22
Perkembangan sukan dalam kalangan kanak-kanak serta hubungkaitannya dengan teori-teori psikososial. penyertaan dalam sukan untuk kaum lelaki dan wanita sudah lama terbentuk. Kita boleh lihat bagaimana pembahagian serta jenis-jenis sukan mengikut jantina terbentuk dalam masyarakat kita. Bagaimanapun, bagi wanita yang melibatkan diri dalam sukan secara aktif, mereka sebenarnya telah melangkah batas norma yang telah ditetapkan oleh masyarakat, khususnya dalam sukan yang kompetitif selepas baligh. Menurut Eccles dan Harold (1991), terdapat tiga cara individu dipengaruhi untuk menyertai sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor sosialisasi,situasi dan persekitaran dan faktor peribadi. Faktor sosialisasi merujuk kepada proses interaksi antara individu. Dalam konteks sukan, pengaruh sosialisasi individu yang signifikan dalam kehidupan seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan (Greendorfer, 1992). Antaranya dorongan kedua ibu bapa serta pengaruh saudara tua (abang atau adik) turut mempengaruhi penglibatan dalam sukan (Eccles & Harold, 1991) ; Greendorfer, 1992). Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.Proses sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan. Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya

Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

m

Citation preview

Page 1: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

‘Perkembangan sukan dalam kalangan kanak-kanak serta hubungkaitannya dengan teori-teori psikososial.

penyertaan dalam sukan untuk kaum lelaki dan wanita sudah lama terbentuk.

Kita boleh lihat bagaimana pembahagian serta jenis-jenis sukan mengikut jantina

terbentuk dalam masyarakat kita. Bagaimanapun, bagi wanita yang melibatkan

diri dalam sukan secara aktif, mereka sebenarnya telah melangkah batas norma

yang telah ditetapkan oleh masyarakat, khususnya dalam sukan yang kompetitif

selepas baligh. Menurut Eccles dan Harold (1991), terdapat tiga cara individu

dipengaruhi untuk menyertai sukan dan aktiviti fizikal iaitu faktor

sosialisasi,situasi dan persekitaran dan faktor peribadi. Faktor sosialisasi

merujuk kepada proses interaksi antara individu. Dalam konteks sukan,

pengaruh sosialisasi individu yang signifikan dalam kehidupan seseorang kanak-

kanak lelaki atau perempuan mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan

(Greendorfer, 1992). Antaranya dorongan kedua ibu bapa serta pengaruh

saudara tua (abang atau adik) turut mempengaruhi penglibatan dalam sukan

(Eccles & Harold, 1991) ; Greendorfer, 1992).

Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi

dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya

dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.Proses

sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan

dan proses sosialisasi melalui sukan.

                        Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan

ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang

individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh yang jelas

proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang

ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei yang

memakai pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan

ini akan menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di

dalam diri individu terbabit.

Page 2: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

                        Di samping itu, berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan

ialah sukan dapat mendisiplinkan seseorang. Di mana setiap sukan yang wujud

mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan tersebut

dimainkan. Dengan wujudnya peraturan sebegini maka individu yang terlibat

secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap berdisiplin ini ke

dalam diri mereka semasa bersukan. Maka, penerapan disiplin sebegini

mempengaruhi sikap individu terbabit.

                        Selain itu, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila kita

menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut. Biasanya semasa

bersukan kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat yang wujud

dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut nilai

yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk tidak

merokok maka sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan.

                        Seterusnya, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku hasil

daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institusi sukan tersebut.

Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling berinteraksi

dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kebebasan

bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas hati

terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan idea tanpa

rasa bersalah.

                        Proses sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku berdasarkan

pembentukan atlet dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang dipilih untuk

bertanding dalam sesuatu acara akan dipilih berdasarkan kemahiran dan sifat

fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang yang tinggi dan kurus cenderung terlibat

dengan lompat jauh, bola tampar manakala bagi orang gemuk pula cenderung

kepada acara sukan seperti lontar peluru dan bagi orang yang berotot cenderung

kepada bole sepak, lari pecut.

Page 3: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

                        Proses sosialisasi yang kedua adalah proses sosialisasi melalui

sukan. Faktor utama proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat

mensosialisasikan individu terbabit. Elemen-elemen yang terdapat dalam

peraturan sukan seperti sikap bekerjasama, berdisiplin, saling menghormati di

antara individu serta mematuhi undang-undang dan peraturan dapat membantu

untuk pembentukan sifat peribadi individu itu sendiri. Melalui sukan sikap individu

dapat di bentuk dengan menunjukkan sikap yang baik, nilai-nilai murni,

tingkahlaku yang terpuji dan kepimpinan individu terserlah. Melalui sukan juga

perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika dahulu seorang individu itu

pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan individu tersebut bertukar

menjadi orang yang agresif. Tindakan agresif ini dapat dilihat dalam sukan ragbi

dan gusti.

           

Di samping itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan

sebagai alat untuk mengintegrasikan atlit-atlit atau ahli-ahli. Dalam pasukan

tersebut akan terbentuk sikap saling membantu dan sentiasa memastikan

pasukan menang dalam pertandingan sukan dengan mengamalkan sikap saling

membantu. Sikap ini akan mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli pasukan.

Selain itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan tersebut

berunsurkan motivasi kejayaan. Pasukan atau individu akan berusaha

bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan.

Motivasi yang diterima sama ada berbentuk motivasi intrinsik atau pun motivasi

ekstrinsik. Melalui motivasi dalam aktiviti sukan tersebut individu atau kumpulan

pasukan akan bersama-sama untuk mengharumkan  nama negara  dan

keluarga. Semangat ini didapati berkesan untuk mendorong atlet  mencapai

kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Misalnya dalam sukan badminton dan

skuasy.

Seterusnya, proses sosialisasi melalui sukan juga ialah sukan

sebagai alat pertahanan diri. Individu akan bersukan adalah untuk

Page 4: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

mempertahankan diri sama ada untuk mempertahan diri sendiri atau organisasi

atau pun disebabkan faktor lain.  Dengan mempelajari kemahiran yang terdapat

melalui sukan tersebut maka individu tersebut berasa lebih selamat. Misalnya

individu boleh mempelajari seni mempertahankan diri dalam sukan seperti karate

do, taekwondo, menembak dan memanah. 

Kesimpulannya, sosialisasi sukan melibatkan individu dan juga

agen-agen sosialisasi hasil daripada proses sosialisasi ke dalam sukan dan

proses sosialisasi melalui sukan.

Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Penglibatan

Murid-Murid

Perkembangan dan tingkah laku individu boleh dipengaruhi oleh faktor

persekitaran. Banyak kajian-kajian telah dibuat mengenai perkembangan dan

tingkah laku individu yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Rahil dan

Habibah (2002) yang memetik pernyataan Penteori behaviorisme, Watson

(1878-1958), iaitu:

“Give me a dozen healthy infants, well-formed, and in my own special world to

bring them up in and I’ll guarantee to take any one at random and train him to

become any type of specialist I might select – doctor, lawyer, artist, merchant,

chief, and yes, even beggarman and thief, regardless of his talents, penchants,

tendencies, abilities, vocations and race of his ancestors.......”.

Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner, sistem yang paling dekat kepada

perkembangan individu ialah mikrosistem. Mikrosistem seperti dijelaskan awal

adalah faktor seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan kejiranan dan

faktor agama dan budaya. Dalam laporan ini cuma akan menyentuh tiga faktor

dari mikrosistem iaitu keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Ini kerana ketiga-tiga

faktor ini lebih dekat kepada perkembangan individu dalam konteks pendidikan

amnya dan penglibatan dalam sukan bolasepak khasnya bagi murid-murid

berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I.

Page 5: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner

Teori ekologi ini diasaskan oleh Urie Bronfenbrenner. Menurut beliau,

persekitaran manusia berasas kepada hubungan dengan konteks di mana

seseorang itu berinteraksi. Beliau mengelaskan beberapa sistem yang

cenderung  mempengaruhi manusia kepada 5 sistem iaitu Mikrosistem,

Mesosistem, Eksosistem, Makrosistem dan Kronosistem. (lihat Rajah 1).

Pertama, mikrosistem merujuk kepada sistem yang paling hampir dengan

seseorang individu. Jika dilihat dari Rajah 1, ianya terdiri daripada keluarga,

sekolah, rakan sebaya, kawasan permainan kejiranan dan kumpulan agama.

Kedua, mesosistem pula merujuk kepada hubungan seorang individu dengan

individu yang lain dalam persekitaran dimana seseorang itu berkembang.

Seterusnya, eksosistem ialah suatu persekitaran yang tidak melibatkan

seseorang individu secara langsung tetapi sebarang kegiatan dan peristiwa yang

berlaku didalamnya akan mempengaruhi individu dan keluarga tersebut.

Manakala, makrosistem pula melibatkan persekitaran yang abstrak. Ianya

merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi yang mendukung sesuatu budaya.

Akhirnya, kronosistem ialah pola peristiwa dan transisi yang berlaku dalam

persekitaran individu sepanjang hayatnya.

Justeru itu, melalui teori perkembangan ekologi yang dikemukakan oleh

Bronfenbrenner, kita dapat melihat bagaimana persekitaran itu boleh

mempengaruhi perkembangan individu. John (2006) menjelaskan mengenai

dengan teori ekologi Bronfenbrenner seperti berikut:

“Bronfenbrenner’s theory has gained popularity in recent years. It provides

one of the few theoretical frameworks for systematically examining social

contexts on both micro and macro levels, bridging gap between behavioral

theories that focus on small settings and anthropological theories that analyze

larger settings. His theory has been instrumental in calling attention to the

importance of looking children’s lives in more than one setting. As we just saw,

teachers often need to consider not just what goes around in the classroom but

also what happens in students families, neighbourhoods and peer groups”.

Page 6: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

Keluarga

John (2006) yang memetik dari Garbarino, Bradshaw, & Kostelny (2005)

dan Luster & Okagaki (2005) menyatakan:

“Children grow up in diverse families. Some parents nurture and support

their children. Others treat them harshly or ignore them. Some children have

experienced their parents’ divorce. Others live their entire childhood in a never-

divorced family. Others live in a stepfamily. Some children’s mothers and fathers

work full-time and place them in after-school programs. Other children’s mothers

or fathers are present when they come home from school. Some children grow

up in an ethnically uniform neighbourhood, others in a neighbourhood that is

more mixed. Some children’s families live in poverty; others are economically

advantaged. Some children have siblings; others don’t. These varying

circumstances affect children’s development and influence students in and

beyond the classroom”.

Keluarga juga merupakan pengaruh awal yang hadir didalam

perkembangan individu. Kehidupan keluarga termasuk stail keibubapaan, sosio-

ekonomik keluarga dan adik-beradik. Melalui keluarga, individu dapat berdikari

dan mencari identiti diri. (Rahil & Habibah, 2002)

Terdapat empat aspek dalam perhubungan ibu bapa yang terlibat dalam

perkembangan individu iaitu minat dan penglibatan ibu bapa, kekuatan emosi

dalam interaksi keluarga, ciri tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibu bapa.

            Menurut Rahil dan Habibah (2002) lagi, dalam kajian yang dijalankan

oleh Elder (1980), individu memandang positif tentang dua stail keibubapaan

iaitu ‘authoritative’ dan ‘equalitarian’. Ibu bapa ‘authoritative’ menggalakkan

anak-anak melibatkan diri dalam perbincangan dan meminta pendapat mereka

dalam membuat keputusan. Manakala ibu bapa ‘equilitarian’ pula cuba memberi

remaja membuat keputusan yang saksama.

Dari segi sosio-ekonomik pula, keluarga yang dapat memberi dan

menyediakan kemudahan, peralatan serta makanan yang berzat dan seimbang

Page 7: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

akan dapat membantu perkembangan individu. Mok Soon Sang (2001)

menyatakan bahawa makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-

kanak memperkembang jasmaninya dengan sempurna. Shahabudin, Mahani &

Ramlah (2003) juga menyatakan kekurangan jenis-jenis makanan yang tertentu

akan memberi kesan kepada pembentukan dan perkembangan jasmani

seseorang.

Selain daripada itu, adik-beradik juga boleh mempengaruhi

perkembangan individu. Menurut Mc Devitt (2004) yang memetik dari Barr (1999)

menyatakan bahawa ‘Older siblings also serve as role models (e.g., for asking

parents to buy something) and playmates for younger children’. Beliau juga

memuatkan pernyataan dari kanak-kanak berumur 15 tahun yang bernama

Robin yang menyatakan:

“My older brother is kind of like my Dad. He’s really nice to me… With my

brother, I usually like to play sports. With my little brother, I always play video

games with him. My little sister, we like to argue with each other”

Shaharuddin (2001) juga memetik dari Eccles & Harold (1991) dan

Greendorfer (1992) menyatakan bahawa pengaruh saudara tua (abang dan

kakak) turut mempengaruhi penglibatan dalam bidang sukan.

Daripada jawapan kaji selidik yang diterima didapati faktor keluarga

mempengaruhi penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah

Rendah Rimba I dalam sukan bolasepak. Sebanyak 94% murid menyatakan

bahawa bapa mereka menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam sukan

bolasepak. Sebanyak 76.5% bapa pula memberi respons bahawa mereka

menggalakkan anak mereka melibatkan diri dalam sukan bolasepak dan 36%

menghantar anak mereka untuk mengikuti skim bolasepak dan menyediakan

peralatan dan kemudahan yang diperlukan. Sebanyak 74% murid-murid

menyatakan bahawa mereka bermain bolasepak di kawasan rumah. Selain itu,

sebanyak 86% murid-murid memberi respons bahawa penglibatan mereka

dalam bolasepak adalah kerana mengikut jejak adik-beradik mereka.

Sekolah

Page 8: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

            Faktor sekolah dan persekolahan juga memberi sumbangan terhadap

pembentukan dan perkembangan individu. Selain daripada menerima

pengetahuan dan pengajaran, sekolah adalah institusi yang berfungsi sebagai

pemberi pendidikan yang menyentuh aspek nilai-nilai murni. Di sekolah

seseorang individu dapat membentuk disiplin dan sikap

bertanggungjawab. (Shahabudin, Mahani, & Ramlah, 2003)

            Selain itu, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum juga membantu individu

membentuk diri yang positif. Pentadbir sekolah yang berusaha untuk

memberikan kemudahan pengajaran, pembelajaran dan prasarana yang

kondusif akan dapat membantu proses perkembangan individu di sekolah.

            Rahil & Habibah (2002) pula menjelaskan bahawa sekolah memainkan

peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana mereka

banyak menghabiskan masa di sekolah, aktiviti gerak kerja kokurikulum dan

menghabiskan  kerja tambahan sekolah. Selain itu, sekolah juga mendedahkan

kanak-kanak kepada guru-guru yang menekankan bukan sahaja pencapaian

akademik, motivasi untuk belajar, penguasaan kemahiran dan mempertingkatkan

kemajuan tetapi juga sikap tanggungjawab, kepimpinan dan autoriti.

            Daripada pemerhatian dan kaji selidik yang dijalankan, faktor sekolah

juga telah mempengaruhi murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah

Rendah Rimba I untuk melibatkan diri dalam sukan bolasepak. Pihak sekolah,

melalui peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan telah

menyediakan sebuah padang bolasepak dan  kawasan lapang untuk

mengadakan latihan serta permainan bolasepak.

Bersesuaian dengan itu, guru-guru pendidikan jasmani di sekolah ini

menyediakan pengajaran serta latihan-latihan yang menarik minat murid-murid

dan juga memberikan motivasi kepada mereka.

Sebanyak 82% murid-murid menyatakan bahawa mereka berminat dalam

sukan bolasepak kerana galakan guru-guru mereka dan kemudahan yang

disediakan.

Page 9: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

Rakan Sebaya

            Shahabudin, Mahani & Ramlah (2003) menjelaskan bahawa rakan

sebaya adalah agen penting mempengaruhi pembentukan dan perkembangan

individu kanak-kanak. Rakan sebaya yang mempunyai nilai-nilai positif seperti

bekerjasama, tolong menolong dan saling bantu-membantu dapat membantu

proses pembelajaran dan memberi kesan kepada perkembangan individu.

            Rahil & Habibah (2002) pula menyatakan rakan sebaya melibatkan

kesamaan sosial iaitu dari segi umur, pematangan, latar belakang dan suka

bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat. Menurut mereka lagi, rakan

sebaya juga menyumbang kepada sosialisasi dengan menguji bakat seperti

kebolehan sukan, keberanian, kepimpinan, kepopularan dan kecantikan fizikal.

Mereka juga membahagikan rakan sebaya kepada dua jenis kumpulan iaitu click

dan crowd.

Click merupakan satu kumpulan yang rapat, yang mengandungi

sekurang-kurangnya enam rakan. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang

dikongsikan bersama dan keahlian dalam click membenarkan persahabatan

yang dipilih dimana mereka sangat akrab dan berkongsi minat dan aktiviti seperti

muzik, sukan, bercakap dan rupa fizikal.

Manakala crowd mengandungi 15 hingga 30 orang. Biasanya ianya terdiri

dari 2 hingga 4 kumpulan click dalam persatuan tidak formal dan selalunya

merupakan kelab, persatuan dan organisasi sukan.

Selain itu, Mok Soon Sang (2001) menjelaskan, pengaruh rakan sebaya

adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial kanak-

kanak. Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar

mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap maksimum.

Shaharuddin (2001), pula berpendapat bahawa pengaruh rakan sebaya

dapat memberi ruang untuk merasai kegembiraan bersama rakan-rakan apabila

berjaya mempelajari sesuatu kemahiran yang baru atau berjaya menguasai serta

melakukan kemahiran dengan jayanya.

Page 10: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

Sehubungan dengan itu, melihat dari respons yang diberikan dalam kaji

selidik, didapati bahawa rakan sebaya juga memainkan peranan yang besar

dalam penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 dalam sukan bolasepak.

Sebanyak 83 % respons yang diberikan menyatakan bahawa mereka melibatkan

diri dalam sukan bolasepak kerana mengikut rakan sebaya yang juga terlibat

dalam sukan tersebut.

Respons yang diberikan sesuai dengan penyataan oleh Shaharuddin

(2001) iaitu diantara sebab-sebab individu melibatkan diri dalam sukan ialah

untuk bersama dengan rakan dan menjalin persahabatan dengan rakan baru.

Mereka belajar tentang persekitaran, bersosialisasi dan berinteraksi dengan

orang lain dengan bermain.

            Sememangnya faktor keluarga, sekolah dan rakan sebaya memainkan

peranan yang penting dalam mempengaruhi penglibatan murid-murid berumur 9

hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I dalam sukan bolasepak. Ini dapat

dilihat daripada dapatan daripada hasil kaji selidik yang banyak menjurus kepada

pernyataan bahawa ketiga-tiga faktor di atas saling berhubung kait dalam

penglibatan mereka dalam sukan bolasepak. Ini juga selaras dengan kajian-

kajian yang menyatakan bahawa persekitaran juga mempengaruhi

perkembangan individu terutama dalam pembelajaran. Oleh itu, perkembangan

dan penglibatan individu itu boleh dimanipulasi dengan menyediakan

persekitaran yang boleh menyumbang kepada perkembangan samada ianya

positif ataupun negatif. Kita juga perlu melihat pengaruh perkembangan individu

dari pelbagai aspek dan teori ekologi Bronfenbrenner dapat membantu untuk kita

lebih memahami pengaruh-pengaruh yang mempengaruhi perkembangan

individu.

Faktor Personal Yang Mempengaruhi Penglibatan Kanak-kanak

            Menurut Mohd Jafius Bahari, faktor interpersonal juga akan mempegaruhi

penglibatan seseorang pelajar dalam aktiviti sukan. Sebagai contoh, Alan ingin

Page 11: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

main badminton tetapi semua rakannya ingin bermain bola sepak. Maka, dia

akan mengalami kesulitan mencari rakan yang ingin bermain badminton

dengannya dan seterusnya akan menyebabkan dia jarang mengikuti aktiviti

sukan. Faktor interpersonal yang lain termasuklah tekanan kebimbangan

budaya, sikap keagamaan , serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.

            Pelajar yang selalu didenda oleh guru akan berasa takut terhadap guru

sukan tersebut menyebabkan mereka berhenti untuk belajar dan berpretasi baik

semasa p&p. Dendaan yang tidak bersesuaian apabila dikenakan kepada pelajar

akan menyebabkan gangguan emosi yang akan menjejaskan kecergasannya.

Pelajar yang selalu didenda akan bertindak agresif dan cenderung melakukan

keganasan dan vandalisme

            Gejala pelajar tidak memakai pakaian sukan semasa pengajaran dan

pembelajaran PJK sering berlaku. Segelintir pelajar lupa, tidak suka atau sengaja

tidak berpakaian sukan semasa menghadiri kelas pjk. Penekanan peraturan dan

pengawalan pakaian yang longgar semasa Pendidikan jasmani menyebabkan

pelajar tidak peduli akan akibatnya.

Kesediaan untuk melibatkan diri dalam sukan

Malina (1988) menjelaskan bahawa kesediaan sebenarnya merujuk kepada satu

tahap di mana seseorang individu sudah bersedia dari segi kematangan serta

kemahiran yang membolehkan mereka berjaya dalam aktiviti yang diceburi.

Terdapat persamaan di antara tumbesaran kanak-kanak, kematangan serta

tugasan atau tuntutan aktiviti berkenaan. Jadi dapat kita rumuskan , kayu ukur

bagi tahap kesediaan ini berdasarkan kemampuan minimum kanak-kanak dalam

melaksanakan kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti tersebut.

Faktor-faktor kesediaan

Terdapat tiga faktor utama yang telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang

menentukan tahap kesediaan penyertaan kanak-kanak dalam sukan. Yang

pertama kematangan, pembelajaran dan motivasi, kesemua faktor ini berkait

rapat di antara satu sama lain.

Page 12: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

Kematangan merupakan faktor terpenting yang menentukan bila sesuatu

kemahiran boleh didedahkan kepada kanak. Interaksi pengaruh-pengaruh

tersebut membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu

tahap yang maksimum (Bee 1995; Rohani 2001). Kematangan merujuk kepada

proses perkembangan yang dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen, iaitu

bahan kimia terkandung dalam nukleus setiap sel.

Pembelajaran pula menurut Moh. Surya (1997) : “belajar dapat diartikan sebagai

suatu proses yang dilakukan oleh individu untuk memperoleh perubahan perilaku

baru secara keseluruhan, sebagai hasil dari pengalaman individu itu sendiri

dalam berinteraksi dengan lingkungannya”. Witherington (1952) : “belajar

merupakan perubahan dalam kepribadian yang dimanifestasikan sebagai pola-

pola respons yang baru berbentuk keterampilan, sikap, kebiasaan, pengetahuan

dan kecakapan”.

Motivasi pula didefinisikan sabagai arah merujuk kepada tindakan individu sama

ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi, Sage(1977). Wann

(1977) sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu dalam

usaha mengarah serta mengekalkan kelakuan yang diingini. Terdapat dua jenis

motivasi iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik.

Sebab-sebab keciciran dari aktiviti sukan

Kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti sukan kerana perbagai sebab serta

untuk memenuhi perlbagai keperluan. Bagaimana pun, penglibatan mereka

dalam aktiviti sukan tidak kekal lama kerana motif mereka sering berubah. Inilah

di antara punca yang menyebabkan keciciran dalam sukan. Kadar keciciran

kanak-kanak dalam aktiviti sukan di Amerika Syarikat di antara umur 10-17 tahun

telah meningkat sebanyak 80%(Roberts,1993). Ini kerana kehendak mereka

yang sentiasa berubah-ubah itu tidak dapat dipenuhi. Berdasarkan kajian,

terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan keciciran dalam aktiviti sukan iaitu

perbandingan komparatif, persepsi tentang kekurangan kemampuan dan tahap

intrinsik yang rendah serta stress pertandingan (Anshel,1997).

1.    Perbandingan komparatif bermaksud membandingkan diri dari segi kemampuan

motor dengan orang lain, dan ini sering dilakukan oleh kanak-kanak pada

Page 13: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

peringkat usia 7 hingaa 12 tahun (Scanlan,1988) – oleh kerana kekurangan

pengalaman serta kurangnya penglibatan dalam aktiviti sukan pada usia yang

muda, kanak-kanak ini terpaksa menggunakan perbandingan komparatif sebagai

kayu ukur status kemahiran motor mereka. Sebagai perbandingan, jika

kemahiran yang ingin dilakukan boleh dilakukan oleh ramai kanak-kanak yang

lain, maka tahap kemahiran motor individu tersebut bolehlah dianggap sebagai

sama dengan orang lain. bagaimanapun, jika kemahiran yang ingin dilakukan

hanya boleh dilakukan oleh beberapa orang kanak-kanak yang lain, maka tahap

kemahiran motor individu ini boleh dianggap tinggi.Perbandingan boleh dilakukan

dengan pelbagai cara, oleh sesiapa pun dan dalam perbagai situasi. Dalam

konteks sukan, yang biasanya dimainkan dalam keadaan terbuka, maklum balas

dari penonton, jurulatih, ibu bapa serta rakan-rakan terbabit. Maklum balas yang

diberikan sama ada secara verbal atau bukan lisan memberikan kesan yang

positif dan juga negatif kepada kanak-kanak tersebut. Input yang diberikan

secara lisan seperti kata-kata semangat dan pujian merupakan rangsangan

positif, manakala ejekan, celaan serta komen yang pedas merupakan

rangsangan yang negatif, begitu juga maklum balas lisan ini dapat dilihat dan

yang didengarinya. Kesan inilah yang menyebabkan mereka ingin meneruskan

penglibatan atau menarik diri dari sukan. Justeru itu, tanggungjawab kita yang

terlibat secara langsung dengan kanak-kanak ini memastikan mereka merasai

kesan “kejayaan” ketika melibatkan diri serta  memenuhi keperluan lain seperti

motivasi, pengiktirafan atau persepsi kemampuan diri yang positif.

2.    Persepsi tentang kekurangan kemampuan diri juga merupakan salah satu sebab

kanak-kanak menarik diri dari aktiviti sukan- Ini adalah kerana mereka

mengatribukan kegagalan kepada kekurangan dari segi kemampuan diri mereka.

Justeru itu, apalah gunanya meneruskan penglibatan dalam aktiviti tersebut jika

mereka sudah tahu bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya

dalam aktiviti tersebut.ika dilihat dari peringkat awal penglibatan kanak-kanak

dalam sukan sekitar usia 6 hingga 10 tahun, faktor kejayaan dikaitkan dengan

kemampuan menamatkan atau melaksanakan tugasan tersebut dengan

sempurna. Contohnya, kemapuan menamatkan larian 50 meter dianggap

Page 14: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

sebagai satu kejayaan. Bagaimanapun, semakin usia meningkat, kayu ukur

kejayaan dinilai berdasarkan perbandingan dan pengikirafan sosial. Justeru itu

pengiktirafan dari individu yang signifikan seperti ibu bapa, jurulatih serta rakan

sepasukan menjadi pemangkin kepada tindakan untuk meneruskan atau menarik

diri dari sukan. Dengan pertamahan pengalaman, kanak-kanak ini mendapati

bahawa pengiktirafan dari jurulatih adalah penting kerana peluang untuk bermain

hanya akan ditentukan oleh jurulatih,  kanak-kanak tersebut terpaksa “berusaha”

dengan lebih gigih lagi. Akhirnya, usaha menjadi kriteria kejayaan kepada kanak-

kanak ini tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya dan ini mungkin

menyebabkan mereka menarik diri dari sukan.Tahap motivasi yang rendah- kita

sudah sedia maklum bahawa motif utama  penglibatan dalam aktiviti sukan bagi

kanak-kanak kerana keseronokan. Keseronokan ini sebenarnya bersifat intrisik

kerana tiada ganjaran yang boleh diberikan kerana keseronokan melakukan

sesuatu, melainkan rasa puas dan kegembiraan yang terbayang di akhir sesuatu

aktiviti. Ganjaran serta sesuatu yang berbentuk luaran tidak diperlukan oleh

kanak-kanak tersebut.Bagaimanapun ada individu  tertentu (orang dewasa) yang

merasakan bahawa kanak-kanak ini memerlukan ganjaran(piala atau wang)

untuk terus melibatkan diri dalam aktivit tersebut. Kesannya aktiviti sukan atau

permainan sudah hilang keseronokannya kerana terpaksa bersaing untuk

berebut ganjaran. Bagi mendapatkan ganjaran, mereka terpaksa berlatih

bersunggu-sungguh sehingga aktiviti sukan atau permainan ini dianggap sebagai

satu pekerjaan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan ganjaran. Akhirnya,

keseronokan hilang dan mereka tidak berminat lagi untuk meneruskan aktiviti

tersebut.Stres pertandingan- Bagaimanapun, sebelum kita memulakan

perbincangan cuba anda jawab soalan ini “Jika sukan kompetitif dianggap satu

permainan, mengapakah ramai atlet muda (kanak-kanak) yang terlibat merasa

tertekan apabila melibatkan diri dalam “permainan” tersebut?”

Emosi negative yang terhasil kesan dari tekanan serta kegagalan dalam aktiviti

sukan boleh meninggalkan impak yang agak medalam kepada atlet muda ini.

Menurut scanlan dan Passer(1978), stress pertandingan sebenarnya melibatkan

persepsi dan bukan tekanan pertandingan (situasi) itu sendiri. Kanak-kanak

Page 15: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

tersebut bukannya bimbang akan pertandingan atau aktiviti yang akan dilaluinya

sebentar lagi, tetapi lebih kepada persepsi tentang kemampuan mereka dalam

pertandinga tersebut (berkemampuan atau tidak) dan persepsi tentang akibat

yang bakal diterima di akhir pertandingan tersebut. Persepsi inilah yang bakal

menggugat keyakinan diri mereka.

            Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak ini diletakkan dalam keadaan

yang tertekan iaitu mereka mesti menang. Kesannya, mereka akan mula

memikirkan (persepsi) tentang apakah yang akan diterima jika gagal

melaksanakan tanggungjawab ini (bertanding). Kesimpulannya stres

pertandingan menghilangkan kseronokan kanak-kanak untuk melibatkan diri

dengan aktiviti sukan dan jalan keluar yang paling sesuai dengan menarik dari

sukan.

PENDEKATAN MELATIH KANAK-KANAK DALAM SUKAN

Setelah memahami serba sedikit maklumat tentang kanak-kanak serta perkara-

perkara yang mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan, di bawah ini

diperturunkan beberapa cadangan tentang pendekatan melatih kanak-kanak

yang berkesan bagi memastikan mereka tidak keciciran atau menarik diri dari

meneruskan penglibatan mereka. Panduan dan cadangan ini adalah

berdasarkan kajian yang telah dibuat untuk memahami kanak-kanak dan

penyertaan mereka dalam sukan (Anshel 1999).

1.    Berikan pujian – Jika anda mendapati kanak-kanak di bawah jagaan anda

melakukan pergerakan atau teknik yang betul seperti mana yang ditunjukkan.

Jika boleh, tepuk bahu atau berikan senyuman atau anggukan yang mengatakan

bahawa anda menghargai usaha serta tindakannya. Cara memberi rangsangan

yang paling berkesan dengan memuji perlakuan yang betul dan jangan

mengungkit ( memberikan tumpuan yang keterlaluan) kesalahan yang dilakukan

atau keputusan yang diperoleh.

Page 16: Perkembangan Sukan Dalam Kalangan Kanak BAHAN

2.    Ikhlas ketika memberikan pujian – Sama ada kita sedar atau tidak, kanak-kanak

sebenarnya peka kepada pujian yang diberikan kepada mereka. Elakkan dari

memberikan pujian secara terpaksa kerana ini tidak akan menonjolkan

keikhlasan kita, Sebaliknya, berikan pujian yang ikhlas kerana ini akan

menyebabkan kanak-kanak berasa dihargai serta meningkatkan lagi semangat

untuk terus beraksi. Jika anda menegur kesilapan, focus kepada kesilapan

( perlakuan ) dan bukannya individu (kanak-kanak)

3.    Berikan ganjaran kepada usaha dan bukan sekadar kepada keputusan

( menang)- ini akan menyebabkan pemain berasa dihargai walaupun kalah

kerana mereka faham bahawa usaha dan komitmen mereka mendapat perhatian

jurulatih.

4.    Pastikan bahawa ekspektasi terhadap kanak-kanak adalah realistik – Matlamat

yang ingin dicapai biarlah setimpal dengan usaha dan komitmen yang diberikan

oleh kanak-kanak tersebut. Bermain bersungguh-sunggu tetapi kalah adalah

lebih baik dari menang, tetapi tahap permainan keseluruhannya merosot.

5.    Tumpukan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran sukan-

Semasa latihan, kita perlu banyak memberikan tunjuk ajar serta pastikan semua

pemain berasa berpeluang untuk bermain dan berlatih. Gunakan masa latihan

sepenuhnya agar pemain berasa seronok. Ini ada membantu menyuburkan

minat untuk terus melibatkan diri dalam sukan.

6.    Mengubahsuaikan aktivit agar ia mudah diikuti oleh semua pelajar. Kita perlu

pastikan agar semua pemain berpeluang menikmati aktiviti sukan serta tidak

mudah jemu. Perubahan in akan berterusan menarik perhatian pelajar.