23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 5 - 11 September 2019, 5 - 11 Muharam 1441 MUKA 2 Bertemu konglomerat teknologi di China MUKA 3 Kekal mendahului negeri-negeri lain MUKA 15 Sentuhan unik, klasik arca dua roda ‘Bone-X’ MUKA 17 Warisan Kesultanan Sultan Sir Abdul Samad di Langat Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari membalas tabik hormat ketika kontinjen perbarisan melintasi pentas utama pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2019 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos lalu. Foto oleh Remy Ariffin OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Anak muda pasca ke- merdekaan seharusnya didampingi secara lebih dekat bagi mengetahui denyut nadi dan kemahuan mereka, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari. Beliau berkata, keluh kesah anak muda juga perlu didengari me- mandangkan masa depan Selangor khasnya dan Malaysia amnya terletak di tangan golongan berkenaan. “Perumahan untuk semua, gaji yang berkadaran, waktu kerja anjal dan kualiti hidup lebih baik antara perkara yang berlegar-legar dalam kotak fikiran anak muda saat ini. “Selagi kita tidak berjaya menye- diakan solusi untuk permasalahan mereka, kita akan dilihat gagal dalam mencermati masa hadapan Malaysia seluruhnya,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke- 62 Peringkat Negeri Selangor 2019 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, pada 30 Ogos lalu. Turut hadir, isteri Amirudin, Mas- diana Mohamad, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor termasuk pimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor. Terdahulu, lebih 10,000 warga Lem- bah Klang membanjiri Dataran Ke- merdekaan bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan, pada tahun ini. Sambutan bermula sekitar jam 9.30 malam diraikan dengan suasa- na kemeriahan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Pengunjung yang hadir seawal jam 8 malam disajikan dengan persemba- han dua selebriti terkenal tanah air, Syamel AF dan Ara Johari. Kemuncak sambutan adalah lau- ngan merdeka sebanyak tujuh kali oleh Amirudin diikuti orang ramai SHAH ALAM - Penjajaran semula Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) membolehkan Selangor menerapkan nilai ‘perkong- sian kemakmuran’ (shared prosperity) seperti diuar-uar- kan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata Selangor dikenali sebagai negeri peduli rakyat selama 10 tahun dengan mewujudkan 42 program yang memberi manfaat untuk rakyat sejak lahir hingga usia emas. “Kerajaan mahu menumpukan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, bukan sekadar golongan isi rumah berpendapatan rendah sahaja tetapi termasuk golongan pertengahan. “Antara elemen yang perlu dibantu ialah melalui pendidi- kan dan keusahawanan,” katanya ketika Sesi Bual Bicara ‘Lon- jakan Kemakmuran Ekonomi Selangor’ bersama Menteri Be- sar Selangor di sebuah stesen televisyen, pada 27 Ogos lalu. Pada masa sama, Amirudin berkata, pihaknya mengam- bil keputusan untuk menyeimbangkan semula pemberi- an IPR memandangkan ada kumpulan yang dilihat tidak wajar menerima inisiatif berkenaan. “Contohnya air percuma. Nilainya sangat berharga ke- pada golongan kurang mampu, tetapi untuk kelompok berpendapatan tinggi ia sudah pasti tidak wajar. “Adakah patut pemberian air percuma itu bagi menanggung kolam renang? Sudah tentu tidak. Oleh itu, jika ditanya berkenaan ‘shared prosperity’, Selangor sudah mengetuai,” katanya. Baru-baru ini, Kerajaan Selangor mengumumkan pen- jajaran semula IPR membabitkan lapan skim. Antaranya Kasih Ibu Smart Selangor, Skim Peduli Si- hat, Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma, Skim Mesra Usia Emas, Skim Kesihatan Wanita, Bantuan Si- hat Selangor, Skim Rumah Selangorku. Pesanan sempena Hari Kebangsaan Dengar suara anak muda Penjajaran IPR demi kemakmuran yang tidak mahu melepaskan pe- luang untuk bersama melaungkan ungkapan azimat itu. Ratusan das tembakan bunga api pelbagai warna turut dilepaskan di langit dataran selama hampir 10 mi- nit, diiringi lagu Tanggal 31 Ogos dan Jalur Gemilang.

PERCUMA 5 - 11 September 2019, 5 - 11 Muharam 1441 · selangortv.my . MediaSelangor @Media_Selangor. PERCUMA. 5 - 11 September 2019, 5 - 11 Muharam 1441. MUKA 2. Bertemu konglomerat

  • Upload
    others

  • View
    19

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 5 - 11 September 2019, 5 - 11 Muharam 1441

MUKA 2

Bertemu konglomerat teknologi di China

MUKA 3

Kekal mendahului negeri-negeri lain

MUKA 15

Sentuhan unik, klasik arca dua roda ‘Bone-X’

MUKA 17

Warisan Kesultanan Sultan Sir Abdul Samad di Langat

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari membalas tabik hormat ketika kontinjen perbarisan melintasi pentas utama pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2019 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos lalu. Foto oleh Remy Ariffin

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Anak muda pasca ke-merdekaan seharusnya didampingi secara lebih dekat bagi mengetahui denyut nadi dan kemahuan mereka, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, keluh kesah anak muda juga perlu didengari me-mandangkan masa depan Selangor khasnya dan Malaysia amnya terletak di tangan golongan berkenaan.

“Perumahan untuk semua, gaji yang berkadaran, waktu kerja anjal dan kualiti hidup lebih baik antara perkara yang berlegar-legar dalam kotak fikiran anak muda saat ini.

“Selagi kita tidak berjaya menye-diakan solusi untuk permasalahan mereka, kita akan dilihat gagal dalam mencermati masa hadapan Malaysia seluruhnya,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-

62 Peringkat Negeri Selangor 2019 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, pada 30 Ogos lalu.

Turut hadir, isteri Amirudin, Mas-diana Mohamad, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor termasuk pimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor.

Terdahulu, lebih 10,000 warga Lem- bah Klang membanjiri Dataran Ke-merdekaan bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan, pada tahun ini.

Sambutan bermula sekitar jam 9.30 malam diraikan dengan suasa-na kemeriahan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Pengunjung yang hadir seawal jam 8 malam disajikan dengan persemba-han dua selebriti terkenal tanah air, Syamel AF dan Ara Johari.

Kemuncak sambutan adalah lau-ngan merdeka sebanyak tujuh kali oleh Amirudin diikuti orang ramai

SHAH ALAM - Penjajaran semula Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) membolehkan Selangor menerapkan nilai ‘perkong-sian kemakmuran’ (shared prosperity) seperti diuar-uar-kan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata Selangor dikenali sebagai negeri peduli rakyat selama 10 tahun dengan mewujudkan 42 program yang memberi manfaat untuk rakyat sejak lahir hingga usia emas.

“Kerajaan mahu menumpukan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, bukan sekadar golongan isi rumah berpendapatan rendah sahaja tetapi termasuk golongan pertengahan.

“Antara elemen yang perlu dibantu ialah melalui pendidi-kan dan keusahawanan,” katanya ketika Sesi Bual Bicara ‘Lon-jakan Kemakmuran Ekonomi Selangor’ bersama Menteri Be-sar Selangor di sebuah stesen televisyen, pada 27 Ogos lalu.

Pada masa sama, Amirudin berkata, pihaknya mengam-bil keputusan untuk menyeimbangkan semula pemberi-an IPR memandangkan ada kumpulan yang dilihat tidak wajar menerima inisiatif berkenaan.

“Contohnya air percuma. Nilainya sangat berharga ke-pada golongan kurang mampu, tetapi untuk kelompok berpendapatan tinggi ia sudah pasti tidak wajar.

“Adakah patut pemberian air percuma itu bagi menanggung kolam renang? Sudah tentu tidak. Oleh itu, jika ditanya berkenaan ‘shared prosperity’, Selangor sudah mengetuai,” katanya.

Baru-baru ini, Kerajaan Selangor mengumumkan pen-jajaran semula IPR membabitkan lapan skim.

Antaranya Kasih Ibu Smart Selangor, Skim Peduli Si-hat, Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma, Skim Mesra Usia Emas, Skim Kesihatan Wanita, Bantuan Si-hat Selangor, Skim Rumah Selangorku.

Pesanan sempena Hari Kebangsaan

Dengar suara anak muda

Penjajaran IPR demi kemakmuran

yang tidak mahu melepaskan pe-luang untuk bersama melaungkan ungkapan azimat itu.

Ratusan das tembakan bunga api pelbagai warna turut dilepaskan di langit dataran selama hampir 10 mi-nit, diiringi lagu Tanggal 31 Ogos dan Jalur Gemilang.

2Utama

SelangorKini 5 - 11 September 2019

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengetuai delegasi Kerajaan Selangor bertemu kon-glomerat bagi sektor rangkaian sosial dan permain-an terbesar Asia, Tencent Holdings, di Shenzen, China bermula 1 September lalu.

Amirudin berkata, syarikat multinasional gergasi itu memegang pelaburan utama di negara berkenaan se-jak mula ditubuhkan pada 1998.

Katanya, ia adalah syarikat pertama di Asia yang berjaya mencatat nilai syarikat tertinggi mencecah AS$500 bilion dengan memberi pengkhususan ter-hadap sektor rangkaian sosial, pembayaran digital, hiburan, kecerdasan dan teknologi.

“Melalui pertemuan ini, delegasi Kerajaan Selangor turut mengadakan perbincangan dengan wakil Ten-cent Holdings iaitu Pengarah Pembangunan Pernia- gaannya, Ian Chan.

“Kami berbincang berhubung peluang untuk Tencent mengembangkan lagi operasi di Selangor, khususnya melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

“Peluang ini juga membolehkan Kerajaan Selangor meneroka bidang berkaitan, sekali gus menjayakan misi ke arah Negeri Pintar di Asia Tenggara,” katanya.

Turut sama pada delegasi itu ialah EXCO Kerajaan Negeri, Dato’ Teng Chang Khim dan Hee Loy Sian serta Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris.

Tencent Holdings salah sebuah syarikat teknologi yang berjaya meningkat naik selain Facebook dan Aliba- ba ekoran berjaya mencatat nilai syarikat lebih tinggi.

Mula diperkenalkan sejak dua dekad lalu, syari-kat ini mula menjadi perhatian pelabur selepas mula memasuki Initial Public Offering (IPO) atau saham ter-bitan awam terlebih dahulu, pada 2004.

Berdasarkan jumlah pelaburan tinggi, Tencent ber-jaya memperkenalkan QQ, TencentPay dan WeChat sekali gus menjadi aplikasi permesejan terunggul di China.

Salah satu faktor utama kebangkitan Tencent apa-bila syarikat itu berjaya menguasai saham Supercell, syarikat bagi game Clash of Clans dan Clash Royale, selain turut memegang saham Barclays dan Tesla.

Jadikan hab perniagaan serantau Bertemu konglomerat teknologi di China

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Peneraju perkhidmatan robot pintar terkemuka di China, CANBOT Ro-botics berhasrat menjadikan Selangor sebagai hab perniagaan, bagi menem-busi pasaran Asia Tenggara.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hasrat itu dinyatakan kepadan-ya ketika beliau bersama delegasi Se-langor mengadakan lawatan kerja ke China selama empat hari, bermula 1 September lalu.

“CANBOT berminat menjadikan Se- langor sebagai hab mereka menembusi pasaran Asia Tenggara.

“Mereka menyatakan hasrat dan

berkemungkinan mengembangkan lagi peluang serta potensi perniagaan ke Selangor,” katanya dalam ciapan Twitternya.

Syarikat pencipta dan pengilang yang terbabit dalam penghasilan robot paling kreatif bagi kegunaan keluar-ga dan perindustrian itu mula mene- rajui bidang penyelidikan robotik sejak 2008, sebelum meneruskan dalam AI, pengesanan suara, navigasi dalam, sen-sor pintar dan ‘interactive soft-wears’.

CANBOT turut bekerjasama dengan organisasi seperti CSIST, INTEL, IBM, HUAWEI, NVIDIA dengan sokongan daripada pasukan kejuruteraan dan tek- nologi penyelidikan terbaik di dunia.

Terdahulu, pada 7 April lalu, Chang Khim mengumumkan China menca- tatkan pelaburan tertinggi di Selangor dengan nilai pelaburan RM3.93 bilion setakat ini.

Pelaburan itu membabitkan pelabu-ran dalam barangan berasaskan logam.

Sementara itu, pada 20 Mac lalu, Amirudin pula mengumumkan Sela- ngor mencatatkan sejarah tersendiri apabila mencatatkan rekod tertinggi sejak 30 tahun lalu dalam pelaburan di negeri ini.

Prestasi pelaburan negeri mencatat-kan prestasi terbaik bagi Selangor se-cara amnya dan khusus kepada Invest Selangor Berhad.

CANBOT Robotics minat labur

SHAH ALAM - Peminat ‘Mi Kejung Abam Bocey’ berpeluang menikmati air tangan selebriti terkenal itu di Se- langor Agrofest 2019 bermula 5 hingga 8 September ini.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, adalah antara peserta yang bakal bernia-ga sepanjang festival pertanian terbesar anjuran Kerajaan Negeri di Bulatan Baza-rena Shah Alam.

Resipi mi kejung warisan turun-te-murun keluarga Abam Bocey itu boleh didapati sepanjang program yang bermu-la seawal jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pengunjung turut berpeluang me- nyaksikan persembahan Abam dan Achey dari kumpulan Bocey pada 7 September.

Selangor Agrofest 2019 bertema-kan ‘Permodenan Pertanian Ke Arah Kehidupan Lestari’ dijangka menerima kehadiran lebih 120,000 pengunjung akan memfokuskan kepada penanaman dan penternakan berpulangan tinggi serta moden.

EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan In-dustri Asas Tani, Ir Izham Hashim ber-kata, sasaran itu berdasarkan sambutan menggalakkan diterima terhadap pe- nganjuran sama diadakan di Kuala Se- langor, tahun lalu.

Antara aktiviti lain yang dianjurkan adalah pameran dari jabatan dan agensi pertanian, jualan ayam segar RM10 se-ekor, persembahan artis serta riang ria bersama Didi & Friends.

Mi Kejung Abam Bocey di Selangor Agrofest antara 5 - 8 September

SHAH ALAM - Enakmen pengurusan sampah perlu diperkenalkan dalam usaha menjadikan Selangor ne-geri bersih.

EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangu-nan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, menerusi enakmen itu, penguatkuasaan boleh dipertingkatkan.

“Enakmen ini pernah dibincangkan pada 2015 dan ia masih dalam perbincangan seterusnya ke Sidang Dewan Negeri Selangor.

“Saya berharap ia akan berjaya dilaksanakan untuk memastikan ada satu undang-undang yang diperketat dan diperkemaskan bagi merealisasikan hasrat negeri bersih,’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog bajet 2020 Smart Desa Selangor: Bersih dan Sejahtera di Hotel Concorde di sini, pada 3 Septem-ber lalu.

Lebih 500 tetamu hadir sesi dialog bajet itu, ter-masuk Ketua Kampung, Penghulu, Ahli Dewan Negeri dan kakitangan awam.

Pada 2015, Kerajaan Negeri telah mendrafkan Enak-men Pengurusan Sisa Pepejal Selangor untuk me- ngawal isu pelupusan sampah dan juga perlesenan kontraktor pelupusan sampah.

Pada masa sama, Rodziah berkata, terdapat 522 kam-pung di seluruh negeri menjadikan cabaran besar buat KDEB Waste Management (KDEBWM) menguruskan sisa domestik.

Perkenal enakmenpengurusan sampah

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 5 - 11 September 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Selangor disifatkan se-bagai negeri yang berani ‘melangkah ben-dul’ berikutan kerap mendahului Kerajaan Persekutuan dengan menjadi peneraju da-lam pelbagai bidang.

Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata ‘langkah bendul’ yang kebanyakan berlaku sebelum Paka-tan Harapan menguasai Putrajaya adalah suatu langkah positif demi kebaikan rak-yat negeri termaju itu.

Beliau berkata, keadaan itu menyebab-kan Kerajaan Negeri berhadapan serangan politik dari pihak yang tidak senang dengan pencapaian demi pencapaian diraih.

“Selain hari tanpa plastik yang menye-babkan kita diserang setiap hari, kita juga peneraju dalam banyak bidang lain ber-banding di Persekutuan dan negeri lain, terutamanya visi Gagasan Smart Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program

Dialog Bajet 2020 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, pada 27 Ogos lalu.

Amirudin berkata, walaupun diserang oleh golongan berkepentingan politik pada awalnya, namun kebanyakan idea sama akhirnya diadaptasi pihak terbabit mahupun sekutunya.

Beliau yakin birokrasi ditempuh Kera-jaan Negeri sebelum ini tidak lagi berla-ku berikutan perubahan landskap politik negara.

Katanya, kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan juga semakin erat dalam pelbagai bidang bagi memastikan kemajuan bersama.

“Kerajaan Negeri tekad meneruskan status Selangor sebagai negeri peneraju dalam pelbagai bidang walaupun menye-dari pelbagai cabaran lain sedang menan-ti,” katanya.

Dalam adat Melayu, istilah langkah ben-dul merujuk kepada anak perempuan yang berkahwin terlebih dahulu berbanding saudara tuanya.

Selangor ‘langkah bendul’

Teruskan misi negeri peneraju

SHAH ALAM - Pihak bertang- gungjawab disifatkan terlalu banyak ‘memberi muka’ kepada warga asing khasnya pendatang asing tanpa izin (PATI) yang men-jalankan pelbagai aktiviti per-niagaan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata sikap ‘memberi muka’ kepada pendatang asing ini akhirnya menyusahkan banyak pihak seperti peniaga tempatan dan pihak berkuasa.

“Kita mudah sangat benarkan, lihat keadaan di Pasar Borong Se-layang, mula-mula hanya bernia-ga ikan dan sayur tetapi sekarang mereka memonopoli kawasan itu dan begitu juga warga Acheh dengan perniagaan runcit di me- rata tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Dialog Bajet 2020 di Pu-sat Konvensyen Shah Alam di sini, pada 27 Ogos lalu.

Amirudin berkata, keadaan itu berlaku pada ketika undang-un-dang negara jelas tidak membe-narkan warga asing menjalankan sebarang jenis perniagaan.

Katanya, isu terbabit semakin sukar diatasi berikutan tiada tin-dakan tegas diambil ketika di pe- ringkat awal.

“Selain tidak mematuhi lara-ngan berniaga, pendatang asing juga kerap terbabit dalam pel-bagai aktiviti jenayah.

“Kegiatan mereka termasuk warga Afrika menjalankan sindiket penipuan juga berada di tahap membimbangkan,” katanya.

Banyak ‘beri muka’ kepada PATI

SHAH ALAM - Semua pihak diin-gatkan tidak cepat merasa se- lesa dengan penurunan indeks jenayah bagi tujuh bulan perta-ma tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata perkara itu beri-kutan jenayah semakin pelbagai termasuk membabitkan penggu-naan teknologi tinggi.

“Alhamdulillah, ini menun-jukkan usaha berterusan polis mengurangkan jenayah namun begitu ini bukan tanda untuk kita selesa, kita perlu tingkatkan ka-wal selia kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Dialog Bajet 2020 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, pada 27 Ogos lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri ju-ga bakal mengangkat isu ke-selamatan sebagai salah satu inisiatif baharu dalam belan-jawan yang dibentangkan pada November nanti.

Antara perkara mendapat per-hatian Amirudin dalam dialog kali ini termasuk langkah memasang kamera litar tertutup pintar yang mampu membuat pengecaman wajah, menjadikan sebahagi-an anggota penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai Polis Bantuan dan memohon tam-bahan anggota polis kepada Ke-menterian Dalam Negeri.

Sementara itu, Timbalan Ke-tua Jabatan Pencegahan Je- nayah dan Keselamatan Komu-niti (Operasi), Ibu Pejabat Po-

lis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman bagaimanapun, berkata statistik terbabit tidak menggambarkan keadaan selamat dalam kala- ngan rakyat.

“Apa yang penting adalah kerjasama semua pihak menja-di mata dan telinga polis, bukan meletakkannya sebagai tanggu-ngjawab polis semata-mata,” ka-tanya.

Sebelum itu, perbandingan in-deks jenayah dibentangkan Imran pada program sama menunjuk-kan 11,482 kejadian jenayah dire-kodkan pada 1 Januari hingga 31 Julai lalu berbanding 12,925 bagi tempoh sama tahun sebelumnya, mencatatkan pengurangan 1,443 kes atau 11.16 peratus.

Jangan terlalu selesa walau indeks jenayah turun

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-ma-na pihak yang membangkitkan isu sensitif melalui penyebaran mak-lumat yang boleh menjejaskan ke-harmonian kaum dan agama.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ke- rajaan tidak menyekat hak ber-suara rakyat, namun maklumat yang dikongsi perlu disahkan ke-benarannya.

Katanya, ia bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang menimbulkan fitnah dan keben-cian sehingga menyebabkan rak-yat merusuh.

“Terdapat garis yang halus an-

tara kebebasan bersuara dengan ucapan yang menggalakkan ke-bencian dan keganasan,” katanya semasa berucap pada perhim-punan bulanan Kementerian Da-lam Negeri (KDN) di sini, pada 3 September lalu.

Dalam hal itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu lebih tegas dalam mengambil tindakan ke atas pihak yang cuba mengeruh- kan keadaan dalam negara.

“Tindakan yang diambil perlu adil tanpa mengira siapa atau latar belakang individu yang cuba un-tuk memainkan isu sensitif dengan bertujuan memporak-perandakan negara,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan khususnya KDN sedang berhada-pan pelbagai isu terutama mem-babitkan agama, bangsa dan institusi diraja (3R) yang disensasi-kan dengan tujuan untuk meng-gugat kerajaan baharu supaya dilihat tidak melindungi ketiga-ti-ga aspek berkenaan.

“Isu ini semakin hangat apabi-la tindakan kerajaan dipertikai-kan seolah-olah kerajaan gagal melaksanakan fungsinya.

“Saya percaya peranan kita terutama warga KDN sangat penting bukan sahaja sebagai agensi penguat kuasa, malah berperanan penting dalam mem-

beri kefahaman kepada rakyat untuk tidak menyebarkan mak-lumat yang tidak benar,” katanya.

Katanya, dengan peningkatan penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat daripada 86.3 peratus pada 2017 kepada 96.5 peratus pada tahun lalu, penggu-nanya seharusnya lebih beretika dan bertanggungjawab.

Muhyiddin berkata, pengguna diingatkan supaya tidak menya-lahgunakan landasan itu untuk memanipulasi maklumat, menu-larkan berita palsu dan fitnah yang hanya akan mengelirukan pemikiran masyarakat. - BERNA-MA

Tiada kompromi pihak bangkit isu sensitif

Muhyiddin Yassin

4Utama

SelangorKini 5 - 11 September 2019

SIDANG PENGARANG

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah mengingatkan rakyat supaya tidak mudah percaya dengan fitnah dan berita tidak sahih khususnya di media sosial yang cuba mengganggu gugat keamanan negara serta hubungan sesama kaum.

Baginda bertitah, rakyat perlu menga-malkan sikap toleransi dan berusaha un-tuk saling memahami serta meraikan perbezaan adat, budaya juga agama su-paya semuanya dapat hidup dalam suasa-

na merdeka dalam erti kata sebenar.“Beta amat berharap setiap rakyat

mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengelak dari tercetusnya sebarang ben-tuk pertelagahan dan perpecahan berpun-ca daripada anasir negatif yang sengaja diprovokosi pihak tertentu serta mahu mencemar perpaduan dibina selama ini.

“Beta doakan semoga Malaysia sentiasa dirahmati dengan keamanan dan kemak-muran yang berpanjangan,” titah baginda dalam kenyataan rasmi Perutusan Hari Ke-

bangsaan ke-62 di laman Facebook Selan-gor Royal Office, pada 31 Ogos lalu.

Selain itu, baginda optimis sambutan Hari Kebangsaan disambut 31 Ogos setiap tahun akan terus menyemarakkan seman-gat patriotisme dalam kalangan rakyat je-lata sekali gus menyemai rasa cinta dan sayang kepada negara dalam jiwa semua kaum serta bangsa di Malaysia.

Baginda bertitah, semangat itu ha-rus dizahirkan dalam bentuk perpaduan jitu dan keharmonian yang utuh, demi

mengekalkan kemakmuran ekonomi ne-gara serta kesejahteraan masyarakat se-cara keseluruhannya.

“Syukur kepada Allah, Malaysia hari ini menyambut Hari Kebangsaan untuk kali ke-62 tahun dalam suasana yang harmo-ni dan aman sentosa.

“Di kesempatan ini, Beta dan Tengku Permaisuri Norashikin ingin mengucap-kan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-62 kepada seluruh rakyat Malaysia,” ti-tahnya.

Sultan: Usah percaya fitnah gugat ketenteraman negara, kaum

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Perpaduan dan kemahiran berdiplomasi ting-gi menjadi tunjang utama bagi mengekalkan keharmonian yang sedia dinikmati masyarakat masa kini, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, kestabilan juga akan kekal dinikmati sekiranya rak-yat terus bersatu hati dan sebulat suara dalam menggapai cita-cita besar bangsa Malaysia.

Katanya, kestabilan dan kehar-monian yang dinikmati ketika ini wajar dipertahankan.

“Oleh itu, kita perlu menga- baikan suara yang mahu meme- cah-belahkan persekutuan ini dan dengan tegas menyatakan baha-wa kita semua sama ada bumipu- tera Melayu, Sabah serta Sarawak termasuk Tionghua, India, Iban, Kadazan mahupun Orang Asal adalah rakyat Malaysia.

“Tidak perlu disebut lagi ber- kenaan kedudukan Bahasa Me-layu dan agama Islam kerana kita semua generasi pasca-Merde-

Abaikan suara pecah-belah

Diplomasi tunjang utama harmoni

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak menafikan hak rakyat seba-liknya memikirkan kesan jangka panjang buat generasi pada masa akan datang.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, adalah tidak bertanggungjawab untuk pen-tadbiran Kerajaan Negeri meng- habiskan semua hasil semata-ma-ta untuk rakyat pada waktu ini.

Malah, katanya, lebih tidak ber-tanggungjawab sekiranya rak-yat yang sama masih mendapat faedah sama walaupun mereka mungkin tidak layak lagi untuk menerimanya.

“Dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, beberapa bantuan sebelum ini bertindih dapat dise-laraskan supaya penerima yang benar layak mendapat manfaat dalam jumlah sepadan dengan keadaannya. Tiada terlebih ma-hupun terkurang, setiap orang mendapat secukupnya.

“Oleh itu, penting untuk kita gariskan di sini bahawa pentad-biran ini bukan mahu menafikan hasil negeri untuk rakyat namun yang kita mahukan adalah ban-tuan bersasar dan terarah, bu-kan sebentuk kelambu besar bantuan yang membantu sesia-pa sahaja tanpa mengira latar so-sioekonominya,” katanya dalam kenyataan Perutusan Merdeka, pada 31 Ogos lalu.

Pada masa sama, Amirudin ber-kata, sudah pasti rakyat Selangor terkesan dengan penyelarasan semula itu namun beliau me-

Demi generasi akan datangDengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, beberapa bantuan sebelum ini bertindih dapat diselaraskan supaya penerima yang benar layak mendapat manfaat dalam jumlah sepadan dengan keadaannyaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

minta untuk setiap orang berko-rban kerana peruntukan bukan dihapus sebaliknya dialihkan ke-pada mereka lebih berhak.

“Tiada kemerdekaan tanpa pengorbanan. Tiada pengorba-nan tanpa perjuangan. Tiada per-juangan tanpa keberanian.

“Pengorbanan anda bermakna orang lain yang lebih memerlu-kan mendapat lebihan manfaat daripada hasil negeri. Oleh kera-na pengorbanan kita pada masa ini, anak cucu kita generasi men-datang bakal mendapat kesele-saannya,” katanya.

Beliau berkata, kestabilan dan kemakmuran dinikmati hari ini adalah komitmen anak nusa dan bangsa yang cintakan keda-maian.

ka yang setia serta menganggap semua perkara sudah selesai.

“Apa yang paling penting ada-lah bangsa ini bergerak ke hada-pan untuk perkara lebih mendasar dalam menghadapi cabaran masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 Peringkat Ne-geri Selangor 2019, di Dataran Ke-merdekaan Shah Alam di sini, pada 30 Ogos lalu.

Turut hadir, isteri Dato’ Menteri Besar, Masdiana Mohamad, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne-geri (MMKN), Ahli-Ahli Dewan Ne-geri Selangor termasuk pimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Se-langor.

Pada masa sama, Amirudin turut mengingatkan rakyat untuk terus menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan diusahakan pejuang tanah air selama ini demi membebaskan negara tercinta da- ripada terus ditindas penjajah.

“Sumbangan dan jasa mereka (pejuang tanah air) dalam perang melawan Jepun serta peperan-gan gerila menentang komunis memang tidak dapat dinafikan.

“Begitu juga sejarah panjang penentangan putera-puteri tan-ah air ini, seawal Datuk Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain pejuang bangsa,” katanya.

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 5 - 11 September 2019

SHAH ALAM -Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam supaya sentiasa berwaspada dalam me- lontarkan sebarang pandangan berkaitan agama lain.

Baginda bertitah, umat Islam se-baliknya perlu mengamalkan sifat wasatiyyah dalam interaksi harian.

“Harus diingat, Islam adalah aga- ma yang amat mementingkan ke-harmonian dalam kehidupan ber-masyarakat.

“Apa yang penting, umat Islam di Malaysia harus mengenepikan semangat asabiyyah dan pera-saan hasad dengki demi memas-tikan ukhwah serta muafakat

terus teguh,” titah baginda dalam kenyataan rasmi Perutusan Sem-pena Maal Hijrah 1441H dikeluar-kan dari Pejabat Istana Alam Shah, pada 1 September lalu.

Baginda bertitah, umat Islam juga perlu menghayati sejarah penghijrahan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW serta kisah penyatuan persaudaraan golo- ngan Muhajirin juga Ansar.

“Golongan Muhajirin dan An-sar berjaya membentuk kekuatan hingga tertubuhnya negara Islam yang mengangkat Islam ke tahap lebih tinggi.

“Ia adalah contoh teladan ter-baik yang wajar dijadikan iktibar dalam usaha mengukuhkan per-

paduan dan kesatuan seluruh umat Islam di Malaysia supaya dapat hidup lebih harmoni di da-lam masyarakat majmuk,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Teng-ku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baharu 1441 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

“Beta berharap bermula 1 Mu-harram 1441H ini, umat Islam di Malaysia akan memasang azam ta-hun baharu yang lebih dinamik dan relevan dalam menegakkan syiar Islam serta mengukuhkan silatur-rahim perpaduan,” titah baginda.

Waspada lontar pandangan agama lain, amal sifat wasatiyyah

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Umat Islam perlu menunjukkan teladan baik kepada masyarakat bukan Islam dan me-raikan kepelbagaian yang ada di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama serta latar belakang bagi mengelak berlaku perpecahan.

Tokoh Maal Hijrah Selangor 1441H, Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, beliau mem-persetujui saranan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya bahawa umat Islam seharusnya menunjukkan sikap toleransi dalam kehidupan ber-masyarakat.

Katanya, saranan itu sama sekali tepat terutama ketika suasana ne-gara pada masa kini yang dihimpit pertelingkahan dan perselisihan sesama kaum.

“Bagaimanapun, adalah penting untuk kita menunjukkan teladan baik dan hormati antara satu sama lain.

“Daripada sekecil-kecil kesilapan, kita perlu mengutamakan kesamaan yang boleh dikongsikan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Am-bang Hijrah dan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, pada 31 Ogos lalu.

Pada masa sama, katanya, se-bagai sebuah negeri berbilang bangsa rakyat termasuk umat Is-lam perlu menghormati antara satu sama lain berikutan perkara itu sememangnya dituntut Allah dan Rasulullah SAW.

“Walaupun kita berlainan ag-ama mahupun berbeza fahaman politik, hubungan itu perlu dalam

Hormati satu sama lain

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1441H Selangor kepada Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa pada majlis di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 31 Ogos lalu

Rai kepelbagaian, tunjuk teladan baik

memajukan sesebuah negeri dan negara,” katanya yang juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Ke- rajaan Negeri ketika pentadbiran Allahyarham Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo.

Terdahulu, pada majlis sama, Mohamad Adzib menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1441H disampaikan Duli Yang Ter-amat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah mewakili aya-handanya, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafud-

din Idris Shah.Beliau turut menerima wang tunai

RM20,000 sumbangan Kerajaan Ne-geri, trofi Maal Hijrah, sijil penghar-gaan, set sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah.

Tokoh berusia 71 tahun itu di-pilih atas jasa dan pengorbanan-nya dalam mencurahkan bakti terhadap perkembangan Islam di Selangor melalui idea memperke-mas, memperkasa dan mengukuh-kan organisasi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

SHAH ALAM - Menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian adalah antara rahsia kejayaan me-layakkan Damanhuri@Damanuri Rajali@Ali, 78, menerima Anuge-rah Keluarga Mithali.

Damanhuri yang juga Hakim Ti-lawah al-Quran peringkat Daerah dan Selangor berkata, beliau men-zahirkan kesyukuran dan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah di atas penganuger-ahan itu.

“Ini semua rahsia Allah namun jika ditanyakan amalan, mudah sa-haja iaitu kerjakan yang disuruhNya dan tinggalkan laranganNya.

“Malah, cara didikan saya dan isteri kepada anak-anak adalah ber-landaskan syariat Islam. Selalu pe-san supaya mereka menjaga solat dan amalkan membaca al-Quran,” katanya yang mempunyai 10 ca-haya mata.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Am-bang Hijrah dan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, pada 31 Ogos lalu.

Damanhuri menerima anugerah Keluarga Mithali disampaikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Se-langor, Tengku Amir Shah.

Sementara itu, katanya, beliau dan isteri, Siti Hasnah Muhd Dasuki, 65, tidak pernah mengatur bidang untuk anak meneruskan pengajian sebaliknya sekadar menasihati apa

sahaja dilakukan haruslah berbalik kepada agama Islam.

Berkongsi cabaran mempunyai anak ramai, katanya, beliau tidak pernah merasa terbeban sebalik- nya bersyukur di atas kurniaan Al-lah yang tidak ternilai itu.

“Generasi muda masa kini jan-gan sesekali jadi munafik kerana golongan itu bila bercakap dia bo-hong dan bila diberi amanah dikh-ianati.

“Apa sahaja dilakukan janganlah hanya mengejar dunia sebaliknya kejarlah akhirat juga,” katanya yang dilahirkan pada 10 Mac 1941 di Tan-jong Karang, Selangor.

Beliau yang sebelum ini berkhid-mat selama 38 tahun dalam perkh-idmatan kerajaan pernah menjawat jawatan selaku guru agama di Se-kolah Agama Parit 7, Imam di Mas-jid Sultan Ibrahim Kuala Selangor dan Masjid Sultan Sulaiman Klang serta Imam Paduka di Istana Alam Shah sebelum bersara pada 2005.

Hasil perkahwinan bersama isterinya, mereka dikurniakan enam anak lelaki dan empat pe- rempuan.

Pasangan itu berjaya mendidik anak mereka dengan pendidikan Islam serta dapat melanjutkan pe-lajaran di institusi pengajian tinggi awam dan Swasta.

Menariknya, kesemua anaknya berjaya menjawat jawatan penting antaranya pengurus, jurutera, ekse-kutif, penyelia guru dan pegawai dalam sektor kerajaan juga swasta.

Terap ajaran Islam rahsia kejayaan keluarga Damanhuri

6Utama

SelangorKini 5 - 11 September 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA SELANGOR - Perkh-idmatan keterhubungan dita-warkan SMARTSEL Sdn Bhd (SMARTSEL) menerusi pelancar-an rangkaian digital SMARTSEL (Node1) membuktikan syarikat berkenaan mampu memenuhi misi bagi memberikan perkhid-matan internet berkelajuan ting-gi di kawasan luar bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemer-badanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman berkata, Node1 dilancarkan di Kuala Selan-gor turut membolehkan perkhid-matan WiFi Smart Selangor yang diberikan secara percuma menca-pai kelajuan lebih tinggi.

Katanya, capaian itu mem-babitkan kawasan strategik ter-utamanya tarikan pelancongan di sini seperti di Kelip-Kelip Kam-pung Kuantan, Sky Mirror, Kota Melawati dan Pantai Remis.

“Selain itu, Node1 ini juga mampu memberi perkhidmatan internet berkelajuan tinggi bagi pejabat kerajaan, perumahan dan kawasan perniagaan.

“Sektor ekonomi utama di sekitar Kuala Selangor turut menerima manfaat menerusi perkhidmatan ini,” katanya sele-pas majlis pelancaran Node1 di Kolej Antarabangsa INPENS (IN-PENS), di sini.

Turut hadir, EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim dan EXCO Alam

Rangkaian digital SMARTSEL

Tingkat capaian internet desa

Ir Izham Hashim merasmikan Rangkaian Digital SMARTSEL Node1 di Kolej Antarabangsa INPENS, Kuala Selangor, pada 30 Ogos lalu

Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian.

Hadir sama Pengarah Urusan SMARTSEL, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir.

Raja Shahreen berkata, perkh-idmatan keterhubungan itu di-jangka akan dilaksanakan di kawasan lain khususnya Kuala Kubu Bahru dan Sabak Bernam.

“Kuala Selangor adalah permu-laan dalam misi melebarkan capai- an internet berkelajuan tinggi ini.

“SMARTSEL kini sedang beru-saha untuk memberi perkhid-matan lebih menyeluruh kepada rakyat melalui beberapa lagi

Node yang akan dibina dan di-jangka disiapkan sepenuhnya pada 2022.

“Segala usaha sedang dilak-sanakan SMARTSEL kini dalam menyediakan infrastruktur di- gital diharapkan akan menjadi ‘Game Changer’ bagi Selangor untuk menghadapi revolusi di- gital alaf ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berka-ta, menerusi aspek infrastruktur digital untuk mencapai agenda Smart Selangor, kadar penem-busan internet berkelajuan ting-gi adalah pada kadar 60 peratus tahun ini dan akan mencapai 100 peratus pada 2025.

RM400,000 bantu mangsa ribut GombakBATU CAVES - Kerajaan Negeri menerusi Pemerbadanan Men-teri Besar Selangor (MBI) mem-peruntukkan RM400,000 kepada penduduk Gombak yang ditim-pa bencana ribut, sebelum Aidil- adha lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, pada masa sama Lembaga Zakat Selangor turut menyerahkan sumbangan RM68,000 kepada mangsa ben-cana.

“Kami harap bantuan ini akan mengurangkan beban di-tanggung penduduk dan se-lepas ini Kerajaan Negeri akan menyelaraskan bantuan buat penduduk Sabak Bernam yang turut ditimpa bencana baru-ba-ru ini,” katanya kepada.

Beliau berkata demikian ke- tika Program Sambutan Hari Ke-merdekaan Peringkat Dewan

Undangan Negeri (DUN) Sun-gai Tua di Padang Awam Batu Caves di sini, pada 31 Ogos lalu.

Hadir sama, isteri Amirudin, Masdiana Muhamad; Orang Besar Gombak, Tan Sri Wan Mahmood Pa’ Wan Teh; Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dan Ketua Pegawai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaa-farudin Md Ali.

Lebih 2,000 penduduk terdi-ri daripada pelbagai kaum turut sama memeriahkan program bermula dari jam 8 pagi itu.

Terdahulu pada 11 Julai lalu, Amirudin turun padang mela-wat mangsa kejadian ribut yang berlaku di kawasan Dewan Un-dangan Negeri Sungai Tua.

Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 6 petang pada 10 Julai itu menyebabkan hampir

SHAH ALAM - Orang ramai khususnya warga Klang dan daer-ah berhampiran dipelawa memeri-ahkan Jelajah 360 Smart Selangor yang bakal berlangsung di Jalan Pasar Malam Bukit Kapar, pada 6 hingga 8 September ini.

Jelajah berkonsepkan karnival yang memasuki siri keenam itu di-anjurkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dengan kolaborasi erat Universiti Selangor (UNISEL) ter-masuk Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Pegawai Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, karnival selama tiga hari itu men-janjikan kepuasan kepada pen-gunjung dengan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik bermula jam 9 pagi hingga 11.30 malam.

“Antara aktiviti disediakan ialah Trak Realiti Maya Smart Selangor 2025, Alami Smart Selangor, Smart Busker, Jom Lepak di PPAS, Smart Bazaria bola keranjang dan Smart Digital Infrastructure.

“Selain itu, kita juga menyedi-akan gerai pameran agensi, pro-gram Santai@UNISEL, kaunter pendaftaran UNISEL, Zumbathon, Soopa Doopa, Bumble Bee & Ul-traman, Upin & Ipin Store, e-sukan dan cabutan bertuah.

“Malah, pengunjung berpe- luang menyaksikan persembahan penyanyi terkenal tanah air pada Konsert Alami Smart Selangor .

“Bagi peminat pasukan bola sepak Selangor, mereka boleh bertemu secara langsung de- ngan pemain menerusi acara ‘Meet & Greet”,katanya.

Untuk rekod, Jelajah 360 Smart Selangor sebelum ini sudah ber-langsung di Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kajang.

Jelajah 360 Smart Selangor janji kepuasan

Pada masa sama, Hasril berka-ta, pihaknya turut berterima kasih kepada MBI kerana memberi pe-luang dan kepercayaan penuh un-tuk menjadi rakan sinergi dalam membantu melaksanakan pro-gram terbabit.

“Jelajah ini memberi pendeka-tan secara terus khususnya dalam mempromosi Smart Selangor dan menyampaikan intipati agenda Kerajaan Negeri kepada rakyat di Selangor.

“Kita berharap program ini terus mendapat sambutan menggalak-kan daripada orang ramai dengan adanya capaian maklumat (iklan) menerusi dalam talian,” katanya.

Juara program realiti, Man Raja Lawak sekali lagi dipilih sebagi hos yang akan mengendalikan acara pentas pada program berkenaan.

Antara aktiviti disediakan ialah Trak Realiti Maya Smart Selangor 2025, Alami Smart Selangor, Smart Busker, Jom Lepak di PPAS, Smart Bazaria bola keranjang dan Smart Digital Infrastructure. Selain itu, kita juga menyediakan gerai pameran agensiHASRIL ABU HASSANPegawai Komunikasi Korporat UNISELKami harap

bantuan ini akan mengurangkan beban ditanggung pendudukAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

125 keluarga terjejas.Kebanyakan rumah rosak

akibat pokok tumbang dan Kerajaan Negeri menyerahkan bantuan segera iaitu bayaran RM500 setiap keluarga.

Selain Kampung Laksamana, Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua turut mela-wat ke beberapa lokasi termasuk Kampung Nakhoda, Selayang Baru, Flat Cempaka dan Sekolah Menengah Taman Selayang.

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 5 - 11 September 2019

GEORGETOWN - Kementerian Kewangan meminta orang ra-mai untuk terus menyalurkan ca-dangan dan idea masing-masing, bagi penyediaan input Belanjawan 2020 dalam usaha kerajaan meng-gubal satu belanjawan yang bersi-fatkan rakyat.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Amiruddin Hamzah, ber-kata pihaknya menerima ban-yak cadangan bernas daripada orang awam menerusi laman web khusus – belanjawan2020.treas-ury.gov.my, sejak ia dibuka pada 9 Ogos lalu.

Beliau berkata, cadangan yang diterima setakat ini bukan ha-nya tertumpu kepada kerajaan memberi pelbagai insentif dan pengurangan cukai, malahan cadangan bagaimana kerajaan boleh mengembangkan ekonomi negara.

“Biasanya belanjawan ini bila

orang cadang, mereka nak min-ta ditambahkan contohnya ban-tuan sara hidup, macam syarikat pula nak kerajaan mengurang-kan cukai. Tapi kali ini, kita juga mendapat pandangan seumpa-ma tindakan yang kerajaan boleh ambil yang tidak melibatkan ke- rajaan mengeluarkan wang, teta-pi cadangan tindakan yang boleh menyebabkan ekonomi kita ber-tambah baik.

“Tidak semestinya dengan ke- rajaan memberi atau mengurang-kan cukai, tapi cadangan tindakan mungkin kerajaan boleh melaku-kan sesuatu, yang kemudiannya akan dapat memberikan man-faat ekonomi itu kepada rakyat. Saya ingat itu amat bermakna. Kita harap ini akan menjadi bajet rakyat sebenar sebab sumbangan dan saranan idea daripada mere-ka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Penang Top

Achivers 2019’, di sini, baru-baru ini.

Selain itu, Amiruddin berka-ta, kerajaan turut menganjurkan Majlis Konsultasi Bajet iaitu fo-rum utama kumpulan fokus se- perti pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan un-tuk mendapatkan maklum balas mereka bagi penyediaan belan-jawan itu.

Cadangan dan idea untuk Belanjawan 2020 boleh dihan-tarkan ke laman web khas; be-lanjawan2020.treasury.gov.my dan menggunakan tanda pagar #belanjawan2020 di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter mulai 9 Ogos hingga 11 September ini.

Belanjawan 2020 akan diben-tangkan pada 11 Oktober ini.

Sementara itu, Amirudin ber-harap penganjuran anugerah berkenaan dapat diteruskan ke

negeri lain sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada individu yang berjaya dalam bidang ma-sing-masing.

“Kita dapat lihat tadi bagaima-na personaliti ini sudah tentulah akan memberi satu semangat dan motivasi kepada generasi baha-ru untuk terus memberikan sum-bangan di dalam bidang ekonomi serta berjaya dalam bidang ma-sing-masing.

“Saya harap apa yang dijalan-kan ini akan diteruskan di negeri lain. Semoga hasrat pihak pengan-jur untuk memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada mereka yang lain dalam masya-rakat akan dapat tercapai,” katanya.

Anugerah julung kali diada-kan di Pulau Pinang anjuran The Leaders Online itu menampilkan 20 penerima anugerah yang terdiri daripada pelbagai kategori untuk mengiktiraf pencapaian tertinggi

Belanjawan 2020

Beri idea bersifat rakyat

individu dan sumbangan mere-ka terhadap ekonomi Malaysia khususnya, di negeri itu.

Antara penerima anugerah ada-lah Ketua Pegawai Eksekutif Perba-danan Bekalan Air Pulau Pinang, Datuk Jaseni Maidinsa, yang men-erima dua anugerah kategori Icon of The Year dan Industry Excellence In Public Service; Ketua Pegawai Eksekutif Berjayapak Sdn Bhd, Ooi Lay Pheng (Masterclass Woman Achiever of The Year) dan penga-sas Habib Jewels Sdn Bhd, Allah-yarham Datuk Habib Mohamed (Posthumous Award). – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui jawatankuasa bersama peringkat menteri yang ditubuhkan baru-ba-ru ini, meluluskan tiga pelaburan bernilai RM2.2 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata daripada tiga pelabur itu, dua adalah syarikat tempatan, manakala yang ketiga adalah syari-kat antarabangsa.

Bagaimanapun, menteri itu enggan memberikan butiran lan-jut mengenai pelaburan terbabit, menyatakan ia tidak adil kepada pelabur berkenaan.

“Saya percaya kita perlu meng-hormati pelabur, biar mereka men-gumumkan (butiran mengenainya) sendiri. Apa yang penting kami telah menubuhkan jawatankuasa bersama peringkat menteri yang dipengerusikan bersama oleh saya dan Datuk Darell Leiking yang membolehkan kami membuat keputusan dengan cepat.

“Sebelum ini, ia mungkin mengambil masa berbulan (untuk mendapat kelulusan), kini kami dapat membuat keputusan me-lalui mesyuarat bulanan,” katanya

kepada pemberita selepas Forum Ekonomi Nasional 2019 di sini, pada 29 Ogos lalu.

Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Antara-bangsa dan Industri baru-baru ini menubuhkan jawatankuasa ber-sama peringkat menteri untuk mempercepatkan proses mem-buat keputusan dan memudah-kan proses kelulusan di peringkat tertinggi, terutamanya apabila ber-kaitan pelaburan teknologi tinggi dan bernilai tinggi.

“Jawatankuasa yang di-pengerusikan bersama oleh Darrell dan saya menunjukkan kesunggu-han kerajaan dalam menarik pela-buran berkualiti tinggi yang akan menawarkan pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Pada separuh pertama 2019, Lembaga Pembangunan Pelabu-ran Malaysia meluluskan pelaburan asing untuk semua sektor bernilai RM49.5 bilion — meningkat 97.2 peratus daripada RM25.1 bilion dicatatkan dalam tempoh sama, pada tahun lalu.

Sementara itu, Guan Eng berka-

ta, tiada keperluan mewujudkan pasukan pengurusan krisis buat masa ini berikutan Majlis Tinda-kan Ekonomi Negara (NEAC) mam-pu menangani masalah ekonomi semasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan oleh Tan Sri Rafidah Aziz, anggota NEAC, yang menyatakan terdapat keperluan bagi kerajaan menubuh-kan pasukan pengurusan krisis un-tuk mengambil langkah awal bagi menangani dinamik luaran.

“Sudah tentu, jika terdapat krisis, kita akan melakukannya, tetapi buat masa ini kita mempunyai NEAC. Sudah tentu, kami akan memper-timbangkan pandangan tersebut, (tetapi) saya fikir kita juga perlu memahami bahawa ini (ketidak-tentuan ekonomi) semuanya luaran.

“Malaysia bukan satu-satunya terjejas, ia turut memberi kesan kepada negara-negara lain. Saya fikir kita tahu apa puncanya. Apa yang boleh kita lakukan ialah me- ngurangkan kesannya dan ber-harap terdapat resolusi mengenai perkara itu,” katanya. – BERNAMA

Jawatankuasa bersama lulus pelaburan RM2.2 bilion

SERDANG - Seramai 432,959 usa-hawan tempatan, termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan bekas banduan, sudah menerima manfaat pembiayaan perniagaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dengan nilai keseluruhan RM5.5 bilion, sejak pe-nubuhannya hingga Julai lepas.

Timbalan Menteri Pembangu-nan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (gambar), berka-ta daripada jumlah terbabit, TEKUN Nasional yang ditubuhkan pada 1998 sudah mengagihkan seban-yak RM6.3 juta kepada 565 usaha-wan OKU, dan RM494,500 kepada 34 usahawan yang merupakan bekas banduan.

“Bagi menyahut saranan kera-jaan yang sangat prihatin kepada keperluan golongan OKU, TEKUN Nasional memperuntukkan RM3 juta bagi pembiayaan kepada golongan OKU tahun ini dan sehi- ngga kini, RM348,000 disalurkan kepada 26 orang usahawan OKU.

“TEKUN Nasional turut men-gadakan program bersama Jabatan Penjara Malaysia dengan peruntu-kan RM2 juta pada tahun ini, bagi membantu golongan bekas ban-duan memulakan kehidupan ba-haru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran Pembiayaan TEKUN Nasional sempena Minggu Usaha-wan Nasional (MUN) 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, pada 1 September lalu.

Pada majlis terbabit, Mohd Hatta menyerahkan Surat Tawaran Pem-

Salur RM5.5 bilion biaya usahawan tempatan

biayaan TEKUN Nasional kepada 46 usahawan, termasuk tiga OKU dan seorang bekas banduan.

“Ini menunjukkan kerajaan me-lalui TEKUN Nasional sememangn-ya komited dalam membantu usahawan khususnya Melayu dan Bumiputera,” katanya.

MUN 2019 merupakan landasan penganjuran pelbagai program dan aktiviti berteraskan keusaha-wanan seperti Konvensyen Usaha-wan Wanita, Malaysia Kitchen yang membabitkan lebih 50 gerai jualan dan forum keusahawanan industri kreatif dan digital. – BERNAMA

Bagi menyahut saranan kerajaan yang sangat prihatin kepada keperluan golongan OKU, TEKUN Nasional memperuntukkan RM3 juta bagi pembiayaan kepada golongan OKU tahun ini

8Nasional

SelangorKini 5 - 11 September 2019

PUTRAJAYA - Yang di-Pertu-an Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berhijrah mem-bentuk sebuah negara yang maju dengan asas perpaduan dan ke-harmonian yang utuh bersempe-na dengan sambutan Maal Hijrah 1441H.

Seri Paduka bertitah penghijra-han negara ke tahap yang lebih tinggi akan boleh dicapai melalui pembentukan semangat toleran-si dan kerjasama rakyat berbilang kaum yang menjadi asas kukuh ke-pada perpaduan negara.

“Dalam kita berusaha melaku-kan hijrah kepada hidup berma-syarakat yang lebih toleransi serta disemai dengan bunga kasih sa-yang, janganlah pula kita men-gabaikan tuntutan agama dan hukum Allah,” titah Seri Padu-ka bersempena perhimpunan

PUTRAJAYA - Malaysia mahu menjadi model kepada seluruh dunia khususnya negara Islam dalam memartabatkan budaya keamanan dan kedamaian di se-balik pelbagai konflik serta seng-keta agama di dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yu-sof berkata, Malaysia ingin menun-jukkan masyarakatnya hidup dalam keadaan aman dan damai melalui dasar Rahmatan lil Alamin yang diperkenalkan kerajaan ber-dasarkan prinsip dan teras syariat Islam dalam sebuah negara berbi-lang kaum serta agama.

“Kerajaan mahu menjadikan prinsip ini sebagai dasar penting untuk memastikan tiada keben-cian atau permusuhan yang cuba disebarkan oleh pihak tertentu

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Wa-wasan Kemakmuran Ber- sama dan dasar-dasar yang dibentuk kerajaan adalah untuk merealisasikan Ma-laysia sebagai sebuah ne- gara yang maju, bermaruah dan merdeka.

Dalam perutusan Hari Kebangsaan 2019 sempe-na ulang tahun kemerdekaan ke-62, Dr Mahathir berkata, kerajaan sedang menumpukan usaha kepa-da pelaksanaan Wawasan Kemak-muran Bersama dengan matlamat menyediakan taraf hidup yang wa-jar kepada semua rakyat Malaysia dalam usaha memajukan negara.

“Ia sedang digerakkan dengan objektif menjadikan Malaysia le- bih cemerlang dan menjadi anta-ra paksi ekonomi penting di Asia,” katanya, di mana pada masa yang sama, usaha juga dipergiat untuk meningkat kuasa beli rakyat dan menghapus jurang pendapatan dan kekayaan antara kelas, kaum dan wilayah.

Katanya, wawasan itu adalah usaha untuk menjadikan Ma-laysia sebuah negara yang ter-us menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagi-han ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi sehing-ga mewujudkan rasa keharmoni-an dan kestabilan dalam kalangan

Titah Yang di-Pertuan Agong

Hijrah ke arah negara toleransiSambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di sini, pada 1 Sep-tember lalu.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan be-rangkat ke majlis berkenaan.

Turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Men-teri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Sultan Abdullah bertitah, ga-gasan idea ‘Rahmatan-Lil-Alamin’ yang diketengahkan juga boleh membawa konsep hidup berma-syarakat kepada tahap yang lebih tinggi, di mana konsep tersebut telah dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bersi-fat sejagat dan rahmat untuk selu-ruh alam.

Titah Seri Paduka, semenjak negara mencapai kemerdekaan 62 tahun yang lalu, Malaysia telah melalui pelbagai peristiwa peng-

hijrahan yang amat menakjubkan.“Negara telah melalui pemban-

gunan fizikal yang pesat, pening-katan ekonomi yang mampan dan

juga kematangan landskap poli-tik,” titah Sultan Abdullah, di mana pada hemat Seri Paduka, masih terdapat banyak ruang lagi untuk

melakukan hijrah bersama-sama.Titah Seri Paduka, pengukuhan

etika dan nilai-nilai murni dalam pentadbiran serta pengurusan adalah satu aspek yang wajar di-laksanakan.

Sultan Abdullah turut menegas-kan bahawa pembentukan sebuah negara maju tanpa budaya integ-riti yang tinggi adalah merupakan penghijrahan yang tempang.

Menyokong usaha meletakkan tadbir urus negara berasaskan ke-pada disiplin ilmu Maqasid Syari-ah, Seri Paduka bertitah, melalui pendekatan itu, penghijrahan ter-tinggi yang boleh dicapai adalah dengan memartabatkan kebaikan dan menolak keburukan dalam se-tiap jiwa rakyat di negara ini.

“Sejarah sudah membuktikan bahawa bangsa dan masyarakat yang berjaya, sentiasa melakukan perubahan dan penghijrahan,” ti-tah Sultan Abdullah. – BERNAMA

Malaysia model keamanan seluruh dunia

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mus-tafa Billah Shah (dua, kiri) berkenan menyampaikan Anugerah To-koh Maal Hijrah Antarabangsa kepada Shaykh Abdallah Shaykh Al-Mahfoudh. Foto BERNAMA

yang akan meruntuhkan segala yang telah kita bina untuk Ma-laysia yang aman sentosa,” kata- nya selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pada 1 Septem-ber lalu.

Mujahid ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, umat Is-lam di Malaysia perlu mengambil peluang ketibaan awal Muharram untuk membuka lembaran baharu dalam usaha meneruskan agenda Malaysia Baharu.

“Sesungguhnya tunjang ke-sepaduan yang utuh dalam ma-syarakat mampu menjamin kesejahteraan dan keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Jelas beliau, tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini ia-

itu ‘Negara Rahmah Ummah Se-jahtera’ dilihat begitu signifikan kerana Islam itu sendiri sifatnya rahmat.

“Sudah tentu dalam usaha kita membina negara dengan kepel-bagaian bangsa dan agama di Malaysia ini pendekatan yang har-moni dan aman perlu diimplemen-tasi,” katanya.

Jelas Mujahid, keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Musta-fa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Ami-nah Maimunah Iskandariah ke ma-jlis itu menzahirkan keprihatinan Seri Paduka berdua atas usaha ke-rajaan dalam memartabatkan syiar Islam di bumi Malaysia.

Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan kali ini di-hadiri lebih 3,000 orang.

Pada majlis berkenaan, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Prof Datuk Seri Ir Zaini Ujang di-pilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1441H/2019M atas sumbangan-nya kepada kelestarian alam sekitar. Selain itu, Presiden Fo-rum Memperkasakan Keaman-an Emiriah Arab Bersatu, Shaykh Abdallah Shaykh Al-Mahfoudh diumum penerima anugerah To-koh Antarabangsa Maal Hijrah 1441H/2019M atas perjuangan-nya untuk melihat dunia yang le- bih aman. – BERNAMA

Kemakmuran Bersama tunjang kemajuan

rakyat menjelang 2030.Dr Mahathir turut menekankan

bahawa pengenalan wawasan dan dasar-dasar tidak akan tercapai ke-cuali sistem pentadbiran bersama mendokong dan menyokong usa-ha-usaha itu.

Beliau berkata, salah satu ben-cana paling besar kepada ne- gara ialah gejala rasuah dan ia tu-rut membabitkan perkhidmatan awam.

“Untuk memastikan dasar-dasar kerajaan tidak disabotaj oleh mereka yang menyalahguna kuasa dan menerima rasuah, maka kerajaan meletakkan usaha mem-banteras rasuah sebagai salah satu objektif utama,” katanya.

Sejajar dengan tema Hari Ke-bangsaan tahun ini Sayangi Malay-siaku: Malaysia Bersih, Dr Mahathir berkata, harapan adalah untuk membersih negara daripada ama-lan rasuah yang mampu meng-gagalkan usaha untuk memberi kemakmuran bersama kepada semua rakyat. – BERNAMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 5 - 11 September 2019

KUALA LUMPUR - Polis seka-li lagi mengingatkan orang ra-mai supaya tidak memainkan isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dalam masyarakat ma-jmuk di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Je- nayah Bukit Aman, Datuk Hu- zir Mohamed, berkata polis tidak akan teragak-agak untuk men-gambil tindakan mengikut perun-tukan undang-undang terhadap pihak yang cuba bertindak dalam sebarang cara yang boleh menje-jaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Beberapa kes membabitkan isu sensitif kini dalam siasatan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan (KK), iaitu mengelu-arkan kenyataan khianat awam dengan niat hendak mengapi-kan mana-mana golongan atau

Polis ambil tindakan pihak main isu kaum, agama

Datuk Huzir Mohamed

kaum melakukan sesuatu kesala-han terhadap mana-mana golo ngan atau kaum lain. Siasatan juga membabitkan Seksyen 504 KK iai-tu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membang-kitkan pecah keamanan.

Huzir berkata, siasatan membabitkan Seksyen 504 KK itu membabitkan kes penceramah be-bas, Dr Zakir Naik yang sebelum ini dipanggil untuk memberi ke- terangan dan polis masih menung-gu keputusan serta arahan lanjut daripada pejabat peguam negara.

“Kes membabitkan pencera-mah bebas itu ialah dakwaannya berhubung bangsa India di ne- gara ini tidak menyokong Perdana Menteri dan meminta kaum Cina untuk keluar dari Malaysia.

“Selain itu, siasatan lima indi-vidu yang membuat kenyataan

membabitkan pemilik akaun Face-book, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang mempertikaikan kes in-siden kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Syed Muhammad Danial Syed Shakir pada 10 Ogos lepas dan ahli perniagaan, Koon Yew Yin mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Angkatan Ten-tera Malaysia (ATM).

“Polis sudah merakam percaka-pan kedua-dua individu ini dan masih menunggu laporan anali-sis digital ke atas barang kes dari-pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998…kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara untuk mendapatkan na-sihat dan arahan lanjut,” katanya. – BERNAMA

menyebabkan keresahan dan ke-marahan orang ramai terhadap Za-kir turut disiasat dan kes dirujuk kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya,” ka--- tanya dalam kenyataan di sini, pada 2 September lalu.

Bagi Seksyen 505(c) KK, dua kes sedang dalam siasatan iaitu

Polis akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang terhadap pihak yang cuba bertindak dalam sebarang cara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.DATUK HUZIR MOHAMEDPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

PHNOM PENH - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada keperluan untuk melanjutkan had umur bersara mandatori dari-pada 60 kepada 65 tahun. Beliau setuju dengan pendapat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengekalkan had umur bersara pada 60 tahun agar ia tidak menyekat peluang pe-kerjaan generasi muda.

“Jangan kata Perdana Menteri

berumur 94 tahun tidak bersara pun. Saya bukan tidak bersara, tetapi dipanggil semula untuk bekerja.

“Kalau kita tetapkan pegawai bersara umur 65 tahun, “dead-wood” nanti pun duduk atas keru-si itu dan orang lain tidak boleh duduk (naik pangkat).

“Bagi saya, eloklah sampai 60 tahun,” katanya pada satu sidang media sempena lawatan rasmi tiga

Buka peluang generasi muda

Tidak perlu lanjut usia bersara

Prof Dr Siti Zainon Sasterawan Negara ke-14PUTRAJAYA - Penulis dan pengka-ji budaya terkenal, Prof Dr Siti Zai- non Ismail, dipilih sebagai pener-ima Anugerah Sastera Negara ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara ke-14.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Siti Zainon dipilih berdasarkan sumbangannya ter-hadap perkembangan sastera dan impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatu-an sastera, impak di peringkat ke-bangsaan dan antarabangsa serta penghargaan dan pengiktirafan yang telah diterimanya.

“Kita juga tidak mengenepikan sasterawan terdahulu yang mana mereka juga terlibat memberikan sumbang saran dan nasihat kepa-da panel pemilihan,” katanya pada sidang media di sini, pada 3 Sep-tember lalu.

Maszlee berkata, majlis pe- ngurniaan Anugerah Sastera Ne- gara ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Hotel Istana, Kuala

Lumpur pada 21 September ini.Siti Zainon akan menerima

Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan pener-bitan sebanyak 50,000 naskhah buku atau nilai harga buku den-gan jumlah maksimum RM500,000 untuk dibeli kerajaan dan disebar-kan dengan luasnya ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Maszlee berkata, Siti Zainon akan turut diberikan kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospi-tal kerajaan, kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera dan penerbitan karya serta pen-terjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing.

Buat pertama kalinya, Saster-awan Negara ke-14 juga akan menerima elaun sara hidup RM5,000 sebulan.

Maszlee berkata, anugerah itu diberikan kerajaan Malaysia kepa-da sasterawan yang menulis dalam Bahasa Melayu dan telah mem-berikan sumbangan cemerlang

secara berterusan dalam perkem-bangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pe-mikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi. Menurut Maszlee, sasterawan negara perlu diberi lebih perhatian dan patut dicon-tohi dalam perkembangan bahasa Melayu dan sastera kebangsaan.

“Di peringkat universiti kita membawa sasterawan melalui program ‘Sasterawan di Fakulti’. Be-gitu juga di peringkat sekolah, kita sedang meneliti beberapa karya sajak dan puisi untuk dimasukkan dalam silibus Bahasa Melayu untuk diperkenalkan kepada pelajar se-jak darjah satu,” katanya.

Siti Zainon, 69, anak kelahi-ran Gombak, Selangor yang telah menulis 25 kumpulan puisi, kum-pulan cerpen (10), antologi cerpen (tujuh), antologi puisi (lima) dan novel (tiga).

Beliau turut menghasilkan 18 buku kajian ilmiah, 21 esei kaji-an dalam buku (bab) dan 21 esei dalam monograf, jurnal, dokumen-tasi dan majalah-katalog.

Siti Zainon pernah meneri-ma pelbagai pengiktirafan ter-masuk Southeast Asian (SEA) Writer Award 1989, Anugerah Buda- yawan Selangor, Anugerah Tokoh Seni Budaya, memenangi Hadiah

harinya ke Kemboja, pada 3 Sep-tember lalu.

Dr Mahathir berkata, terdapat negara yang tiada had umur ber-sara dan mereka boleh kerja sampai bila-bila tetapi ia akan menyekat peluang generasi muda.

“Zaman saya dulu, kita melanjut-kan had usia bersara dari 55 kepa-da 56 tahun sebelum ia dilanjutkan sehingga 60 tahun oleh kerajaan selepas saya,” katanya.

Penulis wanita tanah air Prof Dr Siti Zainon Ismail dipilih sebagai Sasterawan Negara ke-14. Pengurniaan Anugerah Sasterawan Negara ke-14 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 21 September ini di Kuala Lumpur. – foto BERNAMA

Kongres Kesatuan Sekerja Ma-laysia (MTUC) mencadangkan agar had usia bersara dilanjutkan ke-pada 65 tahun seperti di negara-negara maju, termasuk Singapura. Semalam, Syed Saddiq memban-tah cadangan itu berkata, kera-jaan harus memberi fokus untuk menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada generasi muda dan bukan menyekat potensi me- reka. – BERNAMA

Sastera Perdana Malaysia seba- nyak enam kali, Penghargaan Seni Seoul Country Club, Korea dan A- nugerah Profesor Luar Biasa Uni-versitas Jabal Ghafur Aceh, Indo-nesia. – BERNAMA

10Global

SelangorKini 5 - 11 September 2019

PHNOM PENH - Perdana Menteri, Tun Dr Mahahtir Mohamad me-nyelar beberapa kuasa besar du-nia kerana mengenakan sekatan terhadap negara-negara kecil di rantau ini.

Beliau berkata, sekatan itu bu-kan hanya menyakiti negara ter- babit malahan negara lain juga tanpa sebarang sebab.

“Kita tiada perbalahan dengan negara ini tetapi kita berhenti menjalankan perniagaan dengan negara berkenaan kerana sekatan itu. Ini sangat tidak adil.

“Sebagai negara kecil, kita tidak boleh melakukan sekatan terha-dap sesiapa namun kuasa besar-lah yang mengenakan sekatan dan ini menyekat kebebasan negara-negara kecil.

“Walaupun mereka terus ber-cakap tentang hak asasi manusia, mereka menyekat kebebasan kita untuk berdagang dengan rakan niaga kita sendiri,” katanya pada sidang akhbar bersama di Pejabat Perdana Menteri, Istana Keaman-an di sini, pada 3 September lalu.

Dr Mahathir berkata, beliau akan membawa isu ini ke Perhim-punan Agung Pertubuhan Bangsa-

PHNOM PENH - ASEAN kekal se-bagai kumpulan serantau yang relevan di dunia dan perlu mem-perkukuh kerjasama dalam meng-hadapi pelbagai cabaran dan pengaruh kuasa-kuasa besar.

Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad berkata, banyak pi-hak mungkin mendakwa ASEAN hari ini tidak seaktif dahulu, teta-pi mereka tidak boleh nafikan hakikat bahawa blok ekonomi 10 negara anggota itu adalah antara segelintir kumpulan serantau yang telah dapat meneruskan kelang-sungannya sehingga kini.

“Jika satu daripada kita (neg-ara-negara anggota ASEAN) me- libatkan diri dalam rundingan

YANGON - Myanmar mempela-wa Malaysia meneroka potensi peluang perniagaan di negara itu dalam pelbagai sektor khususnya industri asas tani, infrastruktur dan pembuatan.

Timbalan Ketua Pengarah Di-rektorat Pelaburan dan Pentadbi-ran Syarikat (DICA), Tin Aye Han, berkata memandangkan keba- nyakan syarikat di Malaysia terli-bat dalam sektor pembuatan di negara itu, beliau meminta syari-kat-syarikat berkenaan untuk turut meneroka sektor lain.

“Bagi pelaburan, Malaysia bera-da pada kedudukan kelapan, na-mun kebanyakannya dalam sektor pembuatan,” katanya kepada Ber-nama News Channel selepas beru-cap pada jamuan malam (Peluang Pelaburan di Myanmar) bersem-pena Seminar ‘Malaysia-Myanmar Connect 2019’ (MYC 2019) di sini, pada 29 Ogos lalu.

Program tiga hari bermula 28 Ogos itu dianjurkan Dewan Perni-agaan Malaysia-Myanmar dengan kerjasasama Kedutaan Malaysia di Myanmar dan Perbadanan Pem-bangunan Perdagangan Luar Ma-laysia (MATRADE).

Delegasi MYC2019 dijadual melawat Zon Ekonomi Khas Thila-wa, mengadakan sesi perkongsian ilmu dengan persatuan-persatuan di Myanmar, menghadiri taklimat

Dr Mahathir kritik sekatan kuasa besar

Sakiti negara kecil tanpa sebab

Bangsa Bersatu (UNGA) yang akan diadakan pada 17 hingga 30 Sep-tember ini.

“Ini merupakan platform ber-baik bagi kita untuk menyuarakan isu ini,”katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir yang se-dang dalam rangka lawatan ras-mi tiga hari ke Kemboja bermula 2 September, mengadakan perbin-cangan dua hala dengan rakan se-jawatannya, Hun Sen.

Dr Mahathir berkata, Malaysia

dan Kemboja bersetuju agar lau-tan di rantau ini harus bebas untuk pelayaran tanpa sekatan.

“Sekatan akan hanya men-jejaskan pembangunan negara yang mempunyai sempadan di laut,”katanya.

Mengenai penyertaan Timor Leste dalam ASEAN, Dr Mahathir berkata “kita akan cuba memasti-kan Timor Leste menjadi salah satu negara anggota ASEAN dalam me-syuarat pertubuhan itu yang akan

datang.“Timor Leste telah memohon

untuk menyertai ASEAN sejak seki-an lama dan ia sepatutnya menjadi ahli ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Hun Sen berka-ta, Malaysia dan Kemboja komited untuk menyegerakan kesepakatan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau dalam ta-hun ini kerana ia adalah penting untuk integrasi dan pertumbuhan ekonomi serantau.

Beliau berkata, Malaysia dan Kemboja komited untuk terus meningkatkan dan mengukuh-kan kerjasama dalam rangka kerja dua hala dan pelbagai hala untuk memenuhi kepentingan rakyat kedua-dua negara demi keaman-an, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini dan dunia.

“Kita mengakui keperluan un-tuk menggalakkan latihan dan perkongsian maklumat dalam bi-dang keselamatan dan pertahan-an negara dan mengalu-alukan perbincangan antara kedua-dua kementerian pertahanan dalam mempromosikan kerjasama ini.

“Kita menggalakkan institusi yang relevan di kedua-dua nega-

ra untuk mempercepat cadangan dalam memorandum persefaha-man mengenai kerjasama dalam memerangi pemerdagangan orang,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir dan Hun Sen menyaksikan upa-cara menandatangani Perjanjian Pengelakan Percukaian Dua Kali (DTA) dan Memorandum Perse-fahaman mengenai kerjasama dalam bidang Pelancongan.

Perjanjian dan MoU itu ditan-datangani oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Ekonomi dan Kewangan Kemboja, Aun Pornmoniroth dan Menteri Pelancongan Kembo-ja, Dr Thong Khon. Perdagangan Malaysia-Kemboja pada tahun lepas berjumlah AS$558 juta (RM2.35 bilion) manakala enam bulan pertama tahun ini, nilai itu mencecah AS$422.6 juta (RM1.78 bilion), peningkatan sebanyak 39.2 peratus berbanding tempoh yang sama lepas tahun. Pada masa ini, terdapat kira-kira 400 syarikat Ma-laysia yang beroperasi di Kemboja termasuk dalam sektor perbankan, perhotelan, telekomunikasi dan petroleum. - BERNAMA

ASEAN perlu diperkukuh

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan isteri Bun Rany menyam-but mesra Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Istana Damai Kemboja sempena lawatan kerja tiga hari ke negara itu. - Foto BERNAMA

antarabangsa, ini tidak memba-wa banyak kesan dan pengaruh dalam hujahan.

“Oleh itu adalah lebih baik kita adakan perbincangan sebagai ASEAN dan bergerak sebagai satu kumpulan mewakili 10 ne- gara anggota. Bagaimanapun, jika anda lihat pada banyak rantau di dunia, anda akan dapati ASEAN adalah satu di antara segelintir rantau damai dan stabil di dunia kerana kita bekerjasama.

“ASEAN masih tetap relevan dan saya harap ia terus memperkukuh dirinya menerusi kerjasama lebih luas dalam kalangan negara-ne- gara anggota,” kata beliau.“- BERNAMA

Myanmar pelawa pelabur Malaysia

Pemandangan Sule Pagoda (kiri) dan Dewan Bandaraya Yangon (kanan) yang dirakamkan ketika hujan di Yangon, Myanmar, pada 18 Julai 2019. - Foto AFP

berhubung sistem ekonomi ne- gara, selain terlibat dalam sesi ja- ringan dengan syarikat tempatan.

Aye Han berkata, ketika ini Myanmar memberikan keutamaan kepada sektor asas tani dan pem-buatan, manakala pembangunan infrastruktur disifatkan sebagai satu daripada sektor yang mem-punyai masa depan cerah.

Sehubungan itu, beliau berka-ta, syarikat-syarikat Malaysia di-pelawa meneroka sektor-sektor berkenaan.

Aye Han berkata Myanmar menawarkan pelbagai faedah ke-pada pelabur termasuk pelepasan cukai. Beliau turut memberi jam-inan bahawa pelabur akan dila- yan secara adil daripada kerajaan Myanmar dan menerima layanan

sama seperti syarikat-syarikat tem-patan.

“Pada masa ini kami berusaha memudahkan perniagaan dan mempunyai prosedur operasi standard yang lebih telus untuk menjalankan perniagaan,” ka- tanya.

Aye Han berkata, buat masa ini tiada syarikat Malaysia yang menceburkan diri dalam industri asas tani di Myanmar.

Myanmar adalah satu daripada tiga ekonomi utama yang berkem-bang di ASEAN dengan pertumbu-han Keluaran Dalam Negara Kasar 6.6 peratus, manakala populasi se-ramai 54 juta penduduk turut me-nyumbang kepada pasaran lebih luas dan meningkat bagi barangan pengguna.– BERNAMA

Dr Mahathir Mohamad bersama rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen (kanan) semasa sidang media di Istana Keamanan, Phnom Penh pada 3 September 2019. - Foto AFP

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 5 - 11 September 2019

1 Muharam adalah tarikh peringatan peristiwa hijrah baginda Nabi Muhammad SAW bersama sahabat dari Makkah ke Madinah yang membuka sinar baharu kepada dakwah dan perkembangan Islam.

Jerit perih yang dilalui golongan muhajirin dari kota Makkah yang bertabah hati dan menyabung nyawa dalam siri perpindahan atau hijrah ketika di bawah penindasan musyrik pimpinan Abu Jahal memang menginsafkan.

Pengorbanan yang bukan kepalang dalam meninggalkan keselesaan anak isteri, harta juga tanah air demi matlamat perjuangan yang lebih besar wajar diambil iktibar buat umat

saat ini.Kita baharu sahaja menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-62. Seperti penghijrahan ke Madinah bagi mencari penghidupan baharu yang lebih baik, begitulah juga yang diusaha dan diperjuangkan oleh pendahulu kita dengan darah, keringat serta air mata ketika menentang Portugis, Jepun juga Inggeris beberapa abad yang lampau. Semoga masyarakat kita terus bersatu hati, bermuafakat dan sanggup berkorban dalam mempertahankan kerukunan, kestabilan serta keharmonian negara Malaysia yang kita cintai ini.

Perutusan sempena sambutanMaal Hijrah 1441

Maal Hijrah perjuangan besar penuh iktibar

Album Klik!13SelangorKini 5 - 11 September 201912 SelangorKini 5 - 11 September 2019

Menyertai program Ambang Kemerdekaan 2019 di KRT Lengkok Golf SD 7 Kelana JayaADN SERI SETIA

Halimey Abu Bakar

Menyantuni penduduk pada program edaran Jalur Gemilang di 25 kawasan Subang Jaya ADN SUBANG JAYA

Michelle Ng Mei Sze

Menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Quran Hour 2019 di Anjung Tasik Biru Sri KundangADN KUANG

Sallehudin Amiruddin

Menyerahkan Jalur Gemilang kepada peniaga sempena Jelajah Merdeka di Pantai MoribADN MORIB

Hasnol Baharuddin

Bersama penduduk Taman Teluk Merbau meraikan Hari Kemerdekaan ADN TANJUNG SEPAT

Borhan Aman Shah

Menghadiri Sukaneka Gabungan Tabika Kemas DUN Jeram Zon C di Masjid Puncak Alam ADN JERAM

Shaid Rosli

14ADN

SelangorKini 5 - 11 September 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

AMPANG - Isu kelewatan membina tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choon Hwa di Lembah Maju, di sini selesai selepas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberi kelulusan untuk pembi-naan bangunan terbabit.

Ahli Dewan Negeri Teratai, Bryan Lai Wai Chong berkata, dengan keputusan itu, pi-haknya menjangkakan pembinaan SJKC Choon Hwa akan dibina dalam masa ter-dekat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Sebelum ini, SJKC Choon Hwa terletak di Batu 18, Hulu Langat tetapi kini dipin-dahkan ke Lembah Jaya kerana berdepan dengan beberapa masalah.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, kita berusaha menyelesaikan masalah berkaitan pembinaan sekolah dan akhirnya MPAJ ber-setuju memberikan kelulusan untuk mem-bina sekolah itu,” katanya.

SELAYANG - Kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku sekitar Taman Templer Rawang menemui jalan penyelesaian apabila Jabatan Ker-ja Raya (JKR) Gombak mewartakan larangan kenderaan berat pada waktu puncak, berkuatkuasa 14 Ogos lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Ta-man Templer, Mohd Sany Ham-zan, berkata ia membabitkan jarak sejauh lapan kilometer ber-mula dari Caltex Selayang Pan-dang sehingga ke Rawang Bypass dari jam 6.30 hingga 9.30 pagi dan 3.30 petang hingga 7 malam, pada hari bekerja.

Katanya, larangan berkenaan membabitkan kenderaan berat dengan muatan lima tan ke atas di lorong dua hala yang dikenal pasti menjadi antara punca gang-guan trafik, di kawasan terbabit.

Isu kelewatan bina tapak sekolah selesai

SJKC Choon Hwa bakal dibina di Lembah Maju

Bryan Lai Wai Chong (kanan) dan Ng Sze Han bersama pihak sekolah melawat tapak SJKC Choon Hwa, Lembah Maju, pada 27 Ogos lalu

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pengumuman Kelulusan Ke-benaran Merancang oleh MPAJ dan mel-awat tapak SJKC Choon Hwa, di Lembah Maju.

Turut hadir menyaksikan penyerahan Ke-lulusan Kebenaran Merancang ialah EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Sementara itu, Bryan berkata, sejurus mendapat Kelulusan Kebenaran Meran-cang, beliau difahamkan pihak sekolah akan mula menghantar pelan infrastruktur kepa-da MPAJ untuk tindakan selanjutnya.

“Jika tiada bantahan, sekolah itu akan mula dibina tidak lama lagi,” katanya.

SJKC Choon Hwa bakal dibina di tapak berkeluasan 1.215 hektar dengan dileng-kapi blok bilik darjah, kantin dan dewan.

SJKC Choon Hwa yang sebelum ini ter-letak di Batu 18, Hulu Langat, dipindahkan ke lokasi baharu kerana kekurangan murid.

Larangan kenderaan berat atasi kesesakan

“Larangan ini adalah me-kanisme jangka pendek yang di-rasakan sesuai bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.

“Di kawasan itu, kenderaan be-rat menjadi perlahan ketika me-lalui jalan berbukit dan jalan di bawah akan berlaku kesesakan, manakala kenderaan lain berge- rak ke arah yang sangat perlahan,” katanya.

Sany berkata, sebelum ini pi-haknya sering membawa isu berke-naan ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk berbin-cang dan mencari pendekatan terbaik bagi mengatasinya.

“Di peringkat Persekutuan, Ahli Parlimen Selayang, William Leong, sudah banyak kali menyebut soal ini untuk kita memohon perunt- ukan daripada kerajaan bagi tu-juan melebarkan jalan dari Selay-

YB KitaAhli Dewan Negeri N42 Meru

nNama: Mohd Fakhrulrazi bin Mohd Mokhtar

nTarikh Lahir: 3 September 1978

nPendidikan: BA Bahasa Arab Universiti Putra Malaysia (UPM) nBilangan keluarga: Anak kedua daripada enam adik beradik

nHobi: Memancing

nFalsafah Hidup: Fokus dan Amanah

nPekerjaan sebelum menjadi ADN: Pendakwah Bebas/Ahli Perniagaan nAlamat pejabat ADN: No. 1 Jalan Nenas Sarawak KU /10, Taman Saujana, Persiaran Hamzah Alang, Meru 41050 Klang

nNombor Telefon ADN: 03-33920863

nE-mel: [email protected]

nFacebook: Mohd Fakhrulrazi Mokhtar

ang hingga ke Rawang.“Malah, saya dan ADN Rawang,

Chua Wei Kiat, sering membawa persoalan berkaitan pelebaran jalan di Persidangan Dewan Ne- geri Selangor (DNS) selain disusu-li lawatan EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim untuk melihat ke-adaan jalan, baru-baru ini.

“Kita sangat berharap Kerajaan Persekutuan dan JKR dapat melu-luskan segera peruntukan untuk kerja melebarkan jalan ini dari-pada dua kepada tiga lorong,” ka- tanya.

Difahamkan, JKR Gombak akan memasang papan tanda peri- ngatan dalam tempoh terdekat dan mengedarkan pemakluman penguatkuasaan larangan kepada agensi berkaitan.

N42 MERU

15SelangorKini 5 - 11 September 2019

Gaya HidupInformasiTerkinidi jari anda

Gabung konsep masa depan

Sentuhan unik, klasik arca dua roda ‘Bone-X’

Oleh ZAREEF MUZAMMIL

MELIHAT arca dua roda ber-kerangka buatan khas yang di-kimpal tanpa menggunakan pengimpal robotik Tungsten Innert Gas (TIG), pasti tidak

terjangkau dek akal bagaimana karya East-ern Bobber dapat dihasilkan sebegitu kreatif dan mantap.

Betapa tidak, sekali pandang sahaja mung-kin ramai yang sukar meneka mana bahagian depan dan bahagian belakang motosikal hasil sentuhan inovatif Omar@Maharani Jumiran, 49, yang dinamakan ‘Bone-X’ ini.

Sesuai dengan reka bentuknya yang tampak bagaikan tulang kerangka, motosikal kustom menggabungkan konsep masa depan dan kla-sik ini mampu memukau mata memandang kerana hampir 90 peratus dibuat mengguna- kan tangan, manakala selebihnya membabit-kan bahagian enjin serta bahagian kecil lain seperti tayar juga pam brek.

Bekas pengimpal besi dan seniman besi tempa itu berkata, dia mengambil masa ham-pir setahun setengah untuk menyiapkan Bone-X sejak memulakan projek berkenaan sekitar pertengahan 2017 dengan pelaburan RM80,000. Katanya, kepakaran sebagai tukang kimpal besi mendorongnya melengkapkan pembuatan motosikal itu bagi mempersiap-kan diri pada pertandingan MotoNation 2017, seterusnya menempah slot ke Kejohanan Du-nia Motosikal Binaan Khas AMD di Cologne, Jerman, tahun lalu.

“Bukan tugas mudah untuk menghasilkan-nya, tetapi saya menterjemahkan teknik dan aura tersendiri dalam meningkatkan kualiti kejuruteraan serta melengkapkan proses pem-buatan pada motosikal ini.

“Sejujurnya, saya tidak menitikberatkan aspek grafik, jauh sekali mengubah suai mu-dah dengan menggantikan beberapa bahagian motosikal, namun lebih menggemari ciptaan luar biasa yang belum pernah dilihat orang sebelum ini.

“Saya akui berdepan masalah kewangan un-tuk menghasilkan Bone-X memandangkan material pada motosikal ini sepenuhnya meng-gunakan besi mentah tanpa sebarang cam-puran besi terpakai. Ia sudah tentu menelan kos begitu tinggi,” katanya.

Spring, kolam kilat serlah keunikan

Anak jati kelahiran Klang itu berkata, dua pe-gas (spring) terletak di bahagian paling atas motosikal berkenaan berfungsi sebagai pe-nyerap hentakan menyerlahkan lagi keuni-kan pada Bone-X yang menyumbang kepada rupa seakan susuk.

Katanya, penyambung dan lengan ayun tegak ke atas digunakan bagi membolehkan hentakan daripada setiap roda kepada pegas berkenaan, manakala terdapat satu lagi le- ngan ayun untuk memegang tayar di baha-

ga 7 Oktober tahun lalu. Pembina veteran ini mengungguli kategori acara bebas, sekali gus membuktikan dirinya bukan calang-calang orang memandangkan pertandingan berprestij anjuran AMD Magazine itu menerima pen- yertaan 45 pembikin motosikal dari pelbagai negara yang memiliki kepakaran tersendiri.

“Motosikal ini berjaya melepasi pusingan permulaan seterusnya disenarai sebagai 10 fi-nalis. Waktu itu, juri membuat penilaian ber-dasarkan kreativiti, hasil pertukangan selain keaslian dan kekemasan diambil kira termasuk beberapa kriteria lain.

INFO

lOmar dalam proses pembikinan sebuah lagi motosikal dinamakan ‘ORCA’ yang kini sudah 80 peratus siap

lIa melambangkan cerita sebuah keluarga ikan paus yang pendendam dan akan ‘membunuh’ semua pesaing

lSama seperti Bone-X, ORCA berkonsepkan masa depan yang lebih maju dan menggunakan banyak aluminium serta teknologi.

lMotosikal ini direka untuk melayakkan Omar ke Kejohanan Dunia Motosikal Binaan Khas AMD 2020.

“Akhirnya, Bone-X mencuri perhatian juri kerana bentuk rim yang agak pelik dan tidak pernah dibuat lagi. Lagipun saya memang suka buat benda pelik dan hasilnya akan diperton-tonkan kepada dunia.

“Selain itu, pembina perlu menyertakan se-buah ‘Run Test Video’ bagi melayakkan diri untuk pertandingan ini,” katanya yang sudah menghasilkan 200 motosikal buatan sendiri setakat ini.

Katanya, dia memasang impian untuk me-nyertai kejohanan terulung itu sejak 30 ta-hun lalu, namun hasrat itu terpadam buat sementara waktu ekoran kekangan kewa- ngan dialaminya. Beliau berkata, dia sanggup menjual kedai pembuatan jeriji besi untuk dijadikan modal bagi mencari peluang me- nempa nama sebagai pereka khas motosikal di luar negara.

“Saya juga pernah bercadang untuk ke luar negara bagi menimba pengalaman selain men-cabar diri membuka bengkel di Amerika Syari-kat untuk menghasilkan motosikal sendiri, tetapi belum rezeki lagi kerana memerlukan modal yang banyak.

“Kekecewaan ini terubat selepas saya mendapat tempat di kejohanan ini atas ban-tuan sebuah syarikat yang berminat untuk me-nyokong pembuat motosikal, terutama anak Melayu ke pertandingan peringkat dunia.

“Ini yang saya nantikan selama ini kera-na jika mahu mengharapkan duit sendiri me-mang tidak mampu, jadi mereka (Kumpulan Syarikat Motonation) menanggung perjalan-an, hotel dan penghantaran motosikal ke Jer-man,” katanya.

gian bawah.“Ini adalah benda baharu dalam era per-

motoran, bahkan belum pernah ada lagi mo-tosikal memiliki sistem seperti ini berdasarkan kajian sejarah dan visual yang saya buat. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya antara indivi-du pertama mencipta lengan ayunan ini tanpa menggunakan mesin.

“Tetapi, banyak kali juga saya menukar pe-gas ini untuk mendapatkan kadar yang betul kerana tayar depan perlu berpusing kiri dan kanan,” katanya yang kini menetap di Bangi, Selangor.

Omar yang mula aktif berkecimpung dalam dunia pembikinan motosikal sejak 2009 berka-ta, tempat duduk disadur warna krom berkilat turut menonjolkan rekaan klasik motosikal terbabit.

“Bagaimanapun, proses membuat co- rak anyaman tikar di tempat duduk bukan senang kerana saya perlu memotong sendiri besi mengikut ukuran ditetapkan.

“Selepas dipotong, saya perlu menggosoknya untuk menghaluskan permukaan sebelum di-hantar ke kedai yang memiliki kepakaran me-nyalut krom pada besi,” katanya.

Bone-X tempa nama di Jerman

Sejarah dilakar buat bapa kepada empat anak ini apabila mahakarya teramat indah ciptaan-nya itu dinobatkan sebagai naib juara di Ke-johanan Dunia Motosikal Binaan Khas AMD 2018 di Jerman yang berlangsung, pada 3 hing-

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 5 - 11 September 2019

OLEH LOKMAN HAKIM

Sekujur tubuh berkot hitam terbujur kaku. Lopak merah membengkak di bawah kepalanya yang terlung-kup, membasahi karpet lantai. Deru

pendingin hawa konsisten. Seiring bunyi-nya dengan tangis seorang gadis teresak-esak berkebaya putih. Ada tompok darah pada kebaya. Kilas bayang wanita itu terli-hat pada kasut seorang lelaki yang masih memutarkan sigar di celah jari-jemari- nya yang panjang. Sesekali terketar-ketar, lalu disuakan pula sigar itu ke bibir. Dihir-up. Hembus. Asap tidak pekat. Tetapi me-nyeruak liar. Tangis esak masih kedengaran. Tidak mungkin berhenti mudah. Gadis itu, sesekali mengerling sekitar. Meja kaca pe-cah berderai. Gelas kaca terpisah gagang-nya. Kertas-kertas berhamburan. Fail-fail rabak tetulangnya. Tompok-tompok darah. Sebutir gigi. Kerusi terlungkup, remuk, ada calitan darah. Tubuh berkot hitam bukan satu tapi dua. Yang masih menghisap sigar. Yang sudah terbaring kaku. Yang meng-hisap sigar itu terketar-ketar. Sama jugalah dengan gadis itu, menggeletar. Mungkin seirama, tetapi siapa lagi yang lebih takut? Yang sudah baring itu, mungkin ada seke-lumit nafas. Maut belum datang. Tapi sia-palah tahu di mana maut itu?

Mungkin sudah bergayut di tombol pintu. Atau pada tag nama yang bergan-tung di leher. Atau sedang merasuk kar-pet, menghirup bau darah dari lopak yang membengkak. Maut, oh maut, suatu entiti penting. Menentukan nasib dua pasang

laki dan wanita itu sama ada terus meng-geletar atau menarik nafas lega. Nah, ada serpih-serpih porselin. Dibasahi darah. Si-gar masih berbaki separuh tapi sudah gu-gur ke lantai. Berasap sejenak sebelum padam. Kepul asap atau bau darah yang lebih kuat? Pintu terbuka sedikit ditahan sendal. Di luar itu cahaya mentari tegak di kepala. Memerah keluar keringat dari pori-pori. Mungkin juga memerah keluar kema-

nusiaan secara tidak sedar. Bunyi derap kaki dan perbualan

bertingkahan. Ada orang akan ma-suk ke pejabat. Pintu akan ditolak. Panik melanda. Gadis berkebaya ti-dak lagi menyeka air mata. Lelaki berkot hitam tidak lagi menghisap cerut. Mereka mahu menyelesaikan jasad di atas lantai. Tapi langkah ter-pempan. Pandangan mereka ber-taut pada kamera litar tertutup berhampiran. Landskap mereka be-rada itu dalam pemantauan. Kali ini kedua-duanya lalu terjelepuk di atas lantai. Tiada apa yang mampu di-lakukan.

Pintu ditolak. Kedengaran te-riakan. Ada yang melongo. Ada yang menjegilkan mata. Ada yang menangis. Lopak darah kian luas, persis kolam di bawah jasad. Masih tiada sesiapapun mahu merapati. Tapi ada yang mengeluarkan tele-fon bimbit. Ada yang bergegas menghilangkan diri. Tapi setelah beberapa ketika, kelibat bebera-pa orang pengawal keselamatan muncul. Gadis berkebaya putih di-datangi beberapa orang wanita lalu mereka berdakapan. Cerita si ga-dis berkebaya putih mengharukan. Pakaiannya juga sedikit carik. Lelaki berkot hitam pula masih tidak mele-raikan pandangan pada tubuh yang terkujur di atas lantai. Dada lelaki yang terbaring beralun. Masih ber-nafas. Dipalingkan tubuhnya. Wa-jahnya berlumuran darah.

Diperiksa nadinya. Diperiksa

anak matanya. Hanya pengsan. Bibir pe-cah. Darah meleleh dari kepala. Dari gusi. Dari dalam perut juga, mungkin. Lelaki berkot hitam meraup wajahnya. Lama-la-ma. Lalu terduduk di sofa berhampiran. Kakinya kelihatan lemah. Kot hitam ditang-galkan. Dicampak ke tepi sofa. Tali leher dilonggarkan. Ruas penumbuk yang me-lecet ditatap. Ada lekuk kesan gigi. Sedikit berdarah.

Soalan demi soalan bercempera. Siapa pelaku? Kenapa dia pengsan? Siapa kena cabul? Apa yang berlaku? Kenapa bertum-buk. Lelaki di atas sofa tidak peduli lagi. Matanya bengkak. Pipinya juga membiru. Tiada siapa dapat ceritakan apa yang jadi. Gadis berkebaya putih masih tidak stabil

emosi. Dibawa pergi ke ceruk belakang pejabat. Dipujuk.

Setelah beberapa ketika, siren berting-kahan. Ambulanskah itu? Kereta peron-da poliskah itu? Siapa peduli. Jururawat dan petugas kesihatan terlebih dahulu masuk ke pejabat. Disusuli pihak polis. Siasatan bermula. Masing-masing masih kaget. Yang terbaring di atas lantai diberi-kan rawatan. Lalu dipindahkan ke dalam strecer. Dibawa pergi. Pihak polis menyoal siasat setiap orang di situ. Lelaki berkot hi-tam tadi mencapai kembali kotnya. Dike-nakan semula. Polis dirapati. Ditadahkan tangannya minta digari.

Mata masing-masing mengerling pada lelaki berkot hitam. Dia menguntum se-nyum. Tiada siapa tahu kenapa dia se-nyum. Gadis berkebaya putih mungkin tahu, tetapi dalam keadaan ini, dia harus dirawat dan ditenangkan. Pihak polis akur terhadap situasi itu. Tetapi lelaki berkot hi-tam tidak digari. Hanya diiringi pihak po-lis, dibawa menuruni lif ke tingkat bawah.

Lopak darah di atas karpet terbiar. Mungkin ia bakal jadi bahan bukti pent-ing ke atas apa yang berlaku. Sementara itu, kamera litar tertutup bergerak-gerak. Teleng ke kiri dan ke kanan, merakam apa-apa yang patut. Telah begitu lama ia mer-akam pertelingkahan, skandal, rasuah dan majlis pelbagai sifat di ruang itu. Cukup masa nanti, ia akan memadamkan memo-rinya satu-persatu. Dan babak tragedi dan kejayaan kecil manusia akan berulangan. Dirakam. Dipadam. Dirakam dan dita-nyakan: Siapa yang lebih arif mengenai manusia urban jika bukan objek-objek pe-jabat?

Rakaman dihentikan. Memorinya tidak cukup. Sekurang-kurangnya, ia akan ter-perap di situ untuk suatu tempoh sebelum rakaman diteruskan dengan memadam-kan babak-babak tadi. Entah esok, siapa pula akan terbaring di atas lopak darahnya sendiri. Kilasan cahaya melintas. Mungkin malaikat, syaitan atau sekadar maut yang tidak menemui kematian selain manusiawi yang malap.

Tompok-tompok darah. Sebutir gigi. Kerusi terlungkup, remuk, ada calitan darah. Tubuh berkot hitam bukan satu tapi dua. Yang masih menghisap sigar. Yang sudah terbaring kaku. Yang menghisap sigar itu terketar-ketar. Sama jugalah dengan gadis itu, menggeletar. Mungkin seirama, tetapi siapa lagi yang lebih takut? Yang sudah baring itu, mungkin ada sekelumit nafas. Maut belum datang. Tapi siapalah tahu di mana maut itu?

Berpulang seorang pejuangBuat Pramoedya Ananta Teor, 81 Kematian tidak mematikanlangkah berani pejuangtajam pena dari penjaratajamnya menyeksaBuku dari Burubakti setia hidupmucinta negara melebihi segala. Hiduplah perjuangan itutak akan mati lagimeski kau telah pergibara api semangat bangsabangga marak menyalalantang memperjuangmembakar tiap jiwa. Berpulang seorang pejuangakan hidup ribuan pejuangkemerdekaan hati dan jiwakemerdekaan bangsa demi negara. Tubuhmu dipenjaratidak terkurung segala ideamenembusi jeriji jaring besimelepasi tajam kekejamancebisan helaian kertasterlepas dan bebasmembakar semangat rakyatdemi negara berdaulat. Ami MasraSubang Jaya

17SelangorKini 5 - 11 September 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Istana Bandar

Makam Sultan Abdul Samad

Muzium Insitu Jugra

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA Langat adalah daerah yang turut me- nyimpan warisan se-jarah Kesultanan Sela-ngor selepas Raja Lumu

diiktiraf sebagai pemerintah ne-geri itu, pada tahun 1743. Daerah itu mula menjadi kota pentadbiran Selangor selepas Sultan Sir Abdul Samad diangkat menjadi Sultan Selangor keempat, pada tahun 1857.

Sultan Sir Abdul Samad yang juga menantu kepada Sultan Mu-hammad membina kediaman di Kuala Langat menyebabkan Kua-la Selangor tidak lagi menjadi ibu kota Kerajaan Selangor yang men-jadi saksi pembukaan negeri itu, pada kurun ke-18.

Di bawah pemerintahan bagin-da, Selangor muncul sebagai kera-jaan dua ibu kota iaitu satu Diraja Langat (kemudiannya Jugra) dan pentadbiran Klang (kemudiannya Kuala Lumpur).

Pada tahun 1866 hingga 1873, Perang Saudara berlaku di Klang akibat percubaan saudagar terke-muka Singapura, W.H. Read dan Tan Kim Cheng untuk memungut cu- kai di jajahan Klang yang dikuasai Raja Abdullah.

Pada Ogos 1874, satu peristiwa rompakan di pantai laut Selangor menyebabkan Gabenor Andrew Clarke dari Negeri-Negeri Selat campur tangan dalam hal ehwal Selangor.

Sultan Selangor menandata-ngani satu persetujuan dan me-nyerahkan pengurusan Selangor kepada British. Kemudian, J.G Da-vidson dilantik menjadi Residen British pertama di Selangor un-

tuk mentadbir negeri dan menasihatkan sultan.

Pada Julai 1895, Sultan Sela- ngor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang menandatangani perse- tujuan dengan British yang me-nyebabkan pembentukan Ne-geri-Negeri Melayu Bersekutu.

Sultan Sir Abdul Samad mang-kat pada usia 93 tahun di Istana Jugra pada 6 Februari 1898 dan dimakamkan di Bukit Jugra, Kua-la Langat.

Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat

Muzium ini diwujudkan di Ba-ngunan Balai Polis Lama Jugra ber-tempat di kaki Bukit Jugra selepas dipulihara pada 2002 dan dibuka kepada orang ramai, pada tahun 2012. Nama in situ yang digunakan bermaksud tempat asal.

Mengikut sejarah, Balai Po-lis Lama Jugra ini dibina pada 1878 oleh Kapten Harry Charles Syers. Balai polis tertua di Sela- ngor ini dahulunya digunakan un- tuk mengawal keselamatan dan tempat tahanan bagi pesalah je-nayah.

Bahan binaan yang terdiri dari-pada batu granit yang dipotong berbentuk empat segi dengan ke-luasan hampir 20,000 kaki persegi (1,858.061 meter persegi). Setinggi dua tingkat, ia digunakan sehing-ga tahun 1882 sebelum pentad-biran Selangor dipindahkan ke Klang.

Muzium ini mempunyai tiga balai pameran yang memapar-kan pelbagai sejarah berhubung daerah Kuala Langat, sejarah pe- merintahan Kesultanan Selangor di sini serta hasil kerja ekskavasi

di kawasan sekitarnya.Bangunan ini juga su-

dah diwartakan sebagai tapak tanah bersejarah oleh Jabatan Wa- risan Negera pada 2002 bagi memelihara dan melindungi ni-lai sejarah serta warisan dimi- liki turut mempamerkan bebe-rapa peninggalan sejarah seperti kenderaan perisai polis.

Istana Bandar, Kampung Bandar

Istana yang turut dikenali se-bagai Istana 40 bilik ini adalah tempat bersemayam Sultan Sela-ngor kelima iaitu Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah selama 33 tahun. Baginda adalah putera ke-pada Almarhum Raja Muda Musa yang memerintah Selangor dari tahun 1898 hingga 1938.

Sebanyak 40 bilik yang ter-dapat di istana ini adalah kerana Sultan Alaeddin mempunyai 40 anak dan ia dipercayai lebih ber-dasarkan kisah orang tempatan.

Terletak di Kampung Bandar,

KualaSelangor

HuluLangat

Klang Shah Alam

Kuala Langat, istana dua tingkat ini dibina di atas tanah seluas 5.245 hektar pada penghujung abad ke-19 dan siap sekitar tahun 1905.

Menjadi mercu tanda pentad-biran diraja selepas Jugra, istana ini mempunyai keunikan tersen-diri kerana terdapat 13 bentuk ke-senian berbeza yang boleh dilihat di jendela dan struktur bangu-nannya.

Di sini juga turut dipamerkan jata pertama Selangor di dinding

tingkat dua istana. Istana ini ter-buka kepada kanak-kanak dan ter-dapat tulisan jawi bertanda 'Jalan Kecelaan' yang dipercayai digu-nakan orang dahulu untuk men-curi makanan dari dapur istana.

Beranda di tingkat dua Istana Bandar yang difahamkan men-jadi tempat istirehat sultan untuk melihat persembahan pada hari keramaian turut memperlihatkan pemandangan Masjid Diraja Sul-tan Alae'ddin Sulaiman Shah.

Warisan Kesultanan Sultan Sir Abdul Samad

di Langat

18PBT

SelangorKini 5 - 11 September 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SERDANG - Majlis Perbandaran Su-bang Jaya (MPSJ) merobohkan pre-mis perniagaan haram yang disewa kepada warga asing sejak dua tahun lalu, di Serdang Jaya pada 27 Ogos lalu.

Penolong Pengarah Kanan Ba-hagian Penguatkuasaan Bangunan MPSJ, Mohd Safiee Junun, berkata premis setinggi dua tingkat milik warga tempatan itu digunakan un-tuk menjalankan perniagaan kedai makan.

Katanya, MPSJ sudah mengelu-arkan notis pada 2 Julai lalu mengi-kut Seksyen 72, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), namun tidak diendahkan.

“Operasi terpaksa dilaksanakan berikutan keengganan pemilik pre-mis mematuhi Notis Mengosong dan Meruntuhkan Bangunan seperti yang dikeluarkan sebelum ini.

“MPSJ mengambil tindakan tegas memandangkan premis binaan ha-ram ini diduduki warga asing dan

lebih serius kerana mereka men-jalankan perniagaan,” katanya keti-ka Operasi Bersepadu Peruntuhan Bangunan Tanpa Izin di kawasan Ser-dang Jaya, di sini.

Mohd Safiee berkata, pada opera-si sama, empat premis lain termasuk kedai runcit dan kedai makan turut dirobohkan penguat kuasa MPSJ.

Katanya, operasi itu membabit-kan 87 anggota MPSJ dari Jabatan Bangunan, Perancang Bandar, Ke-juruteraan, Penguatkuasa, Pengu-rusan Alam Sekitar, Kesihatan dan Pelesenan.

“Turut sama ialah 48 anggota dari Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasio-nal Berhad dan Air Selangor,” ka- tanya.

Sementara itu, pemilik bangunan yang hanya ingin dikenali sebagai Razak memberitahu, dia kerugian hampir RM20,000 akibat operasi berkenaan.

“Memang saya sedih, tetapi hen-dak buat macam mana. Selepas ini, saya mungkin tidak akan lagi bernia-ga di di sini,” katanya.

Gagal patuhi notis kosong bangunan

MPSJ roboh premis niaga warga asing

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan program ‘Shah Alam Trees For Life’ secara serentak di 25 kawasan pentadbi-rannya, pada 24 Ogos lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad, berkata program itu dilaksanakan sebagai usaha untuk merealisasikan matlamat menjadikan Shah Alam bandar raya rendah karbon, menjelang 2030.

“Sehingga kini, program ‘Shah Alam Trees For Life’ sudah dilaksanakan sebanyak 63 kali dengan jumlah sukarelawan seramai 19,708 sejak 2010 se-hingga tahun lalu.

“Sepanjang program ini, kita juga berjaya mena-nam 117,199 jenis pokok buah-buahan, herba, te-

duhan dan renek,” katanya dalam kenyataan.Shahrin berkata, MBSA berjaya menanam 2,000

pokok renek dan 100 pokok teduhan di beberapa kawasan sekitar Shah Alam antaranya sekolah, pe-jabat Ahli Majlis, dewan majlis dan Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pokok yang sudah ditanam adalah sebanyak 50,000 pokok renek dan 2,500 pokok teduhan di Shah Alam,” katanya.

Dalam usaha merealisasikan matlamat bandar raya rendah karbon, MBSA turut mengadakan pro-gram Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Perintis Hijau Dusun@My Sekolah Shah Alam, Kebun Ko-muniti Shah Alam, Penyediaan Trek Basikal Shah Alam dan Bas Smart Selangor.

Shah Alam tanam lebih 100,000 pokok herba, teduhan

BANTING - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengheret beberapa individu dan syarikat ke Mahkamah Majistret Telok Datok pada 15 Ogos lalu atas pelbagai kesalahan termasuk keeng-ganan mematuhi peraturan ditetap-kan Pihak Berkuasa Tempatan itu.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid, berkata bagi kes pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman denda kepada Ahmad Amirul Azlan sebanyak RM1,500 atau lima hari pen-jara.

Katanya, kes kedua membabitkan Woo Hin Choi yang mewakili Syarikat Pengangkutan WHC Sdn Bhd dan di-jatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 atau lima hari penjara.

“Kesemua mereka ini didapati bersalah mengikut Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pe-mungutan, Pembuangan Dan Pelu-pusan Sampah-Sarap (MDKL) 2007 kerana melakukan kesalahan de-ngan membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan atau di tempat awam oleh MDKL.

“Kedua-dua OKS sudah menjelas-kan bayaran denda yang dikenakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pengarah syari-kat Chang Ang (M) Sdn Bhd, Lee Kok Tiong yang diwakili peguam turut di-denda dan diberikan amaran keras oleh mahkamah berikutan melaku-

kan kesalahan mengikut Undang-Un-dang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelu-pusan Sampah-Sarap (MDKL) 2007.

Sementara dalam pendakwaan berasingan, katanya, Muhammad Haizul Izzat Ahmad Azmi didapati bersalah dan dijatuhi hukuman den-da sebanyak RM1,000 atas kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil 7, Undang-Undang Kecil Iklan (MDKL) 2007 kerana mempamerkan iklan tanpa lesen.

“Mahkamah juga menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,200 atau lima hari penjara kepada Ang Keng Yao atas kesalahan meletak-kan motosikal di laluan pejalan kaki sehingga menghalang orang awam.

“Sementara itu, satu waran tang-kap bertarikh 11 September 2019 juga dikeluarkan ke atas Noor Laila Narawa oleh mahkamah kerana tidak menghadirkan diri ketika kes disebut di mahkamah, pada 15 Ogos lalu.

“Kedua-dua kesalahan ini dilaku-kan mengikut mengikut Seksyen 46 (1) (d) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133),” katanya.

Dalam kenyataan sama, Moha-mad Zain juga mengingatkan ke-pada semua pihak supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar dan mematuhi peraturan serta garis pan-duan ditetapkan pihak berkuasa.

Diheret ke mahkamah kes buang sampah, iklan haram

Mohd Safiee Junun bersama penguatkuasa MPSJ ketika operasi meroboh premis haram di Serdang Jaya pada 27 Ogos lalu

19SelangorKini 5 - 11 September 2019

20Pendidikan

SelangorKini 5 - 11 September 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Strategi menggabungkan kepakaran di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Selangor diyakini mampu memperkukuh dan memperhe-batkan klusterisasi pendidikan di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berka-ta kluster pendidikan itu bukan hanya tertumpu kemudahan infrastruktur semata-mata, bahkan kepakaran ilmu dan kemahiran dimiliki di sese-buah universiti akan digabungkan menjadi satu kelompok besar.

Katanya, ia sekali gus menjadi aset bernilai ter-hadap pembentukan negara selain memacu asas pembangunan serta kemajuan di Selangor.

“Sudah pasti bukan aspek fizik, matematik, sains atau kejuruteraan sahaja. Tetapi membabit-kan kemahiran lain seperti sains sosial dengan has-rat menjadi sebuah negeri yang maju, moden dan terkini.

“Sejajar itu, universiti seharusnya kembali ke-pada asas penting supaya aspek kemanusiaan dan ketamadunan yang sekian lama wujud di negeri ini tidak tertanggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Temu Rapat Naib Canselor dan Penguru-san Kanan Institusi Pengajian Tinggi bersama Dato’ Menteri Besar di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, pada 28 Ogos lalu.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim; Presiden dan Naib Canselor Uni-versiti Selangor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman serta Ahli Dewan Negeri.

Pada masa sama, Amirudin berkata, titik keseim-bangan itu diperlukan semua universiti termasuk kolej dan institusi kemahiran pada masa kini dalam mengimbangi kemajuan serta pembangunan khu-susnya di Selangor.

PUTRAJAYA - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mengadakan perbinca-ngan dengan bebera-pa agensi kerajaan untuk memastikan peminjam terutama dalam katego-ri tegar, segera membuat pembayaran balik.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berka-ta kaedah atau tindakan kepada peminjam yang tegar tidak membayar balik pinjaman adalah berlainan dengan peminjam yang baru bergraduasi.

“Ada peminjam yang patuh bayar, ada yang baru graduasi dan ada yang tegar ti-dak membayar.

“Jadi, sasaran kita haruslah lebih kepada yang tidak membayar dan tegar ini yang saya maksudkan dia dah 20 tahun gradua-si, tak kan tak boleh bayar,” katanya selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinja-man (WPP) PTPTN Sesi Kemasukan Septem-ber 2019 bagi Parlimen Simpang Renggam,

di sini, baru-baru ini.Dr Maszlee berkata,

PTPTN sedang dalam per-bincangan dengan be-berapa agensi seperti Kumpulan Wang Simpa-nan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Ne- geri (LHDN) untuk me-mastikan kaedah pem-bayaran balik yang akan dilaksanakan tidak mem-bebankan peminjam.

PTPTN dalam kenyataan medianya berkata, sejum-

lah RM1.33 bilion WPP sudah diserahkan kepada 902,881 pelajar, sejak tahun 1999 hingga 31 Julai lalu.

Sejumlah 20,716 pelajar ditawarkan WPP bagi kemasukan peringkat ijazah ke universiti awam bagi sesi September 2019 membabit-kan peruntukan sebanyak RM31 juta.

PTPTN berkata, pemberian WPP itu adalah untuk memastikan tiada pelajar yang tidak boleh masuk ke institusi pengajian tinggi disebabkan masalah kewangan. - BERNAMA

Aset bernilai pacu kemajuan

Gabungan kepakaran IPT, kukuh kluster pendidikan

Sesi dialog bersama Amirudin Shari ketika Majlis Temu Rapat Naib Canselor dan Pengurus Kanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada 28 Ogos lalu

PTPTN bincang kaedah kutip pembayaran balik

Dr Maszlee Malik

Katanya, Kerajaan Negeri boleh memberi saranan dan pedoman untuk bersama-sama ke arah melahirkan Selangor sebagai negeri mampu huni serta indah didiami.

“Jika digambarkan tentang universiti, saya akan membayangkan debat antara Plato dan Socrates yang digambarkan oleh

Raphael Stanzas dalam lukisan iaitu di saat Plato menuju ke langit serta mahu menyatu-kan dewa serta langit.

“Pada masa sama, Socrates bersama anak buahnya menunjukkan ke bumi bahawa masih terdapat urusan duniawi yang harus diselesaikan,” katanya.

NOTIS SEBUT HARGATawaran adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan UPEN serta berpengalaman dalam perkhidmatan dan bekalan berkaitan seperti berikut :-

BIL NO. SEBUT HARGA

KELAYAKAN PENYEBUT HARGA

BUTIR-BUTIR KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

HARGA

PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR

SH/PTGS/11/2019 SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG,

MENGKONFIGURASI, MENGUJI DAN MENTAULIAH

PERKAKASAN ICT DAN RANGKAIAN INTERNET BAGI

VAN BERGERAK KUTIPAN LUAR SISTEM e-HASIL PEJABAT TANAH DAN

GALIAN NEGERI SELANGOR (PTGS) DI SEMBILAN (9) PEJABAT DAERAH DAN TANAH (PDT) NEGERI

SELANGOR

Berdaftar dan membawa sijil asal Kementerian Kewangan Malaysia

di bawah kod bidang 210101 DAN 210103 DAN

210104 DAN 210105

DAN

Berdaftar dengan Sistem Tender Online Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri

Selangor (UPEN)

RM 50.00(Tunai /

Bank Deraf)

1.

2. Dokumen tawaran ini hanya akan dikeluarkan kepada penyebut harga / wakil yang sah sahaja. Dokumen tawaran boleh diperolehi di bahagian seperti yang tertera dibawah mulai 05 SEPTEMBER 2019 (Khamis) hingga 18 SEPTEMBER 2019 (Rabu) :

Bahagian Khidmat PengurusanTingkat 4, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah40576 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

3. Penyebut Harga dikehendaki membawa bersama sijil asal dan salinan Akuan Pendaftaran Syarikat daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang masih belum tamat tempoh, surat pengesahan pendaftaran UPEN yang masih belum tamat tempoh dan satu salinan tersebut perlu diserahkan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor semasa pembelian dokumen sebut harga. Pembelian dokumen sebut harga adalah secara tunai atau bank deraf atas nama “BENDAHARI NEGERI SELANGOR” berjumlah RM50.00

4. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis bilangan sebut harga dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di alamat :-

Pejabat Tanah Dan Galian Negeri SelangorTingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40576 Shah AlamSelangor Darul Ehsan

Tarikh tutup: 18 September 2019 (Rabu) jam 12.00 tengahari.

5. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor tidak semestinya menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

Tarikh: 03 September 2019

21SelangorKini 5 - 11 September 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

5 - 11 SEPTEMBER 20195 - 11 MuharAM 1441

05 Khamis 5:44 5:54 7:07 1:18 4:23 7:22 8:31 06 Jumaat 5:43 5:53 7:07 1:17 4:22 7:21 8:31 07 Sabtu 5:43 5:53 7:07 1:17 4:21 7:21 8:30 08 Ahad 5:43 5:53 7:07 1:17 4:20 7:20 8:30 09 Isnin 5:43 5:53 7:06 1:16 4:19 7:20 8:29 10 Selasa 5:43 5:53 7:06 1:16 4:18 7:20 8:29 11 Rabu 5:43 5:53 7:06 1:16 4:16 7:19 8:28

05 Khamis 5:41 5:51 7:06 1:15 4:21 7:19 8:28 06 Jumaat 5:41 5:51 7:06 1:15 4:20 7:19 8:28 07 Sabtu 5:41 5:51 7:05 1:14 4:19 7:18 8:27 08 Ahad 5:41 5:51 7:05 1:14 4:18 7:18 8:27 09 Isnin 5:40 5:50 7:05 1:14 4:17 7:17 8:26 10 Selasa 5:40 5:50 7:05 1:13 4:16 7:17 8:26 11 Rabu 5:40 5:50 7:04 1:13 4:15 7:16 8:25

05 Khamis 5:42 5:52 7:07 1:15 4:22 7:19 8:29 06 Jumaat 5:42 5:52 7:07 1:15 4:21 7:19 8:28 07 Sabtu 5:42 5:52 7:06 1:15 4:20 7:18 8:28 08 Ahad 5:41 5:51 7:06 1:14 4:19 7:18 8:27 09 Isnin 5:41 5:51 7:06 1:14 4:18 7:17 8:27 10 Selasa 5:41 5:51 7:06 1:14 4:17 7:17 8:26 11 Rabu 5:41 5:51 7:05 1:13 4:16 7:17 8:26

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Sejumlah RM380 juta wang zakat berjaya dikutip Lembaga Za-kat Selangor (LZS), sehingga Jun lalu dan RM380 juta da- ripadanya diagihkan kepada asnaf.

Ketua Pegawai Ekse-kutifnya, Saipolyazan Md Yusop, berkata bantuan itu merangkumi pembinaan ru-mah, sewa rumah, bantuan makanan bulanan, kewangan, peru-batan dan dialisis.

“LZS juga memberikan penekanan ke-pada pembangunan zakat untuk generasi kedua, generasi cemerlang dan seterusnya mampu mengeluarkan asnaf daripada ke-pompong kemiskinan.

“Sejumlah bantuan sudah diagihkan kepada lebih 14,000 keluarga asnaf fakir,

39,000 keluarga asnaf miskin, 5,000 mualaf dan selebihnya kepada asnaf-asnaf lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pro-gram Mesra Majikan 2019 di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di sini, pada

29 Ogos lalu.Saipolyazan berkata,

LZS memerlukan sekurang-kurangnya RM200 juta untuk mencukupkan keperluan tang-gungan keluarga asnaf sehingga

31 Disember 2019.Sementara itu, sebanyak RM324.7 juta

yang dikutip bagi tahun 2018 adalah me-lalui Skim Potongan Gaji, meningkat 7.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Bagi tahun ini sejumlah RM181.2 juta dikutip dengan tambahan 9,362 pem-bayar cukai baru melalui potongan gaji,” katanya.

SHAH ALAM - Pembayaran zakat kini menjadi lebih mudah dan pantas beriku-tan pelancaran kemudahan FPX E-Majikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipo-lyazan Md Yusop, berkata kemudahan tersebut yang dimulakan sejak 25 Julai membabitkan majikan yang menyertai Skim Potongan Gaji (SPG).

“Jika dahulu majikan hanya boleh me-nyemak rekod bayaran yang lepas tetapi melalui FPX E-Majikan ini, selain memuat naik data pencarum atau kakitangan, mereka juga boleh terus membuat pem-bayaran kepada LZS melalui bank-bank yang dipilih.

“Untuk makluman semua, LZS adalah in-

stitusi zakat pertama yang menggunakan pembayaran potongan gaji oleh majikan melalui kaedah FPX di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Mesra Majikan 2019 di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, di sini, pada 29 Ogos lalu.

Saipolyazan berkata, sehingga kini se-banyak 151 daripada 4,458 majikan yang mendaftar melalui SPG telah beralih meng-gunakan khidmat FPX E-Majikan.

Katanya, orang ramai boleh menyemak taksiran zakat yang sepatutnya dibayar di laman sesawang LZS.

Sementara itu, pada Program Mesra Ma-jikan 2019, sebanyak 100 wakil majikan ha-dir menyaksikan pelancaran FPX E-Majikan.

Aset bernilai pacu kemajuan

Gabungan kepakaran IPT, kukuh kluster pendidikan

Sehingga Jun 2019

LZS kutip zakat RM380 juta

Saipolyazan merasmikan FPX E-Majikan ketika Majlis Mesra Majikan 2019 di Wisma PKPS, Shah Alam, pada 29 Ogos lalu

FPX E-Majikan mudahkan Skim Potongan Gaji

KENYATAAN TENDER

103002-H

BAGI KERJA - KERJA PEMBERSIHAN AWAM DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

KDEB Waste Management Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang ber- tanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor secara holistik.Justeru, KDEB Waste Management Sdn. Bhd. mempelawa kontraktor - kontraktor yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM Kod Bidang - 221002 dan 221003) dan Sistem Tender Online Selangor 2.0 untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja - kerja berikut:-

Bil.

1

2

Nombor & Nama TenderKerja - Kerja Pembersihan Awam di Kawasan Majlis Perbandaran Selayang

Tarikh MulaKerja

Harga Dokumen

Bagi Setiap

SetKDEBWM/MPS/PS-06/10/2019: ZON PS06Perkhidmatan Pembersihan Awam di Seluruh Prima Sri Gombak, Taman Sri Gombak Fasa 2, Komersil Taman Sri Gombak Fasa 3, Taman Sri Gombak Fasa 4, Taman Sri Gombak Fasa 5, Taman Sri Gombak Fasa 6, Taman Sri Gombak Fasa 7, Sepanjang Jalan Lintangan, Sepanjang Jalan Lintang, Sepanjang Jalan Makmur, Sepanjang Jalan Muhibbah, Sepanjang Lebuh Utama Sri Gombak Serta Kawasan Kedai-Kedai/IKS dan Sekitar Seperti di Dalam Peta

KDEBWM/MPS/PS-07/10/2019: ZON PS07Perkhidmatan Pembersihan Awam di Seluruh Taman Sri Gombak Fasa 8, Taman Sri Gombak Fasa 9, Taman Sri Gombak Townvilla, Taman Sri Gombak Height, Villa Kristal Height, Taman Pinggiran Permata, Taman Bukit Permata, Taman Indah Gemilang, Taman Pinggiran Batu Caves Fasa 2, Flat Pinggiran Batu Caves Fasa 1, Flat Pinggiran Batu Caves Fasa 2, Sepanjang Lebuh Utama Sri Gombak, Sepanjang Lebuhraya Pinggiran, Kg. Melayu Sri Gombak Serta Kawasan Kedai-Kedai/IKS dan Sekitar Seperti di Dalam Peta

1 Oktober

2019

10 September 2019 & 11

September 2019

(9:00am - 5:00pm)

RM200.00 A Sebelum Jam 5:00 Petang

18 September 2019 (Rabu)

Tempoh Jualan

Dokumen

Bilik Tender

Tarikh Tutup

Petender perlu melayari laman sesawang “www.kdebwm.com” untuk mendapatkan akses masuk ke dalam sistem tender atas talian dan seterusnya membuat pilihan borang tender mengikut nombor dan nama tender seperti di atas. Slip pilihan tender perlu dicetak dan dibawa semasa membuat pembayaran. Pembayaran bagi setiap set borang tender yang dibeli boleh menggunakan wang tunai yang disertakan dengan Slip Pilihan Tender, Salinan Sijil Pendaftaran KKM, Salinan SSM, Salinan Resit Pendaftaran Kontraktor Selangor yang masih sah dan akses bagi muat turun borang tender akan diberikan mengikut tempoh masa seperti yang telah ditetapkan di atas di alamat berikut :

KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD. ARAS 10, MENARA SERBA DINAMIK ,

LOT PRESINT 3.4, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Borang tender yang telah siap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan ditulis dipenjuru atas sebelah kiri Nombor Tender dan Nama Zon (seperti tertera pada borang tender) dan dimasukkan

ke dalam BILIK TENDER “A” di alamat berikut;IBU PEJABAT KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD.

ARAS 10, MENARA SERBA DINAMIK,LOT PRESINT 3.4, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM,

SELANGOR DARUL EHSANTEL : 03-5511 4344 / 013-914 1492

(U.P : EN AISAR BIN SUKRAN)Nota: Sila pastikan semua maklumat syarikat dan dokumen sokongan yang dimuat naik telah

dilengkapkan di dalam sistem tender atas talian “www.kdebwm.com”. Borang tender yang telah lengkap perlu dihantar sebelum atau pada tarikh tutup dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas

bagi mengelakkan tender anda ditolak.

22Wanita

SelangorKini 5 - 11 September 2019

OLEH NURUL FARINA NAZLAN

Pakaian solat dan hijab kini bukan sahaja ber-bentuk kain selubung putih yang sering menjadi identiti budaya Melayu tetapi di era moden ini variasi fesyen pelbagai warna, rekaan dan corak

ditampilkan pengeluar pakaian muslimah. Kini, hijab dan pakaian solat mudah dibawa ke mana sahaja sering menjadi pilihan kaum hawa bagi memudahkan urusan seharian mereka tanpa melupakan Rukun Islam kedua itu.

Tidak salah untuk berfesyen walaupun ketika me- nunaikan solat kerana ia bergantung kepada niat dan keikhlasan individu itu, selain memelihara niat untuk berpakaian cantik dan indah sebagai persediaan berdepan dengan kekasih agung iaitu Allah SWT.

Khimar Dhuha keluaran Milymaryam dilihat satu lagi inovasi baharu yang memudahkan wanita untuk menunaikan solat selain boleh digayakan ketika membeli-belah atau melancong. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna menarik, khimar yang baru sahaja

berada di pasaran ini dilihat semakin mendapat tempat di hati pelanggan.

MILYMARYAM Telefon/WhatsApp: 03-56144484/013-9380608Facebook: Milymaryam hijabInstagram: mily_maryam

lRekaan menarik berbentuk V di bahagian bawah khimar menggunakan material chiffon berkualiti tinggi

lKhimar Dhuha juga boleh dibeli secara borong selain harga berpatutan yang ditawarkan iaitu hanya RM98 sehelai

l Rekaan boleh laras Khimar Dhuha membolehkan muslimah berfesyen bertepatan dengan galakan Islam, namun masih menutup aurat

Bagi jenama tudung Lunalulu Hijab, koleksi Nadraa Instant Bawal Chiffon semakin men-

dapat tempat dalam kalangan Mus-limah kerana lembut dan sejuk, bahkan warnanya tidak akan pudar walaupun dibasuh banyak kali. Ter-dapat dua saiz iaitu M (bidang 45) dan L (bidang 50) yang sesuai digaya- kan terutama bagi mereka yang gemar rekaan eksklusif tetapi mu-dah digayakan untuk ke pejabat atau melancong. Selain itu, koleksi Nadraa didatangkan dengan 50 warna bagi koleksi kosong tanpa corak seperti Nadraa Luxe juga Nadraa Swarovski dan koleksi chiffon bercorak yang di-beri nama Nadraa Zahraa.

LUNALULU HIJABwww.lunalululovers.comTelefon/WhatsApp: 017-9789444Facebook: LunaluluInstagram: lunalulu_hijab

lMaterial awning daripada chiffon yang tidak berkedut, tidak renyuk dan tidak perlu digosok

lHarga ditawarkan untuk saiz M bagi Nadraa Luxe (RM89), Nadraa Zahraa (RM93) & Nadraa Swarovski (RM129)

lKoleksi Nadraa by Lunalu-lu Hijab dihasilkan daripada ‘High Quality Premium Chif-fon Gorgette’ dengan jahitan kelim halus yang kemas

Seri Rania keluaran Hanna Mirae menampilkan rekaan telekung yang anggun dan istimewa terutama renda menarik di dahi dan tangan. Harga asal set telekung Seri Rania adalah RM250 bagi Semenanjung Malaysia,

namun tawaran promosi berharga RM199 sepasang.

HANNA MIRAE www.hannamirae.comTelefon/WhatsApp: 017-3200820/ 017-3200633Facebook: Hanna Mirae exclusiveInstagram: telekung.hannamirae_hq/telekung.hannamirae

lTampil dengan lima warna pilihan menarik iaitu hitam, putih, biru gelap, dusty grey dan dusty gold menggunakan material ‘soft cotton denim’

lPerincian poket di bahagian hadapan me-mudahkan si pemakai meletakkan bara-ngan penting seperti telefon bimbit dan wang selain pergelangan tangann yang unik serta mempunyai lengan

lMenggunakan #TelekungSUMPAHSELESA, pastinya Seri Rania selesa digayakan dan praktikal untuk menunaikan solat

INOVASI HIJAB

Variasi rekaan muslimah masa kini

23SelangorKini 5 - 11 September 2019

SukanInformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Pasukan bola ja-ring Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terpaksa berpuas hati selaku naib johan Karnival Su-kan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) selepas tewas 8-12 kepada Handal Fighters keti-ka perlawanan akhir, 24 Ogos lalu.

Dalam pertarungan akhir di Azman Hashim Sports Arena, Uni-versiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, PKNS gagal melunaskan dendam selepas tewas 6-15 de-ngan pasukan sama pada pering-kat kumpulan.

Sebanyak 26 pasukan bola ja-ring dari seluruh negara menyer-

Karnival Sukan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

Pasukan bola jaring PKNS rangkul naib johan

Pasukan bola jaring PKNS menunjukkan prestasi cemerlang apabila muncul naib johan pada Karnival Sukan PDC 24 Ogos lalu

tai kejohanan ini sempena Ulang Tahun Ke-50 Perbadanan Pemba-ngunan Pulau Pinang (PDC).

Unit Komunikasi Korporat PKNS memaklumkan, walaupun gagal menjadi juara, PKNS menunjuk-kan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan sehingga mam-pu menempah slot ke perlawa-

nan akhir.“Syabas diucapkan kepada pa-

sukan bola jaring PKNS di atas semangat dan pencapaian yang diberikan,” katanya dalam kenyata-an di Facebook.

Terdahulu, kedua-dua pasukan itu menepati ramalan ke perlawa-nan akhir selepas bersaing dalam

Lebih 500 gegar Kayuhan Santai Jalur Gemilang MPAJ

Kumpulan D pada pusingan awal yag memihak Handal Fighters.

PKNS beraksi cemerlang mem-belasah dua lagi pasukan dalam kumpulan sama iaitu POLI B dan KUL Ladies sebelum tewas kepada Handal Fighthers.

Aksi cemerlang PKNS di pering-kat suku akhir diteruskan pada separuh akhir apabila menewas-kan ASNETT, 11-7.

Difahamkan, kejohanan ter-babit disertai 26 pasukan bola ja-ring dari seluruh negara.

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

(1082296-U)

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

AIS/PCW/T5/9/2019

AIS/PCW/T6/9/2019

AIS/PCW/T8/9/2019

AIS/PCW/T7/9/2019

AIS/PCW/T1/9/2019

AIS/PCW/T2/9/2019

AIS/PCW/T3/9/2019

AIS/DD/T11/8/2019

PROPOSED PIPE REPLACEMENT PROGRAM IN SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA YEAR 2019 PACKAGE 24: KLANG/ SHAH ALAM

PROPOSED PIPE REPLACEMENT PROGRAM IN SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA YEAR 2019 PACKAGE 25: KLANG/ SHAH ALAM AND KUALA SELANGOR

PROPOSED PIPE REPLACEMENT PROGRAM IN SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA YEAR 2019 PACKAGE 28: HULU LANGAT

PROPOSED PIPE REPLACEMENT PROGRAM IN SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA YEAR 2019 PACKAGE 29: HULU LANGAT AND SEPANG

PROPOSED PIPE REPLACEMENT PROGRAM IN SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA YEAR 2019 PACKAGE 16: GOMBAK AND KUALA LUMPUR

PROPOSED PIPE REPLACEMENT PROGRAM IN SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA YEAR 2019 PACKAGE 18: HULU SELANGOR

PROPOSED PIPE REPLACEMENT PROGRAM IN SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA YEAR 2019 PACKAGE 19: KLANG/SHAH ALAM

SUPPLY AND DELIVERY OF HIGH DENSITY POLYETHYLENE (HDPE) AND FITTINGS FOR PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1 atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.syabas.com.my/business/supplier dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

AMPANG - Seramai 530 orang terdiri daripada masyarakat se-tempat termasuk peserta luar mengambil bahagian pada Pro-gram Kayuhan Santai Jalur Ge- milang Majlis Perbandaran Am- pang Jaya (MPAJ) di Padang Per-bandaran, di sini, 25 Ogos lalu.

Lebih menarik, edisi ketujuh program kayuhan itu mendapat penyertaan terbanyak daripada Team Redhead yang mewaki-li anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) iaitu 84 orang.

Yang Dipertua MPAJ, Dato’ Abd Hamid Hussain, berkata sambutan diterima daripada peserta menunjukkan kepriha-tinan dan komitmen padu untuk bersama-sama menyemarakkan lagi semangat kesukanan serta kecintaan terhadap negara.

Katanya, beliau berbangga dengan penyertaan dan komit-men diberikan semua peserta termasuk rakan kerjasama dalam menjayakan program tahunan

berkenaan.“Kayuhan Santai Jalur Gemila-

ng adalah salah satu aktiviti ria-dah yang menyumbang kepada bandar rendah karbon. Juste-ru, kita sentiasa komited dalam usaha mempergiat aktiviti sukan terutama sukan berbasikal.

“Dengan adanya aktiviti sebe-gini, budaya sukan dalam kala-ngan warga kota dapat dipupuk, sekali gus mampu merapatkan hubungan silaturahim antara peserta kayuhan.

“Ia juga dapat melahirkan warga kota yang lebih sihat dan terbabit aktif dengan pelbagai acara dianjurkan, khususnya di Pihak Berkuasa Tempatan ini,” katanya.

Pada masa sama, Abd Hamid berkata, pihaknya turut memo-hon maaf ekoran laluan berbasi-kal yang pada asalnya sepanjang 14.8 kilometer (km) berubah ke-pada 9.4 km atas nasihat polis trafik.

“Kita mengambil maklum ke- adaan jalan di kawasan Ampang yang penuh berliku dengan pembinaan laluan baharu jalan demi keselesaan kita, pada masa akan datang,” katanya.

Lapan kategori hadiah berupa wang tunai RM100 ditawarkan pada program berkenaan antara- nya pakaian tercantik mengikut tema iaitu lelaki, perempuan dan keluarga ceria serta basikal ter-cantik.

Sementara penyertaan kum-pulan terbanyak, peserta otai dan merdeka menerima hadiah berbentuk buah bakul bernilai RM100.

Terdahulu, antara rakan ker-jasama yang turut menjaya-kan program kayuhan terbabit adalah balai trafik, Polis Dira-ja Malaysia, Pusat Beli-Belah Ampang Point, Nutrigen, Milo Nestle, Arissto Coffee, Kebun Ko-muniti AU2, Keramat dan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH AFIX REDZUAN SUBANG JAYA - Penganjuran Sidang Kemuncak Sukan An-tarabangsa Selangor (SISS) 2019 membuka peluang terbaik un-tuk Selangor menjadi pengan-jur sukan bertaraf antarabang-sa, pada masa depan.

Pengarah Eksekutif Majlis Su-kan Negeri (MSN) Selangor, Adi Faizal Ahmad Tarmizi, berkata penganjuran sidang kemuncak kali pertama yang turut diha- diri delegasi daripada 30 negara juga memberi peluang kepada Selangor untuk memperkasa persatuan dan memperkenal-kan bentuk pembangunan su-kan baharu.

“Peluang mendengar per- kongsian pengalaman daripada delegasi jemputan akan mem-berikan ilmu baharu dalam pe- nganjuran sukan besar,” katanya.

Katanya, Selangor turut ber-terima kasih kepada Persatu-an Media Sukan Antarabangsa (AIPS) Asia kerana turut sama

menjayakan penganjuran itu.Dalam ucapan berasingan,

Presiden Majlis Olimpik Malay-sia (MOM), Datuk Seri Moha- mad Norza Zakaria menjelas-kan, pada zaman ini, sukan turut menyumbang kepada pemba- ngunan ekonomi negara.

Katanya, penganjuran Su-kan Komenwel pada 1998 se-bagai contoh kejayaan negara menganjurkan sukan besar ber-taraf antarabangsa walaupun ketika itu Malaysia berdepan krisis ekonomi.

“Industri sukan kita bernilai sekitar RM5 bilion atau 0.5 pe- ratus KDNK negara. Saya gem-bira dengan pendekatan yang dilakukan Selangor untuk me- nganjurkan persidangan sebe-gini.

“Sidang kemuncak ini adalah landasan terbaik untuk semua persatuan dan agensi sukan tempatan memperkasa pe- ngalaman serta pengetahuan daripada perkongsian yang di- sampaikan,” katanya.

SUBANG JAYA - Selangor ber-hasrat menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) edisi 2022 selepas kali terakhir men-jadi penganjur, pada 1998.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, dengan status se-laku juara sembilan kali, Selan-gor sedang mempergiat usaha mempersiap atlet bagi mengha-rungi SUKMA 2020 di Johor.

“Kejayaan penganjuran Si-dang Kemuncak Sukan Antara-bangsa Selangor (SISS) 2019 menjadi satu testimoni kepada keseriusan dan kesediaan kita bagi menghadapi cabaran lebih besar iaitu SUKMA.

“Selaku juara keseluruhan terbanyak sukan dwi-tahunan itu, kita terus bersedia untuk menghadapi SUKMA tahun

hadapan,” katanya dalam uca-pan perasmian SISS 2019 di Sunway Resort Hotel & Spa, di sini, 27 Ogos lalu.

Amirudin berkata, Selangor mampu menjadi penganjur ter-baik selepas 21 tahun menan-ti berdasarkan perkembangan ekonomi serta kemudahan se-dia ada serta menjadi ‘Game- Changer’ dalam sejarah SUKMA.

Katanya, Selangor turut memasang impian menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 selepas Kuala Lumpur me- lakukannya, pada 1998.

“Memang penganjuran su-kan itu di peringkat Persekutuan tetapi Selangor berhasrat men-jadi tuan rumah seperti Kuala Lumpur, sebelum ini.

“Negara lain juga pernah me-

lakukannya seperti Seoul, Korea Selatan dan Atlanta, Amerika Syarikat ketika menganjurkan Sukan Olimpik,” katanya.

Pada majlis sama, Amirudin turut menyampaikan anugerah kepada pasukan dan atlet ter-baik Asia 2018.

Pasukan bola sepak wanita Jepun terpilih selaku pemenang anugerah pasukan wanita ter-baik Asia, manakala pasukan bola sepak lelaki Qatar meng- ungguli kategori pasukan lelaki terbaik Asia.

Penyerang Tottenham Hot-spur dari Korea Selatan, Son Heung-min, pula dinobatkan atlet lelaki terbaik Asia, manaka-la peninju dari India, M C Mary Kom, menerima anugerah atlet wanita terbaik Asia.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama tetamu kehormat ketika Selangor International Sports Summit 2019 di Sunway Resort, Bandar Sunway, pada 27 Ogos lalu

Mahu anjur SUKMA 2022, Sukan Komanwel 2026

Sidang Kemuncak Sukan Antarabangsa Selangor 2019

Peluang anjur acara berprestijSidang Kemuncak Sukan Antarabangsa Selangor 2019

Peluang anjur acara berprestij