32
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH DEFINISI DISIPLIN Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai; ‘…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja Atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat’. MATLAMAT 1. Membentuk keperibadian dan sahsiah pelajar untuk melahirkan insan baik dan warganegara yang bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip-prinsip Rukunegara; 2. Melatih dan mendidik pelajar untuk menerima dan mematuhi undang-undang, peratuaran-peraturan, arahan-arahan dan kawalan secara insaf dan bertanggungjawab; 3. Melahirkan pelajar berakhlak mulia serta membantu membina hubungan yang mesra dan harmoni dengan pelbagai pihak. PRINSIP-PRINSIP ASAS DISIPLIN Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip- prinsip atau dasar berikut; 1. keadilan dan layanan sama rata 2. pertimbangan minat dan keperluan pelajar 3. kebebasan tertakluk kepada undang-undang 4. amalan menghormati seseorang individu 5. perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis

PERATURAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SMKDSO

Citation preview

Page 1: PERATURAN

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai;

‘…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja Atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat’.

MATLAMAT

1. Membentuk keperibadian dan sahsiah pelajar untuk melahirkan insan baik dan warganegara yang bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip-prinsip Rukunegara;

2. Melatih dan mendidik pelajar untuk menerima dan mematuhi undang-undang, peratuaran-peraturan, arahan-arahan dan kawalan secara insaf dan bertanggungjawab;

3. Melahirkan pelajar berakhlak mulia serta membantu membina hubungan yang mesra dan harmoni dengan pelbagai pihak.

PRINSIP-PRINSIP ASAS DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut;

1. keadilan dan layanan sama rata2. pertimbangan minat dan keperluan pelajar3. kebebasan tertakluk kepada undang-undang4. amalan menghormati seseorang individu5. perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis6. perpaduan masyarakat dan negara.

Page 2: PERATURAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1. Pengenalan i. Definisi disiplin ii. Matlamat

iii. Prinsip-prinsip Asas Disiplin

2. BAB – A Sahsiah i. Pakaian Seragam Sekolah (Pakaian Pelajar Lelaki) ii. Pakaian Seragam Sekolah (Pelajar Perempuan )

iii. Pakaian Seragam Pengawas Sekolah iv. Pakaian Seragam Untuk Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum

3. BAB – B Persekolahani. Masa persekolahanii. Kehadiran ke sekolahiii. Lewat sampai ke sekolahiv. Tidak hadir ke sekolahv. Kebenaran meninggalkan sekolahvi. Peraturan semasa pulangvii.

4. BAB – C Kesopanan dan Kesusilaani. Budi Pekerti dan Tingkahlakuii. Tatatertib di dalam kelasiii. Tatatertib masuk ke kelasiv. Tatatertib semasa pertukaran bilik darjahv. Tatatertib sewaktu perhimpunanvi. Tatatertib semasa rehatvii. Tatatertib semasa di kantin

5.Bab – D. Kebersihan dan Keceriaanviii. Kawasan sekolahix. Bilik darjahx. Papan kenyataan kelasxi. Tandas dan Bilik airxii. Kantin sekolah

6.Bab – E. Kecemasan dan Keselamatanxiii. Trafikxiv. Keselamatan dalam kawasan sekolahxv. Kebakaranxvi. Kawasan dan tempat laranganxvii. Rombongan dan lawatan

7.Bab – F. Penggunaan Bilik-bilik Khasxviii. Makmal Sainsxix. Bengkel seni perusahaanxx. Bilik lukisanxxi. Perpustakaanxxii. Makmal Komputer

Page 3: PERATURAN

8.Bab – G. Gerakerja Kokurikulumxxiii. Pakaian seragam, persatuan dan kelabxxiv. Sukan dan olahragaxxv. Peraturan-peraturan persatuan/kelabxxvi. Peraturan-peraturan permainan/sukanxxvii. Pelaksanaan Persatuan/Kelab

9.Bab – H. Kesalahan-kesalahan dan Hukuman.xxviii. Kesalahan beratxxix. Kesalahan sederhanaxxx. Kesalahan ringan

BAB A – SAHSIAH

1. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (PELAJAR LELAKI)

1.1 Baju Kemeja:a) Baju kemeja putih berlengan pendekb) Baju berlengan panjang hanya dibenarkan kepada pengawas sekolah sahaja.c) Butang-butang logam tidak boleh digunakand) Butang baju hendaklah sentiasa dikancing supaya kelihatan kemas.e) Satu poket yang ditampalkan di sebelah kiri ahaja dibenarkanf) Baju yang terlalu ketat atau longgar adalah dilarang pemakaiannya.g) Jenama baju yang tertera di poket tidak dibenarkan atau hendaklah ditanggalkan.h) Jenis kain hendaklah dari jenis ‘cotton’ atau ‘tetron’.i) Baju panas dalam yang mempunyai sebarang corak tidak dibenarkan.

1.2 Seluar:a) Seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman (dark olive).b) Tidak menggunakan butang logamc) Lipatan hujung seluar tidak dibenarkan. Ukuran seluar panjang pada bahagian kaki

mesti antara 16” hingga 18” keliling. Bahagian hujung kaki mestilah menutupi buku lali dan tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai.

d) Seluar yang berpoket tampung dan’flap’ tidak dibenarkan. Hanya satu poket belakang sahaja yang dibenarkan.

e) Seluar yang singkat (menampakkan buku lali), ketat, sempit, terlalu longgar dan berkaki lebar (bell bottom) adalah dilarang memakainya.

f) Seluar yang berunsur ‘Jeans’ dan ‘Bermudas’ tidak dibenarkan.g) Sebarang tampalan adalah dilarang.

1.3 Tali Pinggang:a) Berwarna hitan atau coklat gelap.b) Lebar antara 2.5 sm – 3.8 sm (1” –1.5”)c) Kepala tali pinggang tidak melebihi 1.5” dan tidak berukir atau berhias.d) Tali pinggang ‘fancy’ dan ‘berbuckle’ tidak boleh digunakan.

1.4 Kasut:a) Kasut mestilah berwarna putih dari jenis kanvas.

Page 4: PERATURAN

b) Tanda cap atau lambang yang berjalur atau yang berwarna tidak dibenarkan.c) Kasut jenis ‘Boot’ tidak dibenarkan.d) Kasut jenis selipar atau sandal tidak dibenarkan dipakai ke sekolah kecuali atas

sebab-sebab kesihatan.e) Kasut hendaklah dibibuh kapur pemutih.f) Kasut jenis ‘zap-on’ tanpa tali dibenarkan.

1.5 Sarung kaki:a) Sarung kaki yang berwarna putih sahaja dibenarkan.b) Sarung kaki yang mempunyai sebarang jalur tidak dibenarkan.

1.6 Tali leher: a) Semua pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher.b) Tali leher yang mempunyai lencana sekolah sahaja dibenarkan.c) Kedudukan bahagian hujung tali leher mestilah sama paras dengan kepala tali

pinggang.

1.7 Rambut:a) Setiap pelajar lelaki mesti berambut pendek dan disikat kemas.b) Berambut panjang dilarang sama sekali. Istilah rambut panjang adalah seperti

berikut:i. Di belakang : Rambut jatuh melebihi garis di bawah cuping kedua-dua telinga.ii. Di hadapan : Rambut menutupi garis tengah dahi.iii. Di tepi : Rambut menutupi kedua-dua teliga atau sebahagiannya dan ‘side burn’ melebihi garis tengah hidung.iv. Di atas : Rambut tidak melebihi daripada 3 inci atau 7 cm panjang.

c) Menggunakan gel dan mewarnakan rambut dilarang sama sekali.d) Pelajar lelaki yang beraama Sikh dibenarkanmemakai serban atau anak serban

berwarna biru tua.

1.8 Misai dan Janggut: a) Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut.

2. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (PELAJAR PEREMPUAN)

2.1 Baju: a) Baju kurung putih berkain jenis ‘cotton’ atau ‘tetron’.b) Blouse putih berlengan pendek bagi pelajar bukan Islam dari kain jenis ‘cotton’

atau ‘tetron’.c) Pakain seragam yang terlalu jarang, terlalu ketat dan terlalu singkat adalah

dilarang.

2.2 Kain Sarung:a) Kain sarung biru muda (torquise).b) Pnafore biru muda bagi pelajar bukan Islam (labuh ke paras lutut).

2.3 Tudung Kepala:a) Tudung kepala (mini telekung) berwarna putih tanpa sebarang renda bagi pelajar

Islam.

Page 5: PERATURAN

2.4 Kasut:a) Kasut putih jenis kanvas tanpa sebarang lambang yang berjalur atau berwarna.b) Kasut hendaklah dibubuh kapur pemutih.c) Kasut jenis ‘Boot’ tidak dibenarkan.d) Kasut selipar atau sandal tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab kesihatan.e) Kasut jenis ‘zap-on’ tanpa tali dibenarkan.

2.5 Sarung kaki:a) Sarung kaki putih tanpa sebarang jalur atau belang.

2.6 Rambut:a) Rambut pendek bagi pelajar bukan Islamb) Rambut yang panjang hendaklah diikat rapi.

2.7 Barang kemas dan perhiasan diri:a) Pemakaian barang kemas adalah dilarangb) Bergincu, berbedak dan celak adalah dilarang.

3. PAKAIAN SERAGAM UNTUK PENGAWAS SEKOLAH

3.1 Pengawas Lelaki:a) Selua panjang berwarna putihb) Baju biru muda berlengan panjang.c) Lencana pengawas dan bertali leher sekolah.d) Kasut/sepatu kulit hitam.e) Sarung kaki berwarna hitam.

3.2 Pengawas Perempuan:a) Kain sarung berwarna biru tua (bersusun tepi)b) Skirt berwarna biru tua melepasi paras lutut bagi pengawas bukan Islam.c) Baju kurung/blaus berlengan panjang berwarna biru muda.d) Kasut kulit hitame) Sarung kaki berwarna hitam.f) Mini telekung berwarna biru mudag) Anak telekung berwarna putih.h) Memakai kain dalam dan ‘singlet’i) Lencana pengawas (bertali leher sekolah bagi yang memakai blaus).

4. PAKAIAN SERAGAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KO-KURIKULUM

4.1 Pelajar Lelaki:a) Track-bottom berwarna hitam.b) Baju-T putih untuk PJK dan Baju-T rumah sukan bagi aktiviti ko-kurikulum.c) Kasut sekolah berwarna putih sahaja dibenarkan.

4.2 Pelajar Perempuan:a) Track-bottom berwarna hitam.b) Baju-T berlengan pajang putih untuk PJK dan Baju-T berlengan panjang rumah

sukan bagi aktiviti ko-kurikulum

Page 6: PERATURAN

c) Kasut sekolah berwarna putih sahaja dibenarkan.d) Tudung putih yang diikat kemas.

Pakaian aktiviti selepas waktu persekolahan atau cuti sekolah

i. Pelajar mesti berpakaian sekolah yang lengkap apabila berada dalam kawasan sekolah setiap masa.ii. Selipar atau sandal dilarang sama sekali.iii. Pelajar dibenarkan memakai seluar ‘track’ berwarna hitam.

iv. Baju –T rumah sukan dan baju-T asrama dibenarkan.

5. LENCANA

a) Setiap pelajar diwajibkan memakai lencana sekolah jenis kain yang dijahit kemas di bahagian atas poket sebelah kiri dada dan di bahagian kiri mini telekung.

b) Setiap pelajar dimestikan memakai lencana sekolah semasa berada di kawasan sekolah atau semasa mengikuti aktiviti-aktiviti sekolah.

6. AM

a) Pelajar lelaki dilarang melepas baju keluar sama ada sebelum, semasa atau selepas waktu persekolahan.

b) Kuku sentiasa pendek, bersih dan tidak diwarnakan.c) Pelajar dilarang memakai barang kemas kecuali jam tangan.d) Pelajar dilarang memakai sebarang perhiasan diri dan solekan.e) Rambut yang berfesyen dilarang sama sekali.

Gambar rajah.i. Contoh pakaian seragam pelajar lelaki.ii. Contoh potongan rambut iii. Contoh pakaian seragam pelajar perempuan Islamiv. Contoh pakaian seragam pelajar perempuan bukan Islam

BAB B – PERSEKOLAHAN

1. MASA PERSEKOLAHAN

1.1 Masa persekolahan dan Kehadiran:a) Waktu persekolahan bagi pelajar-pelajar sesi pagi dan petang adalah seperti

dinyatakan dalam Jadual Waktu Sekolahb) Pelajar-pelajar diwajibkan akur terhadap segala perubahan masa yang terdapat

dalam Jadual Waktu Sekolah.c) Pelajar-pelajar mestilah berada dalam kawasan sekolah sekurang-kurangnya 10

minit sebelum waktu persekolahan bermula.d) Loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.30 pagi dan pelajar-pelajar

dikehendaki berbaris di luar bilik kelas di bawah pengawasan pengawas dan guru mata pelajaran masa pertama.

e) Lagu ‘Negaraku” akan dimainkan dan diikuti pula dengan bacaan doa. Pelajar dilarang berjalan-jalan dan bercakap-cakap pada waktu tersebut.

Page 7: PERATURAN

f) Loceng kedua akan dibunyikan pada pukul 7.35 pagi dan pelajar-pelajar dikehendaki membuat persediaan untuk pembelajaran.

g) Bagi pengawas-pengawas, ketua-ketua tingkatan dan pelajar-pelajar yang bertugas membersihkan kelas, perlu berada di tempat bertugas masing-masing setengah jam sebelum loceng pertama dibunyikan.

h) Semasa pelajaran dijalankan, semua pelajar hendaklah berada di dalam bilik kelas atau di tempat-tempat aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijadualkan. Melengah-lengahkan diri masuk ke kelas dengan sengaja adalah satu kesalahan.

i) Keluar dari bilik kelas masing-masing tanpa kebenaran guru adalah satu kesalahan dan tindakan disiplin boleh dikenakan.

j) Kegagalan berada di dalam kelas ketika pembelajaran berjalan dianggap ponteng kelas dan tindakan disiplin akan dikenakan.

k) Berada di kantin, kawasan larangan sekolah, tandas atau di koperasi sekolah tanpa Kad Keluar Kelas pada waktu P & P merupakan satu kesalahan dan tindakan disiplin akan dikenakan.

1.2 Lewat Sampai ke Sekolaha) Pelajar-pelajar yang sampai ke sekolah selepas 7.30 pagi adalah dianggap lewat

dan nama mereka akan dicatat oleh pengawas bertugas.b) Pelajar-pelajar yang datang lewat atau lambat ke sekolah sebanyak tiga kali

berturut-turut atau lebih, akan dibawa ke pengadilan Guru Pengawas/ Unit Disiplin. Hukuman yang sesuai akan dikenakan.

1.3 Peraturan Semasa Pulanga) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan pulang sebelum arahan diberi/loceng akhir

dibunyikan.b) Semua pelajar dikehendaki keluar dari kelas tanpa membuat sebarang bunyi bising.c) Pelajar-pelajar yang bertugas menjaga kebersihan kelas hendaklah memastikan

semua sampah dibuang dan kebersihan kelas terjamin.d) Memastikan suis lampu dan kipas ditutup.e) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan buku-buku dan pakaian di dalam

kelas. Buku-buku dan pakaian yang ditinggalkan akan dirampas oleh pihak sekolah.

f) Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi arahan-arahan pengawas semasa di tempat tempat basikal/motosikal dan di jalan raya.

g) Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah untuk pulang, hendaklah melaporkan segera kepada Guru Bertugas atau Penolong Kanan (HEM).

1.4 Masa Rehata) Pada waktu rehat pelajar-pelajar dilarang berada dalam kelas, kecuali dalam

keadaan yang diizinkan oleh guru bertugas.b) Semua pelajar tidak dibenarkan meninggalkan (keluar) kawasan sekolah untuk

membeli makanan atau minuman di luar.

2. PERHIMPUNAN

a) Perhimpunan diadakan pada setiap hari Ahad, jam 7.35 pagi.

Page 8: PERATURAN

b) Semua pelajar diwajibkan hadir ke tempat perhimpunan lima (5) minit sebelum perhimpunan dimulakan.

c) Semua pelajar dikehendaki bergerak segera ke tempat perhimpunan dengan teratur dan senyap sebaik sahaja mendengar loceng perhimpunan.

d) Semasa perhimpunan, pelajar mestilah berada dalam keadaan senyap dan berbaris lurus mengikut kelas masing-masing

e) Pengawas berhak mengarah pelajar keluar daripada perhimpunan dan mencatat nama pelajar berkenaan jika didapati tidak bersopan.

f) Semua pelajar mestilah berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku, lagu Jabatan Pelajaran, lagu Sekolah dan lagu Negeri dengan penuh hormat dan bersemangat.

g) Semasa ucapan disampaikan, semua pelajar hendaklah memberi perhatian dan tidak bercakap-cakap.

h) Selepas perhimpunan, pelajar-pelajar dikehendaki bersurai dalam keadaan senyap dan teratur.

3. KEBENARAN MENINGGALKAN SEKOLAH

a) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan atau keluar kawasan sekolah untuk membeli makanan, minuman atau peralatan lain.

b) Pelajar-pelajar dibenarkan meninggalkan sekolah untuk ke hospital hanya selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Bertugas atau Guru-guru Penolong Kanan.

c) Pelajar-pelajar dibenarkan keluar sekolah untuk urusan lain atas permintaan waris hanya selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Penolong Kanan atau Pengetua.

4. TIDAK HADIR KE SEKOLAH

a) Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit atau sesuatu sebab yang tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah dengan kadar segera. Sila bawa bersama-sama surat Akuan Doktor/Surat kebenaran Waris apabila hadir semula ke sekolah.

b) Pelajar yang tidak hadir ke sekolah dan apabila hadir semula tanpa surat-surat di atas dianggap sebagai ponteng sekolah dan tindakan disiplin akan dikenakan.

c) Seseorang pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah melebihi tiga (3) hari mestilah meminta warisnya memberitahu sekolah sebab-sebab beliau tidak dapat hadir ke sekolah.

d) Tidak hadir ke sekolah, sama ada terus menerus atau terputus-putus tanpa sebarang sebab selama dua (2) minggu dalam satu bulan, adalah dianggap sangat tidak baik dan boleh diambil tindakan ‘Buang Sekolah’.

5. KEHADIRAN/BERPINDAH/BERHENTI SEKOLAH

a) Pelajar-pelajar mestilah hadir pada hari-hari persekolahan/mana-mana hari yang dikehendaki oleh pihak sekolah.

Page 9: PERATURAN

b) Pelajar-pelajar yang ingin berpindah atau berhenti sekolah hendaklah memberitahu Guru Tingkatan atau Penolong Kanan (HEM) atau Pengetua secara bertulis dan mengisi borang khas yang ada di pejabat sekolah. Segala harta sekolah yang dipinjam hendaklah diserahkan kembali kepada pihak sekolah.

BAB C : KESOPANAN DAN KESUSILAAN

1. Budi Pekerti & Tingkahlaku.

a) Pelajar-pelajar hendaklah bergaya seperti seorang pelajar, berpakaian kemas, bersopan santun dan cergas serta menjadi duta sekolah yang baik sepanjang masa.

b) Sikap toleransi, tolong menolong dan semangat bekerjasama dengan rakan-rakan, pengawas,guru-guru, kakitangan sekolah dan pelawat adalah suatu amalan yang sangat baik. Sikap dan semangat ini hendaklah ditunjukan pada sepanjang masa.

c) Sesungguhnya perkara-perkara yang sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan Negara tidak boleh disentuh dan dibincangkan pada bila-bila masa di dalam / di luar sekolah.

d) Pelajar-pelajar hendaklah bercakap dengan tutur kata yang baik dan digalakkan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian.

e) Pelajar-pelajar hendaklah berdiri dan menjawab bila ditanya pada bila-bila masa. Menjawab apabila ditanya adalah adalah satu cara menunjukan kesopanan.

f) Janganlah bercekak pinggang semasa bercakap dengan guru/pelawat semabil berjalan / berlari .

g) Memberi ucapan “ Assalamualaikum”, “Selamat Sejahtera” dan “Terima Kasih” harus menjadi amalan biasa sebagai tanda hormat kepada rakan-rakan , pengawas , guru-guru, kakitangan sekolah dan pelawat/orang luar di mana sahaja berada.

h) Sewaktu bertutur gunakan bahasa yang sopan dan gaya yang tertib. Menjerit-jerit memanggil kawan , ketawa terbahak-bahak, mengilai dengan sekuat hati adalah dilarang.

i) Berjalan-jalan (Loitering) dikeliling bilik kelas bangunan sekolah berseorangan , berdua-duan /dalam kumpulan adalah dilarang.

j) Berdiri, bermain-main dan berjalan –jalan dihadapan dan berhampiran Pejabat Sekolah / Bilik Pengetua / Bilik Gerakan/Bilik Guru adalah tidak dibenarkan kecuali ada urusan.

k) Dilarang berlengah-lengah di tandas untuk menukar pakaian sebelum/selepas pelajaran PJK.

l) Pelajar-pelajar ditegah berjudi, merokok mengambil atau melibatkan diri dengan dadah , minum arak dan melakukan perbuatan jenayah.

m) Pelajar-pelajar dilarang sama sekali mengambil bahagian dalam politik atau aktiviti-aktiviti yang diharamkan.

n) Setiap orang pelajar mestilah mematuhi arahan dan perintah guru samada di dalam kelas / luar kelas . Sesiapa yang membantah /engkar perintah guru adalah sesuatu yang berlawanan dengan disiplin seseorang pelajar dan tindakan disiplin akan dikenakan.

2. Tatatertib Masuk Ke Kelas

Page 10: PERATURAN

a) Semua pelajar dikehendaki berbaris di luar kelas masing-masing sebaik sahaja loceng waktu pertama dan selepas rehat dibunyikan . Masuk ke kelas bersama-sama dengan guru.

b) Jangan buat bising semasa berbaris.c) Pelajar-pelajar dibolehkan masuk ke kelas setelah guru tingkatan / mata pelajaran

datang/setelah mendapat kebenaran daripada pengawas yang bertugas.d) Bersopan santun adalah amalan yang sangat dituntut semasa masuk ke kelas.

3. Tatatertib Di dalam Kelas

a) Pelajar-pelajar mestilah berada di dalam kelas masing-masing pada waktu belajar mengikut jadual kelas.

b) Ketua tingkatan hendaklah pastikan bilangan pelajar yang patut berada di dalam kelas c) Apabila guru/Pengetua/Pelawat masuk ke kelas , pelajar hendaklah bangun dan

memberi salam / mengucapkan selamat. Mengucapkan “ Terima Kasih” apabila mereka meninggalkan kelas.

d) Ketua Tingkatan/Penolong Ketua Tingkatan /Wakilnya diminta menghubungi guru yang lewat masuk kelas / menghubungi Penolong Kanan jika guru tidak hadir ke sekolah.

e) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas sewaktu pelajaran sedang berjalan kecuali atas urusan penting. Guru yang mengajar /Ketua Tingkatan/ Penolong Ketua Tingkatan mesti diberitahu.Pas keluar/masuk mesti dibawa bersama-sama.Hanya dua(2) orang pelajar dibenarkan keluar dari kelas pada satu masa.

f) Pelajar-pelajar dilarang sama sekali membuat bising di dalam kelas.g) Diam/belajar sendiri secara senyap pada masa ketiadaan guru . Ketua /Penolong

Ketua Kelas bertanggungjawab mengawasi kelas dan memberitahu guru yang sepatutnya memasuki kelas waktu itu . Selepas lima(5)minit waktu belajar bermula.

h) Duduk di atas kerusi dengan ke empat-empat kaki kerusi rapat di atas lantai. Duduk dengan mencondongkan kerusi adalah dilarang.

i) Letakkan beg di atas lantai dan bukan di atas kerusi kecuali semasa banjir supaya ada keselesaan duduk semasa belajar.

j) Berlari-lari dan berkejaran di dalam kelas / serambi/ di tangga bangunan sekolah adalah satu kesalahan besar.

k) Pelajar-pelajar mestilah menjelaskan semua yuran sekolah yang ditetapkan secepat mungkin.

l) Pelajar hanya dibenarkan keluar dari kelas untuk tujuan penting atau ke tandas sewaktu pembelajaran hendaklah dengan kebenaran guru dan menggantungkan “Kad Kebenaran Keluar Kelas” dari guru yang sedang mengajar.

4. Tatatertib Semasa Pertukaran Kelas

a) Pertukaran mesti berjalan dalam masa tiga ( 3 ) minit dalam keadaan teratur dan senyap.

b) Sebelum meninggalkan kelas, pastikan bahawa suis kipas angin , lampu dan pintu ditutup.

c) Papan hitan/hijau mestilah dibersihkan selepas sejurus satu-satu mata pelajaran berakhir.

d) Semua pelajar mestilah berjalan serentak dan berbaris berdua-dua.

Page 11: PERATURAN

e) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali setelah mendapatkan kebenaran.Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan masuk ke bilik-bilik khas sebelum mendapat kebenaran guru.

f) Pelajar-pelajar yang hendak mengikuti pelajaran PJK diminta berbaris dengan senyap dan bergerak ke padang .

g) Pelajar-pelajar hanya dibenarkan bertukar pakaian untuk PJK hanya apabila masuk waktu PJK.

h) Pelajar-pelajar mesti berada semula dalam kelas sebaik sahaja pelajaran berikut bermula.

5. Tatatertib Sewaktu Perhimpunan.

a) Semua pelajar mesti berada ditempat perhimpunan lima minit sebelum perhimpunan bermula.

b) Pelajar-pelajar mesti berbaris mengikut kelas masing-masing yang telah ditetapkan dan bersedia menerima arahan-arahan dari pengawas atau guru bertugas.

c) Pelajar hendaklah bersurai dalam keadan yang teratur dan senyap dibawah pengurusan guru bertugas.

d) Pelajar hendaklah bersurai dalam keadaan yang teratur dan senyap di bawah pengurusan guru bertugas.

6. Tatatertib Semasa Waktu Rehat.

a) Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas kecuali mereka yang bertugas membersihkan kelas/mendapat kebenaran guru/ketika hujan.

b) Suis kipas angin, lampu dan pintu kelas mesti ditutup.c) Pelajar hanya dibenarkan membeli makanan dan makan pada waktu rehat

sahaja.Makan dan minum sebelum atau selepas waktu rehat adalah dilarang.d) Membeli makanan dan minuman diluar kawasan sekolah adalah salah disisi undang-

undang dan peraturan sekolah. Mereka yang menlanggarnya boleh diambil tindakan disiplin.

e) Pelajar dilarang membawa minuman dan makanan yang tidak halal ke kantin.f) Pelajar dikehendaki beratur semasa membeli makanan dan minuman di kantin.g) Selepas minum dan makan , pelajar diminta meletakkan pinggan, gelas dan sudu

ditempat yang dikhaskan .h) Selepas loceng tamat waktu rehat dibunyikan semua pelajar dikehendaki berbaris

diluar kelas .

7.Tatatertib Semasa Di Kantin.

a) Pelajar-pelajar hanya dibenarkan ke kantin sebelum kelas ( Persekolahan ) dimulakan, waktu rehat dan waktu sekolah .Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman selepas masa rehat berakhir.

b) Setiap kali membeli makanan dan minuman , amalkan sikap bersopan santun .c) Makanan dan minuman yang dibeli hendaklah dimakan dan diminum di kantin.

Jangan membawa makanan atau minuman ke kelas .

Page 12: PERATURAN

d) Pelajar tidak dibenarkan masuk kebahagian dalam kantin, samada untuk membeli minuman dan makanan atau untuk dimakan dan minum.

e) Jauhi perbuatan membuang sampah merata-rata . Gunakan tong sampah yang telah disediakan .

f) Semua peralatan kantin jangan dibawa keluar dari kawasan kantin , kecuali mendapat kebenaran daripada pengawas.

g) Perbuatan meludah merata-rata dikawasan kantin sangatlah tidak diingini .h) Semasa pelajaran atau perhimpunan sedang dijalankan , kawasan kantin adalah

merupakan kawasan larangan , kecuali telah mendapat kebenaran.i) Perbuatan berlari-lari , berkejar-kejar dan bertolok-tolakan semasa hendak membeli

makanan atau minuman janganlah diamalkan .j) Kirim mengirim tidak dibenarkan.k) Makan dan minum sepanjang bulan puasa bagi semua pelajar Islam adalah ditegah

dan dilarang sama sekali.

Bab D : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN.

1. Kawasan Sekolah.

a) Kebersihan kawasan sekolah adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar. Pelajar yang didapati mengotorkan kawasan sekolah boleh diambil tindakan disiplin ke atasnya.

b) Amalkan sikap suka membuang sampah, kulit-kulit kacang dan bahan buangan yang lain ke dalam tong sampah yang telah disediakan .Tong sampah mestilah sentiasa ditutup supaya tidak dihinggapi lalat.

c) Adalaqh menjadi satu kesalahan memetik bunga /dirosakan atau memotong keratin pokok bunga dan pokok hiasan tanpa kebenaran.

d) Pasu-pasu bunga hendaklah dijaga supaya tidak pecah.e) Selepas latihan sukan, pastikan semua beg plastic minuman /bungkusan makanan

dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan.f) Papan-papan kenyataan sekolah mestilah dijaga dengan bersih setiap masa.Pihak-

pihak yang tidak berkenaan tidak dibenarkan menggangu papan kenyataan tersebut.

2. Bilik Darjah

a) Setiap orang pelajar bertanggungjawab menjaga bilik darjah / kelas supaya bersih , tersusun dan teratur setiap masa.

b) Kelas-kelas digalakan mengadakan kerja gotong royong untuk kebaikan dan kebersihan dengan diketui oleh ketua tingkatan / guru tingkatan.

c) Ketua tingkatan bertanggungjawab menyediakan satu jadual tugas harian untuk satu minggu dengan melibatkan semua pelajar dalam tingkatan bagi tujuan menjaga kebersihan dan keceriaan kelas . Jadual tersebut hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelas . Adalah menjadi tanggungjawab ketua tingkatan atau penolongnya menentukan bahawa jadual tersebut dipatuhi oleh setiap orang pelajar.Pelajar-pelajar yang tidak menjalankan tugasnya mestilah dilaporkan kepada guru kelas supaya tindakan disiplin boleh diambil ke atasnya.

d) Menyapu dan membersihkan kelas serta buangkan sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan .

Page 13: PERATURAN

e) Cermin tingkap hendaklah sentiasa bersih dan dibuka selalu sewaktu belajar kecuali sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan.

f) Kerusi dan meja hendaklah sentiasa dalam keadaan tersusun.g) Papan hitam hendaklah dibersihkan sebelum guru lain masuk ke kelas.h) Kapor yang tidak dipakai (yang pendek-pendek) hendaklah dibuang ke dalam tong

sampah. Pelajar dilarang bermain kapor dan memijak-mijaknya.i) Jangan menconteng,melukis atau menulis di papan hitam , di dinding, di cermin

ditingkap atau dipintu kelas.j) Ketua Tingkatan /penolongnya hendaklah memastikan kipas dan lampu kelas

berfugsi.Jika berlaku kerosakan hendaklah dilaporkan segera kepada guru tingkatan .

3. Papan Kenyataan Kelasa) Ketua / penolong ketua tingkatan hendaklah melekatkan satu jadual waktu kelas

masing-masing di papan kenyataan kelasnya.b) Jadual Bertugas kelas hendaklah dilekatkan bersama .c) Jadual waktu peperiksaan hendaklah dipamerkan juga dipapan kenyataan kelas untuk

kelas peperiksaan.d) Mana-mana pelajar yang didapati sengaja mengoyak, menconteng atau mengorkan

jadual waktu , jadual tugas harian dan lain-lain yang dilekatkan dipapan kenyataan akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Pelajar .

4. Tandas/Bilik Air/ Bilik Air Sembahyang

a) Semua pelajar boleh menggunakan tandas sebelum kelas dimulakan, waktu rehat dan selepas sekolah.

b) Pelajar-pelajar mestilah mneggunakan tandas pelajar sahaja dan tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.

c) Pelajar-pelajar yang terpaksa menggunakan tandas kerana kecemasan boleh minta kebenaran daripada guru yang sedang mengajar ketika itu.Kalau tiada guru, mintalah kebenaran daripada Ketua/Penolong Ketua Tingkatan.Mesti memakai pas keluar/masuk ketika dari bilik kelas.

d) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menconteng,menulis dan mengotori tandas/bilik air/bilik air sembahyang dengan apa cara sekali pun.

e) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berlengah-lengah atau menghabiskan masa di dalam tandas.

f) Laporkan segera sebarang kerosakan di tandas atau bilik air.

5. Kantin Sekolah.

a) Semua pelajar bertanggungjawab ke atas kebersihan kantin sekolah.b) Kertas, pembalut makanan , pembalut gula-gula dan beg plastic mestilah dibuang ke

dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak kantin.c) Setelah selesai makan , pinggan mangkuk , camca dan garpu serta gelas / cawan

hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan oleh pihak kantin.d) Jangan membuang sisa-sisa makanan ke dalam singki kerana ia akan tersumbat.e) Paip-paip air yang ada di singki hendaklah ditutp selepas digunakan.f) Pelajar-pelajar dilarang mengotori kantin dam merosakan alat-alat yang ada di kantin.

Page 14: PERATURAN

BAB E – KECEMASAN DAN KESELAMATAN

1. TRAFIK

a) Pelajar-pelajar yang membawa basikal atau motosikal ke sekolah hendaklah meletakkannya di tempat-tempat yang telah dikhaskan sahaja (garaj basikal dan motosikal).

b) Basikal dan motosikal hendaklah disusun dengan kemas dan teratur.c) Pelajar-pelajar yang menunggang motosikal mesti memiliki dokumen-dokumen

yang sah mengikut undang-undang jalan raya dan perlu menunjukkannya apabila diminta.

d) Patuhilah arahan pengawas dan Guru Bertugas sewaktu menggunakan jalan raya di dalam kawasan sekolah.

2. KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH

a) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah waktu persekolahan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak sekolah.

b) Pelajar-pelajar yang mahu meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan atas sebab-sebab mustahak atau memerlukan rawatan doktor hendaklah mengisi Borang Kebenaran Keluar yang boleh diperoleh daripada pejabat sekolah.

c) Sebarang kemalangan, pelajar cedera, wayar elektrik terputus, kebakaran, pergaduhan dan sebagainya yang berlaku dalam kawasan sekolah mesti diberitahu dengan segera kepada Guru Bertugas.

3. KEBAKARAN

a) Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di bangunan sekolah hendaklah melaporkan segera kepada guru atau guru bertugas ataupun terus kepada Pengetua.

b) Apabila terdengar loceng atau siren dibunyikan secara berpanjangan, pelajar-pelajar mestilah keluar dari bangunan sekolah atau bilik kelas (mengikut pelan pergerakan kebakaran) dengan cepat/pantas dan senyap tetapi tenang ke tempat berkumpul.

c) Ketua tingkatan hendaklah mengambil buku daftar kedatangan dan membantu Guru Tingkatan membuat panggilan nama pelajar-pelajar dengan serta merta.

d) Pelajar yang tidak ada dalam kelas dikehendaki pergi terus ke tempat berkumpul dan laporkan diri kepada Guru Tingkatan.

4. KAWASAN DAN TEMPAT LARANGAN

a) Persekitaran rumah guru.b) Tempat letak kereta guru-guru dan pengetua.c) Tempat letak basikal dan motosikal pelajard) Persekitaran kafeteria pada masa pembelajaran sedang dijalankan (kecuali

mendapat kebenaran)e) Kawasan 5 meter dari pintu pagar A dan B sewaktu pembelajaran sedang

dijalankan.

Page 15: PERATURAN

f) Ditegah masuk ke Makmal Sains, Makmal Kemahiran Hidup, Pejabat Sekolah, Bilik Guru, Washroom Guru dan bilik-bilik khas kecuali dengan kebenaran guru.

g) Bilik kelas pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran.

5. ROMBONGAN DAN LAWATAN

a) Pelajar-pelajar dikehendaki memberi maklumat mengenai sebarang rombongan dan lawatan yang disertai kepada ibu bapa/penjaga masing-masing.

b) Persetujuan bertulis daripada ibu bapa/penjaga hendaklah diperoleh sebelum menyertai sebarang aktiviti rombongan/lawatan dan aktiviti luar sekolah (borang kebenaran waris hendaklah diisi dalam tiga salinan)

c) Sebarang aktiviti rombongan/lawatan atau aktiviti luar kawasan sekolah mesti bersama guru pengiring

d) Setiap pelajar yang menyertai rombongan/lawatan sekolah mestilah berpakaian seragam sekolah yang lengkap.

e) Pelajar-pelajar yang menyertai sebarang rombongan/lawatan perlu akur kepada beberapa peraturan dan sentiasa mengikuti semua arahan guru pengiring.

BAB F – PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS

1. MAKMAL SAINS2. BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP3. BILIK SENI4. PERPUSTAKAAN5. MAKMAL KOMPUTER

a) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik-bilik berkenaan tanpa kebenaran guru.

b) Pelajar-pelajar dikehendaki beratur dalam dua barisan sebelum masuk ke dalam bilik .

c) Sebelum masuk, pelajar-pelajar dikehendaki memastikan tidak membawa masuk makanan, minuman dan alat-alat lain kecuali yang diperlukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

d) Ketika berada di dalam bilik-bilik khas berkenaan, PELAJAR-PELAJAR DIKEHENDAKI MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG DITENTUKAN/DITETAPKAN DALAM BILIK TERSEBUT.

e) Kegagalan mematuhi peraturan-peraturan yang ditentukan/ditetapkan merupakan kesalahan dan tindakan disiplin yang sesuai boleh dikenakan.

f) Penggunaan bahan kimia dan peralatan yang tajam di dalam Makmal Sains dan Bengkel Kemahiran Hidup hendaklah sentiasa dalam pengawasan guru mata pelajaran yang berkenaan.

g) Sebarang kemalangan yang berlaku di dalam bilik-bilik berkenaan hendaklah dilaporkan kepada guru yang bertanggungjawab dengan kadar segera.

Page 16: PERATURAN

BAB G – GERAKERJA KOKURIKULUM

1. PAKAIAN SERAGAM DAN PERSATUAN

Tiap-tiap pelajar diwajibkan mengambil bahagian yang aktif sekurang-kurangnya dalam SATU jenis kegiatan Pakaian Seragam, SATU jenis kegiatan Persatuan dan SATU jenis Kelab dan Permainan. Kegiatan-kegiatan yang diwajibkan itu boleh dipilih dari kumpulan;

a) Pakaian Seragami. Pengakapii. Kadet Polisiii. Puteri Islamiv. Bulan Sabit Merahv. KRSvi. Silat Gayungvii. Taekwondo

b) Persatuani. Bahasa dan Kesusasteraanii. Bahasa Inggerisiii. Sejarahiv. Usahawan Mudav. Matematikvi. Perdagangan /Akaunvii. Agama Islamviii. Pendidikan Seniix. Sainsx. Bahasa Arabxi. Ekonomixii. Geografixiii. Kemahiran Hidupxiv. Prauniversiti.

Pelajar-pelajar diwajibkan menghadiri setiap perjumpaan/mesyuarat persatuan/kelab yang ia menjadi ahli dan mengambil bahagian cergas di dalamnya.

2. KELAB DAN PERMAINAN Bagi kegiatan kelab dan permainan, setiap pelajar dikehendaki mengambil sekurang- kurangnya satu jenis kelab dan permainan yang dipilih daripada jenis-jenis berikut;

a) Kelabi. Rukun Negara ii. Budayaiii. Alam Sekitar iv. Keceriaanv. Pengguna vi. Cegah Jenayahvii. UBK/SLAD viii. Prostarix. Keselamatan Jalan raya x. Komputer

Page 17: PERATURAN

b) Permainani. Bola Baling ii. Bola Jaringiii. Hoki iv. Badmintonv. Olahraga vi. Rugbivii. Sepak Takraw viii. Bola Sepakix. Bowling x. Tenisxi. Catur

3. PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN/SUKAN

a) Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian yang dikhaskan untuk permainan/sukan. Pakaian khas ini hanya dipakai oleh mereka yang sebenarnya menghadiri kegiatan/perjumpaan pada hari berkenaan.

b) Setiap aktiviti yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar mestilah diketahui dan dipersetujui oleh Guru Penasihat.

c) Semua surat resmi mesti ditunjukkan kepada Guru Penasihat.d) Semua surat yang hendak dikirim kepada pihak-pihak yang berkenaan mesti

ditandatangani oleh pengetua atau guru yang berkenaan.e) Semua penyokong pasukan sekolah untuk sebarang acara antara sekolah mestilah

memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.f) Jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kesan buruk/menjejaskan

nama baik sekolah semasa memberi sokongan kepada pasukan sekolah. Tindakan disiplin akan diambil ke atas mereka yang melanggar peraturan ini.

4. PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN/KELAB

a) Semua persatuan/kelab sekolah mestilah patuh kepada UNDANG-UNDANG PELAJARAN 1952 (THE SCHOOL SOCIETIES REGULATION 1956) dan hendaklah membuat perkara berikut serta menyerahkan perlembagaan lengkap dan benar tentang persatuan/kelab itu serta daftar penuh ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab kepada pengetua.

b) Semua persatuan/kelab mestilah membuat rancangan kegiatannya dan guru berkenaan hendaklah bertindak sebagai penasihat.

c) Guru penasihat mestilah menentukan persatuan/kelab masing-masing bergerak dengan aktif dan berkesan serta bertanggungjawab terhadap kawalan disiplin ahli-ahlinya.

d) Menentukan semua aktiviti atau rombongan adalah terkawal dan diuruskan dengan sempurna mengikut undang-undang polisi sekolah dan Jabatan Pelajaran.

e) Memberi latihan dan pengalaman yang wajar untuk mewujudkan pelajar yang berdedikasi, berkerjasama, bertanggungjawab, kepercayaan diri dan lain-lain sikap yang baik.

f) Mengawal dan bertanggungjawab terhadap semua peraturan, perjumpaan, urusan dan kemajuan persatuan/kelab yang dikelolakan olehnya.

g) Menyelaras semua aktiviti persatuan/kelab di bawah jagaannya dan melaporkan kepada Setiausaha Kokurikulum /Pengetua dari semasa ke semasa tentang perkembangan dan kegiatan persatuan/kelabnya.

5. PERLAKSANAAN PERSATUAN/KELAB.

Page 18: PERATURAN

a) Menubuhkan persatuan/kelab dan melantik ahli jawatankuasanya.b) Mengadakan peraturan dan undang-undang sendiri.c) Menyimpan rekod nama ahli jawatankuasa dan ahli-ahli. Satu senarai nama ahli

jawatankuasa dengan butir-butir peribadi yang lengkap hendaklah diserahkan kepada setiausaha persatuan/kelab untuk disimpan.

d) Menetapkan tarikh, hari dan masa perjumpaan.e) Guru penasihat persatuan/kelab mestilah hadir pada tiap-tiap kali perjumpaan

dengan ahli-ahli persatuan/kelab dan melaporkan dengan segera kepada pengetua jika ada sebarang penyelewengan.

f) Menyediakan sebuah buku untuk mencatatkan segala kegiatan yang dijalankan oleh persatuan/kelab.

g) Buku tersebut hendaklah diserahkan kepada penolong kanan/pengetua melalui setiausaha persatuan/kelab untuk pengetahuan dan tandatangani.

h) Persatuan/kelab hendaklah menggunakan papan kenyataan sekolah untuk mempamerkan/memberitahu maklumat atas segala kegiatan persatuan/kelab kepada ahli-ahlinya.

i) Tiap-tiap persatuan/kelab mestilah mempunyai Perlembagaan dan Objektif masing-masing.

j) Rancangan kegiatan persatuan/kelab tersebut hendaklah diatur untuk setahun.k) Seberapa boleh rancangan kegiatan hendaklah yang boleh memberi kesedaran,

semangat bekerjasama dan berfaedah kepada ahli-ahlinya tanpa mengira kaum.

6. PERLEMBAGAAN PERSATUAN/KELAB

a) Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip pergerakan persatuan/kelab.

b) Beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam sesuatu perlembagaan dicadangkan seperti di bawah;

i. Nama persatuan/kelab/badan beruniformii. Objektif/Tujuaniii. Keanggotaan : Peraturan berkenaan dan keanggotaan dan bilangan ahliiv. Jawatankuasa : Ahli-ahli dan AJK persatuan adalah seperti berikutv. Masa mesyuarat

vi. Kewangan : Yuran bulanan atau tahunan

BAB – H KESALAHAN-KESALAHAN DAN HUKUMAN

JENIS-JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN (SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 7/2003

(KUASA GURU MEROTAN MURID)

BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN1.

Kesalahan BeratRotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksimum 3 kali sebatan)

Kesalahan SederhanaRotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksimum 3

Page 19: PERATURAN

kali sebatan)Kesalahan Ringan Diberi amaran dan sesi kaunseling

KESALAHAN BERAT

1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.2. Menyimpan, membawa, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda

yang memabukkan / menghayalkan.5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru / pengawas /

murid.7. Biadab terhadap guru / pengawas / murid.8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

10. Melakukan buli (pelacoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita

rakaman dan multimedia terlarang.14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.15. Mencabul kehormatan guru / murid.16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.18. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.19. Mengintai murid lelaki / perempuan.20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.21. Merosakkan harta benda sekolah / guru.22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.25. Menyalahgunakan alat permaianan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu

pengajaran dan pembelajaran / peperiksaan atau ujian.27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan

masyarakat Malaysia.28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak

sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala

(tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru besar / Pengetua atau guru yang menjalankan

tugas.31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.34. Melakukan hubungan yang dicurigai.35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

KESALAHAN SEDERHANA

Page 20: PERATURAN

1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.2. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber elektrik sekolah tanpa kebenaran.3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna.8. Menconteng pada harta benda sekolah.9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindek telinga dan memakai subang

berlebihan daripada satu pada satu cuping telinga.10. Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini.

KESALAHAN RINGAN

1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan dilik darjah dan sekolah

tanpa kebenaran.5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.12. Makan atau minum di bilik darjah.13. Melakukan pembaziran air dan elektrik.14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat

kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain ).16. Datang lewat ke sekolah.17. Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.21. Tidak membuat gerakerja yang ditugaskan.22. Mengganggu kawasan.23. Mengganggu guru.24. Lewat masuk kelas.25. Mengotorkan kelas.26. Tidak duduk setempat.27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

Hukuman yang dikenakan seperti di atas boleh digunakan secara bersama dengan bentuk hukuman yang tedapat dalam buku Panduan Salah laku dan Hukuman yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah sebelumnya.

Page 21: PERATURAN

PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN

1. Kesalahan Berat1.1 Hubungi Waris1.2 Panel J/Kuasa Disiplin1.3 Panel Lembaga Tatatertib

1.3.1 Gantung Persekolahan untuk tujuan siasatan1.3.2 Surat Pertuduhan Tatatertib dan Bela Diri1.3.3 Tindakan Tatatertib dengan tujuan Buang Sekolah

2. Kesalahan Sederhana2.1 Amaran (Surat Perjanjian dan Jaminan Waris)2.2 Amaran terakhir2.3 Bimbingan dan Kaunseling2.4 Diawasi2.5 Panel Jawatankuasa Disiplin2.6 Akur Janji2.7 Panel Lembaga Disiplin

3. Kesalahan Ringan

3.1 Nasihat3.2 Teguran3.3 Amaran (Surat Perjanjian dan jaminan waris)3.4 Amaran Terakhir3.5 Bimbingan dan Kaunseling3.6 Diawasi3.7 Panel J/ Kuasa Disiplin3.8 Akur Janji3.9 Panel Lembaga Displin