28
PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP TAHAP KESEDIAAN MEREKA MENGAJAR MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS SABARIAH BINTI SARIGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

  • Upload
    others

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP TAHAP KESEDIAAN

MEREKA MENGAJAR MATA PELAJARAN SAINS DAN

MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

SABARIAH BINTI SARIGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya
Page 3: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya
Page 4: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA TERHADAP TAHAP KESEDIAAN MEREKA MENGAJAR MATA

PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

SABARIAH BINTI SARIGAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya
Page 6: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

iii

Untuk nenek yang disanjungi

Hanya doaku untukmu

Untuk ibu yang dihormati

Jasamu sumber kejayaanku

Untuk adinda yang diingati

Kejayaanku ini cabaran buat kalian

Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan

Segala jasa, doa dan sokongan kalian

Akan kuabadi dalam ingatan

Page 7: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. Dengan keizinan serta limpah

kurnianya dapat saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta

salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w, keluarga baginda, para sahabat, para

syuhada’, para ambia’ serta para pejuang Islam keseluruhannya.

Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas dirakamkan kepada Prof. Madya Dr. Othman

Bin Md. Johan selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah memberi panduan,

kerjasama serta iltizam sepenuhnya. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau segala

kerumitan dapat diatasi.

Penghargaan juga ditujukan khas buat keluarga dan sahabat handai yang sentiasa

memberi dorongan dan nasihat dari segenap bidang meniti perjuangan serta kesabaran

menanti kejayaan ini.

Akhir kata semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah

menyumbangkan kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua.

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

Page 8: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau persepsi bakal-bakal guru terhadap

tahap kesediaan mereka untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris. Tahap kesediaan dalam kajian berbentuk deskriptif ini difokuskan

kepada tiga aspek utama iaitu minat, keyakinan dan kemampuan bakal-bakal guru untuk

mengajar menggunakan bahasa Inggeris. Seramai 220 orang pelajar tahun akhir yang

mengikuti jurusan Pendidikan Sains dan Matematik di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai telah dipilih secara rawak sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan

ialah soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian di mana Bahagian A mengandungi

maklumat berkenaan latarbelakang responden manakala Bahagian B dan Bahagian C

mengandungi maklum balas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Maklum

balas yang diterima diukur menggunakan skala lima mata dan seterusnya dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Hasil

kajian mendapati bahawa kesediaan responden untuk mengajar Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Majoriti

responden (46.4%) berminat untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa

Inggeris, namun mempunyai keyakinan yang sederhana (45.6%) dan kemampuan yang

sederhana (45.9%) disebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang kurang memuaskan.

Tahap kesediaan bakal-bakal guru yang sederhana ini memerlukan bakal-bakal guru

mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap

penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya dalam kemahiran bertutur

dalam bahasa Inggeris.

Page 9: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

vi

ABSTRACT

This study was carried out to evaluate trainee teachers’ perception about their

readiness to teach Science and Mathematics in English. In this descriptive research,

trainee teachers’ enthusiasm, confidence and ability to use that language are studied. A

total of 220 education undergraduates from Universiti Teknologi Malaysia, Skudai were

randomly selected to participate in this study. Questionnaire was divided into three

sections namely Section A for respondents’ personal details and Section B and Section C

for respondents’ response on enthusiasm, confidence and ability to use the language.

Responses of five points scale were analyzed using the Statistical Package for Social

Science (SPSS) version 11.5 software. The overall results show that future teacher’s

readiness to teach Science and Mathematics subject in English are in moderate level.

Majority of trainee teachers (46.4%) enthusiastic to teach Science and Mathematics in

English. However, their confidence and ability are in moderate level (45.6% and 45.9%)

because lack of English knowledge and skills. Based on this findings, trainee teachers

are suggested to equip themselves with more knowledge and skills especially in

speaking.

Page 10: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 13

Page 11: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Perlunya Pengajaran Sains Dan Matematik 19

Menggunakan Bahasa Inggeris

2.3 Kesediaan Guru Mengajar Sains Dan 20

Matematik Dalam Bahasa Inggeris

2.3.1 Penguasaan Nilai Afektif 21

2.3.2 Penguasaan Kemahiran Menggunakan 23

Bahasa Inggeris

2.4 Kesimpulan 26

BAB III METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Prosedur Kajian 34

3.6 Kajian Rintis 35

3.7 Penganalisisan Data 36

BAB IV DAPATAN KAJIAN 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Bahagian A - Analisis Latarbelakang Responden 38

4.2.1 Bidang Pengkhususan 38

4.2.2 Jantina 39

4.2.3 Etnik 39

Page 12: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

ix

4.2.4 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris SPM 40

4.2.5 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris Matrikulasi 40

4.2.6 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris MUET 41

4.2.7 Gred Peperiksaan Bahasa Inggeris UHB 42

4.2.8 Peperiksaan Bahasa Inggeris Lain 46

4.2.9 Pengalaman Mengajar 46

4.3 Bahagian B - Analisis Penguasaan Dan Kemahiran 47

Bahasa Inggeris Responden

4.3.1 Persoalan Kajian 1 48

4.3.2 Persoalan Kajian 2 50

4.3.3 Persoalan Kajian 3 51

4.3.4 Persoalan Kajian 4 53

4.4 Bahagian C - Analisis Kesediaan Responden Untuk 55

Mengajar Sains Dan Matematik Menggunakan

Bahasa Inggeris

4.4.1 Persoalan Kajian 1 56

4.4.2 Persoalan Kajian 2 58

4.4.3 Persoalan Kajian 3 60

4.5 Ringkasan Dapatan Persoalan-Persoalan Kajian 62

4.5.1 Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian 1 - 4 62

4.5.2 Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian 5 - 7 63

4.6 Kesimpulan 65

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 66

5.1 Pengenalan 66

5.2 Bahagian A - Perbincangan Latarbelakang 67

Responden

5.2.1 Taburan Responden Mengikut Bidang 67

Pengkhususan

Page 13: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

x

5.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 67

5.2.3 Taburan Responden Mengikut Etnik 68

5.2.4 Taburan Responden Mengikut Gred 68

Peperiksaan Kertas Bahasa Inggeris

5.2.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 70

Mengajar

5.3 Bahagian B dan C - Perbincangan Persoalan Kajian 71

5.3.1 Persepsi Responden Terhadap Kemahiran 71

Membaca Dalam Bahasa Inggeris

5.3.2 Persepsi Responden Terhadap Kemahiran 73

Mendengar Dalam Bahasa Inggeris

5.3.3 Persepsi Responden Terhadap Kefasihan 76

Bertutur Dalam Bahasa Inggeris

5.3.4 Persepsi Responden Terhadap Kemahiran 78

Menulis Dalam Bahasa Inggeris

5.3.5 Persepsi Responden Terhadap Minat 79

Untuk Mengajar Sains dan Matematik

Dalam Bahasa Inggeris

5.3.6 Persepsi Responden Terhadap Keyakinan 81

Untuk Mengajar Sains dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

5.3.7 Persepsi Responden Terhadap Kemampuan 84

Untuk Mengajar Sains dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

5.4 Rumusan Perbincangan 85

5.5 Implikasi Kajian 86

5.6 Cadangan Kajian 87

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 89

5.8 Penutup 90

Page 14: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

xi

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 91

LAMPIRAN 96

Lampiran A - Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 96

Lampiran B - Perangkaan Pelajar Fakulti Pendidikan 97

Lampiran C - Borang Soal Selidik 100

Lampiran D - Kebolehpercayaan Kajian Rintis 106

Lampiran E - Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan 107

Populasi Krejcie Dan Morgan

Page 15: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian B 31

3.2 Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian C 32

3.3 Rasional Setiap Soalan Dalam Soal Selidik 32

3.4 Prosedur Kajian 34

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 38

Mengikut Bidang Pengkhususan

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 39

Mengikut Jantina

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 39

Mengikut Etnik

4.4 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 40

Kertas Bahasa Inggeris SPM

4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 41

Kertas Bahasa Inggeris Matrikulasi

4.6 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 42

Kertas Bahasa Inggeris MUET

4.7 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 43

Kertas Bahasa Inggeris UHB 1112

4.8 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 44

Kertas Bahasa Inggeris UHB 1222

4.9 Taburan Responden Mengikut Gred Peperiksaan 45

Kertas Bahasa Inggeris UHB 2232

Page 16: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

xiii

4.10 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Yang 46

Menduduki Peperiksaan Bahasa Inggeris Lain

4.11 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 46

Mengikut Pengalaman Mengajar, Tidak Termasuk

Latihan Mengajar

4.12 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 49

Persepsi Terhadap Kemahiran Membaca Dalam

Bahasa Inggeris

4.13 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 50

Persepsi Terhadap Kemahiran Mendengar Dalam

Bahasa Inggeris

4.14 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 52

Persepsi Terhadap Kefasihan Bertutur Dalam Bahasa

Inggeris

4.15 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 54

Persepsi Terhadap Kemahiran Menulis Dalam Bahasa

Inggeris

4.16 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 56

Minat Untuk Mengajar Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

4.17 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 58

Keyakinan Untuk Mengajar Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

4.18 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 60

Kemampuan Untuk Mengajar Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

4.19 Peratus Tahap Penguasaan Dan Kemahiran Bakal-bakal 63

Guru Terhadap Bahasa Inggeris

4.20 Peratus Tahap Kesediaan Bakal-bakal Guru Untuk 64

Mengajar Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Page 17: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 96

B Perangkaan Pelajar Fakulti Pendidikan 97

C Borang Soal Selidik 100

D Kebolehpercayaan Kajian Rintis 106

E Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan 107

Populasi Krejcie Dan Morgan

Page 18: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

xv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

MUET - Malaysia University English Test

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package For Social Science

UHB - Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Di Universiti Teknologi Malaysia

UMNO - United Malay National Organization

UiTM - Universiti Teknologi MARA

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“Kerajaan akan melaksanakan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah secara serentak mulai

tahun depan, bukan setakat di tahun satu sahaja. Langkah melaksanakan secara

serentak itu perlu diambil memandangkan kesan pengajaran bahasa Inggeris

dalam dua mata pelajaran berkenaan, jika bermula pada tahun satu sahaja akan

mengambil masa selama 11 tahun untuk menampakkan hasilnya. Pengajaran

mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan tetap diteruskan

dan tidak akan berpatah balik......” (Utusan Malaysia, Ahad 16 Jun 2002).

Kenyataan tersebut yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk

Seri Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya pada Jun 2002 jelas mempamerkan pelbagai

reaksi daripada pelbagai pihak. Sesetengah pihak seperti Kelab UMNO luar negara

memandang secara positif dengan menyifatkan pengajaran mata pelajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris dapat meningkatkan martabat Melayu secara

menyeluruh kerana pelajar Melayu akan lebih dihormati oleh bangsa lain (Utusan

Page 20: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

2

Malaysia, Sabtu 22 Jun 2002). Namun demikian, sesetengah pihak yang lain ternyata

tidak bersetuju kerana menganggap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran akan

menggugat kewibawaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi (Utusan Malaysia,

Jumaat 14 Jun 2002).

Sejarah pendidikan di negara ini yang bermula dengan pendidikan agama Islam

melalui sistem pendidikan pondok mengalami reformasi yang ketara selepas Laporan

Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan dikeluarkan pada tahun 1979.

Jawatankuasa tersebut yang ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Datuk Seri Dr.

Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pelajaran, bertujuan mengkaji semula pelaksanaan

dan keberkesanan sistem pendidikan sebelum ini. Laporan jawatankuasa itu berperanan

merangka sistem pendidikan yang akan mewujudkan generasi berdisiplin, patriotik dan

beridentiti Malaysia. Dan antara hasil yang paling penting daripada laporan

jawatankuasa tersebut ialah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

KBSR berteraskan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di samping

pemupukan nilai-nilai etika dan estetika, manakala KBSM pula bercorak umum dan

liberal di mana murid-murid mengikuti pelajaran dalam komponen bahasa, sains sosial,

sains dan vokasional.

Ternyata, setelah melalui beberapa zaman dan perubahan iaitu sebelum

penjajahan, zaman penjajahan, Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, lahir satu

Dasar Pendidikan Negara yang menumpu kepada perpaduan negara ke arah

mewujudkan generasi berilmu, berbudaya maju, berteknologi dan berketerampilan.

Pendidikan negara kini telah memasuki era global dengan pelbagai anjakan

paradigma untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih relevan dengan tuntutan dan

keperluan semasa. Seiring itu, kurikulum yang lebih menumpu ke arah masa hadapan

adalah wajar untuk dibentuk. Sehubungan itu, kaedah pengajaran Sains dan Matematik

Page 21: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

3

menggunakan bahasa Inggeris diperkenalkan pada awal tahun 2003. Ia antara lain,

bertujuan memahirkan pelajar dalam bahasa tersebut di samping memudahkan mereka

menimba ilmu kerana kebanyakan buku-buku Sains dan teknologi ditulis dalam bahasa

Inggeris.

Sains dan Matematik sememangnya merupakan suatu bidang ilmu yang sangat

dinamik dengan pelbagai inovasi. Hampir setiap hari ada sahaja penemuan baru ditemui

melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada

kemajuan dan pembangunan negara. Sebahagian besar maklumat terkini berkenaan

Sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh yang

demikian, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

dijangka akan memberi peluang kepada para pelajar untuk menguatkan asas bagi

memperoleh maklumat dan ilmu, selain menambah masa kontak terhadap bahasa

Inggeris (Utusan Malaysia, Rabu 17 Julai 2002).

Sungguhpun demikian, persoalannya, adakah masyarakat Malaysia sudah benar-

benar bersedia untuk berbuat seperti yang diputuskan? Berdasarkan jaminan beberapa

pemimpin kesatuan yang diminta pandangan mereka, kemampuan guru mata pelajaran

terbabit mengajar menggunakan bahasa Inggeris nampaknya tidak perlu disangsikan

(Utusan Malaysia, Ahad 23 Jun 2002). Apakah jaminan mereka selari dengan

kemampuan guru pada peringkat akar umbi? Perkara ini harus dilihat dari segi realiti,

bukan semata-mata mengikut arus apabila membuat kenyataan.

Pengukur yang paling jelas ialah masih ramai guru Sains dan Matematik,

terutama di kawasan luar bandar, tidak mempunyai tahap kemahiran yang sepatutnya

walaupun telah mengikuti pelbagai kursus dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Apakah dalam tempoh tidak sampai setengah tahun semua guru mata pelajaran Sains

dan Matematik berupaya menyampaikan pengajaran dalam bahasa Inggeris dengan

berkesan serta dapat difahami pelajar setelah mereka mengikuti kursus? Bagaimanakah

pula dengan bakal-bakal guru yang sememangnya belum banyak pengalaman dalam

proses pengajaran dan pembelajaran? Adakah mereka sudah benar-benar bersedia untuk

Page 22: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

4

mengajar kedua-dua mata pelajaran tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris

sekaligus?

Walau apapun persoalan dan pandangan masyarakat terhadap isu ini, yang nyata,

kerajaan tidak pernah terburu-buru apabila memutuskan untuk menggunakan bahasa

Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah. Kenyataan ini disahkan

sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad yang menyatakan

bahawa pelbagai kajian dan pertemuan telah diadakan oleh kementerian sebelum

memutuskan melaksanakan dasar itu. Beliau juga telah menjelaskan bahawa

kementeriannya telah mengadakan sekurang-kurangnya tujuh perjumpaan dan

perbincangan secara formal dengan pelbagai pihak termasuk badan pendidikan seperti

Persatuan Pengetua Kebangsaan Malaysia dan Majlis Guru-Guru Besar Malaysia

(Utusan Malaysia, Selasa 17 September 2002).

Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan meninjau persepsi bakal-bakal guru

terhadap tahap kesediaan mereka untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik

menggunakan bahasa Inggeris.

1.2 Latarbelakang Masalah

Polemik mengenai kedudukan dan masa depan bahasa Malaysia timbul lagi baru-

baru ini setelah Perdana Menteri mengisytiharkan kembali penggunaan bahasa Inggeris

dalam sistem pendidikan di sekolah. Keputusan pengajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris yang dilaksanakan secara serentak di semua sekolah rendah dan

menengah mulai Januari 2003 lalu bukan setakat tahun satu sahaja ternyata masih lagi

mengejutkan para guru dan ibu bapa. Malahan, masih ada di antara mereka yang tidak

dapat mengubah persepsi dan mentaliti yang negatif sehingga mewujudkan ‘English

Page 23: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

5

Phobia’ di kalangan pelajar (Utusan Malaysia, Sabtu 8 Mac 2003). Namun, tugas berat

yang terpikul di bahu para pendidik sewajarnya dipandang lebih serius walaupun

pelbagai persepsi pro dan kontra terhadap isu ini daripada pihak lain sering menerjah

media-media massa tidak kiralah melalui media cetak mahupun media elektronik. Ini

disebabkan guru merupakan nadi utama yang melaksanakan dasar tersebut.

Kepentingan kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dunia

pendidikan sememangnya tidak dapat dinafikan sejak dulu lagi. Ini demikian kerana

Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dan penyumbang utama

kepada pembangunan negara sama ada dalam sistem sosial, ekonomi mahupun

perdagangan. Aspirasi untuk menjadi negara perindustrian juga bergantung besar

kepada bidang Sains dan teknologi. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan Sains dan

Matematik pada peringkat awal akan menjamin sebuah masyarakat berpengetahuan yang

mampu bersaing di arena antarabangsa.

Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan

agar proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah dilaksanakan

dengan menggunakan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa

komunikasi antarabangsa. Langkah ini membolehkan pelajar memperoleh maklumat

mengenai perkembangan terkini dalam bidang Sains dan Matematik di samping

meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber (Berita Harian,

Selasa 18 Jun 2002).

Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik

sememangnya perlu bagi meningkatkan lagi kualiti dan mutu pencapaian pelajar dalam

kedua-dua mata pelajaran tersebut. Namun demikian, ianya tidaklah semudah yang

disangkakan. Setiap dasar baru seharusnya melalui fasa-fasa tertentu bermula dengan

perancangan, rintis, transisi dan semak semula (Utusan Malaysia, Isnin 28 April 2003).

Page 24: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

6

Bahasa merupakan alat perhubungan manusia. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah, guru dan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi antara

satu sama lain dengan menggunakan bahasa (Halijah, 1995).

Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, peranan bahasa Malaysia

sebagai bahasa penyatuan, bahasa rasmi dan bahasa penyampai ilmu sangat perlu

direalisasikan melalui kurikulum (Halijah, 1995). Atas kesedaran inilah, maka

penyerapan penggunaan bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan di semua sekolah

rendah dan menengah secara beransur-ansur telah dimulakan sejak tahun 1950-an

dahulu. Peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem

persekolahan ini kemudiannya diperkukuhkan lagi melalui Akta Pendidikan Kebangsaan

(1996) di mana semua mata pelajaran termasuk Sains dan Matematik diwajibkan diajar

menggunakan bahasa Malaysia.

Pelbagai usaha seperti kursus kebahasaan untuk guru-guru, penterjemahan dan

penulisan buku-buku ilmiah dalam bahasa Malaysia serta penggubalan pelbagai istilah

terutamanya istilah Sains dalam bahasa Malaysia telah dilakukan demi mendaulatkan

bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu (Asiah, 1995). Disebabkan itu, maka perubahan

dasar yang mendadak seperti penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik

mendapat bantahan dan tidak dapat diterima sepenuhnya, lebih-lebih lagi oleh golongan

pendidik. Impak perubahan drastik ini bukan sahaja terhadap golongan guru yang telah

lama berkhidmat dalam sektor pendidikan dan punyai banyak pengalaman, tetapi juga

terhadap bakal-bakal guru di institusi pengajian tinggi.

Selain guru dan bakal-bakal guru, sebilangan besar pensyarah di institusi-

institusi pengajian tinggi juga kurang bersetuju terhadap penggunaan bahasa Inggeris

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa pelaksanaan

dasar tersebut mungkin sukar dilaksanakan memandangkan pelajar telah mengikuti

sistem persekolahan dalam bahasa Malaysia selama sekurang-kurangnya 11 tahun, iaitu

sejak dari tahun satu. Justeru, mentaliti para pensyarah juga mempengaruhi persepsi dan

Page 25: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

7

kesediaan bakal-bakal guru untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Persepsi-persepsi seperti inilah yang ingin dilihat oleh penyelidik dalam kajian

ini. Iaitu adakah bakal-bakal guru telah bersedia untuk mengajar mata pelajaran Sains

dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris? Apakah pula faktor-faktor yang

mempengaruhi tahap kesediaan mereka? Sekiranya bakal-bakal guru didapati masih

belum bersedia, apakah pula inisiatif-inisiatif yang sewajarnya dipertimbangkan oleh

golongan yang bertanggungjawab?

Institusi yang terlibat dalam kajian ini ialah Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) Skudai. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi

mendapatkan maklumat yang berkaitan.

Diharap agar kajian ini dapat membantu pihak kementerian dalam usaha

melancarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

dengan segera dan berkesan. Akhir sekali, semoga pelaksanaan sistem pengajaran Sains

dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan menjadikan masyarakat Malaysia sebuah

masyarakat yang berdaya saing dan mampu untuk menghadapi cabaran dunia yang

begitu mencabar.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris telahpun

bermula sejak awal 2003 yang lalu dengan bermulanya semester pertama persekolahan.

Selain guru-guru, persepsi bakal-bakal guru terhadap tahap kesediaan mereka dalam

Page 26: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

8

melaksanakan perancangan ini juga adalah sangat penting kerana golongan inilah yang

perlu bertanggungjawab dan berganding bahu menjayakan program tersebut.

Penggunaan bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan di semua sekolah rendah

dan menengah telah dimulakan secara beransur-ansur sejak tahun 1950-an dahulu.

Kepentingan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam

sistem persekolahan ini kemudiannya diperkukuhkan lagi melalui Akta Pendidikan

Kebangsaan (1996) di mana semua mata pelajaran termasuk Sains dan Matematik

diwajibkan diajar menggunakan bahasa Malaysia. Justeru, isu penggunaan bahasa

Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik menimbulkan keraguan di kalangan

masyarakat Malaysia, khususnya terhadap golongan bakal-bakal guru. Oleh yang

demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan menyelidik persepsi bakal-bakal guru

lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap tahap kesediaan mereka untuk

mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris.

Tahap kesediaan bakal-bakal guru dalam kajian ini ditinjau dari segi minat,

keyakinan dan kemampuan di mana penguasaan terhadap kemahiran tertentu seperti

kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris, kebolehan memahami perkara-perkara yang

didengari dalam bahasa Inggeris, kefasihan bertutur dalam bahasa Inggeris serta

kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris diambil kira sebagai aspek-aspek utama yang

mempengaruhi kesediaan bakal-bakal guru untuk menyampaikan pengajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan demi :

Page 27: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

9

1.4.1 Meninjau persepsi bakal-bakal guru lepasan Universiti Teknologi

Malaysia terhadap tahap kesediaan mereka untuk mengajar Sains dan

Matematik menggunakan bahasa Inggeris.

1.4.2 Meninjau faktor-faktor yang menyumbang kepada persepsi terhadap

tahap kesediaan bakal-bakal guru lepasan Universiti Teknologi Malaysia

untuk mengajar Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan-persoalan yang dapat dipertimbangkan

adalah seperti berikut:

1.5.1 Adakah bakal-bakal guru berpendapat bahawa mereka boleh membaca

bahan-bahan bacaan atau karya-karya yang ditulis dalam bahasa Inggeris

dengan baik?

1.5.2 Adakah bakal-bakal guru berpendapat bahawa mereka boleh memahami

perkara-perkara yang didengari dalam bahasa Inggeris dengan baik?

1.5.3 Adakah bakal-bakal guru berpendapat bahawa mereka fasih berbahasa

Inggeris?

1.5.4 Adakah bakal-bakal guru berpendapat bahawa mereka boleh menulis

dalam bahasa Inggeris dengan baik?

Page 28: PERSEPSI BAKAL-BAKAL GURU LEPASAN UNIVERSITI …€¦mengikuti latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu bagi memantapkan lagi tahap penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris, terutamanya

10

1.5.5 Adakah bakal-bakal guru berminat untuk menyampaikan pengajaran

Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris?

1.5.6 Adakah bakal-bakal guru berkeyakinan untuk menyampaikan pengajaran

Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris?

1.5.7 Adakah bakal-bakal guru berpendapat bahawa mereka berkemampuan

menyampaikan pengajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa

Inggeris?