24
- 0 - TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat 6 Diperbadankan di Malaysia 1 Bahagian A Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan dan Pendapatan Bercukai 3 Bahagian B Cukai Kena Dibayar / Dibayar Balik dan Kedudukan Cukai 7 Bahagian C Elaun Modal Dan Kenaan Jadual 3 9 Bahagian D Tuntutan Insentif 10 Bahagian E Tuntutan Kerugian 11 Bahagian F Maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad 12 Bahagian G Maklumat Lain 17 G5a Tertakluk di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 18 G5b Tertakluk sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor 19 H3 No. pendaftaran perniagaan 23 H4 E-mel 23 NOTA PENERANGAN PT 2021 Perkongsian Liabiliti Terhad

Perkongsian Liabiliti - Hasil

  • Upload
    others

  • View
    39

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 0 -

TAMBAHAN / PINDAAN

Ruang Perkara Muka Surat

6 Diperbadankan di Malaysia 1

Bahagian A Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan dan Pendapatan Bercukai

3

Bahagian B Cukai Kena Dibayar / Dibayar Balik dan Kedudukan Cukai

7

Bahagian C Elaun Modal Dan Kenaan Jadual 3 9

Bahagian D Tuntutan Insentif 10

Bahagian E Tuntutan Kerugian 11

Bahagian F Maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad 12

Bahagian G Maklumat Lain 17

G5a Tertakluk di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016

18

G5b Tertakluk sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor

19

H3 No. pendaftaran perniagaan 23

H4 E-mel 23

NOTA PENERANGAN

PT 2021

Perkongsian Liabiliti

Terhad

Page 2: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 1 -

Nota ini disediakan bagi membantu perkongsian liabiliti terhad melengkapkan Borang PT bagi Tahun Taksiran 2021. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2021 adalah benar, lengkap dan betul. Ketetapan Umum No. 5/2015 berkenaan pencukaian perkongsian liabiliti terhad boleh diperoleh di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), http://www.hasil.gov.my.

Panduan lanjut bagi pengisian setiap ruang, helaian kerja dan lampiran bagi Borang PT boleh dirujuk kepada penerangan item yang sama dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat.

Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang PT KECUALI bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-

(i) Lampiran B2 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

(ii) Lampiran B3 / B4 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

Rekod, dokumen dan hekaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan. Pastikan maklumat diisi dengan BETUL dan LENGKAP. Amaun dari ruangan B13 hingga B19 perlu diisi dengan nilai sen. Amaun di lain-lain bahagian hanya mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Bercukai (ruang B12) RM 2,180,246.65

Cukai Kena Dibayar (ruang B16) RM 865,927.93

MAKLUMAT ASAS

Ruang Perkara Keterangan

1. Nama perkongsian liabiliti terhad

Nama Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) seperti didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

2. No. cukai pendapatan

Isikan nombor rujukan cukai pendapatan PLT.

Contoh : PT 2012345621

3. No. rujukan (No. pendaftaran)

Nombor pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

4. No. majikan Nombor rujukan E majikan.

Contoh: E 202154402

5. Tarikh mula beroperasi

Tarikh PLT bermula operasi.

6. Diperbadankan di Malaysia

Sekiranya PLT ditubuhkan dan didaftarkan di bawah undang-undang di Malaysia, isikan ‘1’ untuk ‘Ya’, atau ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak ditubuhkan di Malaysia.

7. Negara mastautin Rujuk kod negara di muka surat 23 nota penerangan ini atau Lampiran E dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat untuk menentukan kod negara.

2 1 8 0 2 4 6

8 6 5 9 2 7 9 3

PENDAPATAN BERCUKAI

CUKAI KENA DIBAYAR B16

B12 , ,

, .

E 2 0 2 1 5 4 4 0 2

PT 2 0 1 2 3 4 5 6 2 1

Page 3: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 2 -

8. Tempoh perakaunan

Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan PLT.

Sila rujuk contoh-contoh di ruang 9.

9. Tempoh asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa PLT. Jika PLT baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang 9.

Contoh 1: PLT yang baru beroperasi

Akaun pertama : 1.5.2020 hingga 31.3.2021 (11 bulan)

Akaun kedua : 1.4.2021 hingga 31.3.2022 (12 bulan)

Ruang 6 dan 7 perlu diisi seperti berikut:-

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan Tempoh Asas

2021 01/05/2020 - 31/03/2021 01/05/2020 - 31/03/2021 (11 bulan)

2022 01/04/2021 - 31/03/2022 01/04/2021 - 31/03/2022 (12 bulan)

Contoh 2: PLT yang baru beroperasi

Akaun pertama : 1.2.2020 hingga 30.4. 2021 (15 bulan)

Akaun kedua : 1.5. 2021 hingga 30.4. 2022 (12 bulan)

Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:-

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan Tempoh Asas

2021 01/02/2020 - 30/04/2021 01/02/2020 - 30/04/2021 (15 bulan)

2022 01/05/2021 - 30/04/2022 01/05/2021 - 30/04/2022 (12 bulan)

Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada : 1.3.2019 hingga 28.02.2020 (12 bulan)

Akaun berikutnya : 1.3.2020 hingga 31.12.2020 (10 bulan)

1.1.2021 hingga 31.12.2021 (12 bulan)

Ruang 6 dan 7 perlu diisi seperti berikut:-

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan Tempoh Asas

2020 01/03/2019 - 28/02/2020 01/03/2019 - 28/02/2020 (12 bulan)

2021 01/03/2020 – 31/12/2021 01/03/2020 – 31/12/2021 (22 bulan)

Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada : 1.7.2019 hingga 30.6.2020 (12 bulan)

Akaun berikutnya : 1.7.2020 hingga 31.5.2022 (23 bulan)

1.6.2022 hingga 31.5.2023 (12 bulan)

Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:-

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan Tempoh Asas

2020 01/07/2019 - 30/06/2020 01/07/2019 - 30/06/2020 (12 bulan)

2021 01/07/2020 - 31/05/2022

01/07/2020 - 30/06/2021 (12 bulan)

2022 01/07/2021 - 31/05/2022 (11 bulan)

2023 01/06/2022 - 31/05/2023 01/06/2022 - 31/05/2023 (12 bulan)

Page 4: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 3 -

Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan

Akaun sedia ada : Akaun berakhir 31 Disember

Akaun berikutnya : 1.1.2020 hingga 31.5.2020 ( 5 bulan)

1.6.2020 hingga 31.5.2021 (12 bulan)

Isi Ruang 6 dan 7 seperti berikut:-

Tahun Taksiran

Tempoh Perakaunan Tempoh Asas

2020 01/01/2020 - 31/05/2020 01/01/2020 - 31/05/2020 ( 5 bulan)

2021 01/06/2020 - 31/05/2021 01/06/2020 - 31/05/2021 (12 bulan)

10. Status perniagaan

Isikan status perniagaan pada akhir tempoh asas.

Isi ‘1’ jika PLT sedang beroperasi.

Isi ‘2’ bagi dorman * jika PLT:

belum memulakan operasi perniagaan sejak ditubuhkan; atau

pernah beroperasi atau menjalankan perniagaan tetapi telah berhenti operasi / perniagaan

Isi ‘3’ jika PLT sedang dalam proses penggulungan.

* Nota:

PLT tidak dianggap sebagai dorman sekiranya ia memiliki saham, harta tanah, simpanan tetap dan lain-lain pelaburan yang seumpamanya; termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan sebagainya (jika ada) yang diterima daripada pemilikan tersebut.

11. Perkongsian liabiliti terhad dengan sumbangan modal tidak melebihi RM 2.5 juta pada

permulaan tempoh asas dan pendapatan kasar semua punca perniagaan tidak melebihi RM50 juta

Isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya perkongsian liabiliti terhad bermastautin (ruang 7 = ‘MY’) dan ditubuhkan di Malaysia dengan:-

i) sumbangan modal (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) tidak melebihi RM2.5 juta pada permulaan tempoh asas; dan

ii) pendapatan kasar semua punca perniagaan yang tidak melebihi RM50 juta dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan

serta memenuhi syarat-syarat lain dalam perenggan 2E dan 2F Jadual 1 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Hanya perkongsian liabiliti terhad yang mematuhi syarat-syarat di atas layak menikmati kadar cukai istimewa seperti dinyatakan dalam perenggan 2D Jadual 1 Akta tersebut.

Sila rujuk Nota Amalan No. 4/2020 - Penjelasan Berhubung Penentuan Pendapatan Kasar Daripada Punca Perniagaan Tidak Melebihi RM50 Juta Sesuatu Syarikat Atau Perkongsian Liabiliti Terhad di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

Isikan ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika perkongsian liabiliti terhad tidak memenuhi syarat-syarat di atas.

BAHAGIAN A PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN PENDAPATAN BERCUKAI

Ruang Perkara Keterangan

A1 Agregat pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian

Isi maklumat yang dikehendaki di lampiran ruang A1. Amaun [Jumlah (I) campur

Jumlah (II)] daripada Rumusan Pendapatan Berkanun Perniagaan Dan

Perkongsian.

Page 5: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 4 -

Penerangan lanjut adalah seperti dalam Bahagian II Buku Panduan Borang Nyata Syarikat.

A2 Rugi perniagaan bawa hadapan

Kerugian perniagaan daripada tahun / tahun-tahun taksiran terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan.

Amaun di A2 dihadkan kepada amaun di A1. Jika amaun di A2 melebihi amaun di A1, masukkan amaun A1 dalam ruang ini.

Bagi perkongsian atau syarikat yang bertukar kepada PLT, peruntukan subseksyen 44(5E) ACP 1967 membenarkan kerugian tidak dapat diserap sepenuhnya dibawa ke PLT berkenaan.

Isikan ‘0’ jika tiada kerugian bawa hadapan.

A3 JUMLAH A1 tolak A2.

A4 Agregat pendapatan Berkanun Lain

Isi maklumat yang dikehendaki di lampiran ruang A4. Pendapatan berkanun lain

termasuk dividen, faedah, diskaun, sewa, royalti, premium, pendapatan lain dan

tambahan mengikut perenggan 43(1)(c).

Page 6: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 5 -

Dividen Amaun C dari Helaian Kerja HK-C14

Faedah dan diskaun

Amaun C dari Helaian Kerja HK-C15 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).

Sewa, royalti dan premium

Sewa

Amaun C dari Helaian Kerja HK-C16 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).

Royalti

Amaun F dari Helaian Kerja HK-C15 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).

Pendapatan lain Pendapatan selain daripada item (i) hingga (vi) yang boleh dikenakan cukai.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

A5 PENDAPATAN AGREGAT

Jumlah amaun dari A3 campur A4.

A6 Rugi perniagaan tahun semasa

Gunakan helaian kerja yang berkenaan untuk membuat pelarasan kerugian.

Kerugian larasan perniagaan boleh dikira berpandukan format Lampiran A1 / A2 / A3 yang boleh dirujuk dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat. Campur semua kerugian larasan jika PLT menjalankan lebih daripada satu perniagaan dan masukkan amaun tersebut dalam helaian kerja berkenaan.

Amaun di A6 dihadkan kepada amaun di A5. Jika amaun di A6 melebihi amaun di A5, masukkan amaun A5 dalam ruang ini.

Pindahkan amaun dari ruang A6 (kerugian yang boleh diserap) ke helaian kerja yang berkenaan.

A7 Derma / hadiah / sumbangan yang diluluskan

Isi maklumat yang dikehendaki di lampiran ruang A7. Resit dan dokumen sokongan hendaklah disimpan selama tempoh tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada LHDNM, untuk tujuan rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Jumlah item (i) hingga (v).

Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan.

Subseksyen 44(6) ACP 1967

Page 7: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 6 -

Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967

Hadiah wang tunai bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967

Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967

Hadiah wang dalam bentuk:- a) wakaf kepada mana-mana pihak berkuasa agama

bersesuaian yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, badan yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa agama yang sesuai itu atau universiti awam yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama yang sesuai itu untuk menerima wakaf; atau

b) endowmen kepada universiti awam.

Wakaf atau endowmen hendaklah disumbang bagi tujuan mencapai objektif penubuhan pihak berkuasa agama yang sesuai, badan atau universiti awam.

Maksud ‘universiti awam’: Institusi pendidikan tinggi berstatus Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) dan Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173).

Pihak berkuasa agama yang sesuai, badan atau universiti awam mesti diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri bagi maksud subseksyen 44(11D).

Subseksyen 44(11D) dan proviso, ACP 1967

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Jabatan Arkib Negara.

Subseksyen 44(6A) ACP 1967

Hadiah wang tunai yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam serta perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan.

Subseksyen 44(8) ACP 1967

Hadiah lukisan adalah berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.

Subseksyen 44(11) ) ACP 1967

A8 Zakat perniagaan Rujuk kepada subseksyen 44(11A) ACP 1967 untuk menentukan kelayakan. Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di A5.

A9 PENDAPATAN BERCUKAI

A5 tolak (A6 hingga A8).

Isikan ‘0’ jika hasil tolakan adalah negatif.

Terhad kepada 10% daripada A5

Page 8: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 7 -

BAHAGIAN B CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK DAN KEDUDUKAN CUKAI

Ruang Perkara Keterangan

B1 Pendapatan Bercukai

Pendapatan bercukai ialah jumlah daripada ruang A9.

Isikan ‘0’ jika PLT tidak ada pendapatan bercukai.

B2a

Kadar 17% Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar 17% (rujuk Jadual 1 ACP 1967). Sekiranya PLT memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di ruang 6, ruang 7 dan ruang 11 amaun pendapatan bercukai yang layak menikmati kadar 17% adalah seperti berikut:

Pendapatan Bercukai (RM) Kadar Cukai Pendapatan

600,000 pertama 17%

Melebihi 600,000 24%

B2b Kadar 24% Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar 24% (rujuk Jadual 1 ACP 1967).

B2c –

B2e

Kadar lain Jumlah pendapatan bercukai yang dikenakan cukai atas kadar selain daripada yang dinyatakan di ruang B2a dan ruang B2b (rujuk Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali di Lampiran F dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat).

B3 JUMLAH CUKAI PENDAPATAN DIKENAKAN

Jumlahkan cukai pendapatan daripada ruang B2a hingga ruang B2e.

B4 Rebat seksyen 6D (Sehingga RM20,000, terhad kepada B3)

Rebat khas bagi PLT yang layak. Rebat boleh dituntut bagi tempoh 3 tahun taksiran berturut-turut mulai tahun taksiran pertama PLT yang layak itu memulakan operasi. Amaun rebat cukai yang layak adalah bersamaan dengan perbelanjaan operasi atau perbelanjaan modal yang dilakukan tetapi terhad kepada RM20,000 bagi setiap tahun taksiran.

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

a) PLT hendaklah ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia;

b) PLT merupakan pemastautin di Malaysia bagi tujuan cukai;

c) PLT hendaklah mempunyai modal berbayar saham biasa tidak melebihi RM2.5 juta pada permulaan tempoh asas bagi tahun taksiran tuntutan rebat cukai dibuat;

d) PLT tidak dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh:

i. mana-mana syarikat yang mempunyai modal berbayar melebihi RM2.5 juta pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;

e) Jumlah pendapatan kasar yang diperolehi daripada semua punca perniagaan tidak melebihi RM50 juta dalam tahun taksiran tuntutan rebat cukai dibuat; dan

f) PLT baharu yang ditubuhkan hendaklah memulakan operasi pada atau selepas 1 Julai 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021.

Kegagalan PLT untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk suatu tahun taksiran akan menyebabkan PLT tersebut hilang kelayakan tidak layak untuk menuntut rebat cukai bagi tahun taksiran berkenaan dan tahun-tahun taksiran berikutnya.

Sekiranya amaun rebat cukai melebihi jumlah cukai yang dikenakan, lebihan

tersebut akan diabaikan. Ini bermaksud lebihan rebat tidak akan dibayar balik atau

Page 9: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 8 -

digunakan sebagai kredit untuk ditolak daripada tanggungan cukai PLT untuk

tahun-tahun taksiran berikutnya.

B5 JUMLAH B3 tolak B4

Isikan ‘0’ jika hasil tolakan adalah negatif.

B6

Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain)

Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain)

Masukkan jumlah cukai dipotong (amaun B) dari Lampiran B2 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) ke ruang ini.

Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah seksyen 107A.

Pelepasan cukai seksyen 132 dan 133 (terhad kepada B3)

Pelepasan cukai Seksyen 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal.

Rujuk Lampiran F dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat untuk menentukan negara-negara yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.

Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132 di Lampiran B3 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat). Pindahkan amaun B dari Lampiran tersebut ke ruang ini.

Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

Pelepasan cukai Seksyen 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.

Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133 di Lampiran B4 (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat). Pindahkan amaun B dari Lampiran B4 ke ruang ini.

Simpan dokumen asal berkenaan pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

B7 CUKAI KENA DIBAYAR

B5 tolak B6.

B8 CUKAI KENA DIBAYAR BALIK

B6 tolak B5.

Ruang ini berkenaan jika jumlah tolakan dan pelepasan di ruang B6 melebihi jumlah di ruang B5. Sila kemukakan Lampiran B2 / B3 / B4 * (yang mana berkenaan) bersama Borang PT ke:-

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian

Jabatan Operasi Cukai

Karung Berkunci 00222

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

* Lampiran B2 / B3 / B4 boleh diperoleh dari Buku Panduan Borang Nyata

Syarikat.

B9 Bayaran ansuran yang telah dijelaskan

Bayaran ini TIDAK termasuk amaun tunggakan yang diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.

B10 Baki Cukai Kena Dibayar / Cukai Terlebih Bayar

a) Baki cukai kena dibayar : B7 tolak B9

b) Cukai terlebih bayar : B9 tolak B7

Baki cukai kena dibayar perlu dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Page 10: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 9 -

Pembayaran boleh dibuat melalui:

i) Bank yang dilantik - Maklumat boleh diperoleh di http://www.hasil.gov.my.

Kaunter CIMB Bank Bhd. (CIMB), Public Bank Bhd. (PBB), Malayan Banking Bhd. (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank.

Perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, Citibank, RHB, Alliance Bank Malaysia Berhad, BSN dan perbankan telefon Maybank.

Auto Teller Machine (ATM) CIMB, PBB & Maybank dan Mesin Deposit Tunai Maybank.

ii) ByrHASiL di Portal ByrHASiL LHDNM, https://byrhasil.hasil.gov.my/.

Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di https://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php.

Bayaran melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.

iii) Pos Malaysia Berhad - Kaunter sahaja

Gunakan kod bayaran ‘086’ dan no. ansuran ‘99’ apabila membuat bayaran cukai atau baki cukai kena dibayar.

AKUAN

Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh pegawai pematuhan atau pekongsi, sekiranya pegawai pematuhan tidak dilantik oleh PLT berkenaan.

Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses dan Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.

BAHAGIAN C : ELAUN MODAL DAN KENAAN JADUAL 3

Bahagian ini menyediakan ruang-ruang dan helaian-helaian kerja untuk melaporkan elaun Jadual 3, yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan

Ruang Perkara Keterangan

C1a Maklumat elaun Jadual 3

Lengkapkan maklumat yang dikehendaki di lampiran ruang C1a serta ruang C1b.

C1b Jumlah elaun modal dipercepatkan

Ruang ini merujuk kepada elaun modal dipercepatkan (jika ada) yang dilaporkan

bersama-sama dengan lain-lain elaun Jadual 3 di ruang C1a. Akan tetapi, hanya

elaun modal dipercepatkan bagi aset yang diperoleh dalam tempoh asas mulai

Tahun Taksiran 2011 perlu ditunjukkan di bawah ruang ini.

Elaun modal dipercepatkan yang berkaitan dengan aset yang diperoleh sebelum

Tahun Taksiran 2011 tidak perlu diambil kira.

Amaun diserap Tuntutan elaun modal dipercepatkan yang diserap dalam tahun semasa iaitu

jumlah elaun modal dipercepatkan yang dilaporkan di ruang (f) dalam lampiran

ruang C1a berhubung aset yang diperoleh mulai Tahun Taksiran 2011.

Keutamaan menyerap mana-mana jenis elaun Jadual 3 terlebih dahulu adalah

pilihan PLT tetapi amalan hendaklah konsisten dan rekod disimpan.

Baki hantar hadapan

Baki elaun modal dipercepatkan yang tidak dapat diserap dalam tahun semasa

iaitu jumlah elaun modal dipercepatkan yang dilaporkan di ruang G dalam

lampiran ruang C1a berhubung aset yang diperoleh mulai Tahun Taksiran 2011.

Isikan ‘0’ jika tiada.

C2 Menuntut elaun bangunan industri di bawah

Tandakan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika menuntut elaun bangunan industri di

bawah subperenggan 42(1) Jadual 3.

Page 11: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 10 -

subperenggan 42(1) Jadual 3

Sekiranya tidak menuntut atau tidak berkenaan, tandakan ‘2’ dalam petak untuk

‘Tidak’.

BAHAGIAN D : TUNTUTAN INSENTIF

Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Warta Kerajaan yang berkenaan hendaklah dirujuk bagi menentukan kelayakan sebelum membuat sebarang tuntutan.

Bagi ruang D1, D2 dan D4, rujuk kod tuntutan insentif (Lampiran D) yang boleh diperoleh di Buku Panduan Borang Nyata Syarikat.

D1 Menuntut Perbelanjaan Khas, Potongan Selanjutnya dan Potongan Dua Kali

Tuntutan ini dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu:

(1) Perbelanjaan khas

(2) Potongan selanjutnya

(3) Potongan dua kali

Pilih kod tuntutan daripada senarai insentif yang disediakan bagi tiga kategori

tuntutan di atas.

Isikan amaun seperti dituntut dalam pengiraan pendapatan larasan di Lampiran

A1 (item 2.4). Bagi perbelanjaan yang dikategorikan sebagai ‘potongan

selanjutnya’, amaun yang perlu dimasukkan di bahagian ini ialah amaun potongan

tambahan kepada perbelanjaan asal yang telah dituntut dalam akaun.

D2 Menuntut insentif di bawah perenggan 127(3)(b)

Perenggan 127(3)(b) ACP 1967

Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana kelas orang daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.

Pilih kod daripada senarai insentif yang disediakan bagi jenis pengecualian / elaun yang dituntut, dan masukkan amaun berkenaan.

Contoh 1:

NLD Maju PLT menuntut insentif di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No.11) 2006 [P.U.(A) 112/2006] (Pengecualian cukai atas pendapatan berkanun perniagaan yang diluluskan oleh Menteri di bawah skim galakan istimewa) - Jenis insentif : Kod 539.

Contoh 2:

ZJ Setia PLT menuntut insentif di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No.12) 2006 [P.U.(A) 113/2006] (Pengecualian cukai atas pendapatan berkanun perniagaan yang diluluskan oleh Menteri di bawah skim galakan istimewa) - Jenis insentif : Kod 540.

Kod Insentif

Baki Bawa Hadapan

Amaun Dituntut

Amaun Diserap

Baki Hantar

Hadapan

Contoh 1 539 0 5,000 5,000 0

Contoh 2 540 10,000 8,000 6,000 12,000

Pengiraan insentif dan dokumen sokongan hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

Lampiran dan helaian kerja yang disediakan oleh LHDNM boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat pengiraan dan pelarasan.

D3 Menuntut insentif di bawah subseksyen 127(3A)

Subseksyen 127(3A) ACP 1967

Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana orang tertentu daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.

Isikan Nombor Siri Surat Kelulusan Insentif dari Kementerian Kewangan dan masukkan amaun berkenaan.

Page 12: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 11 -

Surat Kelulusan Menteri, pengiraan insentif dan dokumen sokongan hendaklah

disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

Contoh:

No. Kelulusan Insentif

Baki Bawa Hadapan

Amaun Dituntut

Amaun Diserap

Baki Hantar Hadapan

CPXXXX/2020 0 45,000 45,000 0

D4 Menuntut insentif di

bawah Akta Cukai

Pendapatan 1967 /

Akta Penggalakan

Pelaburan 1986

selain daripada

insentif di ruang

D1, D2 dan D3

Pilih kod daripada senarai insentif yang disediakan bagi jenis pengecualian / elaun

yang dituntut, dan masukkan amaun berkenaan.

Pengiraan insentif dan dokumen sokongan hendaklah disimpan untuk rujukan /

semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

Lampiran dan helaian kerja yang disediakan oleh LHDNM boleh digunakan

sebagai panduan untuk membuat pengiraan dan pelarasan.

Contoh:

JJ Usaha PLT menerima dividen sejumlah RM60,000 daripada syarikat lain.

Pendapatan dividen tersebut adalah dikecualikan cukai pendapatan di bawah

perenggan 12B Jadual 6 ACP 1967 - Jenis insentif : Kod 407.

Kod Insentif

Baki Bawa Hadapan

Amaun Dituntut

Amaun Diserap

Baki Hantar Hadapan

407 0 60,000 60,000 0

BAHAGIAN E : TUNTUTAN KERUGIAN

Ruang ini disediakan untuk melaporkan kerugian tahun taksiran semasa dan tahun taksiran kebelakangan:

Kerugian Tahun Taksiran Semasa

Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang diserap dalam tahun taksiran semasa

serta baki kerugian yang dihantar hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran akan datang.

Kerugian Tahun Taksiran Kebelakangan *

Pelaporan tuntutan kerugian ke belakang yang diserap dalam tahun semasa perlu dibuat mengikut tahun

taksiran kerugian tersebut mula berbangkit dengan mengambilkira maklumat berikut:

Kerugian diabaikan / diserap sehingga tahun taksiran sebelum tahun taksiran semasa; dan

Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar hadapan

untuk diabaikan / ditolak dalam tahun taksiran berikutnya.

* Nota:

Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian tahun semasa yang tidak dapat diserap hanya dibenarkan untuk dibawa

ke hadapan untuk diserap bagi tempoh maksimum sehingga tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut

[Subseksyen 44(5F)].

Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44

Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap sepenuhnya dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan untuk diserap sehingga maksimum 7 tahun taksiran bermula Tahun Taksiran 2019.

Gunakan lampiran dan helaian kerja yang berkenaan untuk membuat pengiraan dan pelarasan kerugian.

Selepas pengiraan dan pelarasan kerugian, rumusan kerugian diserap / diserah / diabaikan dan kerugian hantar

hadapan hendaklah diisi dalam lampiran yang disediakan.

Page 13: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 12 -

Contoh lampiran Bahagian E:

E1 Amaun Diabaikan Amaun ( h) dari tahun-tahun taksiran 2018 & sebelum, 2019 dan 2020

E2 Amaun Diserap Amaun ( b ) campur amaun ( j ) dari tahun-tahun taksiran 2018 & sebelum,

2019 dan 2020

E3 Baki Hantar Hadapan Amaun ( c ) campur amaun ( k ) dari tahun-tahun taksiran 2018 & sebelum, 2019 dan 2020

BAHAGIAN F : MAKLUMAT PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD

Ruang Perkara Keterangan

F1 No. telefon

Nombor telefon di premis perniagaan. Sila pastikan maklumat ini adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan rasmi LHDNM.

F2 E-mel

Pastikan maklumat ini adalah betul. Maklumat ini hanya untuk kegunaan rasmi LHDNM sahaja.

F3 Maklumat untuk bayaran balik

F3a Kaedah bayaran balik lebihan cukai

Nyatakan kod bagi kaedah bayaran balik lebihan cukai dalam petak yang

disediakan.

Kod Kaedah bayaran balik lebihan cukai

1 Melalui akaun sendiri di Malaysia

2 Melalui DuitNow

3 Melalui akaun pihak ketiga

Bayaran balik melalui akaun bank sendiri di Malaysia

Jika F3a = 1, isikan juga ruang F3b, F3c dan F3d bagi memudahkan bayaran

balik secara elektronik ke akaun bank di Malaysia melalui EFT (Electronic Funds

Transfer). Sila pastikan maklumat bagi ruang F3b, F3c, F3d dan maklumat lain

PLT di bank adalah betul seperti yang dilaporkan ke LHDNM bagi mengelakkan

kegagalan bayaran balik melalui EFT.

Bayaran balik melalui DuitNow

Jika F1a = 2, bayaran balik lebihan cukai akan dibuat menggunakan ID DuitNow

yang didaftarkan di bank pilihan. "DuitNow" adalah perkhidmatan yang

Page 14: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 13 -

membolehkan pemindahan wang serta-merta dengan menggunakan ID DuitNow

penerima.

Bagi tujuan bayaran balik melalui DuitNow, pendaftaran DuitNow PLT dengan

bank pilihan hendaklah mengunakan no. pendaftaran SSM. Pastikan No.

pendaftaran PLT yang didaftarkan di bank pilihan adalah sama dengan no

pendaftaran di dalam rekod LHDNM seperti ruang 2 Maklumat Asas.

Bayaran balik ke akaun bank pihak ketiga

Jika F3a = 2, ruang F3b, F3c dan F3d TIDAK perlu diisi.

Permohonan bayaran balik ke akaun bank pihak ketiga perlu dikemukakan ke

cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan syarikat.

F3b Nama bank Pilih nama bank daripada senarai (drop down list) yang disediakan.

F3c No. akaun bank Masukkan nombor akaun bank PLT yang dinyatakan di ruang F3b.

F3d No. Pengenalan Bank

Item ini merujuk kepada nombor pengenalan yang digunakan oleh bank semasa

pembukaan akaun bagi entiti atau nombor pengenalan unik yang digunakan oleh

pemegang akaun [Entiti perniagaan yang tidak mempunyai nombor pendaftaran

syarikat / nombor daftar perniagaan kerana tidak tertakluk kepada pendaftaran

dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)]. Sila hubungi bank bagi

mendapatkan nombor pengenalan bank syarikat.

Selain nama pemegang akaun bank dan nombor akaun bank, nombor pengenalan

ini digunakan oleh bank sebagai kunci tambahan bagi tujuan semakan dan

pengesahan untuk pembayaran balik lebihan cukai melalui EFT.

F4 Maklumat Pekongsi

Isikan maklumat pekongsi di Ruang F4 (lampiran) yang disediakan.

Nota:

Awalan (prefix contohnya ‘SG’) tidak perlu diisi pada No. Cukai Pendapatan

dalam lampiran ruang F4. Pemadanan dengan awalan akan dibuat oleh sistem.

Lengkapkan maklumat lima (5) orang pekongsi pekongsi utama mengikut

susunan keutamaan.

Bagi PLT dalam penggulungan, lampiran ruang F4 perlu dilengkapkan dengan

maklumat pekongsi terakhir sebelum pelikuidasi dilantik.

F5 Alamat perkongsian liabiliti terhad

Isikan alamat perkongsian liabiliti terhad di Ruang F5 (lampiran) yang disediakan.

F6 Tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C

Sekiranya PLT tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C, isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ dan isi juga maklumat seperti dikehendaki dalam jadual berikut.

Amaun cukai - EBITDA

Belanja faedah tertakluk di bawah seksyen 140C

Belanja faedah yang disekat

Baki Hantar Hadapan

Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan / tidak terpakai.

Amaun cukai – EBITDA

Pengiraan cukai - EBITDA merujuk kepada formula seperti dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Sekatan Ke Atas Kebolehpotongan Faedah) 2019 [P.U. (A) 175/2019].

Contoh pengiraan boleh dirujuk dalam Restriction on Deductibility of Interest Guidelines [Section 140C, Income Tax Act 1967] (hanya dalam versi Bahasa Inggeris sahaja) di Portal RasmiLHDNM:

http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/RDIG_05072019.pdf

atau

Page 15: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 14 -

Laman Utama > Antarabangsa > Restriction on Deductibility of Interest Guidelines [Section 140C, Income Tax Act 1967]

Belanja faedah tertakluk di bawah seksyen 140C

Belanja faedah di bawah seksyen 140C adalah seperti definisi dalam subseksyen 140C(3) di mana ‘interest expense’ bermaksud:

a) Interest on all forms of debt; or

b) Payments economically equivalent to interest (excluding expenses incurred in connection with the raising of finance)

Sila rujuk juga kepada perenggan 3.5, 3.6, 3.7 dan 3.9 dalam Guidelines tersebut.

Belanja faedah yang disekat

Amaun faedah maksimum yang disebut dalam seksyen 140C ACP 1967 hendaklah suatu amaun yang bersamaan dengan:

20% x Amaun cukai-EBITDA daripada setiap punca yang terdiri daripada perniagaan

Baki hantar hadapan

Perbelanjaan faedah yang melebihi amaun faedah maksimum adalah dibenarkan untuk dibawa hadapan dan dipotong daripada pendapatan larasan bagi tahun-tahun taksiran berikutnya tertakluk kepada amaun faedah maksimum bagi tahun taksiran berkenaan walaupun syarikat itu tiada perbelanjaan faedah bagi mana-mana tahun taksiran berikutnya, sehingga keseluruhan amaun lebihan itu digunakan sepenuhnya.

F7 Maklumat Kewangan perkongsian liabiliti terhad:

Isikan maklumat kewangan perkongsian liabiliti terhad di lampiran yang disediakan.

Kod perniagaan Rujuk Lampiran G untuk kod perniagaan. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isi kod perniagaan bagi perniagaan yang mempunyai perolehan yang terbesar.

Bagi syarikat dorman (termasuk syarikat yang tidak pernah atau belum mula beroperasi), isikan kod perniagaan mengikut jenis perniagaan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Jenis aktiviti perniagaan

Nyatakan jenis aktiviti perniagaan berkenaan dalam petak yang disediakan.

Jualan atau perolehan

Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama termasuk pendapatan terakru. Isikan ‘0’ jika tiada pendapatan.

Stok awal Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

Belian Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat.

Kos pengeluaran Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.

Stok akhir Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

Kos jualan (Stok awal campur Belian campur Kos pengeluaran) tolak Stok akhir. Isikan ‘0’ jika tiada.

UNTUNG / RUGI KASAR

Jualan / perolehan tolak Kos jualan.

Tandakan ‘X’ dalam petak yang disediakan jika nilai negatif (rugi).

Keuntungan pertukaran wang asing

Jumlah keuntungan pertukaran wang asing seperti yang diambil kira dalam Akaun Untung Rugi.

Pendapatan perniagaan lain

Jumlah pendapatan bersih daripada punca perniagaan lain.

Pendapatan lain Jumlah pendapatan bersih daripada semua punca bukan perniagaan. Ini termasuk bahagian pendapatan / perolehan luar biasa yang layak dikenakan cukai di bawah perenggan 4(f) ACP 1967.

Keuntungan tidak dikenakan cukai

Ruang ini mengambil kira keuntungan belum direalisasikan, keuntungan modal dan bahagian pendapatan / perolehan luar biasa yang tidak dikenakan cukai. Ini tidak termasuk pendapatan yang dikecualikan cukai.

Page 16: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 15 -

PERBELANJAAN:

Faedah Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.

Bayaran profesional, teknikal, pengurusan dan kos guaman

Bayaran fi teknikal kepada penerima bukan pemastautin

Bayaran kontrak

Amaun bayaran kontrak yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi. Ini tidak

termasuk bayaran kontrak yang diklasifikasikan sebagai kos jualan.

Gaji dan upah selain pekongsi

Gaji dan upah pekongsi

Royalti Jumlah kasar sebelum ditolak cukai pegangan.

Sewa / pajakan Jumlah yang dibayar untuk sewa premis, tanah, kenderaan, peralatan, lain-lain sewaan dan pajakan yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

Penyelenggaraan dan pembaikan

Penyelidikan dan pembangunan

Promosi dan pengiklanan

Perjalanan dan penginapan

Kerugian pertukaran wang asing

Jumlah kerugian pertukaran wang asing seperti yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

Perbelanjaan-perbelanjaan lain

Jumlah semua perbelanjaan selain daripada dinyatakan atas, yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

JUMLAH PERBELANJAAN

Jumlah semua perbelanjaan yang dinyatakan di atas (dari Faedah hingga Perbelanjaan-perbelanjaan lain).

UNTUNG / RUGI BERSIH

Untung atau rugi bersih seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika rugi.

Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

Jumlah perbelanjaan yang TIDAK dibenarkan dalam pengiraan cukai pendapatan di bawah perundangan percukaian dan layanan cukai yang sedia ada.

ASET TETAP:

Kenderaan

Loji dan jentera

Tanah dan bangunan

Aset tetap lain

JUMLAH ASET TETAP

Jumlah semua aset tetap yang dinyatakan di atas (dari Kenderaan hingga Aset tetap lain)

Ini termasuk bonus, elaun, bayaran kerja lebih masa dan gaji cuti seperti dalam Akaun Untung Rugi.

Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

Jumlah bayaran seperti dalam Akaun Untung Rugi

Page 17: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 16 -

Jumlah kos aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas

Hanya jumlah kos asal aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas diambil kira dalam ruang ini. Jika aset tetap diperoleh secara sewa beli atau pajakan kewangan, hanya jumlah prinsipal yang dibayar sahaja patut dinyatakan.

Pelaburan Kos pelaburan dan simpanan tetap.

ASET SEMASA:

Penghutang

dagangan

Penghutang perdagangan seperti dalam Kunci Kira-kira.

Penghutang

lain

Penghutang lain seperti dalam Kunci Kira-kira tetapi tidak termasuk pinjaman

kepada pengarah.

Stok Stok akhir termasuk bahan mentah, barangan separa siap dan barangan siap

seperti dalam Kunci Kira-kira.

Pinjaman kepada pekongsi

Baki tunai dan baki di bank

Aset

semasa lain

Aset semasa selain daripada yang dinyatakan di atas.

JUMLAH

ASET SEMASA

Jumlah semua aset semasa yang dinyatakan di atas (dari Penghutang dagangan

hingga Aset semasa lain)

JUMLAH ASET Jumlah Aset Tetap campur Pelaburan campur Jumlah Aset Semasa

LIABILITI DAN MODAL PEKONGSI

LIABILITI SEMASA:

Pinjaman

dan overdraf

Dalam bentuk jangka pendek seperti overdraf bank, ‘banker’s acceptance’, ‘trust

receipt’ dan sebagainya.

Pemiutang

dagangan

Jumlah yang berbangkit daripada pembelian barang dagangan dan perkhidmatan yang diterima.

Pemiutang lain Pemiutang selain daripada Pemiutang dagangan dan Pinjaman daripada

pengarah.

Pinjaman daripada pekongsi

Dalam bentuk pinjaman dan pendahuluan seperti dalam Kunci Kira-Kira.

Liabiliti

semasa lain

Liabiliti semasa selain daripada yang dinyatakan di atas.

JUMLAH

LIABILITI

SEMASA

Jumlah semua liabiliti semasa yang dinyatakan di atas (dari Pinjaman dan

overdraf hingga Liabiliti semasa lain)

Liabiliti

jangka panjang

Pinjaman jangka panjang seperti pinjaman berpenggal, debentur, bon dan lain-

lain seperti dalam Kunci Kira-kira.

JUMLAH

LIABILITI

Jumlah Liabiliti Semasa campur Liabiliti jangka panjang.

MODAL PEKONGSI

Sumbangan modal

Amaun sumbangan modal yang telah dibayar.

Akaun pengasingan untung / rugi

Baki dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi termasuk untung tertahan seperti dalam Kunci Kira-kira.

Akaun rizab Ini termasuk semua akaun rizab kecuali untung tertahan.

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira.

Page 18: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 17 -

JUMLAH MODAL Jumlah dari sumbangan modal hingga Akaun rizab.

JUMLAH LIABILITI DAN MODAL

Jumlah Liabiliti campur Jumlah Modal.

BAHAGIAN G : MAKLUMAT LAIN

Ruang Perkara Keterangan

G1 Pendapatan bercukai tahun ke belakang yang belum dilapor (jika ada)

Isikan jenis pendapatan, tahun taksiran dan amaun dalam ruangan yang disediakan.

Gunakan Helaian Kerja HK-J (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) untuk melaporkan pendapatan ini dan simpan pengiraan cukai yang berkenaan untuk semakan.

G2 Membuat bayaran dalam tempoh asas kepada bukan pemastautin yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B dan 109F

Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya PLT membuat bayaran dalam tempoh

asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A,

109B dan 109F.

Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

Helaian Kerja HK-M (Buku Panduan Borang Nyata Syarikat) boleh digunakan

sebagai panduan untuk penyimpanan rekod.

Jenis-jenis cukai pegangan adalah seperti berikut:

Cukai pegangan di bawah seksyen 107A

Bahagian perkhidmatan kontrak yang dibayar kepada kontraktor bukan

pemastautin.

Kadar cukai pegangan:

10% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(a)]

Tambah

3% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(b)]

(Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan

LHDNM hendaklah dipatuhi).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109

Faedah atau royalti yang dibayar kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967:

Faedah - 15% atas jumlah kasar

Royalti - 10% atas jumlah kasar

kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian

Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F dalam Buku Panduan

Borang Nyata Syarikat).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109A

Bayaran kepada penghibur awam untuk perkhidmatan yang dilaksanakan di

Malaysia.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967 iaitu 15%

atas jumlah kasar.

Cukai pegangan di bawah seksyen 109B

Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 yang dibayar kepada

bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10%

atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam

Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F dalam Buku

Panduan Borang Nyata Syarikat).

Page 19: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 18 -

Cukai pegangan di bawah seksyen 109F

Bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967 iaitu

10% atas jumlah kasar perolehan atau keuntungan di bawah perenggan 4(f)

yang diperoleh dari Malaysia.

G3a Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Sekiranya ada melupuskan aset, isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ dan isi juga ruang G3b. Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

G3b Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum.

Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

G4a Menjalankan perniagaan e-Dagang

Isi ‘1’ dalam petak untuk (‘Ya’) jika PLT berkenaan ada menjual apa-apa barang atau memberi perkhidmatan secara dalam talian.

Jika ‘Ya’, isi juga ruang G4b.

PLT dianggap menjalankan perniagaan e-dagang sekiranya dalam menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:

i. Menerima tempahan barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

PLT menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau media sosial dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

ii. Menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

PLT menerima bayaran tunai digital dengan kad kredit atau kad caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili

iii. Membekalkan barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

- PLT menggunakan e-mel, internet atau protokol pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian, dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian dalam bentuk cakera.

- PLT menggunakan e-mel berserta laman sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi nasihat tersebut.

- PLT menerima bayaran bagi mengiklankan barangan atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.

- PLT adalah pemilik laman sesawang.

- PLT menyediakan perkhidmatan akses ke internet

Isi ‘2’ untuk (‘Tidak’) jika PLT tidak menjalankan e-dagang, atau tidak berkenaan.

G4b Alamat laman sesawang / blog

Alamat laman sesawang / blog (jika ada).

G5a Tertakluk di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016

Isikan ‘1’ jika PLT adalah merupakan entiti konstituen suatu kumpulan

perbadanan multinasional (Kumpulan MNE) yang tertakluk kepada Kaedah-

Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 serta Kaedah-

Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) (Pindaan) 2017.

Isikan ‘2’ jika tidak berkenaan.

Jika G5a = ‘1’ (‘Ya’), isi juga ruang G5b.

Institusi konstituen ertinya :

a) mana-mana unit perniagaan berasingan suatu Kumpulan MNE yang

Page 20: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 19 -

dimasukkan dalam penyata kewangan disatukan Kumpulan MNE itu, atau akan dimasukkan jika kepentingan ekuiti dalam unit perniagaan itu diniagakan di bursa sekuriti awam;

b) mana-mana unit perniagaan berasingan yang dikecualikan daripada penyata kewangan disatukan Kumpulan MNE semata-mata atas alasan saiz atau kepentingan;

c) mana-mana establismen tetap mana-mana unit perniagaan berasingan suatu Kumpulan MNE seperti disebut dalam (a) atau (b), dengan syarat establishmen tetap itu menyediakan penyata kewangan berasingan bagi establismen tetap itu bagi maksud pelaporan kewangan, pengawalseliaan, pelaporan cukai, atau kawalan pengurusan dalaman.

Untuk maklumat lanjut, rujuk:

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016

(P.U. (A) 357/2016) serta Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan

Mengikut Negara)(Pindaan) 2017 (P.U. (A) 416/2017).

Undang-undang dan peraturan serta panduan berkaitan pelaporan CbCR di

Portal Rasmi LHDNM:

http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa

G5b Tertakluk sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor

Mana-mana entiti konstituen suatu kumpulan MNE yang tertakluk kepada

subperenggan 6(1) atau subperenggan 6(2) Kaedah-Kaedah Cukai

Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 dan (Pindaan) 2017

dikehendaki memaklumkan identiti dan mastautin cukai entiti pelapor.

Isi ‘1’ jika PLT adalah entiti konstituen yang tertakluk sebagai entiti pelapor, isi

lampiran yang dikehendaki.

Isi ‘2’ jika tertakluk sebagai bukan entiti pelapor, isi lampiran yang dikehendaki.

Entiti pelapor merujuk kepada entiti pemegangan muktamad atau entiti

pemegangan pengganti.

Entiti bukan pelapor merujuk kepada entiti konstituen kumpulan perbadanan

multinasional yang bermastautin di Malaysia atau establismen tetap di Malaysia

yang bukan entiti pelapor.

Untuk maklumat lanjut, rujuk:

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 (P.U.

(A) 357/2016) serta Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut

Negara)(Pindaan) 2017 (P.U. (A) 416/2017).

Undang-undang dan peraturan serta panduan berkaitan pelaporan CbCR di

Portal Rasmi LHDNM:

http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa

Page 21: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 20 -

Pemberitahuan sebagai entititi pelapor, jika G5b = 1

Pemberitahuan sebagai entititi pelapor di bawah Kaedah-Kaedah Cukai

Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 dan (Pindaan) 2017. Isi

maklumat dikehendaki.

Nama perkongsian liabiliti terhad

Nama PLT seperti di ruang 1.

No. rujukan (No. pendaftaran)

No. rujukan (No. pendaftaran) seperti di ruang 3.

No. Cukai Pendapatan

No. Cukai Pendapatan seperti di ruang 2.

E-mel CbCR Alamat e-mel kumpulan CbCR yang sama seperti

didaftarkan dalam Portal Hasil International Data

Exchange Facility (HiDEF).

Nama Kumpulan MNE

Nama kumpulan MNE (jika ada). Kumpulan MNE ertinya

suatu kumpulan perusahaan multinasional yang berkaitan

melalui pemilikan atau kawalan yang dengan itu ia

dikehendaki untuk menyediakan penyata kewangan

disatukan bagi maksud pelaporan kewangan di bawah

prinsip perakaunan yang terpakai atau akan dikehendaki

untuk berbuat demikian sekiranya kepentingan ekuiti

dalam mana-mana perusahaannya diniagakan di bursa

sekuriti awam yang termasuk—

(a) dua atau lebih perusahaan yang mastautin cukainya adalah di dalam wilayah bidang kuasa yang berlainan; atau

(b) suatu perusahaan yang bermastautin di Malaysia dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di dalam wilayah bidang kuasa yang lain, atau bermastautin di dalam wilayah bidang kuasa yang lain dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di Malaysia.

Tempoh perakaunan

Tarikh mula dan tarikh akhir tempoh perakaunan entiti pelapor.

Bilangan Entiti konstituen di dalam Malaysia

Jumlah entiti konstituen yang bermastautin di dalam Malaysia.

Bilangan entiti konstituen di luar Malaysia

Jumlah entiti konstituen yang bermastautin di luar Malaysia.

Nama perkongsian liabiliti terhad

Nama PLT seperti di ruang 1.

Page 22: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 21 -

Pemberitahuan sebagai bukan entititi pelapor, jika G5b = 2

Pemberitahuan sebagai bukan entititi pelapor di bawah Kaedah-Kaedah Cukai

Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 dan (Pindaan) 2017. Isi

maklumat dikehendaki.

Nama perkongsian liabiliti terhad

Nama PLT seperti di ruang 1.

No. rujukan (No. pendaftaran)

No. rujukan (No. pendaftaran) seperti di ruang 3.

No. Cukai Pendapatan

No. Cukai Pendapatan seperti di ruang 2.

E-mel Alamat e-mel yang boleh dihubungi bagi tujuan CbCR

Nama entiti pelapor

Nama entiti pelapor.

No. cukai pendapatan

Nombor cukai pendapatan entiti pelapor.

Negara mastautin

Rujuk kod negara di muka surat 23 nota penerangan ini atau senarai lengkap di Lampiran E.

Tempoh perakaunan entiti pelapor

Tarikh mula dan tarikh akhir tempoh perakaunan entiti pelapor.

Nama Kumpulan MNE

Nama kumpulan MNE (jika ada). Kumpulan MNE ertinya

suatu kumpulan perusahaan multinasional yang berkaitan

melalui pemilikan atau kawalan yang dengan itu ia

dikehendaki untuk menyediakan penyata kewangan

disatukan bagi maksud pelaporan kewangan di bawah

prinsip perakaunan yang terpakai atau akan dikehendaki

untuk berbuat demikian sekiranya kepentingan ekuiti

dalam mana-mana perusahaannya diniagakan di bursa

sekuriti awam yang termasuk—

(a) dua atau lebih perusahaan yang mastautin cukainya adalah di dalam wilayah bidang kuasa yang berlainan; atau

(b) suatu perusahaan yang bermastautin di Malaysia dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di dalam wilayah bidang kuasa yang lain, atau bermastautin di dalam wilayah bidang kuasa yang lain dan tertakluk kepada cukai berkenaan dengan perniagaan yang dijalankan melalui suatu establismen tetap di Malaysia.

Status entiti pelapor

Isikan ‘1’ jika entiti pelapor adalah entiti pemegangan muktamad. Isikan ‘2’ entiti pelapor adalah entiti pemegangan pengganti.

Jika 2, isi juga ruang N7a dan N7b

Nama entiti pemegangan muktamad

Nama entiti pemegangan muktamad.

Negara mastautin

Rujuk kod negara di muka surat 23 nota penerangan ini atau senarai lengkap di Lampiran E.

Page 23: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 22 -

G6 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia

Tandakan ‘1’ jika PLT mempunyai “akaun kewangan” di institusi kewangan di

luar Malaysia atau ‘2’ jika tidak ada / tidak berkenaan. Rujuk maklumat di bawah

sebelum membuat pilihan:

Pengisytiharan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-

undang percukaian Malaysia, selaras dengan komitmen Malaysia terhadap

Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan dengan Negara-negara

Pejanji. Di bawah komitmen tersebut, Malaysia akan menerima maklumat

berkenaan akaun kewangan yang disimpan di luar negara oleh pemastautin

cukai Malaysia.

Walau bagaimanapun, status mempunyai akaun kewangan di luar negara

bukanlah petunjuk bahawa berlakunya ketidakpatuhan cukai.

"Akaun Kewangan" merujuk kepada akaun kewangan yang disenggara oleh

institusi kewangan di luar Malaysia yang merangkumi:

i) Akaun Depositori

• Akaun simpanan, akaun semasa dan akaun deposit lain.

ii) Akaun Jagaan (Custodial)

• Akaun (selain daripada Kontrak Insurans atau Kontrak Anuiti) untuk

manfaat orang lain yang memegang sebarang instrumen kewangan atau

kontrak untuk pelaburan.

iii) Kontrak Insurans Nilai Tunai

• Kontrak Insurans Nilai Tunai ialah satu kontrak insurans yang mana

pemegang polisi berhak menerima pembayaran semasa penyerahan atau

penamatan kontrak. Kontrak insurans juga akan menjadi Kontrak Insurans

Nilai Tunai apabila pemegang polisi boleh meminjam di bawah kontrak

tersebut. Ia adalah produk pelaburan yang mempunyai unsur insurans

hayat di dalamnya. Elemen insurans hayat biasanya kecil berbanding

dengan elemen pelaburan.

iv) Kontrak Anuiti

• Kontrak di mana pihak yang menawarkannya bersetuju untuk membuat

pembayaran untuk jangka masa yang ditentukan secara keseluruhan atau

sebahagian dengan merujuk kepada jangka hayat satu atau lebih individu;

atau

• Kontrak yang mana dianggap sebagai kontrak anuiti di bawah undang-

undang, peraturan atau praktis di Malaysia di mana kontrak itu dibuat dan

pihak yang menawarkan bersetuju untuk membuat pembayaran dalam

satu jangkamasa tertentu.

v) Kepentingan Ekuiti dan Hutang dalam Entiti Pelaburan

Maklumat lebih lanjut berhubung Pertukaran Maklumat Akaun Kewangan

Automatik dengan Negara Pejanji boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM,

http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa > Pertukaran Maklumat Automatik

(AEOI) > Standard Pelaporan Bersama (CRS).

Page 24: Perkongsian Liabiliti - Hasil

- 23 -

BAHAGIAN H : MAKLUMAT JURUAUDIT

Ruang Perkara Keterangan

H1 Nama firma Nama firma juruaudit yang mengaudit akaun syarikat berkenaan.

H2 Alamat firma Alamat surat-menyurat firma juruaudit tersebut.

H3 No. pendaftaran perniagaan

Nombor pendaftaran perniagaan firma juruaudit seperti didaftarkan.

H4 E-mel Alamat e-mel juruaudit.

H5 No. telefon Nombor telefon firma juruaudit / telefon bimbit juruaudit.

BAHAGIAN J: MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Ruang Perkara Keterangan

J1 Nama firma Nama firma ejen cukai yang mengisi borang ini.

J2 Alamat firma Alamat surat-menyurat firma ejen cukai.

J3 No. telefon Nombor telefon firma ejen cukai / telefon bimbit ejen cukai.

J4 No. kelulusan ejen cukai

Untuk diisi oleh ejen cukai yang mendapat kelulusan di bawah peruntukan perenggan-perenggan 153(3)(b) dan 153(3)(c) ACP 1967.

J5 E-mel Alamat e-mel ejen cukai.

J6 No. telefon Nombor telefon firma ejen cukai / telefon bimbit ejen cukai.

J7 Tandatangan Tandatangan ejen cukai yang mengisi borang ini

KOD NEGARA

Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Rujuk Lampiran E dalam Buku Panduan Borang Nyata Syarikat untuk senarai yang lengkap.

Negara Kod Negara Kod Negara Kod

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of