61
PERATURAN AM KEJOHANAN 1.0 PENDAHULUAN Buku peraturan ini mengandungi secara lengkap Peraturan-Peraturan Kejohanan secara am dan juga secara terperinci bagi permainan-permainan yang dipertandingkan. 2.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 2.1 Peserta-peserta mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan organisasi tersebut. Ini bermaksud secara tetap/kontrak/sementara/sambilan 2.2 Peserta-peserta hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh kejohanan. 2.3 Mana-mana pasukan yang menurunkan peserta yang bukan daripada organisasi tersebut akan dibatalkan penyertaan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. 2.4 Borang penyertaan peserta yang lengkap dengan nama peserta dan lain- lain maklumat yang diperlukan bersama-sama satu salinan kad pengenalan dan kad pekerja yang telah disahkan oleh Ketua Kontinjen hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak lewat daripada 6 Julai 2005. 3.0 BILANGAN PEGAWAI DAN PESERTA 3.1 Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Tatatertib seperti berikut: JENIS SUKAN PENGURUS PEMAIN JUMLAH Golf 1 8 9 Bola Sepak 1 12 13 Badminton 1 14 15 Ping Pong 1 15 16 Scrabble 1 7 8 Boling Tenpin 1 12 13 Outdoor Challenge 1 8 9 Dart 1 12 13 Bola Tampar – L 1 12 13 Bola Tampar - W 1 12 13 Jumlah 10 112 122 1

PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

  • Upload
    dinhnhi

  • View
    272

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN AM KEJOHANAN 1.0 PENDAHULUAN Buku peraturan ini mengandungi secara lengkap Peraturan-Peraturan Kejohanan secara am dan juga secara terperinci bagi permainan-permainan yang dipertandingkan. 2.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.1 Peserta-peserta mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan organisasi tersebut. Ini bermaksud secara tetap/kontrak/sementara/sambilan

2.2 Peserta-peserta hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 90 hari

sebelum tarikh kejohanan.

2.3 Mana-mana pasukan yang menurunkan peserta yang bukan daripada organisasi tersebut akan dibatalkan penyertaan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

2.4 Borang penyertaan peserta yang lengkap dengan nama peserta dan lain-

lain maklumat yang diperlukan bersama-sama satu salinan kad pengenalan dan kad pekerja yang telah disahkan oleh Ketua Kontinjen hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak lewat daripada 6 Julai 2005.

3.0 BILANGAN PEGAWAI DAN PESERTA

3.1 Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Tatatertib seperti berikut:

JENIS SUKAN PENGURUS PEMAIN JUMLAH Golf 1 8 9 Bola Sepak 1 12 13 Badminton 1 14 15 Ping Pong 1 15 16 Scrabble 1 7 8 Boling Tenpin 1 12 13 Outdoor Challenge 1 8 9 Dart 1 12 13 Bola Tampar – L 1 12 13 Bola Tampar - W 1 12 13 Jumlah 10 112 122

1

Page 2: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

4.0 KELAYAKAN GRED PEGAWAI DAN PENETAPAN UMUR VETERAN

Bagi permainan yang melibatkan peserta dari kalangan acara pegawai dan veteran Peraturan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan telah menetapkan peraturan berikut hendaklah dipatuhi: 4.1 Pegawai : Terdiri daripada pegawai yang berkhidmat di dalam kumpulan Pengurusan dan Professional dan ke atas 4.2 Veteran : Berumur 40 tahun dan ke atas pada 1.1.2005

5.0 GANTI RUGI

SC, Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dan Pegawai-pegawai yang dilantik tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kemalangan, kematian dan kehilangan harta benda yang mungkin berlaku kepada mana-mana peserta dan pegawai semasa berlangsungnya Pesta Sukan Kementerian Kewangan ke 31 Tahun 2005 termasuk juga semasa perjalanan dari rumah/tempat penginapan ke tempat pertandingan atau sebaliknya.

6.0 BANTAHAN

6.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan melalui Pengurus/Ketua Pasukan sahaja. Pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah terlebih dahulu memberitahu secara lisan kepada Ketua Pengadil Permainan melalui Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan dari tempoh awal permainan hingga 10 minit selepas perlawanan tamat.

6.2 Seterusnya, Pengurus atau Ketua Pasukan mestilah mengemukakan

bantahannya secara bertulis dan disertakan wang pertaruhan (tunai) sebanyak RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja) kepada Konvenor Permainan selewat-lewatnya satu (1) jam selepas tamat perlawanan.

6.3 Sebarang bantahan hendaklah mengandungi maklumat yang lengkap

serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah.

6.4 Wang pendahuluan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak.

6.5 Keahlian Jawatankuasa Bantahan adalah terdiri daripada:

6.5.1 Pengerusi (Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan)

6.5.2 Ahli – Konvenor permainan, semua Pengurus Pasukan yang

mengambil bahagian, tetapi korum mencukupi dengan 3 wakil pasukan yang berkecuali. (Semua ahli berhak mengundi kecuali Konvenor)

6.5.3 Penasihat Teknikal – Ketua Pengadil

2

Page 3: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

7.0 PINGAT DAN MATA KESELURUHAN

Pingat-pingat akan diberikan kepada Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga sahaja.Mata keseluruhan pertandingan akan diberikan seperti berikut: Johan - 12 mata Kelima - 2 mata Naib Johan - 9 mata Keenam - 2 mata Ketiga - 7 mata Ketujuh - 2 mata Keempat - 5 mata Kelapan - 2 mata Bagi pertandingan sepeti olahraga, Outdoor Challenge, Dart dan Boling Tenpin, mata keseluruhan adalah seperti berikut: Johan - 12 mata Kelima - 4 mata Naib Johan - 9 mata Keenam - 3 mata Ketiga - 7 mata Ketujuh - 2 mata Keempat - 5 mata Kelapan - 1 mata Pasukan yang terkeluar daripada pertandingan tidak akan diberikan mata.

8.0 KIRAAN MATA (JOHAN KESELURUHAN)

8.1 Pasukan yang mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan.

8.2 Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, Johan Keseluruhan akan ditentukan dengan cara:

8.2.1 Pasukan yang mendapat jumlah johan permainan yang terbanyak, jika seri;

8.2.2 Pasukan yang mendapat naib johan permainan yang terbanyak, jika seri:

8.2.3 Pasukan yang terbanyak jumlah tempat ketiga permainan yang terbanyak, jika seri;

8.2.4 Diisytiharkan sebagai Johan Bersama.

3

Page 4: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN PERTANDINGAN GOLF PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-31

TAHUN 2005 1.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Golf Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-31 Tahun 2005 yang dikelolakan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.

2.0 TARIKH PERMAINAN

6 Ogos 2005 3.0 TEMPAT PERMAINAN

Kuala Lumpur Golf & Country Club. 4.0 PERATURAN PERTANDINGAN

4.1 Kejohanan ini terbuka kepada semua Pegawai/Kakitangan sepenuh masa yang telah berkhidmat dengan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Kewangan tidak kurang dari 90 hari sebelum tarikh pesta sukan ini diadakan.

4.2 Peserta hendaklah menjadi ahli yang sah mana-mana Kelab Golf dan mempunyai handicap 24 atau kurang (USGA) bagi lelaki dan 36 atau

kurang bagi wanita. 4.3 Peserta hendaklah berstatus pemain amatur mengikut "Rules Of

Amateur Status as approved by the Royal and Ancienf Golf Club of St.Andrew".

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN

5.1 Setiap Jabatan/Agensi hendaklah mengemukakan senarai pemain sebelum atau pada 6 Julai 2005 dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan.

5.2 Tiap-tiap Jabatan/Agensi adalah bertanggungjawab untuk

rnenentukan bahawa pegawai/kakitangan yang iayak sahaja dipilih untuk mewakili Jabatan/Agensi masing-masing. Jika terdapat mana-mana pemain yang tidak layak didaftarkan, maka pemain/pasukan yang terlibat akan dianggap batal dan tersingkir dari pertandingan.

6.0 BAYARAN MASUK

6.1 Bayaran masuk pertandingan adalah RM250.00 setiap pemain. 6.2 Semua bayaran hendaklah dibuat dengan Money Order atau cek atas

nama Suruhanjaya Sekuriti dan dipalang "Akaun Penerima Sahaja".

4

Page 5: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

6.3 Bayaran masuk hendaklah selesai dibayar oleh Jabatan/Agensi kepada Jawatankuasa Penganjur seminggu sebelum tarikh pertandingan. Jabatan/Agensi yang gagal menjelaskan bayaran rnasuk pada tarikh yang ditetapkan adalah dianggap batal dan tersingkir dari pertandingan.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Acara Pasukan Nett

7.1.1 Setiap Jabatan/Agensi hendaklah terdiri dari satu (1) pasukan nett. Oleh itu tiap-tiap Jabatan/Agensi perlu mendaftar seramai 4 hingga 8 orang pemain. Handicap setiap pemain yang didaftarkan mestilah 18 ke bawah.

7.1.2 Penentuan pemenang acara berpasukan adalah berasaskan jumlah pukulan nett terbaik 4 orang pemain pasukan yang didaftarkan. Jabatan/Agensi yang mengumpul jumlah pukulan terendah akan dikira sebagai Johan.

7.1.3 Pemain yang didaftarkan untuk acara pasukan nett juga layak bertanding di dalam acara individu gross atau individu nett.

7.2 Acara Individu Gross

7.2.1 Pemenang acara individu gross adalah pemain yang membuat

pukulan gross terendah. Sekiranya berlaku pukulan terendah gross sama, maka penentuan pemenang adalah secara ‘on countback (OCB)':

7.3 Acara Individu Nett

7.3.1 Pemenang acara individu nett adalah pemain yang rnembuat pukulan nett terendah. Sekiranya berlaku pukulan terendah nett sama, maka penentuan pemenang adalah secara "on countback (OCB)":

7.4 Acara individu Nett - Jemputan

7.4.1 Pemenang acara individu nett jemputan adalah pemain

jemputan yang membuat pukulan nett terendah. Sekiranya berlaku pukulan terendah nett sama, maka penentuan pemenang adalah secara ''on counttrack (OCB)".

8.0 HADIAH

8.1 Hadiah-hadiah akan disediakan untuk semua kategori iaitu pasukan nett, individu gross, individu nett dan individu nett jernputan.

8.2 Pemenang acara pasukan nett juga layak memenangi hadiah acara

individu gross atau individu nett.

5

Page 6: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

8.3 Peserta dalam semua kategori adalah layak memenangi hadiah-hadiah novelty.

8.4 Bentuk hadiah yang disediakan adalah ditentukan oleh Jawatankuasa

Penganjur Pertandingan. 9.0 PERATURAN PERMAINAN

9.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh "The Royal Ancient Golf of St. Andrew" dan undang-undang tempatan (Local Rules) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan. Peraturan-peraturan ini hanya boleh diubah oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan.

9.2 Peserta-peserta hendaklah melaporkan diri kepada pelepas dengan

mengikrarkan handicap terkini yang terendah. Jika pindaan handicap tidak dibuat sebelum pertandingan dan didapati handicap terkini peserta itu berbeza dari yang didaftarkan, maka penyertaannya adalah terbatal dan disingkirkan dari pertandingan.

9.3 Jawatankuasa Penganjur Pertandingan berhak:

(a) Mengubah handicap peserta sebelum pertandingan dimulakannya;

(b) Meminta peserta menunjukkan buki handicap sekiranya

diperlukan; (c) Mengubah masa dan giliran permainan peserta ; dan (d) Menukar bentuk dan cara pertandingan (jika perlu).

9.4 Sekiranya keputusan pertandingan berakhir dengan seri, peraturan-

peraturan berikut akan diguna pakai;

9.4.1 Bagi acara berpasukan keputusan akan ditentukan dengan mengambil kira jumlah pukulan nett terendah dan jika seri akan ditentukan dengan mengambil kira pukulan nett terendah bagi 3 orang pemain terbaik bagi setiap pasukan. Walau bagaimanapun, sekiranya masih seri maka keputusan akan ditentukan dengan mengambil kira jumlah pukulan nett terendah bagi 2 pemain terbaik dan jika masih seri maka jumlah pukulan nett terendah bagi seorang pemain terbaik dari tiap pasukan akan diambil kira.

9.4.2 Bagi acara individu keputusan akan ditentukan dengan

mengambil kira pukulan nett bagi sembilan (9) lubang terakhir dan jika masih seri akan ditentukan dengan mengambil kira pukulan nett enam (6) lubang terakhir. Jika keputusannya masih seri lagi maka pukulan nett tiga (3) lubang terakhir akan diambil kira.

6

Page 7: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

10.0 PERKARA-PERKARA LAIN

10.1 Pembahagian hadiah untuk acara berpasukan adalah secara sama rata di kalangan 4 pemain terbaik sahaja. Pingat disediakan untuk 8 pemain dan seorang pengurus pasukan.

10.2 Perkara lain yang tidak dinyatakan di mana-mana perenggan di atas,

jika ada akan dipertimbangkan dan diputuskan bersama oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Pesta Sukan Kementerian Kewangan Kali Ke-31 Tahun 2005 serta dianggotai oleh Pengurus-pengurus Pasukan dari setiap Jabatan/Agensi yang mengambil bahagian. Sebarang keputusan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan adalah muktamad.

7

Page 8: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN PERTANDINGAN BOLING PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-31

TAHUN 2005 1. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Boling Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) Ke-31 Tahun 2005 yang dianjurkan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.

2. TARIKH DAN TEMPAT PERMAINAN

2.1 Tarikh : 12 dan 13 Ogos 2005 2.2 Tempat : Power Bowl, Alamanda, Putrajaya

3. PERATURAN PERMAINAN UMUM

3.1. Undang-undang permainan tertakluk kepada Kongress Tenpin Boling

Malaysia (MTBC) serta Peraturan Pertandingan Boling PSKK Ke-31 Tahun 2005 yang telah ditetapkan oleh Penganjur.

3.2. Jika terdapat percanggahan di antara undang-undang MTBC dan Peraturan

ini maka Peraturan Pertandingan ini hendaklah diguna pakai. 4. FORMAT PEMAIN

4.1. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 1 pasukan terdiri dari 5 pemain lelaki dan 5 pemain wanita. Pasukan boleh mendaftar 6 pemain lelaki dan 6 pemain wanita serta seorang pengurus pasukan.

4.2. Setiap pasukan dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya seorang

pemain dari kategori Pegawai Kumpulan A di dalam setiap blok permainan.

4.3. Pengurus pasukan dibenarkan bermain tertakluk kepada syarat

pendaftaran dan senarai pemain yang didaftarkan tidak melebihi 6 orang pemain bagi setiap kategori.

4.4. Setiap pasukan akan bermain 5 blok (3 permainan untuk setiap blok) dalam

tempoh 2 hari. Pemain dikehendaki menggunakan pakaian pasukan masing-masing pada hari pertandingan tersebut. ‘Foul lines’ akan digunakan dalam pertandingan ini.

5. PEMAIN GANTIAN

5.1. Pemain gantian yang berdaftar sahaja layak untuk menggantikan pemain dalam mana-mana permainan.

8

Page 9: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

5.2. Pemain gantian hanya dibenarkan SEBELUM setiap blok permainan dimulakan.

5.3. Gantian pemain semasa permainan dijalankan TIDAK dibenarkan sama

sekali.

6. ‘LATENESS/INCOMPLETE TEAMS/BLIND SCORE/INJURY’

6.1. Setiap pasukan dikehendaki hadir pada hari pertandingan 30 minit sebelum pertandingan dimulakan sebagaimana di dalam jadual pertandingan. Pasukan yang lambat masih boleh bermain dengan syarat pemain kelima pasukan lawan BELUM menghabiskan ‘frame’ yang KETIGA untuk permainan tersebut. Jika tidak, pasukan tersebut akan dikenakan penalti iaitu DIBATALKAN dari permainan ‘pertama’ tersebut.

6.2. Jika pasukan tersebut mempunyai hanya 2 pemain atau kurang, mereka

akan DIBATALKAN dari permainan tesebut.

6.3. Pasukan yang kekurangan pemain dan lewat akan diberikan hanya 50 jatuhan pin untuk wanita dan 70 jatuhan pin untuk lelaki untuk permainan tersebut. Pasukan tersebut mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang pemain untuk layak mendapatkan ‘blind score’ bagi pemain yang lewat.

6.4. Sekiranya salah seorang pemain tidak dapat meneruskan permainan untuk

sesuatu blok disebabkan oleh kecederaan maka ‘blind score’ akan digunakan.

7. ‘HANDICAP SYSTEM’

‘Handicap system’ TIDAK akan diguna pakai dalam pertandingan ini. 8. PENGURUS PASUKAN

8.1. Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengganti pemain dengan pemain yang berdaftar sahaja.

8.2. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk mempastikan

pasukannya cukup pemain untuk satu perlawanan tersebut. 9. ‘POINT SYSTEM’

9.1. Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan jatuhan pin. Pasukan yang

mempunyai bilangan jatuhan pin terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang pertama, diikuti kedua terbanyak sebagai pemenang kedua dan seterusnya.

9.2. Jika terdapat pasukan yang mempunyai bilangan jatuhan pin yang sama

banyak, penentuan pemenang akan berdasarkan kepada jumlah jatuhan pin

9

Page 10: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

untuk permainan pertama (lelaki dan wanita). Sekiranya masih sama, keputusan adalah berdasarkan kepada permainan kedua dan seterusnya.

10. SISTEM PERTANDINGAN

10.1. Pertandingan ini akan dijalankan dalam 5 blok. Setiap pemain akan bermain sebanyak 3 permainan pada setiap blok (iaitu 15 permainan kesemuanya).

10.2. Undian akan dijalankan sebelum hari pertandingan bagi menentukan lawan masing-masing dan nombor ‘lane’ pasukan tersebut. Setiap pasukan akan bermain di dalam ‘lane’ yang berlainan bagi setiap blok. (Sila rujuk jadual perlawanan).

11. PERUBAHAN MARKAH

11.1 Sekiranya terdapat kesalahan markah yang dipaparkan di skrin komputer, pemain/pengurus dikehendaki memaklumkan kesalahan tersebut kepada pihak Penganjur yang bertugas agar dimaklumkan kepada “Lane Steward” untuk beliau membuat pindaan setelah mendapat pengesahan daripada pasukan lawan.

11.2 Sekiranya didapati ada pemain yang menukar atau membuat sebarang perubahan markah, pihak Penganjur pertandingan berhak membatalkan permainan tersebut.

12. KEHILANGAN MARKAH

12.1 Sekiranya terjadi kehilangan markah yang disebabkan oleh masalah-masalah teknikal dan markah tersebut tidak dapat dikesan, maka pemain-pemain terlibat mestilah bermain semula permainan yang baru untuk permainan yang terlibat sahaja.

12.2 Namun permainan yang terdahulu dengan markah-markah telah dicatatkan tidak boleh diubah.

13. PERMAINAN TERGENDALA

13.1 Pihak Penganjur mempunyai kuasa untuk mengarahkan pertukaran mana-mana ‘lane’ bermasalah disebabkan oleh kerosakan mesin atau masalah teknikal yang kritikal.

13.2 Permainan tersebut akan disambung semula di ‘lane’ yang tidak mempunyai masalah atas nasihat pengurusan syarikat pengendali boling.

10

Page 11: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

14. KESELAMATAN

Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan harta benda, kecederaan atau kemalangan yang menimpa pemain/pasukan sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.

15. PENYAMPAIN HADIAH

Semua Pengurus pasukan dikehendaki menyediakan pemenang-pemenang hadiah dari pasukan masing-masing dan berada di tempat penyampaian hadiah untuk menerima hadiah. Pemenang-pemenang hendaklah memakai pakaian sukan yang kemas dan lengkap.

16. PERKARA-PERKARA LAIN

16.1 Jika terdapat perkara-perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan ini, ia akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan yang dianggotai oleh pihak Penganjur dan Pengurus bagi setiap pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang keputusan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan adalah muktamad.

16.2 ‘Dress code’ untuk semua pemain ialah baju-t, seluar panjang, berstokin dan mestilah tidak menjolok mata.

16.3 Pemain boleh menggunakan bola dan kasut yang disediakan oleh

Power Bowl.

16.4 Pemain tidak dibenarkan membawa masuk makanan atau minuman ke dalam Power Bowl kerana terdapat sebuah Café untuk kemudahan pemain.

16.5 Pemain tidak dibenarkan merokok di dalam Power Bowl kecuali di

tempat yang telah dikhaskan untuk merokok atau di luar Power Bowl.

11

Page 12: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

GAMES RULES SCRABBLE 13TH MINISTRY OF FINANCE SPORTS CARNIVAL 2005

DATE : 11 – 12 August 2005 VENUE : Maybank Sports Complex, Bangi A GENERAL RULES 1. FORMAT

1.1 A team match will comprise 5 individual matches (i.e. one against

one). 1.2 Each team will comprise a maximum of 7 players, including two

reserve players. 1.3 Teams will be divided into 2 groups, and the teams within each

group will compete against each other. 1.4 The top two teams within each group will compete in the Semi-final

stage, where the highest ranking team in Group A will compete against the second highest ranking team in Group B, and vice-versa.

1.5 The winners of the Semi-final stage will compete in the Final stage to

decide the Champion and the Runners-up. The losers of the Semi-final stage will compete in the Final stage to decide the third and fourth placing.

1.6 Where an individual match ends with a tie on score, the winner will be

the player who ends the game first. 1.7 Where team standing ends with a tie on points, the higher ranking

team will be the team with the higher number of individual matches won, and if there is still a tie, then the team with the higher total spread (score difference) obtained.

2. TEAM COMPOSITION / LINE-UP

2.1 Team composition (including reserve players) for the tournament

should be submitted to the Organising Committee one day before the commencement of the tournament.

2.2 Team members should be named according to their ranking, i.e.

the best player should be named first, followed by the next best, and so on. The submitted team composition will remain throughout the tournament.

2.3 Team line-up for each match, which can be varied, should be

submitted to the Tournament Director (TD) at least 15 minutes before the commencement of a match. Team line-up should be in

12

Page 13: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

accordance with the team member’s ranking as mentioned in paragraph 2.2.

2.4 Abuse in team line-up may result in disqualification.

3. WALK-OVER / FORFEITURE (Also refer to para 11.)

3.1 Where a player is absent at the end of 15 minutes after the

commencement of a match, a walk-over will be awarded to the opponent who is present. A win and a spread of +75 points will be awarded to that player.

3.2 Where a team match ends with a tie on wins, e.g. 2 wins each,

because one of individual matches has been annulled due to absentee, the winner of the match will be the team with positive total spread.

4. DISPUTES / COMPLAINTS

4.1 Disputes / complaints should be referred to the TD. (For example, a

player may complain to the TD if he/she is not satisfied with the conduct of his/her opponent.).

4.2 The TD may impose an appropriate penalty on a player following a

complaint. (For example, the TD may declare a game forfeited in a case where a player has abandoned a game or committed a breach of the rules.).

5. GENERAL MATTERS

5.1 Players should not discuss with or distract their opponents during

play. 5.2 Players should ensure that their hand phones are switched off or set

into silent mode. Players may not answer a phone call during play. 5.3 A player may, temporarily, leave a game that is in progress in

emergency circumstances under the supervision of the TD. The player may leave only after he/she has ended his/her turn and activated his/her opponent’s timer, but without replenishing his/her rack. He/she may replenish his/her rack upon returning.

6. TEAM POINTS

6.1 Team points will be awarded as follows:

• Champion : 12 points • Runners-up : 9 points • 3rd : 7 points • 4th : 5 points • 5th - 8th : 2 points

13

Page 14: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

7. PRIZES

7.1 3 team prizes will be awarded for Champions, Runners-up, and Third. 7.2 4 individual prizes will be awarded for –

• Highest Score • Highest Spread • Highest Single Play / Bingo* • Highest Number of Bingos (per game and cumulative)

(* Word of 7 or more letters)

8. AMENDMENTS TO THE RULES

8.1 The Organiser reserves the right to amend the rules as it deems fit.

B PLAYING RULES

The playing Rules for this Tournament are adopted from the Rules of the

Malaysian Scrabble Association, with suitable modifications. 9. OFFICIAL REFERENCE

9.1 The official references for acceptability of words are the latest editions of Chambers’ Official Scrabble Words (“OSW”), Merriam Webster’s Official Scrabble Players Dictionary (“OSPD”). The Committee of the Malaysian Scrabble Association may issue revisions and amendments to the official references from time to time.

9.2 During play, players may refer to the official list of two-letter and

three-letter words only. 10. EQUIPMENT

10.1 Players may use their own timers, boards, tiles and racks. Preference should be given to functionally superior equipment namely digital timer, smooth “Pro” tiles and turntable boards.

11. TIME (Also refer to para 3.)

11.1 If a player is absent at the commencement of the match, the

opponent may start that player’s timer when announced by the TD to do so.

11.2 If both players are absent at the commencement of the match, the TD

will start one timer. When one of the players arrives, the permitted playing time for both players will be reduced by half the time that has elapsed. The player who is present may start the game and activate his/her opponent’s timer.

14

Page 15: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

11.3 A player is permitted a total time of 35 minutes on the timer to complete all his moves, without penalty.

11.4 A penalty of 10 points for each minute or part thereof over 35

minutes will be imposed. A player who has exceeded the permitted time will deduct the time penalty from his total score at the end of the game. (For example, an excess time of 1 min. and 1 sec. will attract a penalty of 20 points.). Maximum time penalty is half the player’s total score, before time penalty and deduction for unplayed tiles.

12. STARTING THE GAME

12.1 Before starting to play, both players should ensure that there are 100

correct tiles. 12.2 To determine the turn of play, each player will draw a tile from the

bag, and the player with the letter closest to the letter “A” will start the game. A blank is considered to come before “A”. If both tiles are the same, the players will draw another tile until there is a decision.

12.3 To start playing, the opponent will activate the timer of the player

who has the first turn when that player has drawn tiles from the bag and has seen the first tile.

13. DRAWING TILES

13.1 Each player should have 7 tiles on his/her rack. 13.2 The tile bag and the rim of the bag should be held at eye level while

drawing tiles. Viewing or “feeling” the tiles that are to be drawn is not allowed.

13.3 Drawn tiles should be placed face down on the table before drawing

some more tiles. When the required number of tiles had been drawn, they may then be placed on the player’s rack.

13.4 A player may not put his/her hand back into the bag while still holding

tiles in that hand. 14. EXCESS TILES

14.1 If you discover that you have drawn excess tiles before newly drawn

tiles are placed on the rack, i.e. they are still on the table (face down), your opponent will pick at random the excess tiles to be returned into the bag.

14.2 If you discover that you have drawn excess tiles when the newly

drawn tiles have been placed on your rack, then your opponent will pick at random the excess tiles from your rack to be returned into the bag. Both players may view the tiles that are being returned into the bag.

15

Page 16: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

14.3 If your opponent discovers that you have excess tiles before you place the tiles on your rack, the tiles should be placed face up on the table and your opponent will pick the excess tiles to be returned into the bag.

14.4 If your opponent discovers that you have excess tiles when you have

placed the tiles on your rack, your opponent will pick at random the excess tiles from your rack to be returned into the bag.

14.5 If excess tiles are discovered after you have already made a move and

drawn your tiles, the above rule will apply. 14.6 If you discover that you have fewer tiles after your opponent has

drawn his/her tiles, you should draw the remaining tiles that you require from the bag at that stage.

15. PLAYING TURN

15.1 A player’s turn is deemed to have ended when you -

a) Activate your opponent’s timer, or b) Put your hand into the bag, after playing your word on the board

and announcing the score for the word, regardless of whether your opponent’s timer has been activated, or

c) Announce, “Change” of tiles, or d) Announce “Pass” of a turn

15.2 A player may, in his/her turn -

a) Turn the board b) Straighten letters on the board c) Check the number of tiles remaining in the bag (by feeling them)

15.3 A player may not correct scoring errors discovered after his/her turn

has ended.

16. CHANGING TILES 16.1 A player may use his/her turn to change one or more tiles provided

there are at least 7 tiles in the bag, i.e. a player may not change tiles if there are less than 7 tiles in the bag. A player may change tiles as many times as he/she wishes during the game. The player will score zero point for that turn.

16.2 To change tiles, a player should -

a) Announce “Change” b) State how many are changing c) Place the tiles to be changed face down on the table d) Activate your opponent’s timer e) Draw the required number of tiles from the bag and place them

face down on the table, and then onto your rack f) Place the unwanted tiles in the bag

16

Page 17: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

17. PASSING A TURN

17.1 A player may opt to pass his/her turn without playing any tiles onto

the board. The player should announce a “Pass” and activate his/her opponent’s timer. The player will score zero point for that turn.

18. PLAYING A BLANK TILE

18.1 Blank tiles may played in a word and may represent any letter. The player should state the letter that the blank represents, and unless the word is successfully challenged, that representation will remain for the duration of the game,

18.2 When using tiles that are similar in surface on both sides, e.g. flat

tiles, a player must show to his/her opponent both sides of the blank tile and state the letter that the blank represents.

19. WORD CHALLENGE

19.1 A player may, at any time during his/her turn, challenge the validity of

any word(s) that has just been played by his/her opponent. 19.2 The challenger should announce “challenge” and neutralise the

timers, at which point the challenge becomes irrevocable. The challenger must write clearly on a Challenge Slip the words that were played by his/her opponent that he/she wishes to challenge. The Challenge Slip should then be handed to the tournament word judges for a ruling. The challenger should place all his/her tiles face down on the table until the challenge is concluded.

19.3 The word judges will return a ruling, based on official references, as

to whether the challenge, as a whole, is successful or not, without indicating whether any particular word is acceptable (where there are more than one challenged words). Either player may query the decision and request for a re-adjudication.

19.4 If the challenge is successful, i.e. the challenged words are found to

be invalid, the challenged player should withdraw his/her play from the board and return any replenishment tiles into the bag. If replenishment tiles have been co-mingled with leftover tiles, the successful challenger may pick at random from the challenged player’s rack the required number of tiles to be returned into the bag, before the challenged player withdraws his/her play from the board. Both players may view the tiles that are to be returned into the bag. The challenged player will score zero point.

19.5 If the challenge is unsuccessful, i.e. the challenged words are found

to be valid, 5 points will be added to the turn score of the challenged player, in addition to the normal score.

17

Page 18: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

19.6 A player may activate the challenger’s timer when the challenge is concluded.

20. SCORING AND TILE TRACKING

20.1 Normal scoring rules apply, including bonus scores. 20.2 Players should check his/her opponent’s plays and scores. Each player

should record the score and cumulative total. If your opponent refuses to do so, even upon your request, you may complain to the Tournament Director.

20.3 An error in the score or cumulative total may be corrected at any time

until both players have signed the result slip. If both players’ record match at the end of a game, a recount may be allowed only at the discretion of the Tournament Director.

20.4 Players may neutralise their timers while resolving a discrepancy. 20.5 Players may track tiles that have been played at any time during the

game. 20.6 Players may use their own score sheet and tile-tracking sheet.

21. END OF GAME

21.1 Timers should be neutralised at the end of a game. 21.2 A game ends when -

a) A player has played all his/her tiles and the tile bag is empty, or b) There have been 4 successive passes, i.e. 2 passes from each

player, or c) The TD declares an end to the match.

21.3 At the end of the game - a) Where a games ends when a player has played all his/her tiles :

Add to the “finisher’s” score 2 times the total tile value of his/her opponent’s remaining/unplayed tiles.

b) Where a game ends due to consecutive passes : Deduct from each player’s score the total tile value of his/her own remaining/unplayed tiles.

c) Where a player has exceeded the time limit : Deduct from his/her total score 10 points for each minute or part thereof, by which he/she has exceeded the time limit. Maximum time penalty is half the player’s total score, before time penalty and deduction for unplayed tiles.

18

Page 19: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN PERTANDINGAN OUTDOOR CHALLENGE

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-31 TAHUN 2005

1.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Outdoor Challenge (ODC) Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-31 Tahun 2005 yang dikelolakan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERMAINAN

Tarikh 11 Ogos 2005 (Khamis) Tempat Bukit Kiara Equestrian Club, Bukit Kiara dan Taman Tun Dr Ismail.

(Jawatankuasa Pertandingan berhak menukar tarikh, tempat dan masa pertandingan)

3.0 PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih daripada 5 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan dengan menggunakan borang pendaftaran yang disediakan. 5 peserta dalam permainan hendaklah terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita dimana salah seorang pemain dari senarai tersebut diwajibkan dari Kumpulan Eksekutif. [sila rujuk ke Peraturan Am 2005 untuk definasi Kumpulan Eksekutif]

3.2 Senarai pemain hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 10 Julai

2005. Pertukaran terakhir pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan 30 minit sebelum permainan bermula.

4.0 PERATURAN PERTANDINGAN

4.1 Setiap pasukan akan dilepas mengikut turutan masa yang akan dimaklumkan kemudian.

4.2 Peserta dikehendaki memakai pakaian yang ringan dan bersesuaian

untuk pertandingan. 4.2.1 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sebuah basikal serta

topi keledar (cycling helmet) untuk acara berbasikal. Basikal jenis ‘mountain bicycle’ adalah digalakkan kerana ada terdapat bahagian off-road semasa berbasikal.

4.3 Peserta diwajibkan memakai peralatan keselamatan yang disediakan. 4.4 Peserta juga digalakkan memakai pelindung siku dan lutut

(Elbow/Knee Pad) kerana acara ODC ada melibatkan Crawling dan Srambling.

19

Page 20: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

4.5 Setiap pasukan dimestikan memakai Kad Kawalan (control card) yang disediakan sepanjang pertandingan dijalankan dan hendaklah diserahkan kepada pegawai pertandingan yang bertugas untuk diperiksa di setiap check point.

4.6 Jika terdapat sebarang perkara yang berhubung dengan keselamatan

yang membabitkan kecederaan kecil dan parah, pihak penganjur berhak menghentikan peserta pertandingan dan membenarkan pasukan itu membuatkan keputusan sama ada untuk meneruskan pertandingan atau dihentikan dalam jangka masa 15 minit.

5.0 SYARAT DAN FORMAT PERTANDINGAN 5.1 PESERTA DAN PASUKAN

5.1.1 Acara ODC akan dipertandingkan pada Pesta Sukan

Kementerian Kewangan pada tahun 2005, acara, syarat dan undang-undang hendaklah dipatuhi oleh semua yang terlibat.

5.1.2 Penyertaan adalah secara berpasukan yang mengandungi

seramai 5 orang peserta sepasukan.

5.1.3 Setiap pasukan diwajibkan mempunyai tiga (3) lelaki dan dua(2) wanita dimana salah seorang dari senarai tersebut diwajibkan dari Kumpulan Eksekutif.

5.1.4 Pasukan juga dibenarkan mempunyai tiga (3) orang peserta simpanan yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita serta seorang bertindak selaku pengurus.

5.1.5 Setiap pasukan juga diwajibkan mempunyai sekurang-

kurangnya seorang dari Kumpulan Eksekutif. 5.1.6 Pihak penganjur berhak menukar syarat dan peraturan

pertandingan apabila difikirkan perlu. Semua pertukaran akan dimaklumkan semasa taklimat terakhir.

5.1.7 Masa terpantas menamatkan acara akan menentukan

kedudukan setiap pasukan. 5.1.8 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas

sebarang kemalangan yang membawa kecederaan atau kematian kepada peserta-peserta sama ada sebelum, semasa atau selepas pertandingan. Walau bagaimanapun pihak penganjur akan mengambil tindakan bagi mengelakkan sebarang kamalangan.

5.1.9 Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang bantahan

tidak akan dilayan.

20

Page 21: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

6.0 PENYERTAAN DALAM ACARA

6.1 Pasukan diwajibkan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan.

6.1.1 Larian – Terdapat beberapa stesen halangan (obstacle

stations) 6.1.2 Acara Air 6.1.3 Acara Halangan Khas

6.1.4 Acara Berbasikal (untuk seorang peserta sahaja)

6.2 Setiap peserta diwajibkan menyertai kesemua acara (di semua stesen halangan) yang dipertandingkan kecuali Acara Berbasikal (Hanya seorang sahaja).

6.3 Apabila seorang daripada ahli pasukan sedang menjalankan Acara

Berbasikal, kesemua empat ahli pasukan yang lain perlu meneruskan acara-acara lain yang telah disediakan. Ahli basi

6.4 Peserta tidak dibenarkan membuat pertukaran di saat akhir acara

akan bermula.

6.5 Peserta gantian tidak dibenarkan setelah acara pertandingan berlangsung. Jika terdapat pertukaran semasa acara berlangsung, pihak penganjur berhak memberhentikan pertandingan pada pasukan tersebut.

6.6 Semua peserta akan dibekalkan nombor pengenalan pasukan, semua

ahli diwajibkan memakainya. 7.0 PERALATAN

7.1 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sebuah basikal serta topi

keledar (cycling helmet) untuk acara berbasikal. Basikal jenis ‘mountain bicycle’ adalah digalakkan kerana ada terdapat bahagian off-road semasa berbasikal.

7.2 Pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti lasak.

7.3 Pasukan digalakkan memakai pelindung siku dan lutut untuk

mengelakkan kecederaan

7.4 Pasukan dibenarkan membawa/memakai peralatan sendiri yang difikirkan perlu dengan kebenaran pihak penganjur.

7.5 Jaket keselamatan yang sesuai sahaja akan dibenarkan.

21

Page 22: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

8.0 WAKTU PERLAWANAN

8.1 Semua perlawanan bermula pada waktu yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

8.2 Semua peserta dikehendaki berada di tempat permulaan pertandingan

sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertandingan dimulakan. 9.0 PERTUKARAN PEMAIN

9.1 Peserta gantian adalah tidak dibenarkan jika terdapat sebarang

masalah atau kecederaan kepada para peserta pasukan mereka. 9.2 Kumpulan masih boleh menamatkan pertandingan sekiranya rakan

pasukan menarik diri atau tidak berupaya untuk meneruskan pertandingan tetapi penyertaan mereka akan dianggap batal.

10.0 PEMBATALAN

Peserta-peserta akan dibatalkan penyertaan mereka sekiranya: 10.1 Terdapat sebarang kekasaran dan tidak mempamerkan semangat

kesukanan yang tinggi dari segi perbuatan, isyarat yang tidak senonoh semasa pertandingan ini ke atas rakan sepertandingan, pegawai dan urusetia pertandingan.

10.2 Menghalang peserta/pasukan lawan dengan sengaja. 10.3 Mengubah dan merosakkan tanda-tanda laluan pertandingan. 10.4 Menolak, memukul atau mencederakan peserta-peserta lawan. 10.5 Menerima pertolongan secara fizikal dari pasukan lain, pegawai

pertandingan dan orang luar. Hanya rakan sepasukan yang dibenarkan untuk membantu.

10.6 Tidak menggunakan peralatan yang disediakan. 10.7 Merosakkan peralatan-peralatan yang disediakan. 10.8 Tidak menggunakan atau melencong dari laluan yang disediakan. 10.9 Engkar dengan sebarang arahan, peraturan dan syarat pertandingan. 10.10 Merosak, mencemar dan mengotorkan alam sekitar.

11.0 KIRAAN MATA

11.1 Jumlah masa untuk setiap pasukan akan ditamatkan apabila peserta terakhir melepasi garisan penamat.

22

Page 23: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

11.2 Pasukan yang mengumpul masa yang paling sedikit adalah dikira Johan dan diikuti dengan pasukan yang mengumpul masa yang kedua sedikit dan seterusnya.

11.3 Kiraan mata keseluruhan- sila rujuk ke Peraturan Am 2005.

12.0 PERKARA-PERKARA LAIN DI LUAR DUGAAN

Pihak penganjur berhak mengubah, menambah dan mengubal undang-udang, aluan dan perkara bersangkutan pertandingan jika diperlukan mengikut kesesuaian pertandingan.

13.0 HADIAH-HADIAH

13.1 Hadiah-hadiah akan diberikan kepada johan, naib johan dan tempat

ketiga.

13.2 Sebanyak 9 hadiah disediakan (termasuk hadiah untuk pengurus pasukan).

13.3 Semua pengurus pasukan dikehendaki menyediakan pemenang-

pemenang hadiah dari pasukan masing-masing dan berada di tempat penyampaian hadiah untuk menerima hadiah. Pemenang-pemenang hendaklah memakai pakaian sukan yang kemas dan lengkap.

14.0 HAK JAWATANKUASA PERTANDINGAN

14.1 Jawatankuasa Pertandingan adalah berhak mengambil/membuat sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan/masalah dalam kejohan ini yang tidak tercatat dalam Peraturan Pertandingan ini dan keputusan yang diambil adalah muktamad

23

Page 24: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 1.0 BERLARI

1.1 Pasukan/peserta dikehendaki berada di garisan permulaan 10 minit sebelum berlepas.

1.2 Acara ini diwajibkan kepada kesemua 5 orang peserta dari tiap-tiap

pasukan. 1.3 Pasukan akan diberi 1 kad kawalan masa untuk dicatatkan masa

berlepas hingga tiba garisan penamat. Jika kad kawalan hilang masa penalti 30 minit akan dikenakan.

1.4 Kad kawalan masa hendaklah dibawa bersama oleh peserta semasa

menyertai semua acara dan diserahkan kepada pegawai pertandingan penamat untuk dicatatkan masa ketibaanya.

1.5 Peserta dikehendaki berlari pada laluan yang ditetapkan oleh

penganjur, peserta tidak dibenarkan melalui jalan lain, tanda-tanda laluan akan dipasang di sepanjang laluan.

1.6 Ahli pasukan dibenarkan membantu sesama sendiri, jika terdapat

bantuan dari orang luar atau pihak urus setia, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan serta-merta.

1.7 Pasukan dikehendaki sampai di setiap stesen dan penamat serentak

kesemua 5 orang ahli pasukannya. Jika ahli pasukannya tidak cukup tiba, maka pasukan tersebut terpaksa menunggu hingga ahli terakhir sampai, barulah masa ketibaanya dicatat oleh pegawai pertandingan.

1.8 Peserta dikehendaki mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh

pegawai pertandingan. 1.9 Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan

dilayan. 2.0 ACARA AIR

2.1 Acara ini diwajibkan kepada kesemua 5 orang peserta dari tiap-tiap

pasukan. 2.2 Peralatan air dan jaket keselamatan akan disediakan oleh penganjur.

Peserta disyaratkan memakai kasut serta jaket keselamatan yang dibekalkan atau sendiri semasa acara air.

2.3 Peserta dikehendaki mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh

pegawai pertandingan.

2.4 Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.

24

Page 25: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

3.0 ACARA HALANGAN KHAS

3.1 Acara ini diwajibkan kepada kesemua 5 orang peserta dari tiap-tiap

pasukan. 3.2 Peserta dikehendaki melalui jalan-jalan yang ditetapkan oleh pihak

penganjur sahaja.

3.3 Peserta dikehendaki mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pegawai pertandingan.

3.4 Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan

dilayan. 4.0 BERBASIKAL

4.1 Acara ini diwakili dengan syarat, seorang peserta dari setiap pasukan. 4.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sebuah basikal serta topi

keledar (cycling helmet) untuk acara berbasikal. Basikal jenis ‘mountain bicycle’ adalah digalakkan kerana ada terdapat bahagian off-road semasa berbasikal.

4.3 Peserta dikehendaki melalui jalan-jalan yang ditetapkan oleh pihak

penganjur sahaja.

4.4 Peserta tidak dibenar mengikut terlalu rapat dengan peserta lain.

4.5 Peserta dikehendaki mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pegawai pertandingan.

4.6 Peserta dikehendaki berhati-hati di sepanjang laluan agar kemalangan

tidak berlaku, kemalangan/kecederaan adalah tanggungan sendiri.

4.7 Ahli pasukan yang lain hendaklah meneruskan larian ke garisan penamat basikal dan harus menunggu rakannya selesai berbasikal untuk meneruskan acara seterusnya.

4.8 Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan

dilayan.

25

Page 26: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN PERTANDINGAN DART

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE 31 TAHUN 2005

1.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Dart Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) Ke-31 Tahun 2005 yang dikelolakan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERMAINAN

Tarikh : 11 hingga 13 Ogos 2005 Tempat : Pusat Latihan Petronas,

Bangi, Selangor Darul Ehsan.

3.0 PERATURAN PERMAINAN

3.1 Semua permainan yang dimainkan dalam pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pesta Sukan Kementerian Kewangan dan undang-undang pertandingan Dart adalah seperti yang ditetapkan oleh World Dart Association (WDA) dan Undang-undang Pertandingan Dart Selangor/Wilayah Persekutuan (SWIDA). Sekiranya terdapat percanggahan antara undang-undang Dart WDA dan SWIDA dengan peraturan pertandingan ini, maka peraturan permainan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan hendaklah digunapakai.

3.2 Pengambilan minuman keras sebelum dan semasa pertandingan adalah dilarang sama sekali. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan disingkirkan dari pertandingan ini.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. Borang penyertaan perlu dihantar pada atau sebelum 6 Julai 2005.

4.2 Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih dari dua belas (12)

orang pemain ATAU tidak kurang dari sebelas (11) orang pemain termasuk satu (1) orang pemain wanita, satu (1) orang pemain veteran dan satu (1) orang pemain kategori pegawai kumpulan A.

26

Page 27: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

4.3 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu (1) kategori permainan sahaja dalam setiap perlawanan yang dipertandingkan. Pemain yang telah didaftarkan pada masa yang ditetapkan sahaja dibenarkan bermain.

4.4 Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan barisan pemain tiga puluh

(30) minit sebelum permainan dimulakan. Masa menunggu akan diberikan selama lima belas (15) minit sahaja bagi memulakan sesuatu pertandingan. Sekiranya masa ini gagal dipatuhi, kemenangan “Walk Over” akan diberikan kepada pasukan lawan.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan antara pasukan mengikut format :

i. Foursome (Terbuka) - 1001 Straight Start, Double Finish ( 1 “leg” )

ii. Perseorangan (Lelaki) - 501 Straight Start, Double

Finish (Best of 3 “leg”)

iii. Beregu 1 (Lelaki) - 501 Straight Start, Double Finish

(Best of 3 “leg”)

iv. Beregu 2 (Campuran) - 501 Straight Start, Double Finish (Best of 3 leg”)

v. Beregu 3 (Veteran & - 501 Straight Start, Double

Pegawai Kump A – Lelaki) Finish (Best of 3 “leg”) 5.2 Di peringkat awal pertandingan adalah dijalankan secara format round

robin yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

5.3 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bertanding di peringkat separuh akhir dan akhir secara format kalah mati.

5.4 Bagi pertandingan separuh akhir dan seterusnya, Jawatankuasa

Teknikal dan Pertandingan boleh menamatkan sesuatu perlawanan sekiranya mana-mana satu pasukan telah mencapai mata kemenangan iaitu telah memenangi tiga ( 3 ) permainan.

6.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

Semua pemain hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan dijalankan. Pemakaian Baju T tanpa kolar/lengan, seluar jeans, seluar pendek dan selipar/sandal tidak dibenarkan sama sekali.

27

Page 28: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

7.0 SISTEM PERMAINAN

7.1 Pertandingan dimulakan dengan mata 501 ‘fly Start’ dan diakhiri dengan ‘House Double’ bagi permainan perseorangan dan beregu. Bagi permainan Foursome, ia dimulakan dengan mata 1001 ‘Fly Start’ dan ditamatkan dengan ‘House Double’ dan dijalankan dengan satu (1) set sahaja.

7.2 Semua permainan akan dijalankan dengan kiraan Best of 3 kecuali

Foursome.

7.3 Pasukan yang menang akan mendapat dua (2) mata, manakala yang kalah tidak akan mendapat sebarang mata. Sekiranya ada pasukan memperolehi jumlah kiraan mata yang sama, kiraan mata akan diambil kira mengikut turutan seperti berikut:

7.3.1 Kedudukan liga akan mengikut mata yang terkumpul. Jumlah

mata yang tertinggi akan mendahului liga dan mata yang paling kurang akan menduduki tempat terakhir.

7.3.2 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mengumpul jumlah

mata yang sama setelah tamat pusingan liga, keputusan pertemuan terakhir antara pasukan terbabit akan menentukan keputusan.

7.3.3 Jika perkara 7.3.2 di atas masih tidak dapat menentukan

kedudukan, perbezaan jumlah set menang semua pertandingan yang terbanyak setelah tamat liga antara pasukan yang terbabit akan menentukan keputusan. ;

7.3.4 Jika perkara 7.3.3 di atas masih tidak dapat menentukan

kedudukan, perbezaan jumlah set kalah semua pertandingan yang paling sedikit setelah tamat liga antara pasukan yang terbabit akan menentukan keputusan. ;

7.3.5 Jika perkara 7.3.4 di atas masih tidak dapat menentukan

kedudukan, perbezaan jumlah leg menang semua pertandingan yang paling banyak setelah tamat liga antara pasukan yang terbabit akan digunakan. ;

7.3.6 Jika perkara 7.3.5 di atas masih tidak dapat menentukan

kedudukan, perbezaan jumlah leg kalah semua pertandingan yang paling sedikit setelah tamat liga antara pasukan yang terbabit akan digunakan. ;

7.3.7 Jika semua perkara di atas masih tidak dapat menentukan

kedudukan liga, keputusan acara foursome antara pasukan yang terbabit akan menentukan keputusan mengikut turutan berikut (yang mana terdahulu):-

7.3.7.1 Keputusan pertandingan antara pasukan terbabit

akan diambil kira ;

28

Page 29: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

7.3.7.2 Jumlah dart paling sedikit yang digunakan untuk

menamatkan pertandingan antara pasukan terbabit akan diambil kira ;

7.3.7.3 Jumlah skor tertinggi (60 keatas) terbanyak semasa

pertandingan antara pasukan terbabit akan diambil kira ;

7.3.7.4 Jumlah skor rendah (40 kebawah) yang paling sedikit

semasa pertandingan antara pasukan terbabit akan diambil kira ;

7.3.7.5 Jika semua keputusan di atas gagal menentukan

kedudukan liga, perbezaan baki yang paling sedikit setelah pertandingan ditamatkan antara pasukan terbabit akan menentukan keputusan.

7.4 Dart yang dibaling sekiranya jatuh tidak boleh dibaling semula dalam giliran dan kiraan mata hanya kepada dart yang masih lekat di papan. Akan tetapi sekiranya dart yang belum dibaling terjatuh, dart tersebut boleh diambil semula.

7.5 Pemain tidak dibenarkan berbincang atau mendapatkan buah fikiran

dari mana-mana pemain semasa dalam ‘in between throws’ selain daripada pasangan beregu. Pemain hanya boleh bertanyakan mata balingan atau baki daripada ‘caller/chalker’ bagi tujuan untuk mencari mata penamat tetapi cara untuk mendapatkan hendaklah dibuat sendiri.

7.6 Mana-mana salah kira yang dibuat oleh ‘caller/chalker’ mengenai baki

mata, pemain hendaklah memberitahu ‘caller/chalker’ kesalahan berkenaan dan diperbetulkan sebelum pemain tersebut meneruskan balingannya. Sekiranya tidak ada sebarang bantahan yang dibuat oleh mana-mana pihak, maka kesilapan tersebut akan tetap disahkan dan sebarang pindaan atau perubahan terhadap ‘score’ tidak akan dilayan.

7.7 ‘Caller/Chalker’ adalah terdiri daripada pemain yang bertanding dalam

kategori permainan yang dipertandingankan. Pemain hendaklah mengambil giliran untuk menjadi ‘caller/chalker’ sewaktu pemain lawan membuat balingan.

7.8 Setelah selesai sesuatu pertandingan, ketua-ketua pasukan hendaklah

menandatangani kertas keputusan pertandingan.

7.9 Keputusan pengadil adalah muktamad.

29

Page 30: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

8.0 PERTUKARAN PEMAIN

Pertukaran pemain semasa pertandingan sedang berjalan adalah tidak dibenarkan.

30

Page 31: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN PERTANDINGAN PING-PONG

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-31 TAHUN 2005

1.0 TEMPAT DAN MASA Tarikh : 11 - 13 Ogos 2005 Tempat : Permata, Petronas Bangi

2.0 PERATURAN PERMAINAN

Semua permainan yang dimainkan dalam pertandingan ini adalah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Kementerian Kewangan dan Undang- Undang pertandingan adalah seperti yang ditetapkan oleh IITF (Persekutuan Ping Pong Antarabangsa) – (sila rujuk para 14.0 – 14.4).

3.0 PESERTA-PESERTA

Kejohanan ini terbuka kepada semua kakitangan sepenuh masa yang telah berkhidmat dengan Jabatan/Badan di bawah Kementerian Kewangan seperti di bawah ini tidak kurang 3 bulan sebelum tarikh Pesta Sukan diadakan:

3.1 Kastam Di Raja Malaysia 3.2 Perbendaharaan Malaysia 3.3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 3.4 Lembaga Hasil Dalam Negeri 3.5 Bank Simpanan Nasional 3.6 Bank Negara Malaysia 3.7 Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta 3.8 Suruhanjaya Sekuriti

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih daripada 16 orang iaitu 10 orang pemain lelaki, 5 pemain wanita dan seorang pengurus pasukan dengan menggunakan borang pendaftaran

4.2 Sekiranya didapati diantara pemain satu-satu pasukan bukan daripada

pegawai/kakitangan Jabatan/Agensi pasukan itu, maka pasukan berkenaan akan terkeluar dengan sendirinya daripada menyertai pertandingan.

31

Page 32: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

4.3 Senarai pemain hendaklah dikemukan sebulan sebelum tarikh

pertandingan. Pertukaran terakhir pemain selepas penyerahan ini boleh dilakukan 30 minit sebelum pertandingan bermula.

(Sesalinan Kad Pengenalan setiap pemain dan pengesahan daripada Ketua Jabatan pemain tersebut adalah daripada Jabatan itu dan adalah kakitangan pengurusan Pegawai Kumpulan A dan ke atas hendaklah diserahkan bersama-sama dengan borang pendaftaran)

5.0 CARA PERTANDINGAN

5.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 16 orang iaitu pemain pemain simpanan dan juga pengurus pasukan. Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Semua perlawanan akan dijalankan secara LIGA di mana Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan disilang balik (criss-cross) dalam peringkat separuh akhir. Pemenang separuh akhir akan berlawan dalam perlawanan akhir untuk menentukan tempat pertama dan kedua, manakala yang kalah akan bertemu bagi tempat ketiga dan keempat. Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat kelima, keenam, ketujuh dan kelapan.

5.2 Tiap-tiap perlawanan hendaklah dijalankan mengikut format pertandingan

seperti dibawah:

i) Dua bergu lelaki (terbuka) ii) Satu bergu lelaki (Pegawai Kanan/Pegawai Kump. A & Veteran

-40 tahun ke atas pada 1.1.2005) iii) Dua bergu wanita (terbuka)

5.3 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam setiap perlawanan

5.4 Setiap perlawanan yang dipertandingkan adalah berdasarkan lima (5) set

terbaik (best of five)

5.5 Kesemua lima (5) permainan atau empat (4) permainan bagi pasukan yang hanya mendaftar 4 beregu sahaja hendaklah dipertandingkan walaupun sesuatu pasukan telah memenangi permainan (3-0). Kemenangan percuma (walk-over) tidak akan diterima kecuali atas sebab-sebab kecederaan. Sekiranya sesuatu pasukan memberikan kemenangan percuma (walk-over), pengadil akan membatalkan pasukan berkenaan dan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan. Pasukan tersebut juga akan disingkir daripada pertandingan dan akan didenda sebanyak RM100.00. Hanya Pengadil Rasmi sahaja yang boleh menentukan samada seseorang pemain boleh terus bermain atau tidak kerana penggantian kepada para 4.0.

32

Page 33: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

6.0 WAKTU PERLAWANAN

Semua perlawanan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu. Pasukan yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah. Para 5.5 dan para 7.0 adalah terpakai.

7.0 PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

Semua pasukan mestilah menghabiskan semua permainan seperti yang ditetapkan. Pasukan yang tidak menghabiskan permainan (bukan kerana kecederaan) dikira kalah dan pasukan lawannya diberi kemenangan dengan kiraan 5-0 denagan kiraan mata (11-0) setiap set.

8.0 PERGADUHAN

Pengadil pertandingan berhak menghentikan perlawanan perlawanan jika didapati kedua-dua pasukan itu terlibat dalam pergaduhan.

9.0 PENANGGUHAN

9.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak akan dilayan kecuali atas sebab-sebab di 9.2

9.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa perlawanan

berlangsung, akan diberi masa lima (5) minit untuk mendapat rawatan dengan kebenaran pengadil dan masa rawatan tambahan tidak akan diberikan.

9.3 Jawatankuasa pertandingan Ping Pong berhak meminda sebarang jadual

perlawanan. 10.0 KIRAAN MATA

10.1 Pasukan yang menang diberi dua (2) mata dan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.

10.2 Sekiranya terdapat dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang

sama, maka pemenang yang telah memenangi perlawanan diperingkat awal dikira menang.

10.3 Sekiranya terdapat lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat jumlah

mata yang sama maka perkiraan berikut akan digunakan.

10.3.1 Jumlah set menang bagi semua perlawanan

33

Page 34: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

10.3.2 Jumlah set kalah bagi semua perlawanan 10.3.3 Nisbah mata setiap set.

11.0 KIRAAN MATA KESELURUHAN

11.1 Mata keseluruhan pertandingan diberikan saperti berikut:

(a) Johan - 12 mata (b) Naib Johan - 9 mata (c) Ketiga - 7 mata (d) Keempat - 5 mata (e) Kelima - 2 mata (f) Keenam - 2 mata (g) Ketujuh - 2 mata (h) Kelapan - 2 mata

11.2 Pasukan yang tersingkir daripada pertandingan atau dibatalkan tidak akan diberi mata.

12.0 PENGADILAN

Pengadil-pengadil yang bertauliah dan berdaftar akan mengadili semua perlawanan. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Pertandingan selepas perlawanan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

13.0 PERKARA-PERKARA LAIN

13.1 Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat

di dalam peraturan-peraturan ini akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pertandingan Ping Pong yang dipengerusikan oleh Konvenor Ping Pong. Jawatankuasa Pertandingan Ping Pong terdiri dan Pengurus-pengurus setiap pasukan Jabatan / Badan. Sebarang keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad.

13.2 Pemain-pemain adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk

menggunakan pakaian-pakaian yang berwama oren, berjalur oren atau berseluar panjang. 'Track bottom' walau bagaimanapun adalah dibenarkan. Pemain-pemain yang gagal mematuhi peraturan ini akan disingkir (disqualified).

13.3 Jenis bola yang akan digunakan adalah berwarna Kuning

berjenama Nittaku 3 star.

13.4 Mengikut peraturan ITTF juga, setiap pasukan dikhendaki memakai pakaian/jersey yang sama warna bermula dari regu pertama hingga regu ke lima. Sekiranya pasukan yang bertanding gagal mematuhi arahan ini, maka sebarang bantahan dari pasukan lawan boleh diterima.

34

Page 35: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-31 TAHUN 2005

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bolasepak Pesta

Sukan Kementerian Kewangan Ke-31 Tahun 2005 yang dikelolakan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.

2. TARIKH DAN TEMPAT PERLAWANAN

Tarikh : 11 – 14 Ogos 2005 Tempat : Padang A dan B, Pusat Latihan MAYBANK, Bangi

3. Peraturan Perlawanan

3.1 Semua permainan yang dimainkan dalam pertandingan ini

adalah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Kementerian Kewangan dan undang-undang permainan seperti yang telah ditetapkan oleh Federation Internationale de Football Association (FIFA).

4. Pendaftaran pemain

4.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan

ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

4.2 Kejohanan ini terbuka kepada semua Pegawai dan Kakitangan sepenuh masa yang telah berkhidmat dengan Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Kewangan tidak kurang dari 3 bulan sebelum tarikh perlawanan diadakan.

4.3 Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih daripada 18 orang pemain. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini. Sekiranya terdapat di antara pemain-pemain mana-mana pasukan bukan pegawai / kakitangan Jabatan / Agensi tersebut, maka pasukan berkenaan akan tersingkir dengan sendirinya daripada menyertai pertandingan ini.

4.4 Bagi setiap pasukan yang bertanding, sekurang-kurangnya satu (1) Pegawai Kumpulan A mesti berada dan bermain di atas padang di setiap perlawanan yang diadakan.

4.5 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 6 Julai 2005. Pertukaran terakhir pemain selepas penyerahan

35

Page 36: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

senarai ini boleh dilakukan 30 minit sebelum permainan pertama bermula.

5. Cara pertandingan

5.1 Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan akan

dibahagikan kepada 2 kumpulan. Semua pertandingan di pusingan awal akan dijalankan secara liga peringkat kumpulan di mana Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan bertanding secara silang-balik (criss-cross) dalam peringkat separuh akhir. Bagi perlawanan separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan keempat dan perlawanan akhir, pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

5.2 Apabila lebih daripada satu pasukan dalam sesuatu kumpulan mendapat jumlah mata yang sama dalam pusingan awal, pemenang akan ditentukan mengikut susunan berikut:-

i. Perbezaan terbanyak di antara jumlah jaringan dan jumlah kena jaring (bolos);

ii. Jumlah jaringan terbanyak;

iii. Jumlah jaringan kena jaring terendah (bolos);

iv. Pasukan yang menang dalam pertemuan terdahulu;

v. Lima sepakan penalti bagi setiap pasukan;

vi. Sepakan penalti yang serta-merta; dan

vii. Jika keadaan yang tidak mengizinkan dan sepakan penalti tidak dapat dibuat, maka keputusan akan dibuat dengan lambungan duit syiling.

6. Jersi

6.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang

berlainan warna dan bernombor.

6.2 Nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor-nombor yang didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran serta mematuhi spesifikasi-spesifikasi yang ditetapkan. Jersi bernombor 8 dan 12 hanya dibenarkan untuk dipakai oleh pemain-pemain Pegawai Kumpulan A.

6.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-mula tercatat di dalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar jersi kepada warna yang berlainan.

36

Page 37: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

7. Sistem pertandingan

7.1 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan

pemenang kumpulan adalah seperti berikut:-

Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata

7.2 Masa perlawanan di pusingan awal adalah 35 minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat selama 5 minit (35 x 5 x 35). Di peringkat separuh akhir dan seterusnya, masa perlawanan adalah 40 minit setiap separuh masa dengan masa rehat 10 minit (40 x 10 x 40).

7.3 Untuk peringkat separuh akhir dan seterusnya, sekiranya perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri, masa tambahan akan dijalankan selama 15 minit setiap separuh masa. Jika tamat masa tambahan keputusan masih lagi seri, maka lima (5) sepakan penalti setiap pasukan akan diadakan. Jika keputusan tidak berubah selepas lima (5) sepakan penalti, sepakan penalti “Sudden Death” akan diadakan sehingga ada pemenang.

7.4 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning di dalam pertandingan ini secara otomatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.

7.5 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dan diikuti dengan kad merah dalam satu perlawanan secara otomatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.

7.6 Pemain yang menerima kad merah dalam satu perlawanan, iaitu yang dikenakan perintah buang padang, secara otomatik akan digantung satu perlawanan berikutnya. Di samping itu, penyertaan pemain tersebut seterusnya dalam pertandingan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

8. Waktu perlawanan

8.1 Semua perlawanan bermula pada waktu yang akan ditetapkan

oleh Jawatankuasa Pertandingan. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan. Pasukan yang tidak turun bermain selepas tempoh menunggu tamat akan dikira kalah, kecuali untuk kes-kes tertentu yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

9. Kekurangan pemain

9.1 Jika sesebuah pasukan menurunkan kurang daripada 9 orang pemain apabila separuh masa pertama dimulakan atau ketika perlawanan, pasukan tersebut dianggap telah memberi

37

Page 38: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jumlah jaringan sebenar, mengikut mana yang terbanyak.

9.2 Sekiranya kedua-dua pasukan gagal menurunkan sekurang-kurangnya 9 orang pemain, pengadil akan melaporkan kepada Jawatankuasa Pertandingan yang mana akan mengambil tindakan yang difikirkan patut. Pemain yang telah meninggalkan padanag pada separuh masa pertama, samada melalui kecederaan atau dibuang padang adalah diambil kira.

10. Pertukaran pemain-pemain

10.1 Sebelum perlawanan dimulakan, Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain-pemain yang berdaftar kepada pengadil pertandingan di dalam borang yang disediakan.

10.2 Sebanyak empat (4) pertukaran pemain boleh dibuat oleh mana-mana pasukan pada bila-bila masa sewaktu perlawanan berlangsung. Pemain-pemain yang telah dikeluarkan tidak boleh masuk semula bermain di dalam perlawanan tersebut.

10.3 Pemain simpanan yang masuk membuat gantian, mestilah memberitahu penjaga garisan atau pengadil simpanan terlebih dahulu dengan menggunakan borang pertukaran yang disediakan.

11. Pengadilan

11.1 Pengadil-pengadil yang bertauliah akan mengadili semua perlawanan. Jurulatih dan pengurus yang melatih sesuatu pasukan tidak dibenarkan mengadili perlawanan tersebut. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh pengadil kepada Jawatankuasa Pertandingan selepas tamat perlawanan.

12. Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan

12.1 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan sehingga masa yang ditentukan akan dikira kalah dalam perlawanan tersebut. Pasukan lawannya akan diberi kemenangan dengan jumlah jaringan 3 - 0 atau jumlah jaringan sebenar, mengikut mana yang terbanyak.

12.2 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan akan tersingkir terus daripada pertandingan ini dan akan didenda RM100.00.

13. Menarik diri atau menyerah kalah / kemenangan percuma

13.1 Pasukan yang memberi kemenangan percuma (walk-over) kepada pasukan lawan akan dikenakan denda RM100.00 dan pasukan lawan akan diberi kemenangan dengan jumlah

38

Page 39: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

jaringan 3 - 0. Pasukan yang memberi kemenangan percuma ini akan tersingkir terus daripada pertandingan.

14. Pergaduhan

14.1 Pengadil perlawanan berhak menghentikan perlawanan jika sidapati kedua-dua pasukan terlibat dalam pergaduhan.

15. Penangguhan

15.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana yang dijadualkan. Penangguhan perlawanan hanya boleh dibuat sekiranya berlaku keadaan-keadaan yang tidak mengizinkan seperti masalah cuaca serta perkara-perkara luar jangkaan.

15.2 Keputusan penangguhan perlawanan adalah di atas budibicara Pengadil dan Jawatankuasa Pertandingan.

16. Kiraan mata

16.1 Kiraan mata adalah berdasarkan perenggan 7.1 di atas. Dalam kes-kes tertentu dimana ada pasukan yang menarik diri atau tersingkir daripada pertandingan, segala mata yang diperolehi dan kiraan jaringan gol pasukan yang terbabit tidak akan diambil kira.

17. HADIAH DAN MATA KESELURUHAN

18.1 Hadiah-hadiah akan diberikan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga. Mata keseluruhan pertandingan diberi seperti berikut:

Johan - 12 mata Naib Johan - 9 mata Ketiga - 7 mata Keempat - 5 mata Kelima - 2 mata Keenam - 2 mata Ketujuh - 2 mata Kelapan - 2 mata

18. Perkara-perkara lain di luar dugaan

18.1 Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak

terdapat dalam peraturan-peraturan ini, ianya akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

18.2 Jika terdapat Penjaga Garisan yang dilantik tidak menghadirkan diri. Seorang penjaga garisan dari tiap-tiap pasukan yang bermain akan diminta manjadi Penjaga Garisan pada setiap separuh masa.

39

Page 40: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (W) PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-31

TAHUN 2005 1.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar Wanita Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-31 Tahun 2005 yang dikelolakan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 11, 12 & 13 Ogos 2005 Tempat : Pusat Latihan Maybank, Bangi Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional, Bangi

3.0 PERATURAN PERMAINAN

3.1 Semua perlawanan yang dimainkan dalam pertandingan ini adalah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Kementerian Kewangan. Undang-undang pertandingan adalah seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dan Persatuan Bolatampar Antarabangsa (FIVB).

3.2 Jika terdapat percanggahan antara undang-undang FIVB dengan

peraturan pertandingan ini, maka peraturan pertandingan ini hendaklah dipakai.

4.0 PESERTA-PESERTA

Kejohanan ini terbuka kepada semua kakitangan sepenuh masa yang telah berkhidmat dengan Jabatan/Badan di bawah Kementerian Kewangan tidak kurang dari 90 hari sebelum tarikh Pesta Sukan diadakan.

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN

5.1 Pendaftaran pemain hendaklah dibuat melalui borang pendaftaran yang disediakan.

5.2 Tidak lebih daripada 12 orang pemain dibenarkan mendaftar bagi

mewakili satu-satu pasukan. Hanya pemain-pemain yang telah didaftarkan boleh bermain untuk pasukan masing-masing.

5.3 Sekiranya didapati diantara pemain satu-satu pasukan bukan daripada pegawai/kakitangan Jabatan/Agensi pasukan itu, maka pasukan berkenaan akan terkeluar dengan sendirinya daripada menyertai pertandingan

40

Page 41: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

6.0 CARA PERTANDINGAN

6.1 Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

6.2 Semua perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga dalam

kumpulan dan ditentukan berdasarkan permainan tiga (3) set terbaik.

6.3 JOHAN dan NAIB JOHAN setiap kumpulan akan disilang balik (criss-

cross) di peringkat separuh akhir. Peringkat separuh akhir, penentuan tempat ketiga/keempat dan pertandingan akhir akan dijalankan secara kalah mati dan ditentukan berdasarkan permainan lima (5) set terbaik.

6.4 Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat kelima hingga

kelapan. 6.5 Setiap pasukan yang bermain akan terdiri daripada 6 orang

dengan dianggotai satu (1) orang pemain Pegawai Kumpulan A.

6.5.1 Pegawai Kumpulan A (Kumpulan Pengurusan dan Professional)

6.6 Semasa permainan dilangsungkan, sebarang penukaran permain

hendaklah mengekalkan komposisi permain seperti di Para 6.5. 6.7 Permainan akan ditamatkan sekiranya ada pasukan yang telah

mencapai set kemenangan (2-0) atau (2-1) di peringkat awal dan set kemenangan (3-0), (3-1) atau (3-2) di peringkat separuh akhir, ketiga/keempat dan akhir.

6.8 Bagi semua permainan, set pertama hingga kedua/keempat mata

kemenangan ialah (25) mata, manakala bagi set ketiga/kelima (set penentu) adalah (15) mata.

6.9 Apabila kedua-dua pasukan terikat dikedudukan mata (24) sama bagi

set pertama hingga kedua/keempat dan mata (14) sama dalam set penentuan, “deuce” akan diberikan dengan mata kemenangan berdasarkan perbezaan (2) mata terbaik.

6.10 Kemenangan percuma (3-0) akan diberikan sekiranya sesuatu

pasukan tidak mencukupi korum pemain di dalam satu-satu permainan seperti di para 6.5.

6.11 Pengurus/Ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama

semua pemain yang akan mengambil bahagian bagi sepanjang acara ini dijalankan semasa Mesyuarat Akhir Pengurus-Pengurus. Pertukaran terakhir pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan 1 jam sebelum permainan pertama bermula.

41

Page 42: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

6.12 Pengurus/Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan nama pemain yang akan bertanding pada tiap-tiap perlawanan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan kepada Ketua Pengadil. Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai nama ini tidak akan dilayan.

7.0 TEMPAT DAN MASA

Tarikh, tempat dan masa akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.0 WAKTU PERLAWANAN

Semua perlawanan bermula pada masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu. Pasukan yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah.

9.0 PENGADILAN

9.1 Pengadil-pengadil yang bertauliah dan berdaftar akan mengadili semua perlawanan. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh pengadil kepada Jawatankuasa Pertandingan selepas perlawanan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

9.2 Penjaga-penjaga garisan hendaklah terdiri daripada pemain-pemain

pasukan yang sedang bertanding. 9.3 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan-peraturan

tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Kementerian Kewangan.

10.0 PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

10.1 Adalah dilarang memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Sekiranya didapati ada pasukan yang berbuat demikian, maka secara automatik pasukan tersebut terkeluar daripada menyertai pertandingan ini dan akan didenda sebanyak RM100.00.

10.2 Penangguhan perlawanan hanya dibuat atas keputusan Pengadil dan

Jawatankuasa Pertandingan sahaja. 11.0 PERGADUHAN

Pengadil pertandingan berhak memberhentikan perlawanan jika didapati kedua-dua pasukan itu terlibat dalam pergaduhan.

12.0 PENANGGUHAN

12.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaiman yang dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak akan dilayan.

12.2 Jawatankuasa pertandingan Bola Tampar (W) berhak meminda

sebarang jadual perlawanan sekiranya perlu.

42

Page 43: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

13.0 KIRAAN MATA

13.1 Pasukan yang menang akan diberi 2 mata dan pasukan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.

13.2 Sekiranya terdapat lebih dari dua pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka kadar berikut akan digunakan :

C = A / B ( A – Jumlah set menang bagi semua perlawanan ) ( B – Jumlah set kalah bagi semua perlawanan ) ( C – Nisbah set )

13.3 Sekiranya keputusan masih seri, maka kadar berikut akan digunakan :

Z = X / Y ( X – Jumlah mata menang bagi semua perlawanan ) ( Y – Jumlah mata kalah bagi semua perlawanan ) ( Z – Nisbah mata )

13.4 Sekiranya selepas kiraan tersebut masih berlaku seri untuk dua (2) pasukan, maka pasukan yang menang dalam perlawanan di antara mereka dikira menang. Sekiranya tiga pasukan berkedudukan seri, maka undian akan dijalankan bagi menentukan pemenang.

14.0 HADIAH DAN MATA KESELURUHAN

14.1 Hadiah-hadiah akan diberikan kepada JOHAN, NAIB JOHAN dan TEMPAT KETIGA. Sebanyak 13 hadiah disediakan untuk pemain (termasuk untuk Pengurus Pasukan).

14.2 Mata keseluruhan pertandingan diberi seperti berikut:

Johan - 12 mata Kelima - 2 mata Naib Johan - 9 mata Keenam - 2 mata Ketiga - 7 mata Ketujuh - 2 mata Keempat - 5 mata Kelapan - 2 mata

14.3 Pasukan yang telah tersingkir daripada pertandingan atau dibatalkan

penyertaan tidak akan mendapat sebarang mata. 15.0 HAK JAWATANKUASA PERTANDINGAN

15.1 Jawatankuasa Pertandingan akan menjalankan undian perlawanan mengikut amalan dan format FIVB masa kini.

15.2 Jawatankuasa Pertandingan ini adalah berhak mengambil/membuat

sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan/masalah sepanjang kejohanan ini yang tidak tercatat dalam Peraturan Pertandingan ini dan keputusan yang diambil adalah muktamad.

43

Page 44: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

16.0 AM

16.1 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian yang tidak menjolok mata semasa bermain.

16.2 Semasa permainan berlangsung, pemain tidak dibenarkan

meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.3 Minuman dibenarkan pada bila-bila masa diperlukan tetapi hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil.

16.4 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas

sebarang kehilangan harta benda, kecederaan atau kemalangan yang menimpa pemain/pasukan yang mengambil bahagian sepanjang kejohanan ini diadakan.

44

Page 45: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (L) PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-31

TAHUN 2005 1. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar Lelaki Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-31 Tahun 2005 yang dikelolakan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.

2. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 18, 19 & 20 Ogos 2005 Tempat : Pusat Latihan Maybank, Bangi Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional, Bangi

3. PERATURAN PERMAINAN

3.1. Semua perlawanan yang dimainkan dalam pertandingan ini adalah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Kementerian Kewangan. Undang-undang pertandingan adalah seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dan Persatuan Bolatampar Antarabangsa (FIVB).

3.2. Jika terdapat percanggahan antara undang-undang FIVB dengan

peraturan pertandingan ini, maka peraturan pertandingan ini hendaklah dipakai.

4. PESERTA-PESERTA

Kejohanan ini terbuka kepada semua kakitangan sepenuh masa yang telah berkhidmat dengan Jabatan/Badan di bawah Kementerian Kewangan tidak kurang dari 90 hari sebelum tarikh Pesta Sukan diadakan.

5. PENDAFTARAN PEMAIN

5.1. Pendaftaran pemain hendaklah dibuat melalui borang pendaftaran yang disediakan.

5.2. Tidak lebih daripada 12 orang pemain dibenarkan mendaftar bagi

mewakili satu-satu pasukan. Hanya pemain-pemain yang telah didaftarkan boleh bermain untuk pasukan masing-masing.

5.3. Sekiranya didapati diantara pemain satu-satu pasukan bukan daripada pegawai/kakitangan Jabatan/Agensi pasukan itu, maka pasukan berkenaan akan terkeluar dengan sendirinya daripada menyertai pertandingan

6. CARA PERTANDINGAN

6.1. Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

45

Page 46: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

6.2. Semua perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga dalam

kumpulan dan ditentukan berdasarkan permainan tiga (3) set terbaik.

6.3. JOHAN dan NAIB JOHAN setiap kumpulan akan disilang balik (criss-cross) di peringkat separuh akhir. Peringkat separuh akhir, penentuan tempat ketiga/keempat dan pertandingan akhir akan dijalankan secara kalah mati dan ditentukan berdasarkan permainan lima (5) set terbaik.

6.4. Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat kelima hingga

kelapan.

6.5. Setiap pasukan yang bermain akan terdiri daripada 6 orang dengan dianggotai satu (1) orang pemain Pegawai Kumpulan A.

6.5.1. Pegawai Kumpulan A (Kumpulan Pengurusan dan Professional)

6.6. Semasa permainan dilangsungkan, sebarang penukaran permain

hendaklah mengekalkan komposisi permain seperti di Para 6.5.

6.7. Permainan akan ditamatkan sekiranya ada pasukan yang telah mencapai set kemenangan (2-0) atau (2-1) di peringkat awal dan set kemenangan (3-0), (3-1) atau (3-2) di peringkat separuh akhir, ketiga/keempat dan akhir.

6.8. Bagi semua permainan, set pertama hingga kedua/keempat mata

kemenangan ialah (25) mata, manakala bagi set ketiga/kelima (set penentu) adalah (15) mata.

6.9. Apabila kedua-dua pasukan terikat dikedudukan mata (24) sama bagi set

pertama hingga kedua/keempat dan mata (14) sama dalam set penentuan, “deuce” akan diberikan dengan mata kemenangan berdasarkan perbezaan (2) mata terbaik.

6.10. Kemenangan percuma (3-0) akan diberikan sekiranya sesuatu pasukan

tidak mencukupi korum pemain di dalam satu-satu permainan seperti di para 6.5.1.

6.11. Pengurus/Ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama semua

pemain yang akan mengambil bahagian bagi sepanjang acara ini dijalankan semasa Mesyuarat Akhir Pengurus-Pengurus. Pertukaran terakhir pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan 1 jam sebelum permainan pertama bermula.

6.12. Pengurus/Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan nama pemain yang

akan bertanding pada tiap-tiap perlawanan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan kepada Ketua Pengadil. Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai nama ini tidak akan dilayan.

7. TEMPAT DAN MASA

Tarikh, tempat dan masa akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

46

Page 47: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

8. WAKTU PERLAWANAN

Semua perlawanan bermula pada masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu. Pasukan yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah.

9. PENGADILAN

9.1. Pengadil-pengadil yang bertauliah dan berdaftar akan mengadili semua perlawanan. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh pengadil kepada Jawatankuasa Pertandingan selepas perlawanan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

9.2. Penjaga-penjaga garisan hendaklah terdiri daripada pemain-pemain

pasukan yang sedang bertanding.

9.3. Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Kementerian Kewangan.

10. PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

10.1. Adalah dilarang memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Sekiranya didapati ada pasukan yang berbuat demikian, maka secara automatik pasukan tersebut terkeluar daripada menyertai pertandingan ini dan akan didenda sebanyak RM100.00.

10.2. Penangguhan perlawanan hanya dibuat atas keputusan Pengadil dan

Jawatankuasa Pertandingan sahaja.

11. PERGADUHAN

Pengadil pertandingan berhak memberhentikan perlawanan jika didapati kedua-dua pasukan itu terlibat dalam pergaduhan.

12. PENANGGUHAN

12.1. Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaiman yang dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak akan dilayan.

12.2. Jawatankuasa pertandingan Bola Tampar (L) berhak meminda sebarang

jadual perlawanan sekiranya perlu. 13. KIRAAN MATA

13.1. Pasukan yang menang akan diberi 2 mata dan pasukan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.

13.2. Sekiranya terdapat lebih dari dua pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka kadar berikut akan digunakan :

C = A / B ( A – Jumlah set menang bagi semua perlawanan )

47

Page 48: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

( B – Jumlah set kalah bagi semua perlawanan ) ( C – Nisbah set )

13.3. Sekiranya keputusan masih seri, maka kadar berikut akan digunakan :

Z = X / Y ( X – Jumlah mata menang bagi semua perlawanan ) ( Y – Jumlah mata kalah bagi semua perlawanan ) ( Z – Nisbah mata )

13.4. Sekiranya selepas kiraan tersebut masih berlaku seri untuk dua (2) pasukan, maka pasukan yang menang dalam perlawanan di antara mereka dikira menang. Sekiranya tiga pasukan berkedudukan seri, maka undian akan dijalankan bagi menentukan pemenang.

14. HADIAH DAN MATA KESELURUHAN

14.1. Hadiah-hadiah akan diberikan kepada JOHAN, NAIB JOHAN dan TEMPAT KETIGA. Sebanyak 13 hadiah disediakan untuk pemain (termasuk untuk Pengurus Pasukan).

14.2. Mata keseluruhan pertandingan diberi seperti berikut:

Johan - 12 mata Kelima - 2 mata Naib Johan - 9 mata Keenam - 2 mata Ketiga - 7 mata Ketujuh - 2 mata Keempat - 5 mata Kelapan - 2 mata

14.3. Pasukan yang telah tersingkir daripada pertandingan atau dibatalkan

penyertaan tidak akan mendapat sebarang mata. 15. HAK JAWATANKUASA PERTANDINGAN

15.1 Jawatankuasa Pertandingan akan menjalankan undian perlawanan mengikut amalan dan format FIVB masa kini.

15.2 Jawatankuasa Pertandingan ini adalah berhak mengambil/membuat

sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan/masalah sepanjang kejohanan ini yang tidak tercatat dalam Peraturan Pertandingan ini dan keputusan yang diambil adalah muktamad.

16. AM

16.1 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian yang tidak menjolok mata semasa bermain.

16.2 Semasa permainan berlangsung, pemain tidak dibenarkan

meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.3 Minuman dibenarkan pada bila-bila masa diperlukan tetapi hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil.

48

Page 49: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

16.4 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas

sebarang kehilangan harta benda, kecederaan atau kemalangan yang menimpa pemain/pasukan yang mengambil bahagian sepanjang kejohanan ini diadakan.

49

Page 50: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-31 TAHUN 2005

1. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Badminton Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) Ke-31 Tahun 2005 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

2. TARIKH DAN TEMPAT PERMAINAN

2.1. Tarikh : 11–13 Ogos 2005

2.2. Tempat : Pusat Latihan Petronas, Bangi

2.3. Jawatankuasa Pertandingan berhak menukar tarikh, tempat dan masa

pertandingan. 3. PERATURAN PERMAINAN

3.1. Semua permainan yang dimainkan dalam pertandingan ini adalah mengikut

undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Badminton Antarabangsa (IBF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

3.2. Jika terdapat percanggahan di antara undang-undang Persatuan Badminton

Antarabangsa (IBF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Peraturan ini, maka Peraturan Pertandingan ini hendaklah diguna pakai.

4. PESERTA-PESERTA

4.1. Kejohanan ini terbuka kepada semua kakitangan sepenuh masa yang telah

berkhidmat dengan Jabatan/Badan di bawah Kementerian Kewangan tidak kurang dari 3 bulan sebelum tarikh Pesta Sukan diadakan.

4.2. Pegawai veteran lelaki berumur 40 tahun ke atas pada 1 Januari 2005.

4.3. Pegawai Kumpulan A adalah terdiri dari pegawai Pegawai Kumpulan A atau

setaraf ke atas. 5. CARA PERTANDINGAN

5.1. Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Semua perlawanan akan dijalankan secara liga di mana johan dan naib johan dalam setiap kumpulan akan disilang balik (criss-cross) dalam peringkat separuh akhir. Pemenang separuh akhir akan berlawan dalam perlawanan akhir untuk

50

Page 51: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

menentukan tempat pertama dan kedua manakala yang kalah akan bertemu bagi tempat ketiga dan keempat. Pertandingan tidak diadakan untuk tempat kelima hingga kelapan

5.2. Tiap-tiap perlawanan hendaklah dijalankan mengikut susunan seperti di

bawah:

5.2.1. Bergu terbuka wanita

5.2.2. Bergu terbuka lelaki

5.2.3. Bergu terbuka campuran

5.2.4. Bergu veteran lelaki

5.2.5. Bergu pegawai kumpulan A lelaki

5.3. Peserta-perserta hanya dibenarkan bermain satu acara bergu sahaja.

5.4. Kesemua 5 permainan hendaklah dipertandingkan walaupun sesuatu pasukan telah menang 3 permainan. 'Walk-over' tidak akan diterima kecuali kerana kecederaan. Jika sesuatu pasukan memberi kemenangan 'Walk-over', pengadil akan membatalkan kemenangan pasukan berkenaan dan memberi kemenangan kepada pasukan yang menentangnya. Hanya seorang doktor rasmi atau pengadil rasmi boleh menentukan sama ada seseorang pemain boleh bermain atau tidak kerana kecederaan.

5.5. Pengurus/Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama semua

pemain yang akan mengambil bahagian dengan menggunakan borang pendaftaran yang disediakan.

5.6. Pengurus/Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan nama pemain yang

akan bertanding pada tiap-tiap perlawanan mengikut susunan, di perenggan 5.2 di atas, 15 minit sebelum pertandingan dimulakan kepada Ketua Pengadil. Pertukaran pemain-pemain selepas penyerahan senarai nama tidak akan dilayan.

6. PENDAFTARAN PEMAIN

6.1. Pendaftaran pemain hendaklah dibuat melalui borang pendaftaran yang disediakan.

6.2. Tidak lebih daripada 14 orang pemain (10 lelaki dan 4 wanita) dibenarkan

mendaftar bagi mewakili satu-satu pasukan.

6.3. Senarai pemain hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 6 Julai 2005. Pertukaran terakhir pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan 30 minit sebelum permainan pertama bermula.

51

Page 52: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

7. WAKTU PERLAWANAN

7.1. Semua perlawanan bermula pada masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

7.2. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu.

Pasukan yang tidak turun bermain selepas itu dikira kalah. 8. PENGADILAN

8.1. Pengadil-pengadil yang bertauliah dan berdaftar akan mengadili semua perlawanan. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh pengadil kepada Jawatankuasa Pertandingan selepas perlawanan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

8.2. Penjaga-penjaga garisan hendaklah terdiri dari pemain-pemain simpanan

pasukan yang sedang bertanding.

8.3. Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

9. PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

9.1. Semua pasukan mesti menghabiskan semua permainan. Pasukan yang tidak menghabiskan permainan dikira kalah dan pasukan lawannya diberi kemenangan dengan kiraan mata 5–0.

9.2. Peraturan di atas tidak terpakai pada pusingan separuh akhir, penentuan

tempat ketiga dan perlawanan akhir. 10. PERGADUHAN

10.1. Pengadil pertandingan berhak memberhentikan perlawanan jika didapati

kedua-dua pasukan itu terlibat dalam pergaduhan.

11. PENANGGUHAN

11.1. Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagai yang dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan kecuali atas sebab-sebab di perenggan 11.2 tidak akan dilayan.

11.2. Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan/kekejangan otot (cramp)

semasa perlawanan berlangsung, akan diberi masa 5 minit untuk mendapat rawatan dan tiada masa lebih akan diberi.

52

Page 53: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

12. KIRAAN MATA

12.1. Pasukan yang menang akan diberi 2 mata dan pasukan yang kalah tidak

mendapat sebarang mata.

12.2. Sekiranya di akhir perlawanan dalam sesuatu kumpulan kiraan mata diperolehi sama lebih daripada satu pasukan maka keputusan akan ditentukan seperti berikut:

12.2.1. Jika 2 pasukan yang terlibat pasukan yang telah mengalahkan

lawannya diperingkat kumpulan akan dikira pemenang.

12.2.2. Jika lebih dari 2 pasukan yang terlibat, pemenang akan ditentukan dengan kiraan perbezaan (difference) dan jumlah perlawanan (matches) set dan angka-angka mata yang telah diperolehi oleh pasukan-pasukan berkenaan.

12.2.3. Jika di perenggan 13.2.2 didapati sama, maka pasukan-pasukan

berkenaan akan diputuskan secara undian.

13. KIRAAN MATA KESELURUHAN

13.1. Mata keseluruhan pertandingan diberikan saperti berikut:

(a) Johan - 12 mata (b) Naib Johan - 9 mata (c) Ketiga - 7 mata (d) Keempat - 5 mata (e) Kelima - 2 mata (f) Keenam - 2 mata (g) Ketujuh - 2 mata (h) Kelapan - 2 mata

13.2. Pasukan yang tersingkir daripada pertandingan atau dibatalkan tidak akan diberi mata.

14. HADIAH-HADIAH

14.1. Hadiah-hadiah akan diberikan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga.

14.2. Sebanyak 15 hadiah disediakan (termasuk hadiah untuk pengurus

pasukan).

14.3. Semua pengurus pasukan dikehendaki menyediakan pemenang-pemenang hadiah dari pasukan masing-masing dan berada di tempat penyampaian hadiah untuk menerima hadiah. Pemenang-pemenang hendaklah memakai pakaian sukan yang kemas dan lengkap.

53

Page 54: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

15. HAK JAWATANKUASA PERTANDINGAN

15.1. Jawatankuasa Pertandingan akan menjalankan undian perlawanan mengikut amalan dan format IBF masa kini.

15.2. Jawatankuasa Pertandingan adalah berhak mengambil/membuat sebarang

keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan/masalah dalam kejohan ini yang tidak tercatat dalam Peraturan Pertandingan ini dan keputusan yang diambil adalah muktamad

16. PERKARA-PERKARA LAIN

16.1. Semua pemain dikehendaki memakai pakaian yang tidak menjolok mata

semasa bermain.

16.2. Semasa permainan berlangsung, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

16.3. Minuman dibenarkan pada bila-bila masa diperlukan tetapi hendaklah

mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil.

16.4. Bulu tangkis bagi setiap perlawanan dihadkan kepada mana yang disediakan oleh pihak pengelola dan tidak dibenarkan menukarkannya tanpa kebenaran pengadil.

16.5. Jawatankuasa Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang

kehilangan harta benda, kecederaan atau kemalangan yang menimpa pemain/pasukan yangmengambil bahagian sepanjang kejohanan ini diadakan.

54

Page 55: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-31

TAHUN 2005 1.0 TARIKH PERTANDINGAN 20-21 Ogos 2005 2.0 TEMPAT Kompleks Sukan Maybank, Bangi 3.0 PENYERTAAN

Kejohanan ini terbuka kepada semua pegawai/kakitangan sepenuh masa yang telah berkhidmat dengan Jabatan/Agensi dibawah Kementerian Kewangan seperti yang disenaraikan di dalam perenggan 2.0 ‘Peraturan Am Kejohanan’ tidak kurang daripada 90 hari sebelum tarikh Pesta Sukan diadakan.

4.0 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 4.1 Acara –acara yang dipertandingkan bagi Lelaki dan Wanita seperti

berikut :

Lelaki Wanita 1 100 m 1 100 m 2 100 m (V) 2 100 m (V) 3 200 m 3 200 m 4 200 m (V) 4 200 m ( V ) 5 400 m 5 400 m 6 400 m ( V ) 6 800 m 7 800 m 7 1500m 8 1500m 8 3000m Jalan Kaki (V) 9 1500m (V) 9 5000m Jalan Kaki 10 5000m 10 4 x 100 m 11 10000 m 11 4 x 400 m 12 5000 m Jalan Kaki (V) 12 Lompat Jauh 13 10000 m Jalan Kaki 13 Lompat Tinggi 14 3000m Lari Berhalangan 14 Lontar Peluru 15 4 x 100m 15 Lempar Cakera 16 4 x 400m 16 Merejam Lembing 17 Lompat Kijang 17 Tarik Tali 18 Lompat Jauh 19 Lompat Tinggi 20 Lontar Peluru 21 Lempar Cakera 22 Merejam Lembing 23 Tarik Tali

24 100m x 100m x 200m x 400m Medley Campuran

25 800 m Jalan kaki (Ketua Jabatan)*

55

Page 56: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

* Tiada markah untuk acara ini

4.2 Setiap Jabatan/Agensi boleh menghantar TIGA (3) orang peserta bagi acara-acara trek 100 meter hingga 1500 meter dan LIMA (5) orang peserta untuk acara trek 3000 meter keatas bagi acara perseorangan dan SATU (1) pasukan bagi acara berpasukan. Bagi acara padang (field events) TIGA (3) orang peserta dari tiap-tiap Jabatan/Agensi dibenarkan.

4.3 Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian tidak lebih

daripada TIGA (3) acara perseorangan (Balapan dan Padang). 4.4 Bagi acara Veteran peserta lelaki hendaklah berumur empat puluh

tahun (40) tahun keatas sementara peserta wanita tiga puluh lima (35) keatas pada hari Sabtu, 1 Januari 2005.

4.5 Saringan atau separuh akhir akan diadakan bagi acara-acara yang

memerlukan.

4.6 Bagi acara (No. 24) Medley Campuran (100m x 100m x 200m x 400m ) adalah tertakluk kepada syarat berikut :

4.6.1 Seorang peserta wanita Pegawai Kumpulan A atau setaraf

keatas membuat larian 100m pertama.

4.6.2 Seorang peserta lelaki dari Pegawai Kumpulan A atau setaraf berumur 40 tahun ke bagi larian kedua.

4.6.3. Dua orang peserta leleki lain Pegawai Kumpulan A atau setaraf

ke atas membuat larian ketiga dan keempat masing-masing 200m dan 400m.

4.6.4 Peserta-peserta yang mengambil bahagian di dalam acara Olahraga yang dipertandingkan tidak dibenarkan menyertai acara di atas.

4.7 Bagi acara pegawai peserta lelaki dan perempuan hendaklah dari Kumpulan A atau setaraf keatas dan hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam acara pegawai sahaja

56

Page 57: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

5.0 WARNA DAN ABJAD PASUKAN

5.1 Pasukan-pasukan dan warna serta abjad besar acara-acara berpasukan adalah seperti berikut:

6.0 PEMBERIAN MARKAH

I. Perbendaharaan Malaysia - Hijau - 'A' ii Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - Kelabu - 'B' iii Jabatan Kastam Diraja Malaysia - Kuning - 'C' iv Lembaga Hasil Dalam Negeri - Merah - `D'v Bank Simpanan Nasional - Ungu - `E'vi. Bank Negara Malaysia - Biru - 'F' vii. Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta - Putih - 'G'

viii. Suruhanjaya Sekuriti - Coklat - 'H'

6.1 Acara Perseorangan Pertama - 7 mata Keempat - 3 mata Kedua - 5 mata Kelima - 2 mata Ketiga - 4 mata Keenam - 1 mata

6.2 Acara berpasukan

Pertama - 12 mata Keempat - 5 mata Kedua - 9 mata Kelima - 3 mata Ketiga - 7 mata Keenam - 1 mata

6.3 Acara Tarik Tali

Pertama - 12 mata Kelima - 2 mata Kedua - 9 mata Keenam - 2 mata Ketiga - 7 mata Ketujuh - 2 mata Keempat - 5 mata Kelapan - 2 mata

6.4 Pengiraan Mata Keseluruhan

Semua mata yang diperolehi bagi acara Olahraga Individu, Berpasukan dan Tarik Tali akan dijumlahkan bagi menentukan kedudukan pasukan dalam Olahraga. Pemberian mata berpasukan bagi keseluruhan pertandingan diberi seperti berikut:

Johan - 12 mata Kelima - 4 mata Naib Johan - 9 mata Keenam - 3 mata

Ketiga - 7 mata Ketujuh - 2 mata

Keempat - 5 mata Kelapan - 1 mata 7.0 PENDAFTARAN/PERTUKARAN PESERTA

7.1 Jabatan-jabatan dan Agensi-Agensi mestilah mendaftarkan kesemua peserta yang ingin mengambil bahagian di dalam Borang Pendaftaran

57

Page 58: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

yang disediakan dan dikemukakan kepada Pengelola sebelum atau pada hari Rabu, 6 Julai 2005.

7.2 Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi yang mengambil bahagian tidak

boleh menukarkan peserta masing-masing bagi acara yang disertai.

7.3 Pertukaran hanya boleh dibuat pada mesyuarat Pengurus-Pengurus pasukan sahaja. Penggantian yang dibuat mestilah terdiri dari peserta-peserta yang telah didaftarkan di dalam borang masuk. Kemasukan nama baru adalah tidak dibenarkan.

7.4 Pengganti tersebut mesti mengambil semua acara peserta yang

menarik diri. Peserta yang menarik diri tidak boleh mengambil bahagian di dalam sebarang acara lain termasuk acara "Lari Berganti-ganti" dan Tarik Tali.

7.5 Jika didapati kurang dari EMPAT(4) peserta mengambil bahagian

dalam sesuatu acara, acara berkenaan akan dibatalkan. 8.0 PEMBATALAN

Mereka yang layak dalam saringan percubaan mestilah bertanding dalam pusingan yang berikutnya atau dalam pertandingan akhir kecuali jika mendapat kebenaran daripada Referi, jika tidak mereka boleh digantung daripada mengambil bahagian.

9.0 LATIHAN MELONTAR

Untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, peserta-peserta mestilah diberi peringatan bahawa semasa latihan, alat-alat mestilah dilontar hanya dari garisan lengkungan atau garisan bahagian atau kawasan yang berhampiran dengannya sahaja, dan mestilah dipulangkan balik dalam kawasan latihan atau pertandingan dengan dibawa sendiri dan bukannya dilontar balik ke kawasan permulaan. Referi atau lain-lain pegawai yang berkenaan berhak tidak membenarkan mana-mana peserta daripada mengambil bahagian dalam sebarang bahagian olahraga jika dengan sengaja peserta berkenaan tidak mematuhi peraturan-peraturan seperti yang tersebut di atas iaitu selepas mereka diberitahu tentang hal ini.

10.0 ACARA LOMPATAN DAN LONTARAN

Dalam pertandingan-pertandingan bagi semua lontaran dan lompatan (kecualikan lompat tinggi) tiap-tiap peserta akan dibenarkan sebanyak tiga (3) percubaan dan hanya lapan (8) peserta yang terbaik akan dipilih untuk peringkat seterusnya. Peserta tidak dibenarkan untuk percubaan tambahan. Bagi setiap peserta hanya percubaan yang terbaik sahaja akan diambil kira. Jika hanya ada japan (8) atau kurang daripada (8) peserta, tiap-tiap peserta akan diberikan enam (6) percubaan.

11.0 BAHAGIAN BALAPAN

11.1 Peserta-peserta hendaklah mengambil perhatian bahawa sebagai tambahan kepada perlumbaan-perlumbaan biasa yang dijalankan

58

Page 59: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

dalam lorong-Iorong daripada tempat perlumbaan yang bersukat (Staggered Starts) perkara di bawah ini hendaklah dipatuhi.

11.1.1 Lari berganti-ganti 4 x 400 m - mengikut lorong dari tempat

permulaan yang bersukat dengan satu pusingan dan ditambah dengan satu larian lengkungan dalam lorong yang asal, pertukaran yang kedua dan ketiga mengambil jarak yang biasa sejauh 10 meter disebelah menyebelah garisan permulaan/penghabisan.

11.1.2 800 meter - mengikut lorong daripada tempat permulaan

yang bersukat-sukat dan ditambah dengan satu larian lengkungan di dalam lorong-Iorong.

12.0 HAD MASA

12.1 Peserta acara padang yang dengan sengaja melambatkan percubaan

boleh disingkirkan. Masa untuk membolehkan peserta menjalankan percubaan hendaklah biasanya tidak melebihi:

12.1.1 Didalam bahagian Lompat Jauh dan Lompat Kijang, 2 minit

12.1.2 Peserta hendaklah diberitahu oleh Pegawai yang

bertanggungjawab apabila masa membolehkan peserta mengambil percubaan diadakan.

13.0 PANDUAN TARIK TALI ( LELAKI DAN WAN ITA ) 13.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan seorang pelatih.

13.2 Berat maksimum bagi sesebuah pasukan ialah 1600 paun (720 kg) bagi lelaki (8 orang) dan 1422 paun (640 kg) bagi wanita (8 orang). Pendaftaran pemain (10 orang).

13.3 Jumlah maksima peserta bagi satu pusingan adalah seramai Lapan (8)

peserta bagi satu pusingan dan tiada gantian dibenarkan

13.4 Semua pusingan akan dimenangi dengan 2 kali tarikan daripada tiga (3).

13.5 Pemakaian "Boot" atau kasut tidak dibenarkan

13.6 Hujungan atau orang di hujung, boleh menyepit tali itu melalui bawah

ketiak dan meletakkannya di atas sebelah bahu, hujung seterusnya itu akan dilepaskan

13.7 Semasa tarikan tidak seorang pun peserta boleh dengan sengaja

mengusik tanah dengan bahagian badannya melainkan kaki sahaja. Terlalu kerap menggelungsur dan duduk atau menusuk tanah dengan kaki adalah melanggar peraturan ini.

59

Page 60: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

13.8 Berbaring pada tali tanpa menarik adalah tidak dibenarkan dan akan menyebabkan sesebuah pasukan dikeluarkan setelah diberi amaran.

13.9 Berpusing pada tali dibenarkan.

13.10 Jika kedua-dua pasukan melepaskan tali sebelum tarikan, ini diisytiharkan bukannya tarikan dan tidak dikira.

13.11 Mata yang akan diberikan pada pasukan-pasukan yang mengambil

bahagian sahaja seperti peraturan (6.3) di atas. . 14.0 PERATURAN AM

14.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan memanaskan badan dalam gelanggang tetapi mereka dibenarkan berbuat demikian di luar stadium. Peserta-peserta dalam acara bahagian lompatan dan lemparan dibenarkan membuat percubaan dalam gelanggang

14.2 Selain dari pegawai-pegawai yang bertugas serta peserta-peserta

yang sedang mengambil bahagian dan jurugambar rasmi, tidak siapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang

14.3 Jawatankuasa pertandingan tidak bertanggungjawab ke atas

kehilangan alat-alat atau harta benda perseorangan semasa kejohanan dijalankan

14.4 Peserta-peserta di bahagian padang hendaklah berada ditempat

pertandingan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum acara mereka bermula. Mereka akan dibawa ke gelanggang oleh Penolong Pengawas (Assistant Marshall) untuk membuat percubaan.

14.5 Peserta-perserta di bahagian balapan hendaklah berada di tempat

pertandingan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum acara mereka bermula. Mereka akan dibawa ke gelanggang oleh Penolong Pengawas.

14.6 Peserta-peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka

memakai nombor yang dituntutkan iaitu di dada dan di belakang tetapi di dalam acara Lompat Tinggi, satu nombor boleh digunakan. Abjad-abjad Jabatan hendaklah dipakai semasa acara Lari Berganti-ganti.

14.7 Saringan untuk semua pertandingan lorang akan diaturkan oleh

Jawatankuasa Pengelola

14.8 Tiap-tiap permulaan akan dimulakan mengikut masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam aturcara (Programme). Jawatankuasa Pengelola adalah berhak untuk membuat sebarang pindaan yang dianggap mustahak dalam aturcara

. 14.9 Peserta-peserta dikehendaki berada di Stadium di bawah khemah

masingmasing sepanjang masa pertandingan dijalankan

60

Page 61: PERATURAN AM KEJOHANAN PENDAHULUAN · PDF filetetap/kontrak/sementara/sambilan ... serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen yang sah. ... Jika terdapat percanggahan di antara

. 14.10 Peraturan 112 (M.A.A.U) supaya acara-acara dijalankan dengan licin.

la hendaklah memastikan supaya pegawai-pegawai melaporkan diri dan dimana yang perlu hendaklah mencari gantinya. la juga hendaklah bekerjasama dengan Marshall (Pengawas) yang dilantik menguruskan supaya orang-orang yang berhak sahaja dibenarkan di tengah pandang

16.0 KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab atas kemalangan, kecederaan atau kehilangan alat-alat dan harta benda seseorang sebelum, semasa dan selepas kejohanan ini dijalankan.

17.0 PENYAMPAIAN HADIAH Semua pengurus pasukan dikehendaki menyediakan pemenang-pemenang hadiah dari pasukan masing-masing dan berada di tempat penyampaian hadiah untuk menerima hadiah. Pemenang-pemenang hendaklah memakai pakaian sukan yang kemas dan lengkap.

61