28
PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT EKUIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)

PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

  • Upload
    others

  • View
    32

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

PERMINTAAN UNTUK CADANGAN

PENSWASTAAN PUSAT EKUIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAHAGIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)

Page 2: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

Isi Kandungan Muka Surat

Bahagian A: Prosedur

Pengenalan 1

Pelawaan 1

Jadual Tarikh 2

Sesi Taklimat & Lawatan tapak 2

Syarat-syarat 2

Format & Penyediaan PERMINTAAN UNTUK CADANGAN 4

Bahagian B: Maklumat Kawasan Projek

Latar Belakang 5

Lokasi 6

Keterangan Fasiliti 6

Bahagian C: Keperluan & Skop Projek

Piawaian Pembangunan Fasiliti 6

Pengurusan Operasi & Penyelenggaraan 7

Pembiayaan Kewangan, Pengurusan Hasil & Sewaan 8

Lampiran A

Gambar Peralatan, Fasiliti dan Aset i

Pelan Susun Atur Kawasan Kerja ii

Page 3: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

1 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

PERMINTAAN UNTUK CADANGAN / REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) PENSWASTAAN PUSAT

EKUIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) JOHOR BAHRU

Bahagian A: PROSEDUR

1. Pengenalan PERMINTAAN UNTUK CADANGAN ini bertujuan untuk memaklumkan kepada syarikat bagi mendapatkan cadangan:

a) Menswastakan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru b) Menyewa aset hidup dan peralatan menunggang kuda di Pusat Ekuin, Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), Johor Bahru c) Mengoperasi Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

1.1. Menyediakan pembiayaan yang mencukupi dan kadar sewaan yang dipersetujui.

2. Pelawaan 2.1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhasrat untuk memilih satu Syarikat/Organisasi untuk

melaksanakan skop projek seperti yang ditakrifkan dalam Bahagian C: Keperluan & Skop Projek.

2.2. Syarikat yang berjaya akan dilantik untuk menguruskan pengoperasian Pusat Ekuin UTM. Syarikat terpilih akan mengurus keseluruhan Pusat Ekuin UTM dan asetnya melalui panduan operasi amalan terbaik, suasana perniagaan yang kompetitif dan menaikkan nama Universiti serta mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan persekitaran.

2.3. Syarikat perlu menjalankan kerja-kerja penswastaan serta menguruskan operasi dan penyelenggaraan fasiliti di lokasi-lokasi yang dinyatakan di 1(b) sebelum pengoperasian dan pengendalian ruang di Pusat Ekuin UTM dijalankan.

2.4. Arahan kepada syarikat hendaklah dipatuhi dan digunakan sebagai asas untuk penyediaan dan

penyerahan cadangan yang akan menjadi sebahagian daripada PERMINTAAN UNTUK CADANGAN ini.

2.5. Pemilihan akan dibuat berdasarkan penilaian cadangan yang dikemukakan.

Page 4: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

2 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

3. Jadual Tarikh

PERKARA TARIKH

Tawaran Pelawaan 09 Januari 2020

Taklimat / Lawatan Tapak 13 Januari 2020

Tarikh Tutup 09 Mac 2020

Makluman Berjaya Minggu Keempat Mac

Jadual 1: Tarikh-tarikh penting

4. Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak

4.1. Sesi taklimat adalah diwajibkan kepada syarikat yang menyertai PERMINTAAN UNTUK

CADANGAN ini dan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti iklan pelawaan. Syarikat yang gagal untuk hadir ke sesi tersebut dianggap tidak berminat dengan pelawaan ini.

4.2. Syarikat hendaklah telah mendapat semua maklumat yang diperlukan tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan lain yang berkaitan keperluan projek dan telah memenuhi dirinya sebelum menyerahkan cadangan.

4.3. Apa-apa maklumat yang diberikan hendaklah hanya untuk membantu syarikat dalam menyediakan PERMINTAAN UNTUK CADANGAN.

4.4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak memberi jaminan untuk maklumat sama ada tentang ketepatan atau kecukupan atau bagaimana yang sama akan ditafsirkan atau bagaimana jua pun selainnya dan syarikat hendaklah menggunakan dan mentafsir yang sama sepenuhnya kepada risiko masing-masing.

5. Syarat-syarat 5.1. Penyelaras

Cadangan PERMINTAAN UNTUK CADANGAN yang dikemukakan oleh syarikat hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja. Cadangan ini hendaklah dikemukakan secara serahan tangan di alamat berikut:

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) d/a Jabatan Harta Bina (PHB) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 81310 Johor Bahru Johor Darul Takzim

Page 5: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

5.2. Tarikh Tutup Cadangan ini hendaklah diterima oleh penyelaras pada atau sebelum jam 12:00 tengahari pada 9 Mac 2020 permohonan lewat tidak akan diterima. Penghantaran melalui courier atau faks atau emel tidak akan diterima.

5.3. Penolakan PERMINTAAN UNTUK CADANGAN

PERMINTAAN UNTUK CADANGAN ini tidak mengikat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan mana-mana syarikat, membayar apa-apa kos ditanggung dalam penyediaan cadangan sebagai maklum balas kepada PERMINTAAN UNTUK CADANGAN ini, atau untuk mendapatkan kontrak perkhidmatan. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhak untuk menerima atau menolak mana-mana atau semua cadangan PERMINTAAN UNTUK CADANGAN ini, untuk berunding dengan mana-mana syarikat atau untuk membatalkan PERMINTAAN UNTUK CADANGAN ini sebahagian atau secara keseluruhan.

5.4. Pemilikan PERMINTAAN UNTUK CADANGAN

Cadangan serta dokumentasi yang diserahkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan dianggap sebagai SULIT dan menjadi harta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebaik sahaja ianya diterima dan tidak akan dikembalikan kepada syarikat.

5.5. Kerahsiaan

Syarikat hendaklah menganggap kandungan dan maklumat yang terkandung di dalam dokumen PERMINTAAN UNTUK CADANGAN ini sebagai SULIT & PERSENDIRIAN. Syarikat hendaklah mengambil segala tindakan yang perlu dan langkah-langkah dalam menjaga semua dokumen, rekod, tarikh, nota dan arahan yang disertakan.

5.6. Perbelanjaan Syarikat bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penyertaan secara langsung dan / atau tidak langsung dalam penyediaan PERMINTAAN UNTUK CADANGAN dari tarikh penerimaan dokumen PERMINTAAN UNTUK CADANGAN sehingga tarikh penyerahan cadangan dan apa-apa proses seterusnya rundingan dan / atau penjelasan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

5.7. Lesen dan Permit Syarikat bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendapatkan dan / atau memegang semua hak-hak, permit, lesen, kebenaran, kelulusan pihak berkuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana tahap kerajaan dan / atau agensi swasta yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan dan melaksanakan kontrak, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam PERMINTAAN UNTUK CADANGAN ini.

5.8. Pembatalan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) a. UTM Berhak untuk membatalkan proses PERMINTAAN UNTUK CADANGAN ini dan

menolak semua cadangan tanpa memberi sebarang penjelasan bagi penolakan itu di mana-mana peringkat proses PERMINTAAN UNTUK CADANGAN.

Page 6: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

4 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

b. Semua syarikat memahami dan menerima bahawa ia tidak mempunyai kesan undang-

undang terhadap Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pekerja dan / atau ejen untuk pembatalan dan / atau penolakan tersebut dalam sebarang aspek sekalipun.

6. Format dan Penyediaan PERMINTAAN UNTUK CADANGAN 6.1. Cadangan ini hendaklah dikemukakan dalam bentuk salinan keras (hard copy) dan salinan lembut

(soft copy) dalam media boleh tanggal (removable media) yang berbentuk format PDF.

6.2. Cadangan hendaklah dikemukakan dalam lima (5) bahagian yang berbeza seperti berikut:

a. Maklumat Syarikat i. Salinan sijil pemerbadanan / pendaftaran. ii. Salinan borang-borang M&A 9, 24, 49 (termasuk pendaftaran/borang pindahmilik

terkini) & 32A (jika ada). iii. Profil syarikat dan penyata kewangan tiga (3) bulan terkini. iv. Struktur Pengurusan dan Carta Organisasi. v. Senarai dan gambar pengalaman projek/perniagaan sebelum ini yang berkenaan.

b. Cadangan Pengurusan Projek

i. Penerangan projek termasuk visi, misi dan matlamat. ii. Konsep dan carta perbatuan projek. iii. Carta organisasi keupayaan pasukan pemfasiliti dan tugas. iv. Penerangan pemilikan projek dan struktur kewangan. v. Mengenalpasti keperluan pra-pemfasiliti dan kos. vi. Strategi pengurusan risiko.

c. Cadangan Teknikal

i. Menyediakan cadangan teknikal yang memenuhi keperluan dan skop di Bahagian C:

a) Pelan pengurusan operasi dan perniagaan untuk lokasi disebut dalam 1(b). b) Perancangan pengubahsuaian fasiliti secara berperingkat di lokasi yang disebut

di atas. c) Pernyataan strategi serta pelan pengurusan di lokasi disebutkan dalam 1(b)

untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. d) Komponen perancangan perkhidmatan piawaian, pengauditan,

pengawalseliaan dan penguatkuasaan piawaian yang memenuhi keperluan dan skop di Bahagian C (2.1) perlu disediakan untuk semua lokasi.

ii. Selain daripada perkara yang dinyatakan dalam item i diatas, cadangan teknikal perlu mengandungi: a) Dokumen sokongan seperti:

i. Syarat-syarat kepatuhan sebagai pengendali kawasan sukan ekuin serta sijil-sijil berkaitan.

ii. Senarai aktiviti, permainan dan lain-lain polisi berkaitan. iii. Amalan baik dalam pengurusan perniagaan dan kelestarian

persekitaran.

Page 7: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

5 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

b) Perancangan pengubahsuaian dan naik taraf

i. Pelan susun atur dan konsep rekabentuk dalaman. ii. Butiran terperinci spesifikasi semua kerja dan bahan penambahbaikan. iii. Spesifikasi terperinci untuk setiap komponen projek yang dinaik taraf

beserta dengan gambar/lakaran artis (Hardcopy & softcopy) iv. Jadual pelaksanaan dan penyiapan projek. v. Komitmen tahap perkhidmatan untuk semua komponen.

d. Model Pembayaran Sewaan i. Menyediakan cadangan komprehensif model kewangan yang memenuhi di Bahagian

C (3) Pembiayaan Kewangan, Pengurusan Hasil dan Sewaan bagi tempoh pajakan.

e. Ringkasan Eksekutif i. Menyediakan ringkasan eksekutif yang memberikan gambaran terhadap cadangan

yang diberikan (tidak lebih daripada tiga muka surat). Ringkasan eksekutif ini dapat memberi kefahaman yang jelas tentang kemampuan syarikat dalam menjayakan cadangan yang diberikan.

NOTA: Kegagalan syarikat mematuhi dan mengemukakan dokumen mengikut format yang ditetapkan akan mengakibatkan cadangan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

6.3. Syarikat diberi peluang untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam usaha mengenalpasti risiko luar jangkaan dan segala hal keadaan lain yang berkaitan keperluan projek dan telah memenuhi keperluannya sebelum menyerahkan cadangan.

Bahagian B: MAKLUMAT KAWASAN PROJEK

1. Latar Belakang

1.1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhasrat untuk menswastakan Pusat Ekuin dan meningkatkan kualiti fasilitinya untuk meningkatkan imej Universiti sebagai salah satu Universiti terbaik di Malaysia. Fasiliti yang sedia ada perlu ditambah baik dalam menyokong aspirasi ini dan pada masa yang sama dapat menyediakan persekitaran riadah dan tarikan yang kondusif dan selesa bagi pengunjung dan pelajar khususnya.

1.2. Pusat Ekuin UTM merupakan sebuah unit dibawah seliaan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan). Ia ditubuhkan pada tahun 1995 dan dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang dikenali sebagai Tunku Mahkota Johor pada 14 Ogos 1996. Sehingga kini pusat ini telah beroperasi selama 22 tahun. Pusat Ekuin UTM adalah pusat berkuda yang pertama ditubuhkan di kalangan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

1.3. Tujuan penubuhan Pusat Ekuin UTM adalah untuk mempromosikan sukan berkuda di kalangan masyarakat negeri Johor, pelajar, dan staf UTM. Sepanjang tempoh ini, Pusat Ekuin UTM telah berjaya menganjurkan beberapa kejohanan yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai disiplin antaranya adalah Endurance, Show Jumping, dan Dressage. Selain itu, UTM juga telah berjaya menganjurkan beberapa kejohonan yang bertaraf antarabangsa seperti International

Page 8: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

6 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

Johor Horse Show (IJHS) bermula tahun 2001, 2008, 2010, 2011 dan 2013. Secara tidak langsung, UTM telah melahirkan penunggang sukan berkuda atau Ekuestrian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

1.4. Pusat Ekuin UTM merupakan makmal amali (wet lab) untuk pelajar Bachelor Science (Pengurusan Equin) menjalani latihan pengurusan equine secara hands-on setiap hari sepanjang semester.

2. Lokasi 2.1. Jalan ladang yang terletak di dalam kawasan kampus UTM Johor Bahru dan tapak tanah ini

merupakan hakmilik kekal Universiti Teknologi Malaysia.

2.2. Pusat Ekuin UTM terletak di lokasi yang strategik iaitu berada di dalam Kampus Induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Lokasi Pusat Ekuin UTM merupakan kawasan tumpuan kerana ia adalah laluan utama bagi festival konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

3. Keterangan Fasiliti

3.1. Berikut adalah maklumat fasiliti:

i. Lampiran A (i) – gambar aset alih ii. Lampiran A (ii) – pelan susun atur kawasan kerja

Bahagian C: KEPERLUAN DAN SKOP PROJEK

1. Piawaian Pembangunan Fasiliti

1.1 Membangunkan di lokasi yang disebutkan di 1(b).

1.2 Mencadangkan konsep dan reka bentuk yang bersesuaian.

1.3 Memastikan fasiliti sentiasa memenuhi keperluan pelanggan seperti: a. Keadaan selamat dan kondusif. b. Sentiasa boleh digunakan dalam keadaan yang baik. c. Mematuhi kepada peraturan-peraturan yang berkuatkuasa di Universiti Teknologi Malaysia

1.4 Mendapat khidmat nasihat dan kelulusan daripada Jabatan Harta Bina (JHB), Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) sebelum kerja-kerja dilaksanakan.

1.5 Kerja-kerja pembangunan perlu dibuat untuk mencapai tahap penyampaian perkhidmatan yang baik. Antara kerja-kerja yang diperlukan termasuk (syarikat boleh mencadangkan alternatif atau tambahan kepada kerja-kerja pengubahsuaian): a. Mekanikal dan elektrik

i. Memeriksa keadaan pendawaian dan pembaikan & penambahbaikan semula. ii. Juruteknik dan juruelektrik yang dilantik adalah terlatih dan kompeten.

Page 9: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

7 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

b. Awam

i. Keperluan jalan masuk

a. Laluan sementara – keperluan membina dengan lapisan permukaan turapan

premix dengan jarak 100m dari wash through

b. Mengambil kira faktor jalan masuk utama, keperluan persimpangan, kelebaran

jalan dan sebagainya

c. Pembangunan yang di cadangkan tidak mengganggu struktur bangunan sedia ada.

ii. Keperluan penjagaan persekitaran

a. Keperluan pembinaan retention pond semasa kerja tanah, terutama berdekatan

dengan sungai atau aliran tali air

b. Keperluan stockpile bagi lebihan tanah sebelum digunakan semula

c. Keperluan penjagaan cerun dan persekitaran terutama pada kerja penambakan

dan pemotongan

d. Keperluan untuk memelihara sistem air semulajadi (sungai, taliair dan lurah)

iii. Keperluan infrastruktur

a. Penetapan lokasi pepaipan bagi sistem retikulasi air dan kumbahan

b. Keperluan menyelenggara sistem kumbahan/tangki septik

c. Keperluan penetapan sistem peparitan

d. Penjagaan infrastruktur sedia ada seperti menjaga kabel elektrik bawah tanah, paip

air, kabel telefon dan lain-lain

e. Penentuan langkah mengekang berlaku banjir kilat

f. Penentuan dan penjagaan persempadanan kawasan/pagar sempadan (jika perlu).

g. Pemasangan meter air dan elektrik di premis sewaan

2. Pengurusan Operasi & Penyelenggaraan 2.1 Pengurusan operasi dan penyelenggaran perlu dibuat untuk mencapai tahap penyampaian

perkhidmatan yang baik. Antara perkara-perkara yang diperlukan termasuk (syarikat boleh mencadangkan alternatif atau tambahan); 2.1.1 Mengurus dan mengoperasikan Pusat Ekuin UTM secara keseluruhannya termasuklah

kerja-kerja menjalankan perniagaan dan menjelaskan semua bil-bil utiliti yang berkaitan.

2.1.2 Menguruskan dan menyelenggara fasiliti dan aset secara professional dengan mengambilkira hal ehwal dan polisi berkaitan kesihatan, keselamatan dan kelestarian perniagaan.

2.1.3 Memberikan latihan/kursus/modul oleh jurulatih yang bertauliah (Majlis Ekuin Malaysia) kepada pelajar UTM yang mengambil kursus Pengajian Ekuin, Sekolah Pengajian Pendidikan mengikut peraturan yang telah disediakan dengan kadar yang telah ditetapkan oleh Universiti.

2.1.4 Memberi kemudahan tempat untuk pelajar Pengajian Ekuin menjalani latihan hands-on serta peruntukan menjalani penyelidikan berkaitan pengurusan dan sains ekuin.

Page 10: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

8 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

2.1.5 Menerima projek kerjasama daripada mana-mana jabatan di bawah Universiti Teknologi

Malaysia untuk membuat apa-apa aktiviti yang tidak dilarang oleh Perlembagaan UTM.

2.1.6 Menyediakan perkhidmatan mencuci kawasan kandang dan sekitarnya serta mengamalkan amalan lestari seperti mengasingkan sisa najis / pepejal mengikut kategori.

2.1.7 Mengurus sampah pepejal keluar daripada kawasan UTM.

2.1.8 Membangunkan projek dan aktiviti perniagaan yang berlandaskan pendekatan syariat Islam serta tidak bercanggah dengan mana-mana nilai atau kepentingan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan tidak mengandungi unsur-unsur negatif dan bercanggah dengan undang-undang serta perlembangaan Malaysia.

2.1.9 Waktu wajib operasi adalah dari jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang mulai Ahad hingga Khamis. Namun begitu, bagi hari Jumaat dan Sabtu adalah bergantung pada kesesuaian waktu operasi syarikat.

2.1.10 Kos kerosakan dan penyelenggaraan sepanjang tempoh pembangunan serta tempoh penyewaan adalah dibawah tanggungjawab syarikat sepenuhnya.

2.1.11 Pengurusan kuda mematuhi keperluan Akta Kebajikan Haiwan 2015 Malaysia (Animal Welfare Act 2015, Malaysia).

2.1.12 Syarikat dikehendaki menguruskan dan menyelenggara kesemua aset alih, aset tak alih dan aset hidup dengan baik.

2.1.13 Kegagalan syarikat mengurus dan menyelenggara kesemua aset, syarikat akan dikenakan penalti / denda / tanggungan liabiliti yang akan ditentukan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

3. Pembiayaan Kewangan, Pengurusan Hasil dan Sewaan 3.1 Keseluruhan kos ubah suai, naiktaraf, pengurusan, undang-undang adalah di bawah

tanggungjawab syarikat yang berjaya. Antara perkara lain yang perlu disediakan dan dipatuhi adalah seperti: 3.1.1 Menyediakan pembiayaan kewangan yang mencukupi untuk membolehkan kerja naik

taraf, pengurusan perniagaan dan penyelenggaraan ruang dapat dilaksanakan dengan lancar sepanjang tempoh sewaan.

3.1.2 Membayar UTM sewa bulanan pada atau sebelum hari ke-7 setiap bulan. Bayaran tersebut hendaklah dibuat melalui cek berpalang “Akaun Penerima Sahaja” atau “A/C Payee Only” yang dibayar kepada Bendahari Universiti Teknologi Malaysia atau secara deposit tunai atau kredit ke bank (“interbank transfer”) yang meliputi terimaan melibatkan serahan wang menggunakan mana-mana akaun bank syarikat yang berjaya ke akaun bank rasmi Bendahari Universiti Teknologi Malaysia (CIMB Bank Berhad: 8006053536).

3.1.3 Menyediakan deposit sewaan sebanyak tiga (3) bulan sewaan.

Page 11: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

9 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

3.1.4 Menyediakan deposit utiliti tiga (3) bulan sebanyak RM 1,000.00 sebulan.

3.1.5 Tempoh perjanjian adalah selama tiga penggal bertempoh tiga (3) tahun setiap penggal

dan penggal terakhir selama satu tahun menjadikan jumlah penyewaan adalah 10 tahun.

3.1.6 Sewaan tapak termasuk semua aset di atas adalah pada RM 10,000.00 (minimum) sebulan.

3.1.7 Menjelaskan kesemua bil-bil utiliti yang berkaitan.

3.1.8 Menyediakan model bisnes yang memberikan pulangan pelaburan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu antara pihak syarikat dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

3.1.9 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhak menyemak dan menaikkan kadar sewa sebanyak 10 peratus setiap tiga (3) tahun bergantung kepada nilai pasaran semasa dan unjuran pulangan pelaburan mengikut tempoh penyewaan yang munasabah.

3.1.10 Memastikan tiada risiko yang akan ditanggung oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

3.1.11 Kos guaman, dokumen perjanjian serta penyeteman adalah di bawah tanggungan syarikat.

3.1.12 Kos kerosakan dan penyelenggaraan sepanjang tempoh ubah suai, menaik taraf serta tempoh penyewaan adalah dibawah tanggungjawab syarikat sepenuhnya.

3.1.13 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak akan mengeluarkan apa-apa suntikan kewangan atau dana bagi projek ini.

3.1.14 Syarikat yang berjaya perlu menyediakan bon jaminan pelaksanaan berjumlah lima (5) peratus dari kos pembangunan dan dibayar atas nama Bendahari Universiti Teknologi Malaysia sebagai satu bentuk jaminan sekiranya syarikat gagal menyiapkan kerja-kerja ubah suai bagi tujuan naik taraf premis Pusat Ekuin UTM.

3.1.15 Sekiranya syarikat gagal menyiapkan kerja-kerja pembangunan semula Pusat Ekuin UTM dalam tempoh masa yang ditetapkan, Universiti Teknologi Malaysia berhak menghentikan kerja-kerja ubah suai yang dijalankan seterusnya menuntut segala kos kerugian atau yang ditanggung oleh Universiti Teknologi Malaysia (sekiranya ada) akibat kegagalan syarikat.

Page 12: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

I Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

LAMPIRAN A (i): GAMBAR PERALATAN, FASILITI DAN ASET

BIL. NAMA PERALATAN

JUMLAH HARGA PAJAKAN (RM)

JUMLAH HARGA (RM)

1 General Purpose Saddle (Wintec)

2 4500(2018)

2 General Purpose Saddle (Status)

3 4500(2018)

3 Dressage Saddle (Wintec)

3 3000 (2010)

4 Racing Saddle

1 2500(2018)

Page 13: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

II Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

5 General Purpose Saddle (Stubben)

1 10,000.00(2009)

6 Pony Bareback

1 760.00(2015)

7 Polo Saddle (Brown)

1 4,000.00(2018)

8 Saddle (No Brand)

1 5,000.00(2018)

Page 14: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

III Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

9 Pony pad

1 800.00(2018)

11 Farrier Set

1 1,970.00(2015)

12 Helmet

14 250.00(2014)

Page 15: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

IV Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

13 Besi Wing

16 800.00 (2011)

14 Besi Penghalang

24 350.00 (2011)

15 Chaps

2 130.00(2014)

Page 16: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

V Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

16 Riding Whip

1 40.00(2018)

17 Lundging Whip

2 70.00(2014)

18 Lundging Rein

4 45.00(2014)

Page 17: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

VI Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

19 Lead Rope

7 50.00(2014)

20 Head Collar

7 50.00(2014)

21 Blazer 2

22 Riding Vest

2 700.00(2018)

23 Bandage

10

60.00 (2017)

Page 18: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

VII Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

24 Numnah

13 300.00(2018)

25 Saddle Pad

2 80.00(2018)

26 Saddle Cloth

25 300.00(2018)

27 Bridle

14 300.00(2018)

Page 19: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

VIII Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

28 Girth

20 300.00(2018)

29

Lundging Girth

2 400.00(2018)

30.

Lundging Bridle

1 300.00(2018)

Page 20: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

IX Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

31

Rein

2 80.00(2014)

32 Side Rein

2 80.00(2018)

33 Running Martingle

11 150.00(2018)

Page 21: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

X Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

34 Breast Plate

4 300.00(2018)

35 Egg Bit

1 90.00(2018)

36 Travelling Bandages

27 80.00(2018)

Page 22: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

XI Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

37 Fly Mask

14 65.00(2014)

38 Nose Mask Pony

1 88.00(2016)

39 Pooper Scoop

10 30.00(2018)

Page 23: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

XII Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

40 Wheel Barrow

5 90.00 (2018)

41 Tong Gas dan Dapur Ladam

1 70.00(tong gas kosong)

42 Long Boots

10 80.00(2013)

43 Almari Kayu

1

Page 24: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

XIII Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

BIL SENARAI ASSET HIDUP JUMLAH KADAR HARGA (RM)

1 Blue Bronco Breed: Arab Colour: Flee Bitten Grey Year of Birth: 1991 Origin: Australia Sex: Gelding

1

2 Moon Shadow Breed: Arab Colour: Grey Year of Birth: 1996 Origin: Australia Sex: Gelding

1

Page 25: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

XIV Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

3 Jack The Great Breed: Quarter Colour: Dark Brown Year of Birth: 2004 Origin: Australia Sex: Gelding

1

4 Hard Foundation Breed: Thoroughbred Colour: Bay Year of Birth: 2001 Origin: New Zealand Sex: Gelding

1

Page 26: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

XV Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

5 Zac Phenomena Breed: Thoroughbred Colour: Bay Year of Birth: 2003 Origin: Australia Sex: Gelding

1

6 Cosmo Star Breed: Thoroughbred Colour: Bay Year of Birth: 2006 Origin: Australia Sex: Gelding

1

Page 27: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

XVI Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

7 Silver Barloo Breed: Thoroughbred Colour: Dapple Grey Year of Birth: 2004 Origin: Australia Sex: Gelding

1

Page 28: PERMINTAAN UNTUK CADANGAN PENSWASTAAN PUSAT …...3 Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

I Naskah Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal) Bagi Penswastaan Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

LAMPIRAN A (ii) - PELAN SUSUN ATUR KAWASAN KERJA