12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Peribahasa PMR Set 1 Nama : _____________________________

Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

  • Upload
    others

  • View
    29

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Peribahasa PMR

Set 1

Nama : _____________________________

Page 2: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang
Page 3: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

1. Ada udang di sebalik batu

• Ada tujuan lain dalam sesuatu perbuatan

2. Air dalam tempayan dicurahkan

• Melepaskan apa yang ada sebelum pasti mendapat sesuatu

3. Air dicencang tiada putus

• Perhubungan adik-beradik yang tidak akan putus

4. Alah biasa tegal biasa

• Dapat membuat sesuatu kerana sudah biasa

5. Alang-alang berminyak, biar licin

• Buat sesuatu sehingga siap

6. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui

• Ahli keluarga ditinggalkan kerana hendak membantu orang lain

7. Anjing menyalak bukit

• Perbuatan yang sia-sia

8. Arang habis besi binasa

• Usaha yang tidak membawa hasil

9. Aur dengan tebing

• Saling membantu

10. Ayam terlepas tangan bau tahi

• Mendapat malu akibat perbuatan jahat

11. Bagai air titik ke batu

• Memberikan nasihat yang sia-sia

12. Bagai anjing tersepit di pagar

• Serba salah semasa berada dalam kesusahan

13. Bagai dakwat dengan kertas

• Perhubungan yang sangat mesra / rapat

14. Bagai dihiris dengan sembilu Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 4: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

• Amat menyakitkan hati

15. Bagai inai dengan kuku

• Sangat karib/rapat

16. Bagai itik pulang petang

• Berjalan perlahan

17. Bagai murai dicabut ekor

• Mulut becok / suka bercakap & bising

18. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

• Sifat anak seperti bapanya

19. Bagaimana tepuk begitulah tarinya

• Mengikut perintah

20. Bakar air hendakkan abu

• Pekerjaan yang sia-sia

21. Banyak makan garam

• Banyak pengalaman hidup

22. Beraja di mata, bersultan di hati

• Buat sesuatu mengikut nafsu / kehendak sendiri

23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian

• Susah dahulu senang kemudian

24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

• Sama-sama senang dan susah

25. Bertanam tebu di bibir mulut

• Membuat janji manis / bermulut manis

26. Biar mati anak jangan mati adat

• Korbankan kepentingan sendiri untuk adat bangsa

27. Biduk berlalu kiambang bertaut

• Perhubungan ahli keluarga yang tidak akan terputus Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 5: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

28. Buang yang keruh, ambil yang jernih

• Yang baik jadi contoh, yang buruk jadikan teladan

29. Bumi mana yang tidak kena hujan

• Semua orang pernah melakukan kesalahan

30. Burung terbang dipipiskan lada

• Angan-angan

31. Cacing hendak menjadi naga

• Orang biasa / berdarjat rendah ingin menjadi orang berkedudukan tinggi

32. Cepat kaki, ringan tangan

• Rajin dan giat

33. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit

• Berjimat-cermat semasa berbelanja

34. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

• Jika hendak, ada cara untuk melakukan sesuatu

35. Di mana buah masak, di situ burung banyak tampil

• Orang akan tertumpu di tempat yang ada rezeki

36. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

• Menghormati adat di tempat kita

37. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

• Orang yang diam tetapi berguna/ pandai / buat kerja

38. Embun di hujung rumput

• Tidak kekal lama

39. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

• Pentingkan diri sendiri

40. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

• Kuasa besar bergaduh, rakyat / orang bawahan yang susah

Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

41. Gajah seekor gembala dua

• Dua orang lelaki meminati seorang perempuan

42. Gula di dalam mulut

• Kerja yang sangat senang ; sesuatu yang sudah dikuasai

43. Habis sepah manis dibuang

• Seseorang ditinggalkan setelah tidak diperlukan lagi

44. Harapkan pagar, pagar makan padi

• Orang yang diharapkan tidak setia kepada kita

45. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

• Seseorang yang suka menonjolkan diri

46. Hujan jatuh ke pasir

• Nasihat yang sia-sia

47. Ikan kena tuba

• Sudah tidak bermaya lagi

48. Isi dengan kuku

• Persahabatan yang rapat

49. Kacang melupakan kulit

• Tidak mengenang jasa

50. Kaduk naik junjung

• Orang hina berasa dirinya mulia

51. Kalau tak ada api, masakan ada asap

• Sesuatu perkara berlaku pasti ada sebab

52. Kasihkan anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan

• Anak yang dimanjakan akan rosak, isteri yang diuliti akan menyusahkan

53. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

• Sama-sama susah dan senang

Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1 4

Page 7: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

54. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

• Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda

55. Kera mendapat bunga

• Tidak tahu menghargai benda yang didapati

56. Kerbau punya susu, sapi punya nama

• A membuat kerja, B mendapat nama

57. Lemak-lemak santan berlada

• Kata-kata yang tajam (menyakitkan hati)

58. Lempar batu sembunyi tangan

• Orang yang tidak berani bertanggungjawab atas perbuatannya

59. Lesung mencari antan

• Perempuan mencari lelaki

60. Lidah tidak bertulang

• Mudah berjanji tetapi mudah juga mengubah janji

61. Marahkan pijat kelambu dibakar

• Mengorbankan keseluruhan kerana tidak berpuas hati dengan perkara kecil

• Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang

62. Melepaskan anjing tersepit

• Membantu orang yang tidak mengenang budi

63. Mencari umbut di dalam batu

• Pekerjaan yang sia-sia

64. Mencurahkan air ke daun keladi

• Nasihat yang sia-sia

65. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

• Mendapat tahu peluang (yang belum pasti), apa yang dimiliki dilepaskan

Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1 5

Page 8: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

79. Sambil menyelam minum air

• Mencapai beberapa maksud/tujuan apabila melakukan suatu kerja

80. Sebab mulut badan terjerat

• Ditimpa kesusahan kerana mulut (percakapan)

81. Sebab nila setitik, rosak santan sebelanga

• Disebabkan perbuatan seorang, semua mendapat nama buruk

82. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

• Sedikit-sedikit lama-lama jadi banyak

83. Sepandai-pandai tupai melompat, sesekali terjatuh juga

• Sepandai mana pun seseorang itu melarikan diri setelah berbuat jahat, akhirnya akan tertangkap juga

84. Seperti enau dalam belukar

• Mementingkan diri

85. Seperti gergaji dua mata

• Orang yang mendapat keuntungan / kebaikan daripada 2 pihak

86. Seperti langit dengan bumi

• Jauh berbeza

87. Seperti pinang dibelah dua

• Sangat padan

88. Seperti pungguk merindukan bulan

• Rindu yang amat dalam tetapi tidak akan tercapai

89. Seperti tempayan bocor

• Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia

90. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

• Sedar sebelum terkena membawa kebaikan, menyesal kemudian tidak berguna

91. Sudah jatuh ditimpa tangga

Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1 7Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 9: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

66. Menjolok sarang tebuan

• Melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya

67. Murai dicabut ekor

• mulut becok / bising

68. Musang berbulu ayam

• Musuh yang menyamar sebagai orang baik

69. Nasi menjadi bubur

• Sudah terlewat

70. Orang mengantuk disorongkan bantal

• Mendapat sesuatu yang dihajati

71. Pelanduk dua serupa

• Orang yang seakan-akan sama rupanya

72. Pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk

• Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahasa tetap mengancamnya

73. Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air

• Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya

74. Perigi mencari timba

• Perempuan mencari lelaki

75. Pucuk dicita ulam mendatang

• Memperoleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan

76. Retak menanti belah

77. Ringan mulut berat tulang

• Rajin bekerja mudah rezeki

78. Rumah siap pahat berbunyi

• Hanya bersuara lepas keputusan dibuat

Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1 6Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 10: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

• Ditimpa malang 2 kali berturut-turut

92. Sudah terhantuk baru tengadah

• Sudah terkena baru sedar

93. Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan

• Disebabkan sifat tamak, kerja hina dilakukan juga

94. Tangan penat memerah, pasu mendapat santannya

• Seseorang membuat kerja, orang lain mendapat kebaikan

95. Telur di hujung tanduk

• Kedudukan yang bahaya / tidak stabil

96. Umpan habis, ikan tak kena

• Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian

97. Umpan seumpan, kail sebentuk

• Melakukan sesuatu tanpa persediaan yang cukup

98. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

• Keuntungan atau kemewahan datang daripada pelbagai punca; orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana sahaja.

99. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

• Keuntungan yang diharap tidak didapati dan yang telah ada lesap / hilang pula

100. Yang teguh disokong, yang rebah ditindih

• Orang kaya biarlah bertambah kaya tetapi yang miskin patut dibantu.

Program Bahasa Malaysia Edubest - Peribahasa PMR Set 1 8Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 11: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang
Page 12: Peribahasa PMR Set 1€¦ · 23. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian • Susah dahulu senang kemudian 24. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Sama-sama senang

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my