12
Kajian Kes Inisiatif Equator Penyelesaian Masyarakat terhadap Pembangunan Berkekalan, alam semulajadi dan kecekalan komuniti Malaysia PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG Empowered lives. Resilient nations.

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG - … · SIRI KAJIAN KES INISIATIF KHATULISTIWA PROGRAM PEMBANGUNAN ... bagi memperbaiki pengetahuan sejagat terhadap ... lain dan pampasan …

  • Upload
    ledung

  • View
    257

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Kajian Kes Inisiatif EquatorPenyelesaian Masyarakat terhadap Pembangunan Berkekalan, alam semulajadi dan kecekalan komuniti

Malaysia

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG

Empowered lives. Resilient nations.

SIRI KAJIAN KES INISIATIF KHATULISTIWA PROGRAM PEMBANGUNAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNDP)Masyarakat tempatan dan pribumi di seluruh dunia sedang memajukan penyelesaian pembangunan mampan dan inovatif yang berkesan untuk masyarakat dan alam sekitar. Beberapa penerbitan atau kajian kes mengisahkan bagaimana inisiatif tersebut berkembang, keberkesanannya, atau bagaimana ianya berubah dari semasa ke semasa. Tidak ramai yang ingin menyampaikan kisah ini, maka pengamal komuniti sendiri menggunakan naratif sebagai panduan.

Untuk menandakan ulang tahun ke-10, Inisiatif Khatulistiwa berhasrat untuk mengisi jurang ini. Kajian kes berikut adalah salah satu daripada siri perkembangan yang memperincikan hasil kerja pemenang Hadiah Khatulistiwa - disemak dan diulas oleh pengamal terbaik dalam pemuliharaan alam sekitar berasaskan komuniti dan mata pencarian yang mampan. Kes-kes ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada perbincangan polisi yang diperlukan untuk membawa kejayaan tempatan untuk dipertimbangkan, bagi memperbaiki pengetahuan sejagat terhadap persekitaran tempatan dan penyelesaian pembangunan, dan untuk berfungsi sebagai model untuk direplikasi. Kajian kes sebaik-baiknya dilihat dan difahami dengan merujuk kepada ‘Kuasa Tindakan Tempatan: Pengajaran dari 10 Tahun Hadiah Khatulistiwa’, sebuah ringkasan pengajaran dan panduan polisi yang diambil dari bahan-bahan kes berkenaan.

Klik pada peta untuk melawat pangkalan data kajian kes Inisiatif Khatulistiwa

PenyuntingKetua Penyunting: Joseph CorcoranPengurus Penyunting: Oliver HughesPenyunting Penyumbang: Dearbhla Keegan, Matthew Konsa, Erin Lewis, Whitney Wilding

Penulis PenyunbangEdayatu Abieodun Lamptey, Erin Atwell, Toni Blackman, Jonathan Clay, Joseph Corcoran, Larissa Currado, Sarah Gordon, Oliver Hughes, Wen-Juan Jiang, Sonal Kanabar, Dearbhla Keegan, Matthew Konsa, Rachael Lader, Patrick Lee, Erin Lewis, Jona Liebl, Mengning Ma, Mary McGraw, Gabriele Orlandi, Brandon Payne, Juliana Quaresma, Peter Schecter, Martin Sommerschuh, Whitney Wilding, Luna Wu

Pereka BentukOliver Hughes, Dearbhla Keegan, Matthew Konsa, Amy Korngiebel, Kimberly Koserowski, Erin Lewis, John Mulqueen, Lorena de la Parra, Brandon Payne, Mariajosé Satizábal G.

PenghargaanInisiatif Khatulistiwa mengiktiraf dan menghargai Persatuan Penduduk Uma Bawang (UBRA), khususnya bimbingan dan sumbangan Jok Jau Evong (Sahabat Alam Malaysia, Sarawak) serta Evelyn Enna. Semua gambar ihsan daripada UBRA. Peta ihsan daripada CIA World Factbook dan Wikipedia. Kajian kes Persatuan Penduduk Uma Bawang di bawah Inisiatif Khatulistiwa ini telah diterjemahkan oleh Amirah Mohd Alias dan dibaca pruf oleh Liza Haslan Tan (sukarelawan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Petikan DicadangkanUnited Nations Development Programme. 2012. Uma Bawang Residents’ Association, Malaysia. Equator Initiative Case Study Series. New York, NY.

RINGKASAN PROJEKOrganisasi berasaskan komuniti ini beroperasi dalam hutan di negeri Sarawak, Malaysia. Walaupun hak tanah adat milik Pribumi Kayan telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, namun, banyak tanah yang masih belum ditandakan secara rasmi, menjadikan tanah-tanah ini terdedah kepada tuntutan-tuntutan bercanggah dari pihak luar yang berkepentingan. Ahli-ahli persatuan bekerjasama bersama pihak Sistem Maklumat Geografi atau GIS kaji selidik dan teknologi pemetaan untuk mengumpulkan penggunaan tanah hutan oleh komuniti-komuniti tempatan. Lantas menyediakan hak penggunaan kepada tuntutan undang-undang di mahkamah. Gabungan penentangan secara aktif juga dilakukan terhadap pencerobohan oleh syarikat-syarikat pembalakan dan kelapa sawit, termasuklah sekatan jalan dan perakuan politik, serta didorong oleh sekatan selama dua dekad ke atas pembangunan mata pencarian, persatuan ini telah berjaya menghalang kemusnahan hutan tanah adat milik orang Kayan, malah memaparkan kebolehan mereka dalam pengurusan mampan terhadap komuniti tempatan yang bergantung secara langsung kepada mereka.

3

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANMalaysia

ISI KANDUNGANLatarbelakang dan Konteks 4

Aktiviti Utama dan Inovasi 6

Impak Biodiversiti 8

Impak Sosio Ekonomi 9

Impak Polisi 10

Berkekalan 11

Replikasi 11

Rakan Kongsi 11

KUNCI FAKTAPEMENANG EQUATOR PRIZE: 2002

DITUBUHKAN: 1990

LOKASI: Utara Sarawak, Malaysia

MANFAAT: Kira-kira 100 orang Pribumi Kayan

CIRI BIODIVERSITI: Penghutanan semula dengan pokok spesis tempatan

4

Dalam jangka masa 20 tahun antara tahun 1960 dan 1980 sahaja, Asia telah kehilangan satu pertiga litupan hutan hujan tropika, kadar tertinggi perubahan hutan di dunia. Pembalakan dan penanaman tidak mampan memusnahkan litupan pokok, menjadi punca kepada degradasi alam sekitar di banyak pulau sekitar rantau Asia Tenggara. Kehilangan habitat mendatangkan ancaman kepada bukan sahaja terhadap kemandirian spesis, akan tetapi juga kepada komuniti Pribumi dan cara hidup mereka. Negeri Sarawak, Malaysia terletak di kawasan barat laut pulau Borneo, merupakan contoh kepada kemusnahan hutan secara meluas – lebih dari 80 peratus dari hutan-hutan negeri tersebut telah ditebang. Sarawak merupakan negeri terbesar antara 13 negeri Malaysia, dengan keluasan tanah sebanyak 124,449 km persegi (12.4 juta hektar). Terletak di bahagian barat laut Borneo, ianya berkongsi sempadan dengan negeri Sabah, negara Brunei Darussalam, dan Kalimantan, wilayah milik Indonesia di Pulau Borneo. Ibu negeri bagi negeri Sarawak ialah Kuching, dengan Sibu, Miri dan Bintulu sebagai bandar-bandar utama negeri tersebut.

Jumlah penduduk Sarawak dianggarkan kira-kira 2.4 juta orang, yang mana hampir separuh merupakan orang Pribumi Dayak yang terdiri dari pelbagai subkumpulan etnik yang berbeza. Kaum lain termasuklah orang Melayu, orang Cina, dan sekumpulan kecil orang India. Lapan puluh peratus dari jumlah keseluruhan orang Dayak Sarawak tinggal di kawasan pedalaman dan bergantung kepada pertanian, pemburuan dan pengumpulan bagi tujuan sara hidup. Ciri-ciri sistem pemegangan tanah orang Dayak adalah kompleks. Tanah sememangnya merupakan sumber paling penting bagi orang Dayak: ia menyediakan rezeki asas mereka, dan kepentingan utama terhadap kerohanian mereka. Hak penggunaan tanah orang Dayak termaktub dalam sistem orang asli yang dikenali sebagai adat, sebuah sistem tempoh tanah yang juga mengasaskan sistem-sistem sosial, ekonomi dan budaya mereka. Hak tanah adat dan sumber alam telah diiktiraf semasa Dinasti Brooke (1842-1946), oleh Pentadbiran Penjajah British, dan pengiktirafan ini diteruskan selepas kemerdekaan Sarawak pada tahun 1963 dan menyertai Persekutuan Malaysia. Walaupun hak-hak tanah adat ini tidak dimansuhkan oleh

mana-mana perundangan dan masih berkuatkuasa, sebahagian besar tanah adat milik orang Dayak masih tidak ditandakan secara rasmi.

Orang Kayan merupakan suku kaum Pribumi seramai 27,000 orang yang dikategorikan sebagai subkumpulan kepada orang Dayak. Budaya dan adat mereka adalah hampir serupa kepada budaya dan adat orang Dayak Borneo. Secara tradisi, orang Kayan tinggal di rumah panjang di kawasan-kawasn tebing sungai dan aktiviti pertanian mereka berasaskan pertanian pindah-randah dan penanaman padi kering. Mereka juga mengusahakan penanaman sagu, sejenis kanji yang diekstrak daripada empulur batang pokok sagu (Metroxylon sagu.). Komuniti terpencil Kayan Uma Bawang terletak di kawasan hutan hujan tropika bahagian utara Sarawak, berhampiran dengan Sungai Keluan. Pada tahun 1980-an, kawasan ini mengalami penebangan secara besar-besaran oleh syarikat-syarikat pembalakan. Ini menimbulkan kesengsaraan kepada komuniti Uma Bawang kerana sumber asli hutan semakin berkurangan.

Latarbelakang dan Konteks

55

Pencemaran dan pemendapan sungai-sungai memberi kesan buruk kepada sumber air dan penangkapan ikan, serta kejadian banjir yang tidak menentu membawa kepada kemusnahan hasil tanaman, lalu menjejaskan usaha semula pertanian.

Perkembangan ini membawa kepada ketegangan hubungan antara ahli komuniti yang tinggal di rumah panjang yang paling berpengaruh. Rumah panjang berfungsi sebagai pusat pentadbiran dalam budaya Dayak dan setiap rumah panjang dihuni oleh beberapa keluarga yang besar. Sesetengah keluarga mendapat faedah dari hubungan baik dengan syarikat-syarikat pembalakan, memperolehi peluang untuk menjana pendapatan dan mencapai taraf hidup yang lebih tinggi. Akan tetapi, faedah-faedah ini diperolehi atas kesengsaraan yang dialami oleh keluarga-keluarga lain dan pampasan dari syarikat-syarikat pembalakan untuk konsesi balak sentiasa tidak mencukupi dan diedarkan secara tidak adil.

Menubuhkan komuniti baru

Pada April 1989, ketegangan-ketegangan ini membawa kepada penubuhan komuniti baru yang menentang syarikat-syarikat

konsesi pembalakan. Mereka berpangkalan di rumah panjang sementara di Sungai Keluan, kira-kira enam batu dari tapak asal mereka. Komuniti baru ini dikenali sebagai Uma Bawang Keluan atau Keluan. Para penduduknya menubuhkan dan mendaftarkan secara rasmi persatuan mereka, Persatuan Penduduk Uma Bawang (UBRA) pada tahun 1990 untuk menyelaraskan usaha campur tangan praktikal dan aktiviti melobi mereka. UBRA terbuka kepada mana-mana ahli rumah panjang. Objektif utama UBRA adalah untuk mempromosikan hak dan kepentingan komuniti Sungai Keluan, dan untuk mempertahankan sumber asli hutan mereka.

Persatuan ini diterajui oleh sebuah lembaga disiplin, bersama orang tua Kayan yang mahir dalam undang-undang adat bertindak sebagai penasihat. Lembaga tersebut pula dianggotai oleh individu-individu dari pelbagai kelas masyarakat dan beberapa anggota tertinggi UBRA adalah terdiri dari golongan wanita. Persatuan ini berfungsi secara demokratik dengan keahlian persatuan akan diundi secara dwitahunan. Setiap keputusan mewakili kepentingan bersama ahli-ahli rumah panjang. Pada masa ini, UBRA mempunyai 60 ahli berdaftar, kurang dari jumlah asal iaitu 80 ahli pada tahun 1990.

6

Aktiviti Utama dan Inovasi

Sejak penubuhannya, UBRA telah berusaha untuk menentang syarikat-syarikat pembalakan dan memulihkan semula hutan-hutan yang terjejas, dan mengutarakan sokongan mereka terhadap perlindungan 900 hektar tanah milik mereka. Sepanjang tahun 1990-an, UBRA telah mendirikan sekatan jalanan untuk menghalang syarikat-syarikat pembalakan dari memasuki kawasan hutan, yang mana ahli-ahlinya ditahan dan dipenjarakan, pada masa sama menghadapi penindasan dari kerajaan, saman dan ugutan. Di samping mengutarakan sokongan terhadap perlindungan kawasan hutan mereka dan aktiviti-aktiviti bantahan, UBRA juga mengusahakan pemetaan secara inovatif untuk memelihara hak hutan adat dan akses kepada kawasan hutan milik mereka. UBRA juga menyokong komuniti-komuniti dalam membangunkan kepelbagaian pendapatan yang tidak menjejaskan ekosistem hutan.

Usaha kempen dan pemuliharaan UBRA bermula pada hujung tahun 1980-an, di mana persatuan tersebut cuba untuk menghentikan penebangan hutan dengan menghalang kemasukan kenderaan-kenderaan pembalakan komersial. Percubaan ini akhirnya gagal, dengan tentera milik kerajaan Malaysia menahan 42 orang komuniti Uma Bawang dan memenjarakan mereka selama dua minggu sementara pembalakan diteruskan. Akibatnya, sebahagian besar kawasan hutan diterangkan. Namun, UBRA tetap meneruskan bantahan mereka terhadap pembalakan dan mengutarakan sokongan kepada perlindungan rasmi ke atas tanah milik Uma Bawang. Usaha UBRA ini membawa kepada kejayaan pengiktirafan rasmi Hutan Simpan Bersama UBRA.

Penglibatan pemetaan dalam mempertahankan hak adat

Pemetaan merupakan usaha utama UBRA, bagi membantu mereka memberikan hak di bawah undang-undang dan mempertahankan sempadan mereka, lantas memastikan pengiktirafan tanah-tanah adat mereka. UBRA menggunakan teknik penglibatan pemetaan berasaskan penilaian penyertaan luar bandar (PRA) dan penilaian pesat luar bandar (RRA). Penilaian penyertaan luar bandar

merujuk kepada pengumpulan kaedah yang membenarkan penduduk tempatan berkongsi, menambah baik, dan menganalisis pengetahuan mereka mengenai keadaan tempatan. Manakala penilaian pesat luar bandar pula merujuk kepada maklumat yang dikumpul dan diekstrak oleh orang luar. Ini adalah berbeza dengan kaedah PRA yang menggunakan pengetahuan penduduk tempatan dan ianya dimiliki oleh penduduk tempatan. Antara penggunaan PRA termasuklah pengurusan sumber asli, agrikultur, dan program-program yang mensasarkan kesihatan dan keselamatan makanan. Bagi kes Uma Bawang, tujuan utama adalah untuk membantu orang Pribumi berkomunikasi tentang hak adat mereka kepada pihak berkuasa kerajaan melalui pengetahuan mereka terhadap lanskap dan ekosistem yang didiami.

Sistem Maklumat Geografi (GIS) juga digunakan untuk menukar peta yang dihasilkan kepada format komputer. Sistem berasaskan komputer ini dapat membantu pengguna untuk menangkap, merekod, menyimpan dan menganalisis data dari semasa ke semasa. Ianya dapat digunakan untuk menghasilkan peta serta membantu membuat keputusan untuk mengurus sumber asli ke atas kawasan yang besar seperti kawasan tadahan air. Ahli UBRA telah dilatih dalam teknik-teknik pengukuran dan pemetaan, yang telah digunakan secara sah untuk mempertahankan sempadan komuniti dalam mahkamah, dan memastikan asas sesebuah tanah milik mereka boleh diusahakan tanpa merosakkan hutan.

Pasca sebuah bengkel yang dilaksanakan pada tahun 1995, sebuah peta bersaiz besar yang mengukur kawasan projek Keluan telah berjaya dihasilkan oleh ahli-ahli UBRA. Dokumen ini terbukti berguna untuk pengurusan sumber asli dengan membenarkan penduduk tempatan mendapatkan semula kawalan ke atas kawasan-kawasan hutan simpan bersama. Ianya juga telah digunakan untuk mengenal pasti perbezaan sempadan antara lot tanah, lantas mengurangkan pertikaian antara pemilik tanah. Kawasan tersebut telah diiktiraf sebagai Hutan Simpan Bersama UBRA. Dalan beberapa tahun kebelakangan ini, sebuah badan organisasi iaitu Sahabat Alam

7

Malaysia telah menggunakan teknologi GIS untuk memasukkan peta ini ke dalam komputer. Penggunaan lapisan GIS bersama imej dari satelit telah membantu meluaskan lagi penggunaan peta Keluan bagi tujuan pengurusan sumber asli. Sejak bengkel pemetaan UBRA yang pertama, kadar penggunaan teknik tersebut oleh komuniti Keluan dan lain-lain telah bertambah untuk mempertahankan secara sah sempadan mereka dan memperolehi pengiktirafan rasmi tanah adat mereka.

Menguji aktiviti baru

Di samping proses menubuhkan hak adat ke atas sumber asli hutan, salah satu matlamat UBRA adalah untuk mewujudkan satu pendekatan yang membina dan mampan kepada pengurusan sumber asli, berasaskan projek pendapatan alternatif yang akan membawa manfaat kepada semua pihak dalam komuniti. Dalam komuniti berasaskan ekonomi tradisional yang menggunakan sistem barter, UBRA telah memperkenalkan pelbagai jenis kemahiran yang menghasilkan pendapatan wang tunai (yang mana sekarang diperlukan untuk cukai, yuran sekolah dan rawatan perubatan) dari produk-produk yang boleh dijual di pasaran. Sehingga kini, terdapat projek yang melibatkan penanaman padi bersama dan bank beras, sebuah kilang beras, penternakan bebas khinzir, kolam ikan, perusahaan kraftangan, penanaman pokok buah-buahan, lada dan kayu jati berkuliti tinggi, pertanian beras basah, penternakan katak dan penanaman jatropha atau pokok belanda secara kecil-kecilan

Memandangkan projek-projek ini merupakan perusahaan baru, maka terdapat beberapa percubaan dan kesilapan yang terlibat

dalam perlaksanaannya. Orang Keluan telah disokong oleh pelbagai organisasi dari tempatan dan luar negara, dan selain dari tabung biji benih, komuniti ini merupakan salah satu komuniti yang mempunyai kesinambungan dari segi kewangan. Sebahagian dari hasil pendapatan dari projek-projek yang berjaya telah dilaburkan semula oleh UBRA ke dalam beberapa usaha niaga, dan keuntungan selebihnya telah disalurkan secara terus kepada pengusaha tempatan.

Perjuangan berterusan

Selain dari aktiviti menjana pendapatan alternatif, UBRA juga terlibat dalam progam jangka panjang pemuliharaan semula kawasan hutan yang ditebang. Sejak tahun 1992, penduduk kampung Uma Bawang dan perkampungan berdekatan telah menanam semula lebih dari 35,000 biji benih pokok kayu tempatan seperti meranti, kapur dan engkabang ke atas bekas kawasan hutan yang ditebang oleh pembalakan komersil. Enam tapak semaian juga telah dibina untuk mengekalkan usaha penanaman semula hutan.

Sebuah fokus penting yang berterusan dalam usaha UBRA adalah bantahan terhadap konsesi pembalakan atau perladangan. Kejayaan awal penghutanan semula oleh persatuan ini sebenarnya telah meningkatkan tekanan manusia ke atas persekitaran hutan, dengan syarikat pembalakan kembali ke kawasan berkenaan dan syarikat-syarikat berkepentingan yang berminat untuk membuka ladang kelapa sawit.

8

Impak

IMPAK BIODIVERSITIUsaha penghutanan semula oleh UBRA ke atas kawasan tanah yang terjejas oleh syarikat pembalakan bermula pada tahun 1992. Pada awalnya, 4,000 biji benih pokok kayu tempatan ditanam semula di kawasan-kawasan berkenaan, dan dana milik UBRA juga digunakan untuk membiayai keluarga Keluan untuk menanam dengan purata 200 biji benih pokok buah-buahan di kawasan rumah masing-masing. Projek ini ditingkatkan pada tahun 2002, dengan penanaman sebanyak 9,000 biji benih pokok di sekililing Hutan Simpan Bersama UBRA. Salah satu matlamat projek ini adalah untuk memberi nafas baru kepada anak sungai yang mengalir melalui kawasan ini. Pada tahun 2006, sebuah geran sebanyak USD 50,000 daripada Program Geran Kecil-Kecilan UNDP GEF memberi peluang kepada UBRA untuk menanam 10,000 biji benih lagi dalam kawasan penghutanan semula mereka, membawa kepada jumlah pokok yang ditanam sehingga tahun 2007 kira-kira 23,000. Kawasan ini telah melitupi 30 hektar tanah di Sungai Keluan, membawa kepada jumlah kawasan hutan di Keluan sebanyak 1,500 hektar. Kawasan hutan pula digunakan secara lanjut sebagai kawasan terbuka kepada ahli komuniti Keluan, yang telah diberi kebenaran untuk memburu, mengumpul hasil bukan kayu dan juga untuk memperolehi kayu balak. Sebuah kawasan tadahan air pula dilindungi dari aktiviti pembalakan.

Projek penghutanan semula ini termasuklah penanaman pokok tempatan seperti kapur (Dryobalanops aromatica), meranti dan engkabang (kedua-dua merupakan spesis tempatan Shorea). Pokok-pokok yang dipilih disemai daripada biji benih yang diambil dari kawasan lain dalam hutan. Tapak semaian kemudiannya dibina untuk menempatkan biji benih sebelum dipindahkan ke dalam hutan. Dedaun tebal yang kini dapat dilihat menunjukkan seperti ianya tidak ditebang pada tahun 1980-an dan usaha penghutanan semula telah mengembalikan beberapa bilangan spesis haiwan liar yang hilang selepas pembalakan, termasuklah babi hutan, monyet, rusa, kucing hutan dan pelbagai spesis burung. Tapak semaian sentiasa dipastikan dipenuhi dengan biji benih untuk meneruskan

usaha penghutanan semula di kawasan bekas pembalakan.Kejayaan penghutanan semula malangnya telah membawa kepada percubaan dari syarikat-syarikat pembalakan untuk memasuki kawasan hutan UBRA. UBRA telah meneruskan bantahan kepada percubaan-percubaan tersebut dan baru-baru ini percubaan pembalakan di kawasan sempadan hutan UBRA telah dihentikan. Walaubagaimanapun, pada Januari 2011, sebuah syarikat kelapa sawit komersial swasta mendakwa diberikan pajakan sementara oleh kerajaan negeri untuk sebahagaian dari kawasan hutan, bagi tujuan menerangkan tanah tersebut untuk perladangan. Kawasan tersebut pula meliputi sebahagian daripada Hutan Simpan Bersama UBRA di Sungai Keluan. Pada bulan Februari, UBRA membalas tindakan tersebut dengan menghantar sepucuk surat petisyen kepada pihak berkuasa tempatan berkenaan, termasuklah Kementerian Perancangan Sumber, untuk mengemukakan bantahan mereka terhadap projek tersebut dan memohon untuk mengecualikan hutan simpan bersama merkea dari kawasan konsesi. Sehingga kini, masih tiada pencerobohan ke atas hutan simpan tersebut bagi

tujuan projek berkenaan.IMPAK SOSIO EKONOMISejak penubuhannya pada tahun 1989, Persatuan Penduduk Uma Bawang telah berusaha untuk membawa manfaat sosial, budaya dan ekonomi kepada komuniti Keluan. Pada tahun tersebut, mereka memulakan sambutan Hari Pahlawan, yang telah diikuti oleh komuniti lain, perayaan tradisi menyambut budaya dan sejarah orang Kayan. Hubungan persaudaraan dalam keluarga rumah panjang merupakan salah faktor yang mempengaruhi usaha mereka untuk memulihara dan mengurangkan kadar kemiskinan, dan terus menjadi faktor penjana utama dalam perjuangan mereka.

Pelbagai aktiviti pendapatan yang dimulakan oleh UBRA telah berhadapan dengan masalah kekurangan sumber kewangan. Ekonomi tradisional yang dijalankan oleh komuniti tersebut adalah berasaskan ekonomi barter, yang mana ianya boleh menangani keperluan seharian akan tetapi tidak menjana keperluan kewangan untuk membiayai cukai, yuran persekolahan dan rawatan perubatan. Kekurangan sumber pendapatan ini telah memaksa beberapa ahli komuniti untuk meninggalkan komuniti dan menetap di bandar-bandar pinggiran pantai atau bekerja untuk syarikat-syarikat perladangan atau pembalakan. Aktiviti ekonomi UBRA menjurus ke arah memperbetulkan keadaan ini. Meskipun tidak semua usaha sama pendapatan alternatif UBRA berjaya, kepelbagaian aktiviti yang diperkenalkan telah memastikan manfaatnya sampai kepada kebanyakan ahli komuniti Keluan.

Cabaran-cabaran projek

Penanaman padi telah terbukti produktif kepada petani kecil-kecilan kerana ianya merupakan projek yang membawa kesan yang sedikit kepada alam persekitaran. Pelbagai inisiatif dikaji untuk meminimumkan kos yang terlibat dalam penanaman, penyimpanan

dan pengilangan beras. Sebuah ladang penanaman padi bersama dan projek bank beras telah dimulakan pada tahun 1989, yang mana satu bidang tanah milik setiap keluarga akan dikhaskan bagi tujuan tersebut. Setiap penduduk akan menghabiskan enam hingga lapan hari setiap tahun mengerjakan ladang kecil ini. Hasil tanaman akan dituai bersama dan disimpan dalam bank beras. Tujuannya adalah untuk menambah hasil tuaian setiap keluarga, lantas memastikan setiap isi rumah tidak akan mengalami kekurangan hasil akibat penuaian yang kurang. Pinjaman dari bank beras akan dibayar semula dengan hasil tuaian berikutnya. Akan tetapi, kaedah ini diberhentikan pada tahun 2000, akibat individu mengutamakan kepentingan keluarga berbanding penyelenggaraan setiap bidang tanah bersama.

Sebuah kilang beras bersama bermula pada tahun 1990, dan masih diteruskan untuk berkhidmat kepada komuniti Uma Bawang. Kilang beras ini menjamin kos yang lebih rendah kepada para petani, dengan mengenakan bayaran sebanyak 60 peratus daripada harga untuk setiap pengeluaran 100 kilogram beras di perkampungan berdekatan. Para petani meneruskan penggunaan kilang beras milik bersama ini, yang telah banyak membantu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan dengan mengurangkan kos pertanian bagi ahli-ahli UBRA.

Sebuah lagi projek yang akhirnya terbengkalai adalah projek penternakan bebas khinzir. Projek ini bermula sebagai respons kepada kesukaran memburu babi hutan akibat pembalakan komersil. Ahli komuniti mula menternak khinzir domestik pada tahun 1991 sebagai sumber protein dan pendapatan. Walaupun perusahaan ini akhirnya didapati tidak dapat dilanjutkan, kejayaan lebih menyebelahi perusahaan kolam ikan. UBRA menyokong para penduduk Keluan untuk mula membina kolam ikan pada tahun 1992. Pelbagai jenis ikan telah diuji sehingga jenis ikan paling sesuai telah dikenalpasti. Kolam-kolam ini telah diselenggara, dan terbukti

9

10

berjaya, lantas menjadi inspirasi untuk direplikasi di perkampungan lain. Projek yang kurang berjaya adalah projek penternakan katak yang dimulakan pada tahun 2002, yang bertujuan untuk memenuhi permintaan daripada restoran di bandar-bandar persisiran pantai untuk spesis katak tertentu. Walaupun sebuah kolam untuk penternakan katak telah dibina, projek tersebut terbengkalai kerana kesukaran mencari makanan katak yang sesuai.

Projek-projek lain yang mempunyai manfaat jangka pendek juga ditamatkan. Projek-projek tersebut termasuklah projek untuk menanam lada hitam dan pokok buah-buahan pada tahun 1996, dan projek untuk menanam kayu jati pada tahun 1997. 8,000 pokok kayu jati tersebut akhirnya ditanam di kawasan laman rumah kerana nilainya yang tinggi dan sifatnya yang cepat membesar. Namun, pokok tersebut didapati tidak sesuai untuk ditanam dalam iklim Keluan. Akan tetapi, pertanian beras basah diperkenalkan sebagai penyelesaian alternatif kepada penanaman padi huma. Projek ini dimulakan dengan penanaman di kawasan rendah dan kawasan mendatar pada tahun 2001, dan kemudiannya pada mulanya terbukti menemui kejayaan, malah jauh lebih produktif dari menanam di kawasan bukit. Kesudahannya, akibat kekurangan sumber air bagi tujuan pengairan kawasan padi bermakna projek ini juga tidak dapat dilanjutkan.

Baru-baru ini dua bentuk projek telah diterokai sebagai pilihan alternatif pendapatan. Projek pertama melibatkan perladangan kecil-kecilan pokok jatropha yang akhirnya didapati tidak menguntungkan kerana biji benih yang berharga murah dan kekurangan permintaan tempatan. Pada tahun 2008, UBRA memperkenalkan penanaman getah secara kecil-kecilan di beberapa kebun kecil. Projek ini masih berterusan dan cabaran utama adalah untuk memaksimumkan pengeluaran dan menembusi pasaran yang sesuai untuk mewujudkan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan yang berdaya maju.

Mencari pasaran sesuai terbukti merupakan cabaran terbesar bagi pembangunan perusahaan di Keluan, memandangkan lokasinya yang terpencil, dan persaingan daripada barangan murah yang dikeluarkan secara besar-besaran yang diimport dari

negara Indonesia. Pada tahun 1994, permintaan dari pelawat asing terhadap kawasan tersebut membawa kepada penubuhan perusahaan kraftangan wanita, yang terdiri daripada Keluan dari 15 perkampungan berdekatan. Para wanita dalam perusahaan ini dinamakan sebagai Persatuan Wanita Pribumi Baram (BIWA), yang membuat kraftangan untuk dijual kepada para pelancong. Namun begitu, perusahaan tersebut juga menemui kegagalan akibat persaingan daripada barangan kraftangan murah dan dijual secara besar-besaran di pasaran tempatan. Keadaan ini merupakan suatu petunjuk kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh UBRA dalam usaha membangunkan sumber pendapatan yang mampan bagi ahli-ahlinya. Walaubagaimanapun, beberapa kejayaan telah dicapai dalam bidang ini.

Manfaat sosioekonomi lain yang ditemui oleh ahli UBRA termasuklah pembinaan sebuah rumah panjang baru pada tahun 1999 untuk menempatkan sebanyak 40 buah keluarga, dan penyelenggaraan berterusan ke atas sebuah jalan yang menghubungkan komuniti Sungai Keluan.

IMPAK POLISIUBRA telah memberi cabaran yang berterusan kepada pihak kerajaan dan syarikat pembalakan dengan membantah dan melaksanakan sekatan jalanan kepada hutan-hutan berdekatan dalam usaha menghalang aktiviti pembalakan. Walaupun persatuan ini menemui kegagalan dalam bantahan-bantahan pada tahun 1980-an dan hutan milik komuniti telah ditebang secara besar-besaran, mereka tetap meneruskan usaha mendapatkan pengiktirafan secara rasmi dan perlindungan kepada tanah adat mereka. Pada tahun 2002, UBRA telah memohon kepada Kerajaan Negeri untuk mengecualikan kawasan mereka daripada projek perladangan Kelapa Sawit Long Lama. Permohonan ini telah diluluskan. Pada hari ini, sebanyak 900 hektar tanah milik UBRA tidak lagi boleh dimasuki oleh Kerajaan untuk sebarang projek kerana ianya telah diberikan pengecualian dalam rancangan pembangunan Kerajaan Negeri. Akan tetapi, UBRA masih meneruskan usaha mereka untuk memastikan perjanjian ini dihormati.

11

Berkekalan dan PereplikaanBERKEKALANSehingga kini, kesinambungan UBRA adalah kerana dedikasi dan komitmen ahli-ahlinya. Walaupun keahlian persatuan penduduk adalah secara sukarela, hanya beberapa orang Keluan yang tidak menyertainya. Ahli membayar yuran keahlian, yang telah membantu membiayai kos pentadbiran persatuan ini. Walaupun projek-projek milik UBRA dibantu oleh pembiayaan awal dari luar, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sebenarnya wujud sebelum sumbangan-sumbangan tersebut dan pada dasarnya dibiayai sendiri.

Bagi projek yang menjana pendapatan, sebahagian daripada pendapatan ini dibayar kepada dana umum bersama UBRA. Projek penanaman padi dan pengilangan bersama merupakan projek yang paling produktif dalam menjana hasil pendapatan, sementara penjualan kraftangan juga terbukti menjadi salah satu sumber kewangan yang penting. Kegunaan hasil pendapatan tersebut adalah telus; sebuah sistem perakaunan telah diwujudkan bagi memastikan ketelusan.

REPLIKASIAs well as its local success, UBRA has transferred knowledge and Beserta dengan kejayaan di komuniti Sungai Keluan, UBRA juga telah memindahkan pengetahuan dan kepakarannya kepada perkampungan berdekatan. Penukaran pengetahuan merupakan salah satu aktiviti utama inisiatif ini sejak 2006. Ahli UBRA telah melatih tiga buah komuniti Penan, termasuklah melawat Long Belok dan Long Nen, dua buah perkampungan berdekatan, untuk berkongsi pengalaman dengan menubuhkan tapak semaian bagi membolehkan permulaan program penghutanan semula di kawasan-kawasan bekas pembalakan.

Inisiatif di Long Belok bermula pada tahun 2006, apabila komuniti tersebut membersihkan tanah berhampiran perkampungan mereka bagi penanaman 200 pokok sagu (Cycas revoluta). Pada tahun 2007, 40 buah keluarga menanam sebanyak 200 biji benih pokok getah di kawasan laman rumah. Sehingga pertengahan tahun 2007, Long Belok telah berjaya menanam sebanyak 3,000 pokok spesis tempatan berhampiran hutan simpan bersama milik mereka di kawasan Ulu Sungai Belok. Kira-kira 1,000 biji benih pokok dan kira-kira 300 pokok sagu masih disimpan di tapak semaian mereka. Pada tahun 2009, mereka menanam tambahan 1,000 biji benih pokok kapur (Dryobalanops aromatica). Di Long Nen pula, tujuan komuniti tersebut adalah untuk mengembalikan kepelbagaian jenis spesis pokok tempatan, termasuklah beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk mengubat yang ditemui dari kawasan hutan berdekatan. Tapak semaian mereka bermula pada tahun 2008, kini menyimpan biji benih pokok kapur, meranti dan juga pokok sagu.

Kerjasama yang dinyatakan di atas dilaksanakan bersama Sahabat Alam Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan berpengkalan berdekatan bandar Marudi. Pada tahun 2008, kedua-dua komuniti tersebut telah melaksanakan bantahan kepada pencerobohan oleh syarikat-syarikat pembalakan ke atas hutan simpan bersama milik mereka. Mereka telah mendirikan penghadang kayu di jalan-jalan menuju ke hutan-hutan milik mereka, mengakibatkan pengunduran aktiviti-aktiviti pembalakan dari tanah-tanah milik mereka. RAKAN KONGSIUsaha-usaha UBRA telah dibantu oleh pelbagai rakan kongsi tempatan mahupun antarabangsa. Perkongsian bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah banyak membantu memajukan perkongsian pengetahuan tempatan dan rantau serta kolaborasi bersama komunti Pribumi lain-lain yang juga telah memberi kesan ke atas aktiviti pembalakan dan perladangan. Pengerusi UBRA telah bekerjasama bersama SAM di pejabat Marudi mereka sejak tahun 1995, dan kini bertugas sebagai koordinator badan-badan bukan kerajaan di Sarawak. Penggunaan pejabat ini telah membolehkan UBRA berhubung dengan lebih baik terhadap teknologi komunikasi dan memulakan kolaborasi bersama kumpulan-kumpulan lain, yang mana SAM kerapkali memainkan peranan sebagai hos bersama bengkel kesedaran hak tanah di Uma Bawang Keluan. Komuniti-komuniti yang mendapat faedah daripada bengkel-bengkel SAM dan UBRA kebanyakannya terletak di Miri, Bintulu dan Kapit. Usaha kolaborasi UBRA menerusi SAM telah banyak membantu memajukan usaha dalam hak Pribumi terhadap sumber asli hutan di Sarawak. Akan tetapi, usaha ini masih memiliki perjalanan yang jauh.

Pada skala antarabangsa pula, UBRA telah mempunyai perkongsian yang produktif bersama badan bukan kerajaan berasal dari Amerika Syarikat, The Borneo Project sejak tahun 1991. Perkongsian ini berpunca daripada hubungan antara University of California, Berkeley dan komuniti Uma Bawang Keluan. The Borneo Project telah membantu menyediakan liputan mengenai perjuangan UBRA dalam menentang aktiviti pembalakan di tanah mereka, dan sejak itu telah meluaskan lagi liputan bagi komuniti-komuniti lain dalam Sarawak. Projek tersebut telah membantu UBRA dari segi menyediakan latihan teknikal, publisiti di peringkat antarabangsa, dan membantu dalam pengumpulan dana. Organisasi ini tidak lagi bekerja rapat dengan UBRA, memandangkan UBRA telah terbukti berjaya menentang pembalakan di hutan milik mereka. The Borneo Projek kini bekerjasama dan menyokong inisiatif hak tanah orang Pribumi yang lain, akan tetapi, sumber inspirasi asal bagi usaha mereka tetap kes Uma Bawang.

Baru-baru ini, UBRA telah mendapat manfaat daripada pembiayaan dana daripada Program Geran Kecil-Kecilan UNDP GEF. Persatuan menerima geran sebanyak USD 50,000 pada tahun 2006 dalam perkongsian bersama WCS Malaysia. Geran ini telah digunakan untuk mengembangkan projek penghutanan semula UBRA di Sungai Keluan.

Equator InitiativeEnvironment and Energy GroupUnited Nations Development Programme (UNDP)304 East 45th Street, 6th Floor New York, NY 10017Tel: +1 646 781 4023 www.equatorinitiative.org

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) adalah rangkaian pembangunan global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyokong untuk mengubah dan menghubungkan negara kepada ilmu pengetahuan, pengalaman dan sumber untuk membantu masyarakat membina kehidupan yang lebih baik.

Inisiatif Khatulistiwa membawa bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan, masyarakat awam, perniagaan dan organisasi akar umbi untuk mengiktiraf dan memajukan penyelesaian pembangunan tempatan yang mampan untuk ma-syarakat, alam sekitar dan komuniti yang berdaya tahan.

© 2012 oleh Inisiatif Khatulistiwa Hakcipta terpelihara

RUJUKAN SELANJUTNYA

• Rakaman video Persatuan Penduduk Uma Bawang (Vimeo) http://vimeo.com/27016883• Evong, J. J., and Amarthalingam, T. 2007. ‘The Story of Ubra and the People of Uma Bawang’, in Osbeck, M., Wojciechowska-Shibuya, M.

(eds.) 2007. Forest Partnerships. Enhancing local livelihoods and protecting the environment in Southeast Asia and the Pacific. IUCN, Bangkok, Thailand. pp. 26-28. http://cmsdata.iucn.org/downloads/forest_partnership.pdf

Klik pautan imej di bawah untuk membaca lebih banyak kajian kes seperti ini: