14
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR PROSEDUR PENGENDALIAN SERAGAM (SOP) LENCANA EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

  • Upload
    others

  • View
    48

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR

PROSEDUR PENGENDALIAN SERAGAM (SOP)

LENCANA EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA

LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Page 2: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

LENCANA EKSPEDISI

Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan

pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program

dan rancangan ekspidisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki gunung, berjalan

kaki dan melengkapkan log ekspidisi seperti disyaratkan.

1. Latihan Ekspedisi

Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah

membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak

lebih daripada 15 kg. termasuk 10 kg. barang makanan. Pengakap hendaklah bersedia

menyediakan dan menyusun keperluan peribadi dalam beg sandang (haverseck).

2. Ekspedisi

2.1 Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol ( 4 hingga 7 orang )

dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 40 km ATAU 150 km berbasikal

dengan melaksanakan tugasan.

2.2 Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit-bukau.

2.3. Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan menyediakan makan malam dan

sarapan secara 'backwood's atau seumpamanya.

2.4. Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang dari 3 jam.

ATAU

2.5. Berjalan kaki bersama patrol ( 4 hingga 7 orang ) tidak kurang dari 80 km dalam masa

24 jam terus-menerus dengan melaksanakan tugasan.

2.6. Perjalanan hendaklah meliputi pinggiran bandar, desa atau luar bandar.

2.7. Masa rehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan makanan yang disediakan secara

'backwood's atau seumpamanya.

2.8. Ekspedisi ini diakhiri dengan pengembaraan malam selama 10 jam.

ATAU

2.9. Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50 km selama 4 hari 3 malam di sungai atau

persisiran pantai.

ATAU

2.10. Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam (mengikut keadaan tempatan) tidak kurang

4,500 kaki dari aras laut.

Page 3: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

3. Tugasan:

3.1. Menyediakan laporan bertulis 'Log Ekspidisi" mengikut format yang disediakan oleh PPM

Negeri.

3.2. Tugasan-tugasan tertentu yang berkaitan dengan perjalanan ekspidisi.

3.3. Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman atau

video dan sebagainya.

3.4. Log Ekspidisi hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pemimpin Kumpulan kepada

Pesuruhjaya Daerah / Penguji tidak lewat dari 10 hari selepas ekspidisi untuk lulus

ujian.

INGATAN:

Pengakap Remaja berkenaan perlu tahu dan boleh menyediakan langkah-langkah

keselamatan bagi jenis pengembaraan yang dipilih.

Penguji mestilah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja berkenaan sihat tubuh badan

dan fikiran untuk melakukan ekspidisi itu dan semua syarat keselamatan telah diambil.

Page 4: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan: Lot 1407, KM 27 Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor

BORANG PENYERTAAN PERKHEMAHAN LENCANA EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA

(Serahkan kepada Urusetia Pendaftaran di tempat melapor) Saya/kami (nama ibu/bapa/penjaga)

................................................................................................. Dengan ini memberi

kebenaran kepada (nama anak) ..........................................................................

.......................................................................................Tingkatan/Tahun ...........................

No. Kad Pengenalan.......................................... dari Sekolah

................................................................................................................................ PPM

Daerah ............................................, Negeri Selangor Darul Ehsan untuk menyertai SEMUA

AKTIVITI dalam Perkhemahan Lencana Ekspedisi mulai ................ hingga ...........................

Dengan ini mengaku dan sanggup dengan tidak berubah-ubah bagi pihak saya/kami dan pihak

anak saya/kami mengikut peraturan SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA KP(BS) 8591/JLD.XIV/(24) BERTARIKH 10 OKTOBER 1998,

PARA 3(C).

Sesungguhnya saya/kami faham bahawa segala langkah keselamatan sepenuhnya akan diambil

oleh pihak penganjur/pengelola bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini

dan akan melakukan tindakan segera bagi pihak ibu bapa/penjaga di atas apa-apa juga insiden

dalam tempoh tarikh dan tempat yang dinyatakan di atas.

Saya mengaku anak saya/jagaan saya telah mempunyai INSURANS TAKAFUL YANG SAH

yang diuruskan oleh pihak sekolah tempat di mana anak saya bersekolah.

Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : ........................... (R) ................................

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar;

.................................... Tarikh : ..............................

(Nama : ................................................................)

(No. KP : ...................................................)

Disemak oleh, ................................ (Pemimpin Kumpulan)

Disahkan oleh, .............................. (Pengetua/Guru Besar)

Diluluskan oleh, ............................ (Pesuruhjaya Daerah)

Page 5: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan: Lot 1407, KM 27 Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor

BORANG PERAKUAN KESIHATAN AHLI PENGAKAP SEBELUM MENYERTAI PERKHEMAHAN LENCANA EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA

(Serahkan kepada Urusetia Pendaftaran di tempat melapor)

NAMA PENUH MURID (HURUF BESAR)

ALAMAT RUMAH

JANTINA KETURUNAN AGAMA

NO. KP/ NO. SIJIL LAHIR

NO. INSURANS TAKAFUL (dapatkan dari pihak sekolah)

NO. TELEFON RUMAH

NO. TELEFON BIMBIT IBU/BAPA/PENJAGA

REKOD PERUBATAN:

SILA TANDAKAN JUKA “YA” DAN JIKA “TIDAK” DI PETAK YANG BERKENAAN:

Pernah pening atau sakit kepala yang teruk Pernah mempunyai sakit sawan (epilepsy)

Menghadapi masalah bernafas atau asma Mengalami diabetes

Alahan pada bisa, ubatan atau air tasik Mengalami tekanan darah tinggi

Pernah mengalami kecederaan pada tulang Pernah dilakukan pembedahan pada tubuh

Pernah mengalami sakit jantung Mengalami masalah buah pinggang

Pernahkah anda dalam tempoh satu bulan mengalami sebarang penyakit berjangkit atau cirit-birit?

SILA BERIKAN MAKLUMAT TERPERINCI JIKA MASALAH KESIHATAN DI ATAS

BERKAITAN DENGAN ANDA

sila maklumkan masalah kesihatan anda kepada jurulatih mana-mana aktiviti yang anda sertai.

Perakuan Ibu/Bapa/Penjaga, Perakuan Peserta,

.................................... .................................

(Nama: .............................................) (Nama: .............................................)

(No. KP : ...........................................) (No. KP : ...........................................)

Disemak oleh, ................................ (Pemimpin Kumpulan)

Disahkan oleh, .............................. (Pengetua/Guru Besar)

Diluluskan oleh, ............................ (Pesuruhjaya Daerah)

Page 6: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

SYARAT & PERINTAH TETAP KEM

PERKHEMAHAN LENCANA EKSPEDISI

PENGAKAP REMAJA

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR

SYARAT PENYERTAAN BARANGAN INDIVIDU

1. Ahli Pengakap yang berdaftar untuk tahun 2014 & 2015 sahaja;

2. Memperolehi kebenaran ibubapa/penjaga;

Bawa Borang ‘A’, Borang Kebenaran Ibubapa yang telah sempurna;

Bawa Borang ‘B’, Borang Perakuan Kesihatan yang telah lengkap.

3. Tiada paksaan untuk menyertai sesebuah perkhemahan;

4. Semua peserta diwajibkan tidur di dalam khemah;

5. Bawa buku-buku log yang diperlukan Lencana Ekspedisi;

6. Bawa baju hujan/payung/lampu suluh/khemah/peti pertolongan cemas;

7. Bawa alat tulis yang lengkap termasuk pensil warna;

8. Bawa tali Pengakap (1½ - 2 meter) untuk aktiviti Simpulan dan Ikatan;

9. Berumur melebihi 15 ½ tahun;

10. Bawa pakaian yang mencukupi;

Pakaian seragam Pengakap yang lengkap sekurang-kurangnya 2 helai;

(Forage Cap/Selangor/Nama Daerah/No. Kump/tali pinggang Pengakap berkepala

gangsa/seluar biru/stokin hitam atau biru & berkasut hitam);

Pakaian untuk mandi/aktiviti lasak/riadah/ibadah solat perlu dibawa;

Tongkat berukuran 5 kaki 2 inci.

11. Skaf Pengakap hendaklah bersaiz besar yang juga boleh dijadikan kain anduh.

12. Bayaran penyertaan _________ seorang;

13. Setiap peserta wajib melengkapkan Borang A dan Borang B. serta menyerahkan kepada

urusetia perkhemahan di tempat program mengikut Daerah. Peserta yang tidak

membawa salah satu borang berkenaan atau tidak langsung membawa mana-mana

borang tidak akan didaftarkan sebagai peserta;

14. Peralatan memasak yang difikirkan perlu;

15. Taklimat Peserta bermula jam 4.00 petang.

Page 7: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

PERATURAN & PERINTAH TETAP PERKHEMHAN

UNTUK SEMUA PESERTA PERKHEMAHAN

PROSEDUR/KESELAMATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN DALAM PENGURUSAN PERKHEMAHAN

PENGAKAP NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian, menjadi peringatan dan difahami

oleh semua peserta sepanjang program perkhemahan ini berlangsung.

1. Semua peserta yang menghadiri/menyertai perkhemahan ini mestilah telah berdaftar

keahlian, telah memperoleh kebenaran ibubapa/penjaga, Pemimpin Kumpulan,

Pengetua/Guru Besar dan Pesuruhjaya Daerah;

2. Semua peserta mesti mematuhi arahan yang diberikan oleh Kem Komandan/Timbalan

Kem Komandan/Pemimpin Bertugas;

3. Semua peserta mesti menyertai semua aktiviti yang dijalankan;

4. Semua peserta mesti berunifom pengakap lengkap mulai pukul 7.00 pagi hingga 6.30

petang (semasa menghadiri aktiviti). Berbaju T-Shirt hanya dibenarkan selepas pukul

6.30 petang;

5. Semua peserta tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kem tanpa kebenaran Kem

Komandan/Timbalan Kem Komandan;

6. Peserta hendaklah mendahului masa iaitu berada di tapak aktiviti 10 minit lebih awal;

7. Semua peserta beragama Islam WAJIB menunaikan solat berjemaah di surau yang telah

ditetapkan;

8. Semua barangan peribadi yang berharga hendaklah disimpan di tempat yang selamat.

Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan

barangan/peralatan atau perkakasan milik anda;

9. Kebersihan tempat penginapan anda adalah menjadi tanggungjawab anda dan

kumpulan untuk membersihkannya pada setiap masa;

10. Peserta lelaki dilarang berada dalam kawasan peserta perempuan dan sebaliknya.

Pergaulan bebas antara peserta lelaki dan perempuan adalah dilarang;

11. Peserta mesti menjaga tingkahlaku, budi pekerti dan berbudi bahasa sesama peserta

dan pegawai kem;

12. Tingkahlaku ‘vandalism’ - iaitu merosakkan harta benda dan kemudahan awam adalah

dilarang;

13. Setiap peserta dinasihatkan supaya tidak berlari dalam kawasan penempatan khemah;

14. Setiap peserta mesti berjalan dalam barisan yang teratur apabila menuju ke mana-

mana lokasi yang diarahkan;

15. Peserta yang mengalami masalah kesihatan, kecederaan atau kemalangan mestilah

melaporkan segera kepada mana-mana Pegawai Kem/Pemimpin Bertugas/Kem

Komandan/Timbalan Kem Komandan;

16. Peserta yang bermasalah disiplin boleh dikenakan dendaan termasuk digagalkan dan

dihantar pulang;

Page 8: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

17. Jangan bergurau secara berbahaya dengan rakan-rakan;

18. Setiap peserta dilarang membasuh pinggan atau membuang sisa makanan ke merata

tempat sebaliknya menggunakan tempat basuhan yang telah disediakan;

19. Jangan membuang sebarang kertas/tisu/kain/baju/seluar dalam atau tuala wanita ke

dalam lubang tandas;

20. Kawasan larangan bagi peserta kem ialah kawasan dewan, dapur urusetia, kawasan

penginapan pemimpin/pegawai, bilik urusetia dan kecuali hal mustahak dan diberi

kebenaran;

21. Peserta tidak boleh meninggalkan tempat aktiviti selagi aktiviti belum selesai kecuali

ke tandas sahaja;

22. Sebarang masalah, hendaklah merujuk kepada mana-mana Pemimpin Bertugas/ Kem

Komandan/Timbalan Kem Komandan sahaja.

Page 9: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG

Saiz dan ketebalan

Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan

berkulit tebal. (200 Foolscap Book)

Kulit Luar (Cover)

Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya

kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa

akibat basah.

Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta

pemeriksa embezakan buku-buku log yang ada halaman pertama

BUKU LOG LENCANA EKSPEDISI

NAMA:……………………………………………………………………

KUMPULAN:……………………………………………………………

DAERAH:…………………………………………………………………

Page 10: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para

pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam

menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).

Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh

maklumat adalah seperti berikut :

HALAMAN PERTAMA

Maklumat Asas:……………………………………………………….

Nama Penuh:……………………………………………………………

No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan:……………………………….

Tarikh dan Tempat Lahir:…………………………………………..

No. telefon / Telefon bimbit:…………………………………….

e-mail:………………………………………………………………………..

Alamat surat menyurat:………………………………………………

Maklumat Kepengakapan : ………………………………………….

Tarikh Mula Berpengakap: …………………………………………….

Nama Patrol (terkini) : …………………………………………….

No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini) : …………………………………………….

Nama dan alamat Sekolah (terkini) : …………………………………………….

Daerah (terkini) : …………………………………………….

Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan: …………………………………………….

Alamat tetap: …………………………………………….

Nama Bapa dan pekerjaannya: …………………………………………….

No. telefon / Telefon bimbit: …………………………………………….

Nama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit: …………………………………………….

ikut isi kandungannya.

Biadota Patrol (Ahli Patrol)

HALAMAN KEDUA

Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian

lencana (bagi buku log Lencana Ekspedisi). Ruangan untuk tandatangan pengesahan

pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang

disenaraikan.

Page 11: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

Nota :

Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan)

mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan

pada buku log.

FOTO, LAKARAN LAPORAN, RINGKASAN LAPORAN DAN SAMPEL DI DALAM BUKU LOG

Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi

untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah

tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman

ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.

Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam

Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan

untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti

tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku

log haruslah mempelajari teknik mengawet

(sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di

dalam buku log mereka.

Dalam masa yang sama setiap tugasan yang

diberikan perlu diselesaikan dan laporan perlu

ditulis dalam buku log ekspedisi. Penulis perlu

mendapatkan pengesahan (jika perlu) seperti cop

atau tanda tangan di tempat atau lokasi tugasan

dilaksanakan (sekiranya ada).

Page 12: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

Lakaran ataupun lukisan perlu

dilukis sendiri oleh penulis.

Pemeriksa buku log tidak menilai

atas cantik atau tidaknya

sesebuah lukisan yang dibuat di

dalam buku log, Apa yang lebih

penting ialah penulis berupaya

menyampaikan laporan serta

nota dengan jelas hasil dari kerja

tangan mereka sendiri.

Contoh penulisan dan isi nota

Penulisan di dalam Buku Log haruslah

benar, asli dan jelas. Penulis haruslah

menggunakan ayat yang ringkas tetapi

padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan

ayat yang panjang berjela-jela.

Peta, Peta perjalan perlu dilukiskan dengan

jelas dan menyatakan arah perjalan setiap

lokasi.

Perlu menyiapankan tugas-tugas yang

diberikan disertakan bukti-bukti dalam

bentuk benda, gambar, temubual dan cop

pengesahan sebagai bukti didalam buku log

mereka

Page 13: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

Contoh Penulisan Ringkasan Laporan di dalam buku Log

Page 14: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR …ppmhululangat.weebly.com/.../0/...pengakap_remaja.pdfPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan:

Contoh Sijil Lencana Ekspedisi