12
TAJUK PERMAINAN “LibasGulung” Permainan Kategori Jaring/Dinding PENGENALAN Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Pergerakan lokomotor bersifat pergerakan yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran seperti jarak, hala dan sebagainya. Arah melibatkan bentuk arah gerakan samada dalam bentuk lurus,bengkang bengkok, zig zag dan lain- lain. Pergerakan bukan lokomotor pula dilakukan dalam keadaan tidak bergerak iaitu dalam keadaan setempat dan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga diertikan sebagai keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Gerakan dalam aktiviti bukan lokomotor perlulah di buat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai sukan yang pelbagai. Manipulasi alatan ialah bagaimana cara kita mengayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alatan ini hendaklah dipraktikkan di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi anggota badan contohnya tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain. MATLAMAT Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syarat- syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.

PERMAINAN kanak-kanak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERMAINAN kanak-kanak

TAJUK PERMAINAN   “LibasGulung” Permainan Kategori Jaring/Dinding

PENGENALAN 

Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Pergerakan lokomotor

bersifat pergerakan yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor

berkaitan dengan gerakan atau aliran seperti jarak, hala dan sebagainya. Arah melibatkan bentuk

arah gerakan samada dalam bentuk lurus,bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain. Pergerakan

bukan  lokomotor pula dilakukan dalam keadaan tidak bergerak iaitu dalam keadaan setempat

dan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga

diertikan sebagai keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan

kepada keseimbangan. Gerakan dalam aktiviti bukan lokomotor perlulah di buat dalam keadaan

tenang dan kurang tekanan. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan

diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai sukan yang pelbagai.

Manipulasi alatan ialah bagaimana cara kita mengayakan atau menggunakan alatan dengan cara

yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alatan ini hendaklah

dipraktikkan di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran manipulasi alatan

merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak.

Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi anggota badan contohnya

tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain.

  MATLAMATPermainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.

Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jaring / dinding. Nama permainan ini ialah libasgulung iaitu permainan seakan-akan permainan sepak takraw. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

OBJEKTIF Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.    

Bidang Psikomotor

Page 2: PERMAINAN kanak-kanak

Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan

secara maksimum

Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan,

ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.

Bidang Kognitif

Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yand dipilih.

Bidang Efektif

Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat

berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam

diri pelajar.

TARIKH

Amali permainan kanak-kanak ini dijalankan pada 28/09/2011.

JANGKA MASA

Jangka masa yang diperlukan untuk menghabiskan satu set permainan ialah 10 mata.

TEMPAT

Gimnasium ipg kampus perlis

KUMPULAN SASARAN

Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

BILANGAN PESERTA

Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang. Dalam setiap permainan memerlukan 4 kumpulan iaitu

terdiri daripada kumpulan A yang terdiri daripada kumpulan A1 dan kumpulan A2 manakala

kumpulan B pula terdiri daripada kumpulan B1  dan kumpulan B2. 8 orang pemain diperlukan bagi

memulakan permainan.

SENARAI ALATAN

Page 7: PERMAINAN kanak-kanak

KEDUDUKAN PEMAIN KETIKA MELAKUKAN SERVIS

KEDUDUKAN PEMAIN KETIKA MELAKUKAN SERVIS

 

 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN

1. Bahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diwakili oleh empat peserta.2. Gelanggang akan dibahagikan kepada dua bahagian. Setiap kumpulan akan dibahagikan

kepada satu bahagian.3. Permainan akan dimulakan dengan servis dari kumpulan A kepada kumpulan B.4. Setiap kumpulan hanya boleh menyentuh bola sebanyak tiga kali sahaja.

Page 8: PERMAINAN kanak-kanak

5. Mata akan diberi kepada kumpulan yang berjaya menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan pihak lawan gagal membalas hantaran tersebut. 

6. Pertukaran servis berlaku apabila pihak lawan berjaya mematikan bola7. Permainan akan berakhir jika salah satu pasukan memperolehi 10 mata. 

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1. Setiap pasukan hanya memerlukan empat orang sahaja.2. Setiap peserta tidak boleh menggunakan tangan untuk membalas serangan pihak lawan.

Hanya kaki, kepala atau dada sahaja yang dibenarkan.3. Setiap pasukan hanya boleh melakukan tiga kali sentuhan sahaja.4. Permainan boleh diwakili oleh wanita atau lelaki.5. Peserta tidak boleh memasuki kawasan bahaya atau kawasan peserta lain.6. Mata akan dikira jika bola menyentuh lantai kawasan pihak lawan.

GAMBARAN PERMAINAN 

    Kelebihan

1. Permainan ini dapat meningkatkan koordinasi antara mata dan kaki.2. Dapat membuatkan permainan lebih bersedia untuk menerima dan membalas serangan

dari pihak lawan.

Kelemahan

1. Tidak ada sasaran yang tetap. 2. Individu yang lemah akan menjadi sasaran.

Page 9: PERMAINAN kanak-kanak

3. Pergerakan setiap individu terbatas kerana saiz gelanggang yang kecil

PERLAKSANAAN KEMAHIRAN

Prestasi Butiran mengajar:

1. Teknik menyerang : teknik merejam 

  2. Teknik menahan : antisipasi lawan 

Perhatikan kedudukan pihak lawan Perhatikan kedudukan pihak lawan. Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang mengambil bola Anggar perlakuan dan pergerakan bola. Bertindak balas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan. 

RUMUSAN

Melalui permainan kanak-kanak “Libasgulung” ini, murid-murid dapat belajar beberapa kemahiran

asas bagi permainan sepak takraw. Antara kemahiran asas yang dapat diterapkan kepada murid-

murid ialah:

1. Kemahiran asas servis

2. Kemahiran asas membalas hantaran bola

3. Kemahiran asas menimbang bola

Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran asas yang dipelajari dalam

permainan sepak takraw

Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan

semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada

pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid

untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam

kemahiran tersebut.

Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui

Page 10: PERMAINAN kanak-kanak

permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka

sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketikan bermain dan

sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar.

Selain itu, melaui permainan “Libasgulung” ini juga dapat meningkatkan konsentrasi murid-murid.

Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain

untuk menyambut hantaran daripada pihak lawan. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-

murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas. 

Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak “Libasgulung” bukan sahaja dapat menjadikan

belajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai

murni dalam diri murid-murid.