4
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN TULANG 3.3 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN TULANG 3.3.1 Mengikut proses perkembangan Mengikut perkembangannya tulang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tulang berawan dan tulang bermembran Tulang berawan berkembang di dalam rawan (kondral) hialin, manakala tulang bermembran terbentuk secara langsung daripada tisu mesenkima iaitu tisu lapisan tengah embrio. Tulang yang berkembang daripada rawan pada umumnya termasuklah tulang panjang dan tulang pendek. Tulang yang berkembang daripada membran biasanya ialah tulang pipih. Walaupun tulang klavikel merupakan tulang panjang, ia berkembang daripada membran. 3.3.2 Mengikut bahagian tubuh Mengikut bahagian tubuh, tulang dibahagikan kepada dua, iaitu tulang aksial yang terdiri daripada tulang tengkorak, leher dan badan,dan tulang apendikular iaitu tulang yang terdapat di anggota atas, anggota bawah dan girdelnya. 3.3.3 PembentukanTulang (osifikasi) Proses pembentukan tulang pada tubuh dikenali sebagai osifikasi.Proses osifikasi bermulapada sekitar bulan kedua kehidupan intrauterus. Rangka embrio dibentuk secara langsung sama ada daripada tisu mesenkima (tisu lapisan tengah embrio) atau rawan hialin. Kedua-dua tisu ini membentuk struktur yang menyerupai tulang untuk menghasilkan medium osifikasi. Oleh itu, terdapat dua jenis pembentukan tulang. Jika tulang dibentuk secara langsung daripada tisu mesenkima, proses ini dikenali sebagai osifikasi intra rnembran. Tetapi sebaliknya jika tulang dibentuk di dalam rawan hialin proses ini disebut sebagai osifikasi endokondral. Osifikasi intramembran merupakan suatu proses yang cepat jika dibandingkan dengan proses osilikasi endokondral. Oleh itu, pembentukan tulang pada embrio lebih mungkin berlaku secara osihkasi intramembran kerana tulang pada embrio diperlukan serta-merta untuk perlindungan (misalnya'tulang pipih kranium diperlukan untuk melindungi otak yang sedang berkembang dengan cepat). Osifikasi endokondral berlaku dalam

Pertumbuhan dan Perkembangan Tulang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Huraian pertumbuhan tulang manusia

Citation preview

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN TULANG 3.3 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN TULANG

3.3.1 Mengikut proses perkembangan

Mengikut perkembangannya tulang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tulang berawan dan tulang bermembran Tulang berawan berkembang di dalam rawan (kondral) hialin, manakala tulang bermembran terbentuk secara langsung daripada tisu mesenkima iaitu tisu lapisan tengah embrio. Tulang yang berkembang daripada rawan pada umumnya termasuklah tulang panjang dan tulang pendek. Tulang yang berkembang daripada membran biasanya ialah tulang pipih. Walaupun tulang klavikel merupakan tulang panjang, ia berkembang daripada membran.

3.3.2 Mengikut bahagian tubuh

Mengikut bahagian tubuh, tulang dibahagikan kepada dua, iaitu tulang aksial yang terdiri daripada tulang tengkorak, leher dan badan,dan tulang apendikular iaitu tulang yang terdapat di anggota atas, anggota bawah dan girdelnya.

3.3.3 PembentukanTulang (osifikasi)

Proses pembentukan tulang pada tubuh dikenali sebagai osifikasi.Proses osifikasi bermulapada sekitar bulan kedua kehidupan intrauterus. Rangka embrio dibentuk secara langsung sama ada daripada tisu mesenkima (tisu lapisan tengah embrio) atau rawan hialin. Kedua-dua tisu ini membentuk struktur yang menyerupai tulang untuk menghasilkan medium osifikasi. Oleh itu, terdapat dua jenis pembentukan tulang. Jika tulang dibentuk secara langsung daripada tisu mesenkima, proses ini dikenali sebagai osifikasi intra rnembran. Tetapi sebaliknya jika tulang dibentuk di dalam rawan hialin proses ini disebut sebagai osifikasi endokondral. Osifikasi intramembran merupakan suatu proses yang cepat jika dibandingkan dengan proses osilikasi endokondral. Oleh itu, pembentukan tulang pada embrio lebih mungkin berlaku secara osihkasi intramembran kerana tulang pada embrio diperlukan serta-

merta untuk perlindungan (misalnya'tulang pipih kranium diperlukan untuk melindungi otak yang sedang berkembang dengan cepat). Osifikasi endokondral berlaku dalam pembentukan tulang anggota kerana tulang ini diperlukan sebagai penyokong hanya selepas beberapa bulan bayi dilahirkan.

Peraturan Unum

(a) Peringkat pertama dalam perkembangan tulang ialah penghiirahan atau migrasi sel mesenkima (sel lapisan tengah embrio) ke kawasan berlakunya pembentukan tulang. Sel-sel mesenkima ini mengalami proliferasi, iaitu membahagi menjadi besar dan bulat.

(b) Di kawasan yang kurang bekalan darah, sel mesenkima ini mengalami pembezaan lalu bertukar menjadi sel rawan muda, iaitu kondroblas. Kondroblas ini bertanggungjawab dalam pembentukan rawan.

(c) Di kawasan yang bekalan darahnya lebih banyak,sel mesenkima ini mengalami pembezaan menjadi sel osteoprogenitor dan kemudiannya sel tulang muda, iaitu osteoblas. Osteoblas ini membentuk tisu tulang secara osifikasi intramembran atau endokondra.

(d) Kedua-dua jenis sel muda ini merembeskan bahan matriks organik ke sekitarnya. Sel sel muda ini lambat-laun menjadi matang; kondroblas menjadi kondrosit dan osteoblas menjadi osteosit. Kondroblas d an osteoblasju ga merembeskan enzim alkalin fosfatase yang membantu pengendapan garqm kalsium kepada matriks. Proses kalsiJikasi di sekitar sel rawan akan menyekat bekalan nutriennya. Sel-sel kondrosit akan mati dan lakunanya menjadi kosong. Bagaimanapun, pada tisu tulang, proses kalsijikasi ini tidak dapat menyekat bekalan nutrien kepada sel tulang. Ini adalah kerana setiap lakuna saling berhubung dengan lakuna yang lain melalui terusan kecil, iaitu kanalikulus. Oleh itu, osteosit menerima nutriennya melalui kanalikulus dnn dengan itu tidak mati.

3.3.4 Osifikasi intramembran

Ini merupakan proses pembentukan tulang yang berlaku secara langsung dalam tisu mesenkima(R ajah 3.5).

(a) Kawasan tempat tulang akan berkembang akan dipenuhi dengan sel mesenkima. Selsel ini membiak dan kaya dengan bekalan darah.

(b) Sel mesenkima akan mengalami pembezaan menjadi sel osteoprogenitor sebelum bertukar menjadi sel tulang muda, osteoblas.

(c) Osteoblas merembeskan matriks organic ke sekitarnya. Sel- sel ini menjadi sel tulang matang iaitu osteosit, dan terletak di dalam lakuna yang dikelilingi oleh matriks.

(d) Disebabkan oleh tindakan enzim alkalin fosfatase daripada osteoblas, matriks mengalami kalsifikasi.

(e) Osteosit di dalam lakuna yang dikelilingi oleh bahan matriks yang dikalsihkasi dikenali sebagai spikul. (f) Proses kalsifikasi bahan matriks ini berlangsungberterusan di periferi spikul. Spikul ini menjulur keluar secara radial (radiate out) dan berkembang membentuk trabekula. (g) Trabekula-trabekula akan bercantum saling memaut dan membatasi satu sama lain, lalu membentuk ruang di antaranya seperti sponj yang dikenali sebagai tulang spongiosa (kanselus). (h) Berhampiran dengan permukaan tulang spongiosa, terjadi pengendapan berterusan lapisan tulang segar di atas trabekula.Proses ini akan menebalkan trabekula,dan lantas menyempitkan dan akhirnya menutupi ruang di antaranya. Disebabkan proses ini, bahagian padat tulang terbentuk di periferi

tulang.

3.3.5 Osifikasi endokondral

Ini merupakan proses pembentukan tulang daripada rawan hialin. Osifikasi ini sering ditemui pada tulang anggota

(a) Tisu rawan hialin akan dibentuk melalui proses pembentukan rawan pada kawasan tulang akan berkembang. Rawan hialin ini berfungsi sebagai model untuk pembentukan tulang.

(b) Bahagian sentral rawan akan mengalami proses degenerasi iaitu kalsiflkasi matriks di sekitar sel rawan yang akan menyekat pembekalan nutrien dan lantas menyebabkan sel rawan di dalam lakuna mati. Lakuna di kawasan ini menjadi kosong . (c) Sementara itu kawasan di sekitar model rawan ini menjadi lebih kaya dengan pembekalan darah. Oleh itu, sel-sel mesenkima di lapisan bersel perikondrium mengalami pembezaan lalu bertukar kepada sel osteogenik (pembentuk tulang) dan seterusnya menjadi osteoblas. Melaluinya matriks tulang akan terhasil. Osteoblas beransur-ansur bertukar menjadi osteosit dan bersama-sama matriks tulang membentuk bahan tulang baru di bahagian periferi model rawan hialin. Ini dikenali sebagai kolar tulang. Perikondrium sekarang dikenali sebagai periosteum, kerana ia melapisi bahan tulang baru. Melalui liangJiang kecil yang terdapat di kolar tulang, kapilari darah dan sel-sel osteogenik masuk ke dalam rawan. Seterusnya kapilari darah dan sel-sel osteogenik ini mengisi lakuna-lakuna di bahagian tengah rawan yang telah dikosongkan akibat kematian kondrosit. Kapilari darah dan sel-seol steogenik yang masuk ke dalam rawan hialin ini dikenali sebagar tunas periosteum, Apabila tunas periosteum menghampiri atau menuju ke bahagian tengah model rawan hialin, tunas ini rlinamai pusat osifikasi primer atau pusat diafisis. Kondrosit yang terdapat di hujung model rawan membahagi dan menghasilkan sel rawan muda (kondroblas). Proses ini menambahkan lagi panjang model. Hasilnya ialah model rawan menjadi bertambah

panjang dan semakin banyak bahagian tengahnya menjadi tulang.Sel osteogenik pada periosteum akan berterusan menambah tulang pada bahagian sisi model. Lama-kelamaan tulang menjadi bertambah kuat dan bahagian sentralnya tidak lagi bersesuaian sebagai penyokong. Oleh itu, bahagian sentralnya akan diserap semula dan lantas kaviti akan terbentuk. Kaviti ini dikenali sebagai kaviti sumsum dan akan diisi dengan tisu pembentuk darah (mieloid). Proses di atas berlaku semasa pembentukan tulang pendek atau badan (syaf/diafisis) tulang panjang. Walau bagaimanapun, dalam perkembangan tulang yang lebih besar atau tulang panjang, beberapa pusat osifikasi terbentuk di hujung rawan sesuatu model