PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    1/53

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    (EDU3102)

    PERKEMBANGAN

    KOGNITIF DANBAHASA

    Oleh: Muhammad Rafie Mahmud Husni

    Macnaughton AK Salih

    Wan Abdul Syakur B. Wan Abd Majid

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    2/53

    PERKEMBANGAN KOGNITIF

    PERKEMBANGAN KOGNITIF

    TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

    JEAN PIAGET

    TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

    LEV VYGOTSKY

    Proses

    Perkembangan

    Peringkat-peringkat

    dalam

    perkembangan

    kognitif

    Implikasi teori

    dalam proses

    PnP

    Perancah dan

    Zon

    Perkembangan

    Proksimal

    Implikasi teori

    dalam proses

    PnP

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    3/53

    DEFINISI KEMAHIRAN KOGNITIF

    Merupakan kebolehan individu untuk berfikir,

    memberi pendapat, memahami, dan mengingati

    perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-

    masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatanmengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan

    masalah, mencipta, berimaginasidan lain-lain.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    4/53

    TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

    JEAN PIAGET

    Jean Piaget ( 1896-1980) telah menjelaskan tentang

    kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina

    hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana minda

    manusia membentuk skemata dan melaksanakanproses akomodasi dan asimilasi dalam membina

    ilmu.

    Proses pemikiran manusia berubah secara

    menyeluruh bermula selepas lahir hingga matang

    (adaptasi persekitaran)

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    5/53

    Piaget mengenalpasti 4 faktor yang boleh mempengaruhiproses pemikiran individu:

    Kematangan Biologi: Proses pemikiran yang dipengaruhi olehfaktor baka/ genetik.

    Interaksi Individu dengan Persekitaran: Salah satu proses yangdilalui oleh manusia untuk memahami perkara-perkara yang

    berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati danmenyusun maklumat yang didapati.

    Pengalaman Sosial: Perkembangan kognitif juga dipengaruhioleh pergaulan individu dengan orang2 di sekelilingnya.

    Keseimbangan:Proses keseimbangan adalah merupakan salahsatu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasidengan situasi yang baru dialami.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    6/53

    PROSES MENCIPTA KESEIMBANGAN

    Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami

    persekitaran mereka. Individu cenderung memahami sesuatu

    situasi dan menyelesaikan sesuatu masalah dan proses ini

    dikenali sebagai Proses Mencapai Keseimbangan.

    Setiap kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka

    akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda

    dan membentuk satu sistem yang dipanggil Skema.

    Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil

    Organisasi.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    7/53

    Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka

    berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukanpenyelesaian.

    Pembentukan skema bermula sebaik sahaja individu dilahirkan. Contoh: Kanak-kanak membina skema dan mengkategori bahawa

    kenderaan yang mempunyai dua tayar sebagai basikal.

    Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akanberhadapan dengan situasi yang baru. Contoh: Kanak-kanak telah mengenal bahawa kenderaan bertayar

    dua hanya basikal, namun apabila terlihat kenderaan bertayar duayang lain, ibunya menerangkan bahawa itu adalah motosikal.Kanak-kanak akan menjadi buntu, kerana skema yang asalmenyatakan, hanya basikal bertayar dua. Namun, proses ini adalahproses yang mana semua individu akan laluinya dan mereka perlumengubahsuai skema yang lama supaya mereka dapat

    mengadaptasi dengan situasi yang baru.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    8/53

    Proses perubahan atau penukaran skema yang lamakepada skema yang baru dipanggil adaptasi. Adaptasi

    melibatkan dua proses yang saling berkait iaituasimilasidan akomodasi.

    Asimilasiberlaku apabila individu cuba memahamipengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikanpengalaman-pengalaman ini dengan skema yang telahsedia ada. Contohnya: Setelah kanak-kanak tersebut melihat bahawa

    motosikal juga bertayar dua, dia akan mengasimilasikanskema yang baru ini dengan skema yang sedia ada. Melaluipengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cubamemadankan pengetahuan baru dengan pengetahuansedia ada.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    9/53

    Manakala, akomodasi pula merupakan proses yang

    berlaku apabila individu dapat menukar skema yang

    lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru

    dan seterusnya membentuk skema yang baru.

    Dalam contoh di atas: Kanak-kanak tadi dapat

    mengakomodasi di mana dapat mengkategorikanmotosikal sebagai sebuah kenderaan bertayar dua.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    10/53

    Menurut Piaget lagi, proses mengorganisasi,mengasimilasi dan mengakomodasi adalah prosesyang digunakan untuk individu mencapaikeseimbangan.

    Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skemabaru untuk situasi/ pengalaman yang baru dan jika iaberjaya, maka keseimbangan akan berlaku, tetapi

    sekiranya tidak memberi penyesuaian terhadap dirikita, maka keseimbangan tidak berlaku namun kitaakan terus membina skema2 baru untuk disesuaikandengan situasi yg baru tersebut.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    11/53

    PERINGKAT-PERINGKAT

    PERKEMBANGAN KOGNITIF

    PERINGKAT-PERINGKAT

    PERKEMBANGANKOGNITIF

    PERINGKATSENSORI

    Motor(0-2 tahun):

    PERINGKATPRA OPERASI(2-7 tahun)

    PERINGKATOPERASIKONKRIT

    (7-11 tahun)

    PERINGKATOPERASIFORMAL

    (11 tahun keatas)

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    12/53

    1. Peringkat Sensori Motor (0-2 tahun) Peringkat ini merupakan permulaan dalam perkembangan kognitif

    yang mana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untukmempelajari tentang persekitarannya.

    Skema-skema yang terbentuk adalah hasil interaksi fizikal bayi danpersekitaran. Contoh: menggunakan mulut untuk merasa objek dan mengkoordinasi

    mata dan tangan untuk mencapai objek.

    Peringkat sensori motor adalah peingkat yang mana kanak-kanakmengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untukmembentuk skema bagi membolehkan mereka meneroka danmengetahui persekitaran mereka.

    Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan melakukanimitasi (proses peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat ataudiperhatikan. Contohnya: meniru perlakuan melambaikan tangan.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    13/53

    2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

    Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba menggambarkan danmerancang pergerakan/ aktiviti dengan menggunakan mindamereka untuk membentuk skema baru.

    Peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakilisesuatu dengan simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk

    bahasa, isyarat, gambar dsb. Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah

    permainan membayangkan (pretend play). Seperti mengambil watak kartun/ karakter popular seperti spiderman,

    sponge bob, power rangers, barbie serta meniru perlakuan doktor,guru dll.

    Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada bendabukan hidup seperti hujan turun kerana menangis.

    Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini bersifat intuitif(pemahaman kanak2 terhadap objek bergantung pada ciri-ciri yangnampak jelas dan nyata). Cth: susunan duit syiling.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    14/53

    Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat inimenunjukkan sikap egosentrikyang bermaksud,mereka melihat dan memahmi persekitaran

    melalui persperktif sendiri. Pada peringkat ini, kanak-kanak selalu menyangka

    orang lain mempunyai perasaan, reaksi danperspektif yang sama dengan mereka.

    Contoh: Seorang kanak-kanak yang suka melihat sirikartun, beranggapan semua orang lain jugamempunyai minat yang sama dengannya.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    15/53

    3. Peringkat Operasi Konkrit

    (7-11 tahun)

    Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logikwalaupun pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit.

    Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses pengelasan.Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek kedalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contoh: Pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dll.

    Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decenterdatau objektif (Slavin, 1977). Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak

    memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripadapersepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerimapandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktivitibersama.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    16/53

    4. Peringkat Operasi Formal

    (11 tahun ke atas)

    Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukanproses mental ke atas idea-idea dan membuatjangkaan atau andaian berdasarkan fakta danpemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-

    bahan konkrit. Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilaluiseperti berfikir secara abstrak, sistematik dan bolehmembuat hipotesis.

    Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remajamuncul dan lebih tertumpu kepada idea dan pemikiranmereka sendiri. Mereka susah untuk menerimapendapat orang lain dan mempunyai perasaan bahawasegala perbuatan mereka sentiasa diperhatikan olehorang sekeliling.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    17/53

    IMPLIKASI TERHADAP PROSES PNP:

    Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit Kanak-kanak boleh di ajar dengan menggunakan bahan maujud

    seperti batang aiskrim, untuk belajar menambah atau menolak.

    Arahan yang diberikan pendek, jelas, ringkas dan beserta contoh

    Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, guru boleh melakukan

    demonstrasi dengan penerangan yang menarik, jelas dan tepat.

    Beri peluang kanak-kanak melakukan hands-on

    Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap dirimereka dan membantu mereka berdikari dan menguasai kemahiran.

    Gunakan contoh-contoh yang berkait dengan pengalamankehidupan kanak-kanak

    Kaitkan proses pnp dengan pengalaman mereka seperti pengalamanseharian yang mereka lalui dalam memahami perkara yang lebihkompleks.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    18/53

    PENGENALAN...

    Lev Vygotsky merupakan ahli psikologi Russia yang asalnya

    mendalami ilmu perubatan tetapi akhirnya mempelajari bidang

    undang-undang dan kesusasteraan. Penerbitan dan kajian

    beliau yang mendapat perhatian bertajuk The Psychology ofArt.

    Les vegotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam

    perkembangan kanak-kanak.

    Menurut beliau perkembangan kognitif (mental) kanak-kanak

    terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum matang.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    19/53

    Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif

    individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yangmempengaruhu tingkahlaku dan pemikiran individu.

    Kebanyakkan kemahiran kognitif ini terhasil daripada

    interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru

    orang dewasa dan rakan sebaya.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    20/53

    FAKTOR-FAKTOR UTAMA

    PERKEMBANGAN KOGNITIF

    1) Interaksi

    sosial.

    2) Kemahiranberbahasa.

    Interaksi sosial kanak-kanak

    dengan ibu bapa, guru, orag-

    orang dewasa dan rakan

    sebaya.

    Tingkahlaku dan corak

    pemikiran mempengaruhiperkembangan kognitif

    kanak-kanak.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    21/53

    Peringkat-peringkat perkembangan

    individu

    *Terbahagi kepada 2 peringkat iaitu :

    1. Peringkat sosial

    2. Peringkat individu

    Maklumat individu

    diperoleh melalui

    interaksi dengan

    individu lain seperti ibu

    bapa,guru, rakan

    sebaya dan lain-lain.

    Kebolehan individumenukar maklumat dan

    pengetahuan yang

    diperoleh daripada

    interaksi sosial kepada

    kefahaman individu.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    22/53

    Zon Perkembangan Proksimal

    Zon perkembangan proksimal merupakan idea Vygotsky yang

    paling dikenali.

    Vygotsky menerangkan tentang kemahiran-kemahiran yang sukar

    dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan

    bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih

    mahir.

    Dalam zon perkembangan proksimal terdapat had atas dan had

    bawah. Had atas ialah Kemahiran yang boleh dicapai dengan

    bantuan individu yang lebih mahir manakala had bawah bermaksud

    Kemahiran yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    23/53

    ***Gambarajah zon perkembangan Proksimal.

    HAD ATAS

    Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan

    bantuan individu yang lebih mahir.

    Contoh : boleh membuat penambahan angka 1-1000 dengan

    sendiri.

    ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

    Contoh : membuat penambahan angka 1 1000 dengan bantuan

    seperti bimbingan guru atau rakan sebaya.

    HAD BAWAH

    Kemahiran yang boleh/telah dicapai oleh kanak-kanak.

    Pengetahuan sedia kanak-kanak.

    Contoh : kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1-100

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    24/53

    Perancah (scaffolding)

    Konsepnya berkait rapat dengan idea Zon Proksimal.

    Perancah bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang

    diberikan.

    Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih

    berkemahiran (ibubapa,guru,atau rakan sebaya) akan

    mengubahsuai tahap bimbingan yang diberikan mengikut

    keupayaan pelajar.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    25/53

    Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa

    proses Perancah. Ini akan membantu pelajar menyusun

    konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna

    dengan bantuan individu lain. Contoh guru

    Selain berkomunikasi dengan orang lain, kanak-kanak juga

    berkomunikasi dengan diri mereka sendiri.

    Contohnya : kanak-kanak berumur 3-7 tahun suka bercakap

    sendirian.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    26/53

    Implikasi Teori Vygotsky ke atas

    pengajaran dan pembelajaran

    Lebih berfokus kepada penilaian untuk menentukan Zon

    Perkembangan Proksimal kanak-kanak.

    Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk

    menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi.

    Gunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada

    had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai.

    Guru memberi bantuan pada peringkat permulaan , kurangkan

    bantuan apabila kanak-kanak sudah mula menguasai kemahiran

    atau objektif yang hendak dicapai.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    27/53

    Guru juga perlu memberi galakan dan semangat untuk

    kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiransupaya mencapai objektif.

    Mengalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang

    sudah mahir.

    Guru menggunakan strategi pengajaran koperatif dan

    kolaboratif serta pengajaran secara berkumpulan.

    Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri

    semasa menyelesaikan masalah.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    28/53

    Bimbing kanak-kanakuntuk merealisasikan idea semasabercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan

    penyelesaian.

    Bagi arahan bermakna dan kaitkan pengajaran dengankehidupan seharian.

    Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar

    mengaplikasikan pengetahuan kepada pengalamansebenar

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    29/53

    Dibentang oleh :

    Macnaughton ak Salih

    Muhammad Rafie Husni

    Wan Abdul Syakur bin Wan Abdul Majid

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    30/53

    PERKEMBANGANBAHASA

    DEFINISI

    TEORI

    TEORI DALAMPERKEMBANGAN BAHASA

    PERINGKAT-PERINGKATPERKEMBANGAN BAHASA

    IMPLIKASIPERKEMBANGAN

    BAHASA TERHADAPPENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    31/53

    DEFINISI BAHASA

    Alat komunikasi secara verbal dan non-verbal manusia.

    Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata

    suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia

    menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan

    simbol-simbol lahir secara sedar.

    Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu

    penggunaan bunyi yang sistematik dan konvensional(lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan

    luahan perasaan.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    32/53

    Memahami perkembangan bahasa adalah

    penting kerana ia memudahkan proses

    pengajaran.

    (Berk, 2001) dan ia berkait rapat dengan

    kemahiran membaca dan menulis.

    Dengan meningkatkan perkembangan bahasa,

    ia akan memudahkan pelajar mempelajarikonsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    33/53

    PERSPEKTIF BEHAVIORIS Aspek peneguhan penting dalam perkembangan bahasa.

    Skinner (1957) Ibu bapa berperanan penting meyediakan

    perbendaharaan kata yang betul kepada anak.

    Ibu bapa membantu anak-anak dengan memberi peneguhan

    yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau

    ayat yang difahami.

    Peringkat permulaan, ibu bapa meneguhkan perkataan yang

    hampir dengan sebutan kanak-kanak .

    Secara berperingkat, ibu bapa lebih meneguhkan kepada

    perkataan yang disebut dengan betul oleh kanak-kanak

    sehingga dapat menyebut dengan betul.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    34/53

    Perspektif behavioris menkankan setiap respon atau

    tingkah laku yang menggunakan bahasa diteguhkan.

    Kanak-kanak lebih suka dan kerap bercakap apabila

    dipuji oleh ibu bapa melalui peneguhan.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    35/53

    PERSPEKTIF KOGNITIF Menekankan aspek pemodelan.

    Kanak-kanak meniru percakapan, maklum balas dan gaya bahasa orang

    dewasa.

    Situasi tersebut, akan diulangi apabila diteguhkan.

    Vygosky (1896-1934) melihat bahasa sebagai alat untuk interaksi sosial.

    Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi dengan persekitaran

    setiap hari.

    Golongan dewasa mengubahsuai pertuturannya supaya sesuai dengan

    kefahaman kanak-kanak.

    Penggunaan ayat-ayat mudah serta intonasi yang bervariasi.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    36/53

    Kanak-kanak guna bahasa untuk meluah kehendak dan

    keperluan.

    Dalam konteks ini, orang dewasa perlu gunakan bahasanya

    sesuai dengan kebolehan kanak-kanak dan tahapnya akan

    semakin meningkat.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    37/53

    PERSPEKTIF NATIVIS

    Berasaskan teori perkembangan otak yang merujuk kepadaperkembangan bahasa secara dalaman dan diwarisi.

    Teori Nativis dipelopori oleh Naom Chomsky menyatakan

    proses perkembangan bahasa seseorang lebih kompleks

    daripada peneguhan kepada gerak balas yang betul(Behavioris) atau melalui peniruan (Kognitif).

    Chomsky menyatakan perkembangan bahasa individu

    merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu

    itu sendiri. Bermakna, individu itu dilahirkan dengan keupayaan

    berbahasa sendiri ( Tatabahasa Universal )

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    38/53

    Tatabahasa universal ini adalah asas kepada semua

    bahasa yang ada.

    Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu

    pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu

    semenjak dilahirkan.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    39/53

    PERINGKATPERINGKAT

    PERKEMBANGAN BAHASA

    PERINGKATBAYI

    PERINGKATKANAK-KANAK

    PERINGKATREMAJA

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    40/53

    PERINGKAT BAYI Sejak lahir, bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyi.

    Tujuan komunikasi ini bertujuan menarik perhatian ibu

    bapa dan orang sekeliling.

    Bunyi dan isyarat pergerakan yang dibuat oleh bayiberlaku

    mengikut turutan pada tahun pertama :

    Peringkat Perlakuan Contoh perlakuan

    Sejak lahir Menangis Tekanan terhadap pelbagaiperkara seperti lapar, sakit

    1-2 bulan Cooing Mengeluarkan bunyi seperti oo,

    coo dan goo

    P i k P l k C h l k

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    41/53

    Peringkat Perlakuan Contoh perlakuan

    Babbling Mengeluarkan bunyi berulang

    ba,ba,ba,ma,ma,ma

    8-12 bulan Isyarat Isyarat angguk kepala (ya), menunding

    jari, melambai tangan (bye-bye) .

    13-18 bulan Menyebut perkataan

    pertama

    Berinteraksi dengan ibu bapa mereka

    sendiri dengan bunyi mereka.

    Perkataan pertama seperti

    (papa,mama)

    Terdapat pelbagai maksud menerusisatu patah perkataan yang diujarkan.

    18-24 bulan Menggunakan 2 patah

    perkataan disertai

    dengan pelbagai isyarat

    badan dan intonasisuara.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    42/53

    PERANAN IBU BAPA MEMBANTUMENINGKATKAN PERKEMBANGAN

    BAHASA BAYI

    1. Berbual dengan bayi membantu memperkembangkan bahasa.

    2. Berikan ransangan bunyi dan perkataan yang sesuai untuk bayi.

    3. Bercakap dengan bayi seolah-olah mereka memahami dengan apa yang

    dicakapkan.

    4. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas dan betul gaya bahasanya.

    5. Gunakan intonasi, memek muka dan emosi yang sesuai.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    43/53

    PERINGKAT KANAK-KANAKPeringkat Perlakuan

    2-3 tahun Peralihan penguasaan bahasa kanak-kanak dari 2 patah perkataan ke 3-5

    patah perkataan.

    Kesalahan gaya bahasa kerap berlaku disebabkan sifat engosentrik

    kanak-kanak yang tinggi.

    Terdapat juga pemahaman kanak-kanak ke atas sesuatu situasi sebelum

    dia meluahkan melalui bahasa.

    4-6 tahun Sensitif terhadap pengunaan bahasa.

    Mula menggunakan peraturan tatabahasa seperti kata ganti nama (saya,

    kamu).Mula menguasai perbendaharaan kata untuk percakapan lisan seperti

    (ahli keluarga : ayah, ibu)

    Berupaya menggunakan ayat tanya.

    Mula memahami lagu, pantun dan boleh bertepuk tangan mengiringi lagu

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    44/53

    Peringkat Perlakuan

    Mula memahami bahasa dan ayat yang kompleks.

    6-11 tahun Menunjukkan pengetahuan yang lebih baik tentang nahu,

    tatabahasa dan perbendaharaan kata.

    Gaya bahasa lebih bersifat kompleks dan analitikal.

    Boleh mengaplikasi, mengkategori dan menganilisa

    perkataan.

    Kesedaran metalinguistik juga meningkat.

    Metalinguistik membolehkan kanak-kanak berfikir tentang

    bahasa yang mereka guna.

    Boleh memeberi maksud perkataan yang diguna.

    Menguasai gaya bahasa yang betul dan sesuai digunakan

    dalam keadaan tertentu mengikut budaya setempat.

    Selain mahir bercakap, kanak-kanak juga mula menguasai

    kemahiran membaca.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    45/53

    Model tahap perkembangan membaca di kalangan kanak-kanak

    yang dicadangkan oleh Chall, 1979.

    Aras Umur Penerangan

    0 0 4 tahun Kanak-kanak mula menguasai kemahiran-

    kemahiran asas untuk membaca

    . Mereka memahami peraturan dalam membaca

    iaitu bermula dari kiri ke kanan.

    Mereka mula mengenali huruf, boleh menulis

    dan membaca nama sendiri.

    Dengan sokongan daripada ibu bapa dan guru

    pra sekolah, kanak-kanak ini menguasai

    kemahiran membaca yang asas.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    46/53

    Aras Umur Penerangan

    1 5 7 tahun Mula belajar membaca pada peringkat ini.

    Mula mengenali suku kata bunyi perkataan dan

    cara menyebut.

    Mula membaca perkataan mudah dengan

    menggabungkan suku kata.

    2 7 9 tahun Semakin fasih dalam membaca.

    Mengenali perkataan dan membaca ayat.

    Walau bagaimanapun, membaca pada peringkat

    ini masih hanya di peringkat pembacaan sahaja.

    Pembacaan tetapi tidak memahami apa yang

    dibaca.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    47/53

    Aras Umur Penerangan

    3 10-13tahun Mahir mendapatkan maklumat dan informasi daripada

    pembacaan.Membaca dengan kefahaman tapi masih belum

    memahami pembacaan yang memerlukan analisa atau

    yang melibatkan perspektif yang berbeza.

    Kanak-kanak yang masih belum menguasai

    kemahiran membaca pada peringkat ini, akan

    mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran

    akademik subjek-subjek yang lain.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    48/53

    Aras Umur Penerangan

    4 14 tahun ke atas Hampir keseluruhan pelajar merupakan

    pembaca yang mahir pada peringkat ini.

    Kefahaman tentang bahan yang dibaca

    meningkat, berupaya memahami pembacaan

    yang kompleks melibatkan pelbagai perspektif.

    Membolehkan perbincangan secara analitikal

    tentang kesusasteraan, sejarah, ekonomi dan

    politik.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    49/53

    PERANAN IBU BAPA MEMBANTU MENINGKATKANPERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

    1. Teruskan percakapan dengan kanak-kanak.

    Membantu memperkembangkan dan memperkaakan perbendaharaan kata

    dan pengalaman berbahasa kanak-kanak.

    2. Luangkan masa dengar percakapan kanak-kanak

    Jangan memotong percakapan mereka,

    Sabar dan dengar serta fahami apa yang ingin disampaikan.

    3. Guna bahasa yang mudah dan senang digunakan

    Guna soalan untuk menggalakkan kanak-kanak bercakap.

    Perkenal topik-topik baru berkait dengan persekitaran kanak-kanak.

    4. Elakkan mengejek kanak-kanak yang pelat.

    5. Elakkan membandingkan kanak-kanak dengan rakan sebaya.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    50/53

    PERINGKAT REMAJA Kemahiran bahasa meningkat dengan penggunaan

    ayat yang lebih kompleks.

    Selaras dengan perkembangan kognitif lebihabstrak, mereka sekarang dapat menganalisispelbagai bentuk makna perkataan dalam sesuatu

    ayat. Kebolehan memanipulasi bahasa kepada bentuk

    peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dansebagainya serta memahami bahasa yang ironik,

    berbentuk kritikal dan abstrak seperti sajak, puisi,cerpen, laporan dan sebagainya.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    51/53

    Boleh menyusun idea sebelum menulis mengenalpasti

    antara pendahuluan idea-idea utama dan penutup.

    Mencipta dialek mereka sendiri menggunakan slanga danjargon semasa berinteraksi sesama mereka.

    Ini juga merupakan salah satu ciri perkembangan sosial

    remaja yang ingin mempunyai identiti sendiri dan tergolong

    dalam kumpulan yang tertentu.

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    52/53

    IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM

    PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

    1. Mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman konkrit.

    Teknik penceritaan.

    Menerangkan makna perkataan yang sukar untuk difahami.

    2. Kaedah pengajaran yang berbagai.

    Aktiviti berpasangan.(Aplikasi bahasa ibunda dan bahasa kedua.)

    3. Beri peluang kepada kanak-kanak menggunakan bahasa

    Aktiviti berkumpulan

    Menggalakkan kanak-kanak membuat pembentangan dan

    maklumbalas

  • 7/29/2019 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA KANAK-KANAK

    53/53

    TAMATSEKIAN TERIMA KASIH