54
PERGERAKAN KREATIF 1.0 PENGENALAN Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang akan menyebabkan perubahan kedudukan atau kekal di tempat asal. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan masing- masing. Pergerakan kreatif adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semulajadi. Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti. Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan. Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan. Kanak-kanak akan mengembangakan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik, spontan dan terancang. Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Contohnya, kanak-kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Dauer dan Prangrazi telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu : i. Keinginan untuk bergerak ii. Keinginan untuk berjaya iii. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya iv. Keinginan untuk bersaing v. Keinginan untuk memperoleh kecerdasan fizikal vi. Keinginan untuk mengembara vii. Keinginan untuk memperoleh daya penarik

PERGERAKAN KREATIF

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pergerakan kreatif

Citation preview

Page 1: PERGERAKAN KREATIF

PERGERAKAN KREATIF

1.0         PENGENALAN

Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang akan

menyebabkan perubahan kedudukan atau kekal di tempat asal. Pergerakan kreatif merupakan

satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh

dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif untuk

menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan masing-masing. Pergerakan kreatif

adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu  meningkatkan perkembangan

kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rentak dan irama, pergerakan

yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semulajadi.

Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti.

Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui

muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan. Tubuh badan adalah

alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan. Kanak-kanak akan

mengembangakan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan

sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh

bertepuk dan menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak.

Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik,

spontan dan terancang.

Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan

untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Contohnya, kanak-

kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Dauer dan Prangrazi

telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu :

i.      Keinginan untuk bergerak

ii.     Keinginan untuk berjaya

iii.    Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya

iv.   Keinginan untuk bersaing

v.    Keinginan untuk memperoleh kecerdasan fizikal

vi.   Keinginan untuk mengembara

vii.  Keinginan untuk memperoleh daya penarik

viii. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti

ix.   Keinginan untuk mengetahui

Page 2: PERGERAKAN KREATIF

Keinginan-keinginan tersebut ditumpukan kepada pergerakan kreatif yang mempunyai

fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan

mental serta rohani dan sosial.

Gladys Andrew Fleming (1976)  telah menggunakan istilah ”Pergerakan Kreatif” untuk

pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung

antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota badan. Pergerakan

kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu ekspresi, komunikasi dan

kepuasan peribadi.

Margaret H’Doubler (1925), berpendapat bahawa geraktari kreatif adalah sejenis tarian

berunsur pendidikan yang membantu dalam proses tumbesaran individu. Proses ini membentuk

pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya pemikiran, pertumbuhan fizikal

dan spiritual. Apa yang dipersembahkan oleh kanak-kanak, bukanlah bertujuan untuk menarik

perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan ekspresi emosi kendiri melalui

pergerakan.

2.0       ELEMEN ASAS PERGERAKAN

Pergerakan kreatif merangkumi empat elemen utama iaitu ruang, masa, tubuh badan,

dan aliran. Ia melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor sama ada dengan atau

tanpa muzik.

2.1       Ruang

Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan gerakan. Terbahagi kepada dua

iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu yang

boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Manakala ruang am ialah kawasan yang digunakan

semasa melakukan pergerakan. Kedua-dua ruang ini meliputi bahagian kawasan seperti :

a)    aras       -   tinggi, sederhana dan rendah

b)    arah       -   hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah

c)    aliran     -   awangan, lantai, lurus dan berliku-liku

d)    ekstensi  -  mengecil dan membesar

2.2       Masa

Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan

serta merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti

ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.

a)   Serta merta       -        Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini

cepat, tegas,    spontan dan dinamik

Page 3: PERGERAKAN KREATIF

b)    Kawal-lambat     -      Pergerakan yang perlahan, Mengambil masa dan dapat dikawal.   

         Perlakuannya adalah lambat, licin, beralun dan

berayun. Ia boleh dirasakan             sebagai sesuatu yang tidak

pertergesa-gesa atau cepat.

2.3       Tubuh Badan

Anggota tubuh badan seperti tangan dan kaki akan menghasilkan kualiti pergerakan seperti

kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan mengawal

kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan.

a)    Halus-ringan               - Pergerakan yang lembut, halus dan

sensitif menggunakan   kekuatan otot yang            ringan semasa

bergerak bebas dan setempat.

b)    Berat-kuat               - Pergerakan yang tegas, kuat bertenaga dan pantas. Memerlukan

tenaga dan    menggunakan otot-otot yang kuat.

2.4       Aliran

Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan

licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan terikat. Aliran

berhubungkait dengan anggota badan dengan orang lain atau alatan. Contohnya, permainan

ulat bulu dan penggunaan alatan seperti gelung rotan.

2.0       JENIS-JENIS PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif terbahagi kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan

lokomotor, dan kemahiran manipulatif.

Pergerakan Lokomotor

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat

yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor adalah untuk menyokong aktiviti pergerakan yang

dirancang.

i.                      Konsep pergerakan lokomotor

Pergerakan lokomotor terbahagi kepada beberapa cara iaitu seperti arah, aliran, haluan dan

masa.

ii.                     Arah

Arah adalah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

iii.                    Haluan

Haluan ialah pergerkan melibatkan pelbagai bentuk atau corak gerakan. Contohnya adalah

seperti samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain

Page 4: PERGERAKAN KREATIF

iv.                   Masa

Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan. Masa boleh beradadalam

keadaan cepat atau pelahan, secara tiba-tiba atau dalam bentuk  terkawal.

v.                    Bentuk-bentuk pergerakan lokomotor

Bentuk-bentuk pergerakan lokomotor adalah seperti berjalan, berlari dan melompat.

vi.                   Lokomotor beritma sekata

Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain

Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat

daripada mencecah bumi

Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat badan ke udara

daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.

Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)

Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki (berselang-

seli)

Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih

banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.

Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki

yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah

dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah.

Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

Pergerakan bukan lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor adalah kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar

sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat aktiviti. Pergerakan

bukan lokomotor adalah merupakan keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa

beralih tempat. Secara kebiasaannya, pergerakan bukan lokomotor ini adalah aspek

keseimbangan. Dalam pergerakan ini, kanak-kanak boleh menggunakan pelbagai alatan untuk

mempelbagaikan pergerakan.

i.                      Konsep pergerakan bukan lokomotor

Page 5: PERGERAKAN KREATIF

Konsep pergerakan lokomotor adalah merupakan konsep pergerakan dalam keadaan statik dan

memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor ini dapat membantu

kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam

keadaan yang fleksibel dan seimbang. Aktiviti gerakan mestilah  dibuat dalam keadaan yang

tenang dan kurang tekanan.

ii.                     Bentuk-bentuk pergerakan bukan lokomotor 

a.            Membongkok

Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti

bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel

membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini

terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula

membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan

dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan

bahagian lengan atas dan bahu. 

b.            Meregang

Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan

sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau

dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'.

Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang

  Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian

kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar

bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang.

Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan

yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

 c.            Mengilas

Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa

menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja.

Struktur sendi menentukan bahagianbadan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh

dikilas pada paksipanjang.

 d.            Memusing

Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing,

dasar menyokong berubah tempat.

Page 6: PERGERAKAN KREATIF

Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing.

Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan

leher.

Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal

dasar menyokong.

e.            Menolak

Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek

dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan

tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul.

f.             Menarik

Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya

pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik

         Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan

         Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi .

         Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang

berlainan seperti tangan, siku , dan kaki. 

g.            Hayun

Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik

tengah yang tetap

h.            Berbuai-buai

Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan

Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai

Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada

 Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain

Hayun dengan bergayut pada palang

Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan

Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan menggerakkan badan

ke kiri dan ke kanan 

Page 7: PERGERAKAN KREATIF

i.              Rebah

Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah .Rebah mungkin

merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag

tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara

keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa

berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah

keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar

menyokong baru didapati.

j.              Bangun

Aktiviti bangun, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang

stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

Aktiviti-aktiviti untuk rebah dan bangun

         Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga

             bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.

         Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .

         Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.

         Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.

Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang

disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi

pergerakan-pergerakan di atas:

Merangkak-membongkok + berjalan.

Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan

atau berlari.

Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong.

Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.

CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF

Antara ciri-ciri pergerakan kreatif adalah :

         Penggunaan  elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha,

bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas

perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson 1982)

Page 8: PERGERAKAN KREATIF

Tumpuan adalah kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat

semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-pengalaman

dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi

mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan

(Combest,1975; Dimondstein, 1983).

Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan

mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan

persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang

terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh

jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976)

Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak

secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini.

Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi

aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada

pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk

memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar

intelek. (H’Doubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob 1986)

Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi

mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan

hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983)

Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).

3.0       KEPENTINGAN PERGERAKAN  KREATIF

Pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta

mempengaruhi perkembangan program pendidikan jasmani iaitu Jesse William (1964), sangat

memberi pengaruh yang sangat dalam perkembangan pergerakan kreatif. Objektif yang

disarankan oleh William pada hakikatnya mencabar para pendidik untuk mempertingkatkan

kemahiran mereka supaya dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk mencorakkan

kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan. Nilai-nilai positif yang akan

diterima oleh kanak-kanak melalui pergerakan kreatif adalah berbeza kerana bergantung

dengan penyertaan seseorang kanak-kanak dalam aktiviti ini. Melalui pergerakan kreatif murid-

murid berkeperluan khas juga akan memperolehi banyak manfaat sekiranya dilaksanakan

dengan teratur dan sistematik.

Page 9: PERGERAKAN KREATIF

Meningkatkan kecergasan

Pergerakan kreatif mampu untuk meningkatkan kecergasan kanak-kanak terutamanya

kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak sindrom down sering mengalami masalah otot lemah

dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka akan rasa lebih

gembira untuk bergerak dan bermain dengan secara tidak langsung mereka dapat membina

kecergasan diri. guru perlu peka dengan keadaan kanak-kanak ini kerana, dengan aktiviti yang

teratur dan senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang dapat membantu kanak-

kanak menjamin kesihatan dan tahan lasak. Terdapat empat komponen kecergasan fizikal iaitu

kecergasan kardivaskular, kecergasan kekuatan dan ketahanan otot, kecergasan kelenturan

dan kecergasan berat badan.

Kecergasan merupakan pergerakan dan tingkah laku yang di tunjukkan oleh seseorang

untuk menunjukkan sejauh mana mampu untuk bergerak. Pergerakan akan memberi implikasi

terhadap seseorang terutama kanak-kanak untuk menjalani kehidupan secara efektif atau tidak.

Keupayaan untuk melakukan pergerakan kreatif bergantung kepada aspek-aspek fizikal,

mental, emosi, sosial dan spiritual yang akan menjadi komponen dalam konsep kecergasan

yang merupakan perkara yang berkaitan antara satu sama lain. Latihan jasmani yang kerap

dilakukan dapat mempertingkatkan kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan

salah satu faktor penting dalam mempelajari kemahiran motor. Aktiviti yang aktif dapat

membantu kanak-kanak mencegah penyakit Osteoporosis atau kekurangan garam galian

dalam tubuh yang berpunca daripada sifat yang tidak suka bergerak atau lemban. Hal ini

kerana aktiviti yang rancak dapat memberikan bebanan terhadap tulang dan menjadikan tulang

besar serta memperbaiki struktur tulang kerana dapat membalikkan proses ini di samping

membina semula tulang-tulang.

Alat teraputik

Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan

mental. Latihan yang bersesuaian dapat membantu kanak-kanak menjadi cergas dan efektif

dari segi fizikal. Pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif dan estetika

merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk kanak-kanak. Pergerakan kreatif mempunyai

nilai aktiviti yang dapat memberi pengalaman kanak-kanak tersebut untuk di jadikan

pengalaman mereka. Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang kepada kanak-

kanak untuk merialisasikan potensi mereka dengan imej yang lebih positif dengan melakukan

pergerakan yang mereka inginkan melalui perasaan dalaman yang mereka miliki untuk

melakukan sesuatu pergerakan. Kanak-kanak juga mampu untuk memikirkan pergerakan yang

bagaimana mereka ingin lakukan melalui penyelesaian masalah dengan memupuk interaksi

sosial yang positif dengan membekalkan pengalaman yang mampu membantu mereka

Page 10: PERGERAKAN KREATIF

meneroka dan mengembangkan kebolehan fizikal dan kinestatik mereka dengan

mempelbagaikan pergerakan melalui pengalaman estetika.

Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan bakat yang unik dan tersendiri,

mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin melalui cabaran dan

kejayaan, mencipta dan berkongsi pengalaman. Pergerakan kreatif perlu merangkumi

kemahiran yang berfungsi termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, yang

seni dan bukan seni, komunikasi bersifat verbal dan non-verbal, keselamatan dan kesihatan,

sosial dan rekreasi dan kemahiran-kemahiran akademik yang fungsional. Pergerakan kreatif

sangat penting untuk memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui

interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan menyatakan bahawa ekspresi pergerakan

mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin.

Pergerakan kreatif mampu untuk mencapai matlamat psikoteraputik dengan meredakan

sintom, integrasi emosi dan fizikal, perkembangan peribadi kanak-kanak dan memperkukuhkan

pemahaman mereka. Aktiviti jasmani akan memberikan kanak-kanak kesan terhadap tubuh

badan mereka, dan pergerakan seperti melompat tali ( skipping ), lompat seperti kuda,

meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antara senaman yang sangat menarik

terutamanya kepada kanak-kanak yang lemah daya koordinasinya.

Sosialisasi

Aktiviti pergerakan merupakan aktiviti yang memerlukan kerjasama, menjalin rassa

saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menhadapi cabaran-cabaran yang di berikan

dan menjadi salah satu seni pergaulan ( socialization ). Aktiviti pergerakan kreatif merupakan

perlakuan sosial yang bergerak dalam kumpulan atau bersendirian. Kana-kanak sangat sesuai

melakukan aktiviti ini kerana dapat membantu mereka untuk bergaul dengan orang lain,

menerima arahan dan motivasi dalam diri mereka. Penting bagi setiap kanak-kanak untuk

mempelajari cara untuk menjadikan mereka di terima dari segi sosial untuk memudahkan aktiviti

mereka. Melakukan aktiviti dalam kumpulan dapat mempertingkatkan tahap sosial kanak-

kanak  dan menyesuaikan diri mereka untuk meneroka dan memahami konsep memimpin dan

mengikut.

Fokus konsep sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan

menghubungkannya dengan cirri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, tatatertib,

sikap tanggungjawab, saling mempercayai dan menghormati sahabat dan kempimpinan yang

unggul untuk diri sendiri dan orang lain. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat melakukan aktiviti

dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial, menyemai minat yang positif, meningkatkan

keupayaan bergaul dengan orang lain dan membentuk personaliti diri.

Page 11: PERGERAKAN KREATIF

Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa

Kanak-kanak hiperaktif sering berhadapan dengan masalah untuk mengawal perasaan

dan ketegangan yang dihadapi oleh mereka. Melalui pergerakan kreatif ketegangan ini dapat

diredakan disebabkan pergerakan yang dilakukan dapat memberi kesan positif dalam diri

mereka. Hal  ini kerana pergerakan kreatif mampu mengalihkan hiperaktif kanak-kanak kerana

pergerakan kreatif memiliki unsur-unsur dorongan bermain yang semulajadi.

Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran

yang sesuai dan selamat, dapat membantu mereka untuk menghadapi dan menyelesaikan

masalah-masalah mereka dengan cara yang memberikan kegembiraan kepada mereka. Kanak-

kanak memerlikan perhatian dan kasih saying yang mengcukupi untuk membina personality

mereka, dengan memberikan mereka kebebasan untuk melakukan aktiviti, tekanan yang

mereka hadapi akan menjadi lebih senang untuk di kawal.

Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan kerana tujuan sebenarnya bukan

untuk melepaskan tekanan semata-mata. Walaupun tekanan perasaan dapat diredakan namun

tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal perasaan dan emosi untuk disalurkan kepada jenis

aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin daripada aktiviti yang dilakukan. Melalui pergerakan

kreatif kanak-kanak dapat melahirkan perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka,

melahirkan perasaan yang sejajar dengan tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial mereka

terhadap rakan sebaya. Dengan pergerakan kreatif juga kanak-kanak lebih bersedia untuk

melahirkan perasaan mereka secara non-verbal berbanding dengan orang dewasa. Aktiviti

pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak

memahami perasaan dan idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan.

Kemahiran bertutur

Pergerakan kreatif sering diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar

lebih menarik dan menambahkan minat kanak-kanak untuk melakukan pergerakan. Dengan

aktiviti menyanyi ini akan dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran bertutur dan

kemahiran fonologi. Kebanyakan kanak-kanak tidak mampu untuk menyebut perkataan dengan

betul sebaliknya hanya menyebut hujung perkataan sebaliknya dengan aktiviti

pergerakankreatif yang di sertai dengan nyanyian dapat membantu memperbaiki pertuturan

kanak-kanak tersebut.

Menyanyi dan digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan

mereka akan lebih berasa seronok dan gembira. Bagi kanak-kanak mereka akan beranggapan

menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan lebih terhibur dan

menenagkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan kanak-kanak, aktiviti ini sangat membantu untuk

Page 12: PERGERAKAN KREATIF

mencapai matlamat untuk memperbaiki sebutan kanak-kanak. Hal ini kerana nyanyian

memerlukan sebutan yang betul dan jelas mengikut rentak dan irama serta disampaikan

tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung aktiviti dapat membantu kanak-

kanak memperbaiki pertuturan mereka.

Meningkat kreativiti 

Kreativiti merupakan eleman yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak.

Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti

mereka dan dalam ruang batas pendidikan tertentu mereka didorong untuk mencurahkan

tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak merupakan individu yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti

mereka berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan fizikal dan kecenderungan

terhadap pembelajaran terhadap pembelajaran. Kreativiti merupakan  proses yang boleh

digunakan untuk menyelessaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan

pengetahuan dan pemahaman  yang bersifat unik  dan individualisti, dapat memberi

pengalaman yang lebih bermakna kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak mampu untuk meneroka danmengembangkan daya kreativiti mereka

melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakukan idea

mereka secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awal. Kreativiti melambangkan bakat

semulajadi kanak-kanak dan sering tidak dapat dikembangkan di bilik darjah yang bersifat

mengongkong . menggunakan pendekatan pergerakan kreatif  merupakan  aktiviti semulajadi

dan menyeronokkan kanak-kanak untuk di jadikan pengalaman mereka.

Tenaga kreatif merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak,

perkembangan persamaan, penemuan dan penerokaan. Kesan daripada pergerakan kreatif

akan terhasil ekspresi yang kreatif, kanak-kanak yang sering melakukan pergerakan kreatif

akan mengalami proses kreativiti ini.kepuasan sepenuhnya dan rasa dihormati dalam kalangan

mereka. Dalam diri kanak-kanak terdapat kebebsan untuk berfikir yang memerlukan saluran

untuk meluahkan perasaan mereka berhubung dengan pengalaman-pengalaman seharian yang

mereka lalui.

4.0       CADANGAN AKTIVITI

Tarian

Definisi tarian dan pendapat tokoh

Tarian merupakan gerak tubuh manusia. Melalui gerak tubuh, manusia mampu untuk

mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian

mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari

Page 13: PERGERAKAN KREATIF

ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang

lain.

Menurut C.Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, beliau mendefinisikan

seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui

gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun

tarian yang dipengaruhi oleh unsure-unsur moden. Seni tari boleh di kategorikan kepada :

a)    Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang di persembahkan pada waktu perkahwinan,

pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya, tarian ini termasuklah tarian seperti tarian siti

panyung, mak inang, asyik, gamelan dan sebagainya.

b)    Tarian rakyat seperti dongdang sayang, ronggeng, joget dan sebagainya.

c)    Tarian yang khusus di tarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang, tarian labi-

labi, tarian berdayung dan sebagainya.

Tarian kanak-kanak

Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap

pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi

pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-

kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk

memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati

kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai

untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.  

Kepentingan tarian kepada kanak-kanak

      i.         Aspek kognitif

     ii.         Aspek fizikal

  Membantu mengembangkan psikomotor kanak-kanak ke tahap yang maksimun dan baik

    ii i.        Aspek sosial dan emosi

   iv.           Aspek psikomotor

Drama

Definisi drama

Drama ialah melakukan pergerakkan dan melakonkan aksi. Drama mampu membantu

perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak. Drama juga merupakan aktiviti yang penting

sebagai memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau

mengekspresi diri mereka.

Ekspresi dalam drama

Page 14: PERGERAKAN KREATIF

Kanak-kanak berkeupayaan untuk membuat pernyataan diri menerusi pelbagai aktiviti. Drama

merupakan salah satu bentuk aktiviti yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk meluahkan

perasaan mereka secara terkawal dan sistematik. Perasaan ialah melahirkan luahan daripada

hati yang merangkumi perasaan sedih, gembira, marah, takut dan benci.

Jenis-jenis drama

a)    Improvisasi

  merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan berkaitan kejadian, keadaan atau situasi

dalam kehidupan harian.pergerakkan yang terlibat termasuklah gerak balas, isyarat tangan,

gerakkan badan, mimic muka dan isyarat-isyarat lain.

b)               Pantomin

  merupakan lakonan tanpa dialog. Skrip di baca oleh kanak-kanak dan mengiringi lakonan

tersebut. Pantomin dapat melatih kanak-kanak berlakon dengan yakin tanpa memikirkan

masalah untuk menghafal dialog.

c)             Memos

  memos merupakan lakonan bisu dan hanya menggunakan pergerakkan badan tanpa bahasa

atau percakapan. Setiap pelakon menyampaikan mesej melalui mimik muka dan pergerakkan

badan.

d)             Main peranan

  aktiviti main peranan ini merujuk kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul. Pemain atau

pelakon perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut kemudian melakokannya mengikut

situasi tersebut.

e)            Simulasi

  melalui simulasi, bakat kanak-kanak dapat di cungkil dan di asuh dengan baik. Kanak-kanak di

kehendaki berlakon dengan gaya dan cara yang betul dan berkesan.

f)              Teater membaca

  melalui aktiviti ini, skrip yang sesuai perlu disediakan dan mempunyai dialog. Terdapat dua cara

untuk menjalankan aktiviti ini iaitu :

  penceritan berada dalam kelompok cerita :

- pembaca membaca skrip sambil berjalan-jalan ke arah tempat pelakon yang wataknya dibaca.

Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan.

  pencerita diluar kelompok cerita :

- pembaca membacakan cerita di suatu tempat lain yang telah di sediakan dan pelakon akan

bertindak balas terhadap cerita itu dengan berdiri dan berlakon apabila skrip mengenai

wataknya dibaca oleh pencerita tersebut.

g)             Teater boneka

Page 15: PERGERAKAN KREATIF

  Alatan mainan seperti boneka sangat selamat untuk kanak-kanak. Penghasilan boneka begitu

serasi dan sesuai terhadap diri kanak-kanak kerana mereka masih lagi berfikiran animism dan

sangat suka terhadap boneka. Terater ini juga disesuaikan dengan aspek kemahiran bahasa

terhadap kanak-kanak. Melalui teater boneka, pelbagai bentuk dan gaya bahasa dapat

diperkenalkan kepada kanak-kanak. Perlaksanaan teater boneka dapat memberi pengalaman

belajar yang sangat seronok kepada diri kanak-kanak.

   Cadangan Aktiviti :

Tahap

/Tahun

Perkembangan

Psikomotor

Cadangan aktiviti

Tarian Drama Muzik

3      – 4  Menggerakkan bahu

dan tangan

mengikut irama.

 Seronok bertepuk

tangan tetapi

dengan bimbingan.

Pergerakan

yang mudah

Cth : rasa

sayang hey

Lakonan yang

spontan dan

semulajadi yang

dilakukan oleh

kanak-kanak

setelah diminta

oleh ibu bapa.

Muzik yang

harmoni dan

tenang serta

penggunaan

bahasa yang

mudah dalam

lirik.

Cth : rasa

sayang hey.

5 – 6  Boleh melompat dan

menari

 Melukis gambar

manusia 2 dimensi

tetapi berbentuk

realistik

Pergerakan

yang bertema.

Cth: tarian

kontemporori,

nirmala, balqis.

Lakonan yang

berkaitan dengan

alam semulajadi.

Cth : arnab dan

kura-kura.

Muzik yang

bertema.

Nilai murni

Lirik lagu yang

menggunakan

bahasa yang

mudah.

Cth : Tanya

sama pokok.

7 – 8  Boleh menggunakan

kombinasi tangan

dan kai dengan baik

dalam melakukan

pergerakan dalam

tarian .

 Mencari teman

Pergerakan

tarian yang

konkrit.

Cth : tarian

zapin, tarian sri

inang.

Lakonan yang

konkrit dan

bertema serta

mempunyai

pengajaran dan

nilai estetika yang

tinggi.

Muzik yang

bertema dan

rancak.

Cth : nasyid,

tradisional,

muzik jazz, dll.

Page 16: PERGERAKAN KREATIF

secara aktif. Cth: Puteri

Gunung Ledang,

snow white.

5.0      

5.0 IMPLIKASI PERGERAKAN KREATIF TERHADAP 4 PERKEMBANGAN

Page 17: PERGERAKAN KREATIF

            Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal

anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Pergerakan ini memberi

imlikasi terhadap keempat-empat perkembangan iaitu perkembangan kognitif, psikomotor,

afektif (sosial dan emosi) secara lansung mahupun tidak langsung.

Perkembangan Psikomotor

            Perkembangan psikomotor merupakan perkembangan kemahiran dan kebolehan otot

fizikal. Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal. Terdapat tiga

komponen utama perkembangan psikomotor yang dikemukan oleh Taksonomi Jewett dan

diantaranya adalah pergerakan kreatif. Gabungan pergerakan yang dilahirkan melalui perasaan

dan idea yang bernas ini dapat di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat

sekolah khususnya. Hal ini kerana, jika kita melihat dari konteks perkembangan psikomotor

aktiviti seperti tarian dan drama dapat membantu pembentukan perkembangan psikomotor

secara langsung melalui aktiviti tersebut. Contohnya seperti tarian zapin yang sesuai bagi

peringkat kanak-kanak yang berusia 6 hingga 8 tahun. Tarian ini memerlukan kombinasi tangan

serta kaki yang cekap agar gerakan tarian kelihatan harmoni, manakala tarian piring pula

mampu menjana perkembangan motor halus dari segi genggaman jari kanak-kanak memegang

ketika sedang menari. Terdapat pelbagai tarian lain yang dapat diaplikasikan oleh guru agar

dapat membantu kelancaran perkembangan psikomotor, selain itu, aktiviti seperti ini juga, dapat

mewujudkan suasana pembelajran yang menarik kerana lumrah kanak-kanak adalah mereka

seronok bermain, menyanyi dan menari.

Perkembangan Kognitif

            Perkembangan Kognitif merupakan cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan

masalah. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan keupayaan penggunaan dalam

perbualan untuk menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan

pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Dalm konteks perkembangan ini, kita dapat

lihat bahawa pergerakan kreatif memberi sumbangan dalam perkembangan kognitif ia dapat

dilihat dalam persembahan yang mereka tunjukkan samada tarian, drama mahupun muzik.

Aktiviti seperti ini memerlukan ingatan yang kuat seperti drama, memerlukan kanak-kanak untuk

menghafal skrip begitu juga muzik yang memerlukan kanak-kanak memahami serta menghafal

lirik lagu manakala tarian pula, memerlukan kanak-kanak mengingati estiap langkah dalam

tarian yang diperlajari mahupun yang bakal dipersembahkan. Selain itu, pergerakan kreatif juga

mencetuskan idea dalam membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan

menggunakan tubuh sebagai wadah ekspresi. Justeru itu, aktiviti-aktiviti ini dapat melahirkan

kanak-kanak yang mampu berfikiran kritis serta memberikan pengalaman kepada pelajar

Page 18: PERGERAKAN KREATIF

bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta dapat menonjolkan bakat kepimpinan kanak-

kanak berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan.    

Perkembangan Afektif ( Sosial dan Emosi )

            Lumrah kanak-kanak yang suka akan keseronokan permainan dan bersosialisasi

bersama rakan. Namun begitu terdapat juga kanak-kanak yang sukar untuk berkomunikasi

bersama rakan mahupun guru malahan ada sesetangah kanak-kanak yang duduk bersendirian

tanpa menghiraukan sesi pembelajaran yang sedang diidkuti oleh mereka. Menurut Coplan et al

(1994) kanak-kanak kelihatan seolah-olah tidak berinteraksi sosial dan kurang berhubung

dengan orang lain, walaupun terdapat orang yang bermain berdekatan dengan mereka,

manakala Pan (1994) mengatakan bahawa, dengan peningkatan umur mereka akan belajar

berkomunikasi dan bekerjasama dalam aktiviti yang berbentuk permainan. Teori-teori tersebut

jelas menunjukkan bahawa perkembangan sosial kanak-kanak perlu dibentuk dalam aktiviti

yang mampu memberangsangkan mereka untuk bersosialisasi disamping dapat memberi

keseimbangan dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Jelaslah, pergerakan kreatif

merupakan suatu pergerakan yang dapat mewujudkan suatu aktiviti-aktiviti yang menarik

seperti tarian, drama dan muzik.

Selain itu, jika dilihat dari dalam konteks pembelajaran, ketiga-tiga aktiviti seperti tarian,

drama mahupun muzik memerlukan kerjasama dalam kumpulan. Semangat kerjasama diantara

pelajar ini dapat diwujudkan dalam ketiga-tiga pembelajaran aktiviti ini. Ketika ini, guru perlu

bijak mengambil kaedah berpusatkan murid dan mengetengahkan pendekatan berkumpulan

dalam pengajaran, sebagai contoh tarian inang, yang memerlukan kerjasama daripada ahli

kumpulan agar dapat menghasilkan persembahan yang serentak, sama dan menarik minat

penonton. Aspek emosi juga turut menerima impaknya, ia dapat dilihat daripada pengamatan

dan penghayatan pelajar dalam menjalankan aktiviti tersebut. Tarian, Drama dan Muzik

merupakan antara aktiviti yang menjana kepada perkembangan emosi kanak-kanak, ia dapat

ditunjukkan ketika kanak-kanak berlakon dalam drama yang memerlukan pengamatan dan

penghayatan terhadap watak yang disampaikan, maka emosi atau perasaan kanak-kanak ini

dapat diekspresikan dalam drama yang dilakonkan melalui watak yang dipegang. Begitu juga,

tarian dan muzik, kedua-dua aktiviti ini menyumbang kepada perkembangan emosi kanak-

kanak.

6.0       KESIMPULAN         

            Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan

daya jreativiti untuk melahirkan insane yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Pergerakan

ini bertujuan untuk meningkatkan potensi sedia ada kanak-kanak berkaitan ritma, kreativiti,

Page 19: PERGERAKAN KREATIF

kebebasan dan pengucapan. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang dapat dipupuk dan

diterapkan dariapada aktiviti yang memerlukan pergerakan kreatif ini iaitu seperti

mepertajamkan imaginasi dan sensitivity, mengurangkan ketegangan emosi, membentuk

personality dengan sifat jaya diri dan insiatif dan ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan

seharian.

            Selain itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman

yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Tuntasnya, pergerakan

kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif

dan Afekitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh

guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta

dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Oleh itu,

pergerakan kreatif yang merupakan tafsiran idea, perasaam atau tanggapan deria yang

dilahirkan secara simbolik mampu membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam

menjana perkembagan kehidupan yang sempurna. 

7.0       Bibliografi

Bandura, A (1971). Analysis of modeling processes. Psychological Modelling?

     Chichago. Alsine-Asherton

Koehler, M & kravets, D. (1977). Social psychology: understanding human

     interactions (Edisi 2). Boston

Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Kuala Lumpur Flo

     Enterprise.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan

     Jasmani. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

PERGERAKAN KREATIF UNTUK PELAJAR IPGKKBMohd.Yazid Bin Deraman. SMK

[email protected].

Page 20: PERGERAKAN KREATIF

PengenalanPergerakan telah berlaku sebelum seseorang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir

pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan dan akhirnya kaki.begitu juga dengan perkembangan motor, ia bermula daripada perkembangan motor kasar diikuti dengan perkembagan motor halus. Pada umur 3 tahun mereka dapat bergerak dengan laju ataupun perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka. Terdapat beberapa faedah pergerakan adalah iaitu kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms (bernafas, berehat, berjalan, berlari dan melompat). Dalam melakukan sesuatu aktiviti kanak-kanak dapat bergerak dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain. Dalam teori yang dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak dapat berkembang melalui persekitaran. Oleh yang demikian guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya secara tidak langsung dapat meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang kedua ialah integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah mengintegrasikan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan kreatif ini sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya aktiviti ini kanak-kanak dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut secara tidak lansung dapat meningkatkan mindanya untuk berfikir.

Secara amnya pergerakan dapat diabahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan bebas dan pergerakan yang mengikut detik masa. Daripada kedua kategori tersebut empat jenis pergerakan yang berbeza iaitu pergerakan asas. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan non lokomotor. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti berjalan, berlari, berjengket dan skip.pergerakan non lokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi berada ataupun berdiri di satu tempat sahaja. Yang keduanya adalah pergerakan semasa bernyanyi. Pergerakan jenis ini tidak memerlukan banyak ruangan, pergerakan ini biasanya dihadkan kepada pergerakan pada bahagian separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis ini selalunya mengikut lirik lagu, supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan bernyanyi dengan lebih bersemangat.yang ketiga adalah pergerakan dengan corak irama dan tarian Pergerakan jenis ini adalah pergerakan yang paling susah dipelajari. Ini adalah kerana, pergerakan jenis ini perlu diselaraskan dengan detik muzik dan kanak-kanak juga perlu mengingati urutan pergerakan. Oleh yang dimikian, pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya dan juga mereka yang telah berpengalaman dalam aktiviti pergerakan asas.

2.0 Pergerakan kreatifPergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan

fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari.

Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Page 21: PERGERAKAN KREATIF

Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik3.0 Ciri-ciri pergerakan kreatif

Antara ciri-ciri yang dapat lihat dalam pergerkan kreatif ialah membentuk personaliti unggul. Dengan melaksanakan aktiviti yang berunsurkan pergerakan kreatif, ianya dapat membentuk personaliti yang unggul seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan, berdisiplin dan lain-lain lagi. Ciri seperti ini dapat diketengahkan dalam melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Ciri-ciri yang kedua adalah keriangan belajar. Ianya dapat dilihat apabila sesuatu aktiviti dijalankan. Apabila kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan antara mereka dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Kita dapat kanak-kanak bebas bergerak mengikut kreativiti masing-masing.Seterusnya dengan melakukan pergerakan kreatif ini kita dapat melihat kanak-kanak berkeupayaan menyelesaikan masalah. Selalunya kanak-kanak menjana idea baru dan kreatif dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik. Sebagai contoh dengan mengambil aspek dalam lakonan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah dari segi aspek kostum dan persembahan yang berkesan supaya menghasilkan lakonan yang menarik. Yang terakhir adalah pemusatan pemerhatian yang menyeluruh iaitu menggunakan pancaindera. Pergerakan kreatif ianya melibatkan keseluruhan anggota badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan dalam perkembangan motor kasar dan motor halus.Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif

5.1 Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan

berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakanlokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan lokomotor juga merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

5.2 Pergerakan bukan lokomotorPergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga

disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.

5.3 Manipulasi AlatanManupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara yang

betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota

Page 22: PERGERAKAN KREATIF

badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari, menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan tangan.Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di dalam pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan dan menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu aktiviti kepada kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak menggunakan keseluruhan tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan cara memberi mereka mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda mereka akan terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan akan timbul tambahan pula mereka diberi kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh sebab itu, mereka akan menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan pergerakan seperti menari, bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan lagi. Kesemua pergerakan inilah yang dipanggil pergerakan kreatif.

4.0 Elemen-elemen pergerakan kreatifTerdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban,

aliran dan irama.Dalam elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang am,

ataupun kita boleh guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak telus. Untuk ruang diri adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang ataupun kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka dalam kedua-dua bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu lantai, bumbung dan dinding.

Di samping itu, kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap tengah ialah seseorang sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan aras lantai adalah dikatakan tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau pergerakan yang melibatkan aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi.

Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya depan, kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah boleh mewujudkan satu combinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke depan, berjalan berbentuk ular atau berjalan berbentuk zigzag.Untuk elemen kedua adalah badan atau bentuk badan. Elemen ini telah menunjukkan tentang bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang individu dengan menggunakan seluruh anggota badannya. Maka dalam elemen badan terdapat dua bahagian mengenainya iaitu keseluruhan tubuh badan dan bahagian tubuh badan. Untuk keseluruhan tubuh badan adalah menyatakan bahawa pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas dan terkawal. Pergerakan yang dilakukan amat berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-kanak pada aspek lokomotor dan bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan berjalan boleh dijalankan secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya boleh berubah-ubah dengan bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan yang diberikan misalnya, muzik.

Page 23: PERGERAKAN KREATIF

Manakala untuk bahagian tubuh badan adalah menyatakan tentang pergerakan yang dilakukan dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis barang iaitu meja ataupun sejenis haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah memberi persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberikan. Contohnya, pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut.Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah elemen masa. Elemen masa adalah saling berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat tentang sesuatu gaya bentuk pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja mengenai pergerakan semata-mata cepat atau lambat tetapi juga merangkui proses antara kelajuan lambat hingga cepat. Contohnya seorang kanak-kanak sedang berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Manakala seorang kanak-kanak berimaginasi seperti seekor burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa bahawa pergerakan tersebut adalah lambat.Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban adalah berkaitan tentang aspet berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh seseorang otot-otot anggota tubuh badan. Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Contohnya, dalam aspek berat- kuat, seseorang budan lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu menggunakan seluruh kekuatan badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk aspek halus-ringan, adalah seseorang budan akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam dalam air, maka dia akan berasa bahawa badannya adalah sangat ringan semasa dalam keadaan yang menyelam dalam air.Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas adalah merujukan bahawa seseorang budak yang sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain.Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serte merta. Manakala untuk aliran terikat adalah pergerakan yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan adalah berada dalam keadaan seimbang.Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama sentiasa dapat dihubung kaitkan dengan elemen masa. Elemen irama bukan semata-mata hanya saling berkait dengan aspek muzik tetapi ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, perkataan juga merupakan atau membentuk sebagai irama untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti berkaitkan dengan lokomotor. Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan untuk demostrasi irama perkataan. Duduk dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama masing-masing sambil menepuk tangan. Selepas orang pertama habis sebut namanya, orang kedua akan sambung dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. Proses langkah ini dilakukan sehingga habis dalam satu pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan dengan berirama untuk menyebut nama masing-masing dapatlah melatih pada aspek lokomotor kanak-kanak di samping juga dapat mengikut irama yang betul.6.0 Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif

6.1 Drama

Page 24: PERGERAKAN KREATIF

Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap  perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka.

Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.

6.2 MuzikSeni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik

iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak.

Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budayamasyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar

Page 25: PERGERAKAN KREATIF

6.3 TarianPergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri

terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.0 Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif

Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti pergerakan kreatif, mereka akan secara tidak langsung dapat mempertajamkan imiginasi mereka. Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi. Kanak-kanak akan dapat melepaskan perasaan atau emosi mereka dalam pergerakan mereka lakukan dalam aktiviti yang dijalankan. Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek iaitu melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. Selain itu juga, pergerakan kreatif menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam diri. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antaranya yang perlu ditegaskan adalah keyakinan diri dalam melakukan pergerakan, keseronokan dan kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi,menghormati orang lain, bekerjasama, kebebasan dan berdikar8.0 Garis panduan mengajar aspek pergerakan.

Sediakan ruangan bagi aktiviti pergerakan. Jika ruangan kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti menepuk tangan, memetik jari dan menghentak kaki.

Beri peluang mereka meluahkan idea-idea muzik melalui pergerakan. Walau bagaimanapun guru perlu memberi panduan pergerakan yang perlu diikuti agar aktiviti tidak menjadi kelam kabut. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat meransang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik. Sebagai contoh lagu ikan kekek.

Page 26: PERGERAKAN KREATIF

Penutup

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk penyataan kendiri yang unit. Dengan lain perkataan setiap peserta mengggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan pemikiran, idea atau perasaannya. Komponem-komponem peergerakan kreatif terdiri daripada badan, runag, masa dan daya adalah asas untuk menghuraikan pergerakan dalam pergerakan kreatif. Pergerakan kreatif merupakan bentuk penyataan kendiri yang unit dan membolehkan setiap pelajar memilih pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk melahir pemikiran idea atau perasaan

Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar dalam memperkembangan potensi kreatif mereka.Peranan guru dalam pergerakan kreatif ialah untuk membimbing pelajar dan membantu pelajar dalam pelbagai pengalaman pergerakan. Dalam pergerakan kreatif guru tidak mengajar sebarang gerak langkah untuk dihafalkan tetapi dalam peregerakan kreatif guru membantu dan membimbing pelajar meneroka berbagai-bagai jenis pergerakan dalam pelbagai cara yang kreatif. Guru tidak memerlukan latihan yang khusus untuk melaksanakan pengajaran pergerakan kreatif, apa yang diperlukan semnagat yang cekal.keberanian, dan sikap yang positif dan initiatif dalam pengajaran pergerakan kreatif. Peranan guru membimbing pelajar meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak berdasarkan pergerakan pelajar sebagai sifat semulajadi mereka.

::: Pergerakan Kreatif :::

PENGENALAN

Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan

kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan

sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup

angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan rnengangkat kedua-dua belah tangan

sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan

pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman

tentang konsep pergerakan.

PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan

daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan

Page 27: PERGERAKAN KREATIF

kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria

yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh

dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya

pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut

menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan

berunsurkanpertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi

dan penilaian kendiri.

Terdapat empat unsure utama dalam pergerakan kreatif. Kesemua unsur yang dinyatakan

ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur tersebut itu ialah:

• Tubuh badan

• Ruang

• Masa

• Daya

OBJEKTIF

Objektif pergerakan kreatif adalah untuk:

• Meningkatkan prestasi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, 

kebebasan dan pengucapan. 

• Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk 

mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. 

• Supaya pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar. 

• Pelajar dapat berkomunikasi melalui pergerakan. 

• Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan 

pemikiran, idea atau perasaan.

Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia

ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan

TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF

Page 28: PERGERAKAN KREATIF

1. Kesedaran Tubuh Badan

Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan diberi kepada pergerakan bahagian-

bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau

perasaan.

(a) Keseluruhan Tubuh Badan

Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan

tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal.

Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor tubuh badan.

Misalnya, pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau terkawal.

Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang

diberi, misalnya muzik.

(b) Bahagian Tubuh Badan

Pergerakan ini dapat dilakukan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.

Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima

berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan 

perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan

mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti kucing

berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut.

Tapak tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat badan.

Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan 

seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.

2. Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa

Tema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan

membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan mereka

melalui pergerakan.

(a) Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya

beban. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat

Page 29: PERGERAKAN KREATIF

kepada pergerakan yang dilakukan. Misalnya, seseorang yang sedang mencangkung akan

sukar untuk berdiri iika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu seolah-olah dia memikuk

benda berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika pergerakan adalah halus dan ringan

contohnya menyelam.

Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan 

dan berat kuat kepada pergerakan yang dilakukan

(b)Masa

Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak

dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat. Contohnya

pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan

tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara pergerakan kawal lambat ialah

membayangkan cara burung terbang tinggi.

3. Kesedaran Ruang

Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang

ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah dalam menontonkan sesuatu

pergerakan.

(a) Kawasan

Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang diri dan

ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh badan digunakan

untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat.

Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga melibatkan

penggunaan arah.

(b) Arah

Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi,

ke atas dan ke bawah. Contohnva dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat

Page 30: PERGERAKAN KREATIF

dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan tersebut.

Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan menggunakan peta. 

Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi,

ke atas dan ke bawah.

4. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan

menggunakan ruang dan masa

(a) Aliran

Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa dalam

melakukan gerakan.

Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu

• Aliran bebas

Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badan berada di udara

dan sukar diberhentikan.

• Aliran terikat

Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah

berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang.

(b) Ruang 

Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada kesedaran

tenang cara menggunakan ruang untuk melakukan pergerakan. Daya cipta kreatif dapat

dihasilkan dan dipertontonkan apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan

ruang terus dan ruang tidak terus. 

Ruang terus ialah ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam klingkungan

Page 31: PERGERAKAN KREATIF

kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. Contoh berjalan

menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag. 

Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang yang digunakan secara tidak langsung

digunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas

berbanding ruang terus.

5. Penyesuaian terhadap rakan

Penyesuaian terhadap rakan ialah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau

berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dala

kemahiran ini ialah:

Kerja Berkumpulan

Dalam kerja berkumpulan, penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan perlu dilakukan

leh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan seperti yang berikut:

• Ketua dengan pengikut

• Kumpulan bekerjasama

• Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan

Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara

penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan

rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian

badan dengan bahagian badan yang lain.

6. Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat

Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan

tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas.

(a) Lompatan Asas

Tedapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat lompatan

tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan ini berguna untuk membolehkan murid menyedari

bahawa cara lompatan berbeza akan memberi kesedaran yang berbeza.

Page 32: PERGERAKAN KREATIF

(b) Bentuk Tubuh Badan

Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk

badan semasa dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang

sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh badan yang melibatkan

regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar (seperti tembok), lurus (seperti panah),

bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru).

(c) Gaya Isyarat

Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong

beban badan. Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan berat badan disokong oleh

kedua belah kaki.

7. Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan

Salah satu ritma yang terkenal dalam pergerakan kreatif ialah ritma yang berkaitan dengan

pekerjaan. Setiap pelbagai bidan pekerjaan sama ada dalam industry pertanian,

perkhidmatan atau perindstrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan

sebagai rangsangan pergerakan. Antara cirri untuk mengenalpasti lakuan pergerakan yang

berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut;

• Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat

• Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan

• Peralihan antara dua pergerakan

• Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan

Kesedaran kumpulan

Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama kumpulan sebagai satu unit yang

menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan mempunyai

peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan tersebut untuk

membentuk pergerakan. 

Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau

Page 33: PERGERAKAN KREATIF

pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli kumpulan

akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli kumpulan akan bergerak berpandukan

pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan masing-masing.

DEFINISI PERGERAKAN 

Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.

Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik , pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

DEFINISI MUZIK

Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan Muzik

Page 34: PERGERAKAN KREATIF

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.

Kecerdasan Kinestetik 

Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. 

Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi.

Kecerdasan Logik-Matematik

Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara

Page 35: PERGERAKAN KREATIF

konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.

Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal.

PENDEKATAN DALCROZE

Pengenalan 

Kaedah Dalcroze telah diasaskan oleh Emiles Jaques-Dalcroze (1865-1950), seorang pemuzik dan pendidik muzik berbangsa Swiss. Kaedah ini melatih kemahiran dalam konsep-konsep muzik yang asas seperti irama, ton, dinamik dan bentuk.Terdapat 3 element utama dalam kaedah ini iaitu eurhythmics, kaedah sofla dan improvisasi. Keupayaan untuk menunjukkan ekspresi terhadap konsep muzik melalui gerakan merupakan prinsip utama dalam kaedah ini. Dalcroze berpendapat bahawa badan manusia merupakan alat muzik semulajadi yang paling sesuai untuk menerapkan konsep-konsep asas muzik. Oleh itu, beliau telah mehasilkan 3 elemen yang berasaskan pergerakan dan gabungan daripada 3 komponen tersebut telah menghasilkan kaedah pengajaran yang kreatif ini.

Walaupun kaedah ini telah diperkenalkan lebih daripada 100 tahun yang lepas, namun kaedah ini masih dapat dipraktikkan pada nasa sekarang. Falsafah pendidikan yang terkandungdalam kaedah ini yang melibatkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid, member peluang kepada murid-murid untuk memperoleh pengetahuan melalui pengalaman dan penemuan sejajar dengan teori pendidikan kini.

Page 36: PERGERAKAN KREATIF

Falsafah, Konsep dan Teknik

Semasa Dalcroze menjadi professor di Conservatory Of Music di Geneva, beliau mendapati bahawa ramai pelajar muzik tidak dapat merasai dan melahirkan emosi terhadap muzik yang dimainkan walaupun mereka telah menguasai kemahiran dan teknik permainan alat muzik. Malah mereka mempunyai masalah dalam memainkan irama yang ringkas, mengalami masalah ketepatan pic dan intonasi. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu pendekatan untuk member pendidikan muzik yang menyeluruh kepada pelajar-pelajar muzik.

Pendekatan Dalcroze erdasarkan 2 prinsip iaitu kepentingan pendengaran dan literasi muzik selepas kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal. Dalcroze tidak setuju dengan cara pengajaran pembelajaran muzik yang hanya menekankan literasi muzik di mana teori muzik di ajar secara ‘atas kertas’. Pada pendapat beliau muzik berkait rapat dengan muzik dan kanak-kanak tidak dapat ‘mendengar’ bunyi muzik dengan cara pembelajaran sebegini. Beliau percaya bunyi muzik harus diperkenalkan dalam kelas teori supaya kanak-kanak dapat dikaitkan apa yang dipelajari dengan bunyi. Oleh itu, pendengaran menjadi elemen penting dalam kaedah Dalcroze.

Seperti Kaedah Kodaly dan Orff, Dalroze juga berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran muzik harus bermula dengan pengalaman muzik yang bermakn. Pembelajara muzik tidak boleh dilakukan dengan pengenalan notasi formal dan penerangan guru sahaja. Beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu mempunyai pengalaman muzikal yang mencukupi dan telah menguasai konsep-konsep muzik dalam aspek pendengaran dan persembahan, barulah guru mengaitkan pengetahuan dan kefahaman kanak-kanak tehadap konsep muzik dengan notasi, teori, analisa dan sebagainya. Proses ini dapat menjamin kanak-kanak dapat memahami konsep muzik secara mendalam dan berkesan. Prosese pengajaran dan pembelajaran notasi dan teori akan menjadi lebih mudah dan cepat apabila kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal.

3 aspek utama dalam pendekatan Dalcroze ialah eurhythmics, nyanyian sofla dan improvisasi. Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan berpusatkan aktiviti gerakan keran Dalcroze percaya bahawa cara yang paling berkesan untuk mempelajari konsep asas muzik seperti irama adalah melalui gerakan.

Eurhythmics merupakan aktiviti kinetic yang melatih badan kanak-kanak untuk bergerak terhadap muzik yang diperdengarkan. Dalam erti kata lain, eurhythmics adalah respon badan terhadap konsep muzik yang diperkenalkan. Dalcroze berpendapat bahawa semua elemen dapat dirasai melalui gerakan dan semua bunyi muzik mempunyai ciri pergerakan. Oleh itu, untuk menguasai pergerakan dalam bunyi muzik, badan manusia adalah alat muzik yang dapat dilatih untuk mencapai tujuan tersebut. Selain daripada itu, elemen-elemen muzik seperti detik, tekanan, frasa, dinamik, tempo dan sebagainya juga dapat ditunjukkan melalui gerakan badan.

Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan menggunakan aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk bergeraka setempat ialah menepuk, mengoyangkan badan atau anggita badan, membengkokkan lutut, merenjis dan lain-lain. Gerakan yang menggunakan aras pula merujuk kepada gerakan yang dapat

Page 37: PERGERAKAN KREATIF

dilakukan pada aras tinggi, tengah dan pada aras rendah seperti angkat tangan dan hayun, merenjis dan sebagainya. Gerakan yang menggunakan ruang menggalakkan individu bergerak menggunakan ruang di sekelilingnya pada semua arah seperti berjalan, merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi.

Elemen kedua iaitu kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran pendengaran secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep harmoni. Dalcroze berpendapat bahawa kaedah nyanyian sofla, kanak-kanak dapat mempelajari konsep pic dan kaitan antara ton. Dengan cara-cara inin kanak-kanak akan dapat membezakan kualiti ton yang dihasilkan. Dalcroze menggunakan system “Do Tetap” di mana do yang digunakan adalah berasaskan not C. aktiviti nyanyian sofla juga dikaitkan dengan aktiviti gerakan supaya kanak-kanak dapat merasai kaitan antara pic.Elemen ketiga iaitu improvisasi memainkan peranan yang penting dalam pendekatan Dalcroze. 2 jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini. Improvisasi oleh guru dengan menggunaka piano dapat member panduan yang asas kepada kanak-kanak dalam kemahiran pendengaran dan menggerakkan semangat kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif. Improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan pemahaman terhadap konsep muzik yang telah dipelajari secara kreatif dan spontan. Kanak-kanak membuat improvisasi dalam gerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang sebenar terhadap muzik dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan konsep muzik. Melalui improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak, guru-guru juga dapat menilai sejauh manakah kanak-kanak telah memahami konsep yang disampaikan dan merancangkan aktiviti susulan yang berkesan.

TAHAP ASAS AWAL MUZIK DAN GERAKAN PERKEMBANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Sebelum anda mula memikirkan cara-cara untuk merancang dan melaksanakan gerakan dan pengalaman muzik bagi anak-anak, penting untuk memahami dasat atau tahap awal perkembangan muzik peringkat kebangsaan. Mendengarkan dan bergerak mengikut music, menyanyi dan bermain alat muzik memberikan gambaran deskriptif perkembangan muzik bermula lahir hingga 5 tahun yang telah digariskan oleh Music Educators National Conference (MENC) menyatakan mengenai pembelajaran muzik untuk kanak-kanak.

Peringkat Kebangsaan untuk Pendidikan Muzik

Taman Kanak-kanak (2-4 tahun)

Perkembangan muzik amat penting kepada anak-anak sebelum di hantar ke taman kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan persekitaran muzik untuk membesar. Dengan meningkatnya jumlah tempat perjagaan anak, penjagaan anak sekolah, dan program-program intervensi awal untuk kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak berisiko tinggi menunjukkan bahawa maklumat tentang keperluan muzik bayi dan anak-anak perlu disediakan dan juga peringkat-peringkat muzik patut ditetapkan untuk pembelajaran muzik anak-anak.

MENC’ menyatakan:

Page 38: PERGERAKAN KREATIF

1.Semua kanak-kanak mempunyai potensi muzik.2.Anak-anak membawa kepentingan yang unik dan mempunyai kemampuan dalam mempelajari muzik3.Anak-anak yang masih kecil mampu mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis melalui idea-idea muzik.4.Anak-anak yang belajar muzik sejak awal dari pelbagai latar belakang.5.Anak-anak perlu pengalaman sebagai contoh dari bunyi muzik, aktiviti dan bahan-bahan.6.Anak-anak tidak boleh dibebani dengan keperluan untuk memenuhi matlamat prestasi.7.Bermain adalah aktiviti anak-anak.8.Anak-anak belajar dengan baik dalam persekitaran fizikal dan social9.Persekitaran pembelajaran yang pelbagai amat diperlikan untuk memenuhi perkembangan anak-anak.10.Anak-anak memerlukan orang dewasa sebagai model yang berkesan.

BERGERAK MENGIKUT MUZIK

Umur Perkembangan 

Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula: bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan.

4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif:bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah kearah sumber muzik.

10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik:bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.

18 bulan – 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Dia mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik.

2 - 3 tahun Mula menari: kanak-kanak bertatih berupaya untuk ‘menari’ mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Dia menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam

Page 39: PERGERAKAN KREATIF

permainan muzik yang disukainya. Sekarang dia boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.

3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat:pada tahap ini, berubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. (muzik amat penting baginya untuk mengekspresikan dan mengkomunikasikan idea dan emosi untuk mengembangkan kemahiran bahasa.

4 – 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap ‘pendengaran aktif’. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.

5 – 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula: meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Dia mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat, melompat dengan satu kaki, dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Dia juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.

MENYANYI

Peringkat umur 

Lahir – 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah ‘muzik’: Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, kumuran, jeritan dan mula ‘bercakap yang bukan-bukan’ mengulangi suara seperti “ba-ba-ba.”

6 – 18 bulan Bercakap bukan-bukan makin meningkat, memuat karakteristik muzikal lebih jelas: ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.18 bulan – 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunaka suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang.

3 ½ - 4 tahun Ketepatan dalam persamaan ton bermula: 

Page 40: PERGERAKAN KREATIF

sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.

4 – 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya.

5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat: Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.

BERMAIN ALAT MUZIK

Peringkat umur 

6 – 9 bulan 

Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi.

18 bulan – 2 tahun

Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi.

2- 3 ½ tahun

Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya.

4- 5 tahun 

Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri. 

Page 41: PERGERAKAN KREATIF

ALAT MUZIK UNTUK ANAK-ANAK

Membuat muzik dengan memainkan alat muzik boleh menjadi salah satu bahagian yang paling menarik daripada pengalaman muzikal. Anak-anak bergerak balas terhadap alat muzik, dan mereka suka membuat percubaan dengan pelbagai nada bunyi daripada kayu, drum, simbal, loceng, dan pelbagai alat lain. Alat irama, yang nyata adalah alat muzik, banyak memberikan kesempatan kepada kanak-kanak untuk fokus pada eksplorasi kreatif. Setiap alat berbeza, mereka mudah digunakan dan mereka boleh dimainkan dengan pelbagai cara yang menarik.

Alat muzik 

Segitiga (tringles)-Yang bergantung pada seutas tali dengan bebas. Ia mengetuk dengan lembut. Segitiga ini menghasilkan bunyi yang indah.Claves 

-claves yang tebal dan sempurna diperbuat daripada kayu keras. Letakkan satu clave di telapak tangan anda dan lagakan dengan clave lain.Irama kayu(rhythm sticks)

-dimainkan secara berpasangan. Ia boleh menjadi halus atau bergerigi. Dimainkan dengan memegang satu irama kayu dan memukul dengan yang lain, atau menggosokan sepanjang kayu tersebut.Blok kayu ( wood blocks)

-kecil, blok kayu yang berongga menghasilkan bunyi yang bergema. Ketuk blok kayu ringan dengan kayu atau penukul getah keras.Maracas 

-dicipta daripada labu (atau plastic keras) dan dipenuhi dengan biji atau batu kerikil. Goyang dengan perlahan, mengikut jeda untuk menghasilkan irama. Gendang (dram)

-menghasilkan pelbagai jenis bunyi, bergantung pada bagaimana ia dimainkan. Gendang boleh dimainkan dengan jari, tangan, atau buku jari atau dengan paluan. Bunyi gendang terbaik ketika dipukul dengan sentuhan melenting cepat sehingga kulit di atas gendering boleh bergaung.Jingle bells

-dipasang pada plastik atau kain dan boleh digoncang dengan tangan atau diikat pada pergelangan kaki atau pergelangan tangan.Rebana (tambourines)

-kegemaran anak-anak kecil. Dilengkapi dengan bingkai yang diperbuat daripada kayu atau plastic dengan plastic atau kulit gendering dan set kecil alat bunyian yang diletakkan disekeliling rebana. Anda boleh mengetok dengan tangan atau jari, menggoncang rebana

Page 42: PERGERAKAN KREATIF

atau mengabungkan kedua-dua tindakan tersebut.

BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN 

Bahan Cara menggunakan 

Syal/ selendang (scarves)

-berikan syal yang ringan kepada kanak-kanak, berwarna warni supaya syal tersebut dapat bergerak ke atas dan ke bawah dan juga di sekeliling tubuh badan mereka. Selain itu, juga boleh menggerak-gerakkan selendang bolak-balik dengan cepat, melambai-lambai berulang-ulang mengikut irama. Kanak-kanak juga boleh berputar dalam lingkungan syal, mencampakkan syal dan menagkapnya. Guru perlu membimbing kanak-kanak supaya menggunakan syal dengan cara pergerakan yang sesuai mengikut muzik. Mereka akan bergerak bebas di persekitaran untuk melakukan aktiviti ini.Pita (streamers) 

-untuk nampak lebih menarik, kanak-kanak boleh menggunakan pita yang panjang. Ia akan bergerak dan bergoyang mengikut pergerakan yang dilakukan. Apabila di letakkan di lantai….Gelung (hoops)

Beanbags 

-Anda boleh menempatkan beberapa bulatan di lantai dan membiarkan anak-anak mempelajari pelbagai cara untuk bergerak di dalam lingkaran, dalam dan keluar daripada lingkaran, dan di luar gelung tersebut. Dorong anak anda untuk bereksperimen dengan memasukkan sebahagian tubuh mereka di dalam lingkaran dan sebahagian tubuh lain di luar. Misalnya, meminta anak-anak, "anda boleh meletakkan kedua kaki di dalam lingkaran dan membiarkan tangan anda berjalan-jalan di luar lingkaran itu?" Mereka juga boleh menggunakan gelung untuk melompat dengan menggangap gelung tersebut sebagai tali untuk melatih kemahiran melompat.

Berikan beanbag kepada setiap kanak-kanak(mempunyai pelbagai warna dan bentuk yang berlainan). Guru atau ibu bapa perlu menunjukkan pergerakan supaya mereka dapat mengikuti: meletakkan beanbag di kepala anda, dan berjalan mengelilingi bilik tanpa membiarkannya jatuh. Letakkan beanbag di bahu, lengan, siku, kaki anda. Letakkan di belakang, dan merangkak di sekitar bilik. Meletakkannya di lantai, dan melompat di atasnya. Duduk di beanbag anda. Roll atas bantal. Melemparkannya ke udara, dan menangkapnya dengan kedua tangannya. Menggabungkan kegiatan beanbag dengan pita.

Terima kasih Meu Chui kerana sudi membantu. Harap dapat juga kirimkan salam kepada Pn. Vanitha. (16 Jun adalah tutorial pertama ke?)

Page 43: PERGERAKAN KREATIF

Tentang jadual latihan, Meu Chui dan rakan-rakan boleh rujuk kepada modul HBPE1203 Kecergasan Fizikal Topik 5 untuk dapatkan garis panduan. Saya tidak sediakan sample kerana ini tidak menggalakkan kreativiti masing-masing. Sila rujuk kepada ciri-ciri dalam rubrik semasa menyediakan jadual latihan. Masukkan butiran seperti:

data latihan (cth: tarikh & tempoh latihan dan pertandingan, bil. murid, bil. jam...) jadual untuk 8 minggu (cth: M1(tarikh__hingga__: membincang & mereka cipta jalan cerita

bersama murid, prop, kostum, watak...,M2: melatih tema 1...,M3: mencari muzik dan sound effect...M4: latihan luahan perasaan, mimik muka, tema5...) - fikirkan aktiviti-aktiviti yang menuju ke penghasilan persembahan bersama murid.

objektif  (berdasarkan jadual setiap minggu,cth: mereka cipta...) jenis latihan (solo? berpasangan? berkumpulan? bertema? Kait dengan aktiviti dan objektif).

Contoh latihan dalam HBPE1203 seperti latihan jeda, fartlek, latihan beban dan sebagainya leibh sesuai untuk kecergasan fizikal, kurang sesuai untuk persembahan pergerakan kreatif, tetapi masih boleh masukkan ke dalam jadual pada permulaan aktiviti untuk meningkatkan komponen kecergasan yang diperlukan semasa latihan pergerakan kreatif, seperti daya tahan kardiovaskular (diperlukan untuk tempoh latihan yang sama, cth: 2 jam selama 3 x seminggu, latihan regangan untuk meningkatkan kelenturan, latihan beban untuk kekuatan otot yang diperlukan dalam tarian singa...)

format tersusun (cth: dalam bentuk grafik seperti jadual, mind-map, ada ruang untuk catatan...)

Sila rujuk semula kepada draf tugasan Meu Chui yang telah saya semak. Sila nyatakan bahagian yang Meu Chui masih tidak jelas, diserta dengan contoh, agar dapat saya bimbing bahagian yang berkenaan dengan lebih spesifik. Meu Chui juga boleh membincang dengan rakan dan tutor bersemuka semasa tutorial nanti, untuk dapatkan pandangan mereka, dan berkongsi dalam forum ini nanti.  GOOD LUCK!

Konsep pergerakan yang terlibat dalam pergerakan kreatif:

Ruang   (menanya soalan "ke mana")1. Lokasi     : ruang diri, ruang am, ruang kosong2. Saiz          : besar, sederhana, kecil3. Aras         : tinggi, sederhana, rendah4. Arah        : depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah, ikut arah jam, ikut arah jam5. Laluan     : melengkung, lurus, zigzag, spiral...

Masa (menanya soalan "bagaimana")6. Kelajuan  : cepat, sederhana, perlahan7. Ritma       : denyutan nadi, pola, pernafasan 

Daya   (menanya soalan "bagaimana")8. Tenaga      : tepat & serta merta, licin, bergoyang, beralun9. Beban        : kuat, ringan, berat, aktif, pasif10. Aliran      : bebas, terikat

Badan   (menanya soalan "apa" dan "dengan siapa/ apa")11. Anggota badan : kepala, leher, bahu, lengan, siku, jari, pinggul, perut, kaki, lutut, tumit, dll.12. Hubungan         : (dengan objek/ orang) atas, bawah, mengelilingi, melalui, di sisi, di antara, ke dalam, ke luar, bersama, berpisah, di depan, di belakang 13. Bentuk               : melengkung, lurus, tajam, bersudut, terpulas, simetri, tidak simetri14. Imbangan          : hilang imbangan, atas imbangan

Soalan 3W 1H tersebut (Where, What, With whom/with what + How) juga termasuk dalam tema 1-8 dalam pergerakan kreatif.

Page 44: PERGERAKAN KREATIF

Sekiranya masih keliru atau tidak faham dengan penggunaan konsep pergerakan tersebut, kemukakanlah sebarang soalan di dalam forum ini.

SELAMAT MENCUBA DAN MENEROKA...