Click here to load reader

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · PDF file 2019. 3. 18. · Pantun Adat Pantun Enam Kera/ (Talibun) - - ... mengikut pandangan adat istiadat orang- Melayu yang berdasarkan ugama

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · PDF file 2019. 3. 18. · Pantun Adat Pantun...

  • PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PANTUN MELAYU

    SASTERA RA'AYAT

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • PANTUN MELAYU SASTERA RA'AYAT

    Alias Yunos

    PENERBITAN FEDERAL BERHAD

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • © Federal Publications Ltd., 1966.

    Hak Pengarang Terpelihara

    Di-terbitkan oleh:

    PENERBITAN FEDERAL BERHAD Bangunan Pudu (tingkat 3), 110 jalan Pudu, Kuala Lumpur.

    Times House, River Valley Road, Singapura.

    Di-chetak oleh:

    STRAITS TIMES PRESS (M) LTD. 056606

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • Untok Kenangan- Soudan

    Noorhayati:

    Bukit China di-pandang tinggi,

    lndalt sampai ka-Bukit Terendak;

    Bulan purnama mengambang tinggi,

    Entah terchapai entah tidak.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • KATA PENGANTAR

    Untok menambah lagi bilangan buku- penglipor lara yang berbentok puisi Melayu di-negara kita ini, saya karangkan sa-buah buku pantun yang saya namakan "Pantun Melayu Sastera Ra'ayat" untok menajdi bachaan semua lapisan ra'ayat di-seluroh Malaysia dan Singapura.

    Buku ini saya namakan "Pantun Melayu Sastera Ra'ayat" kerana pantun- dan huraian-nya saya kumpulkan dari bahan- yang saya dengar dari semua lapisan ra'ayat yang tinggal di-Melaka dan di-Negeri Sembilan.

    Ra'ayat yang memberi penerangan dan huraian- untok saya mengarang buku pantun ini ia-Iah terdiri dari ketua> adat, pendekar- silat, ahli- menyanyi Dendang Sayang, nelayan- dan pemandu- kereta lembu. Kechenderongan saya terhadap pantun munchul masa saya bujang dahulu apabila saya suka menyanyi lagu Dendang Sayang dan Serampang Laut, ketika berbalas- pantun dengan gadis- di-majlis- perkahwinan dan temasha mandi safar di-Melaka. Pantuns yang di-nyanyikan oleh gadis- dan pemuda- pada tahun tiga puiohan dahulu itu-lah menjadi inti sari buku ini.

    Untok melengkapkan buku ini supaya merupakan buku puisi Melayu yang lahir-nya dari ra'ayat, untok ra'ayar, saya telah mendapatkan kerjasama dari ketua- adat, pendekar>, dan ahli> pantun Melayu asli yang telab bermurah hati menerangkan-nya dan saya chatatkan dalam buku peringatan saya dari tahun 1945, sampai-lah saya dapat menyusun buku ini.

    Saya tidak dapat menchatatkan nama- orang yang menerangkan huraian- pantun ini dan memberi kerjasama- nya kapada saya tentang pantun dan ma'ana-nya kerana

    vii

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • terlalu ramai. Dari sa-kampong ka-sakampong, saya telah mengunjongi lebeh dari enam-puloh orang yang telah memberi penerangan dengan sa-chara mendalam.

    Kapada pemuda dan pemudi yang selalu menyanyi lagu- Dendang Sayang dan Serampang Laut di-majlis- perkahwinan dan ternasha- mandi safar di-Melaka yang telah banyak memberi kerjasama kapada saya, kerana pantun- yang mereka nyanyikan itu telah saya chatatkan dan saya padankan untok di-susun sa-mula menjadi buku ini, saya uchapkan ribuan terima kaseh.

    Dengan ada-nya buku ini, mega- dapat-lah semua lapisan ra'ayat negeri ini yang menchintai pant un Melayu mengcnal-nya dengan lebeh dekat lagi serta bcrusaha menghidupkan kembali pantun Melayu yang telah menjadi sastera ra'ayat dari zaman berzaman. Moga- pant un Melayu terus hidup dengan subor-nya di-'alam Melayu, tidak luntor oleh zaman, walau pun zaman telah berubah, bertukar ganti dari satu abad ka-satu abad.

    Kajang,

    16 November, 1965.

    VIII

    ALIAS YUNOS

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • DAFTAR lSI

    Muka

    I. Mengenal Pantun Melayu

    2. Pantun Dan Maksud - -

    1

    7

    12. Pantun Kanak» - - -

    9. Pantun Kaseh - - - -

    10. Pantun Sindiran - - - -

    11. Pantun Sindiran Dengan Chara Merendahkan Diri -

    17. Pantun Rampaian - - - - -

    18. Pantun Laut

    19. Pantun Pendekar - - - - - -

    20. Pantun Bunga

    21. Chara Memahami Pantun Simbolik

    22. Pantun Dahulu Dan Pantun Sekarang

    10

    54

    57 60

    6]

    68

    I]

    16

    25 27

    36

    46

    51

    101

    Pantun Adat

    Pantun Enam Kera/ (Talibun) - - - - - -

    Pantun Berbalas - - - - - - - - - -

    Pantun Ibarat

    3. Pantun Dan Kemashoran-nya - - - -

    4. Pantun Termashor Dan Pan/lin lndali

    5. Huraian Pantun Dan Chara Menioioab-nya - -

    6. Pantun Dan Keperibadian Orang Afelayu

    7. Pantun Dan Masharaka/ - - - - -

    8. Pantun Asmara Zaman Dahulu

    I].

    14· IS· 16.

    ix

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • MENGENAL PANTUN MELAYU

    Pantun ada-lah satu chabang kesusasteraan Melayu yang paling tua sekali di-negeri kita ini. Kalau kita hendak tahu berapa lama-kah pantun telah di-minati orang dan siapa-kah orang yang mula- mengarang-nya, sudah tentu kita tidak dapat menerangkan kerana pantun itu memang telah ada dalam masharakat orang Melayu sejak berzaman> dahulu dan sudah menjadi sastera ra'ayat berabad- lama-nya, dari zaman purba sampai-lah ka-zaman roket ini.

    Banyak juga ahli sastera menerangkan lama-nya pantun ini di-gunakan orang ada-lah sarna tua-nya dengan umor bangsa Melayu, kerana, mengikut sejarah, bahawa pantun telah ada di-dalam masharakat bangsa Melayu sa-belum ada-nya Negeri Temasek (Singapura sekarang ini) dan sa-belum ada-nya Kerajaan Melayu Melaka yang telab jatoh ka-tangan Pertugis pad a tab un ISH dahulu.

    Sunggoh pun pantun telah wujud di-dalam masharakat Melayu berkurun> lama-nya, dan negeri- Melayu tempat lahir-nya pantun itu telab di-jajah oleh penjajab, bertukar ganti dari pemerentahan Pertugis, Belanda, Inggeris, ]epun, Inggeris, hingga terchapai-nya kemerdekaan negeri ini, namun pantun Melayu tetap hidup dengan subor-nya menjadi sastera ra'ayat di-negeri ini.

    Ada juga orang mengatakan bahawa pantun itu mula- di-chipta oleh orang Melayu untok menyampaikan perasaan hati-nya yang terharu di-masa dia sedeh, kerana dudok berdagang di-perantauan orang, di-masa mengenangkan untong nasib-nya yang malang, di-masa merindukan kekaseh-nya yang jauh di-mata dan juga di-masa ia bersuka ria.

    Untok menyampaikan perasaan terpendam di-hati-nya itu kapada orang lain, maka si-pemantun menchipta sa- rangkap pantun empat kerat, Dua kerat yang pertama

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 2 PANTUN MELAYU SASTERA RA'AYAT

    mengandongi pembayang dan dua kerat lagi mengandongi maksud untok di-tujukan kapada orang yang mendengar-nya.

    Sa-bagai chontoh, chuba-lab lihat sa-rangkap pantun empat kerat, dua kerat pembayang dan dua kerat lagi maksud yang mengandongi kata- sindiran yang boleh mengusik hati orang yang mendengar-nya:

    Tanjong Katong ayer-nya biru, Tempat orang bersuka ria; Dudok sa-karnpong lagi rindu, lni pula jauh di-mata.

    Di-sini kita dapat melihat bahawa pantun ini mengan- dongi dua kerat pembayang-nya, menggambarkan suasana 'alam di-sakeliling-nya saperti di-Pantai Tanjong Katong yang ada di-Singapura. Pantai-nya indah, ayer-nya biru dan di-gunakan orang sa-bagai tempat bersuka ria.

    Untok menyampaikan maksud yang terpendam di-bati si-pemantun tadi, maka di-lahirkan-nya kata- maksud pantun itu pada kerat ketiga dan keempat, dengan mengandongi perkataan- yang bermaksud, "Lagi sa-kampong hati rindu, inikan pula jauh di-mata."

    Sindiran pantun ini telah di-sampaikan oleh si-peman- tun-nya bermaksud bahawa dia tidak tahan berpisah jauh dengan kekaseh-nya kerana di-masa dudok di-kampong pun hati-nya selalu rindukan kekaseh-nya itu, Apa lagi kalau sudah dudok di-tempat yang jauh.

    Ada juga ahlis sastera mengatakan pantun telah di- gunakan orang untok tiga peringkat manusia, ia-itu pantun untok kanak-, untok orang remaja, dan untok orang dewasa.

    Pantun kanak- yang selalu di-gunakan orang ia-lah di-masa ibu> atau pun nenek- memanjakan anak atau chuchu-nya. Sambil menimang- anak atau chuchu itu, ia menyanyikan pantun untok menanamkan semangat kapada jiwa kanak- itu supaya chergas, lekas dapat berjalan dan sa-bagai-nya.

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • MENGENAL PANTUN MELAYU 3

    Ta-teh sa-tahun lagi, Pandai berjalan pandai berkata; Ta-teh sa-bulan lagi, Boleh jadi bujang perkasa. Buai tinggi-, Sampai ka-chuchor atap; Belum tumboh gigi, Pandai bacha kitab.

    Oh! bulan, Di-mana bintang, Sudah terlindong di-kayu ara; Oh! sayang, Di-mana bujang, Bujang jadi orang perkasa.

    Pantun kanak- ini di-gunakan oleh ibus atau nenek- untok menanamkan satu semangat ka-dalam jiwa anak- itu dengan harapan apabila kanak- itu sudah menjadi orang dewasa kelak mereka menjadi orang bijak, bersemangat, serta bertanggong jawab kapada diri-nya sendiri dan juga kapada bangsa dan negara-nya.

    Apabila sa-orang anak sudah meningkat remaja, ia-itu berumor IS tabun ka-atas, dia di-panggil teruna atau orang bujang (pada anak lelaki) dan di-panggil gadis atau anak dara (pada anak perempuan). Gadis dan teruna ini selalu melepaskan perasaan hati-nya yang terpendam di-masa mereka gembira atau duka dengan berpantun.

    Pantun yang selalu di-nyanyikan oleh pemuda atau gadis ia-Iah pantun yang indah- dan mengandongi kata> sindiran-nya yang halus serta tajam untok menyampaikan perasaan hati-nya kapada orang yang di-tujukan-nya.

    Banyak juga kita dengar orang tua> berkata babawa di-masa dahulu pantun telab di-gunakan oleh gadis> dan teruna untok menggantikan babasa perchakapan biasa.

    Sebab-nya gadis dan teruna itu menchipta pantun untok menggantikan perchakapan biasa ia-Iah kerana, pada

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

  • 4 PANTUN MELAYU SASTERA RA'AYAT

    masa dahulu, apabila sa-orang gadis s