat ini, pasti dia akan memaksa aku untuk

pulang bersama-samanya. Pagi tadi sewaktu aku ingin ke pejabat, dia ke rumahku untuk

menjemputku, mujur aku telah bertolak lebih awal sebelum kemunculannya, jadi tidak

perlulah aku menumpangnya.

Sejak mendengar bicaranya di tepi tasik semalam, dan mengenangkan semula kata-

katanya tempoh hari, aku mula berasa tawar hati. Aku sangkakan kebaikan dan perhatian yang

Zafril tunjukkan padaku dalam minggu ini menunjukkan yang dia sudah memaafkanku dan

menerimaku semula.

Separuh dari hatiku sudah terasa seperti putus asa dan tidak mahu terus mengejar

lelaki itu kerana aku sedar, apa yang berlaku pada hubungan kami dahulu adalah kerana

kesalahnku semuanya, bukanlah salah dirinya. Itu tanggapan Zafril yang membuatkan lelaki

itu berkecil hati denganku. Jadi, jika dia masih mahu menganggap begitu selama-lamanya,

aku tidak mempunyai upaya lagi untuk melakukan apa-apa.

Arghh… malas aku mahu berfikir tentang perkara itu saat ini . Buat masa ini biarlah

aku menyepikan diri seketika sebelum memikirkan apa-apa tindakan yang harus aku lakukan

agar aku tidak menyesal di kemudian hari atas setiap tindakan yang akan aku ambil.

“Safi.”

Langkahku yang sedia laju untuk menuju ke lif sebentar tadi terbantut seketika apabila

mendengar panggilan dari Fazura. Aku berpaling memandangnya yang sedang berjalan

menghampiriku. Terpandang sahaja wajah itu barulah aku menyedari bahawa sepanjang hari

ini aku tidak bettemu muka dengannya. Sepanjang waktu pejabat dia hanya duduk di biliknya,

tidak keluar ke mana-mana sehingga sekarang. Wajahnya yang layu tidak bermaya itu aku

tatap, mungkin kepenatan melakukan kerja sepanjang hari ini.

Page 487: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

486

“Aku nak cakap sikit dengan kau boleh?” Lemah sahaja suara Fazura memohon

kebenaranku.

Aku hanya menganggukkan kepala. Kemudian dia berpaling dan meneruskan langkah.

Aku pula hanya menurut sahaja dia memasuki kawasan tangga dan berhenti di situ. Sebaik

sahaja pintu rintangan ap tertutup rapat terdengar keluhan berat dari bibir Fazura. Aku

menanti dia membuka bicara terlebih dahulu.

“Aku nak minta maaf kat kau.” Bicara mula dari bibir Fazura sewaktu memandangku

yang berada di sebelhnya sekilas sebelum menundukkan wajahnya semula.

Berkerut dahiku mendengar ucapan maafnya itu. “Sebab?” Aku perlu tahu kenapa

tiba-tiba sahaja dia menghulurkan ucapan maaf itu. Apa yang dia lakukan?

“Sebab…” Fazura terhenti seketika, mungkin berkira-kira untuk memulakan bicara.

“Sebab aku nyaris-nyaris nak langgar kau hari tu.”

“Oh, sebab tu… aku…” Belum sempat aku menyambung kata dia sudah pun

menggengam kuat lenganku.

“Aku betul-betul tak sengaja. I’ve lost my mind at that time. Aku tak tahu kenapa tiba-

tiba aku boleh bertindak sejauh tu, Aku betul-betul tak sengaja.” Beria-ia dia cuba

menerangkan.

Aku menepuk-nepuk tangannya yang masih terus menggengam tanganku. Cuba

menenangkannya yang entah kenapa kalut semacam hari ini. Dengan wajah dia yang pucat tu

aku benar-benar rasa simpati. “Tak apalah, aku tak marah pun. Aku tahu kau tak sengaja. Tak

payah risau dan tak payah nak minta maaf. Kita anggap je perkara tu tak pernah berlaku.”

Walaupun aku masih lagi tidak dapat melupakan kejadian itu, tetapi entah kenapa mudah pula

aku memaafkan dirinya. Aku tidak mahu dia terus rasa bersalah dan mungkin juga dia benar-

benar tidak sengaja.

“Betul ke?”

Page 488: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

487

“Betul. Kau tak payah risaulah.” Aku cuba menyakinkannya. Dan apabila ada

senyuman pada bibirnya untukku, aku pun turut melemparkan senyuman padanya. Kemudian

dia memelukku erat dan aku turut membalas pelukan itu. Seketika kemudian dia meleraikan

pelukannya dan memandangku semula. Wajahnya yang tersenyum tadi sudah berubah kelat

dan wajahku turut berubah memadang perubahan mendadaknya itu.

“Aku nak tanya satu perkara.”

Aku hanya menganggukkan kepala membenarkan dia bertanya apa sahaja. Wajahnya

yang cukup serius itu aku tenung. Apa lagi yang tak kena kali ini?

Fazura menarik nafas panjang sebelum memulakan kata. “Kau kerja semula kat sini

sebab nak rebut semula cinta Zafrilkan?”

Soalan yang tidak terduga dari Fazura itu benar-benar mengejutkanku. Kenapa pula

dia ingin tahu hal itu? Namun tiada guna untuk aku bermuka-muka menindakkkan apa yang

sebenarnya aku lakukan sebaik sahaja terlintas niat untuk bekerja semula di sini. Rasanya

tidak salah untuk aku mengakuinya.

“Ya.” Ringkas sahaja jawpaanku namun sudah cukup membuatkan Fazura terdiam

beberapa ketika.

“Aku nak buat pengakuan dengan kau. Aku pun cintakan Zafril. Dah lama aku

cintakan dia, sejak kami sama-sama kerja kat Bank Negara dulu. Bila dia buat keputusan

berhenti kerja kat situ aku pun ikut sama dan mohon kerja kat sini. Sebab aku nak selalu ada

di sisi dia. Selalu bersama dia.” Bergenang air mata di tubir matanya sewaktu menceritakan

kisah itu.

Aku terkedu mendengar kisah Fazura. Aku benar-benar tidak menyangka bahawa

Fazura begitu mencintai Zafril. Begitu dalam cinta wanita tu buat Zafril sehingga dia sanggup

melakukan apa sahaja demi lelaki itu. Tapi apa perlunya dia menceritakan kisah itu padaku?

Page 489: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

488

Mengapa? Sesungguhnya aku tidak mahu tahu kisah itu. Aku tidak mahu tahu betapa

dalamnya cinta dia buat Zafril.

“Jadi?” Perlahan sahaja aku menyoal.

“Kalau aku minta kau lupakan dan tinggalkan Zafril macam mana?”

Aku benar-benar tidak menyangka dia akan membuat permintan sebegitu pada saat

ini. Wajahnya aku renung lama. Bukan mudah untuk aku meninggalkan lelaki itu atah lagi

melupakanya. Aku tahu Fazura begitu mencintai Zafril. Tapi tahukah dia betapa aku juga

mencintai Zafril. Betapa dalam cintaku pada lelaki tu. Sehingga aku sanggup menebalkan

muka untuk bekerja semula di sin semata-mata mahu merebut semula cinta lelaki itu yang

pernah aku sia-siakan.

“Maaf aku tak boleh lupakan dia. Aku juga tak boleh tinggalkan dia. Aku pernah

tinggalkan dia sekali dan aku takkan ulang kesilapan tu untuk kali yang kedua.” Akhirnya

aku memberikan jawapan padanya. Tiba-tiba sahaja hilang rasa berbelah bagi yang aku

rasakan tadi.

Fazura merenungku seketika sebelum berpaling melangkah menuruni anak-anak

tangga dengan langkah perlahan. Aku menyoroti langkahnya sehingga bayang-bayang wanita

itu tidak lagi kelihatan. Yang kedengaran hanyalah derapan kasutnya yang menginjak setiap

anak tangga bangunan ini.

Aku mengeluh perlahan dan membuka langkah menuju ke pintu rintangan api untk

keluar dari kawasan tangga. Sebaik sahaja aku keluar dan pintu tu tertutup rapat, aku terkejut

melihat Zafrl yang sudah berdiri terpacak di hadapanku. Aku terdiam memandang wajah itu

yang tidak mengeluarkan sebarang suara. Niatku untuk tidak bertembung dengannya petang

ini tidak berjaya.

“Buat apa kat sini.” Soal Zafril sambil memeluk tubuh.

Page 490: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

489

“Tak ada apa-apa.” Cepat-cepat aku memabalas. Aku tidak mahu dia tahu yanga aku

berjumpa dengan Fazura sebentar tadi dan lebih dari itu aku tidak mahu dia tahu apa yang

kami bincangkan sebentar tadi. Seusai memberikan jawapan aku segera melangkah menuju ke

lobi lif yang berada di sebelah kiriku. Aku mempercepatkan langkah apabila mendengar derap

kaki Zafril yang cuba menyaingi langkahku.

“Nak kemana?”

Soalan dari Zafril itu aku jawab dengan rengusan. Sudah tamat waktu pejabat ke mana

lagi aku mahu pergi? Mestilah aku mahu pulang ke rumah. Belum sempat aku menekan

butang lif untuk turun ke bawah Zafril telah terlbih dahulu menyaingi gerakan tanganku dan

aku membiarkan sahaja dia yang menekan butang itu.

“Jom, Zaf hantar Safi balik.” Pelawa Zafril dengan senyuman panjang.

Aku mengetap bibir geram. Sudah aku maklumkan pada Zafril pagi tadi yang aku

memandu sendiri hari ni. Tidakkah lelaki itu ingat akan kata-kataku pagi tadi? “Tak apalah,

kan Safi bawa kereta hari ini…”

“Tinggalkan aje kereta tu kat parking. Zaf hantar Safi balik.” Potong Zafril sebelum

sempat aku menghabiskan kata.

Nekad betul lelaki di sebelahku ini. Aku yakin jika aku menolak pasti dia akan marah.

Sedangkan pagi tadi sewaktu aku pergi kerja terlebih dahulu dan membiarkannya menunggu

di rumahku, panjang berjela lelaki itu memberikan syarahan padaku sewaktu dia tiba di

pejabat. Inikan pula jika aku menolak kemahuannya berhadapan begini.’

Aku merenung Zafril tajam. Dan apabila melihat Zafril yang masih memandangku

sambil kedua-dua belah tangannya menyeluk saku, tiba-tiba idea muncul di benakku. Pantas

aku mengukir senyuman dan dibalasnya.

“Tak menyusahkan Zaf ke hantar Safi balik?” aku memulakan misi. Aku benar-benar

tidak mahu menyusahkannya.

Page 491: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

490

“Taklah Zaf pun nak balik juga ni.”

Aku pura-pura mengerutkan wajah. “Briefcase Zaf mana? Takkan nak balik

melenggang je?”

Zafril seolah-olah tersedar sesuatu, pantas dia menyelok kocek seluarnya. “Ha’ahlah

Zaf lupa. Bukan briefcase je, kunci kereta pun tertinggal kat office ni. Safi tunggu sekejab.

Zaf masuk pejabat balik. Tunggu tau.” Zafril berpaling dan menuju ke ruang pejabatnya

semula.

Aku tersenyum rancanganku berjaya. Cepat-cepat aku memasuki lif apabila lif itu

terbuka. Pantas aku mengeluarkan telefon bimbitku. Aku tahu dia akan marah namun aku

benar-benar tidak mahu lagi menyusahkan lelaki itu. Lantas aku menghantar mesej padanya.

Zaf, Safi balik dulu. Ada hal. C U 2morrow.

KELUHAN berat terlepas dari bibirku. Melihat Shania yang masih lagi mencari-cari barangan

untuk hiasan hantarannya memeningkanku. Hari pertunangannya seminggu sahaja lagi tapi

Shania masih lagi mencari kelengkapan hantaran. Tiada satu pun hantaran yang disiapkan

lagi. Mana tidaknya semuanya hendaklah berwarna merah lembut sedondon. Tidak mahu ada

sedikit pun warna ungunya. Cerewet, mengalahkan untuk membuat persiapan hantaran

perkahwinan pula. Itu baru hantaran untuk pertunangan, belum lagi hantaran untuk

perkahwinan, entah-entah lagi cerewet agaknya.

Setelah puas memilih reben yang dikehendakinya barulah dia menuju ke kaunter. Aku

mengeleng kepala memandang meja kaunter itu, penuh dengan barang-barang yang Shania

beli. Rasanya setiap kali masuk ke kedai peralatan perkahwinan pasti banyak barangan yang

Shania borong. Tapi entah kenapa dia masih merasakan tidak cukup lagi semua barangan

yang dibelinya itu.

“Assalamualaikum.”

Page 492: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

491

Serentak berpaling aku turut menjawab soalan itu. Aku tersenyum memandang Hafiz

yang sudah pun berada di sebelahku. “Tepat pada masanya. Nasihatkan sikit kawan Hafiz ni,

kalau dah memborong tu tak ingat dunia.” Bebelku sambil menjuihkan bibir ke barang-

banrang yang sedang dikira oleh cashier di hadapan.

“Eh, apa pula ni pun tak cukup lagi tau.” Shania mula membela diri.

Aku membesarkan mata mendengar kata-kata Shania itu. “Tak cukup? Eh, Nia nak

bertunang je tau, bukannya nak terus kahwin.” Geram aku mendengar Shania berkata tidak

cukup. Bukan baru kali ini aku menemani dia membeli belah untuk majlisnya, tapi sudah

banyak kali, takkan itu pun masih tidak cukup?

“Alah, entah-entah masa Kak Safi bertunang nanti, silap-silap satu kedai ni Kak Safi

borong.”

Aku hanya mencebikkan bibir, malas mahu melayan karenah Shania. Aku tahu kalau

berbahas dengannya tentang keborosannya itu, pasti dia tidak akan mengaku kalah. Hafiz

yang berada di sebelahku hanya tersenyum.

“Nasib baik Hafiz call kata nak belanja kita orang makan. Kalau tak, tak habis lagi tu

duk pusing-pusing satu shopping complex ni.” Aku sudah ke tepi memberi laluan untuk

Shania membuat bayaran.

“Kena buli dengan Shania lagilah ni. Temankan dia beli barang.” Ujar Hafiz yang

masih lagi tersenyum panjang melihat muncungku.

“Tahu tak apa. Dari pagi berjalan ni tau. Tak henti-henti.”

Hafiz ketawa besar mendengar bebelanku. “Tak apa nanti bila Safi nak bertunang, Safi

pula buli dia.” Hafiz sengaja memberikan idea untuk meredakan rasa geramku.

“Em… memang dah pasang niat pun nak balas dendam.” Kataku yang masih lagi

geram dan Hafiz masih lagi dengan tawanya.

Page 493: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

492

“Ni apa gelak-gelak ni. Kutuk Nialah tu.”Shania menyertaiku dan Hafiz yang sdang

rancak berbual.

“Memang pun.” kataku sambil mengambil beberapa plastik di tangan Shania. Kesian

pula aku melihat Shania membawa kesemua plastik itu seorang diri. Hafz juga turut serta

mengambil beberapa beg plastik dari tangannya. Dan dia tersenyum panjang menerima

bantuan dari kami.

“Dah-dah, jom.” Aku melangkah keluar dari kedai peralatan perkahwinan itu. Aku

tidak mahu berlama-lama di situ. Nanti ada sahaja lagi barang yang ingin dibelinya. Pantang

nampak yang berkenan di mata, ada sahaja yang ingin disambarnya.

“Alamak kak. Nia lupa kain net yang mummy pesan.” Shania yang sudahpun sampai

di muka pintu masuk segera berhenti melangkah menyebabkan aku dan Hafiz turut berhenti

melangkah.

“Nia…” jeritku perlahan. Sudah aku katakan tadi, selagi tidak keluar dari kedai ini

pasti ada sahaja barang yang ingin dibelinya. Entah betul atau tidal mak lang ada pesan

sebegitu padanya.

“Sorrylah akak Nia betul-betul lupa ni. Tak apa, akak dengan Hafiz tunggu kat luar je

okay.” Segera Shania menyerahkan kesemua plastik yang dipegangnya tadi kepada Hafiz dan

dia kelam kabut masuk ke dalam kedai itu semula.Hafiz pula sudah tidak memang tangan.

“Kesian Hafiz, tak pasal-pasal jadi tukang angkat barang.” Aku melahirkan rasa

simpati apabila melihat dia masih lagi terkial-kial memegang kesemua beg plastik yang sarat

itu.

“Tak apa dah biasa. Kat U dulu pun dia pernah buat kerja gila borong barang banyak-

banyak. So, nak tak nak sayalah jadi mangsanya. Lepas ni giliran doktor Andrew kesayangan

dia pula yang jadi mangsanya.”

Page 494: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

493

Aku turut tertawa kecil . Tidak sangka sejak Universti lagi, Hafiz telah menjadi

peneman Shania membeli belah. Telefon bimbitku yan berdering lantang di dalam tas tangan

meminta perhatian untuk dijawab. Tertera nama Zafril di skrin kecil itu. Aku menekan butang

hijau untuk menjawab panggilannya.

“Kat mana?” Soalan pertamnya sebaik sahaja dia menjawab salam yang aku berikan.

“Shopping complex.”ringkas sahaja jawapan yang aku berikan. Sengaja tidak mahu

memberitahu di mana aku berada pada ketika ini.

“Shopping complex banyak kat KL ni. Yang mana satu?”

Suara Zafril yang agak tegas ini menimbulkan tanda tanya di hatiku. Apa kena

dengannya hari ni? “Semua House.”

“Dengan siapa?”

Makin berkerut dahku mendengar soalannya. Bukankah aku sudah memberitahu Zafril

pagi tadi yang aku sudah berjanji keluar dengan Shania sebeb itu aku tidak dapat menerima

pelawaannya yang ingin keluar makan bersamaku hari ini.

“Shania.”

“Shania?” Soal Zafril seolah-olah tidak mempercayainya.

“Ha’ah Shania. Kena…” Belum sempat aku mengahbiskan soalanku, Zafril telah

terlebih dahulu memutuskan talian. Aku terdiam seketika. Kenapa Zafril mematikan talian

dengan tiba-tiba. Apa yang tidak kena dengannya hari ini?

KETAWA aku dan Amy memecahkan kesepian ruang reception ini. Walaupun sedang sarat

mengandung dan seminggu dua sahaja untuk bersalin, Amy masih lagi datang berkerja seperti

biasa. Wajahnya semakin ceria menanti ketibaan hari yang pasti membawa kebahagian

buatnya dan suaminya. Sesekali aku tersenyum melihat Amy mengusap-ngusap perutnya yang

sudah membesar itu.

Page 495: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

494

“Akak bila lagi?”

“Bila lagi apa?” Sengaja aku bersoal begitu. Aku tahu dan faham sungguh dengan

maksud Amy itu. Sengaja aku memulangkan soalan itu padanya. Sudah banyak kali Amy

menyoalkan perkara itu padaku, bukan sahaja Amy, malah Kak Ros juga begitu. Itu belum

lagi termasuk beberapa pekerja lain. Di rumah tak payah cerita itu adalah topik utama yang

akan ibu bincangkan. Apabila aku cuba berdalih, pasti ibu akan berleter panjang. Nasib baik

ada ayah yang tolong mempertahankanku.

“Eleh, buat-buat tak faham pula.” Usik Amy.

Aku mengerutkan dahi. Pura-pura tidak faham bicara yang Amy maksudkan.

“Bila akak nak kawin?” terus sahaja Amy mengajukan soalan itu.

“Entah tak tahulah bila. Maklumlah orang macam akak ni mana ada orang

berkenan.”Aku buat muka sedih. Sengaja mahu mengusik Amy.

“Eleh, tak ada orang berkenan konon. Tu yang Encik Zafril tu yang sedia menanti Kak

Safi tu bukan orang ke?”

Aku mencebik bibir bila mendengar nama itu. Semenjak aku menolek pelawaannya

dua hari lepas untuk keluar makan bersama kerana aku ngin menemani Shania membeli belah

lelaki itu menarik muka masa denganku. Sepanjang dua hari ini lelaki itu menganggapku

tidak wujud di pejabat ini. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir lelaki itu padaku.

“Tak payah nak sembunyi-sembunyilah kak. Amy dah lama tahu. Sejak akak hantar

resume kat sini dulu Amy dah tahu yang Encik Zafril tu sukakan akak. Dan Kak Safi nak tahu

masa Kak Safi berhenti kerja dulu, lain macam je dia tu. Macam orang mati bini pun ada.”

Amy bercerita dengan tawa kecilnya yang tak sudah.

“Ish, merepek ajelah Amy ni.” Segera aku menyanggah. Namun dalam hati aku masih

berkira-kira benarkah begitu? Kak Ros juga pernah berkatakan hal yang sama padaku.

Betulkah perletakkan jawatanku dulu benar-benar memberi kesan pada lelaki itu?

Page 496: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

495

“Apa pula merepeknya. Amy cerita benda betullah. Kalau akak nak tahu lagi, setahun

akak tak ada kat sini, setahun jugalah muka dia ketat 24 jam. Tak mahunya nak senyum-

senyum. Bila akak dah balik kerja kat sini barulah ceria muka singa tu.”

Aku membesarkan mata apabila mendengar Amy mengelarkan Zafril singa. Amy

tertawa kecil.

“Amboi marah nampak.” Sakat Amy lagi.

“Dahlah malas akak nak layan Amy ni. Akak buat kerja lagi baik.” Aku terus berlalu

menggalkan Amy yang masih ketawa besar. Aku turut tertawa apabila mengenangkan gelaran

yang Amy berikan pada Zafril. Terbayang semula pula gelaran yang aku pernah berikan pada

Zafril dahulu.

Belum pun sempat aku duduk di mejaku langkahku terhenti dengan sendirinya apabila

melihat Zafril yang baru hendak melangkah kelaur dari biliknya. Aku terdiam seketika begitu

juga dengan Zafril yang hanya merenungku.

“Er… Encik tak keluar lunch?” Kataku sengaja mahu mematikan renuangan Zafril

yang tepat menikam wajahku sedari tadi tanpa henti.

“Tak.” Jawabnya sepatah sambil terus memandangku.

Aku sudah tidak tahu hendak kata apa. Zafril masih lagi terus merenungku tanpa kelip.

Aku ingin segera bergerak ke meja namun langkah kakiku seolah-olah tidak terbuka dan

masih lagi terlekap di situ. Apa masalah Zafril hingga merenungku sebgitu sekali? Apa pula

masalahnya kali ini?

“Masuk.”

Akhirnya setelah mengeluarkan arahan itu dia masuk semula ke dalam biliknya. Aku

menarik nafas lega. Namun rasa lega itu hanya seketika apabila aku masuk ke dalam bilik itu,

dia yang sudahpun duduk di kerusinya kembali merenungku yang sudah berdiri tegak

mengadap lelaki itu. Aku sudah mengaru kepala yang tidak gatal. Sudah hampir dua minit aku

Page 497: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

496

berdiri di sini namun tiada satu pun kata yang keluar dari bibir lelaki tu. Hanya renungan

tajam yang aku terima sedari tadi.

“Kalau tak ada apa-apa saya keluar dululah encik.” Terus sahaja aku membuat

keputusan tu.

“Safi keluar dengan siapa ahad lepas?”

Aku yang baru sahaja ingin mengatur langkah mematikan niatku apabila mendengar

soalanya. Aku mula mengadap Zafril semula. Memandang sahaja lekaki itu dengan

pandangan hairan. Bukankah aku sudah jawab soalan itu sewaktu dia menghubungiku ketika

aku berada di hadpaan kedai kelengkapan perkahwinan ahad lalu.

“Dengan siapa?” Zafril masih dengan soalannya.

“Dengan Shania. Kan saya…”

“Come on Safi. Tak payah nak tipu Zaf.”

Aku mengeluh berat, Satu-satunya perangai Zafril yang aku tidak suka iaitu dia suka

memotong cakapku sebelum sempat aku menghabiskan kata. Sudahlah begitu dia masih lagi

tidak mahu mempercayai kata-kataku.

“Shania.” Aku tetap memberikan jawapan yang sama kerana memang itulah

kenyataannya namun mengapa pula Zafril seolah-olah meraguinya?

“Bukan dengan Hafiz?” Provok Zafril tiba-tiba.

Aku tersentak. Bagaiman Zafril boleh mengetahui tentang hal itu? Memang pada

awalnya aku hanya keluar berdua sahaja dengan Shania kemudian apabila petang dan Hafiz

menghubungi Shania barulah Hafiz turut serta bersama kami di shopping complex itu. Dan

yang pentingnya aku bukan keluar berdua sahaja dengan Hafiz, Shania juga ada pada waktu

itu.

“Tapi…”

Page 498: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

497

“Tak payah nak tipu Zaf, Safi. Zaf nampak Safi dengan dia kat depan kedai pengantin

tu.” Sinis sahaja bicara yang Zafril tuturkan.

Kini aku mula menyedari sesuatu. Patutlah Zafril menghubungiku waktu tu. Pasti

Zafril ternampak dirinya yang berada di luar kedai itu bersama-sama Hafiz. Shania pula

mungkin ada di dalam kedai waktu tu. Mungkinkah kerana hal itu Zafril menarik muka

denganku selama dua hari ini?

“Buat apa kat kedai tu? Beli barang untuk majlis Safi dengan Hafiz ke?” Dengan

wajah tegang dia mengajukan soalan itu.

Aku agak terkejut mendengar soalan Zafril itu. Wajah lelaki itu aku teliti. “Kenapa?

Cemburu ke?” Sengaja aku mengeluarkan soalan itu. Sekaligus tidak mahu menjawab

soalannya sebentar tadi. Ingin juga aku duga hatinya. Adakah dia masih lagi mencemburi

Hafiz seperti mana dahulu.

Zafril ketawa kecil. “Nonsense. Come on, buat apa Zaf nak cemburu.” Zafril

menyambung tawanya.

Aku pula hanya menutup mulut, memeluk tubuh dan memadang tepat ke mata lelaki

itu. Tawa Zafril mula hilang apabila membalas renunganku. Kali ini aku tidak mahu kalah

dengan renungan lelaki itu. Dan beberapa ketika kemudian dia mematikan renungannya dan

berpura-pura menyibukkan diri menyemak kerja-kerjanya.

Aku tersenyum sendiri, tidak pernah selama ini dia mengalah apabila berbalas

pandangan denganku, selalunya aku sahaja yang akan melarikan padangan apabila mata kami

bertembung. Kini aku yakin dia masih mencemburui Hafiz dan kata-katanya sebentar tadi

adalah helahnya semata-mata untuk melindungi rasa cemburunya itu.

“Ambilkan Zaf fail projek kita dengan Alam Megah.” Arah Zafril tanpa memandang

wajahku.

Page 499: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

498

“Okay.” Balasku sepatah dan segera berlalu keluar dari bilik itu. Senyuman masih

lagu bergayut di bibirku. Kini aku yakin Zafril masih lagi mencintaiku, cuma mungkin lelaki

itu masih lagi marah dengan tindakanku dahulu dan disebabkan itu dia sengaja bermain tarik

tali denganku. Aku masih lagi tersenyum senang, sememangnya bukan mudah untuk aku

mengambil kembali hati lelaki ini.

Page 500: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

499

BAB EMPAT PULUH LIMA

AKU Membelek diriku di hadapan cermin. Tersenyum aku memandang kebaya labuh

berwarna putih yang meliputi badanku kini. Baju pemberian Zafril sewaktu di pulang dari

Manila dua tahun lalu, cantik terletak di badanku. Entah kenapa aku teringin memakai baju ini

pada hari ini. Apa agaknya reaksi lelaki itu apabila terlihat aku memakai baju ini?

“Okay kak Melur. Make up Kak Safi pula.”

Aku terkejut mendengar kata-kata Shania. Belum sempat aku berkata apa-apa Shania

telah menarikku duduk di kerusi meja solek itu menggantikan dirinya.

“Kenapa akak nak kena bersolek pula ni?” aku pantas menghalang apabila tangan Kak

Melur yang terselit berus menghampiri wajahku.

“Yelah kak baju dah cantik. Takkan tak nak bersolek pula. Bersoleklah sikit, biar

berseri wajah tu.” Shania yang telah siap disolek itu tersenyum-senyum memandangku.

“Eh, bukannya akak yang bertunang hari ini, buat apa akak nak bersolek bagai. Tak

naklah akak.” Aku mula bangun, namun dengan pantas Shania memegang bahuku dan

menghalangku bangun dari duduk, lalu aku terduduk semula di kerusi itu.

“Yelah, akakkan pengapit Shania hari ni. So, akak pun kenalah cantik-cantik juga.”

“Sejak bila pula orang yang bertunang pakai pengapit ni?”Soalku tidak puas hati.

Tidak pernah aku mendengar yang orang bertunang juga menggunakan pengapit. Selalunya

sewaktu perkahwinan sahaja pengapit digunakan.

“Kalau orang lain tak buat tak apa. Tapi Nia nak buat. Nia tetap nak akak jadi pengapit

Nia hari ni.” Shania masih lagi berkeras.

“Hah, tak naklah akak.” Aku pula cuba berkeras. Menjadi pengapit itu bukan masalah

yang sebenarnya, cuma aku tidak mahu disolek hari ini. Sudahlah baju yang aku gunakan ini

agak menyerlah daripada biasa, nanti jika ditambah dengan solekan oleh Kak Melur, mungkin

aku akan kelihatan berlebih-lebihan daripada Shania pula.

Page 501: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

500

“Alah, kak please.” Seperti biasa, Shania mula menunjukkan muka kesian padaku.

Aku pula menarik muka.

“Please...” Shania masih terus merayu.

Hatiku mula berbelah bagi apabila mendengar rayuan shania itu. Kesian pula aku

melihatnya yang begitu bersungguh-sungguh mengoncang tanganku memohon persetujuan

daripadakuku.

“Okaylah...” akhirnya aku memberikan persetujuan.

Shania sudah menjerit keriangan.

“Tapi... Tak nak solek tebal sangat. Nak simple je, boleh?” aku menggenakan syarat,

tidak mahu nanti terlebih kuah dari sudu.

“Okay, beres.” Shania menunjukkan thumb up padaku.

Aku mengeleng kepala dengan gelagat Shania. Sememangnya dari dahulu lagi aku

tidak boleh berkata tidak pada setiap permintaannya. Shania begitu pandai membeli hatiku

dengan rayuannya.

Lincah sahaja tangan Kak Melur merias wajahku. Dalam hatiku agak berdebar

menantikan hasilnya. Belum pernah aku bersolek begitu. Jika ke pejabat atau keluar aku

hanya mengenakan bedak asas dan gincu bibir sahaja. Tidak lebih dari itu.

Tidak sampai setengah jam wajahku sudah siap disolek oleh Kak Melur. Aku berpuas

hati dengan solekkan Kak Melur. Tidak terlalu tebal dan yang penting nampak natural seperti

permintaanku tadi.

“Perghh... cantiklah Kak Safi. Tak boleh jadi ni. Kak Melur touch up Nia lagi sikit.

Mana boleh Nia kalah dengan Kak Safi hari ni.” Shania sudah mula duduk semula di kerusi

solek itu apabila aku telah bangun dari dudukku.

Aku hanya mampu tersenyum dan mengelengkan kepala apabila mendengar kata-kata

Shania. Aku tahu dia hanya bergurau sahaja denganku. Masakan aku kalahkan kecantikan

Page 502: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

501

Shania hari ini. Dengan baju kebaya moden berwarna biru itu memang padan dengan warna

kulit Shania yang putih melepak. Solekkan Kak Melur pada Shania benar-benar menaikkan

seri wajahnya hari ini. Aku yang wanita pun boleh terpegun melihatnya inikan pula Dr.

Andrew pasti terbeliak biji mata agaknya.

“Safi.”

Aku menoleh memandang ibu yang telah berada di hadapan pintu bilik.

“Amboi cantiknya anak ibu hari ni. Ni siapa yang nak bertunang ni Safi ke nia?” ujar

ibu sambil merapatiku yang duduk di birai katil. Shania yang masih disolek oleh Kak Melur

sudah meletus tawanya.

“Overlah Safi hari ni ibu tengok.” Ibu masih lagi mengusik.

“Ibu...” Aku sudah terjerit kecil mendengar kata-kata ibuku. Shania pula makin galak

ketawa membuatkan hatiku jadi semakin geram.

“Okaylah, takkan Safi nak cantas Nia pulakan hari ni. So, biar safi cuci semua make

up ni lepas tu tukar baju lain. Hah, biar Safi pakai kain batik dengan t-shirt je.” Ujarku

bersama-sama rasa geram di hati. Aku sudah bangun dan mahu mula melangkah ke bilik air.

Namun belum sempat langkah kubuka tangan ibu sudah berpaut ke bahuku, menahanku dari

terus melangkah.

“Amboi, ibu nak bergurau pun marah.” Ibu mencuit daguku.

Aku menarik muncung, Shania yang masih lagi dengan tawanya kujeling geram.

“Mana ada anak ibu ni over sangat hari ni. Okaylah ni, cantik. Kita nikan

perempuan... kenalah sentiasa pandai merias diri.” ibu mula memujuk.

“So, tak salahlah safi pakai macam ni, bersolek macam nikan?” tanyaku sambil

memeluk bahu ibu.

Page 503: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

502

“Memang tak salah pun. Lagipun buknanya over sangat. Ibu gurau aje tadi. Em...

itulah dari dulu ibu suruh pakai cantik-cantik, belajar make up tak nak. Suka sangat dengan

imej simple dia tu.” Ibu mencuit hidungku.

Aku tersenyum mendengar bebelan ibu. Bukan sekali dua ibu membebel supaya aku

tampil lebih feminin, tapi sudah banyak kali. Namun aku lebih suka tampil dengan imej yang

ringkasku. Tidak perlulah aku untuk memikirkan tentang solekkan dan sebagainya. Hanya

bedak dan sedikit calitan gincu pada bibir sahaja sudah cukup padaku. Kerjayaku sebagai

setiausaha tidak pernah berjaya menjadikanku feminin kerana aku lebih selesa dengan imej

yang aku bawa selama ini.

“Eh, dahlah ibu sebenarnya nak tanya safi mana kain alas dulang yang Safi simpan

tu?” Ibu terus bertanya tujuan asalnya memasuki bilik ini.

“Ada dalam almari.”

“Okay, keluarkan lepas tu bawa ke bawah ye. Kita nak susun hantaran pula ni.”

“Yes madam.” Aku memberikan tabik hormat pada ibu. Ibu mengeleng melihat

tingkahku dan kemudian dia mengusap pipiku sebelum melangkah keluar.

Aku berjalan menuju ke almari baju. Aku keluarkan sebungkus besar plastik yang

mengandungi alas dulang hantaran. Kemudian aku menutup almari pakaianku semula. Shania

yang masih lagi disolek oleh Kak Melur aku tenung seketika. Tidak sangka hari ini Shania

akan bertunang dengan Dr. Andrew pilihan hatinya. Atas permintaan Shania sendiri, majlis

pertunangan ini dijalankan di rumah orang tuaku. Macam-macam alasan yang dia berikan

agar majlis ini diadakan di sini. Tambahan pula ibu dan ayah memang suka jika majlis

pertunangannya diadakan disini. Aku pula tiada apa-apa bantahan, lagipun jika majlis ini

diadakan di sini lebih mudah aku sekeluarga memberikan bantuan.

Sewaktu aku ingin melngkah kelaur dari bilik telefon bimbitku berdering lantang.

Aku bergegas mengambil telefon bimbitku yang berada di meja sisi katil. agak terkejut aku

Page 504: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

503

melihat nama Zafril yang tertera di skrin kecil itu. Sejak aku bercuti khamis lalu dia tidak

pernah langsung menghubungiku mahupun berbalas sms denganku. Lelaki itu umpama

menyepikan diri tiga hari ini. Aku pula entah mengapa terasa tidak mahu menjawab panggilan

daripada lelaki itu lebih-lebih lagi apabila aku sedang sibuk membantu Shania menguruskan

majlis pertunangannya ini.

Telefon bimbit itu masih lagi berdering lantang setelah berhenti seketika. Aku

tersenyum seketika memandang telefon bimbit itu. Sengaja tidak mahu mengangkat panggilan

Zafril itu dahulu. Aku mahu melihat sejauh mana kesungguhannya cuba untuk

menghubungiku. Dan apabila telefon itu sudah berdering buat kali yang ketiga barulah aku

menjawab panggilannya.

“Assalamualaikum.” Aku memulakan perbualan.

“Waalaikumusalam.” Lemah sahaja suara Zafril menyambut salam yang aku hulurkan.

Kemudian dia mendiamkan diri. Aku juga turut mendiamkan diri, membiarkan Zafril yang

meneruskan kata terlebih dahulu.

“Safi... er...” bicara Zafril tersekat-sekat.

Aku masih mendiamkan diri, menanti Zafril meneruskan kata.

“Zaf, nak tanya satu soalan boleh?”

Aku tersenyum mendengar soalannya. Tidak pernah pula dia meminta kebenaran

sebegini padaku sebelum menanyakan apa-apa soalan. Hari ini lain pula perangai lelaki ini.

“Tanyalah.” aku memberikan kebenaran.

“Betul ke hari ni... ni Safi...”

“Safi... Lah budak ni cepatlah sikit. Mana alas dulangnya. Rombongan lelaki dah nak

sampai sekejap lagi ni.” Laung ibu di muka pintu menyebabkan aku berpaling dan Zafril

memantikan katanya tiba-tiba.

Page 505: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

504

“Okay, ibu.” Balasku pada ibu sebelum ibu keluar semula dari bilik itu. “Zaf, rasanya

Zaf pun tahu, hari ini hari apakan? Jadi, Safi memang tak boleh nak cakap dengan Zaf lama.

Sorry Zaf, Assalamualaikum.” Aku terus mematikan talian sebelum sempat mendengar Zafril

membalas ucapan salamku. Aku yakin dia paham akan situasi aku kini. Apabila ada majlis

besar berlansung di rumah sendiri, sudah pasti tuan rumah menjadi sibuk dan kalut dengan

pelbagai perkara.

Aku harus segera membawa alas dulang itu pada ibu. Jika tidak makin panjang

bebelan ibu itu nanti. Tambahan pula rombongan pihak lelaki akan sampai tidak lama lagi,

takut nanti kalau lambat kelam kabut pula jadinya. Tentang Zafril tidak mengapa, pasti

sebentar lagi lelaki itu akan tiba di sini untuk memeriahkan majlis pertunangan Shania. Jadi

sewaktu dia sampai nanti, aku akan berbual panjang dengannya.

AKU membetulkan hantaran yang sudah elok terletak di atas dulang tembaga itu. aku cukup

berpuas hati dengan hasil tanganku dan Shania. Nampak cantik kesemua gubahan itu, terasa

berbaloi bersengkang mata dan berhempas pulas dalam tiga hari ini apabila melihat kesebelas

hantaran yang tersusun di depan mata.

Rombongan Dr. Andrew dalam perjalanan ke sini, sewaktu Shania menghubunginya

lima minit tadi. Entah mengapa tiba-tiba aku pula yang terasa debarannya. Aku menghembus

nafas perlahan-lahan, menghilangkan debaran di dadaku yang entah dari mana puncanya.

Aku berpaling apabila suatu suara memanggilku dari muka pintu rumah. Zafril! Nama

itu meniti di hatiku. Senyuman segera aku ukirkan pada lelaki itu namun sebaik sahaja aku

menelitinya senyuman mula kendur dari bibirku.

Dia kelihatan termengah-mengah seolah-olah baru lepas berlari dan dia hanya

mengenakan seluar jeans dan t-shirt berkolar putih sahaja hari ini. Beberapa saudara-maraku

yang berada di ruang tamu ini berbisik-bisik sambil memandangku dan dirinya silih berganti.

Page 506: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

505

Tidak selesa dengan pandangan saudara maraku itu, aku terus melangkah

menghampiri Zafril yang masih lagi terpacak di muka pintu, tidak bergerak walaupun seinci.

Apabila aku sampai di hadapannya, lelaki itu masih lagi merenungku tanpa bicara,

membuatkan aku benar-benar tidak selesa dengan keadaan tika ini.

“Jom, kita ke sana.” Ajaku sambil melangkah keluar dari rumah dan menuju ke

khemah yang terdapat di luar rumah. Aku tidak selesa berbual dengannya apabila banyak

mata saudara-maraku yang berada di dalam rumah itu memerhatikan kami. Zafril pula hanya

mengikut sahaja langkahku.

Niatku untuk melarikan diri dari pandangan saudara-maraku tidak berhasil kerana

apabila sampai sahaja di porch kereta ini bersama Zafril masih banyak mata yang memerhati

sambil berbisik sama sendiri. Entah apalah yang mereka fikirkankan apabila melihat aku

bersama-sama Zafril di sini? Entah apa yang sedang mereka perkatakan?

“Kenapa pakai jeans dengan t-shirt je ni?” Soalku apabila berhadapan dengannya.

Bukan aku tidak suka dengan penampilannya itu cuma aku berasa pelik. Selalunya Zafril pasti

akan berpakaian mengikut kesesuaian majlis, tapi hari ini tidak pula. Di majlis pertunangan

begini tidak elok rasanya dia berpakaian begitu. Tambahan pula dia adalah abang sepupu

Shania merangkap salah seorang wakil pihak perempuan. Jadi dengan t-shirt dan jeansnya itu

memang tidak sesuai dengan majlis.

Zafril tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia terus-terusan merenung diriku tanpa

kelip. Makin kalut aku apabila membalas renungannya.

“Zaf, kenapa...”

“Betul ke Safi bertunang hari ni?”

“Hah!” terkejut aku mendengar soalan Zafril. Kenapa tiba-tiba sahaja Zafril berfikir

begitu tentangku.

Page 507: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

506

“Betul ke?” Zafril yang sudah seolah-olah tidak sabar untuk menanti jawapanku terus

mendesak.

“Siapa cakap Safi bertunang hari ni?” Tiada ribut tiada angin tiba-tiba sahaja dia boleh

bertanya sebegitu padaku.

“Please Safi, Zaf tahu Zaf dah terlambat, tapi Safi tak boleh teruskan pertunangan ni.

Zaf nak Safi tahu yang Zaf cint...”

“Hai, Abang Add.”

Tumpuanku berkalih pada Shania yang sudah pun memeluk lenganku. Kata-kata dari

bibir Zafril tidak dapat Zafril zahirkan sepenuhnya. Entah bila pula Shania turun ke bawah

dan keluar ke sini. Bila-bila masa sahaja lagi rombongan pihak lelaki akan datang dan tidak

manis rasanya jika Shania masih berada di sini. Sepatutnya Shania berada di bilik, menanti di

situ. Apabila aku ingin membuka bicara meminta Shania kembali ke bilik secepat itu juga

Shania pantas mengangkat tangannya memberi isyarat agar aku memberikannya masa lima

minit sebelum dia kembali ke bilik.

“Abang Add, semalam kata tak nak datang, tak percaya konon... Tiba-tiba je terpacak

kat sini hari ni kenapa? Takut juga Abang Add ye.” Kata Shania sambil diselang dengan

tawanya.

Aku semakin buntu. Tadi aku berasa pelik dengan pertanyaan Zafril dan kini rasa

pelik itu bertambah-tambah dengan hidangan kata-kata Shania pula. Kenapa Zafril tidak mahu

hadir ke sini hari ini? Bukankah hari ini hari pertunangan Shania, adik sepupunya. Kenapa

pula dia tidak mahu hadir? Aku memandang Zafril yang sedang memandang Shania dengan

wajah hairannya. Aku mula terasa seperti ada yang tidak kena di antara Zafril dan Shania saat

ini. Shania pula masih lagi dengan senyuman panjangnya.

“Berjaya juga Shania tipu abangkan.” Shania terus dengan tawanya.

“Tipu?” Zafril masih lagi dalam kehairanan.

Page 508: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

507

“Shania je yang bertunang hari ni. Kak Safi tak.”

Penjelasan Shania itu masih mengelirukanku.

“Kenapa Shania tipu abang?” Soal Zafril yang sudah pun berubah rona warnanya.

“Saja nak sedarkan Abang Add yang abang cintakan Kak Safi dan tak boleh hidup

tanpa Kak Safi.”

Mendengar kata-kata Shania itu membuatkan mukaku merona merah menahan rasa

malu. Zafril yang sedang memandangku langsung tidak kukerling walaupun seketika. Mataku

masih mencerun memandang Shania.

“Rombongan lelaki dah sampai.” Terdengar suara saudaraku yang berada di luar

khemah menyampaikan berita.

“Hah, dah sampai?” Shania yang terkejut mendengar jeritan itu segera menarik

tanganku, membawaku bersama-samanya masuk ke dalam rumah semula.

“Hei, kata Shania yang bertunangkan. Yang tarik Safi masuk dalam sekali ni kenapa.

Biarlah Safi kat sini temankan abang.” Zafril cuba menghalang Shania membawaku jauh

darinya.

“Ish, Abang Add ni nak bercinta-cinta pun, nanti-nantilah. Kak Safi kena ikut Shania.

Today she my maid of honour, okay.” Segera Shania membalas apabila Zafril tiba-tiba muncul

di hadapan menghalang jalannya dan aku.

“Aik, bertunang pun nak guna maid of honour ke?” Gurau Zafril.

“Eh, mestilah. Dah tepi sikit, jangan nak menyibuk.” Shania segera menolak badan

Zafril yang menghalang jalan ke tepi.

Antara hendak dan tidak aku terpaksa juga mengikut langkah Shania yang semakin

laju menuju ke bilik. Sebelum masuk ke dalam rumah aku sempat membalas pandangan

dengan Zafril seketika.

Page 509: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

508

Sebaik sahaja sampai di bilik aku terus menarik tangan Shania supaya mengadapku.

Aku perlukan penjelasan Shania saat ini. Setiap persoalan yang terbelenggu di kepalaku

sewaktu di luar rumah tadi memerlukan jawapan segera daripada Shania. Perangai dan

persoalan-persoalan pelik dari Zafril tadi rasanya seperti ada kaitan dengan Shania

memandangkan Shania asyik tersenyum sejak berjumpa dengan Zafril sebentar tadi.

“Baik Nia cerita kat akak semuanya.”

“Cerita apa?”

“Nia jangan main-main, tahu.”

“Alah akak lepas majlis ni Nia cerita okay. Nia janji.”

“Tak boleh. Nia kena cerita sekarang juga. Semuanya.” Aku sudah tidak boleh

bersabar lagi. Aku mahu tahu segala-galanya sekarang juga, sebelum majlis ini bermula.

“Okay,” Shania akhirnya mengalah, dia membawaku duduk bersama-samanya di sisi

katil itu. “Yang sebenarnya kelmarin Nia bagitahu kat Abang Add yang Hafiz akan meminang

dan terus bertunang dengan akak hari ni, sama-sama dengan Nia.”

“Hah!” aku terkejut besar lantas terbangun dari duduk di sisi katil itu. terkebil-kebil

aku memandang Shania.

Shania ketawa melihat aku yang terperanjat. Segera dia menarik tanganku untuk

duduk semula di sisinya.

“Takkan Abang Add percaya?” Soalku perlahan.

“Itu yang Nia pelik. Kelmarin masa dia bagitahu dia, dia tak percaya. Semalam pun

dia masih lagi tak percaya. Tapi alih-alih hari ni boleh terpacak pula kat sini. Kira berjayalah

misi Nia ni.”

“Kenapa Nia buat macam tu?” Aku benar-benar ingin mengetahuinya. Kenapa dia

berbohong sebegitu dengan Zafril?

Page 510: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

509

Shania mengenggam kedua-dua belah tanganku. “Nia yang sebabkan akak putus

hubungan dengan Abang Add. Jadi Nia nak satukan akak dengan Abang Add semula.

Lagipun Nia benganglah dengan Abang Add tu, dah banyak kali Nia suruh dia lamar akak

semula tapi dia buat bodoh je.” Bebel Shania.

Aku tergelak mendengar bebelan Shania itu. Muncungnya yang sudah berdepa-depa

itu mencuit hatiku. “Biarlah, Abang Add masih marah dengan akak lagi tu.” Aku cuba

meredakan rasa bersalah Shania, aku tidak mahu dia terus diburu rasa bersalah padaku.

“Mungkin, tapi Nia yakin Abang Add terlalu cintakan akak. Masa dia temankan Nia

kat Amerika dulu dia tak pernah berenggang dengan gambar-gambar akak dalam handphone

dia. Cincin yang akak pulangkan tu pun dia asyik tenung. Macam orang anggau pun ada juga

Nia tengok. Entah-entah dia terbayangkan akak ada depan dia masa dia pandang cincin tu.”

Aku mula ketawa kecil. Sempat pula Shania menyelitkan jenaka dalam ceritanya itu.

Hatiku benar-benar terusik setiap kali mendengar cerita tentang Zafril sewaktu dia berada di

Amerika. Rasa bahagia apabila membayangkan segala apa yang diceritakan oleh Shania itu.

Aku tahu dan sentiasa yakin yang Zafril mencintaiku seperti mana aku yang begitu

mencintainya.

“Em... Tak pasal-pasal babitkan Hafiz pula Nia ni.” Aku sebenarnya tidak senang hati

apabila Shania membabitkan Hafiz dalam hal ini. Nasib baik Hafiz tidak mengetahuinya, jika

Hafiz mengetahuinya mungkin dia akan berkecil hati kerana memperguna-gunakan namanya.

“Alah, akak dia tak kisah. Lagipun Abang Add tukan jelous gila dengan Hafiz tu. So,

ni ajelah caranya Nia terfikir.”

Aku menarik hidung Shania perlahan. Dia tertawa kecil. Aku benar-benar tidak

menyangka dia boleh terfikir idea sebegini semata-mata mahu membuatkan Zafril kembali

menjadi milikku. Nampak sangat dia berusaha keras ke arah itu demiku. Rasa sayangku pada

Page 511: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

510

Shania makin melimpah luah. Gembira sungguh hatiku mempunyai adik seperti Shania

walaupun sebenarnya kami langsung tidak mempunyai pertalian darah.

“SAFI cari Zafril ke?”

Aku berpaling memandang mak lang yang tiba-tiba sahaja berada di belakangku.

Entah sejak bila dia memerhati aku yang sedari tadi terjenguk-jenguk di luar ni mencari

kelibat Zafril sebaik sahaja majlis berakhir. Malu pula rasanya untuk aku mengakuinya namun

setelah lama aku mencari namun masih tidak menjumpainya aku anggukkan juga kepala.

Manalah tahu mak lang tahu ke mana hilangnya Zafril. Sudah puas aku mencari dari dalam

rumah sehinggalah keluar rumah, tapi masih tidak berjumpa juga.

“Dia ada kat taman permainan tu. Tadi dia suruh mak lang bagi tahu Safi yang dia

tunggu sampai Safi datang kat situ.” Mak lang menerangkan sambil memuncungkan bibir ke

arah taman permainan yang terletak bertentangan dengan rumahku.

Mataku menyoroti pandangan mak lang. Setelah mengetahui di mana Zafril berada,

mengapa pula hatiku terasa berat untuk melangkah ke situ, menemui lelaki itu?

“Pergilah, dah lama Zafril tunggu Safi tu. Tadi masa dia sampai sini, turun je dari

kereta terus berlari cari Safi dalam rumah. Sampai dia terlanggar budak yang bawa pinggan

dalam khemah. Mujur tak pecah pinggang yang budak tu bawa. Nasib baik budak tu dengan

Zafril tak apa-apa.”

Patutlah semua saudara maraku memerhatikan kami sewaktu kami berbual di luar

rumah. Rupa-rupanya tindakan Zafril itulah yang menarik perhatian mereka. Pasti mereka

semua pelik melihat tingkahnya yang terlalu kalut itu. Dan aku sendiri tidak menyangka yang

Zafril boleh menjadi sekalut itu apabila mendengar pembohongan daripada Shania.

“Dahlah, pergi jumpa Zafril. Dah lama dia tunggu.” Mak lang mula mendesak apabila

aku masih lagi tidak berganjak.

Page 512: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

511

“Eh, tak apalah mak lang Safi nak tolong kemas-kemas ni.” Aku cuba untuk mengelak

daripada bertemu lelaki itu sedangkan sebentar tadi aku yang beria-ia mencari lelaki itu.

Entahlah, hatiku terasa berdebar tiba-tiba. Rasa takut pun ada juga.

“Tak apa, biar mak lang je tolong ibu Safi kat sini. Safi pergilah.”

Aku terpaksa jua mengatur langkah apabila mak lang menolak sedikit bahuku agar

segera pergi mendapatkan Zafril. Langkahku atur kemas menghampiri kawasan taman

permainan itu. Setelah kakiku menapak di kawasan taman itu aku melihat Zafril sedang duduk

termenung di salah sebuah bangku di taman itu. Kakiku tiba-tiba menghentikan langkah

apabila terlihat Zafril. Aku berpusing semula ke belakang semula memandang khemah yang

berada di hadapan rumahku. Tiada ramai lagi orang yang berada di dalam khemah itu, hanya

tinggal beberapa orang saudara maraku yang sibuk mengemas setelah selesai majlis sebentar

tadi.

Aku menarik nafas cuba mengumpulkan semangat seketika sebelum berhadapan

semula dengan Zafril. Setelah terasa hatiku sedikit tenang, aku berpaling memandang Zafril

semula yang masih lagi duduk di bangku itu. Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi aku

akan menghampirinya.

“Assalamualaikum.” Aku menghulurkan ucapan suci itu sebaik sahaja aku berada di

sebelahnya.

“Waalaikumusalam.” Zafril berpaling memandangku seketika. “Duduklah.” Zafril

mengesotkan dirinya ke tepi memberi ruang agar aku mempunyai ruang untuk duduk di

sebelah kirinya.

Aku segera melabuhkan punggungku di situ. Buat seketika aku dan dirinya

membisukan diri tidak memulakan kata hanya mata sahaja yang sibuk memerhati kanka-

kanak yang bermain di taman permain itu pada petang begini.

Page 513: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

512

“Cantik baju?” Setelah lama menyepi itulah ayat pertama yang keluar dari bibir Zafril

bersama kerlingan diwajahku.

Aku tertawa kecil. “Baju simple macam ni pun cantik ke?” sengaja aku berjenakan,

mengingatkan dirinya tentang kenangan kami suatu masa lalu, yang tak pernah aku lupakan.

Zafril turut sama ketawa kecil. “Tak sangka dapat juga Zaf tengok Safi pakai baju ni.

Ingatkan Zaf dan tak ada peluang tu lagi.”

Aku hanya mendiamkan diri. Aku juga pernah bersangka sebegitu suatu masa dahulu.

“Safi cantik sangat hari ni.” Puji Zafril pula.

Aku sudah tertunduk malu mendengar kata-katanya itu. Bibirku pula tidak tahu mahu

membalas apa-apa kata-kata Zafril sebentar tadi. Jadi aku hanya menundukkan wajah

memandang rumput di tanah itu.

“Zaf ingat Safi yang bertunang tadi.”

Aku berpaling memandang Zafril yang masih lagi memandangku dengan pandangan

yang sukar untuk aku tafsirkan. Nampaknya Zafril benar-benar percaya dengan penipuan

yang Shania lakukan.

“Kalau betul-betul Safi yang bertunang tadi macam mana?” sengaja aku mahu

menduga Zafril. Menduga perasaan lelaki itu jika apa yang Shania katakan tadi benar-benar

berlaku hari ini.

Keluhan berat terlepas di bibirnya. Dia menyandarkan tubuhnya ke kepala kerusi

namun matanya masih lagi menatapku di sebelahnya. “Zaf dah buat perkara paling bodoh

dalam hidup Zaf.”

“Perkara paling bodoh?” aku tidak memahami butir bicaranya.

“Iye, perkara paling bodoh. Safi dah ada depan mata Zaf, selalu ada di sisi Zaf tapi Zaf

tak ambil peluang tu untuk satukan cinta kita semula. Zaf tahu Zaf terlalu ego dan selalu sia-

Page 514: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

513

siakan Safi sejak Safi kerja semula dengan Zaf. Zaf tak patut buat Safi macam tukan.” Luah

Zafril.

“Tak apa Safi faham. Zaf marahkan Safi.”

“Memang Zaf marah, marah sangat waktu Safi minta putus dulu. Disebabkan rasa

marah tu Zaf ikut juga Shania ke Amerika. Kononnya nak jauhkan diri Safi supaya Zaf dapat

cepat-cepat lupakan Safi. Tapi makin jauh Zaf daripada Safi, Zaf makin cintakan Safi, Zaf tak

dapat nak lupakan Safi langsung. Bila Safi kerja semula dengan Zaf, Zaf cuba untuk

membenci Safi, cuba untuk meletakkan jarak antara kita walaupun Zaf sendiri sakit dengan

apa yang Zaf buat.”

Aku terdiam mendengar kata-kata Zafril itu. Hari ini barulah Zafril merungkai segala

isi hatinya padaku. Aku hanya mahu diam dan mendengar. Aku mahu tahu segala perasaan

dan rasa hati lelaki itu sepanjan perpisahan aku dengannya.

“Setelah apa yang kita lalui sepanjang perpisahan ini, Zaf hanya nak Safi tahu satu

perkara. Sejak kali pertama Zaf jumpa Safi, Zaf tak pernah berhenti mencintai Safi. Tak

pernah, walaupun sedetik.” Bersungguh-sungguh Zafril menyatakan segala rahsia hatinya

padaku.

Hatiku benar-benar terharu mendengar luahan rasa Zafril itu. aku tahu yang Zafril

benar-benar mencintaiku cuma aku sahaja yang selalu mempersiakan lelaki itu selama ini.

Sejak aku bekerja bersama Zafril dan jatuh cinta pada lelaki itu aku juga tidak pernah lupa

untuk mencintai lelaki itu. Cintaku benar-benar ikhlas dari lubuk hatiku walaupun aku pernah

membenci lelaki itu di awal pertemuan aku dengannya dahulu.

Zafril mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya. Kemudian dia

mengeluarkan sesuatu dari dalam dompet itu. Aku hanya memerhati setiap tindak tanduk

lelaki itu. Sebaik sahaja dia meletakkan beg dompetnya ke tepi, Zafril mula merenung cincin

Page 515: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

514

emas putih yang kini berada di tangannya. Aku terkejut melihat dia memegang cincin itu.

Cincin yang aku pulangkan padanya dahulu.

“Zaf sanggup ambil semula cincin ni dulu sebab Zaf nak cincin yang selama ni 24 jam

berada di sisi Safi berada di sisi Zaf pula, agar Zaf dapat terus merasakan kewujudan Safi di

sisi Zaf. Sebab tu Zaf simpan cincin ni dalam dompet dan Zaf bawa ke mana saja Zaf pergi.”

Mataku mencerun memandang cincin yang aku rindui itu. cincin yang suatu ketika

dahulu sentiasa membuatkan aku tersenyum apabila terpandang cincin yang terselit di jari

manisku.

“Dan hari ini Zaf nak pulangkan semula cincin ni pada tuannya.” Zafril membetulkan

susuknya agar betul-betul mengadapku. “Kita sambung semula hubungan kita yang terputus

dulu. Dan Zaf nak kali ini hubungan kita lebih bermakna. Sudi tak Safi jadi isteri Zaf?” Lamar

Zafril terus ke hatiku.

Tiada kata yang terluah pada masa ini. Tidak aku sangka hari ini Zafril akan

melamarku. Rasa bahagia berlumba-lumba masuk ke dalam hatiku. Akhirnya aku

menganggukkan kepala sekaligus mempersetujui lamaran yang dia hulurkan. Cincin di

tangannya aku ambil dan aku sarungkan semula ke jariku. Zafril tersenyum panjang dan

mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi.

“Safi nak Zaf tahu yang Safi betul-betul menyesal bila minta putus dengan Zaf dulu.

Safi betul-betul terpaksa dan tertekan waktu tu. Safi sendiri tak ada pilihan” Aku cuba

menerangkan dan membuatkan Zafril faham akan situasi yang menjeratku saat tu.

Zafril tersenyum dan menganggukkan kepalanya. “Tapi lepas ni kita tak akan berpisah

lagikan?” Zafril cuba mendapatkan keyakinanku.

“Insya’Allah, Safi akan terus berdoa, hanya ajal yang dapat pisahkan kita. Safi tak

sanggup berpisah dengan Zaf lagi, dan tak akan berpisah dengan Zaf. Never!” Aku cuba

membina relung kepercayaan padanya. Menyakinkan lelaki itu sesungguhnya.

Page 516: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

515

“Zaf pegang kata-kata tu.”

Tampak beria-ia sungguh Zafril melontarkan kata-kata itu.

“Er... tapi Ezlin macam mana?” Tiba-tiba sahaja nama tu terlintas di fikiranku. Jika

Zafril sudah kembali kepadaku, bagaiman pula dengan Ezlin?

“Macam mana apa?”

“Yelah, hubungan Zaf dengan dia macam mana?” Aku benar-benar terlupa tentang

Ezlin sewaktu aku menerima lamaran Zafril sebentar tadi. Hatiku menjadi resah menunggu

jawapan Zafril. Sehingga ke hari ini aku masih belum mengetahui duduk sebenar Ezlin di

hatinya.

“Hubungan apa pula ni sayang. Zaf dengan dia kawan jelah. Mana ada apa-apa. Dan

takkan pernah ada apa-apa!”

“Betul?” aku masih lagi ragu-ragu.

“Betul.” Zafril cuba menyakinkan.

“Tak tipu?”

Zafril tergelak. “Tak, sayang.”

“Janji.” Desakku lagi.

Kata-kataku itu mengundang ketawanya yang makin besar. “Kenapa ni? Macam-

macam pula soalannya. Safi cemburu ye.”

“Mana ada.” cepat-cepat aku membidas. Aku cuba menyembunyikan perasan

sebenarku. Memang aku cemburu, mana-mana wanita pun akan cemburu. Hendak-hendak

Ezlin cantik benar orangnya, maklumlah model.

“Cemburukan?” Kini Zafril pula yang cuba mendesak.

“Tak!” tekanku sekali lagi.

Zafril sengaja mencerunkan matanya memandang tepat ke mataku. “Yes, you’re

jelouse.”

Page 517: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

516

“No!”

“Yes, you’re.”

“Absolutely not.”

“Absolutely yes.”

“Malaslah nak cakap dengan Zaf ni. Safi nak masuk rumahlah.” Aku segera

mengangkat punggung untuk berlalu dari situ. Aku tidak mahu Zafril tahu yang aku

mencemburui Ezlin sejak pertama kali aku bertemu dengannya. Biarlah hanya aku sahaja

yang menyimpan rahsia itu. Aku sudah beberapa langkah meninggalkan Zafril di belakang

namun aku masih lagi boleh mendengar gelak ketawa lelaki itu.

“Saya, Zafril Adli Zulkepli dengan ini berjanji hanya akan mencintai dan hanya akan

sentiasa setia pada Safiah Aisyah Muhammad Irfan seorang sahaja selama-lamanya hingga ke

syurga.”

Jeritan Zafril yang bergema itu membuatkan aku memberhentikan langkah dan

menoleh ke belakang memandangnya yang tegak berdiri sambil mengangkat tangan kanannya

seperti sedang membaca ikrar. Beberapa pengunjung taman itu yang terkejut mendengar

jeritan Zafril itu memandangku dan dia silih berganti, membuatkanku mengetap bibir

menahan malu.

Namun apabila melihat Zafril yang masih lagi tegak berdiri sambil mengangkat tangan

dan tersenyum padaku tanpa mempedulikan pandangan orang ramai membuatkan aku

tergelak kecil.

Aku menjelirkan lidah padanya dan kemudian berpusing semula dan meneruskan

hayunan langkahku yang terhenti apabila mendengar jeritan Zafril tadi. Jeritannya itu

terngiang semula di telingaku membuatkan aku tersenyum sendiri. Jeritan Zafril itu benar-

benar menyentuh hatiku. Aku benar-benar yakin lelaki itu menyintaiku dan akan dapat

memberikan kebahagian padaku. Cincin yang tersarung di jari kulihat sekali lagi. Kali ini

Page 518: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

517

cincin itu tidak akan aku tanggalkan lagi, itu janjiku. InsyaALLAH. Semoga Allah SWT

merestuinya...

Page 519: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

518

BAB EMPAT PULUH ENAM

LOCENG rumah yang berbunyi lantang membuatkan aku bergegas ke muka pintu.

Melihatkan Zafril berdiri tegak di hadapan pagar rumahku pada petang hujung minggu begini

membuatkan aku terperanjat. Aku masih lagi berdiri tegak di hadapan pintu ini sambil

memandangnya yang juga memandangku dengan senyuman. Aduh, apa yang dia buat di sini?

“Siapa tu?”

Ayah yang berada betul-betul di sebelahku, kukerling seketika. Kemudian mataku

tertacap semula pada Zafril yang masih lagi setia menanti di luar pagar yang berkunci rapat.

“Eh, tu Zafrilkan. Bos, Safi. Apa dia buat kat sini?” tanya ayah sambil menyarungkan

selipar ke kakinya.

Aku sudah kalut apabila melihat ayah beria-ia benar keluar dari rumah untuk berjumpa

Zafril. Dengan tergesa-gesa aku juga turut menyarung selipar dan membuntuti ayah keluar

dari rumah. Aku mempercepatkan langkah, mahu menyaingi langkah ayah yang sudah sampai

di hadapan Zafril.

“Buat apa kat sini?” Soalku terus pada Zafril apabila sampai di hadapan dua lelaki

yang aku sayangi ini.

“Eh, budak ni ada pula kata macam tu. Tetamu dah datang, jemputlah masuk. Ni lain

macam pula bunyinya. Macam tak suka je.” Balas ayah sebaik sahaja tawanya bersama Zafril

terlerai akibat kehadiranku di sini.

Aku mengetap bibir, malu apabila ditegur sebegitu oleh ayah di hadapan Zafril. Lebih-

lebih lagi Zafril terus-terusan tersenyum-senyum memandangku. Aku bukan bermaksud untuk

tidak mengalu-ngalukan kedatangannya. Cuma kenapa dia tidak memberitahu aku terlebih

dahulu sebelum ke rumah orang tuaku ini? Apa perlunya dia ke sini? Apa yang dia mahukan?

“Zaf nak bincang sendiri dengan ayah Safi.”

Page 520: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

519

Kata-katanya malam semalam sewaktu menelifonku tiba-tiba terngiang di telingaku

semula. Maksudnya dia ke sini untuk berbincang dengan ayah dan ibu tentang hubungan

kami, tentang dia mahu mendapat restu daripada orang tuaku atas hubungan kami ini seperti

mana katanya semalam. Tapi kenapa dia tidak mengatakan yang dia mahu ke sini hari ini.

Aduh, aku menjadi makin kalut bila memikirkan semua itu. Bukan aku tidak suka

dengan tujuan kedatangannya ke sini bahkan akulah yang mengalakkannya ke sini. Cuma aku

perlukan masa untuk membuat persedian bagi diriku sendiri. Lagipun aku belum memberitahu

ayah apa-apa lagi tentang Zafril dan aku juga belum memberitahu ibu yang aku sudah berbaik

semula dengannya.

Dia masih tersenyum.

“Dah jemput Zafril masuk. Jemput masuk Zafril.” Pelawa ayah sebelum dia berlalu

masuk meninggalkan kami di belakannya.

Aku membuka pagar apabila ayah sudah berlalu. Sebaik sahaja dia melepasi pagar,

aku merapatinya. “Buat apa datang sini?” aku masih bertanyakan soalan yang sama,

sedangkan aku sudah dapat mengagak tujuannya kesini.

“Buat apa lagi. Nak masuk meminang Safilah.” Balasnya turut perlahan sepertimana

nada suaraku tadi.

“Mengada-ngada, memain pula Zaf ni. Safi serius ni.”

“Zaf pun serius juga ni.”

“Zaf!” Tekanku perlahan. Aku tidak gemar bergurau tentang hal-hal yang serius di

saat cemas ini, lebih-lebih lagi di hadapan rumah orang tuaku ini.

Zafril ketawa perlahan. “Okay. Kan Zaf dah kata semalam Zaf nak jumpa parent Safi,

nak bincang face to face dengan dorang. Safi tak ingat ke?”

“Ingat, tapi Zaf tak kata pun nak datang hari ni. Safi tak ready apa-apa pun lagi ni.

Kalau ayah soal macam-macam, macam mana?” aku masih gusar. Sebenarnya aku mahu

Page 521: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

520

berterus terang dengan ayah terlebih dahulu sebelum aku bawa dia berjumpa dengan mereka.

Aku mahu lihat reaksi ayah dahulu, adakah dia boleh menerima abang sepupu Shania ini

sebagai menantunya.

“Yang tu semua Safi jangan risau. Biar Zaf handle, Safi just duduk sebelah Zaf and

senyum. Senyuman Safi tu pun cukup untuk bagi kekuatan untuk Zaf.” Zaf sempat lagi

mengusik hatiku dengan pujiannya.

“Eleh, yelah tu.” Sengaja aku berkata begitu. Untuk menutup malu yang dia ciptakan

buatku.

Aku dan dia melangkah seiringan ke muka pintu rumah. Sebaik sahaja membuka

kasut, Zafril memberhentikan langkah kakinya seketika, membuatkan aku turut

memberhentikan langkah. “Kenapa?” Soalku.

“Ayah Safi okaykan orangnya?”

Aku pula yang tertawa dengan soalannya. “Aik takkan takut kut.” Sengaja aku

mengusiknya. Bukan main berani menjejakkan kaki ke sini tanpa aku memulakan apa-apa

cerita terlebih dahulu pada orang tuaku. Dan baru sebentar tadi, bukan main dia bersemangat

kental untuk berhadapan dengan orang tuaku. Mana pulang hilang semangat juangnya tadi?

“Erm... bukan takut, seram je. Bukan senang nak dapatkan kelulusan dari pihak

berkuasa ni. Selalunya banyak prosedur.” Katanya sambil mempamerkan senyum simpulnya

padaku. Dalam rasa kalutnya itu, sempat juga dia berjenaka denganku.

“Merepek je.” Aku terus berlalu masuk ke dalam rumah dan dia mengikut langkahku.

Masuk sahaja ke ruang tamu rumah orang tuaku ini, ibu dan ayah sudah sedia menanti

di ruang tamu. Pandangan ayah tepat pada Zafril, dan pandangan ibu pula menjurus tepat

padaku dengan pandangan tajam. Aku jadi tidak sedap hati dengan pandangan ibu itu.

“Jemput duduk Zafril,” pelawa ayah pada Zafril.

Page 522: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

521

Zafril tersenyum dan terus duduk di bangku tunggal yang berada di ruang tamu ini.

Ibu pula hanya mendiamkan diri sedari tadi, seperti tidak suka dengan kehadiran Zafril petang

ini. Aku sudah serba salah jadinya, mengapa ibu berkelakuan begitu hari ini?

“Eh, budak ni. Boleh pula dia duduk sini. Pergilah buatkan air untuk Zafril ni. Bawa

sekali kek yang kamu buat tadi.” Arah ayah apabila aku turut sama duduk di ruang tamu ini.

Dengan langkah yang memberat aku menuju jua ke dapur menurut kata ayah. Yang

sebenarnya aku ingin berada di sisi Zafril sewaktu dia menerangkan pada ayah dan ibu

tentang hubungan kami ini. Nampaknya Zafril terpaksa bersendirian menerangkan semuanya

pada ibu bapaku. Aku memanjatkan doa di dalam hati agar Zafril diberikan kekuatan untuk

menerangkan semuanya dan sekaligus mendapat keizinan mereka.

Usai menyiapkan juadah seperti yang ayah arahkan tadi, aku segera masuk ke dalam

ruang tamu. Ayah tersenyum-senyum memandangku manakala ibu masih seperti tadi,

memandangku dengan pandangan tajamnya. Aku mengerling ke arah Zafril yang sudah

tersenyum lebar ke arahku. Melihat keadaan sebegini aku tidak tahu apa yang berlaku

sebenarnya. Reaksi yang mereka tunjukkan amat berbeza sama sekali.

Sebaik sahaja aku menuangkan air ke dalam semua cawan yang berada di situ aku

terus duduk di tempat dudukku tadi, aku tidak ingin ketinggalan dalam membincangkan isu

yang turut melibatkan diriku ini.

“Macam yang pak cik kata tadi. Mana yang Safi suka pak cik terima je. Cuma bila

Zafril nak bawa rombongan? Yelah, kita ni hidup beradat, kalau boleh pakcik nak kita ikut

adatlah. Macam biasa.”

Rombongan? Aku sudah menelan liurku sendiri, pantas aku memandang Zafril yang

menumpukan perhatiannya pada ayah. Maksudnya Zafril ke sini bukan sahaja ingin memohon

restu dari ayah dan ibu tetapi sekaligus ingin melamarkan sendiri seperti mana katanya suatu

masa dahulu.

Page 523: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

522

“Saya faham pakcik. Pasal rombongan tu saya kena bincang dengan Safi dulu. Tarikh

yang dia berkenan. Dan InsyaALLAH saya rasa dalam masa terdekat ini saya akan hantar

rombongan.” Zafril menabur janji pada ayah.

Aku bersyukur kerana Zafril masih lagi memikirkan akan diriku ini, ingin membuat

keputusan bersama-sama denganku, bukan ikut hatinya sendiri sahaja. Aku tersenyum

padanya. Namun dalam masa yang sama ada rasa gusar. Bagaimana penerimaan makcik

Hasnah padaku kini. Memanglah Shania katakan makcik Hasnah sudah redha yang Zafril

tiada jodoh dengannya, tapi aku masih lagi takut jika dia tidak dapat menerimaku dan masih

menganggap akulah yang merosakkan rancangannya untuk menyatukan Zafril dengan Shania.

Aku memandang Ibu yang bangun menuju ke telefon apabila telefon rumahku

berbunyi nyaring. Pandangan ibu padaku yang tajam sebelum menjawab panggilan itu benar-

benar merimaskanku. Apa yang tidak kena pada ibu hari ini. Rasanya tadi dia biasa-biasa

sahaja denganku. Aku benar-benar hairan.

“Baguslah kalau macam tu. Benda yang baik ni tak elok dilambat-lambatkan. Lagi

cepat lagi bagus. Pakcik pun tak sabar nak tengok Safi ni naik pelamin.”

Tawa ayah dan Zafril bersatu. Aku memuncungkan wajah memandang afril yang

kelihatan bersungguh-sungguh mentertawakanku.

“Abang, Haji Tapah telefon.” Ibu maklumkan pada ayah sewaktu ibu duduk di sebelah

ayah. Kemudian ayah terus bangun menuju ke telefon yang sedia menanti.

“Betul kamu cintakan Safi, Zafril?”

Soalan ibu itu membantutkan tindakanku yang menyerahkan air pada Zafril. Zafril

yang sedang cuba menyambut air itu turut memberhentikan tindakannya. Aku dan dia saling

berpandangan antara satu sama lain. Tidak sangka persoalan itu yang akan ibu bangkitkan

sebaik sahaja ayah berlalu.

Page 524: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

523

Zafril tetap menyambut air dari tanganku, kemudian dia meletakkan air itu semula ke

atas meja. “Safi wanita pertama dan terakhir yang saya cinta makcik. Saya tak pernah main-

main bila saya kata saya cintakan anak makcik.” Tegas Zafril dalam lembut, menjawab soalan

ibu.

“Tapi dia bukan pilihan ibu kamu.”

“Ibu...” Seruku apabila ibu membangkitkan isu itu. Ibu mengangkat tangannya padaku

menghalangku menghabiskan kata yang masih bersisa. Dia hanya menginginkan Zafril yang

menjawab soalannya, bukanku.

Zafril melemparkan senyuman pada ibuku. “Tapi dia pilihan saya dunia akhirat

makcik.” Dengan sepenuh keyakinan Zafril menyatakan akan hal itu.

“Tanpa restu ibu dan ayah, perkahwinan itu tak ada makna Zafril. Makcik tak nak Safi

dipulaukan ibu mertua sendiri di kemudian hari. Kamu lelaki, kamu takkan faham perasaan

itu.” ibu masih menegakkan pendiriaan.

Aku hanya mampu mendiamkan diri, kerisauan ibu itu juga adalah kerisauanku.

Namun aku hanya pendamkan sahaja, ternyata ibu amat memahamiku, sebab itu dia mahu

mendapatkan penjelasan yang sebenarnya dari Zafril.

“Saya tahu makcik. Sebab itu saya berusaha buat mama saya faham yang saya hanya

inginkan Safi sebagai bidadari saya di dunia ini dan di akhirat kelak. Dan saya yakin mama

dah faham dan boleh terima sekarang ni.”

Penerangan Zafril itu, membuatkan aku menoleh memandangnya. Benarkah begitu?

Makcik Hasnah sudah boleh menerimaku? Atau Zafril sengaja berkata begitu untuk

menyakinkan ibu dan diriku.

Ibu mengeluh seketika. “Baiklah, kali ni makcik percaya pada kamu. Tapi makcik

harap sangat-sangat kamu jangan sia-siakan Safi. Dia dah banyak menangis kerana kamu.”

Page 525: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

524

Sebaik sahaja mendengar kata ibu itu pantas Zafril memandangku dan aku terus

membalas pandangannya. Mungkin dia tidak menyangka perkara itu berlaku padaku.

Perpisahan itu bukan sahaja sukar baginya, tapi bagiku jua.

“InsyaALLAH makcik, saya takkan sia-siakan Safi. Saya akan berusaha menjaga dia

sebaik mungkin.” Kata Zafril sambil memandang ibu, kemudian dia memandangku semula.

“Saya takkan biarkan dia menangis lagi.” Katanya terus menuju ke hatiku.

Aku benar-benar terharu kini. Janjinya itu walaupun secara tidak langsung begitu

bermakna padaku.

“Makan sini jelah zafril. Nanti makcik kamu masakkan makan malam.” Ayah terus

sahaja mencelah perbualan sebaik sahaja menyertai kami semula di ruang tamu ini.

“Ha’ah Zafril makan sini jelah malam ni. Nanti makcik masakkan.” Ibu sudah mula

kelihatan ramah semula dengan Zafril. Mungkin beban di hatinya tadi sudah diluahkan

sepenuhnya.

“Eh, tak apalah makcik, pakcik. Sebenarnya saya dah tempah meja kat restoran kawan

saya. Restoran Sri Melayu. Kalau makcik dan pakcik tak keberatan saya nak bawa makcik

dan pakcik makan kat situ.” Rancang Zafril.

Aku tersenyum, rasanya Zafril telah merancang perkara ini awal-awal lagi. Pandai dia

mencari helah ingin mengambil hati kedua-dua ibu bapaku.

“Eh, tak apalah makcik boleh masak.” Ibu masih menghalang.

“Saya memang dah lama niat nak makan-makan dengan pakcik dan makcik kat situ.

Jadi saya harap pakcik dan makcik sudi.” Zafril masih lagi cuba memujuk.

“Kalau dah macam tu kata kamu, tak apalah. Pakcik dengan makcik ikutkan saja.”

akhirnya ayah menerima pelawaan Zafril.

Zafril tersenyum senang mendengar penerimaan ayah.

Page 526: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

525

“Nak makan dengan ayah dengan ibu je ke? Habis Safi ni?” Soalku pada Zafril,

apabila teringat yang dia langsung tidak menyebut namaku sebentar tadi.

“Erm... Safi tinggal kat rumah jelah. Masak sendiri. Boleh berlatih masak dari

sekarang. Zaf tak suka isteri yang tak pandai masak.”

“Zaf.” Jeritku perlahan. Geram aku apabila dia cuba bergurau sebegitu denganku di

hadapan ibu dan ayah.

Semua yang berada di situ ketawa dengan lawaknya. Aku mengetap bibir geram,

namun akhirnya tawaku turut meletus apabila Zafril mengenyitkan mata padaku secara

bersembunyi. Jauh dari pandangan ibu dan ayah. Aku benar-benar bersyukur ibu dan ayah

dapat menerima Zafril dalam hidupku.

AKU sudah tidak betah duduk lagi di dalam rumah teres lot tepi ini. Lalu aku melangkah

keluar dari rumah yang dilengkapi penghawa dinggin. Selesai sahaja solat Zuhur tadi aku

terus turun semula ke bawah. Namun tiada sesiapa di ruang tamu. Zafril sudah pasti masih

lagi di biliknya menunaikan solat. Kak Anni, suaminya dan anaknya rasanya turut berada di

bilik mereka. Jadi aku mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar rumah.

Sudah dua jam aku berada di rumah ini. Zafril membawaku ke sini untuk bertemu

dengan orang tuanya terlebih dahulu sebelum dia menghantar rombongan ke rumahku. Aku

agak takut pada awalnya apabila Zafril memintaku ke sini, namun atas desakannya dan juga

keyakinan yang dia tanamkan padaku yang makcik Hasnah sudah dapat menerimaku, aku

gagahkan juga kakiku melangkah ke rumah ini.

Aku tidak merasakan yang makcik Hasnah sudah menerimaku. Jika dia sudah

menerimaku, tidak mungkin dia akan membiarkan aku menantinya sebegini lama di

rumahnya sedangkan kata Zafril, semalam Zafril telah memaklumkan terlebih dahulu tentang

kehadiranku di sini hari ini. Tapi sebaik sahaja aku melangkahkan kaki ke dalam rumah ini

Page 527: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

526

tiada wajah makcik Hasnah dan Pakcik Zul. Zafril dan Kak Anni sendiri tidak tahu ke mana

mereka pergi sejak awal pagi tadi. Adakah makcik Hasnah ingin melarikan diri dari

menyambut kehadiranku?

Kepalaku semakin berat memikirkan hal ini. Bagaimana aku dapat meneruskan alam

perkahwinan dengan aman jika tidak mendapat restu dari mama Zafril? Pasti ibu akan turut

risau jika mengetahui kisah dariku ini.

“Jauh menung?”

Aku menoleh memandang Zafril yang sudah berdiri di sebelahku di taman kecil rumah

ini. aku hanya melemparkan senyuman hambar padanya. Aku tidak tahu apa yang harus aku

katakan padanya di saat hatiku sudah tidak keruan sebegini.

“Jom, Zaf nak tunjuk sesuatu pada Safi.”

“Nak tunjuk apa?”

“Jomlah.”

Malas mahu berbahas lebih-lebih dengannya, aku terus mengikut langkahnya ke

bahagian tepi rumah ini.

“Safi ingat lagi tak benda ni?” Soal Zafril sambil membuka kain yang menutupi

sebuah motor.

Aku mengamati motor tersebut. Mengapa soalan itu yang Zafril ajukan padaku? Apa

kaitan motor ini denganku? Aku mengeleng kepala. Langsung tidak dapat menangkap maksud

di sebalik soalan Zafril itu. Aku benar-benar tidak mengethui atau mengingati apa-apa tentang

motor ini.

“Kalau Zaf tak basuh motor ni kat rumah Fuad dulu mesti Zaf tak dapat jumpa dan

kenal dengan Safikan?” Zafril cuba menyingkap kenangan lamaku.

Page 528: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

527

Lama aku memerhati motor itu. Beberapa kali aku membelek motor itu cuba

mengimbas memori lalu. Akhirnya aku tersenyum. Ya, aku ingat lagi motor ini. Motor inilah

yang Zafril basuh sewaktu kali pertama berjumpa denganku.

“Dah lama dah. Zaf simpan lagi motor ni?” Soalku tapi mataku masih lagi memerhati

motor yang masih lagi cantik catnya dan keadaannya.

“Zaf nak simpan semua kenangan yang ada antara kita. Satu pun Zaf tak nak lupakan

dan lepaskan.”

Senyumanku sudah semakin panjang. Kalau aku tahu sebegini dalam rasa cintanya

padaku, sejak dahulu lagi aku tidak akan menolak kehadirannya dalam hidupku.

“Lagipun Zaf ada satu impian pasal motor ni.”

“Apa dia?” Soalku tidak sabar. Entah apalah impiannya itu.

“Lepas saja kita bersanding, Zaf nak bawa Safi round satu bandar naik motor ni.”

“Hah?” Terkejut aku dengan cadangannya itu. “Naik motor ni dengan Zaf sambil

pakai baju pengantin ke?” Soalku masih tidak percaya dengan cadangannya.

Zafril menganggukkan kepalanya berkali-kali. Senyuman nakal sedia terukir di

bibirnya.

“Merepeklah cadangan Zaf ni.” Aku terus menolak. Belum lagi melakukannya aku

sudah terasa malu sebegini.

Wajah ceria Zafril tadi sudah berubah sepenuhnya. Dari ceria ke cemerut. “Ini bukan

cadanganlah, ini impian Zaf.”

Aku sudah berbelah bagi, belum pernah aku melihat Zafril berkeadaan begini sebelum

ini. Seumur hidupku aku belum pernah lagi menaiki motor sama ada menunggang atau

membonceng, tidak mungkin buat kali pertama aku memboncengnya aku akan

memboncengnya sambil mengenakan pakaian pengantin? Hatiku makin berbolak balik.

“Boleh tak ni?” Zafril masih menyoal dan kedengaran sedikit mendesak.

Page 529: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

528

“Er, nantilah Safi fikirkan.” Aku tidak sampai hati menolak hajatnya itu dan dalam

masa yang sama aku juga tidak mahu mengikut katanya itu.

“No, I want the answer now.”

“Yelah, yelah. Tapi kat kawasan perumahan ni je boleh?” aku memberikan syarat,

tidak mahu hanya aku sahaja yang perlu mengikut katanya.

“Of course boleh. That my girl.” Zafril tersenyum riang mendengar persetujuan

dariku.

Aku sendiri tidak faham dengan kehendaknya itu, terasa kelakar pula bila memikirkan

yang dia mempunyai impian sebegitu di hari persandingannya sendiri. Zafril menutup semula

motor kesayangannya itu dengan kain yang sedari tadi dipegangnya. Aku berpaling ingin

masuk semula ke dalam rumah. Dan sebaik sahaja aku berpaling wajah makcik Hasnah sudah

berada di hadapanku memerhatikanku. Langkah yang baru ingin ku buka terus mati. Aku

berdiri kaku memandan makcik Hasnah.

“Assalamualaikum mama.” Zafril terus mendapatkan ibunya lalu bersalam dengan

ibunya. Kemudian dia memberi isyarat padaku untuk melakukan hal yang sama. Aku yang

seperti baru sahaja tersedar dari tidur terus berlalu ke hadapan dan turut mengikut perintah

Zafril.

“Mama ke mana tadi? Kan Add dah kata nak bawa Safi jumpa papa dan mama hari

ni.”

“Sorry mama pergi rumah Dato’ Husni, isteri dia sakit tenat. Mama tak sempat nak

beritahu Add tadi.” Makcik Hasnah memandang anaknya, tanpa memandangku lagi.

“Oh, sakit apa ma?”

“Biasalah sakit orang tua. Nanti Add pergi melawat dia ye.” Arah makcik Hasnah pada

Zafril.

Page 530: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

529

“InsyaALLAH nanti Add dengan Safi pergi melawat dia sekeluarga.” Sebaik sahaja

Zafril menyatakan rancangannya itu, makcik Hasnah terus memandangku.

“Add tinggalkan mama dengan Safi sekejap. Mama ada benda nak bincang dengan

dia. Add masuklah dalam, papa ada kat dalam.”

“Okay.”

Aku terkedu apabila zafril terus sahaja menurut kata mamanya itu. Dia meninggalkan

aku dan mamanya berdua sahaja di sini dengan hanya segaris senyuman buatku. Laju sahaja

langkahnya menuju ke dalam rumah.

Makcik Hasnah mula merapatiku. Aku sudah semakin tidak keruan, mataku hanya

memandang Zafril yang sudah melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu utama.

Sedang aku asyik memerhati Zafril, aku terasa pipiku disentuh lembut. Jantungku berdetak

hebat apabila menyedari tangan Makcik Hasnah yang sedang mengusap pipiku ini.

“Makcik nak minta maaf dengan Safi.”

Jujurnya aku terkejut dengan ungkapan maaf yang makcik Hasnah ungkapkan.

“Kenapa makcik nak minta maaf dengan Safi?” Soalku kehairanan.

“Makcik tahu makcik salah, makcik tak sepatutnya halang hubungan Safi dengan Add.

Dan makcik tak sepatutnya cakap yang bukan-bukan pada Safi dulu. Maafkan makcik ye.”

Lembut sahaja makcik Hasnah menutur kata memohon agar aku memaafkan dirinya.

Aku tersenyum. Sungguh aku tidak menyangka dia sanggup merendahkan dirinya

meminta maaf padaku mengenai hal-hal yang lalu. Benarlah kata Zafril yang makcik Hasnah

sudah menerimaku seadanya. Patutlah dengan senang hati sahaja dia meninggalkan aku dan

mamanya di sini berdua. Rupa-rupanya inilah sebabnya.

“Tak ada apa yang hendak dimaafkan makcik. Makcik tak buat apa-apa salah pun pada

saya. Saya tahu yang makcik buat tu semua untuk kepentingan Shania.” Jawapan yang aku

Page 531: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

530

berikan benar-benar ikhlas dari hatiku. Sememangnya tiada apa yang perlu aku maafkan. Aku

sudah pun melupakan perkara yang lalu itu. Tiada satu pun yang tersimpan di hatiku kini.

Aku tahu dia mahu menyatukan Zafril dengan Shania kerana ingin menebus semua

kesalahnnya pada Shania dan ibu kandung Shania dahulu. Jika tidak pasti dia tidak akan

menghalang hubungan aku dengan Zafril dahulu.

“Makcik dah sedar yang makcik tak sepatutnya halang hubungan kamu berdua. Sebab

makcik kamu berdua berpisah dulu dan Add jadi tak menentu. Masa tu lagi makcik dah

menyesal dengan perbuatan makcik. Makcik tak nak jadi pemusnah kepada kebahagian anak

makcik sendiri. Dan bila Safi adalah kebahagian Add, makcik terima seadanya.” Terang

makcik Hasnah.

Lapang sungguh dadaku mendengar kata-katanya. Aku benar-benar yakin yang dia

sudah berubah seperti dahulu. Seperti kali pertama Zafril memperkenalkan aku padanya.

“Tak ada apalah makcik. Kita lupakan aje perkara tu semua. Anggap perkara tu semua

tak pernah berlaku.”

“Safi memang baik orangnya. Beruntung Add kalau dapat peristerikan Safi.”

Aku tertunduk malu mendengar kata-katanya. Seketika kemudian makcik Hasnah

menarikku ke dalam pelukkannya. Walapun aku terperanjat dengan tindakannya itu namun

aku turut membalas pelukannya.

Mataku terus tertacap pada Zafril yang sedang berdiri berpeluk tubuh di muka pintu

sambil tersenyum memandangku yang sedang berpelukkan dengan mamanya. Entah sudah

berapa lama dia berada di situ memerhati perbualan kami dari jauh. Dan apabila dia

mengangkat ibu jarinya tangannya padaku, aku amat yakin yang dia hanya berpura-pura

sahaja masuk ke dalam rumah sebentar tadi. Aku tahu yang sebenarnya dia mengintai

perbualan aku dan mamanya sejak mula tadi.

Page 532: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

531

Aku membalas isyarat jarinya itu. Zafril ketawa sebelum berlalu masuk ke dalam

rumah. Aku turut tertawa sepertinya. Hilang rasanya segala beban yang menghenyak kepalaku

selama ini. Aku benar-benar bersyukur...

Page 533: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

532

BAB EMPAT PULUH TUJUH

SEBUAH Mug yang masih lagi berkepul asapnya tiba-tiba diletakkan di hadapanku. Aku

memanggung kepala memandang gerangan orang yang menyediakan air milo untukku. Sebaik

sahaja aku mengangkat muka mataku segera terpandang Zafril yang tersenyu panjang sambil

memegang segelas lagi mug di tangan kirinya. Aku turut tersenyum kecil, entah bila masanya

Zafril keluar dari bilik dan menuju ke pantry untuk menyediakan air untukku. Aku benar-

benar tidak perasan dia melintasi mejaku sebelum ini. Hari ini aku agak sibuk dari biasa Zafril

pula seperti tidak banyak kerja.

“Rasanya macam kita dah tertukar job description je ni.” Aku memulakan kata sambil

menarik mug yang berisi milo panas itu mendekatiku.

Dia menjungkit bahu sambil menarik kerusi dan duduk memandangku. Mug yang

sedari tadi dipegangnya turut diletakkan di atas mejaku.

“Nak bodek sayalah ni kan.” Kataku lagi setelah mencicip sedikit milo yang dia

sediakan untukku. Sedap. Memang kena dengan citarasaku. Tidak banyak susu dan milo

lebih. Riang hatiku apabila dia mengetahui citarasaku.

“Bodek?” Kening Zafril sudah tercantum rapat.

“Yelah, hari nikan Encik Zafril bagi saya banyak kerja. Sampai kerja-kerja yang diluar

bidang tugas saya pun saya kena buat. Jadi, bodek saya dengan air milo nikan.” Walaupun

aku dan dia sudah menyambung semula hubungan kami, tapi aku masih menjaga status

panggilan ketika bersama dengannya di pejabat. Sudah banyak kali dia menegur dan

memarahiku namun walau siapapun aku di hatinya, namun aku harus menghormati dia

sebagai majikanku.

Zafril tergelak besar. “Sorrylah sayang. Zaf tak boleh nak handle semua tu sorang-

sorang. So, sayang kenalah tolongkan.” Zafril segera memujuk.

Page 534: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

533

Sekeras mana pendirianku mahu memangil Zafril dengan gelaran encik di pejabat,

sekeras itu jugalah pendirian dia untuk tidak terlalu formal denganku. Perkataan sayang itu

sering terbit di bibir lelaki itu di mana-mana sahaja untukku, tidak mengira tempat, dan

kadang kala di hadapan pekerja lain pun dia kerap memanggilku begitu.

Aku sendiri malu dibuatnya. Takut pula jika aku dituduh mengada-ngada oleh teman-

teman sepejabat yang lain walaupun kini cinta kami bukanlah rahsia lagi. Semua orang di

pejabat telah mengetahui tenang hubungan ini. Tambahan pula semenjak aku berjumpa

dengan orang tuanya minggu lalu dia sibuk mencanangkan satu pejabat yang dia akan

meminang dan bertunang denganku hujung minggu ini.

“Sorry okay. Sejak Fazura dah berhenti ni, kerja Zaf bertambah-tambah. Selagi tak

juma pekerja baru selagi tulah kerja menimbun.” Rungut Zafril mengharapkan aku memahami

situasinya.

Aku mengangguk kepala. Fazura sudahpun melepaskan jawatannya pada minggu lalu.

Dan hari terakhir dia bekerja di sini dia telah bertemu denganku dan meminta maaf atas segala

yang dia lakukan padaku. Aku yakin dia berhenti bekerja di sini adalah kerana ingin

melupakan Zafril, bukan seperti mana alasannya pada Zafril yang dia ingin mencari

pengalaman di tempat lain.

“Kalau safi rasa tak larat, tak apalah bagi kat Zaf balik semua kerja-kerja tu.”

Kata-kata Zafril itu menghentikan lamunanku. Bukannya banyak sangat pun kerja-

kerja itu, aku cuma ingin mengusik Zafril. Tidak sangka pula yang dia boleh terfikir aku

benar-benar rasa terbeban. Lagi pula yang sebenarnya kerja-kerja ini boleh sahaja dia

serahkan pada orang lain untuk menguruskannya, namun itulah dia tetap berdegil mahu

menguruskan hal-hal pemasaran walaupun kerjanya yang lain sedia berlambak. Entahlah,

mungkin dia tidak yakin dengan orang lain selain Fazura. Tiba-tiba aku rasa terusik seketika

lantas mengerling Zafril.

Page 535: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

534

“Kenapa? Encik Zafril ingat saya tak boleh buat kerja sebaik Fazura ke? Sampai nak

ambil balik semua kerja-kerja ni?” geram pula aku apabila terfikir tentang hal itu.

“Eh, Zaf tak maksud macam tulah. Zaf cuma tak nak Safi stress tu je.” Zafril cuba

menyakinkanku.

“Alah, cakap jelah betul-betul. Tak payah tipu. Macamlah saya tak tahu Fazura tukan

pekerja kesayangan Encik Zafril. Tak gitu?” aku masih lagi geram. Muncungku sudah

berdepa-depan panjangnya. Kata-kata Zafril itu tidak begitu menyakinkanku.

“Lah kenapa pula ni? Bila masa pula Zura tu jadi pekerja kesayangan Zaf? Em.. Safi

cemburu dengan Fazura pula ye.” Teka Zafril tepat mengenaiku.

“Mana ada, memandai je.” Segera aku menyangkal. Diacu pistol di kepala sekalipin

aku takkan mengaku yang aku cemburu pada Fazura walaupun itulah hakikatnya.

“Dah cemburu tak nak mengaku pula.” Zafril masih lagi cuba mengusikku.

Aku menjeling Zafril tajam. Malu apabila dia cepat sahaja dapat menghidu perasaan

cemburuku. Dan apabila telah mengetahuinya pasti aku akan diusik oleh Zafril semahunya.

“Cemburu tu tandanya sayangkan?” makin galak dia mengusik apabila aku tidak

membalas.

“Tak ada masa nak sayang-sayang ni. Saya tengah busy ni.” Sekali lagi aku menjeling

Zafril dan dia mula tertawa riang. Aku mengetap bibir, sakit hati dengan Zafril yang ketawa

tanpa henti. Begitulah Zafril apabila sudah berjaya mengenakanku, pasti lelaki itu gelak

sakan, terassa boleh bergegar pejabat di buatnya.

“Amboi, gelak sakan nampak.”

Aku dan Zafril berpaling memandang ke hadapan. Ezlin tersenyum memandang ke

arah kami berdua. Melihat sahaja Ezlin aku terus bangun dari duduk dan mendapatkannya.

Aku bersalaman dan bertegur sapa dengan Ezlin, aku sungguh tidak menyangka akan dapat

berjumpa dengannya hari ini.

Page 536: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

535

“Jangan cakap you datang sini sebab nak jumpa I.” Tiba-tiba sahaja Zafril yang masih

lagi duduk mengeluarkan kata-kata begitu pada Ezlin.

“Why?” Soal Ezlin.

“I cuma takut orang tu jelous.”Zafril memuncungkan mulutnya ke arahku yang berdiri

bersebelahan dengan Ezlin.

“Encik Zafril!” bentakku perlahan sambil menjengkelkan mata padanya. Dia suka buat

aku malu sebegitu. Memanglah dahulu aku mencemburi Ezlin tapi apabila dia sudah

menjelaskan hubungan mereka yang sebenarnya aku sudah tidak menaruh apa-apa prasangka

lagi pada mereka berdua.

Zafril ketawa, begitu juga dengan Ezlin.

“Erm… you kan memang suka buat Safi jelous.”

Mendengar kata-kata Ezlin itu terus termati ketawa besar zafril. Aku yang sedari tadi

memandang Zafril kini memandang Ezlin pula. Aku juga tidak faham apa sebenarnya yang

Ezlin cuba sampaikan.

“You nak tahu Safi, dulu... bila setiap kali you ada, bukan main lagi dia layan I baik-

baik, konon-konon caring habis. Selalunya tak macam tu pun, selalunya layan I macam nak

tak nak je. Lepas I tahu dia sukakan you, baru I perasan rupa-rupanya dia buat macam tu

sebab nak buat you cemburu je.” Terang Ezlin panjang lebar.

Aku tersenyum mendengar bicara Ezlin. Sungguh aku tidak menyangka Zafril sengaja

berbaik-baik dengan Ezlin untuk membuatku cemburu. Zafril kembali ketawa, mungkin

sengaja menutup rasa malunya apabila rahsia hatinya telah terbongkar.

“Assalamualaikum.”

Terkejut aku apabila mendengar suara Hafiz memberikan salam. Terkebil-kebil

mataku memandang Hafiz yang telah pun berdiri di sisiku. Melihat sahaja Hafiz, Zafril segera

bangun dari duduknya. Huluran salam yang Hafiz ajukan dia sambut dengan secalit senyuman

Page 537: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

536

namun matanya terus memadangku. Aku juga turut terkejut apabila Hafiz tiba-tiba sahaja

berada di sini.

“Buat apa kat sini?” Soal Zafril terus pada Hafiz sambil menarik aku agar menjauhi

Hafiz dan kemudian dia pula yang berdiri mengantikanku yang berdiri di sisi Hafiz tadi. Kini

dia berdiri betul-betul di tengah-tengah antara aku dan Hafiz.

Tindakan dan soalan Zafril itu membuatkan aku rasa geli hati. Selalunya Zafril

menyatakan aku yang kuat cemburu, namun hari ini telah terbukti yang dia juga kuat cemburu

orangnya. Sudah banyak kali aku menjelaskan bahawa aku tida apa-apa hubungan dan tiada

apa-apa perasaa pada Hafiz namun dia tampaknya masih lagi tidak menyenangi kehadiran

Hafiz.

“Aku temankan Lin datang sini. Katanya nak ajak korang berdua lunch.” Jawab Hafiz

sambil tersenyum memandang Ezlin.

“Teman Lin?” Soalan itu berlagu serentak di bibirku dan Zafril. Mata kami juga

bertentangan seketika sebelum aku memandang Ezlin yang sudah tersenyum malu.

“Maksudnya Hafiz dengan Ezlin sekarang ni dah...” aku sengaja menghentikan kata-

kata di situ. Mataku melirik pula pada Hafiz.

Hafiz sudah ketawa. “Lebih kuranglah.” Hafiz merapati Ezlin yang masih tertunduk

malu.

Jawapan yang Hafiz berikan mengundang tawa besar Zafril. “Tahniah.” Ucap Zafril

sejurus bersalaman dan berpelukan dengan Hafiz. Gembira sekali dia kelihatan dan rasanya

kegembiraannya itu agak berlebihan berbanding orang lain.

Aku menggelengkan kepala memandang kelakuan Zafril itu. Aku berharap agar

selepas ini tiada lagi perasaan cemburu Zafril pada Hafiz. Dan aku tumpang gembira dengan

berita yang Hafiz khabarkan. Entah bagaimana mereka berdua boleh bercinta. Rasanya

pertemuan pertama mereka adalah di kedai minyak wangi beberapa bulan lalu dan apakah saat

Page 538: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

537

itu lagi mereka sudah terdetik rasa di hati? Tidak mengapa nanti aku akan mengorek semua

rahsia itu daripada Hafiz sendiri.

Keadaan pejabat tiba-tiba menjadi riuh rendah. Aku dan Zafril berpandangan seketika

sebelum sama-sama berlari-lari anak ke bahagian reception, begitu juga dengan Ezlin dan

Hafiz. Sampai sahaja di bahagian itu aku terkejut melihat Amy yang sedang menahan

kesakiitan. Dengan segera aku mendapatkannya dan memeluk erat tubuh itu.

“Call ambulans, amy dah nak bersalin rasanya ni.” Aku mengeluarkan arahan pada

beberapa rakan-rakan sekerjaku yang turut berada di situ.

Peluh yang memercik di dahi Amy aku seka dengan tapak tangan. Amy mula

mengerang kesakitan membuatkan aku bertambah cemas.

“Tak sempat dah nak call ambulans. Biar Zaf yang hantar Amy ke hospital.” Zafril

menawarkan diri dan mula maraptiku dan Amy. Aku menganggukkan kepala bersetuju

dengan cadangan Zafril itu.

“Safi nak ikut.” Aku segera mendapatkan tas tangan Amy dan mengambil telefon

bimbit Amy. Aku cuba menghubungi suami Amy untuk memaklumkan keadaan Amy pada

suaminya.

ANAK Amy yang berada di dalam dakapanku tidur dengan lena sekali. Aku bergerak menuju

ke sudut bilik wad bersalin itu. sengaja aku berdiri di tepi tingkap untuk mengelakkan anak

Amy terjaga daripada tidurnya apabila mendengar bunyi bising rakan-rakan pejabatku yang

sibuk berbual-bual dengan Amy yang masih terlantar lemah di atas katil.

Aku mencium ubun-ubun kepala bayi itu. Terasa damai sungguh hatiku. Kata orang

bau kanak-kanak yang baru lahir adalah sama seperti bauan syurga. Sama ada betul atau tidak,

aku sendiri tidak pasti. Kini pipi bayi itu pula yang menjadi sasaran bibirku.

“Sibuk nampak.”

Page 539: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

538

Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjukku di bibir, mengisyaratkan agar Zafril

memperlahankan suara apabila tiba-tiba Zafril berdiri bersandar di dinding sisiku. Zafril

tersenyum dan kini dia pula yang memberikan ciuman pada ubun-ubun bayi lelaki itu.

Ciumannya menyebabkan bayi itu bergerak sedikit. Cepat-cepat aku mendodoikannya semula,

aku tidak mahu tidurnya terganggu.

“Kenapa pandang Safi macam tu?” aku menyoal perlahan apabila tersedar Zafril tidak

henti-henti merenungku sedari tadi.

“Safi nampak comel sangat.” Zafril turut memperlahankan suaranya.

Merah wajahku menahan malu mendengar Zafril berkata begitu padaku. Senyuman

yang tidak lekang dari bibirnya membuatkan aku makin gelisah. “Bukan baby ni ke yang

comel?” Sengaja aku berkata begitu untuk melindungi rasa gelisah di hatiku.

Makin melebar senyuman Zafril waktu ini. “Dua-dua pun comel. Comel sangat. Nak-

nak Safi, rasa macam nak gugur jantung Zaf ni bila pandang Safi.”

Rasanya semua darahku mula menyerbu naik ke muka. Lirikan senyuman Zafril itu

makin menghimpit rasa di dadaku. Akhirnya aku tertunduk malu, tidak tahu apa yang perlu

dibalas.

“Amboi, kat hospital pun sempat dating ke?”

Ayat yang keluar dari mulut Kak Ros itu makin menambahkan malu di dadaku. Entah

bila agaknya Kak Ros berdiri berhampiranku. Nasib baik aku sedang mendukung anak Amy

ini. Jika tidak, mahu mati kutu aku di sini.

“Meh, biar akak pula yang dukung baby tu.”

Anak Amy yang tadinya berada d dalam dukunganku kini sidah berukar tangan Sebaik

sahaja dapat mendukung bayi itu Kak Ros segera melangkah menuju ke katil yang

menempatkan Amy semula. Aku pula hanya merenung dengan senyuman apabila beberapa

rakan-rakan seperjabatku yang lain saling berebut untuk mendukung anak Amy.

Page 540: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

539

“Kalau kita dah kahwin nanti, Zaf nak enam orang anak.”

Aku agak terkejut dengan kata-kata Zafril itu pantas berpaling memandang Zafril yang

sedang tersenyum dan matanya masih lagi memandang baby yang berada dalam dukungan

Kak Ros. Tiba-tiba idea nakal muncul di mindaku. Senyuman yang tersungging di bibir

pantas aku matikan segera. Sengaja aku seriuskan wajah dan memandang Zafril tajam.

“Siapa nak kahwin dengan Zaf?” luahku dengan tegas sekali.

Zafril terus memandangku. Wajahnya sudah berkedut seribu. Hilang terus senyuman

cerianya sebentar tadi. Aku yang melihat perubahan pada wajah itu sudah mahu ketawa besar,

namun aku simpan sahaja tawaku itu. Sekali-sekala dapat mengenakan Zafril apa salahnya.

“Oh... nak reject Zaflah ni ye. Berapa kali Safi nak reject Zaf ni?” Kali ini Zaf pula

yang berkata tegas. Matanya mencerun memandangku.

Akhirnya pecah juga tawa yang kusimpan tadi. Beberapa mata rakan seperjabatku

memandang kamui saat ini. Aku tidak peduli dengan pandangan kawan-kawaku itu kerana

pada saat ini aku terasa amat lucu sekali mendengar kata ‘reject’ yang keluar dari mulutnya

itu.

“Bila masa pula Safi reject Zaf?” Aku sengaja mengusik hati lelaki itu. Keningku

angkat menanti jawapan darinya.

“Jangan pura-pura nak hilang ingatan pula ye Cik Safiah Aisyah Muhammad Irfan.”

Sekali lagi pecah ketawaku. Entah kenapa setiap kata-kata dan reaksi yang dia

tunjukkan padaku kal ini benar-benar mencuit hatiku. Seingatku hanya sekali sahaja aku

menolaknya, bukannya banyak kali seperti mana yang dikatakannya tadi. Aku masih lagi

dengan tawaku dan dia masih lagi dengan wajah masam mencukanya.

“Aik, marah ke? Safi bergurau jelah tadi.” Pujukku lembut. Tawaku telah hilang dan

aku gantikan dengan sebuah senyuman manis buat kekasih hatiku. Sebenarnya aku cuba untuk

menghilangkan rasa marah yang mungkin hadir di hatinya.

Page 541: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

540

Namun apabila Zafril masih lagi mendiamkan diri dan hanya memandang wajahku,

aku terasa bersalah kerana mempermain-mainkan hal-hal sebegitu.

“Marah ke?” Tanyaku sekali lagi, takut juga jika dia benar-benar marah denganku.

“Tak marah, geram je.” Matanya masih lagi mencerun memandangku.

“Safi melawak jelah.” Sekali lagi aku cuba menyakinkannya.

“Buatlah lawak macam tu lagi. Tak pasal-pasal hujung minggu ni Zaf suruh mama

dengan papa pinang Safi then kita terus nikah aje hari yang sama. Tak payah nak bertunang

ni, membazir masa je.” Ugut Zafril tiba-tiba.

Aku yakin wajahku sudah berubah pucat saat ini. Hujung minggu ini memang kami

sudah merancang majlis peminangan dan pertunangan serentak. Semua persiapan telah aku

dan ibu lakukan. Tidak mungkin majlis pertunangan bertukar menjadi majlis pernikahan pula.

Nani apa pula kata ibu dan ayah serta saudara maraku yang lain. Tak pasal-pasal nanti

menimbulkan fitnah dan syak wasangka orang ramai. Aku tidak mahu begitu, seolah-olah

khawin koboi pula.

“Eh, Zaf ni janganlah macam tu. Lagipun Zaf dah setuju yang kita bertunang tiga

bulan dulu sebelum nikahkan.” Kelam kabut aku mengingatkan janji-janjinya itu.

Sememanngnya dia sudah bersetuju dengan cadanganku supaya mengikat pertunangan

terlebih dahulu sebelum diijabkabulkan.

Kalau ikutkan Zafril memang dia tidak mahu bertunang, dia lebih suka jika kami terus

bernikah. Namun aku yang menolak kemahuannya itu. Aku mahu juga merasa seperti gadis-

gadis lain yang mengikat tali pertunangan sebelum bernikah. Aku mahu merasakan saat-saat

manis bertunang dan menjadi tunangannya sebelum menjadi isterinya.

“Hah, Zaf tak peduli, kita terus nikah je hujung minggu ni. Tak payah bertunang-

tunang, lambat.” Zafril masih lagi tegas dengan keputusannya.

Page 542: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

541

“Zaf...” Aku sudah tidak tahu mahu berkata apa. Hanya namanya yang meniti di

bibirku. Suaraku sudah serak basah menahan rasa hati.

“Aik, marah ke?” Zafril mengajuk cakapku sebentar tadi. Keningnya sengaja diangkat

dan terus menanti jawapanku.

Aku sudah mengetap bibir. Dia di sebelah tidak lagi aku hiraukan. Otakku sibuk

memikirkan apa yang harus aku katakan pada ibu dan ayah jika Zafril benar-benar

bersungguh-sungguh dengan katanya tadi. Hendak dibatalkan sahaja majlis itu, sungguh aku

tidak mahu, aku tidak mahu kehilangan lelaki itu. Aku tidak sanggup berjauhan darinya sekali

lagi. Jadi apa yang harus aku lakukan?

“Zaf melawak jelah.” Sekali lagi dia mengajuk cakapku. Kini dia pula yang ketawa

mengantikan tempatku. “Tahu pun takut.” Dia masih lagi dengan tawanya.

Dengan ketawa Zafril yang tidak mahu surut itu membuatkan aku yakin dia benar-

benar bergurau sebentar tadi. Aku sudah menarik muncung panjang.

“Ish, Zaf ni kan. Menyampahlah.” Aku pura-pura merajuk. Namun jauh di sudut

hatiku, aku benar-benar bersyukur yang dia hanya bergurau denganku.

“Safi ingat Zaf ni suka mungkir janji ke? Zaf kan sayang Safi. So, Zaf akan ikut semua

kemahuan Safi. Tapi ingat, bertunang tiga bulan je tahu, jangan nak mengada-ngada tunda

pula lepas ni.”

Aku tersenyum panjang akhirnya. Namun aku tetap terasa sakit hati. Aku mahu

mengusik dia sebentar tadi api dia pula yang mengenakan aku sudahnya. Dan aku terus

menganggukkan kepala menandakan aku faham benar dengan kata-katanya itu. Dia sudah

banyak bertolak ansur denganku jadi tidak salah kalau aku pula yang bertolak ansur

dengannya kali ini.

Page 543: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

542

BAB EMPAT PULUH LAPAN

AKU dan Zafril masih berada di rumah mak teh Zafril yang berada di Damansara. Kalut juga

aku ketika ini untuk berhadapan dengan semua saudara maranya kerana aku baru seminggu

sahaja menjadi isterinya. Minggu lalu telah diadakan majlis pernikahan dan persandingan di

belahku, dan semalam majlis sambut menantu telah dilakukan pada belah Zafril pula. Oleh itu

hari ini aku, dia dan kedua ibu bapanya bertanding menjalang ke rumah saudara mara.

Rumah mak teh ini merupakan rumah saudara yang ketiga aku melangkah hari ini.

Kata mama kalu boleh hari ini dia ingin membawa aku dan Zafril yang merupakan pengantin

baru ke beberapa rumah saudara maranya yang tinggal di Kuala Lumpur. Mahu

memperkenalkan dan merapatkan lagi hubunganku dengan saudara maranya.

“Jiha suka tengok akak naik motor dengan Abang Add lepas persandingan akak

semalam. Nak romantik sangat. Nanti Jiha pun nak suruh bakal suami Jiha buat macam

tulah.”

Aku hanya mengelengkan kepala mendengar kata-kata adik sepupu Zafril yang baru

berusia 17 tahun itu. Dalam usia semuda itu sempat lagi dia berfikir tentang perkara-perkara

sebegitu selepas menyaksikan aku dan Zafril yang menaiki motor bersama-sama dengan

berbaju pengantin. Aku hampir terlupa tentang impiannya itu semalam tapi rupa-rupanya dia

menuntut janjiku dan dalam keadaan yang benar-benar terpaksa, aku meneruskan juga

mengikuti langkahnya menjelajah menaiki motor bersamanya. Pada mulanya memang aku

malu, namun lama kelamaan aku terasa bahagia apabila dapat berdua-duaan begitu dengannya

di atas motor.

“Amboi, gatal ye. SPM pun belum lepas, dah nak fikir pasal kahwin.” Sakat Zafril

pada sepupunya.

“Eleh biarlah. Ini bukan gatallah. Ini namanya menanam impian. Faham.” Jiha

menjelirkan lidah kemudian dia terus berlalu ke luar rumah.

Page 544: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

543

“Abang ni ada ke kata macam tu, tengok Jiha dah merajuk.” Luaku. Agak kekok

sebenarnya mahu memanggilnya dengan panggil abang, namun aku terus berusaha untuk

membiasakan diri.

“Alah abang gurau je. Dia yang sensitif lebih.” Zafril membela diri. Langsung tiada

riak bersalah pada wajahnya.

“Sudah-sudahlah tu Add woii. Ini tidak, asyik berkepit je 24 jam dengan Safi tu. Kita

orang yang perempuan nak berbual dengan dia pun tak boleh ni hah. Kamu duk usung dia ke

sana sini dari tadi.”

Suara mak teh yang baru turun dari tangga menyebabkan aku terasa seperti tercekik

sesuatu. Bukan suara itu yang menjadi puncanya, cuma kata-kata yang dilontarkan itu berjaya

membuatkan aku malu.

“Biasalah mak teh. Pengantin baru.” Tanpa sedikit pun rasa malu sepertiku terus

sahaja Zafril melontarkan kata-kata itu. Aku mencubit lengannya namun dia masih berlagak

biasa.

“Habis tu kalau pengantin baru pun takkan tak boleh nak berenggang sikit pun

sekejap? Kamu nikan, kalau bab merapu tu memang juara.” Mak teh terus membebel

sehingga dia hilang balik dapur rumahnya.

“Erm.. mak teh dah membebellah.” Bisik Zafril padaku selepas mak teh tiada dalam

pandangannya lagi.

“Dah tu, lepaskanlah tangan Safi.” Arahku dan memandang tangan kirinya yang masih

lagi erat mengenggam tangan kananku sejak kami sampai di rumah ini tadi.

“Tapi abang ada masalah sikit ni.” Wajah kerisauan mula terbit di wajahnya.

“Masalah? Masalah apa?” segera aku menyoal. Tiba-tiba pula ada masalah. Apa yang

berlaku?

“Abang tak boleh langsung berengang dengan Safi ni. Seminit pun tak boleh!”

Page 545: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

544

Kali ini aku mencubit pehanya dengan kuat. Dia sering sahaja melawak dalam

keadaan aku serius bertanya. Jeritan kecilnya berjaya melegakan hatiku. Rasa sakit itu pasti

akan dapat menyedarkannya.

“Abang ni lepaskanlah tangan Safi.” Pintaku perlahan. Berharap agar dia mahu

membenarkan aku berjauhan seketika dengan dirinya dan menyapa orang-orang di dapur.

“Sayang nak ke mana?”

“Nak ke dapurlah. Nak tolong apa-apa yang patut. Takkan nak duduk je kat sini.” Aku

benar-benar mengharapkan dia faham ketika ini.

“Okay, abang boleh bagi Safi ke dapur tu. Tolong kaum ibu kat dapur tu.” Akhirnya

persetujuan keluar juga dari bibirnya.

“Betul?” aku sudah teruja. Melonjak sedikit suaraku. Bukan aku tidak suka berada di

sisinya saban waktu malah itu yang aku nantikan sejak dahulu. Namun apabila berada di

rumah orang dan setelah ditegur sebegitu oleh mak teh aku jadi tidak sedap hati. Nanti

dikatakan aku ini terlampau manja pula.

“Tapi...” Zafril mematikan katanya.

“Tapi?” Soalku memintanya meneruskan bicaranya.

“Tapi jangan salahkan abanglah kalau abang pandang perempuan lain kat sini. Ada

juga dua tiga anak dara lagi kat rumah mah teh ni tau.” Zafril mengangkat-angkat keningnya

padaku.

Aku mencebik bibir. Aku tahu dia hanya mahu mengugutku supaya aku tidak

berjauhan darinya. Aku tahu benar dengan setiap taktiknya itu. “Beranilah nak pandang

perempuan lain. Silap-silap malam ni ada yang tidur kat luar.” Aku pula yang mengugutnya.

Wajah Zafril sudah berubah seketika kemudian dia tersenyum nakal memandangku.

“Eleh, nak ugut abang konon. Abang tahu sayang takkan sampai hati nak biarkan abang tidur

kat luar malam ni.” Dengan penuh keyakinan dia menyatakan hal itu padaku.

Page 546: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

545

“Okay. Kalu tak percaya cubalah kalau berani.” Aku terus menarik tanganku yang

berada di gengamannya tadi. Dan aku terus berlalu ke dapur. Makin di layan suamiku itu akan

makin menjadi-jadi pula nanti.

Sampai sahaja di dapur mama dan mak teh serta pembantu rumahnya sedang sibuk

menyediakan minum petang. Aku turut meringankan tulang membantu apa yang patut di

dapur ini. Puas mak teh menghalang aku membantunya. Katanya dia hanya bergurau tadi pada

Zafril dan dia mahu aku masuk ke dalam semula dan menemani Zafril.

Aku pantas menolak, tidak salah rasanya aku membantu apa-apa yang patut di sini.

Aku tahu yang Zafril faham akan situasiku kini.

Setelah selesai aku menyediakan spageti goreng aku membawa spageti yang sudah

aku muatkan ke dalam mangkuk ke meja di ruang makan. Sudah banyak makanan yang

tersedia di situ. Cuma air sahaja lagi yang belum terhidang. Aku mahu bergegas ke dapur

untuk membantu menyediakan air pula.

Langkahku di halang seketika. Aku menjarakkan langkah dan memandang wajah yang

cuba menghalang laluanku. Terkejut aku dengan kehadiran lelaki ini. Datuk Razali? Apa yang

dia lakukan di sini? Rasanya sudah lama aku tidak ketemu dengannya sejak perstiwa di

restoran hotel dahulu. Selepas kejadian itu aku memang tidak pernah nampak dia datang ke

Adni Maju lagi.

“Safiah Aisyahkan?” Soalnya teruja.

Aku sudah terdiam. Mahu mengakuinya atau menafikannya? Sejak dahulu lagi aku

memang tidak pernah gemar dengan lelaki ini. Pandangan matanya berjaya merimaskanku

setiap masa dan membuatkan aku tidak selesa dengan pandangannya itu.

Aku akhirnya aku hanya mampu menganggukkan kepala.

“Oh my god. Lamanya saya tak jumpa awak.” Terlalu teruja lelaki ini kelihatannya.

Page 547: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

546

“Datuk buat apa kat sini?” aku terus menyoal, sekadar berbasi-basi sebelum aku

meminta diri berlalu ke dapur semula.

“Oh, ni rumah share partner saya. Saya baru lepas main golf dengan dia, then dia ajak

saya singgah sekejap. Tak sangka boleh terserempak dengan awak. Memang langkah kanan

saya ni.” Ceritanya langsung tidak dapat menarik minatku.

“Oh...” hanya itu yang mampu aku luahkan, entah apa yang perlu aku katakan padanya

saat aku mahu melepaskan diri padanya. Aku tidak menyangka yang pak teh Zafril berkawan

dengan Datuk Razali ini.

“Awak pula buat apa kat sini?”

“Saya datang melawat saudara dengan suami saya.” Terus sahaja aku berterus terang.

Malas aku mahu berbahasa dengannya lagi. Renungan matanya tadi makin menyesakkan

nafasku.

“Suami?” Soalnya kehairanan.

“Ha’ah.” Yakin sungguh aku membalas setiap katanya.

“Bila awak kahwin? Siapa suami awak?” Laju sungguh dua soalan itu meluncur dari

bibirnya.

“Saya.”

Sebelum sempat aku menjawab Zafril sudah menjawab bagi pihakku. Dia terus berdiri

di sebelahku dan memeluk pinggangku dan membawaku rapat padanya.

“Sayang pergi mana tadi? Puas abang cari.”

Aku sudah mahu terburai ketawa mendengar soalanya suamiku ini. Ternyata dia

sengaja menunjuk kemesraan aku dengannya di hadapan Datuk Razali. Bukannya dia tidak

tahu ke mana aku pergi sebentar tadi. Tapi dia masih lagi boleh menyoal tentang hal itu. Mata

Datuk Razali yang terkebil-kebil memadang kami membuatkan aku terus geli hati.

“Safi kat dapur tadi.” Akhirnya aku turut berlakon bersama-sama dengannya.

Page 548: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

547

“Bila kamu berdua kahwin?” Soal Datuk Razali yang mungkin sudah tidak tahan

melihatkan Zafril yang tidak sudah-sudah merenungku yang berada dalam dakapan suamiku

itu.

“Minggu lepas. Tapi kenapa Datuk tak datang? Saya dah bagi kad pada SU Datuk

bulan lepas.” Balas Zafril, aku tidak tahu benarkah Zafril ada menjemput Datuk Razali

ataupun tidak kerana dia tidak pernah bercerita tentang Datuk Razali padaku.

Berkerut-kerut dahi Datuk Razali memikirkannya. Akhirnya dia mengalah, mungkin

sudah malas mahu memikirkan tentang kewujudan kad itu. “Okaylah, saya balik dulu.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu Zafril terus menyuakan tangan untuk berjabat

tangan dengan Datuk Razali. Aku sudah tersenyum-senyum, nampak sangat yang dia mahu

Datuk Razali segera berlalu dari situ seberapa segera yang boleh.

Setelah itu Datuk Razali terus berlalu tanpa menoleh sedikit pun lagi padaku. Dan aku

tidak harap pun perkara itu berlaku.

“Ish, macam mana boleh tersesat sampai sini pula Datuk miang tu?” Soal Zafril

perlahan tapi masih mampu ditangkap oleh telingaku.

“Dia main golf dengan Pak Teh tadi. Pak Teh ajak dia singgah.” Jelasku.

“Oh, lupa pula dia dengan Pak Teh kawan.”

“Betul ke abang ada bagi kad kahwin kita kat Datuk Razali?”

“Eh, mestilah ada. Abang memang nak sangat pun dia datang. Tapi tak datang pula dia

tu.”

“Kenapa abang nak sangat Datuk datang?” aku kehairanan. Setahuku Zafril tidak

pernah sebulu dengan Datuk itu.

“Abang nak tunjuk kat dia yang abang dah jadi suami Safi, then dia jangan nak

mengatal lagi dengan isteri abang yang cantik ni.” Katanya.

Page 549: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

548

Aku tertawa mendengar alasannya itu. “Abang ni dengan Datuk Razali pun nak

cemburu ke?”

“Eh, mestilah.” Tekannya.

“Tak payah nak cemburulah bang. Safi tak pernah berkenan pun dengan dia dari dulu

sampai bila-bila. InsyaALLAH.” Aku cuba menyakinkannya.

“Bagus. Nasib baik jawapan Safi tu boleh diterima. Kalau tak, memang Safilah yang

kena tidur luar malam ni.” Dia memulangkan paku buah keras padaku.

Sekali lagi aku mencubitnya. Kali ini perutnya menjadi sasaran. Dia sudah ketawa

terbahak-bahak sambil menahan kesakitan yang sudah menjala di segenap rasanya.

AKU membetul-betulkan baju gaun kembang yang ku pakai. Wajahku yang berada di dalam

cermin di hadaanku ini aku teliti. Aku tersenyum simpul melihat penampilanku itu, belum

pernah aku memakai gaun Inggeris sebegini. Kelihatan agak klasik kerana ianya kelihatan

seperti gaun cinderella. Mujur Ikin telah mengubah rekaan gaun ini agar tampak sesuai

denagn imej muslimah. Butik pengantin Ikin ini bukan sahaja menyediakan pakej

perkahwinan malah menawarkan khidmat photografi. Oleh itu setiap pakaian untuk sesi

photografi ini telah diubah suai oleh Ikin sendiri agar sesuai dengan tema muslimah yang

diketengahkan. Dari gaun inggeris hinggalah ke kimono semuanya telah dia ubah suai agar

sesuai dipakai dengan tudung dan tidak kelihatan janggal.

“Amboi cantiknya pengantin baru kita ni.” Ikin yang baru shaja masuk ke dalm bilik

persalinan ini terus memujiku.

Senyuman sengaja aku panjangkan pada Ikin. Hari ini aku dan Zafril berada di butik

Ikin ini untuk mengambil gambar studio pula. Zafril yang beria-ia ingin mengambil gamabr di

sini. Kalu ikutkan, aku tidak mahu bergambar di studio begini. Terasa kekok dan malu

sebenarnya untuk berposing alah-alah model di hadapan kemera. Lagi pula gambar-gambar di

Page 550: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

549

kedua-dua majlis persandingan kami sebelum ini pun sudah banyak dan aku cukup sahaja

dengans semua tu. Namun Zafril tetap beria-ia mahu bergambar di studio ini, katanya mahu

bergambar denganku dalam pelbaga persalinan untuk dibuat kenang-kenangan.

“Kau kan tak ada ayat lain ke? Setiap kali aku tukar baju, ayat tu aje yang keluar dari

mulut kau.” Balasku apabila Ikin mula mendekati, Gaun ini adalah persalian terakhir yang

akan aku peragakan di hadapan kamera nanti. Sudah hampir tiga jam aku dan Zafril berada di

studio ini dan sudah enam pasang baju daripada pelbagai negara yang aku pakai. Setiap kali

itu jugalah Ikin akan memuji dengan ayat yang sama. Bukan tidak suka dipuji, namun teras

janggal menerima pujian yang tidak putus-putus darinya.

“Eh, kau ni dah memang cantik, takkan aku nak kata tak cantik pula.” Balas Ikin.

Aku mencebikan bibir lalu mengadap cermin semula. Ikin yang sudah berada di

sebelahku turut membetul-betulkan baju yang tersarung di badaku ini. Aku mengerlng

memandang Ikin yang sedari tadi tersengih-sengih memenadangku di dalam cermin, Entah

apalah yang membuatkannya boleh tersengih hingga begitu sekali.

“Yang kau tersengih dari tadi tu kenapa?” makin panjang sengihan Ikin menerima

soalan dariku.

“Ish, kau ni macam kerang busuk je aku tengok. Tersengih-sengih dari tadi. Apa hal?”

aku sudah tidak sabar. Sengihan Ikin itu aku rasakan semacam pula. Apa yang tidak kena

sebenarnya?

“Tak ada apalah, cuma aku tak sangka kau kahwin dengan Zaf. Yelah dulukan Zaf

playboy dan kau pula alergi dengan playboy ni.” Luah Ikin akhirnya dan masih tersenyum

panjang.

Aku juga turut tersenyum, kata-kata Ikin iyu membuatkan aku teringat di awal

pertemuanku dengan Zafril dulu. Memang aku tidak menyenangi lelaki itu dahulu, namun

kini lelaki itu yang menghuni hatiku buat selama-lamanya.

Page 551: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

550

“Suami aku cerita, sejak Zaf jumpa kau, dia banyak berubah. He totally changed. Tak

sangka aku kawan aku ni boleh ubah buaya tembaga jadi buaya jinak.”

Buaya tembaga? Erm... sudah lama aku tidak memanggil Zafril dengan gelaran itu.

Dan sebenarnya bukan aku yang mengubah sikdap Zafril dahulu. Aku tidak pernah terfikir

untuk merubahnya. Cuma mungkin kata-kataku padanya di dulu yang membuatkan dia

terfikir untuk berubah atau mungkin juga benar kata-kata Mona dahulu yang cinta sejati

mampu merubah seseorang. Apabila pintu hati telah terbuka dan hati telah tertawan,

segalanya boleh berlaku.

“Bukan aku yang ubah dialah. Dia memang nak berubah pun.”

“Memanglah, tapi disebabkan kaulah dia berubah, faham.” Ikin cuba menyakinkanku.

“Er, tapi satu aku nak tahu sangat-sangat ni. Apa sebabnya korang boleh putuskan hubungan

tahun lepas. Lepas tu kau berhenti kerja dengan dia pula. Cuba cerita kat aku. Dulu aku tanya

Zaf dia tah mahu jawab. Aku tanya kau, kau pun diam je. So, sekarang ni korang dah bersatu

semula dan dah kahwin pun. Jadi, ceritalah apa kesnya, aku betul-betul nak tahu ni.” Ikin

masih lagi cuba mengungkit kisah lalu.

Takkan aku mahu menceritakan pada Ikin semua perkara lalu ku itu. Jika dahulu pun

aku keberatan untuk menceritakan hal yang sebenarnya padanya tidak mungkin hari in aku

mahu mengungkit lagi tentang perkara itu. Sudahlah aku tidak mahu menyebut-nyebut lagi

tentang perkara itu. Biarlah kisah itu aku simpan rapi tanpa perlu dibuka-buka lagi.

“Masa tu kita orang ingat jodoh kita orang tak panjang, tu yang boleh terpisah tu.

Rupa-rupanya panjang lagi jodoh kita orang ni.” Aku cuba berseloroh kerana aku

sememangnya tidak mahu menceritakan hal yang sebenar-benarnya pada Ikin.

“Ish, kau ni suka main-mainlah.” Marah Ikin sngguh-sungguh. Namun aku masih

selamba, aku benar-benar mahu menutup kisah itu.

Page 552: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

551

“Okaylah kalau kau taknak cerita pun tak apa. Tapi aku harap kali ni korang tetap

bersama selamanya. Aku harap juga kau dapat cinakan Zaf macam mana dia cintakan kau.

Zaf tu memang cintakan kau sungguh-sungguh tau dengan sepenuh hati.”

“Elah mana kau tahu. Macamlah kau boleh baca hati dia.” Sengaja aku berkata begitu.

“Aku tahulah, Kau tahu masa kau berhenti kerja dulu, Kak Anni adalah juga cadangan

Zaf ambik Ezlin jadi SU dia sekaligus konon-konon nak satukan kau oranglah. Tapi kau tahu

apa yang Zaf cakap kat kitorang?”

“Entah.” Balasku acuh tak acuh namun sebenarnya hatiku meronta ingin mengetahui

jawapannya.

“Tak ada siapa pun boleh gantikan tempat Safi. Fullstop! Add tak nak sesiapa pun

bangkitkan hal ni lagi!” Serius sahaja wajah Ikin sewaktu mengajuk kata-kata Zafril. “Fuhh,

masa tu aku dengan Fuad kecut perut jugalah dengan ketegasan dia waktu tu.” Tambah Ikin

lagi.

Aku tersenyum bahagia. Aku berasakan diriku begitu bertuah kerana mendapat suami

sekaligus kekasih seperti Zafril. Cinta dia padaku begitu mendalam sehinggakan aku sering

terbuai dengan rasa bahagia yang tidak bertepi. Rasa bahagia makin aku rasai sejak aku

mejadi isterinya. Zafril benar-benar membahagiankanku dan aku berharap aku juga dapat

membahagiakannya hingga ke syurga.

“Zaf dah siap ke?” Tiba-tba aku terasa rindu pula pada suamiku, sedangkan belum

sampai setengah jam kami terpisah waktu.

“Dah. Dah lama siap dan. Dia tunggu kau kat bilik sebelah. Ku orang berdua duduklah

situ dulu. Pekerja aku tengah setting set. Dah siap nanti aku panggil.”

Aku mengangguk laju kemudian dengan segera aku keluar dari bilik persalinan wanita

ini menuju ke bilik menunggu yang bersebelahan dengannya. Sebaik sahaja aku sampai di

Page 553: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

552

muka pintu aku melihat Zafril sedang berdiri dan tekun membelek katalog yang berada di

tangannya.

Aku mengangkat sedikit gaun kembangku agar memudahkan pergerakan langkahku

menghampiri Zafril. Langkah aku aturkan perlahan-lahan, sengaja mahu mengejutkannya

yang membelakangkanku dan sedang leka merenung katalog itu.

“Hah, encik Zafril tengok apa tu?” sergahku sambil memegang pinggangnya dan

menjengahkan kepala untuk melihat apa yang menjadi santapannya tadi.

Zafril tertawa kecil menerima jerkahanku, katalog yang dipegangnya tadi diletakkan

semula di atas meja di hadapannya. Kemudian dia berpusing mengadapku. Sedikit pun dia

tidak terkejut menerima kedatanganku itu.

“Excuse me my dear... I’m not your boss anymore and you’re not my SU either. You

already resign two weeks ago, don’t you remembered? So, stop calling me encik Zafril, boss

or so on, I really don’t like it.” Ujar Zafril sambil kedua-dua belah tangannya memeluk

pinggangku.

Aku tertawa kecil kemudian aku turut memeluknya. “Jadi, apa yang Safi nak

panggil?”

“Em... how about darling? Or maybe honey? Or Bee for hubby?”

Malu pula rasanya mahu memanggilnya dengan panggilan-panggilan itu. Cukuplah

dengan panggilan ‘abang’ yang sudah beberapa minggu sebati dengan lidahku, walaupun

kadangkala lidahku ini kerap tersasul dengan memanggilnya encik Zafril. Tidak kisah apa pun

panggilan manja untuk suamiku itu, aku tetap akan mencintainya selamanya.

“Kalau Safi panggil ‘abang’, boleh?” aku sengaja meneruskan perbualan manja ini.

Aku sedang dapat bermanja-manja begini dengannya.

“Em... that preety good. So from now on, don’t call me Encik Zafril anymore just call

me ‘abang’.” Tegas Zafril.

Page 554: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

553

“Yes Sir,” aku mengangkat tabik hormat padanya.

“What? Sir?” Zafril membesarkan matanya.

“Baiklah, baiklah kekandaku yang tersayang. No more Encik Zafril, no more boss and

no more sir after this. Promise.” Aku mengangkat tangan seolah-olah membaca ikrar.

“Macam tulah adinda abang yang tersayang.” Zafril mencuit hidungku.

Zafril mengeratkan lagi pelukan dan aku merebahkan kepalaku ke dada Zafril. Rasa

gembira apabila dapat bersama-sama dengannya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia

merenggangkan pelukan dan mengambil telefon bimbitya di atas meja di belakannya.

“Siapa?” Soalku.

“Office.” Jawab Zafril sepatah.

“Amy?”

“Ha’ah. Ish, mengacau betullah.” Zafril segera mematikan talian dan meletakkan

telefon bimbit tu semula ke tempat asalnya.

“Jawablah bang, Mana tahu ada hal penting ke?” saranku apabila teefon itu berbunyi

buat kali yang kedua.

“Sayang, abang tengah cuti okay, Esok kita dah nak pergi honeymoon. Kalau abang

jawab call dia hari ni, esok-esok dia kacau lagi, Nanti tak pasal-pasal terganggu pula

honeymoon kita.” Bebel Zafril dengan muka masamnya. Iyalah bukan selalu dia bercuti jadi

bila sudah dapat cuti sebegini aku tahu dia tidak mahu diganggu dengan hal-hal pejabat.

“Abang, Amy tukan SU abang., Dia tahulah abang tengah bercuti. Takkan dia nak

ganggu abang tanpa sebab yang munasabahkan. Mana tahu ada apa-apa hal ke kat pejabat tu.”

Aku cuba menasihatkannya. Amy baru sahaja dinaikkan jawatan menjadi SU Zafril, banyak

perkara yang dia masih lagi tidak tahu dan mungkin sahaja ada masalah yang tak dapat dia

selesaikan oleh itu dia menghubungi Zafril.

Page 555: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

554

Zafril mengeluh berat. “Itulah kan abang dah cakap abang takn ak pakai SU lagi tapi

Safi sibuk suruh abang ambil SU baru lepas Safi berhenti.”

“Abang, abang tak ingat ke macam mana bertaburnya urusan syarikat masa Safi

berhenti dan setahun abang tak gajikan SU untuk abang? Safi tak nak abang kelam kabut lagi.

Safi kesiankan abang nak handle semua benda sorang-sorang.” Tambahku lagi cuba

menyakinkan Zafril tentang tindakan menyarankan Zafril supaya menaikkan pangkat Amy

menjadi SU Zafril setelah aku meletakkan jawatan. Jawatan CEO yang dipegang Zafril itu

memang memerlukan seorang pembantu yang dapat membantu segala urusannya agar lebih

mudah.

Dia tersenyum lebar semula. “Kesian ke sayang?” Zafril memelukku semula.

Aku turut tersenyum lebar. Aku tidak mahu menjawab soalan itu aku tahu Zafril pasti

sudah tahu jawapan dariku.

“Boleh abang tahu kenapa Safi beria-ia nak abang naikkan pangkat Amy jadi SU

abang?”

Aku mendongakkan sedikit kepalaku memandang Zafril yang sedang memelukku.

“Yelah, Amy tukan dah empat tahun kerja dengan abang. Takkan selama-lamanya dia nak

jadi receptionis je. Lagipun Amy tukan ada diploma pengurusan pejabat. So, tak salah kalau

kita bagi peluang kat dia untuk majukan diri.” Aku menerangkan alasan mengapa aku

bersungguh-sungguh supaya Zafril mengambil Amy sebagai Setiausahanya. Amy telah

dianggap bagai adikku sendiri, jadi aku mahu Amu turut berjaya dalam kerjayannya.

“Atau Safi takut abang hired SU baru yang cantik dan bujang lepas Safi berhenti?”

Tersentak aku mendengar kata-kata Zafril itu. “Oh, ada hati rupanya nak hired SU

baru ikut citarasa abang tu. Kalau macam tu okaylah, abang tukar balik Amy ke bahagian

reception. Lepas tu abang hiredlah SU baru yang lebih cantik, bergaya, bujang dan seksi.

Maklumlah SU lama abang yang nama Safiah Aisyah dulu tu pun bukannya cantik sangat,

Page 556: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

555

bergaya pun tak asyik pakai baju kurung je. Seksi? Jauhlah sekali.” Aku melepaskan

pelukanku padanya kemudian aku menolak tubuhnya menjauhiku. Aku ingin keluar dari bilik

itu dan menyalin pakaian semula. Aku sudah tiada mood untuk meneruskan sesi photografi ini

lagi.

“Hey, sayang kenapa ni?” Zafril menarik pergelangan tanganku yang baru cuba untuk

membuka langkah meninggalkannya.

Aku cuba meleraikan genggaman tangan Zafril di pergelangan tanganku. Namun dia

cepat-cepat membawaku mengadapnya semula.

“Kenapa ni? Marahkan abang ye?” Soal Zafril sambil tersenyum padaku.

“Malaslah, Safi nak balik.” Aku cuba berpaling namun sepantas itu juga Zafril

mengenggam kemas bahuku. Tidak membenarkan aku meninggalkan dirinya.

“Janganlah marah sayang. Abang bergurau aje tadi. Abang tak maksudkan macam tu

pun.” Pujuk Zafril.

Aku masih lagi membatukan diri. Muka aku masamkan. Walaupun wajahku

mengadapnya namun mataku aku halakan ke tempat lain.

“I’m so sorry okay. Abang cuma bergurau aje tadi. Sumpah ab...”

Pantas aku menutup bibir Zafril dngan dua jariku. Aku tidak mahu dia menyakinkanku

hingga bersumpah. Dia memegang tanganku yang menutup bibirnya kemudian dia mencium

jemariku.

“Please, percayakan abang, okay. Datanglah gadis seseksi, secantik mana sekalipun

cinta abang pada Safi takkan goyah.” Bersungguh-sungguh dia menyakinkanku dan aku

tersentuh dengan kata-katanya itu. Aku tahu aku tidak sepatutnya meragui suamiku ini.

“Maafkan Safi, Safi tak patut cakap macam tu pada abang tadi.” Lembut suaraku

mengalunkan maaf.

Page 557: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

556

“Tak apa, salah abang juga. Siapa suruh abang cakap melalut-lalut tadi, sampai isteri

kesayangan abang ni merajuk.” Zafril mengucup jemariku sekali lagi.

Aku pantas menarik jemariku dari gengaman Zafril apabila telefon bimbitnya

bernyanyi sekali lagi. Belum sempat dia menghalangku aku telah terlebih dahulu menjawab

panggilan itu. Zafril sudah menarik muka masam dan aku tersenyum panjang. Setelah berbual

seketika dengan Amy, aku menyerahkan telefon bimbit Zafril itu padanya

“Really important.” Tegasku apabila dia mash lagi tidak menyambut telefon di

tanganku.

“Nak kena Amy ni.” Zafril masih lagi berkeras tidak mahu menjawab panggilan itu.

“Abang Amy Cuma jalankan tugas dia.”

“After this I’ll switch off my phone. No matter what.” Tegasnya pula sebelum

menyambut telefon di tanganku dengan jelingan tajam. Aku tersenyum menerima

jelingannya.

Aku bergerak menjauhi Zafril sedikit, sengaja mahu memberi ruang kepadanya

menguruskan hal-hal pejabat dengan Amy.

Aku duduk di sofa yang terdapat di dalam bilik ini. Katalog yang berada di atas meja

tadi aku gapai dan ku bawa bersama. Tertera gambar-gambar Ezlin memperagakan pelbagai

baju yang cantik-cantik, sesuai dengan dirinya yang cantik itu.

“Dah habis ke?” Soalku apabila Zafril sudah mengambil tempat di sebelahku.

“Dah. Tengok apa tu?” Zafril menjengah katolog yang berada di tanganku. “Lawakan

baju ni, abang beli untuk Safi ye.” Zafril menunjukkan jarinya ke katalog yang masih lagi di

tanganku.

Aku tenung gaun malam berwarna jingga cantik di badan Ezlin. Gaun labuh berpotong

kembang sedikit di bahagian bawah, leher berbentuk V dan lengan separa siku itu memang

cantik dan kelihatan agak elegen. Dalam banyak-banyak gaun yang Ezlin peragakan di dalam

Page 558: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

557

katalog ini memang baju ini yang paling cantik dan menyerlah, mungkin kerana kombinasi

warna jingga terang yang begitu menyerlah.

“Nak buat apa? Nak pakai pergi mana? Seksi pula tu.” Aku menyuarakan rasa hatiku.

Gaun ini tidaklah seksi sangat namun agak terdedah di bahagian bahu. Dengan penampilanku

yang bertudung begini tidak mungkin aku akan memakai pakaian sebegitu.

“Tak apalah seksi sikit. Abang bukan nak suruh Safi pakai gaun ni kat luar. Pakai

untuk abang aje dahlah.” Zafril tersenyum melirik.

“Gatal.” Aku mencubit pinggangnya dan dia ketawa gembira. Aku melentokkan

kepala ke bahunya. Gambar gaun jingga itu ku tenung lagi.

“Abang.”

“Em...”

“Safi nak tanya satu soalan boleh?”

“Ish, isteri abang ni, minta izin pula dia. Tanya ajelah.”

“Kenapa abang tak ikut cadangan kak Anni dan pilih Ezlin jadi isteri abang dulu.”

Zafril menarik daguku agar pandangan kami bertentangan di antara satu sama lain.

“Kali pertama abang jumpa Safi kat rumah Fuad dulu wajah Safi dah terlukis di hati abang.

Safi fikir senang ke abang nak padamkan wajah Safi dari hati abang macam tu aje. Abang tak

boleh dan abang tak sanggup.”

Bergenang air mata di tubir mataku. Merenung ke dalam mata lelaki itu aku tahu kata-

kata itu lahir dari hati lelaki itu yang tulus dan benar-benar dari hati kecilnya.

“Safi pula kenapa tak pilih Hafiz masa kita berpisah dulu?” Kini soalan itu aku

balikkan semula padaku.

Aku mengukirkan senyuman buat suamiku ini. Tangan kananku mengusap pipinya.

“Safi tak boleh nak terima orang lain sebab Safi hanya nak jadi isteri abang di dunia dan di

akhirat.” Aku terus meluahkan apa yang terbuku di hatiku.

Page 559: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

558

Zafril tersenyum senang mendengar jawapanku. Kami berdua saling berpandangan

berbicara dalam diam, dari hati ke hati dengan rasa cinta yang memenuhi segenap lapisan

hati.

“Woi! Amboi-amboi, korang berdua ni pantang lepa sikit, mulalah berasmaradana ye.”

Aku tersentak mendengar suara yang datang dari muka pintu. Lantas aku berpaling

memandang Ikin yang sudah tersenyum-senyum di samping Fuad. Geram aku mendengar

kata-kata Ikin itu dan mula timbul rasa malu apabila Fuad turut berada di situ sedang

tersengih dan mengangkat-angkat keningnya pada Zafril. Aku mengetap bibir, sungguh benar-

benar aku malu.

“Amboi Ikin bukan main lagi mengata Safi ye. Ikin pun apa kurangnya manja juga

dengan abang. Kadang-kadang kalah manja anak-anak kita tu.” Fuad pula mengusik isterinya.

“Abang ni, ada Ikin pula yang kena.” Ikin sudah menarik muncung.

Aku dan Zafril berpandangan sebelum sama-sama ketawa meliaht aksi sahabat baik

kami itu.

“Dah, jom pekerja aku dah ready nak ambil gambar tu.” Ikin terus berlalu dari bilik itu

bersama-sama Fuad selepas menyampaikan pesanan.

Zafril segera bangun dari duduknya kemudian dia menyuakan tangan kirinya padaku

untuk membantuku berdiri. Aku menyambut huluran tangannya dengan senyuman panjang.

Aku dan dia berbimbingan tangan menuju ke studio.

Sampai sahaja di studio itu jurugambar yang merupakan pekerja Ikin memberkan

arahan dan manyarankan gaya yang sesuai di hadpaan kamera. Gambar kami ditangkap dari

pelbagai sudut dan gaya.

“Okay ni take terakhir ye. So, you berdua buatlah apa-apa gaya yang you nak.” Arah

jurukamera itu lagi.

Page 560: photo.goodreads.comphoto.goodreads.com/documents/1332226427books/13553629.pdf · Adah Hamidah Ada Di Hati 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, terima kasih kepada Maha Pencipta kerana memberikan

Adah Hamidah Ada Di Hati

559

Zafril membetulkan tudungku dan aku membetulkan kotnya. Seketika kemudian Zafril

memusingkan badanku dan memelukku dari belakang sambil mengadap kamera. Aku terus

mmeluk erat lengannya yang melingkari pingangku.

“Senyum manis-manis sayang. Abang nak tunjuk gambar ni pada anak cucu kita yang

berderet-deret nanti.” Bisik Zafril dekat di telingaku.

Aku tertawa kecil mendengar katanya itu sambil aku berpaling je belakang

memandangnya dan dia turut tersenyum memandangku. Tidak semena-mena jurukamera itu

memetik gambar kami. Aku dan Zafril yang terkejut lantas berpaling memandang jurukamera

itu.

“Take yang paling cantik yang pernah I ambil. Nampak nature and romantic. You

berdua memang padan.” Ujar jurukamera itu lagi.

Aku dan Zafril tersenyum mendengar kata-kata jurukamera itu. Hatiku benar-benar

bahagia kini. Dan aku berharap rasa bahgia itu akan kekal selamanya.

“One last take.” pinta Zafril pada jurukamera itu.

“Okay.” Dan jurukamera itu bersetuju.

Zafril mencium pipiku terlebih dahulu sebelum memusingkan badanku mengadap

kamera semula. Aku tersenyum menerima ciuman suamiku ini. Kemudian aku memeluk erat

lengan suamiku yang melingkari pinggangku. Sebuah senyuman manis menghiasi bibirku

kala memandang kamera di hadapanku dan aku yakin Zafril juga tersenyum manis ke arah

yang sama. Besar harapanku pada Illahi agar senyuman dan kebahagian akan sentiasa

menghiasi setiap liku ranjau perjalanan kami sehingga nafas terhenti. Dialah suamiku, dan dia

akan selamanya ada di hati.

------ TAMAT ------