28
PRA 3102 PGSR Unit 1 : Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak Proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan. Oleh itu persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan kurikulum yang universal, terancang, mantap dan relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah). Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara ”. (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003) Unit ini merupakan pengenalan kepada Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak yang akan membincangkan tentang konsep kurikulum, pertimbangan dan proses pembentukan kurikulum dan model pembangunan kurikulum. 1

PGSR PRA 3102

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Unit 1 : Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

Proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan. Oleh itu

persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan

kurikulum yang universal, terancang, mantap dan relevan

dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi

keperluan individu, masyarakat dan negara. Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai usaha untuk

menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah.

Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua

pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta

Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah).

“ Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaanberlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah PendidikanKebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara ”.

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)

Unit ini merupakan pengenalan kepada Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak yang akan

membincangkan tentang konsep kurikulum, pertimbangan dan proses pembentukan

kurikulum dan model pembangunan kurikulum.

1

Aktiviti : 1Nyatakan apa yang anda faham dengan istilah kurikulum dan istilah kurikulum prasekolah. Tuliskan dalam 250 patah perkataan

Page 2: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah dibentuk berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen

kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran. Penguasaan

kemahiran bahasa diperolehi melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis. Kecekapan berbahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu

konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara

berkesan. Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui

Amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP). Amalan yang

bersesuaian dengan Perkembangan murid adalah satu pendekatan yang menekankan

kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan

umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Pendekatan kurikulum

berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning) iaitu memberi

penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil

daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran

memberi penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh murid itu.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid

dapat menguasai dan memperolehi ciri-ciri berikut:

i. Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi;

ii. Kemahiran berfikir;

iii. Berakhlak mulia dan beretika;

iv. Berkeyakinan dan berdisiplin;

v. Sihat dan cergas; dan Imaginatif, kreatif dan ekspresif.

Berbekalkan kecekapan dan kemahiran di atas, murid sudah bersedia untuk ke sekolah

rendah.

Topik-topik yang perlu dibincangkan dalam unit ini adalah seperti berikut;

Sejarah Perkembangan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

- Konsep Kurikulum Kebangsaan- Asas Penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan - Rukun Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan- Keperluan Individu

- Masyarakat - Trend global Model Konseptual Pendidikan Prasekolah

- Huraian Model Konseptual

2

Unit 2: Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Page 3: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Perbandingan Kurikulum dengan Kurikulum KBSR

RUKUN NEGARA

Asas prinsip-prinsip Rukun Negara adalah panduan, pegangan dan asas bagi guru-guru

mendidik kanak-kanak prasekolah kerana Negara kita Malaysia terdiri daripada

masyarakat majmuk dengan berbilang kaum yang mempunyai pelbagai cara hidup dan

budaya, bahasa dan latar belakang. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, perkara yang perlu diutamakan oleh guru ialah supaya kanak-kanak

dapat berkerjasama antara satu sama lain.

Maka perpaduan yang lebih erat dapat dicapai, saling hormat menghormati dan

menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama. Aktiviti-aktiviti pengajaran

dan pembelajaran perlu dirancang supaya prinsip-prinsip Rukun Negara dapat

direalisasikan.

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara

hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina

satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Perkara pertama dalam membentuk kurikulum adalah, menetapkan falsafah. Falsafah

menggambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayaan guru berkenaan bagaimana

kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang oleh para guru prasekolah sangat

mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH

3

Page 4: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

(ABP = Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-Kanak)

ABP adalah satu amalan dan proses pembelajaran yang menekankan kepada

penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan

umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat dan minat murid.

4

Aktiviti 2:Huraikan Model Konseptual Prasekolah dalam 300 patah perkataan

Dengan menggunakan peta minda bandingkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

KOMPONEN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Page 5: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang

dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut adalah seperti berikut :

i. Bahasa dan Komunikasi;

ii. Perkembangan Kognitif;

iii. Kerohanian dan Moral;

iv. Perkembangan Sosioemosi;

v. Perkembangan Fizikal; dan

vi. Kreativiti dan Estetika.

KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI

Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid. Seseorang

murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain.

Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk

melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada

pembelajaran sepanjang hayat.

Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi bahasa Melayu sebagai bahasa

Kebangsaan, bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, bahasa Tamil

sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu

mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

Kemahiran mendengar - kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami

apa yang didengar.

Kemahiran bertutur - murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat

menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.

Kemahiran membaca - murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan

memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca.

Kemahiran menulis - murid dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh

menuliskan huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah.

OBJEKTIF KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI MEMBOLEHKAN MURID:

i. mendengar dan menyatakan apa yang didengar;

5

Page 6: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

ii. bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila;

iii. membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat

perkembangan murid;

iv. menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)

Rajah 1: Aspek–aspek dalam perkembangan bahasa dan komunikasi

ENGLISH LANGUAGE CURRICULUM

Children begin to build the foundations for fluency in English through the development of the

skills of listening, speaking and early literacy. The English Language curriculum aims at

enabling children to actively communicate with others in their immediate environment as well

as develop an enjoyment of the language through the use of stories,rhymes, poems, songs

and games.

OBJECTIVES

The English Language Curriculum aims at enabling children to :

• listen actively with understanding

• express themselves orally in simple English

• read common words and simple sentences independently; and

• write words and simple sentences.

KOMPONEN KOGNITIF

KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN MENDENGAR

KEMAHIRAN BERTUTUR

KEMAHIRAN MEMBACA

KEMAHIRAN MENULIS

6

Page 7: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Komponen Perkembangan Kognitif merupakan fokus utama dalam pendidikan awal kanak-

kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Komponen

ini memberi penekanan kepada pemupukan sikap positif terhadap sains dan matematik.

Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, konsep nombor , proses

sains dan penyelesaian masalah. Pengelasan ialah kemahiran paling asas untuk

perkembangan kognitif iaitu kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan

mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang telah di kenal pasti. Ini di ikuti dengan

kemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut demensi dan urutan.

Konsep ruang memberi kefahaman tentang lingkungan dan kedudukan objek dalam ruang.

Bagi memenuhi konsep nombor pula, murid perlu menguasai kemahiran seriasi dan

padanan satu dengan satu secara logik. Penguasaan kemahiran proses sains

membolehkan murid berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap

ingin tahu dan suka menyiasat. Kemahiran asas proses sains di kuasai dengan aktiviti

memerhati, membanding dan membeza, mengukur, meramal dan membuat inferen.

Penyelesaian masalah adalah hierarki tertinggi dalam kemahiran berfikir. Kualiti

penyelesaian masalah bergantung kepada kemahiran membuat keputusan, berasaskan

naluri atau sebab yang boleh diterima. Murid boleh dilatih membuat refleksi dan menilai

keputusan yang telah di ambil.

Murid menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit yang boleh di dapati di sekeliling mereka.

OBJEKTIF KOMPONEN PERKEMBANGAN KOGNITIF MEMBOLEHKAN MURID:

i. meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains;

ii. berfikir secara logikal matematik melalui manipulasi objek secara konkrit;

iii. memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat; dan

iv. memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan

seharian.

7

Page 8: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Rajah 2: Aspek –aspek dalam komponen kognitif

KOMPONEN KEROHANIAN DAN MORAL

8

KOMPONEN PERKEMBANGAN

KOGNITIF

PENGELASAN

KONSEP NOMBOR

SERIASI

PADANAN SATU DENGAN

SATU

OPERASI NOMBOR

PENGUKURAN

PEMERHATIAN PERBANDINGAN &

DISKRIMINASI

RAMALAN

KONSEP MASA

KONSEP RUANG

PENYELESAIAN MASALAH

Page 9: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Komponen Kerohanian dan Moral amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni

masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan,

berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,

keluarga, masyarakat dan negara.

Manakala, komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid

Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Pendidikan Islam memberi fokus

kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-

Quran dan As-Sunnah.Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk

menjadikan seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral.

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH

Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan,

kemasyarakatan dan ketatanegaraan.

Tumpuan khusus kurikulum adalah kepada :

Pembentukan akidah dan bimbingan asas Fardhu Ain

Pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh

syariah Islam

Penyuburan adab dan akhlak Islamiah ke dalam diri kanakkanak,

berteraskan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai contoh yang terbaik

Pengenalan kepada asas Bahasa Al-Quran dan surahsurah pendek dari

Juzu’ Amma

Pengenalan kepada tulisan jawi

Pendidikan Islam prasekolah dapat disampaikan melalui aktiviti bercerita, tunjukcara, latihan

amali, nyanyian lagu dan nasyid, permainan, lakonan, penjelajahan, pemerhatian alam

sekitar dan melihat kegiatan manusia.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM MEMBOLEHKAN MURID :

i. menyebut dan menyatakan asas-asas keimanan dan keislaman;

ii. mengamalkan ibadah yang bersesuaian dengan peringkat umur;

iii. mengenali sirah dan peribadi Rasulullah SAW, dan berusaha mencontohinya

iv. mengamalkan adab dan akhlak yang mulia;

v. mengenali Al-Quran - bahasa dan hurufnya; dan

9

Page 10: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

vi. menghafaz dengan makna beberapa surah pendek dan doa harian.

Rajah 3: Aspek –aspek dalam komponen Pendidikan Islam

KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL PRASEKOLAH

Pendidikan Moral prasekolah menekankan aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta

asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat mengamal dan menghayati nilai-nilai murni

yang terdapat dalam semua masyarakat majmuk secara bersepadu.

Melalui komponen ini murid dipupuk dengan nilai-nilai yang berkaitan :

i. perkembangan diri;

ii. diri dengan keluarga;

iii. diri dengan masyarakat;

iv. diri dengan alam sekitar; dan

v. diri dengan negara.

Nilai murni dapat dipupuk melalui aktiviti bercerita, main peranan, permainan, pemerhatian

dan latihan amali. Nilai-nilai yang dipupuk dalam diri murid-murid hendaklah dikaitkan

dengan isu-isu semasa dan sesuai dengan peringkat umur mereka. Pendidikan Moral

perlu disepadukan dengan semua komponen dan diterapkan dalam kebanyakan aktiviti.

Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid :

PENDIDIKAN

ISLAM

AKIDAH IBADAH SIRAH AKHLAK

ASAS BAHASA AL-

QURAN & TULISAN

JAWI

10

Page 11: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

i. Memahami dan menyatakan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;

ii. Mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian; dan

iii. Menyatakan sebab sesuatu keputusan dan tindakan dibuat.

Rajah 4: Aspek–aspek dalam Kurikulum Pendidikan Moral Prasekolah

KOMPONEN PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan

kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar

mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan

bermasyarakat.

Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan seseorang.

Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.Perkembangan Sosioemosi bermula

dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan

pencapaian emosi yang positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid

memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial

dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni.

Komponen ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk

menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, komponen

ini perlu disepadukan melalui aktiviti pembelajaran komponen lain.

OBJEKTIF KOMPONEN PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI MEMBOLEHKAN MURID :

PENDIDIKAN MORAL

NILAI BERKAITAN

DENGAN PERKEMBANGAN

DIRI

NILAI BERKAITAN

DIRIDENGAN

KELUARGA

NILAI BERKAITAN

DENGANDIRI DENGAN MASYARAKAT

NILAI BERKAITAN

DENGAN DIRI DAN ALAMSEKITAR

NILAI BERKAITAN

DIRIDENGAN NEGARA

11

Page 12: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Komponen ini membolehkan murid :

i. Membina kemahiran emosi untuk memahami diri dan orang lain;

ii. Mengamalkan tingkah laku yang baik;

iii. Mempunyai konsep kendiri yang positif; dan

iv. Membina kemahiran sosial dalam kehidupan bermasyarakat.

Rajah 5: Aspek –aspek dalam Koponen Perkembangan Emosi

KOMPONEN PERKEMBANGAN FIZIKAL

Pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk

personaliti yang positif. Sebagai guru prasekolah seharusnya tidak mengabaikan aspek ini

kerana ia sangat membantu perkembangan kanak-kanak dan juga dapat menyediakan asas

perkembangan fizikal yang mantap.

Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting:

Perkembangan motor halus

Perkembangan motor kasar

Kesihatan

Keselamatan

Komponen ini menumpukan pada pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak secara sihat,

selamat dan ceria sambil memupuk keyakinan diri dan personaliti yang positif. Komponen

KOMPONEN PERKEMBANGAN

SOSIOEMOSI

Mengurus dan Memahami Emosi

Sendiri

Mencapai Emosi YangPositif

Membina Kemahiran

Sosial

Membina Keyakinan

Untuk MenghadapiCabaran Dalam

Kehidupan Seharian

12

Page 13: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

perkembangan fizikal ini meliputi tiga aspek iaitu perkembangan psikomotor, kesihatan dan

keselamatan. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus yang

berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti fizikal

dengan yakin. Kaedah yang boleh digunakan ialah melalui aktiviti fizikal di dalam atau di luar

kelas dengan menggunakan pelbagai alat permainan.

Aspek kesihatan meliputi latihan mengamalkan cara hidup yang sihat daripada segi mental

dan fizikal melalui kebersihan, pemakanan yang seimbang dan menjauhkan diri daripada

penyakit.

Manakala aspek keselamatan pula merangkumi kebolehan kanak-kanak mengenal pasti

objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perlu

diambil untuk bertindak. Kedua-dua aspek kesihatan dan keselamatan ini boleh dijalankan

melalui tunjukkcara, lakonan dan lawatan.

OBJEKTIF KOMPONEN PERKEMBANGAN FIZIKAL

Komponen perkembangan fizikal membantu murid-murid:

i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran

ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri

dalam aktiviti fizikal

iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat

iv. Membina minda yang sihat dan cerdas

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)

Rajah 6 : Aspek –aspek dalam komponen perkembangan fizikal

KOMPONEN KREATIVITI DAN ESTETIKA

KOMPONEN PERKEMBANGAN

FIZIKAL

PERKEMBANGAN MOTOR HALUS

PERKEMBANGAN MOTOR KASAR

KESIHATAN KESELAMATAN

13

Page 14: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Komponen ini memfokuskan perkembangan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan

pemikiran. Kanak-kanak boleh terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti seni seperti

lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan puisi. Dengan ini, kanak-kanak dapat

menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting bagi membantu kanak-kanak

membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri.

Komponen kreativiti dan estetika memberi fokus kepada lima aspek penting:

Persekitaran dan keindahan alam

Lukisan dan kraf

Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif

Drama dan puisi

Warisan budaya

Komponen ini memberi peluang kepada murid meneroka untuk memerhati, mengenali dan

menikmati keindahan alam sekeliling. Murid juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan

dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf, muzik, nyanyian,

pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya

menggalakkan perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor murid disamping memupuk

nilai estetika.

OBJEKTIF KOMPONEN KREATIVITI DAN ESTETIKA

Komponen perkembanagan fizikal membantu murid-murid:

i. Menikmati keindahan alam melalui peseembahan kreatif.

ii. Menggunakan bahan semula jadi dan kitar semul secara kreatif.

iii. Melahirkan perasaan secara kreatif; dan

iv. Menghargai warisan budaya

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)

14

Page 15: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Rajah 6 : Aspek–aspek dalam komponen perkembangan fizikal

Keberkesanan pelaksanaan kurikulum bergantung kepada beberapa faktor penting. Antara faktor-faktor tersebut ialah;

Ilmu dan kandungan kurikulum

Kemahiran guru

Premis

Sumber

Murid

Kurikulum berpusat

KOMPONEN KREATIVITI DAN

ESTETIKA

PERSEKITARAN DAN KEINDAHAN

ALAM

LUKISAN DAN KRAF

MUZIK NYANYIAN DAN PERGERAKAN

KREATIF

DRAMA DAN PUISI

15

Aktiviti 3Sila cari maklumat tentang Kurikulum Bank Street di laman web dan buat ringkasan dalam bentuk peta minda mengikut tajuk-tajuk di atas.

Unit 3: Faktor Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum

WARISAN BUDAYA

Page 16: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Unit 4: Pendekatan Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Murid-murid prasekolah berada di peringkat tahap perkembangan praoperasi. Dalam tahap

perkembangan ini biasanya mereka belajar dengan aktif dan memerlukan pengalaman yang

berterusan serta penglibatan secara langsung yang akan membantu proses perkembangan

bahasa, kognitif, sosial dan fizikal mereka.

Pada peringkat ini kanak-kanak berupaya menggunakan simbol (imej) atau perkataan serta

mempunyai persepsi secara logik. Mereka juga bersifat egosentrik iaitu melihat persekitaran

mengikut persepsi mereka sendiri. Pengalaman pembelajaran melalui komponen deria iaitu

penglihatan, pendengaran, bau, sentuh dan rasa, melalui pendekatan belajar melalui main

dan belajar melalui pengalaman, membantu proses pembelajaran yang lebih optimum dan

menjadikan pembelajaran itu berkesan dan bermakna.

Seterusnya pendekatan pengajaran dan pembelajaran merangkumi pendekatan bertema

dan bersepadu serta penggunaan media teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat

bantu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan Belajar Melalui Bermain- Konsep belajar melalui bermain

- Teori- Jenis- Ciri-ciri

- Kepentingan belajar melalui bermain - Perancangan dan pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain

Pendekatan Bertema - Konsep pendekatan bertema

- Pemilihan tema - Kepentingan pendekatan bertema

- Perancangan dan pelaksanaan

Pendekatan Bersepadu- Konsep Pendekatan Bersepadu

- Aspek yang disepadukan - Kepentingan pendekatan bersepadu - Perancangan dan pelaksanaan pendekatan bersepadu

Pendekatan yang Menggunakan media Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai alat bantu dalam pengajaran.- Konsep Pendekatan TMK

- Kepentingan pendekatan TMK - Perancangan dan pelaksanaan pendekatan TMK

- Pemilihan perisian- Penggunaan alat multimedia- Pengenalan internet

16

Page 17: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid prasekolah perlu dikelolakan dengan sistematik.

Lain-lain pendekatan turut digunakan. Terdapat pelbagai cara pengelolaan aktiviti

prasekolah. Antaranya ialah;

A. Pendekatan Projek Konsep Pendekatan Projek Kepentingan Pendekatan Projek. Perancangan dan pelaksanaan Pendekatan Projek

B. Pendekatan Tunggal Konsep Kepentingan Perancangan dan pelaksanaan

C. Pendekatan Unit Konsep Kepentingan Perancangan dan pelaksanaan

D. Pendekatan Inkuiri arahan guru Konsep Kepentingan Perancangan dan pelaksanaan

Unit 6: Model-model Program Prasekolah luar negara dan kaitannya dengan

17

Aktiviti 4:Bermain merupakan satu cara terapi untuk kanak-kanak. Bincangkan pernyataan tersebut dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. ( 4 muka surat)Cari nota dari laman web. Contoh laman web

http://www.playtherapy.co.za/ www.playtherapyonline.net

http://www.hugenote.co.za/play.pdf

Unit 5: Lain-lain Pendekatan Prasekolah

Aktiviti 5:Muat turun nota-nota tentang Pendekatan Berasaskan Projek (Project Based Learning) dari laman web. Sediakan satu pengurusan grafik tentang pendekatan tersebut dari aspek konsep, kepentingan, perancangan, pelaksanaan dan penilaian

Page 18: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

prasekolah di Malaysia

Terdapat banyak model prasekolah yang boleh dipertimbangkan untuk pendidikan awal

kanak-kanak. Model-model pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada

komponen-komponen yang terdapat di dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Ia

mengandungi objektif model, peranan guru, dalam setiap model, perancangan aktiviti dalam

model, perancangan ruang pembelajaran dan pengajaran, peralatan, bahan dan lain-lain lagi

yang terlibat dalam setiap model. Terdapat lima model program prasekolah luar negara

pendidikan awal kanak-kanak yang perlu dibincangkan iaitu:

Froebelian

Montessori

Head start

High scope

Reggio Emilia

18

Unit 7: Teknik-teknik Pengajaran Pembelajaran Prasekolah.

Aktiviti 6:Buat carian maklumat daripada inernet tentang model-model program prasekolah luar negara sebagaimana yang disenaraikan dan sediakan nota ringkas tentangnya. Nota setiap model dalam 4 – 5 muka surat.

Page 19: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Unit ini membincangkan mengenai pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh di laksanakan di prasekolah. Pelbagai kaedah dan strategi perlu digunakan oleh guru untuk untuk membantu kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan disusun. Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh,memberi bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat yang dirancang.

Teknik-teknik Pengajaran Pembelajaran Prasekolah

Konsep dan kepentingan teknik pengajaran Teknik-teknik Pengajaran Umum

- Tunjuk cara- Penerangan- Menggalak- Memuji- Maklum balas- Mendengar- Modelling- Penyoalan- Membaca- Mengingat semula- Menyanyi- Mencadang- Memberi tahu- Memberi arahan- Berasaskan tugasan (task-based activities)- Pemudahcaraan

Terdapat berbagai cara dalam mengelolakan aktiviti di prasekolah. Aktivi-aktiviti yang sesuai

19

Aktiviti 7:Secara berpasangan, rancangkan aktiviti yang sesuai untuk kelas prasekolah dengan menggunakan teknik-teknik pengajaran pembelajaran di atas. (Aktiviti yang dicadangkan bercerita, main peranan dan fizikal)

Unit 8: Pengelolaan Aktiviti Prasekolah

Page 20: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

dilaksanakan di prasekolah adalah seperti berikut;

Aktiviti Kelas

Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Individu

Berpusatkan murid

Berpusatkan guru

Berpusatkan Bahan

Seorang pendidik awal kanak-kanak perlu memahami dan tahu bagaimana sesebuah

kurikulum itu dibina, terutama bagi kanak-kanak. Asas penggubalan Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan adalah berdasarkan kepada Rukun Negara, Falsafah

20

Aktiviti 8:Dapatkan maklumat mengenai cara-cara pengelolaan aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan di prasekolah dan sediakan nota ringkas mengenainya. (2 mukasurat)

RUMUSAN

Page 21: PGSR PRA 3102

PRA 3102 PGSR

Pendidikan Kebangsaan dan Model Konseptual. Cabaran yang dihadapi oleh seorang

guru adalah bagaimana untuk mengimbangkan antara kehendak kandungan kurikulum

dengan kehendak perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Sebuah kurikulum yang baik

haruslah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkembang secara JERIS serta

meningkatkan potensi mereka. Kurikulum juga harus merentasi bidang-bidang

pembelajaran di mana ada kesesuaian sosial, penglibatan intelek dan memberi makna

kepada diri kanak-kanak tersebut. Kurikulum bersepadu memberi perkaitan mental yang

bermakna kepada kanak-kanak di mana mereka dapat mendiskriminasikan antara yang

sebenar dan sebaliknya. Maka terpulang kepada guru, bagaimana mereka

mengintepretasikan hasil-hasil pembelajaran kepada aktiviti yang bermakna.

.

21