28
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM TERHADAP PEMBAYARAN CAJ PERKHIDMATAN DALAM PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) MOHD FIRDAUS BIN MOHD JALIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM

TERHADAP PEMBAYARAN CAJ PERKHIDMATAN DALAM

PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI

NASIONAL (PTPTN)

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JALIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTMTERHADAP PEMBAYARAN CAJ PERKHIDMATAN DALAM PINJAMANPERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN).

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya MOHD FIRDAUS BIN MOHD JALIL E(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikandijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________ ____________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:NO. 19, JLN PERLING 2, DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMANTAMAN PERLING, Nama Penyelia85000 SEGAMAT,JOHOR.

Tarikh: 28/04/2009 Tarikh: 28/04/2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan : ___________________________

Nama Penyelia : DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMAN

Tarikh : 28/04/2009

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

i

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTMTERHADAP PEMBAYARAN CAJ PERKHIDMATAN DALAMPINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI

NASIONAL (PTPTN)

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JALIL

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripadasyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)Laporan projek ini dikemulkakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan(Pengajian Islam)

Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ___________________________

Nama Penulis : MOHD FIRDAUS BIN MOHD JALIL

Tarikh : 28/04/2009

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

TuhankuKusyukuri setiap anugerah pemberianMu

Redhakanlah kehidupanku dunia dan akhirat

Ku abadikan halaman istimewa ini buat…….Insan-insan yang paling bermakna di dalam hidup ini

Abah & Mama tercinta :Mohd Jalil Bin Hj. Bajuri & Suriawati Binti Sujak

Doa..Pengorbanan..Semangat & Kasih sayang kalianBuat aku teguh di sini

Adinda yang dikasihi :Siti Nur Fairuz, Mohd Faiz & Siti Nur Faezah

Tawa & tangis bersulam menjadi satu

Para Pensyarah..Fakulti Pendidikan & Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

Terima Kasih di atas ilmu yang diberikanSemoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan

Sahabat-sahabat sejatiku…A.Taupik, Ain, Amin, Azuat, Azubir, Fahmie, Rajie, Shaiful & Syukri

Moga rahmat IlahiSentiasa mendampingi

Perjalanan kehidupan ini...

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

iv

PENGHARGAAN

" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang "

Kupanjatkan jutaan syukur padaMu Ya Allah, dengan taufiq dan hidayah

serta kekuatan dan kesabaran yang Kau himpunkan padaku, sempurnalah Projek

Sarjana Muda yang bertajuk "Persepsi Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan UTM

Terhadap Pembayaran Caj Perkhidmatan Dalam Pinjaman Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)"

Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Arieff Salleh Bin Rosman selaku

penyelia yang tidak pernah jemu dan telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk

ajar sepanjang PSM ini. Segala nasihat, teguran serta tunjuk ajar beliau merupakan

jalan penyelesai bagi menyiapkan kajian ini.

Ucapan penghargaan juga terima kasih yang tidak terhingga buat kakitangan

Fakulti Pendidikan serta Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS),

Universiti Teknologi Malaysia atas kerjasama dan segala bantuan yang diberikan

sepanjang penyelidik menyiapkan kajian ini.

Tidak lupa buat teman-teman yang banyak membantu serta berkongsi idea,

pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung serta keluarga tercinta yang banyak

memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kajian ini. Semoga segala kerjasama

yang diberikan akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

v

ABSTRAK

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah pihak yang

bertanggungjawab dalam memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar

melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi

(IPT) dan mentadbir pembayaran semula pembiayaan serta pinjaman pelajaran.

Kepentingan kajian ini untuk memberi kesedaran kepada pihak pelajar yang

menuntut di IPT tentang caj perkhidmatan yang dikenakan dalam pinjaman pelajaran

tersebut serta memberi peringatan kepada pihak PTPTN bahawa caj perkhidmatan

yang dikenakan ke atas setiap pinjaman pelajaran tersebut adalah termasuk dalam

unsur lebihan atau riba. Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti faktor yang

mendorong pelajar membuat pinjaman PTPTN, mengenal pasti tahap pengetahuan

pelajar terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN dan untuk

mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kesan pembayaran caj perkhidmatan dalam

pinjaman PTPTN. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan kaedah serta data yang

digunakan adalah bersifat kuantitatif. Seramai 122 orang reponden terdiri daripada 5

kursus pelajar tahun empat yang berlainan di Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini

menggunakan soal selidik bagi mendapatkan data kajian dan memproses data yang

diperolehi dengan menggunakan perisian SPSS version 14.0. Hasil kajian

menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai faktor yang tersendiri untuk

membuat pinjaman PTPTN dengan catatan min sebanyak 3.71. Namun, kajian juga

menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap pembayaran caj

perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN adalah tinggi mencatatkan min 3.77.

Pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN juga dapat memberikan kesan

kepada pelajar berdasarkan catatan min 3.98.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

vi

ABSTRACT

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) is a government agency

responsible in providing financial assistance to students furthering their study in

Institut Pengajian Tinggi (IPT) and also in managing payment of education loans.

The importance of this research is to inform students about the service tax charged

by PTPTN and also to attract the attention of PTPTN that their service tax is

associated with riba. The objectives of this research is to determine the factors

causing students to take the PTPTN loans, the students knowledge about the interest

payment in PTPTN loans and also the students’ perception about the effect of paying

the interest of PTPTN loans. This research uses a descriptive methodology while the

data obtained are quantitative in nature. 122 respondents from fourth year students

from 5 courses at the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor were chosen as sample for this study. This research uses questionnaires in or

order to obtain research data and the data obtained is processed using SPSS version

14.0 software. The result shows that most students have their own reasons to take the

PTPTN loans with a mean result of 3.71. It was also discovered that the students

knowledge about interest payment in PTPTN loans is high with mean result of 3.77.

Finding also shows that the interest payment in PTPTN loans can effect the students

with a mean result of 3.98.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Kesimpulan 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Syarat-syarat Pinjaman PTPTN 12

2.3 Amaun Pinjaman Pendidikan PTPTN 13

2.4 Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 13

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

viii

2.5 Faktor-faktor Pelajar Meminjam PTPTN 16

2.6 Pinjaman Menurut Fiqh Islam 17

2.6.1 Definisi Pinjaman 17

2.7 Hukum Perlaksanaan Amalan Pinjaman 19

2.8 Amalan Pinjaman Menurut Islam 20

2.9 Amalan Pinjaman Pada Zaman Jahiliah 22

2.10 Kategori Pinjaman 22

2.10.1 Pinjaman Tidak Produktif 23

2.10.2 Pinjaman Produktif 24

2.11 Faktor Pinjaman 25

2.11.1 Kekurangan Modal 25

2.11.2 Kekurangan Tabungan 26

2.11.3 Kemiskinan 26

2.12 Sumber Pinjaman 26

2.12.1 Orang Perseorangan 26

2.12.2 Kerajaan 27

2.12.3 Bank-bank Perdagangan 27

2.13 Riba 27

2.14 Larangan Allah Terhadap Riba 29

2.15 Pengharaman Riba 32

2.16 Kesan Riba 33

2.16.1 Akhlak 33

2.16.2 Ekonomi 34

2.16.2.1 Peminjam Penggunaan 34

2.16.2.2 Peminjam Pengeluaran 35

2.16.3 Sosial 35

2.17 Urus Niaga Riba 36

2.17.1 Riba al-Nasi’ah 36

2.17.1.1 Unsur Riba dalam

Riba al-Nasi’ah 37

2.17.2 Riba al-Fadl 38

2.18 Perbezaan antara Riba al-Nasi’ah

dengan Riba al-Fadl 38

2.19 al-Qard al-Hasan 39

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

ix

2.20 Takrifan al-Qard al-Hasan 39

2.20.1 Dari Sudut Bahasa 39

2.20.2 Dari Sudut Syarak 40

2.21 Pandangan Mazhab tentang Lebihan

Pembayaran dalam al-Qard al-Hasan 42

2.21.1 Mazhab Hanafi 43

2.21.2 Mazhab Maliki 43

2.22 Caj Perkhidmatan dalam Pinjaman PTPTN 44

2.23 Riba Nasi’ah dalam Caj PTPTN 47

2.24 Kajian Lepas 48

2.25 Kesimpulan 50

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 51

3.2 Reka Bentuk Kajian 51

3.3 Tempat Kajian 52

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 52

3.5 Instrumen Kajian 54

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 54

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 57

3.6 Prosedur Kajian 57

3.7.1 Kajian Rintis 58

3.7.2 Kajian Sebenar 59

3.7 Analisis Data 60

3.8 Kesimpulan 61

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 62

4.2 Bahagian A: Analisis Latar BelakangResponden 63

4.3 Bahagian B: Analisis Data Berkaitan Faktor

yang Mendorong Pelajar Membuat

Pinjaman PTPTN 66

4.4 Bahagian C: Analisis Data Berkaitan

Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

x

Pembayaran Caj Perkhidmatan dalam

Pinjaman PTPTN 73

4.5 Bahagian D: Analisis Data Berkaitan

Persepsi Pelajar Terhadap Kesan

Pembayaran Caj Perkhidmatan dalam

Pinjaman PTPTN 79

4.6 Analisis Keseluruhan dan

Rumusan Min Dapatan Kajian 86

4.6.1 Dapatan Kajian Terhadap Faktor

yang Mendorong Pelajar Membuat

Pinjaman PTPTN 86

4.6.2 Dapatan Kajian Tentang

Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap

Pembayaran Caj Perkhidmatan dalam

Pinjaman PTPTN 89

4.6.3 Dapatan Kajian Berkaitan Persepsi Pelajar

Terhadap Kesan Pembayaran Caj

Perkhidmatan dalam Pinjaman PTPTN 91

4.7 Kesimpulan 94

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 95

5.2 Perbincangan 96

5.2.1 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 96

5.2.2 Bahagian B, C dan D 97

5.2.2.1 Bahagian B (Faktor yang

Mendorong Pelajar Membuat

Pinjaman PTPTN) 98

5.2.2.2 Bahagian C (Tahap Pengetahuan

Pelajar Terhadap Pembayaran

Caj Perkhidmatan dalam

Pinjaman PTPTN) 102

5.2.2.3 Bahagian D (Persepsi Pelajar

Terhadap Kesan Pembayaran

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

xi

Caj Perkhidmatan dalam

Pinjaman PTPTN) 106

5.3 Rumusan 110

5.4 Cadangan-cadangan 111

5.4.1 Kementerian Pengajian Tinggi 111

5.4.2 Pengurusan dan Pentadbiran Universiti/IPT 112

5.4.3 Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Nasional (PTPTN) 112

5.4.4 Pelajar 113

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 114

5.6 Penutup 115

BIBLIOGRAFI 116

LAMPIRAN 121

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Populasi dan Tahun Program 53

3.2 Maklumat setiap bahagian soal selidik 55

3.3 Pengkelasan Skala Likert 56

3.4 Klasifikasi item mengikut persoalan kajian 56

3.5 Pengkelasan Maklumbalas 60

3.6 Skala Pemeringkatan Likert untuk min 60

3.7 Peringkat mata nilai 61

4.1 Taburan responden mengikut kursus 63

4.2 Taburan responden berdasarkan jantina 63

4.3 Taburan responden berdasarkan umur 64

4.4 Taburan responden berdasarkan agama 64

4.5 Taburan responden berdasarkan taraf pendidikan 65

4.6 Taburan responden berdasarkan jumlah pinjaman 65

4.7 Taburan Skor Bagi Item 1 66

4.8 Taburan Skor Bagi Item 2 67

4.9 Taburan Skor Bagi Item 3 67

4.10 Taburan Skor Bagi Item 4 68

4.11 Taburan Skor Bagi Item 5 68

4.12 Taburan Skor Bagi Item 6 69

4.13 Taburan Skor Bagi Item 7 69

4.14 Taburan Skor Bagi Item 8 70

4.15 Taburan Skor Bagi Item 9 70

4.16 Taburan Skor Bagi Item 10 71

4.17 Taburan Skor Bagi Item 11 71

4.18 Taburan Skor Bagi Item 12 72

4.19 Taburan Skor Bagi Item 13 72

4.20 Taburan Skor Bagi Item 14 73

4.21 Taburan Skor Bagi Item 15 73

4.22 Taburan Skor Bagi Item 16 74

4.23 Taburan Skor Bagi Item 17 74

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

xiii

4.24 Taburan Skor Bagi Item 18 75

4.25 Taburan Skor Bagi Item 19 75

4.26 Taburan Skor Bagi Item 20 76

4.27 Taburan Skor Bagi Item 21 76

4.28 Taburan Skor Bagi Item 22 77

4.29 Taburan Skor Bagi Item 23 78

4.30 Taburan Skor Bagi Item 24 78

4.31 Taburan Skor Bagi Item 25 79

4.32 Taburan Skor Bagi Item 26 80

4.33 Taburan Skor Bagi Item 27 80

4.34 Taburan Skor Bagi Item 28 81

4.35 Taburan Skor Bagi Item 29 81

4.36 Taburan Skor Bagi Item 30 82

4.37 Taburan Skor Bagi Item 31 82

4.38 Taburan Skor Bagi Item 32 83

4.39 Taburan Skor Bagi Item 33 83

4.40 Taburan Skor Bagi Item 34 84

4.41 Taburan Skor Bagi Item 35 84

4.42 Taburan Skor Bagi Item 36 85

4.43 Taburan Skor Bagi Item 37 85

4.44 Dapatan Kajian Pelajar Terhadap Faktor yang

Mendorong Pelajar Membuat Pinjaman PTPTN 86

4.45 Dapatan Kajian Tentang Tahap Pengetahuan

Pelajar Terhadap Pembayaran Caj Perkhidmatan

dalam Pinjaman PTPTN 89

4.46 Dapatan Kajian Berkaitan Persepsi Pelajar

Terhadap Kesan Pembayaran Caj Perkhidmatan

dalam Pinjaman PTPTN 91

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

xiv

SENARAI SINGKATAN/ISTILAH

AAOIFI : Accounting & Auditing Organization For Islamic Financial

Institutions

CIMB : Commerce International Merchant Banker

et al : et alii (lebih dari tiga orang penerbit)

IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS : Institusi Pengajian Tinggi Swasta

JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JPA : Jabatan Perkhidmatan Awam

KPT : Kementerian Pengajian Tinggi

KS : Kurang Setuju

LHDN : Lembaga Hasil Dalam Negeri

LKIM : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

MARA : Majlis Amanah Rakyat

MFK : Majlis Fatwa Kebangsaan

No.KP : Nombor Kad Pengenalan

PTPTN : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

r.a. : Radhiyallahu ’anhu/ha

RISDA : Rubber Industry Smallholders’ Development Authority

S : Setuju

s.a.w : Sallallahu ’Alaihi Wasallam

SS : Sangat Setuju

SSPN : Sijil Simpanan Pendidikan Nasional

SPC : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPI : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Peng. Islam)

SPL : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

SPP : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPS : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPSS : Statistical Packages for Social Science

STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS : Sangat Tidak Setuju

S.W.T : Subhanahu Wa Ta’ala

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

xv

TS : Tidak Setuju

UM : Universiti Malaya

USIM : Universiti Sains Islam Malaysia

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekitar tahun 1980-an, rata-rata pelajar yang mendapat peluang menyambung

pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi (Diploma atau Ijazah) di dalam atau di luar

negeri meningkat dengan mendadak. Hasil usaha gigih pelajar, maka peluang untuk

menyambung pelajaran terbuka luas. Maka, berbondong-bondonglah pelajar kita yang

pergi menuntut ilmu. Ada yang mendapat peluang di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) tempatan namun bilangan yang mendapat peluang ke luar negara adalah tinggi.

Kebanyakan daripada mereka ini mendapat tajaan daripada pihak yayasan negeri,

biasiswa kerajaan ataupun tajaan pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kini setelah 30 tahun masa berlalu, biasiswa yang dahulunya diberikan kepada

pelajar cemerlang telah tiada. Pinjaman MARA seakan kontang dan susah untuk

diperolehi. Ada keluarga pelajar yang terpaksa meminjam wang dari bank, along (lintah

darat) atau ceti haram semata-mata untuk memungkinkan anak mereka mendapat

pelajaran di peringkat tinggi. Maka, beberapa kekecohan berlaku sehingga menuntut

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

2

diwujudkan satu tabung untuk membiayai pendidikan pelajar. Satu tabung yang dikenali

sebagai Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (TPTN) yang dikendalikan oleh satu badan

yang telah diperbadankan iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

(PTPTN) yang telah ditubuhkan pada tahun 1997. (Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Nasional» www.e-kerjaya.com bertarikh 19 Julai 2008)

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada asasnya perjalanan tabung ini berjalan dengan lancar. Namun seperti biasa,

dimana ada lubuk emas (kewangan) semestinya ada pihak yang akan mengambil

peluang. Malah, ada pihak yang mengkaji kelemahan tabung ini dan memanipulasi

pinjaman dari tabung ini. Terdapat juga pelajar yang berpakat dengan pihak ketiga

semata-mata untuk mendapatkan wang percuma dari tabung ini kerana kadar caj

perkhidmatan yang rendah berbanding dengan pihak bank komersial. Kini, setelah ramai

yang memanipulasikan tabung ini (lebih 10,000 peminjam), maka tabung yang berduit

ini telah kering-kontang. Apa yang tinggal hanyalah sisa-sisa daripada tinggalan

pinjaman yang masih berbaki.(sumber PTPTN-perlukan-penjamin.htm bertarikh 4

September 2007)

Kelemahan PTPTN adalah daripada aspek pengurusan kutipan (pungutan) dan

penguatkuasaan. Jika PTPTN sejak dari dahulu menggunakan kaedah yang tepat,

mungkin kini PTPTN tidak akan berhadapan dengan masalah ini. Ini kerana bagi

menampung kembali jumlah pinjaman yang telah dipinjam oleh pelajar-pelajar

terdahulu, PTPTN telah mengenakan caj perkhidmatan kepada semua peminjamnya

seperti yang terdapat dalam surat perjanjian. Pinjaman PTPTN merupakan satu kontrak

di antara pelajar dan pihak PTPTN yang bertanggungjawab menyediakan bantuan

kewangan atau pinjaman bagi para pelajar yang layak. Maka, disini jelaslah bahawa

kontrak yang berlaku di antara pelajar dan pihak PTPTN adalah kontrak hutang (sumber

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

3

isu-riba-dalam-ptptn.html oleh Mohd Khairul Naim Che Nordin bertarikh 26 Julai

2008). Hal ini menimbulkan masalah kepada peminjam, semakin lama mereka mengikat

tempoh bayaran balik semakin tinggilah kadar caj perkhidmatannya. Dalam hal ini,

penyelidik telah memasukkan contoh pinjaman serta kadar bayaran kembali pinjaman

tersebut.

Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mengambil kontrak

pinjaman PTPTN bernilai RM19,000 diwajibkan membayar balik sebanyak

RM23,083.89 setelah ditambah lebihan 3% bagi tempoh pembayaran 10 tahun.

Manakala bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang mengambil

pinjaman sebanyak RM60,000 selama tiga tahun dikenakan bayaran balik sebanyak

RM87,261.17. (isu-riba-dalam-ptptn.html oleh Mohd Khairul Naim Che Nordin

bertarikh 26 Julai 2008)

Selain itu, menurut surat bertarikh 15 Januari 2007 yang telah diberikan kepada

salah seorang peminjam PTPTN yang bertajuk “Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

PTPTN” menyatakan jumlah pinjaman yang dipinjam selama tiga tahun tempoh

pengajian di peringkat diploma ialah RM15,000 kemudian pihak PTPTN telah

mengenakan kos pentadbiran sebanyak 3% menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu

dibayar oleh peminjam tersebut sebanyak RM17,939.51 selama 10 tahun. Ini

menunjukkan pihak PTPTN telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM2,939.51

kepada peminjam tersebut.

Bayaran balik pinjaman pendidikan boleh dibuat secara ansuran bulanan untuk

tempoh selama 10 hingga 20 tahun. Ia hendaklah mula dibuat selepas enam bulan tamat

pengajian atau apabila mendapat pekerjaan, mana yang terdahulu. Bayaran balik

hendaklah dibuat melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dilantik oleh

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

4

kerajaan sebagai agen pemungut bagi pihak PTPTN. Bayaran balik juga boleh dibuat

melalui lain-lain cara asalkan ianya dipersetujui oleh PTPTN. Pihak PTPTN sedia

menerima bayaran yang dibuat secara sekaligus atau dalam apa jua amaun asalkan ianya

tidak kurang dari amaun yang telah dipersetujui melalui surat perjanjian. Bayaran balik

pinjaman mengandungi amaun pinjaman pokok serta kos pentadbiran yang dikenakan

sebanyak 3% setahun berdasarkan baki setiap bulan. (PTPTN,

http://www.moe.gov.my/faq/faq1.htm bertarikh 26 Julai 2008)

Perkara ini telah menjadi isu hangat di kalangan para peminjamnya sehingga

telah dibahaskan dalam persidangan ulama antarabangsa di bawah Badan Kewangan &

Perakaunan Islam Antarabangsa (AAOIFI) yang menyatakan bahawa semua caj

perkhidmatan atau lebihan daripada jumlah yang diberi pinjam yang telah dipersetujui

atau disyaratkan di dalam kontrak atau akad pinjaman yang dibuat pada awal kontrak

atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk

wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah dilarang sama sekali dan ia adalah riba.

(www.mymetro.com.my bertarikh 21 April 2008)

Islam amat menitikberatkan umatnya agar berhati-hati ketika terlibat dalam

urusniaga yang melibatkan hutang. Ini adalah kerana semua pinjaman bersyarat terlebih

dahulu dalam menetapkan keuntungan adalah riba dan sebarang penambahan pada

jumlah pokok hutang adalah dilarang sama sekali oleh Islam bersesuaian dengan ayat al-

Quran:

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

5

Maksudnya: Maka jika kamu tidak mengerjakan

(meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah

dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu

bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok

hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.

(al-Baqarah, 2:279)

Menurut Osman Sabran (2001:20), Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w telah

mengharamkan riba. Ulama dan orang yang waras akal fikirannya mengharamkan riba.

Agama samawi seperti Masehi dan Yahudi, pada asalnya juga mengharamkan riba

kerana mendatangkan banyak masalah kepada penganutnya serta menjadi larangan keras

dalam ajaran agama tersebut. Oleh itu, masalah riba atau lebihan ini dipandang serius

dalam masyarakat dari dahulu lagi kerana boleh mempengaruhi dari sudut agama,

akhlak, ekonomi dan sosial dalam kehidupan sesebuah masyarakat itu.

1.3 Pernyataan Masalah

Dengan jumlah bayaran yang banyak dan tidak termasuk dengan bayaran lain

yang perlu dijelaskan oleh peminjam sudah tentu membebankan. Kenyataan ini telah

diadukan oleh peminjam sebelum ini kerana bebanan pinjaman yang begitu banyak.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

6

Antaranya kenyataan yang diadukan oleh wakil Persatuan Pelajar Islam Universiti

Malaya yang menyatakan bahawa kadar caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN

adalah satu bebanan dan dianggap terdapat unsur riba. Oleh itu, Majlis Fatwa

Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Negara (PTPTN) dikenakan ke atas pelajar yang membuat pinjaman bagi mengelakkan

wujud unsur riba. (isu-riba-dalam-ptptn.html oleh Mohd Khairul Naim Che Nordin

bertarikh 26 Julai 2008)

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

berkata, penjelasan daripada majlis itu kelak akan menyakinkan semua peminjam

sekaligus menjawab segala spekulasi mengenai pembayaran balik yang dikatakan

membebankan pelajar itu. “Saya tidak ada masalah memanggil Majlis Fatwa untuk

mengesahkan caj perkhidmatan yang dikenakan itu tidak mempunyai unsur riba.

Bayaran tiga peratus itu adalah untuk caj perkhidmatan bagi menanggung kos

pengurusan, kutipan dan penyelarasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan

Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi yang pertama sejak dilantik

mengetuai kementerian itu. (Utusan Malaysia bertarikh 28 April 2008)

Hasil daripada perbincangan tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan caj

perkhidmatan yang dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

(PTPTN) ke atas peminjamnya tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar tiga peratus

sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar. Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul

Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas yang dipengerusikan

beliau bersama wakil PTPTN di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurut

beliau, sebelum ini caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah 4% pada 1997

sebelum ia diturunkan kepada 3%. (Utusan Malaysia bertarikh 1 Ogos 2008)

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

7

Menurut Ustaz Zaharuddin menyatakan bahawa dari sudut syariah, 3 % yang

diletakkan oleh PTPTN sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai riba.

Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu

pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan

kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak

menepati fatwa tersebut. (PTPTN, Status Syariah & Kos Perkhidmatan sumber

www.zaharuddin.net bertarikh 7 April 2007)

Berdasarkan pernyataan masalah yang diberikan di atas, terdapat perbezaan

kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan isu ini. Justeru,

kajian ini dijalankan bagi melihat dan mengetahui sendiri persepsi pelajar tahun 4

Fakulti Pendidikan UTM, Skudai terhadap pembayaran kadar caj perkhidmatan yang

dikenakan oleh PTPTN.

1.4 Objektif Kajian

1. Untuk mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar membuat pinjaman

PTPTN.

2. Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap pembayaran caj

perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN.

3. Untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kesan pembayaran caj

perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah faktor yang mendorong pelajar membuat pinjaman pelajaran PTPTN?

2. Apakah pelajar mengetahui tentang kadar pembayaran caj perkhidmatan dalam

pinjaman PTPTN?

Page 26: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

8

3. Apakah persepsi pelajar terhadap kesan pembayaran caj perkhidmatan dalam

pinjaman PTPTN?

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini berdasarkan kepada beberapa pihak iaitu:

1.6.1 Pelajar

Golongan yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi

memberikan kesedaran bahawa terdapat kadar caj perkhidmatan dalam

pinjaman PTPTN dan membuka jalan kepada mereka mencari alternatif lain

untuk membiayai perbelanjaan pembelajaran mereka.

1.6.2 Pihak PTPTN

Badan yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman kepada pelajar dan

pihak yang perlu mengkaji semula status caj perkhidmatan yang dikenakan

supaya tidak membebankan pelajar dan tiada unsur riba.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor ke atas pelajar

tahun 4 yang terdiri daripada 5 kursus berlainan daripada 14 kursus yang ditawarkan

oleh pihak universiti tersebut.

Page 27: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

9

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Persepsi

Kamus Dewan (2007:1193) mendefinisikan persepsi sebagai gambaran atau

bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), tanggapan (menerusi

pancaindera). Persepsi dalam kajian ini tertumpu kepada persepsi pelajar

Fakulti Pendidikan UTM, Skudai.

1.8.2 Pelajar

Kamus Dewan (2007:21) mendefinisikan pelajar sebagai orang yang belajar

(seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagai), orang yang mengaji

(menyelidiki ilmu). Pelajar dalam kajian ini tertumpu kepada pelajar tahun 4

Fakulti Pendidikan UTM, Skudai yang mendapat pinjaman PTPTN.

1.8.3 Caj

Kamus Dewan (2007:237) mendefinisikan bayaran yang perlu dibayar untuk

sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli. Caj dalam kajian ini tertumpu

kepada caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN kepada peminjamnya.

1.8.4 PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Pihak yang

bertanggungjawab dalam memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar

melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian

Tinggi (IPT) dan mentadbir pembayaran semula pembiayaan serta pinjaman

pelajaran.

Page 28: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · persepsi pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman perbadanan tabung pendidikan

10

1.9 Kesimpulan

Mereka yang mengamalkan faedah atau riba dalam pinjaman adalah hukumnya

haram seperti yang telah dilarang oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w sendiri ke atas

umatnya. Oleh itu, orang yang menghalalkan riba hukumnya kafir dan orang yang

memakan riba sedangkan mengetahui keharaman riba itu, maka adalah fasik dan akan

mendapat balasan yang berat di akhirat kelak.