24
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 1/2013 | PERCUMA www.jhev.gov.my Perginya Pahlawan Negara Kanang anak Langkau (1945 - 2013) ISSN 2289-1897 9 772289 189004

Perginya Pahlawan Negara

  • Upload
    vuminh

  • View
    358

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perginya Pahlawan Negara

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 1/2013 | PERCUMA

www.jhev.gov.my

PerginyaPahlawan NegaraKanang anak Langkau(1945 - 2013)

ISSN 2289-1897

9 7 7 2 2 8 9 1 8 9 0 0 4

Page 2: Perginya Pahlawan Negara

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakahtuh

Bersyukur kita kehadrat Allah dengan limpah izin-Nya dapat kita berjumpa menerusi Buletin Veteran ATM keluaran sulung bagi tahun 2013. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan Buletin Veteran ATM, khasnya kepada sidang pengarang yang meluangkan masa, tidak jemu-jemu untuk menghasilkan artikel-artikel yang baik sebagai tatapan kita semua.

Usaha untuk menerbitkan buletin ini merupakan salah satu inisiatif yang sangat membanggakan dan menyumbangkan ke arah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Selaras dengan perkembangan semasa, Buletin Veteran ATM menghidangkan maklumat dan aktiviti serta program yang dilaksanakan sepanjang empat bulan pertama bagi tahun 2013.

Sebagai sebuah organisasi yang menjaga kebajikan veteran tentera, JHEV sentiasa melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dari masa kesemasa bagi memastikan kehendak dan aspirasi warga veteran tentera untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti dapat dipenuhi.

Dalam merealisasikan usaha-usaha menjaga kebajikan veteran tentera, Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) RM1,000 telah dapat dilaksanakan dan kini bantuan tersebut telah dipanjangkan kepada balu atau duda veteran tentera sebagai menghargai sumbangan dan jasa mereka kepada Negara.

Bagi mencapai tahap kecemerlangan, sesebuah organisasi tidak boleh bergantung kepada kecekapan dan kemahiran segelintir warganya sahaja. Sebaliknya ia memerlukan semua warga berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang padu dan mantap. Disamping itu, kerjasama yang erat bersama Kementerian Pertahanan dalam melaksanakan program kebajikan kepada veteran tentera sangatlah diperlukan dan tidak boleh disampingkan.

Justeru saya menyeru seluruh warga JHEV untuk bersama-sama merubah budaya sedia ada kepada budaya kreatif dan inovatif serta sentiasa melakukan penambahbaikan agar JHEV menjadi sebuah organisasi yang unggul dan terus relevan dalam menjaga kebajikan anggota tentera.

Sekian, Wasasalam

MEJ. JEN. DATO’ ZULKIFLEE MAZLANKetua PengarahJabatan Hal Ehwal Veteran ATMKementerian Pertahanan

SUDUT MINDA KETUA PENGARAH

Veteran2 |

SIDANG PENGARANG

PenaungMej Jen Dato’ Zulkiflee Mazlan

PenasihatMohd Fauzi Eshak

Ketua EditorTengku Badli Tengku Zalli

EditorKdr Jumali Jabon TLDM

Mej Suhaila DahalanMej Ahmad Kamar Abd Ghani

Mej Fadzlie Rizal IshakMej Harisson Harun TUDM

Nor Izzua IsmailAmaniatul Safiah Abd Manan

Sharul Ikhwan RidzuanSohana Ali

Abd Rahman HasanAziha Mohd Isa

Muzalli Sam

Juru Foto dan EdaranBahagian Khidmat Pengurusan

Diterbitkan OlehJabatan Hal Ehwal Veteran ATM,

Kementerian Pertahanan

Tingkat 8, 9 & 20, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

Tingkat1, 2 & 3, 301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Tel : +603 2050 8000 Faks : +603 2691 7564

Reka LetakiHelmi

Dicetak OlehHarian (Zulfadzli) Sdn Bhd

No. 24, Jalan Usahawan Lima,Kawasan Perindustrian Setapak,

Setapak,53200 Kuala Lumpur.Tel : +603 4021 8655

Faks : +603 4021 8645

Page 3: Perginya Pahlawan Negara

| 3Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

Sebut saja KANANG ANAK LANGKAU, siapa yang tidak kenal. Sejak daripada bangku sekolah lagi, nama itu sering menjadi sebutan guru-guru dan

murid-murid di sekolah. Mana tidaknya nama itu disebut ketika sesi pembelajaran di sekolah. Pahlawan terbilang yang menjadi sanjungan masyarakat.

Seorang pejuang negara yang pernah cedera parah ketika mempertahankan kedaulatan negara semasa menentang komunis durjana. Beliau hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung, merosakkan sebelah buah pinggangnya serta terburai usus perut . Beliau terlantar di hospital selama 14 bulan akibat serangan komunis pada 19 Feb 1980 di kawasan Tanah Hitam, Perak.

Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia pada 16 September 1963. Kanang telah menamatkan perkhidmatannya 21 tahun dan pangkat terkahir sebagai Pegawai Waran 1. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981. Pada 24 September 2011, beliau menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak ‘Panglima Gemilang Bintang Kenyalang’ (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Tanggal 3 Jan 2013, negara telah kehilangan beliau. Pahlawan Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Khamis di Hospital Umum Sarawak. Beliau yang berusia 68 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung. Semoga rohnya terus bersemadi dengan tenang….

DALAM KENANGAN : DATUK TEMENGGONG KANANG ANAK LANGKAU (1945-2013)

Gambar kenangan Kanang (depan, duduk kiri) semasa bertugas di Jambatan Nyulong Sarikei,

Sarawak.

Page 4: Perginya Pahlawan Negara

Veteran4 |

Page 5: Perginya Pahlawan Negara

| 5Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

PROGRAM MEMBAIKPULIH RUMAH VETERAN 1MALAYSIA• Bertujuan untuk membantu Veteran ATM yang berpendapatan rendah atau miskin dengan menyediakan tempat kediaman yang lebih kondusif dan selesa. • Skop projek ini terbahagi kepada membina rumah baru dan membaikpulih rumah.• Sebanyak 49 rumah telah dibaikpulih pada tahun 2012 manakala bagi tahun 2013 sebanyak 200 rumah akan diperbaiki/dibina baru.

PUSAT SEHENTI VETERAN 1MALAYSIA• Adalah tempat untuk Veteran ATM mendapatkan khidmat nasihat, bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.• 31 kem telah dipilih sebagai pusat sehenti di seluruh Malaysia.

PROGRAM PENEMPATAN KERJA UNTUK VETERAN• Bertujuan untuk mempertingkatkan pengambilan Veteran ATM dalam sektor awam dan swasta selepas menamatkan perkhidmatan.• Antara syarikat yang berkerjasama dalam program ini adalah: • Sime Darby • Prasarana • Hartalega • MRCB • Boustead Holdings Berhad

BANTUAN KEUSAHAWANAN• Memberi latihan, pinjaman dan nasihat kepada Veteran yang berminat dalam bidang keusahawan.• Antara agensi kerajaan yang bekerjasama dalam program ini adalah: • PERHEBAT • KPDNKK • TEKUN Nasional • UKAS

MENINGKATKAN PENERIMAAN LATIHAN PERHEBAT OLEH INDUSTRI• Mempertingkatkan taraf kursus yang ditawarkan oleh PERHEBAT dalam memperkukuhkan kelayakan Veteran yang memohon kerja di sektor swasta.• Program ini mendapat kerjasama dari Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan badan-badan professional.

PROGRAM KELUARGA VETERAN 1MALAYSIA• Bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah dari belenggu kemiskinan dan mampu memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti pertanian, keusahawan atau perkhidmatan.• Sesi taklimat dan temuduga bersama peserta telah diadakan di negeri Selangor, Kuala lumpur, Melaka, Pahang, Kelantan dan Kedah.• Program ini adalah kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

KAD “PRIVILEGE” 1MALAYSIA• Kad Bekas Tentera telah diiktiraf sebagai Kad ”Privilege” 1Malaysia yang memberi diskaun untuk produk-produk utama. Kad ini juga adalah komponen Integrasi Rakan Dagang Kad Diskaun.• Program ini adalah kerjasama di antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).• Integrasi Rakan Dagang Kad Diskaun telah dilancarkan oleh YB Menteri KPDNKK pada 21 Mac 2013 di PICC, Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia sila hubungi Bahagian Kerjaya dan Sosio-ekonomi, JHEV ATM di talian 03-2050 8041/8055 atau layari laman web http://www.jhev.gov.my/1mvrp

Page 6: Perginya Pahlawan Negara

Veteran6 |

SUMBANGAN VETERAN ATM TIDAK BERPENCEN 1MALAYSIA (SVTB 1M)

• Melalui Pembentangan Bajet 2013 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM1,000 secara sekaligus (one-off) kepada Veteran ATM yang bersara awal dan tidak menerima pencen yang dikenali sebagai SVTB 1M. Mereka yang layak adalah terdiri daripada bekas pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) yang tidak berpencen seperti berikut:

a. Veteran ATM yang telah dibersarakan/menamatkan perkhidmatan secara terhormat sahaja. b. Tanpa mengira tarikh mula berkhidmat.c. Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) adalah pada atau sebelum 31 Disember 2012.

• Tafsiran bagi Veteran ATM ialah bekas tentera Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:

a. Angkatan Tetap ATM;b. Angkatan Sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh ATM tanpa mengira tempoh perkhidmatan;c. Force 136;d. Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura; dane. Sarawak Rangers.

• Peruntukan kewangan bagi pelaksanaan SVTB 1M ini dikongsi bersama oleh Kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

• Sehubungan itu, Kerajaan baru-baru ini telah membuat keputusan untuk memanjangkan pemberian tersebut kepada Balu / Duda demi menjaga kebajikan dan membela nasib mereka serta keluarga.

• Walau bagaimanapun, kelayakan Balu / Duda untuk menerima SVTB 1M ini masih tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang terpakai ke atas Veteran ATM (iaitu bekas suami / isteri mereka) di samping syarat-syarat lain yang melibatkan Balu / Duda itu sendiri.

• Pemberian SVTB 1M kepada Veteran ATM tidak berpencen serta pemanjangan kepada Balu / Duda merupakan suatu menifestasi komitmen dan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan ini yang tidak sekali-kali dipinggirkan. Ia juga membuktikan penghargaan Kerajaan bagi mengenang jasa, pengorbanan dan perkhidmatan mereka dalam mempertahanankan kedaulatan negara.

Veteran tentera yang menerima SVTB1M dari YB. Menteri Pertahanan.

Majlis penyampaian SVTB1M yang dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Page 7: Perginya Pahlawan Negara

| 7Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

Petugas kaunter sibuk mendaftar penerima sumbangan.

Veteran tentera berbaris untuk mendaftar.

Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menyerahkan cek sumbangan kepada Dato’ Rohisya Yahya.

Penerima sumbangan sabar untuk mendaftar nama.

Penerima perlu mendaftar di kaunter yang dikendalikan oleh Kakitangan JHEV.

YAB Menteri Besar Perlis menyampaian sumbangan kepada pesara tentera.

Kaunter pendaftaran untuk veteran tentera yang hadir.

Petugas JHEV menunjukkan baucer SVTM1M.

Page 8: Perginya Pahlawan Negara

 

Veteran8 |

BAHAGIAN KEBAJIKAN

Peranan dan tanggungjawab Bahagian Kebajikan terhadap veteran ATM ialah memberikan bantuan 5 Skim Kebajikan seperti berikut:

a. Bantuan Sara Hidup

b. Bantuan Persekolahan

c. Bantuan Kemasukan ke IPTA

d. Bantuan Peralatan Pesakit

e. Bantuan Bencana Alam.

Sepanjang tahun 2012 Bahagian Kebajikan telah membentangkan semua 5 Skim Kebajikan yang dimajukan oleh semua Pengarah-Pengarah Negeri di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan.

Pecahan permohonan yang telah diluluskan dan jumlah kewangan yang telah dibelanjakan untuk permohonan tersebut adalah seperti berikut:

BIL SKIM JUMLAH RM PECAHAN

1. Sara Hidup 1028 122,000.00 2. Persekolahan 374 232,200.00 3. IPTA 4809 5,879,000.00 4. Peralatan Pesakit 372 402,342.00 5. Bencana Alam 70 124,200.00

JUMLAH 6653 6,759,742.00

Bahagian Kebajikan akan terus memainkan peranan di dalam memastikan kebajikan veteran ATM diberi perhatian sewajarnya sesuai dengan matlamat kesejahteraan veteran keutamaan kami.

Page 9: Perginya Pahlawan Negara

| 9Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

KENAIKAN PENCEN MINIMUM DARIPADA RM 720 KEPADA RM 820

Kerajaan juga telah meluluskan penyelarasan semula pencen pesara yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada RM 720 kepada RM 820. Penyelarasan pencen ini mengambil kira bayaran pencen bermula 01 Januari 2012.

Untuk tujuan ini, pesara ATM yang layak diselaraskan adalah mereka yang mempunyai perkhidmatan diakui sekurang-kurangnya 25 tahun bagi pegawai dan 21 tahun bagi anggota LLP. Penyelarasan ini telah melibatkan seramai 5,282 orang, termasuk penerima pencen terbitan.

KENAIKAN PENCEN TAHUNAN SEBANYAK 2% MULAI 01 JANUARI 2013

YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan pelaksanaan kenaikan pencen tahunan sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji kepada semua pesara di dalam pembentangan Bajet Tahun 2012.

Kenaikan ini telah dilaksanakan kepada semua pesara / penerima pencen ATM yang layak seramai 101,842 orang mulai bayaran pencen pada bulan Januari 2013.

Page 10: Perginya Pahlawan Negara

Veteran10 |

KURSUS e-PEROLEHAN MEMBUKA TIRAI TAHUN 2013.Oleh: Sohana binti Ali, PP4(BKS) --------------------------------------------KURSUS e-PEROLEHAN yang merupakan antara aktiviti utama Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi (BKS) JHEV ATM telah membuka tirainya bagi tahun 2013. Kursus yang dianjurkan oleh BKS ini buat pertama kalinya telah mendapat kerjasama Institut Usahawan Bumiputera (IUB) MARA. Siri 1 Tahun 2013 kursus ini telah diadakan pada 18 hingga 21 Mac 2013 bertempat di Institut Usahawan Bumiputera (IUB) MARA, Tingkat 12 Pertama Kompleks. Modul serta program bagi kursus ini telah ditambah baik hasil perbincangan bersama IUB bertujuan untuk memantapkan pengetahuan serta kemahiran usahawan dikalangan veteran ATM yang menyertai kursus ini dalam menggunakan sistem e-Perolehan. Program kali ini telah menarik minat 25 orang usahawan veteran ATM dari pelbagai bidang perniagaan. Tenaga pengajar yang berpengalaman luas juga membantu para peserta menimba ilmu dan pengetahuan dalam bidang ini. Hasilnya, setelah berakhirnya kursus selama 4 hari ini sebahagian besar peserta telah mahir menggunakan sistem ini. Usaha untuk membantu Usahawan Veteran ini maju setapak lagi dalam bidang yang diceburi nampaknya tidak sia-sia.

PENTERNAKAN LEBAH KELULUT TARIK MINAT VETERAN ATMOleh: Sohana binti Ali, PP4(BKS)--------------------------------------------KURSUS PENTERNAKAN LEBAH KELULUT terus mendapat perhatian Veteran ATM. Walaupun telah menganjurkan tiga siri kursus ini pada Tahun 2012, Kursus Ternakan Lebah Kelulut terus dianjurkan atas permintaan yang menggalakkan dari Veteran ATM. Hasil kerjasama Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi (BKS) JHEV ATM bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan kursus ini. Penternakan Lebah Kelulut ini bukan sahaja menarik tetapi merupakan salah satu aktiviti peningkatan sosioekonomi yang mudah, tidak memerlukan kos yang tinggi serta dapat menjana pendapatan pengusahanya. Kursus selama 2 hari yang dianjurkan bersama MARDI ini telah diadakan di Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI Serdang. Peserta bukan sahaja diajar tentang teori dan pengenalan kepada biologi dan habitat Lebah Kelulut tetapi mereka juga diberi peluang untuk merasai sendiri cara memindahkan koloni lebah. Latihan hands-on yang dijalankan di tempat penternakan lebah di Kawasan Hutan Simpan Semenyih merupakan satu pengalaman berharga yang dirasai sendiri oleh peserta kali ini. Walaupun terpaksa meredah hujan lebat dan jalan tanah merah yang memakan masa hampir 1 jam dari MARDI tidak mematahkan semangat peserta untuk mengetahui tentang cara penternakan kelulut dan menuai madu kelulut serta propolis. Pihak penganjur mengharapkan supaya

penat lelah dan usaha semua yang terlibat bagi menganjurkan kursus ini berbalas dengan kejayaan para peserta menjana pendapatan melalui aktiviti penternakan serangga unik ini.

PROGRAM KAUNTER BERGERAK – PROGRAM JANJI DITEPATIOleh: Sohana binti Ali, PP4(BKS)--------------------------------------------PROGRAM KAUNTER BERGERAK dilaksanakan untuk memberi informasi berhubung peranan dan fungsi JHEV ATM disamping mendekati Veteran ATM diseluruh negara dengan lebih dekat. Program Kaunter Bergerak ini melibatkan penyertaan Pegawai dan Staf dari Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi, Bahagian Pencen, Bahagian Kebajikan dan JHEV Cawangan Negeri. Program Janji Ditepati merupakan salah satu majlis yang disertai oleh team Kaunter Bergerak JHEV ATM. Berikut merupakan tarikh dan tempat Program Janji Ditepati yang disertai oleh JHEV ATM:

BULAN TARIKH LOKASI Januari 2013 19 Januari Dataran Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan

Februari 2013 23 Februari Dataran Shahbandar Kuala Terengganu

Mac 2013 2-3 Mac Stadium Utama Kangar, Perlis 22-23 Mac Padang MPK, Kuantan Pahang

Page 11: Perginya Pahlawan Negara

| 11Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

SEPETANG PM BERSAMA PESARA PEGAWAI KANAN ATM: LAHAD DATU TOPIK PERBINCANGAN

16 Mac – Pertemuan selama 2 jam cukup bermakna bagi Pesara Pegawai Kanan ATM apabila YAB Perdana Menteri telah meluangkan masa untuk bersama-sama mereka dalam Majlis Sepetang Bersama YAB Perdana Menteri di Seri Perdana PUTRAJAYA. Kes pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu menjadi topik dan isu utama semasa majlis tersebut. Majlis diadakan bagi memberi ruang kepada Pesara Pegawai Kanan ATM memberi pandangan dan pendapat tentang isu pencerobohan yang berlaku di Sabah.

Dalam masa yang sama Pesara Pegawai Kanan ATM juga telah diberi taklimat oleh Panglima Angkatan Tentera tentang situasi terkini pencerobohan oleh Tentera Sulu yang diketuai oleh Kiram.

Seramai 200 orang Pegawai Kanan ATM telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri turut berharap agar pesara tentera terus bersama-sama mempertahankan keamanan dan kesejahteraan yang sedang dikecapi walaupun telah bersara dari perkhidmatan.

Page 12: Perginya Pahlawan Negara

Veteran12 |

Penyampaian SVTB1M kepada penerima oleh YB. Menteri pertahanan di Hutan Melintang, Perak.

YB. Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan warga Veteran ATM.

Penerima SVTB1M di Cameron Highland.

Lawatan Dato’ Ketua Pengarah JHEV ke rumah Skim 1MVRP NBOS7.

Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran ATM.

Dato’ Zulkiflee Mazlan, ketua Pengarah JHEV menyampaikan SVTB1M kepada Veteran komando

tentera Orang Asli di Cameron Highland.

Penyampaian PJM oleh Dato’ Rohisha Yahya.

Lawatan ke rumah penerima di Kuching, Sarawak.

Page 13: Perginya Pahlawan Negara

| 13Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

Lawatan kebajikan JHEV di Kg. Kondok Nilai, Seremban oleh YB. Menteri Pertahanan.

Antara Veteran ATM yang mengambil bahagian di ‘Malam Barisan Kita’ RTM di Auditorium

Perdana,Angkasapuri.

YAB Perdana Menteri menandatangani plak pelancaran 1MVRP NBOS7.

Penyampaian Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran ATM di Kem Sg. Udang, Melaka.

Dato’ Ketua Pengarah JHEV berbincang dengan YB. Menteri Pertahanan di Kg. Kondok Nilai.

Segak bergaya di ‘Malam Barisan Kita’ anjuran RTM/ATM/PDRM.

YAB Perdana Menteri melihat model rumah skim 1MVRP ATM.

Penerima Pingat Jasa Malaysia di Kem Sg. Udang, Melaka.

Page 14: Perginya Pahlawan Negara

Veteran14 |

YVATM telah menganjurkan Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) di bawah peruntukan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Program telah dijalankan selama 6 bulan bermula Disember 2012 sehingga Mei 2013 bertempat di sekitar daerah di negeri Kelantan.

Antara kursus yang dijalankan adalah Kursus Asas Jahitan Wanita, Kursus Makanan Sejuk Beku, Kursus Asas Jahitan Manik dan Kursus Asas Gunting Rambut Lelaki dikendalikan oleh syarikat Raudah Manpower yang dilantik oleh YVATM. Kumpulan sasaran terdiri daripada balu dan Veteran ATM. Kursus-kursus yang dijalankan dilengkapi dengan peralatan seperti mesin jahit, alatan menggunting rambut dan sebagainya. Melalui kursus seumpama ini, diharap para peserta dapat memanfaatkan kemahiran yang dibekalkan untuk mendapatkan pekerjaan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi.

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN & KERJAYA (PLKK) ANJURAN YAYASAN VETERAN ATM

Peserta-peserta yang menerima latihan PLKK anjuran Yayasan Veteran ATM

Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 Nasional FM, RTM

SP1M TV1, RTM ‘Hello On Two’ (HOT), TV2, RTM

PROMOSI SVTB1M KEPADA BALU/DUDA

Kerajaan memperluaskan pemberian Sumbangan Veteran Angkatan Tentera

T idak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) kepada balu atau duda veteran tentera sebagai menghargai jasa suami atau isteri mereka.

Kelayakan balu atau duda menerima SVTB1M itu masih t e r t a k l u k k e p a d a s y a r a t perkhidmatan yang terpakai ke atas veteran berkenaan.

Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran SVTB1M di semua pejabat JHEV Cawangan Negeri atau memuat turun borang melalui laman sesawang JHEV www.jhev.gov.my

Beberapa siri promosi dan publisiti telah diatur oleh cawangan Perhubungan Awam JHEV yang melibatkan Ketua Pengarah JHEV, YBhg. Dato’ Zulkiflee Mazlan bagi memperjelaskan SVTB1M kepada

kumpulan sasar melalui media arus perdana.

* ‘Selamat Pagi 1Malaysia (SP1M), TV1, RTM pada 30 Mac 2013* ‘Malaysia Hari Ini’ (MHI) TV3 pada 5 April 2013* ‘Hello On Two’ (HOT), TV2, RTM pada 9 April 2013* Segmen ‘Terus Terang’ Nasional FM RTM pada 16 April 2013

Page 15: Perginya Pahlawan Negara

| 15Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

JHEV CAWANGAN NEGERI KEDAH, PERLIS & PULAU PINANG

Alamat : 268 Kompleks Shahab Perdana Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah.Pengarah : Mej Hj. Idrus bin Hj. Amran TUDM. Tel : 04-733 2437 / 04-733 2446 Faks : 04-733 2592

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA OLEH YB MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA DATO SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI PADA 9 MAC 2013 BERTEMPAT DI PUSAT TERAPI PAHLAWANKU, SUNGAI PETANI

Pada 9 Mac 2013 yang lalu, YB Menteri Pertahanan Malaysia Dato Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah berkesempatan untuk menyempurnakan majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia kepada seramai 43 orang ahli Persatuan Bekas Pasukan Khas TUDM (PBPKU) dari cawangan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Perak dan Kedah yang diadakan perkarangan Pusat Terapi Pahlawanku, Sg Petani, Kedah. Turut hadir dimajlis tersebut ialah Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg Mej Jen Dato` Zulkiflee bin Mazlan dan dif-dif jemputan. Semua penerima pingat PJM amat berbesar hati dan bersyukur atas penganugerahan yang diterima serta mengucap terima kasih kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan Kementerian Pertahanan serta kerajaan Malaysia.

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK RHP 2011 DAN PINGAT JASA MALAYSIA PADA 19 MEI 2012 DI DEWAN KAPITOL,KANGAR PERLIS

Pada 19 Mei 2012 bertempat di Dewan Kapitol, Kangar, Perlis satu majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia dan penyerahan cek RHP 2011 telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia kepada seramai 42 orang veteran di Negeri Perlis yang telah berjasa kepada negara semasa zaman darurat dan penentangan komunis dari tahun 1980 hingga 1990. Timbalan KP JHEV ATM YBhg Encik Mohd Fauzi bin Hj Ishak turut hadir bagi mewakili Dato KP dimajlis tersebut. Turut hadir adalah Exco Kerajaan Negeri Perlis YB Tuan Mansor bin Jusoh.

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA PADA 15 JUL 2012 DI DEWAN SG JAWI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

Pada 15 Jul 2012 yang lalu, YBhg Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan, Ketua Pengarah JHEV ATM, telah menyempurnakan majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia bertempat di Dewan Sg Jawi, Nobing tebal, Pulau Pinang. Seramai 30 orang veteran ATM yang pernah berkhidmat dan berjasa semasa zaman darurat dan penentangan komunis dari tahun 1980 hingga 1990 telah menerima penganugerahan tersebut. Semua Veteran yang terlibat dengan penganugerahan PJM melahirkan rasa terharu dengan pengurniaaan pingat tersebut.

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA PADA 7 JUL 2012 DI DEWAN SMK HUTAN KAMPONG ALOR SETAR

Pada 7 Jul 2012 yang lalu, Lt Kol Zainal Abidin bin Zainuddin, Pengarah JHEV Negeri Perak yang mewakili Ketua Pengarah JHEV ATM, telah menyempurnakan majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia bertempat di Dewan SMK Hutan Kampong di Alor Setar. Seramai 53 orang veteran ATM yang pernah berkhidmat dan berjasa semasa zaman darurat dan penentangan komunis dari tahun 1980 hingga 1990 telah menerima penganugerahan tersebut. Semua Veteran yang terlibat dengan penganugerahan PJM melahirkan rasa terharu dengan pengurniaaan pingat tersebut.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ONE OFF SVTB1M PERINGKAT NEGERI KEDAH/PERLIS DAN PULAU PINANG

Majlis penyampaian Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1 Malaysia (SVTB1M) peringkat negeri Kedah/Perlis dan Pulau Pinang telah diadakan di 9 lokasi. Pada keseluruhannya majlis telah berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis tersebut telah mendapat kerjasama daripada daripada PBTM Cawangan dan pejabat Penyelaras Parlimen yang terlibat seperti Parlimen Kubang Pasu (Dewan Kolej Matrikulasi Changlun), Alor Setar (Dewan Alor Setar Mall), Sungai Petani (Dewan LHDN), Kulim Bandar Bahru (Dewan Utama Kulim) dan Langkawi (Dewan Beron Hotel). Bagi Negeri Pulau Pinang Parlimen yang terlibat adalah Parlimen Tasek Gelugor (Dewan Utama Sg Dua), Nibong Tebal (Dewan USM Cawang Kejuruteraan) dan Balik Pulau (Dewan SMK Pondok Upeh), manakala di Negeri Perlis telah mendapat kerjasama sepenohnya oleh Kerajaan Negeri Perlis yang diadakan di Dewan Kapitol, Kangar, Perlis.

Page 16: Perginya Pahlawan Negara

Veteran16 |

MAJLIS DIALOG DAN KAUNTER BERGERAK JHEV ATM CAWANGAN NEGERI PERAK BERSAMA VETERAN ATM DAERAH MANJUNG

Program Majlis Dialog Bersama Veteran ATM Daerah Manjung dan Kaunter Bergerak telah diadakan di Pejabat Tanah dan Daerah Manjung, Manjung Perak Darul Ridzuan pada 20 Okt 2012 dan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Skim Bantuan JHEV ATM kepada Veteran ATM di samping mengenalpasti permasalahan/cadangan yang dikemukakan oleh Veteran ATM, balu-balu Veteran ATM dan anak-anak Veteran ATM yang menetap di sekitar daerah Manjung, Sitiawan, Lumut dan kawasan yang berhampiran. Disamping itu, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Kol Zainal Abdin bin Zainudin telah menyampaikan sumbangan bantuan kebajikan JHEV ATM iaitu kerusi roda kepada Veteran. Seramai 246 veteran telah hadir sepanjang program majlis dialog dan kaunter bergerak. Selain daripada JHEV ATM mengadakan pameran dan kaunter, terdapat agensi-agensi lain bersama program yang dijalankan. Antaranya PERHEBAT, Bank Muamalat, RHB Bank, dan juga jualan produk-produk dari Veteran ATM.

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) BERSAMA KETUA PENGARAH JHEV ATM DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

27 Nov 2012 - Bertempat di Ballroom Heritage Hotel Ipoh, Ipoh Perak telah diadakan majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia kepada veteran ATM negeri Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Mej Jeneral Dato’ Zulkiflee bin Mazlan, Ketua Pengarah JHEV ATM. Seramai 87 veteran ATM telah dipilih bagi disematkan Pingat Jasa Malaysia.

Alamat : Lot3-10A (A-C), Tingkat 3 Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak.Pengarah : Lt Kol Zainal Abdin bin Zainudin. Tel : 05-243 5061 / 05-243 5063 Faks : 05-243 5124

JHEV CAWANGAN NEGERI PERAK

Kehadiran Veteran ATM

Penyerahan Kerusi Roda kepada Veteran ATM

Sesi bergambar penerima PJM

Sesi Majlis Dialog JHEV ATM

Permasalahan di Kaunter JHEV ATM

Page 17: Perginya Pahlawan Negara

| 17Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

JHEV CAWANGAN NEGERI SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN

Alamat : 301 Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala Lumpur.Pengarah : Kdr Jumali bin Jabon TLDM. Tel : 03-2050 8000 Faks : 03-2691 7564 / 03-2691 7546

BANTUAN PERALATAN PESAKIT UNTUK ADIK NURUL ZAKIAH BIN ABDUL RAHMAN

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah menghulurkan bantuan Peralatan Pesakit kepada NURUL ZAKIAH anak seorang Veteran EN ABDUL RAHMAN BIN ABD KADIR yang mengidap BILATERAL GLANCOME & CATARCT OF BOTH EYES DAN CHRONIC SKIN PROBLEM sejak beberapa tahun yang lalu. En Rahman terpaksa berhenti kerja demi anak tercinta. Bantuan yang dihulurkan berupa Katil yang lengkap dengan sistem urutan saraf iaitu CERAGEM MASTER M3500 yang telah diserahkan oleh Puan Hajjah Rahmah bt Mohamad dari Bahagian Kebajikan pada 22 Mei 2013 di kediaman beliau. Semoga dengan bantuan ini akan dapat membantu adik Zakiah bertambah sihat dan kembali ke kehidupan normal.

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA DAN CEK RAYUAN HARI PAHLAWAN

Majlis Ramah Mesra YB Menteri Pertahanan Malaysia Dato Seri Dr Zahid bin Hamidi bersama warga tentera telah diadakan pada 23 April 2013 di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang. Selain ucapan oleh YB Menteri Pertahanan, majlis juga diserikan dengan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia kepada 27 orang Veteran ATM dari Pertubuhan Veteran Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Penyampaian cek agihan kutipan Rayuan Hari Pahlawan 2012 kepada 12 persatuan yang telah bersama-sama menyumbang dalam kutipan RHP 2012.

Page 18: Perginya Pahlawan Negara

Veteran18 |

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ONE-OFF KEPADA VETERAN ATM TIDAK BERPENCEN

Semenjak kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan one-off RM 1000.00 kepada veteran ATM yang tidak berpencen pada awal Oktober tahun lepas, seramai 7991 orang veteran ATM tidak berpencen seluruh negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah memajukan borang permohonan SVTB1M ke JHEV ATM Cawangan Negeri. Daripada jumlah tersebut sebanyak 5584 baucer telah di diagihkan di lapan lokasi yang telah ditetapkan manakala baki baucer yang belum ditunaikan telah di agihkan melalui JHEV cawangan negeri dan di dibuat pembayaran secara EFT ke akaun veteran.

Military Community Volunteering Day / Hari Terbuka ATM telah berlangsung selama dua hari bermula pada 6 hingga 7 April di Padang Pavilion Kem Terendak, Melaka. Majlis anjuran Markas Artileri Divisyen 3 tersebut telah berjaya menarik ramai pengunjung bilamana pelbagai program dan pameran telah dipertontonkan.

Kelab Bekas Anggota Perisai (KEBAL) Kor Armor Diraja telah melaksanakan Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) pada 31 Mac 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Rejimen Kedua Kor Armor Diraja, Port Dickson. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan yang turut dihadiri oleh Pengarah Kor Armor Diraja, Panglima 1 Briged Infantri, Panglima 3 Divisyen dan Bekas-Bekas Pegawai Kanan Kor Armor.

Alamat : Aras 1-A, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.Pengarah : Mej Nik Anuar bin Nik Man. Tel : 06-234 5931 / 06-234 5932 Faks : 06-234 5930

JHEV CAWANGAN NEGERI SEMBILAN & MELAKA

Ahli Parlimen Jasin, YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hj Hamzah turut melancarkan Tabung Lahad Datu semasa majlis

penyampaian SVTB1M peringkat Parlimen Jasin pada 17 Mac 2013 bertempat di Dewan Dato’ Hj Ahmad Ithnin,

Merlimau

JHEV ATM cawangan negeri turut mengambil bahagian dengan mengadakan kaunter penerangan kepada

bakal-bakal pesara dan veteran yang hadir.

Page 19: Perginya Pahlawan Negara

| 19Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

USAHAWAN MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara adalah salah satu makanan tambahan yang baik untuk kesihatan yang mana ia bertindak sebagai antivirus, antibakteria, anti oksida, pemacu metobolisma tubuh dan ianya juga dapat mengawal sistem pertahanan badan dari segala penyakit. Minyak kelapa dara secara amnya terdiri daripada asid lemak tepu yang aktif. Ianya tidak perlu ditukar oleh sistem penghadaman seperti lemak yang lain. Oleh yang demikian, minyak ini sangat sesuai kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan dan kadar metabolisma yang rendah atau individu yang mengalami masalah penghadaman lemak.

Keistimewaan minyak kelapa dara ini telah menarik minat bekas PW II Azhar bin Ahmad yang berkhidmat selama 22 tahun di dalam ATM untuk mendalami kebaikan makanan tambahan tersebut malahan beliau juga mempunyai pengalaman di dalam perkhidmatan sebagai Jurulatih Kanan Cawangan Ikhtiar Hidup di Pusat Latihan Tentera Darat, Ulu Tiram, Johor. Disamping itu, beliau juga diberi sokongan penuh oleh isterinya untuk mengusahakan Minyak Kelapa Dara ini dan menjalani kursus Pemprosesan Minyak Kelapa Dara anjuran Jabatan Pertanian setelah tamat perkhidmatan pada 1 Ogos 2008.

Pada Jun 2008 Aniera Enterprise mula beroperasi dengan memproses, membekal dan menjual produk minyak kelapa dara yang berasaskan daripada kelapa. Perniagaan ini pada awalnya bermula di rumah dengan bermodalkan sebanyak RM5,000.00 sahaja. Setelah mendapat peruntukan bengkel pada Januari 2010 syarikat ini berpindah ke bengkel di alamat No.1, Lot Tapak Rela, Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor. Beliau juga menerima Bantuan Agensi Peruntukan Bangunan dan Mesin Perah Santan daripada Jabatan Pertanian serta Tapak Bangunan Bengkel daripada Felda. Selain itu, Aniera Enterprise juga mendapat bantuan dari segi Promosi dan Jualan daripada JHEV ATM, Kejora, Felda, FAMA dan PERHEBAT.

Produk-produk yang dikeluarkan Aniera Enterprise adalah Minyak Kelapa Dara, Minyak Urut, Minyak Rambut, Minyak Wangi dan Sabun Kelapa Dara. Produk Aniera Enterprise telah dipasarkan ke seluruh Semenanjung Malaysia seperti di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Singapura melalui agen-agen yang telah dilantik. Hingga ke hari ini, Encik Azhar bin Ahmad diantara pengeluar produk Minyak Kelapa Dara yang berjaya dengan pendapatan lebih kurang RM10,000.00 sebulan. Beliau berusaha untuk meningkatkan mutu produk serta memperluaskan pemasaran sehingga ke peringkat Antarabangsa.

Produk VCO

JHEV CAWANGAN NEGERI JOHOR

Alamat : Bilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Dato’ Dalam, 80000 Johor Bahru, Johor.Pengarah : Lt. Kol Mohd Salleh bin Che Hassan. Tel : 07-222 6564 / 07-226 7712 Faks : 07-222 1148

Page 20: Perginya Pahlawan Negara

Veteran20 |

MANGSA KEBAKARAN DAPAT RUMAH BARU

Puan Junaidah binti Abu Samah merupakan seorang balu kepada Allahyarham Zulkifli bin Ab Wahab yang yang telah meninggal dunia pada 18 September 2008. Pada 26 September 2011 rumah kediaman balu di alamat No 93, Kampung Paya Panjang 28200 Bera, Pahang telah terlibat dengan kebakaran melibatkan kerugian sebanyak RM70.000.00. Hasil pemeriksaan bomba rumah tersebut tidak selamat untuk diduduki.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memohon sebuah rumah kediaman termasuk di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Rumah Mesra Rakyat. Walau bagaimanapun usaha tersebut tidak menampakkan sebarang hasil.

Pada bulan September 2012 kerajaan melalui Kementerian Pertahanan telah memperkenalkan Skim pembinaan rumah dibawah Program 1Malaysia Home Repair khusus untuk membantu Veteran ATM yang kurang berkemampuan atau tidak memiliki rumah sendiri.

Melalui Program tersebut nama puan Junaidah telah disenaraikan oleh JHEV ATM Negeri Pahang. Pembinaan rumah mula dilaksanakan pada pertengahan bulan November 2012 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Disember 2012. Projek tersebut telah dilaksanakan oleh anggota tentera dari Pasukan 11 Skn RAJD yang berpengkalan di Kem Batu 3, Temerloh, Pahang.

PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

22 September 2012 – Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 20 orang Veteran ATM termasuk tiga orang Balu yang mewakili Allahyarham suami masing-masing telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Jalan Teluk Sisek Kuantan, Pahang. Penyampaian pingat PJM telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang. Program tersebut diadakan sempena Program Ramah Mesra Menteri Besar Pahang bersama Veteran ATM yang dihadiri seramai 1300 orang terdiri daripada Veteran ATM dan Balu.

LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENYERAHAN PERALATAN PESAKIT

Chenor, Pahang – Pengarah JHEV Cawangan Negeri Pahang telah melaksanakan lawatan kebajikan dan Penyerahan Peralatan Pesakit kepada Veteran ATM, Kamaruzaman bin Hussain yang mengalami sakit saraf dan lumpuh. Veteran ATM telah menerima bantuan sara hidup, peralatan pesakit iaitu kerusi roda, tandas duduk, katil hospital dan tilam bagi meringankan beban dan kesakitan yang beliau alami.

Veteran ini pernah berkhidmat dalam Rejimen Askar Wataniah selama 15 tahun mulai 15 April 1976 hingga 30 September 1991. Beliau kini tinggal bersama keluarga di alamat No 51, RPSB Bukit Kening, Chenor 28100 Temerloh, Pahang.

Alamat : Tingkat 1, Wisma Pahlawan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang.Pengarah : Mej Mohamad Rozali bin Abd Rahman TUDM. Tel : 09-514 2235 / 09-514 2295 Faks : 09-514 2275

JHEV CAWANGAN NEGERI PAHANG

Seramai 20 orang Veteran ATM yang berusia 70 tahun keatas menerima pingat PJM yang disampaikan oleh

Menteri Besar Pahang.

Page 21: Perginya Pahlawan Negara

| 21Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA (PLKK) VETERAN NEGERI KELANTAN

Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) merupakan salah satu program kursus yang telah dilaksanakan oleh cawangan ini. Perlaksanaan program ini adalah dengan kerjasama Yayasan Veteran ATM dan Syarikat Raudah Manpower Agency SDN. BHD. sebagai pihak perunding yang telah dilantik untuk melaksanakan program ini. PLKK bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar (balu/isteri dan Veteran ATM) supaya mampu mendapat pekerjaan dan dapat mengendalikan perniagaan sendiri dengan lebih cekap seterusnya keluar daripada taraf miskin tegar. Latihan kemahiran yang diberikan adalah dari kategori kemahiran asas sahaja. Melalui latihan ini, ianya dapat memberi peluang kepada kumpulan sasar yang lebih ramai untuk meningkatkan pendapatan isi rumah dan memberi galakkan kepada kumpulan sasar untuk lebih berdikari lagi. Dengan adanya program seumpama ini diharapkan dapat membantu kumpulan sasar khususnya dari golongan miskin dan miskin tegar memperbaiki lagi taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna di masa hadapan.

STATISTIK KURSUS PLKK ANJURAN JHEV ATM CAWANGAN KELANTAN DAN TERENGGANU

BIL JENIS KURSUS TARIKH TEMPAT BIL. STATUS KURSUS PESERTA KURSUS

1. Asas Jahitan Pakaian Wanita 17.12.12 Bengkel Jahitan : hingga a. Chabang 4, Tumpat 28 peserta Belum 17.05.13 b. Tanjong Mas, KB 12 peserta Tamat

2. Asas Gunting Rambut Lelaki 20.01.13 Raudah Manpower Agency 11 peserta Belum hingga Sdn. Bhd. PT 684, Ting. Bawah, Tamat 19.06.13 Jln Pengkalan Chepa, Tanjong Mas, KB

3. Makanan Sejuk Beku 22.01.13 Bengkel Masakan Raudah, 20 peserta Tamat hingga S47/90A, Tanjong Mas, Batu 2 ¾ 21.02.13 Jln Pengkalan Chepa, KB

4. Asas Jahitan Manik 27.01.13 Bengkel Jahitan Meranti, 11 peserta Tamat hingga Pejabat Pertubuhan Industri 26.02.13 Asas Tani Kelantan, Pasir Mas

Kursus asas jahitan pakaian wanita. Kursus asas gunting rambut lelaki.

JHEV CAWANGAN NEGERI KELANTAN DAN TERENGGANU

Alamat : Tingkat 9, Menara Perbadanan, Jalan Tengku Petra Semarak, 15000 Kota Bharu, Kelantan.Pengarah : Mej Abu Bakar Siddik bin Sulaiman. Tel : 09-747 0289 / 09-747 0395 Faks : 09-747 0499

Page 22: Perginya Pahlawan Negara

Veteran22 |

Alamat : Pintu C7-3, Tingkat 7, Blok C Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.Pengarah : Lt. Kol Adnan bin Ariffin. Tel : 088-259 120 / 088-267 506 Faks : 088-265 743

JHEV CAWANGAN NEGERI SABAH

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN VETERAN TIDAK BERPENCEN 1MALAYSIA (SVTB1M) JHEV CAWANGAN SABAH

JHEV Cawangan Sabah telah melaksanakan Majlis Penyampaian SVTB1M kepada veteran ATM di seluruh Sabah lebih kurang seramai 2,500 orang. Majlis ini telah disampaikan oleh ADUN Kawasan setempat yang telah dipilih. Majlis ini telah disampaikan di Kota Kinabalu – 31 Jan 2013, Kota Belud – 3 Feb 2013, Keningau dan Beaufort – 7 Feb 2013, Tawau dan Lahad Datu – 16 Feb 2013, Semporna – 17 Feb 2013 serta Sandakan – 21 Feb 2013. Ketua Pengarah JHEV ATM turut hadir di Kota Kinabalu yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Musa Haji Aman dan Sandakan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Liew Vui Keong.

Page 23: Perginya Pahlawan Negara

| 23Angkatan Tentera Malaysia 1/2013

JHEV CAWANGAN NEGERI SARAWAK

Alamat : Tingkat 1, Lot 331, 332 & 333, Seksyen 9, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.Pengarah : Lt Kol Monday ak Juhid. Tel : 082-230 358 / 082-230 357 Faks : 082-231 009

PENYERAHAN ALAT BANTUAN PESAKIT KEPADA VETERAN ATM

16 April 2013 . Jabatan Hal Ehwal Veteran Cawangan Negeri Sarawak telah menghantar alat bantuan pesakit berupa kerusi roda kepada veteran ATM Jimmy Ak Siang di Taman BDC Stutong Lama,Kuching. Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Kapten Farizal bin Hassim.

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) SEMPENA HARI TERBUKA TENTERA DARAT

6 April 2013. Jabatan Hal Ehwal Veteran Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Veteran Tentera Malaysia Sarawak (PVTMS) telah menyempurnakan majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia di Dataran Sanyan Sibu. Seramai 22 orang veteran telah dianugerahkan pingat tersebut. Penyampaian pingat tersebut telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw Panglima 9 Bgd.

LAWATAN SIASATAN KE RUMAH PESERTA NBOS 7

23 Mac 2013. Lawatan Siasatan keatas peserta Home Repair Programme NBOS7 telah dijalankan di kawasan sekitar sarawak. Bagi tahun 2012 sebanyak 10 buah rumah telah siap sepenuhnya dalam kategori baik pulih dan 6 buah rumah masih dalam pembinaan bagi bina baru. Bagi tahun 2013 pula projek pembinaan rumah yang telah dipilih masih lagi dalam pembinaan.

Page 24: Perginya Pahlawan Negara

Pahlawan Yang GugurPahlawan yang gugur

Tidak akan menjadi tuaSeperti kita yang akan tua

Mereka juga tidak lagi dimamah usiaSeperti kita yang dimamah usia.

Biarpun matahari terbenamDan terbit semula diwaktu pagi

Pahlawan tetap kami ingatiPahlawan kekal kami hargai.

Bila anda pulang nantiBeritahu semua tentang pahlawan kami

Untuk masa depan ibu pertiwiPahlawan berjuang dari dahulu hingga kehari ini.