Peraturan Dan Cara Permainan Galah Panjang

  • Upload
    fisju

  • View
    114

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

undang-undang

Citation preview

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN i Permainan dimainkan secara berkumpulan yang terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. ii Setiap kumpulan mempunyai empat orang permain. Seorang dari ahli kumpulan akan dilantik sebagai ketua dan tiga orang sebagai awak-awakiii Permainan dimulakan dengan melambung duit yang telah dipilih antara ekor dan kepala. Siapa yang memilih kepala dikira sebagai pasukan penyerangiv Semua pemainan mengambil posisi masing-masing dan permainan bermula apabila wisel ditiupv Awak-awak pasukan penyerang boleh menyerang sama ada secara individu atau beramai-ramai. Ketua kumpulan membawa bolavi Bola yang dibawa oleh ketua kumpulan hanya boleh dihantar kepada ahli pasukan dalam gelanggang permainan sahajavii Setiap pemain yang menyerang haruslah melepasi semua garisan sehingga gelanggang yang yang terakhir. viii Di gelanggang yang terakhir ahli pasukan yang memegang bola boleh menjaringkan bola dalam jaringix Ahli Pasukan penyerang dikira mati jika mereka disentuh oleh pasukan bertahan dan mereka dikehendaki keluar gelanggang dan bola yang dipegang hendaklah diletakkan di tempat ia mati dan diambil oleh pengadil. Pengadil akan melontar kepada awak-awak yang terdekat. Awak-awak yang mati hendaklah berada di dalam gelung rotan yang disediakan. Ahli-ahli yang lain boleh meneruskan permainanx Sekiranya bola yang dihantar kepada ahli pasukan dapat ditangkap oleh kumpulan bertahan, semua ahli kumpulan dikira matixi Sekiranya bola tidak berjaya dijaringkan ,semua ahli kumpulan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan. Pasukan lawan pula akan bermain.

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN

Format pertandingani Permainan dimainkan secara berkumpulan yang terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. ii Setiap kumpulan mempunyai lima orang permain. Seorang dari ahli kumpulan akan dilantik sebagai ketua dan empat orang sebagai awak-awakiii Kumpulan bertahan hanya menjaga garisan-garisan masing-masing.iv Ahli pasukan penyerang dikira mati jika dia disentuh atau ditangkap oleh pasukan bertahan. Dia dikehendaki keluar gelanggangv Ahli pasukan penyerang tidak boleh berundur dari garisan permainan yang telah dilepasi. Ahli yang berundur dikira mati dan dikehendaki keluar gelanggang.vi Sekiranya ahli pasukan yang memegang bola mati, bola hendaklah diletakkan didalam kawasan gelanggang tersebut. Ahli kumpulannya perlu mengambil bola tersebut dan menjaringkannya.vii Sekiranya bola tidak berjaya dijaringkan ,semua ahli kumpulan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan. Pasukan lawan pula akan bermain.