30
PERTOLANGAN CEMAS Definisi Pertolongan Cemas Sistem Pernafasan Dan Peredaran Darah Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Pendarahan Kecil Terseliuh Dan Patah

PERTOLANGAN CEMAS

  • Upload
    enye

  • View
    204

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota Am. PERTOLANGAN CEMAS. Definisi Pertolongan Cemas Sistem Pernafasan Dan Peredaran Darah Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Pendarahan Kecil Terseliuh Dan Patah. DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS. Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: PERTOLANGAN CEMAS

PERTOLANGAN CEMASDefinisi Pertolongan Cemas

Sistem Pernafasan Dan Peredaran

Darah Resusitasi Kardiopulmonari

(CPR)Pendarahan Kecil

Terseliuh Dan Patah

Page 2: PERTOLANGAN CEMAS

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

• Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan.

• Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rtawatan dari doktor.

• Matlamat utama: >untuk menyelamat nyawa >mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk >mengurangkan kesakitan. >sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh

doktor

Page 3: PERTOLANGAN CEMAS

SISTEM PERNAFASAN • Semasa kita bernafas, kita menyedut &

menghembuskan udara• Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan

meresap oksigen ke dalam darah• Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen,

selebihnya kompisisi gas nitrogen• Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk

melakukan proses respi

Page 4: PERTOLANGAN CEMAS

BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG

PERINGKATPERINGKAT BILANGAN SEMINITBILANGAN SEMINIT

DewasaDewasa

Kanak-kanak 6-10 thnKanak-kanak 6-10 thn

BayiBayi

15-20 kali15-20 kali

22-25 kali22-25 kali

35-40 kali35-40 kali

Page 5: PERTOLANGAN CEMAS

BILANGAN NADI SESEORANG

PERINGKATPERINGKAT BILANGAN SEMINITBILANGAN SEMINIT

DewasaDewasa

Kanak-kanakKanak-kanak

BayiBayi

70-80 kali70-80 kali

90-100 kali90-100 kali

100-140 kali100-140 kali

Page 6: PERTOLANGAN CEMAS

CARA MEMERIKSA NADI

Page 7: PERTOLANGAN CEMAS

SISTEM PEREDARAN DARAH• Berfungsi menylurkan dan mengagihkan

bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel di dalam badan dan membawa bahan buangan keluar

• Dalam badan seseorang dewasa terdapat sekitar 4-6 liter darah

• Setiap 7kg berat badan mengandungi 0.5 liter darah

Page 8: PERTOLANGAN CEMAS

FUNGSI DARAH• Membawa oksigen dan bahan makanan ke

tisu• Membawa bahan buangan ke organ

pembuangan• Melawan penyakit• Membawa enzim dan hormone ke organ

sasaran• Mengawal suhu badan• Menghentikan pendarahan

Page 9: PERTOLANGAN CEMAS

RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR)• Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada

mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas

• Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada

• Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan

• Dua sebab utama CPR dilakukan: *terhenti pernafasan *tiada nadi

Page 10: PERTOLANGAN CEMAS

PEMERIKSAAN ABC• Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan

iaitu ABC sebelum melakukan CPRA – Airway (saluran pernafasan) B – Breathing (pernafasan)

C – Circulation (peredaran darah)

Page 11: PERTOLANGAN CEMAS

A - AIRWAY

(Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.

Page 12: PERTOLANGAN CEMAS

B - BREATHING

Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.

Page 13: PERTOLANGAN CEMAS

C - CIRCULATION

Peredaran darah.langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).

Page 14: PERTOLANGAN CEMAS

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE

MULUT• Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.• Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.• Buangkan sebarang benda asing dari mulut.• Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.• Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.• Tentukan mulutnya terbuka.• Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa

bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.• Angkat mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat

untuk melihat sebarang reaksi.• Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.• Catatan:• Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan

segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.

• Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.

• Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik

Page 15: PERTOLANGAN CEMAS

RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR

• Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.• Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.• Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.• Buang sebarang benda asing dari mulut.• Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.• Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.• Tentukan mulutnya terbuka.• Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa

bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.• Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat

untuk melihat sebarang reaksi.• Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak

tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan prnghujung hulu hati.• Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati

sebanyak lima kali.• Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik.• Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.• Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit

Page 16: PERTOLANGAN CEMAS

KAEDAH CPR SEORANG DIRISiasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan

badan. apatkan bantuan.Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa

seluruh badan.Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.

Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit.

Jika nadi tiada, segera mulakan twkanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut:

- letakkan tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5–2 inci untuk orang

dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan)

- berikan 15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan)

-selepas 4 pusingan periksa nadi karotik -teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi.

-lakukan sehingga bantuan pakar tiba.Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan

bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya

nadi tiada.Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam

kedudukan pemulihan.

Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.

Page 17: PERTOLANGAN CEMAS

KEDUDUKAN TEKANAN CPR

Page 18: PERTOLANGAN CEMAS

KEDUDUKAN PEMULIHANApabila mangsa yang diberi rawatan seperti

CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.

Page 19: PERTOLANGAN CEMAS

PENDARAHAN KECILPendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:pendarahan eksternal (dibahagian luar)

– luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau– luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai– luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam– luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum

pendarahan internal (dibahagian dalam)• perut –muntah berdarah• paru-paru / salur pernafasan – batuk berdarah• tali usus – darah pada dubur• rahim – tumpah darah• buah pinggang – kencing berdarah• tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidungpendarahan internal tanpa kesan• limpa dan hati pecah• pendarahan dalam otak

Page 20: PERTOLANGAN CEMAS

JENIS-JENIS LUKA

Page 21: PERTOLANGAN CEMAS

RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA UMUM

A) Luka-luka kecil. Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja.

Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:

# bersihkann tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. # cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. # keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril. # lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. # gunakan pembalut untuk memegang plaster.

Page 22: PERTOLANGAN CEMAS

B) luka kecil yang ada benda asing.

Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek tersebut.

Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau

mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:

~ bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. ~ cuci lika dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. ~ keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril. ~ kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian

atau sekitar tepi objek.~ tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek.

~ bawa mangsa ke hospital.

Page 23: PERTOLANGAN CEMAS

CARA MENAHAN DARAH

a) Tekanan tepat – tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertaidengan patah.

1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan.

2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.

3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.

4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10 – 15 minit.

Page 24: PERTOLANGAN CEMAS

b) Tekanan tidak tepat – tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit. Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

c) Anggota terputus – kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang baah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.

Page 25: PERTOLANGAN CEMAS

PEMBEBATAN & PEMBALUTAN Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup luka.

Fungsi pembebat dan balutan adalah:• Mencegah jangkitan kuman• Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah• Mengwal pendarahan dan melindungi lukaJenis-jenis pembebatan ialah:• Paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar• Pembebat melekat – plaster, digunakan untuk luka kecil• Pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman• Pembebat pembebat biasa – gauze Peraturan membalut:• Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.• Cuci luka dari tempat lukake arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.• Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk kea rah tempat luka.• Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :• Pembalut bergulung – berasal dari kain kasa, WOW bandage• Pembalut segi tiga, lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko• Pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus• Pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh

Page 26: PERTOLANGAN CEMAS

TERSELIUH & PATAH1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di

alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi disebabkan oleh :

Pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku pada

tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta. Pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya

patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi. Kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi

kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli sukan.

Terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari.

Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan

Page 27: PERTOLANGAN CEMAS

JENIS-JENIS PATAH

Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori : Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka. Patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan

tulang. Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang

dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain. Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak. Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua. Patah simple. Tulang patah dua sahaja.

Page 28: PERTOLANGAN CEMAS

TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG

Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot. Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi

atau otot. Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.

Page 29: PERTOLANGAN CEMAS

PRINSIP RAWATAN SECARA AM

Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut : • Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam

nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.• Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan

ditempat kejadian.• Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.

Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.• Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan

kain yang bersih.• Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat

(splin), anduh dan pembebat.• Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari

tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

Page 30: PERTOLANGAN CEMAS

ANDOH ATAU BALUTAN PATAH