7
Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah- sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat. Perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain yang menjadi langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris). Menurut Cassel Concise English Dictionary, linguistics juga ditakrifkan sebagai the science of languages atau comparative grammar . Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mentakrifkan linguistik sebagai kajian tentang bahasa. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu dan kata adjektifnya ialah linguistik. Ferdinand de Saussure (1916) merupakan bapa linguistik moden bebangsa Swiss telah membezakan kata Perancis langue danlangage. Beliau menyatakan bahawa lange merupakan satu sistem manakala langage pula boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur seperti yang terdapat dalam ungkapan DI mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa tetapi tiada tuturan yang dihasilkan . Menurut Verhaar (1985), kata linguisitk berasal dari bahasa Latin iaitulingua yang bermaksud bahasa. Pandangan mengenai definisi linguisitk ini turit disentuh oleh langacker (1987). Menurut beliau, linguistik ialah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna. Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mestilah dilihat sebagai satu disiplin yang tersusun serta mempunyai organisasi yang tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada

Perbandingan Linguistik Tradisional Dan Moden

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perbandingan Linguistik Tradisional Dan Moden

Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji

bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak

dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat  tinggi seperti di

institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah,

iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun

negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus

utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan,

namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah

di kalangan rakyat.

Perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain yang menjadi langue

(Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris). Menurut Cassel

Concise English Dictionary, linguistics juga ditakrifkan sebagai “the science of

languages” atau “comparative grammar”.  

           

Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mentakrifkan linguistik sebagai kajian

tentang bahasa. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi

bidang ilmu dan kata adjektifnya ialah linguistik.

Ferdinand de Saussure (1916) merupakan bapa linguistik moden bebangsa

Swiss telah membezakan kata Perancis langue danlangage. Beliau menyatakan

bahawa lange merupakan satu “sistem” manakala langage pula boleh diertikan

sebagai bahasa khas yang ada pada penutur seperti yang terdapat dalam ungkapan

“DI mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa tetapi tiada

tuturan yang dihasilkan”.

Menurut Verhaar (1985), kata linguisitk berasal dari bahasa Latin

iaitulingua yang bermaksud bahasa. Pandangan mengenai definisi linguisitk ini turit

disentuh oleh langacker (1987). Menurut beliau, linguistik ialah kajian terhadap

bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan

oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.

Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa

secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mestilah dilihat

sebagai satu disiplin yang tersusun serta mempunyai organisasi yang tersendiri. 

Page 2: Perbandingan Linguistik Tradisional Dan Moden

Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama

berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan olhe John Lyns

(1986). Menurut beliau, linguistik ialah “the scientific study of language”.pandangan

kedua-dua tokoh ini menampakkan bahawa perlunya inguistik sebagai satu kajian

ilmu bahasa. Menurut beliau juga, pengertia  linguistik merujuk kepada cara sesuatu

kajian bahasa itu dijalankan.

Linguistik terbahagi kepada dua iaitu Linguistik Tradisional dan Linguistik

Moden. Dalam linguistik istilah tradisonal sering dibandingkan dengan istilah

moden. Sehingga dalam pendidikan formal ada istilah tatabahasa tradisonal dan

tatastuktur. Linguistik tradisonal menganalisis bahasa berdasarkan sifat dan

semiotik, sedangkan linguistik moden berdasarkan stuktur atau ciri-ciri formal yang

ada dalam suatu bahasa tertentu. Terbentuknya linguistik tradisional yang telah

melalui masa yang sangat panjang, mulai dari zaman Yunani sampai masa

menjelang munculnya linguistik modern di  sekitar abad ke-19.

  Dalam sejarah perkembangannya, linguistik dipenuhi dengan berbagai aliran,

fahaman, pendekatan, dan teknik penyelidikan sangat rumit, saling berlawanan dan

mengelirukan. Bermula dari zaman Yunani yang mempertentangkan masalah

bahasa yang bersifat fisis dan nomos, analogi dan anomali. Dari zaman ini terdapat

beberapa tokoh yang mempunyai peranan besar dalam pembelajaran bahasa.

Muncul zaman Romawi sebagai kelanjutan dari zaman Yunani, zaman Pertengahan,

zaman Renaisans, hingga menjelang Linguistik Moden. Serta dalam tatabahasa

tradisional tidak dikenal adanya perbezaan antara bahasa ujaran dengan tulisan,

dan mengacu pada kaedah bahasa yang dibuat secara preskriptif serta melibatkan

logika.

Linguistik moden mula lahir apabila para sarjana mula melihat bahasa

daripada perspektif penuturnya (Simpson, 1980). Mereka melihat bahasa daripada

perspektif kronik berbeza dengan perspektif dikronik yang menjadi amalan ahli-ahli

falsafah pada abad ke 19. Perubahan pendekatan ini merujuk kepada idea

Ferdinand deSaussure dalam buku yang terkenal selepas kematiannya, yang ditulis

oleh anak muridnya Cours de Linguistique. Beliau tidak lagi melihat bahasa sebagai

satu entiti yang dilihat daripada luar dalam perubahannya mengikut masa, tetapi

melihat bahasa daripada dalam, sebagai satu sistem. Sistem memperlihatkan

Page 3: Perbandingan Linguistik Tradisional Dan Moden

potensi bahasa sebagai pilihan kepada penutur untuk mengeluarkan ujaran. Potensi

ini dilihat sebagai hubungan paradigmatik, iaitu hubungan antara lambang dalam

sistem secara mengufuk. Berdasarkan ciri inilah Saussure melihat bahasa daripada

perspektif penuturnya kerana daripada sudut penutur yang mengungkapkan pada

ketika itulah sistem pilihan itu penting. Oleh itu, dirumuskan bahawa linguistik moden

ialah satu peralihan linguistik tradisional kepada linguistik moden iaitu perubahan

pengkajian bahasa secara menyeluruh.

Zaman perkembangan ilmu linguistik dalam abad ke-20 boleh dianggap

sebagai zaman perkembangan linguistik moden. Kajian linguistik pada zaman ini

dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan sains. Pengkajian dibuat dengan teliti

dan sistematik serta berasaskan pemerhatian yang objektif. Hasil penyelidikan

dalam bentuk undang- undang, tatabahasa dan boleh diuji kebenaran atau

ketepatannya oleh pengkaji- pengkaji yang lain. Ramai ahli bahasa telah muncul

dalam zaman ini dengan pelbagai pembaharuan dalam aspek pengkajian bahasa

antaranya ialah Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield dan Noam Chomsky.

Linguistik tradisional menganalisis bahasa berdasarkan falsafah dan semantik

sedangkan linguistik moden mengkaji berdasarkan struktur atau ciri-ciri formal yang

ada dalam suatu bahasa tertentu. Linguistik tradisional dibahagikan kepada 5

dekad iaitu setiap tempoh tersebut mempunyai perbezaan atau ciri yang khas.

Pertama pada abad 5 sebelum masehi hingga abad 2 M terdapat teori linguistik

zaman Yunani. Masalah yang sering dibahas iaitu pertentangan antara fisis dan

nomos serta pertentangan antara anomali dengan analogi. Sesudah zaman Yunani

muncul kaum Sophis yang kemudian disusuli oleh teori Plato. Kaum Sophis lebih

menekankan pengklarifisian bentuk kalimat, ia membahagi kalimat menjadi

kalimattanya, perintah, jawab, narasi, laporan, doa dan jemputan.

Plato merupakan orang yang pertama membezakan kata dalam onoma

dan rhema. Aristotle (427-347) yang merupakan murid Plato tak mahu ketinggalan,

ia menambah teori dari guruya dengan menambah satu kelas lagi iaitu Syndesmci.

Sesudah itu muncul kaum Stoik yang dijangka sekitar abad 4 SM, iaitu mereka lebih

spesifik lagi dalam memberi jenis kata dan membezakan kata kerja. Selain keempat-

empat tempoh tersebut masih terdapat satu teori lagi yang dipopularkan oleh kaum

Alexandrian yangmenganut fahaman analogi dalam kajian bahasa. Pada linguistik

Page 4: Perbandingan Linguistik Tradisional Dan Moden

tradisional itu sendiri selain zamanYunani juga ada zaman pertengahan, zaman

Rom, zaman Pembaharuan, dan sehinggalah zaman linguistik moden. Linguistik

moden lebih ke arah memerihalkan bahasa berdasarkan ciri atau sifat yang dimiliki

bahasa itu. Ferdinand de Saussure merupakan Bapak linguistik moden. Ia telah

menelaah sinkronik dan diakronik, langue dan parole, significant dan signifie serta

hubungan sintagmatik dan paradigmatik.

Pada tahun 1926 terdapat aliran Praha yang membezakan fonetik dan

fonologi. Di Denmark lahir sebuah aliran Glosematik yang menganalisis bahasa

bermula dari wacana kemudian ujaran itu dianalisis atas konstituen yang mempunyai

hubungan paradigmatik dalam rangka forma, bahan, ungkapan, dan isi. Di London

juga mempopularkan aliran Firthian atau boleh disebut dengan aliran prosodi iaitu

suatu cara untuk menentukan erti pada susunan fonetik. Murid dari Firth yang

bernama MAK Halliday mengembangkan teori gurunya mengenai bahasa,

khususnya yang berkenaan dengan segi kemasyarakatan bahasa.

Pada tahun 1877-1949 oleh Leonard Bloomfield

diperkenalkan aliran moden Amerika, aliran ini lebih kompleks kerana dapat

dimasukkan kesemua aliran linguistik. Terakhir muncul aliran tagmemik yang bererti

tagmem iaitu korelasi antara fungsi gramatikal atau slot sebagai sekelompok bentuk-

bentuk kata yang dapat saling ditukar untuk mengisi slot tersebut.

Berdasarkan keterangan di atas, kemunculan Linguistik Tradisional bermula

pada abad IV SM, seorang ahli filsafat bernama Plato (429 SM-348 SM) menelorkan

pembahagian jenis kata bahasa Yunani Kuno dalam kerangka telaah falsafahnya.

Plato membahagikan jenis kata bahasa Yunani Kuno menjadi dua golongan

iaitu onoma dan rhema. Onoma adalah jenis kata yang biasanya menjadi pangkal

pernyataan atau pembicaraan. Adapun rhema adalah jenis kata yang biasanya

digunakan untuk mengungkapkan pernyataan atau pembicaraan. Secara am atau

secara mudahnya onoma ini lebih kurang dapat disejajarkan dengan kata benda,

sedangkan rhema lebih kurang disejajarkan dengan kata kerja atau kata sifat.

Selanjutnya, Aristotles (384 SM-322 SM) membagi jenis kata bahasa Yunani Kuno

menjadi tiga golongan yakni onoma, rhema, dan syndesmos.

Page 5: Perbandingan Linguistik Tradisional Dan Moden

Perkembangan ilmu bahasa sampai pada masa itu terbatas pada ulangan

kata saja, khususnya tentang jenis kata. Tatabahasa atau gramatikal mula dikaji

pada akhir abad (130 SM) oleh Dyonisius Thrax. Buku tatabahasa yang pertama

disusun itu berjudul “Techne Gramatike”. Buku inilah yang kemudian menjadi anutan

para ahli tata bahasa yang lain yang kemudian dikenal sebagai penganut aliran

tradisionalisme. Pada zaman ini pembagian jenis kata sudah mencapai 8 jenis, iaitu:

(1) nomina, (2) pronominal, (3) artikel, (4) verba, (5) adverbial, (6) preposisi, (7)

partisipium, (8) konjugasi.

Ciri-ciri Aliran Tradisional ialah tata bahasa tradisional menurut Abdul Chaer

(2003: 333)  menganalisis bahasa berdasarkan filsafat dan semantik. Dalam

merumuskan kata kerja, misalnya, tata bahasa mengatakan kata kerja adalah kata

yang menyatakan tindakan atau kejadian.

Ciri-ciri aliran tradisional menurut Soeparno (2002: 44) adalah sebagai berikut.

1. Bermula dari Pola Pemikiran secara Filosofis.

Ada dua hal yang menjadi bukti bahawa aliran Tradisional menggunakan landasan /

pola pemikiran falsafah iaitu banyaknya pembahagian jenis kata yang berpunca

daripada onoma-rhema produk Plato dan onoma-rhema-syndesmos produk

Aristotle; dan penggunaan istilah subjek dan predikat yang hingga kini menjadi

bahan utama dalam pembelajaran bahasa di sekolah.

2. Tidak Membezakan Bahasa dan Tulisan.

Teori ini mencampur adukkan pengertian bahasa (dalam erti yang sebenarnya) dan

tulisan (kewujudan bahasa dengan media huruf). Dengan demikian, secara

automatik juga mencampur adukkan pengertian bunyi dan huruf. Sebagai bukti

seorang ahli bahasa mencampur adukkan pengertian tersebut dapat dibaca pada

kutipan "Antara vocal-vokal itu, huruf a adalah yang membentuk lubang mulut yang

besar, i yang kecil, e biasanya terbentuk di dalam mulut sebelah muka, dan o di

belakang sebelah ke dalam" (Mees dalam Soeparno, 2002: 44)

3. Mudah Memberi Definisi.

Ciri ini merupakan pengaruh daripada cara berfikir secara deduktif. Semua istilah

diberi definisi terlebih dahulu kemudian diberi contoh, yang kadang-kadang hanya

Page 6: Perbandingan Linguistik Tradisional Dan Moden

secara ala kadar. Teori ini tidak pernah menyajikan kenyataan-kenyataan bahasa

yang kemudian dianalisis dan disimpulkan. Yang paling utama adalah memahami

istilah dengan menghafal definisi yang dirumuskan secara falsafah.

4. Pemakaian Bahasa Berpaksi pada Pola / Kaedah.

Ketaatan pada pola ini diwarisi sejak para ahli tatabahasa tradisional mengambil alih

pola-pola bahasa latin untuk diterapkan pada bahasa mereka sendiri. Kaedah

bahasa yang telah mereka susun dalam suatu bentuk buku tatabahasa harus benar-

benar ditaati oleh pemakai bahasa. Setiap pelanggaran kaedah dinyatakan sebagai

bahasa yang salah atau tercela. Pengajaran bahasa di sekolah mengajar bahasa

seragam dengan yang disenaraikan dalam buku tatabahasa. Amalan seperti itu

mengakibatkan pelajar pandai dan hafal teori-teori bahasa akan tetapi tidak mahir

berbicara atau berbahasa di dalam kehidupan masyarakat. Tatabahasa yang

mereka pakai itu biasa disebut tata bahasa normative dan tata bahasa preskriptif.

5. Tahap Gramatis Tidak Tersusun Secara Sistematik

Tahap yang terendah menurut teori ini adalah huruf. Tahap di atas huruf adalah

kata, sedangkan tahap yang tertinggi adalah kalimat. Menurut teori ini, huruf

ditakrifkan sebagai unsur bahasa yang terkecil, kata ditakrifkan sebagai kumpulan

dari huruf yang mengandung erti, sedangkan kalimat ditakrifkan sebagai kumpulan

kata yang mengandung erti lengkap.

6. Tata Bahasa Didominasi oleh Jenis Kata

Ciri ini merupakan ciri yang paling menonjol di antara ciri-ciri yang lain. Hal ini dapat

difahami kerana masalah penjenisan kata merupakan aspek linguistik yang paling

tua dalam sejarah kajian linguistik.

Manakala Perkembangan ilmu linguistik moden bermula dari abad ke 19.

Pendekatan agak objektif dan saintifik. Ahli linguistik abad 19 telah terpengaruh

dengan bidang anthropologi dan sosiologi dalam pengkajian bahasa. Anthropologi

dan sosiologi adalah bidang yang mengkaji manusia dan hubungannya dengan

masyarakat dan kebudayaan. Kajian bahasa kurun ke 19 memperlihatkan kegiatan

memperbandingkan bahasa-bahasa. Kesedaran timbul terhadap gejala perubahan

bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan di antara bahasa. Contohnya, persamaan

bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah. Indo-Eropah adalah keluarga

Page 7: Perbandingan Linguistik Tradisional Dan Moden

bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi,

Hindi, Punjabi dan Urdu.

Yang penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur

tatabahasa di antara bahasa yang dibandingkan. Ilmu perbandingan bahasa

bertujuan mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa. Peringkat

permulaan, kajian bertumpu di bidang fonetik. Akibat pemisahan geografi dan

sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan.