11
2.0 Kriteria Penubuhan 2.1 Konsep Meneliti sejarah penurunan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu nabi terakhir, penutup segala nabi bagi umat Islam menggambarkan kepada kita semua tentang kepentingan pendidikan pada kaca mata agama Islam. Wahyu tersebut yang mengandungi arahan yang menyuruh bagin membaca walaupun baginda dalam keadaan ummi (buta huruf). Selain daripada itu, wahyu ini juga mengajak kita untuk mengenali llah s.w.t, memahami fen!mena alam serta mengenali diri. "!nsep yang ingin diketengahkan di dalam penubuhan prasek!lah ini adalah berf!kuskan kepada apa yang telah digariskan !leh Islam itu sendiri da memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan. Menurut islam, menjadi tanggungjawab ib bapa dalam mendidik anak#anak dengan pendidikan agama supaya anak#anak tersebut menjadi anak yang berjaya bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat jua. Menjadi ibu bapa juga dalam menjaga anak#anak dari perkara yang mer!sakkan dirinya sama ada dari segi fi$ikal mahupun pemikiran. %eberapa panduan yang telah digariskan dalam Islam menjadi asas utama dalam mencapai k!nsep penubuhan prasek!lah kami. Selain itu kami juga akan menyediakan pembelajaran melalui pengalaman bermakna yang terbina secara teratur agar dapat memenuhi keperluan kanak#kanak dan menunjukkan sikap yang p!sitif ke arah pembelajaran sepanjanghayat (bekerjasama, menyelesaikan masalah, menjalankan akti&iti yang menyer!n!kkan seperti bermain, menyanyi, melukis dan mewarna, menjalankan akti&iti hand’s on, permainan kreatif dan dll akti&iti selaras dengan perkembangan keb!lehan kanak) Satu petunjukyang jelas, namun ditinggalkan !leh manusia dek terlalu memandang kepada teladan barat yang dahulunya terlalumementingkan pembangunan fi$ikal pada diri kanak#kanak. %ukti mempersembahkan kepada dunia bahawa didikan agama itu amat perlu diseiringkan dengan perkembangan fi$ikal ker dengannya kita dapat menghasilkan kanak#kanak yang mempunyai nilai dalaman yang

perbincangan Pembinaan Prasekolah.doc

Embed Size (px)

Citation preview

2.0 Kriteria Penubuhan

2.1 Konsep

Meneliti sejarah penurunan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu nabi terakhir, penutup segala nabi bagi umat Islam menggambarkan kepada kita semua tentang kepentingan pendidikan pada kaca mata agama Islam. Wahyu tersebut yang mengandungi arahan yang menyuruh baginda membaca walaupun baginda dalam keadaan ummi (buta huruf). Selain daripada itu, wahyu ini juga mengajak kita untuk mengenali Allah s.w.t, memahami fenomena alam serta mengenali diri.

Konsep yang ingin diketengahkan di dalam penubuhan prasekolah ini adalah berfokuskan kepada apa yang telah digariskan oleh Islam itu sendiri dari aspek memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan. Menurut islam, menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang berjaya bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat jua. Menjadi tugas ibu bapa juga dalam menjaga anak-anak dari perkara yang merosakkan dirinya sama ada dari segi fizikal mahupun pemikiran. Beberapa panduan yang telah digariskan di dalam Islam menjadi asas utama dalam mencapai konsep penubuhan prasekolah kami. Selain itu kami juga akan menyediakan pembelajaran melalui pengalaman bermakna yang terbina secara teratur agar dapat memenuhi keperluan kanak-kanak dan menunjukkan sikap yang positif ke arah pembelajaran sepanjanghayat(bekerjasama, menyelesaikan masalah, menjalankan aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain, menyanyi, melukis dan mewarna, menjalankan aktiviti hands on, permainan kreatif dan dll aktiviti selaras dengan perkembangan kebolehan kanak-kanak)

Satu petunjuk yang jelas, namun ditinggalkan oleh manusia dek terlalu memandang kepada teladan barat yang dahulunya terlalu mementingkan pembangunan fizikal pada diri kanak-kanak. Bukti mempersembahkan kepada dunia bahawa didikan agama itu amat perlu diseiringkan dengan perkembangan fizikal kerana dengannya kita dapat menghasilkan kanak-kanak yang mempunyai nilai dalaman yang tinggi serta mengamalkan nilai yang dipelajarinya. Sebagai kesimpulannya isi kandungan yang dihuraikan secara ringkas di atas dirangkumkan oleh kami dengan gabungan pendekatan moden dan islamik dalam usaha kami untuk melahirkan generasi cilik yang pintar soleh. 2.2 Kemudahan Asas

Kemudahan yang akan dihuraikan oleh kami dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kemudahan asas dan kemudahan-kemudahan lain. Kemudahan asas meliputi bekalan elektrik, bekalan air dan juga tandas. Perkara asas ini perlu ada di prasekolah bagi melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik adalah diperlukan dalam membantu guru dalam melancarkan perjalanan seharian pengurusan prasekolah bermula daripada penggunaan semasa pnp mahupun semasa menyediakan makanan. Bekalan air yang merupakan sumber utama kehidupan sememangnya perlu dipastikan sentiasa ada. Bekalan air yang berterusan seperti kemudahan penyediaan tangki air diwujudkan sebagai persediaan dalam menghadapi masalah ketiadaan air. Tandas merupakan kemudahan utama yang diperlukan dalam memenuhi fisiologi semua pengguna prasekolah terutama murid-murid.Bangunan ini telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan. Sebuah bilik untuk penyediaan makanan telah diperuntukkan. Bilik ini dilengkapi set kabinet dapur berbentuk L beserta ketuhar, dapur, sinki, sebuah peti sejuk besar serta dua rak pinggan mangkuk. Terdapat satu pintu bertutup menghala ke dalam bangunan supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Setiap kelengkapan dan peralatan akan dilabel bagi memudahkan urusan kerja dan pengurusan barang-barang serta mengekalkan kekemasan bilik.

Bilangan kelas yang digunakan untuk kanak-kanak menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah sebanyak dua buah. Ia juga dilengkapi dengan sudut-sudut pembelajaran yang lengkap. Sebuah kelas adalah untuk kanak-kanak yang berumur lima tahun menjalankan aktiviti manakala sebuah kelas lagi adalah untuk kanak-kanak yang berumur enam tahun.

Ruang aktiviti terbuka berada di tengah bangunan. Ruang ini dilengkapi dengan sebuah pentas, cermin besar yang dilekatkan pada dinding bangunan serta permaidani bagi aktiviti secara individu ataupun berkumpulan.

Ruang senyap pula adalah beranggaran keluasan 10 X 18 kaki persegi. Dilengkapi dengan katil dan sofa kecil untuk kanak-kanak. Ruang ini digunakan untuk kanak-kanak yang sakit berehat serta kanak-kanak berehat diwaktu senggang.

Terdapat lima buah tandas di dalam bangunan ini. Tandas ini dilengkapi dengan tingkap kecil dan kipas pengalir udara untuk mengalirkan bau busuk ke luar. Tandas ini juga dilengkapi mangkuk tandas, tapak pemijak serta sinki dan cermin yang mengikut saiz dan ketinggian kanak-kanak. Lantainya dilapisi jubin anti lumut dan anti licin bagi mengelakkan kemalangan.

Kemudahan lain termasuklah kemudahan di ruang pembelajaran seperti meja kerusi yang mencukupi, ruang pembelajaran yang pelbagai mengikut komponen dan tempat penyimpanan barang. Di ruang luar pula kami sediakan pondok bacaan bagi memudahkan kanak-kanak untuk berehat, membaca buku dan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti pusat permainan kanak-kanak, ruang pembelajaran, ruang santai dan juga boleh dijadikan tempat untuk kanak-kanak menunggu kedatangan ibu bapa mereka untuk menjemput mereka pulang. Selain daripada itu, kami juga menyediakan kemudahan seperti pusat bermain air dan pasir. Pusat ini disediakan dalam melatih murid-murid untuk memperkembangkan kemahiran fizikal, kreativiti dan juga sosial mereka. Selain daripada itu, di ruangan luar juga disediakan kebun kecil dan taman permainan. Kesemua kemudahan yang disediakan adalah bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Kebanyakan kemudahan luar yang disediakan adalah lebih berfokus kepada inkuiri penemuan.

Di ruang penyediaan makanan pula, kami menyediakan kemudahan asas seperti meja makan beserta kerusi yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Di ruang makan juga terdapat sinki kecil bagi memudahkan murid-murid untuk membasuh tangan mereka sebelum dan selepas makan.

Bilik rehat dan bilik sakit juga ada disediakan di prasekolah kami. Bilik sakit ini disediakan sebagai langkah awal dalam menghadapi kes kecederaan yang ringan yang boleh diubati oleh guru atau pembantu prasekolah sebelum dibawa ke hospital atau klinik berdekatan.

Bilik komputer juga turut disediakan. Kemudahan ini disediakan adalah bertujuan untuk menyeiringkan perkembangan kanak-kanak dengan teknologi yang semakin hari semakin berkembang dengan pesat. Kanak-kanak yang ingin dikeluarkan daripada prasekolah ini juga perlu mencapai satu tahap pencapaian celik IT.

Bersesuaian dengan konsep prasekolah ini dalam melahirkan murid-murid yang pintar soleh, kami turut menyediakan ruang untuk beribadah yang dipanggil surau mini. Ruang ini membolehkan murid-murid membaca al-quran dan melakukan amali solat.2.3 Keselamatan

Keselamatan merupakan aspek yang paling penting untuk diperhitungkan. Ini kerana melalui jaminan keselamatan yang diberikan oleh pihak pengurusan prasekolah akan memberi kesan terhadap kesanggupan ibu bapa dalam menyerahkan tanggunjawab mendidik anak mereka kepada prasekolah tersebut. Terdapat tingkap dan pintu yang boleh dibuka dari bahagian dalam dan bergril besi. Keadaan besi jeriji tidak tajam. Terdapat dua buah pintu keluar masuk. Semua tingkap dan pintu di setiap bangunan ini di pasang jeriji yang sesuai. Pintu utama dan dapur sentiasa berkunci gril bagi mengelakkan kanak-kanak memanjat dan membuka untuk keluar.

Bilangan tingkap mencukupi untuk pengudaraan bebas, ia melebihi 10% daripada keluasan leg lantai. Pencahayaan semulajadi mencukupi 20% daripada keluasan leg lantai. Teknik dinding yang dibina sesuai iaitu dinding antara bilik dengan bahagian lain mempunyai tempoh ketahanan api selama 2 jam dan dinding bilik penyediaan dengan bilik lain mempunyai tempoh ketahanan api selama 2 jam.

Pelan kawad kebakaran telah dibuat dan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa sendiri dipasang. Terdapat tanda amaran dilarang merokok dan makanan ringan dipamerkan. Langkah ini menjadikan tadika ini bebas dari asap rokok. Alat pencegahan kebakaran daripada jenis debu kering dan juga alat pengesan asap juga telah dipasang.

Semua longkang di luar bangunan ditutup dengan simen konkrit. Keliling tadika ini juga dipagar untuk menjaga keselamatan. Plug point ditutup dengan kemas dan dipasang tinggi.

Secara keseluruhan, Tadika Sinar Bestari mempunyai peraturan keselamatan yang memuaskan dan mendapat kelulusan daripada pihak-pihak berkuasa. Penambahbaikan akan dilakukan untuk menjamin keselamatan semua pihak.

Perkara-perkara yang diutamakan dalam aspek keselamatan adalah:

keselamatan di taman permainan.

-Berpagar, tiada objek-objek berbahaya, jauh daripada ancaman haiwan berbahaya dan alat-alat permainan berada dalam keadaan yang selamat.

keselamatan di ruang pembelajaran.

-Perabot disusun dengan cara yang selamat, iaitu tidak menyekat pergerakan dan aktiviti yang akan dilakukan oleh kanak-kanak. Bucu perabot tidak tajam. Alatan berbahaya digunakan di bawah kawalan guru dan disimpan di tempat yang selamat.

keselamatan di ruang dapur.

- Dapur yang sinonimnya dikenali sebagai tempat penyimpanan peralatan seperti pisau, garfu yang tajam dan bahan-bahan yang berbahaya seperti minyak masak yang panas dan bahan mudah terbakar tersebut telah diletakkan satu pintu pemisah antara dapur dengan murid-murid. Murid-murid ini tidak dibenarkan memasuki dapur tanpa kawalan daripada guru atau pembantu pengurusan murid. Kesemua peralatan yang berbahaya juga disimpan di tempat yang telah dikhaskan di dapur tersebut. alat pemadam api.

-Sentiasa berfungsi dan belum mencapai tarikh luput. Ia diletakkan di tempat yang sesuai untuk memudahkan diambil sekiranya berlaku sebarang kebakaran.

peti kecemasan.

-Digunakan sebagai rawatan awal sekiranya berlaku kemalangan. Diletakkan ditempat yang senang diambil sewaktu kecemasan tetapi tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.

Aspek keselamatan yang utama yang turut dicampur tangan oleh pihak luar adalah seperti ketahanan binaan prasekolah. Keselamatan binaan prasekolah ini perlulah mendapat kelulusan daripada pihak bomba terlebih dahulu. Ini adalah penting dalam memastikan tiada retakan dan juga masalah-masalah terhadap binaan prasekolah tersebut. Selain daripada itu, pihak TNB dan juga JBA turut sama memainkan peranan dalam memastikan bekalan elektrik dan juga bekalan air diuruskan dengan selamat oleh pihak pengurusan prasekolah. Contohnya soket yang disediakan di prasekolah dipasang di tempat yang lebih tinggi dan paip penyambungan air tidaklah berkarat. Ini bagi memastikan keselamatan dan bekalan air bersih dapat dibekalkan kepada kanak-kanak tersebut.

Selain daripada aspek di atas, aspek-aspek sampingan seperti keadaan lantai kelas yang tidak berjubin turut diambilkira. Ini bertujuan untuk memastikan lantai tersebut tidak licin apabila terkena air dan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada tergelincir jatuh akibat licinnya lantai di prasekolah tersebut.

Meja-meja serta kemudahan asas yang disediakan di dalam kelas adalah tidak tajam, kasar dan tidak membahayakan murid-murid. Ini bagi melancarkan proses pembelajaran dan mengelakkan berlaku kes di luar jangkaan seperti terhantuk bucu meja.

Bangunan prasekolah ini dikelilingi oleh pagar bagi mengelakkan murid-murid untuk keluar masuk dengan bebas. Pagar berkenaan akan menjadi pemisah antara murid-murid dengan persekitaran yang berbahaya seperti jalan raya dan juga bahayanya kes penculikan yang semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Pintu pagar prasekolah ini akan dikunci semasa murid sedang belajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku pencerobohan oleh orang luar.2.4 Keselesaan

Keselesaan adalah unsur yang turut sama pentingnya untuk diperbincangkan. Keselesaan ini menjadi daya penarik kepada murid-murid untuk datang ke pasekolah ini. Kami amat mementingkan keselesaan murid-murid dengan menyediakan prasekolah kami seperti sebuah rumah yang bersaiz mini kepada murid-murid kami. Ini bermaksud, prasekolah kami disediakan dengan kemudahan yang saiznya dalah bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Contohnya saiz kerusi meja, tandas dan juga sinki.

Komunikasi antara guru dan juga pembantu pengurusan murid terhadap murid-murid ini juga diambilkira oleh pihak kami. Ini bertujuan untuk memastikan murid-murid berasa selesa dengan layanan yang diberikan oleh pihak kami. Pegangan setiap guru dan juga pembantu pengurusan murid di sini iaitu layanan seperti anak kami sendiri amat membantu dalam membentuk hubungan yang positif antara kami kakitangan prasekolah dengan murid-murid ini.

Ruang di dalam kelas prasekolah juga menggalakkan pergerakan murid-murid prasekolah. Ini adalah berdasarkan kepada pemilihan dan juga susunan perabut. Susunan yang dibuat akan ditukar secara berkala iaitu sekali dalam sebulan. Ini bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid dalam menumpukan minat terhadap pnp yang dijalankan di prasekolah ini.

Pakaian prasekolah yang ditetapkan oleh pihak pengurusan prasekolah terdiri daripada kain jenis cotton iaitu daripada kain jenis yang menyerap peluh. Pemilihan fabrik pakaian ini juga amat perlu untuk diambilkira oleh guru untuk memastikan murid-murid selesa dengan pakaian yang dipakai sepanjang seharian berada di kelas prasekolah.

Keadaan persekitaran kelas prasekolah samada di dalam mahupun di luar kelas yang nyaman, bebas daripada kekotoran seperti habuk dan sampah sarap dihiasi dengan rumput yang menghijau dengan dilengkapi kemudahan asas yang lengkap dapat menaikkan minat murid-murid untuk terus belajar di prasekolah ini.2.5 Keceriaan

Perkara yang paling asas dalam menceriakan prasekolah kami adalah dengan menghiaskan prasekolah tersebut dengan warna yang manrik perhatian seperti warna-warna yang terang dengan gabungan warna yang pelbagai. Dengan sentuhan tona warna yang betul akan mampu membangkitkan kecerian prasekolah kami agar bersesuan dengan kehendak tumbesaran murid-murid prasekolah ini.

Selain daripada warna dinding yang manriik, parsekolah kami juga tuurt menyediakan pandangan mural seperti gambar pemandangan dan juga kata-kata hikmah yang sangat cantik dan menarik. Dengan hiasan atau sentuhan mural ini akan menambahkan lagi keceriaan prasekolah ini.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa bahan tambahan yang kami gunakan untuk menghias kelas prasekolah seperti penggunaan skirting, langsir dan juga alas meja. Ini bertujuan untuk menaikkan suasana kelas prasekolah ini. 2.6 Kebersihan Alam Sekitar

Kebersihaan alam sekitar adalah aspek yang sangat penting yang kami cuba untuk terapkan ke dalam diri setiap murid-murid di prasekolah ini. Perkara yang paling asas yang ditekankan ialah berkaitan dengan penyimpanan alatan selepas digunakan termasuklah membersihkan kawasan sekitar tempat pembelajaran dijalankan.

Selain daripada itu, pihak kami juga turut menyediakan tong sampah kitar semula. Penyediaan tong sampah ini bertujuan untuk melatih murid-murid membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dengan cara yang betul dan memupuk semangat cintakan alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan semula barang-barang terbuang.

Melalui hubungan yang rapat yang ingin dibina oleh kami bersama ibu bapa, kami juga merancang untuk mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan prasekolah bersama ibu bapa murid-murid sebanyak dua kali setahun.Gambar 3: Ruang penyediaan makanan dilengkapi dengan kabinet.

Gambar 4: Ruang senyap untuk kanak-kanak berehat.

Gambar 5: Tandas yang disediakan sesuai dengan kanak-kanak.

Gambar 6: Semua longkang ditutup untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.

Gambar 7: Taman permainan selamat untuk kanak-kanak.